Bantahan Komprehensif Al-Yamani Bukan Dari Negara Yaman Moden

Nampaknya persoalan Yamani dari Yaman masih lagi diputarkan iramanya oleh para penentang dakwah Ahmed Al-Hasan. Kami sudah tanggapi isu ini berkali-kali, namun kerana dihidupkan semula, maka tiada salahnya saya menanggapi secara ringkas point-pointnya agar tiada lagi keraguan sekitar Yamani dari Yaman.

 

Point Pertama: Yaman Bukan Negara Yaman

 

Terdapat banyak pembuktian yang menunjukkan apabila para Imam menyebutkan sebutan Yamani dan Yaman, ia tidak merujuk kepada negara Yaman di masa kini. Perlu diingat bahawa Yaman merujuk kepada sebuah wilayah yang sangat besar merangkumi Hijaz malah sedikit Iraq. Sementara negara Yaman sekarang ini masih baru diasaskan dan dibahagikan wilayahnya di abad ke 20.

 

Terlalu mudah untuk kita sekadar menyatakan Yaman di dalam sebutan hadis adalah Yaman sebagai negara di zaman ini. Saya akan bahaskan beberapa contoh hadis yang membuktikan Yaman bukan merujuk kepada negara Yaman moden.

 

  1. Nabi Muhammad Adalah “Dari Yaman”

 

فقال رسول الله صلى الله عليه وآله: “كذبت، إن خير الرجال أهل اليمن، والايمان يمان وأنا يماني,”

 

Diriwayatkan dari Nabi Muhammad (s) bersabda: “Kamu telah berdusta, sesungguhnya lelaki terbaik adalah Ahli Yaman, dan Iman adalah Yaman dan aku adalah Yamani.”

 

Rujukan:

 

→Kanz al’Aamil, Jil.12 hal.54, Hadis.33967

→al-Usool alSita Ashara hal.81 (atau al-Usool alSita Ashara min al-Usool al-Awaliya hal.250)

→Mustadrak Safeenat alBihar, Jil.10 hal.602

→Bihar alAnwar, Jil.57 hal.232

 

Pemerhatian: Jelas Nabi bukan berasal dari Yaman Moden, bermakna sebutan Yaman tidak boleh sama sekali dinisbatkan Yaman Moden.

 

  1. Wilayah Yaman Meliputi Kawasan Lebih Dari negara Yaman Moden

 

وقال الجزري: “في الحديث الايمان يمان، والحكمة يمانية، إنما قال (صلى الله عليه وآله) ذلك لان الايمان بدا من مكة وهي من تهامة، وتهامة من أرض اليمن، ولهذا يقال: الكعبة اليمانية،”

 

Berkata Al-Jazari (seorang ulama): “Di dalam hadith “Iman dari Yaman dan hikmah adalah Yamani”, baginda (s) menyatakan sebegini kerana Iman bermula dari Makkah, dan ia sebahagian dari Tuhama, dan Tuhama adalah sebahagian dari bumi Yaman, dan kerana ini disebutkan Kaabah Al-Yamani.”

 

Rujukan: Manaqib Ali Abi Thalib, Jilid 1 halaman 133, Bihar Al-Anwar, Jilid 16, halaman 106

 

Jelas dari sini, menyebutkan kalam “Yaman” oleh Ahlulbayt (a) sebagai negara Yaman moden adalah satu kesimpulan yang terburu-buru, memandangkan wilayah Yaman meliputi banyak negara Arab sementara negara Yaman moden baru diasaskan dalam abad ke 20.

 

Ini belum lagi kalam agamawan awal seperti Allamah Majlisi yang menyebutkan hadis-hadis Imam Ma’sum sebagai hikmah Yamani. Rujuk prakata Allamah Majlisi dalam kitab Bihar Al-Anwar, Jilid 1. [و مهد أراضي قلوب المؤمنين لبساتين الحكمة اليمانية فدحاها]

 

Kesimpulan: Saya merasa tidak tenang untuk menerima tafsiran pihak penentang bahawa Yaman yang disebutkan adalah negara Yaman moden memandangkan sebutan dari Khalifah Allah dan agamawan awal menyebutkan sebaliknya. Malah perkataan Yaman dan Yamani itu sendiri mempunyai banyak maksud yang lain, dan telah kami bahaskan di sini: http://www.eramahdi.net/2012/12/28/al-yamani-antara-bahasa-dan-personaliti/ dan http://www.eramahdi.net/2013/01/03/kepelbagaian-al-yamani-dan-al-yamani-dari-yaman/

 

Cabaran kepada lawan: Pihak lawan harus membawakan sebuah dalil muhkam bahawa Yaman yang disebutkan dalam hadis mereka adalah negara Yaman moden yang baru diasaskan pada abad ke 20 ini, memandangkan Nabi sendiri menyebutkan dirinya sebagai Yamaniun.


Point Kedua: Al-Bada Boleh Terjadi Pada Tempat Kemunculan

Masih terngiang-ngiang kisah Bani Israel yang menolak Nabi Isa (a) kerana kononnya tempat kemunculan beliau tidak seperti yang disebutkan dalam Perjanjian Lama. Saya sudah pasti tidak mahu “menolak Al-Yamani” jika ia muncul dari tempat selain dari negara Yaman moden. Mujurlah para Imam Ahlulbayt sudah memberi amaran akan hal ini:

 

عن أبي عبيدة الحذاء: قال: سألت أبا جعفر عليه السلام عن هذا الأمر, متى يكون؟ قال: “إن كنتم تؤملون أن يجيئكم من وجه , ثم جاءكم من وجه فلا تنكرونه”

 

Abi Abidah Al-Haza bertanya kepada Abu Jaafar tentang urusan ini, dan bagaimana ia akan terjadi: “Jika kamu berharap beliau datang kepada kamu dari suatu tempat, dan kemudiannya beliau datang kepada kamu dari tempat lain, jangan menolak beliau.”

 

Rujukan:

 

→al-Imama wal Tabasir, hal.94, bab 23, Hadith.85

→Mu’jam Ahaadeeth al-Imam alMahdi (as) jil.3 hal.262 Hadith.789

→Bihar al-Anwar, jil.52, hal.268, Bab 25, Hadith.157

 

Pemerhatian: Dengan sebutan ini, maka saya tidak lagi boleh menjadikan “keluarnya Yamani dari negara Yaman moden” sebagai prasyarat utama, kerana para Imam melarang saya menolaknya.

 

Yamani adalah seorang hujjah Allah, maka cara untuk mengenalinya harus dikembalikan kepada kaedah mengenal hujjah yang diajarkan oleh para Hujjah. Kaedah ini terlindung, dan tidak dapat dituntut oleh sesiapa pun melainkan oleh empunyanya yang sebenar. Kami telah bahaskan tanpa kalah dan bantahan kaedah ini, yang masih tertegak tanpa tentangan sehingga kini. Baca di link berikut:

 

http://www.eramahdi.net/2011/12/17/peraturan-ilahi-dalam-mengenali-hujjah-atau-khalifah-allah-di-muka-bumi/

 

http://www.eramahdi.net/2013/02/28/bagaimana-mengenali-shohibul-amr-pemilik-urusan/

 

http://www.eramahdi.net/2012/11/03/bagaimana-mengenal-washi-sebenar/


 

Point Ketiga: Panji Kebenaran Semuanya Dari Timur

 

Terlalu banyak hadis yang menyebutkan panji hitam / panji kebenaran / panji Al-Mahdi datang dari timur. Dan panji apa lagi yang lebih benar dan wajib ditaati berbanding Panji Al-Yamani, yang merupakan Panji Al-Mahdi?

 

 

 

ورد عن النبي (ص): (… وسيخرج من هذا – أي علي (ع) – فتى يملأ الأرض قسطاً وعدلاً فإذا رأيتم ذلك فعليكم بالفتى اليمني، فإنه يُقبل من المشرق، وهو صاحب راية المهدي).(المهدي المنتظر الموعود/ ب4: 107).

 

Nabi (sawas) memegang tangan Al Abbas dan tangan Ali (a.s) sambil berkata: “Di sana akan terdapat lelaki daripada keturunan lelaki ini (Al Abbas) yang akan memenuhi bumi dengan ketidakadilan dan penindasan, dan akan ada juga dari keturunan lelaki ini (Ali a.s) yang akan menyebarkan keadilan dan ketenangan. Apabila kamu melihat perkara ini berlaku, hendaklah kamu pergi kepada lelaki yang dia adalah Yamani, yang datang dari timur dan dia adalah seorang yg bersama-sama dengan panji Al Mahdi.” [Al-Mahdi Al-Muntather Al-Maw’ood bab 2, ms 207]

 

Jelas sebenarnya Yamani dari timur, bukan negara Yaman moden.


Dengan tiga point ini, maka hancurlah hujah bahawa Yamani itu berasal dari negara Yaman moden. Malah hakikatnya, sejarah dan hadis membuktikan, tempat kemunculan Al-Yamani itu tidak relevan dijadikan pegangan utama, kerana perancangan Allah yang ketat untuk melindungi urusanNya dari musuh. Pegangan yang harus dicengkam adalah Kaedah Mengenal Hujjah yang terlindung dari dituntut pendusta.

 

Saya ingin menyertakan juga beberapa hujah dokongan lain yang membuktikan Yamani bukan dari negara Yaman moden.


  1. Manuskrip awal kitab Kamaluddin wa Tamam Am-Ni’mah tidak menyatakan sebutan “dari Yaman”

 

Teks Kamaladdin wa tamam an ni’mah berusia 300 tahun

 

p1645 p1647


  1. Banyak rujukan lain yang meriwayatkan hadis ini tidak menyebut sebutan dari Yaman antaranya seperti berikut:

 

  • Ilaam Al-Wara Bi’Alam Al-Huda Jil.2 hal.233, Sheikh Al-Tabrasi
  • Kashf Al-Guma, Ibn Abi Al-Fateh Alarbili
  • Muntakhab Al-Anwar Al-Muthe’a , Sayed Buha Al-Deen Al-Najafi
  • Ithbat Al-Hudat, Muhammad ibn Hassan Al-Hur Al-Ameli Kamal Al-Deen jil.3 hal.468
  • Bihar Al-Anwar Jil.51 hal.218

 

Dan banyak lagi kitab yang tidak perlu disebutkan di sini. Dengan wujud banyak sekali riwayat yang tidak menyebutkan kedatangan Al-Yamani dari Yaman, menjadikan status sebutan tersebut sangat musykil untuk diterima begitu sahaja.


Pendapat bahawa Al-Yamani muncul dari Iraq turut dikongsi oleh ulama Syiah berikut:

Maka jelas, bukan kami sahaja yang menyatakan Yamani bukan dari negara Yaman moden.


Kesimpulan perbahasan:

 

  1. Setelah ditanggapi penghujahan yang diberikan, saya secara peribadi tidak dapat menerima secara terus bahawa Yaman yang disebutkan sebagai tempat kedatangan Al-Yamani adalah  negara Yaman Moden yang baru wujud di abad ke duapuluh ini.
  2. Para Imam Ahlulbayt memberi amaran untuk tidak menolak Pemilik Urusan jika beliau datang dari tempat yang berbeza dengan apa yang diharapkan.
  3. Sebutan Al-Yamani tidak tepat untuk dinisbatkan kepada tempat geografi, tetapi lebih tepat untuk dinisbahkan kepada gelaran individu yang merupakan orang kanan kepada Imam Mahdi
  4. Mutawatir hadis menunjukkan panji kebenaran dan panji Al-Mahdi akan muncul dari timur. Yamani adalah pemilik panji kebenaran dan panji Al-Mahdi. Beliau menyeru kepada Sahib Az-Zaman
  5. Teks awal kitab Kamaluddin tidak mempunyai kalimah (dari Yaman) dan begitu juga kitab-kitab lain pada hadis ini. Kami percaya terdapat tahrif pada hadis ini.
  6. Ulama Syiah juga menyatakan Al-Yamani akan muncul di Iraq, bukan negara Yaman moden kini.

 

Segala pujian bagi Allah, dengan ini saya tutup perbahasan ringkas ini. Allah Lebih Mengetahui.

 

Bantahan Ke Atas “Dalil Wajib Taqlid” Shiah – “maka adalah dibolehkan untuk orang awam mengikuti mereka”

PEMBATALAN TAQLIDYa, semua hujah taqlid Shiah Maraji3 akan kembali kepada hadis berikut:

Oleh itu, para fuqaha yang menjaga jiwa mereka, yang melindungi agama mereka, yang menentang keinginan dan nafsu jahat mereka, serta mereka yang taat kepada perintah Tuan mereka, maka adalah dibolehkan untuk orang awam mengikuti mereka dalam isu-isu agama(bertaqlid) dan tahap spiritual ini hanya diperolehi dari sesetengah ulama Syiah sahaja, bukan semua mereka.

 

Tiada satu pun dalam hadis tersebut yang menyebut taqlid itu adalah wajib. Jika benar pun konteksnya adalah seperti yang ingin dipamerkan oleh Shiah Maraji3, maka ia hanyalah mustahab.

 

Imam menyebut: "فللعوام ان يقلدوه" -fa lil awaam an yuqalidooh-[Wasael AlShia v.27 hal.131] "untuk orang awam mengikutinya". Dari terma ini, ia tidak membuktikan sebarang kewajiban taqlid, dengan kata lain, taqlid bukanlah wajib atau bersifat fardhu. Namun jika disebutkan "فعلى العوام ان يقلدوه" maka barulah ada kemungkinan ia menjadi wajib kerana perkataan "ala-على" yang bermaksud "ke atas orang awam untuk bertaqlid padanya."

 

Bantahan B:

 

Hadis ini dhaif di sisi standard keilmuan Shiah Maraji3, maka bagaimana ia bisa dijadikan hujah atau sebahagian dari pegangan aqidah, sedangkan kalian memerlukan hadis yang mutawatir dan sanad yang kuat untuk diterima sebahagian dari aqidah.

 

Saya kongsikan di sini apa pendapat ulama-ulama kalian tentang hadis ini.

 

Sayed Al-Khu'i : Mu3jam Rijal Al-Hadis

 

ومنهم آية الله السيد الخوئي صاحب " معجم رجال الحديث " قال فيه: التفسير المنسوب إلى الإمام العسكري عليه السلام إنما هو برواية هذا الرجل (علي بن محمد بن سيار) وزميله يوسف بن محمد بن زياد، وكلاهما مجهولا الحال ولا يعتد برواية أنفسهما عن الإمام عليه السلام اهتمامه عليه السلام بشأنهما وطلبه من أبويهما إبقاءهما لافادتهما العلم الذي يشرفهما الله به

"Tafsir yang dinisbahkan kepada Imam Al-Askari (atasnya salam) ia diriwayatkan dari rijal ini (Ali bin Muhammad Bin Sayar) dan kawannya Yusuf bin Muhammad Bin Ziyad dan kedua mereka adalah Majhul serta riwayat mereka tidak dipercayai dari Imam (salam atasnya)…" Rujukan: Mujam Rijal Al-Hadis v.13/hal.15

Al-Khu'i juga menyebutkan perkara berikut tentang taqlid:

 

قول المحقق الخوئي حين ذكر التقليد قائلاً : ﴿ إن التكلم في مفهوم التقليد لا يكاد أن يترتب عليه ثمرة فقهية اللهم إلا في النذر . وذلك لعدم وروده في شيء من الروايات ﴾﴿ – كتاب الاجتهاد والتقليد – السيد الخوئي – شرح ص 81 ﴾

 

"Bercakap tentang pemahaman taqlid hampir tidak mempunyai sebarang nilai fiqh, demi Allah kecuali dalam Nazar. Ini kerana tiada sebarang darinya (perkara taqlid) disebutkan dalam riwayat." Kitab Al-Ijtihad Dan Taqlid hal.81

 

Hur Al-Amili : Wasail

 

.لحر العاملي في الوسائل قائلاً : ﴿ أن هذا الحديث لا يجوز عند الأصوليين الاعتماد عليه في الأصول ولا في الفروع ، لأنه خبر واحد مرسل ، ظني السند والمتن ضعيفا عندهم ﴾﴿ – وسائل الشيعة – الحر العاملي – ج 27 – ص 132

 

"Hadis ini tidak dibenarkan untuk Usuli bersandar padanya untuk Usul mereka malah bukan juga untuk Furuk kerana ia riwayat yang wahid mursal, sanadnya meragukan dan lemah matannya." Wasael Al-Shia v.27 hal.132

 

Sayed Khumaini (moga Allah merahmatinya)

 

كنه مع ضعف سنده … انه مخدوش من حيث الدلالة لأن صدره في بيان تقليد عوام اليهود من علمائهم في الأصول حيث قال : وان هم الا يظنون ﴾﴿ الرسائل – السيد الخميني – ج 2 – ص 139﴾

 

Sayed Khumaini: "Dengan sanadnya yang lemah.. ia telah rosak pembuktiannya kerana (riwayat ini) dikeluarkan untuk menjelaskan tentang Yahudi dari ulama mereka dalam Al-Usul untuk firman Allah: mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-­‐ sangkaan sahaja ." Al-Rasail, v.2 hal.139

dan:

 

وذلك في قوله : ﴿ فالرواية مع ضعفها سندا ، واغتشاشها متنا ، لا تصلح للحجية﴾﴿ – الاجتهاد والتقليد – السيد الخميني – ص 97 – 98﴾ .

