Kenabian(Pemberitaan) dan Kerasulan (Pengutusan) Selepas Muhammad? Part 2

Muhammad: Khatam dan Khatim Kenabian

BW-message-from-God1

Kini kita arahkan diri kita kembali kepada Muhammad SAW sebagai penutup para nabi dan penamat mereka, kerana baginda SAW adalah yang terakhir dari nabi-nabi dan rasul-rasul utusan Allah SWT, dan risalahNya, KitabNya Al-Quran, dan syariatNya itu kekal sehingga hari kiamat kerana tidak ada agama yang wujud selepas agama Islam:

 

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإسْلامِ دِيناً فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

 

{Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.} [ Al-Imran 3:85 ]

 

Walaubagaimanapun, peluang mencapai makam nubuwwah masih terbuka untuk anak-anak Adam. Sesiapa pun dari orang-orang mukmin yang ikhlas kepada Allah SWT dalam amalan dan ibadah boleh mencapai makam nubuwwah. Malah masih ada laluan wahyu(ilham) dari Allah SWT untuk anak-anak Adam melalui rukyah yang dapat dirasakan dalam realiti kehidupan.

 

Adapun berkenaan pengutusan para Rasul yang telah mencapai makam nubuwwah dari Allah SWT, samada untuk memelihara syariat Muhammad SAW iaitu agama Islam, atau untuk memperkenalkan agama baru, ia tidak lagi wujud kerana Allah SWT telah menamatkannya dengan terutusnya Muhammad SAW.

 

Walaubagaimanapun, selepas terutusnya Muhammad SAW, seorang manusia sempurna, Khalifah Allah Sebenar, dan kemunculan Allah di Faran, urusan(perintah) untuk pengutusan diperbaharui oleh Muhammad SAW maka semua para Imam AS mereka adalah utusan-utusan kepada umat ini, dihantar oleh Muhammad SAW(Allah di kalangan penciptaan).

 

Allah SWT berfirman,

 

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ رَسُولٌ فَإِذَا جَاءَ رَسُولُهُمْ قُضِيَ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ وَهُمْ لا يُظْلَمُونَ

 

{Dan bagi tiap-tiap umat mempunyai rasul; maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil dan mereka (sedikitpun) tidak dianiaya.} [Yunus 10:47 ]

 

Dari Jabir dari Abi Jafar (as) berkata, "Aku bertanya kepadanya tentang tafsiran ayat ini,

 

{ Dan bagi tiap-tiap umat mempunyai rasul; maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil dan mereka (sedikitpun) tidak dianiaya. }

 

Dan beliau AS berkata, "Tafsiran tersembunyi ayat ini adalah untuk setiap abad(kurun) umat ini ada seorang Rasul dari (keturunan) Aali Muhammad yang muncul kepada abad beliau dihantar sebagai utusan. Mereka adalah auliak dan mereka adalah rasul. Adapun firmanNya:

 

{ maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil dan mereka (sedikitpun) tidak dianiaya ,}

 

beliau berkata, "Maknanya adalah bahawa rasul-rasul yang menghukum di antara mereka dengan adil, dan mereka tidak melakukan kezaliman sebagaimana Allah berfirman." [ Tafsir Al-Ayasyi Jilid 2 Halaman 123, Tafsir Nur Al-Tsaqalain Jilid 2 halaman 305, Bihar Al-Anwar Jilid 24 halaman 306. ]

 


 

Allah SWT berfirman,

 

 إِنَّمَا أَنْتَ مُنْذِرٌ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ

 

{Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk.} [ Al-Rad 13:7. ]

 

Dari Al-Fudhail berkata,"Aku bertanya kepada Aba Abdillah AS mengenai kata-kata Allah AWJ { bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk .} Beliau (as) berkata," Setiap Imam adalah petunjuk untuk kurun zamannya." [ Al-Kafi Jilid 1 Halaman 191, Bashair Al-Darajat halaman 50, Ghaybah Al-Nu3mani halaman 109, Bihar Al-Anwar Jilid 23 halaman 3. ]

 

Dari Abi Jafar AS berkata: Mengenai firman Allah AWJ,

 

{Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk},

 

Beliau berkata, "Rasulullah SAW adalah pemberi peringatan  dan untuk setiap zaman terdapat pemberi petunjuk  dari kami untuk pemberi petunjuk dengan apa yang didatangkan pada Nabi Allah SAW. Dan pemberi petunjuk selepas Muhammad SAW adalah Ali dan kemudian aushiak selepasnya, seorang selepas seorang."[ Al-Kafi Jilid 1 Halaman 191, Bihar Al-Anwar Jilid 16 halaman 358, Tafsir Al-Shafiy Jilid 3 halaman 59, Tafsir Nur Al-Tsaqalain Jilid 2 halaman 483. ]

 

Dari Abi Bashir berkata, "Aku bertanya kepada Abi Abdillah AS:

 

{ Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk .}"

 

Beliau berkata, "Rasulullah SAW adalah pemberi amaran dan Ali adalah pemberi petunjuk. Ya Aba Muhammad, dari siapa pemberi petunjuk hari ini?” Aku berkata, "Bahkan, semoga jiwaku menjadi tebusan tuan. Daripada tuan adalah pemberi petunjuk satu demi satu sehingga ia sampai pada tuan.” Dia berkata, "Allah merahmati kamu, Ya Aba Muhammad. Jika ayat itu turun ke atas seorang lelaki, dan kemudian orang itu mati, matilah juga ayat itu, dan akan matilah juga Kitab itu, tetapi Kitab itu masih hidup dan ia terpakai untuk orang-orang yang tinggal sebagaimana ia digunakan oleh mereka yang sebelumnya.” [ Al-Kafi Jilid 1 Halaman 192, Bihar Al-Anwar halaman 279, Tafsir Nur Al-Tsaqalain Jilid 2 halaman 483, Ghayah Al-Maram Jilid 3 halaman 7. ]

 

Dari Abi Ja’far AS berkata mengenai firman Allah SWT,

 

{Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk}

 

Katanya, "Rasulullah SAW adalah pemberi peringatan, dan Ali adalah pemberi petunjuk. Maka demi Allah itu tidak pernah kami tinggalkan dan ia masih di sisi kami sehingga hari kiamat. "[ Al-Kafi Jilid 1 Halaman 192, Al-Basair Darajat halaman 50, Ghaybah Al-Nu3mani halaman 110, Bihar Al-Anwar Jilid 23 halaman 3. ]

 

Mereka AS adalah utusan-utusan yang memberi petunjuk dari Muhammad SAW dan Aali Muhammad AS. Di samping itu, mereka semua (atas mereka selawat Tuhanku) mempunyai makam nubuwwah. Bahkan syarat pengutusan yang tidak berubah, ia adalah kesempurnaan akal , mereka mesti mencapai makam Langit Ketujuh Keseluruhan (langit akal).

 

Urusan yang diperbaharui ini dibaca oleh semua orang (sama ada mereka memahami atau tidak) ketika membaca dia ziarah Rasul (utusan) pertama dari Muhammad SAW iaitu Ali bin Abu Talib AS. Malah, seseorang tidak memasuki makam suci Amir Al-Mukminin AS sebelum membacanya dan ia adalah bersamaan dengan Ziarah Nabi Muhammad SAW.

 

Dalam Ziarah Amir Al-Mukminin Ali AS yang diriwayatkan dari Al-Shadiq AS

 

…. وتقول: السلام من الله على محمد أمين الله على رسالته وعزايم أمره ومعدن الوحي والتنزيل، الخاتم لما سبق والفاتح لما استقبل، والمهيمن على ذلك كله ، الشاهد على الخلق، السراج المنير، والسلام عليه ورحمة الله وبركاته

 

"... Dan kamu mengucapkan, 'Salam dari Allah atas Muhammad, perlindungan Allah atas risalahNya, perintahNya yang mesti dilaksanakan, teras kepada wahyu dan Al-Quran, penamat yang datang sebelumnya, dan pengasas kepada mereka yang belum datang, dan yang lebih utama atas semuanya, menjadi saksi atas penciptaan, lampu yang menerangi, dan salam atasnya, rahmat Allah dan keberkatanNya." [ Man La Yahdharuh Al-Faqih Jilid 2 halaman 558, Tahzhib Al-Ahkam Jilid 6 halaman 25, Al-Misbah Kafami halaman 474, Farhah Al-Ghirri halaman 107, Bihar Al-Anwar Jilid 97 halaman 148, Al-Mizar oleh Al-Mufid halaman 77 dan 104. ]

 

Ungkapan yang sama muncul dalam Ziarah Al-Hussain AS, Abu Abdullah AS berkata,

 

"... Jika anda menghadapi kuburan Al-Hussain AS, kamu mengucapkan, 'Salam dari Allah atas Muhammad perlindungan Allah atas risalahNya, perintahNya yang mesti dilaksanakan, teras kepada wahyu dan Al-Quran, penamat yang datang sebelumnya, dan pengasas kepada mereka yang belum datang, dan yang lebih utama atas semuanya, menjadi saksi atas penciptaan, lampu yang menerangi, dan salam atasnya, rahmat Allah dan keberkatanNya." [ Kamel Al-Ziyarah halaman 368, Al-Mizar oleh Al-Masyhidi Al-Aawwal halaman 37. ]

 

Amir Al-Mukminin Ali AS berkata,

 

"… Dan aku menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan selain Allah semata-mata tanpa sekutu bagiNya, kesaksian memenuhi tanggungjawab Islam dalam mengingatkannya dan beriman dengan azab hari perhitungan yang diakhiriNya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya, penamat apa datang sebelum risalah dan mengakhirinya, dan Rasul-Nya, serta pengasas kepada apa yang belum datang daripada seruan dan menyebarkannya …"

 

Muhammad SAW adalah penamat bagi rasul-rasul dari Allah SWT, dan telah membuka pengutusan rasul-rasulnya dari dirinya sendiri SAW (penamat yang datang sebelumnya, dan pengasas kepada mereka yang belum datang).

 

Dengan itu, telah jelaslah kewujudan baginda SAW sebagai penamat iaitu pertengahan di antara dua urusan dan kewujudan baginda SAW sebagai penamat yang bermaksud yang terakhir dari kalangan para Nabi. Ia juga telah menjelaskan bahawa baginda adalah penutup nabi-nabi yang bermaksud bahawa bagindalah yang mengakhiri risalah mereka, iaitu risalah perjuangan mereka ditamatkan dengan nama baginda SAW. Ini adalah kerana pengutusan nabi-nabi sebelumnya bukan sahaja dari Allah SWT, tetapi juga oleh Muhammad SAW, yang merupakan hijab antara Allah SWT dan para nabi.

 

Maka melalui baginda risalah diturunkan ke atas para nabi untuk disebarkan. Jadi Muhammad SAW adalah pemilik risalah dari nabi-nabi terdahulu, diturunkan risalah dengan pengesahan baginda. Baginda adalah hijab yang paling hampir dengan Allah SWT, maka pengutusan (para rasul) sebelumnya adalah dari Allah dan melalui Muhammad SAW (hijab yang paling hampir).

 

Ini kerana baginda SAW belum diutus dan pengutusan seterusnya (para Imam) adalah dari Muhammad SAW dan dengan perintah Allah sebagaimana baginda SAW diutuskan.

 

Antara nama gelaran Ali bin Abu Talib AS adalah rasul kepada Rasulullah SAW (utusan kepada utusan Allah).

 

Dari Jamil bin Saleh, dari Zhuraih berkata, "Aku mendengar Aba Abdillah AS memberi amaran kepada sebahagian anak-anaknya dan berkata:

 

“Aku berjanji kepada kamu wahai angin, wahai kesakitan, apapun masalahnya bagiku, dengan ketetapan yang diputuskan Ali bin Abu Talib Amir Al-Mukminin AS, rasul kepada Rasulullah (S) ke atas jin dari Wadi(lembah) Shabrah, maka mereka menjawab serta taat untuk apa yang aku jawabkan, taat dan keluarlah dari anak Fulan bin Fulanah, saat ini, saat ini.” [ Al-Kafi Jilid 8 halaman 85, Thab Al-Aimmah halaman 40, Bihar Al-Anwar Jilid 92 halaman 8]

Masih Adakah Kenabian(Pemberitaan) dan Kerasulan (Pengutusan) Selepas Muhammad? Part 1

BW-message-from-God1

 

Umum mengetahui Muhammad (saw) adalah Nabi yang terakhir diutuskan oleh Allah SWT, yang ditugaskan untuk membawa syariat baru, Islam. Ini adalah satu ketetapan yang dipersetujui oleh semua orang Islam.

 

Islam dan agama-agama samawi yang lain, dalam masa yang sama, menetapkan bahawa Allah sentiasa melantik manusia pilihanNya untuk memimpin umat manusia ke jalan kebenaran, samada dari segi kehidupan material ataupun keagamaan. Dan teks keagamaan menetapkan bahawa perlantikan ini tidak akan berakhir, dengan kata lain, perlantikan ini akan sentiasa terjadi sehinggalah Hari Kebangkitan.

 

Inilah yang dihujahkan oleh kami, Ansar Imam AlMahdi. Bahawa perlembagaan agama Islam menetapkan Ketuanan Allah, atau Hakimiyah Allah, di mana Allah sahaja yang berkuasa menetapkan syariat, dan Allah jualah yang menetapkan pemimpin pilihanNya untuk umat manusia, bagi membawa, menegakkan dan melaksanakan syariat tersebut.

 

Kami juga telah menghujahkan akan kewujudan khalifah-khalifah Allah selepas kewafatan Muhammad (saw) dalam rangka memperkenalkan manusia kepada khalifah Allah di zaman ini, AlMahdi. Namun, bagi Sunni, apabila disebutkan khalifah, maka di fikiran mereka, khalifah-khalifah ini adalah manusia biasa yang tidak punya apa-apa perhubungan wahyu dengan langit, padahal ini tidak mungkin terjadi bagi Imam lantikan Allah, yang ditugaskan sebagai pemberi petunjuk kepada umat manusia.

 

Firman Allah:

 

 

وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ

 

Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami.(21:73)

 

Dan:

 

وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ

 

 

Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa imam, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. (32:24) 

 

Dan

 

 

إِنَّمَا أَنْتَ مُنْذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ

 

 

“Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk”(13:7) 

 

Seseorang pemimpin, yang tidak dipandukan oleh wahyu Allah, akan mampu berbuat kesalahan yang akan menyesatkan mereka yang dipimpinnya. Beliau juga akan berbuat kezaliman, dan ciri-ciri ini tidak selari dengan sebuah sosok yang dilantik oleh Allah untuk memimpin umat manusia. Jadi, apakah masih ada Kenabian selepas Muhammad (saw)?

 

Kenabian sememangnya telah ditutup dengan Kenabian Muhammad (S.A.W), dan Allah SWT telah menyempurnakan agama dan mencukupkan nikmatNya ke atas orang yang beriman. Namun umat ini berselisih faham tentang maksud “Penutup Kenabian” [ ﺍﻷﻧﺒﻴﺎﺀ Al-Khatam Al-Anbiak].  Sebahagian daripada mereka membacanya Ta dengan baris fattha [ Al-Kha tam ], dan sebahagian daripada mereka membaca Ta  dengan baris kasrah sebagai [ Al-Kha tim ], dan ia telah memberikan setiap bacaan dengan makna yang berbeza dari yang lain. 

 

Khatam: Penutup dan seterusnya pemula untuk sesuatu urusan, dengan kata lain, dia menutup suatu urusan, dan seterusnya memulakan sesuatu urusan yang baru

 

Khatim: Penutup muktamad, tiada apa-apa lagi selepasnya.

 

Kita juga menemui beberapa riwayat yang mengesahkan bahawa tidak ada lagi nubuwwah (kenabian) selepas  Muhammad (S.A.W) dan sesiapa yang mendakwa Nabi selepasnya adalah penyamar yang berdusta. Dan di sisi lain pula, kita dapati ada riwayat yang menegaskan bahawa nubuwwah itu berterusan selepas Muhammad (S.A.W). Dan  Hujjah Allah ke atas makhluk selepas Rasul Muhammad (S.A.W) mesti mempunyai perhubungan dengan langit dan diberi wahyu oleh Allah Taala. 

 

 

InsyaAllah, saya akan rumuskan isu ini, berdasarkan kitab karangan Sayed Ahmed Al-Hasan, Penutup Kenabian yang membincangkan secara detail perkara ini.

 

Hal 1: Definasi Nabi Dan Rasul

 

Makna perkataan Nabi  (istilah Arab ) adalah orang yang menerima khabar dari langit. Perkataan Nabi  diambil daripada perkataan ( – Nabaa ) yang bermaksud berita – khabar, dan bukan dari perkataan ( – Naba ) yang bermaksud zahir dan diangkat. Hakikat yang  sebenarnya adalah bahawa perkataan Nabaa' diambil dari perkataan Naba. Ini kerana berita-khabar adalah perkara ghaib yang telah diangkat dan dizahirkan  supaya manusia boleh melihat, mengetahui dan mengenalinya  selepas ianya tersembunyi dan tidak diketahui.

 

Dengan kata lain, seseorang yang mencapai makam kenabian / nubuwwah adalah seorang Nabi, yakni seorang manusia yang menerima perkhabaran dari langit.

 

Rasul pula bermaksud seorang utusan. Maka seorang manusia yang diutuskan adalah Rasul. Manusia yang diutus Allah adalah Rasul Allah , dan semua yang diutuskan oleh Allah adalah manusia yang menerima perkhabaran dari langit, agar mereka boleh memberi petunjuk kepada manusia. 

 

Seorang Nabi boleh sahaja tidak diutuskan. Namun apabila diutuskan, maka beliau adalah Rasul, yang diutuskan bagi mencapai objektif tertentu, samada penegakkan syariat baru, atau penegakkan kepimpinan Allah di muka bumi. Ini kita dapat dalilnya dalam bab berikutnya:

 

Hal 2: Rukyah dan Nubuwwah

 

Al Quran dipenuhi dengan inspirasi daripada Allah yang di wahyukan atau diilhamkan kepada nabi-nabi termasuklah nabi Ibrahim (as), nabi Muhammad (S.A.W) dan nabi Yusuf (as)

 

وَإِذْ قُلْنَا لَكَ إِنَّ رَبَّكَ أَحَاطَ بِالنَّاسِ وَمَا جَعَلْنَا الرُّؤْيا الَّتِي أَرَيْنَاكَ إِلَّا فِتْنَةً لِلنَّاسِ وَالشَّجَرَةَ الْمَلْعُونَةَ فِي الْقُرْآنِ وَنُخَوِّفُهُمْ فَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا طُغْيَاناً كَبِيراً

 

{Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmuNya dan kekuasaanNya; dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia; dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran; dan Kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran) maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau…} [17:60]

 

﴿لَقَدْ صَدَقَ اللَّهُ رَسُولَهُ الرُّؤْيا بِالْحَقِّ لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ إِنْ شَاءَ اللَّهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُؤُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِينَ لا تَخَافُونَ فَعَلِمَ مَا لَمْ تَعْلَمُوا فَجَعَلَ مِنْ دُونِ ذَلِكَ فَتْحاً قَرِيباً﴾

 

{ Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam – insya Allah (pada masa yang ditentukanNya) – dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah mengangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana Ia mengetahui (adanya feadah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Ia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunnya).   [48:27]

 

﴿فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ﴾

 

{Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari  orang-orang yang sabar".} [ 37:102 ]

 

Kemudian Allah SWT memuji Ibrahim (as) kerana beliau mempercayai akan wahyu yang diturunkan kepadanya.

 

قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ

 

{ "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. } [ 37:105 ]

 

﴿إِذْ قَالَ يُوسُفُ لَأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَباً وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ﴾

 

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".} [12:4]

 

Dan di dalam al-Quran Allah SWT memberikan ilham kepada ibu nabi Musa (as) di dalam mimpinya,

 

﴿وَأَوْحَيْنَا إِلَى أُمِّ مُوسَى أَنْ أَرْضِعِيهِ فَإِذَا خِفْتِ عَلَيْهِ فَأَلْقِيهِ فِي الْيَمِّ وَلا تَخَافِي وَلا تَحْزَنِي إِنَّا رَادُّوهُ إِلَيْكِ وَجَاعِلُوهُ مِنَ الْمُرْسَلِينَ﴾

 

{Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:" Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami.} [ 28:7 ]

 

Perlu diperhatikan bahawa wahyu yang diturunkan kepada para nabi (as), telah diketahui/dilihat oleh mereka sebelum mereka diutuskan dan juga setelah mereka diutuskan. Bermakna inspirasi Allah kepada mereka dimulakan dengan Ilham @ wahyu dan berterusan selepas mereka diutuskan sebagai rasul, wahyu yang di inspirasi kan daripada Allah tidak pernah terhenti kepada mereka (para nabi a.s)

 

Dan nabi Muhammad S.A.W telah melihat @ mengetahui wahyu daripada Allah sebelum baginda diutuskan menjadi rasul dan semua perkara yang dilihat, berlaku seperti mana apa yang dilihat @ diketahui oleh baginda. Dan jika setiap para nabi yang diutuskan tidak mempercayai dan beramal melalui visi @ wahyu yang mana telah mereka melihat dan mengetahuinya sebelum mereka diutuskan oleh Allah, sudah tentu mereka ( para anbiya) tidak akan mencapai kedudukan yang tinggi seperti mana yang telah mereka perolehi ataupun mereka tidak akan mencapai kedudukan  yang dekat dengan Allah S.W.T dan sudah tentu dari mula lagi, Allah tidak akan memilih mereka semua ( para anbiya) menjadi utusan Allah.

 

﴿قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ

 

{"Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.}(37:105)

 

Bahkan mereka, para anbiya (a.s) mempercayai visi @ mimpi orang beriman yang bersama mereka. Dan nabi Muhammad S.A.W akan bertanya kepada para sahabat baginda mengenai mimpi mereka dan mendengar cerita mimpi mereka selepas Solat subuh, seolah- olah mendengar kepada mimpi mereka adalah cara memperingati dan beribadat kepada Allah S.W.T. Para munafik akan menafikan baginda kerana baginda akan mendengar dan mempercayai setiap pencerita.

 

﴿ وَمِنْهُمُ الَّذِينَ يُؤْذُونَ النَّبِيَّ وَيَقُولُونَ هُوَ أُذُنٌ قُلْ أُذُنُ خَيْرٍ لَكُمْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَيُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِينَ وَرَحْمَةٌ لِلَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ رَسُولَ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ﴾

 

{Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: "Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)". Katakanlah: "Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu". Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. "} [9:61]

 

Imam Al-Ridha (as) pernah berkata,

 

( إِنَّ رَسُولَ اللهِ ( ص ) كَانَ إِذَا أَصْبَحَ قَالٌ لِأَصْحَابِهِ : هَلْ مِنْ مُبَشِّرَاتٍ ؟ يَعْنِي بِهِ الرُّؤْيَا )

 

Pada waktu pagi,baginda Rasul Allah akan bertanya kepada para sahabat baginda "Adakah ada khabar gembira?" Bermaksud rukya (para sahabat". [Al-Kafi Vol 8 halaman 90 ; Bihar Al-Anwar Vol 85 halaman 177]

 

Sesungguhnya nabi Muhammad S.A.W  menganggap mimpi sebagai kenabian. Rasulullah S.A.W bersabda:

 

( أَلَا إِنَّه لَمْ يَبْقَ مِنْ مُبَشِّرَاتِ النُّبُوَّةِ إلاّ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةَ يَرَاهَا الْمُسْلِمُ أَوْ تُرى لَهُ )

 

"Sesungguhnya tiada apa yang tinggal daripada kenabian melainkan mimpi yang benar, orang yang soleh akan melihatnya atau akan ditunjukkan kepadanya."[Bihar Al-Anwar Vol 85 halaman 192, Sahih Muslim Vol 2 halaman 38, Sonan Al-Nesa’i Vol 2 halaman 217, Sahih Ibn Habban Vol 13 halaman 411, Kanz Al-Ommal Vol 15 halaman 368]

 

Sebaliknya baginda Rasulullah S.A.W menganggap mimpi sebagai kenabian seperti mana sabda baginda:

 

( لَا نُبُوَّةٌ بَعْدَي إلاّ الْمُبَشِّرَاتِ . قِيلَ يا رَسُولُ اللهِ ، وَمَا الْمُبَشِّرَاتُ ؟ قَالٌ : الرُّؤْيَا الصَّالِحَةَ )

 

"Tiada lagi kenabian selepas ku melainkan khabar gembira.” Lalu mereka bertanya, “Ya Rasulullah, apakah khabar gembira itu? Baginda menjawab, rukya solihin."[Al-Dor Al-Manthoor Vol 3 halaman 312, Bihar Al-Anwar Vol 58 halaman 192 , Al-Mawta’ Vol 2 halaman 957, Masnad Ahmad Vol 5 halaman 454, Vol 6 halaman 129. Sahih Al-Bukhari Vol 7 [halaman 69, Majma Al-Zawaed Vol 7 halaman 173, Omdat Al-Qari Vol 24 halaman 134, Al-Mojam Al- Kabeer Vol 3 halaman 197]

 

Rasulullah S.A.W juga  bersabda,

 

( الرُّؤْيَا الصَّالِحَةَ بُشْرَى مِنَ اللهِ ، وَهِي جُزْءٌ مِنْ أَجْزَاءِ النُّبُوَّةِ )

 

"Mimpi yang benar adalah khabar gembira dari Allah, dan ia adalah sebahagian daripada bahagain-bahagaian kenabian"[Al-Dorr Al-Manthoor Vol 3 halaman 312, Bihar Al-Anwar Vol 85 halaman 192, Mizan Al-Hekma Vol 2 halaman 1010]

 

Dan wajib diberi perhatian kepada kata-kata nabi  Muhammad ( s.a.w ) yang mana baginda bersabda tiada apa yang tinggal dari kenabian melainkan mimpi yang benar, tidak bermakna bahawa sesiapa yang mendapat  mimpi yang benar itu merupakan seorang nabi yang diutus oleh Allah. Tetapi ia bermakna bahawa mimpi yang benar adalah berita yang benar yang dibawakan daripada kerajaan langit kepada mereka yang melihatnya. Serta masih ada lagi kenabian selepas Muhammad (saw)

 

Hal 3: Penutup Kenabian

 

Firman Allah Yang Maha Kuasa,

 

﴿مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَكِنْ رَسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيماً

 

{Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu} [Al-Ahzaab:40]

 

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bahawa “Penutup Kenabian”, – dan saya maksudkan penutup di sini sebagai “pengakhiran”- tidaklah tepat jika dikatakan kenabian disini bermaksud mencapai kedudukan seorang Nabi, dan mengetahui beberapa perkhabaran dari langit tentang kebenaran dan perkara ghaib. Ini kerana jalan untuk naik ke Kerajaan Langit (Malakut) telah dibuka dan ia tidak ditutup dan tidak akan ditutup.

 

Oleh itu Nabi Muhammad (S) menekankan dalam banyak riwayat oleh Sunnah dan Syiah, begitulah juga dengan Ahlul Bayt (as) bahawa salah satu jalan dari jalan-jalan Wahyu Ilahi (Ilham Allah) akan tetap terbuka dan tidak akan ditutup, iaitu rukyah yang benar  dari Allah SWT 

 

 

وَعَنْ النَّبِيِّ ( ص )، قَالَ 🙁 إِذَا اُقْتُرِبَ الزَّمانُ لَمْ تَكُدْ رُؤْيَا الْمُسْلِمِ تَكْذِبُ ، وَأُصَدِّقُكُمْ رُؤَيًا أَصْدُقُكُمْ حَديثًا ، وَرُؤْيَا الْمُؤْمِنِ جُزْءٌ مِنْ خَمْسَةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءَا مِنَ النُّبُوَّةِ )

 

Diriwayatkan daripada Nabi (S) bahawa baginda bersabda,

 

"Jika Zaman telah menghampiri, mimpi (rukya) orang Islam bukan suatu dusta dan yang paling benar di antara kamu dalam mimpi (rukya) adalah yang paling benar dalam ucapannya. Oleh itu mimpi (rukya) orang beriman adalah sebahagian daripada empat puluh lima bahagian nubuwah.” Sahih Muslim: Vol 7, halaman 52. Sunan Al-Tirmidi: Vol 3, halaman 363. Sharh Usool Al-Kafi- Al- Mazndrani, Vol 11, halaman 476.

 

 

وَعَنْ عَلِيٍّ ( ع )، قَالَ 🙁 رُؤْيَا الْمُؤْمِنِ تَجْرِي مَجْرى كَلاَمِ تُكَلِّمُ بِهِ الرَّبُّ عِنْدَه )

 

Diriwayatkan dari Ali (as) bahawa dia berkata,

 

"Mimpi (rukya) orang beriman dianggap sebagai ucapan Tuhan bercakap kepadanya."[ Bihar Al-Anwar, Vol 52, halaman 210. Kanz Al-Fawaid, halaman 211]

 

 

وَعَنْه ( ص ) قَالَ 🙁 إِذَا رَأَى أحَدُكُمْ الرُّؤْيَا يُحِبُّهَا ، فَإِنَّمَا هِي مِنَ اللهِ ، فليحمد اللهُ عَلَيهَا وليحدّث بِهَا )

 

Dan dari baginda (S) bersabda,

 

"Jika salah seorang di antara kamu telah melihat mimpi (rukya) yang disukanya, maka ia adalah dari Allah, maka hendaklah dia memuji Allah dan bercakap mengenainya."[ Musnad Ahmad, Jilid 3, halaman 8, Shahih Bukhari, Jilid 8, halaman 83, Bihar Al-Anwar, Jilid 85, halaman 192]

 

 

Diriwayatkan dari Rasulullah (S) baginda bersabda,

 

"Mimpi (rukya) orang yang beriman adalah sebahagian daripada empat puluh bahagian nubuwah."[Musnad Ahmad bin Hanbal, Jilid 4, muka surat 11 Sunan Al-Tirmizhi, Jilid 3, halaman 366, Al-Mu3jam Al-Kabir Jilid 19, halaman 205, Al-Jami3 Al-Saghir Jilid 2, halaman 6.]

 

Terlalu banyak hadis senada samada dari tradisi Sunnah atau Shiah. Namun memadai dahulu perkongsian hadis di atas.

 

Diriwayatkan bahawa Allah menurunkan kepada Imam Musa Al-Kadzim (as) di dalam mimpi (rukya) bahawa Imam selepasnya adalah kepada anaknya Ali bin Musa Al-Ridha (as), Dari Yazid bin Salith Al-Zaidi berkata, "Kami bertemu Aba Abdillah (as) dalam perjalanan ke Mekah semasa kami satu jamaah jadi kami berkata kepadanya, 'Demi ayah dan ibuku, tuan adalah Imam yang disucikan dan tiada siapa yang tidak akan mati, jadi beritahu padaku suatu teka-teki siapakah yang (menjadi) khalifahku.’

 

Dia berkata aku, 'Ya mereka adalah anak-anak ku dan ini adalah tuan (ketua) mereka, (dan beliau menunjuk kepada anaknya Musa (as)) padanya ada ilmu pengetahuan, kebijaksanaan, kefahaman, kemurahan hati dan makrifah yang manusia hajatkan dengan apa yang mereka perselisihkan dalam urusan agama mereka dan dia mempunyai akhlak yang baik dan adab-kejiranan dan dia adalah pintu dari pintu-pintu Allah Taala (AWJ) dan satu lagi, 'Ia adalah lebih baik daripada semuanya.'

 

Jadi ayah aku berkata kepadanya, 'Demi ayah dan ibuku, dan apakah dia?' Beliau berkata, 'Allah akan membawa daripada dia penolong umat ini; dan yang melegakan, pengetahuan, kesedaran, kefahaman, kebijaksanaan, bayi yang terbaik dan belia yang terbaik. Olehnya, Allah akan mengelakkan pertumpahan darah, mendamaikan antara manusia, menyatukan kembali bahagian-bahagian, membahagikan dari pembukaan sempit, memberi pakaian pada yang tak berpakaian, mengenyangkan yang lapar, menenangkan yang takut, kerananya hujan turun dan daripadanya hamba-hamba mengambil arahan mereka, yang baik dengan tua yang muda belia, khabar gembira yang baik untuk kaumnya setelah dia dewasa, ucapannya adalah penghakiman dan diamnya adalah pengetahuan, dia menjelaskan kepada manusia apa yang mereka perselisihkan.”

 

Dia berkata, "Bapa ku telah berkata, 'Demi ayah dan ibuku, adakah dia akan mempunyai anak lelaki yang akan datang selepasnya?' Beliau berkata, 'Ya,' dan berhenti bercakap.”

 

Kemudian Yazid telah berkata, "Aku telah bertemu dengan Aba Al-Hassan (iaitu Musa bin Jafar (as)) dan berkata kepadanya, 'Demi ayah dan ibuku, aku mahu tuan agar memberitahuku apa yang bapa tuan telah maklumkan kepada ku.' Beliau berkata bahawa dia berkata, 'Ayahku (as) berada di zaman yang berbeza dari zamannya. "

Yazid berkata, "Aku berkata, 'Semoga laknat Allah atas sesiapa yang menerima ini dari kamu.’"

 

Dia berkata, "Dia ketawa kemudian berkata, 'Biar aku beritahu kamu ya Aba 3imaarah, aku meninggalkan rumahku kemudian aku berwasiat pada zahirnya kepada anak-anakku dan supaya mereka bekerjasama dengan anak ku Ali, dan aku menetapkan dia dalam wasiatku secara sembunyi (batin), dan aku telah melihat Rasulullah (S) dalam tidurku (mimpi – rukyaku) dan Amir Al-Mukminin (as) bersama baginda dan baginda mempunyai cincin, pedang, tongkat, kitab dan serban, dan aku berkata kepada baginda, 'Apa semua ini?’

 

Baginda bersabda, 'Adapun serban itu adalah Keagungan Allah AWJ, pedang adalah menjadi Kebanggaan Allah AWJ, kitab itu adalah Cahaya Allah AWJ, bagi tongkat itu adalah Kekuatan Allah AWJ, dan cincin itu adalah pengumpul daripada semua urusan ini. Beliau kemudian berkata, 'Rasulullah (S) bersabda,' Urusan ini akan dikeluarkan pada anak kamu Ali.

 

Dia berkata, "Kemudian beliau berkata, 'Wahai Yazid, ini adalah suatu amanah yang kamu ada. Jangan dedahkan melainkan kepada orang yang berakal, atau pada hamba Allah yang telah diuji hatinya dengan iman, atau kepada orang yang jujur. Dan jangan kufur atas nikmat Allah Taala dan jika kamu ditanya untuk memberi kesaksian, maka berbuatlah, kerana Allah SWT berfirman,

 

﴿إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا

 

{Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya,}[ Al-Nisaa’ 4:58]

 

dan Allah SWT berkata,

 

﴿وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ كَتَمَ شَهَادَةً عِنْدَهُ مِنَ اللَّهِ

 

Dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang menyembunyikan kesaksian dari Allah yang ada padanya?" }[ Al-Baqarah 2:140]

 

Kemudian aku berkata, "Aku bersumpah demi Allah aku tidak akan berbuat demikian selamanya.”

 

Dia berkata, " Kemudian Abu Al-Hassan (as) berkata, 'Kemudian Rasulullah (S) menerangkan sifatnya kepadaku. Baginda bersabda, 'Ali anak kamu, yang melihat dengan cahaya Allah, dan mendengar dengan kefahaman-Nya, dan bercakap dengan kebijaksanaan-Nya, sentiasa betul tidak pernah silap, sentiasa tahu tidak jahil, dan telah dipenuhi dengan kebijaksanaan dan pengetahuan (ilmu dan hikmah). Bagaimana rendah martabat kamu dengan dia! Ia adalah suatu perkara yang pasti tidak berlaku, jadi apabila kamu kembali dari perjalanan kamu, perbaiki arahan kamu dan jelaskan permintaan kamu kerana kamu bergerak jauh dari dia dan jiran lain. Jadi kumpul anak-anak kamu dan bersaksilah kepada Allah atas mereka dan cukuplah Allah sebagai saksi.”

 

Beliau berkata, 'Wahai Yazid, aku akan diambil tahun ini, dan Ali anakku telah dinamakan Ali bin Abu Talib (as) dan telah dinamakan Ali bin Al-Hussain (as). Dia telah diberikan kefahaman yang pertama, dari ilmuNya, pertolonganNya, dan Pakaian jubah rasmiNya. Dan dia tidak boleh bercakap di hadapan Harun [Khalifah Abbasiyah] selama empat tahun, dan selepas empat tahun berlalu, tanyalah dia apa yang kamu mahu dan dia akan menjawabnya jika dikehendaki Allah SWT."[ 3uyun Akhbar Al-Ridha (as) Jilid 2, halaman 33]

 

Oleh itu tidak ada sebarang halangan untuk  sebahagian manusia yang beriman secara ikhlas kepada Allah Yang Maha Suci untuk mencapai makam nubuwah, dan Allah SWT boleh memberikan wahyu (ilham) kepada mereka melalui jalan ini (mimpi (rukya)) dan Allah memberikan  mereka atas sebahagian Al-Haq (Kebenaran) dan ilmu berkenaan perkara Ghaib dengan kurnia dariNya SWT.

 

Sudah semestinyalah para Imam (as), para khalifah Allah selepas Muhammad (s) mempunyai martabat nubuwah. Kebenaran dan perkara Ghaib sampai kepada mereka melalui rukya dan kasyaf. Ada begitu banyak riwayat-riwayat mengesahkannya. Sebahagian riwayat telah dinyatakan di atas.

 

Oleh itu, adalah wujud kemampuan bagi orang mukmin dan orang yang ikhlas untuk mencapai maqam (martabat) nubuwah dan Allah memberi wahyu (ilham) kepada mereka melalui jalan mimpi (rukya), perkara ini berlaku, sekurang-kurangnya ia dicapai oleh para Imam (as).

 

Adapun riwayat dari mereka (as) yang menafikan diri mereka sebagai Nabi, perkara ini difahami. Yang dimaksudkan dari penafian mereka adalah bahawa mereka adalah nabi-nabi yang diutus Allah SWT, jika tidak apakah maknanya apabila mereka mendapat khabar dari Roh Kudus? Dan apakah maknanya bahawa dia (Roh Kudus) bersama mereka dan tidak berpisah dengan mereka?[ Hisham Bin Salim meriwayatkan dari Ammar atau orang lain berkata "Saya berkata kepada Abi Abdillah (as) 'Dengan hukum apabila kamu menghakimi?' Dia berkata," Dengan hukum Allah, hukum Daud dan hukum Muhammad (S) jadi jika sesuatu yang datang kepada kami yang tidak ada dalam kitab, maka Roh Kudus akan memberikan kepada kami dan Allah mengilhamkan kepada kami dengan ilham." Bashair Al-Darajat halaman 472]

 

Jadi, jika ini berlaku, apakah makna sebenar Muhammad (S) adalah penutup(khatam) para Nabi (iaitu yang terakhir dari mereka)?

 

Dan juga apakah maknanya apabila baginda (S) adalah penutup(khatim) para nabi (iaitu pertengahan antara mereka)? Kerana kedua-duanya iaitu [Penutup dan yang menutup] adalah gelaran kepada Nabi Muhammad (S).

 

Jadi untuk mengetahui jawapannya, kita perlu tahu sesuatu tentang maqam (kedudukan) Nabi Muhammad (S) dan beberapa perkara yang baginda miliki lebih daripada maqam (kedudukan) anak-anak Adam yang lain, bahkan ke atas mereka dari para nabi (as) khususnya . 

 

Saya akan rungkaikan perkara ini dalam artikel berikutnya. Dengan izin Allah jua.

 

Farhan Azmi

Kredit: Sayed Ahmed AlHasan, Rasul dan Wasi Imam AlMahdi, AlYamani yang dijanjikan.

 

 

Bantahan Untuk Sunni: Al-Mahdi Tidak Mengetahui Dirinya Al-Mahdi Dan Tidak Menyeru

imam_mahdi_by_mustafa20-d553hzg

Ramai Sunni mengatakan bahawa:

 

 

 

1. Imam Al-Mahdi tidak mengetahui dirinya adalah Al-Mahdi.

2. Oleh itu beliau tidak akan menyeru kepada dirinya

 

 

 

Ini adalah antara kekeliruan yang dasyat, direka khas untuk menjauhkan umat dari Al-Mahdi. Maka penulisan ini berhasrat membetulkan kesalahan fatal ini, dengan harapan hijab dapat diangkat dan hati manusia dapat menerima Al-Mahdi.

 

 

Penerangan Pertama: Al-Mahdi adalah seorang khalifah lantikan Allah dan diutuskan oleh Allah

 

Merujuk kepada perkara di atas, ini dapat dilihat dari kedua hadis berikut.

 

وفي سنن ابن ماجة والحاكم في المستدرك بسندهما عن ثوبان، قال: قال رسول الله )صلى الله عليه وآله(: يقتتل عند كنزكم ثلاثة. كلهم ابن خليفة. ثم لا يصير إلى واحد منهم. ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق . فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم" ًثم ذكر شيئا لا أحفظه. فقال: "فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج فإنه خليفة الله، المهدي". في الزوائد: هذا إسناد صحيح. رجاله ثقات. ورواه . الحاكم في المستدرك، وقال: صحيح على شرط الشيخين( سنن ابن ماجة:ج 2 ص 1367 . المستدرك للحاكم: ج 4 ص 446

 

 

Di dalam Sunan Ibn Majah dan Al-Hakim dalam Al-Mustadrak  dengan sanad dari Tsauban katanya: Rasulullah saw bersabda: Pertempuran yang kamu pendamkan antara tiga pihak kesemua mereka anak-anak Khalifah, maka tidak berlaku kepada seseorang dari mereka, kemudian muncul panji-panji hitam datang dari arah timur. Dan terjadi perperangan yang belum pernah berlaku pada suatu kaum dan kemudian menyebut sesuatu yang tidak aku ingat, lalu baginda bersabda: Jika kamu melihatnya maka berbai’ahlah padanya walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji, kerana dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi.

 

Dalam kitab Al-Zawaid, sanad ini sahih dan rijalnya (para perawi)nya tsiqah (terpecaya). Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak dan mengatakan: “Sahih menurut aturan Syaikhain (Bukhari dan Muslim).” Rujukan: Sunan Ibnu Majah, Juz 1, halaman 1367; Mustadrak Al hakim, Juz 4, halaman 464

 

Beliau juga adalah seorang utusan Allah

 

– حدثنا عبد الله حدثني أبي ثنا عبد الرزاق ثنا جعفر عن المعلى بن زياد ثنا العلاء بن بشير عن أبي الصديق الناجي عن أبي سعيد الخدري قال قال رسول الله  (صلى الله عليه وآله): (أبشركم بالمهدي يبعث في أمتي على اختلاف من الناس ًوزلازل فيملأ الآرض قسطا وعدلا كما ملئت جورا ًوظلما يرض ى عنه ساكن السماء وساكن الآرض …(

 

 

 

Disampaikan dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah saw berkata: “Aku gembirakan kalian dengan kabar tentang Al-Mahdi yang diutus kepada umatku, dikala mereka berada dalam perselisihan dan keguncangan. Ia akan memenuhi bumi dengan keadilan setelah bumi dipenuhi kezaliman, dan para penghuni langit dan bumi meridhainya.” Rujukan: Musnad Ahmad, Juz 3, Halaman 37

 

قال رسول الله )صلى الله عليه وآله) : (لو لم يبق من الدنيا إلا يوم لطول الله ذلك اليوم حتى يبعث الله فيه رجلا مني أو من أهلي أهل بيتي يواطئ اسمه اسمي . واسم أبيه اسم أبي(

 

 

Disampaikan sampai pada Abdullah bahawa Rasulullah saw bersabda:

 

“Sekiranya tiada waktu lagi bagi dunia kecuali satu hari, Allah akan memanjangkan hari itu supaya Dia mengutus seorang lelaki dariku atau dari keluargaku, Ahlulbaitku, yang namanya menyerupai namaku dan nama bapanya dengan bapaku.” Mu'jam Al Kabir oleh At Tabrani, Juz 10, halaman 135

 

 

Maka dari sini, dapat kita katakan bahawa Al-Mahdi juga akan mengikuti sunnah Khalifah Allah sebelumnya, iaitu menyeru manusia ke jalan Allah, ke arah kebenaran, meninggalkan kebatilan.

 

Kedua Sunnah Khalifah Allah adalah menyeru manusia

 

Al-Quran menceritakan kepada kita bahawa semua khalifah Allah sebelum Muhammad, iaitu dari kalangan Anbiya dan Awsiya. Semua para Nabi, Rasul dan Imam, semuanya adalah khalifah Allah. Daud AS, seorang Nabi dan Rasul, juga adalah seorang Khalifah Allah.

 

يَٰدَاوُۥدُ إِنَّا جَعَلۡنَٰكَ خَلِيفَةٗ فِي ٱلۡأَرۡضِ

 

 

“Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi..” (Sad: 26)

 

Dan semua mereka menyeru kepada Allah, setelah memperkenalkan diri mereka sebagai lantikan Allah. Cukup saya berikan beberapa contoh berikut:

 

Nuh AS: ("Aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata") [Surah Ash- Shuara 26:115]

 

Musa dan Harun AS: ("Kami telah datang kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhanmu. Dan kesejahteraan adalah ke atas sesiapa yang mengikuti petunjuk. Sesungguhnya, ia telah diwahyukan kepada kami bahawa azab seksa adalah kepada sesiapa yang mendustakan. ") [Surah Ta Ha (20:47-48)]

 

Isa AS:  Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku – bernama: Ahmad". Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!” (61:6)

 

Semua khalifah Allah sebelum ini menyeru manusia ke jalan Allah, jadi sunnah ini tidak berubah sehingga sekarang. Al-Mahdi sebagai seorang khalifah, imam, utusan Allah juga akan menyeru manusia dan memperkenalkan dirinya sebagai Al-Mahdi, utusan dan khalifah lantikan Allah.

 

Mereka yang membantah perkara ini harus membuktikan ada dalil khas yang menyatakan beliau tidak akan menyeru.

 

Ketiga: Seruan bermula selepas ditaklifkan berbuat sedemikian

 

 

Bantahan Sunni: Al-Mahdi tidak mengetahui bahawa dirinya adalah Al-Mahdi

 

Jawaban balas:

 

Ibrahim AS tidak mengetahui bahawa beliau adalah utusan Allah sebelum beliau diberitahu.

 

Daud AS juga tidak  mengetahui bahawa beliau adalah utusan Allah sebelum beliau diberitahu.

 

Isa AS juga tidak mengetahui bahawa beliau adalah utusan Allah sebelum beliau diberitahu.

 

Muhammad SAW juga tidak mengetahui bahawa beliau adalah utusan Allah sebelum beliau diberitahu.

 

Maka atas sebab itu, Al-Mahdi AS juga tidak mengetahui bahawa beliau adalah utusan Allah sebelum beliau diberitahu.

 

Ini jelas, dan sudah pasti beliau akan mula menyeru selepas beliau diberitahu. Al-Mahdi, seperti khalifah Allah sebelumnya, boleh sahaja diberitahu samada diwahyukan secara terus oleh Allah, diberitahu oleh Malaikat atau utusan Allah yang lain.

