Bantahan Komprehensif Al-Yamani Bukan Dari Negara Yaman Moden

Nampaknya persoalan Yamani dari Yaman masih lagi diputarkan iramanya oleh para penentang dakwah Ahmed Al-Hasan. Kami sudah tanggapi isu ini berkali-kali, namun kerana dihidupkan semula, maka tiada salahnya saya menanggapi secara ringkas point-pointnya agar tiada lagi keraguan sekitar Yamani dari Yaman.

 

Point Pertama: Yaman Bukan Negara Yaman

 

Terdapat banyak pembuktian yang menunjukkan apabila para Imam menyebutkan sebutan Yamani dan Yaman, ia tidak merujuk kepada negara Yaman di masa kini. Perlu diingat bahawa Yaman merujuk kepada sebuah wilayah yang sangat besar merangkumi Hijaz malah sedikit Iraq. Sementara negara Yaman sekarang ini masih baru diasaskan dan dibahagikan wilayahnya di abad ke 20.

 

Terlalu mudah untuk kita sekadar menyatakan Yaman di dalam sebutan hadis adalah Yaman sebagai negara di zaman ini. Saya akan bahaskan beberapa contoh hadis yang membuktikan Yaman bukan merujuk kepada negara Yaman moden.

 

  1. Nabi Muhammad Adalah “Dari Yaman”

 

فقال رسول الله صلى الله عليه وآله: “كذبت، إن خير الرجال أهل اليمن، والايمان يمان وأنا يماني,”

 

Diriwayatkan dari Nabi Muhammad (s) bersabda: “Kamu telah berdusta, sesungguhnya lelaki terbaik adalah Ahli Yaman, dan Iman adalah Yaman dan aku adalah Yamani.”

 

Rujukan:

 

→Kanz al’Aamil, Jil.12 hal.54, Hadis.33967

→al-Usool alSita Ashara hal.81 (atau al-Usool alSita Ashara min al-Usool al-Awaliya hal.250)

→Mustadrak Safeenat alBihar, Jil.10 hal.602

→Bihar alAnwar, Jil.57 hal.232

 

Pemerhatian: Jelas Nabi bukan berasal dari Yaman Moden, bermakna sebutan Yaman tidak boleh sama sekali dinisbatkan Yaman Moden.

 

  1. Wilayah Yaman Meliputi Kawasan Lebih Dari negara Yaman Moden

 

وقال الجزري: “في الحديث الايمان يمان، والحكمة يمانية، إنما قال (صلى الله عليه وآله) ذلك لان الايمان بدا من مكة وهي من تهامة، وتهامة من أرض اليمن، ولهذا يقال: الكعبة اليمانية،”

 

Berkata Al-Jazari (seorang ulama): “Di dalam hadith “Iman dari Yaman dan hikmah adalah Yamani”, baginda (s) menyatakan sebegini kerana Iman bermula dari Makkah, dan ia sebahagian dari Tuhama, dan Tuhama adalah sebahagian dari bumi Yaman, dan kerana ini disebutkan Kaabah Al-Yamani.”

 

Rujukan: Manaqib Ali Abi Thalib, Jilid 1 halaman 133, Bihar Al-Anwar, Jilid 16, halaman 106

 

Jelas dari sini, menyebutkan kalam “Yaman” oleh Ahlulbayt (a) sebagai negara Yaman moden adalah satu kesimpulan yang terburu-buru, memandangkan wilayah Yaman meliputi banyak negara Arab sementara negara Yaman moden baru diasaskan dalam abad ke 20.