 

"Riwayat ini lemah sanadnya, syubhah isinya dan tidak boleh digunakan untuk berhujah.” Ijtihad dan Taqleed – Sayed AlKhomeini hal.97-98

 

Cukup dahulu kami kongsikan pendapat tiga ulama besar yang disanjung tinggi oleh kalian. Mereka dan ramai lagi ulama mengatakan bahawa hadis ini dhaif, maka bagaimana kalian boleh beramal dengannya?

 

Bantahan C :

 

Konteks hadis ini dapat diketahui dari hadis penuhnya. Ini adalah hadis yang sangat panjang, dan hanya mengambil satu bahagian kecil dari keseluruhan hadis adalah sangat tidak ilmiah. Hadis penuh boleh didapati di link ini: http://www.yasoob.org/books/htm1/m013/11/no1192.html

 

Seperti yang disebutkan oleh Sayed Khumaini, moga Allah redha atas ruhnya, hadis ini merupakan penjelasan kepada ayat Quran Al-Baqarah 77 dan 78 yang merupakan kritikan terhadap sangkaan-‐sangkaan. Berikut adalah terjemahan penuh bahasa Melayu dan sedikit teks Arab. Teks Arab Penuh boleh di dapati di link di atas.

 

(Mereka berani berkata demikian) dan tidakkah mereka ketahui bahawasanya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan? Dan di antara mereka pula ada orang-­orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-­penerangan bohong (dari ketua-­ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-­ sangkaan sahaja.

 

Imam Hassan al Askari meriwayatkan bahawa: Allah swt berfirman kepada Nabi(s): Ya Muhammad! Dikalangan bangsa Yahudi itu ada yang tidak pandai membaca dan menulis, seperti seorang Ummi, seolah-­olah seperti orang yang baru dilahirkan dan tidak tahu menulis dan membaca. Mereka adalah orang yang tidak mengetahui kitab suci juga kitab yang memalsukannya, dan tidak dapat membezakan antara keduanya, melainkan jika seseorang membacakan kepada mereka, lalu mengatakan “ini adalah dari Allah”. Dari apa sahaja yang ditulis di dalamnya, jika ada orang lain yang menyatakan perkara yang berlawanan, mereka tidak akan dapat mengenalpasti perkara itu. Orang-­orang ini hanya berkata-­kata berdasarkan sangkaan, dan memalsukan Nabi Muhammad(s) dan ketua para keturunannya, Ali Ibn Abi Thalib. Barangsiapa yang melakukan pemalsuan ini, ini adalah kerana taqlid, walaupun haram untuk mereka melakukannya.

 

Seseorang datang kepada Imam Jaafar al Sadiq(as) dan bertanya: “Wahai anak Rasulullah(s)! Apakah sebabnya Allah swt mengutuk Yahudi kerana mereka tidak dapat mengenali AyatoLlah tanpa mendengar kepada paderi mereka, sedangkan mereka tidak mempunyai jalan selain dari ini. Mengapa mereka dikutuk kerana mereka bertaqlid kepada ulama mereka, dan mentaati mereka sedangkan orang mereka adalah seperti orang kita, mereka tidak dibenarkan mendengar ulama mereka, sedangkan kita dibenarkan untuk mendengar ulama kita?

 

Imam(as) menjawab: “Di antara orang kita dan ulama kita, dan mereka bersama ulama mereka, terdapat perbezaan juga persamaan. Yang sama adalah Allah swt telah mengutuk Muslimin kerana bertaqlid kepada ulama mereka seperti mana terkutuknya kaum Yahudi kepada bertaqlid kepada ulama mereka. Tentang persamaan pula, orang kita tidak dikutuk kerana bertaqlid kepada ulama mereka”. Orang itu bertanya semula: “Bolehkah kamu menerangkan sebabnya?”

 

Imam(as) menjawab: “Kaum Yahudi mengetahui bahawa ulama mereka pernah membohongi mereka, makan benda yang haram dan mengambil rasuah, serta atas galakan seseorang, ulama mereka mengubah hukum Allah, dan mereka juga mengetahui ulama mereka sangat prejudis yang menyebabkan mereka tersesat dari agama mereka. Apabila para ulama ini berurusan dengan rasa prejudis pada seseorang, mereka akan menafikan haknya, sedangkan mereka akan memberikan kekayaan kepada orang yang mereka sukai, maka mereka tidak adil terhadap orang yang benar. Mereka sudah semestinya tahu bahawa paderi mereka membuat amalan haram, namun, walaupun kaum Yahudi ini tahu barangsiapa yang melakukannya adalah pembuat kerosakan, dan mereka tahu bahawa ulama ini tidak menerima Nabi sebagai wasilah antara Allah dan makhluqnya, mereka masih sahaja bertaqlid kepada mereka. Inilah sebab-­musabab kutukan Allah ke atas mereka. Mereka bertaqlid kepada orang yang mereka tahu mengambil kata-­kata dari mereka (para ulama) adalah tidak betul, dan menjadi wajib ke atas mereka untuk berfikir tentang Nabi(s) kerana hujjah baginda(s) adalah jelas dan terang serta diketahui ramai.

 

Perkara yang sama juga untuk Ummah ini, apabila mereka mengetahui ulama mereka terlibat dalam kerosakan dan kezaliman, dan sangat prejudis, dan secara terbuka cenderung kepada kekayaan duniawi dan perkara yang haram, serta mereka memusnahkan sesiapa yang ditanggapi secara prejudis sedangkan boleh untuk dinasihati dengan nasihat yang baik.

 

Kepada orang-­orang yang rapat dengan mereka(para ulama) akan dilayan dengan baik sedangkan mereka mungkin sahaja layak mendapat kehinaan dan hukuman. Jadi, orang-­orang kita yang bertaqlid kepada paderi ini adalah sama seperti Yahudi yang telah dikutuk kerana bertaqlid kepada ulama yang membuat kerosakan dan zalim.

Oleh itu, para fuqaha yang menjaga jiwa mereka, yang melindungi agama mereka, yang menentang keinginan dan nafsu jahat mereka, serta mereka yang taat kepada perintah Tuan mereka, maka adalah dibolehkan untuk orang awam mengikuti mereka dalam isu-isu agama(bertaqlid) dan tahap spiritual ini hanya diperolehi dari sesetengah ulama Syiah sahaja, bukan semua mereka.

 

Sifat-­sifat ini hanya akan didapati pada sesetengah ulama Syiah sahaja dan bukan semua mereka, kerana ulama ini adalah seperti ulama yang melakukan kerosakan dari kalangan Muslim, yang melakukan amalan jahat, tidak menerima arahan kami serta menghormati arahan kami. Demi mendapatkan penghormatan dari masyarakat, mereka telah menambah banyak perkataan mereka kepada perkataan kami. Apabila ayat kami sampai kepada pembuat kerosakan, mereka mengubahnya kerana kejahilan mereka, dan mereka meletakkan di tempat yang salah kerana kekurangan akal mereka dan dengan sengaja membuat kebohongan terhadap kami agar mereka dapat mengumpul kekayaan dunia, dan ini adalah pintu masuk neraka bagi mereka.

 

Akan ada sekumpulan Nasibi yang tidak dapat menolak wilayah kami, namun mereka mempelajari ilmu kami yang benar dan membawanya kepada Syiah kami. Mereka bercakap tentang kekurangan kami kepada musuh kami dan mereka menambah beberapa perkataan yang palsu, yang mana kami berlepas diri darinya dan sangat menjengkelkan kami.

Sesetengah dari Syiah kami yang taat menerima perkara ini sebagai ilmu yang datang dari kami, Ahlulbait(as) yang suci. Mereka ini adalah sesat dan menyesatkan yang lain.

 

Orang-­orang jenis ini akan merosakkan Syiah yang berakal lemah lebih teruk dari apa yang telah dilakukan oleh tentera Yazid kepada Imam Hussain(as) dan para sahabatnya, kerana mereka mengambil nyawa dan harta. Di mata kami, ia lebih merosakkan dari tentera Yazid.

 

Para ulama nasibi ini, yang menggambarkan diri mereka sebagai sahabat kepada sahabat kami dan musuh kepada musuh kami, mencipta keraguan di dalam kepercayaan Syiah kami, menyesatkan mereka, dan menghalang mereka dari berjalan di jalan kebenaran dan suci.

 

Tetapi, dari kalangan mereka yang tersesat ini, yang mana Allah swt mengetahui niat mereka untuk menjaga agama mereka, menghormati dan meninggikan washi Allah, Dia tidak akan membiarkan mereka terus sesat dengan orang kafir yang merosakkan ini, dan melantik seorang mukmin untuk menunjukkan beliau jalan kebenaran, dan kemudian DIa memberikannya kefahaman untuk menerima nasihatnya. Dan dengan cara ini, wujud kebaikan kepada orang itu di dunia dan akhirat, sementara wujud laknat kepada mereka yang menyesatkan beliau.. mengumpul hukuman di akhirat.”

 

Kemudian Imam Al Sadiq(as) bersabda: Nabi(s) bersabda: “Ulama perosak dan jahat dari Ummah ku adalah mereka yang menyesatkan orang ramai dari kami, memotong jalan mereka dari kami dan memanggil mereka dengan menggunakan nama kami..”

 

Sekaligus, hadis ini membincangkan tentang:

 

  • Ulama jahat
  • Ulama yang melakukan kerosakan
  • Ulama yang mementingkan harta
  • Ulama ini sangat merbahaya kepada Shiah.
  • Tidak semua ulama boleh diikuti
  • Sedikit sekali ulama yang mempunyai kualiti yang boleh diikuti

 

Inilah hakikat sebenar hadis ini. Bukan mewajibkan taqlid.Malah mengkritik ulama yang menyesatkan umat Shiah, lebih merbahaya dari apa yang dilakukan oleh Yazid bin Muawiyah.

 

Kesimpulan: Setelah perbahasan di atas, jelas, riwayat ini bukan dalil taqlid yang terpakai dan boleh dihujahkan. Kami memahami hadis ini selaras dengan hadis Aimmah yang lain, iaitu untuk merujuki perawi hadis, beramal dengan hadis bukan bertaqlid kepada si perawi hadis.

 

P/S: Sekadar perkongsian, siapakah yang memulakan bidaah kewajipan taqlid ini? Beliau adalah Sheikh Kazem Yazdi.500px-سید_محمدکاظم_طباطبائی_یزدی

 

Marja’ Shiah: Sesiapa Yang Mengundi Terkeluar Dari Islam

 

cover1 page1

 

Kitab: Marja'iya AlDeenya Min AlDhaat ila Almu'asasa

Penulis: Hussain Barakat AlShami halaman 101

Sayed Isfahani, Sheikh AlKhalisy dan Sheikh AlNaini telah mengeluarkan fatwa mengharamkan penyertaan di dalam pilihanraya. Dan fatwa Sayed AlIshfahani adalah seperti berikut:

(Kepada saudara Muslim sekalian: Pilihanraya ini akan memusnahkan umat Muslimin, jadi barangsiapa yang mengundi selepas mengetahui pilihanraya itu adalah haram, isterinya akan menjadi haram untuknya, begitu juga ziyarahnya, dan haram memberi salam kepadanya, dan tidak dibenarkan untuk beliua menggunakan tandas Muslimin." (1)

Sebagai tambahan, ulama Najaf dan Karbala telah mengeluarkan fatwa serupa seperti di atas berkenaan memboikot pilihanraya dan menganggap sesiapa yang terlibat dengannya sebagai terkeluar dari Islam; dan ini tersebar di seluruh Iraq, di berbagai daerah.(2)

______

1-Abdulhareem AlRaheemi Tareeikh AlHaraka AlIslamiya fil Iraq halaman 260

 

2-Farooq Saaleh AlUmr, AlMu'ahadat AlIraqiya AlBuraitanya halaman 82-86

Kenabian(Pemberitaan) dan Kerasulan (Pengutusan) Selepas Muhammad? Part 2

Muhammad: Khatam dan Khatim Kenabian

BW-message-from-God1

Kini kita arahkan diri kita kembali kepada Muhammad SAW sebagai penutup para nabi dan penamat mereka, kerana baginda SAW adalah yang terakhir dari nabi-nabi dan rasul-rasul utusan Allah SWT, dan risalahNya, KitabNya Al-Quran, dan syariatNya itu kekal sehingga hari kiamat kerana tidak ada agama yang wujud selepas agama Islam:

 

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإسْلامِ دِيناً فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

 

{Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.} [ Al-Imran 3:85 ]

 

Walaubagaimanapun, peluang mencapai makam nubuwwah masih terbuka untuk anak-anak Adam. Sesiapa pun dari orang-orang mukmin yang ikhlas kepada Allah SWT dalam amalan dan ibadah boleh mencapai makam nubuwwah. Malah masih ada laluan wahyu(ilham) dari Allah SWT untuk anak-anak Adam melalui rukyah yang dapat dirasakan dalam realiti kehidupan.

 

Adapun berkenaan pengutusan para Rasul yang telah mencapai makam nubuwwah dari Allah SWT, samada untuk memelihara syariat Muhammad SAW iaitu agama Islam, atau untuk memperkenalkan agama baru, ia tidak lagi wujud kerana Allah SWT telah menamatkannya dengan terutusnya Muhammad SAW.

 

Walaubagaimanapun, selepas terutusnya Muhammad SAW, seorang manusia sempurna, Khalifah Allah Sebenar, dan kemunculan Allah di Faran, urusan(perintah) untuk pengutusan diperbaharui oleh Muhammad SAW maka semua para Imam AS mereka adalah utusan-utusan kepada umat ini, dihantar oleh Muhammad SAW(Allah di kalangan penciptaan).

 

Allah SWT berfirman,

 

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ رَسُولٌ فَإِذَا جَاءَ رَسُولُهُمْ قُضِيَ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ وَهُمْ لا يُظْلَمُونَ

 

{Dan bagi tiap-tiap umat mempunyai rasul; maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil dan mereka (sedikitpun) tidak dianiaya.} [Yunus 10:47 ]

 

Dari Jabir dari Abi Jafar (as) berkata, "Aku bertanya kepadanya tentang tafsiran ayat ini,

 

{ Dan bagi tiap-tiap umat mempunyai rasul; maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil dan mereka (sedikitpun) tidak dianiaya. }

 

Dan beliau AS berkata, "Tafsiran tersembunyi ayat ini adalah untuk setiap abad(kurun) umat ini ada seorang Rasul dari (keturunan) Aali Muhammad yang muncul kepada abad beliau dihantar sebagai utusan. Mereka adalah auliak dan mereka adalah rasul. Adapun firmanNya:

 

{ maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil dan mereka (sedikitpun) tidak dianiaya ,}

 

beliau berkata, "Maknanya adalah bahawa rasul-rasul yang menghukum di antara mereka dengan adil, dan mereka tidak melakukan kezaliman sebagaimana Allah berfirman." [ Tafsir Al-Ayasyi Jilid 2 Halaman 123, Tafsir Nur Al-Tsaqalain Jilid 2 halaman 305, Bihar Al-Anwar Jilid 24 halaman 306. ]

 


 

Allah SWT berfirman,

 

 إِنَّمَا أَنْتَ مُنْذِرٌ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ

 

{Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk.} [ Al-Rad 13:7. ]

 

Dari Al-Fudhail berkata,"Aku bertanya kepada Aba Abdillah AS mengenai kata-kata Allah AWJ { bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk .} Beliau (as) berkata," Setiap Imam adalah petunjuk untuk kurun zamannya." [ Al-Kafi Jilid 1 Halaman 191, Bashair Al-Darajat halaman 50, Ghaybah Al-Nu3mani halaman 109, Bihar Al-Anwar Jilid 23 halaman 3. ]

 

Dari Abi Jafar AS berkata: Mengenai firman Allah AWJ,

 

{Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk},

 

Beliau berkata, "Rasulullah SAW adalah pemberi peringatan  dan untuk setiap zaman terdapat pemberi petunjuk  dari kami untuk pemberi petunjuk dengan apa yang didatangkan pada Nabi Allah SAW. Dan pemberi petunjuk selepas Muhammad SAW adalah Ali dan kemudian aushiak selepasnya, seorang selepas seorang."[ Al-Kafi Jilid 1 Halaman 191, Bihar Al-Anwar Jilid 16 halaman 358, Tafsir Al-Shafiy Jilid 3 halaman 59, Tafsir Nur Al-Tsaqalain Jilid 2 halaman 483. ]

 

Dari Abi Bashir berkata, "Aku bertanya kepada Abi Abdillah AS:

 

{ Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk .}"

 

Beliau berkata, "Rasulullah SAW adalah pemberi amaran dan Ali adalah pemberi petunjuk. Ya Aba Muhammad, dari siapa pemberi petunjuk hari ini?” Aku berkata, "Bahkan, semoga jiwaku menjadi tebusan tuan. Daripada tuan adalah pemberi petunjuk satu demi satu sehingga ia sampai pada tuan.” Dia berkata, "Allah merahmati kamu, Ya Aba Muhammad. Jika ayat itu turun ke atas seorang lelaki, dan kemudian orang itu mati, matilah juga ayat itu, dan akan matilah juga Kitab itu, tetapi Kitab itu masih hidup dan ia terpakai untuk orang-orang yang tinggal sebagaimana ia digunakan oleh mereka yang sebelumnya.” [ Al-Kafi Jilid 1 Halaman 192, Bihar Al-Anwar halaman 279, Tafsir Nur Al-Tsaqalain Jilid 2 halaman 483, Ghayah Al-Maram Jilid 3 halaman 7. ]

 

Dari Abi Ja’far AS berkata mengenai firman Allah SWT,

 

{Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk}

 

Katanya, "Rasulullah SAW adalah pemberi peringatan, dan Ali adalah pemberi petunjuk. Maka demi Allah itu tidak pernah kami tinggalkan dan ia masih di sisi kami sehingga hari kiamat. "[ Al-Kafi Jilid 1 Halaman 192, Al-Basair Darajat halaman 50, Ghaybah Al-Nu3mani halaman 110, Bihar Al-Anwar Jilid 23 halaman 3. ]

 

Mereka AS adalah utusan-utusan yang memberi petunjuk dari Muhammad SAW dan Aali Muhammad AS. Di samping itu, mereka semua (atas mereka selawat Tuhanku) mempunyai makam nubuwwah. Bahkan syarat pengutusan yang tidak berubah, ia adalah kesempurnaan akal , mereka mesti mencapai makam Langit Ketujuh Keseluruhan (langit akal).

 

Urusan yang diperbaharui ini dibaca oleh semua orang (sama ada mereka memahami atau tidak) ketika membaca dia ziarah Rasul (utusan) pertama dari Muhammad SAW iaitu Ali bin Abu Talib AS. Malah, seseorang tidak memasuki makam suci Amir Al-Mukminin AS sebelum membacanya dan ia adalah bersamaan dengan Ziarah Nabi Muhammad SAW.

 

Dalam Ziarah Amir Al-Mukminin Ali AS yang diriwayatkan dari Al-Shadiq AS

 

…. وتقول: السلام من الله على محمد أمين الله على رسالته وعزايم أمره ومعدن الوحي والتنزيل، الخاتم لما سبق والفاتح لما استقبل، والمهيمن على ذلك كله ، الشاهد على الخلق، السراج المنير، والسلام عليه ورحمة الله وبركاته

 

"... Dan kamu mengucapkan, 'Salam dari Allah atas Muhammad, perlindungan Allah atas risalahNya, perintahNya yang mesti dilaksanakan, teras kepada wahyu dan Al-Quran, penamat yang datang sebelumnya, dan pengasas kepada mereka yang belum datang, dan yang lebih utama atas semuanya, menjadi saksi atas penciptaan, lampu yang menerangi, dan salam atasnya, rahmat Allah dan keberkatanNya." [ Man La Yahdharuh Al-Faqih Jilid 2 halaman 558, Tahzhib Al-Ahkam Jilid 6 halaman 25, Al-Misbah Kafami halaman 474, Farhah Al-Ghirri halaman 107, Bihar Al-Anwar Jilid 97 halaman 148, Al-Mizar oleh Al-Mufid halaman 77 dan 104. ]

 

Ungkapan yang sama muncul dalam Ziarah Al-Hussain AS, Abu Abdullah AS berkata,

 

"... Jika anda menghadapi kuburan Al-Hussain AS, kamu mengucapkan, 'Salam dari Allah atas Muhammad perlindungan Allah atas risalahNya, perintahNya yang mesti dilaksanakan, teras kepada wahyu dan Al-Quran, penamat yang datang sebelumnya, dan pengasas kepada mereka yang belum datang, dan yang lebih utama atas semuanya, menjadi saksi atas penciptaan, lampu yang menerangi, dan salam atasnya, rahmat Allah dan keberkatanNya." [ Kamel Al-Ziyarah halaman 368, Al-Mizar oleh Al-Masyhidi Al-Aawwal halaman 37. ]

 

Amir Al-Mukminin Ali AS berkata,

 

"… Dan aku menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan selain Allah semata-mata tanpa sekutu bagiNya, kesaksian memenuhi tanggungjawab Islam dalam mengingatkannya dan beriman dengan azab hari perhitungan yang diakhiriNya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya, penamat apa datang sebelum risalah dan mengakhirinya, dan Rasul-Nya, serta pengasas kepada apa yang belum datang daripada seruan dan menyebarkannya …"

 

Muhammad SAW adalah penamat bagi rasul-rasul dari Allah SWT, dan telah membuka pengutusan rasul-rasulnya dari dirinya sendiri SAW (penamat yang datang sebelumnya, dan pengasas kepada mereka yang belum datang).

 

Dengan itu, telah jelaslah kewujudan baginda SAW sebagai penamat iaitu pertengahan di antara dua urusan dan kewujudan baginda SAW sebagai penamat yang bermaksud yang terakhir dari kalangan para Nabi. Ia juga telah menjelaskan bahawa baginda adalah penutup nabi-nabi yang bermaksud bahawa bagindalah yang mengakhiri risalah mereka, iaitu risalah perjuangan mereka ditamatkan dengan nama baginda SAW. Ini adalah kerana pengutusan nabi-nabi sebelumnya bukan sahaja dari Allah SWT, tetapi juga oleh Muhammad SAW, yang merupakan hijab antara Allah SWT dan para nabi.

 

Maka melalui baginda risalah diturunkan ke atas para nabi untuk disebarkan. Jadi Muhammad SAW adalah pemilik risalah dari nabi-nabi terdahulu, diturunkan risalah dengan pengesahan baginda. Baginda adalah hijab yang paling hampir dengan Allah SWT, maka pengutusan (para rasul) sebelumnya adalah dari Allah dan melalui Muhammad SAW (hijab yang paling hampir).

 

Ini kerana baginda SAW belum diutus dan pengutusan seterusnya (para Imam) adalah dari Muhammad SAW dan dengan perintah Allah sebagaimana baginda SAW diutuskan.

 

Antara nama gelaran Ali bin Abu Talib AS adalah rasul kepada Rasulullah SAW (utusan kepada utusan Allah).

 

Dari Jamil bin Saleh, dari Zhuraih berkata, "Aku mendengar Aba Abdillah AS memberi amaran kepada sebahagian anak-anaknya dan berkata:

 

“Aku berjanji kepada kamu wahai angin, wahai kesakitan, apapun masalahnya bagiku, dengan ketetapan yang diputuskan Ali bin Abu Talib Amir Al-Mukminin AS, rasul kepada Rasulullah (S) ke atas jin dari Wadi(lembah) Shabrah, maka mereka menjawab serta taat untuk apa yang aku jawabkan, taat dan keluarlah dari anak Fulan bin Fulanah, saat ini, saat ini.” [ Al-Kafi Jilid 8 halaman 85, Thab Al-Aimmah halaman 40, Bihar Al-Anwar Jilid 92 halaman 8]

Masih Adakah Kenabian(Pemberitaan) dan Kerasulan (Pengutusan) Selepas Muhammad? Part 1

BW-message-from-God1

 

Umum mengetahui Muhammad (saw) adalah Nabi yang terakhir diutuskan oleh Allah SWT, yang ditugaskan untuk membawa syariat baru, Islam. Ini adalah satu ketetapan yang dipersetujui oleh semua orang Islam.

 

Islam dan agama-agama samawi yang lain, dalam masa yang sama, menetapkan bahawa Allah sentiasa melantik manusia pilihanNya untuk memimpin umat manusia ke jalan kebenaran, samada dari segi kehidupan material ataupun keagamaan. Dan teks keagamaan menetapkan bahawa perlantikan ini tidak akan berakhir, dengan kata lain, perlantikan ini akan sentiasa terjadi sehinggalah Hari Kebangkitan.

 

Inilah yang dihujahkan oleh kami, Ansar Imam AlMahdi. Bahawa perlembagaan agama Islam menetapkan Ketuanan Allah, atau Hakimiyah Allah, di mana Allah sahaja yang berkuasa menetapkan syariat, dan Allah jualah yang menetapkan pemimpin pilihanNya untuk umat manusia, bagi membawa, menegakkan dan melaksanakan syariat tersebut.

 

Kami juga telah menghujahkan akan kewujudan khalifah-khalifah Allah selepas kewafatan Muhammad (saw) dalam rangka memperkenalkan manusia kepada khalifah Allah di zaman ini, AlMahdi. Namun, bagi Sunni, apabila disebutkan khalifah, maka di fikiran mereka, khalifah-khalifah ini adalah manusia biasa yang tidak punya apa-apa perhubungan wahyu dengan langit, padahal ini tidak mungkin terjadi bagi Imam lantikan Allah, yang ditugaskan sebagai pemberi petunjuk kepada umat manusia.

 

Firman Allah:

 

 

وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ

 

Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami.(21:73)

 

Dan:

 

وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ

 

 

Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa imam, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. (32:24) 

 

Dan

 

 

إِنَّمَا أَنْتَ مُنْذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ

 

 

“Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk”(13:7) 

 

Seseorang pemimpin, yang tidak dipandukan oleh wahyu Allah, akan mampu berbuat kesalahan yang akan menyesatkan mereka yang dipimpinnya. Beliau juga akan berbuat kezaliman, dan ciri-ciri ini tidak selari dengan sebuah sosok yang dilantik oleh Allah untuk memimpin umat manusia. Jadi, apakah masih ada Kenabian selepas Muhammad (saw)?

 

Kenabian sememangnya telah ditutup dengan Kenabian Muhammad (S.A.W), dan Allah SWT telah menyempurnakan agama dan mencukupkan nikmatNya ke atas orang yang beriman. Namun umat ini berselisih faham tentang maksud “Penutup Kenabian” [ ﺍﻷﻧﺒﻴﺎﺀ Al-Khatam Al-Anbiak].  Sebahagian daripada mereka membacanya Ta dengan baris fattha [ Al-Kha tam ], dan sebahagian daripada mereka membaca Ta  dengan baris kasrah sebagai [ Al-Kha tim ], dan ia telah memberikan setiap bacaan dengan makna yang berbeza dari yang lain. 

 

Khatam: Penutup dan seterusnya pemula untuk sesuatu urusan, dengan kata lain, dia menutup suatu urusan, dan seterusnya memulakan sesuatu urusan yang baru

 

Khatim: Penutup muktamad, tiada apa-apa lagi selepasnya.

 

Kita juga menemui beberapa riwayat yang mengesahkan bahawa tidak ada lagi nubuwwah (kenabian) selepas  Muhammad (S.A.W) dan sesiapa yang mendakwa Nabi selepasnya adalah penyamar yang berdusta. Dan di sisi lain pula, kita dapati ada riwayat yang menegaskan bahawa nubuwwah itu berterusan selepas Muhammad (S.A.W). Dan  Hujjah Allah ke atas makhluk selepas Rasul Muhammad (S.A.W) mesti mempunyai perhubungan dengan langit dan diberi wahyu oleh Allah Taala. 

 

 

InsyaAllah, saya akan rumuskan isu ini, berdasarkan kitab karangan Sayed Ahmed Al-Hasan, Penutup Kenabian yang membincangkan secara detail perkara ini.

 

Hal 1: Definasi Nabi Dan Rasul

 

Makna perkataan Nabi  (istilah Arab ) adalah orang yang menerima khabar dari langit. Perkataan Nabi  diambil daripada perkataan ( – Nabaa ) yang bermaksud berita – khabar, dan bukan dari perkataan ( – Naba ) yang bermaksud zahir dan diangkat. Hakikat yang  sebenarnya adalah bahawa perkataan Nabaa' diambil dari perkataan Naba. Ini kerana berita-khabar adalah perkara ghaib yang telah diangkat dan dizahirkan  supaya manusia boleh melihat, mengetahui dan mengenalinya  selepas ianya tersembunyi dan tidak diketahui.

 

Dengan kata lain, seseorang yang mencapai makam kenabian / nubuwwah adalah seorang Nabi, yakni seorang manusia yang menerima perkhabaran dari langit.

 

Rasul pula bermaksud seorang utusan. Maka seorang manusia yang diutuskan adalah Rasul. Manusia yang diutus Allah adalah Rasul Allah , dan semua yang diutuskan oleh Allah adalah manusia yang menerima perkhabaran dari langit, agar mereka boleh memberi petunjuk kepada manusia. 

 

Seorang Nabi boleh sahaja tidak diutuskan. Namun apabila diutuskan, maka beliau adalah Rasul, yang diutuskan bagi mencapai objektif tertentu, samada penegakkan syariat baru, atau penegakkan kepimpinan Allah di muka bumi. Ini kita dapat dalilnya dalam bab berikutnya:

 

Hal 2: Rukyah dan Nubuwwah

 

Al Quran dipenuhi dengan inspirasi daripada Allah yang di wahyukan atau diilhamkan kepada nabi-nabi termasuklah nabi Ibrahim (as), nabi Muhammad (S.A.W) dan nabi Yusuf (as)

 

وَإِذْ قُلْنَا لَكَ إِنَّ رَبَّكَ أَحَاطَ بِالنَّاسِ وَمَا جَعَلْنَا الرُّؤْيا الَّتِي أَرَيْنَاكَ إِلَّا فِتْنَةً لِلنَّاسِ وَالشَّجَرَةَ الْمَلْعُونَةَ فِي الْقُرْآنِ وَنُخَوِّفُهُمْ فَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا طُغْيَاناً كَبِيراً

 

{Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmuNya dan kekuasaanNya; dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia; dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran; dan Kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran) maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau…} [17:60]

 

﴿لَقَدْ صَدَقَ اللَّهُ رَسُولَهُ الرُّؤْيا بِالْحَقِّ لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ إِنْ شَاءَ اللَّهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُؤُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِينَ لا تَخَافُونَ فَعَلِمَ مَا لَمْ تَعْلَمُوا فَجَعَلَ مِنْ دُونِ ذَلِكَ فَتْحاً قَرِيباً﴾

 

{ Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam – insya Allah (pada masa yang ditentukanNya) – dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah mengangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana Ia mengetahui (adanya feadah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Ia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunnya).   [48:27]

 

﴿فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ﴾

 

{Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari  orang-orang yang sabar".} [ 37:102 ]

 

Kemudian Allah SWT memuji Ibrahim (as) kerana beliau mempercayai akan wahyu yang diturunkan kepadanya.

 

قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ

 

{ "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. } [ 37:105 ]

 

﴿إِذْ قَالَ يُوسُفُ لَأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَباً وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ﴾

 

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".} [12:4]

 

Dan di dalam al-Quran Allah SWT memberikan ilham kepada ibu nabi Musa (as) di dalam mimpinya,

 

﴿وَأَوْحَيْنَا إِلَى أُمِّ مُوسَى أَنْ أَرْضِعِيهِ فَإِذَا خِفْتِ عَلَيْهِ فَأَلْقِيهِ فِي الْيَمِّ وَلا تَخَافِي وَلا تَحْزَنِي إِنَّا رَادُّوهُ إِلَيْكِ وَجَاعِلُوهُ مِنَ الْمُرْسَلِينَ﴾

 

{Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:" Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami.} [ 28:7 ]

 

Perlu diperhatikan bahawa wahyu yang diturunkan kepada para nabi (as), telah diketahui/dilihat oleh mereka sebelum mereka diutuskan dan juga setelah mereka diutuskan. Bermakna inspirasi Allah kepada mereka dimulakan dengan Ilham @ wahyu dan berterusan selepas mereka diutuskan sebagai rasul, wahyu yang di inspirasi kan daripada Allah tidak pernah terhenti kepada mereka (para nabi a.s)

 

Dan nabi Muhammad S.A.W telah melihat @ mengetahui wahyu daripada Allah sebelum baginda diutuskan menjadi rasul dan semua perkara yang dilihat, berlaku seperti mana apa yang dilihat @ diketahui oleh baginda. Dan jika setiap para nabi yang diutuskan tidak mempercayai dan beramal melalui visi @ wahyu yang mana telah mereka melihat dan mengetahuinya sebelum mereka diutuskan oleh Allah, sudah tentu mereka ( para anbiya) tidak akan mencapai kedudukan yang tinggi seperti mana yang telah mereka perolehi ataupun mereka tidak akan mencapai kedudukan  yang dekat dengan Allah S.W.T dan sudah tentu dari mula lagi, Allah tidak akan memilih mereka semua ( para anbiya) menjadi utusan Allah.

 

﴿قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ

 

{"Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.}(37:105)

 

Bahkan mereka, para anbiya (a.s) mempercayai visi @ mimpi orang beriman yang bersama mereka. Dan nabi Muhammad S.A.W akan bertanya kepada para sahabat baginda mengenai mimpi mereka dan mendengar cerita mimpi mereka selepas Solat subuh, seolah- olah mendengar kepada mimpi mereka adalah cara memperingati dan beribadat kepada Allah S.W.T. Para munafik akan menafikan baginda kerana baginda akan mendengar dan mempercayai setiap pencerita.

 

﴿ وَمِنْهُمُ الَّذِينَ يُؤْذُونَ النَّبِيَّ وَيَقُولُونَ هُوَ أُذُنٌ قُلْ أُذُنُ خَيْرٍ لَكُمْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَيُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِينَ وَرَحْمَةٌ لِلَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ رَسُولَ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ﴾

 

{Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: "Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)". Katakanlah: "Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu". Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. "} [9:61]

 

Imam Al-Ridha (as) pernah berkata,

 

( إِنَّ رَسُولَ اللهِ ( ص ) كَانَ إِذَا أَصْبَحَ قَالٌ لِأَصْحَابِهِ : هَلْ مِنْ مُبَشِّرَاتٍ ؟ يَعْنِي بِهِ الرُّؤْيَا )

 

Pada waktu pagi,baginda Rasul Allah akan bertanya kepada para sahabat baginda "Adakah ada khabar gembira?" Bermaksud rukya (para sahabat". [Al-Kafi Vol 8 halaman 90 ; Bihar Al-Anwar Vol 85 halaman 177]

 

Sesungguhnya nabi Muhammad S.A.W  menganggap mimpi sebagai kenabian. Rasulullah S.A.W bersabda:

 

( أَلَا إِنَّه لَمْ يَبْقَ مِنْ مُبَشِّرَاتِ النُّبُوَّةِ إلاّ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةَ يَرَاهَا الْمُسْلِمُ أَوْ تُرى لَهُ )

 

"Sesungguhnya tiada apa yang tinggal daripada kenabian melainkan mimpi yang benar, orang yang soleh akan melihatnya atau akan ditunjukkan kepadanya."[Bihar Al-Anwar Vol 85 halaman 192, Sahih Muslim Vol 2 halaman 38, Sonan Al-Nesa’i Vol 2 halaman 217, Sahih Ibn Habban Vol 13 halaman 411, Kanz Al-Ommal Vol 15 halaman 368]

 

Sebaliknya baginda Rasulullah S.A.W menganggap mimpi sebagai kenabian seperti mana sabda baginda:

 

( لَا نُبُوَّةٌ بَعْدَي إلاّ الْمُبَشِّرَاتِ . قِيلَ يا رَسُولُ اللهِ ، وَمَا الْمُبَشِّرَاتُ ؟ قَالٌ : الرُّؤْيَا الصَّالِحَةَ )

 

"Tiada lagi kenabian selepas ku melainkan khabar gembira.” Lalu mereka bertanya, “Ya Rasulullah, apakah khabar gembira itu? Baginda menjawab, rukya solihin."[Al-Dor Al-Manthoor Vol 3 halaman 312, Bihar Al-Anwar Vol 58 halaman 192 , Al-Mawta’ Vol 2 halaman 957, Masnad Ahmad Vol 5 halaman 454, Vol 6 halaman 129. Sahih Al-Bukhari Vol 7 [halaman 69, Majma Al-Zawaed Vol 7 halaman 173, Omdat Al-Qari Vol 24 halaman 134, Al-Mojam Al- Kabeer Vol 3 halaman 197]

 

Rasulullah S.A.W juga  bersabda,

 

( الرُّؤْيَا الصَّالِحَةَ بُشْرَى مِنَ اللهِ ، وَهِي جُزْءٌ مِنْ أَجْزَاءِ النُّبُوَّةِ )

 

"Mimpi yang benar adalah khabar gembira dari Allah, dan ia adalah sebahagian daripada bahagain-bahagaian kenabian"[Al-Dorr Al-Manthoor Vol 3 halaman 312, Bihar Al-Anwar Vol 85 halaman 192, Mizan Al-Hekma Vol 2 halaman 1010]

 

Dan wajib diberi perhatian kepada kata-kata nabi  Muhammad ( s.a.w ) yang mana baginda bersabda tiada apa yang tinggal dari kenabian melainkan mimpi yang benar, tidak bermakna bahawa sesiapa yang mendapat  mimpi yang benar itu merupakan seorang nabi yang diutus oleh Allah. Tetapi ia bermakna bahawa mimpi yang benar adalah berita yang benar yang dibawakan daripada kerajaan langit kepada mereka yang melihatnya. Serta masih ada lagi kenabian selepas Muhammad (saw)

 

Hal 3: Penutup Kenabian

 

Firman Allah Yang Maha Kuasa,

 

﴿مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَكِنْ رَسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيماً

 

{Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu} [Al-Ahzaab:40]

 

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bahawa “Penutup Kenabian”, – dan saya maksudkan penutup di sini sebagai “pengakhiran”- tidaklah tepat jika dikatakan kenabian disini bermaksud mencapai kedudukan seorang Nabi, dan mengetahui beberapa perkhabaran dari langit tentang kebenaran dan perkara ghaib. Ini kerana jalan untuk naik ke Kerajaan Langit (Malakut) telah dibuka dan ia tidak ditutup dan tidak akan ditutup.

 

Oleh itu Nabi Muhammad (S) menekankan dalam banyak riwayat oleh Sunnah dan Syiah, begitulah juga dengan Ahlul Bayt (as) bahawa salah satu jalan dari jalan-jalan Wahyu Ilahi (Ilham Allah) akan tetap terbuka dan tidak akan ditutup, iaitu rukyah yang benar  dari Allah SWT 

 

 

وَعَنْ النَّبِيِّ ( ص )، قَالَ 🙁 إِذَا اُقْتُرِبَ الزَّمانُ لَمْ تَكُدْ رُؤْيَا الْمُسْلِمِ تَكْذِبُ ، وَأُصَدِّقُكُمْ رُؤَيًا أَصْدُقُكُمْ حَديثًا ، وَرُؤْيَا الْمُؤْمِنِ جُزْءٌ مِنْ خَمْسَةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءَا مِنَ النُّبُوَّةِ )

 

Diriwayatkan daripada Nabi (S) bahawa baginda bersabda,

 

"Jika Zaman telah menghampiri, mimpi (rukya) orang Islam bukan suatu dusta dan yang paling benar di antara kamu dalam mimpi (rukya) adalah yang paling benar dalam ucapannya. Oleh itu mimpi (rukya) orang beriman adalah sebahagian daripada empat puluh lima bahagian nubuwah.” Sahih Muslim: Vol 7, halaman 52. Sunan Al-Tirmidi: Vol 3, halaman 363. Sharh Usool Al-Kafi- Al- Mazndrani, Vol 11, halaman 476.

 

 

وَعَنْ عَلِيٍّ ( ع )، قَالَ 🙁 رُؤْيَا الْمُؤْمِنِ تَجْرِي مَجْرى كَلاَمِ تُكَلِّمُ بِهِ الرَّبُّ عِنْدَه )

 

Diriwayatkan dari Ali (as) bahawa dia berkata,

 

"Mimpi (rukya) orang beriman dianggap sebagai ucapan Tuhan bercakap kepadanya."[ Bihar Al-Anwar, Vol 52, halaman 210. Kanz Al-Fawaid, halaman 211]

 

 

وَعَنْه ( ص ) قَالَ 🙁 إِذَا رَأَى أحَدُكُمْ الرُّؤْيَا يُحِبُّهَا ، فَإِنَّمَا هِي مِنَ اللهِ ، فليحمد اللهُ عَلَيهَا وليحدّث بِهَا )

 

Dan dari baginda (S) bersabda,

 

"Jika salah seorang di antara kamu telah melihat mimpi (rukya) yang disukanya, maka ia adalah dari Allah, maka hendaklah dia memuji Allah dan bercakap mengenainya."[ Musnad Ahmad, Jilid 3, halaman 8, Shahih Bukhari, Jilid 8, halaman 83, Bihar Al-Anwar, Jilid 85, halaman 192]

 

 

Diriwayatkan dari Rasulullah (S) baginda bersabda,

 

"Mimpi (rukya) orang yang beriman adalah sebahagian daripada empat puluh bahagian nubuwah."[Musnad Ahmad bin Hanbal, Jilid 4, muka surat 11 Sunan Al-Tirmizhi, Jilid 3, halaman 366, Al-Mu3jam Al-Kabir Jilid 19, halaman 205, Al-Jami3 Al-Saghir Jilid 2, halaman 6.]

 

Terlalu banyak hadis senada samada dari tradisi Sunnah atau Shiah. Namun memadai dahulu perkongsian hadis di atas.

 

Diriwayatkan bahawa Allah menurunkan kepada Imam Musa Al-Kadzim (as) di dalam mimpi (rukya) bahawa Imam selepasnya adalah kepada anaknya Ali bin Musa Al-Ridha (as), Dari Yazid bin Salith Al-Zaidi berkata, "Kami bertemu Aba Abdillah (as) dalam perjalanan ke Mekah semasa kami satu jamaah jadi kami berkata kepadanya, 'Demi ayah dan ibuku, tuan adalah Imam yang disucikan dan tiada siapa yang tidak akan mati, jadi beritahu padaku suatu teka-teki siapakah yang (menjadi) khalifahku.’

 

Dia berkata aku, 'Ya mereka adalah anak-anak ku dan ini adalah tuan (ketua) mereka, (dan beliau menunjuk kepada anaknya Musa (as)) padanya ada ilmu pengetahuan, kebijaksanaan, kefahaman, kemurahan hati dan makrifah yang manusia hajatkan dengan apa yang mereka perselisihkan dalam urusan agama mereka dan dia mempunyai akhlak yang baik dan adab-kejiranan dan dia adalah pintu dari pintu-pintu Allah Taala (AWJ) dan satu lagi, 'Ia adalah lebih baik daripada semuanya.'

 

Jadi ayah aku berkata kepadanya, 'Demi ayah dan ibuku, dan apakah dia?' Beliau berkata, 'Allah akan membawa daripada dia penolong umat ini; dan yang melegakan, pengetahuan, kesedaran, kefahaman, kebijaksanaan, bayi yang terbaik dan belia yang terbaik. Olehnya, Allah akan mengelakkan pertumpahan darah, mendamaikan antara manusia, menyatukan kembali bahagian-bahagian, membahagikan dari pembukaan sempit, memberi pakaian pada yang tak berpakaian, mengenyangkan yang lapar, menenangkan yang takut, kerananya hujan turun dan daripadanya hamba-hamba mengambil arahan mereka, yang baik dengan tua yang muda belia, khabar gembira yang baik untuk kaumnya setelah dia dewasa, ucapannya adalah penghakiman dan diamnya adalah pengetahuan, dia menjelaskan kepada manusia apa yang mereka perselisihkan.”

 

Dia berkata, "Bapa ku telah berkata, 'Demi ayah dan ibuku, adakah dia akan mempunyai anak lelaki yang akan datang selepasnya?' Beliau berkata, 'Ya,' dan berhenti bercakap.”

 

Kemudian Yazid telah berkata, "Aku telah bertemu dengan Aba Al-Hassan (iaitu Musa bin Jafar (as)) dan berkata kepadanya, 'Demi ayah dan ibuku, aku mahu tuan agar memberitahuku apa yang bapa tuan telah maklumkan kepada ku.' Beliau berkata bahawa dia berkata, 'Ayahku (as) berada di zaman yang berbeza dari zamannya. "

Yazid berkata, "Aku berkata, 'Semoga laknat Allah atas sesiapa yang menerima ini dari kamu.’"

 

Dia berkata, "Dia ketawa kemudian berkata, 'Biar aku beritahu kamu ya Aba 3imaarah, aku meninggalkan rumahku kemudian aku berwasiat pada zahirnya kepada anak-anakku dan supaya mereka bekerjasama dengan anak ku Ali, dan aku menetapkan dia dalam wasiatku secara sembunyi (batin), dan aku telah melihat Rasulullah (S) dalam tidurku (mimpi – rukyaku) dan Amir Al-Mukminin (as) bersama baginda dan baginda mempunyai cincin, pedang, tongkat, kitab dan serban, dan aku berkata kepada baginda, 'Apa semua ini?’

 

Baginda bersabda, 'Adapun serban itu adalah Keagungan Allah AWJ, pedang adalah menjadi Kebanggaan Allah AWJ, kitab itu adalah Cahaya Allah AWJ, bagi tongkat itu adalah Kekuatan Allah AWJ, dan cincin itu adalah pengumpul daripada semua urusan ini. Beliau kemudian berkata, 'Rasulullah (S) bersabda,' Urusan ini akan dikeluarkan pada anak kamu Ali.

 

Dia berkata, "Kemudian beliau berkata, 'Wahai Yazid, ini adalah suatu amanah yang kamu ada. Jangan dedahkan melainkan kepada orang yang berakal, atau pada hamba Allah yang telah diuji hatinya dengan iman, atau kepada orang yang jujur. Dan jangan kufur atas nikmat Allah Taala dan jika kamu ditanya untuk memberi kesaksian, maka berbuatlah, kerana Allah SWT berfirman,

 

﴿إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا

 

{Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya,}[ Al-Nisaa’ 4:58]

 

dan Allah SWT berkata,

 

﴿وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ كَتَمَ شَهَادَةً عِنْدَهُ مِنَ اللَّهِ

 

Dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang menyembunyikan kesaksian dari Allah yang ada padanya?" }[ Al-Baqarah 2:140]

 

Kemudian aku berkata, "Aku bersumpah demi Allah aku tidak akan berbuat demikian selamanya.”

 

Dia berkata, " Kemudian Abu Al-Hassan (as) berkata, 'Kemudian Rasulullah (S) menerangkan sifatnya kepadaku. Baginda bersabda, 'Ali anak kamu, yang melihat dengan cahaya Allah, dan mendengar dengan kefahaman-Nya, dan bercakap dengan kebijaksanaan-Nya, sentiasa betul tidak pernah silap, sentiasa tahu tidak jahil, dan telah dipenuhi dengan kebijaksanaan dan pengetahuan (ilmu dan hikmah). Bagaimana rendah martabat kamu dengan dia! Ia adalah suatu perkara yang pasti tidak berlaku, jadi apabila kamu kembali dari perjalanan kamu, perbaiki arahan kamu dan jelaskan permintaan kamu kerana kamu bergerak jauh dari dia dan jiran lain. Jadi kumpul anak-anak kamu dan bersaksilah kepada Allah atas mereka dan cukuplah Allah sebagai saksi.”

 

Beliau berkata, 'Wahai Yazid, aku akan diambil tahun ini, dan Ali anakku telah dinamakan Ali bin Abu Talib (as) dan telah dinamakan Ali bin Al-Hussain (as). Dia telah diberikan kefahaman yang pertama, dari ilmuNya, pertolonganNya, dan Pakaian jubah rasmiNya. Dan dia tidak boleh bercakap di hadapan Harun [Khalifah Abbasiyah] selama empat tahun, dan selepas empat tahun berlalu, tanyalah dia apa yang kamu mahu dan dia akan menjawabnya jika dikehendaki Allah SWT."[ 3uyun Akhbar Al-Ridha (as) Jilid 2, halaman 33]

 

Oleh itu tidak ada sebarang halangan untuk  sebahagian manusia yang beriman secara ikhlas kepada Allah Yang Maha Suci untuk mencapai makam nubuwah, dan Allah SWT boleh memberikan wahyu (ilham) kepada mereka melalui jalan ini (mimpi (rukya)) dan Allah memberikan  mereka atas sebahagian Al-Haq (Kebenaran) dan ilmu berkenaan perkara Ghaib dengan kurnia dariNya SWT.

 

Sudah semestinyalah para Imam (as), para khalifah Allah selepas Muhammad (s) mempunyai martabat nubuwah. Kebenaran dan perkara Ghaib sampai kepada mereka melalui rukya dan kasyaf. Ada begitu banyak riwayat-riwayat mengesahkannya. Sebahagian riwayat telah dinyatakan di atas.

 

Oleh itu, adalah wujud kemampuan bagi orang mukmin dan orang yang ikhlas untuk mencapai maqam (martabat) nubuwah dan Allah memberi wahyu (ilham) kepada mereka melalui jalan mimpi (rukya), perkara ini berlaku, sekurang-kurangnya ia dicapai oleh para Imam (as).

 

Adapun riwayat dari mereka (as) yang menafikan diri mereka sebagai Nabi, perkara ini difahami. Yang dimaksudkan dari penafian mereka adalah bahawa mereka adalah nabi-nabi yang diutus Allah SWT, jika tidak apakah maknanya apabila mereka mendapat khabar dari Roh Kudus? Dan apakah maknanya bahawa dia (Roh Kudus) bersama mereka dan tidak berpisah dengan mereka?[ Hisham Bin Salim meriwayatkan dari Ammar atau orang lain berkata "Saya berkata kepada Abi Abdillah (as) 'Dengan hukum apabila kamu menghakimi?' Dia berkata," Dengan hukum Allah, hukum Daud dan hukum Muhammad (S) jadi jika sesuatu yang datang kepada kami yang tidak ada dalam kitab, maka Roh Kudus akan memberikan kepada kami dan Allah mengilhamkan kepada kami dengan ilham." Bashair Al-Darajat halaman 472]

 

Jadi, jika ini berlaku, apakah makna sebenar Muhammad (S) adalah penutup(khatam) para Nabi (iaitu yang terakhir dari mereka)?

 

Dan juga apakah maknanya apabila baginda (S) adalah penutup(khatim) para nabi (iaitu pertengahan antara mereka)? Kerana kedua-duanya iaitu [Penutup dan yang menutup] adalah gelaran kepada Nabi Muhammad (S).

 

Jadi untuk mengetahui jawapannya, kita perlu tahu sesuatu tentang maqam (kedudukan) Nabi Muhammad (S) dan beberapa perkara yang baginda miliki lebih daripada maqam (kedudukan) anak-anak Adam yang lain, bahkan ke atas mereka dari para nabi (as) khususnya . 

 

Saya akan rungkaikan perkara ini dalam artikel berikutnya. Dengan izin Allah jua.

 

Farhan Azmi

Kredit: Sayed Ahmed AlHasan, Rasul dan Wasi Imam AlMahdi, AlYamani yang dijanjikan.

 

 

Bantahan Pada Shiah: Khamenei Adalah Naib Imam, Al-Khurasani dan Tentera Kerajaan Iran Adalah Tentera Al-Mahdi

ayatollah-ali-khamenei-reiterated-iranian-denials-that-tehran-was-seeking-to-build-a-nuclear-weapon

 

Apa yang popular di kalangan umat Shiah sekarang, khususnya Shiah yang pro-Wilayah Al-Faqih, bahawa kerajaan Iran sekarang ini, pemimpinnya (Ali Khamenei) dan tenteranya, semua mereka adalah berhubungan dengan Al-Mahdi.

 

Sebenarnya saya tidak mempunyai apa-apa masalah tentang kenyataan ini, namun lewat akhir ini, saya dapati mereka semakin cuba menjauhkan umat Shiah dari seruan Al-Yamani, dengan mempropagandakan kenyataan ini. Jadi, saya merasa terpanggil untuk menyedarkan manusia yang ikhlas mencari kebenaran agar pulang ke panji Ahl Al-Bait yang sebenar. Kepada para muqallid tegar, yang rela menyerahkan nasib mereka kepada manusia ghair maksum, maka itu adalah urusan mereka.

 

Fakta Pertama: Panji Khurasani Bukan Panji Imam Al-Mahdi

 

Saya telah menyebutkan perkara ini beribu kali. Namun harus saya sebutkan sekali lagi, kerana Shiah marajik enggan berfikir. Tiada satu pun dalil bahawa Ali Khamenei adalah Al-Khurasani. Jika benar sekalipun, tiada satu pun dalil yang mewajibkan manusia mengikuti beliau.

 

Dalil menyebutkan hanya ada satu panji Imam Al-Mahdi, iaitu panji Al-Yamani. Panji yang diwajibkan ketaatan ke atasnya, diharamkan berpaling darinya.

 

 

في الرواية عن الباقر(ع) ( وليس في الرايات راية أهدى من راية اليماني ، هي راية هدى ، لأنه يدعو إلى صاحبكم ، فإذا خرج اليماني حرم بيع السلاح على الناس وكل مسلم ، وإذا خرج اليماني فانهض إليه فإن رايته راية هدى ، ولا يحل لمسلم أن يلتوي عليه ، فمن فعل ذلك فهو من أهل النار ، لأنه يدعو إلى الحق وإلى طريق مستقيم ) الغيبة – محمد بن ابراهيم النعماني ص 264.

 

 

 

Imam Baqir a.s bersabda: “Tiada panji yang lebih mendapat petunjuk selain daripada panji Al Yamani, panjinya adalah panji petunjuk, kerana dia mengajak kepada tuan punya kamu (Imam Al Mahdi a.s). apabila keluar Al Yamani, maka diharamkan penjualan senjata ke atas orang ramai dan setiap muslim. Dan apabila keluar Al Yamani, maka pergilah kepadanya kerana panjinya adalah panji petunjuk. Dan diharamkan bagi muslim untuk berpaling daripadanya, dan barangsiapa yang berbuat demikian adalah dari kalangan ahli neraka kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus.”[Al Ghaybah Al Nu’mani, ms 264.] 

 

Jelas bahawa panji Imam Al-Mahdi ini bukanlah panji Khurasani kerana para Imam Ahl Al-Bait membezakan mereka semua dibawah panji yang berbeza. Di dalam hadis yang sama, saya quotekan:

 

– وعنه ، عن سيف بن عميرة، عن بكر بن محمد الازدي ، عن أبي عبد الله عليه السلام قال: خروج الثلاثة: الخراساني والسفياني واليماني في سنة واحدة في شهر واحد في يوم واحد، وليس فيها راية بأهدى من راية اليماني يهدي إلى الحق .

 

Dan darinya dari Sayf b. `Umayra dari Bakr b. Muhammad al-Azdi dari Abu `Abdillahعليه السلام. Beliau bersabda: Khurujnya yang tiga: Khurasani dan Sufyani dan Yamani adalah di dalam tahun, bulan dan hari yang sama, dan tiada panji di dalamnya yang lebih mendapat petunjuk dari panji Al Yamani, menunjuk ke arah kebenaran. (Ghaibah at Tusi)

 

Maka jelas di sini, yang terbaik dan satu-satunya panji kebenaran adalah milik Al-Yamani, bukan Khurasani.

 

Point Kedua: Tentera Dari Khurasan Bukan Di Bawah Khurasani

 

Ramai dari mereka mempercayai bahawa tentera dari timur dan tentera dari Khurasan itu adalah tentera kerajaan Iran atau Al-Khurasani.

 

Namun, berdasarkan riwayat, tentera dari Khurasan ini atau dari timur ini adalah tentera yang bersama Al-Mahdi, Ahmad, Al-Yamani yang muncul dari timur.

 

Identiti tentera panji hitam dari timur ini telah pun kami bongkar dengan tuntas di link berikut:

 

http://www.eramahdi.net/2014/05/16/40-hadis-pembuktian-mahdi-pertama-al-yamani-lelaki-dari-timur-dan-empunya-panji-hitam/

 

Sehingga kini, kami masih tidak menjumpai sebarang bantahan yang jelas terhadap pembuktian ini, maka saya kira hujah ini masih tertegak.

 

Namun logiknya, jika benar tentera tersebut adalah milik kerajaan Iran, entah mengapa yang dihantar hanya kurang dari 15,000 orang. Tentera dari timur ini juga disebutkan sebagai bersama khalifah Al-Mahdi. Seperti yang saya sebutkan di atas, hanya panji Al-Yamani sahaja yang bersama Al-Mahdi, bukan Khurasani.

 

Tambahan pula apabila Aimmah telah membezakan kedua panji, maka semakin jelas bahawa tentera Al-Mahdi ini bukanlah tentera kerajaan Iran, sekurang-kurangnya di awal permulaan khuruj Al-Yamani.

 

Dengan ini semakin jelas hakikat bahawa tentera kerajaan Iran bukanlah tentera Al-Mahdi dari timur atau Khurasan seperti yang diramalkan dalam riwayat-riwayat eskatologi Muslimin. Saya memohon para pentaksub Iran agar mengkaji asas kepercayaan mereka agar dapat melindungi diri mereka dari disesatkan oleh para ulama sesat.

 

Allah lebih mengetahui

 

Farhan Al-Ansary

Sahib Al-Amr Akan Membuktikan Dirinya Dengan Membongkar Rahsia-Rahsia Ilmu

Sahib Al-Amr akan membuktikan dirinya dengan membongkar rahsia-rahsia ilmu yang tidak pernah dapat dibongkarkan sebelum ini, dan dengan itu membuktikan keilmuannya, sebagai item kedua dalam syarat mengenal Hujjah Allah, iaitu senjata Nabi, ilmunya.

 

Imam Ahmed Al-Hassan AS berkata Sheikh Sadiq Al-Muhammady: "Ala kulli hal, anda mempunyai perincian tentang Al-Yamani, dan sekarang saya akan menambah bukti untuk anda.

 

Pertama: Al-Yamani adalah seseorang yang wajib ditaati tanpa mengira apa bentuk ketaatan tersebut dan bagaimana mereka menjadikan kita memahaminya, jadi adakah seseorang yang wajib ditaati ditinggalkan tanpa penerangan, tanpa nama, perincian atau tempat muncul..? Wajib mentaatinya, berpaling dari beliau akan menyebabkan masuk neraka, jadi bolehkah kewajiban ini ditinggalkan tanpa pencerahan akan keadaannya?

 

Jadi berdasarkan prinsip ini, bagaimana manusia dapat mengkhususkan Yamani untuk mengelakkan dari berpaling serta tinggal di neraka selamanya?

 

Tidak ada jalan lain, melainkan membandingkan Yamani dengan satu lagi personaliti yang disebutkan secara terperinci –  sebab mereka (para Imam AS) menjadikan beliau sebegini – agar penyelesaian kepada perkara ini akan menjadi bukti kepada Yamani yang sebenar, keseluruhan penyelesaian adalah seperti kata kunci atau password yang membawa kepada rahsia.

 

Semua riwayat-riwayat ini wujud dan terbuka pada semua orang, tepat seperti bagaimana huruf dan nombor boleh diketahui oleh semua orang, namun siapa yang boleh mengetahui kata kuci rahsia darinya, sebagai contoh, untuk simpanan di bank, melainkan bagi pemiliknya yang sebenar?

 

Jika bank mahukan beliau untuk memasukkan kata kunci untuk membuka simpanan dan mengambil apa yang ada di dalamnya, akan segera disedari samada orang tersebut adalah pemilik simpanan atau seorang pendusta. Kata kunci ini terdiri daripada huruf dan nombor yang diketahui oleh semua orang dan boleh digunakan oleh semua orang, namun mustahil untuk semua orang kecuali pemilik simpanan tersebut sahaja yang mampu menyusun huruf dan nombor ini, dengan susunan yang betul, yang dapat membuka simpanan, dan ia adalah syarat seperti di dalam teks.

 

Sesiapa yang menyusunnya dengan gambaran yang jelas akan membuka kunci rahsia dan menjadi pemilik yang sah, dan tiada siapa yang akan membukanya melainkan pemilik yang benar.

 

Sesiapa yang berasa ragu, maka keraguan itu tidak akan memberi manfaat kepada dirinya, kerana tanggungjawab dia adalah untuk melihat samada adakah simpanan itu telah terbuka kuncinya? Adakah beliau membongkar rahsia? Jika telah dibuka kunci, maka urusan ini telah selesai dan sesiapa yang membuka kunci ini adalah pemilik yang hak, siapa lagi yang dapat membukanya melainkan pemilik yang sah?

 

Ramai dari mereka, apabila mereka melihat pembuktiannya adalah kuat dan jitu, mereka akan mengatakan pada Ansar bahawa beliau adalah seorang yang bijak dan telah mengguna pakai teks bagi kebenarannya. Buat sementara, mereka melihat simpanan terbuka dan rahsia telah terbongkar dengan sendirinya, namun mereka masih tidak mahu mengakui kepada orang yang menyerlahkannya, bahawa dia adalah pemilik yang sah, dan dia telah membuka kuncinya serta menyelesaikan urusan.

 

Mengapa Muhammad dan keluarga Muhammad (as)tidak menceritakan dengan jelas bahawa Yamani itu namanya begini agar selesai urusan, bukankah itu lebih baik?

