1.4 Agama Wahabi Salafi Dan Evolusi

1.4 Agama Wahabi Salafi Dan Evolusi

Note: English text can be read below

Jawapan balas Abdul Aziz Ibn Abdullah Ibn Baz:

Soalan: Saya sentiasa terdengar dan terbaca bahawa manusia adalah monyet di awalnya, kemudian melalui beberapa peringkat dan bertukar menjadi manusia moden yang kita ketahui hari ini. Adakah ini logik atau tidak? Dan adakah asal usul manusia adalah monyet dalam erti kata, asal usul pembentukan jasadnya adalah sama dengan manusia? Mohon berikan manfaat kepada kami, semoga Allah mengganjari anda dengan kebaikan,

Jawapan (oleh Sheikh Ibn Baz):

(Dengan nama Allah, yang maha Pengasih Lagi Pengasihani)

Solawat dan salam ke atas Nabi dan keluarganya…

Kenyataan yang disebut oleh si penanya adalah tertolak dan terbatal. Ia bertentangan dengan Kitab Allah dan Sunnah RasulNya serta kesepakatan kumpulan salaf (generasi awal selepas Nabi Muhammad). Dan kenyataan ini telah terkenal dari seorang yang bernama Darwin – dan beliau adalah seorang pendusta dalam apa yang beliau katakan.

Hakikatnya, asal usul manusia adalah diketahui. Asal usulnya bukan monyet atau haiwan lain. Asal usul kita adalah manusia – berdiri tegak, cerdik – Allah menciptakan beliau dari tanah liat, dari bumi. Itulah bapa kita, Adam, salam ke atasnya, Allah menciptakan beliau dari tanah.

Seperti firman Allah: "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati dari tanah.” (Mukminun 23 :12)

Beliau diciptakan dari tanah. Allah menciptakan beliau berdasarkan imejNya – tinggi beliau adalah 60 hasta (90 kaki). Kemudian ciptaan ini mula berkurangan ketinggiannya sehingga sekarang..  Jadi anak-anak Adam adalah seperti beliau – dicipta dalam bentuk bapanya (Adam). Mereka mempunyai pendengaran, penglihatan, mereka mempunyai akal dan mereka mempunyai tubuh seperti kamu lihat hari ini – mereka berjalan dengan kakinya.

Mereka bercakap, mendengar, melihat dan makan dengan tangan mereka. Mereka tidak berbentuk seperti monyet, atau bersifat sepertinya. Manusia mempunyai bentuk khusus yang bersesuaian dengan mereka. Dan begitu juga setiap spesis:

Monyet adalah spesis yang berbeza. Khinzir adalah spesis berbeza. Sama juga dengan anjing, keldai, kucing dan spesis lain.

"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka.” (Al-Anam 6:38)

Spesis-spesis ini – semua mereka akan dihimpukan di hadapan Allah dan dikumpulkan bersama di Hari Kebangkitan – sesetengah mereka akan memberikan kesaksian tentang kumpulan lain.

Kemudian akan dikatakan kepada mereka (haiwan-haiwan) : Jadilah tanah!

Jadi mereka semua akan menjadi tanah – kecuali jin dan manusia – situasi mereka adalah berbeza. Mereka akan dihisab dan diberi balasan untuk tindakan mereka. Jadi sesiapa yang mentaati Tuhannya (menjadi Muslim) maka dia akan ke syurga.

Manakala, sesiapa yang kafir pada TuhanNya ( sebagai contoh, dengan menyembah selainNya atau tidak mempercayai kewujudanNya), maka dia akan ke neraka. Berkenaan haiwan-haiwan ini pula, mereka adalah spesis yang berbeza. Monyet adalah spesis berbeza yang mempunyai sifatnya yang tersendiri, asal usul tersendiri, perwatakan tersendiri. Sama juga khinzir, anjing, keldai, unta, lembu dan bebiri. Sama juga dengan spesis lain, setiap mereka mempunyai perwatakan dan bentuk yang berbeza, yang Allah telah tentukan untuknya – Dia bebas dari segala kelemahan dan kekurangan – dan Dia adalah Maha Bijaksana dan Mengetahui. Dia melihat perincian yang terbaik.

Perincian struktur badan mereka – Dia lebih mengetahui perkara ini dari semua orang –  Dia Maha Tinggi dan bebas dari segala kelemahan dan kekurangan. Namun adalah wajib bagi seorang hamba mempercayai penciptaan Adam bukan seperti penciptaan monyet. Dan asal usul Adam mempunyai asal yang sama seperti manusia hari ini – asal beliau bukan seekor monyet, bukan juga haiwan lain. Malah beliau adalah manusia, tegak badannya.