 

Ini belum lagi kalam agamawan awal seperti Allamah Majlisi yang menyebutkan hadis-hadis Imam Ma’sum sebagai hikmah Yamani. Rujuk prakata Allamah Majlisi dalam kitab Bihar Al-Anwar, Jilid 1. [و مهد أراضي قلوب المؤمنين لبساتين الحكمة اليمانية فدحاها]

 

Kesimpulan: Saya merasa tidak tenang untuk menerima tafsiran pihak penentang bahawa Yaman yang disebutkan adalah negara Yaman moden memandangkan sebutan dari Khalifah Allah dan agamawan awal menyebutkan sebaliknya. Malah perkataan Yaman dan Yamani itu sendiri mempunyai banyak maksud yang lain, dan telah kami bahaskan di sini: http://www.eramahdi.net/2012/12/28/al-yamani-antara-bahasa-dan-personaliti/ dan http://www.eramahdi.net/2013/01/03/kepelbagaian-al-yamani-dan-al-yamani-dari-yaman/

 

Cabaran kepada lawan: Pihak lawan harus membawakan sebuah dalil muhkam bahawa Yaman yang disebutkan dalam hadis mereka adalah negara Yaman moden yang baru diasaskan pada abad ke 20 ini, memandangkan Nabi sendiri menyebutkan dirinya sebagai Yamaniun.


Point Kedua: Al-Bada Boleh Terjadi Pada Tempat Kemunculan

Masih terngiang-ngiang kisah Bani Israel yang menolak Nabi Isa (a) kerana kononnya tempat kemunculan beliau tidak seperti yang disebutkan dalam Perjanjian Lama. Saya sudah pasti tidak mahu “menolak Al-Yamani” jika ia muncul dari tempat selain dari negara Yaman moden. Mujurlah para Imam Ahlulbayt sudah memberi amaran akan hal ini:

 

عن أبي عبيدة الحذاء: قال: سألت أبا جعفر عليه السلام عن هذا الأمر, متى يكون؟ قال: “إن كنتم تؤملون أن يجيئكم من وجه , ثم جاءكم من وجه فلا تنكرونه”

 

Abi Abidah Al-Haza bertanya kepada Abu Jaafar tentang urusan ini, dan bagaimana ia akan terjadi: “Jika kamu berharap beliau datang kepada kamu dari suatu tempat, dan kemudiannya beliau datang kepada kamu dari tempat lain, jangan menolak beliau.”

 

Rujukan:

 

→al-Imama wal Tabasir, hal.94, bab 23, Hadith.85

→Mu’jam Ahaadeeth al-Imam alMahdi (as) jil.3 hal.262 Hadith.789

→Bihar al-Anwar, jil.52, hal.268, Bab 25, Hadith.157

 

Pemerhatian: Dengan sebutan ini, maka saya tidak lagi boleh menjadikan “keluarnya Yamani dari negara Yaman moden” sebagai prasyarat utama, kerana para Imam melarang saya menolaknya.

 

Yamani adalah seorang hujjah Allah, maka cara untuk mengenalinya harus dikembalikan kepada kaedah mengenal hujjah yang diajarkan oleh para Hujjah. Kaedah ini terlindung, dan tidak dapat dituntut oleh sesiapa pun melainkan oleh empunyanya yang sebenar. Kami telah bahaskan tanpa kalah dan bantahan kaedah ini, yang masih tertegak tanpa tentangan sehingga kini. Baca di link berikut:

 

http://www.eramahdi.net/2011/12/17/peraturan-ilahi-dalam-mengenali-hujjah-atau-khalifah-allah-di-muka-bumi/

 

http://www.eramahdi.net/2013/02/28/bagaimana-mengenali-shohibul-amr-pemilik-urusan/

 

http://www.eramahdi.net/2012/11/03/bagaimana-mengenal-washi-sebenar/


 

Point Ketiga: Panji Kebenaran Semuanya Dari Timur

 

Terlalu banyak hadis yang menyebutkan panji hitam / panji kebenaran / panji Al-Mahdi datang dari timur. Dan panji apa lagi yang lebih benar dan wajib ditaati berbanding Panji Al-Yamani, yang merupakan Panji Al-Mahdi?

 

 

 

ورد عن النبي (ص): (… وسيخرج من هذا – أي علي (ع) – فتى يملأ الأرض قسطاً وعدلاً فإذا رأيتم ذلك فعليكم بالفتى اليمني، فإنه يُقبل من المشرق، وهو صاحب راية المهدي).(المهدي المنتظر الموعود/ ب4: 107).