 

Walaubagaimanapun, jika mereka (as) melakukan sedemikian, kesahihan bukti tersebut akan musnah bersama riwayat yang telah saya jelaskan pada kamu. Jadi, bentuk urusan ini adalah ia akan menjadikan pemilik yang hak sebagai empunya bukti dengan menggunakan teks sebagai bukti, bersama gambaran yang menjadi penyelesaian kepada rahsia, atau seperti yang saya ceritakan pada kamu, beliau akan datang dengan password atau kata kunci seperti yang disebutkan dalam riwayat. 

 

ن ابن سنان، عن عبدالله بن مسكان، عن مالك الجهني قال: " قلت لابى جعفر(عليه السلام): إنا نصف صاحب هذا الامر بالصفة التي ليس بها أحد من الناس، فقال: لا والله لا يكون ذلك [أبدا] حتى يكون هو الذي يحتج عليكم بذلك، ويدعو كم إليه

 

Dari Malik bin Al-Juhni beliau berkata: "Aku berkata kepada Abu Jaafar AS: "Kami menyebutkan Empunya Kebenaran dengan perincian yang yang tidak sama dengan orang-orang lain dari kalangan manusia. Demi Allah, ia tidaklah sebegitu sehinggalah beliau berhujah pada kamu dengannya dan menyeru kamu pada dirinya." Ghaibah Al-Numani, halaman 377

 

Bagaimana pembuktian beliau menjadi sahih kepada manusia? Kerana beliau akan menyelesaikan rahsia dan akan menjelaskan kebenaran dari riwayat-riwayat, serta kerana beliau akan menggunakan wasiat sebagai satu bukti sejak Allah menjadikannya tersembunyi untuk beliau di dalam kitab-kitab. Betapa perlunya orang Shiah kepada sebuah wasiat untuk menjadikan ia sebagai hujah pembuktian kepada mereka yang lain? Mengapa mereka tidak menggunakannya sebagai bukti selama bertahun-tahun sebelumnya kepada golongan yang menyanggah mereka? Dan ia adalah satu-satunya wasiat. Wasiat ini bersama mereka, dan mereka meriwayatkannya, namun mereka tidak memberikan perhatian kepada wasiat ini, bahawa ia adalah ketika masa kematian walaupun mereka adalah para ulama dan memahami urusan ini dengan sangat baik. Bukankah ini adalah kehendak Allah untuk menjaga (wasiat ini) dari orang yang meriwayatkannya? Mengapa Dia menyembunyikannya sedangkan penerangan tentang wasiat ini akan menguatkan agama yang benar? Dia menyembunyikannya kerana tiada siapa yang akan menuntutnya melainkan pemiliknya yang sah.

 

Kitab AlMuhkimaat hal.61-62 Diskusi Bersama Sheikh Saadiq Al Muhammady

Bantahan Muhammad (s) Tidak Tulis Wasiat : Penulisan Wasiat Adalah Syariat Agama Illahi

The-Quran-and-the-Bible-together

Amat malang sekali apabila kaum Muslimin hari ini, tanpa mengira latar belakang ideologi dan mazhab, menolak hakikat bahawa Nabi Muhammad (saw) menulis wasiat di saat akhir sebelum kewafatan baginda, walaupun telah diberikan bukti yang tidak dapat ditolak malah dibantah dengan dalil, sehingga ke hari ini.


 

Kami, Ansar Imam Al Mahdi berasa kasihan dengan situasi ini, lantas terhasil-lah tulisan ini, dengan harapan dapat membuka sisi baru pemikiran mereka yang tertutup.


 

Saudara Muslimin sekalian, ketahuilah bahawa kitab-kitab samawi sebelum Quran, semuanya merekodkan para Nabi (as) menuliskan wasiat apabila datang kehadiran maut, dengan kehendak Allah, berikut kami kongsikan beberapa petikan.


 

Kitab Ulangan(Deutoronomy) Bab 31:


 

14 Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “ Engkau tidak akan hidup lama Panggillah Yosua dan bawalah dia ke Khemah-Ku, supaya Aku dapat memberikan petunjuk kepadanya. ” Musa dan Yosua masuk ke dalam Khemah TUHAN, 15 dan TUHAN menampakkan diri kepada mereka dalam tiang awan dekat pintu Khemah TUHAN.


 

Kitab Ulangan (Deutoronomy) Bab 33: 1


 

Sebelum meninggal, Musa, hamba Allah itu, memberkati umat Israel dengan kata-kata ini:2 TUHAN datang dari Gunung Sinai; Dia terbit seperti matahari di atas Edom, dan dari Gunung Paran Dia menyinari umat-Nya. Beribu-ribu malaikat menyertai Dia; pada tangan kanan-Nya ada api yang bernyala-nyala. 3 TUHAN mengasihi umat-Nya; Dia melindungi semua orang yang menjadi milik-Nya. Itulah sebabnya kita sujud di hadapan-Nya, dan mentaati perintah-Nya.


 

Kitab 1 Raja-raja, Bab 1


 

33 Raja Daud bertitah kepada mereka, “ Bawalah Salomo, putera beta, ke mata air di Gihon. Biarlah dia menunggangi baghal beta dan bawalah bersama-sama kamu para pegawai istana. 34 Di sana hendaklah Zadok dan Natan melantik Salomo menjadi raja Israel. Selepas itu tiuplah trompet dan bersoraklah, ‘ Daulat Tuanku Raja Salomo! ’ 35 Iringilah dia kembali ke sini supaya dia menduduki takhta beta. Dia akan menggantikan beta sebagai raja kerana dialah yang telah beta pilih untuk menjadi penguasa di Israel dan Yehuda. ” 36 “ Baik, tuanku, ” jawab Benaya. “ Semoga perkara ini disahkan TUHAN, Allah tuanku. 37 Sebagaimana TUHAN telah menyertai tuanku, semoga Dia juga menyertai Salomo dan menjadikan kerajaannya lebih makmur daripada kerajaan tuanku. ”


 

Kitab 1 Raja-raja, Bab 2


 

1 Apabila Raja Daud sudah hampir mangkat, baginda memanggil Raja Salomo, putera baginda, dan memberikan pesannya yang terakhir. 2 Raja Daud bertitah, “ Masa kemangkatan beta sudah sampai. Hendaklah engkau yakin dan berani. 3 Lakukanlah apa yang diperintahkan TUHAN, Allahmu kepadamu. Taatilah semua hukum dan perintah-Nya yang tertulis di dalam Taurat Musa, supaya ke mana sahaja engkau pergi, engkau akan berjaya dalam segala usahamu. 4 Jika engkau taat kepada TUHAN, Dia akan menepati janji yang dibuat-Nya ketika Dia memberitahu beta bahawa keturunan beta akan memerintah Israel, selama mereka benar-benar mentaati semua perintah-Nya dan setia terhadap-Nya dengan segenap hati dan jiwa mereka


 

Lihatlah bagaimana di dalam kitab-kitab samawi sendiri menceritakan betapa para Nabi yang lepas memandang berat penulisan wasiat di saat kematian mereka, dan kepada mereka yang mungkin akan cuba meragui kesahihan ayat-ayat dari kitab Samawi di atas, jangan risau, ia memang jelas disokong oleh Quran.


 

"Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". (2:132)


 

Dan yang paling utama..


 

"Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan [tanda-tanda] maut, jika ia meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf, [ini adalah] kewajiban atas orang-orang yang bertakwa." (Al Baqarah: 180)


 

Para Nabi yang lepas semuanya berwasiat apabila datang tanda maut, namun bagaimana kalian menganggap Muhammad SAW, penghulu para Nabi tidak berbuat demikian? Semoga dapat difikirkan

Sheikh Mufid: Nabi Ingin Menulis Wasiat

mufeed1 mufeed2

Antara percubaan naif kaum Shiah dalam percubaan daif mereka untuk membatalkan hadis wasiat Nabi Muhammad (saw) adalah dengan membatalkan terjadinya peristiwa hari Khamis dengan alasan riwayat tersebut hanya diriwayatkan dalam Kitab Sunni sahaja. Malang sekali, kami Ansar Imam Al Mahdi mempunyai berbagai cara untuk membatalkan hujah mereka tanpa mereka mampu menjawab satu pun dari pendalilan kami. Salah satunya adalah pendapat Sheikh Mufid tentang peristiwa ini. Beliau berkata:

"Riwayat tunggal yang dipersetujui oleh Sunni dan Shiah adalah kenyataan bahawa Nabi SAW bersabda ketika di akhir hayat baginda: "Bawakan aku pena dan kertas agar aku tuliskan pada kamu perkara yang mana kamu tidak akan sesat selepasnya." dan Umar berkata: "Orang ini sudah nyanyuk!"

Sumber: Awail Al-Maqalat, hal. 409

Dengan itu, dipersetujui oleh ulama kaum Shiah bahawa terjadi peristiwa ini.

 

 

Paradoks: Hujah Sunni Yang Dipakai Semula Oleh Shiah Untuk Menentang Ansar

paradoxDunia ini sememangnya ibarat roda, yang mana sejarah yang terjadi sentiasa berulang. Orang-orang Shiah dalam menghadapi keraguan yang ditimbulkan oleh orang Sunni, sering memperlecehkan keraguan-keraguan yang mereka anggap sebagai murahan dan tidak ilmiah ketimbang hujah yang diberikan oleh Shiah kepada Sunni.

 

Dalam keghairahan mereka mentertawakan hujah Sunni yang tidak ilmiah ini, tanpa mereka sedari, mereka juga telah mengguna pakai hujah yang sama kepada Ansar Imam Al-Mahdi dalam percubaan mereka untuk menimbulkan keraguan kepada seruan Al-Yamani. Betapa berulangnya sejarah, kini terkena kepada muka mereka sendiri.

 

Di sini saya akan kongsikan soalan-soalan yang paling kerap diulang semula oleh Shiah kepada Ansar, yang dahulunya digunakan oleh Sunni kepada Shiah. Tujuannya hanya satu, untuk menyedarkan saudara Shiah yang ikhlas bahawa perkara yang sama kini dialami oleh mereka, sekaligus diharapkan agar boleh membuka mata mereka.

 

Pertama: Di mana Imam Ahmad?

 

Aqidah Shiah mempercayai bahawa Imam-Al Mahdi telah dilahirkan dan sekarang berada dalam keghaiban kubra. Maka apabila Sunni didedahkan dengan perkara ini, maka sudah tentu mereka akan bertanya lokasi beliau di mana, dan bilakah revolusi beliau akan bermula.

 

Tidak kurang juga yang memperolokkan keghaiban Imam Muhammad Al-Mahdi sebagai penakut, tinggal dalam gua dan sebagainya. Agak normal bagi mereka yang tidak biasa dengan doktrin Imamah untuk bertanya soalan seperti ini dan berasa skeptikal terhadap ideanya.Ibarat menjilat semula ludah sendiri, kini Shiah pula menggunakan hujah yang agak murahan ini kepada Ansar Imam Al-Mahdi, dengan bertanya di mana lokasi Imam Ahmad, bila beliau akan memulakan revolusi dan sebagainya. Mereka tidak berasa malu dan lupa bahawa mereka sendiri menganggap soalan seperti ini sebagai “tidak relevan”.

 

Malah ada yang memperolokkan Imam Ahmad dengan hujah Sunni yang serupa, seperti penakut dan sebagainya. Pelik bukan?

 

Kedua: Ansar bersekongkol dengan Yahudi

 

Bukan lagi rahsia, di pelbagai laman Anti-Shiah, antara propaganda yang paling terkenal adalah percubaan untuk mengaitkan Shiah sebagai agenda Yahudi / Zionist dalam menghancurkan Islam dengan pelbagai konspirasi, lalu dibawa pelbagai “bukti” agar dapat menguatkan lagi hujah mereka bahawa Shiah itu adalah produk Yahudi.Alangkah terkejutnya saya, kini tuduhan yang sama dilemparkan oleh Shiah pula, kepada Ansar Imam Mahdi.

 

Antaranya bahawa kami menerima bantuan kewangan dari Israel, sehingga berkontena-kontena wang yang diterima.Sekurang-kurangnya, percubaan Sunni lebih “ilmiah” kerana membawakan “dalil” seperti kaitan dengan Ibn Saba dan sebagainya, walaupun jelas ia meleset. Namun apa yang Shiah bawa? Tiada, melainkan fitnah Sheikh Shiah, dan budaya taqlid / ikut buta pengikut Shiah.

 

Ketiga: Apa Mukjizat Ahmed?

 

Pengikut Shiah secara umumnya, dan pengikut Shiah yang berasal dari Sunni khususnya, sering berasa bangga dengan diri mereka yang lebih intelektual daripada orang Sunni yang hanya mengikut agama nenek moyang mereka, disebabkan mereka menerima Shiah kerana mengkaji dan mereka merasakan mendapat pemahaman dalam beragama, ketimbang mereka yang hanya mengikut tanpa kajian.

 

Namun segala prestasi intelektual ini musnah sekelip mata, apabila sama seperti Sunni yang hanya “mengikut agama nenek moyang”, para "pengkaji ilmiah" ini kini telah sekapal dengan Sunni untuk meminta keajaiban, sedangkan sebelum ini mereka bergelumang dengan kajian fakta dan dalil untuk bertemu kebenaran, malah membanggakan diri mereka kerana hakikat ini. 

 

Keempat:Shiah memberi keutamaan pada Imam lebih dari Nabi, Ansar memberi keutamaan kepada Ahmed Al Hassan lebih dari Imam.

 

Dari perspektif seorang Sunni, adalah tidak menghairankan jikalau mereka melihat orang Shiah melebihkan para Imam lebih dari Nabi Muhammad (saw). Apa tidaknya, hadis-hadis para Imam jauh melebihi jumlah hadis dari Nabi (saw). Lebih menyakitkan hati Sunni apabila Shiah hanya meratapi kesyahidan Imam Hussain (as) namun tidak "menyambut" kewafatan Nabi Muhammad (saw). Maka bersusah payahlah saudara Shiah cuba menanggapi persoalan ini secara ilmiah.

 

Segalanya keilmiahan terus hilang secara tiba-tiba apabila orang Shiah berhadapan dengan Ansar. Kini kami pula dituduh melebihkan kedudukan Ahmad Al-Hasan lebih dari para Imam. Bukankah janggal penghujahan sebegini, apabila kalian bersusah payah menjawab secara ilmiah soalan dengan tema serupa dari Sunni? Sepatutnya hujah yang digunakan kalian dalam menanggapi Sunni boleh menjawab persoalan Sunni kepada Ansar. Namun mereka tidak berfikir

 

Kelima:  Yang jadi Ansar adalah yang kurang Ilmu

 

Dituduh jahil, bodoh, berfikiran cetek adalah tuduhan biasa para penzalim dan kumpulannya kepada pengikut kebenaran. Ia adalah satu bentuk serangan peribadi yang membolehkan kedudukan ilmu penyeru kebenaran diragui. Sunni sering menggunakan istilah Shiah jadian kepada Sunni yang menjadi Shiah. Lantas mereka sering dijadikan contoh orang yang tersesat kerana kurangnya ilmu. Aizam Masoud, penolong pengarah di JAIS sendiri menyebutkan Sunni yang menjadi Shiah sebagai mereka yang tidak habis belajar Sunni.

 

Pengikut Shiah lantas menurunkan lagi standard mereka apabila mereka pula kini menuduh orang Shiah yang menjadi Ansar sebagai orang yang "tidak habis belajar di Hauzah", belajar tidak habis, tidak merujuk ustaz, jarang dengar kuliah dan sebagainya. Ini dengan harapan agar mereka dapat menutup terus pintu kajian dan rasa ingin tahu masyarakat awam. Dengan menisbatkan pendakwah kebenaran kepada mereka yang jahil, akan membuatkan orang ramai semakin sukar untuk menerima penghujahan yang dibawa oleh penyeru kebenaran.

 

Keenam: Orang kafir lagi bagus dari Shiah Orang kafir lagi bagus dari Ansar

 

Sebenarnya tidak ramai Sunni yang menyatakan dengan jelas hakikat ini, namun perkara ini dapat dilihat dari cara layanan mereka kepada Shiah, contohnya, umat Kristian, Buddha dan Hindu yang jelas perbezaan mereka yang jauh dari Islam namun masih dibenarkan beramal secara bebas di negara Islam. Mereka dibenarkan menyambut hari keraian mereka dan dibenarkan mempunyai tempat ibadat mereka tersendiri. Namun, besar sekali perbezaan layanan kepada penganut Shiah, yang mana diadakan undang-undang yang melarang fahaman tersebut dan tidak dibenarkan beramal secara bebas, walaupun asas akidah masih sama.

 

Walaupun dilayan dengan sangat zalim oleh Sunni, Shiah mula mengikuti jejak langkah yang sama dengan melebihkan Sunni dari Ansar, sedangkan persamaan akidah antara Ansar dan Shiah lebih kuat. Ansar difatwakan sesat, pengikutnya dihukum, dibunuh dan dipenjarakan oleh kerajaan Shiah di Iran dan Iraq, sedangkan Sunni dibenarkan beramal secara bebas. Sangat double standard.

 

Ketujuh: Sunni: Shiah menambah syahadah, Shiah: Ansar menambah shahadah

 

Ini adalah isu yang paling kerap dipanaskan oleh Sunni dalam menentang Shiah. Dan Shiah sangat bersungguh-sungguh dalam membuktikan bahawa penambahan syahadah tidak membatalkan keislaman, asalkan apa yang disaksikan itu adalah perkara yang benar. 

 

Namun, betapa terkejutnya saya, apabila isu yang sama kini digunakan oleh Shiah untuk menyerang Ansar. Mereka mempertikaikan Ansar yang menyaksikan kebenaran tentang para Mahdi. Hebat. Adakah ingatan mereka sangat lemah sehingga terlupa akan perkara ini? Atau mereka terlalu jahil?

 

Penutup

 

InsyaAllah, jika masih ada penambahan, artikel ini akan diupdate dari masa ke semasa. Betapa cepatnya sejarah berulang, Shiah yang dahulunya dizalimi, kini menzalimi orang lain. Inilah keadaan pengaku Shiah yang telah diriwayatkan oleh Nabi dan para Imam (solawat atas mereka semua).

 

Soalan-soalan jahil yang ditanyakan oleh Sunni kepada Shiah adalah antara sebab sebilangan mereka menjadi Shiah pada akhirnya. Diharapkan dengan artikel ini, ada orang Shiah yang dapat tersedar kebenaran pahit apabila mereka kini berhujah dengan hujah Sunni, lalu dapat membantu mereka menggapai kebenaran.

Bantahan Pada Shiah Yang Ingin Menunggu Keluar Panji Hitam

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً
Orang Shiah: Riwayat mengatakan agar tunggu sehingga keluarnya panji hitam dari timur, dan panji hitam ini mesti dilihat terlebih dahulu.

Rasulullah (sawas) telah berkata: “Sebelum perbendaharaan kamu, tiga akan berbunuhan antara satu sama lain, kesemua mereka adalah anak khalifah yang berbeza, bagaimanapun tiada dari mereka yang akan menerima. Selepas itu, panji hitam akan keluar dari timur dan bertempur dalam satu perang besar ke atas mereka.Kemudian dia (sawas) telah menyebutkan seorang lelaki, lalu berkata, sekiranya kamu melihatnya hendaklah kamu berbaiah kepadanya kerana dia adalah khalifah Al Mahdi.” [Bisharat Al Islam, ms 30]

فيما ذكره نعيم عن المهدي ونصرته برايات خراسان. قال حدثنا أبو نصر الحباب عن خلاد عن أبي قلابة عن ثوبان قال إذا رأيتم الرايات السود خرجت من قبل خراسان فأتوها ولو حبوا على الثلج فإن فيها خليفة المهدي.

Jika kamu melihat panji hitam keluar dari Khurasan, maka bersegeralah ke arah mereka, walaupun terpaksa merangkak di atas salji, kerana mereka berpegang kepada khalifah al Mahdi.] ( Al-Malahem Wal Fitan, Sayyid Bin Tawoos Al-Hassani, hal. 52)

Riwayat menyuruh kita “melihat” terlebih dahulu. Maka kami akan tunggu sehingga melihat panji hitam.

______

Jawaban: Ini adalah hujah paling murah yang boleh dikeluarkan oleh seorang yang bergelar pengikut Ahl Al-Bait (AS). Mereka akan mencari seribu satu alasan untuk menolak beriman kepada khalifah Allah. Kita pulang semula kepada riwayat di atas.

Mereka yang menjadikan alasan “menunggu untuk melihat dahulu” sebelum bertindak WAJIB menjawab satu soalan berikut. Diketahui bahawa pasukan panji hitam ini adalah pasukan perang khalifah Al Mahdi, seperti yang disebutkan dalam riwayat di atas. Maka bagaimanakah mereka dapat mengenal Khalifah Al Mahdi ini terlebih dahulu dan berpegang kepadanya lalu keluar berperang dengan beliau? Ini jelas kerana mereka adalah yang pertama keluar bersama beliau.

Saya pasti tidak akan ada jawaban yang jelas berserta dalil yang dapat mereka berikan, melainkan bersangka-sangka. Maka tidak dapat tidak, situasi sebenarnya harus seperti berikut:

1. Al Mahdi telah pun keluar terlebih dahulu mendakwah manusia ke jalan kebenaran
2. Manusia beriman kepada Al Mahdi setelah beliau membuktikan dirinya dengan bukti yang jelas
3. Dan apabila sampai waktunya, maka Al Mahdi akan mengetuai pasukan orang beriman ini dalam Revolusi Illahi.

Selain dari situasi ini, maka tidak ada jalan bagi menjelaskan kewujudan orang beriman sebelum keluarnya panji hitam. Secara automatis, terbatallah “kaedah” ciptaan akal mereka yang mahu menunggu keluar panji hitam terlebih dahulu.

Satu perkara lagi yang harus diingat oleh para pengikut kaedah ini adalah, maut tidak mengenal masa dan ketika. Apakah anda boleh menjamin anda akan boleh hidup panjang untuk melihat keluarnya panji hitam ini? Jika anda mati tanpa mengiktiraf Imam atau utusan Imam, maka anda mati tanpa Imam.

Imam Ali b. Musa al-Reza (a.s.) meriwayatkan hadis-hadis dari bapanya, sehingga Nabi(s) – Barangsiapa yang mati tanpa mengikuti Imam lantikan Allah dari itrah ku dianggap sebagai mereka yang mati dalam kejahilan. Amalannya tidak diterima, samada beliau melakukannya di zaman Jahiliyyah atau selepas kedatangan Islam. Oyoon Akhbaar al-Reza (a.s.) bab 31 hadis 214

Perkara terbaik buat orang-orang Shiah sekarang adalah diterangkan di dalam hadis berikut:

Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Safwan bin Yahya, daripada Muhammad bin Marwan, daripada al-Fudhail bin Yasar berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah: “Suatu hari Kami menyeru setiap umat dengan pemimpinnya”(17:71) Maka beliau a.s telah berkata: Kenalilah imam anda, kerana anda apabila anda telah mengenali imam anda, cepat atau lampat urusan ini tidak akan memudaratkan anda. Sesiapa yang telah mengenali imamnya, kemudian beliau telah mati sebelum kedatangan sahaib hadha al-Amr adalah seperti kedudukan mereka yang telah berada di dalam kem askarnya, tidak, malah seperti kedudukan mereka yang telah berada di bawah benderanya, beliau telah berkata: Sebahagian sahabatnya berkata: [Beliau] adalah seperti kedudukan mereka yang telah mati syahid bersama Rasulullah s.a.w.(Usul al Kafi, No 535)

Ambil kesempatan ini untuk mengkaji seruan Sayed Ahmed, Al Yamani dan Mahdi Pertama yang dinantikan, kenali dan iktiraf urusannya, dan setelah itu, lambat atau cepatnya urusan ini tidak akan memudaratkan anda. Dan jika anda mati, maka kedudukan kalian adalah seperti yang diterangkan dalam riwayat di atas.

Penutup Kenabian: Pengakhir Para Nabi

 Penutup Para Nabi   
 
 
Firman Allah Yang Maha Kuasa,
 
﴿مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَكِنْ رَسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيماً﴾
 
{Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu}[1]
 
 
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bahawa “Penutup Kenabian”, dan saya maksudkan penutup di sini sebagai “pengakhiran”, tidaklah tepat jika dikatakan kenabian disini bermaksud mencapai kedudukan seorang Nabi, dan mengetahui beberapa perkhabaran dari langit tentang kebenaran dan perkara ghaib. Ini kerana jalan untuk naik ke Kerajaan Langit (Malakut) telah dibuka dan ia tidak ditutup dan tidak akan ditutup.
 
Oleh itu Nabi Muhammad (S) menekankan dalam banyak riwayat oleh Sunnah dan Syiah, begitulah juga dengan Ahlul Bayt (as) bahawa salah satu jalan dari jalan-jalan Al-Wahi Al-Ilahi (Ilham Allah) akan tetap terbuka dan tidak akan ditutup, yang merupakan rukyah yang benar  dari Allah SWT
 
عن علي بن الحسـين بن علي بن فضال، عن أبيه، عن أبي الحسـن علي بن موسى الرضا (ع): أنّه قال له رجل من أهل خراسان : يا ابن رسول الله : رأيت رسول الله (ص) في المنام كأنّه يقول لي: (كيف أنتم إذا دفن في أرضكم بضعتي واستحفظتم وديعتي وغيب في ثراكم نجمي) ؟فقال له الرضا (ع): (أنا المدفون في أرضكم، وأنا بضعة نبيكم، فأنا الوديعة والنجم، ألا ومن زارني وهو يعرف ما أوجب الله تبارك وتعالى من حقي وطاعتي فأنا وآبائي شفعاؤه يوم القيامة، ومن كنّا شفعاءه نجا ولو كان عليه مثل وزر الثقلين الجن والإنس. ولقد حدثني أبي، عن جدي، عن أبيه، عن آبائه أنّ رسول الله (ص) قال: من رآني في منامه فقد رآني؛ لأنّ الشيطان لا يتمثل في صورتي ولا في صورة أحد من أوصيائي، ولا في صورة أحد من شيعتهم. وإنّ الرؤيا الصادقة جزء من سبعين جزءاً من النبوّة)
 
Diriwayatkan dari Ali bin Al-Hussein bin Ali bin Fadhdhal, dari bapanya, dari Abi Al-Hassan Ali bin Musa Al-Ridha (as):
 
Salah seorang dari lelaki dari Khurasan berkata kepadanya, "Wahai anak Rasulullah, aku melihat Rasulullah (S) dalam tidur seolah-olah dia bersabda kepadaku: Bagaimana kamu jika sebahagian daripada ku dikebumikan di tanah airmu, dan kamu telah diamanahkan (memelihara) kirimanku; dan tersembunyi di tanahmu bintangku?”
 
Lalu Al-Ridha (as) berkata kepadanya: "Aku akan dikebumikan di tanah airmu; bahawa aku sebahagian daripada Nabi mu; dan akulah kiriman dan bintang; bahkan sesiapa menziarahiku dan dia tahu apa yang diwajibkan Allah Tabaraka Wa Taala, dari hakku dan taat padaku, maka aku dan bapa-bapaku adalah pemberi Syafaat kepadanya pada hari kiamat, dan sesiapa yang kami berikan Syafaat padanya akan terselamat walaupun dia memiliki dosa-dosa yang sama berat dengan dosa tsaqalain (kedua-dua) jin dan Manusia; dan sememangnya aku diberitahu oleh bapaku, daripada datukku, dari bapanya (as) bahawa Rasulullah (sawas) bersabda:
 
"Sesiapa yang melihatku dalam tidurnya maka sesungguhnya dia telah melihatku, kerana syaitan tidak boleh menyerupai bentuk rupa ku, tidak juga dalam bentuk rupa sesiapa dari Aushiakku, tidak juga dalam bentuk rupa pengikut mereka, dan Rukya yang benar adalah sebahagian daripada tujuh puluh bahagian nubuwah.”[2]
 
 
وعن النبي (ص)، قال: (إذا اقترب الزمان لم تكد رؤيا المسلم تكذب، وأصدقكم رؤيا أصدقكم حديثاً، ورؤيا المؤمن جزء من خمسة وأربعين جزءاً من النبوّة)
 
Diriwayatkan daripada Nabi (S) bahawa baginda bersabda,
 
"Jika Zaman telah menghampiri, mimpi (rukya) orang Islam bukan suatu dusta dan yang paling benar di antara kamu dalam mimpi (rukya) adalah yang paling benar dalam ucapannya. Oleh itu mimpi (rukya) orang beriman adalah sebahagian daripada empat puluh lima bahagian nubuwah.”[3]
 
 
Diriwayatkan daripada Nabi (S) bahawa baginda bersabda,
 
"Ia merupakan sebahagian daripada tujuh puluh bahagian dari nubuwah."[4]
 
 
Diriwayatkan dari Rasulullah (S) bahawa baginda bersabda,
 
"Mimpi (rukya) orang beriman adalah sebahagian daripada tujuh puluh tujuh bahagian dari nubuwah."[5]
 
وعن علي (ع)، قال: (رؤيا المؤمن تجري مجرى كلام تكلّم به الرب عنده)
 
Diriwayatkan dari Ali (as) bahawa dia berkata,
 
"Mimpi (rukya) orang beriman dianggap sebagai ucapan Tuhan bercakap kepadanya."[6]
 
 
Nabi (S) bersabda,
 
"Jika Masa telah menghampiri, mimpi (rukya) orang mukmin bukan suatu dusta dan yang paling benar di kalangan mereka di dalam mimpi (rukya), adalah yang paling benar dalam ucapannya."[7]
 
 
Al-Alamah Al-Majlisi meriwayatkan di dalam kitab Bihar Al-Anwar dari kitab Jami' Al-Akhbar dan di dalam kitab Al-Ta'bir 3an Aimmah (as) berkata:
 
"Mimpi (rukya) orang beriman sahih kerana jiwanya kebaikan, dan keyaqinannya sahih, dan apabila ia keluar diangkat dari malaikat. maka itu ia [mimpi (rukya)] adalah wahyu (wahi) dari Allah, Yang Mulia dan Maha Berkuasa. "[8]
 
 
وعن رسول الله (ص)، قال: (من رآني في منامه فقد رآني، فإنّ الشيطان لا يتمثل في صورتي، ولا في صورة أحد من أوصيائي، ولا في صورة أحد من شيعتهم، وإنّ الرؤيا الصادقة جزء من سبعين جزءاً من النبوّة)
 
Diriwayatkan dari Rasulullah (S) bahawa baginda bersabda,
 
"Siapa yang melihat aku dalam tidurnya maka sesungguhnya ia telah melihatku, kerana syaitan tidak boleh menyerupai (shurah) bentuk rupaku, dan tidak juga bentuk rupa mana-mana Aushiaku, serta bentuk rupa mana-mana pengikut (syiah) mereka, dan mimpi (rukya) sebenar adalah sebahagian daripada tujuh puluh bahagian nubuwah." [9]
 
 
Diriwayatkan dari Rasulullah (S) baginda bersabda,
 
"Jika ia adalah akhir zaman, mimpi (rukya) mukmin bukan suatu yang dusta dan yang paling benar di antara kamu dalam mimpi (rukya) adalah yang paling benar dalam ucapannya.”[10]
 
 
وعن رسول الله (ص): (إذا اقترب الزمان لم تكد رؤيا المؤمن تكذب، وأصدقهم رؤيا أصدقهم حديثاً، ورؤيا المسلم جزء من ستة وأربعين جزءاً من النبوّة)
 
