Penutup Kenabian: Pengakhir Para Nabi

 Penutup Para Nabi   
 
 
Firman Allah Yang Maha Kuasa,
 
﴿مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَكِنْ رَسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيماً﴾
 
{Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu}[1]
 
 
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bahawa “Penutup Kenabian”, dan saya maksudkan penutup di sini sebagai “pengakhiran”, tidaklah tepat jika dikatakan kenabian disini bermaksud mencapai kedudukan seorang Nabi, dan mengetahui beberapa perkhabaran dari langit tentang kebenaran dan perkara ghaib. Ini kerana jalan untuk naik ke Kerajaan Langit (Malakut) telah dibuka dan ia tidak ditutup dan tidak akan ditutup.
 
Oleh itu Nabi Muhammad (S) menekankan dalam banyak riwayat oleh Sunnah dan Syiah, begitulah juga dengan Ahlul Bayt (as) bahawa salah satu jalan dari jalan-jalan Al-Wahi Al-Ilahi (Ilham Allah) akan tetap terbuka dan tidak akan ditutup, yang merupakan rukyah yang benar  dari Allah SWT
 
عن علي بن الحسـين بن علي بن فضال، عن أبيه، عن أبي الحسـن علي بن موسى الرضا (ع): أنّه قال له رجل من أهل خراسان : يا ابن رسول الله : رأيت رسول الله (ص) في المنام كأنّه يقول لي: (كيف أنتم إذا دفن في أرضكم بضعتي واستحفظتم وديعتي وغيب في ثراكم نجمي) ؟فقال له الرضا (ع): (أنا المدفون في أرضكم، وأنا بضعة نبيكم، فأنا الوديعة والنجم، ألا ومن زارني وهو يعرف ما أوجب الله تبارك وتعالى من حقي وطاعتي فأنا وآبائي شفعاؤه يوم القيامة، ومن كنّا شفعاءه نجا ولو كان عليه مثل وزر الثقلين الجن والإنس. ولقد حدثني أبي، عن جدي، عن أبيه، عن آبائه أنّ رسول الله (ص) قال: من رآني في منامه فقد رآني؛ لأنّ الشيطان لا يتمثل في صورتي ولا في صورة أحد من أوصيائي، ولا في صورة أحد من شيعتهم. وإنّ الرؤيا الصادقة جزء من سبعين جزءاً من النبوّة)
 
Diriwayatkan dari Ali bin Al-Hussein bin Ali bin Fadhdhal, dari bapanya, dari Abi Al-Hassan Ali bin Musa Al-Ridha (as):
 
Salah seorang dari lelaki dari Khurasan berkata kepadanya, "Wahai anak Rasulullah, aku melihat Rasulullah (S) dalam tidur seolah-olah dia bersabda kepadaku: Bagaimana kamu jika sebahagian daripada ku dikebumikan di tanah airmu, dan kamu telah diamanahkan (memelihara) kirimanku; dan tersembunyi di tanahmu bintangku?”
 
Lalu Al-Ridha (as) berkata kepadanya: "Aku akan dikebumikan di tanah airmu; bahawa aku sebahagian daripada Nabi mu; dan akulah kiriman dan bintang; bahkan sesiapa menziarahiku dan dia tahu apa yang diwajibkan Allah Tabaraka Wa Taala, dari hakku dan taat padaku, maka aku dan bapa-bapaku adalah pemberi Syafaat kepadanya pada hari kiamat, dan sesiapa yang kami berikan Syafaat padanya akan terselamat walaupun dia memiliki dosa-dosa yang sama berat dengan dosa tsaqalain (kedua-dua) jin dan Manusia; dan sememangnya aku diberitahu oleh bapaku, daripada datukku, dari bapanya (as) bahawa Rasulullah (sawas) bersabda:
 
"Sesiapa yang melihatku dalam tidurnya maka sesungguhnya dia telah melihatku, kerana syaitan tidak boleh menyerupai bentuk rupa ku, tidak juga dalam bentuk rupa sesiapa dari Aushiakku, tidak juga dalam bentuk rupa pengikut mereka, dan Rukya yang benar adalah sebahagian daripada tujuh puluh bahagian nubuwah.”[2]
 
 
وعن النبي (ص)، قال: (إذا اقترب الزمان لم تكد رؤيا المسلم تكذب، وأصدقكم رؤيا أصدقكم حديثاً، ورؤيا المؤمن جزء من خمسة وأربعين جزءاً من النبوّة)
 
Diriwayatkan daripada Nabi (S) bahawa baginda bersabda,
 
"Jika Zaman telah menghampiri, mimpi (rukya) orang Islam bukan suatu dusta dan yang paling benar di antara kamu dalam mimpi (rukya) adalah yang paling benar dalam ucapannya. Oleh itu mimpi (rukya) orang beriman adalah sebahagian daripada empat puluh lima bahagian nubuwah.”[3]
 
 
Diriwayatkan daripada Nabi (S) bahawa baginda bersabda,
 
"Ia merupakan sebahagian daripada tujuh puluh bahagian dari nubuwah."[4]
 
 
Diriwayatkan dari Rasulullah (S) bahawa baginda bersabda,
 
"Mimpi (rukya) orang beriman adalah sebahagian daripada tujuh puluh tujuh bahagian dari nubuwah."[5]
 
وعن علي (ع)، قال: (رؤيا المؤمن تجري مجرى كلام تكلّم به الرب عنده)
 
Diriwayatkan dari Ali (as) bahawa dia berkata,
 
"Mimpi (rukya) orang beriman dianggap sebagai ucapan Tuhan bercakap kepadanya."[6]
 
 
Nabi (S) bersabda,
 
"Jika Masa telah menghampiri, mimpi (rukya) orang mukmin bukan suatu dusta dan yang paling benar di kalangan mereka di dalam mimpi (rukya), adalah yang paling benar dalam ucapannya."[7]
 
 
Al-Alamah Al-Majlisi meriwayatkan di dalam kitab Bihar Al-Anwar dari kitab Jami' Al-Akhbar dan di dalam kitab Al-Ta'bir 3an Aimmah (as) berkata:
 
"Mimpi (rukya) orang beriman sahih kerana jiwanya kebaikan, dan keyaqinannya sahih, dan apabila ia keluar diangkat dari malaikat. maka itu ia [mimpi (rukya)] adalah wahyu (wahi) dari Allah, Yang Mulia dan Maha Berkuasa. "[8]
 
 
وعن رسول الله (ص)، قال: (من رآني في منامه فقد رآني، فإنّ الشيطان لا يتمثل في صورتي، ولا في صورة أحد من أوصيائي، ولا في صورة أحد من شيعتهم، وإنّ الرؤيا الصادقة جزء من سبعين جزءاً من النبوّة)
 
Diriwayatkan dari Rasulullah (S) bahawa baginda bersabda,
 
"Siapa yang melihat aku dalam tidurnya maka sesungguhnya ia telah melihatku, kerana syaitan tidak boleh menyerupai (shurah) bentuk rupaku, dan tidak juga bentuk rupa mana-mana Aushiaku, serta bentuk rupa mana-mana pengikut (syiah) mereka, dan mimpi (rukya) sebenar adalah sebahagian daripada tujuh puluh bahagian nubuwah." [9]
 
 
Diriwayatkan dari Rasulullah (S) baginda bersabda,
 
"Jika ia adalah akhir zaman, mimpi (rukya) mukmin bukan suatu yang dusta dan yang paling benar di antara kamu dalam mimpi (rukya) adalah yang paling benar dalam ucapannya.”[10]
 
 
وعن رسول الله (ص): (إذا اقترب الزمان لم تكد رؤيا المؤمن تكذب، وأصدقهم رؤيا أصدقهم حديثاً، ورؤيا المسلم جزء من ستة وأربعين جزءاً من النبوّة)
 
Diriwayatkan dari Rasulullah (SAW) baginda bersabda,
 
"Jika Zaman telah menghampiri, mimpi (rukya) orang Islam bukan suatu dusta dan yang paling benar di antara kamu dalam mimpi (rukya) adalah yang paling benar dalam ucapannya. Oleh itu, mimpi (rukya) Muslim adalah sebahagian daripada empat puluh enam bahagian nubuwah. "[11]
 
 
Diriwayatkan dari Rasulullah (S) baginda bersabda,
 
"Mimpi (rukya) orang beriman adalah sebahagian daripada empat puluh enam bahagian nubuwah." [12]
 
 
وعنه (ص) قال: (إذا رأى أحدكم الرؤيا يحبّها، فإنما هي من الله، فليحمد الله عليها وليحدّث بها)
 
Dan dari baginda (S) bersabda,
 
"Jika salah seorang di antara kamu telah melihat mimpi (rukya) yang disukanya, maka ia adalah dari Allah, maka hendaklah dia memuji Allah dan bercakap mengenainya."[13]
 
 
Diriwayatkan dari Rasulullah (SAW) baginda bersabda,
 
"Mimpi (rukya) orang beriman sebahagian daripada tujuh puluh tujuh bahagian nubuwah."[14]
 
 
Diriwayatkan dari Rasulullah (S) baginda bersabda,
 
"Mimpi (rukya) yang beriman adalah sebahagian daripada empat puluh bahagian nubuwah."[15]
 
 
Diriwayatkan dari Rasulullah (S) baginda bersabda,
 
"Mimpi (rukya) orang beriman atau orang Islam adalah sebahagian daripada empat puluh enam bahagian nubuwah.”[16]
 
 
Rasul Allah (S) bersabda,
 
"Mimpi (rukya) orang beriman adalah sebahagian daripada empat puluh enam bahagian nubuwah."[17]
 
 
Diriwayatkan dari Rasulullah (S), baginda bersabda,
 
"Jika Zaman telah menghampiri, mimpi (rukya) orang Islam bukan suatu dusta dan yang paling benar di antara kamu dalam mimpi (rukya) adalah yang paling benar dalam ucapannya.. Oleh itu, mimpi (rukya) orang Islam adalah sebahagian daripada empat puluh enam bahagian nubuwah."[18]
 
 
Rasul Allah (S) baginda bersabda,
 
"Mimpi (rukya) orang beriman adalah sebahagian daripada empat puluh bahagian nubuwah.”[19]
 
 
Diriwayatkan bahawa Allah menurunkan kepada Imam Musa Al-Kadzim (as) di dalam mimpi (rukya) bahawa Imam selepasnya adalah kepada anaknya Ali bin Musa Al-Ridha (as), Dari Yazid bin Salith Al-Zaidi berkata, "Kami bertemu Aba Abdillah (as) dalam perjalanan ke Mekah semasa kami satu jamaah jadi kami berkata kepadanya, 'Demi ayah dan ibuku, tuan adalah Imam yang disucikan dan tiada siapa yang tidak akan mati, jadi beritahu padaku suatu teka-teki siapakah yang (menjadi) khalifahku.’
 
Dia berkata aku, 'Ya mereka adalah anak-anak ku dan ini adalah tuan (ketua) mereka, (dan beliau menunjuk kepada anaknya Musa (as)) padanya ada ilmu pengetahuan, kebijaksanaan, kefahaman, kemurahan hati dan makrifah yang manusia hajatkan dengan apa yang mereka perselisihkan dalam urusan agama mereka dan dia mempunyai akhlak yang baik dan adab-kejiranan dan dia adalah pintu dari pintu-pintu Allah Taala (AWJ) dan satu lagi, 'Ia adalah lebih baik daripada semuanya.'
Jadi ayah aku berkata kepadanya, 'Demi ayah dan ibuku, dan apakah dia?' Beliau berkata, 'Allah akan membawa daripada dia penolong umat ini; dan yang melegakan, pengetahuan, kesedaran, kefahaman, kebijaksanaan, bayi yang terbaik dan belia yang terbaik. Olehnya, Allah akan mengelakkan pertumpahan darah, mendamaikan antara manusia, menyatukan kembali bahagian-bahagian, membahagikan dari pembukaan sempit, memberi pakaian pada yang tak berpakaian, mengenyangkan yang lapar, menenangkan yang takut, kerananya hujan turun dan daripadanya hamba-hamba mengambil arahan mereka, yang baik dengan tua yang muda belia, khabar gembira yang baik untuk kaumnya setelah dia dewasa, ucapannya adalah penghakiman dan diamnya adalah pengetahuan, dia menjelaskan kepada manusia apa yang mereka perselisihkan.”
 
Dia berkata, "Bapa ku telah berkata, 'Demi ayah dan ibuku, adakah dia akan mempunyai anak lelaki yang akan datang selepasnya?' Beliau berkata, 'Ya,' dan berhenti bercakap.”
 
Kemudian Yazid telah berkata, "Aku telah bertemu dengan Aba Al-Hassan (iaitu Musa bin Jafar (as)) dan berkata kepadanya, 'Demi ayah dan ibuku, aku mahu tuan agar memberitahuku apa yang bapa tuan telah maklumkan kepada ku.' Beliau berkata bahawa dia berkata, 'Ayahku (as) berada di zaman yang berbeza dari zamannya. "
Yazid berkata, "Aku berkata, 'Semoga laknat Allah atas sesiapa yang menerima ini dari kamu.’"
 
Dia berkata, "Dia ketawa kemudian berkata, 'Biar aku beritahu kamu ya Aba 3imaarah, aku meninggalkan rumahku kemudian aku berwasiat pada zahirnya kepada anak-anakku dan supaya mereka bekerjasama dengan anak ku Ali, dan aku menetapkan dia dalam wasiatku secara sembunyi (batin), dan aku telah melihat Rasulullah (S) dalam tidurku (mimpi  rukyaku) dan Amir Al-Mukminin (as) bersama baginda dan baginda mempunyai cincin, pedang, tongkat, kitab dan serban, dan aku berkata kepada baginda, 'Apa semua ini?’
 
Baginda bersabda, 'Adapun serban itu adalah Keagungan Allah AWJ, pedang adalah menjadi Kebanggaan Allah AWJ, kitab itu adalah Cahaya Allah AWJ, bagi tongkat itu adalah Kekuatan Allah AWJ, dan cincin itu adalah pengumpul daripada semua urusan ini. Beliau kemudian berkata, 'Rasulullah (S) bersabda,' Urusan ini akan dikeluarkan pada anak kamu Ali.’
 
Dia berkata, "Kemudian beliau berkata, 'Wahai Yazid, ini adalah suatu amanah yang kamu ada. Jangan dedahkan melainkan kepada orang yang berakal, atau pada hamba Allah yang telah diuji hatinya dengan iman, atau kepada orang yang jujur. Dan jangan kufur atas nikmat Allah Taala dan jika kamu ditanya untuk memberi kesaksian, maka berbuatlah, kerana Allah SWT berfirman,
 
﴿إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا﴾
 
{Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya,}[20]
 
 
dan Allah SWT berkata,
 
﴿وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ كَتَمَ شَهَادَةً عِنْدَهُ مِنَ اللَّهِ﴾
 
Dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang menyembunyikan kesaksian dari Allah yang ada padanya?" }[21]
 
 
Kemudian aku berkata, "Aku bersumpah demi Allah aku tidak akan berbuat demikian selamanya.”
 
Dia berkata, " Kemudian Abu Al-Hassan (as) berkata, 'Kemudian Rasulullah (S) menerangkan sifatnya kepadaku. Baginda bersabda, 'Ali anak kamu, yang melihat dengan cahaya Allah, dan mendengar dengan kefahaman-Nya, dan bercakap dengan kebijaksanaan-Nya, sentiasa betul tidak pernah silap, sentiasa tahu tidak jahil, dan telah dipenuhi dengan kebijaksanaan dan pengetahuan (ilmu dan hikmah). Bagaimana rendah martabat kamu dengan dia! Ia adalah suatu perkara yang pasti tidak berlaku, jadi apabila kamu kembali dari perjalanan kamu, perbaiki arahan kamu dan jelaskan permintaan kamu kerana kamu bergerak jauh dari dia dan jiran lain. Jadi kumpul anak-anak kamu dan bersaksilah kepada Allah atas mereka dan cukuplah Allah sebagai saksi.”
 
Beliau berkata, 'Wahai Yazid, aku akan diambil tahun ini, dan Ali anakku telah dinamakan Ali bin Abu Talib (as) dan telah dinamakan Ali bin Al-Hussain (as). Dia telah diberikan kefahaman yang pertama, dari ilmuNya, pertolonganNya, dan Pakaian jubah rasmiNya. Dan dia tidak boleh bercakap di hadapan Harun [Khalifah Abbasiyah] selama empat tahun, dan selepas empat tahun berlalu, tanyalah dia apa yang kamu mahu dan dia akan menjawabnya jika dikehendaki Allah SWT."[22]
 
 
Oleh itu mimpi (rukya) adalah jalan kepada wahyu Allah Yang Maha Suci dan ia masih terbuka selepas Muhammad (S), ini dipastikan dengan riwayat-riwayat dan kenyataan yang kukuh bahawa ia masih terbuka kepada manusia.
Oleh itu tidak ada penghalang untuk  sebahagian manusia yang beriman secara ikhlas kepada Allah Yang Maha Suci untuk mencapai makam nubuwah, dan Allah SWT boleh memberikan wahi (ilham) kepada mereka melalui jalan ini (mimpi (rukya)) dan Allah memberikan  mereka atas sebahagian Al-Haq (Kebenaran) dan Yang Ghaib dengan kurnia dariNya SWT.
 
Sudah semestinyalah para Imam (as) mencapai martabat nubuwah. Kebenaran dan perkara Ghaib sampai kepada mereka melalui rukya dan kasyaf. Ada begitu banyak riwayat-riwayat mengesahkannya. Sebahagian riwayat telah dinyatakan di atas. [23]
 
 
Oleh itu, adalah wujud kemampuan bagi orang mukmin dan orang yang ikhlas untuk mencapai maqam (martabat) nubuwah dan Allah memberi wahi (ilham) kepada mereka melalui jalan mimpi (rukya), perkara ini berlaku, sekurang-kurangnya ia dicapai oleh para Imam (as).
 
Adapun riwayat dari mereka (as) yang menafikan diri mereka sebagai Nabi, perkara ini difahami. Yang dimaksudkan dari penafian mereka adalah bahawa mereka adalah nabi-nabi yang diutus Allah SWT, jika tidak apakah maknanya apabila mereka mendapat khabar dari Roh Kudus? Dan apa apakah maknanya bahawa dia (Roh Kudus) bersama mereka dan tidak berpisah dengan mereka?[24]
 
 
Jadi, jika ini berlaku, apakah maknanya apabila Muhammad (S) adalah penutup(khatam) para Nabi(iaitu yang terakhir dari mereka)?
 
Dan juga apakah maknanya apabila baginda (S) penutup(khatim) para nabi (iaitu pertengahan antara mereka)? Kerana kedua-duanya iaitu [Penutup dan yang menutup] adalah gelaran kepada Nabi Muhammad (S).
 
Jadi untuk mengetahui jawapannya, kita perlu tahu sesuatu tentang maqam (kedudukan) Nabi Muhammad (S) dan beberapa perkara yang baginda miliki lebih daripada maqam (kedudukan) anak-anak Adam yang lain, bahkan ke atas mereka dari para nabi (as) khususnya .
 

[1] Quran 33:40
[2] Man la yahdarhu Al-Faqih- sheikh Al-Sodoq: Vol 2, halaman 584. ‘Uyoon Akhbar Al-Retha sheikh Al-Sodoq Vol 1, halaman 287. Al-Amali Sheikh Al-Sodoq, halaman 120
[3] Sahih Muslim: Vol 7, halaman 52. Sunan Al-Tirmidi: Vol 3, halaman 363. Sharh Usool Al-Kafi- Al- Mazndrani, Vol 11, halaman 476.
[4] Man la yahdarhu Al-Faqih- sheikh Al-Sodoq: Vol 2, halaman 584. Sharh Usool Al-Kafi, Vol 11, halaman 476.
[5] Bihar Al-Anwar, Vol 85, halaman 176. Kanz Al-Fawaid: halaman 211
[6] Bihar Al-Anwar, Vol 52, halaman 210. Kanz Al-Fawaid, halaman 211
[7] Al-Amali- sheikh Al-Tosi, halaman 386, Bihar Al-Anwar, Vol 85, halaman 172
[8] . Bihar Al-Anwar, Vol 85, halaman 176
[9] Bihar Al-Anwar, Jilid 58, halaman 176, di ambil dari Man La Yahdhuruh Al-Faqih Jilid 2, halaman 584, 3uyun Akhbar Al-Ridha (as) Jilid 1, halaman 287, Al-Amali Al-Syeikh Al-Shaduq, halaman 121, Bihar Al-Anwar, Jilid 49, halaman 283 dengan diganti – [فأنّ الشيطان .. لأنّ الشيطان
[10] Bihar Al-Anwar, Jilid 58, halaman 181
[11] Sunan Al-Tirmizhi: Jilid 3, halaman 363, Bihar Al-Anwar, Jilid 58, halaman 192, dan dalam Musnad Ahmad, Jilid 2, muka surat 507. Shahih Muslim, Jilid 7, muka surat 52 dan di mana pada kedua perkataan Al-Muslim diganti Al-Mukmin pada makna, seperti dalam Shahih Muslim 45 di ganti 40 tahun, dan dalam Shahih Bukhari, Jilid 8, halaman 77 di mana pada kedua perkataan Al-Muslim diganti Al-Mukmin pada makna
[12] Bihar Al-Anwar, Jilid 85, halaman 192
[13] Musnad Ahmad, Jilid 3, halaman 8, Shahih Bukhari, Jilid 8, halaman 83, Bihar Al-Anwar, Jilid 85, halaman 192
[14] Bihar Al-Anwar, Jilid 85, halaman 210
[15] Musnad Ahmad bin Hanbal, Jilid 4, muka surat 11 Sunan Al-Tirmizhi, Jilid 3, halaman 366, Al-Mu3jam Al-Kabir Jilid 19, halaman 205, Al-Jami3 Al-Saghir Jilid 2, halaman 6.
[16] Musnad Ahmad Ibn Hanbal, Jilid 5, halaman 319
[17] Shahih Muslim, Jilid 7, muka surat 53, Sunan Al-Tirmizhi, Jilid 2, halaman 123
[18] Sunan Ibn Majjah, Jilid 2, halaman 1289
[19] Sunan Al-Tirmizhi, Jilid 3, halaman 366
[20] Al-Nisaa’ 4:58
[21] Al-Baqarah 2:140
[22] 3uyun Akhbar Al-Ridha (as) Jilid 2, halaman 33
[23] Seperti contoh: Rukya Imam Al-Hussain (as) di mana beliau telah melihat bahawa anjing telah menyerang beliau dan salah seekor daripada anjing ini adalah berbelang-belang dan ia adalah yang paling garang dalam menyerang Al-Hussain (as) Jadi beliau memberitahu Shimr bin Zhi Al-Jawsyan (Laknahu Allah) "Dia adalah Kamu (anjing).", dan Shimr (Laknahu Allah) adalah tempang. Boleh rujuk Al-Kafi, Dar Al-Salam dan buku-buku hadits yang lain.
[24] Hisham Bin Salim meriwayatkan dari Ammar atau orang lain berkata "Saya berkata kepada Abi Abdillah (as) 'Dengan hukum apabila kamu menghakimi?' Dia berkata," Degan hukum Allah, hukum Daud dan hukum Muhammad (S) jadi jika sesuatu yang datang kepada kami yang tidak ada dalam kitab, maka Roh Kudus akan memberikan kepada kami dan Allah mengilhamkan kepada kami dengan ilham." Bashair Al-Darajat halaman 472     

Pengikut Jesus Ke 13 Bab 2: Tunas Yang Tumbuh Dari Keturunan David

Bab 2: Tunas Yang Tumbuh Dari Keturunan David
 
Soalan: Gereja menafsirkan "Tunas Yang Tumbuh Dari Keturunan Daud AS" sebagai Isa/Jesus. Adakah ini benar?
 
Jawaban: Soalan anda tentang Tunas ini disebutkan di dalam Kitab Yesaya(Isaiah).
 
 
1 Keturunan Raja Daud seperti pokok yang sudah ditebang. Tetapi sebagaimana tunas baru tumbuh pada tunggul pokok, demikian juga seorang raja yang baru akan muncul daripada keturunan Raja Daud. 2 Kuasa TUHAN akan mengurniakan kebijaksanaan kepada dia juga pengetahuan dan kecekapan untuk memerintah umatnya. Dia mengenal kehendak TUHAN dan menghormati Dia. 3 Dia suka mentaati TUHAN. Dia tidak menghakimi orang secara sekilas pandang ataupun berdasarkan kata orang. 4 Dia menghakimi perkara orang miskin dengan adil, dan membela hak orang yang lemah. Dengan perintahnya bumi dihukum, dan orang jahat akan dibinasakan. 5 Dia akan memerintah umatnya dengan adil dan jujur. 6 Serigala akan tinggal dengan domba, dan harimau bintang akan berbaring di samping anak kambing. Anak lembu dan anak singa akan makan bersama-sama, dan kanak-kanak akan menjaga semuanya.
 
7 Lembu dan beruang akan makan bersama-sama, dan anak lembu akan berbaring di samping anak beruang. Singa akan makan rumput seperti lembu. 8 Bahkan bayi tidak akan cedera, apabila bermain dekat ular berbisa. 9 Di Sion, Bukit Suci Allah, tiada apa-apa pun yang jahat atau berbahaya. Bumi akan penuh dengan orang yang mengenal dan menghormati TUHAN sebagaimana lautan penuh dengan air. 10 Suatu hari akan tiba apabila seorang raja keturunan Raja Daud akan menjadi tanda kepada bangsa-bangsa. Mereka akan datang kepadanya, dan bangsanya sendiri akan menjadi masyhur. 11 Pada hari itu Tuhan akan sekali lagi menggunakan kuasa-Nya untuk membawa kembali umat-Nya yang masih hidup di Asyur dan Mesir, di negeri Patros, Etiopia, Elam, Babilonia, dan Hamat, serta di kawasan pantai dan di pulau-pulau. 12 TUHAN akan mengibarkan panji untuk menunjukkan kepada bangsa-bangsa bahawa Dia sedang mengumpulkan semula penduduk Israel dan Yehuda yang terserak di segala pelosok bumi dan membawa mereka pulang.
 
Tafsiran mereka bahawa tunas itu merupakan Jesus adalah tidak tepat, dan teks mereka menolak tafsira ini serta ia bercanggahan dengan ideology mereka. Ini kerana menurut kepercayaan mereka, Jesus itu sendiri adalah Tuhan, jadi bagaimana boleh beliau takut kepada Tuhan, dan menjadikan keredaannya sebagai takut kepada Tuhan? Gereja mungkin akan menjelaskan perkara ini dengan menggunakan kepercayaan “falsafah yang tiga” yang batil dan bercanggahan, saya telah terangkan kebatilannya bersama bukti dalam Kitab Tauhid.
 
Jesus sendiri tidak memerintah dan bukan juga seorang hakim di kalangan manusia, jadi bagaimana beliau dapat menegakkan keadilan dan kesama rataan kepada mereka yang tertindas? Jadi bagaimana teks ini dapat digunakan kepada beliau?
 
Dan apa yang digambarkan oleh teks tersebut tidak dicapai di zaman Jesus, seperti bumi akan dipenuhi dengan ilmu Tuhan seperti mana air memenuhi laut, dan ilmu ini akan mempunyai kesan sehingga orang kaya akan menceriakan orang miskin, dan yang kuat akan membantu yang lemah, dan bumi akan menjadi hampir bebas dari kezaliman.
 
Hakikatnya, hampir kesemua teks ini jauh sifatnya dari Jesus dan seruannya. Contohnya, adakah Jesus mengumpulkan yang terbuang dari Israel(Jacob/Yaakob bagi mereka)? Dan adakah beliau mengumpulkan mereka yang bertebaran dari Judah/Yehuda (merujuk kepada anak-anak Jacob di sisi mereka) dari penghujung-penghujung dunia?? Dan jika mereka mengatakan beliau mengumpulkan mereka dalam keimanan kepada beliau, ini juga tidak tepat, kerana seruan Jesus sehinggalah pengangkatannya, tidak melepasi sempadan beberapa kota. Sedangkan kita dapati, teks ini mengatakan bahawa orang ini akan mengumpulan Judah yang bertebaran dari hujung-hujung dunia, dan makna teks ini adalah, ketika orang ini diutuskan nanti, manusia dari berbagai negara di dunia akan beriman kepada beliau, malah, negara-negara yang jauh dari tempat pengutusannya. (Penghujung bumi)
 
12 TUHAN akan mengibarkan panji untuk menunjukkan kepada bangsa-bangsa bahawa Dia sedang mengumpulkan semula penduduk Israel dan Yehuda yang terserak di segala pelosok bumi dan membawa mereka
 
Dan perkataan "Judah" membawa maksud "pujian" atau Ahmad.  Di dalam Taurat, Genesis, Bab 29:
 
35 Kemudian Lea mengandung lagi dan melahirkan seorang anak lelaki. Dia berkata, “Kali ini aku akan memuji TUHAN.” Maka dia menamakan anaknya Yehuda. Kemudian Lea tidak melahirkan anak untuk beberapa lama.
 
Dan Israel bermaksud "Abdullah"[1] dalam bahasa Arab, iaitu Hamba Allah. Jadi petikan tersebut akan menjadi seperti berikut:
 
12. DIA akan mengibarkan panji untuk menunjukkan kepada bangsa-bangsa bahawa Dia sedang mengumpulkan semula penduduk Abdullah dan Ahmad yang terserak di segala pelosok bumi dan membawa mereka pulang.
 
Dan mereka yang bertebaran lalu berkumpul seperti awan kumulus di musim luruh dari setiap pelusuk bumi untuk membantu Al Qaim(Mahdi Pertama Ahmad) adalah pendokong Imam Al Mahdi di akhir zaman; ini diketahui melalui riwayat dari Muhammad dan keturunannya.[2]
 


[1] Dan ini adalah isu yang jelas, dan riwayat turut menjelaskannya, contohnya riwayat dari Al Ayashi: Rasulullah telah bersabda: “Namaku adalah Ahmad, aku juga adalah Abdullah dan namaku juga adalah Israil.” [Tafseer Al Ayashi, jilid 1, ms 44] [Al Burhan jilid 1, ms 95] [Bihar Al Anwar, jilid 7, ms 178]
[2] Riwayat berkenaan hal ini adalah banyak sekali. Contohnya: Dari Abu Jaafar a.s tentang firman Allah swt: "Oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, maka Allah tetap akan membawa kamu bersama (2:148). Beliau a.s bersabda: Al Khairat(kebaikan) bermaksud wilayah. Dan "di mana sahaja kamu berada, Allah akan membawa kamu bersama" bermaksud para sahabat Al Qaim yang berjumlah lebih sedikit dari tiga ratus sepuluh orang…Demi Allah Dia akan mengumpulkan mereka dalam satu masa seperti awan sirus di musim luruh." Al Kafi oleh Al Kulaini. Inilah yang berlaku hari ini, apabila berbagai orang dari negara yang berbeza telah beriman dengan Ahmad Al Hasan, dan pendokong beliau adalah dari berbagai kawasan di muka bumi ini. Antaranya timur tengah, Asia timur, Rusia, negara Eropah dan lain-lain seperti Malaysia.

Pengikut Jesus ke 13 Bab 1: Siapakah Singa Dan Anak Domba Di Dalam Mimpi John?

Soalan 1: Di dalam beberapa kitabnya, Sayed Ahmad AS menafsirkan 24 orang pemimpin dalam mimpi Yohanes sebagai 12 orang Imam dan Mahdi yang disebutkan dalam wasiat Nabi Muhammad SAW. Persoalannya, siapakah anak domba yang disalib di dalam mimpi tersebut yang berada di tengah-tengah mereka, dan siapakah yang mereka seru?

 

Jawaban: Ayat yang berkenaan Kitab Wahyu Bab 4:

 

2 Dengan segera Roh Allah menguasai aku. Aku melihat sebuah takhta di syurga dan seseorang duduk di atas takhta itu. 3 Mukanya bersinar seperti batu jasper dan batu sardis. Takhta itu dikelilingi oleh pelangi yang bersinar seperti zamrud. 4 Di lingkaran yang mengelilingi takhta itu terdapat dua puluh empat buah takhta lain. Di situ duduk dua puluh empat orang pemimpin yang berpakaian putih dan memakai mahkota emas. 5 Takhta ini memancarkan pancaran kilat dan aku mendengar gemuruh bunyi guruh. Di hadapan takhta itu terdapat tujuh buah suluh yang bernyala; itulah ketujuh-tujuh Roh Allah.

 

Dan di dalam Bab 5:

 

1 Aku melihat sebuah gulungan naskhah di tangan kanan Dia yang duduk di atas takhta itu. Gulungan naskhah itu penuh dengan tulisan pada kedua-dua belah sisinya dan dimeterai dengan tujuh buah meterai. 2 Lalu aku melihat satu malaikat perkasa bertanya dengan suara yang lantang, “Siapakah yang layak memecahkan meterai-meterai ini serta membuka gulungan naskhah ini?” 3 Tetapi tidak seorang pun di syurga, atau di bumi, ataupun di bawah bumi, yang dapat membuka gulungan naskhah itu dan membaca kandungannya. 4 Aku menangis tersedu-sedu, kerana tidak seorang pun layak membuka gulungan naskhah itu dan membaca kandungannya. 5 Lalu salah seorang pemimpin itu berkata kepadaku, “Jangan menangis! Lihatlah! Singa daripada suku Yehuda, keturunan agung daripada Daud, sudah menang. Dia dapat memecahkan tujuh buah meterai itu dan membuka gulungan naskhah itu.” 6 Kemudian aku nampak seekor Anak Domba berdiri di tengah-tengah takhta itu, dikelilingi oleh empat makhluk dan semua pemimpin itu. Anak Domba itu nampaknya sudah disembelih. Anak Domba itu mempunyai tujuh buah tanduk dan tujuh biji mata, iaitu tujuh Roh Allah yang telah diutus ke seluruh dunia.  

 

7 Anak Domba itu pergi mengambil gulungan naskhah itu dari tangan kanan Dia yang duduk di atas takhta. 8 Sementara Anak Domba itu berbuat demikian, empat makhluk itu dan dua puluh empat orang pemimpin itu bersujud di hadapan Anak Domba. Masing-masing memegang sebuah kecapi dan sebuah mangkuk emas berisi kemenyan, iaitu doa-doa umat Allah. 9 Mereka menyanyikan sebuah lagu baru, “Engkau layak mengambil gulungan naskhah itu dan memecahkan meterai-meterainya, kerana Engkau telah dibunuh dan dengan kematian-Mu, manusia daripada semua suku, bahasa, negara, dan bangsa telah Engkau beli untuk Allah. 10 Engkau sudah menjadikan mereka imam yang mengabdi kepada Allah kita, dan memerintah di dunia.” 11 Lalu aku melihat lagi. Aku mendengar suara malaikat yang beribu-ribu dan berjuta-juta bilangannya! Mereka berdiri mengelilingi takhta, keempat-empat makhluk, dan para pemimpin itu. 

 

12 Mereka menyanyi dengan suara yang lantang, “Anak Domba yang sudah dibunuh itu layak menerima kekuasaan, kekayaan, kebijaksanaan, kekuatan, penghormatan, kemuliaan, dan pujian.” 13 Lalu aku mendengar semua makhluk di syurga, di bumi, di bawah bumi, dan semua makhluk di dalam laut – pendeknya semua makhluk di alam semesta ini – menyanyi, “Kepada Dia yang duduk di atas takhta, dan kepada Anak Domba itu, kami persembahkan pujian dan penghormatan, kemuliaan dan kekuasaan selama-lamanya!” 14 Keempat-empat makhluk itu menjawab, “Amin!” Para pemimpin itu pun bersujud serta menyembah Allah dan Anak Domba itu.

 

Di dalam bab 14: 1 Kemudian aku melihat dan nampak Anak Domba berdiri di atas Bukit Sion. Bersama-sama-Nya berdiri 144,000[1] orang yang pada dahi mereka tertulis nama-Nya dan nama Bapa-Nya. 

 

Dari rangkapan di atas, telah dijelaskan kepada anda bahawa orang yang pada satu masa disimbolkan sebagai seekor singa dan di masa yang lain disimbolkan sebagai anak domba adalah salah seorang dari dua puluh empat orang pemimpin, dan orang yang duduk di atas singgahsana adalah orang yang mendominasi mimpi ini, serta jelas dari mimpi ini, orang yang duduk di atas singgahsana itu adalah yang terbaik dalam darjat dan kedudukan. Sementara dua puluh empat orang pemimpin itu pula mempunyai kedudukan yang paling hampir dengan orang yang duduk di atas singgahsana di antara mereka yang wujud dalam mimpi ini, dan perkara ini jelas.

 

Oleh itu, anak domba yang dibunuh itu bukanlah lebih baik dari orang yang duduk di atas singgahsana, serta 24 orang itu, walaupun dalam mimpi ini, beliau layak mengambil naskhah dan membuka menterai kunci, jadi, bagaimana anak domba ini layak mengambil naskhah tanpa mereka, sedangkan kedudukan mereka lebih tinggi dari anak domba tersebut?

 

Oleh itu, anak domba yang disembelih tersebut sudah tentu adalah simbol kepada salah seorang dari 25 orang pemimpin tersebut.

 

Berkenaan dengan para pemimpin ini bersujud dan bercakap dengan beliau, ini bermaksud mereka telah mempersiapkan lapangan untuk beliau, dan mereka juga adalah orang-orang beriman demi melaksanakan Ketuanan Allah di bumiNya.

 

Berkenaan dengan kata anda bahawa ada masalah dengan tafsiran anak domba dan singa itu sebagai simbolik kepada salah seorang dari dua puluh empat orang pemimpin dan bagaimana beliau berucap pada dirinya sendiri; realitinya ini bukanlah satu masalah, kerana kita sedang bercakap tentang sebuah mimpi; maka tiada masalah bagi salah seorang dari 24 orang pemimpin itu mengucapkan kepada dirinya sendiri yang disimbolikkan oleh anak domba dan seekor singa. Jika penghujahan ini sah, maka adalah sah untuk menolak mimpi ini semuanya sekali, kerana ia menggambarkan seorang yang telah berjaua dan layak membuka naskah oleh seekor singa, dan telah dijelaskan bahawa yang mengambil naskah itu adalah anak domba yang dibunuh.

5 Lalu salah seorang pemimpin itu berkata kepadaku, “Jangan menangis! Lihatlah! Singa daripada suku Yehuda, keturunan agung daripada Daud, sudah menang. Dia dapat memecahkan tujuh buah meterai itu dan membuka gulungan naskhah itu.” 6 Kemudian aku nampak seekor Anak Domba berdiri di tengah-tengah takhta itu, dikelilingi oleh empat makhluk dan semua pemimpin itu. Anak Domba itu nampaknya sudah disembelih. Anak Domba itu mempunyai tujuh buah tanduk dan tujuh biji mata, iaitu tujuh Roh Allah yang telah diutus ke seluruh dunia.  7 Anak Domba itu pergi mengambil gulungan naskhah itu dari tangan kanan Dia yang duduk di atas takhta. 

 

Oleh itu, anak domba yang dibunuh dan singa adalah simbol kepada seorang yang telah berjaya dan layak membuka naskah, dan beliau adalah salah seorang dari 24 orang pemimpin. Jadi di peringkat darjat kejayaan, yang memerlukan kekuatan, keberanian dan dedikasi, beliau disimbolkan oleh seekor singa. Dan di peringkat darjat “mengambil naskah”, yang memerlukan pengorbanan, beliau disimbolkan oleh anak domba yang berdiri seolah-olah ia telah dibunuh/sembelih. Dan kedua-dua sisi ini dimiliki oleh orang yang sama.[2] Tiada percanggahan antara keduanya, kerana kekuatan roh adalah hasil dari pengorbanan, keikhlasan dan kesabaran dalam menghadapi kezaliman.

 

Berkenaan dengan tafsiran mereka bahawa anak domba yang disembelih di dalam mimpi itu adalah Jesus, maka ini sudah terbatal kerana mengikut mereka, orang yang duduk di atas singgahsana itu adalah Allah, jauhlah Dia dari hakikat ini.

 

Dan bukanlah sesuatu yang tersembunyi bahawa tafsiran mereka mengekang Allah dan menafikan Ketuhanan Mutlak Nya. Untuk maklumat lanjut, bolehlah kamu membaca Kitab Tauhid.[3]

 

Sementara bagi kami, orang yang duduk di atas singgahsana adalah Muhammad, dan di sekeliling baginda adalah 24 orang pemimpin yang juga duduk di atas singgahsana, dan mereka adalah khalifah Allah di bumiNya, para Imam dan Mahdi disebutkan oleh Rasul Allah dalam wasiat[4] sucinya.

 

 

 

 

 

 

 


[1] Berkenaan nombor 144,000, yang mana dahi mereka telah ditanda dengan nama anak domba dan nama Bapa, sesetengah ulama Gereja berkata, “Kami, di hadapan Gereja, adalah orang-orang Tuhan. Jumlah kami tersangat besar. Ia juga menunjukkan jumlah pengikut besar dari setiap umat, setiap puak, setiap manusia dan setiap Bahasa. Mereka adalah empat perkataan, dan inilah yang dimaksudkan dengan bumi serta empat penjurunya.” Dan apabila bilangan yang disebutkan di dalam adalah terlalu kecil berkenaan dengan tafsiran mereka, mereka akan berkata, “Bilangan ini hanyalah simbolik” bukanlah seperti yang dimaksudkan. Mereka mengatakan perkara ini dengan dingin sekali, berkenaan tafsiran tanpa bukti yang diberikan oleh mereka. Rujuk: Studies In The Holy Book, The revelation Of St. John oleh Paul Feghali.

 

 

[2] Hakikatnya, simbol berbeza yang mewakili orang yang sama dari sudut yang berbeza turut dipercayai oleh ulama Kristian, dan sebagai contoh saya akan sebutkan dua teks. Salah satu darinya adalah dari Father Antonios Fekry yang berkata, “Beliau adalah singa dari sisi kekuatannya dan kedaulatannya ke atas kita dan seluruh makhluk, namun beliau juga adalah anak domba dari sisi beliau menyerahkan dirinya untuk dibunuh di atas salib dan menanggung dosa kita.” The Explanation of the Holy Book, the New Testament, the Interpretation of Revelation 5

Dan teks seterusnya adalah dari Dr. William MacDonald, ‘Di dalam kitab Revelation/ Wahyu, Tuhan kita dipersembahkan dirinya sebagai anak domba dan singa. Jadi dari satu sisi, beliau adalah anak domba Tuhan yang dibunuh lalu diangkat dosa-dosa dari dunia ini. Dan sebagai singa, yang menjadi hakim menghukum musuhnya. Pada kedatangannya yang pertama beliau adalah anak domba dan pada kedatangannya yang kedua, beliau adalah singa.” Emmaus Bible College. Father Paul Feghali berkata, “Kami menunggu seekor singa, namun datanglah di hadapan kami anak domba. Mengapa Jesus digelar anak domba? Studies in The Holy Book, the Revelation of St. John

 

 

[3] [3] Kitab Tauhid tulisan Imam Ahmad Al Hasan, di mana beliau menjelaskan kepercayaan Illahiyah yang sebenar dan beliau menghujahkan ideology sesat yang dipercayai oleh manusia hari ini, samada Muslim, Kristian atau sebaliknya.

 

 

 

[4] [4] Wasiat suci yang menyebutkan nama 12 orang Imam dan 12 orang Mahdi. Telah disebutkan di awal buku ini.

 

 

Soalan 174: Ikan Paus dan Zhun Nun

Soalan 174: Ikan Paus dan Zhun Nun
 
Soalan 174: Bagaimana Tuan menerangkan Nabi Yunus (as) tinggal di dalam perut ikan paus dengan cara yang saintifik, tanpa makanan, udara dan matahari? Dan bagaimana dia beribadah? Dan apakah tasbih yang, dengan kelebihannya yang menyebabkan dia keluar dari perut ikan paus itu?
 
Jawapan:
 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
 
Segala puji-pujian tertentu bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat Allah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi.
 
Allah SWT Berfirman:
 
Maka bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), dan janganlah engkau bersikap seperti orang yang telah ditelan oleh ikan. (Ingatlah kisahnya) ketika ia berdoa merayu dengan keadaan sesak sebak terkurung dalam perut ikan. Kalaulah ia tidak didatangi nikmat pertolongan dari Tuhannya, nescaya tercampaklah ia ke tanah yang tandus dalam keadaan ia ditempelak (kerana salah silapnya). [345]
 
Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak. Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur. Oleh itu Kami campakkan dia keluar ke tanah yang tandus, sedang ia berkeadaan sakit. Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok dari jenis labu. (penterjemah : atau terjemahan lain: berdaun lebar). [346]
 
Sesungguhnya Yunus (as) meninggal dunia di dalam perut ikan paus, dan ruhnya memandang ke arah kegelapan neraka, dan memandang ke arah bahagian neraka yang lebih rendah.
 
Dan tumbuhan berdaun lebar adalah: Agama.
 
﴿ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا﴾
 
Jadi selepas paus itu menelan Yunus AS, ruhnya diambil, dan ia dibawa turun ke neraka agar beliau dapat melihatnya, sehinggalah beliau melihat neraka dan kegelapannya, [(demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis – apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Surah An Nur:40] . Dan beliau melihat Qarun LA dan berbicara dengannya. Dan dia melihat Qarun (la) dan dia bercakap dengannya. Dan neraka yang dia lihat ini, adalah Neraka yang dikembangkan hasil dari amalan dosa para penindas (penzalim) sehingga nyalaan itu siap, dan ia adalah api yang didorong oleh kerja-kerja [dosa] penzalim, seperti mana Syurga dibina oleh kerja-kerja [amalan] orang-orang soleh dari Nabi-nabi, Aushiak, Rasul-rasul, dan solehin.
 
Allah SWT berfirman mengenai Neraka yang dibina oleh kerja-kerja anak-anak Adam yang zalim:
 
﴿وَإِذَا الْجَحِيمُ سُعِّرَتْ﴾
 
{ Dan apabila api neraka dinyalakan menjulang} [347]
 
Yang bermaksud: [apabila] nyalaan api sampai ke puncak dan lengkap julangan apinya pada hari kiamat oleh kerja-kerja para penzalim.
 
Dan Allah SWT berfirman:
 
﴿وَإِذَا الْجَنَّةُ أُزْلِفَتْ﴾
 
{Dan apabila Syurga didekatkan; } [348] Yang bermaksud: apabila ia siap sempurna disebabkan amal soleh anak-anak Adam, dan ini telah diriwayatkan oleh Nabi SAW dan Ahlulbaitnya AS: “Barangsiapa yang mengucapkan: { سبحان الله، والحمد لله، ولا اله إلا الله، والله أكبر } telah ditanam sebatang pokok untuknya di syurga.” Jadi mereka bertanya: “Oleh itu, kami mempunyai banyak pokok di tanam Ya Rasul Allah!” Rasul menjawab: “Ya, namun berhati-hatilah, jika tidak kamu akan membakar mereka (akibat dari amalan jahat)” Amali oleh Sheikh as Saduq, halaman 705
 
Oleh itu, manusia lah yang membina syurga dan neraka, dan masing-masing mempunyai penghuninya yang tersendiri. Dan neraka ini adalah paus sebenar yang menelan Yunus (as), dan penjara tempat beliau dipenjarakan, dan kubur yang menakluknya dan menyekat perjalanannya, dan oleh itu, Allah SWT telah menyebutkan dua firman, dan yang zahirnya nampak seperti bercanggahan untuk sesiapa yang jahil tentang kebenaran iaitu:
 
لَوْلا أَنْ تَدَارَكَهُ نِعْمَةٌ مِنْ رَبِّهِ لَنُبِذَ بِالْعَرَاءِ وَهُوَ مَذْمُومٌ﴾ .
 
Kalaulah ia tidak didatangi nikmat pertolongan dari Tuhannya, nescaya tercampaklah ia ke tanah yang tandus (di tepi pantai) dalam keadaan ia ditempelak (kerana salah silapnya)
 
﴿فَلَوْلا أَنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُسَبِّحِينَ * لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُون﴾ .
 
Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.
 
Apa yang pasti ialah Allah SWT, mesti menyediakan satu perkara sebagai hukuman seperti ikrarNya untuk Nabi Allah Yunus (as); sama ada dicampakkan[nya] ke tanah tandus itu (pantai tandus) semasa dia telah tercela, atau berada di dalam perut (paus itu) sehingga hari mereka dibangkitkan, jika tidak, akan ada percanggahan dalam Al-Quran, kerana sesungguhnya Allah SWT berhukum dengan kebijaksanaan yang lengkap, dan ia hanya satu dan tidak banyak. Dan jika sebahagian daripada mereka mahu mentafsirkannya ke kanan atau ke kiri (bermakna jika mereka mahu mentafsirkannya menurut cara mereka sendiri) tanpa ilmu dari Keluarga Muhammad (as) maka ini adalah hal mereka sendiri. Walau bagaimanapun, saya hanya menerangkan kebenaran, dan hakikatnya adalah tubuhnya dibuang ke tanah lapang, dan ruhnya kekal dalam lapisan neraka sehingga hari mereka dibangkitkan. Dan seperti yang saya telah jelaskan sebelum ini bahawa ia adalah neraka yang sedang berkembang yang mana dunia ini sedang bergerak ke arahnya, seperti mana perjalanannya menuju syurga, dan dari sini telah jelas bahawa tidak ada percanggahan antara ayat-ayat ini.
 
Kemudian tinggalnya beliau di dalam perut ikan paus sehingga Hari Kebangkitan Besar (yakni permulaannya adalah kemusnahan kerajaan langit bagi penduduk bumi) sebagai satu jasad fizikal bukanlah satu perkara normal, dan tidak boleh terjadi kecuali dengan keajaiban, kerana ia memerlukan tubuh Yunus (as) masih sempurna di dalam perut ikan paus itu, dan badan paus itu juga tetap kekal lengkap bentuknya, sama ada hidup atau mati, namun,  tidak ada makna untuk mukjizat jenis ini, kerana tiada manfaat yang dapat diperolehi daripadanya. Dan Allah adalah Maha Bijaksana, mustahil bagiNya bermain-main atau bergurau dalam tindakan-Nya, Yang Maha Suci dan Maha Tinggi dari apa yang mereka sekutukan. Jadi apa yang kamu faham apabila Dia SWT berfirman:
 
﴿لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ﴾
 
{niscaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit} ,
 
Kebangkitan adalah selepas Permulaan Kiamat Besar iaitu: selepas semua yang wujud di bumi ini binasa, dan selepas Bumi ini digantikan dengan bumi yang lain.
 
Oleh itu, perkara Yunus (as)  tinggal di dalam perut ikan paus dengan tubuh badannya, hingga hari dibangkitkan semula adalah sesuatu perkara yang tidak benar. Kerana seperti yang saya katakan, sebelum itu bumi akan binasa dan digantikan.
 
يَوْمَ تُبَدَّلُ الْأَرْضُ غَيْرَ الْأَرْضِ وَالسَّمَاوَاتُ ۖ وَبَرَزُوا لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ
 
(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.} [350] Ibrahim 14:48,
 
﴿وَإِذَا الْبِحَارُ سُجِّرَتْ﴾
 
{dan apabila lautan dijadikan meluap } [351]
 
Dan satu lagi perkara yang masih belum diperkatakan atau ditakwilkan: Bagaimana Allah Yang Maha Suci, mengancam Yunus (as ), padahal dia seorang Nabi?
 
Hakikatnya adalah Dia tidak mengancam atau memberi amaran kepada beliau, Allah hanya mendisplinkan beliau dan memberi pemberian kepadanya dengan menunjukkan kepada beliau neraka dan nasib beliau jika beliau menderhakai Allah SWT dan berpaling dari risalahNya, dan jika beliau tidak menerima Wilayah Ali Ibn Abi Thalib AS. Jadi keadaan Yunus AS adalah seperti Adam AS:
 
﴿وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَى آدَمَ مِنْ قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْماً﴾
 
{Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat. } [353].
 
Dan dengan kemajuan rohani ini, Yunus (as) bertambah ilmu dan makrifahnya mengenai hak Ali (as) dan maqamnya sebagai Ketua tentera Allah, jadi beliau mendapatkan pertolongan Allah dan bertawasul  kepada Allah dengan hak Ali (as), maka Allah memberikan kepada Ali (as) kebenaran untuk menyelamatkannya dari penderitaan neraka dan seksaannya. Oleh itu kematiannya adalah rukyah/mimpi yang dilihatnya, kemudian beliau telah dicampakkan sepertimana dilucutkan pakaian Taqwa dari Adam (as). Seolah-olah bagi Yunus (as) beliau telah cedera apabila dicampakkan dan kehilangan pakaian Takwa. Lalu dia bertasbih, dan memohon ampun kepada Allah, dan mengaku hak Ali (as ), dan maqamnya yang tidak beliau punyai (diakuinya).
 
Dan janganlah terkejut jika Yunus AS tidak mempunyai kemampuan untuk menanggungnya, kerana mungkin anda sendiri tidak dapat menanggung maqam Amirul Mukminin Ali AS jika saya menceritakannya pada anda. Jadi, apa yang diperlukan dari Nabi Allah Yunus AS adalah untuk mengakui bahawa ia adalah urusan agung. "Demi Allah tidak akan sanggup  membawanya melainkan Nabi yang diutuskan, atau Malaikat yang terdekat, atau mukmin yang teruji"
 
Penerimaan kebenaran ini oleh Yunus AS, dan permohonan keampunan olehnya, serta pujiannya kepada Allah, adalah sebab pemulangan pakaian taqwa kepadanya, dan ia adalah tumbuhan hijau dan agama.
 
﴿وَأَنْبَتْنَا عَلَيْهِ شَجَرَةً مِنْ يَقْطِينٍ﴾
 
{Dan Kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu (penterjemah : atau terjemahan lain: berdaun lebar).},
 
ia ditumbuhkan ke atas (kerana) beliau, seolah-olah ia adalah sebahagian daripadanya, dan ia adalah dari pakaian Takwa yang mengiringi orang yang bertakwa. Sama seperti bahagian peribadi Nabi Adam (as ) telah ditutup dengan daun semanggi Syurga, dan ia juga tumbuh-tumbuhan hijau, agama, dan pakaian Takwa.
 
{Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.} [Al-A3raaf 7:26] 356]
 
﴿فَنَبَذْنَاهُ بِالْعَرَاءِ وَهُوَ سَقِيمٌ﴾
 
Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit.}:
 
Keadaan sakit Yunus (as) adalah kerana disingkirkan pakaian Takwa darinya, selepas dia berpaling dan melarikan diri, dan pelarian hamba yang tidak patuh atau melarikan diri dari dari pemiliknya.
 
Pohon Labu adalah daripada tumbuh-tumbuhan Syurga, iaitu tumbuhan Agama dan Takwa.
 
Apa yang perlu kamu tahu adalah: Sesungguhnya Yunus AS telah meninggal dunia ketika beliau masih kecil, dan Nabi Allah Ilyas / Elijah AS menghidupkannya semua dengan izin Allah SWT, beliau baring di sebelah Yunus AS, sehingga haba tubuh Nabi Allah Ilyas dipindahkan ke tubuh Nabi Allah Yunus AS ketika beliau sudah mati, dan Ilyas AS merayu kepada Allah agar Allah menghidupkannya kembali.
 
Dan dalam kejadian ini adalah tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda atas apa yang berlaku selepas itu kepada Yunus (as), kerana dia telah mati di dalam perut ikan paus dan Ali (as) (Ilya – Ilyas) membawa dia kembali ke kehidupan selepas bahang (haba) ilmu Ali (as) meliputinya, dan dia mengenal hak Ali (as). Dan ketika ketelanjangan itu semasa dia sakit, sebuah pohon labu tumbuh meliputi beliau, dan ia adalah Ilya dan Ali, Agama, Syurga, dan pakaian Takwa.
 
Jika anda bertanya apakah bukti kematian Yunus AS di dalam perut Paus, maka ia adalah firman Allah, Maha Suci:
 
﴿إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ﴾
 
{hingga hari mereka dibangkitkan.}:
 
Iaitu beliau telah mati, bagi seseorang yang kekal hingga hari mereka dibangkitkan, akan kekal mati, seperti mana telah dijelaskan sebelum ini.
 
Dan juga Imam Ali (as) berkata, apabila beberapa orang Yahudi bertanya kepadanya mengenai sebuah penjara yang belayar [sekitar] kawasan Bumi bersama temannya, jadi beliau (as) berkata: “Wahai Yahudi! Bagi penjara yang belayar [sekitar] kawasan Bumi bersama sahabatnya, bahawa ia adalah paus yang memenjarakan Yunus di dalam perutnya, jadi ia memasuki ke dalam Laut Al-Qulzum, kemudian keluar ke arah Laut Mesir, kemudian masuk ke dalam lautan Thabaristan, dan kemudian keluar ke Sungai Dajlah Al-Ghauraa'."
 
Beliau (as) berkata: "Kemudian belayarlah ia di bawah bumi sehingga sampai kepada Qarun; dan Qarun telah binasa dalam zaman Nabi Musa (as), dan Allah telah mewakilkan kepadanya seorang Malaikat yang akan masuk dalam bumi setiap hari dalam bentuk seorang lelaki, dan Yunus di dalam perut ikan paus itu bertasbih kepada Allah dan memohon ampun daripadaNya. Jadi Qarun mendengar suaranya lalu dia berkata kepada Malaikat yang mewakilinya: 'Biar aku berjumpa dengannya, kerana aku terdengar suara anak Adam’.
 
Maka Allah mewahyukan kepada Malaikat yang mewakilinya supaya ditunjukkan kepadanya, lalu dilihatnya, maka Qarun berkata: 'Siapakah kamu?' Yunus berkata: 'Aku yang berdosa yang bersalah, Yunus bin Mata. [Jadi Qarun] berkata: ‘Apa yang telah terjadi kepada Musa bin Imran yang marah kerana Allah? [Jadi Yunus] berkata: “Beliau telah binasa(mati)! [Jadi Qarun] berkata: “Apa yang dilakukan oleh Al-Rauf, Al-Rahim kepada kaumnya, Harun bin Imran? [Jadi Yunus] berkata: “Binasa. [Jadi Qarun] berkata: “Jadi apa yang berlaku kepada Kaltsum binti Imran yang menamakan aku?” [Jadi Yunus] berkata: “Mustahil! Tiada apa yang tinggal pada keluarga Imran.” Jadi Qarun berkata: “Celakanya aku mengenai keluarga Imran.” Maka Allah berterima kasih kepada beliau untuk itu. Maka Allah memerintahkan Malaikat yang yang mewakilinya supaya melepaskan azab dunia ini, lalu diangkat azab daripadanya. Oleh itu, apabila Yunus melihat demikian, beliau berdoa dalam kegelapan:
 
أن لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
 
‘Sesungguhnya, tiada Tuhan kecuali Engkau, maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari kalangan orang zalim.’ Maka Allah menerima beliau dan diperintahkan paus untuk melepaskannya."[358].
 
Dari Abi Abdillah (Selawat Allah ke atasnya) beliau berkata: "Yunus (as) keluar kerana marah pada kaumnya kerana apa yang beliau lihat dari dosa-dosa mereka, sehingga dia menaiki kapal di Al-Yam. Maka mereka telah terserempak dengan ikan Paus yang boleh menenggelamkan mereka, lalu mereka membuang undi sebanyak tiga kali, Maka Yunus berkata: "Aku telah dipilih, jadi buanglah aku." Kemudian apabila Ikan itu mengambil Yunus, Allah Ta’ala Jalla wa 3alla mewahyukan kepadanya:. "Bahawa Aku tidak jadikan dia (Yunus) sebagai rezeki bagi kamu, maka janganlah menghancurkan tulang-tulangnya, dan janganlah makan dagingnya" Kemudian FirmanNya lagi: "Belayarlah dengannya di lautan. Maka dia berdoa di dalam kegelapan:
 
" أن لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
 
Sesungguhnya, tiada Tuhan kecuali Engkau, maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari kalangan orang zalim.’
 
Dan beliau berkata: "Apabila ikan belayar di laut dan Qarun ada di sekitarnya, dan Qarun mendengar suara yang tidak dapat didengar, maka dia berkata kepada Malaikat yang mewakilinya: “Suara Siapakah itu?” [Jadi Malaikat] berkata: “Ia adalah Nabi Yunus (as) di dalam perut ikan paus. [Jadi Qarun] berkata: “Bolehkah kamu izinkan aku bercakap dengan dia? ‘ [Malaikat] berkata: Boleh. [Qarun] berkata: “Wahai Yunus! Apa yang berlaku kepada Harun?” [Yunus] berkata: “Dia sudah mati.” Lalu Qarun menangis, [kemudian] berkata: “Apa yang berlaku kepada Musa?” [Yunus] berkata: “Dia sudah mati.” Lalu Qarun menangis. Maka Allah Ta’ala, mewahyukan kepada Malaikat yang mewakilinya agar "meringankan azab pada Qarun kerana kelembutan beliau terhadap kerabatnya." [359].
 
Yunus (as) telah turun kepada Qarun dan dia bercakap kepadanya, manakala Qarun adalah makhluk mati yang diseksa.
 
Dan juga Yang Maha Tinggi berfirman:
 
{ Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahawa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: "Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim."} [Al-Anbiak 21:87] [360],
 
Dan ia adalah kegelapan neraka yang dibina oleh amalan orang-orang yang zalim.
 
Dan Yang Maha Tinggi berfirman: "Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak. Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur. Oleh itu Kami campakkan dia keluar ke tanah yang tandus, sedang ia berkeadaan sakit. Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok dari jenis labu. (penterjemah : atau terjemahan lain: berdaun lebar)"
 
Allah SWT, telah menganggap perkara ini sebagai pengutusan yang baru, dan ia adalah kerana beliau telah diutus selepas kematiannya, maka ia adalah perkara utusan yang baru, dan jika tidak kerana kematiannya, maka ia akan dianggap kembali dari ghaibnya dan menyempurnakan risalahnya.
 
Dan Yunus (as) tinggal di dalam perut ikan paus selama dua puluh lapan hari, seperti yang disebut oleh Ali bin Abi Talib: "… Adapun dua puluh lapan hari, Yunus tinggal di dalam perut ikan paus…" [362].
 
Dan dalam Surah Al-Qalam:
 
﴿نْ وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ * مَا أَنْتَ بِنِعْمَةِ رَبِّكَ بِمَجْنُونٍ﴾
 
"Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, -Engkau (wahai Muhammad) – dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu – bukanlah seorang gila.” Surah Al Qalam: 1 & 2
 
Orang yang gila (majnun) adalah orang yang fikirannya terhijab, atau tersembunyi atau hilang, kerana perkataan majnun bererti: tersembunyi dan terhijab, dan di sini ia bermaksud: Kamu tidak tersembunyi atau hilang dengan rahmat Allah, malah, kamu itu jelas dan diketahui seperti matahari.
 
Dan dalam ayat:
 
{Dan (ingatlah kisah) Zhun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: "Bahwa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim".}, Zhun Nun bermaksud para sahabat Nun, dan Nun itu di satu tahap adalah Muhammad dan di tahap yang lain adalah Ali, seperti yang diterangkan dalam Al Mutashabihat, maka sila rujuk semula. (Al Mutashabihat Soalan 6)
 
Dan di dalam ayat ini, “nun” itu adalah Ali (as) dan Yunus dinyatakan sebagai Zhun Nun, atau, sahabat Ali (as), sesungguhnya isu asal Yunus (as)  adalah ketidakupayaannya untuk menanggung maqam Ali (as) dan kedudukannya. "Yang tidak terpikul olehnya kecuali seorang Nabi yang diutus atau Malaikat yang rapat, atau seorang beriman yang Allah telah uji hatinya dengan iman." [365], dan iman di sini ialah Imam (as). Iaitu: orang beriman yang Allah telah uji hatinya dengan Imam (as), dan Yunus (as) adalah Nabi yang diutus. Jadi dia tidak terpikul olehnya pada mulanya, bagaimanapun, beliau membawanya selepas ia berjaya dan menerima tarbiyah Allah dan diajar olehNya SWT.
 
Jadi haiwan yang menelan beliau di dalam alam jasmani ini adalah paus (atau Nun laut) dan dia adalah binatang terbesar di bumi ini. Dan perkara yang menelan beliau di Alam Ruh adalah (Nun Ilmu), atau Ali bin Abi Talib (as), Oleh itu beliau mengenalinya, mengakui maqamnya dan beliau adalah nikmat Allah. {Kalaulah ia tidak didatangi nikmat pertolongan dari Tuhannya, nescaya tercampaklah ia ke tanah yang tandus (di tepi pantai) dalam keadaan ia ditempelak (kerana salah silapnya)} {Engkau (wahai Muhammad) – dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu – bukanlah seorang gila} [366].
 
Dan ikan paus yang menelan Yunus (as) adalah sejenis paus yang memakan Moluska yang hidup di lautan dalam, tidak wujud jenis ikan paus lain selain daripada paus jenis ini yang sampai ke kedalaman lautan yang gelap-gelita ini. Bahkan, sehingga kini tidak ada manusia yang telah mengembara sehingga ke kedalaman ini, dan ahli biologi yang mengenali jenis-jenis moluska dari laut dalam melalui ikan paus ini. Dan di sini paus ini dicirikan oleh fakta bahawa dia turun ke kedalaman kegelapan yang gelap-gelita
 
﴿فَنَادَى فِي الظُّلُمَاتِ﴾
 
maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap.}.
 
Selain itu, pemakanan ikan paus ini adalah yang moluska, dengan itu sistem pencernaannya adalah lembut dengan badan pepejal, (seperti tubuh manusia), jadi badan Yunus (as) tidak remuk kerana paus yang menelannya.
 
✡✡✡✡✡
 
___________________________
 
[345] – Al-Qalam 68: 48 & 49.
 
[346] – Al- Şāffāt 37:142-146
 
[347] – Al-Takwir 81:12.
 
[348] – Al-Takwir 81:13.
 
[349] – Diriwayatkan daripada Abi Abdullah Al Sadiq, daripada bapanya, daripada datuknya (as) yang berkata: ' Rasulullah (saw) bersabda: " Sesiapa saja yang berkata' Subhana Allah (Maha Suci Allah) ' baginya pohon-pohon dari tanaman Allah di syurga, dan sesiapa yang berkata “Al-hamdu Lillah ( Segala puji bagi Allah)” baginya pohon-pohon dari tanaman Allah di syurga , dan sesiapa yang berkata La Illaha Illa Allah (Tiada Tuhan melainkan Allah) ' baginya pohon-pohon dari tanaman Allah di syurga , dan sesiapa yang berkata' Allahu Akbar (Allah Maha besar) baginya pohon-pohon dari tanaman Allah di syurga . "Lalu seorang lelaki dari Quraisy berkata: "Wahai Rasulullah!. Sesungguhnya banyak pohon-pohon kami di syurga " Baginda (saw) bersabda: "Ya, bagaimanapun, berhati-hatilah supaya kamu tidak menimpakan api atasnya sehingga kamu membakarnya.
 
[350] – Ibrahim 14:48
 
[351] – Al-Takwir 81:6.
 
[352] – Dari Habbah Al-Arani bahawa dia berkata, Amir Al-Mukminin (as) berkata: "Sesungguhnya Allah membentangkan Wilayahku ke atas penghuni langit dan ke atas penduduk Bumi. Sesiapa yang mengakuinya akan diakui, dan sesiapa yang menafikan akan dinafikan. Yunus menafikannya, maka Allah memenjarakan dia di dalam perut ikan paus sehingga dia mengakuinya" Basair Al-Darajat: halaman 95.
 
Dan dari Al-Tsamali bahawa dia berkata: "Telah masuk Abdullah bin Omar menemui Ali Zain Al Abidin (as ​​) dan berkata kepadanya: “Wahai anak Al-Hussain, yang mengatakan bahawa yang menyebabkan Yunus bin Mataa dibuang dari ikan paus itu kerana ia dipersembahkan kepadanya wilayah datuk ku dan dia berhenti padanya [Imam Ali Zain Al Abidin (as ​​ )] berkata: ‘Semoga ibu kamu berkabung [Jadi Abdullah bin Omar] berkata: “Kalau begitu tunjukkan aku satu ayat (bukti) jika kamu adalah orang yang benar.” Jadi dia suruh supaya matanya ditutup dan mataku ditutup betul-betul. Kemudian selepas beberapa ketika dia menyuruh kami membuka mata, maka kami berada di tepi pantai laut dengan gelombang memukul. Lalu Ibn Omar berkata: ‘Ya Tuan ! Darah ku di leher tuan! Allah! Allah! Dalam diri saya ‘ [Jadi Imam Ali Zain Al Abidin (as )] berkata: “Bawalah ia keluar dan jadikan kita melihatnya jika kamu adalah orang yang benar” Kemudian dia (as) berkata: “Wahai Paus” Dikatakan: “Jadi kepala paus keluar dari laut, seperti gunung besar, dan ia berkata: “Ya wahai tuan! Ya wahai tuan! Wahai Waliy Allah” Jadi dia (as) berkata: “Siapakah kamu?” [Jadi paus] berkata: “Aku paus Yunus Wahai Tuan.” [Lalu dia (as ​​ )] berkata: Ceritakan kepada kami kisahnya”’ Jadi [paus] berkata: “ Wahai Tuan ! Sesungguhnya Allah Ta’ala, tidak mengutus seorang nabi pun dari Adam sehingga ke datuk Tuan Muhammad (sawas), melainkan setelah dikemukakan kepadanya Wilayah Tuan. Maka sesiapa yang menerima dari antara nabi-nabi telah selamat dan diselamatkan, dan sesiapa yang berhenti dan teragak-agak dalam memikulnya akan menerima apa yang Adam terima daripada dosanya itu, dan apa yang diterima Nuh (as) diselamatkan dari lemas (tenggelam), dan apa yang diterima Ibrahim (as) diselamatkan daripada api, dan apa yang diterima Yusuf (as ) yang diselamatkan daripada telaga, dan apa yang diterima Ayub (as) diselamatkan dari bala’, dan apa yang diterima Daud (as ​​) diselamatkan daripada kesalahan, sehingga Allah mengutus Yunus (as) dengan Allah memberi wahyu (ilham) kepada beliau: “Sesungguhnya wahai Yunus! Terimalah Wilayah Amir Al-Mukminin Ali dan Imam-imam yang mendapat petunjuk dari sulbinya.” Ketika bercakap kepada beliau: beliau berkata: “Bagaimana aku akan menerima Wilayah daripada seseorang yang aku tidak pernah lihat atau kenali? Dan dibiarkan ketika tidak disukai. Maka Allah Ta’ala mewahyukan kepadaku: "Telanlah Yunus, dan jangan meremukkan tulang-tulangnya ". Jadi dia tinggal di dalam perut ku selama empat puluh pagi, belayar bersamaku di laut, dalam tiga kegelapan, sambil menyeru:
 
أن لا إله الا أنت سبحانك اني كنت من الظالمين
 
Wilayah Ali dan Imam-imam yang mendapat petunjuk dari dari anak-anaknya. Oleh itu, setelah beliau beriman dengan Wilayah Kamu, Tuhanku menyuruhku membuang dia di pantai gersang. "
 
Kemudian Imam Zain al-Abidin berkata: "Kembalilah kepada perlindunganmu wahai Paus." Lalu air laut itu kembali ke paras yang sama.") Manaqib Aal Abi Talib oleh Ibn Syahr Asyub, jilid 3, halaiman 281. Qishash Al-Anbiyaak oleh Al-Jaza'iri halaman 493
 
[353]Daripada Jabir daripada Abu Jaafar AS tentang firman Allah SWT: {Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi ia lupa; dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh.} “Beliau berjanji mengenai Muhammad dan para Imam selepasnya, sehingga dia meninggalkannya dan tidak ada padanya kemauan yang kuat bahawa mereka adalah seperti itu. Sebaliknya, yang dipanggil Ulul Azm kerana telah diambil perjanjian dari mereka mengenai Muhammad dan Aushiak selepas mereka dan Mahdi dan perjalanannya jadi kesmua mereka berkumpul dengan azam tersebut dan mengakuinya." Bashair Al-Darajat halaman 90.
 
Abi Ja'far (as) berkata: "Kemudian persetiaan (Al-Mitsaq) diambil atas para nabi, maka Dia berkata: “Bukankah Aku Tuhan kamu? Dan bahawa Muhammad ini RasulKu? Dan Ali ini Amir Al-Mukminin.“ Mereka berkata: Bahkan. Maka kenabian mereka telah disahkan, dan persetiaan (Al-Mitsaq) diambil atas Ulu Al-Azm: Bahawa Akulah Tuhan kamu, dan Muhammad adalah RasulKu, dan. Ali adalah Amir Al-Mukminin, dan Aushiak selepasnya adalah Wilayah UrusanKu dan Khazanah IlmuKu (as), dan bahawa Al-Mahdi yang akan monolong agama Ku dan memenangkan daulahKu dan membalas bela musuh-musuh Ku, dan supaya Aku disembah dengan sukarela atau terpaksa.” Maka mereka berkata: “Kami mengakui, wahai Tuhan kami, dan kami menyaksikannya.” Adam tidak menafikan, dia tidak mengakuinya untuk mengesahkan kebesaran kelima-lima perkara mengenai Imam Mahdi. Adam tidak mempunyai keazaman untuk berikrar (mengakuinya). Itulah Firman-Nya Azza waa Jalla:
 
﴿ وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَىٰ آدَمَ مِن قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا ﴾
 
{Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi ia lupa; dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh}.[Thaha 20:115].
 
Beliau berkata: Sebaliknya, ia adalah kepadanya: sehingga dia meninggalkannya… " Al- Kafi jilid 2,    halaman 8
 
[355] – Al Kafi: jilid 1, halaman 401, Hadis No 1.
 
[356] – Al-A3raaf 7:26
 
[357] – Dari Ibn 3abbas bahawa beliau berkata: "… maka sesungguhnya Ilyas (Ilya) turun dan bersembunyi dari ibu Yunus bin Mataa selama enam bulan, dan Yunus adalah bayi yang baru lahir, maka dia kembali ke tempatnya, dan dia tidak tinggal kecuali untuk masa yang singkat sehingga anaknya meninggal dunia selepas selepas dia bercerai susu. Jadi musibah itu sangat besar, lalu dia keluar mencari Ilyas, dan gunung bersimpati dengannya sehingga dia menemui Ilyas, lalu ia berkata: "Aku sangat sedih kerana kematian anakku, dan Allah Ta’ala memberi ilham padaku supaya kamu memberi syafaat padanya supaya menghidupkan kembali anakku. Aku telah meninggalkannya dengan keadaannya dan aku tidak kebumikannya dan aku telah sembunyikan di tempatnya." Dia berkata kepadanya: "Bila anak kamu meninggal dunia?" Dia berkata: "Hari ini, hari ketujuh." Jadi Ilyas pergi, dan beliau menghabiskan tujuh hari lagi. Sehingga sampai ke rumahnya. Maka dia berdoa ke hadrat Allah Yang Maha Suci sehingga Allah menghidupkan Yunus (as) kembali dengan KudratNya. Oleh itu, setelah dia hidup, Ilyas meninggalkannya. Dan setelah 40 tahun berlalu, Allah mengutusnya kepada kaumnya, seperti Dia SWT berfirman:
 
﴿ وَأَرْسَلْنَاهُ إِلَىٰ مِائَةِ أَلْفٍ أَوْ يَزِيدُونَ ﴾
 
Dan Kami utus dia kepada seratus ribu orang atau lebih…. " [Al-Shaffaat 37:147] – Qishash Al-Anbiyaak oleh Al-Jazaairi halaman 359-361, Bihar Al-Anwar: Jilid 13, halaman 393-396
 
[358] – Bihar Al-Anwar: Jilid 41, halaman 382.
 
[359] – Bihar Al-Anwar: Jilid 41, halaman 391.
 
[360] – Al-Anbiaak 21:87
 
[361] – Al-Shaffaat 37:142-147
 
[362] – Bihar Al-Anwar: Jilid 10, halaman 87.
 
[363] – Al-Qalam 68:1-2
 
[364] – Sila rujuk: Al Mutasyabihaat Jilid 1, soalan nombor 6, Al-Qur'an terkandung di dalam titik.
 
[365] Al Kafi: Jilid 1, halaman 401, Hadis No 1.
 
[366]

Penutup Kenabian : Pengenalan

 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

 

 

PENDAHULUAN

Segala puji bagi Allah, Pemilik kerajaan yang menetapkan perjalanan langit dan bintang-bintang, yang mengawal angin, yang menerbitkan fajar dan yang mentadbir agama, Tuhan sekalian alam.Ya Allah,Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad serta keluarganya,Para Imam dan Para Mahdi

Kenabian telah ditutup dengan Kenabian Muhammad (S.A.W) [0], dan Allah SWT telah menyempurnakan agama dan mencukupkan nikmatNya ke atas orang yang beriman. Umat ini telah berselisih tentang maksud “Penutup Kenabian” [ ﺍﻷﻧﺒﻴﺎﺀ Al-Khatam Al-Anbiak] Sebahagian daripada mereka membacanya Ta dengan baris fattha [ Al-Kha tam ], dan sebahagian daripada mereka membacanya Ta  dengan baris kasrah sebagai [ Al-Kha tim ], dan ia telah memberikan setiap bacaan dengan makna yang berbeza dari yang lain.

Kita juga menemui beberapa riwayat yang mengesahkan bahawa tidak ada lagi nubuwwah selepas  Muhammad (S.A.W) dan sesiapa yang mendakwa selepasnya adalah penyamar yang berdusta. Dan di sisi lain, kita dapati wujud riwayat yang menegaskan bahawa nubuwwah itu berterusan selepas Muhammad (S.A.W). Dan Hujjah Allah ke atas makhluk selepas Al-Rasul Muhammad (S.A.W) mesti mempunyai perhubungan dengan langit dan diberi wahyu oleh Allah Taala.

Malah, kita juga dapati dari riwayat-riwayat dari Muhammad (S.A.W) yang menyatakan bahawa perkara wahyu tidak terhad kepada Aushiak (pemegang wasiat) Al-Rasul Muhammad (S.A.W) sahaja, tetapi ia menjangkau lebih dari itu kepada manusia secara umum, sebagai contoh mimpi benar (rukya) yang diterangkan oleh Al-Rasul Muhammad (S.A.W) sebagai sebahagian daripada nubuwwah. Imam Al-Ridha (as) berkata,
 
عن الرضا (ع) قال: (حدثني أبي، عن جدّي، عن أبيه: أنّ رسول الله (ص) قال: … إنّ الرؤيا الصادقة جزء من سبعين جزءاً من النبوة)
 
"Diriwayatkan dari bapa ku, dari datukku, dari bapanya berkata: bahawa Rasulullah (S.A.W) bersabda, '... mimpi (rukya) yang benar adalah 1/70 bahagian nubuwwah." [1]
 


 [0] Singkatan yang digunakan dalam buku ini termasuk SWT=Subhanahu Wa Ta3ala, AWJ=Allah ‘Azza Wa Jalla, (S.A.W)= Shall Allah ‘alaihi Wa Aalihi Salam dan (as)=’Alaihi al-Salam atau ’Alaihima al-Salam atau ’Alaihum al-Salam.
[1]. Amali Al-Syeikh Al-Shaduq halaman 121, ‘uyun Akhbar Al-Ridha (as) Jilid 1 halaman 228, Man La Yahdharuhu Al-Faqih Jilid 2 halaman 585, Madinah Al-Ma’ajiz Jilid 7 halaman 183, Bihar Al-Anwar Jilid 49 halaman 283, dan sumber-sumber lain.
 


Diriwayatkan dari Al-Rasul Muhammad (S.A.W) bahawa baginda bersabda,
 
عن الرسول (ص) أنّه قال: (لا نبوّة بعدي إلاّ المبشّرات. قيل: يا رسول الله، وما المبشّرات ؟ قال: الرؤيا الصالحة)
 
"Tidak ada nubuwwah selepasku kecuali khabar baik (Al-Mubasyiraat)." Dia berkata, "Ya Rasul Allah, dan apakah berita baik?" baginda besabda, "ini mimpi yang soleh (rukya Al-Shalihah)." [2]
 
Dan di sinilah di mana pencari kebenaran mendapati dirinya berada di persimpangan antara dua laluan, yang kedua-duanya bercanggah dengan apa yang didatangkan dari Nabi Muhammad (S.A.W) dan keturunanNya yang suci. Oleh itu jika dia mengatakan kenabian telah ditutup secara mutlak oleh Al-Rasul Muhammad (S.A.W), maka dia akan bercanggahan dengan riwayat-riwayat yang mengatakan tentang keberterusan kenabian selepas Al-Rasul Muhammad (S.A.W) atau sekurang-kurangnya beberapa bahagian daripada nubuwwah. Dan jika dia mengatakan mengenai kesinambungan mutlak nubuwwah, dia akan bercanggah dengan riwayat-riwayat yang mengatakan nubuwwah sama sekali ditutup nubuwwah yang membawa risalah yang mulia ciptaan Allah SWT keseluruhannya, Muhammad Al-Mustafa (S.A.W).

Penyelesaiannya bukanlah dengan mengambil dan bergantung kepada sebahagian daripada riwayat sementara mengabaikan yang lain dan cuba untuk meminggirkan dan menghapuskan kepentingannya atau mengatakan ia tidak sah (Nauzubillah). Ini adalah satu kaedah yang ditolak oleh Aali Muhammad (as) di dalam banyak riwayat yang memberitahu kita untuk tidak menolak mana-mana riwayat yang datang dari Ahl Al-Bayt (as) [3], melainkan jika ia bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah yang sah [4]
__________________________
[2]. Al-Dur Al-Mantsur Jilid 3 halaman 312, Bihar Al-Anwar Jilid 58 halaman 192 di mana ia juga diriwayatkan di bahagian yang sama pada halaman 177 dengan jalan ini, "Tiada apa-apa yang tinggal dari nubuwwah melainkan khabar gembira.” Mereka bertanya, "Apakah dia?” … dan seterus. Juga diriwayatkan dengan sebutan yang berbeza dari sumber-sumber ini: Al-Muwata'a Jilid 2 halaman 957, Masnad Ahmad Jilid 5 halaman 454, dan Jilid 6 halaman 129, Sahih Al-Bukhari Jilid 8 halaman 69, Majma3 Al-Zawaid Jilid 7 halaman 173, Omdat Al-Qari Jilid 24 halaman 134, Al-Mujam Al-Kabir Jilid 3 halaman 197, dan sumber-sumber lain.

 
[3] – Al-Saffar meriwayatkan tentang perkara ini di dalam kitab Al-Basair Darajat, di bawah bab yang dinamakan "Mengenai orang yang tidak tahu riwayat, oleh itu menolaknya." Beliau menyebut beberapa riwayat termasuk Abu Obaida Al-Hetha berkata beliau mendengar Abu Jafar (as) berkata "Aku bersumpah demi Allah bahawa yang paling disukai dari sahabat-sahabatku padaku adalah mereka yang paling bijak dan paling berilmu serta paling memahami mengenai riwayat kami. Dan yang paling ku benci adalah mereka yang jika mereka mendengar satu riwayat yang dirujuk kepada kami hati mereka tidak menerimanya, mereka menolaknya dan mereka membencinya dan mereka berkata orang yang mempercayainya adalah kufur kepada Allah, sementara dia tidak tahu, mungkin riwayat ini adalah daripada kami dan ia benar-benar yang dirujuk kepada kami. Dengan tindakan ini, dia tidak percaya pada kami." Sofyan Bin Al-Sait berkata katanya kepada Aba Abdillah (as), "Semoga jiwaku menjadi tebusan tuan, seorang lelaki boleh datang kepada kami dari sisi tuan dan menceritakan perkara besar daripada tuan, jadi kami tidak boleh bertolak ansur kerana itu kami menafikannya." Maka Aba Abdillah (as) berkata, "Adakah dia tidak mengatakan bahawa aku mengatakanya? ", Sofyan berkata, "Ya ". Jadi dia (as) berkata, "Adakah dia mengatakan malam itu adalah siang dan siang adalah malam?" Kata Sofyan "Tidak". Jadi dia (as) berkata, "Sila rujuk kepada kami, kerana jika kamu menafikannya kamu menafikan kami."
 

 
Ali Al-Sinani meriwayatkan bahawa Aba Al-Hassan (as) menulis kepadanya berkata "Jangan menafikan satu riwayat yang dibawa kepada kamu oleh seseorang, kerana kamu tidak tahu, ia mungkin benar dan oleh itu kamu menafikan Allah di atas takhta kebesarannya". Basair Al-Darajat halaman 557-558
 
 
Oleh itu, persoalan tentang penutup nubuwwah adalah termasuk dalam hal mutasyabihat yang hanya boleh diperjelaskan oleh para Wasi Muhammad (S.A.W). Allah SWT berfirman,
 
﴿هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ﴾
 
{Dialah yang menurunkan Al Kitab kepada kamu. Di antaranya ada ayat-ayat yang muhkamaat, itulah pokok-pokok isi Al Kitab dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta'wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami". Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal..} [5]
 
 
____________________________________
[4] – Sheikh Al-Kolaini meriwayatkan tentang perkara ini di dalam kitab Al-Kafi, di bawah bab yang dinamakan "Mengenai amalan Sunnah dan pengesahan dari al-Quran." Dia meriwayatkan dua belas riwayat termasuk dari Aba Abdillah (as) berkata bahawa Rasul Allah (S.A.W) bersabda, "Setiap kebenaran ada kenyataan, dan setiap amalan yang benar ada cahaya. Oleh itu, ambillah apa sahaja yang secocok dengan kitab Allah dan tinggalkan apa sahaja yang tidak secocok dengan kitab Allah.".
Hathr Bin Abu Al-Yafoor berkata bahawa dia bertanya kepada Aba Abdillah (as) tentang perbezaan dalam riwayat yang diriwayatkan oleh seseorang yang boleh dipercayai dan lain-lain yang tidak boleh dipercayai, jadi dia (as) berkata, "Jika kamu mendengar riwayat dan kamu dapati pengesahan dari kitab Allah atau dari kata-kata Rasul Allah (S.A.W) [kemudian ambil dan beriman kepadanya]. Jika sebaliknya(tanpa sandaran hadis dan al Quran) maka ia mungkin berasal dari perawinya.". Dan Ayoob Bin Rashid meriwayatkan bahawa Aba Abdillah (as) berkata, “Riwayat yang tidak secocok dengan al-Quran adalah perhiasan" Al-Kafi Jilid 1 halaman 69
[5] – Aali Imran 3: 7
 

 
Imam Al-Sadiq (as) berkata kepada Abu Hanifah,
 
"Wahai  Abu Hanifah, adakah kamu mengatahui (arif) kitab Allah dengan makrifahnya (ilmu) yang sebenar? Adakah kamu mengetahui tentang nasakh dan mansukh?"
Dia berkata, "Ya."
 
Al-Sadiq (as) berkata, "Abu Hanifah, kamu mendakwa mempunyai ilmu ini. Celakalah kamu, Allah tidak memberikan ilmu ini kecuali di sisi ahli Al-KitabNya yang telah diturunkan ke atas mereka, Celakalah kamu kerana ia adalah hanya untuk orang-orang tertentu dari keturunan Nabi kita (S.A.W) Allah tidak mewariskan kepada kamu satu huruf pun dari kitab-Nya, maka jika kamu adalah seperti yang kamu katakan,yang sebenarnya tidak, beritahu aku mengenai ….. "[6]
 
Oleh itu, di dalam buku ini Penutup Kenabian (Al-Nubuwwah Al-Khatimah), kita akan menemui jawapan lengkap. Sayed Ahmad Al-Hassan, Washiy dan Utusan Imam Al-Mahdi (as) dan Al-Yamani yang dijanjikan, telah mendedahkan dan menjelaskan masalah ini dari Al-Quran yang suci dan Sunnah yang sahih. Beliau tidak menolak sebarang riwayat yang berselisih maksud ( contohnya: riwayat-riwayat yang mengatakan baginda adalah penutup nubuwwah tersebut dan riwayat-riwayat yang mengatakan bahawa ia berterusan selepas Al-Rasul Muhammad S.A.W )
 
Sayed Ahmad Al-Hassan (as) telah menjelaskan pengertian nubuwwah, dan membezakan di antara nubuwwah yang telah ditamatkan dengan Al-Rasul Muhammad (S.A.W) dan nubuwwah yang diteruskan selepas baginda (S.A.W). Beliau juga menjelaskan makna penutup kenabian (Bahasa Arab  Khatam   dengan Fat-ha ‘baris atas’ pada huruf TAA, bermaksud pertengahan), dan makna ( Kha tim  Al-Nubuwwah dengan Kasra ‘baris bawah’ pada huruf TAA,membawa maksud terakhir).
 
Oleh itu, kita akan dapati bahawa buku ini menjelaskan dengan bukti-bukti yang paling jelas bahawa nubuwwah telah ditamatkan oleh Rasul Muhammad (S.A.W) dan tidak ada nabi selepas baginda, tetapi dalam konteks yang berbeza menyatakan bahawa ia masih berterusan selepas kewafatan baginda (S.A.W). Jadi tiada percanggahan di antara riwayat, kerana setiap satu daripada kedua-dua himpunan riwayat hadits menjelaskan  mengenai makna nubuwwah yang berbeza di antara satu sama lain.
 
 

 
[6] – Elal Al-Sharae Jilid 1 halaman 90, Bihar Al-Anwar Jilid 2 halaman 293, Al-Tafsir Al-Safi Jilid 1 halaman 22, Tafsir Noor Al-Thaqalain Jilid 1 halaman 368
 
 
 

 
 
Sayed Ahmad Al-Hassan juga telah menjelaskan hakikat kerasulan (utusan), dan sama ada urusan pengutusan nabi-nabi adalah terhad kepada Allah SWT atau ia juga boleh dilakukan oleh rasul-rasul dan nabi-nabi, dan adakah benar untuk mengatakan Para Imam yang ma'sum (as) adalah utusan dari Allah SWT atau bukan. Jika jawapannya ya, maka siapakah yang mengutus para Imam (as) dan apakah perbezaan antara pengutusan mereka dan pengutusan nabi-nabi (as)?
 
Semua hakikat ini tidak ada sebarang jawapan yang memuaskan sepanjang abad sebelum ini, tetapi jawapan yang memuaskan akan diperolehi dari anak kepada keturunan yang disucikan, washiy dan rasul kepada Imam Al-Mahdi (as), Syed Ahmad Al-Hassan dalam bukunya di tangan anda ini ‘Penutup Kenabian’ (Al-Nubuwwah AL-Khatimah). Dan kebenaran yang saya katakan kepada kamu, bahawa buku ini mununjukan pembuktian bahawa Sayed Ahmad Al-Hassan dengan Imam Al-Mahdi (as) mempunyai satu hubungan kerana ilmu sedemikian adalah terhad kepada Aushiak (Washi-washiy) Muhammad (S.A.W).
 
Allah SWT berfirman,
 
﴿قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَاؤُكُمْ غَوْراً فَمَنْ يَأْتِيكُمْ بِمَاءٍ مَعِينٍ﴾
 
{Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?"} [7]
 
Segala puji bagi Allah S.W.T yang telah membimbing kami ke jalan ini, dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk jika Allah S.W.T tidak memberi kami petunjuk.  Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad (S.A.W) dan Keluarganya, Para Imam dan Para Mahdi.
 
Sheikh Nathum  Al-Oqailiy
 

 

 



 [7] – Al-Mulk 67:30    
 

Jawab al Munir Soalan 2: Apakah kandungan dan matlamat seruan?

Soalan 2: Apakah kandungan dan matlamat seruan?
 
Soalan 2: Apakah kandungan dan matlamat seruan kamu?
 
Rita George,
 
16/Safar/1426 H
 
Jawapan:
 
بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين
 
Kata Isa (as): (bukanlah dengan makanan sahaja anak Adam hidup, tetapi dengan Kalimah Allah), dan saya Abdullah (hamba Allah) mengatakan pada mu bahawa dengan makanan matinya anak Adam dan, namun dengan Kalimah Allah. hidupnya anak Adam itu (menjadi prinsip hidupnya).
 
Seruan ku adalah seperti seruan Nuh (as) dan seruan Ibrahim (as), dan seruan Musa (as) dan Seruan Isa (as) dan seruan Muhammad (sawas).
 
Tauhid tersebar di setiap penjuru dunia ini, dan matlamat para Nabi dan Aushiak adalah matlamatku, dan untuk menerangkan Al-Taurat, Al-Injil dan Al-Quran serta segala perkara yang kalian perselisihkan di dalamnya. Dan juga untuk menerangkan penyelewengan Ulamak Yahudi, Ulamak Nasrani dan Ulamak Muslimin serta terkeluarnya mereka dari Syariat Ilahiyah dan dari yang diwasiatkan kepada para nabi (as).
 
Keinginan ku adalah kehendak Allah SWT dan melaksanakan kehendakNya tanpa soal, supaya penduduk bumi tidak inginkan sesuatu melainkan apa yang dikehendaki Allah SWT, iaitu agar bumi ini dipenuhi dengan kesaksamaan dan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan, untuk mengenyangkan yang lapar dan agar tiada orang miskin yang tinggal tidak berbumbung, agar anak yatim menjadi gembira setelah kesedihan yang lama dan agar seorang balu dapat memenuhi keperluan hidup (kebendaan) mereka dengan maruah dan kemuliaan… dan supaya..dan supaya..dan supaya melaksanakan kepentingan yang ada dalam syariat yang adil, belas kasihan dan kejujuran,
 
Dan aku berharap kamu dapat menerangkan kepercayaan kamu tentang Isa ibn Maryam kepada ku dengan penuh kejujuran, dan dokonglah kepercayaan kamu dengan ayat-ayat dari Injil, agar dapat aku terangkan kebenaran kepada kamu dan semua orang yang mencarinya dan takut akan dua kebangkitan, yang kecil dan yang besar, serta takutlah Allah SWT
 
Ahmad Al-Hassan
✡✡✡✡✡

Jawab al Munir Soalan 1: Cara paling mudah untuk seseorang mempercayai perkara ghaib

Soalan 1:Cara paling mudah untuk seseorang mempercayai perkara ghaib
 
بسم الله الرحمن الرحيم
 
Soalan 1: Bagaimanakah cara paling mudah untuk saya mempercayai bahawa Sayed Ahmad al Hassan adalah utusan dan washi Imam Mahdi?
Zainab Al-Musawi
16 / Safar / 1426. H

 

Jawaban: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Pengasihani, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
 
Cara paling mudah untuk seseorang mempercayai perkara ghaib, adalah melalui perkara ghaib, mohonlah kepada Allah setelah berpuasa selama tiga hari dan merayu di atas haknya Fatimah (as), binti Muhammad (sawas) agar kamu dapat mengetahui kebenaran dari Allah melalui kashf atau rukya (pengelihatan/mimpi) atau melalui apa sahaja cara dari kerajaanNya.
 
Ahmad Al-Hassan
 
✡✡✡✡✡
 

Antara Ilmu Yang Dipelajari Dari Al Yamani

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً
 
Diriwayatkan daripada Mufadhal bin Umar telah berkata:”Aku telah mendengar Abi Abdillah (a.s) berkata: Sesungguhnya Empunya Urusan (Sohibul Amr a.s) akan mempunyai dua keghaiban, salah satu darinya dia akan pulang kepada keluarganya dan yang satu lagi dia dikatakan telah lenyap, tidak diketahui ke lembah mana dia telah pergi. Maka aku bertanya: “Bagaimana harus kami buat apabila ianya berlaku? Dia (a.s) berkata: Sekiranya seseorang mendakwa sedemikian, maka tanyakan kepadanya tentang Adha’im (Quran dan Ahlulbayt a.s), nescaya akan dijawab seumpamanya.”[Ghaibah al Nu’mani]

 أبي عن محمد العطار عن الأشعري عن محمد بن الوليد عن حماد بن عثمان عن الحارث بن المغيرة النضري قال: قلت لأبي عبد الله عليه السلام: بما يعرف صاحب هذا الامر؟ قال: بالسكينة والوقار والعلم والوصية
 
Daripada Muhammad bin Attar, daripada Al Ash'ari, daripada Muhammad bin Al Walid, daripada Hammad bin Uthman, daripada Al Harith bin Mughirah Al Nadhari, telah berkata: (Aku telah berkata kepada Abi Abdillah (as):Dengan apa dikenali Shohibul Amr ini? Menjawab: Dengan ketenangan, keteguhan pendirian, ilmu dan wasiat). [Bihar Al Anwar, Al Allamah Al Majlisi, jilid 25, ms 138][Bashair Al Darajat, ms 640][Al Khishaal, Syeikh Sadooq, ms 200][Al Imamah wa Al Tabshirah, jilid 1, ms 138]
 
Berdasarkan dua hadis di atas serta banyak lagi ahadis yang lain, maka dapat kita ketahui bahawa antara kaedah untuk mengenal manusia lantikan Allah adalah dengan ilmu, yang turut disebutkan sebagai "senjata" di dalam riwayat yang lain. Maka sudah pasti, apabila Ahmad Al Hassan datang mendakwa dirinya sebagai Al Yamani, maka beliau juga harus membuktikan dirinya dengan ilmu yang begitu hebat sehingga tidak dapat tidak dinafikan oleh seorang pengkaji yang ikhlas.
 
Berikut adalah sebahagian senarai dari ilmu-ilmu yang telah dipelajari dan dibongkarkan oleh Ahmad Al Hassan. Senarai ini akan terus diupdate. Sememangnya kami tidak dapat menyenarai ilmu-ilmu beliau semua di sini.
 

1. Nun dan Ba

2. Yunus dan mengapa beliau berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Engkau! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"

3. Pintu kota ilmu dan mengapa ia adalah Ali AS

4. Lailatul Qadar dan mengapa ia adalah Fatimah SA

5. Keserupaan Isa / Jesus dan siapakah dia.

6. "Son of Man” (Anak Manusia) dan “Comforter” (Sang Penghibur).

7. Bismillah Ar Rahman Ar Rahim / Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pengasihani

8. Titik Ba sebagai kekhalifahan.

9. Enam hari penciptaan langit, kaitannya dengan tujuh langit dan perkara berkaitan tujuh langit.

10. Siapakah lapan orang yang memegang Kerajaan Arash

11. Ketuanan Allah dan bukan ketuanan manusia

12. 12 Mahdi dan Raj'ah

13. Abdus Soleh dan alasan Musa tidak dapat bersabar dengan ilmunya.

14. Jurucakap Musa

15. Bahagian kanan lembah di dalam Quran,

16. Domba yang dibunuh di Zion dan pengikutnya.

17. Kaitan 313 dan Bible

18. Kaitan panji Al Yamani dan Bible

19. Bagaimana perkahwinan Raja di dalam Bible terkait dengan tindakan Al Qaim kepada pengikutnya yang memprotes.

20. Siapakah yang dilihat oleh Ibrahim di alam Malakut

21. Alif Lam meem

22. Mengapa Jibril AS berkata: “Sesungguhnya Tonggak Petunjuk telah dimusnahkan"

23. Musuh Al Qaim adalah ulama akhir zaman

24. Rahsia Allah swt

25. Pokok yang tumbuh di Sinai dan lauk bagi orang yang makan.

26. Raja Hari Agama

27. Mengapa nama Allah Ar Rahman dan Ar Rahim adalah nama Allah teragung seperti mata kepada anak mata.

28. Maksud mengenal Allah dengan Allah

29. Mengapa Allah SWT di dalam Quran merujuk kepada Muhammad, kerana sesiapa memberi bai’ah kepada Muhammad, memberinya kepada Allah.

30. Makna Allah turun di dalam awanan.

31. Makna sebenar janggut yang ditarik Musa AS dari Harun AS,

32. Makna huruf “ha” dan “waw” dari sebutah HUWA

33. Lokasi kubur Az Zahra AS.

34. Al Qasam

35. Saad

36. Bismillah al Wahid al Qahar

37. Bintang Daud AS

38. Arash (Kerajaan Allah SWT)

39. Maksud Al Rahman ke atas Arash yang dilimpahi.

40. Perbezaan antara Bismillah surah Al Fatihah dan Bismillah surah-surah yang lain.

41. Kedudukan Al Fatihah berbanding surah-surah yang lain.

42. Sungai di syurga.

43. Mengapa sungai di syurga berada di sebelah kanan Kaabah

44. Hajar al Aswad di Kaabah dan bagaimana ia berkaitan dengan seorang lelaki di akhir zaman, bersama bukti dari Injil dan Taurat.

45. Kaitan Arsh Allah di atas air dan Muhammad serta Quran.

46. Maksud Qul Huwa dalam surah Al Ikhlas

47. Maksud kata-kata Imam, :"Jika aku mahu, aku akan menyebarkan Al-Tauhid dari Al-Shamad”

48. Kumpulan Shiah di akhir zaman

49. Maksud syirik tersembunyi

50. Maksud “Fathul Mubin” (Pembukaan yang jelas) dan kaitannya dengan Isra wal Mi’raj apabila Nabi SAW telah mencapai kedudukan dua busur atau lebih dekat lagi.

51. Enam rukun dalam Bintang Daud

52. Tiga kegelapan dalam Quran.

53. Perbezaan antara roh dan jiwa, dan kaitannya dengan langit / syurga.

54. Kemaksuman dan bagaimana manusia dapat mencapai darjatnya.

Soalan 217: Mengapa Al-Mahdi tidak muncul di video. Berdosakah orang-orang yang dakwah Islam tidak sampai kepadanya. Adakah dia akan mendapat dosa dan azab yang kekal.

Soalan 217: Mengapa Al-Mahdi tidak muncul di video. Berdosakah orang-orang yang dakwah Islam tidak sampai kepadanya. Adakah dia akan mendapat dosa dan azab yang kekal.
 
Salam atas kamu
 
Mengapa Sohib Al-Zaman tidak muncul dalam pita video supaya beliau boleh meyakinkan hati pencinta beliau dan menjadi hujjah ke atas orang yang mendustakan tanpa lokasinya tidak akan didedahkan?
 
Apakah berdosa orang-orang yang Al-Quran tidak sampai kepadanya?
 
Bagaimana Allah boleh mengazab kita sedangkan Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, kita melakukan dosa itu dalam masa yang terhad namun diazab untuk selama-lamanya (Neraka, kekal di dalamnya selama-lamanya)?
 
Apakah dalil yang membuktikan bahawa manusia mempunyai roh dan bahawa mereka akan dibangkitkan selepas mereka mati. Dan bukankah ia hanya jasad, yang berakhir menjadi tanah (debu)?
 
Pengirim: Fuad

 
Jawapan:
 
Jawapan Soalan 1 : Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani
 
Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.
 
Adakah kamu fikir bahawa hanya jika seseorang itu keluar dalam pita video dan mengatakan bahawa dia adalah Al-Mahdi, segala-galanya akan berakhir dan manusia membenarkannya dan akan beriman orang-orang yang mendustakan Al-Mahdi??? !!! Pernahkah kamu membaca Al-Quran ?? Dan adakah kamu mendengar tentang Nabi bernama Nuh, dan adakah kamu tahu berapa lama dia menyeru (berdakwah) kaumnya, adakah kamu tahu berapa ramai yang beriman kepadanya?? Dan adakah kamu mendengar tentnag Ibrahim, Musa, Isa serta Muhammad (S), dan adakah kamu tahu berapa ramai manusia yang menderita dimusnahkan pandangan mereka dalam perkara itu, dan musnah kehidupan ini???
 
Jawapan Soalan 2: Kamu maksudkan, apakah berdosa orang-orang yang tidak sampai Al-Quran kepada orang-orang yang meninggal dunia dalam kafir dengan kenabian Muhammad (S) … Dan perkara ini saya dijelaskan dalam salah satu kitab bertajuk,  Pencerahan Dakwah Para Rasul, dan saya bawakan kepada kamu beberapa panduan dari buku ini:
 
Pencerahan dari pembukaan Surah Yusuf:
Yang Maha Tinggi berfirman:
 
﴿إِذْ قَالَ يُوسُفُ لَأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَباً وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ * قَالَ يَا بُنَيَّ لا تَقْصُصْ رُؤْياكَ عَلَى إِخْوَتِكَ فَيَكِيدُوا لَكَ كَيْداً إِنَّ الشَّيْطَانَ لِلْإِنْسَانِ عَدُوٌّ مُبِينٌ * وَكَذَلِكَ يَجْتَبِيكَ رَبُّكَ وَيُعَلِّمُكَ مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ وَيُتِمُّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَعَلَى آلِ يَعْقُوبَ كَمَا أَتَمَّهَا عَلَى أَبَوَيْكَ مِنْ قَبْلُ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ إِنَّ رَبَّكَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ﴾
 
((Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku".* Ayahnya berkata: "Hai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, maka mereka membuat makar ((rancangan) untuk membinasakan)mu. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia". * Dan demikianlah Tuhanmu, memilih kamu dan diajarkan-Nya kepadamu sebahagian dari ta'bir mimpi-mimpi dan disempurnakan-Nya nikmat-Nya kepadamu dan kepada keluarga Ya'qub, sebagaimana Dia telah menyempurnakan nikmat-Nya kepada dua orang bapakmu sebelum itu, (yaitu) Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.) [7]  
 
Dalam ayat-ayat ini, perjalanan Yusuf (as) kepada Allah bermula, ia adalah satu peringatan dari Allah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana kepada Yusuf (as) mengenai hakikat (kenyataan) bahawa beliau telah naik ke Alam Al-Zhar (Zharrah – Azali) namun beliau telah lupa disebabkan hijab jasad apabila Allah menciptakannya dan menurunkannya ke dunia gelap (Alam Jisim-jisim) ini.
 
Dan Maha Tinggi berfirman:
 
وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ النَّشْأَةَ الْأُولَى فَلَوْلا تَذَكَّرُونَ﴾
 
(Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui penciptaan yang pertama, maka mengapa kamu tidak ingat?) [8],
 
Yang bermakna kamu telah dicipta di Alam Al-Zhar (Zharrah – Azali) dan Allah telah menguji kamu:
 
﴿وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ * أَوْ تَقُولُوا إِنَّمَا أَشْرَكَ آبَاؤُنَا مِنْ قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّيَّةً مِنْ بَعْدِهِمْ أَفَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ الْمُبْطِلُونَ﴾
 
(Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa (diri) mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lalai (lupa) terhadap ini.",* atau agar kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini adalah anak-anak keturunan yang (datang) sesudah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami karena perbuatan orang-orang yang sesat dahulu?") [9].
 
Dan ayat ini mempunyai jawapan untuk mereka yang mengatakan apakah berdosa sesiapa yang tidak sampai Islam padanya dan tidak sampai risalah dari langit seperti mereka yang tinggal di kawasan hutan di Afrika atau di hujung bumi atau di daerah yang jauh dari Rasul-rasul (as), dan ayat yang pertama telah menjawab dan mengesahkan bahawa manusia telah pun diuji dan semua orang telah mengambil maqam mereka dan telah dijelaskan keadaan dan kelayakan mereka , dan pada penjelasan ayat kedua mengenai mereka yang beralasan dalam mengikuti kesesatan nenek moyang mereka di bumi ini atau kerana mereka tinggal di tanah yang tidak disentuh oleh Nabi dan kebenaran tidak sampai dan tiada seorang pun daripada mereka telah menyampaikannya tentangnya; kerana itulah Allah berkata kepada mereka "Aku telah menguji kamu di Alam Al-Zhar (Zharrah – Azali) dan Aku mengetahui keadaan kamu dan kelayakan kamu, oleh itu jangan mengatakan :
 
(Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini adalah anak-anak keturunan yang (datang) sesudah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami karena perbuatan orang-orang yang sesat dahulu?)
 
Maksudnya: Allah telah berkata kepada mereka "Aku lebih mengetahui bahawa jika datang para nabi, washiy-washiy dan Rasul-rasul kepada kamu dan mereka menyampaikan risalah langit kepada kamu,  nescaya kamu tidak akan percaya kepada mereka dan tidak akan membenarkan mereka,
 
﴿وَلَوْ عَلِمَ اللَّهُ فِيهِمْ خَيْراً لَأسْمَعَهُمْ وَلَوْ أَسْمَعَهُمْ لَتَوَلَّوْا وَهُمْ مُعْرِضُونَ﴾
 
(Kalau sekiranya Allah mengetahui kebaikan ada pada mereka, tentulah Allah menjadikan mereka dapat mendengar. Dan jikalau Allah menjadikan mereka dapat mendengar, niscaya mereka pasti berpaling juga, sedang mereka memalingkan diri (dari apa yang mereka dengar itu)..) [10]
 
Adapun orang-orang yang mengatakan mengapa tidak ditetapkan pada orang-orang kafir di bumi yang dikirimkan risalah-risalah dan utusan kepada mereka? Maka jawapannya ialah bahawa penyampaian risalah adalah diberikan kepada orang-orang yang diberi keutamaan berbanding orang-orang yang tidak menerima keutamaan dan tidak patut menerimanya. Dan kamu tahu dari pengetahuan sebelumnya, iaitu mereka tidak akan menerima kebenaran dengan yakin, jadi menyampaikan risalah kepada mereka akan menghasilkan keputusan yang telah disimpulkan, dan oleh itu adalah tidak memudaratkan untuk memberitahu pada sebahagian daripada mereka, untuk menjelaskan bahawa manusia yang tidak sampai kebenaran kepada mereka adalah sama dengan orang-orang yang kebenaran telah disampaikan tetapi mereka tidak menerimanya.
 
Maka ditunjukkan kebenaran ke atas sebahagian daripada mereka untuk menyempurnakan hujjah dan supaya tidak ada alasan bagi orang-orang yang berkata:
 
(Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini adalah anak-anak keturunan yang (datang) sesudah mereka.) kerana mereka telah diperlihatkan dan ditawarkan kebenaran dan mereka memilih kesesatan bapa-bapa mereka atas bimbingan Rasul-rasul
 
: ﴿وَكَذَلِكَ مَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ فِي قَرْيَةٍ مِنْ نَذِيرٍ إِلَّا قَالَ مُتْرَفُوهَا إِنَّا وَجَدْنَا آبَاءَنَا عَلَى أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَى آثَارِهِمْ مُقْتَدُونَ﴾
 
(Dan demikianlah, Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang pemberi peringatan pun dalam suatu negeri, melainkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu berkata: "Sesungguhnya kami mendapati bapak-bapak kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami adalah pengikut jejak-jejak mereka".) [11]
 
Sebaliknya, mereka jadikan kesesatan nenek moyang mereka sebagai bimbingan dan kebenaran:
 
﴿بَلْ قَالُوا إِنَّا وَجَدْنَا آبَاءَنَا عَلَى أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَى آثَارِهِمْ مُهْتَدُونَ﴾
 
(Bahkan mereka berkata: "Sesungguhnya kami mendapati bapak-bapak kami menganut suatu agama, dan sesungguhnya kami orang-orang yang mendapat petunjuk dengan (mengikuti) jejak mereka") [12]
 
Jawapan Soalan 3 : Pertama: Kamu perlu tahu apakah itu azab, selepas itu kamu mempunyai pilihan untuk menolak atau tidak:
 
Baca ayat ini:
 
﴿لَقَدْ كُنْتَ فِي غَفْلَةٍ مِنْ هَذَا فَكَشَفْنَا عَنْكَ غِطَاءَكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيدٌ﴾
 
("Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini, maka Kami singkapkan daripadamu tutup (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam!") [13]
 
Dan ketahuilah bahawa azab tidak lain hanyalah mendedahkan hakikat kepada manusia dan meninggalkan mereka dan apa yang mereka telah pilih untuk diri mereka sendiri, Untuk sesiapa yang memilih dunia dan kehidupan dunia ini sahaja, akan didedahkan pilihan mereka.
 
Akan disingkap tutupan supaya mereka dapat melihat hakikat diri mereka, seperti mereka melihat tiap-tiap hasad dikelilingi oleh semua keinginan terlarang yang hakikat sebenarnya adalah nanah dan batang-batang besi yang membelenggunya, dan tidak ada orang lain selain dia, dirinya.Dunia ini adalah ambang neraka jahanam tetapi kamu tidak mengetahuinya. Sebaliknya, kamu berfikir (percaya) bahawa ia adalah syurga selama-lamanya dan itulah sebabnya kamu tidak sabar-sabar untuk memiliki dan meraih sebanyak yang boleh dimiliki daripadanya.
 
Sekarang, adakah kamu dapati keadilan yang lebih besar daripada keadilan Allah SWT, kerana Dia tidak akan melakukan sesuatu yang buruk kepada kamu, bahkan Dia hanya akan nyatakan pilihan kamu. Bagi sesiapa yang memilih dunia ini atau meraih kebendaan hendaklah tinggal di dalamnya atau berpindah ke tempat yang lebih rendah daripadanya di dalam neraka jahanam dan itu adalah pilihannya. Apa yang Allah akan lakukan hanyalah membuang tabir manusia supaya dia melihat realiti dan melihat dan mengetahui pilihannya. Dan jmembuang tabir (menyingkap hijab) adalah dari keperluan-keperluan peredaran Al-A3dzam (yang agung) dari kecenderungan akhirat.
 
Sekarang, azab bukanlah pada hakikatnya selain daripada pilihan kamu. Dan telah diberi amaran kepada kamu oleh Allah SWT daripada pilihan ini tetapi kamu adalah orang-orang tidak suka kepada nasihat.
 
Jawapan Soalan 4 : Jika kewujudan Allah telah terbukti kepada kamu maka sudah terbukti kepada kamu perkara yang telah diberitahu oleh kami, dan jika kamu kafir kepada Allah maka khabarkan kepada kami supaya kami dapat mengesahkan kepada kamu kewujudan-Nya, walaupun saya berkata; butalah mata yang tidak melihat Dia Yang Maha Suci.
 
 
 
 
✡✡✡✡✡
 
 
———————————-
[7] – Yusuf 12: 4 – 6
[8] – Al-Waqiah 56:62.
[9] – Al-A3raaf 7:172-173.
[10] – Al-Anfal 8:23.
[11] – Al-Zukhruf 43:23.
[12] – Al-Zukhruf 43:22.
 
[13] – Qaf 50:22

Soalan 41: Musa (as) membunuh seorang Qibthi

Soalan 41: Dalam jawapan kepada soalan sebelumnya [71] telah berkata: Musa (as) tidak meminta maaf setelah membunuh seorang Qibthi kerana ia adalah kerja-kerja syaitan, Anda mengatakan beliau AS memang berniat membunuh Qibthi tersebut dan ia adalah perbuatan yang benar. jika pembunuhan Musa (as) ke atas Qibthi itu benar, apa pula yang dimaksudkan dengan kata-kata dalam Surah Al-Syu3ara’:
 
﴿قَالَ فَعَلْتُهَا إِذاً وَأَنَا مِنَ الضَّالِّينَ﴾
Berkata Musa: "Aku telah melakukannya, sedang aku di waktu itu termasuk orang-orang yang kesesatan[Al-Syu3ara’ 26:20] [72]?

 




 
Jawapannya: Maksud kesesatan di sini bukanlah kesesatan Musa AS dari jalan yang lurus yang diakibat dari tindakan beliau membunuh Qibthi tersebut. Maksud sesat yang dimaksudkan oleh Musa AS adalah dari dua sisi:
 

Yang pertama adalah: Musa (as) mendapati dirinya tersesat, kerana beliau tinggal di Istana Taghut Firaun yang kejam.

Inilah sebabnya beliau berkata dalam Surah Al-Qashash [73] sesuatu yang bermaksud: Ya Tuhanku, demi nikmat yang telah Engkau anugerahkan kepadaku, aku sekali-kali tiada akan menjadi penolong bagi orang-orang yang zalim, malah menjadi lebih gelap lagi kerana tinggal di istananya, dan membantu firaun dengan mendiamkan diri terhadap kezaliman-kezalimannya.
 
Walaupun kehadiran Musa (as) pada awalnya di dalam istana Firaun (la’nahu Allah) bukanlah atas pilihan Musa AS, namun untuk terus tinggal di istana Firaun adalah pilihan beliau (as), dan akhirnya beliau harus mengambil keputusan untuk meninggalkan istana penzalim, dan berlepas tangan daripadanya..
Ukuran kedua: ialah Musa (as) mahu berkata kepada Firaun, aku telah membunuh seorang Qibthi yang zalim, seorang polis kepada Firaun (la’nahu Allah), dan aku di atas kebenaran, dan membunuhnya juga benar, tetapi kamu melihat bahawa aku telah tersesat, iaitu Musa (as) mahu berkata aku telah tersesat (bersalah) padamu ya Firaun, aku tidak sesat pada hakikatnya, tetapi aku bersama hidayah. Sebab itulah aku melarikan diri dari kezaliman mu dan cukuplah Allah Yang Maha Suci bagi ku,)
 
﴿فَفَرَرْتُ مِنْكُمْ لَمَّا خِفْتُكُمْ فَوَهَبَ لِي رَبِّي حُكْماً وَجَعَلَنِي مِنَ الْمُرْسَلِينَ﴾
 
Lalu aku lari meninggalkan kamu ketika aku takut kepadamu, kemudian Tuhanku memberikan kepadaku ilmu serta Dia menjadikanku salah seorang di antara rasul-rasul. [Al-Syu3ara’ 26:21] [74].

 

[71] – soalan nombor (22) dalam bahagian Mutasyabihat Jilid 1.
[72] – Al-Syu3ara’ 26: 20.
[73] – Al-Qashash 28:17, firman Allah Taala: (Musa berkata: "Ya Tuhanku, demi nikmat yang telah Engkau anugerahkan kepadaku, aku sekali-kali tiada akan menjadi penolong bagi orang-orang yang berdosa".).
[74] – Al-Syu3ara’ 26: 21.

Transgender Dan Homoseksual

Salam dan rahmat Allah kepada kamu. Semoga kerahmatan dilimpahkan ke atas pelawat halaman yang dirahmati ini.
 
 
Abdullah Hashem menulis:
 
Bismillah ar Rahman ar Rahim. Solawat dan salam ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi.
 
Imam ku, Sayed Ahmad Al Hassan
 
Saya mempunyai satu soalan yang telah diminta untuk dihantarkan kepada anda.
 
"Sejak saya kecil, saya merasakan bahawa saya adalah seorang wanita. Saya sebenarnya merasa pasti akan perkara ini, dan berasa seperti saya berada di dalam badan yang bukan kepunyaan saya. Saya ingin tahu samada fatwa Khomeini adalah benar berkenaan pembedahan perubahan jantina. Adakah dibenarkan untuk mengadakan pembedahan serta adakah ia adalah yang terbaik untuk saya? Kerana saya tidak dapat melawan perasaan yang mengatakan bahawa saya seorang wanita. Saya adalah salah seorang mukmin di dalam seruan suci ini dan saya meminta Abdullah Hashem mengutuskan surat ini kepada anda kerana saya terlalu malu untuk bertanyakan perkara ini kepada anda. Jika pembedahan ini tidak dibenarkan, apakah yang boleh saya lakukan untuk membetulkan diri saya dan menjadikan saya seorang lelaki heteroseksual yang tidak tertarik kepada lelaki?
_____________________
Jawaban:
 
 
Bismillah ar Rahman ar Rahim. Alhamdulillah.
 
Wujud cara untuk menentukan jantina seorang manusia iaitu keadaan fizikal dan samada seseorang itu mempunyai alat kelamin yang sempurna atau tidak. Jika alat kelamin seseorang itu maskulin, maka manusia itu adalah lelaki dan tidak dibenarkan untuknya membuat pembedahan menukar jantina. Jika alat kelamin beliau feminin, maka manusia itu adalah wanita dan tidak dibenarkan membuat pembedahan menukar jantina. Bagaimanapun, jika alat kelamin tidak tumbuh sempurna, atau jika seseorang itu mempunyai kombinasi dua alat kelamin jantina atau lain-lain alat kelamin yang abnormal, maka beliau boleh memilih jantina yang dimahukan, dan melaksanakan prosedur pembedahan bagi mengisytiharkan dirinya sebagai seorang lelaki atau wanita. Ini adalah jawaban dari aspek fiqh.
 
Berkenaan seorang manusia itu berasa seperti ada wanita di dalamnya sedangkan beliau adalah seorang lelaki dan sebaliknya, ia adalah isu yang boleh kita fahami dengan mengetahui bahawa penentuan jantina terjadi lewat dalam peringkat-peringkat evolusi di planet bumi. Kehidupan tidak bermula dengan kaedah pembiakan seksual. Kehidupan bermula dengan pembiakan aseksual manakala pembiakan seksual datang kemudian. Ia mempunyai beberapa orientasi; salah satunya adalah haiwan jenis hermaphrodite, i.e, mempunyai organ pembiakan maskulin dan feminin. Orientasi berikutnya adalah sejenis ikan, yang mana di dalam beberapa peringkat hidupnya adalah jantan dengan organ pembiakan yang sempurna. Ia menyuburkan telur, dan kemudian di peringkat hidup yang seterusnya, ia bertukar kepada betina dengan organ pembiakan sempurna serta mengeluarkan telur.
 
Satu lagi orientasi adalah kes seperti kita, yang mana ada dua jantina lelaki dan wanita yang berbeza, dan jantinanya telah ditentukan seumur hidupnya. Di dalam kes ini, fetus/janin mempunyai potensi untuk menjadi lelaki atau wanita. Apa yang menentukan pertumbuhan alat kelamin tertentu adalah hormon seks. Ini bermakna, di dalam setiap badan, wujud lelaki dan wanita, atau dengan kata lain, mempunyai potensi untuk menjadi lelaki dan wanita. Apa yang terjadi adalah salah satu dari mereka menguasai satu yang lain apabila melaksanakan "pelan tindakan" yang khusus untuk badan ini, maka seterusnya janin/fetus menjadi lelaki atau wanita. Isu ini jelas di dalam sesetengah keadaan atau kromosom(http://ms.wikipedia.org/wiki/Kromosom) yang tidak normal seperti di dalam kes Sindrom Androgen Tidak Sensitif(http://en.wikipedia.org/wiki/Androgen_insensitivity_syndrome) di mana wujud kes-kes wanita dengan organ lelaki. Saya telah menyebutkan perkara ini di dalam Delusi Atheistme / Wahmul Ilhad, dan berikut adalah teks untuk menerangkan tentang isu ini:
 
"Wujud mutasi genetik yang memberi kesan kepada penerima androgen (androgen receptors: http://en.wikipedia.org/wiki/Androgen_receptor ) dan ia dikenali sebagai Sindrom hormon pe"jantan"an (masculinization hormone [androgen] syndrome) di dalam fetus (46XY). Mutasi ini menghalang kesan dari genetik jantina lelaki; maka dengan itu, sistem pembiakan wanita terbentuk. Kes seseorang yang menghidap sindrom ini bergantung kepada jenis mutasi dan kadar ia memberi kesan kepada penerima androgen. Oleh itu beliau mungkin akan mempunyai organ lelaki dan perempuan yang tidak sempurna dan mungkin salah satu darinya mencukupi. Namun secara umumnya wujud sifa-sifat feminin.
 
Maka, jika sesuatu janin/ fetus itu membawa gene lelaki, iaitu 46XY, dan janin ini menghidap  Sindrom Androgen Tidak Sensitif yang menyeluruh, maka pada luarannya, beliau akan menjadi seorang wanita seluruhnya. Sesungguhnya kes ini sukar untuk didiagnos di peringkat awal tanpa ujian yang tepat. Maka, fetus itu akan mempunyai organ feminin yang jelas, dan beliau menjadi wanita namun tanpa uterus atau ovari, dengan kata lain, beliau adalah seorang wanita dengan sistem pembiakan wanita yang tidak sempurna, dan beliau juga mempunyai sistem pembiakan lelaki yang tersembunyi di dalam pelvis / pinggul."
 
Berdasarkan kenyataan di atas, dapat kita fahami bahawa setiap orang lelaki ada membawa wanita yang mati di dalamnya, dan setiap wanita membawa lelaki yang mati di dalam badannya. Apa yang dilakukan oleh homoseksual adalah menghidupkan semula secara psikologi, sifat fizikal tertanam ini, yang sudah menjadi tidak berguna semasa pertumbuhan janin, walaupun hakikatnya, sifat fizikal tertanam ini tidak mempunyai kesan yang signifikan dan benar pada badan. Dan seorang lelaki mungkin memainkan peranan wanita dan seorang wanita mungkin perlu memainkan peranan lelaki. Dan hakikatnya, bukan hanya manusia melakukan perkara ini, haiwan yang lain turut melakukannya pada 10%, lebih atau kurang, dan sebabnya adalah apa yang telah saya sebutkan di atas. Dengan kenyataan ini, telah jelas bahawa homoseksual bukan satu perkara yang natural / semulajadi hanya kerana haiwan lain melakukannya. Ia adalah satu isu abnormal dan luar batas alami yang mendominasi sesuatu badan makhluk hidup. Apa yang semulajadi adalah dengan meletakkan peraturan untuk menghadkan sifat abnormal ini, bukan sebaliknya. Bagaimanapun, dan malangnya, hakikat bahawa homoseksualiti adalah karekteristik yang berlaku di alam haiwan digunakan sebagai alasan untuk memujuk sesetengah ahli politik di Britain dan Perancis – kebanyakan dari mereka jahil tentang biologi evolusi-  untuk membenarkan undang-undang perkahwinan gay.
 
Kebenaran saintifik adalah bahawa kita dan keseluruhan binatang mempunyai badan yang khusus kepada satu sistem pembiakan yang sempurna sepenuhnya, yakni mempunyai jantina yang khusus. Percubaan beberapa individu untuk mengamalkan homoseksual tidak menjadikan homoseksual itu normal. Ia adalah satu bentuk penjauhan daripada sifat fizikal dan fisiologi. Makhluk hidup, khususnya yang rasional seperti manusia, dengan mudah dapat menekan keinginan homoseksual ini. Inilah sebabnya jalan yang paling baik adalah meletakkan satu peraturan yang menekan dan membantu mengubati homoseksualiti, bukan sebaliknya, seperti yang terjadi di hari ini. Sangat malang sekali apabila berita tentang penerimaan homoseksual di negara-negara lain terus kedengaran. 
 
Jadi penawarnya adalah ditangan setiap orang yang mendapati dirinya berkeinginan terhadap homoseksual. Jika ada hasutan-hasutan syaitan yang menyatakan bahawa ada wanita yang mati di dalam badannya, dan memujuk si empunya badan untuk menghidupkannya, maka sedarlah bahawa di badannya wujud organ produktif lelaki yang lebih dominan dan begitu juga dengan wanita. Katakan sebagai contoh, setiap lelaki mempunyai 90% lelaki dan 10% wanita di dalamnya, dan seorang wanita mempunyai 90% wanita dan 10% lelaki di dalamnya, maka secara semulajadinya sudah tentu sifat dan keinginan lelaki itu mendominasi lelaki itu kerana mempunyai peratusan terbesar dalam komposisi badan. Perkara yang sama juga kepada wanita, kerana sifat wanita akan mendominasinya. Membenarkan bahagian 10% untuk mendominasi badan, dan menukarkan seorang lelaki kepada wanita, atau sebaliknya, adalah satu keadaan yang tidak normal dan menyimpang, dan seorang manusia patut dapat menguasai dan mengalahkan keinginan ini kerana ia jauh dari sifat fizikal yang mendominasi badan, atas sebab hasutan yang menipu yang dapat dihadapi dan dikalahkan apabila berhadapan dengan kebenaran jantina yang menguasai badan.
 
Apa yang tinggal hanyalah kemungkinan wujudnya keadaan yang memberi kesan kepada badan, seperti kekurangan atau kelebihan sesetengah hormon atau keadaan lain. Kondisi ini dapat diubati dengan berjumpa doktor pakar.

Soalan 40: Apa sebab berhaji, dan apa tujuan Haji?

Soalan 40: Apa sebab berhaji, dan apa tujuan Haji?


Jawapan: Haji dalam Islam secara ringkasnya, adalah hadir pada suatu masa tertentu pada suatu tahun di tempat yang tertentu, iaitu Bait Allah Al-Haram atau Ka'bah. Maka pertamanya, kita mesti tahu tentang ciri masa, cara dan tempat.

 

Tempat: Kaabah, ia adalah satu manifestasi zahir bagi Bayt Al-Ma’mur (kiblat malaikat), yang merupakan tajalli zahir Al-Dharah, dan Al-Dharah berada di Langit Keenam dan ia adalah Langit tertinggi (alam) Mitsal Malakut, dan selepasnya adalah Langit Ketujuh, dan ia (Langit Ketujuh) keseluruhannya bukanlah (alam) Mitsal Malakut. Dan sesungguhnya penciptaan Al-Dharah adalah selepas respon para malaikat pada Allah SWT setelah dikhabarkan kepada mereka mengenai penciptaan Adam (as), lalu malaikat-malaikat bertawaf mengelilinginya dan Allah mengampunkan mereka dan menerima taubat mereka kesalahan mereka membangkang khabar dariNya SWT [62]

 

 

Al-Dharah juga wujud di lima langit di bawah Langit Keenam, begitulah di setiap Langit ada Bayt yang sesuai untuknya, bertawaf para malaikat pada setiap Langit itu; Allah SWT mengampunkan mereka dan menerima taubat mereka. Di Langit Keempat juga ada Al-Bayt Al-Ma’mur [63), rumah (Al-Bayt) ini juga tajalli dan zahir di bumi sebagai Bayt Allah Al-Haram atau Al-Ka’bah. Apabila diturunkan Adam (AS) ke muka bumi, dia bertawaf mengelilinginya, maka Allah memaafkannya dan meninggikan maqamnya dan memberi beliau keutamaan dari Dia yang Maha Tinggi lagi Maha Suci.

 

 

Adapun Masa Haji itu: adalah bulan Zhu Al-Hijjah, dan perkara yang paling penting adalah sifat-sifat bulan ini, di mana bulan inilah keluarnya Imam Mahdi (as) di Mekah dan diutuskan Jiwa Suci (Al-Nafs Al-Zakiyah) kepada penduduk Mekah lalu mereka membunuhnya di antara Al-Rukun dan Al-Maqam (antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim), kemudian beliau akan bangkit pada hari kesepuluh Muharram. Justeru itu, Bayt Allah diletakkan di langit untuk para malaikat bertawaf di sekelilingnya dan memohon keampunan selepas  mereka mempersoalkan hujjah Allah, Adam (as), dan diletakkan di muka bumi untuk Adam AS bertawaf sekelilingnya disebabkan pelanggaran ke atas Pohon Ilmu Aali Muhammad atau pohon Wilayah (Al-Syajarah Al-Wilayah).

 

 

﴿وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْماً﴾

 

"..dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat. [Tha Ha 20:115] [64]:

Iaitu untuk memikul Wilayah Aali Muhammad, [65], dan mereka adalah hujjah Allah atas Adam (as) , bertawaf di sekeliling Al-Bayt, sebagai mengiktiraf hujjah Allah atas makhluk dengan Al-Wilayah, Dan mematuhi perintah dan taat kepadaNya.

 

Adapun alasan mengerjakan Haji adalah mencari keampunan dari kekurangan kita dalam hak hujjah ke atas makhluk pada setiap zaman, yang mana di zaman kita, figurnya adalah Imam Mahdi (as). Telah diriwayatkan dari mereka (as) apa yang bermaksud: (Bahawa Allah telah menjadikan Haji untuk manusia mempersembahkan ketaatan kepada kami.) [66].

 

Tujuan Haji ini adalah untuk berkumpul di tempat ini dan dalam suatu masa setiap tahun untuk menunggu-nunggu bangkitnya seorang pembaharu (pengislah), iaitu Al Mahdi (as) yang dinantikan untuk berjihad bersamanya, beliau adalah pemilik Azan di zaman kita ini, bahawa Allah SWT berfirman dalam al-Quran : Mereka datang kepadamu wahai hujjahKu atas makhlukKu, mereka tidak datang kepadaKu demi Aku.

Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

 

﴿وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالاً وَعَلَى كُلِّ ﴿وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالاً وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيق﴾ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيق﴾

 



 

Dan berserulah(Azan) kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, [Al-Hajj 22:27] [67].

 

﴿ثُمَّ لْيَقْضُوا تَفَثَهُمْ وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيق﴾

 

Kemudian, hendaklah mereka menghilangkan kotoran yang ada pada badan mereka dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka dan hendaklah mereka melakukan melakukan thawaf sekeliling rumah yang tua itu (Baitullah). [Al-Hajj 22:29]  [68]:

 

Dan menghilangkan kotoran: iaitu pembersihan dan penyucian, secara zahirnya bermaksud memotong kuku dan menggunting rambut, ada pun menurut apa yang dimaksudkan dengan akal dan hakikat ialah untuk bertemu Imam al Hujjah(as), dan memotong rambut  mewakili pemisahan dari setiap idea (fikrah) dan menyerah kepada Al-Hujjah (as) dan mematuhi arahannya.

 

Tetapi dipanggil rumah lama (tua); kerana mereka yang mengelilinginya diliputi perasaan lamanya rasa bersalah dengan Imam Mahdi (AS) hujjah atas penciptaan

 

﴿ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ حُرُمَاتِ اللَّهِ فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ﴾

 

Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi Allah maka itu adalah lebih baik baginya. [Al-Hajj 22:30] [69] ,

 

﴿ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ﴾

 

Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati. [Al-Hajj 22:32]  [70], mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah ia adalah hujah-hujah Allah SWT atas penciptaan .

 

 

 

 

✡✡✡✡✡

 

———————-

[62 ] – Dari Abi Abdillah (as) , dalam sebuah hadits, beliau berkata: ( … Sebagai permulaan rumah ini Allah Tabarak wa Taala, berfirman kepada malaikat :

إني جاعل في الأرض خليفة

"Aku hendak jadikan seorang Khalifah di muka bumi,"

malaikat-malaikat menjawab kepada Allah Azza wa Jalla:

أتجعل فيها من يفسد فيها ويسفك الدماء

"Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah,"

Mereka berpaling dariNya dan melihat bahawa dengannya membuat murka arasyNya ini, maka mereka meminta perlindungan, Allah mengarahkan raja malaikat membina sebuah rumah di Langit Keenam dipanggil Al-Dharah bertentangan dengan arasyNya yang menjadi saksi kepada penghuni langit berthawaf padanya tujuh puluh ribu malaikat setiap hari tidak berulangan, dan memohon ampun, dan apabila telah diturunkan Adam ke langit dunia yang diperintahkan membina rumah ini secara bertentangan, ia menjadi saksi kepada Adam dan keturunannya seperti mana kesaksian kepada penghuni langit) Al-Kafi: Jilid 4: halaman 187, Bab mulanya Al-Bayt dan Al-Thawaf .

[63 ] – Dari Abi Hamzah Al-Tsimaliy dari Ali Bin Al-Hussein (as), beliau berkata : ( Aku berkata kepada ayahku tidakkah Thawaf itu tujuh pusingan. beliau berkata, kerana Allah Tabaraka wa Taala berfirman kepada malaikat :"

إني جاعل في الأرض خليفة

"Aku hendak jadikan seorang Khalifah di muka bumi,"

 

mereka menjawab kepada Allah Tabaraka wa Taala " mereka berkata

أتجعل فيها من يفسد فيها ويسفك الدماء

"Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah,"

 

Allah berfirman:

إني أعلم ما لا تعلمون

Aku mengetahui apa yang kamu tidak tahu "

Dengan tidak dihijabkan dari cahayaNya (mereka melihatnya), kemudian dihijabkan dari cahayaNya tujuh ribu tahun , Maka berlalu di ‘Arasy tujuh ribu tahun, Kemudian diberikan rahmat dan diterima taubat mereka dan dibina untuk mereka Al-Bayt Al-Ma’mur, di Langit Keempat, dijadikanNya yang resah gelisah aman dengan meletakkan Al-Bayt Al-Haram itu di bawah Al-Bayt Al-Ma’mur dan dijadikanNya yang resah gelisah, aman bagi manusia. Maka jadilah Tawaf tujuh keliling suatu kewajipan ke atas hamba-hamba untuk selama seribu tahun sebagai salah satu cara.) Syarai3 Al-Islam: Jilid 2: halaman 406-407 Bab 143 H halaman 1.

[64 ] – Tha Ha : 115.

[65 ] – Dari Abi Ja'far (as), beliau berkata: (Allah mengambil Persetian (Mitsaq) atas para Nabi, katanya, bukankah Aku Tuhanmu dan bahawa Mohammad RasulKu dan bahawa Ali Amir Al-Mukminin. Mereka menjawab: Ya dan dilaksanakan bagi mereka nubuwah. Kemudian mengambil Persetian (Mitsaq) atas Ulu Al-3azim, Aku Tuhanmu dan bahawa Mohammad RasulKu dan bahawa Amir Al-Mukminin Ali dan Aushiak selepasnya Wali PemerintahKu dan penyimpan IlmuKu, dan bahawa Al-Mahdi Penolong AgamaKu, dan dia menzahirkan daulahKu, dan menghukum musuh-musuhKu maka Aku disembahi secara sukarela atau secara paksa. Mereka berkata, “Kami mengaku – Wahai Tuhan – . Kami menyaksikan.” Adam (as) tidak menafikan, dan tidak pula mengakuinya, dan pengakuan azam bagi mereka sebanyak lima kali pada Mahdi (as), Adam tidak bersungguh untuk mengakuinya, Ia adalah firman Allah Tabaraka wa Taala:

 

﴿ وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَىٰ آدَمَ مِن قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا

 

Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat. [Tha Ha 20:115] Bashair Al-Darajat: Jilid 2: halaman 90.

[66] – Al-Kafi: Jilid 1: halaman 392, Bab wajib atas manusia selepas mereka menghabiskan acara (manasik) mereka  untuk menampilkan Al-Imam dan diterima sebagai Mu3alim Agama mereka dan mengajar mereka Wilayah mereka dan kasih mereka kepadanya, halaman 1, 2 dan 3.

[ 67 ] – Al-Hajj: 27.

[ 68 ] – Al-Hajj: 29.

[ 69 ] – Al-Hajj: 30.



[ 70 ] – Al-Hajj: 32.