Nota Ringkas Bab 6 Kitab Pengikut Isa Ke 13: Islam, Keganasan Dan Hak Wanita

Disciple

Soalan 6: Ada sesetengah yang mengatakan bahawa keganasan bukanlah isu yang baru dalam Islam, malah ia bermula dari zaman Nabi SAW, dan mereka mengatakan Islam tersebar melalui pedang, jadi bagaimana anda menafsirkan ayat-ayat Quran yang menggalakkan pembunuhan, penghapusan dan pemulauan

1. Surah Aali Imran 3: 85, 91, 83

2. Surah At Taubah: 9:29

3. Surah An Nisa: 4:91

4. Surah Muhammad 47: 4

Dan bagaimana anda menafsirkan ayat-ayat berkaitan pewarisan dan kesaksian yang menindas hak wanita?

__________________________________________

 
# Jihad mengangkat senjata bukan ada semata-mata dalam Islam, tetapi juga dalam agama Kristian dan Yahudi. Sayed Ahmed AS menyentuh perkara ini dalam Kitab Jihad Bab al Jannah

Pertama: Surah Aali Imran 83-85

 

# Ayat 84 dari Surah Aali Imran  memberi definasi tentang prinsip Islam iaitu penyerahan diri kepada Allah dan KhalifahNya

# Setiap agama atau ideologi ada prinsip pegangan mereka. Kalau penerangan prinsip adalah satu bentuk memulaukan kumpulan lain, maka semua agama dan ideologi dalam dunia ini mengamalkan pemulauan kumpulan lain.
 
 
Kedua: Surah At Taubah: 29
 
# Al Quran adalah satu kitab yang saling berkait. Tidak boleh hanya ambil satu ayat tetapi abaikan ayat-ayat yang lain. Inilah apa yang dibuat oleh Wahabi untuk halalkan ideologinya, dan oleh Kristian untuk fitnah Islam.

 

# Dan berikut adalah ayat yang melarang tindakan berat sebelah ini iaitu tindakan memisahkan Al Quran:

  1. Surah Al Baqarah: 85
  2. Surah Al Hijr 15:91-93
 
# Kristian juga melarang kaedah berat sebelah ini. Paus Shinouda melarang mengambil satu ayat tapi abaikan ayat yang lain.
 
# Berkenaan ayat 29, surah At Taubah, kita perlu membaca ayat selepasnya untuk nampak dengan jelas, mengapa Allah memerintahkan mukmin untuk berperang iaitu kerana mereka adalah orang yang memulakan peperangan. Ayat 32.
 
 
# Ayat ini perlu di baca bersama dengan ayat lain yang lebih jelas, yang mana Allah swt perintah memerangi setakat mana musuh Islam memerangi. Dan melarang umat Islam memulakan peperangan. Surah Al Baqarah: 190
 
 
# Amalan Rasul Allah SAW jelas, di mana baginda membenarkan umat Yahudi tinggal di Madinah di masa hidup baginda, selama mana mereka menghormati perjanjian.
 
# Islam adalah agama sempurna, yang ada peraturan untuk semua keadaan, maka banyak ayatnya juga adalah undang-undang tentera, yang menerangkan hak tentera Mukmin dalam perang.
 
# Peraturan perang ini juga digunapakai oleh negara-negara dahulu dan sekarang, untuk tentera mereka
 

Ayat ketiga: Surah An Nisa: 91

 

# Ayat ini menyeru kepada memerangi orang kafir yang tangan mereka tidak berhenti memerangi orang-orang beriman.

# Sebagai tambahan, ayat sebelumnya dari surah yang sama juga menyebutkan bahawa adalah dibenarkan untuk membuat perjanjian damai dengan sesiapa yang memohon keamanan dan tidak memerangi orang beriman atau membahayakan mereka. (Surah An Nisa 4:90)
 
Ayat Keempat:Surah Muhammad: 4
 
# Ayat ini memberi penerangan tentang hak tentera beriman di dalam tentera Islam, semasa peperangan dan medan peperangan, dan ia adalah hak untuk membunuh orang kafir yang memerangi mereka
 
# Ia juga menerangkan bahawa tentera beriman mempunyai hak untuk mengambil tawanan, serta kebebasan dalam menguruskan mereka, jadi terpulang samada untuk membebaskan tawanan tanpa pertukaran, atau menukarkan mereka, serta meminta tebusan dll.
 
 
# Telah disebutkan Quran melibatkan banyak isu, politik, keluarga, dan tidak terkecuali, peraturan perang.
 
Kelima
 
 
# Orang yang mengkritik undang-undang Islam sebagai menindas, kena terangkan skala dan standard emas yang mana dia gunakan untuk menentukan (apa itu) keadilan dan kezaliman, yang seterusnya didasarkan dalam membuat keputusan bahawa wanita harus disetarafkan dengan seorang lelaki dalam semua perkara, walaupun kita semua melihat bahawa wanita tidak setaraf dengan lelaki dalam semua perkara.

# Orang yang mengkritik juga kena analisis undang-undang Islam secara menyeluruh, bukan ambil satu bab dan anggapnya sebagai terpisah dengan undang-undang lain.

# Lelaki dibebankan dengan lebih banyak tanggungjawab dalam syariat Islam, lebih dari wanita.

Sayed AS beri contoh : Ada dua orang, salah seorang diberikan tugasan untuk membina 5 tingkat dan seorang lagi harus membina 10 tingkat; adakah adil jika saya memberikan mereka jumlah bahan binaan dan wang yang sama untuk pembinaan bangunan tersebut? Dan jika saya memberikan orang yang membina 10 tingkat dua kali lebih banyak dari orang yang membina 5 tingkat, adakah betul jika ada orang datang dan mengatakan, "Kamu zalim, mereka berdua berkerja untuk kamu, tetapi kamu tidak memberikan mereka secara adil"?

 
 
 

 

 

Nota Dari Kitab Pengikut Isa Ke 13 Bab 5: Bilangan Dajjal (Antichrist)

Disciple
 
Soalan 5: Sesetengah orang menyebut dari Paderi Zakaria Botros setelah beliau mengira nombor 666 dari kitab wahyu, beliau mendapati "syaitan datang dari Makkah" dan niat beliau jelas. Apa pandangan Sayed Ahmad Al Hassan?

 
Jawaban:
 
# Sayed Ahmad mengatakan ini adalah satu pengiraan yang sia-sia, kerana ayat tersebut menyebutkan bilangan nama binatang tersebut sama dengan nombor tersebut. (666)
 
# Jadi adakah "syaitan datang dari Makkah" adalah nama seseorang? atau ia hanyalah satu susunan perkataan berdasarkan prejudis terhadap rasul Allah Muhammad SAW?
 
# Berikut adalah teks penuh untuk difahamkan oleh setiap orang yang berakal: Kitab Wahyu Bab 13:
 
1 Kemudian aku melihat seekor binatang keluar dari dalam laut. Binatang itu mempunyai sepuluh tanduk dan tujuh kepala. Pada setiap tanduk ada sebuah mahkota dan pada setiap kepala tertulis satu nama yang mengkufuri Allah. 
 
2 Binatang yang aku lihat itu kelihatan seperti harimau bintang, kakinya seperti kaki beruang dan mulutnya seperti mulut singa. Naga itu memberi binatang itu kekuatannya sendiri, takhtanya, dan kekuasaannya yang besar. 
 
3 Salah satu kepala binatang itu mempunyai parut daripada luka yang parah sekali, tetapi luka itu sudah sembuh. Semua penduduk dunia kehairanan dan mengikut binatang itu. 
 
4 Semua orang menyembah naga itu kerana naga itu sudah memberikan kekuasaannya kepada binatang itu. Mereka juga menyembah binatang itu sambil berkata, “Siapakah seperti binatang ini? Siapakah dapat melawannya?”
 
5 Binatang itu dibenarkan mengkufuri Allah dan dibenarkan memerintah selama empat puluh dua bulan.
 
6 Binatang itu mula mengkufuri Allah, nama Allah, tempat kediaman Allah, dan semua yang tinggal di syurga. 
 
7 Binatang itu dibenarkan melawan umat Allah serta mengalahkan mereka. Binatang itu diberikan kekuasaan atas setiap suku, negara, bahasa, dan bangsa.  
 
8 Semua orang yang hidup di bumi akan menyembah binatang itu, kecuali orang yang nama mereka terdaftar di dalam Kitab Orang Hidup. Nama-nama itu ditulis sebelum dunia ini diciptakan, dan kitab itu dimiliki oleh Anak Domba yang sudah disembelih. 
 
9 “Oleh itu, jika kamu bertelinga, dengarlah! 
 
10 Sesiapa yang harus ditawan, pasti akan ditawan; sesiapa yang harus dibunuh dengan pedang, pasti akan dibunuh dengan pedang. Itulah sebabnya umat Allah mesti tabah hati dan setia kepada Kristus.” 
 
11 Lalu aku nampak seekor binatang lain keluar dari dalam bumi. Binatang itu mempunyai dua tanduk seperti tanduk anak domba, dan suaranya seperti suara naga.
 
12 Binatang ini menggunakan kekuasaan besar binatang pertama itu di depan matanya. Semua penduduk dunia dipaksa untuk menyembah binatang pertama, yang luka parahnya sudah sembuh.
 
13 Binatang kedua ini melakukan mukjizat-mukjizat yang hebat. Di hadapan semua orang, api diturunkannya dari langit ke bumi. 
 
14 Binatang kedua ini diizinkan oleh Allah untuk melakukan mukjizat-mukjizat di hadapan binatang pertama. Dengan mukjizat-mukjizat itu, binatang kedua ini menipu semua orang yang hidup di bumi dan menyuruh mereka membuat sebuah patung untuk menghormati binatang pertama yang sudah dilukai oleh pedang, tetapi tetap hidup. 
 
15 Binatang kedua ini dibolehkan memberikan nyawa kepada patung itu, sehingga patung itu dapat berkata-kata dan membunuh semua orang yang tidak mahu menyembahnya. 
 
16 Binatang kedua ini memaksa semua orang: orang biasa dan orang besar, orang kaya dan orang miskin, abdi dan orang bebas, supaya menerima tanda pada tangan kanan atau dahi mereka. 
 
17 Tidak seorang pun dapat membeli ataupun menjual sesuatu, kecuali dia mempunyai tanda itu, iaitu nama binatang itu sendiri atau nombor yang melambangkan nama itu. 
 
18 Hal ini memerlukan kebijaksanaan. Sesiapa yang bijak dapat memahami erti nombor binatang itu, kerana nombor itu melambangkan nama seorang manusia. Nombor itu 666.
 
# Nombor 666 ini terdapat perbezaan pendapat padanya. Manuskrip awal yang dijumpai di Al Bahnasa, Mesir, setelah diukur umurnya, mendapati nombornya adalah 616. Ukuran dibuat oleh para Saintis di Universiti Oxford, dan umurnya adalah 100 tahun lebih tua dari versi yang lain.
 
# Oleh sebab percanggahan ini, seorang yang adil dan mencari kebenaran akan jelas bahawa ini adalah prejudis ke atas Rasul Allah SAW.
 
# Sayed Ahmad juga menyebut mereka sebagai pengikut syaitan. Macam mana mahu kenal pengikut syaitan? Melalui buahnya, hasil dari pokoknya. Buah ini adalah sifat mereka yang mencaci, dan penggunaan perkataan kotor. Mereka akan dikenali sebagai syaitan yang diprovok oleh syaitan.
 
# Tuduhan pendeta-pendeta Kristian ini adalah kerana perbuatan ganas orang-orang Wahabi yang dilihat oleh non Muslim sebagai ajaran Islam.
 
# Jadi Sayed Ahmad AS mengatakan bahawa tidak adil menyalahkan Muhammad SAW atas tindakan orang-orang Wahabi. Sedangkan Quran mengkritik mereka dan jenayah mereka.
 
# Orang yang membebankan Rasul Allah SAW atas tindakan Wahabi adalah seolah-olah menyalahkan Jesus AS, agama Kristian, Taurat dan Injil atas tindakan Constantine dan mereka yang sepertinya. Atau tindakan gereja selama beberapa ratus tahun ini, yang membunuh, menyeksa menghukum manusia atas slogan kekufuran, syirik dan sebagainya.  
 

Nota Dari Kitab Pengikut Isa Ke 13 Bab 4.2: Cara Mengenal Khalifah Allah Dari Taurat Dan Injil

Disciple
Ayat dari Kitab Perjanjian Lama yang merujuk kepada Nabi Muhammad SAW adalah dari kitab Genesis (Kejadian), Bab 21
 
14 Awal pagi esoknya, Abraham memberikan makanan dan satu kirbat kulit berisi air kepada Hagar. Dia meletakkan budak itu pada belakang Hagar dan menyuruhnya pergi dari situ. Lalu Hagar berangkat dan mengembara di padang gurun Bersyeba. 15 Apabila air di dalam kirbat sudah habis, Hagar meletakkan anaknya di bawah belukar,16 lalu pergi duduk kira-kira 100 meter dari tempat itu. Dia berkata dalam hati, “Aku tidak sanggup melihat anakku mati.” Lalu dia menangis. 17 Allah mendengar suara Ismael dan dari langit malaikat Allah berkata kepada Hagar, “Apakah yang engkau susahkan, Hagar? Janganlah takut. Allah sudah mendengar tangisan anakmu. 18 Pergilah kepada anakmu, angkatlah dan tenangkanlah dia. Aku akan menjadikan keturunannya suatu bangsa yang agung.19 Kemudian Allah membuka mata Hagar sehingga dia nampak sebuah perigi. Oleh itu dia pergi mengisi kirbat itu dengan air, kemudian dia memberikan minuman kepada anaknya. 20 Allah menyertai Ismael. Anak itu bertambah besar; dia tinggal di padang gurun Paran dan menjadi pemburu yang mahir. 21 Ibunya mengahwinkan dia dengan seorang wanita Mesir. 
 
1. Seorang yang rasional pasti tidak akan mengatakan bahawa sebuah bangsa yang besar ini merujuk kepada sebuah bangsa jahiliyah yang menyembah berhala dan mengamalkan budaya pagan seperti membunuh anak perempuan dan sebagainya.
 
2. Jadi yang dimaksudkan dari "bangsa yang agung ini" adalah para Nabi dan pemimpin dari keturunan Ismail, iaitu Muhammad SAW dan Ahlulbaitnya AS.
 

#Nota Kaki: Ada sesetengah tafsiran merujukkan "bangsa yang agung" kepada Bani Israel. Namun ini semua meleset, kerana disebutkan dalam Kitab Bilangan (Numbers) 14:11-12
 
11 TUHAN berfirman kepada Musa, “Berapa lama lagi umat ini melawan Aku? Sampai bilakah mereka tidak mahu percaya kepada-Ku, walaupun Aku sudah mengadakan begitu banyak mukjizat di kalangan mereka? 12 Aku akan mendatangkan wabak dan membinasakan mereka, tetapi Aku akan menjadikan engkau bapa suatu bangsa yang lebih besar dan lebih kuat daripada mereka!”
 
Juga di dalam Bible, Allah swt mendefinasikan "agung" sebagai merujuk kepada para utusannya.
 
30 Malaikat itu berkata kepadanya, “Janganlah takut, Maria, kerana Allah berkenan kepada engkau.31Engkau akan mengandung, lalu melahirkan seorang anak lelaki. Hendaklah engkau menamakan Dia Yesus. 32 Dia akan menjadi agung dan akan disebut Anak Allah Yang Maha Tinggi. Tuhan Allah akan menjadikan Dia raja seperti Daud, nenek moyang-Nya. Luke (Lukas) 1:30-32
 
Keagungan ini juga disebutkan untuk John The Baptist. Maka jelas dari sini, perkataan agung bukanlah untuk satu bangsa, tetapi merujuk kepada utusan Allah swt. 
 
Atau patutkah mereka dengki kepada manusia disebabkan nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab  dan hikmat, dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar. An Nisa 4:54

 
Antara teks lain yang menyebut Muhammad SAW dari kitab Perjanjian Lama dan Baru adalah seperti berikut:
 
Kitab Habakuk, Bab 3
 
Inilah doa Nabi Habakuk: Ya TUHAN, aku telah mendengar tentang perbuatan-Mu, rasa kagum memenuhi hatiku. Semoga Engkau melakukan lagi perbuatan-Mu yang ajaib pada zaman kami. Kasihanilah kami walaupun Engkau murka.Engkau datang lagi dari Teman; Engkau Allah yang suci datang dari perbukitan Paran. Keagungan-Mu meliputi langit; bumi penuh dengan pujian untuk-Mu.Engkau datang dan bersinar seperti kilat; cahaya memancar dari tangan-Mu, di situlah kuasa-Mu disembunyikan. Engkau menyuruh penyakit mendahului-Mu dan mengarah maut menyusuli-Mu.
 

#Nota Kaki: "Teman" merujuk kepada "arah kanan" atau "selatan".  http://bibleatlas.org/teman.htm

 

 

 
 

 

 


 
Maksud teks di atas:
 
>>> Engkau datang lagi dari Teman<<< : Bermaksud Allah datang dari Yaman.
 
>>> Engkau Allah yang suci datang dari perbukitan Paran<<< : Bermaksud orang yang suci, yang akan datang dari Makkah. #
 

Nota Kaki
 
# Sayed Ahmad AS kemudian menukilkan beberapa teks dari Bible yang menunjukkan perbukitan Paran adalah tanah Hijaz, Makkah. Halaman 20 13th Disciple.
 
# Kepada mereka yang berkeras mengatakan bahawa perbukitan Paran ini adalah selatan dari Sinai(kerana perkataan Teman juga bermaksud selatan), maka Sayed Ahmad AS kata, mereka kena buktikan peristiwa besar yang terjadi di selatan Sinai selepas Musa AS dan Isa AS. Sehingga boleh disebut sebagai "kedatangan Tuhan". 
 
# Mereka juga kena jawab apa yang disebutkan di dalam Bible, Kitab Genesis(Kejadian) 17:20 :
 
"Aku sudah mendengar permintaanmu untuk Ismael. Oleh itu Aku akan memberkati dia dan memberi dia banyak anak dan keturunan. Dia akan menjadi nenek moyang dua belas ketua suku, dan Aku akan menjadikan keturunannya suatu bangsa yang agung."
 
# Jadi, di manakah bangsa agung yang wujud di selatan Sinai, atau adakah mereka berittikad bahawa Allah SWT sudah memungkiri janjinya?
 
# Sayed Ahmad AS menyebutkan: "Urusan Al Yamani bukanlah satu perkara baru, malah Muhammad SAW juga dikenali di kalangan Ahli Kitab dan dijanjikan sebagai Al Yamani. Inilah sebabnya bangsa Yahudi meninggalkan tanah suci yang sangat penting kepada mereka, dan tinggal di tanah yang dipanggil Yaman, iaitu bumi yang sejarahnya dikenali sebagai Yaman, bukan negara/kawasan yang kini dikenali sebagai Yaman. Dan Madinah juga adalah sebahagian dari Yaman. Dan Yahudi dari Yaman masih lagi menganggap ia sebagai watan mereka, kerana mereka juga dijanjikan dengan kedatangan Yamani, dan mereka menantikan beliau, iaitu Muhammad SAW dan Yamani dari keturunan baginda SAW, tepat seperti yang dijanjikan dengan sebutan Ahmad, dan ia merujuk kepada lebih dari seorang personaliti, pada waktu yang berbeza. Jadi, Yamani yang pertama diutuskan di bumi Yaman, yakni Makkah kerana ia sebahagian dari Yaman. Dan Yamani kedua dari keturunan Yamani Pertama akan diutuskan di timur, sebagai satu perjalanan pulangnya agama Ibrahim ke tempat asalnya, Iraq. Inilah sebabnya kebanyakan kuburan Imam adalah di Iraq walaupun mereka tidak dilahirkan di Iraq. Ini adalah apa yang Allah mahukan, agar ia dapat membuktikan kembalinya agama Ibrahim ke Iraq oleh Yamani yang dijanjikan oleh tiga agama." 

 
# Oleh kerana Allah swt tidak mungkin bergerak, ke mana sekalipun, kerana ia akan menolak KetuhananNya, maka orang yang datang dari Teman/Yaman pasti bukan Tuhan.
 
# Tambahan pula sifat yang disebut kepadanya seperti tangan tidak mungkin dapat dinisbahkan kepada Tuhan. >>.4 Engkau datang dan bersinar seperti kilat; cahaya memancar dari tangan-Mu, di situlah kuasa-Mu disembunyikan. 5 Engkau menyuruh penyakit mendahului-Mu dan mengarah maut menyusuli-Mu.<<<
 
# Jadi yang datang itu bukan Tuhan, tetapi hamba Tuhan, Muhammad SAW dan keturunannya AS, mereka semua adalah Yamani. Mereka adalah Allah di kalangan makhluk, seperti yang diterangkan oleh Sayed Ahmad AS di banyak tempat. Muhammad SAW adalah Allah yang datang di Paran.
 
# Isa AS sendiri menyebutkan Teman sebagai Yaman dari lisannya apabila beliau menyebut Permaisuri Yaman sebagai Permaisuri Selatan (Teman).Kitab Matthew Bab 12:
 
42 Pada Hari Kiamat kelak, ratu dari Selatan akan bangkit bersama-sama orang zaman ini, lalu menuduh kamu kerana ratu itu datang dari hujung bumi untuk mendengar ajaran Raja Salomo yang bijak itu. Ketahuilah, di sini sekarang ada yang lebih besar daripada Raja Salomo!” 
 
Dalam kitab Luke, Bab 11:
 
31 Pada Hari Pengadilan kelak, ratu dari selatan akan bangkit lalu menuduh orang zaman ini. Ratu itu datang dari hujung bumi untuk mendengar ajaran yang bijak daripada Raja Salomo. Ketahuilah, di sini sekarang ada yang lebih besar daripada Raja Salomo! 
 
# dan ketahuilah ajaran, ilmu dan kebijaksanaan yang dibawa oleh Muhammad SAW adalah sangat agung lagi besar sehingga mustahil ia datang dari baginda, melainkan ia dari Allah SWT. Ini diakui sendiri oleh penulis Kristian Perancis,  Maurice Bucaille dalam bukunya, The Bible, the Quran and Science. The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge

 

 

 
 
# Muhammad SAW juga menuntut dan memperjuangkan Ketuanan Allah, dan menyatakan bahawa kebenaran ada di jalan ini, serta mana-mana Muslim yang meninggalkannya akan tergolong dari kumpulan yang sesat. Sayed Ahmad AS quote Hadis Nabi SAW tentang 73 kumpulan Islam.
 

عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ ، قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص.م. اِنَّ بَنِيْ  اِسْرَائِيْلَ تَفَرَّقَتْ عَليٰ ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً وَتَفْتَرَقَتْ اُمَّتِيْ عَليٰ ثَلاَثٍ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِيْ النَّارِ اِلاَّ مِلَّةً وَاحِيْدَةً قَالُوْا وَمَنْ هِيَ يَا رَسُوْلَ اللهِ ؟ قَالَ مَا اَنَا عَليْهِ وَاَصْحَبِيْ

“Dari ‘Abdullah bin ‘Amr, ia berkata. Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya kaum Bani Israil telah terpecah menjadi tujuh puluh dua golongan. Dan umatku akan terpecah menjadi 73 golongan. Semuanya akan masuk neraka, kecuali satu golongan”. Lalu sahabat bertanya, “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab, “Jalan aku dan sahabatku,” (Sunan al-Tirmidzi, 2565)

 
# Jadi ciri-ciri jalan kebenaran terdiri dari seorang pemimpin lantikan Allah, kerana Muhammad SAW adalah manusia lantikan Allah, yang akan memimpin para manusia yang mempercayai manusia lantikan Allah, seperti para sahabat baginda.
 
# Yang tinggal sekarang hanyalah hujah-hujah sangkaan, seperti kenapa Muhammad melakukan itu dan ini, jika dia adalah Nabi dia tidak akan buat begitu, Quran menyanggahi arabic grammar dan lain-lain, yang boleh juga dihadapkan kembali kepada mana-mana Nabi dan  agama-agama Samawi yang lain. 
 
Seseorang yang menukar penghujahan sebelum beliau memberi respon terhadap sesuatu bukti, menafikannya dan menunjukkan bahawa ia bukanlah satu bukti, maka hakikatnya beliau telah membenarkan bukti tersebut dan ideologi yang dibantahnya, serta mengsahihkan ideologi tersebut.
 
# Hujah-hujah sangkaan ini terjawab dengan sendirinya, dan ia hanyalah ciptaan para ulama sesat untuk memastikan para pengikut mereka terus mengikut mereka secara buta.
 
# Hujah yang paling murah para ulama sesat adalah dengan mempermainkan emosi pengikut mereka melalui bapa dan nenek moyang mereka. Selalu kita dengar mereka akan tanya, >>>Jadi bagaimana dengan bapa-bapa kami, nenek moyang kami, adakah mereka tidak berada di jalan benar?<<< Atau sebelum Sayed Ahmad AS, siapa yang patut bapa dan nenek moyang kami ikuti?<<< Ini adalah hujah murahan Firaun kepada Musa AS.
 
Firaun bertanya lagi: "Jika demikian, bagaimana pula keadaan kaum-kaum yang telah lalu?" Nabi Musa menjawab: "Pengetahuan mengenainya ada di sisi Tuhanku, tertulis di dalam sebuah Kitab; Tuhanku tidak pernah keliru dan Ia juga tidak pernah lupa". (Ta Ha 20:51-52)

Nota Dari Kitab Pengikut Isa Ke 13 Bab 4.1: Cara Mengenal Khalifah Allah Dari Taurat Dan Injil

DiscipleSoalan 4: Taurat telah menyebut kedatangan Isa AS. Jadi di manakah janji kedatangan Muhammad SAW?
 

Jawaban:
 
1. Sayed Ahmad AS mempertikaikan akan keperluan kepada penyebutan nama secara direct, kerana nama Isa AS atau Yeshua(dalam bahasa Ibrani) juga tidak disebut secara direct dalam Taurat.
 
2. Jadi yang tinggal hanyalah simbol yang menunjukkan kepada kenabian Muhammad, seperti mana pihak Kristian menafsirkan ayat-ayat simbol yang dikatakan merujuk kepada kemunculan Isa AS. (Contoh, Yesaya 7:14)
 
3. Hujah Allah dibuktikan melalui logik akal, hikmah dan ayat-ayat dari Taurat, Injil dan Quran. Sayed Ahmad AS menerangkan bahawa mesti ada keperluan kepada satu peraturan untuk mengenal Hujjah Allah di muka bumi, ini adalah lambang kebijaksanaan Illahi dan keadilanNya. Jika tidak ada undang-undang ini, maka makhluk yang diuji akan dizalimi serta mereka boleh beralasan bahawa tiada cara bagi mereka mengenali utusan Allah.
 
4. Undang-undang ini ditetapkan dari awal, kerana wujudnya makhluk-makhluk yang diuji dari awal penciptaan, bukan semata-mata di akhir zaman, baru wujud peraturan ini. Peraturan ini sudah wujud di zaman Adam AS apabila iblis diuji dengan Adam. Maka apakah peraturan mengenalnya, seperti yang ditetapkan oleh Allah?
 
  • Allah melantik Adam AS dengan satu pengumuman
  • Kemudian Allah mengajar Adam AS hikmah dan ilmu
  • Akhirnya, Allah memerintahkan semua yang menyembahNya untuk sujud pada Adam AS
5. Undang-undang ini adalah tiga sahaja iaitu:
  • Wasiat, atau teks/nas
  • Hikmah dan ilmu
  • Panji ketuanan Allah SWT
Wasiat
 
6. Bukalah helaian-helaian Taurat, dan lihat samada para Nabi meninggalkan wasiat berkaitan penggantinya atau tidak. Di dalam kitab Ulangan(Deutoronomy) Bab 31:
 
14 Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “Engkau tidak akan hidup lama lagi. Panggillah Yosua dan bawalah dia ke Khemah-Ku, supaya Aku dapat memberikan petunjuk kepadanya.” Musa dan Yosua masuk ke dalam Khemah TUHAN, 15 dan TUHAN menampakkan diri kepada mereka dalam tiang awan dekat pintu Khemah TUHAN.
 
Kitab Ulangan (Numbers) Bab 33:
 
1 Sebelum meninggal, Musa, hamba Allah itu, memberkati umat Israel dengan kata-kata ini:2 TUHAN datang dari Gunung Sinai; Dia terbit seperti matahari di atas Edom, dan dari Gunung Paran Dia menyinari umat-Nya. Beribu-ribu malaikat menyertai Dia; pada tangan kanan-Nya ada api yang bernyala-nyala. 3 TUHAN mengasihi umat-Nya; Dia melindungi semua orang yang menjadi milik-Nya. Itulah sebabnya kita sujud di hadapan-Nya, dan mentaati perintah-Nya.
 

(Nota Kaki: Dari Kitab Penutup Para Nabi, oleh Sayed Ahmad AS, disebutkan bahawa Tuhan akan datang, terbit dan menyinari umatnya di tiga tempat iaitu Sinai, Edom dan Paran. Oleh sebab Tuhan tidak mungkin datang dan pergi, bergerak dan sebagainya, kerana Maha Tinggi Allah dari sifat tersebut, maka sifat bergerak ini merujuk kepada para manusia lantikan Allah.
 
Sinai: Tempat manifestasi kebesaran Allah SWT pada Musa AS. Jadi ini merujuk kepada Musa AS
Edom/ Seir: Merujuk kepada Jerusalem. Disebabkan ini tidak terjadi di zaman Musa AS, gereja menafsirkan ini sebagai ramalan yang merujuk kepada Isa AS.
Paran: Merujuk kepada Makkah dan sekelilingnya, di mana Ismail (Ishmael) AS dan bapanya Ibrahim (Abraham) AS membina Kaabah, serta keturunan mereka tinggal di sana(menjadi orang Arab). Di sini adalah tempat kemunculan Rasul Allah Muhammad SAW.
 
Perhatikan dari ayat Bible di atas bahawa sifat gerakan "Tuhan" ini disebutkan di dalam bentuk menaik, yakni 1. datang 2. terbit dan 3. menyinari. Sayed Ahmad AS menyebutkan rangkap ini ada disebutkan di dalam Doa Al Semat dari Imam AS.

 
 
Kitab 1 Raja-raja, Bab 1
 
33 Raja Daud bertitah kepada mereka, “Bawalah Salomo, putera beta, ke mata air di Gihon. Biarlah dia menunggangi baghal beta dan bawalah bersama-sama kamu para pegawai istana. 34 Di sana hendaklah Zadok dan Natan melantik Salomo menjadi raja Israel. Selepas itu tiuplah trompet dan bersoraklah, ‘Daulat Tuanku Raja Salomo!’ 35 Iringilah dia kembali ke sini supaya dia menduduki takhta beta. Dia akan menggantikan beta sebagai raja kerana dialah yang telah beta pilih untuk menjadi penguasa di Israel dan Yehuda.” 36 “Baik, tuanku,” jawab Benaya. “Semoga perkara ini disahkan TUHAN, Allah tuanku. 37 Sebagaimana TUHAN telah menyertai tuanku, semoga Dia juga menyertai Salomo dan menjadikan kerajaannya lebih makmur daripada kerajaan tuanku.”
 
Kitab 1 Raja-raja, Bab 2
 
1 Apabila Raja Daud sudah hampir mangkat, baginda memanggil Raja Salomo, putera baginda, dan memberikan pesannya yang terakhir. 2 Raja Daud bertitah, “Masa kemangkatan beta sudah sampai. Hendaklah engkau yakin dan berani. 3 Lakukanlah apa yang diperintahkan TUHAN, Allahmu kepadamu. Taatilah semua hukum dan perintah-Nya yang tertulis di dalam Taurat Musa, supaya ke mana sahaja engkau pergi, engkau akan berjaya dalam segala usahamu. 4 Jika engkau taat kepada TUHAN, Dia akan menepati janji yang dibuat-Nya ketika Dia memberitahu beta bahawa keturunan beta akan memerintah Israel, selama mereka benar-benar mentaati semua perintah-Nya dan setia terhadap-Nya dengan segenap hati dan jiwa mereka.
 

#Nota kaki: Kaedah penamaan orang yang akan menggantikan mereka adalah satu kaedah yang jelas di sisi kitab Kristian juga Yahudi, malah ia juga selagi dengan Quran, Kitabullah. Sebagai contoh:
 
Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". (2:132)
 
Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan [tanda-tanda] maut, jika ia meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf, [ini adalah] kewajiban atas orang-orang yang bertakwa. (Al Baqarah: 180)
 
#Dan sudah tentu, Nabi Muhammad SAW juga mengamalkan perintah Allah SWT ini kerana mustahil baginda akan menyanggahi Quran.
 

 
 
7. Dan di minta juga kaum Kristian dan Yahudi berfikir, ada atau tidak para Nabi mereka berhujah membuktikan dirinya dengan ilmu dan hikmah? Berikut adalah beberapa hujah dari Quran dan Bible bahawa manusia lantikan Allah akan berhujah dengan ilmunya serta hikmah.
 
Yusuf (Joseph) menggunakan ilmunya dalam menafsir mimpi Kitab Kejadian/ Genesis: 41:33
 
15 Raja bertitah kepadanya, “Beta sudah bermimpi, tetapi tiada seorang pun dapat menjelaskan erti mimpi itu. Beta sudah diberitahu bahawa kamu dapat mentafsirkan mimpi.” 16Yusuf menjawab, “Tuanku, bukan hamba melainkan Allah yang dapat memberikan tafsiran yang baik bagi tuanku.” (Kejadian/ Genesis: 41:15-16) Kemudian Firaun berkata: 33 Oleh sebab itu, sebaiknya tuanku memilih seorang yang cerdas dan bijaksana lalu memberinya kuasa untuk mengurus negeri ini. 
 
Danial AS juga menggunakan ilmunya menafsir mimpi Raja Nebuchednezzar dari Kitab Danial 2:45-46
 
45 Tuanku nampak batu itu jatuh dari tebing dengan sendirinya, serta menimpa patung yang dibuat daripada besi, gangsa, tanah liat, perak, dan emas itu. Allah yang besar sedang memberitahu tuanku hal masa depan. Itulah mimpi tuanku yang sebenarnya, dan tafsirannya dapat dipercayai.” 46Kemudian Raja Nebukadnezar pun sujud di hadapan Daniel dan memerintahkan agar korban bijirin dan kemenyan dipersembahkan kepada Daniel.
 
Isa (Jesus) AS juga serupa, dan ayat pembuktiannya dari Bible ada banyak. Salah satunya adalah dari kitab Matius 13: 54-55
 
54 lalu balik ke kampung halaman-Nya. Di sana Dia mengajar di rumah ibadat, dan orang yang mendengar-Nya hairan. Mereka bertanya, “Dari manakah dia mendapat kebijaksanaan seperti itu? Dari manakah dia mendapat kuasa untuk melakukan mukjizat? 55Bukankah dia anak tukang kayu? Bukankah Maria itu ibunya, dan Yakobus, Yusuf, Simon, serta Yudas itu saudaranya? 
 
Dan dari Quran juga banyak ayat yang menunjukkan para manusia lantikan Allah dikenali melalui ilmunya. Sebagai contoh adalah Nabi Allah Ibrahim AS:
 
" Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu oleh itu ikutlah daku; aku akan memimpinmu ke jalan yang betul. (Mariam 19:43)
 
Nabi Allah Musa AS:
 
Dan ketika Musa sampai ke peringkat umurnya yang cukup kekuatannya dan sempurna, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikian Kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Al Qasas 28:14)
 
Nabi Allah Isa AS:
 
Dan ketika Nabi Isa datang (kepada kaumnya) dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa hikmat (ajaran Tuhan), dan untuk menerangkan kepada kamu: sebahagian dari (perkara-perkara ugama) yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku. (Az Zukhruf 43:63)
 

 

 

 

Nabi Allah Muhammad SAW:
 
Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang yang Ummiyyin, seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka, serta mengajarkan mereka Kitab Allah dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelum itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Al Jumuah 62:2)

 

 
8. Dan para Nabi juga semua mereka menyeru kepada ketuanan Allah, ini disebutkan di dalam Taurat. Apa itu ketuanan Allah? Ringkasnya:
 
"Hukum, undang-undang serta syariat, semua penetapannya terletak di tangan Allah, dan manusia yang akan menguatkuasakan undang-undang ini juga adalah ditentukan oleh Allah, manusia tidak dibenarkan dan tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan ini. Oleh itu, kita lihat semua khalifah Allah adalah diutuskan oleh Allah. Tanggungjawab manusia adalah untuk patuh kepada mereka."
 

 
#Notakaki:Contoh-contoh ini wujud banyak di dalam taurat. Kitab Ulangan (Deautoronomy), Bab 17:
 
14“Setelah kamu memiliki tanah yang akan diberikan TUHAN, Allah kamu kepada kamu, dan kamu sudah menetap di sana, mungkin kamu menginginkan seorang raja seperti bangsa-bangsa di sekeliling kamu. 15Pastikanlah bahawa orang yang kamu pilih menjadi raja itu adalah orang yang dipilih oleh TUHAN. Raja itu mesti orang bangsa kamu sendiri. Jangan pilih orang asing menjadi raja kamu.
 
Dan untuk Yusha bin Nun (Joshua) AS, Kitab Yosua, bab 1:
 
1 Selepas kematian Musa hamba TUHAN itu, TUHAN berfirman kepada Yosua anak Nun, penolong Musa… 10 Selepas itu Yosua mengarah para pemimpin Israel supaya… 13 “Ingatlah! Musa, hamba TUHAN itu sudah memberitahu kamu bahawa TUHAN, Allah kamu akan memberikan tanah di sebelah timur Sungai Yordan untuk menjadi tempat tinggal kamu. 16 Mereka berkata kepada Yosua, “Kami akan melakukan segala yang tuan katakan, dan pergi ke mana sahaja tuan suruh kami pergi. 17 Kami akan taat kepada tuan sebagaimana kami sentiasa taat kepada Musa. Semoga TUHAN, Allah tuan menyertai tuan sebagaimana Dia telah menyertai Musa! 18 Setiap orang yang tidak mahu tunduk kepada kekuasaan tuan atau tidak taat kepada salah satu perintah tuan akan dihukum mati. Hendaklah tuan yakin dan berani!”
 
Al Quran juga menyebut perkara yang serupa. Sila rujuk Siri Artikel Ketuanan Allah di link berikut



 

 
9. Lihat sahaja bagaimana Musa AS membawa orang-orang beriman dari kalangan Bani Israel untuk berhijrah keluar dari Mesir, ini adalah agar dapat melaksanakan ketuanan Allah ke atas mereka. Di dalam Bible, Musa AS menjanjikan jika Bani Israel taat kepadanya, mereka akan menjadi satu umat yang suci.
 
Sekarang, jika kamu taat kepada-Ku dan setia kepada perjanjian-Ku, kamu akan menjadi umat-Ku sendiri. Seluruh bumi ini kepunyaan-Ku, tetapi kamu akan menjadi umat pilihan-Ku. Kamu akan menjadi umat yang ditahbiskan untuk diri-Ku sendiri, dan kamu akan mengabdikan diri kepada-Ku sebagai imam.” ." Kitab Exodus, Bab 19
 
 
Oleh kerana mereka mengingkari arahan untuk masuk ke kota suci, Allah menghukum mereka dengan perayauan selama 40 tahun. http://www.eramahdi.net/ringkasan-buku-2/
 
11 ‘Umat itu tidak setia kepada-Ku. Oleh itu Aku bersumpah bahawa tiada seorang pun yang keluar dari Mesir, yang berumur dua puluh tahun ke atas akan pergi ke negeri yang Aku janjikan kepada Abraham, Ishak, dan Yakub.’ 12 Semua orang kena hukuman itu kecuali Kaleb anak Yefune orang Kenas itu dan Yosua anak Nun, kerana mereka berdua setia kepada TUHAN. 13 TUHAN murka terhadap umat Israel dan membuat mereka mengembara di padang gurun selama empat puluh tahun, sehingga segenap keturunan yang memberontak terhadap TUHAN sudah meninggal. Kitab Numbers (Bilangan) bab 32
 
10. Jadi isu ini sudah selesai bagi orang berakal. Muhammad SAW datang dengan wasiat dan nas dari para khalifah sebelum baginda. Beliau juga datang dengan ilmu serta dengan misi untuk menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi.

Nota Dari Kitab Pengikut Isa Ke 13 Bab 3: Wanita Berselimut Matahari Dan Bulan

Disciple

 

Soalan 3: Imam Ahmad Al Hassan telah menerangkan bahawa wanita yang berpakaian matahari dan bulan di dalam mimpi John/ Yohannes, adalah ibu Imam Mahdi AS. Bagaimanapun para paderi dan gereja menyatakan sebaliknya. Jadi, bagaimana beliau AS membuktikan perkataannya?
 

 
Jawaban Sayed Ahmad AS:
 
Bahagian Pertama
 
Soalan di atas adalah berkaitan ayat berikut: Kitab Wahyu, Bab 14
 
1 Kemudian terlihat di langit sesuatu yang ajaib dan luar biasa: Seorang wanita berpakaian matahari dan kakinya beralaskan bulan. Dia memakai sebuah mahkota yang terdiri daripada dua belas bintang, pada kepalanya. 2 Dia sedang mengandung dan masa bersalin sudah tiba. Oleh itu, dia berteriak kerana kesakitan.
 
5 Kemudian wanita itu melahirkan seorang anak lelaki yang akan memerintah dan menguasai semua bangsa dengan tangan besi. Tetapi anak itu direnggut daripada wanita itu dan dibawa kepada Allah yang duduk di atas takhta.
 
11Saudara-saudara kita telah mengalahkan dia dengan darah Anak Domba dan dengan berita daripada Allah yang diisytiharkan mereka. Mereka tidak cuba menyelamatkan diri, tetapi rela mengorbankan nyawa.
 
12 Oleh itu, bersukacitalah, hai syurga dan semua yang tinggal di syurga! Tetapi malanglah bumi dan laut, kerana Iblis telah turun kepadamu. Dia sangat marah, kerana tahu bahawa masanya tinggal sedikit.”
 
13Ketika naga itu menyedari dirinya sudah dibuang ke bumi, naga itu mula mengejar wanita yang telah melahirkan anak lelaki itu.
 
17Naga itu sangat marah terhadap wanita itu, sehingga memerangi semua keturunan lain daripada wanita itu. Mereka itu semua orang yang taat kepada perintah Allah dan setia kepada ajaran yang dinyatakan oleh Yesus
 
1. Kristian menafsirkan "wanita" dalam ayat diatas sebagai gereja. Sayed Ahmad AS mengatakan ini jauh dari kebenaran. Sedangkan pendeta Kristian juga menafsirkan Isa AS sebagai anak gereja. Namun hakikatnya Isa AS diutuskan sebelum wujud atau adanya institusi gereja.
 
2. Dan menafsirkan wanita itu sebagai Mariam AS juga adalah tidak tepat, kerana:
 
  • Jika wanita itu adalah Mariam AS, maka siapa anaknya?
  • Siapakah 12 bintang, matahari dan bulan?
  •  
3. Jika mereka menafsirkan wanita itu sebagai Mariam AS, maka mereka memerlukan 15 lagi watak untuk menafsirkan mimpi ini dengan tepat.
 
 
4. Dan adakah Isa AS " memerintah dan menguasai semua bangsa dengan tangan besi"?
 
 
5. Atau adakah Mariam AS mempunyai zuriat lain selain Isa AS yang dikenali sebagai pelindung agama, iaitu sebagai seorang Rasul atau Khalifah? Yang akan sentiasa diperangi oleh syaitan seperti yang disebut dalam mimpi di atas. -Tiada-
 
 
6. Seperkara lagi, mimpi selalunya akan menerangkan perkara masa hadapan, kerana jika ia menerangkan perkara kelmarin contohnya, atau perkara yang sudah terjadi, maka ia akan kehilangan makna atau tujuan. Sebabnya, kebanyakan orang dah tahu perkara yang terjadi sebelumnya.
 
 
7. Mimpi John/Yohannes terjadi lama selepas Mariam AS melahirkan Isa AS, maka telah sempurna misi Isa AS dan beliau telah diangkat. Jadi mimpi Yohannes adalah berkaitan perkara ghaib, yang akan terjadi di masa hadapan, bukan perkara sejarah yang sudah terjadi. 
 
 
8. Apa yang telah disebut sebelum ini, semuanya menafikan wanita ini sebagai Mariam AS.
 
 
Perkara Kedua
 
1.  Sebelum Sayed Ahmad AS menerangkan makna mimpi ini, beliau menekankan bahawa mimpi adalah kata-kata Tuhan. Seperti juga Taurat, Injil, dan Quran, maknanya berbeza pada waktu dan tempat yang berbeza.
 
2.  Matahari mungkin boleh membawa maksud Nabi dan Rasul di satu tempat, namun maksudnya boleh jadi juga sebagai ibu bapa dalam mimpi yang lain. Mungkin kita melihat seseorang tertentu dalam mimpi, tetapi bukan orang itu yang dimaksudkan. (Contoh: Ana(auzubillahi minal ana) pernah bermimpi berjumpa Sayed Khamenei dan makan bersamanya. Mungkin benar itu adalah orangnya, mungkin tidak, mungkin Aimmah AS, yang datang dalam bentuk Sayed Khamenei)
 
3. Jadi mimpi adalah firman Allah, ia boleh dalam bentuk simbol, tanda-tanda isyarat, hikmah Illahi seperti mana wahyu, kata-kata para Nabi dan firman Allah SWT dalam kitab-kitab suci.
 
Sayed Ahmad AS menyambung, bahawa jika perkara ini sudah jelas, maka:
 
4. Wanita di dalam mimpi tersebut adalah ibu kepada Imam Mahdi AS pada satu waktu, kerana beliau dikelilingi oleh matahari, bulan dan 12 bintang, iaitu Muhammad, Ali, Fatimah, dan semua Imam sehinggalah Imam Mahdi AS, total = 14.
 
5. Anak yang akan wanita ini lahirkan adalah Mahdi Pertama, yang disebutkan dalam wasiat Nabi SAW. Jadi jumlah keseluruhan menjadi 15 seperti yang disebutkan dalam mimpi ini, syaitan dari kalangan jin dan manusia memerangi keturunan wanita ini, kerana mereka semua adalah khalifah Allah di muka bumi.
 
6. Gambaran wanita ini melahirkan seorang anak yang tidak terus daripadanya, maka realitinya, wanita ini melahirkan Imam Mahdi AS iaitu asal semua para Mahdi.
 
7. Ambil perhatian bahawa mimpi ini boleh berubah maksudnya di waktu yang lain, kerana wanita ini melahirkan orang yang sama, iaitu paksi kepada mimpi ini. Maka di waktu lain, wanita ini boleh juga merupakan Fatimah AS, dan 15 orang itu adalah bapanya, ibunya, suaminya, dan 11 Imam dari anak-anaknya, dan rahsia yang yang diamanahkan kepadanya, iaitu Imam ke 12, Imam Mahdi AS, paksi kepada mimpi ini.
 

Nota Dari Kitab Pengikut Isa Ke 13 Bab 2: Tunas Yang Tumbuh Dari Keturunan Daud AS

Disciple
 
Soalan: Gereja menafsirkan "Tunas Yang Tumbuh Dari Keturunan Daud AS" sebagai Isa/Yesus AS. Adakah ini benar?
 

 
Soalan anda tentang Tunas ini disebutkan didalam Surah Yesaya(Isaiah).
 
 
1 Keturunan Raja Daud seperti pokok yang sudah ditebang. Tetapi sebagaimana tunas baru tumbuh pada tunggul pokok, demikian juga seorang raja yang baru akan muncul daripada keturunan Raja Daud. 2 Kuasa TUHAN akan mengurniakan kebijaksanaan kepada dia juga pengetahuan dan kecekapan untuk memerintah umatnya. Dia mengenal kehendak TUHAN dan menghormati Dia. 3 Dia suka mentaati TUHAN. Dia tidak menghakimi orang secara sekilas pandang ataupun berdasarkan kata orang. 4 Dia menghakimi perkara orang miskin dengan adil, dan membela hak orang yang lemah. Dengan perintahnya bumi dihukum, dan orang jahat akan dibinasakan. 5 Dia akan memerintah umatnya dengan adil dan jujur. 6 Serigala akan tinggal dengan domba, dan harimau bintang akan berbaring di samping anak kambing. Anak lembu dan anak singa akan makan bersama-sama, dan kanak-kanak akan menjaga semuanya.
 
7 Lembu dan beruang akan makan bersama-sama, dan anak lembu akan berbaring di samping anak beruang. Singa akan makan rumput seperti lembu. 8 Bahkan bayi tidak akan cedera, apabila bermain dekat ular berbisa. 9 Di Sion, Bukit Suci Allah, tiada apa-apa pun yang jahat atau berbahaya. Bumi akan penuh dengan orang yang mengenal dan menghormati TUHAN sebagaimana lautan penuh dengan air. 10 Suatu hari akan tiba apabila seorang raja keturunan Raja Daud akan menjadi tanda kepada bangsa-bangsa. Mereka akan datang kepadanya, dan bangsanya sendiri akan menjadi masyhur. 11 Pada hari itu Tuhan akan sekali lagi menggunakan kuasa-Nya untuk membawa kembali umat-Nya yang masih hidup di Asyur dan Mesir, di negeri Patros, Etiopia, Elam, Babilonia, dan Hamat, serta di kawasan pantai dan di pulau-pulau. 12 TUHAN akan mengibarkan panji untuk menunjukkan kepada bangsa-bangsa bahawa Dia sedang mengumpulkan semula penduduk Israel dan Yehuda yang terserak di segala pelosok bumi dan membawa mereka pulang.
 
1. Tafsiran Kristian bahawa orang yang akan lahir ini adalah Isa AS adalah batil, bercanggahan dengan teks serta ideologi mereka.
 
2. Kristian percaya Isa AS adalah tuhan, jadi dalam teks di atas, bagaimana Isa AS disebut mentaati TUHAN, menghormati Tuhan dan dikurniakan oleh TUHAN? Mereka akan membuat takwilan, namun Sayed Ahmad AS sudah membatalkan ideologi mereka dalam kitab Tauhid.
 
3. Tambahan pula, Isa AS tidak memerintah dan bukan pula menjadi hakim pada zamannya, dan beliau tidak dapat menegakkan keadilan dan kesaksamaan pada orang yang tertindas, jadi bagaimana teks di atas boleh dirujukkan pada Isa AS?
 
4. Apa yang digambarkan di dalam teks tersebut tidak terjadi di zaman Isa AS, sebuah keadaan yang penuh dengan keamanan, keharmonian, keadilan, semua ini tidak terjadi di zaman Isa AS.     
 
5. Keseluruhan teks tersebut jauh dari apa yang diwakili Isa AS dan apa yang terjadi di zamannya.
 
  • Adakah Isa AS mengumpulkan orang yang terbuang dari Israel (Yaakob pada mereka)
  • Adakah Isa AS mengumpulkan yang berserakan dari Yehudah (Anak Yaakob pada mereka)
6. Jika mereka mengatakan Isa AS menyeru mereka dan mengumpulkan mereka dengan keimanan, maka ini juga batal, kerana seruan Isa AS dari mula sehingga pengangkatannya tidak melepasi beberapa kota.
 
7. Sedangkan berdasarkan teks ini, pada zaman indivudu yang akan diutuskan ini, manusia dari seluruh pelusuk bumi, walaupun jauh dari tempat beliau diutuskan juga akan beriman dengannya. Rujuk semula teks tersebut:
 

 

 12. DIA akan mengibarkan panji untuk menunjukkan kepada bangsa-bangsa bahawa Dia sedang mengumpulkan semula penduduk Israel dan Yehuda yang terserak di segala pelosok bumi dan membawa mereka pulang.
 

8. Perkataan Yehuda atau Judah maksudnya "Pujian" atau "Ahmad" di dalam bahasa Arab. Dalilnya:

 

35Kemudian Lea mengandung lagi dan melahirkan seorang anak lelaki. Dia berkata, “Kali ini aku akan memuji TUHAN.” Maka dia menamakan anaknya Yehuda. Kemudian Lea tidak melahirkan anak untuk beberapa lama.

 
9. Dan Israel bermaksud "Abdullah" dalam bahasa Arab, iaitu Hamba Allah. Jadi Sayed Ahmad AS menyusun semula ayat di atas seperti berikut:
 

 12. DIA akan mengibarkan panji untuk menunjukkan kepada bangsa-bangsa bahawa Dia sedang mengumpulkan semula penduduk Abdullah dan Ahmad yang terserak di segala pelosok bumi dan membawa mereka pulang.

 
10. Dan ada riwayat dari Ahlulbait AS yang menyebutkan sahabat Imam Mahdi AS yang dikumpulkan seperi awan.
 

ع

 

َلِيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ عَنْ أَبِيهِ عَنِ ابْنِ أَبِي عُمَيْرٍ عَنْ مَنْصُورِ بْنِ يُونُسَ عَنْ إِسْمَاعِيلَ بْنِ جَابِرٍ عَنْ أَبِي خَالِدٍ عَنْ أَبِي جَعْفَرٍ ع فِي قَوْلِ اللَّهِ عَزَّ وَ جَلَّ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْراتِ أَيْنَ ما تَكُونُوا يَأْتِ بِكُمُ اللَّهُ جَمِيعاً قَالَ الْخَيْرَاتُ الْوَلَايَةُ وَ قَوْلُهُ تَبَارَكَ وَ تَعَالَى أَيْنَ ما تَكُونُوا يَأْتِ بِكُمُ اللَّهُ جَمِيعاً يَعْنِي أَصْحَابَ الْقَائِمِ الثَّلَاثَمِائَةِ وَ الْبِضْعَةَ عَشَرَ رَجُلًا قَالَ وَ هُمْ وَ اللَّهِ الْأُمَّةُ الْمَعْدُودَةُ قَالَ يَجْتَمِعُونَ وَ اللَّهِ فِي سَاعَةٍ وَاحِدَةٍ قَزَعٌ كَقَزَعِ الْخَرِيفِ 

 
Dari Abu Jaafar a.s tentang firman Allah swt: "Oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, maka Allah tetap akan membawa kamu bersama (2:148). Beliau a.s bersabda: Al Khairat(kebaikan) bermaksud wilayah. Dan "dimana sahaja kamu berada, Allah akan membawa kamu bersama" bermaksud para sahabat Al Qaim yang berjumlah lebih sedikit dari tiga ratus sepuluh orang…Demi Allah Dia akan mengumpulkan mereka dalam satu masa seperti awan sirus di musim luruh." (Al Kafi)

Nota Dari Kitab Pengikut Isa Ke 13 Bab 1: Siapakah Singa Dan Anak Domba Di Dalam Mimpi John

Disciple

 

Soalan 1: Di dalam beberapa kitabnya, Sayed Ahmad AS menafsirkan 24 orang pemimpin dalam mimpi Yohanes sebagai 12 orang Imam dan Mahdi yang disebutkan dalam wasiat Nabi Muhammad SAW. Persoalannya, siapakah anak domba yang disalib di dalam mimpi tersebut yang berada di tengah-tengah mereka, dan siapakah yang mereka seru?
 
Jawaban: Ayat yang berkenaan Kitab Wahyu Bab 4:
 
2 Dengan segera Roh Allah menguasai aku. Aku melihat sebuah takhta di syurga dan seseorang duduk di atas takhta itu. 3 Mukanya bersinar seperti batu jasper dan batu sardis. Takhta itu dikelilingi oleh pelangi yang bersinar seperti zamrud. 4 Di lingkaran yang mengelilingi takhta itu terdapat dua puluh empat buah takhta lain. Di situ duduk dua puluh empat orang pemimpin yang berpakaian putih dan memakai mahkota emas. 5 Takhta ini memancarkan pancaran kilat dan aku mendengar gemuruh bunyi guruh. Di hadapan takhta itu terdapat tujuh buah suluh yang bernyala; itulah ketujuh-tujuh Roh Allah.
 
Dan di dalam Bab 5:
 
1 Aku melihat sebuah gulungan naskhah di tangan kanan Dia yang duduk di atas takhta itu. Gulungan naskhah itu penuh dengan tulisan pada kedua-dua belah sisinya dan dimeterai dengan tujuh buah meterai. 2 Lalu aku melihat satu malaikat perkasa bertanya dengan suara yang lantang, “Siapakah yang layak memecahkan meterai-meterai ini serta membuka gulungan naskhah ini?” 3 Tetapi tidak seorang pun di syurga, atau di bumi, ataupun di bawah bumi, yang dapat membuka gulungan naskhah itu dan membaca kandungannya. 4 Aku menangis tersedu-sedu, kerana tidak seorang pun layak membuka gulungan naskhah itu dan membaca kandungannya. 5 Lalu salah seorang pemimpin itu berkata kepadaku, “Jangan menangis! Lihatlah! Singa daripada suku Yehuda, keturunan agung daripada Daud, sudah menang. Dia dapat memecahkan tujuh buah meterai itu dan membuka gulungan naskhah itu.” 6 Kemudian aku nampak seekor Anak Domba berdiri di tengah-tengah takhta itu, dikelilingi oleh empat makhluk dan semua pemimpin itu. Anak Domba itu nampaknya sudah disembelih. Anak Domba itu mempunyai tujuh buah tanduk dan tujuh biji mata, iaitu tujuh Roh Allah yang telah diutus ke seluruh dunia.  
 
7 Anak Domba itu pergi mengambil gulungan naskhah itu dari tangan kanan Dia yang duduk di atas takhta. 8 Sementara Anak Domba itu berbuat demikian, empat makhluk itu dan dua puluh empat orang pemimpin itu bersujud di hadapan Anak Domba. Masing-masing memegang sebuah kecapi dan sebuah mangkuk emas berisi kemenyan, iaitu doa-doa umat Allah. 9 Mereka menyanyikan sebuah lagu baru, “Engkau layak mengambil gulungan naskhah itu dan memecahkan meterai-meterainya, kerana Engkau telah dibunuh dan dengan kematian-Mu, manusia daripada semua suku, bahasa, negara, dan bangsa telah Engkau beli untuk Allah. 10 Engkau sudah menjadikan mereka imam yang mengabdi kepada Allah kita, dan memerintah di dunia.” 11 Lalu aku melihat lagi. Aku mendengar suara malaikat yang beribu-ribu dan berjuta-juta bilangannya! Mereka berdiri mengelilingi takhta, keempat-empat makhluk, dan para pemimpin itu. 
 
12 Mereka menyanyi dengan suara yang lantang, “Anak Domba yang sudah dibunuh itu layak menerima kekuasaan, kekayaan, kebijaksanaan, kekuatan, penghormatan, kemuliaan, dan pujian.” 13 Lalu aku mendengar semua makhluk di syurga, di bumi, di bawah bumi, dan semua makhluk di dalam laut – pendeknya semua makhluk di alam semesta ini – menyanyi, “Kepada Dia yang duduk di atas takhta, dan kepada Anak Domba itu, kami persembahkan pujian dan penghormatan, kemuliaan dan kekuasaan selama-lamanya!” 14 Keempat-empat makhluk itu menjawab, “Amin!” Para pemimpin itu pun bersujud serta menyembah Allah dan Anak Domba itu.
 
Di dalam bab 14: 1 Kemudian aku melihat dan nampak Anak Domba berdiri di atas Bukit Sion. Bersama-sama-Nya berdiri 144,000 orang yang pada dahi mereka tertulis nama-Nya dan nama Bapa-Nya. 
 
 
1. Jelas dari ayat-ayat di atas, orang yang digambarkan pada suatu masa sebagai singa dan sebagai anak domba di masa yang lain adalah sebahagian dari 24 orang pemimpin tersebut. Dan orang yang duduk di atas satu takhta itu adalah orang terbaik di kalangan semua mereka, dan mendominasi mimpi ini. Dan 24 orang pemimpin yang duduk di atas takta ini adalah orang yang paling dekat kedudukannya dengan pemilik takhta tersebut. (Nota: Total takhta yang disebut dalam ayat-ayat di atas adalah 25, di mana ada satu takhta yang mempunyai kedudukan lebih tinggi dari 24 takhta yang lain.)
 
 
2. Oleh itu, anak domba yang dibunuh tersebut bukanlah lebih baik dari yang duduk di atas takhta, mahupun ia bukanlah lebih baik dari 24 takhta yang lain. 
 
3. Namun kita dapati anak domba ini layak mengambil naskah dari orang yang duduk di atas takhta, jadi macam mana dia boleh ambil naskah tersebut, sedangkan dia tidak lebih baik dari 24 takhta tersebut?
 
4. Oleh itu, anak domba yang dibunuh ini, mestilah merupakan simbol kepada salah seorang dari 24 pemimpin tersebut.
 
5. Jika ada orang pertikai, macam mana anak domba ini boleh mewakili salah seorang dari 24 orang ini, sedangkan 24 orang ini merupakan entiti yang berbeza dengan anak domba tersebut, Sayed Ahmad AS kata, ini mimpi, macam-macam boleh jadi. Kalau nak ikut logik, maka mimpi ini sendiri boleh ditolak.
 
Lalu salah seorang pemimpin itu berkata kepadaku, “Jangan menangis! Lihatlah! Singa daripada suku Yehuda, keturunan agung daripada Daud, sudah menang. Dia dapat memecahkan tujuh buah meterai itu dan membuka gulungan naskhah itu.” Kemudian aku nampak seekor Anak Domba berdiri di tengah-tengah takhta itu, dikelilingi oleh empat makhluk dan semua pemimpin itu. Anak Domba itu nampaknya sudah disembelih. Anak Domba itu mempunyai tujuh buah tanduk dan tujuh biji mata, iaitu tujuh Roh Allah yang telah diutus ke seluruh dunia.
 
Anak Domba itu pergi mengambil gulungan naskhah itu dari tangan kanan Dia yang duduk di atas takhta.
 
6. Jadi singa dan anak domba yang disembelih adalah simbol bagi orang yang telah menang dan berjaya membuka gulungan naskah, dan kedua ini adalah orang yang sama dan sebahagian dari 24 orang pemimpin tersebut.
 
7. kemenangan memecahkah tujuh buah menterai, yang memerlukan  keberanian, kekuatan dan dedikasi, singa adalah simbolnya. Sementara kejayaan membuka gulungan naskah pula, yang memerlukan pengorbanan, disimbolkan oleh anak domba yang disembelih. Tiada percanggahan antara kedua darjat ini.
 
8. Kekuatan jiwa datang dari pengorbanan, keikhlasan dan kesabaran apabila diuji dengan kezaliman.
 
9. Kristian menafsirkan anak domba yang dibunuh ini adalah Yesus(Isa) AS. Namun ini terbatal apabila mereka juga mempercayai bahawa yang duduk di atas takhta itu adalah Allah. Maha suci Allah dari apa yang mereka katakan.
 
10. Penafsiran mereka telah memberi had kepada Allah SWT dan membatalkan Ketuhanannya. Sayed Ahmad AS meminta kita merujuk Kitab Tauhid di mana beliau telah membatalkan aqidah agama-agama lain
 
11. Sayed Ahmad AS: Menurut kami, yang duduk di atas takhta itu adalah Muhammad SAW dan di sekeliling baginda adalah 24 orang pemimpin juga duduk di atas takhta-takhta. Mereka adalah khalifah Allah di muka bumi, para Imam dan Mahdi yang disebutkan di dalam wasiat Nabi SAW

Bab 3.2: Islam, Pemerintahan dan Politik

(Nota: Sayed Ahmad AS menerangkan secara ringkas bukti Imamah Ali AS.
 
1. Bukti bahawa Imam yang pertama adalah Ali AS banyak sekali, antaranya adalah sabda Nabi SAW
  • Ali adalah yang paling adil di kalangan kamu
  • Sebutlah dia sebagai Amirul Mukminin
  • Kamu adalah khalifah selepas ku
  • Kamu adalah wali setiap mukmin selepas ku
  • Kamu kepada aku adalah ibarat Harun kepada Musa AS
2. Dalam ayat Mubahalah, Ali AS disebutkan sebagai dirinya Nabi SAW.
 
Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta”. (Aali Imran: 61)
 
Nabi SAW membawa Hasan dan Husain AS sebagai “anak-anak kami”, Fatimah AS  sebagai “perempuan kami” dan Ali AS disebut sebagai “diri kami”. Pendakwaan diri ini bukan datang dari keingginan sendiri, ia bukan kata-kata yang sia-sia
 
3. Ayat Wilayah: Sesungguhnya Wali kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). (Al Maidah: 55)
 
 
Ahli tafsir bersepakat ayat ini turun untuk Ali AS ketika beliau AS memberi sedekah cincin beliau ketika sedang rukuk. Dan bentuk jamak(plural) ayat ini ===> orang-orang beriman<<< merujuk kepada 11 orang dari anak-anak Imam Ali AS dan Fatimah AS.
 
Jadi mereka adalah orang yang paling layak untuk memegang urusan kaum Mukminin selepas Nabi SAW. Kerana perlantikan mereka adalah dari Nabi SAW. Oleh kerana perlantikan ini dikaitkan dengan perlantikan dari Allah SWT, maka tiada maknanya cuba menafsirkan ia dengan maksud lain
 
4. Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri". (An Nisa: 59)
 
Ulil Amri ini adalah 12 orang Imam. Jika kita cuba tafsirkannya sebagai pemimpin lantikan manusia, maka ini bermaksud Allah SWT memerintahkan kita mentaati penzalim, kerana ayat ini dikaitkan dengan ketaatan kepada Allah SWT. Ini tidak benar. Selepas Nabi SAW, Allah memilih Ali AS dan anak-anaknya sebagai Imam. Dan mereka adalah manusia maksum yang terjaga dari kezaliman.
 
5. Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan Al Rijs dari kamu- wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji). (Al Ahzaab: 33)
 
Nabi SAW dengan jelas menunjukkan dalam banyak hadisnya, ayat Quran ini diturunkan kepada Ahlulbait AS, Ali, Fatimah, Hassan dan Hussain(AS).
 
Muslim dalam Sahihnya meriwayatkan dalam Kitab Fada'il Sahabat bab Fada'il Ahlul Bayt Nabi SAWW,berkata Aisyah bahwa telah keluar Rasulullah SAWW pada suatu hari dengan memakai mard marhal dari bulu berwarna hitam, kemudian datang Hassan bin Ali lalu dimasukkannya ke dalamnya, kemudian datang Husayn lalu dimasukkannyake dalamnya, kemudian datang Fatimah dan dimasukkan dia ke dalamnya dan terakhir  datang Ali dan dimasukkan ke dalamnya, lalu beliau SAWW membaca ayatQuran:33:33, " Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kalian dari kekotoran dan menyucikan kalian dengan sebersih-bersihnya."
 
6. Bukti seterusnya adalah perlantikan di Ghadir Khum.
 

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah adalah pemimpin ku, dan aku ialah pemimpin kaum mukmin dan lebih utama dari diri mereka sendiri. Barangsiapa yang menjadikan aku pemimpinnya maka ini Ali juga ialah pemimpinnya. Ya Allah, pimpinlah orang yang menjadikannya sebagai pemimpin dan musuhilah orang yang memusuhinya.”

Dalam hadis ini jelas akan perlantikan Imam Ali AS. Nabi SAW menyatakan bahawa beliau lebih utama dari diri kaum Mukmin. Dan kemudian beliau menisbatkannya kepada Ali AS. Ini adalah hadis yang banyak diriwayatkan, di mana Nabi SAW meminta kaum Muslimin memberi bai'ah kepada Ali AS. Dan Abu Bakr serta Umar adalah antara mereka yang paling awal memberi bai'ah dan memanggil Ali AS sebagai Amirul Mukminin. (Rujuk Tarikh Dimasqi dan Al Bidayah wa An Nihayah)

Kita akan ditanya dan mereka juga akan ditanya tentang tanggungjawab ini pada hari yang mana tidak ada guna wang atau anak.

7. Dan Nabi SAW juga ada menyebutkan nama-nama Imam dari Ali AS. Ini berdasarkan hadis dari Jabir Al Ansary.

Jabir al-Jufri yang diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah yang berkata: “Ya Rasulullah kami telah mengetahui Allah dan Rasul-Nya, lalu siapakah ulil amri yang Allah jadikan ketaatan kepada mereka sama dengan ketaatan kepadamu?”

Lalu Nabi SAW bersabda: “Wahai Jabir, mereka adalah penerusku dan para pemimpin muslimin. Yang pertama dari mereka adalah ‘Ali bin Abi Thalib, kemudian (Imam) Hasan dan (Imam) Husain, kemudian ‘Ali bin Husain, kemudian Muhammad bin ‘Ali, yang dikenal dalam taurat dengan nama al-Baqir, yang engkau akan jumpai kelak. Wahai Jabir! Apabila engkau menjumpainya, sampaikanlah salamku padanya. Setelahnya adalah ash-Shadiq, Ja’far bin Muhammad; kemudian Musa bin Ja’far, kemudian ‘Ali bin Musa, kemudian Muhammad bin ‘Ali, kemudian ‘Ali bin Muhammad, kemudian Hasan bin ‘Ali, setelahnya adalah al-Qa’im yang nama asli dan gelarnya sama denganku. Dia adalah hujjah Allah di bumi dan pengingat hamba-hamba-Nya. Dia anak (Imam) Hasan bin ‘Ali (al-’Askari). Peribadi inilah yang menyebabkan tangan Allah akan membukakan arah Timur dan Barat dunia dan peribadi ini jugalah yang akan digaibkan dari para pengikut dan pencintanya. karena inilah (kegaiban -penerj) keimamahannya tidak dapat dibuktikan oleh pernyataan siapapun kecuali oleh orang yang keimanannya telah Allah uji.”

Jabir berkata: “Aku bertanya padanya: ‘Wahai Rasulullah! Apakah para pengikut (syi’ah)-nya akan mendapatkan manfaat dari kegaibannya?’ Dia menjawab: ‘Ya. Demi Zat yang mengutusku dengan kenabian, mereka akan mencari cahaya dan taat kepadanya pada masa gaibnya sebagaimana manusia mendapat manfaat dari (cahaya) matahari ketika awan menutupnya’ …”

(Ikmal al-Din, jilid 1, hal. 253, dengan makna yang hampir sama dalam Yanabi’ al-Mawaddah, hal.117)

  • Yanabi al Mawaddah : hal 134 dan 137
  • Syawahidul Tanzil:1/48  hadis 202-204
  • Tafsir Razi:3/375

8. Nabi SAW juga menyebutkan Al Hussain AS sebagai seorang Imam, dari Imam, saudara Imam, bapa kepada 9 Imam. (Bihar al Anwar)

9. Surah Al Qadr juga adalah satu bukti Imamah Ahlulbait AS, di mana turunnya malaikat dan Ruh dengan segala perintah. Dan penurunan ini  berkekalan walaupun selepas kematian Nabi SAW kerana malam Al Qadar masih ada selepas kewafatan Nabi. Bermakna ada seseorang yang menerimanya, yakni urusan perintah dari malaikat ini.
 
10. Bukti Imamah banyak, maka tiada lagi alasan untuk manusia kekal mengikuti orang-orang yang merampas hak Ahlulbait AS, sedangkan Imamah adalah hak mereka. (Sayed Ahmad AS memohon maaf kerana hanya menyebutkan bukti-bukti ini secara ringkas, seterusnya beliau menyebut Khutbah Shiqshiah)
 


 " Demi Allah Ibn Abi Qahafah (Abu Bakar ibn Abi Qahafah) telah mengenakan pakaian khalifah itu, padahal ia mengetahui dengan yakinnya bahawa kedudukanku sehubungan dengan (kekhalifahan) itu sama seperti hubungan pasak dengan roda. Air mengalir menjauhiku dan burung tidak dapat terbang kepadaku. Aku memasang tirai (terhadap kekhalifahan) dan melepaskan diri daripadanya."
 

" Aku pun mulai berfikir, apakah aku akan menyerangnya atau aku harus menanggung cubaan sengsara kegelapan yang membutakan itu hingga orang dewasa menjadi daif, orang muda mejadi tua, dan mu'min yang soleh hidup dalam kongkongan sehingga ia menemui Allah (di saat kematiannya). Aku pun berpendapat bahawa adalah lebih bijaksana untuk menanggungnya dengan tabah. Aku lalu menempuh jalan kesabaran, walaupun mata rasa tertusuk-tusuk dan kerongkong rasa tercekik. Aku menyaksikan perampasan terhadap warisanku hingga yang pertama (Abu Bakar) menemui ajalnya; namun ia menyerahkan kekhalifahan itu kepada Ibn Khattab (Umar al-Khattab) sendiri. (Lalu Ali mengutip syair A'sya:)

Dan berlalu sudah hariku bersama Jabir, saudara Hayyan." " Sungguh aneh, semasa hidupnya ia ingin terbebas dari jawatan khalifah, tetapi ia mengukuhkannya kepada yang lain itu (Umar) setelah kematiannya. Tidak syak lagi kedua orang ini hanya berbahagi puting susu di antara keduanya sahaja. Yang satu ini (Umar) mengunci  kekhalifahan rapat-rapat, di mana ucapannya sombong dan sentuhannya kasar. Kekeliruan sangat banyak, dan kerana itu maka dalihnya pun sangat banyak. Orang yang berhubungan dengan kekhalifahan itu ibarat menunggang unta yang degil. Apabila penunggang itu menarik kekangnya maka muncung unta itu akan robek; dan apabila penunggang itu membiarkannya maka ia sendiri akan jatuh terlempar. Sebagai akibatnya, demi Allah, rakyat terjerumus ke dalam ketidakpedulian, kejahatan, kegoyahan dan penyelewengan. Sekalipun demikian, aku tetap bersabar dalam waktu yang lama dengan cubaan yang keras, hingga ketika (Umar) menemui ajalnya ia menyerahkan urusan kekhalifahan itu kepada satu kelompok dan menganggap aku sebagai salah seorang daripada mereka."

 

" Tetapi, Ya Allah! Apa urusanku dengan syura ini! Di manakah keraguan tentang diriku dibandingkan dengan yang pertama dari antara mereka (Abu Bakar) sehingga sekarang aku harus dipandang sama dengan orang-orang ini? Namun, aku terus merendah sementara mereka merendah, dan membumbung tinggi ketika mereka terbang tinggi. Seorang dari mereka berpaling menentangku kerana hubungan kekeluargaannya, sedangkan yang lainnya cenderung memihak ke jalan lain kerana hubungan iparnya, dan ini, dan itu, sampai yang ketiga dari orang-orang ini berdiri dengan dada membusung di antaranya (Bani Umayyah) pun bangkit menelan harta Allah, bagaikan unta memakan dedaunan musim semi, sampai talinya putus, tindak tanduknya mengakhirinya dan keserakahannya menyebabkan ia terguling."

 

" Pada saat itu tiada yang mengejutkan aku lebih daripada (tindakan) orang ramai  yang berpusu ke arahku dari segala penjuru seperti serbuan sekumpulan rubah (hyena) sehingga Hasanain (Hasan dan Husayn, dua putra Fatimah dan Ali) terinjak dan kedua bahagian bahu pakaianku terkoyak. Mereka berkumpul di sekelilingku seperti kawanan domba dan kambing. Ketika aku memegang tampuk pemerintahan sebahagian memutuskan bai'ahnya (nakatsa) dan sebahagian lagi mengingkarinya (maraqa) dan yang lain bertindak salah (qasata), kerana mereka tidak mendengar firman Allah SWT yang berbunyi [bermaksud]:

" (Kebahagian) di negeri akhirat Kami sediakan bagi mereka yang tidak suka menyombongkan diri dan melakukan kerosakan di bumi. Dan kesudahannya (adalah baik) bagi mereka yang bertaqwa." [Surah al-Qasas(28):83]
 
 
Tidak, demi Allah, mereka mendengarnya dan memahaminya tetapi dunia terlihat berkilau di mata mereka dan hiasan dunia menggoda mereka. Lihat, demi Dia yang mengembangkan biji-bijian dan menciptakan makhluk hidup, apabila orang-orang tidak datang kepadaku dan pendukung-pendukung tidak menegakkan hujah dalam bentuk penolong itu (pasukan yang membantu Ali) dan bila tidak ada perjanjian Allah dengan ulama bahawa mereka tidak boleh bungkam terhadap kerakusan seorang yang zalim dan kelaparan orang yang dizalimi maka aku akan melemparkan tali kekang (kekhalifahan) itu dan akan aku beri minum kepada yang terakhir dengan piala yang aku gunakan untuk orang yang pertama. Maka akan kamu lihat  bahawa dalam padanganku duniamu tidak lebih dari bersinnya seekor kambing."(49)
 
 
11. Apabila Imam Ali AS memegang kuasa, beliau cuba untuk membawa manusia ke arah cahaya keluar dari kegelapan. Malangnya manusia terlampau cinta dunia dan tidak mahu mematuhi Imam Ali AS. Beliau juga menerangkan hak-haknya agar manusia tidak mempunyai alasan untuk tidak mendokong beliau, namun manusia gagal dalam ujian ini.
 
12. Muawiyah membunuh Al Hassan AS, Yazid pula membunuh Al Hussain AS. Hanya lebih kurang 70 orang sahaja yang mendokong Al Hussain. Sedangkan beliau adalah ketua pemuda syurga, Ahlul Kisa dan pemilik berbagai keutamaan seperti yang disebutkan oleh Rasul Allah SAW.
 
13. Kita perlu tahu, sudah sampai ke tahap mana penyerahan diri kepada penzalim pada zaman tersebut sehingga membuatkan Ahlulbait AS dan nyawa Al Hussain AS sendiri dikorbankan sebagai penentangan terhadap kezaliman ini. Sebagai bukti keengganan penyerahan kepada penzalim. Bagi mengingatkan kaum Muslimin, mereka sudah jauh tersesat, keluar dari ketuanan Allah, memasuki ketuanan penzalim dan syaitan apabila mentaati Yazid
 
14. Para wasi selepas Al Hussain AS juga meneruskan jihad yang sama, menyeru manusia kepada agama Islam yang sebenar. Darah Al Hussain AS mempunyai impak yang besar, yang menyedarkan kaum Muslimin untuk kembali kepada ketuanan Allah. Sejak kesyahidan Hussain AS, satu gerakan Islam telah terbentuk, yang dipimpin oleh Ahlulbait AS. Mereka menyeru kepada Islam Muhammadi, bertentangan dengan seruan penzalim, yang hanya akan disahut oleh pencinta dunia.
 
15. Apabila Imamah sampai kepada penutup para Imam, Allah berkehendakkan untuk melindungi beliau AS daripada musuh dan pembunuhan seperti yang telah ditimpakan pada bapa-bapanya. Beliau memimpin kaum Mukminin selama 70 tahun di mana dalam tempoh ini, Muslimin berhubungan dengan beliau melalui para wakil yang dipercayai
 
16. Apabila selesai, Allah berkehendak pula bagi beliau untuk keghaiban panjang, dan membenarkan beliau bangkit semula apabila ada generasi Muslim yang mampu membawa panji Illahi dan mendokong agama Allah, serta menyebarkannya di muka bumi.
 
17. Sesetengah mufassir menafsirkan perawi hadis sebagai hanya para ulama di zaman keghaiban. Ini adalah dalam keadaan jika tiada utusan khas dari beliau AS. Namun jika beliau AS mengutuskan utusan, maka beliau wajib ditaati, walaupun oleh ulama, dan jika gagal, mereka terkeluar dari wilayah Ahlulbait AS. Malah ulama itu tidak boleh ditaati, hanya utusan Imam AS boleh ditaati.
 
18. Al-Sheikh Abdul Kareem Al- Zengany menyebutkan di dalam kitabnya bahawa pemerintahan orang yang mencukupi syarat fatwa adalah satu pecahan dari pemerintahan Imam AS, yang mereka pula adalah sebahagian dari pemerintahan Nabi SAW, yang kemudiannya adalah ambilan dari pemerintahan Allah.
 
19. Iaitu, pemerintahan Allah SWT adalah yang paling dominan, kuasa pemerintahan Nabi adalah dari Allah SWT dan kuasa pemerintahan Aimmah adalah dari Nabi SAW. Seperti yang mahu diperlihatkan oleh Nabi SAW di Ghadir Khum apabila baginda menunjukkan keutamaannya lebih dari kaum Muslimin, maka lantas menyebut Ali AS sebagai penggantinya.
 

“Bukankah kamu mengetahui bahawa aku ini lebih utama dari setiap diri mukmin itu sendiri? Mereka menjawab: Benar! Baginda bertanya lagi: Soalan yang sama, lalu di jawab juga sama. Lalu baginda mengambil tangan Ali  dan bersabda: Dari itu siapa yang menjadikan aku sebagai pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya. Ya Allah pimpinlah orang yang menjadikannya sebagai pemimpin, dan musuhilah orang yang memusuhinya.”

 

Jadi di sini Nabi SAW menunjukkan bahawa pemerintahan Ali AS adalah satu pecahan dari pemerintahan baginda SAW dan menunjukkan kedudukan Ali AS.
 
20. Banyak sekali hadis yang menunjukkan Imam AS adalah hujjah ke atas makhluk, dan ini adalah tonggak aqidah kepada mazhab Syiah. Mazhab Syiah terbina di atas aqidah ini.
 
21. Salah satu pecahan dari pemerintahan Imam adalah pemerintahan para fuqaha yang cukup syarat, seperti yang disebutkan di dalam Tafsir Imam Hasan al Askari.
 

"Oleh itu, para fuqaha yang menjaga jiwa mereka, yang melindungi agama mereka, yang menentang keinginan dan nafsu jahat mereka, serta mereka yang taat kepada perintah Tuan mereka, maka adalah dibolehkan untuk orang awam mengikuti mereka dalam isu-isu agama(bertaqlid) dan tahap spiritual ini hanya diperolehi dari sesetengah ulama Syiah sahaja, bukan semua mereka.

22. Imam Redha AS telah mengklasifikasikan makna "menjaga jiwa mereka” seperti berikut:
 
 
Jika kamu melihat seorang lelaki yang meninggikan perwatakannya, dan tampak ditunjuki dan rendah diri dalam logik dan perbuatannya, jangan terpedaya dengannya, kerana betapa ramai dari kalangan mereka tidak berjaya mendapatkan dunia ini serta apa yang haram darinya, disebabkan oleh kelemahan dan pengecut dalam hatinya, jadi dia menjadikan agama sebagai perangkat untuknya(dunia), dia masih lagi menipu manusia dengan sifat luarannya, namun apabila dia mendapat peluang untuk melakukan yang haram, beliau akan melakukannya. Dan jika kamu mendapati dia menjauhkan dirinya dari wang haram, jangan tertipu dengannya kerana godaan berbeza antara satu sama lain. Betapa ramai orang yang menjauhkan diri dari wang haram walaupun jumlahnya besar, namun berzina dengan wanita.” 
 
Jadi jika kamu mendapat dia menjauhkan dari perkara tersebut, jangan tertipu sehinggalah kamu melihat apa yang mindanya mahukan, kerana betapa ramai yang menjauhkan diri dari semua perkara tersebut dan masih tiada akal yang waras, jadi dia merosakkan dengan kejahilannya lebih dari menegakkan kebenaran dalam akalnya. Jadi jika kamu mendapati akalnya waras, jangan tertipu, sehinggalah jika kamu dapat mengenalpasti samada akalnya bersama kemahuan atau kemahuannya bersama akal, dan lihat betapa dia mencintai kekuasaan, kerana ada manusia yang kehilangan dunia dan akhirat, dan ketahuilah, kenikmatan kekuasaan adalah lebih dari kenikmatan kekayaan.
 

 

Jadi dia akan meninggalkan semua kenikmatan yang lain untuk kekuasaan, sehingga dikatakan padanya, takutlah Allah, namun dia menjadi takbur, pengakhiran untuk beliau adalah api neraka.. kesesatannya membawa dirinya kepada kerugian yang paling besar, dan Allah memberinya sebanyak mana dirinya melampaui batas, dia menghalalkan apa yang Allah halalkan, dan menghalalkan yang Allah haramkan, tanpa mempedulikan tentang tentang kerugian yang sebenar apabila kekuasaan diserahkan kepadanya, orang-orang seperti ini adalah yang dimurkai dan dilaknat oleh Allah, dan disediakan untuknya siksaan yang memalukan. Manusia terbaik adalah yang menjadikan kemahuannya selaras dengan perintah Allah, dan kekuatannya adalah keredhaan Allah, dan melihat kebenaran sebagai kemuliaan yang berkekalan.
 
Dia tahu yang dirinya hanya mampu bertahan dengan sedikit sahaja kemuliaan yang palsu, dan ditunjuki ke arah kebahagiaan berkekalan di dalam rumah yang berkekalan. Jika dia mengikuti kemahuan dirinya, maka apa yang diperolehi akan membawa dirinya kepada siksaan yang berkekalan. Dan itulah manusia terbaik, jadi ikutilah Sunnahnya, dan carilah tuhan mu, dan merayulah pada tuhan mu melalui dia, kerana Allah tidak menolak doanya, serta tidak menghampakan dirinya atas apa yang dipintanya.."
 
 
Elemen orang yang mencukupi syarat adalah seperti berikut:
 
  1.  
 

Bab 3.1: Islam, Pemerintahan dan Politik

Ringkasan Kitab At Tayh Au Tariq Ilallah, Bab 3.1

 

  • Para penzalim dari dunia Islam sering melaungkan prinsip pemisahan antara agama dan politik. Ini bukanlah ciptaan para penzalim jahil ini, tetapi ia dibawa dari barat. Dan prinsip ini tidak akan tersebar di kalangan Kristian dan Yahudi sekiranya Taurat dan Injil tidak diubah, sekiranya para ulama Yahudi dan Kristian tidak mementingkan kedudukan mereka di dunia ini.

 

  • Ini adalah satu kebatilan yang tidak akan diterima sesekali oleh orang beriman. Kerana Islam mempunyai ketetapan dalam pelbagai jenis interaksi antara manusia, sosial, ekonomi, keluarga, ketenteraan, dan termasuklah juga, politik.

 

  • Namun para penzalim tidak berpuas hati dengannya, kerana bagi mereka, politik adalah satu helah untuk mereka berkuasa ke atas Muslimin. Polisi mereka adalah bertentangan dengan kehendak manusia, bertentangan dengan politik yang Allah mahukan untuk manusia.

 

  • Dan sesiapa yang mahukan politik selain dari apa yang Allah telah tetapkan untuk manusia, maka dia sedang menuju semula ke zaman Jahiliyah.

 

  • Firman Allah swt: Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. (5:50)

 

  • Firman Allah swt: dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. (5:44)

 

  • Firman Allah swt: dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (5:45)

 

  • Firman Allah swt: dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (5:47)
  • Politik sangat berkait rapat antara pemerintah dan pemerintahan, kerana polisi penindas adalah untuk memperdaya dan menyakiti rakyat samada secara budaya, intelektual, secara ekonomi, demi menyebarkan korupsi dan penindasan di kalangan rakyat.

 

  • Sementara polisi Nabi SAW dan para Maksum AS adalah untuk menyebarkan rahmat pada manusia, dan penyembahan Allah swt, membawa manusia kearah kehati-hatian, menyebarkan keadian dan kesamarataan di dalam komuniti, memberikan makanan dan mencukupkan mereka dari segi ekonomi.

 

  • Matlamat penzalim adalah untuk kekal berkuasa, sementara matlamat Nabi SAW adalah membawa keluar manusia dari kegelapan ke arah cahaya, serta menyebarkan keadilan di antara mereka.

 

  • Jika inilah keadaannya, maka adakah logik Allah swt meninggalkan manusia tanpa melantik seorang manusia maksum di kalangan mereka, yang akan menjaga agama dan keadilan?

 

  • Sedangkan Dia yang Maha Bijaksana tidak meninggalkan sebuah keluarga kecil tanpa pemimpin, di dalam Quran ada disebutkan bahawa kaum lelaki adalah pelindung kaum wanita.

 

  • Adakah logik Allah swt meninggalkan urusan ini, dan melepaskannya kepada manusia seperti Muawiyah l.a yang membunuh Al Hussain AS, menyerang Makkah dan Madinah.

 

  • Mana-mana orang yang memiliki sebuah kapal bersama beberapa orang pekerja di atasnya, adakah logik pemilik itu meninggalkan mereka tanpa pemimpin? Dan jika akibat dari tindakan ini menyebabkan kapal tersebut tenggelam, bukankah pemilik itu seorang yang jahil dan tidak cerdik?

 

  • Maka bagaimana kita boleh menerima Allah swt meninggalkan “kapalNya” yang penuh dengan hambanya tanpa seorang pemimpin? Sebuah perang nuklear lebih dari cukup untuk menenggelamkan “kapal” tersebut.

 

  • Kita kaum Muslimin bersetuju bahawa undang-undang pada zaman ini adalah undang-undang Islam, penutup setiap agama, dan Allah melantik pemimpin yang maksum lagi adil untuk menguruskan urusan dunia dan agama secara adil. Namun pemimpin zalim merampas hak mereka, dan mereka tidak didokong oleh umat Islam. Maka Umat Islam sudah hilang nasib mereka, dan menyebabkan kemurkaan Allah

 

  • Dan Muslimin mengatakan bahawa jumlah mereka adalah 12, dan kami mengatakan yang pertama dari mereka adalah Ali AS dan yang terakhir adalah Al Mahdi AS. Hadis ini tidak akan dapat dicapai melainkan dengan mereka.

 

  • Setiap dari mereka menuntut pemerintahan dan merupakan pemimpin bagi umat dalam hal duniawi juga keagamaan. Mereka juga menyebut nama Imam yang akan menyusul selepas mereka, seperti Nabi SAW yang menyebut mereka satu per satu

 

  • Dan di setiap zaman, manusia bersetuju bahawa mereka adalah yang paling berilmu dari kalangan manusia, ilmu tidak dicari melainkan dari mereka. Mereka dikurniakan kelebihan oleh Allah swt. Mereka adalah keturunan Muhammad AS dan dari keturunan Ibrahim AS yang disebut Allah swt sebagai Imam, dan menjanjikan neraka kepada sesiapa yang kafir pada mereka.

 

  • Surah An Nisa: 54-55 {Atau patutkah mereka dengki kepada manusia  disebabkan nikmat  yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab dan hikmat , dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar. Maka di antara mereka ada yang beriman kepada (apa yang telah di kurniakan oleh Allah kepada keluarga Nabi Ibrahim) itu, dan ada pula di antara mereka yang berpaling daripadanya (tidak beriman). Dan cukuplah dengan neraka jahanam yang sentiasa menyala-nyala itu}

 

  • Dan kaum Muslimin bersetuju bahawa yang terakhir dari kalangan para Imam itu adalah Al Mahdi AS. Hadis yang menyebut tentang beliau adalah melebihi ratusan, maka barangsiapa yang kafir pada beliau bermakna telah kafir kepada Nabi SAW.

 

  • Malangnya ramai Muslim akan kafir kepadanya dan berpegang kepada Sufyani, pemimpin kesesatan yang luarannya seperti Muslim dan mendakwa dirinya sebagai Muslim.

 

  • Firman Allah swt: Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya , dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf? (Jathiyah: 23)

 

  • Manusia akan mengenal Imam Mahdi AS melalui keajaiban juga tanda-tanda yang jelas, namun mereka akan menakwilkan semua itu, sama seperti nenek moyang mereka menafsirkan apa yang terjadi kepada tentera Abrahah sebagai satu wabak.

 

Bab 2: Perayauan Umat Muslimin

Ringkasan Bab 2 Kitab At Tayh Au Tariq Ilallah : Perayauan Umat Islam

 

 

  • Kaum Muslimin juga telah sesat jalan selepas Muhammad SAW, apabila Abu Bakr merampas kuasa.

 

  • Kebanyakan sahabat gagal mendokong Ali AS, yang dilantik di Ghadir Khum, hujjatul wada.

 

  • Mereka bukan sahaja merampas hak Ali, malah umar dan beberapa orang munafik melampaui batas dan membakar rumah fatimah.

 

  • Pecah masuk rumah, sebabkan keguguran pada Fatimah AS dan paku tertusuk pada dadanya. Walaupun Nabi sudah menyatakan bahawa keredhaan Fatimah adalah keredhaan Allah.

 

  • Muslimin tidak dapat mengelak dari memasuki perayauan, liku-liku seperti Bani Israel, kerana mereka mengikuti langkah musuh mereka

 

  • Seperti sabda nabi bahawa kita akan mengikuti langkah-langkah Bani Israel. Rujukan: Tafsir al Ayashi. (Untuk rujukan Sunni, berikut adalah contoh hadisnya:

 

عن أبي سعيد الخدري قال ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لتتبعن سنن الذين من قبلكم شبرا بشبر وذراعا بذراع حتى لو دخلوا في حجر ضب لاتبعتموهم ، قلنا : يا رسول الله ، اليهود والنصارى؟ قال : فمن

 

Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim)

 

 

  • Umat ini telah sesat apabila ia bersahabat dengan musuh Imam dan memusuhi Imam, maka mula memasuki liku-liku dan perayauan, dari zaman Muawiyah sehinggalah sekarang, umat Islam berada dalam kesesatan dan merayau-rayau tanpa arah di tengah-tengah gurun.

 

  • Jika anda melihat apa yang dilakukan oleh bani umayyah dan abbasiyah, maka kita akan berada dalam keadaan ketakutan dan kehairanan betapa jauhnya mereka dari Islam.

 

  • Kerajaan zalim ini telah membunuh keturunan nabi dan membuang mereka jauh dari daerah Arab seperti afghanistan dan india. Kewujudan keturunan nabi di negara yang jauh ini membuktikan bahawa mereka melarikan diri dari kezaliman dan bukti bahawa kerajaan kerajaan ini memusuhi keturunan nabi

 

  • Penindasan berterusan sehingga ke hari ini harta kekayaan berada di tangan pemerintah zalim digunakan untuk menindas kaum muslimin, kelengkapan tentera bukan untuk mempertahankan muslimin tetapi untuk menindas mereka.

 

  • Sesiapa yang menyeru kepada kekuasaan Allah dicampakkan ke dalam penjara penjara gelap di siksa atau dibunuh

 

  • Kita tidak tahu bilakah islam akan kembali gemilang serta bilakah pemerintahan akan berada di tangan kaum Muslimin seperti di zaman Nabi SAW tetapi kita tahu ia telah dijanjikan akan kembali di akhir zaman melalui tangan Al Mahdi.

 

  • Kemunculan suci ini tidak akan terjadi selagi tidak ada generasi yang mampu membawa panji Illahi. Jika kita mahu kemunculan sang penyelamat serta kemenangan islam ke atas agama agama lain di muka bumi maka kita perlu kembali kepada islam seperti yang dimahukan oleh Allah bukan seperti yang dimahukan oleh para penzalim.

 

 

  • Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut”. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya. (An Nahl: 36)

 

 

  • Para pemerintah zalim yang memegang kuasa melalui bantuan amerika walaupun mereka menunjukkan perasaan permusuhan terhadap amerika hakikat nya mereka mahu menjadikan islam tidak lagi signifikan dan mereka menjadikan hati muslimin kosong dari keimanan kepada Allah

 

  • Dan kepada sesiapa yang meragui bahawa mereka adalah ejen kepada amerika dan zionis maka hendaklah dikaji sejarah mereka yang  dan kita akan mendapati setiap hari mereka hanya berkhidmat kepada tuan mereka. Mereka menindas kaum Muslimin dan gerakan menghidupkan Islam.

 

  • Sesiapa yang mahukan bukti yang lebih, boleh merujuki Taurat, kitab Danial di mana ada disebutkan di Timur tengah ada 10 Raja yang menjadi hamba kepada Amerika, di mana dalam kitab tersebut, Amerika disebut sebagai Kerajaan Besi, yang memakan dan memijak kerajaan-kerajaan di muka bumi. Namun Mahdi umat ini akan kembali memijak mereka. Dan ini disebut di dalam Kitab Danial.

 

  • Seorang penzalim hanya akan fikirkan dirinya sendiri, dan bagaimana untuk terus kekal berkuasa. Jadi beliau akan membunuh sesiapa yang menentang nya, membina permusuhan antara puak-puak dalam negaranya, dan menjadikan rakyat sibuk dengan konflik yang tidak berkesudahan. Padahal konflik ini akan tamat jika pemerintahannya tamat.

 

  • Malah penzalim akan menyekat rezeki rakyatnya untuk menjadikan mereka sibuk dalam mencarinya, maka menjadikan mereka hilang dunia dan akhirat.

 

  • Plato mencirikan kerajaan zalim: “Diantara mereka yang menyeru kepada demokrasi dan perlindungan ke atas rakyat, adalah manusia yang paling zalim dan licik, dia membuang orang-orang yang kaya dan membunuh mereka, membatalkan hutang, membahagikan tanah, dan menjadikan untuk dirinya jalan bagi berlindung dari konspirasi jahat. Menggembirakan manusia dengannya dan mendapatkan kuasa pemerintahan, dan kemudian mengalihkan perhatian manusia daripadanya dan menjadikan manusia sentiasa memerlukan dirinya. Beliau melancarkan perang terhadap negara jiran setelah berada dalam keamanan, agar dapat mencapai hasratnya dan memancung kepala setiap pesaing dan pengkritik serta mengasingkan setiap orang-orang yang benar, kemudian dia akan sentiasa bersama dengan kumpulan tentera upahannya, pemurah terhadap penyair yang telah kami buang dari negara kami, agar penyair ini dapat memuji mereka. Pemerintah zalim ini akan menghimpit rakyat agar dapat memberi lebih kepada tenteranya dan pakatan-pakatannya. Rakyat kemudian akan sedar bahawa pemerintah ini telah beralih dari kebebasan kepada kezaliman  dan ini adalah bentuk kerajaan yang terakhir.

 

  • Mereka yang berkhidmat kepada penzalim, seperti tenteranya dan khadam mereka, mereka mempunyai ilusi bahawa mereka akan selamat selagi mereka berkhidmat kepada pemerintah mereka. Namun ini adalah satu ilusi yang menipu semata-mata. Api dalam sekam.

 

 

  • Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan (Al Ankabut:41)

 

 

  • Sesiapa yang memahami sejarah akan tahu bahawa pengakhiran seorang penzalim adalah melalui revolusi orang-orang yang tertindas.

 

  • Sementara mereka yang menyerah kepada penzalim tetapi mengaku diri mereka sebagai Muslim, mereka telah terkeluar dari Ketuanan Allah namun mereka tidak mengetahuinya. Firman Allah: Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. (An Nisa: 60)

 

  • Pemerintah zalim menggunakan mereka(Muslim yang berserah kepada penzalim) untuk memerangi kaum Mukminin, orang-orang Islam sebenar, penzalim ini akan sentiasa menakutkan pengaku-pengaku Muslim ini akan kaum Mukminin, agar mereka menodai kesucian kaum Mukmin. Maka kekafiran mereka adalah kekafiran terbesar. Firman Allah: Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.(An NIsa: 76)

 

 

    • Sesetengah dari mereka memberi alasan bahawa mereka terpaksa mengikuti pemerintah zalim, takut nyawa mereka dibunuh. Ini adalah alasan yang tidak dapat diterima, kerana jika kita terpaksa mengangkat senjata, maka angkatlah senjata terhadap pemerintah zalim, bukan bagi mendokong mereka. Firman Allah: Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?” Mereka menjawab: “Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi”. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (An Nisa: 97)

 

  • Orang-orang yang sombong takbur itu menjawab kepada orang-orang yang tertindas: Kamikah yang telah menghalang kamu daripada menerima hidayah petunjuk sesudah ia datang kepada kamu? (Bukan kami yang menghalang) bahkan kamulah yang menyebabkan diri sendiri menjadi orang-orang yang berdosa”. Dan berkata pula orang-orang yang tertindas kepada orang-orang yang sombong takbur itu: “Tidak! Bahkan (yang menghalang kami daripada beriman ialah) perbuatan kamu memperdaya kami malam dan siang, ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kepada Allah dan mengadakan sekutu-sekutu bagiNya. Akhirnya masing-masing diam sambil memendamkan perasaan sesal dan kecewa semasa mereka melihat azab; dan Kami pasangkan belenggu-belenggu pada leher orang-orang yang kafir itu. Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka telah kerjakan. (Saba: 32-33)

 

 

  • Haram mendokong penzalim dan bergantung kepada mereka. Haram juga meninggalkan jihad dan Amar Maruf Nahi Mungkar. Barangsiapa yang tidak mengambil tahu urusan Muslimin maka beliau bukan sebahagian dari mereka. Walaupun beliau adalah ulama besar yang mengaku sebagai wakil Imam.

 

  • Lihatlah dalam hati masing-masing, perasaan takut kepada siapa yang lebih besar, takut pada Allah atau takut kepada penzalim? Dua ketakutan ini tidak berhimpun dalam hati seorang mukmin.

 

  • Perasaan takut kepada Allah membuatkan seorang penzalim itu lebih menjengkelkan dari seekor nyamuk di mata seorang Mukmin.

 

  • Oleh itu, seorang penzalim tidak akan memberi pengaruh kepada seorang Mukmin dalam membuat keputusan, kecuali dalam batasan TAQIYAH YANG WAJIB. Firman Allah SWT: Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: “Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat”. (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Harba benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun”.(An Nisa:77)

 

  • Bersyukur kepada Allah, hari ini umat Islam mula untuk kembali ke jalan Allah, ke jalan kebangkitan Islam yang kita lihat hari ini, dan menggugat singgahsana para penzalim.

 

  • Para penzalim yang cuba sedaya upaya mereka untuk tenggelamkan para pemuda dengan hiburan, keinginan seksual, mereka membenarkan alkohol dalam negara Islam serta pelacuran, rancangan televisyen yang menyiarkan perkara yang haram di sisi Allah dan berbagai lagi. Matlamat mereka adalah untuk memusnahkan keluarga Islam.  Namun Allah telah menggagalkan rancangan mereka.

 

  • Para penzalim ini berada di dalam angan-angan seperti para penzalim sebelumnya bahawa mereka dapat memadamkan agama Allah yang sebenar, khususnya aqidah penantian Al Mahdi AS. Namun mereka gagal, firman Allah: Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi.Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang bertindas itu. (Al Qasas:5-6)

 

 

  • Firman Allah: Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: “Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh”. Sesungguhnya Al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan yang cukup bagi orang-orang yang (cita-citanya) mengerjakan ibadat (kepada Allah dengan berilmu). (Al Anbiya: 105-106)

 

 

 

  • Firman Allah: Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. (An Nur: 55)

 

 

  • Rasulullah SAW sendiri bersabda bahawa walaupun tinggal satu hari di muka bumi ini, seorang dari anak keturunannya akan memenuhi bumi ini dengan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman.
  • Muslimin mendapat manfaat daripada Mahdi, sebagaimana bumi ini mendapat manfaat dari cahaya matahari walaupun dilitupi awan.
  • Firman Allah:  kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al Baqarah: 256)

 

  • Berwaspadalah terhadap syaitan dan kemahuan diri. Ikutilah apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dan Ahlulbaitnya AS. Allah mengampunkan segala dosa, tetapi bukan dosa menyekutukannya.

 

 

  • Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.(An Nisa: 48)

 

 

  • Mendokong pemerintah zalim adalah satu tindakan menyekutukan Allah, dan satu perkara yang sesat adalah apabila orang-orang yang menyekutukan Allah ini bersolat dan berpuasa, maka adakah amalan beliau ini diterima?

 

  • Tujuan ibadat adalah agar manusia dapat membuktikan ketaatan kepada Allah, jadi jika beliau mentaati pemerintah zalim, adakah masih ada nilai pada ibadahnya?

 

  • Jika seorang manusia itu mentaati pemerintah zalim, maka pada saat itu beliau sudah terkeluar dari ketuanan Allah dan memasuki ketuanan penzalim, dan kafir kepada Allah.

 

  • Firman Allah: Tidakkah engkau (hairan) melihat orang-orang yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. An Nisa: 60

 

  • Jalan untuk kembali kepada ketuanan Allah adalah sama dengan jalan mengkafirkan diri kepada pemerintah zalim. Ia adalah satu jalan yang sama

 

  • Untuk kembali kepada Islam yang asli, kita harus beriman dengan semua yang dibawa oleh Muhammad SAW, bukan percaya setengah, buang setengah yang lain yang tidak selari dengan kemahuan kita. Mereka yang berbuat demikian akan sedar bahawa mereka hanya mengikuti fatamorgana di gurun gersang.

 

  • Kita harus menjadikan ahli sihir firaun sebagai contoh, mereka asalnya jauh dari jalan ketuhanan, malah mereka adalah pengikut firaun. Namun apabila didatangkan bukti yang kuat walaupun berbeza dengan kemahuan mereka, mereka beriman dengan Allah dan kafir kepada firaun.

 

  • Cahaya kebenaran muncul dalam hati mereka dan kegelapan penzalim diangkat dari hati mereka. Mereka bersama Musa AS dan berjihad bersama beliau untuk membongkar penipuan Firaun LA.

 

  • (Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: “Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa”.Firaun berkata: “Patutkah kamu beriman kepada Musa sebelum aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya dia lah ketua kamu yang mengajar sihir kepada kamu. Oleh itu, demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang, dan aku akan memalang kamu pada batang-batang pohon tamar; dan demi sesungguhnya kamu akan mengetahui kelak siapakah di antara kita yang lebih keras azab seksanya dan lebih kekal”. Mereka menjawab: “Kami tidak sekali-kali akan mengutamakanmu daripada apa yang telah datang kepada kami dari mukjizat-mukjizat yang terang nyata, dan (tidak akan mengutamakanmu daripada) Tuhan yang telah menjadikan kita semua. Oleh itu, hukumkanlah apa sahaja yang engkau hendak hukumkan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah dapat menghukum dalam kehidupan dunia ini sahaja.

 

  • Dunia menjadi kecil keutamaan dan kepentingannya di mata orang beriman, maka ugutan Firaun langsung tidak memberi kesan terhadap keputusan dan pendirian mereka.

 

  • Mereka tidak mengutamakan nyawa mereka, malah mereka telah ditunjukkan hakikat / realiti sebenar dunia ini, yang dikejar-kejar oleh Firaun, Haman dan Qarun serta yang seangkatan dengan mereka.

 

  • Maka, para ahli sihir Firaun ini telah berjaya dalam ujian ini dan mendapat keredhaan Allah SWT

 

  • Imam Al Hussain AS, yang disembelih dari keluarga Muhammad SAW berkata:

 

Jika dunia itu berharga ….  maka ganjaran Allah lebih tinggi dan mulia

Jika rezeki itu sudah ditentukan …. maka rasa tidak peduli tentang pertambahannya adalah lebih indah

Jika semua wang adalah untuk berkepergian …. maka bagaimana dengan mereka yang kedekut

Jika badan ini dicipta untuk mati ….  maka membunuh dengan pedang demi Allah adalah lebih baik

 

Rujukan: Bihar al Anwar

 

  • Kita harus bertanya pada diri kita, bukankah sudah tiba masanya untuk hati kita untuk tunduk pada seruan Allah, dan bertaubat dengan sebenar-benar taubat dengan mendokong Khalifah Allah dan bermusuhan dengan musuh Allah, menjadikan Islam sebagai perlembagaan dan platfom hidup kita, Quran sebagai slogan kita serta kalimah La Ilah IlaLLah sebagai pelindung dan benteng kita?

 

  • Bukahkah sudah tiba masanya kita berkata kepada penzalim, “berbelanjalah apa pun, kamu hanya membelanjakan hidup dunia ini?”

 

  • Bukankah sudah tiba masanya kita menerima Pemerintahan Islam dan membuang pemerintahan zaman Jahiliyah?

 

  • Bukankah sudah tiba masanya hati kita bangkit dengan cahaya kebenaran agar kegelapan penzalim dapat dibuang?

 

  • Adakah kita akan kekal dalam liku-liku / perayauan di gurun ini, mengikuti fatamorgana, sedangkan jalan keluar ada di tangan kita dan air pula sangat hampir dengan kita?

 

 

  • Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta (matahatinya) supaya menjauhi kesesatan mereka; engkau tidak dapat memperdengarkan (seruanmu itu) melainkan kepada orang-orang yang sedia beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, kerana mereka orang-orang yang menurut perintah.(Ar Rum: 53)

 

 

 

Bab 1: Perayauan Bani Israel

Ringkasan Bab 1 Kitab At Tayh Au Tariq Ilallah : Perayauan Bani Israel

 

  • Bani Israel telah dihukum sesat atau dalam perayauan selama 40 tahun. Hukuman kerana engkar arahan Musa AS untuk memasuki Palestin.
  • Hukuman ini adalah untuk bersihkan korupsi hati Bani Israel selepas mereka hidup dalam kezaliman Firaun.
  • Perayauan ini disebut dalam Quran Surah Al Maidah : 20-26
  • Israel adalah Nabi Yaakob AS. Untuk maksud mutashabih, sila lihat tafsiran Sayed Ahmad AS di link berikut: http://www.eramahdi.net/2014/02/05/jawapan-imam-ahmad-as-berkenaan-bintang-berbucu-enam/
  • Bani Israel yang pertama tinggal di Mesir adalah Yusuf AS, menjadi menteri Firaun SECARA paksa. Kemudian beliau menjemput bapa dan saudaranya datang ke Mesir. Peralihan dari hidup nomad kepada kehidupan tetap di bandar.
  • Keturunan Yaakob bertambah di Mesir, mereka menyeru kepada tauhid, dan meninggalkan penyembahan Firaun. Seruan ini ada secara terbuka dan ada secara diam
  • Firaun tidak suka, lalu menindas Bani Israel.

Picture

  • Hijrah adalah jalan terakhir. Beliau bawa kaumnya keluar dari Mesir. Firaun tidak mahukan kebebasan bangsa ini, lalu mengejar mereka. Musa AS dan Bani Israel akhirnya terperangkap antara laut  dan tentera Firaun
  • Allah perintah Musa seberang laut, tunjuk mukjizat membelah lautan. Firaun nampak mukjizat, tapi ego. Tetap mengejar juga Musa AS di tengah-tengah laut yang seperti gunung, lalu ditenggelamkan.
  • Bani Israel beralih dari lembah Nil yang subur, namun kini mereka mendapati diri mereka berada di gurun gersang. Musa AS lalu datang bawa berita baik dari Allah SWT untuk memasuki Palestin, dan mendapat bantuan Allah untuk kemenangan.
  • Namun walaupun sudah dipertontonkan dengan mukjizat Musa AS, Bani Israel menolak.
  • Sebab paling utama penolakan ini adalah kerana :
  1. Lemah iman pada kenabian Musa AS
  2. Tidak bertaqwa pada Allah
  3. Lemah jiwa dan takut penzalim, akibatnya mereka meninggalkan jihad
  4. Cinta dunia seperti Muslimin hari ini
  5. Keakuan, merasa diri lebih baik dari Musa rujuk taurat Book of Numbers chapter xvi
  • Setiap masa, sifat bongkak jadi penghalang mentaati khalifah Allah.
  • Yang paling bongkak adalah dari golongan kaya dan berpengaruh Surah Saba:34
  • Manusia juga sering dengki dengan pemberian Allah pada mereka. Surah An-nisa 54-55
  • Jiwa bani israel tidak elok, jadi perayauan ini penting untuk membersihkan jiwa mereka, dan mengembalikan kepada naluri tauhid dan kebaikan
  • 40 tahun berlalu diperlukan untuk melahirkan anak-anak Bani Israel yang berjiwa merdeka yang kental yang layak memegang panji Illahi dan berperang masuk ke tanah suci Palestin.
  • Semua para ibu dan bapa yang keluar bersama dengan Musa AS dah dimatikan kecuali Caleb dan Joshua yang akan memimpin Bani Israel ke tanah suci
  • Perayauan selain sebagai hukuman, juga adalah untuk melatih Bani Israel menentang kezaliman setelah mrk terbiasa dengannya.
  • Lokasi perayaun juga ada kesan besar kepada generasi baru Bani Israel yakni gurun ini, membuatkan manusia lebih berserah pada Allah dan mengingati Allah SWT
  • Personaliti Musa AS juga ada kesan ada Bani Israel
  • Sebagai contoh Musa AS juga pertahan orang yang dizalimi di dalam istana Firaun,  Ini dapat dilihat apabila beliau membunuh apabila tiada pilihan. Surah al Qasas 15
  • Selepas insiden ini, Musa melarikan diri, risaukan agamanya sementara menanti rahmat Allah. Insiden ini adalah sebelum penghijrahan Musa AS bersama Bani Israel.
  • Tinggalkan keduniaan, dan dalam pelarian ini, beliau telah berjumpa dengan Shuaib AS, mengahwini  anak beliau, dan hidup mengembala kambing.
  • Selepas tu Allah SWT mentakdirkan Musa balik ke kaumnya untuk keluarkan mereka dari kegelapan.