 

Nabi (sawas) memegang tangan Al Abbas dan tangan Ali (a.s) sambil berkata: “Di sana akan terdapat lelaki daripada keturunan lelaki ini (Al Abbas) yang akan memenuhi bumi dengan ketidakadilan dan penindasan, dan akan ada juga dari keturunan lelaki ini (Ali a.s) yang akan menyebarkan keadilan dan ketenangan. Apabila kamu melihat perkara ini berlaku, hendaklah kamu pergi kepada lelaki yang dia adalah Yamani, yang datang dari timur dan dia adalah seorang yg bersama-sama dengan panji Al Mahdi.” [Al-Mahdi Al-Muntather Al-Maw’ood bab 2, ms 207]

 

Jelas sebenarnya Yamani dari timur, bukan negara Yaman moden.


Dengan tiga point ini, maka hancurlah hujah bahawa Yamani itu berasal dari negara Yaman moden. Malah hakikatnya, sejarah dan hadis membuktikan, tempat kemunculan Al-Yamani itu tidak relevan dijadikan pegangan utama, kerana perancangan Allah yang ketat untuk melindungi urusanNya dari musuh. Pegangan yang harus dicengkam adalah Kaedah Mengenal Hujjah yang terlindung dari dituntut pendusta.

 

Saya ingin menyertakan juga beberapa hujah dokongan lain yang membuktikan Yamani bukan dari negara Yaman moden.


  1. Manuskrip awal kitab Kamaluddin wa Tamam Am-Ni’mah tidak menyatakan sebutan “dari Yaman”

 

Teks Kamaladdin wa tamam an ni’mah berusia 300 tahun

 

p1645 p1647


  1. Banyak rujukan lain yang meriwayatkan hadis ini tidak menyebut sebutan dari Yaman antaranya seperti berikut:

 

  • Ilaam Al-Wara Bi’Alam Al-Huda Jil.2 hal.233, Sheikh Al-Tabrasi
  • Kashf Al-Guma, Ibn Abi Al-Fateh Alarbili
  • Muntakhab Al-Anwar Al-Muthe’a , Sayed Buha Al-Deen Al-Najafi
  • Ithbat Al-Hudat, Muhammad ibn Hassan Al-Hur Al-Ameli Kamal Al-Deen jil.3 hal.468
  • Bihar Al-Anwar Jil.51 hal.218

 

Dan banyak lagi kitab yang tidak perlu disebutkan di sini. Dengan wujud banyak sekali riwayat yang tidak menyebutkan kedatangan Al-Yamani dari Yaman, menjadikan status sebutan tersebut sangat musykil untuk diterima begitu sahaja.


Pendapat bahawa Al-Yamani muncul dari Iraq turut dikongsi oleh ulama Syiah berikut:

Maka jelas, bukan kami sahaja yang menyatakan Yamani bukan dari negara Yaman moden.


Kesimpulan perbahasan:

 

  1. Setelah ditanggapi penghujahan yang diberikan, saya secara peribadi tidak dapat menerima secara terus bahawa Yaman yang disebutkan sebagai tempat kedatangan Al-Yamani adalah  negara Yaman Moden yang baru wujud di abad ke duapuluh ini.
  2. Para Imam Ahlulbayt memberi amaran untuk tidak menolak Pemilik Urusan jika beliau datang dari tempat yang berbeza dengan apa yang diharapkan.
  3. Sebutan Al-Yamani tidak tepat untuk dinisbatkan kepada tempat geografi, tetapi lebih tepat untuk dinisbahkan kepada gelaran individu yang merupakan orang kanan kepada Imam Mahdi
  4. Mutawatir hadis menunjukkan panji kebenaran dan panji Al-Mahdi akan muncul dari timur. Yamani adalah pemilik panji kebenaran dan panji Al-Mahdi. Beliau menyeru kepada Sahib Az-Zaman
  5. Teks awal kitab Kamaluddin tidak mempunyai kalimah (dari Yaman) dan begitu juga kitab-kitab lain pada hadis ini. Kami percaya terdapat tahrif pada hadis ini.
  6. Ulama Syiah juga menyatakan Al-Yamani akan muncul di Iraq, bukan negara Yaman moden kini.

 

Segala pujian bagi Allah, dengan ini saya tutup perbahasan ringkas ini. Allah Lebih Mengetahui.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *