1.1: Giordano Bruno Dan Galileo Galilei

1.1: Giordano Bruno Dan Galileo Galilei

Para utusan dari syurga sentiasa ditentang oleh “orang-orang agama” yang mengambil keutungan dari agama di zaman mereka. Bilakah manusia akan menyedari hal ini agar mereka tidak jatuh ke perangkap yang sama sekali lagi?

Giordano Bruno Dan Galileo Galilei

Giordano Bruno (1548 – 1600) adalah seorang ahli falsafah Itali. Beliau mempercayai bahawa bumi berputar mengelilingi matahari, dan beliau memperkenalkan Model Copernican berkenaan putaran bumi, Bruno kemudiannya dipenjarakan oleh para agamawan Gereja Kristian. Setelah itu, mereka memotong lidahnya, menyeksa dan membunuh beliau kerana mengatakan bumi berputar mengelilingi matahari, sementara agamawan gereja mempercayai bahawa matahari dan planet-planet berputar mengelilingi bumi.

Galileo Galilei (1564-1642) adalah seorang profesor matematik di Universiti Pisa. Pada permulaan abad ke 17, beliau mencerap langit dengan teleskop yang dibina oleh beliau, dan beliau mendapati sememangnya bumi berputar mengelilingi matahari, namun Gereja Katolik melihat teori ini tidak selari dengan Injil. Jadi mereka mendakwa Galileo atas kesalahan ajaran sesat, sebuah dakwaan yang selalunya diberikan kepada sesiapa yang menentang Gereja. Pada mulanya beliau dipenjarakan, dan kemudiannya diletakkan di bawah tahanan rumah serta dilarang mengajar atau memberi syarahan. Buku-buku beliau diharamkan dan beliau meninggal dunia di rumahnya- didakwa oleh para agamawan, manusia “cerdik pintar” yang tahu segalanya- yang tahu dengan yakin¬†bahawa bumi tidak berputar sama sekali! (Pent: Ini adalah kata-kata sindiran Sayed Ahmed Al-Hasan kepada para agamawan Gereja Kristian, yang kononnya lebih mengetahui hal ini dari Galileo)

Adakah mana-mana Kristian di zaman itu akan mempercayai Galileo, seorang yang menyimpang di sisi Gereja, adalah seorang yang lebih berilmu dari ulama agama Kristian yang memiliki “Persamaan(matematik) Teologi yang Sakti”, yang tidak dapat difahami oleh sesiapa pun, yang menyebutkan: Tuhan itu tiga orang, setiap satu dari mereka adalah Tuhan, seorang mengutuskan seorang yang lain, namun mereka adalah satu?! Mereka telah meyakinkan lebih dari satu bilion Kritistian tentang hal ini, walaupun kesalahan persamaan teologi sakti ini tidak salah lagi sebagai 1+1=2! Jadi mengapa mereka tidak dapat meyakinkan orang Kristian selama ratusan tahun bahawa dakwaan seorang sesat yang tidak berguna seperti Galileo – yang mengatakan bahawa bumi berputar – juga sebagai dakwaan yang salah?!

Footnotes / Nota Kaki:

  • Dikisahkan bahawa ahli astronomi Bertrand Russell sedang memberi kuliah tentang bagaimana bumi berputar mengelilingi matahari. Seorang wanita tua berdiri dan berjalan ke arah beliau dan berkata: “Apa yang kamu katakan adalah mengarut. Bumi sebenarnya diletakkan di atas seekor penyu.” Bertrand bertanya: “Lalu, di atas apakah penyu itu berdiri?” Wanita itu mengejek cara berfikir beliau, lalu berkata: “Kamu adalah seorang lelaki muda yang pintar, tapi ia adalah penyu keseluruhannya!”
  • Wanita tua ini dan orang lain yang sepertinya tidak mereka-reka “kisah penyu” ini dari diri mereka sendiri – namun mereka memperolehinya dari agamawan di zaman mereka. “Penyu-penyu” agamawan ini sebenarnya sangat banyak. Mereka berada di setiap jalan, “penyu-penyu” yang diciptakan untuk sesiapa yang tidak mahu menggunakan akal mereka dengan betul untuk mengetahui kebenaran, kebenaran yang hakiki, selain dari apa yang diwarisi oleh nenek moyang mereka, atau yang diberitahu kepada mereka oleh para agamawan di setiap zaman. Di dalam bab yang pertama ini, kita akan meneliti beberapa “penyu” yang telah dijual oleh para agamawan ini kepada kita, dan terus menjualnya dengan cara yang berbeza, atau di dalam samaran baru.

 

Akhirnya, Gereja secara rasmi memohon maaf kepada Galileo, namun ini selepas ratusan tahun kematian beliau, dan hanya setelah putaran bumi menjadi satu fakta kepada semua orang. Jadi sebelum para pengikutnya akan meninggalkan Gereja (pent: kerana kebodohan Gereja tidak mahu mengakui fakta ini), akhirnya Gereja telah meyakini, walaupun secara terpaksa, bahawa bumi berputar.

Di abad ke dua puluh, Gereja Katolik memohon maaf kepada Galileo, dan beliau dibebaskan dari jenayah besarnya, jenayah kerana menyebutkan: “Sememangnya, bumi berputar.”

Setelah hampir empat abad kemudian, setelah semuanya telah berlaku, Galileo adalah seorang penjenayah yang telah dibebaskan dari jenayahnya: kerana menyebut bumi berputar mengelilingi matahari! Hari ini beliau bukan lagi seorang sesat, dan menurut Gereja, kenyataan beliau bukan lagi bersifat sesat! Jadi Giordano Bruno telah dibunuh kerana menyatakan kebenaran, dengan kata lain, Gereja adalah pembunuh yang menumpahkan darah manusia tidak bersalah! Kesimpulan yang tidak dapat dielakkan adalah, kenyataan Gereja yang bercanggahan dengan Galileo adalah kesesatan yang sebenar. Jadi realitinya, Gereja adalah entiti kesesatan selama empat abad.

Persoalan kepada Kristian di hari ini adalah, adakah mungkin Gereja kamu juga telah sesat tentang ketuhanan Jesus Kristus, Roh Qudus dan Bapa, tanggapan bahawa mereka adalah tiga entiti, sedangkan wujud Kristian yang membangkangnya? Dan adakah mungkin suatu hari nanti kamu akan mendapati bahawa Saint Arius, yang dianggap sesat oleh Gereja kerana menafikan ketuhanan mutlak Jesus Kristus, bukan sebenarnya seorang yang sesat? Adakah akan menjadi tidak syak lagi pada kamu, bahawa yang sesat sebenarnya adalah Gereja yang menentang Arius, sama kesnya dengan Bruno dan Galileo?!

Saya risau bahawa hari tersebut mungkin akan sampai terlalu lewat untuk memperbetulkan perkara ini, malah, untuk berpeluang sama sekali memperbaiki perkara ini. Bukankah setiap Kristian patut mencari kebenaran sementara masih hidup? Carilah sendiri (kebenaran) dari mengikuti pendapat Gereja, yang terbukti berdasarkan pengakuan mereka sendiri, bahawa merekalah yang sesat seperti di dalam kes Galileo selama hampir empat abad.

Dan seperti seorang pengembala yang membawa kambingnya untuk meragut rumput ketika matahari terbenam sementara pengembala yang lain telah pun pulang, kita menjumpai semula pengajaran kisah Galileo di dalam ulama-ulama besar Wahabi pada separuh kedua abad kedua puluh. Saya meragui mereka mengetahui apa-apa tentang beliau (Galileo), kerana jika mereka kenal, maka mereka pasti telah menuduh beliau sebagai pensyirik paling besar kerana menyatakan bumi berputar, maka menyanggahi mereka. Kisah mereka diceritakan melalui rumusan ringkas fatwa-fatwa mereka yang menunjukkan kejahilan mutlak: walaupun manusia telah pergi ke bulan dalam abad ke dua puluh, dan angkasawan pulang dengan imej bumi berputar, kepada ulama Wahabi, jelas, bumi tidak berputar sama sekali!