Beliau mempunyai akal, pendengaran, penglihatan, serta deria-deria lain seperti bau, sentuhan, rasa dan apa yang Allah ciptakan bersamanya. Jadi kenyataan bahawa asal usul beliau adalah monyet adalah satu kenyataan yang terbatal dan ditolak. Dan jika kita katakan bahawa orang yang menyebut perkara ini telah kafir, maka pengkafiran ini mempunyai asas yang kuat. Apa yang jelas – Allah lebih mengetahui – adalah sesiapa sahaja yang menyebutkan perkara ini sedangkan beliau mengetahui syariat (Quran dan Sunnah), maka beliau adalah seorang kafir kerana telah mendustakan Allah dan utusanNya serta kitab Allah. Dia maha tinggi dan bebas dari kelemahan dan kekurangan. (Ibn Baz 1977)

Malangnya Ibn Baz dan ramai syeikh Wahabi terus ketinggalan dalam kemampuan mereka untuk memahami. Beliau cuba untuk memberi jawaban balas kepada sebuah isu saintifik yang terbukti dengan bukti-bukti saintifik dengan menggunakan teks-teks agama yang tidak jelas, yang boleh difahami dengan cara yang selari dengan sains. Dan ini adalah pengulangan yang sama seperti kenyataan Ibn Baz dalam hal putaran bumi. Apa yang patut kita sebutkan tentang ini?!

Walaupun Ibn Baz menolak Teori Evolusi, beliau menerimanya secara tidak sengaja apabila beliau menyebutkan tentang manusia seperti berikut :

Beliau diciptakan dari tanah. Allah menciptakan beliau berdasarkan imejNya – tinggi beliau adalah 60 hasta (90 kaki). Kemudian ciptaan ini mula berkurangan ketinggiannya sehingga sekarang..

Selain dari hakikat bahawa fakta ini dipenuhi dengan kejahilan dan kesalahan, apa yang menarik minat saya di sini adalah Ibn Baz mengatakan ketinggian manusia telah berubah dari 60 hasta kepada ketinggian kita sekarang. Dengan itu, beliau telah menerima Teori Evolusi, khususnya kerana perubahan saiz badan ini adalah kesan langsung dari evolusi. Saya ulangi:

Dakwaan ketinggan manusia sebelumnya adalah 60 hasta adalah tidak benar dan salah, dan kenyataan beliau tentang jasad Adam dicipta dari imej Tuhan adalah bersifat antromorfik (Pent: mencirikan sesuatu dengan sifat atau bentuk manusia, dalam kes ini, mencirikan Tuhan dengan bentuk manusia) yang mana tidak benar, dan kepercayaan sesiapa sahaja yang mempercayai antromorfikasi telah tersesat.

Saya rasa tidak perlu untuk menyatakan selebihnya kenyataan para Wahabi seperti Ibn Uthaymeen kerana mereka berkeras bahawa teori evolusi batil, dan mereka mengisytiharkan sesiapa sahaja yang mempercayainya sebagai kafir, walaupun mereka tidak memberikan sebarang bukti saintifik untuk menafikan teori tersebut. Ini tidak menghairankan datang dari mereka, kerana telah menjadi cara ganas dan tidak berperikemanusiaan syeikh-syeikh Wahabi untuk mengkafikan orang lain dan memberikan para pengikut mereka – para pembunuh – kebenaran untuk membunuh mereka yang kafir itu. Kaedah mereka ini adalah bukti terbesar kekalahan mereka secara ideologi, intelektual dan saintifik. Mereka tidak mempunyai kemampuan untuk memahami apa yang dipersembahkan oleh umat manusia yang lain, apatah lagi untuk memberi respon dengan cara saintifik.

The response of Abdul Aziz Ibn Abdullah Ibn Baz:

Question: I always hear and read that man was a monkey in the be ginning, then he passed through stages and changed into the modern man that we know today. Is this logical or not? And are the origins (of man) a monkey-meaning the origins of the formation of its (the monkeys) body are the same origins of the formations of mans? Benefit us, (we ask that) Allah [God] reward you with good.

Answer (by Sheikh Ibn Baz):

(With the Name of Allah (God, the Creator), the Most Merciful, the Bestower of Mercy)

Peace and blessings bc upon the Messenger of Allah [God], his family, his Companions, and whoever follows his guidance. As for what follows:

This statement that the questioner mentioned is rejected and false. It opposes the Book of Allah [God]-Exalted and Lofty is He- and the Sunnah of the Messenger-(we ask that) Allah [God] exalt him and raise his rank-and it opposes the consensus of the Salaf of the umrah [lit. predecessors of the nation, referring to the earliest generations of Muslims after the Prophet Muhammad] And this statement has become known from the one called Darwin-and he is a liar in what he says.