Diriwayatkan dari Rasulullah (SAW) baginda bersabda,
 
"Jika Zaman telah menghampiri, mimpi (rukya) orang Islam bukan suatu dusta dan yang paling benar di antara kamu dalam mimpi (rukya) adalah yang paling benar dalam ucapannya. Oleh itu, mimpi (rukya) Muslim adalah sebahagian daripada empat puluh enam bahagian nubuwah. "[11]
 
 
Diriwayatkan dari Rasulullah (S) baginda bersabda,
 
"Mimpi (rukya) orang beriman adalah sebahagian daripada empat puluh enam bahagian nubuwah." [12]
 
 
وعنه (ص) قال: (إذا رأى أحدكم الرؤيا يحبّها، فإنما هي من الله، فليحمد الله عليها وليحدّث بها)
 
Dan dari baginda (S) bersabda,
 
"Jika salah seorang di antara kamu telah melihat mimpi (rukya) yang disukanya, maka ia adalah dari Allah, maka hendaklah dia memuji Allah dan bercakap mengenainya."[13]
 
 
Diriwayatkan dari Rasulullah (SAW) baginda bersabda,
 
"Mimpi (rukya) orang beriman sebahagian daripada tujuh puluh tujuh bahagian nubuwah."[14]
 
 
Diriwayatkan dari Rasulullah (S) baginda bersabda,
 
"Mimpi (rukya) yang beriman adalah sebahagian daripada empat puluh bahagian nubuwah."[15]
 
 
Diriwayatkan dari Rasulullah (S) baginda bersabda,
 
"Mimpi (rukya) orang beriman atau orang Islam adalah sebahagian daripada empat puluh enam bahagian nubuwah.”[16]
 
 
Rasul Allah (S) bersabda,
 
"Mimpi (rukya) orang beriman adalah sebahagian daripada empat puluh enam bahagian nubuwah."[17]
 
 
Diriwayatkan dari Rasulullah (S), baginda bersabda,
 
"Jika Zaman telah menghampiri, mimpi (rukya) orang Islam bukan suatu dusta dan yang paling benar di antara kamu dalam mimpi (rukya) adalah yang paling benar dalam ucapannya.. Oleh itu, mimpi (rukya) orang Islam adalah sebahagian daripada empat puluh enam bahagian nubuwah."[18]
 
 
Rasul Allah (S) baginda bersabda,
 
"Mimpi (rukya) orang beriman adalah sebahagian daripada empat puluh bahagian nubuwah.”[19]
 
 
Diriwayatkan bahawa Allah menurunkan kepada Imam Musa Al-Kadzim (as) di dalam mimpi (rukya) bahawa Imam selepasnya adalah kepada anaknya Ali bin Musa Al-Ridha (as), Dari Yazid bin Salith Al-Zaidi berkata, "Kami bertemu Aba Abdillah (as) dalam perjalanan ke Mekah semasa kami satu jamaah jadi kami berkata kepadanya, 'Demi ayah dan ibuku, tuan adalah Imam yang disucikan dan tiada siapa yang tidak akan mati, jadi beritahu padaku suatu teka-teki siapakah yang (menjadi) khalifahku.’
 
Dia berkata aku, 'Ya mereka adalah anak-anak ku dan ini adalah tuan (ketua) mereka, (dan beliau menunjuk kepada anaknya Musa (as)) padanya ada ilmu pengetahuan, kebijaksanaan, kefahaman, kemurahan hati dan makrifah yang manusia hajatkan dengan apa yang mereka perselisihkan dalam urusan agama mereka dan dia mempunyai akhlak yang baik dan adab-kejiranan dan dia adalah pintu dari pintu-pintu Allah Taala (AWJ) dan satu lagi, 'Ia adalah lebih baik daripada semuanya.'
Jadi ayah aku berkata kepadanya, 'Demi ayah dan ibuku, dan apakah dia?' Beliau berkata, 'Allah akan membawa daripada dia penolong umat ini; dan yang melegakan, pengetahuan, kesedaran, kefahaman, kebijaksanaan, bayi yang terbaik dan belia yang terbaik. Olehnya, Allah akan mengelakkan pertumpahan darah, mendamaikan antara manusia, menyatukan kembali bahagian-bahagian, membahagikan dari pembukaan sempit, memberi pakaian pada yang tak berpakaian, mengenyangkan yang lapar, menenangkan yang takut, kerananya hujan turun dan daripadanya hamba-hamba mengambil arahan mereka, yang baik dengan tua yang muda belia, khabar gembira yang baik untuk kaumnya setelah dia dewasa, ucapannya adalah penghakiman dan diamnya adalah pengetahuan, dia menjelaskan kepada manusia apa yang mereka perselisihkan.”
 
Dia berkata, "Bapa ku telah berkata, 'Demi ayah dan ibuku, adakah dia akan mempunyai anak lelaki yang akan datang selepasnya?' Beliau berkata, 'Ya,' dan berhenti bercakap.”
 
Kemudian Yazid telah berkata, "Aku telah bertemu dengan Aba Al-Hassan (iaitu Musa bin Jafar (as)) dan berkata kepadanya, 'Demi ayah dan ibuku, aku mahu tuan agar memberitahuku apa yang bapa tuan telah maklumkan kepada ku.' Beliau berkata bahawa dia berkata, 'Ayahku (as) berada di zaman yang berbeza dari zamannya. "
Yazid berkata, "Aku berkata, 'Semoga laknat Allah atas sesiapa yang menerima ini dari kamu.’"
 
Dia berkata, "Dia ketawa kemudian berkata, 'Biar aku beritahu kamu ya Aba 3imaarah, aku meninggalkan rumahku kemudian aku berwasiat pada zahirnya kepada anak-anakku dan supaya mereka bekerjasama dengan anak ku Ali, dan aku menetapkan dia dalam wasiatku secara sembunyi (batin), dan aku telah melihat Rasulullah (S) dalam tidurku (mimpi  rukyaku) dan Amir Al-Mukminin (as) bersama baginda dan baginda mempunyai cincin, pedang, tongkat, kitab dan serban, dan aku berkata kepada baginda, 'Apa semua ini?’
 
Baginda bersabda, 'Adapun serban itu adalah Keagungan Allah AWJ, pedang adalah menjadi Kebanggaan Allah AWJ, kitab itu adalah Cahaya Allah AWJ, bagi tongkat itu adalah Kekuatan Allah AWJ, dan cincin itu adalah pengumpul daripada semua urusan ini. Beliau kemudian berkata, 'Rasulullah (S) bersabda,' Urusan ini akan dikeluarkan pada anak kamu Ali.’
 
Dia berkata, "Kemudian beliau berkata, 'Wahai Yazid, ini adalah suatu amanah yang kamu ada. Jangan dedahkan melainkan kepada orang yang berakal, atau pada hamba Allah yang telah diuji hatinya dengan iman, atau kepada orang yang jujur. Dan jangan kufur atas nikmat Allah Taala dan jika kamu ditanya untuk memberi kesaksian, maka berbuatlah, kerana Allah SWT berfirman,
 
﴿إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا﴾
 
{Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya,}[20]
 
 
dan Allah SWT berkata,
 
﴿وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ كَتَمَ شَهَادَةً عِنْدَهُ مِنَ اللَّهِ﴾
 
Dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang menyembunyikan kesaksian dari Allah yang ada padanya?" }[21]
 
 
Kemudian aku berkata, "Aku bersumpah demi Allah aku tidak akan berbuat demikian selamanya.”
 
Dia berkata, " Kemudian Abu Al-Hassan (as) berkata, 'Kemudian Rasulullah (S) menerangkan sifatnya kepadaku. Baginda bersabda, 'Ali anak kamu, yang melihat dengan cahaya Allah, dan mendengar dengan kefahaman-Nya, dan bercakap dengan kebijaksanaan-Nya, sentiasa betul tidak pernah silap, sentiasa tahu tidak jahil, dan telah dipenuhi dengan kebijaksanaan dan pengetahuan (ilmu dan hikmah). Bagaimana rendah martabat kamu dengan dia! Ia adalah suatu perkara yang pasti tidak berlaku, jadi apabila kamu kembali dari perjalanan kamu, perbaiki arahan kamu dan jelaskan permintaan kamu kerana kamu bergerak jauh dari dia dan jiran lain. Jadi kumpul anak-anak kamu dan bersaksilah kepada Allah atas mereka dan cukuplah Allah sebagai saksi.”
 
Beliau berkata, 'Wahai Yazid, aku akan diambil tahun ini, dan Ali anakku telah dinamakan Ali bin Abu Talib (as) dan telah dinamakan Ali bin Al-Hussain (as). Dia telah diberikan kefahaman yang pertama, dari ilmuNya, pertolonganNya, dan Pakaian jubah rasmiNya. Dan dia tidak boleh bercakap di hadapan Harun [Khalifah Abbasiyah] selama empat tahun, dan selepas empat tahun berlalu, tanyalah dia apa yang kamu mahu dan dia akan menjawabnya jika dikehendaki Allah SWT."[22]
 
 
Oleh itu mimpi (rukya) adalah jalan kepada wahyu Allah Yang Maha Suci dan ia masih terbuka selepas Muhammad (S), ini dipastikan dengan riwayat-riwayat dan kenyataan yang kukuh bahawa ia masih terbuka kepada manusia.
Oleh itu tidak ada penghalang untuk  sebahagian manusia yang beriman secara ikhlas kepada Allah Yang Maha Suci untuk mencapai makam nubuwah, dan Allah SWT boleh memberikan wahi (ilham) kepada mereka melalui jalan ini (mimpi (rukya)) dan Allah memberikan  mereka atas sebahagian Al-Haq (Kebenaran) dan Yang Ghaib dengan kurnia dariNya SWT.
 
Sudah semestinyalah para Imam (as) mencapai martabat nubuwah. Kebenaran dan perkara Ghaib sampai kepada mereka melalui rukya dan kasyaf. Ada begitu banyak riwayat-riwayat mengesahkannya. Sebahagian riwayat telah dinyatakan di atas. [23]
 
 
Oleh itu, adalah wujud kemampuan bagi orang mukmin dan orang yang ikhlas untuk mencapai maqam (martabat) nubuwah dan Allah memberi wahi (ilham) kepada mereka melalui jalan mimpi (rukya), perkara ini berlaku, sekurang-kurangnya ia dicapai oleh para Imam (as).
 
Adapun riwayat dari mereka (as) yang menafikan diri mereka sebagai Nabi, perkara ini difahami. Yang dimaksudkan dari penafian mereka adalah bahawa mereka adalah nabi-nabi yang diutus Allah SWT, jika tidak apakah maknanya apabila mereka mendapat khabar dari Roh Kudus? Dan apa apakah maknanya bahawa dia (Roh Kudus) bersama mereka dan tidak berpisah dengan mereka?[24]
 
 
Jadi, jika ini berlaku, apakah maknanya apabila Muhammad (S) adalah penutup(khatam) para Nabi(iaitu yang terakhir dari mereka)?
 
Dan juga apakah maknanya apabila baginda (S) penutup(khatim) para nabi (iaitu pertengahan antara mereka)? Kerana kedua-duanya iaitu [Penutup dan yang menutup] adalah gelaran kepada Nabi Muhammad (S).
 
Jadi untuk mengetahui jawapannya, kita perlu tahu sesuatu tentang maqam (kedudukan) Nabi Muhammad (S) dan beberapa perkara yang baginda miliki lebih daripada maqam (kedudukan) anak-anak Adam yang lain, bahkan ke atas mereka dari para nabi (as) khususnya .
 

[1] Quran 33:40
[2] Man la yahdarhu Al-Faqih- sheikh Al-Sodoq: Vol 2, halaman 584. ‘Uyoon Akhbar Al-Retha sheikh Al-Sodoq Vol 1, halaman 287. Al-Amali Sheikh Al-Sodoq, halaman 120
[3] Sahih Muslim: Vol 7, halaman 52. Sunan Al-Tirmidi: Vol 3, halaman 363. Sharh Usool Al-Kafi- Al- Mazndrani, Vol 11, halaman 476.
[4] Man la yahdarhu Al-Faqih- sheikh Al-Sodoq: Vol 2, halaman 584. Sharh Usool Al-Kafi, Vol 11, halaman 476.
[5] Bihar Al-Anwar, Vol 85, halaman 176. Kanz Al-Fawaid: halaman 211
[6] Bihar Al-Anwar, Vol 52, halaman 210. Kanz Al-Fawaid, halaman 211
[7] Al-Amali- sheikh Al-Tosi, halaman 386, Bihar Al-Anwar, Vol 85, halaman 172
[8] . Bihar Al-Anwar, Vol 85, halaman 176
[9] Bihar Al-Anwar, Jilid 58, halaman 176, di ambil dari Man La Yahdhuruh Al-Faqih Jilid 2, halaman 584, 3uyun Akhbar Al-Ridha (as) Jilid 1, halaman 287, Al-Amali Al-Syeikh Al-Shaduq, halaman 121, Bihar Al-Anwar, Jilid 49, halaman 283 dengan diganti – [فأنّ الشيطان .. لأنّ الشيطان
[10] Bihar Al-Anwar, Jilid 58, halaman 181
[11] Sunan Al-Tirmizhi: Jilid 3, halaman 363, Bihar Al-Anwar, Jilid 58, halaman 192, dan dalam Musnad Ahmad, Jilid 2, muka surat 507. Shahih Muslim, Jilid 7, muka surat 52 dan di mana pada kedua perkataan Al-Muslim diganti Al-Mukmin pada makna, seperti dalam Shahih Muslim 45 di ganti 40 tahun, dan dalam Shahih Bukhari, Jilid 8, halaman 77 di mana pada kedua perkataan Al-Muslim diganti Al-Mukmin pada makna
[12] Bihar Al-Anwar, Jilid 85, halaman 192
[13] Musnad Ahmad, Jilid 3, halaman 8, Shahih Bukhari, Jilid 8, halaman 83, Bihar Al-Anwar, Jilid 85, halaman 192
[14] Bihar Al-Anwar, Jilid 85, halaman 210
[15] Musnad Ahmad bin Hanbal, Jilid 4, muka surat 11 Sunan Al-Tirmizhi, Jilid 3, halaman 366, Al-Mu3jam Al-Kabir Jilid 19, halaman 205, Al-Jami3 Al-Saghir Jilid 2, halaman 6.
[16] Musnad Ahmad Ibn Hanbal, Jilid 5, halaman 319
[17] Shahih Muslim, Jilid 7, muka surat 53, Sunan Al-Tirmizhi, Jilid 2, halaman 123
[18] Sunan Ibn Majjah, Jilid 2, halaman 1289
[19] Sunan Al-Tirmizhi, Jilid 3, halaman 366
[20] Al-Nisaa’ 4:58
[21] Al-Baqarah 2:140
[22] 3uyun Akhbar Al-Ridha (as) Jilid 2, halaman 33
[23] Seperti contoh: Rukya Imam Al-Hussain (as) di mana beliau telah melihat bahawa anjing telah menyerang beliau dan salah seekor daripada anjing ini adalah berbelang-belang dan ia adalah yang paling garang dalam menyerang Al-Hussain (as) Jadi beliau memberitahu Shimr bin Zhi Al-Jawsyan (Laknahu Allah) "Dia adalah Kamu (anjing).", dan Shimr (Laknahu Allah) adalah tempang. Boleh rujuk Al-Kafi, Dar Al-Salam dan buku-buku hadits yang lain.
[24] Hisham Bin Salim meriwayatkan dari Ammar atau orang lain berkata "Saya berkata kepada Abi Abdillah (as) 'Dengan hukum apabila kamu menghakimi?' Dia berkata," Degan hukum Allah, hukum Daud dan hukum Muhammad (S) jadi jika sesuatu yang datang kepada kami yang tidak ada dalam kitab, maka Roh Kudus akan memberikan kepada kami dan Allah mengilhamkan kepada kami dengan ilham." Bashair Al-Darajat halaman 472