 

﴿ وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلَّا وَحْياً أَوْ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولاً فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ

 

 

{Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding, atau dengan mengutuskan utusan lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.} Al-Syuraa 42: 51

 

Sebagai contoh, Yusuf AS diberitahu bakal pengutusannya melalui mimpi:

 

 

﴿ إِذْ قَالَ يُوسُفُ لَأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَباً وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ ﴾

 

 

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".} [12:4]

 

Musa AS juga diberitahu bakal  pengutusannya pada ibunya

 

 

﴿ وَأَوْحَيْنَا إِلَى أُمِّ مُوسَى أَنْ أَرْضِعِيهِ فَإِذَا خِفْتِ عَلَيْهِ فَأَلْقِيهِ فِي الْيَمِّ وَلا تَخَافِي وَلا تَحْزَنِي إِنَّا رَادُّوهُ إِلَيْكِ وَجَاعِلُوهُ مِنَ الْمُرْسَلِينَ ﴾

 

 

{Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:" Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami.} [ 28:7 ]

 

Dan setelah tiba masanya, maka Allah mengkhabarkan pengutusan utusan tersebut dengan melengkapkan beliau dengan ilmu dan hikmah. Maka setelah itu barulah tugas seruan bermula:

 

 

يَا أَبَتِ إِنِّي قَدْ جَاءَنِي مِنَ الْعِلْمِ مَا لَمْ يَأْتِكَ فَاتَّبِعْنِي أَهْدِكَ صِرَاطًا سَوِيًّا

 

 

 

"Hai bapaku, sesungguhnya telah datang kepadaku ilmu pengetahuan yang tidak datang kepadamu, maka ikutilah aku, niscaya aku akan menunjukkan kepadamu jalan yang lurus.' (Maryam:43)

 

Begitulah halnya dengan Al-Mahdi, beliau tidak mengetahui sebelumnya, namun beliau akan diberitahu dan dipersiapkan dalam satu malam oleh Allah SWT. Ya, oleh Allah SWT sendiri, bukan para ulama seperti yang dipercayai Sunni

 

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib (a.s):

 

Ibn Majah dalam Sunannya memetik Mohammad Ibn Hanafiyyah dan Imam Ali berkata bahawa Nabi (sawas) bersabda: "Mahdi adalah dari kami ahlulBayt, tidak keraguan lagi bahawa Allah akan menguatkuasakan kemunculannya dalam satu malam secara tiba-tiba.”

 

Rujukan :

 

1. Sunan Ibn Majah, jilid 2, ms 269

2. Al-Sawa'iq Al-Muhriqah, oleh Ibn Hajar Al-Haythami, bab 11, seksyen 1, ms 250

 

Maka dengan ini jelas bahawa kepercayaan Al-Mahdi tidak akan menyeru umat kerana beliau tidak mengetahui dirinya Al-Mahdi adalah sesuatu kepercayaan yang tidak berasas.

 

Maka kami ingin menyampaikan berita gembira bahawa telah tiba Al-Mahdi yang dinantikan oleh Sunni, Ahmed Al-Hasan, menyeru dengan pembuktian Kitab Allah dan Sunnah Allah, seperti para lantikan Allah yang sebelumnya. Kajilah seruan beliau.

Yang Lemah,

Farhan Al-Ansary

 

 

 

 

Adakah Penambahan Syahadah Itu Salah?

Syahadah-300x180

 

Kerap terdengar ulama-ulama, ustaz-ustaz sebelah sana, yang mengatakan hukum menambah syahadah adalah haram, dan boleh jatuh hukum kafir, syirik, murtad dan sebagainya. Walaupun saya tidak tahu apa nas dan dalil mereka terhadap fatwa yang mereka, berdasarkan kajian saya, tiada masalah menambah syahadah asalkan apa yang disyahadahkan itu adalah hal yang benar dan bukan perkara batil.


Umum mengetahui syahadah adalah kesaksian, satu sebutan kalimah yang menyatakan kebersaksian kita akan sesuatu fakta atau perkara. Umum juga mengetahui bahawa syarat untuk menjadi Muslim, atau orang Islam, adalah kesaksian bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu Rasul Allah. Namun, adakah kesaksian lain yang benar akan membatalkan dua kesaksian di atas? Contoh:


Aku bersaksi bahawa akhirat itu benar. Aku bersaksi bahawa kiamat itu pasti terjadi. Aku bersaksi bahawa adanya syurga neraka selepas ini.


Ini semua adalah kesaksian atas perkara yang benar, bukan kebatilan. Maka persoalannya, adakah ia membatalkan dua kalimah kesaksian / syahadah jika diucapkan selepasnya? Sudah pasti tidak. 


,مَنْ قَالَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ وَأَنَّ عِيسَى عَبْدُ اللَّهِ وَابْنُ أَمَتِهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ وَأَنَّ الْجَنَّةَ حَقٌّ وَأَنَّ النَّارَ حَقٌّ أَدْخَلَهُ اللَّهُ مِنْ أَىِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةِ شَاءَ


”Barangsiapa mengucapkan ’saya bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya, Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya, dan (bersaksi) bahwa ’Isa adalah hamba Allah dan anak dari hamba-Nya, dan kalimat-Nya yang disampaikan kepada Maryam serta Ruh dari-Nya, dan (bersaksi pula) bahwa surga adalah benar adanya dan neraka pun benar adanya, maka Allah pasti akan memasukkannya ke dalam surga dari delapan pintu surga yang mana saja yang dia kehendaki.” (HR. Muslim no. 149)


Maka, dapatlah disimpulkan bahawa syahadah selain yang dua, tidak akan membatalkan iman atau keislaman asalkan kita bersaksi kepada suatu hakikat yang benar.


Dengan kata lain, kesaksian bahawa Ali dan anak-anaknya adalah para hujjah Allah tidak membawa kesan apa-apa kerana ia adalah satu hakikat yang benar, bersandarkan dalil yang tidak dapat ditolak oleh setiap Muslimin. 

Bantahan Muhammad (s) Tidak Tulis Wasiat : Penulisan Wasiat Adalah Syariat Agama Illahi

The-Quran-and-the-Bible-together

Amat malang sekali apabila kaum Muslimin hari ini, tanpa mengira latar belakang ideologi dan mazhab, menolak hakikat bahawa Nabi Muhammad (saw) menulis wasiat di saat akhir sebelum kewafatan baginda, walaupun telah diberikan bukti yang tidak dapat ditolak malah dibantah dengan dalil, sehingga ke hari ini.


 

Kami, Ansar Imam Al Mahdi berasa kasihan dengan situasi ini, lantas terhasil-lah tulisan ini, dengan harapan dapat membuka sisi baru pemikiran mereka yang tertutup.


 

Saudara Muslimin sekalian, ketahuilah bahawa kitab-kitab samawi sebelum Quran, semuanya merekodkan para Nabi (as) menuliskan wasiat apabila datang kehadiran maut, dengan kehendak Allah, berikut kami kongsikan beberapa petikan.


 

Kitab Ulangan(Deutoronomy) Bab 31:


 

14 Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “ Engkau tidak akan hidup lama Panggillah Yosua dan bawalah dia ke Khemah-Ku, supaya Aku dapat memberikan petunjuk kepadanya. ” Musa dan Yosua masuk ke dalam Khemah TUHAN, 15 dan TUHAN menampakkan diri kepada mereka dalam tiang awan dekat pintu Khemah TUHAN.


 

Kitab Ulangan (Deutoronomy) Bab 33: 1


 

Sebelum meninggal, Musa, hamba Allah itu, memberkati umat Israel dengan kata-kata ini:2 TUHAN datang dari Gunung Sinai; Dia terbit seperti matahari di atas Edom, dan dari Gunung Paran Dia menyinari umat-Nya. Beribu-ribu malaikat menyertai Dia; pada tangan kanan-Nya ada api yang bernyala-nyala. 3 TUHAN mengasihi umat-Nya; Dia melindungi semua orang yang menjadi milik-Nya. Itulah sebabnya kita sujud di hadapan-Nya, dan mentaati perintah-Nya.


 

Kitab 1 Raja-raja, Bab 1


 

33 Raja Daud bertitah kepada mereka, “ Bawalah Salomo, putera beta, ke mata air di Gihon. Biarlah dia menunggangi baghal beta dan bawalah bersama-sama kamu para pegawai istana. 34 Di sana hendaklah Zadok dan Natan melantik Salomo menjadi raja Israel. Selepas itu tiuplah trompet dan bersoraklah, ‘ Daulat Tuanku Raja Salomo! ’ 35 Iringilah dia kembali ke sini supaya dia menduduki takhta beta. Dia akan menggantikan beta sebagai raja kerana dialah yang telah beta pilih untuk menjadi penguasa di Israel dan Yehuda. ” 36 “ Baik, tuanku, ” jawab Benaya. “ Semoga perkara ini disahkan TUHAN, Allah tuanku. 37 Sebagaimana TUHAN telah menyertai tuanku, semoga Dia juga menyertai Salomo dan menjadikan kerajaannya lebih makmur daripada kerajaan tuanku. ”


 

Kitab 1 Raja-raja, Bab 2


 

1 Apabila Raja Daud sudah hampir mangkat, baginda memanggil Raja Salomo, putera baginda, dan memberikan pesannya yang terakhir. 2 Raja Daud bertitah, “ Masa kemangkatan beta sudah sampai. Hendaklah engkau yakin dan berani. 3 Lakukanlah apa yang diperintahkan TUHAN, Allahmu kepadamu. Taatilah semua hukum dan perintah-Nya yang tertulis di dalam Taurat Musa, supaya ke mana sahaja engkau pergi, engkau akan berjaya dalam segala usahamu. 4 Jika engkau taat kepada TUHAN, Dia akan menepati janji yang dibuat-Nya ketika Dia memberitahu beta bahawa keturunan beta akan memerintah Israel, selama mereka benar-benar mentaati semua perintah-Nya dan setia terhadap-Nya dengan segenap hati dan jiwa mereka


 

Lihatlah bagaimana di dalam kitab-kitab samawi sendiri menceritakan betapa para Nabi yang lepas memandang berat penulisan wasiat di saat kematian mereka, dan kepada mereka yang mungkin akan cuba meragui kesahihan ayat-ayat dari kitab Samawi di atas, jangan risau, ia memang jelas disokong oleh Quran.


 

"Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". (2:132)


 

Dan yang paling utama..


 

"Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan [tanda-tanda] maut, jika ia meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf, [ini adalah] kewajiban atas orang-orang yang bertakwa." (Al Baqarah: 180)


 

Para Nabi yang lepas semuanya berwasiat apabila datang tanda maut, namun bagaimana kalian menganggap Muhammad SAW, penghulu para Nabi tidak berbuat demikian? Semoga dapat difikirkan

Bantahan Keraguan Imam Mahdi Tidak Dilahirkan

imam_mahdi_by_mustafa20-d553hzg

Ada video menarik mengenai diskusi antara Syaikh Khalid Al Wushabiy [Sunni] dan Syauqiy Ahmad [Ansar Imam Al Mahdi] mengenai Imam Mahdi. Para pembaca yang berminat dapat melihat klip video tersebut disini.

 

http://antimajos.com/2014/11/06/saksi-mata-kelahiran-mahdi-adalah-sosok-fiktif/

 

Hal menarik yang ingin dibahas disini adalah ketika Syaikh Khalid Al Wushabiy mempermasalahkan riwayat kelahiran Imam Mahdi dalam tradisi Ahlulbait. Syaikh Khalid Al Wushabiy menunjukkan bahawa semua riwayat dari Ahlulbait yang menerangkan lahirnya Imam Mahdi berasal dari kesaksian Hakiimah binti Muhammad Al Jawaad. Dan menurut penelitian Syaikh Khalid ternyata Hakiimah ini fiktif atau mitos belaka dan seandainya pun Hakiimah benar ada maka ia majhul bukan orang yang bisa dipercaya.

 

Sampai disini perkara tersebut tidak menjadi masalah tetapi Syaikh Khalid kemudian menyatakan bahawa keyakinan Imam Mahdi menurut riwayat Ahlulbait ternyata bersumber dari tokoh fiktif atau majhul. Ini merupakan lompatan kesimpulan yang mengagumkan. Ini mungkin akan mengkagumkan orang-orang awam [tertama dari kalangan pengikut Syaikh Khalid] tetapi bagi para pencari kebenaran hal ini nampak sebagai usaha menyesatkan orang-orang awam untuk merendahkan mazhab Ahlulbait.

 

Secara kritis jika kita ingin berbicara mengenai keyakinan Imam Mahdi menurut riwayat Ahlulbait maka cara yang sebenar adalah dengan mengumpulkan semua riwayat membicarakan tentang Imam Mahdi. Kemudian dianalisis riwayat-riwayat tersebut baru ditarik kesimpulan. Kelahiran Imam Mahdi hanya salah satu bahagian dari kumpulan riwayat Imam Mahdi dalam tradisi Ahlulbait. Seandainya pun tidak ada riwayat shahih mengenai kelahiran Al Mahdi maka bukan bermakna Al Mahdi tersebut tidak pernah lahir sehingga runtuhlah keyakinan Imam Mahdi dalam mazhab Ahlulbait.

 

Kelahiran Imam Mahdi hanyalah satu bahagian dari kewujudan Imam Mahdi. Seseorang boleh sahaja tidak diketahui bila lahirnya tetapi orang tersebut sememangnya wujud dan bukan fiktif. Hanya logika sesat yang menyatakan bahawa jika tidak ada bukti shahih kelahiran Imam Mahdi maka runtuhlah kewujudan Imam Mahdi. Sama sahaja jika dalam mazhab Ahlus Sunnah tidak ditemukan riwayat-riwayat shahih mengenai kelahiran Rasulullah, para Nabi dan para sahabat. Apakah hal itu menjadi dasar untuk menyatakan runtuhnya keyakinan tentang mereka? Tentu saja tidak bahkan logika sesat seperti ini ternyata menggelikan hati.

# Nota: Penilaian riwayat melalui kaedah penilaian perawi bukanlah kaedah Ahlulbait, namun kami sertakan di sini bagi menunjukkan kekuatan riwayat tersebut, bukan keyakinan kami terhadap kaedah tersebut.

Kewujudan Imam Mahdi Menurut Tradisi Ahlulbait

 

Jika kita memang berniat mencari kebenaran meneliti hakikat Imam Mahdi dalam tradisi Ahlulbait maka terdapat riwayat-riwayat shahih  yang membuktikan kewujudannya.

 

محمد بن يحيى، عن أحمد بن إسحاق، عن أبي هاشم الجعفري قال: قلت لأبي محمد عليه السلام: جلالتك تمنعني من مسألتك، فتأذن لي أن أسألك؟ فقال: سل، قلت يا سيدي هل لك ولد؟ فقال: نعم، فقلت: فإن بك حدث فأين أسأل عنه؟ فقال بالمدينة

 

Muhammad bin Yahya dari Ahmad bin Ishaaq dari Abi Haasyim Al Ja’fariy yang berkata aku berkata kepada Abu Muhammad [‘alaihis salaam] “kemuliaanmu membuatku segan untuk bertanya kepadamu, maka izinkanlah aku untuk bertanya kepadamu?”. Beliau berkata “tanyakanlah”. Aku berkata “wahai tuanku apakah engkau memiliki anak?”. Beliau berkata “benar” aku berkata “maka jika terjadi sesuatu padamu kemana aku akan bertanya kepadanya”. Beliau berkata “di Madinah” [Al Kafiy Al Kulainiy 1/328]

 

Riwayat di atas sanadnya shahih, para perawinya tsiqat berdasarkan kitab Rijal

  1. Muhammad bin Yahya Al Aththaar seorang yang tsiqat [Rijal An Najasyiy hal 353 no 946].
  2. Ahmad bin Ishaaq bin Sa’d Al Asy’ariy seorang yang tsiqat [Rijal Ath Thuusiy hal 397]
  3. Abu Haasyim Al Ja’fariy adalah Dawud bin Qaasim seorang yang tsiqat [Rijal Ath Thuusiy hal 399]

Abu Muhammad [‘alaihis salaam] yang dimaksud adalah Imam Hasan Al Askariy [‘alaihis salaam] karena Abi Haasyim Al Ja’fariy termasuk sahabat Imam Hasan Al Askariy dan beliau dikenali dengan kuniyah Abu Muhammad. Ath Thuusiy menyebutkan dalam kitabnya judul bab “para sahabat Abu Muhammad Hasan bin Aliy bin Muhammad bin Aliy Ar Ridha [‘alaihimus salaam]” [Rijal Ath Thuusiy hal 395]

 

Riwayat shahih di atas membuktikan bahawa Imam Hasan Al Askariy memang memiliki seorang anak. Anak Imam Hasan Al Askariy inilah yang dikenal sebagai imam kedua belas atau imam Mahdi dalam tradisi Ahlulbait.

 

محمد بن يعقوب الكليني عن محمد بن جعفر الأسدي قال حدثنا أحمد بن إبراهيم قال دخلت على خديحة بنت محمد بن علي عليهما السلام سنة اثنين وستين ومائتين ، فكلمتها من وراء حجاب ، وسألتها عن دينها ، فسمت لي من تأتمَّ بهم ، ثم قالت فلان بن الحسن وسمته ، فقلت لها جعلت فداك معاينة أو خبراً ؟ قالت خبراً عن أبي محمد (عليه السلام) كتب إلى إمه

 

Muhammad bin Ya’qub Al Kulainiy dari Muhammad bin Ja’far Al Asadiy yang berkata telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Ibrahim yang berkata aku menemui Khadiijah binti Muhammad bin ‘Aliy [‘alaihimas salaam] pada tahun 262 H, maka aku berbicara dengannya dari balik tabir, aku bertanya kepadanya tentang agamanya, maka ia menyebutkan kepadaku orang yang ia ikuti kemudian berkata Fulan putra Hasan dan ia menyebutkannya, maka aku berkata kepadanya “aku menjadi tebusanmu, apakah engkau melihatnya sendiri atau mendapatkan kabar?”. Beliau berkata “kabar dari Abu Muhammad [‘alaihis salaam] iaitu surat kepada ibunya…” [Al Ghaibah Syaikh Ath Thuusiy hal 143]

 

Riwayat di atas memiliki sanad yang hasan berdasarkan keterangan para perawinya dalam kitab Rijal

  1. Muhammad bin Ya’qub Al Kulainiy dia adalah orang yang paling tsiqat dalam hadis dan paling tsabit diantara mereka [Rijal An Najasyiy hal 377 no 1026]
  2. Muhammad bin Ja’far Al Asadiy adalah Muhammad bin Ja’far bin Muhammad bin ‘Aun seorang yang tsiqat shahih al hadiits, hanya saja ia meriwayatkan dari para perawi dhaif [Rijal An Najasyiy hal 373 no 1020]
  3. Ahmad bin Ibrahiim Abu Haamid Al Maraaghiy seorang yang mamduh, agung kedudukannya [Rijal Ibnu Dawud hal 23 no 55]. Al Majlisiy juga menyatakan ia mamduh [Al Wajiizah no 62]
  4. Khadiijah binti Muhammad bin Aliy Ar Ridhaa saudara perempuan imam Aliy Al Hadiy, ia seorang yang arif jalil dan alim dalam khabar [A’yaan Asy Syi’ah Sayyid Muhsin Amin 6/313]

Sanad riwayat di atas dikatakan hasan karena terdapat dua perawi yang berpredikat mamduh [terpuji] iaitu Ahmad bin Ibrahim Al Maraaghiy dan Khadiijah binti Muhammad bin ‘Aliy Ar Ridhaa.

 

Matan riwayat menyebutkan bahawa Khadiijah binti Muhammad bin Aliy Ar Ridhaa mengakui keberadaan putra Imam Hasan Al Askariy berdasarkan kabar dari surat Imam Hasan Al Askariy [Abu Muhammad] kepada ibunya.

 

محمد بن عبد الله ومحمد بن يحيى جميعا، عن عبد الله بن جعفر الحميري قال اجتمعت أنا والشيخ أبو عمرو رحمه الله عند أحمد بن إسحاق فغمزني أحمد بن إسحاق أن أسأله عن الخلف فقلت له: يا أبا عمرو إني أريد أن أسألك عن شئ وما أنا بشاك فيما أريد أن أسألك عنه، فإن اعتقادي وديني أن الأرض لا تخلو من حجة إلا إذا كان قبل يوم القيامة بأربعين يوما، فإذا كان ذلك رفعت الحجة وأغلق باب التوبة فلم يك ينفع نفسا إيمانها لم تكن آمنت من قبل أو كسبت في إيمانها خيرا، فأولئك أشرار من خلق الله عز و جل وهم الذين تقوم عليهم القيامة ولكني أحببت أن أزداد يقينا وإن إبراهيم عليه السلام سأل ربه عز وجل أن يريه كيف يحيي الموتى، قال: أو لم تؤمن قال: بلى ولكن ليطمئن قلبي، وقد أخبرني أبو علي أحمد بن إسحاق، عن أبي الحسن عليه السلام قال سألته وقلت من أعامل أو عمن آخذ، وقول من أقبل؟ فقال له: العمري ثقتي فما أدى إليك عني فعني يؤدي وما قال لك عني فعني يقول، فاسمع له وأطع، فإنه الثقة المأمون، وأخبرني أبو علي أنه سأل أبا محمد عليه السلام عن مثل ذلك، فقال له: العمري وابنه ثقتان، فما أديا إليك عني فعني يؤديان وما قالا لك فعني يقولان، فاسمع لهما وأطعمها فإنهما الثقتان المأمونان، فهذا قول إمامين قد مضيا فيك قال: فخر أبو عمرو ساجدا وبكى ثم قال: سل حاجتك فقلت له: أنت رأيت الخلف من بعد أبي محمد عليه السلام؟ فقال: إي والله ورقبته مثل ذا – وأومأ بيده – فقلت له: فبقيت واحدة فقال لي: هات، قلت: فالاسم؟ قال: محرم عليكم أن تسألوا عن ذلك، ولا أقول هذا من عندي، فليس لي أن أحلل ولا أحرم، ولكن عنه عليه السلام، فإن الامر عند السلطان، أن أبا محمد مضى ولم يخلف ولدا وقسم ميراثه وأخذه من لا حق له فيه وهوذا، عياله يجولون ليس أحد يجسر أن يتعرف إليهم أو ينيلهم شيئا، وإذا وقع الاسم وقع الطلب، فاتقوا الله وأمسكوا عن ذلك

 

Muhammad bin ‘Abdullah dan Muhammad bin Yahya [keduanya] dari ‘Abdullah bin Ja’far Al Himyariy yang berkata telah berkumpul aku dan Syaikh Abu ‘Amru [rahimahullaah] di sisi Ahmad bin Ishaaq, maka Ahmad bin Ishaaq memberi isyarat kepadaku untuk bertanya kepadanya [Abu ‘Amru] mengenai pengganti [imam]. Maka aku berkata kepadanya “wahai Abu ‘Amru aku ingin menanyakan sesuatu kepadamu dan tidaklah aku meragukan mengenai hal yang ingin aku tanyakan, karena dalam keyakinanku dan agamaku sesungguhnya bumi tidak akan kosong dari hujjah kecuali 40 hari sebelum hari kiamat dan pada masa itu hujjah diangkat dan pintu taubat ditutup, tidaklah bermanfaat iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau ia [belum] mengusahakan kebaikan dalam masa imannya, maka mereka orang-orang saat itu adalah makhluk Allah ‘azza wajalla yang paling buruk dan merekalah yang akan mengalami hari kiamat. Akan tetapi aku ingin menambah keyakinanku sebagaimana Ibrahim [‘alaihis salaam] bertanya kepada Rabb-nya ‘azza wajalla agar diperlihatkan kepadanya bagaimana menghidupkan orang-orang mati maka [Allah berfirman] Belum yakinkah kamu? Ibrahim menjawab “Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap”. Dan sungguh telah mengabarkan kepadaku Abu ‘Aliy Ahmad bin Ishaaq dari Abu Hasan [‘alaihis salaam], aku bertanya kepadanya, aku berkata “siapakah yang akan kuikuti atau dari siapa aku mengambil dan perkataan siapa yang harus aku terima”. Maka Beliau [Abu Hasan] menjawab “Al ‘Amiriy ia adalah kepercayaanku, maka apa yang ia berikan kepadamu dariku maka itu adalah pemberianku dan apa yang ia katakan kepadamu dariku maka itu adalah perkataanku, dengarlah dan taatlah sesuangguhnya ia seorang yang tsiqat ma’mun. Dan telah mengabarkan kepadaku Abu ‘Aliy bahawa ia bertanya kepada Abu Muhammad [‘alaihis salaam] perkara yang sama, maka Beliau [Abu Muhammad] berkata “Al ‘Amiriy dan anaknya keduanya tsiqat, apa yang keduanya berikan kepadamu dariku maka itu adalah pemberianku dan apa yang keduanya katakan kepadamu dariku maka itu adalah perkataanku, dengarkanlah dan taatlah pada mereka berdua sesungguhnya keduanya tsiqat ma’mun. Inilah perkataan kedua Imam tentang dirimu. [Abdullah bin Ja’far Al Himyariy] berkata maka Abu ‘Amru bersujud dan menangis, kemudian berkata “tanyakanlah keperluanmu”. Maka aku berkata kepadanya “apakah engkau pernah melihat pengganti [imam] setelah Abu Muhammad [‘alaihis salaam]?”. Ia menjawab “ya, demi Allah dan lehernya seperti ini [ia mengisyaratkan dengan tangannya]”. Aku berkata kepadanya “tinggal satu pertanyaan lagi”. Ia berkata “tanyakanlah”. Aku berkata “siapakah namanya”. Ia menjawab “haram atas kalian menanyakan hal itu, dan tidaklah perkataan ini berasal dariku, bukan diriku yang menyatakan halal atau haram, tetapi hal itu berasal darinya [‘alaihis salaam]. Karena perkara ini di sisi sultan adalah Abu Muhammad wafat dan tidak meninggalkan anak, warisannya dibagi dan diambil oleh orang-orang yang tidak memiliki hak terhadapnya, sedangkan ahli warisnya bertebaran dan tidak seorangpun berani untuk mengungkapkan diri kepada mereka atau mengambil kembali dari mereka, jika nama [tersebut] dimunculkan maka akan dilakukan pencarian, maka takutlah kepada Allah dan diamlah terhadap perkara ini [Al Kafiy Al Kulainiy 1/329-330]

 

Riwayat di atas sanadnya shahih, para perawinya tsiqat berdasarkan keterangan dalam kitab Rijal

  1. Muhammad bin Yahya Al Aththaar seorang yang tsiqat [Rijal An Najasyiy hal 353 no 946].
  2. ‘Abdullah bin Ja’far Al Himyariy seorang yang tsiqat [Rijal Ath Thuusiy hal 400]
  3. Ahmad bin Ishaaq bin Sa’d Al Asy’ariy iaitu Abu ‘Aliy Al Qummiy seorang yang tsiqat [Rijal Ath Thuusiy hal 397]
  4. Abu ‘Amru yang dimaksud di atas adalah Utsman bin Sa’iid Al ‘Amiriy termasuk salah satu wakil Imam, seorang yang tsiqat [Rijal Ath Thuusiy hal 401] dan disebutkan dalam atsar di atas bahawa Abu ‘Amru telah dinyatakan tsiqat oleh Imam Abu Hasan Aliy Al Hadiy [‘alaihis salaam] dan Imam Abu Muhammad Hasan Al Askariy [‘alaihis salaam]

Matan riwayat di atas menyebutkan bahawa ‘Abdullah bin Ja’far berkumpul dengan Abu ‘Amru Utsman bin Sa’iid Al ‘Amiriy di sisi Abu ‘Aliy Ahmad bin Ishaaq, dan Abdullah bin Ja’far menyebutkan dari Abu ‘Aliy dari kedua imam iaitu Abu Hasan [‘alaihis salaam] dan Abu Muhammad [‘alaihis salaam] bahawa Abu ‘Amru Utsman bin Sa’iid Al ‘Amiriy seorang yang tsiqat ma’mun. Kemudian Abdullah bin Ja’far bertanya kepada Abu ‘Amru apakah ia pernah melihat pengganti Imam Hasan Al Askariy iaitu Imam Mahdi maka Abu ‘Amru Al ‘Amiriy menyatakan bahawa ia sudah pernah melihatnya. Riwayat shahih ini dengan jelas membuktikan kewujudan Imam Mahdi di sisi tradisi Ahlulbait.