Rather, the origin of man- his origin is known. His origin is not a monkey nor other than a monkey. Rather, he is man- upright, intelligent-Allah (God, The Creator) created him from [wet] clay (water and soil), from [dust] earth. That is our father-Adam-peace be upon him-Allah [God] created him from [dust] earth (soil).

As Allah [God]-Exalted and Lofty is He-said (translated): And indeed We created man (Adam) out of an extract of [act] clay (water and earth). Quran Chapter "The Believers 23:12.

He is created from this [dust] soil. Allah [God] created him with his image-his height was sixty cubits (90 feet)-6o cubits tall. Then the creation began to decrease (in height) until now .. . So his (Adam's) children are like him-created in the form of their father (Adam). They have hearing, they have sight, they have intellects, and they have the stature that you see today-they walk on their legs.

They speak, hear, see, and eat with their hands . They aren't in the shape of monkeys, nor the form of monkeys. They (people) have a specific form which befits them. And likewise is every species (community):

The monkeys are a separate species. The pigs are a separate species. Likewise are the dogs, donkeys, cats, and the species other than them.

There is not a moving (living) creature on earth, nor a bird that flies with its two wings, but are communities like you. We have neglected nothing in the Book, then unto their Lord they (all) shall be gathered. QuranThe Cattle' 6:38.

These species (communities)-all of them will he gathered before Allah [God] and collected together on the Day of Resurrection- some of them will give detailed accounts about others

Then it will be said to them (the animals): Be dirt!

So they will become dirt (soil)-except for the Jinn and Mankind – theirs is a different situation. They will be called to account and recompensed for their actions. So whoever obeyed his Lord (worshipping only Him as a Muslim) then he (or she) will go to Paradise

And whoever disbelieved in his Lord (by worshiping others with Him or disbelieving in His existence, for example) then he (or she) will go to the fire. As for these animals, then they are separate species. The monkeys are a separate species which has its own essential nature, its own origin, its own characteristics. And likewise are the pigs, dogs, donkeys, camels, cows, and sheep. And likewise the species (each) have their (different) forms and distinct characteristics which Allah [God] has created for it-He is Free from all deficiencies and defects-and He is the Most Wise, the All-Knowing. And He sees best the details .

The details of their structures (make-ups) -He has more insight into this and knows it better (than everyone)-He is the Most High and Free from all deficiencies and defects. But it is obligatory that the servant (the human being) believes that the creation of Adam was not like the creation of monkeys. And that the origin of Adam is the same origin which he is upon today -his origin was not a monkey, nor other than that. Rather, he is man, upright in his form .

He possesses intellect, he possesses hearing, he possesses sight, he possesses the known senses like smelling, touch, taste, and other than that from what Allah [God] created him with. So the statement that his origin is a monkey is a rejected statement, a false statement. And if it were said that the one who said this was a kaafir [disbeliever], it would be a well-founded statement. For what is most apparent-and Allah [God] knows best-is that the one who says this while knowing what the legislation (Quran and Sunnah) has brought, then he is a disbeliever because he has belied Allah [God] and His Messenger and he has belied the Book of Allah [God]-He is the Most High and

Free from all deficiencies and defects (Ibn Baz 1977).

Unfortunately, Ibn Baz and many Wahhabi sheikhs remain lagging behind in terms of their capacity to comprehend. He is trying to respond to a scientific issue proven with scientific evidence by using ambiguous religious scripture that could be understood to be in agreement with science. And this is just a repetition of the drawn out statements Ibn Baz made about the earths spin. What should We call this?!

Although Ibn Baz rejected the theory of evolution, he unwittingly admitted to it when he said the following concerning the human being:

He is created from this soil. Allah [God] created him with his image-his height was sixty cubits (90 feet)-60 cubits tall. Then the creation began to decrease (in height) until now.

Aside from the fact that this is filled with ignorance and is false, what is of interest to me here is that Ibn Baz says that the height of man has definitely changed from sixty cubits to the current height. By saying this, he admitted to the theory of evolution, especially since this change in body size is a direct result of the laws of evolution. I repeat:

The claim that the height of man was sixty cubits is not Valid and it is false, and his statement that the body of Adam was created in the image of God is an anthropomorphization that is untrue, and the faith of whoever believes in this anthropomorphization is deviated.

I don't think I need to convey the rest of the statements of the Wahhabis like Ibn Uthaymeen because they insist that the theory of evolution is false, and they declare that whoever believes in it is a disbeliever, even though they do not offer any scientific evidence to disprove the theory. This is not unusual coming from them, as it is the savage and barbaric way of the Wahhabi sheikhs to proclaim others to be disbelievers and to give their followers, the murderers and lollers, permission to slay them. This method of theirs is the greatest evidence of their ideological, intellectual and scientific defeat. They lack the ability to understand what the rest of humanity has presented, let

alone the ability to respond in a scientific manner.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *