Al Qaim Akan Datang Membawa Urusan Baru

Hadis Pertama

وروى ابو خديجة، عن ابي عبد اللّه (عليه السلام)، قال: اذا قام القائم (عليه السلام) جاء بامر جديد، كما دعا رسول اللّه (صلى اللّه عليه وآله وسلم) في بدء الإِسلام الى امر جديد

Diriwayatkan dari Abi Khadijah dari Abu Abdullah AS: “Apabila Qaim AS bangkit, beliau akan membawa urusan yang baru, seperti Rasulullah, menyeru kepada urusan baru di awal Islam. 

 

Rujukan: Al-Ashrad, Ch. 2, P. 384, Bihar al-Anwar, V.52, P. 338, Majam Ahadith Al-Imam Al-Mahdi (AS), Ch. 4, P. 53.

 

Hadis Kedua

وروى محمد بن عجلان، عن ابي عبد اللّه (عليه السلام)، قال: إذا قام القائم (عليه السلام) دعا الناس الى الإِسلام جديداً، وهداهم الى امر قد دثر(1) فضل عنه الجمهور وانما سمي القائم مهدياً لأنه يهدي الى أمر مضلول عنه ( قد ضلوا عنه خ د) وسمي بالقائم لقيامه بالحق.
 

Abu Abdullah a.s bersabda: "Apabila Al Qaim bangkit, beliau akan menyeru manusia kepada Islam semula, dan menunjukkan mereka ke arah urusan yang telah dilupakan, yang mana majoriti mereka telah tersesat darinya. Sememangnya, beliau di namakan Qaim di namakan Mahdi kerana beliau memandu ke arah urusan yang telah tersimpang, dan beliau dinamakan Qaim kerana kebangkitan beliau adalah kebenaran." 

Rujukan: Al-Irshad lil Mufeed, vol.2, p.383

 

Hadis Ketiga


  قال أبو جعفر (ع): (يقوم القائم بأمر جديد وكتاب جديد وبقضاء جديد على العرب شديد ليس شأنه الا السيف لا يستتيب أحدا ولا يأخذه في الله لومة لائم 

Imam Abu Jaafar(as) bersabda:“ Al Qaim(as) akan bangkit dengan urusan baru, kitab yang baru, dan penghakiman yang baru, keras terhadap Arab, dan berurusan dengan mereka hanya dengan pedang, tidak membiarkan seorang pun dari mereka dan tidak menerima apa-apa pertuduhan terhadap Allah dari mana-mana penuduh.”

 

Rujukan: Ghaibah, An Numani, Halaman 154