 

حدثنا محمد بن موسى بن المتوكل رضي الله عنه قال حدثنا عبد الله بن جعفر الحميري قال سألت محمد بن عثمان العمري رضي الله عنه فقلت له أرأيت صاحب هذا الامر؟ فقال نعم وآخر عهدي به عند بيت الله الحرام وهو يقول  اللهم أنجز لي ما وعدتني

 

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Muusa bin Al Mutawakil [radiallahu ‘anhu] yang berkata telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Ja’far Al Himyariy yang berkata aku bertanya kepada Muhammad bin ‘Utsman Al ‘Amiriy radiallahu ‘anhu, maka aku berkata kepadanya “apakah engkau pernah melihat pemilik urusan ini [Al Mahdi]?”. Beliau berkata “benar, dan terakhir aku melihatnya di sisi Baitullah dan ia berkata “Ya Allah penuhilah untukku apa yang telah Engkau janjikan kepadaku” [Kamal Ad Diin Wa Tamaam An Ni’mah Syaikh Ash Shaduuq hal 440]

 

Riwayat di atas sanadnya shahih, para perawinya tsiqat berdasarkan keterangan dalam kitab Rijal Syi’ah

  1. Muhammad bin Musa bin Al Mutawakil adalah salah satu dari guru Ash Shaduq, ia seorang yang tsiqat [Khulashah Al Aqwaal Allamah Al Hilliy hal 251 no 59]
  2. ‘Abdullah bin Ja’far Al Himyariy adalah seorang yang tsiqat [Rijal Ath Thuusiy hal 400]
  3. Muhammad bin ‘Utsman bin Sa’iid Al ‘Amiriy adalah salah satu dari wakil Imam, seorang yang tsiqat [Al Mufiid Min Mu’jam Rijal Al Hadiist no 549]

Matan riwayat shahih di atas menyebutkan bahawa Muhammad bin ‘Utsman bin Sa’iid Al Amiriy seorang yang tsiqat ma’mun [sebagaimana dikatakan oleh Imam Hasan Al Askariy] telah melihat Al Mahdi di Baitullah. Riwayat shahih ini telah membuktikan kewujudan Imam Mahdi dalam tradisi Ahlulbait.

 

Keghaiban Imam Mahdi Dalam Tradisi Ahlulbait

 

Dalam tradisi Ahlulbait terdapat keyakinan bahawa Imam Mahdi akan ghaib hingga waktu yang telah Allah ‘azza wajalla tetapkan baru kemudian muncul kembali. Tidak benar anggapan bahawa keyakinan ini dalam tradisi Ahlulbait hanya bersumber dari kesaksian orang yang tidak dikenal. Justru keyakinan ini telah tsabit dalam berbagai riwayat shahih dalam tradisi Ahlulbait.

 

حدثنا محمد بن الحسن رضي الله عنه قال حدثنا سعد بن عبد الله قال حدثنا أبو جعفر محمد بن أحمد العلوي عن أبي هاشم داود بن القاسم الجعفري قال سمعت أبا الحسن صاحب العسكر عليه السلام يقول الخلف من بعدي ابني الحسن فكيف لكم بالخلف من بعد الخلف فقلت ولم جعلني الله فداك فقال لأنكم لا ترون شخصه ولا يحل لكم ذكره باسمه قلت فكيف نذكره قال قولوا الحجة من آل محمد صلى الله عليه وآله وسلم

 

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Hasan [radiallahu ‘anhu] yang berkata telah menceritakan kepada kami Sa’d bin ‘Abdullah yang berkata telah menceritakan kepada kami Abu Ja’far Muhammad bin Ahmad Al ‘Alawiy dari Abi Haasyim Dawud bin Qaasim Al Ja’fariy yang berkata aku mendengar Abul Hasan shahib Al Askar [‘alaihis salaam] mengatakan “pengganti setelahku adalah anakku Hasan maka bagaimana kalian terhadap pengganti dari penggantiku?”. Aku berkata “aku menjadi tebusanmu, mengapa?”. Beliau berkata “karena kalian tidak akan melihat dirinya secara fizikal dan tidak dibolehkan bagi kalian menyebutnya dengan namanya”. Aku berkata “maka bagaimana menyebutnya?”. Beliau berkata “kalian katakanlah hujjah dari keluarga Muhammad [shallallahu ‘alaihi wasallam]” [Kamal Ad Diin Wa Tamaam An Ni’mah Syaikh Ash Shaduuq hal 381]

 

Riwayat di atas sanadnya hasan, para perawinya tsiqat dan hasan berdasarkan keterangan dalam kitab Rijal Syi’ah

  1. Muhammad bin Hasan bin Ahmad bin Walid adalah Syaikh Qum, faqih mereka, yang terdahulu dan terkemuka, seorang yang tsiqat tsiqat [Rijal An Najasyiy hal 383 no 1042]
  2. Sa’d bin ‘Abdullah Al Qummiy adalah seorang yang tsiqat [Al Fahrasat Syaikh Ath Thuusiy hal 135].
  3. Abu Ja’far Muhammad bin Ahmad Al ‘Alawiy tidak tsabit tautsiq terhadapnya hanya saja ia hasan [Al Mufiid Min Mu’jam Rijal Al Hadiits hal 497].
  4. Abu Haasyim Al Ja’fariy adalah Dawud bin Qaasim seorang yang tsiqat [Rijal Ath Thuusiy hal 399]

Imam Aliy Al Hadiy menyebutkan bahawa pengganti dari anaknya Abu Muhammad Imam Hasan Al Askariy tidak dapat dilihat oleh sebahagian pengikutnya dan tidak diperbolehkan menyebutkan namanya. Hal ini adalah isyarat akan adanya keghaiban pengganti Imam Hasan Al Askariy iaitu Imam Mahdi.

 

حدثنا أحمد بن زياد بن جعفر الهمداني رضي الله عنه قال: حدثنا علي ابن إبراهيم بن هاشم، عن أبيه، عن أبي أحمد محمد بن زياد الأزدي قال: سألت سيدي موسى بن جعفر عليهما السلام عن قول الله عز وجل: ” وأسبغ عليكم نعمه ظاهرة وباطنة ”  فقال عليه السلام: النعمة الظاهرة الامام الظاهر، والباطنة الامام الغائب، فقلت له: و يكون في الأئمة من يغيب؟ قال: نعم يغيب عن أبصار الناس شخصه، ولا يغيب عن قلوب المؤمنين ذكره، وهو الثاني عشر منا، يسهل الله له كل عسير، ويذلل له كل صعب، ويظهر له كنوز الأرض، ويقرب له كل بعيد، ويبير به كل جبار عنيد ويهلك على يده كل شيطان مريد، ذلك ابن سيدة الإماء الذي تخفى على الناس ولادته، ولا يحل لهم تسميته حتى يظهره الله عز وجل فيملأ الأرض قسطا وعدلا كما ملئت جورا وظلما

 

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Ziyaad bin Ja’far Al Hamdaaniy [radiallahu ‘anhu] yang berkata telah menceritakan kepada kami ‘Aliy bin Ibrahim bin Haasyim dari Ayahnya dari Abi Ahmad Muhammad bin Ziyaad Al Azdiy yang berkata aku bertanya kepada tuanku Muusa bin Ja’far [‘alaihimas salaam] tentang firman Allah ta’ala “menyempurnakan atas kalian nikmat-Nya lahir dan bathin”. Maka Beliau [‘alaihis salaam] berkata “nikmat lahir adalah imam yang nampak dan [nikmat] bathin adalah imam yang ghaib”. Maka aku berkata kepada beliau “apakah diantara imam-imam ada yang ghaib?”. Beliau berkata “benar, dirinya [fizikalnya] akan ghaib dari penglihatan orang-orang tetapi sebutannya tidak ghaib di hati orang-orang mukmin. Dia adalah yang keduabelas dari kami. Allah memudahkan baginya semua kesulitan, membantunya mengatasi semua kemalangan, menampakkan baginya harta-harta di bumi, mendekatkan baginya semua yang jauh, menghancurkan dengannya semua orang yang bertindak sewenang-wenang lagi keras kepala dan menghancurkan dengan tangannya semua pengikut setan. Dia adalah anak dari sayyidah budak wanita, ia disembunyikan kelahirannya dari orang-orang dan tidak dibolehkan bagi mereka menyebutkan namanya sampai Allah ‘azza wajalla memunculkannya dan memenuhi bumi dengan  keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman [Kamal Ad Diin Wa Tamaam An Ni’mah Syaikh Ash Shaduuq hal 328-329]

 

Riwayat di atas sanadnya shahih, para perawinya tsiqat berdasarkan keterangan dalam kitab Rijal.

  1. Ahmad bin Ziyaad bin Ja’far Al Hamdaaniy, ia seorang yang tsiqat fadhl sebagaimana yang dinyatakan Syaikh Shaduq [Kamal Ad Diin Syaikh Shaduq hal 329]
  2. Aliy bin Ibrahim bin Haasyim, tsiqat dalam hadis, tsabit, mu’tamad, shahih mazhabnya [Rijal An Najasyiy hal 260 no 680]
  3. Ibrahim bin Haasyim Al Qummiy seorang yang tsiqat jaliil. Ibnu Thawus pernah menyatakan hadis yang dalam sanadnya ada Ibrahim bin Haasyim bahawa para perawinya disepakati tsiqat [Al Mustadrakat Ilm Rijal Al Hadis, Asy Syahruudiy 1/222]
  4. Abu Ahmad Muhammad bin Ziyaad Al Azdiy adalah Muhammad bin Abi Umair, ia termasuk orang yang paling terpercaya baik di kalangan khusus [Syi’ah] maupun kalangan umum [Al Fahrasat Ath Thuusiy hal 218]

Matan riwayat sangat jelas menyebutkan bahawa Imam kedua belas dari kalangan ahlul bait iaitu Imam Mahdi akan mengalami keghaiban.

 

حدثنا أبي، ومحمد بن الحسن، ومحمد بن موسى المتوكل رضي الله عنهم قالوا حدثنا سعد بن عبد الله، وعبد الله بن جعفر الحميري، ومحمد بن يحيى العطار جميعا قالوا: حدثنا أحمد بن محمد بن عيسى، وإبراهيم بن هاشم، وأحمد بن أبي عبد الله البرقي، ومحمد بن الحسين بن أبي الخطاب جميعا: قالوا: حدثنا أبو علي الحسن ابن محبوب السراد، عن داود بن الحصين، عن أبي بصير، عن الصادق جعفر بن محمد عن آبائه عليهم السلام قال: قال رسول الله صلى الله عليه وآله: المهدي من ولدي، اسمه اسمي، وكنيته كنيتي، أشبه الناس بي خلقا وخلقا، تكون له غيبة وحيرة حتى تضل الخلق عن أديانهم، فعند ذلك يقبل كالشهاب الثاقب فيملأها قسطا وعدلا كما ملئت ظلما وجورا

 

Telah menceritakan kepada kami Ayahku, Muhammad bin Hasan dan Muhammad bin Muusa Al Mutawakil [radiallahu ‘anhum], mereka berkata telah menceritakan kepada kami Sa’d bin ‘Abdullah, ‘Abdullah bin Ja’far Al Himyariy, Muhammad bin Yahya Al ‘Aththaar, mereka berkata telah menceritakan kepada kami ‘Ahmad bin Muhammad bin Iisa, Ibrahim bin Haasyim, Ahmad bin Abi ‘Abdullah Al Barqiy dan Muhammad bin Husain bin Abil Khaththaab, mereka berkata telah menceritakan kepada kami Abu ‘Aliy Hasan Ibnu Mahbuub As Saraad dari Dawud bin Hushain dari Abi Bashiir dari Ash Shaadiq Ja’far bin Muhammad dari Ayah-ayahnya [‘alaihis salaam] yang berkata Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] bersabda “Al Mahdi dari keturunanku, namanya sama dengan namaku, kuniyah-nya sama dengan kuniyahku, dia adalah orang yang paling menyerupaiku dalam fizikal dan akhlak, dia akan mengalami keghaiban dan terjadi kebingungan hingga orang-orang tersesat dari agama mereka, maka pada masa itu ia akan datang seperti bintang yang menyala, dia akan memenuhinya [bumi] dengan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi oleh kezaliman dan penindasan [Kamal Ad Diin Wa Tamaam An Ni’mah Syaikh Ash Shaduuq hal 287]

 

Para perawi hadis di atas adalah para perawi tsiqat berdasarkan keterangan dalam kitab Rijal.

  1. Aliy bin Husain bin Musa bin Babawaih Al Qummiy Ayah Syaikh Ash Shaaduq adalah Syaikh di Qum terdahulu faqih dan tsiqat [Rijal An Najasyiy hal 261 no 684]. Muhammad bin Hasan bin Ahmad bin Walid adalah Syaikh Qum, faqih mereka, yang terdahulu dan terkemuka, seorang yang tsiqat tsiqat [Rijal An Najasyiy hal 383 no 1042]. Muhammad bin Musa bin Mutawakil adalah salah satu dari guru Ash Shaduq, ia seorang yang tsiqat [Khulashah Al Aqwaal Allamah Al Hilliy hal 251 no 59]
  2. Sa’d bin ‘Abdullah Al Qummiy adalah seorang yang tsiqat [Al Fahrasat Syaikh Ath Thuusiy hal 135]. ‘Abdullah bin Ja’far Al Himyariy adalah seorang yang tsiqat [Rijal Ath Thuusiy hal 400]. Muhammad bin Yahya Al Aththaar seorang yang tsiqat [Rijal An Najasyiy hal 353 no 946].
  3. Ahmad bin Muhammad bin Iisa Al Qummiy adalah seorang yang tsiqat [Rijal Ath Thuusiy hal 351]. Ibrahim bin Haasyim Al Qummiy seorang yang tsiqat jaliil. Ibnu Thawus pernah menyatakan hadis yang dalam sanadnya ada Ibrahim bin Haasyim bahawa para perawinya disepakati tsiqat [Al Mustadrakat Ilm Rijal Al Hadis, Asy Syahruudiy 1/222]. Ahmad bin Abu ‘Abdullah Al Barqiy atau Ahmad bin Muhammad bin Khalid Al Barqiy seorang yang pada dasarnya tsiqat, meriwayatkan dari para perawi dhaif dan berpegang dengan riwayat mursal [Rijal An Najasyiy hal 76 no 182]. Muhammad bin Husain bin Abil Khaththaab seorang yang mulia, agung kedudukannya, banyak memiliki riwayat, tsiqat [Rijal An Najasyiy hal 334 no 897]
  4. Abu ‘Aliy Hasan bin Mahbuub As Saraad seorang penduduk kufah yang tsiqat [Rijal Ath Thuusiy hal 354]
  5. Dawud bin Hushain meriwayatkan dari Abu ‘Abdullah [‘alaihis salaam] dan Abu Hasan [‘alaihis salaam], seorang yang tsiqat [Rijal An Najasyiy hal 159 no 421].
  6. Abu Bashiir adalah Abu Bashiir Al Asdiy Yahya bin Qasim seorang yang tsiqat [Rijal An Najasyiy hal 441 no 1187]

Kesimpulan

Maka dapatlah disimpulkan bahawa meragukan kewujudan Imam Mahdi hanya kerana terdapat masalah pada kelahirannya menurut standard Ahlul Sunnah adalah satu kaedah yang jahil dan tidak ilmiah, serta hanya sesuai menjadi penghujahan untuk didengari masyarakat awam. Adapun bagi pengkaji kebenaran, maka ia adalah satu penghujahan yang memalukan yang jelas menunjukkan kedengkelan akal penghujah serta mereka yang mempercayai hujah tersebut.

Nabi Tidak Buta Huruf

body_reading

Dalam lisan Arab, perkataan ummi diletakkan pada keadaan seperti bayi yang baru dilahirkan. Orang yang tidak mampu menulis disebut ummi, kerana keadaannya sama seperti bayi yang baru lahir, kerana kemampuan menulis adalah dari proses pembelajaran. Demikian pula Raghib Al-Isfahani berkata: Ummi adalah orang yang tidak mampu membaca dan menulis. Sementara az-Zuhri berkata: dikatakan kepada orang yang tidak mampu membaca dan menulis: ummi, kerana keadaannya sama seperti waktu dilahirkan ibunya. Dengan demikian, secara bahasa, ummi bererti orang yang tidak mampu membaca dan menulis, keadaan ini diibaratkan seperti orang yang baru lahir dari perut ibunya.

 

Namun Ummi juga boleh dimaksudkan sebagai orang bukan Yahudi dan Nasrani (gentile, goyem) atau orang yang tidak mempunyai Kitab Suci. Pendapat inilah yang di nyatakan oleh beberapa cendekiawan kontemporari, seperti al-Maqdisi dalam bukunya Khuraafatu Ummiyyati Muhammad, Syahrur dalam al-Kitaab wal-Qur`an dan lain-lain.

 

A. Ayat Nabi yang menunjukkan Ummi ?

 

الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الأمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِنْدَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالإنْجِيلِ يَأْمُرُهُمْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالأغْلالَ الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهِمْ فَالَّذِينَ آمَنُوا بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُوا النُّورَ الَّذِي أُنْزِلَ مَعَهُ أُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

 

Firman Allah SWT : "(Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang UMMI yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya. memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Quran), mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Q.S Al-Araf :157)

 

 

قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الأمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

 

Katakanlah: "Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, yaitu Allah Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat petunjuk". (Q.S Al-Araf : 158)

 

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ ءَايَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا

 

مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

 

Dan Firmannya : "Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang Ummi  seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka,…." (Q.s Al-Jumuah : 2)

 

 

وَمِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِنْ تَأْمَنْهُ بِقِنْطَارٍ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ وَمِنْهُمْ مَنْ إِنْ تَأْمَنْهُ بِدِينَارٍ لا يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ إِلا مَا دُمْتَ عَلَيْهِ قَائِمًا ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا لَيْسَ عَلَيْنَا فِي الأمِّيِّينَ سَبِيلٌ وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

 

Di antara Ahli kitab ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikannya kepadamu; dan di antara mereka ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya satu dinar, tidak dikembalikannya kepadamu kecuali jika kamu selalu menagihnya. Yang demikian itu lantaran mereka mengatakan: "tidak ada dosa bagi kami terhadap orang-orang ummi . Mereka berkata dusta terhadap Allah, padahal mereka mengetahui. (QS Al-Imran : 75)

 

 

B. Ayat Nabi Tidak Umi (Buta Huruf)?

 

رَسُولٌ مِّنَ اللَّهِ يَتْلُو صُحُفًا مُّطَهَّرَةً

 

"(yaitu) seorang Rasul dari Allah (Muhammad) yang membacakan lembaran-lembaran yang disucikan (Al Qur'an)." (QS Al-Bayyinah : 2)

 

 

كَذَٰلِكَ أَرْسَلْنَاكَ فِي أُمَّةٍ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهَا أُمَمٌ لِتَتْلُوَ عَلَيْهِمُ الَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَهُمْ يَكْفُرُونَ بِالرَّحْمَٰنِ ۚقُلْ هُوَ رَبِّي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ مَتَابِ

 

"Demikianlah Kami mengutus kamu (Muhammad) kepada satu umat yang sebelumnya beberapa umat telah berlalu untuk membacakan mereka apa yang Kami mewahyukan kamu …."

 

(QS Ar-Ra’d : 30)

 

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ

 

"Bacalah dengan (menyebut) nama Rabb-mu Yang menciptakan," (QS.Al-Alaq :1)

 

اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأكْرَمُ

 

"Bacalah, dan Rabb-mulah Yang Paling Pemurah," (QS.Al-Alaq : 3)

 

الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ

 

"Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam." (QS Al-Alaq :4)

 

وَقُرْآنًا فَرَقْنَاهُ لِتَقْرَأَهُ عَلَى النَّاسِ عَلَىٰ مُكْثٍ وَنَزَّلْنَاهُ تَنْزِيلًا

 

"Dan Al-Qur'an itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur, agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia, dan Kami menurunkannya bagian demi bagian." (QS.Al-Isra :106)

 

 

C. Hadis yang menyatakan Nabi tidak buta huruf

 

1. Nabi memadam Kalimah Rasulullah

 

Telah menceritakan kepadaku ('Ubaidullah bin Mua'd Al 'Anbari) telah menceritakan kepada kami (ayahku) telah menceritakan kepada kami [Syu’bah] dari [Abu Ishaq] dia berkata; aku mendengar [Al Barra bin ‘Azzib] berkata, “Ali bin Abu Thalib pernah menuliskan perjanjian damai antara Nabi shallallahu ‘alaihi wa alihi wasallam dengan orang-orang Musyrik (Makkah) ketika perjanjian Hudaibiyyah. Ali menuliskan, “Ini adalah perjanjian yang ditulis oleh Muhammad Rasulullah.” Lantas mereka berkata, “Jikalau kami tahu bahwa kamu adalah Rasulullah, tentu kami tidak akan memerangimu.” Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Ali: “padam kata-kata itu (tulisan ‘Rasulullah’).” Ali menjawab, “Aku tidak mau memadamnya.” Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang memadamnya dengan tangannya sendiri.” Al Barra` berkata, “Isi perjanjian itu antara lain menetapkan bahwa kaum Muslimin boleh masuk dan tinggal di kota Makkah selama tiga hari. Tidak boleh membawa senjata kecuali diletakkan dalam sarungnya.” Aku bertanya kepada Abu Ishaq, “Apa yang dimaksud dengan sarung pedang?” dia menjawab, “Yaitu sarung pedang dan sesuatu yang ada di dalamnya.” Telah menceritakan kepada kami [Muhammad bin Al Mutsanna] dan [Ibnu Basyar] keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami [Muhammad bin Ja’far] telah menceritakan kepada kami [Syu’bah] dari [Abu Ishaq] dia berkata; aku mendengar [Al Barra` bin ‘Azib] berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah mengadakan perjanjian Hudaibiyyah, lantas Ali menulis suatu catatan di anatara mereka." Al Barra` berkata, "Lalu dia menulis; Muhammad Rasulullah…kemudian dia menyebutkan seperti hadits Mu'adz, namun dalam haditsnya dia tidak menyebutkan, "Ini adalah perjanjian yang ditulis olehnya." (HR. Imam Muslim No. 3335, dan H.R. Bukhari No.2500)

 

2. Nabi berniat menulis wasiat kemudian meminta kertas dan pena

 

Diriwayatkan daripada Zaid bin Aslam, Umar bin Al-Khattab berkata: Tatkala Rasulullah sakit (s.a.w), baginda bersabda: Bawakan padaku lembaran kertas dan dakwat, akan ku tulis untuk kalian supaya kalian tidak akan sesat selama-lamanya setelah itu. Ucapan baginda menyebabkan kami sangat tidak senang hati, kemudian baginda bersabda lagi: Bawakan padaku lembaran kertas dan dakwat, akan ku tulis untuk kalian supaya kalian tidak akan sesat selama-lamanya setelah itu. Kaum wanita di belakang tirai berkata: Tidakkah kalian mendengar apa yang baginda sabdakan? Maka aku pun berkata: Kalian umpama perempuan-perempuan yang bersama Yusuf, ketika Rasulullah sakit kalian mengalirkan air mata, apabila baginda sihat kalian menunggangi tengkuknya!, maka Rasulullah (s.a.w) bersabda: Abaikan mereka? sesungguhnya mereka lebih baik daripada kalian. (Al-Tabrani, Abul Qasim Sulaiman bin Ahmad bin Ayyub (wafat tahun 360 Hijrah), Al-Mu’jam Al-Awsat, jilid 5 halaman 288, hadis 5338.)

 

Diriwayatkan daripada Zaid bin Aslam, Umar bin Al-Khattab berkata: Tatkala Rasulullah sakit (s.a.w), baginda bersabda: Bawakan padaku lembaran kertas dan dakwat, akan ku tulis untuk kalian supaya kalian tidak akan sesat selama-lamanya setelah itu. Ucapan baginda menyebabkan kami sangat tidak senang hati, kemudian baginda bersabda lagi: Bawakan padaku lembaran kertas dan dakwat, akan ku tulis untuk kalian supaya kalian tidak akan sesat selama-lamanya setelah itu. Kaum wanita di belakang tirai berkata: Tidakkah kalian mendengar apa yang baginda sabdakan? Maka aku pun berkata: Kalian umpama perempuan-perempuan yang bersama Yusuf, ketika Rasulullah sakit kalian mengalirkan air mata, apabila baginda sihat kalian menunggangi tengkuknya!, maka Rasulullah (s.a.w) bersabda: Abaikan mereka? sesungguhnya mereka lebih baik daripada kalian. (Al-Tabrani, Abul Qasim Sulaiman bin Ahmad bin Ayyub (wafat tahun 360 Hijrah), Al-Mu’jam Al-Awsat, jilid 5 halaman 288, hadis 5338.)

 

Diriwayatkan daripada Zaid bin Aslam, daripada bapanya, daripada ‘Umar bin Al-Khattab yang berkata: Kami pernah bersama Nabi (s.a.w) dan di antara kami dan para wanita terdapat hijab. Maka Rasulullah (s.a.w) bersabda: Mandikan aku dengan tujuh bekas air, dan bawakan aku dakwat. Akan ku tulis untuk kalian supaya kalian tidak akan sesat selama-lamanya setelah itu. Maka kaum wanita berkata: Berikan apa yang Rasulullah perlukan. Umar berkata: Maka aku pun berkata: Diamlah, sesungguhnya kalian seperti yang bersama Yusuf, apabila baginda sakit kalian menitiskan air mata, apabila baginda sihat kalian menunggangi tengkuknya. Maka Rasulullah (s.a.w) bersabda: Mereka itu lebih baik daripada kalian. (Al-Zuhri, Muhammad bin Sa’ad bin Mani’ Abu ‘Abdillah Al-Bashri (wafat tahun 230 Hijrah), Al-Tabaqat Al-Kubra, jilid 2 halaman 243.)

 

 

 

Jabir berkata: Sesungguhnya Nabi (s.a.w) meminta lembaran kertas untuk ditulis padanya agar setelah kewafatan baginda mereka tidak tersesat selama-lamanya. Maka ‘Umar bin Al-Khattab pun berselisih sehingga menolaknya. ( Al-Shaibani, Abu ‘Abu ‘Abdillah Ahmad bin Hanbal (wafat tahun 241 Hijrah), Musnad Ahmad bin Hanbal, jilid 3 halaman 346, hadis 14768.

 

 

D. Kajian

 

Pada (Q.S Al-Bayyinah ayat 2) di atas, sebenarnya Allah hendak menerangkan kepada kita bahawa sesungguhnya, Nabi itu Pandai, tidaklah buta huruf, ini dibuktikan dengan keterangan dari  Alqur'an bahwa Nabi Muhammad SAWW membacakan sendiri lembaran-lembaran (quran) yang disucikan.

 

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ ءَايَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا

 

مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِين

 

“Dialah yang mengutus seorang Rasul kepada kaum yang “ummi” dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menyucikan jiwa mereka, mengajarkan kepada mereka kitab dan hikmah, meskipun sebelumnya mereka dalam kesesatan yang nyata” (Qs. Al-Jumuah : 2).

 

Mereka semua tidak buta huruf, tetapi mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang Allah dan Rasul. Untuk itu Allah swt, dengan Kekuasaan-Nya yang tiada batas, mengirimkan seorang Rasul kepada umat yang rosak ini. Dia adalah Rasul yang mempunyai tekad, sifatnya sangat lembut, dengan semangat mendalam, dan moral yang tinggi, dan melaluinya Dia akan membimbing mereka dalam rangka menjadi orang cerdas yang kelak akan menjadi pemimpin manusia. Nabi adalah PENDIDIK.

 

Menurut Al-Maqdisi, Kata “ummi” tersebut bermakna orang-orang yang tidak, atau belum diberi satupun Kitab oleh Allah. Kaum Yahudi telah diberi tiga buah kitab melalui beberapa orang nabi mereka. Karenanya, mereka di sebut ahli kitab. Sedangkan orang-orang Arab, belum diberi satupun kitab sebelum Alquran diturunkan kepada Nabi Muhammad yang orang Arab. Hal ini dijelaskan-Nya dalam Firman-Nya:

 

فَإِنْ حَآجُّوكَ فَقُل أَسْلَمْتُ وَجْهِيَ للهِ وَمَنِ اتَّبَعَنِ وَقُل لِّلَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَاْلأُمِّيِّينَ ءَأَسْلَمْتُمْ فَإِنْ أَسْلَمُوا فَقَدِ اهْتَدَوْا وَّإِن تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا عَلَيْكَ الْبَلاَغُ وَاللهُ بَصِيرُ بِالْعِبَادِ

 

Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi kitab, dan orang-orang “ummi” (yang tidak diberi kitab), sudahkah kamu tunduk patuh?” (Qs Ali Imran: 20).

 

“ummi” boleh juga bererti orang yang bukan dari golongan Yahudi dan Nasrani. Pada masa itu, kaum Yahudi dan Nasrani sering kali menyebut umat di luar dirinya sebagai orang-orang “ummi” atau “non-Yahudi dan non-Nasrani”, atau orang-orang yang tidak diberi kitab. Sebutan ini termasuk pada diri Rasulullah dan orang Arab lainnya.

 

 

وَمَا كُنْتَ تَتْلُو مِنْ قَبْلِهِ مِنْ كِتَابٍ وَلا تَخُطُّهُ بِيَمِينِكَ إِذًا لارْتَابَ الْمُبْطِلُونَ

 

Firman-Nya: “Dan engkau (Muhammad) tidak pernah membaca suatu kitab sebelum (Alquran) dan engkau tidak (pernah) menulis suatu kitab dengan tangan kananmu, sekiranya engkau pernah membaca dan menulis nescaya ragu orang-orang yang mengingkarinya.” (QS Al-Ankabut : 48).

 

Ayat ini menegaskan, Nabi tidak pernah membaca dan menulis satupun Kitab sebelum menerima Alquran. Maksudnya, setelah menerima Alquran, Rasul membaca dan menulis Kitab dengan tangan kanannya. Ayat ini pun membuktikan Rasullullah tidak pernah membaca atau menulis satu kitab pun seperti Alquran, namun demikian bukanlah bermaksud  Rasulullah tidak tahu membaca dan menulis. [6].

 

Allah swt tahu, jika seandainya Rasulullah menulis Alquran sendiri, maka orang-orang kafir qurais saat itu dan bukan umat Muhammad akhir zaman akan mencurigai bahwa Alqur'an adalah ciptaan Muhammad bukan firman Tuhan, keaslian redaksi dari Tuhan diragukan. Maka yang demikian masih didustakan, seperti yang tertulis dalam Al-Quran :

 

Al-Quran menjelaskan orang-orang kafir menuduh Rasul menulis dongeng-dongeng orang terdahulu kemudian disebutnya sebagai firman-firman Tuhan:

 

وَقَالُوا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ اكْتَتَبَهَا فَهِيَ تُمْلَىٰ عَلَيْهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

 

“Dan mereka berkata, “(Itu hanya) dongeng-dongeng orang-orang terdahulu, yang diminta agar dituliskan, lalu dibacakanlah dongeng itu kepadanya setiap pagi dan petang.” (QS Al-Furqan : 5).

 

 

 

 

 

E. Perbahasan dan maklumat yang menyokong nabi bukan ummi.

 

1. Diusia 25 tahun, Nabi Muhammad saww berniaga dan dipercaya sebagai ceo perniagaan Siti Khadijah. Secara logik nya, seorang ceo haruslah memiliki pengetahuan yang cukup tentang perniagaan  dan pembukuan. Pengetahuan mengenai selok belok perniagaan semestinya mustahil bagi orang  yang tidak mampu membaca dan menulis.

 

2. Sorang Nabi harus mempunyai kecerdasan (Fathanah), pandai atau bijak . Jadi mustahil jika seorang nabi dan rasul adalah seorang yang bodoh dan tidak mengerti apa-apa.

 

3. Imam Ali as, saja begitu pandainya membaca dan menulis, dengan bukti nyata surat-surat, khutbah-khutbah yang terkumpul dalam Nahjul Balaghah. Dari kecil lagi Imam Ali as dalam didikan Rumah kenabian, ilmu yang diajarkan kepada Imam Ali as adalah Ilmu yang sangat luas dan tidak ternilai. Mustahil pengajar atau guru yang mengajar imam ali as  tidak pandai dan bijak  dari yang diajar.

 

4. Dari hadis " …Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang menghapusnya dengan tangannya sendiri." (HR. Imam Muslim Nomor 3335), dapat disimpulkan bahwa jika Nabi tidak dapat membaca dan menulis, mustahil Nabi tahu huruf dan tempat letak kalimat yang beliau padamkan.

 

5. : "Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang ummi (buta huruf) seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka,…." (QS Al-Bayyinah :2)

 

Sejarah mencatat, bahwa Bangsa Arab waktu itu bukanlah bangsa yang  tidak tahu membaca atau  menulis, Sastera bangsa Arab sendiri sangat terkenal, kemahiran menulis sajak-sajak, syair tak diragukan lagi, dan sering diadakan pertandingan syair serta dilekatkankan di dinding Ka'bah. Inilah juga asbab mengapa Alqur'an diturunkan dengan bait-bait, sajak-sajak, yang semuanya bak syair, indah, Qur'an sebagai mukjizat untuk menandingi syair-syair dan ternyata mereka tak mampu menandingi mukjizat Nabi ini. Mukjizat Nabi dan Rasul selalunya bersesuaian dengan perkembangan peradaban kaumnya. Contohnya  Musa dgn tongkat yang dapat menjadi ular, atau Nabi Isa yang dapat menyembuhkan orang buta, sopak, atau menghidupkan orang mati kerana pada waktu itu ahli sihir bermaharajalela. Jadi, bangsa arab di zaman Muhammad sallahu alaihi wa aalihi wasssallam UMMI iaitu tidak tahu membaca dan menulis tertolak dengan adanya fakta sejarah tersebut."

 

 

G. Kesimpulan

 

Meyakini Nabi sebagai peribadi yang buta huruf adalah sesuatu yang bertentangan dengan dalil naqli mahupun aqli dan ini bermaksud kita telah bercanggahan dengan Al-Quran dan merosakkan pemikiran yang sihat. Mana mungkin seorang Nabi terakhir (Khotamul ambiya), dan penghulu para rasul (sayyidul mursallin) mempunyai sifat ummi iaitu tidak dapat menulis dan membaca, padahal dengan jelas ayat pertama turun ialah "BACALAH", Mustahil Allah swt dan Jibril "lupa" menyuruh membaca sedangkan hambanya tidak dapat membaca ! Maha suci Allah dari tuduhan tersebut. Menurut riwayat  Imam Bukhari, Nabi dipeluk jibril dan dipaksa membaca, tapi Nabi menjawab bahawa beliau tidak dapat membaca. Tapi akhirnya membaca juga.

 

Seseorang yang tidak menulis bukan berarti tidak dapat menulis. Meminum air, syari'tnya ialah menuangkan air ke dalam cawan, kemudian cawan diangkat, dekatkan bibir dan "dihirup", namun demikian, meminum air dengan tidak menggunakan cawan juga boleh saja bukan?

 

H. Harapan

 

Seharusnya kita berhati-hati dan waspada atas usaha "perlecehan" terhadap peribadi Nabi. Boleh jadi salah satunya menuduh nabi "kurang" pandai membaca dan menulis atau Buta Huruf. Karena hadist-hadist Israiliyat banyak sekali bertebaran dengan tujuan menjatuhkan kredebliti Nabi. Menanamkan doktrin bahawa Nabi Muhammad sawa dianggap tidaklah lebih pandai dari Nabi Daud as, yang merdu suaranya ketika membaca Zabur (Nabi Daud pandai membaca), Nabi Musa as yang mengajarkan Nabi tentang perbincangan raka'at solat dari 50 kali dalam sehari menjadi 5 kali. Ditambah lagi Nabi bermuka masam, Nabi cuba membunuh diri, Nabi kencing di tempat pembuangan sampah, Nabi terkena sihir dan semakin lengkap tuduhan bahwa Nabi bukanlah manusia yang sempurna (insan kamil). Bahkan begitu, dengan zalimnya menggambarkan  kenderaan Nabi dalam perjalanan Isra' dan Mi'raj (buraq) seperti kuda dan berkepala seperti perempun, ini menggambarkan bahawa nabi sebenarnya adalah seorang yang suka perempuan. Ini sangatlah keterlaluan bukan?

 

Namun sekali lagi, ini sekadar perbezaan kajian, semata-mata membersihkan dan memuliakan  Nabi dan ingin meletakkan Nabi pada kedudukan yang sesuai seperti yang digambarkan di dalam Alqur'an, bahawa Nabi sebagai contoh Tauladan serta insan kamil (manusia sempurna).Kajian ini berdasarkan kajian Ulama Kontemporari dan masa kini  yang tidak bersifat mengikat dan memaksa semata mata.

Zaman Ini Adalah Akhir Zaman

Judgementday

Sebelum terjadinya Al-Sa’ah (hari kiamat):

 

Terlalu banyak hadith-hadith yang telah menyebut tanda-tanda yang menunjukkan hampirnya kedatangan Khalifah Allah Al-Mahdi (as) dan di tangan pembaca sekelian dipaparkan beberapa tanda-tanda ini:

 

 

1 – Banyaknya Fitnah

 

أخرج أحمد في مسنده بسنده عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ ، قَالَ : )صَحِبْنَا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَسَمِعْنَاهُ يَقُولُ " إِنَّ بَيْنَ يَدَيْ السَّاعَةِ فِتَنًا كَأَنَّهَا قِطَعُ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ ، يُصْبِحُ الرَّجُلُ فِيهَا مُؤْمِنًا ، ثُمَّ يُمْسِي كَافِرًا ، وَيُمْسِي مُؤْمِنًا ، ثُمَّ يُصْبِحُ كَافِرًا ، يَبِيعُ أَقْوَامٌ خَلَاقَهُمْ بِعَرَضٍ مِنَ الدُّنْيَا يَسِيرٍ ، أَوْ بِعَرَضِ الدُّنْيَا " . قَالَ الْحَسَنُ : وَاللَّهِ لَقَدْ رَأَيْنَاهُمْ صُوَرًا وَلَا عُقُولَ ، أَجْسَامًا وَلَا أَحْلَامَ ، فَرَاشَ نَارٍ وَذِبَّانَ طَمَعٍ ، يَغْدُونَ بِدِرْهَمَيْنِ ، وَيَرُوحُونَ بِدِرْهَمَيْنِ ، يَبِيعُ أَحَدُهُمْ دَيْنَهُ بِثَمَنِ الْعَنْزِ . ( مسند أحمد: ج 4 ص 1

 

 

Dipetik dari Ahmad dalam Musnadnya dengan sanad daripada Al-Nu'man bin Basyir, beliau berkata “Sesungguhnya sebelum terjadinya hari kiamat akan timbul berbagai fitnah bagaikan sepotong malam yang gelap gulita. Pada pagi hari seseorang masih beriman, tetapi pada petang harinya telah menjadi kafir. Pada petang hari masih beriman, tetapi pada pagi harinya telah kafir. Kaum-kaum itu memperdagangkan akhlak mereka untuk kesenangan urusan dunia atau kepentingan dunia. Al-Hassan berkata: Demi Allah, aku melihat rupa mereka tidak melihat akal mereka, jasad yang tidak berfikiran, penglihatan yang membara dan pandangan yang tamak, mereka pergi dengan dua dirham, mereka datang dan pergi dengan dua darham, Ada di antara mereka menjual agamanya seperti kambing betina yang tidak bernilai. Musnad Ahmad: Jilid 4 halaman 1

 

وأخرج أبو داود بسنده عن النبي (صلى الله عليه وآله) قال: (إن بين يدي الساعة فتنا كقطع الليل المظلم، يصبح الرجل فيها مؤمنا ويمس ي كاف را ويمس ي مؤمنا ويصبح كافرا القاعد فيها خير من القائم، والماش ي فيها خير من الساعي، فكسروا قسيكم، وقطعوا أوتاركم، واضربوا سيوفكم بالحجارة، فإن دخل يعنى . على أحد منكم فليكن كخير ابني آدم) سنن ابي داود:ج 1 ص 1

 

Dipetik dari Abu Dawud dalam Musnadnya dengan sanad dari Nabi (saw): “Sesungguhnya sebelum terjadinya Al-Saah (hari kiamat) akan timbul berbagai fitnah bagaikan sepotong malam yang gelap gulita. Pada pagi hari seseorang masih beriman, tetapi pada petang harinya telah menjadi kafir. Pada petang hari masih beriman, tetapi pada pagi harinya telah kafir. Pada saat itu orang yang duduk lebih baik daripada yang berdiri, yang berdiri lebih baik daripada yang berjalan, dan yang berjalan lebih baik daripada berlari. Karena itu pecahkanlah kekerasanmu, potonglah tali busurmu, dan pukulkanlah pedangmu ke batu (yakni jangan kamu gunakan untuk memukul atau membunuh manusia). Jika salah seorang di antara kamu terlibat dalam urusan (fitnah) itu, maka hendaklah ia bersikap seperti sikap terbaik dari dua orang anak Adam (yakni bersikap seperti Habil, jangan seperti Qabil).” Sunan Abu Dawud: Jilid 1 halaman 1

 

 

2 – Berlumba-lumba Membina Bangunan

 

روى مسلم في صحيحه من حديث عمر بن الخطاب: (أن جبريل (عليه السلام) قال للنبي (صلى الله عليه وآله): (فأخبرني عن الساعة ؟ قال: ما المسؤول عنها بأعلم من السائل. قال فأخبرني عن إمارتها. قال: إن تلد الآمة ربتها وان ترى الحفاة  [3]  . العراة العالة رعاء الشاء يتطاولون في البنيان)  صحيح مسلم:ج 3 ص 11

 

Muslim meriwayatkan dalam Shahihnya dari Omar bin Al-Khattab: bahawa Jibril (as), (berkata kepada Nabi (saw): Terangkan kepadaku tentang Al-Saah (kiamat)? Baginda bersabda: Orang yang ditanya tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Beliau bertanya lagi: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan.) (Sahih Muslim: Jilid 3 halaman 11

 

3 – Ilmu Diangkat:

 

(15441: تكون بين يدي الساعة أيام يرفع فيها العلم وينزل الجهل ويكثر فيها الهرج والهرج القتل) كنز العمال، الفصل الثالث: في اشراط الساعة الصغرى : ج 34 ص 132

 

(38449:“Sebelum terjadinya Al-Saah (hari kiamat) akan ada hari-hari yang diangkat padanya ilmu dan diturunkan padanya kejahilan, dan banyak terjadi “Al-Harj”. dan “Al-Harj” adalah pembunuhan”) [Kanz Al-3amal, Bab III: Dalam Asyraath Al-Sa3ah Al-Sughro: Jilid 34 halaman 132]

 

4 – Ramai yang membaca Al-Quran dan tidak beramal dengannya:

 

15483 : سيأتي على أمتي زمان يكثر فيه القراء ويقل فيه الفقهاء ويقبض العلم ويكثر الهرج، ثم يأتي من بعد زمان يقرأ القرآن رجال من أمتي لا يجاوز تراقيهم، ثم يأتي من بعد زمان يجادل المشرك بالله المؤمن في مثل ما يقول

 

(38457: Akan akan datang satu zaman atas umatku dimana didapati banyak para pembaca namun sedikit para fuqhak dan ilmu akan dicabut serta merajalela Al Harj (pembunuhan) kemudian akan datang zaman sesudahnya orang-orang yang membaca Al-Qur’an namun bacaan mereka tidak melewati kerongkong kemudian datang di zaman berikutnya orang musyrik mendebat orang mukmin pada apa yang diperkatakan.)
 

(.15453 : يكون في آخر الزمان عباد جهال وقراء فسقة( المصدر السابق. (–

 

(38481: Terjadi pada akhir zaman hamba-hamba yang jahil daripada pembaca yang membuat kejahatan) (Ibid). –

 

 

5 – Tersebarnya perbuatan keji dan Terputusnya Silaturahim:

 

(38468: من أشراط الساعة الفحش والتفحش وقطيعة الرحم  تخوين الآمين، وائتمان الخائن( المصدر السابق.

 

(38468: Antara tanda-tanda Al-Saah (hari kiamat) adalah perbuatan keji, dan sikap saling mengkeji, dan memutuskan Silaturahim, dan orang yang amanah dianggap pengkhianat dan pengkhianat pula dipercayai (Ibid).

 

6 – Pendusta Dibenarkan Dan Yang Jujur Didustakan:

 

-(38452: سيأتي على الناس سنوات خداعات يصدق فيها الكاذب ويكذب  فيها الصادق، ويؤتمن فيها الخائن ويخون فيها الآمين، وينطق فيها الروبيضة، قيل: وما الروبيضة ؟ قال: الرجل التافه يتكلم في أمر العامة) المصدر السابق.

 

– (38452: “Akan datang pada manusia tahun-tahun yang dipenuhi penipuan. Pada saat itu, seorang pendusta justeru dibenarkan dan seorang yang jujur didustakan. Seorang pengkhianat malah dipercayai dan seorang yang amanah dikhianati. Pada saat itu, Al-Ruwaibidhah akan berkata-kata. Para sahabat bertanya, “Apakah Al-Ruwaibidhah itu?” Nabi menjawab, “seorang yang (pada hakikatnya) dungu, namun berani bercakap mengenai urusan umum.”) Ibid.

 

-( 38475: ليأتين على الناس زمان يكذب فيه الصادق ويصدق الكاذب، ويخون الآمين ويؤتمن الخؤون، ويشهد المرء ولم يستشهد، ويحلف وإن لم يستحلف، ويكون أسعد الناس بالدنيا لكع ابن لكع لا يؤمن بالله ورسوله( المصدر السابق.

 

 

– (38475: Akan datang pada manusia suatu zaman seorang pendusta justeru dibenarkan dan seorang yang jujur didustakan. Seorang pengkhianat malah dipercayai dan seorang yang amanah dikhianati, seorang saksi tidak diminta untuk menjadi saksi, Dan untuk bersumpah, tidak dibenarkan bersumpah, akan terjadi hingga orang yang paling bahagia dengan kehidupan dunia adalah Luka’ bin Luka’ tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya (Ibid).

 

7 – Berbangga Dengan Masjid:

 

(38484: لا تقوم الساعة حتى يتباهى الناس في المساجد( المصدر السابق.

 

(38484: Hari kiamat itu tidak akan terjadi sehingga manusia berbangga-bangga dalam (membangun) masjid-masjid (Ibid).

 

8 – Banyak Alat-alat Muzik Dan Minum Minuman Keras:

 

(38734: تكون في أمتي قذف ومسخ وخسف إذا ظهرت المعازف وكثرت القينات وشربت الخمور

 

(38734: “Akan terjadi pada umatku kehancuran, keruntuhan dan kehinaan, jika nampak nyata alat-alat muzik dan ramai budak-budak lelaki dan perempuan yang menyanyi dan minum minuman keras.

 

38735: يمسخ قوم من أمتي في آخر الزمان قردة وخنازير، قيل: يا رسول الله ! ويشهدون أن لا إله إلا الله وأنك رسول الله ويصومون ؟ قال: نعم، قيل: فما بالهم يا رسول الله ؟ قال: يتخذون المعازف والقينات والدفوف ويشربون الآشربة، فباتوا على شربهم ولهوهم فأصبحوا وقد مسخوا قردة وخنازير( المصدر السابق.

.

38 735: Umatku akan berubah bentuknya pada akhir zaman dikutuk menjadi monyet dan babi, dikatakan: Wahai Rasulullah! Walaupun mere bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa engkau adalah Rasulullah dan mereka berpuasa? Baginda bersabda: Ya. Dikatakan: Bagaimana fikiran mereka, Ya Rasulullah? Baginda bersabda: Mereka menggunakan alat-alat muzik dan tamborin dan nyanyian dan minum minuman (keras), minum teruk pada keseronokan mereka dan mereka (dikutuk) berubah menjadi monyet dan babi (Ibid).

 

9 – Merasa Cukup Lelaki Dengan Lelaki:

 

(38499: إذا استغنى النساء بالنساء والرجال بالرجال فبشرهم بريح حمراء تخرج من قبل المشرق فيمسخ بعضهم ويخسف ببعض، ذلك بما عصوا وكانوا يعتدون .

 

(38 499: Jika kaum lelaki telah merasa cukup dengan lelaki lelaki dan kaum wanita telah merasa cukup dengan para wanita maka berikan khabar gembira dengan angin merah yang keluar dari sebelah timur maka akan hancur sebahagian mereka dan binasa sebahagian yang lain, Demikian itu (terjadi) karena mereka selalu berbuat durhaka dan melampaui batas.

 

)38500 : لا تذهب الدنيا حتى يستغني النساء بالنساء والرجال بالرجال، والسحاق زنا النساء فيما بينهن( المصدر السابق.

 

38500: Dunia tidak akan berakhir sehingga wanita merasa cukup dengan wanita dan lelaki dengan lelaki, dan lesbianism (hubungan sejenis) wanita berzina di antara mereka) Ibid.

 

10 – Nabi (saw) menerangkan kepada Ibn Mas’ud:

 

(38495: يا ابن مسعود! ألا ًوإنّ للساعة أشراطا إنّ للساعة أعلاما ! وإن من وأن يقبض ًوأن يكون المطر قيظا ًعلم الساعة وأشراطها أن يكون الولد غيظا ، يا ابن مسعود ًالآشرار قبضا ! من أعلام الساعة وأشراطها أن يصدق الكاذب وأن يكذب الصادق، يا ابن مسعود ! إن من أعلام الساعة وأشراطها أن يؤتمن الخائن وأن يخون الآمين، يا ابن مسعود ! إن من أعلام الساعة وأشراطها أن يواصل الاطباق وأن يقاطع الآرحام، يا ابن مسعود! إن من أعلام الساعة وأشراطها أن يسود كل قبيلة منافقوها وكل سوق فجارها، يا ابن مسعود ! إن من أعلام الساعة وأشراطها أن يكون المؤمن في القبيلة أذل من النقد، يا ابن مسعود! إن من أعلام الساعة وأشراطها أن تزخرف المحاريب وأن تخرب القلوب، يا ابن مسعود! إن من أعلام الساعة وأشراطها أن يكتفى الرجال بالرجال والنساء بالنساء، يا ابن مسعود! إن من أعلام الساعة وأشراطها أن تكنف المساجد وأن تعلو المنابر ، يا ابن مسعود! إن من أعلام الساعة وأشراطها أن يعمر خراب الدنيا ويخرب عمرانها، يا ابن مسعود! إن من أعلام الساعة وأشراطها أن تظهر المعازف وشرب الخمور، يا ابن مسعود! إن من أعلام الساعة وأشراطها أن تشرب الخمور، يا ابن مسعود! إن من أعلام الساعة وأشراطها أن تكثر الشرط والهمازون والغمازون واللمازون، يا ابن مسعود! إنّ من أعلام الساعة وأشراطها أن تكثر أولاد الزنا( المصدر السابق.

 

 

(38 495: “Wahai Ibnu Mas’ud, sesungguhnya Al-Sa’ah (hari Kiamat) itu ada alamatnya, dan bagi Al-Sa’ah memiliki tanda-tanda, dan di antara alamat dan tanda-tandanya adalah: Anak-anak yang durhaka banyaknya curahan hujan. Orang-orang jahat semakin membanjir (banyak). Wahai Ibnu Mas’ud! sungguh di antara alamat Al-Sa’ah itu dan tanda-tandanya adalah: Pendusta disebut jujur. Orang jujur disebut pendusta. Wahai Ibnu Mas’ud! sungguh di antara alamat Al-Sa’ah itu dan tanda-tandanya adalah: Pengkhianat diberi kepercayaan. Orang yangg dipercayai pula disebut pengkhianat. Wahai Ibnu Mas’ud! sungguh di antara alamat Al-Sa’ah itu dan tanda-tandanya adalah: keganasab diteruskan. Hubungan silaturahim semakin terputus. Wahai Ibnu Mas’ud! Sungguh di antara alamat Al-Sa’ah itu dan tanda-tandanya adalah Wahai Ibnu Mas’ud! Sungguh di antara alamat Al-Sa’ah itu dan tanda-tandanya adalah: pemimpin Suku-suku dilantik dari golongan orang-orang munafiq. Pasar semakin dipenuhi oleh seburuk-buruk manusia. Wahai Ibnu Mas’ud! Sungguh di antara alamat Al-Sa’ah itu dan tanda-tandanya adalah: Seorang mu’min dalam suatu suku adalah lebih hina dari barang-barang. Wahai Ibnu Mas’ud! Sungguh di antara alamat Al-Sa’ah itu dan tanda-tandanya adalah: Seorang laki-laki merasa cukup dengan laki-laki, dan wanita merasa cukup dengan wanita (hubungan sejenis). Wahai Ibnu Mas’ud! Sungguh di antara alamat Al-Sa’ah itu dan tanda-tandanya adalah: Masjid dihiasi dan mimbar di tinggikan. Wahai Ibnu Mas’ud! Sungguh di antara alamat Al-Sa’ah itu dan tanda-tandanya adalah: Perosak-perosak dunia dimakmurkan, Sedang pemakmur tamadun dunia yang sebenarnya dirosakkan. Wahai Ibnu Mas’ud! Sungguh di antara alamat Al-Sa’ah itu dan tanda-tandanya adalah: Tampak peralatan muzik semakin diutamakan. Arak/Khamar diminum. Wahai Ibnu Mas’ud! Sungguh di antara alamat Al-Sa’ah itu dan tanda-tandanya adalah: Banyaknya lambang pengumpat, pengejek dan pengecam (mencari kesalahan). Wahai Ibnu Mas’ud! Sungguh di antara alamat Al-Sa’ah itu dan tanda-tandanya adalah: Banyaknya anak zina. [Ibid]

 

Imam Al Baihaqy (ra) meriwayatkan beberapa Hadits berkenaan dengan Tanda- Tanda Kiamat. Haditsnya panjang sekali. Beliau menukil dari Kitab bernama Hilyaatul Auliyaa’ (Perhiasan Para Wali) yang ditulis oleh Abu Nu’aim Al Asfaahany (ramahu Allah), antara lain adalah Hadits yang diuraikan dibawah ini:

 

Dari Hudzaifah bin Al Yaman (ra), beliau berkata bahawa Rosulullah (saw) bersabda, “Diantara dekatnya hari A-Saah (Kiamat)  terdapat 72 tanda:

 

– Jika kalian melihat manusia mematikan sholat

– Menyia-nyiakan amanah

– Memakan riba

– Menghalalkan dusta

– Meremehkan darah

– Meninggikan bangunan

– Menjual Islam dengan dunia

– Memutus silaturahim

– Lemahnya hukum

– Dusta dianggap benar

– Sutera dijadikan pakaian

– Kezaliman terserlah

– Banyaknya perceraian

– Mati mendadak

– Penghianat dipercaya

– Orang jujur dituduh penghianat

– Pendusta dibenarkan

– Orang jujur didustakan

– Banyaknya saling tuduh-menuduh

– Banyaknya hujan

– Anak durhaka

– Banyaknya orang jahat

– Semakin kurangnya dermawan

– Para Pemimpin yang fasiq

– Para Menteri yang dusta

– Banyak orang yang dipercaya itu yang menjadi pengkhianat

– Banyak Pejabat zalim

– Banyak para Qurro’ (Pembaca Al Qur’an) yang Fasiq

– Memakai kulit domba, tetapi hati mereka lebih busuk daripada bangkai

– Orang yang sabar diliputi fitnah, mereka memperlakukannya seperti orang-orang Yahudi yang zalim

– Munculnya wang kuning (–uang emas / dinnar –)

– Dicarinya dirham

– Banyak kesalahan

– Para Pemimpin dimusuhi

– Mushaf dihias

– Masjid diindahkan

– Mimbar ditinggikan

– Hati semakin rusak

– Khamar diminum

– Hudud diabaikan

– Hamba melahirkan tuannya

– Orang telanjang dan tak beralas kaki menjadi Raja

– Wanita menyertai suaminya dalam berdagang

– Laki-laki menyerupai wanita, dan wanita menyerupai laki-laki

– Bersumpah dengan Allah tanpa diminta

– Bersaksi tanpa diminta

– Mengucapkan salam hanya pada yang dikenal

– Islam dipelajari bukan untuk Agama

– Dunia dicari dengan amalan akhirat

– Melarang ghanimah dari orang yang berhak

– Kepercayaan dijadikan jalan untuk memperkaya diri

– Zakat dijadikan hutang

– Pemimpin kaum adalah orang yang terhina dari mereka

– Seseorang durhaka pada bapaknya, kasar pada ibunya, tapi baik pada temannya

– Suami taat pada isterinya

– Orang fasiq suaranya nyaring di masjid-masjid

– Penyanyi wanita dijadikan sebagai keperluan hidup

– Musik dijadikan keperluan hidup

– Khamar diminum di jalan-jalan

– Kezaliman dijadikan kebanggaan

– Hukum dijual-belikan

– Polis semakin ramai

– Al Qur’an dijadikan seruling

– Kulit binatang dijadikan hiasan

– Masjid dijadikan jalan (tempat melintas)

– Akhirnya Ummat ini mengutuk Pendahulu Ummat.”

 

Maka takutlah kesan-kesan dan tanda-tanda itu dengan datangnya angin merah yang akan menghancurkan dan membinasakan.  

Hadis Kitab Allah dan Sunnah Ku Adalah Dhaif Di Sisi Standard Sunni

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين،

وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً

Ahlul Sunnah Wal Jamaah berpegang kepada hadis bahawa Nabi Muhammad (SAW) meninggalkan dua pusaka berat kepada umat, iaitu Al Quran dan Sunnah Nabi (saw). Namun dari kajian kami, kami dapati bahawa hadis ini sebenarnya dhaif mengikuti standard penerimaan hadis mereka sendiri. Kami tidaklah menyokong penggunaan ilmu rijal atau standard rekaan ini yang jelas bertentangan dengan Quran dan Islam, namun kami rasa perlu untuk dikongsikan di sini bagi meruntuhkan "berhala-berhala" di dalam pemikiran saudara ASWAJA kita.

 

Hadis “Kitab Allah dan SunahKu” ini tidak terdapat di dalam kitab hadis Kutub As Sittah (Shahih Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Ibnu Majah, Sunan An Nasa’i, Sunan Abu Dawud, dan Sunan Tirmidzi). Sumber hadis ini hanyalah dari Al Muwatta Imam Malik, Mustadrak Ash Shahihain Al Hakim, At Tamhid Syarh Al Muwatta Ibnu Abdil Barr, Sunan Baihaqi, Sunan Daruquthni, dan Jami’ As Saghir As Suyuthi. Selain itu hadis ini juga boleh didapati di dalam kitab-kitab karya Ulama seperti, Al Khatib dalam Al Faqih Al Mutafaqqih, Shawaiq Al Muhriqah Ibnu Hajar, Sirah Ibnu Hisyam, Al Ilma ‘ila Ma’rifah Usul Ar Riwayah wa Taqyid As Sima’ karya Qadhi Iyadh, Al Ihkam Ibnu Hazm dan Tarikh At Thabari. Dari semua sumber yang disebutkan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa hadis ini hanya diriwayatkan dengan 4 jalur sanad iaitu dari Ibnu Abbas, Abu Hurairah, Amr bin Awf, dan Abu Said Al Khudri. Terdapat juga beberapa hadis yang diriwayatkan secara mursal (terputus sanadnya), mengenai hadis mursal ini sudah jelas kedhaifannya.

 

Hadis ini terbahagi kepada dua iaitu

  1. Hadis yang diriwayatkan dengan sanad yang mursal
  2. Hadis yang diriwayatkan dengan sanad yang muttasil atau bersambung

 


 

Hadis “Kitab Allah dan SunahKu” Yang Diriwayatkan Secara Mursal

 

Hadis “Kitab Allah dan SunahKu” yang diriwayatkan secara mursal ini terdapat dalam kitab Al Muwatta, Sirah Ibnu Hisyam, Sunan Baihaqi, Shawaiq Al Muhriqah, dan Tarikh At Thabari. Berikut adalah contoh hadisnya

 

Dalam Al Muwatta jilid I hal 899 no 3

 

Rasulullah SAW bersabda: ” Wahai sekalian manusia sesungguhnya Aku telah meninggalkan pada kamu apa yang jika kamu berpegang teguh pasti kamu sekalian tidak akan sesat selamanya iaitu Kitab Allah dan Sunah RasulNya”.

 

Dalam Al Muwatta hadis ini diriwayatkan Imam Malik tanpa sanad. Malik bin Anas adalah generasi tabiit tabiin yang lahir antara tahun 91H-97H. Jadi paling tidak ada dua perawi yang tidak disebutkan di antara Malik bin Anas dan Rasulullah SAW. Berdasarkan hal ini maka dapat dinyatakan bahawa hadis ini dhaif kerana terputus sanadnya.

 

Dalam Sunan Baihaqi terdapat beberapa hadis mursal mengenai hal ini, diantaranya

 

Al Baihaqi dengan sanad dari Urwah bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda pada haji wada: “Sesungguhnya Aku telah meninggalkan sesuatu bagimu yang apabila berpegang teguh kepadanya maka kamu tidak akan sesat selamanya iaitu dua perkara Kitab Allah dan Sunnah Nabimu, Wahai umat manusia dengarkanlah olehmu apa yang aku sampaikan kepadamu, maka hiduplah kamu dengan berpegang kepadanya”.

 

Selain pada Sunan Baihaqi, hadis Urwah ini juga terdapat dalam Miftah Al Jannah hal 29 karya As Suyuthi. Urwah bin Zubair adalah dari generasi tabiin yang lahir tahun 22H, jadi Urwah belum lahir saat Nabi SAW melakukan haji wada maka hadis di atas terputus, dan ada seorang perawi yang tidak disebutkan, mungkin dari golongan sahabat dan mungkin juga dari golongan tabiin. Apapun, hadis ini dhaif kerana terputus sanadnya.

 

Al Baihaqi dengan sanad dari Ibnu Wahb yang berkata: “Aku telah mendengar Malik bin Anas mengatakan berpegang teguhlah pada sabda Rasulullah SAW pada waktu haji wada yang berbunyi ‘Dua hal Aku tinggalkan bagimu dimana kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunah NabiNya”.

 

Hadis ini tidak berbeza dengan hadis Al Muwatta, kerana Malik bin Anas tidak bertemu Rasulullah SAW jadi hadis ini juga dhaif.

 

Dalam Sirah Ibnu Hisyam jilid 4 hal 185 hadis ini diriwayatkan dari Ibnu Ishaq yang berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda pada haji wada….. Disini Ibnu Ishaq tidak menyebutkan sanad yang bersambung kepada Rasulullah SAW oleh kerana itu hadis ini tidak dapat dijadikan hujjah. Dalam Tarikh At Thabari jilid 2 hal 205 hadis ini juga diriwayatkan secara mursal melalui Ibnu Ishaq dari Abdullah bin Abi Najih. Jadi kedua hadis ini dhaif. Mungkin ada yang beranggapan kerana Sirah Ibnu Hisyam dari Ibnu Ishaq sudah menjadi kitab Sirah yang dijadikan pegangan oleh jumhur ulama maka adanya hadis itu dalam Sirah Ibnu Hisyam sudah cukup menjadi bukti kebenarannya. Jawaban kami adalah: Memang benar bahawa Sirah Ibnu Hisyam dijadikan pegangan oleh jumhur ulama, tetapi dalam kitab ini, hadis tersebut terputus sanadnya jadi tentu saja mengikut standard hadis Sunni, hadis tersebut tidak dapat dijadikan hujjah.

 

 


 

Hadis “Kitab Allah dan SunahKu” Yang Diriwayatkan Dengan Sanad Yang Bersambung.

 

Telah dinyatakan sebelumnya bahawa dari sumber-sumber yang ada ternyata ada 4 jalan sanad hadis “Kitab Allah dan SunahKu”. 4 jalan sanad itu adalah

 

1. Jalur Ibnu Abbas 

 

2. Jalur Abu Hurairah 

 

3. Jalur Amr bin Awf 

 

4. Jalur Abu Said Al Khudri 

 

 

Jalan Sanad Ibnu Abbas

 

Hadis “Kitab Allah dan SunahKu” dengan jalan sanad dari Ibnu Abbas dapat ditemui dalam Kitab Al Mustadrak Al Hakim jilid I hal 93 dan Sunan Baihaqi juz 10 hal 4 yang pada dasarnya dikutip dari kitab Al Mustadrak. Dalam kitab-kitab ini sanad hadis tersebut adalah dari jalan Ibnu Abi Uwais dari bapanya dari Tsaur bin Zaid Al Daily dari Ikrimah dari Ibnu Abbas

 

Rasulullah SAW bersabda “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Aku telah meninggalkan pada kamu apa yang jika kamu pegang teguh pasti kamu sekalian tidak akan sesat selamanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah RasulNya”.

 

Hadis ini adalah hadis yang dhaif kerana terdapat kelemahan pada dua orang perawinya iaitu Ibnu Abi Uwais dan bapanya. Kami kongsikan di sini statusnya

 

1. Ibnu Abi Uwais

 

  • Dalam kitab Tahdzib Al Kamal karya Al Hafiz Ibnu Zakki Al Mizzy jilid III hal 127 mengenai biografi Ibnu Abi Uwais terdapat perkataan orang yang mencelanya, diantaranya Berkata Muawiyah bin Salih dari Yahya bin Mu’in “Abu Uwais dan putranya itu keduanya dhaif(lemah)”. Dari Yahya bin Mu’in bahawa Ibnu Abi Uwais dan ayahnya suka mencuri hadis, suka mengacaukan(hafalan) hadis atau mukhallith dan suka berbohong. Menurut Abu Hatim Ibnu Abi Uwais itu mahalluhu ash shidq atau tempat kejujuran tetapi dia terbukti lengah. An Nasa’i menilai Ibnu Abi Uwais dhaif dan tidak tsiqah. Menurut Abu Al Qasim Al Alkaiy “An Nasa’i sangat jelek menilainya (Ibnu Abi Uwais) sampai ke derajat matruk(ditinggalkan hadisnya)”. Ahmad bin Ady berkata “Ibnu Abi Uwais itu meriwayatkan dari pamannya Malik beberapa hadis gharib yang tidak diikuti oleh seorangpun.”

 

  • Dalam Muqaddimah Al Fath Al Bary halaman 391 terbitan Dar Al Ma’rifah, Al Hafiz Ibnu Hajar mengenai Ibnu Abi Uwais berkata ”Atas dasar itu hadis dia (Ibnu Abi Uwais) tidak dapat dijadikan hujjah selain yang terdapat dalam As Shahih kerana celaan yang dilakukan Imam Nasa’i dan lain-lain”.

 

  • Dalam Fath Al Mulk Al Aly halaman 15, Al Hafiz Sayyid Ahmad bin Shiddiq mengatakan “berkata Salamah bin Syabib Aku pernah mendengar Ismail bin Abi Uwais mengatakan “mungkin aku membuat hadis untuk penduduk Madinah jika mereka berselisih pendapat mengenai sesuatu di antara mereka”.

 

Jadi Ibnu Abi Uwais adalah perawi yang tertuduh dhaif, tidak tsiqat, pembohong, matruk dan dituduh memalsukan hadis.

 

2. Abu Uwais

 

  • Dalam kitab Al Jarh Wa At Ta’dil karya Ibnu Abi Hatim jilid V hal 92, Ibnu Abi Hatim menukil dari ayahnya Abu Hatim Ar Razy yang berkata mengenai Abu Uwais “Ditulis hadisnya tetapi tidak dapat dijadikan hujjah dan dia tidak kuat”. Ibnu Abi Hatim menukil dari Yahya bin Mu’in yang berkata “Abu Uwais tidak tsiqah”.

 

  • Dalam kitab Tahdzib Al Kamal karya Al Hafiz Ibnu Zakki Al Mizzy jilid III hal 127. Berkata Muawiyah bin Salih dari Yahya bin Mu’in “Abu Uwais dan putranya itu keduanya dhaif(lemah)”. Dari Yahya bin Mu’in bahawa Ibnu Abi Uwais dan ayahnya(Abu Uwais) suka mencuri hadis, suka mengacaukan(hafalan) hadis atau mukhallith dan suka berbohong.

 

Dalam Al Mustadrak jilid I hal 93, Al Hakim tidak menshahihkan hadis ini. Beliau mendiamkannya dan mencari syahid atau penguat bagi hadis tersebut, Beliau berkata ”Saya telah menemukan syahid atau saksi penguat bagi hadis tersebut dari hadis Abu Hurairah”. Mengenai hadis Abu Hurairah ini akan dibahas nanti, yang penting dari pernyataan itu adalah, secara tidak langsung, Al Hakim mengakui kedhaifan hadis Ibnu Abbas tersebut oleh kerana itu beliau mencari syahid penguat untuk hadis tersebut .Setelah melihat kedudukan kedua perawi hadis Ibnu Abbas tersebut maka dapat disimpulkan bahawa hadis ”Kitab Allah dan SunahKu” dengan jalan sanad dari Ibnu Abbas adalah dhaif.

 

Jalan Sanad Abu Hurairah

 

Hadis “Kitab Allah dan SunahKu” dengan jalan sanad Abu Hurairah terdapat dalam Al Mustadrak Al Hakim jilid I hal 93, Sunan Al Kubra Baihaqi juz 10, Sunan Daruquthni IV hal 245, Jami’ As Saghir As Suyuthi(no 3923), Al Khatib dalam Al Faqih Al Mutafaqqih jilid I hal 94, At Tamhid XXIV hal 331 Ibnu Abdil Barr, dan Al Ihkam VI hal 243 Ibnu Hazm.

 

Jalan sanad hadis Abu Hurairah adalah sebagi berikut, diriwayatkan melalui Al Dhaby yang berkata telah menghadiskan kepada kami Shalih bin Musa At Thalhy dari Abdul Aziz bin Rafi’dari Abu Shalih dari Abu Hurairah

 

bahawa Rasulullah SAW bersabda bahawa Rasulullah bersabda “Sesungguhnya Aku telah meninggalkan pada kamu sekalian dua perkara yang jika kamu pegang teguh pasti kamu sekalian tidak akan sesat selamanya iaitu Kitabullah dan SunahKu.Keduanya tidak akan berpisah hingga menemuiku di Al Haudh”.

 

Hadis di atas adalah hadis yang dhaif kerana dalam sanadnya terdapat perawi yang tidak bisa dijadikan hujjah iaitu Shalih bin Musa At Thalhy.

 

  • Dalam Kitab Tahdzib Al Kamal ( XIII hal 96) berkata Yahya bin Muin bahawa riwayat hadis Shalih bin Musa bukan apa-apa. Abu Hatim Ar Razy berkata hadis Shalih bin Musa dhaif. Imam Nasa’i berkata hadis Shalih bin Musa tidak perlu ditulis dan dia itu matruk al hadis(ditinggalkan hadisnya).

 

  • Al Hafiz Ibnu Hajar Al Asqalany dalam kitabnya Tahdzib At Tahdzib IV hal 355 menyebutkan Ibnu Hibban berkata bahawa Shalih bin Musa meriwayatkan dari tsiqat apa yang tidak menyerupai hadis itsbat(yang kuat) sehingga yang mendengarkannya bersaksi bahawa riwayat tersebut ma’mulah (diamalkan) atau maqbulah (diterima) tetapi tidak dapat dipakai untuk berhujjah. Abu Nu’aim berkata Shalih bin Musa itu matruk Al Hadis sering meriwayatkan hadis mungkar.

 

  • Dalam At Taqrib (Tarjamah :2891) Al Hafidz Ibnu Hajar Al Asqallany menyatakan bahawa Shalih bin Musa adalah perawi yang matruk(harus ditinggalkan).

 

  • Al Dzahaby dalam Al Kasyif (2412) menyebutkan bahawa Shalih bin Musa itu wahin (lemah).

 

  • Dalam Al Qaulul Fashl jilid 2 hal 306 Sayyid Alwi bin Thahir ketika berkomentar tentang Shalih bin Musa, beliau menyatakan bahawa Imam Bukhari berkata”Shalih bin Musa adalah perawi yang membawa hadis-hadis mungkar”.

 

Kalau melihat jarh atau celaan para ulama terhadap Shalih bin Musa tersebut maka dapat dinyatakan bahawa hadis “Kitab Allah dan Sunahku” dengan sanad dari Abu Hurairah di atas adalah hadis yang dhaif. 

 

Jalan Sanad Amr bin Awf

 

Hadis “Kitab Allah dan SunahKu” dengan jalan sanad dari Amr bin Awf terdapat dalam kitab At Tamhid hal 331 Ibnu Abdil Barr. Telah menghadiskan kepada kami Abdurrahman bin Yahya, dia berkata telah menghadiskan kepada kami Ahmad bin Sa’id, dia berkata telah menghadiskan kepada kami Muhammad bin Ibrahim Al Daibaly, dia berkata telah menghadiskan kepada kami Ali bin Zaid Al Faridhy, dia berkata telah menghadiskan kepada kami Al Haniny dari Katsir bin Abdullah bin Amr bin Awf dari ayahnya dari datuknya bahawa

 

Rasulullah bersabda “wahai sekalian manusia sesungguhnya Aku telah meninggalkan pada kamu apa yang jika kamu pegang teguh pasti kamu sekalian tidak akan sesat selamanya iaitu Kitabullah dan Sunah Rasul-Nya.

 

Hadis ini adalah hadis yang dhaif kerana dalam sanadnya terdapat cacat pada perawinya iaitu Katsir bin Abdullah .

 

  • Dalam Mizan Al Itidal (biografi Katsir bin Abdullah no 6943) karya Adz Dzahabi terdapat celaan pada Katsir bin Abdullah. Menurut Daruquthni Katsir bin Abdullah adalah matruk al hadis(ditinggalkan hadisnya). Abu Hatim menilai Katsir bin Abdullah tidak kuat. An Nasa’i menilai Katsir bin Abdullah tidak tsiqah.
  • Dalam At Taqrib at Tahdzib, Ibnu Hajar menyatakan Katsir bin Abdullah dhaif.
  • Dalam Al Kasyf Adz Dzahaby menilai Katsir bin Abdullah wahin(lemah).
  • Dalam Al Majruhin Ibnu Hibban juz 2 hal 221, Ibnu Hibban berkata tentang Katsir bin Abdullah “Hadisnya sangat mungkar” dan “Dia meriwayatkan hadis-hadis palsu dari ayahnya dari datuknya yang tidak layak disebutkan dalam kitab-kitab mahupun periwayatan”

 

  • Dalam Al Majruhin Ibnu Hibban juz 2 hal 221, Yahya bin Main berkata “Katsir lemah hadisnya”
  • Dalam Kitab Al Jarh Wat Ta’dil biografi no 858, Abu Zur’ah berkata “Hadisnya tidak ada apa-apanya, dia tidak kuat hafalannya”.
  • Dalam Adh Dhu’afa Al Kabir Al Uqaili (no 1555), Mutharrif bin Abdillah berkata tentang Katsir “Dia orang yang banyak permusuhannya dan tidak seorangpun sahabat kami yang mengambil hadis darinya”.
  • Dalam Al Kamil Fi Dhu’afa Ar Rijal karya Ibnu Adi juz 6 hal 63, Ibnu Adi berkata perihal Katsir “Dan kebanyakan hadis yang diriwayatkannya tidak bisa dijadikan pegangan”.
  • Dalam Al Kamil Fi Dhu’afa Ar Rijal karya Ibnu Adi juz 6 hal 63, Abu Khaitsamah berkata “Ahmad bin Hanbal berkata kepadaku : jangan sedikitpun engkau meriwayatkan hadis dari Katsir bin Abdullah”.
  • Dalam Ad Dhu’afa Wal Matrukin Ibnu Jauzi juz III hal 24 terdapat perkataan Imam Syafii perihal Katsir bin Abdullah “Katsir bin Abdullah Al Muzanni adalah satu pilar dari berbagai pilar kedustaan”

 

Jadi hadis Amr bin Awf ini sangat jelas kedhaifannya kerana dalam sanadnya terdapat perawi yang matruk, dhaif atau tidak tsiqah dan pendusta. Seterusnya..

 

 

Jalur Abu Said Al Khudri

 

Hadis “Kitab Allah dan SunahKu” dengan jalan sanad dari Abu Said Al Khudri ra terdapat dalam Al Faqih Al Mutafaqqih jilid I hal 94 karya Al Khatib Baghdadi dan Al Ilma ‘ila Ma’rifah Usul Ar Riwayah wa Taqyid As Sima karya Qadhi Iyadh dengan sanad dari Saif bin Umar dari Ibnu Ishaq Al Asadi dari Shabbat bin Muhammad dari Abu Hazm dari Abu Said Al Khudri.

 

Dalam rangkaian perawi ini terdapat perawi yang benar-benar dhaif iaitu Saif bin Umar At Tamimi.

 

  • Dalam Mizan Al I’tidal no 3637 Yahya bin Mu’in berkata “Saif daif dan riwayatnya tidak kuat”.
  • Dalam Ad Dhu’afa Al Matrukin no 256, An Nasa’i mengatakan kalau Saif bin Umar adalah dhaif.
  • Dalam Al Majruhin no 443 Ibnu Hibban mengatakan Saif merujukkan hadis-hadis palsu pada perawi yang tsabit, ia seorang yang tertuduh zindiq dan seorang pemalsu hadis.
  • Dalam Ad Dhu’afa Abu Nu’aim no 95, Abu Nu’aim mengatakan kalau Saif bin Umar adalah orang yang tertuduh zindiq, riwayatnya jatuh dan bukan apa-apanya.
  • Dalam Tahzib At Tahzib juz 4 no 517 Abu Dawud berkata kalau Saif bukan apa-apa, Abu Hatim berkata “ia matruk”, Ad Daruquthni menyatakannya dhaif dan matruk. Al Hakim mengatakan kalau Saif tertuduh zindiq dan riwayatnya jatuh. Ibnu Adi mengatakan kalau hadisnya dikenal munkar dan tidak diikuti seorangpun.

 

 

Jadi jelas sekali kalau hadis Abu Said Al Khudri ra ini adalah hadis yang dhaif kerana kedudukan Saif bin Umar yang dhaif di mata para ulama.

 

Dari semua pembahasan di atas dapat disimpulkan bahawa hadis “Kitab Allah dan SunahKu” ini adalah hadis yang dhaif. Ternyata di sisi pengriwayatan Ahlul Sunnah, yang lebih sahih itu adalah hadis dengan matan "Kitab Allah dan Itrah" seperti yang telah dikongsikan sebelum ini, yang kemudiannya dijelaskan siapa itrat Ahlulbait itu dalam hadis wasiat Nabi(saw) di malam kewafatan baginda.

 

Diharapkan saudara ASWAJA dapat membuka fikiran mereka dengan perbahasan ini, bahawa aqidah mereka yang selama ini didasarkan kepada hadis ini adalah batil.

 

Allah Maha Mengetahui

 

Rujukan:Take your Beliefs from the Quran and Sunnah

Tiada Perintah Ikut Ahl Albait Dalam Quran?

Ini adalah bantahan-bantahan cliche yang kerap disodorkan oleh para penentang jalan kebenaran apabila berhadapan dengan kami, Ansar Imam Almahdi. Oleh kerana ia terlalu kerap dibangkitkan, maka kami fikir perlu untuk ditanggapi walaupun secara ringkas, agar pemikiran serong seperti ini dapat diluruskan,

Pertama

Hakikat yang perlu kita terima adalah tidak semua perincian agama disebutkan di dalam Alquran. Cara solat tidak diterangkan di dalam Quran, fiqh zakat, haji, ibadah, serta perincian-perincian Usul agama tidak semuanya diterangkan di dalam Quran.

Alquran adalah kitab yang menerangkan Doktrin Usul secara umum, falsafahnya, manhajnya, dan kemudiannya, perincian nya pula akan diterangkan melalui lisan khalifah Allah yang membawa kitab tersebut, dalam konteks ini, Nabi Muhammad (SAW).

Maka, apakah doktrin kepimpinan yang diterangkan dalam Quran? Saya telah bincangkan doktrin ini dalam artikel berikut:

  1. Ketuanan Allah Bhg. 1: Hak Lantikan Kepimpinan Milik Allah atau Manusia?
  2. Ketuanan Allah Bhg. 2: Adakah Masih Ada Perlantikan Khalifah Allah Selepas Muhammad(s)?
  3. Ketuanan Allah Bhg.3: Apakah Wasiat Yang Ingin Ditulis Nabi (s)

Saya ringkaskan rumusan dari Quran tentang doktrin Ketuanan Allah.

  1. Allah yang melantik khalifahNya di muka bumi, bukan manusia
  2. Manusia tidak mempunyai hak memilih pemimpinnya, dan harus taat kepada lantikan Allah
  3. Perlantikan khalifah adalah berlansung setiap zaman, sehingga hari kiamat
  4. Setiap zaman akan ada khalifahNya.

Inilah doktrin umum dari Quran, yang seterusnya mewajibkan kita mencari, siapa khalifah lantikan Allah di zaman ini? Malah, orang yang bertanya soalan dalil Imamah Ahl Albait dari Quran sebenarnya perlu membawakan dalil ketuanan manusia dari Quran, dalil bahawa manusia mempunyai hak melantik dan memilih pemimpin mereka. Silakan

Kedua

Seperti yang saya terangkan di atas, kalam Nabi diperlukan bagi menerangkan pelbagai ayat mutasyabih di dalam Quran. Maka bagi mendapatkan perincian siapa khalifah Allah di zaman ini, atau selepas zaman Nabi secara umumnya, maka kita perlukan kalam Nabi (saw). Begitu jugalah dengan pelbagai topik-topik lain, seperti cara solat dan sebagainya.

Kalam Nabi juga adalah kalam Allah, kerana segala yang diucapkan Nabi adalah wahyu, dan Nabi tidak menyanggahi perintah Allah.
وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلْهَوَىٰٓ
إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْىٌ يُوحَىٰ

“Segala yang diperkatakannya itu (sama ada AlQuran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.(Al Najm 53:3-4)

لَا يَسۡبِقُونَهُۥ بِٱلۡقَوۡلِ وَهُم بِأَمۡرِهِۦ يَعۡمَلُونَ

Mereka tidak mendahuluiNya dengan perkataan dan mereka pula mengerjakan apa yang diperintahkanNya. (Al Anbiya 21:27)

Maka, kalam Nabi adalah kalam Allah, dan tidak boleh dipandang ringan dan dibuat mudah.

Dan saya tidak mahu bawakan kalam Nabi tentang Imamah Ahl Albait (AS) di dalam artikel ini, kerana ianya sudah banyak diterangkan di tempat lain, maka rujuklah ia. Saya ringkaskan seperti berikut:

  1. Hadis wasiat Nabi Muhammad (s) di malam kewafatan baginda.
  2. Hadis Tsaqalain
  3. Hadis Khalifatain
  4. dan banyak lagi hadis keutamaan Ahl Albait

Ketiga

Walaupun tidak disebutkan secara jelas, sebenarnya banyak ayat-ayat Alquran yang menerangkan Imamah dan keutamaan Ahl Albait, dan ini disokong oleh para ahli tafsir ASWJ. Antaranya saya senaraikan seperti berikut:

  1. Ayat Altathir
  2. Ayat Alinzar
  3. Ayat Alwilayah
  4. Ayat Albalagh
  5. Ayat Alikmal
  6. Dan banyak lagi.

Siapakah Ulil Amri yang kedudukan mereka untuk ditaati diserupakan dengan Rasul Allah? Siapakah Ahl Alzikr yang diperintahkan untuk dirujuki jika kita tidak tahu? Ini semuanya diturunkan oleh para khalifah Allah dari Ahl Albait.

Kesimpulan

Maka dengan ketiga-tiga point ini, kita tahu bahawa AlQuran sarat dengan satu polisi, iaitu polisi ketuanan Allah. Bahawa Allah yang melantik dan memilih wakilNya di muka bumi, setiap masa dan setiap zaman, dan ini disokong oleh kalam Nabi (s) dan ayat-ayat yang diturunkan bagi menerangkan kepimpinan dan keutamaan Ahl Albait (A).

Tiada lagi alasan melainkan mereka yang bersangka-sangka.

Penutup Kenabian: Pengakhir Para Nabi

 Penutup Para Nabi   
 
 
Firman Allah Yang Maha Kuasa,
 
﴿مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَكِنْ رَسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيماً﴾
 
{Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu}[1]
 
 
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bahawa “Penutup Kenabian”, dan saya maksudkan penutup di sini sebagai “pengakhiran”, tidaklah tepat jika dikatakan kenabian disini bermaksud mencapai kedudukan seorang Nabi, dan mengetahui beberapa perkhabaran dari langit tentang kebenaran dan perkara ghaib. Ini kerana jalan untuk naik ke Kerajaan Langit (Malakut) telah dibuka dan ia tidak ditutup dan tidak akan ditutup.
 
Oleh itu Nabi Muhammad (S) menekankan dalam banyak riwayat oleh Sunnah dan Syiah, begitulah juga dengan Ahlul Bayt (as) bahawa salah satu jalan dari jalan-jalan Al-Wahi Al-Ilahi (Ilham Allah) akan tetap terbuka dan tidak akan ditutup, yang merupakan rukyah yang benar  dari Allah SWT
 
عن علي بن الحسـين بن علي بن فضال، عن أبيه، عن أبي الحسـن علي بن موسى الرضا (ع): أنّه قال له رجل من أهل خراسان : يا ابن رسول الله : رأيت رسول الله (ص) في المنام كأنّه يقول لي: (كيف أنتم إذا دفن في أرضكم بضعتي واستحفظتم وديعتي وغيب في ثراكم نجمي) ؟فقال له الرضا (ع): (أنا المدفون في أرضكم، وأنا بضعة نبيكم، فأنا الوديعة والنجم، ألا ومن زارني وهو يعرف ما أوجب الله تبارك وتعالى من حقي وطاعتي فأنا وآبائي شفعاؤه يوم القيامة، ومن كنّا شفعاءه نجا ولو كان عليه مثل وزر الثقلين الجن والإنس. ولقد حدثني أبي، عن جدي، عن أبيه، عن آبائه أنّ رسول الله (ص) قال: من رآني في منامه فقد رآني؛ لأنّ الشيطان لا يتمثل في صورتي ولا في صورة أحد من أوصيائي، ولا في صورة أحد من شيعتهم. وإنّ الرؤيا الصادقة جزء من سبعين جزءاً من النبوّة)
 
Diriwayatkan dari Ali bin Al-Hussein bin Ali bin Fadhdhal, dari bapanya, dari Abi Al-Hassan Ali bin Musa Al-Ridha (as):
 
Salah seorang dari lelaki dari Khurasan berkata kepadanya, "Wahai anak Rasulullah, aku melihat Rasulullah (S) dalam tidur seolah-olah dia bersabda kepadaku: Bagaimana kamu jika sebahagian daripada ku dikebumikan di tanah airmu, dan kamu telah diamanahkan (memelihara) kirimanku; dan tersembunyi di tanahmu bintangku?”
 
Lalu Al-Ridha (as) berkata kepadanya: "Aku akan dikebumikan di tanah airmu; bahawa aku sebahagian daripada Nabi mu; dan akulah kiriman dan bintang; bahkan sesiapa menziarahiku dan dia tahu apa yang diwajibkan Allah Tabaraka Wa Taala, dari hakku dan taat padaku, maka aku dan bapa-bapaku adalah pemberi Syafaat kepadanya pada hari kiamat, dan sesiapa yang kami berikan Syafaat padanya akan terselamat walaupun dia memiliki dosa-dosa yang sama berat dengan dosa tsaqalain (kedua-dua) jin dan Manusia; dan sememangnya aku diberitahu oleh bapaku, daripada datukku, dari bapanya (as) bahawa Rasulullah (sawas) bersabda:
 
"Sesiapa yang melihatku dalam tidurnya maka sesungguhnya dia telah melihatku, kerana syaitan tidak boleh menyerupai bentuk rupa ku, tidak juga dalam bentuk rupa sesiapa dari Aushiakku, tidak juga dalam bentuk rupa pengikut mereka, dan Rukya yang benar adalah sebahagian daripada tujuh puluh bahagian nubuwah.”[2]
 
 
وعن النبي (ص)، قال: (إذا اقترب الزمان لم تكد رؤيا المسلم تكذب، وأصدقكم رؤيا أصدقكم حديثاً، ورؤيا المؤمن جزء من خمسة وأربعين جزءاً من النبوّة)
 
Diriwayatkan daripada Nabi (S) bahawa baginda bersabda,
 
"Jika Zaman telah menghampiri, mimpi (rukya) orang Islam bukan suatu dusta dan yang paling benar di antara kamu dalam mimpi (rukya) adalah yang paling benar dalam ucapannya. Oleh itu mimpi (rukya) orang beriman adalah sebahagian daripada empat puluh lima bahagian nubuwah.”[3]
 
 
Diriwayatkan daripada Nabi (S) bahawa baginda bersabda,
 
"Ia merupakan sebahagian daripada tujuh puluh bahagian dari nubuwah."[4]
 
 
Diriwayatkan dari Rasulullah (S) bahawa baginda bersabda,
 
"Mimpi (rukya) orang beriman adalah sebahagian daripada tujuh puluh tujuh bahagian dari nubuwah."[5]
 
وعن علي (ع)، قال: (رؤيا المؤمن تجري مجرى كلام تكلّم به الرب عنده)
 
Diriwayatkan dari Ali (as) bahawa dia berkata,
 
"Mimpi (rukya) orang beriman dianggap sebagai ucapan Tuhan bercakap kepadanya."[6]
 
 
Nabi (S) bersabda,
 
"Jika Masa telah menghampiri, mimpi (rukya) orang mukmin bukan suatu dusta dan yang paling benar di kalangan mereka di dalam mimpi (rukya), adalah yang paling benar dalam ucapannya."[7]
 
 
Al-Alamah Al-Majlisi meriwayatkan di dalam kitab Bihar Al-Anwar dari kitab Jami' Al-Akhbar dan di dalam kitab Al-Ta'bir 3an Aimmah (as) berkata:
 
"Mimpi (rukya) orang beriman sahih kerana jiwanya kebaikan, dan keyaqinannya sahih, dan apabila ia keluar diangkat dari malaikat. maka itu ia [mimpi (rukya)] adalah wahyu (wahi) dari Allah, Yang Mulia dan Maha Berkuasa. "[8]
 
 
وعن رسول الله (ص)، قال: (من رآني في منامه فقد رآني، فإنّ الشيطان لا يتمثل في صورتي، ولا في صورة أحد من أوصيائي، ولا في صورة أحد من شيعتهم، وإنّ الرؤيا الصادقة جزء من سبعين جزءاً من النبوّة)
 
Diriwayatkan dari Rasulullah (S) bahawa baginda bersabda,
 
"Siapa yang melihat aku dalam tidurnya maka sesungguhnya ia telah melihatku, kerana syaitan tidak boleh menyerupai (shurah) bentuk rupaku, dan tidak juga bentuk rupa mana-mana Aushiaku, serta bentuk rupa mana-mana pengikut (syiah) mereka, dan mimpi (rukya) sebenar adalah sebahagian daripada tujuh puluh bahagian nubuwah." [9]
 
 
Diriwayatkan dari Rasulullah (S) baginda bersabda,
 
"Jika ia adalah akhir zaman, mimpi (rukya) mukmin bukan suatu yang dusta dan yang paling benar di antara kamu dalam mimpi (rukya) adalah yang paling benar dalam ucapannya.”[10]
 
 
وعن رسول الله (ص): (إذا اقترب الزمان لم تكد رؤيا المؤمن تكذب، وأصدقهم رؤيا أصدقهم حديثاً، ورؤيا المسلم جزء من ستة وأربعين جزءاً من النبوّة)
 
Diriwayatkan dari Rasulullah (SAW) baginda bersabda,
 
"Jika Zaman telah menghampiri, mimpi (rukya) orang Islam bukan suatu dusta dan yang paling benar di antara kamu dalam mimpi (rukya) adalah yang paling benar dalam ucapannya. Oleh itu, mimpi (rukya) Muslim adalah sebahagian daripada empat puluh enam bahagian nubuwah. "[11]
 
 
Diriwayatkan dari Rasulullah (S) baginda bersabda,
 
"Mimpi (rukya) orang beriman adalah sebahagian daripada empat puluh enam bahagian nubuwah." [12]
 
 
وعنه (ص) قال: (إذا رأى أحدكم الرؤيا يحبّها، فإنما هي من الله، فليحمد الله عليها وليحدّث بها)
 
Dan dari baginda (S) bersabda,
 
"Jika salah seorang di antara kamu telah melihat mimpi (rukya) yang disukanya, maka ia adalah dari Allah, maka hendaklah dia memuji Allah dan bercakap mengenainya."[13]
 
 
Diriwayatkan dari Rasulullah (SAW) baginda bersabda,
 
"Mimpi (rukya) orang beriman sebahagian daripada tujuh puluh tujuh bahagian nubuwah."[14]
 
 
Diriwayatkan dari Rasulullah (S) baginda bersabda,
 
"Mimpi (rukya) yang beriman adalah sebahagian daripada empat puluh bahagian nubuwah."[15]
 
 
Diriwayatkan dari Rasulullah (S) baginda bersabda,
 
"Mimpi (rukya) orang beriman atau orang Islam adalah sebahagian daripada empat puluh enam bahagian nubuwah.”[16]
 
 
Rasul Allah (S) bersabda,
 
"Mimpi (rukya) orang beriman adalah sebahagian daripada empat puluh enam bahagian nubuwah."[17]
 
 
Diriwayatkan dari Rasulullah (S), baginda bersabda,
 
"Jika Zaman telah menghampiri, mimpi (rukya) orang Islam bukan suatu dusta dan yang paling benar di antara kamu dalam mimpi (rukya) adalah yang paling benar dalam ucapannya.. Oleh itu, mimpi (rukya) orang Islam adalah sebahagian daripada empat puluh enam bahagian nubuwah."[18]
 
 
Rasul Allah (S) baginda bersabda,
 
"Mimpi (rukya) orang beriman adalah sebahagian daripada empat puluh bahagian nubuwah.”[19]
 
 
Diriwayatkan bahawa Allah menurunkan kepada Imam Musa Al-Kadzim (as) di dalam mimpi (rukya) bahawa Imam selepasnya adalah kepada anaknya Ali bin Musa Al-Ridha (as), Dari Yazid bin Salith Al-Zaidi berkata, "Kami bertemu Aba Abdillah (as) dalam perjalanan ke Mekah semasa kami satu jamaah jadi kami berkata kepadanya, 'Demi ayah dan ibuku, tuan adalah Imam yang disucikan dan tiada siapa yang tidak akan mati, jadi beritahu padaku suatu teka-teki siapakah yang (menjadi) khalifahku.’
 
Dia berkata aku, 'Ya mereka adalah anak-anak ku dan ini adalah tuan (ketua) mereka, (dan beliau menunjuk kepada anaknya Musa (as)) padanya ada ilmu pengetahuan, kebijaksanaan, kefahaman, kemurahan hati dan makrifah yang manusia hajatkan dengan apa yang mereka perselisihkan dalam urusan agama mereka dan dia mempunyai akhlak yang baik dan adab-kejiranan dan dia adalah pintu dari pintu-pintu Allah Taala (AWJ) dan satu lagi, 'Ia adalah lebih baik daripada semuanya.'
Jadi ayah aku berkata kepadanya, 'Demi ayah dan ibuku, dan apakah dia?' Beliau berkata, 'Allah akan membawa daripada dia penolong umat ini; dan yang melegakan, pengetahuan, kesedaran, kefahaman, kebijaksanaan, bayi yang terbaik dan belia yang terbaik. Olehnya, Allah akan mengelakkan pertumpahan darah, mendamaikan antara manusia, menyatukan kembali bahagian-bahagian, membahagikan dari pembukaan sempit, memberi pakaian pada yang tak berpakaian, mengenyangkan yang lapar, menenangkan yang takut, kerananya hujan turun dan daripadanya hamba-hamba mengambil arahan mereka, yang baik dengan tua yang muda belia, khabar gembira yang baik untuk kaumnya setelah dia dewasa, ucapannya adalah penghakiman dan diamnya adalah pengetahuan, dia menjelaskan kepada manusia apa yang mereka perselisihkan.”
 
Dia berkata, "Bapa ku telah berkata, 'Demi ayah dan ibuku, adakah dia akan mempunyai anak lelaki yang akan datang selepasnya?' Beliau berkata, 'Ya,' dan berhenti bercakap.”
 
Kemudian Yazid telah berkata, "Aku telah bertemu dengan Aba Al-Hassan (iaitu Musa bin Jafar (as)) dan berkata kepadanya, 'Demi ayah dan ibuku, aku mahu tuan agar memberitahuku apa yang bapa tuan telah maklumkan kepada ku.' Beliau berkata bahawa dia berkata, 'Ayahku (as) berada di zaman yang berbeza dari zamannya. "
Yazid berkata, "Aku berkata, 'Semoga laknat Allah atas sesiapa yang menerima ini dari kamu.’"
 
Dia berkata, "Dia ketawa kemudian berkata, 'Biar aku beritahu kamu ya Aba 3imaarah, aku meninggalkan rumahku kemudian aku berwasiat pada zahirnya kepada anak-anakku dan supaya mereka bekerjasama dengan anak ku Ali, dan aku menetapkan dia dalam wasiatku secara sembunyi (batin), dan aku telah melihat Rasulullah (S) dalam tidurku (mimpi  rukyaku) dan Amir Al-Mukminin (as) bersama baginda dan baginda mempunyai cincin, pedang, tongkat, kitab dan serban, dan aku berkata kepada baginda, 'Apa semua ini?’
 
Baginda bersabda, 'Adapun serban itu adalah Keagungan Allah AWJ, pedang adalah menjadi Kebanggaan Allah AWJ, kitab itu adalah Cahaya Allah AWJ, bagi tongkat itu adalah Kekuatan Allah AWJ, dan cincin itu adalah pengumpul daripada semua urusan ini. Beliau kemudian berkata, 'Rasulullah (S) bersabda,' Urusan ini akan dikeluarkan pada anak kamu Ali.’
 
Dia berkata, "Kemudian beliau berkata, 'Wahai Yazid, ini adalah suatu amanah yang kamu ada. Jangan dedahkan melainkan kepada orang yang berakal, atau pada hamba Allah yang telah diuji hatinya dengan iman, atau kepada orang yang jujur. Dan jangan kufur atas nikmat Allah Taala dan jika kamu ditanya untuk memberi kesaksian, maka berbuatlah, kerana Allah SWT berfirman,
 
﴿إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا﴾
 
{Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya,}[20]
 
 
dan Allah SWT berkata,
 
﴿وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ كَتَمَ شَهَادَةً عِنْدَهُ مِنَ اللَّهِ﴾
 
Dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang menyembunyikan kesaksian dari Allah yang ada padanya?" }[21]
 
 
Kemudian aku berkata, "Aku bersumpah demi Allah aku tidak akan berbuat demikian selamanya.”
 
Dia berkata, " Kemudian Abu Al-Hassan (as) berkata, 'Kemudian Rasulullah (S) menerangkan sifatnya kepadaku. Baginda bersabda, 'Ali anak kamu, yang melihat dengan cahaya Allah, dan mendengar dengan kefahaman-Nya, dan bercakap dengan kebijaksanaan-Nya, sentiasa betul tidak pernah silap, sentiasa tahu tidak jahil, dan telah dipenuhi dengan kebijaksanaan dan pengetahuan (ilmu dan hikmah). Bagaimana rendah martabat kamu dengan dia! Ia adalah suatu perkara yang pasti tidak berlaku, jadi apabila kamu kembali dari perjalanan kamu, perbaiki arahan kamu dan jelaskan permintaan kamu kerana kamu bergerak jauh dari dia dan jiran lain. Jadi kumpul anak-anak kamu dan bersaksilah kepada Allah atas mereka dan cukuplah Allah sebagai saksi.”
 
Beliau berkata, 'Wahai Yazid, aku akan diambil tahun ini, dan Ali anakku telah dinamakan Ali bin Abu Talib (as) dan telah dinamakan Ali bin Al-Hussain (as). Dia telah diberikan kefahaman yang pertama, dari ilmuNya, pertolonganNya, dan Pakaian jubah rasmiNya. Dan dia tidak boleh bercakap di hadapan Harun [Khalifah Abbasiyah] selama empat tahun, dan selepas empat tahun berlalu, tanyalah dia apa yang kamu mahu dan dia akan menjawabnya jika dikehendaki Allah SWT."[22]
 
 
Oleh itu mimpi (rukya) adalah jalan kepada wahyu Allah Yang Maha Suci dan ia masih terbuka selepas Muhammad (S), ini dipastikan dengan riwayat-riwayat dan kenyataan yang kukuh bahawa ia masih terbuka kepada manusia.
Oleh itu tidak ada penghalang untuk  sebahagian manusia yang beriman secara ikhlas kepada Allah Yang Maha Suci untuk mencapai makam nubuwah, dan Allah SWT boleh memberikan wahi (ilham) kepada mereka melalui jalan ini (mimpi (rukya)) dan Allah memberikan  mereka atas sebahagian Al-Haq (Kebenaran) dan Yang Ghaib dengan kurnia dariNya SWT.
 
Sudah semestinyalah para Imam (as) mencapai martabat nubuwah. Kebenaran dan perkara Ghaib sampai kepada mereka melalui rukya dan kasyaf. Ada begitu banyak riwayat-riwayat mengesahkannya. Sebahagian riwayat telah dinyatakan di atas. [23]
 
 
Oleh itu, adalah wujud kemampuan bagi orang mukmin dan orang yang ikhlas untuk mencapai maqam (martabat) nubuwah dan Allah memberi wahi (ilham) kepada mereka melalui jalan mimpi (rukya), perkara ini berlaku, sekurang-kurangnya ia dicapai oleh para Imam (as).
 
Adapun riwayat dari mereka (as) yang menafikan diri mereka sebagai Nabi, perkara ini difahami. Yang dimaksudkan dari penafian mereka adalah bahawa mereka adalah nabi-nabi yang diutus Allah SWT, jika tidak apakah maknanya apabila mereka mendapat khabar dari Roh Kudus? Dan apa apakah maknanya bahawa dia (Roh Kudus) bersama mereka dan tidak berpisah dengan mereka?[24]
 
 
Jadi, jika ini berlaku, apakah maknanya apabila Muhammad (S) adalah penutup(khatam) para Nabi(iaitu yang terakhir dari mereka)?
 
Dan juga apakah maknanya apabila baginda (S) penutup(khatim) para nabi (iaitu pertengahan antara mereka)? Kerana kedua-duanya iaitu [Penutup dan yang menutup] adalah gelaran kepada Nabi Muhammad (S).
 
Jadi untuk mengetahui jawapannya, kita perlu tahu sesuatu tentang maqam (kedudukan) Nabi Muhammad (S) dan beberapa perkara yang baginda miliki lebih daripada maqam (kedudukan) anak-anak Adam yang lain, bahkan ke atas mereka dari para nabi (as) khususnya .
 

[1] Quran 33:40
[2] Man la yahdarhu Al-Faqih- sheikh Al-Sodoq: Vol 2, halaman 584. ‘Uyoon Akhbar Al-Retha sheikh Al-Sodoq Vol 1, halaman 287. Al-Amali Sheikh Al-Sodoq, halaman 120
[3] Sahih Muslim: Vol 7, halaman 52. Sunan Al-Tirmidi: Vol 3, halaman 363. Sharh Usool Al-Kafi- Al- Mazndrani, Vol 11, halaman 476.
[4] Man la yahdarhu Al-Faqih- sheikh Al-Sodoq: Vol 2, halaman 584. Sharh Usool Al-Kafi, Vol 11, halaman 476.
[5] Bihar Al-Anwar, Vol 85, halaman 176. Kanz Al-Fawaid: halaman 211
[6] Bihar Al-Anwar, Vol 52, halaman 210. Kanz Al-Fawaid, halaman 211
[7] Al-Amali- sheikh Al-Tosi, halaman 386, Bihar Al-Anwar, Vol 85, halaman 172
[8] . Bihar Al-Anwar, Vol 85, halaman 176
[9] Bihar Al-Anwar, Jilid 58, halaman 176, di ambil dari Man La Yahdhuruh Al-Faqih Jilid 2, halaman 584, 3uyun Akhbar Al-Ridha (as) Jilid 1, halaman 287, Al-Amali Al-Syeikh Al-Shaduq, halaman 121, Bihar Al-Anwar, Jilid 49, halaman 283 dengan diganti – [فأنّ الشيطان .. لأنّ الشيطان
[10] Bihar Al-Anwar, Jilid 58, halaman 181
[11] Sunan Al-Tirmizhi: Jilid 3, halaman 363, Bihar Al-Anwar, Jilid 58, halaman 192, dan dalam Musnad Ahmad, Jilid 2, muka surat 507. Shahih Muslim, Jilid 7, muka surat 52 dan di mana pada kedua perkataan Al-Muslim diganti Al-Mukmin pada makna, seperti dalam Shahih Muslim 45 di ganti 40 tahun, dan dalam Shahih Bukhari, Jilid 8, halaman 77 di mana pada kedua perkataan Al-Muslim diganti Al-Mukmin pada makna
[12] Bihar Al-Anwar, Jilid 85, halaman 192
[13] Musnad Ahmad, Jilid 3, halaman 8, Shahih Bukhari, Jilid 8, halaman 83, Bihar Al-Anwar, Jilid 85, halaman 192
[14] Bihar Al-Anwar, Jilid 85, halaman 210
[15] Musnad Ahmad bin Hanbal, Jilid 4, muka surat 11 Sunan Al-Tirmizhi, Jilid 3, halaman 366, Al-Mu3jam Al-Kabir Jilid 19, halaman 205, Al-Jami3 Al-Saghir Jilid 2, halaman 6.
[16] Musnad Ahmad Ibn Hanbal, Jilid 5, halaman 319
[17] Shahih Muslim, Jilid 7, muka surat 53, Sunan Al-Tirmizhi, Jilid 2, halaman 123
[18] Sunan Ibn Majjah, Jilid 2, halaman 1289
[19] Sunan Al-Tirmizhi, Jilid 3, halaman 366
[20] Al-Nisaa’ 4:58
[21] Al-Baqarah 2:140
[22] 3uyun Akhbar Al-Ridha (as) Jilid 2, halaman 33
[23] Seperti contoh: Rukya Imam Al-Hussain (as) di mana beliau telah melihat bahawa anjing telah menyerang beliau dan salah seekor daripada anjing ini adalah berbelang-belang dan ia adalah yang paling garang dalam menyerang Al-Hussain (as) Jadi beliau memberitahu Shimr bin Zhi Al-Jawsyan (Laknahu Allah) "Dia adalah Kamu (anjing).", dan Shimr (Laknahu Allah) adalah tempang. Boleh rujuk Al-Kafi, Dar Al-Salam dan buku-buku hadits yang lain.
[24] Hisham Bin Salim meriwayatkan dari Ammar atau orang lain berkata "Saya berkata kepada Abi Abdillah (as) 'Dengan hukum apabila kamu menghakimi?' Dia berkata," Degan hukum Allah, hukum Daud dan hukum Muhammad (S) jadi jika sesuatu yang datang kepada kami yang tidak ada dalam kitab, maka Roh Kudus akan memberikan kepada kami dan Allah mengilhamkan kepada kami dengan ilham." Bashair Al-Darajat halaman 472     

Selamat Datang Khalifah Allah Al Mahdi: Pengenalan

Pengenalan

 

 

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً

                                                                                                                         

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengsihani.

Segala puji adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam,

dan selawat sanjungan Allah, atas  Muhammad dan keluarga Muhammad para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan..

 

 

﴿بسم الله الرحمن الرحيم﴾

﴿عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ * عَنِ النَّبَأِ الْعَظِيمِ * الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ * كَلَّا سَيَعْلَمُونَ * ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾

 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengsihani

{Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?? (1) Tentang berita yang besar, (2) yang mereka perselisihkan tentang ini. (3) Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui, (4) kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka mengetahui. (5)} [Al-Naba’ 78:1-5]

 

 

Berita kedatangan Khalifah Allah Al-Mahdi adalah berita besar. Ia kerap diperselisihkan. Tetapi kita tidak boleh bosan dengannya kerana ada banyak berita besar selainnya seperti kedatangan Al-Saah atau Kiamat dan kedatangan Rasul-rasul Allah di muka bumiNya.

 

Ia adalah kisah yang berulang di setiap zaman di mana terdapat Khalifah dari khalifah-khalifah yang diutus Allah di bumi dan langit-Nya. Dan ia adalah suatu kisah yang sentiasa diperselisihkan oleh penciptaan (Makhluk) terhadap Hujjah Allah ini kepada mereka iaitu yang terdiri dari para Nabi, Rasul-rasul dan Pengganti (Khalifah) mereka (as) – atau seperti yang Allah telah sebutkan dalam firmanNya ﴿النَّبَأِ الْعَظِيمِ﴾ {Berita yang besar} dalam ayat di atas.

 

Allah telah merakamkan ketika akan di utus Muhammad sebagai rasul kepada Bani Israel:

 

 

﴿وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّـهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ فَلَمَّا جَاءَهُم بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَـٰذَا سِحْرٌ مُّبِينٌ﴾ 

 

"Dan (ingatlah) ketika Isa ibn Maryam berkata: "Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, yaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad.". Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata"." [Al-Saff 61:6]

 

Apakah kesudahannya terhadap Bani Israel, umat Yahudi dan Keistian. Adakah mereka beriman dengan Muhammad (saw). Adakah kerana yang mereka tunggu Ahmad dan yang datang Muhammad? Tidak, malah merekalah yang membina Bandar Yatsrib (Madinah) untuk menunggu Nabi Penutup Muhammad (saw). Bahkan mereka mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Allah SWT berfirman:

 

﴿الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ وَإِنَّ فَرِيقًا مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ﴾

 

Orang-orang yang telah Kami beri Al Kitab mengenalnya Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian diantara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui. [Al-Baqarah 2:146] 

 

﴿الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمُ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنفُسَهُمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ﴾

Orang-orang yang telah Kami berikan kitab kepadanya, mereka mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka itu tidak beriman (kepada Allah). [Al-An3aam 6:20] 

 

Apabila Muhammad diutus mengikut Jalur (nasab) Ismail bin Ibrahim (as) mereka (ahli kitab) tidak beriman dengan Muhammad. Ini diingatkan Allah SWT dari pengajaran ayat di atas:

 

  1. Mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui
  2. Mereka merugikan diri sendiri kerana mereka itu tidak beriman

 

Maka Khalifah Allah Al-Mahdi adalah berita besar untuk akhir zaman. Apakah tindakan kita? Apakah kita biarkan kerana sudah terlalu banyak yang mendakwanya? Janganlah kita menzalimi (tidak berlaku adil) kepada diri kita sendiri.

 

 

﴿وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنْقَلَبٍ يَنْقَلِبُونَ﴾

           

{Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.} [Al-Syhu’araa’ 26::227].

 

Ingatlah firman Allah ﴿كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾

{Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui.} iaitu semasa kedatangannya (Khalifah Allah Al-Mahdi) dan bersabarlah dan kajilah

﴿ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾

{kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui.} iaitu semasa kedatangannya (Khalifah Allah Al-Mahdi).

 

Dan di hujung surah itu Allah mengingatkan

﴿إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ مَفَازاً﴾

{Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan,} [98 Al-Naba’ 78:31],

 

Mereka adalah orang-orang yang beriman kepada khalifah Allah yang dijanjikan oleh Rasulullah (saw), dan taat kepadanya dan mengikuti jejak langkahnya pada jalan yang lurus, dan mereka mengenal Allah melalui Khalifah Nya. Dan bagaimana menjadi Khalifah Allah bukan suatu {Berita yang besar}!? Dia (Khalifah Allah) juga adalah pintu untuk mengenal Allah, Dan bagaimana menjadi Khalifah Allah bukan suatu {Berita yang besar}!?

 

Dan dalam Al-Quran penjelasan berita yang besar ini adalah peringatan untuk orang yang mengambil peringatan dan untuk orang yang mengambil pengajaran, mudah-mudahan dia akan sedar dan menjadi salah seorang yang mengetahui dan yang sujud, dan supaya dia tidak kekal di dalam kejahilannya dan keangkuhan, dan supaya ia menjadi salah seorang daripada orang-orang yang memberi peringatan kepada orang lain seperti firmanNya SWT:

 

﴿قُلْ هُوَ نَبَأٌ عَظِيمٌ  *انْتُمْ عَنْهُ مُعْرِضُونَ* …….. وَ لَتَعْلَمُنَّ نَبَأَهُ بَعْدَ حِينٍ﴾

 

{Katakanlah: "Berita itu adalah berita yang besar,* yang kamu berpaling daripadanya *………. Dan sesungguhnya kamu akan mengetahui (kebenaran) beritanya setelah beberapa waktu lagi.):[Shaad 38:67,68 dan 88].

 

Semoga kita mendapat hidayah Allah SWT. Maka dihidangkan kepada saudara-saudari Kitab Selamat Datang Khalifah Allah Al Mahdi yang diiterjemah dari Kitab: مرحبا بخليفة الله المهدي atas Kedatangan Ahmad Al-Hassan yang Menuntut Sebagai Khalifah Allah Al-Mahdi.

 

 

 

والحمد لله رب العالمين

.Segala puji adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam,

 

 

Penterjemah

 

Ansar Imam Al-Mahdi

 

 

 

بسم الله الرحمن الرحيم

 

 

﴿قَدْ جَاءَتْكُم بَيِّنَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ 

 

Sesungguhnya telah datang kepadamu bukti yang nyata dari Tuhanmu. [Al-A’raaf 7:85] 

 

​  

﴿قَدْ جَاءَتْكُم بَيِّنَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ هَـٰذِهِ نَاقَةُ اللَّـهِ لَكُمْ آيَةً فَذَرُوهَا تَأْكُلْ فِي أَرْضِ اللَّـهِ وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوءٍ فَيَأْخُذَكُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ﴾

 

Sesungguhnya telah datang bukti yang nyata kepadamu dari Tuhanmu. Unta betina Allah ini menjadi tanda bagimu, maka biarkanlah dia makan di bumi Allah, dan janganlah kamu mengganggunya dengan gangguan apapun, (yang karenanya) kamu akan ditimpa siksaan yang pedih".[Al-A’raaf 7:73] 

 

 

﴿أَوْ تَقُولُوا لَوْ أَنَّا أُنزِلَ عَلَيْنَا الْكِتَابُ لَكُنَّا أَهْدَىٰ مِنْهُمْ فَقَدْ جَاءَكُم بَيِّنَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن كَذَّبَ بِآيَاتِ اللَّـهِ وَصَدَفَ عَنْهَا سَنَجْزِي الَّذِينَ يَصْدِفُونَ عَنْ آيَاتِنَا سُوءَ الْعَذَابِ بِمَا كَانُوا يَصْدِفُونَ﴾

 

Atau agar kamu (tidak) mengatakan: "Sesungguhnya jikalau kitab ini diturunkan kepada kami, tentulah kami lebih mendapat petunjuk dari mereka". Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata dari Tuhanmu, petunjuk dan rahmat. Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya? Kelak Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat Kami dengan siksa yang buruk, disebabkan mereka selalu berpaling. [Al-An’aam 6:157] 

 

 

Rasulullah saw bersabda:

 

)لتملان الأرض جوراً و ظلماً، فإذا ملئت جوراً و ظلماً، بعث الله رجلاً مني، اسمه اسمي، فيملؤها قسطاً وعدلاً، كما ملئت جوراً و ظلماً(

 

“Sungguh bumi akan penuh dengan ketidakadilan dan kezaliman. Jika telah dipenuhi ketidakadilan dan kezaliman, maka Allah mengutus seorang laki dariku, namanya adalah namaku. Ia akan memenuhi bumi dengan kemakmuran dan keadilan, setelah dipenuhi dengan ketidakadilan dan kezaliman.” (as-Silsilatu ash-Shahihah/al-Albani, no 1529)