Transgender Dan Homoseksual

Salam dan rahmat Allah kepada kamu. Semoga kerahmatan dilimpahkan ke atas pelawat halaman yang dirahmati ini.
 
 
Abdullah Hashem menulis:
 
Bismillah ar Rahman ar Rahim. Solawat dan salam ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi.
 
Imam ku, Sayed Ahmad Al Hassan
 
Saya mempunyai satu soalan yang telah diminta untuk dihantarkan kepada anda.
 
"Sejak saya kecil, saya merasakan bahawa saya adalah seorang wanita. Saya sebenarnya merasa pasti akan perkara ini, dan berasa seperti saya berada di dalam badan yang bukan kepunyaan saya. Saya ingin tahu samada fatwa Khomeini adalah benar berkenaan pembedahan perubahan jantina. Adakah dibenarkan untuk mengadakan pembedahan serta adakah ia adalah yang terbaik untuk saya? Kerana saya tidak dapat melawan perasaan yang mengatakan bahawa saya seorang wanita. Saya adalah salah seorang mukmin di dalam seruan suci ini dan saya meminta Abdullah Hashem mengutuskan surat ini kepada anda kerana saya terlalu malu untuk bertanyakan perkara ini kepada anda. Jika pembedahan ini tidak dibenarkan, apakah yang boleh saya lakukan untuk membetulkan diri saya dan menjadikan saya seorang lelaki heteroseksual yang tidak tertarik kepada lelaki?
_____________________
Jawaban:
 
 
Bismillah ar Rahman ar Rahim. Alhamdulillah.
 
Wujud cara untuk menentukan jantina seorang manusia iaitu keadaan fizikal dan samada seseorang itu mempunyai alat kelamin yang sempurna atau tidak. Jika alat kelamin seseorang itu maskulin, maka manusia itu adalah lelaki dan tidak dibenarkan untuknya membuat pembedahan menukar jantina. Jika alat kelamin beliau feminin, maka manusia itu adalah wanita dan tidak dibenarkan membuat pembedahan menukar jantina. Bagaimanapun, jika alat kelamin tidak tumbuh sempurna, atau jika seseorang itu mempunyai kombinasi dua alat kelamin jantina atau lain-lain alat kelamin yang abnormal, maka beliau boleh memilih jantina yang dimahukan, dan melaksanakan prosedur pembedahan bagi mengisytiharkan dirinya sebagai seorang lelaki atau wanita. Ini adalah jawaban dari aspek fiqh.
 
Berkenaan seorang manusia itu berasa seperti ada wanita di dalamnya sedangkan beliau adalah seorang lelaki dan sebaliknya, ia adalah isu yang boleh kita fahami dengan mengetahui bahawa penentuan jantina terjadi lewat dalam peringkat-peringkat evolusi di planet bumi. Kehidupan tidak bermula dengan kaedah pembiakan seksual. Kehidupan bermula dengan pembiakan aseksual manakala pembiakan seksual datang kemudian. Ia mempunyai beberapa orientasi; salah satunya adalah haiwan jenis hermaphrodite, i.e, mempunyai organ pembiakan maskulin dan feminin. Orientasi berikutnya adalah sejenis ikan, yang mana di dalam beberapa peringkat hidupnya adalah jantan dengan organ pembiakan yang sempurna. Ia menyuburkan telur, dan kemudian di peringkat hidup yang seterusnya, ia bertukar kepada betina dengan organ pembiakan sempurna serta mengeluarkan telur.
 
Satu lagi orientasi adalah kes seperti kita, yang mana ada dua jantina lelaki dan wanita yang berbeza, dan jantinanya telah ditentukan seumur hidupnya. Di dalam kes ini, fetus/janin mempunyai potensi untuk menjadi lelaki atau wanita. Apa yang menentukan pertumbuhan alat kelamin tertentu adalah hormon seks. Ini bermakna, di dalam setiap badan, wujud lelaki dan wanita, atau dengan kata lain, mempunyai potensi untuk menjadi lelaki dan wanita. Apa yang terjadi adalah salah satu dari mereka menguasai satu yang lain apabila melaksanakan "pelan tindakan" yang khusus untuk badan ini, maka seterusnya janin/fetus menjadi lelaki atau wanita. Isu ini jelas di dalam sesetengah keadaan atau kromosom(http://ms.wikipedia.org/wiki/Kromosom) yang tidak normal seperti di dalam kes Sindrom Androgen Tidak Sensitif(http://en.wikipedia.org/wiki/Androgen_insensitivity_syndrome) di mana wujud kes-kes wanita dengan organ lelaki. Saya telah menyebutkan perkara ini di dalam Delusi Atheistme / Wahmul Ilhad, dan berikut adalah teks untuk menerangkan tentang isu ini:
 
"Wujud mutasi genetik yang memberi kesan kepada penerima androgen (androgen receptors: http://en.wikipedia.org/wiki/Androgen_receptor ) dan ia dikenali sebagai Sindrom hormon pe"jantan"an (masculinization hormone [androgen] syndrome) di dalam fetus (46XY). Mutasi ini menghalang kesan dari genetik jantina lelaki; maka dengan itu, sistem pembiakan wanita terbentuk. Kes seseorang yang menghidap sindrom ini bergantung kepada jenis mutasi dan kadar ia memberi kesan kepada penerima androgen. Oleh itu beliau mungkin akan mempunyai organ lelaki dan perempuan yang tidak sempurna dan mungkin salah satu darinya mencukupi. Namun secara umumnya wujud sifa-sifat feminin.
 
Maka, jika sesuatu janin/ fetus itu membawa gene lelaki, iaitu 46XY, dan janin ini menghidap  Sindrom Androgen Tidak Sensitif yang menyeluruh, maka pada luarannya, beliau akan menjadi seorang wanita seluruhnya. Sesungguhnya kes ini sukar untuk didiagnos di peringkat awal tanpa ujian yang tepat. Maka, fetus itu akan mempunyai organ feminin yang jelas, dan beliau menjadi wanita namun tanpa uterus atau ovari, dengan kata lain, beliau adalah seorang wanita dengan sistem pembiakan wanita yang tidak sempurna, dan beliau juga mempunyai sistem pembiakan lelaki yang tersembunyi di dalam pelvis / pinggul."
 
Berdasarkan kenyataan di atas, dapat kita fahami bahawa setiap orang lelaki ada membawa wanita yang mati di dalamnya, dan setiap wanita membawa lelaki yang mati di dalam badannya. Apa yang dilakukan oleh homoseksual adalah menghidupkan semula secara psikologi, sifat fizikal tertanam ini, yang sudah menjadi tidak berguna semasa pertumbuhan janin, walaupun hakikatnya, sifat fizikal tertanam ini tidak mempunyai kesan yang signifikan dan benar pada badan. Dan seorang lelaki mungkin memainkan peranan wanita dan seorang wanita mungkin perlu memainkan peranan lelaki. Dan hakikatnya, bukan hanya manusia melakukan perkara ini, haiwan yang lain turut melakukannya pada 10%, lebih atau kurang, dan sebabnya adalah apa yang telah saya sebutkan di atas. Dengan kenyataan ini, telah jelas bahawa homoseksual bukan satu perkara yang natural / semulajadi hanya kerana haiwan lain melakukannya. Ia adalah satu isu abnormal dan luar batas alami yang mendominasi sesuatu badan makhluk hidup. Apa yang semulajadi adalah dengan meletakkan peraturan untuk menghadkan sifat abnormal ini, bukan sebaliknya. Bagaimanapun, dan malangnya, hakikat bahawa homoseksualiti adalah karekteristik yang berlaku di alam haiwan digunakan sebagai alasan untuk memujuk sesetengah ahli politik di Britain dan Perancis – kebanyakan dari mereka jahil tentang biologi evolusi-  untuk membenarkan undang-undang perkahwinan gay.
 
Kebenaran saintifik adalah bahawa kita dan keseluruhan binatang mempunyai badan yang khusus kepada satu sistem pembiakan yang sempurna sepenuhnya, yakni mempunyai jantina yang khusus. Percubaan beberapa individu untuk mengamalkan homoseksual tidak menjadikan homoseksual itu normal. Ia adalah satu bentuk penjauhan daripada sifat fizikal dan fisiologi. Makhluk hidup, khususnya yang rasional seperti manusia, dengan mudah dapat menekan keinginan homoseksual ini. Inilah sebabnya jalan yang paling baik adalah meletakkan satu peraturan yang menekan dan membantu mengubati homoseksualiti, bukan sebaliknya, seperti yang terjadi di hari ini. Sangat malang sekali apabila berita tentang penerimaan homoseksual di negara-negara lain terus kedengaran. 
 
Jadi penawarnya adalah ditangan setiap orang yang mendapati dirinya berkeinginan terhadap homoseksual. Jika ada hasutan-hasutan syaitan yang menyatakan bahawa ada wanita yang mati di dalam badannya, dan memujuk si empunya badan untuk menghidupkannya, maka sedarlah bahawa di badannya wujud organ produktif lelaki yang lebih dominan dan begitu juga dengan wanita. Katakan sebagai contoh, setiap lelaki mempunyai 90% lelaki dan 10% wanita di dalamnya, dan seorang wanita mempunyai 90% wanita dan 10% lelaki di dalamnya, maka secara semulajadinya sudah tentu sifat dan keinginan lelaki itu mendominasi lelaki itu kerana mempunyai peratusan terbesar dalam komposisi badan. Perkara yang sama juga kepada wanita, kerana sifat wanita akan mendominasinya. Membenarkan bahagian 10% untuk mendominasi badan, dan menukarkan seorang lelaki kepada wanita, atau sebaliknya, adalah satu keadaan yang tidak normal dan menyimpang, dan seorang manusia patut dapat menguasai dan mengalahkan keinginan ini kerana ia jauh dari sifat fizikal yang mendominasi badan, atas sebab hasutan yang menipu yang dapat dihadapi dan dikalahkan apabila berhadapan dengan kebenaran jantina yang menguasai badan.
 
Apa yang tinggal hanyalah kemungkinan wujudnya keadaan yang memberi kesan kepada badan, seperti kekurangan atau kelebihan sesetengah hormon atau keadaan lain. Kondisi ini dapat diubati dengan berjumpa doktor pakar.

Soalan 352: Berkenaan Penggunaan Gelatin

RTAeyM8TL

Imam Ahmad Al Hassan AS menyebutkan di dalam kitab Al Jawab Al Munir, Jilid 4, soalan 352: "Gelatin yang dihasilkan dari haiwan, tidak ada masalah untuk memakannya dan menggunakannya di dalam ubat atau makanan, tanpa mengira samada ia dihasilkan dari haiwan yang Muzakka(yang disembelih) atau yang tidak Muzakka, yang halal di makan atau tidak halal untuk dimakan."

 

10495123_311372549040433_5449261986175386440_o

S) Adakah gelatin yang diambil dari khinzir halal di makan?

J) "Adalah dibenarkan untuk menggunakan gelatin yang diambil dari haiwan najis di dalam makanan atau perkara yang lain, kerana ia telah berubah. Malah sebenarnya tiada gelatin di dalam haiwan, yang ada adalah glycogen. Glycogen kemudiannya diubah melalui tindak balas kimia kepada gelatin. Maka, sesuatu yang najis menjadi suci apabila ia berubah kepada bentuk yang lain."

بالنسبة للجلاتين المستخرج من الحيوان النجس العين يجوز استعماله في الاكل وغيره، لأنه متحول، فلا يوجد في الحقيقة جلاتين في الحيوان بل يوجد كلايكوجين وبواسطة عمليات كيميائية يتم تحويل الكلايكوجين الى جلاتين، والشيء النجس اذا تحول من حالة الى حالة أخرى يطهر.

-Sheikh Nadem Aloqaili

Fiqh Perubatan Moden, Vaksinasi Dan Stem Sel

mareks-vaccine
Disebabkan baru-baru ini, beberapa isu vaksinasi dan perubatan moden muncul di media massa, maka di sini kami sertakan jawaban dari Sayed Ahmad Al Hassan AS, utusan Imam Mahdi AS, apabila di tanya berkaitan isu ini.

 
Jawaban: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengasihani. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
 
Solawat Allah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi
 

 

 
Semoga Allah membantu anda dan menguatkan langkah anda, secara umum, perubatan moden adalah bermanfaat untuk tubuh manusia. Dan jika bukan kerana vaksinasi dan rawatan unsur kimia, walaupun mungkin membawa mudarat pada sesuatu masa, populasi bumi tidak akan mencapai tujuh bilion. Dan kewujudan bahan merbahaya di dalam sesetengah rawatan tidak dapat menafikan manfaatnya dan tidak bermakna ia harus dijauhi; banyak dari makanan yang kita makan pada hari ini mengandungi bahan-bahan yang beracun, namun tidak pula kita menjauhkan diri kita dari makanan, dan itulah sebabnya kita memerlukan buah pinggang, hati dan sistem perkumuhan untuk membuang bahan beracun ini. Oleh itu, perubatan boleh dikaji di kolej-kolej perubatan mengikut silibus yang dibangunkan oleh pengajar yang pakar di pusat pengajian tersebut. Dan adalah dibenarkan juga untuk diamalkan dan dibenarkan untuk menggunakan ubat-ubatan serta rawatanya walaupun jika ia mempunyai potensi bahaya, bersama manfaat yang ada padanya. 
 

Dan adalah dibenarkan untuk menjalankan eksperimen therapeutik ke atas manusia apabila perlu walaupun jika ada kemungkinan eksperimen itu akan membawa maut, namun ia harus dengan kebenaran pesakit yang menawarkan diri untuk menjalankan eksperimen tersebut, seperti eksperiman Terapi Genetik untuk mengubati Hemophilia atau Kanser dan lain-lain.
 
Dan turut dibenarkan untuk menjalankan eksperimen pada sel stem embrio walaupun ini akan menyebabkan kematian pada embrio tersebut, dengan syarat ia adalah embrio yang terhasil dari klon penderma, dan ia masih di awal pembentukan dan sebelum terbentuknya embrio. Tidak dibenarkan menggunakan embrio yang terhasil dari persenyawaan ovum oleh sperma.
 
Dan adalah dibenarkan juga untuk mencipta organ manusia seperti buah pinggang, hati dan mata di dalam makmal, dari sel stem embrio yang diambil dari embrio manusia yang diklon, dan kemudiannya menjadikan ia implan pada orang yang sama.

Ahmad al-Hassan
1433 Hijri
 

 
 
Jawaban: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengasihani. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
 
Solawat Allah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi
 
Adalah dibenarkan untuk seorang doktor untuk memberikan vaksinasi kepada orang dewasa atau kanak-kanak selagi ia adalah vaksinasi yang sudah teruji dan manfaatnya terbukti serta ia mencukupi untuk kegunaan manusia.
Ahmad al-Hassan
1433 Hijri

 

Hukum Muzik

 

 

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengasihani. Alhamdulillah Rabbil Alamin.

 

Solawat dan salam Allah ke atas Muhammad dan keluarganya, para Imam dan Mahdi.

 

Berikut adalah kenyataan fikah berkaitan hukum muzik, iaitu penggunaannya, mendengarnya atau menggunakan alat-alat muzik, seperti yang telah dijelaskan oleh Imam Ahmad Al Hassan AS. Saya akan menjawab isu ini dengan empat point.

 

Pertama: Haram menggunakan alat muzik

 

Soalan:  Adakah dibenarkan menghadiri parti perkahwinan yang hanya dihadiri wanita, walaupun jika ada nyanyian dan tarian?

Jawaban:  Ia dibenarkan jika hanya dihadiri wanita sahaja dan lelaki tidak mendengar. Juga jika tiada perkara haram seperti penggunaan alat-alat muzik.

 

Rujukan: Jawaban Fiqh, Lain-lain Perkara.

______________

 

Kedua: Haram mendengar muzik

 

Sayed Ahmad AS: "Muzik adalah haram dan lagu adalah haram serta mendengarkannya adalah haram. Mendengar adalah satu tindakan yang sengaja, bukan terdengar yang tidak disengajakan. Apa yang dibenarkan hanyalah gendang perang dan tiupan trompet(nota penterjermah: Alat muzik yang sama dengannya) untuk tujuan pemberitahuan."

 

Rujukan: Al-Jawab al-Monir  Vol. 3 S. 251.

 

Begitu juga dengan muzik klasik, beliau AS berkata:

“Haram mendengar muzik.”

 

Rujukan: Al-Jawab al-Monir  Vol. 4 S. 351.

 

Dan beliau AS ditanya tentang acara keagamaan yang melibatkan penggunaan nasheed, yang mengandungi muzik disamping tepukan tangan dan halahil oleh wanita.

 

"Tepukan tangan adalah dibenarkan. Berkaitan halahil wanita, ia dibenarkan di hadapan wanita dan tidak dibenarkan di hadapan lelaki asing. Dan adalah haram untuk mendengarkan muzik."

 

Rujukan: The Jurisprudential answers, Miscellaneous Matters .

 

*  Halahil: Jeritan kegembiraan kaum wanita dalam acara-acara kegembiraan

 

___________________

 

Ketiga:  Muzik yang haram didengar dan diharamkan penggunaanya adalah muzik berlagu dan kegembiraan atau jenis hiburan yang sama, yang tersebar luas hari ini.

 

S: Apakah hukum penggunaan efek bunyi dalam cerita gambar(movie)?

J: Berkaitan muzik, jika ia adalah muzik berlagu atau yang serupa dengannya maka haram menggunakannya. Untuk efek bunyi untuk tujuan menunjukkan situasi itu sedih, bimbang, takut dan sebagainya, maka ia adalah dibenarkan. Bermakna adalah dibenarkan untuk penggunaan efek seperti ini dalam movie.

 

Rujukan: The Jurisprudential answers, Miscellaneous Matters .

 

_______________

Keempat:  Bunyi yang dihasikan oleh alat elektronik dan digunakan dalam sajak dan nasheed.

 

S: Kami berkerja menghasilkan sajak dan nashid yang berkaitan dengan seruan suci ini, dan kami ingin meminta hukum berkaitan efek bunyi yang dibenarkan seperti bunyi dram dan trompet dan tepukan atau beberapa bunyi organ dan piano. Apakah hukum berkaitannya?

 

J: Bunyi tepukan, drum dan trumpet yang digunakan untuk pemberitahuan, seperti yang digunakan dalam peperangan, atau yang hampir dengannya adalah dibenarkan untuk digunakan.

 

 

 

 

Rujukan: The Jurisprudential answers, Miscellaneous Matters .

 

 

Disediakan oleh: Sheikh Alaa al-Salem

Husky Dan Anjing

th87IJDWOQ

 

  1. Adakah Husky dianggap suci? Mereka dikatakan terhasil dari campuran baka anjing dan serigala.
  2. Adakah dibenarkan bermain dengan anjing, memeliharan mereka untuk tujuan bermain dengan mereka, tanpa memasuki rumah?
  3. Bagaimana menyucikan sesuatu yang terkena anjing? Adakah sama dengan penyucian mangkuk yang dijilat anjing sebagai contoh?

_____________________________

 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Segala puji bagi Allah

Wa alaikum salam

 

Semua anjing adalah najis tanpa mengira asal usul mereka atau asal usul pemeliharaan mereka secara domestik. Bagaimanapun, saya harus menjelaskan di dalam fiqh bahawa "sifat" akan memberi kesan ke atas penjenisan haiwan tersebut dan penamaannya. Dan seterusnya penentuan samada seseekor haiwan itu adalah anjing atau najis mengikut fiqh.

 

Berkenaan husky secara khusus, ia tidak dikategorikan sebagai anjing berkenaan hukum najis. Dibenarkan untuk kita memeliharanya, menternaknya, menjualnya dengan tujuan seperti pengangkutan, menarik peluncur di atas salji, menjaga kanak-kanak dan menghiburkan mereka seperti yang dilakukan sesetengah orang. Ia tidak dianggap najis dan hukumnya adalah seperti serigala dalam menentukan samada ia adalah najis atau tidak. Jadi tidak seperti anjing, husky bukanlah najis dengan sendirinya.

 

Perlu diambil perhatian bahawa seseorang itu perlu memastikan bahawa haiwan itu adalah husky tulen sehingga ke tahap tertentu dari sudut fiqh. Ini dapat disahihkan apabila haiwan itu melolong seperti serigala dan tidak menyalak, dengan bentuk ekor dan bulu, atau berdasarkan penternak yang pengalaman dan kesaksiannya boleh dipakai.

 

Berkenaan isu membela anjing(selain husky) secara umumnya, ia tidak dibenarkan melainkan untuk sebab yang munasabah seperti kawalan dan memberi amaran, sebagai contoh, bahan letupan atau dadah, memandu orang buta, mengembala kambing dan menjaga mereka, serta sebab-sebab lain yang munasabah dan logik, dan bukan sekadar untuk bermain-main dan bergembira.

 

Jika seseorang itu ingin memelihara anjing atas sebab yang munasabah seperti yang saya sebutkan, maka adalah dibenarkan untuk bermain dengannya. Adalah juga dibenarkan untuk membesarkannya dan menternak anjing untuk dijual atas sebab yang disebutkan di atas. Seorang penternak tidak perlu bertanya kepada pembeli alasan dia membeli anjing tersebut. Cukuplah diketahui bahawa spesis anjing yang dibesarkan, diternak dan dijual adalah berguna untuk tujuan yang khusus, seperti beberapa contoh yang telah saya sebutkan di atas.

 

Jika seseorang itu memegang anjing dengan tangan yang kering, tangannya tidak menjadi najis. Ia hanya menjadi najis jika dipegang dengan wujud unsur lembapan yang memindahkan najis pada keduanya. Jika tangannya, atau mana-mana bahagian pakaian atai badan menjadi najis kerana terkena anjing, cukup menyucikannya dengan air, dan ini tidak sama dengan penyucian mangkuk atau minuman yang terkena air liur anjing.

 

Adalah dibenarkan untuk membenarkan anjing masuk ke dalam rumah, atau kereta, namun jika ia menyentuh sesuatu dengan lembapan beralir, objek ini akan menjadi najis dan dianggap tidak suci, serta memerlukan penyucian. Bagaimanapun ia tidak menjadikan perkara lain tidak suci.

Memelihara Binatang

 

Soalan: Adakah dibenarkan untuk membela ular sebagai haiwan peliharaan dirumah? Adakah ada haiwan yang lain yang tidak dibenarkan dipelihara dirumah selain dari anjing?

 

_______________________

Jawaban :

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan Selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-Mahdi.

Adalah dibenarkan untuk memelihara haiwan di rumah dan digalakkan untuk memelihara burung, ikan atau kura-kura untuk menolak bahaya jin yang berbahaya, terutamanya dari kanak-kanak. Berkenaan anjing, adalah dibenarkan memelihara untuk tujuan kawalan dan buruan.

 

Ahmad al-Hassan

1433 Hijri

Soalan 435: Syarat Nikah Mutaah

Jawaban Sayed Ahmed AlHasan AS tentang Mutaah:
 
Bismillah ar Rahman ar Rahim. Alhamdulillah Rabbil Alamin, Solli ala Muhammad wa aali Muhammad, Al Aimmah, wal Mahdiyyin wa Sallim Taslima
 
Jika Allah memilih untuk kamu, maka kebaikan adalah apa yang dipilihNya. Berkenaan dengan kontrak itu, semoga Allah memberikan kamu kejayaan. Kamu berdua boleh menyempurnakan kontrak dengan antara satu sama lain dan membenarkan dua saksi menyaksikan bagi pihak kamu atau umumkan kepada beberapa orang selepas kamu menyempurnakan kontrak tersebut; seperti menjemput beberapa orang yang kamu kenali untuk sebuah kenduri agar orang ramai tahu tentang kontrak kamu. .. Kamu boleh melakukan semula sighah(kenyataan) kontrak, jika ada sebarang Khalal(kesilapan)
 
Dan kontrak itu mencukupi jika si wanita mengatakan kepada kamu: (Zawajtoka nafsi bi mahr qadraho-katha-wa tathkor almaher) Aku kahwinkan diri ku pada mu dengan mahar sebanyak ini… dan sebutkan mahar). Dan tidak perlu pihak ketiga untuk menyebutkan kepada kamu, yang perlu hanyalah dua orang saksi ketika kontrak tersebut. Jika tiada, maka selepas kontrak, jadikan ia diketahui ramai dengan memberi tahu beberapa orang bahawa kamu sudah berkahwin dengan fulan binti fulan, dan kamu boleh mengumumkannya dnegan cara apa pun seperti kenduru atau dengan apa cara yang sesuai dengan situasi kamu. 
 
Salam Alaikom Warahmatullah Wabarakatu

Ahmed AlHasan

Cara Berbaiah Kepada Imam Ahmad Al Hasan Al Yamani (a.s)

Assalamualaikum wbt..

Mungkin ada di kalangan Ansar/ Ansiriah baru yang belum berbaiah lagi kepada Imam Ahmad (a.s). Jadi di sini saya postkan cara berbaiah kepada Imam Ahmad Al Hasan Al Yamani (a.s). Cukup lafaz sekadar di dalam hati dengan mengucapkan kalimah:

اشهد أن لا اله إلا الله
اشهد أن محمداً الرسول الله
اشهد أن علياً والأئمة من ولده حجج الله
اشهد أن احمد الحسن والمهديين من ولده حجج الله

1. Asyhadu an la ilaha ilallah
2. Asyhadu anna Muhammadan Abduhu wa Rasuluhu
3. Asyhadu anna Aliyyan wal Aimmata min wuldihi hujajullah
4. Asyhadu anna Ahmad Al hasan wal Mahdiyyin min wuldihi hujajullah

Terjemahan Bahasa Melayu: 

 
1. Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah
2. Aku bersaksi bahawa Muhammad Adalah Pesuruh Allah
3. Aku bersaksi bahawa Ali dan para Imam dari keturunannya adalah Hujah2 Allah
4. Aku bersaksi bahawa Ahmad Al Hasan dan para Mahdi dari keturunannya adalah Hujah2 Allah.

Kemudian mandi (ghusl) taubah dgn niat "nawaitu ghusl at taubah qurbatan ilallah." Cara2 ghusl tawbah adalah sama sepertimana ghusl al janabah ( mandi wajib selepas junub)

Kemudian sujud syukur kepada Allah swt. Cukup sekadar membaca "alhamdulillah" atau "Shukran lillah" sebanyak 3 kali semasa sujud.

Fiqh Solat Eid

eid-mubarak

 

Solat Eid adalah wajib dengan kehadiran Imam (as) dan syarat-syaratnya adalah sama dengan syarat-syarat solat jumaat (dari segi bilangan, jamaah, dua khutbah dan jarak 5.5 km antara dua tempat solat didirikan). Adapun syarat-syaratnya yang khusus adalah sebagaimana yang akan diterangkan berdasarkan soalan-soalan berikut:

S: Bila diwajibkan menunaikan solat Eid?
J: Ia adalah wajib bila wujud Imam (as) dengan syarat-syarat yang sama seperti dalam solat jumaat.

S: Adakah wajib ditunaikan secara berjamaah?
J: Wajib secara berjamaah.

S: Adakah dibenarkan meninggalkan perlaksanaannya?
J: Tidak dibenarkan meninggalkannya melainkan dengan keuzuran, di kala itu dibenarkan dan dianjurkan menunaikan solat secara sendirian.

S: Adakan dibenarkan melaksanakannya jika tidak cukup syarat?
J: Gugur kewajipannya serta disunatkan melaksanakannya secara berjamaah dan berseorangan.

S: Bilakah waktu menunaikannya?
J: Waktunya adalah diantara naik matahari sehingga ke waktu tergelincir matahari.

S: Adakah perlu diqadha’ (digantikan) jika telah luput waktunya?
J: Tidak perlu qadha.

S: Bagaimana menunaikan solat Eid?
J: Caranya: solat Eid adalah solat dua rakaat sepertimana solat subuh:

Rakaat pertama: bertakbiratul ihram dengan 7 kali takbir (takbir yang pertama adalah takbir Iftitah dan baki selebihnya adalah wajib). Kemudian membaca “Al-Hamd” dan surah, paling afdhal membaca surah “Al-A’la”. Kemudian bertakbir selepas bacaan surah dan berqunut dengan doa yang diriwayatkan dari Ahlulbait (as), kemudian bertakbir dan qunut, kemudian bertakbir dan qunut, kemudian bertakbir dan qunut, kemudian bertakbir dan qunut (kesemuanya 5 kali takbir dan qunut). Kemudian bertakbir dan ruku’. Bangun untuk rakaat yang kedua setelah selesai dua sujud.

Rakaat kedua: membaca “Al-Hamd” dan surah, paling afdhal membaca surah “Al-Ghashiyah”. Kemudian bertakbir dan berqunut sebanyak 4 kali (seperti di dalam rakaat yang pertama tetapi sebanyak 4 kali, bukan 5). Kemudian bertakbir yang kelima untuk ruku’, kemudian melakukan dua sujud, bertasyahhud dan mengucapkan salam.

Oleh itu, tambahan takbir daripada takbir yang biasa (di dalam solat wajib) adalah 9 kali: 5 kali pada rakaat pertama dan 4 kali pada rakaat kedua. Adapun baki takbir selebihnya (iaitu takbiratul ihram dan takbir enam, dua takbir sebelum ruku’ dalam kedua-dua rakaat, takbir-takbir sujud yang empat dalam kedua-dua rakaat sebelum dan selepas sujud), kesemua ini termasuk di dalam solat Eid beserta kefardhuan lainnya.

S: Apa dia sunat-sunat solat Eid dan adab-adabnya?
J: Sunat-sunat solat ini adalah:

– Sunat melakukannya di padang pasir (tanah lapang) melainkan di Mekah, yang mana sunat menunaikannya di Masjidil Haram.
– Sujud di atas tanah.
– Tukang azan menyebutkan: (as-Solah x 3) kerana tiada azan dan iqamah selain daripada solat yang lima waktu sehari semalam.
– Imam keluar dalam keadaan berkaki ayam, berjalan dengan tenang dan hebat gerak-gerinya dalam mengingati Allah SWT.
– Memakan sesuatu sebelum keluar untuk solat Eidul Fitri dan sesudah pulang dari solat Eidul Adha dengan memakan sembelihan korban.
– Untuk bertakbir Eidul Fitri serta merta selepas empat solat, yang pertamanya dimulai selepas solat maghrib pada malam Eidul Fitri dan pengakhirannya solat Eid. Eidul Adha pula bertakbir serta merta selepas 15 kali solat, yang pertamanya selepas solat zuhur pada hari korban bagi mereka yang berada di Mina dan di tempat-tempat lain bertakbir selepas sepuluh kali solat dengan menyebut: (Allahu Akbar Allahu Akbar, Lailaha illalLah, walLahu Akbar, walhamdulilLahi ‘ala ma hadana walahu asy-syukru ala ma aulana), dan menambah pada Eidul Adha: (wa razaqana min bahimatil an’aam).
– Ditegah keluar dengan senjata.
– Menunaikan dua rakaat solat sunat sebelum dan selepas solat Eid, kecuali di masjid Nabi (SAW) di madinah kerana hendaklah dia bersolat sunat dua rakaat selepas dan sebelum keluar dari masjid.

Persoalan-persoalan yang bersangkutan dengan Solat Eid:
S: Apakah hukum takbir-takbir tambahan dan qunut-qunut di dalam solat Eid?
J: Takbir tambahan dan qunut-qunut adalah wajib.

S: Adakan ditetapkan lafaz tertentu di dalam qunut?
J: Tidak ditetapkan lafaz tertentu malah berdoalah dengan apa jua doa, dan doa paling afdhal: ( Asyhadu an la ilaha illalLah wahdahu la syarika lah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluh, wasyhadu anna 3Aliyyan wal Aimmata min wuldihi hujajulLah, wa asyhadu anna al-Mahdiyya wal Mahdiyyin min wuldihi hujajulLah, Allahumma ahlul kibriyaa’i wal 3azhamah, wa ahlul juudi wal jabaruut, wa ahlul 3afwi war rahmah, wa ahlut taqwa wal maghfirah, as’aluka fi hazal yaum allazi ja3altahu lil muslimina 3idan, wali Muhammadin shallalLahu alaihi wa alih zakhran wa syarafan wa karamatan wa mazidan an tusholli 3ala Muhammad wa Aali Muhammad ka afdhali ma shollaita 3ala 3abdin min 3ibadik, wa solli 3ala malaaikatika wa rusulika, waghfir lil mu’minina wal mu’minaat, al-ahyaa’a minhum wal amwaat, Allahumma inni as’aluka min khairin ma sa’alaka 3ibaduka almursalun, wa a3uzubika min syarri ma 3aazin minhu 3ibaduka almursalun).

S: Adakah digabungkan solat keduanya, jika solat jumaat dan Eid jatuh pada hari yang sama?
J: Bagi mereka yang menghadiri solat Eid boleh memilh untuk menghadiri solat jumaat, imam solat hendaklah memaklumkan hal tersebut di dalam khutbahnya.

S: Adakah dua khutbah di dalam solat Eid sebelum atau selepasnya?
J: Dua khutbah solat Eid adalah sesudah solat dan mendahulukannya adalah bidaah.

S: Adakah diwajibkan mendengar kedua-dua khutbah sepertimana di dalam solat jumaat?
J: Ya, wajib mendengar kedua-kedua khutbah.

S: Terdahulu disebutkan bahawa sunat menunaikan solat di padang pasir (tanah lapang), adakah perlu memindahkan mimbar masjid ke tempat solat Eid ditunaikan?
J: Tidak perlu memindahkan mimbar daripada masjid, tetapi buatlah seakan-akan mimbar di tanah lapang dan disunatkan diperbuat daripada tanah.

S: Apakah hukum musafir ketika naik matahari pada hari Eid dan siapakah yang diwajibkan menunaikan solat Eid (iaitu mukallaf, lelaki, merdeka, bukan musafir, tidak sakit dan syarat-syarat wajib lainnya)?
J: Haram musafir sehinggalah selesai solat Eid.

S: Adakah sama hukumnya jika dia bermusafir selepas solat subuh dan sebelum naiknya matahari?
J: Dibolehkan dia keluar selepas solat subuh dan sebelum naiknya matahari, tetapi ianya makruh (dibenci).

Note: untuk perincian syarat-syarat khutbah Eid adalah sama seperti dua khutbah solat jumaat, sila rujuk feqah solat jumaat yang telah diterjemah sebelum ini di sini:

FIQH SOLAT JUMAAT MENURUT IMAM AHMAD AL-HASSAN AS

Soal Jawab Fiqh Solat Imam Mahdi AS

Post ini akan sentiasa diupdate sehingga selesai.

 

 

Q1. Adakah dibenarkan untuk membaca hanya surah Al Fatihah dalam solat nafilah?

 

A. Dibenarkan.

 

Q2. Bolehkah seseorang itu memendekkan Nafilah untuk zuhur dan Asar kepada dua rakaat sahaja, dan untuk Solat Malam, hanya kepada solat Shaf’a dan Witir?

 

A. Dibenarkan

 

Q3. Bilakah waktunya tengah malam?

 

A. Tengah malam adalah masa pertengahan antara tenggelamnya matahari dan fajar sadiq, yakni pertengahan antara waktu solat maghrib dan fajar.

 

Q4.Jika seseorang itu bersolat apabila beliau mendengar azan, kemudian beliau tersedar bahawa masa untuk solat fardhu masih belum tiba, bagaimana status solat beliau?

 

A. Beliau mengulangi solatnya

 

Q5. Selepas menyelesaikan solat zuhur, seseorang itu teringat bahawa beliau masih tidak bersolat Subuh dari hari yang sama, apa yang, dan beliau tidak boleh meninggalkannya, apa yang harus dilakukan?

 

A. Beliau melaksanakan solat itu selepasnya.


 

Q6.Bagaimana keadaan seorang mukallaf yang tidak dapat menentukan waktu solat kerana beliau tinggal di negara Non Muslim yang mana siangnya sangat pendek?

 

A. Untuk Solat Maghrib, ianya senang dikenalpasti dengan kehilangan lingkaran matahari. Untuk Solat Zawal, jika beliau tidak dapat mengenalpastinya seperti yang diajarkan oleh Syariat, dan beliau tidak mempunyai jadual pengiraan yang telah beliau sahihkan dan boleh dipakai, maka hendaklah beliau mengambil zawal sebagai pertengahan antara naiknya fajar dan terbenam fajar. Bagi waktu fajar, jika mampu untuk mengenalpasti dengan melihatnya dan mengetahui tandanya yang telah saya jelaskan dalam kitab Syara’i maka beramallah dengannya, jika tidak, pengiraannya adalah apabila matahari berada 19 darjah dibawah ufuk, dan jika masih tidak mampu, maka waktunya adalah satu jam setengah sebelum matahari naik, iaitu 90 minit.

 

Q7. Bolehkah seorang mukallaf itu, mengikut pilihan mana-mana cara penentuan waktu solat ini, contohnya waktu solat fajar.

 

A. Perlu mengikut turutan, bukan satu pilihan. Dan ini adalah teksnya: >>>Bagi waktu fajar, jika mampu untuk mengenalpasti dengan melihatnya dan mengetahui tandanya yang telah saya jelaskan dalam kitab Syara’i maka beramallah dengannya, jika tidak, pengiraannya adalah apabila matahari berada 19 darjah dibawah ufuk, dan jika masih tidak mampu, maka waktunya adalah satu jam setengah sebelum matahari naik, iaitu 90 minit.<<<

 

Q8. Salah satu cara untuk menentukan fajar adalah matahari berada 19 darjah di buwah ufuk, bagaimana untuk seseorang itu mengetahuinya?

 

A. Diketahui dengan pengiraan matematik yang ada untuk pergerakan matahari dan bumi.

 

Q9. Adakah dibenarkan beramal dengan kalendar yang dikira oleh negara Islam atau bukan Islam, yang mana masyarakatnya bukan kaum Mukmin?

 

A. Jika ia selari dengan waktu yang ditetapkan oleh Syariah, maka dibenarkan beramal dengannya, jadi perlu ada sedikit penyesuaian kepada kalendar tersebut dan fokuskan kepada berapa banyak keselariannya dengan waktu syariah sebelum boleh beramal dengannya.

 

Q10. Bersolat di kutub utara dan selatan, serta tempat dimana matahari tidak bersinar untuk beberapa waktu, atau bersinar untuk jangka masa pendek, bagaimana caranya?

 

A. Berkenaan solat di tempat-tempat tersebut:

 

Jika beliau dapat mengenalpasti terbitnya matahari dan terbenamnya matahari dengan tepat dan sempurna, yakni, dengan kegelapan, kecerahan dan fajar sadiq, beliau harus beramal dengannya, seperti yang dijelaskan di dalam kitab. Dan jika terbit fajar dapat dikenalpasti namun  kegelapan dan cahaya fajar sadiq tidak dapat dikenalpasti, waktu maghrib adalah ketika matahari sedang terbenam dan waktu solat fajar adalah 1 jam setengah sebelum terbit matahari sehingga ia sedang terbit; dan ini adalah jika jangka masa malam atau ketiadaan matahari adalah lebih dari satu jam setengah. Namun jika jangkamasa malam dan ketiadaan matahari kurang dari satu jam setengah; waktu solat fajar adalah dipanjangkan sehingga terbenam matahari, dan waktu itu memadai untuk menunaikan Maghrib dan Isha’ sehingga sebelum terbit matahari. Dan waktu untuk Imsak adalah sehingga sebelum terbit matahari walaupun untuk seketika samada terbit matahari itu untuk satu jam atau 10 jam.

 

Dan jika beliau tidak dapat membezakan antara terbit matahari dan terbenam matahari: Maka ia akan samada diteruskan sebagai malam atau siang selama 24 jam, dan beliau harus membahagikan masa itu kepada 12 jam siang dan 12 jam malam.

 

Bagaimana beliau menetapkan 12 jam itu?

 

Dalam siang yang berterusan, beliau boleh menetapkan setengah dari siang itu dengan kedudukan tertinggi matahari dalam siang tersebut, maka kedudukan tersebut ditetapkan sebagai setengah siang, yakni setengah dari 12 jam tersebut. Jika malam yang berterusan, iaitu tiada terbit matahari, maka waktu yang mempunyai lebih banyak cahaya adalah setengah siang, yakni setengah dari 12 jam. Dan setengah siang adalah waktu zawal, yakni beliau bersolat Zuhur dan Asar. Jadi waktu solat fajar dipanjangkan dari satu jam setengah sebelum terbit fajar yang ditetapkan. Dan solat maghrib adalah di waktu matahari terbenam yang ditetapkan. Dan puasa akan bergantung kepada waktu fajar dan terbenamnya, atau waktu solat fajar dan solat maghrib.


 

Q11. Seorang banduan yang tidak mengetahui waktu solat dan tidak mengetahui malam atau siang, bagaimana beliau menunaikan kewajibannya?

 

A. Jika beliau boleh mendapatkan agakan atau kemungkinan masuknya waktu, maka beliau beramal dan menunaikan kewajiban dengan sangkaan tersebut. Jika beliau tidak dapat mengagak, maka beliau perlu membahagikan lima kewajiban ini dalam tempoh beliau terjaga, maka beliau harus berbuat begini: Apabila beliau bangun, beliau bersolat Fajar, sebelum tidur beliau bersolat Maghrib dan Isha’ dan di antaranya, beliau bersolat Zuhur dan Asar.

 

Q12. Disebutkan di dalam kitab Syariah: “Dan jika dapat diperolehi masa untuk thaharah(yakni wudhuk atau ghusl) dan lima rakaat sebelum terbenam matahari, dua solat wajib(zuhur dan asar) tersebut hendaklah didirikan”. Jadi bagaimana jika seseorang itu dapat memperolehi masa yang cukup untuk thaharah dan beberapa rakaat sebelum Fajr, perlukah dia melaksanakan Maghrib dan Isya?

 

A. Adalah mencukupi jika dapat diperolehi masa untuk empat rakaat agar dapat dilaksanakan solat Maghrib dan Isya

 

Q14. Berkenaan solat malam, jika waktu Fajr telah menjelma, dan kita masih belum habis melaksanakannya, disebutkan dalam kitab Syariah: “Dan jika beliau telah melaksanakan solat malam sebanyak 4 rakaat, maka habiskanya dengan ringan, walaupun telah masuk waktu fajr) Apakah makna “habiskannya dengan ringan”?


A. Ia bermakna hanya membaca Fatihah, atau Fatihah bersama surah pendek, dan tidak memanjangkan solat itu.

 

 

Q16. Jika, pada musim sejuk, satu jam setengah telah berlalu selepas melaksanakan solat Zuhur, adakah dibenarkan untuk melaksanakan  Nawafil Asar sebelum waktu Asar? Dan apakah niatnya? Adakah Ada’ atau Qada’?

 

A. Yang terbaik adalah dengan melaksanakan solat fardhu terlebih dahulu jika waktu solat Nafilah telah berlalu, dan melaksanakan nafilah Ada’ selepasnya.

 

Q17. Adakah dibenarkan melaksanakan nawafil Zuhur selepas setengah jam selepas waktu zawal? Adakah patut dikategorikan sebagai qada’ atau ada’?

 

A. Dibenarkan, tetapi adalah lebih baik untuk menunaikan solat fardhu dan kemudian nafilah Ada’ apabila telah berlalu setengah jam selepas zawal/

 

Q18. Bolehkah Solat Malam ditukar dengan Nafilah Maghrib?

 

A. Bersolatlah nafilah Maghrib dalam bentuk solat malam, agar anda mendapat ganjaran solat malam, insyaAllah.

 

Q19. Cukupkah jika kita sekadar bergantung kepada kompas untuk menentukan kiblat?

 

A. Boleh mencukupkan kepada kompas, dan yang terbaik adalah menentukan kiblat dengan kompas.

 

Q20. Disebutkan di dalam kitab Syariah: (Dan menghadap kiblat dalam keadaan mengetahui kiblat tersebut, dan jika tidak diketahui, maka beliau harus bergantung kepada Amara yang berguna dalam meneka/meramalkan). Soalannya, bolehkah tuan memberikan contoh Amarat yang berguna dalam meramalkan arah kiblat?

 

A. Contohnya, jika seseorang itu berada di Turki atau Greece, dan beliau mengetahui bahawa beliau berada di negara yang terletak di utara Makkah, maka beliau boleh memanfaatkan Amara ini dalam menentukan bahawa kiblat adalah berdekatan dengan arah selatan dari beliau. Dan juga, jika beliau mengetahui longtitud Makkah, dan beliau juga mengetahui longtitud tempat tinggal beliau, beliau boleh menetapkan di mana arah Makkah, samada di barat daya dan tenggara dan seterusnya, jadi beliau menggabungkan semua Amara ini, yang mana dengannya boleh beliau menetapkan arah kiblat. Jika beliau tidak tahu empat arah tersebut, maka beliau boleh bergantung kepada bintang utara dan terbenam atau terbitnya matahari.

 

*Amara bermakna- Sebuah pertimbangan yang mana darinya sebuah sangkaan atau anggapan dapat diperolehi. Contohnya, wujud awan hujan, maka kita boleh beranggapan akan hujan.


 

Q21. Hukum bersolat di atas haiwan tunggangan: “..dan adalah dibenarkan untuk menunaikan sesetengah dari solat fardhu di atas kenderaan jika perlu, dan menghadapkan wajah ke arah kiblat, dan jika tidak mampu, maka beliau menghadap kiblat dengan kemampuan beliau agar solatnya sah, dan kiblatnya berubah mengikut pergerakan haiwan tunggangan. Jika tidak mampu, maka beliau menghadap kiblat ketika takbir Ihram, dan jika mampu, solatnya sah walaupun beliau tidak mengadap kiblat.” Adakah ini termasuk dengan kenderaan di zaman kita, seperti kereta, kapal terbang dan lain-lain.?

 

A.Hukum ini termasuk kereta, kapal terbang dan kaedah pengankutan moden di zaman ini.

 

Q22. Apakah hukum bagi seseorang yang bersolat dengan pakaian yang tidak dibayar khumus?

 

A. Tiada masalah dengan solatnya.

 

Q23. Apakah hukumnya bagi seseorang yang mengeluarkan darah secara sengaja dalam solatnya, dan amaunnya adalah dimaafkan.


A. Tiada masalah dengan solatnya

 

Q24. Apakah ahkam najis yang membuatkan solat terbatal dalam kes sarung kaki atau tali pinggang?

 

A. Jawabannya disebutkan dalam kitab Syariah: “dan dibenarkan untuk bersolat di dalam pakaian yang membuatkan solat terbatal jika dipakai secara berasingan seperti sarung kaki atau tali pinggang, kerana ia tidak menutupi badan, walaupun tidak dapat dimaafkan bagi selainnya(yakni pakaian lain yang menutupi badan)

 

Q25. Jika kain kulit yang dipakai ketika solat adalah dari jenis yang membatalkan solat, seperti jam, tali pinggang, dan ia dibuat dari kulit haiwan mati atau haiwan yang dagingnya tidak dimakan, adakah dibenarkan bersolat di dalamnya/

A. Tidak dibenarkan.

 

Q26. Jika seseorang itu syak akan pakaiannya samada ia dibuat dari bahagian badan haiwan yang apabila dipotong, tidak mendatangkan kesakitan kepada haiwan tersebut(seperti kuku atau bulu), dan haiwan tersebut adalah dari jenis yang dagingnya tidak dimakan atau di makan, adakah dibenarkan bersolat dengannya?

 

A. Tidak dibenarkan.

 

Q27. Jika beliau tidak tahu asal bulu tersebut, adakah dibenarkan?

 

A. Tidak dibenarkan.

 

Q28. Apa itu al Khaz, yang dibenarkan untuk bersolat dengannya, yang mana berasal dari haiwan yang dagingnya tidak dimakan, dan bagaimana untuk kita melakukan Dhakat(kaedah sembelihan yang menjadikan ia halal) padanya?

 

A. Al Khaz adalah bulu memerang sungai atau laut, bulunya bukan mudhaka(haiwan yang dilaksanakan Dhakat ke atasnya) dan adalah dibenarkan memakai kulitnya dalam solat jika dilaksanakan Dhakat, dan Dhakatnya adalah seperti Dhakat haiwan lain yang darahnya mengalir di dalam urat dan memancut deras apabila dipotong.

 

Q29. Apakah hukum memakai emas bagi orang lelaki, samada dalam solat atau diluar solat.

 

A. Tidak dibenarkan.


 

Q30. Adakah dibenarkan bagi orang lelaki membawa sutera dalam solatnya?

 

A. Dibenarkan

 

Q31. Adakah sah solat seorang kanak-kanak yang memakai sutera?

 

A. Sah

 

Q32. Adakah dibenarkan bersolat dalam pakaian yang Maghsub, yakni pakaian yang diambil dari pemiliknya secara paksa atau tanpa kebenaran?

 

A. Tidak dibenarkan.

 

Q33.Adakah sah bersolat dengan pakaian yang ketat yang menunjukkan bentuk badan, dan bukan berkaitan dengan kehalusan fabrik?

 

A. Dibenarkan.

 

Q34. Kasut atau sarung kaki yang mempunyai tapak adalah satu bentuk penghalang, kerana tapak menghalang ibu jari dari menyentuh tanah. Adakah ini benar?

 

A. Sesuatu itu akan dianggap sebagai penghalang apabila menghalang ibu jari dari menjadi stabil di atas tanah. Kerana ia adalah sebahagian dari anggota sujud yang patut stabil di atas tanah.

 

Q35. Seseorang melihat air mani di pakaiannya, maka beliau melaksanakan Ghusl Janabah, kemudiannnya beliau menunaikan solat dengan ghusl tersebut tanpa berwudhuk. Kemudiannya beliau mendapati pakaian tersebut bukan pakaiannya. Bagaimana status solat beliau?


A. Jika beliau hanya berniat untuk Ghusl Janabah, maka penyuciannya batal dan begitu juga dengan solatnya. Namun jika beliau berniat untuk melaksanakan Ghusl yang lain, seperti ghusl taubat, kesyukuran, bersama dengan ghusl janabat yang beliau ragui, maka kesuciannya sah dan begitu juga dengan solat beliau.