Fatwa mereka adalah seperti berikut:

Soalan untuk Muhammad Ibn Uthaymeen:*

Semoga Allah merahmati kamu. Ini adalah soalan dari seorang pendengar, Ibtissam Muhammad Ahmed dari Al-Anbar, Iraq. Beliau bertanya, “Apakah maksud firman Allah: [ Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Dia Amat Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.] [Al-Naml:88]. Adakah ayat ini bukti bumi berputar?”

Syeikh Ibn Uthaymeen menjawab: … kami katakan bahawa teori berkenaan siang dan malam bersilih ganti adalah disebabkan bumi berputar mengelilingi matahari adalah terbatal kerana menyanggahi makna zahir Quran.. Malahan, terbukti bahawa Nabi [Muhammad] (saw) berkata kepada Abu Dzar (semoga Allah meredhainya) ketika matahari terbenam: “Adakah kamu tahu ke mana matahari pergi?” Abu Dzar berkata, “Tuhan dan utusanNya lebih mengetahui.” Baginda bersabda, “Ia pergi dan sujud di bawah Arash.” Riwayat ini membuktikan bahawa mataharilah yang bergerak mengelilingi bumi, kerana perkataan:¬†“Adakah kamu tahu ke mana matahari pergi?”

Sebagai tambahan, baginda bersabda di dalam riwayat yang disebutkan: “Ini jika ia diberi kebenaran. Jika tidak, maka akan dikatakan kepadanya, “Pulanglah kepada mana yang kamu suka,” jadi ia akan terbit dari tempat terbitnya.” Ini adalah bukti bahawa matahari adalah entiti yang berputar mengelilingi bumi. Dan inilah yang harus dipercayai oleh orang beriman berdasarkan makna zahir kata-kata Tuhan mereka yang Maha Mengetahui, tanpa perlu mengambil kira teori rosak yang akan ditelan oleh zaman, seperti mana ia telah menimbus teori-teori rosak yang lain. Inilah apa yang kami percayai berkenaan perkara ini...

Apa yang penting berkenaan perkara ini adalah, kita harus percaya bahawa matahari mengelilingi bumi, dan pertukaran siang malam bukan disebabkan oleh putaran bumi, tetapi ia disebabkan oleh matahari mengelilingi bumi.” (Binothaimeen.net 2004, sumber bahasa Arab)

Lihatlah Ibnu Uthaymeen di abad ke dua puluh mengatakan bahawa bumi berputar atau mengelilingi matahari adalah sebuah teori yang akan ditelan zaman, namun akhirnya, zaman pula yang telah menelan Ibnu Uthaymeen dan menanam beliau. Hari ini, semua orang kecuali orang-orang malang yang telah dieksploitasi Ibn Uthaymeen dan yang seangkatan dengan beliau, mengetahui bahawa bumi berputar mengelilingi matahari. Namun agak menyedihkan, apabila ada sesetengah dari mereka yang mempelajari fizik, namun mereka masih mempercayai bumi tidak berputar!

Abdul Aziz Ibn Abdullah Ibn Baz menyatakan perkara yang sama seperti yang dikatakan Ibn Uthaymeen:

Saya juga mengesahkan artikel dengan beberapa sebutan dari Allamah Ibn Al-Qayyim yang membuktikan bumi ini bulat. Namun berkenaan putaran bumi, saya telah menafikan perkara ini dan menjelaskan bukti yang mengesahkan kebatilannya, namun saya tidak mengisytiharkan mereka yang mempercayainya sebagai kafir, saya hanya melakukan sedemikian kepada mereka yang mengatakan matahari itu statik dan tidak bergerak. Ini kerana ia bercanggahan dengan teks yang jelas di dalam Quran dan Sunnah yang sahih, yang mengesahkan bahawa matahari dan bulan bergerak pada jalan mereka. (binbaz.org.sa 1977)

Jelas bahawa dengan menyebutkan matahari berputar, Ibn Baz cuba untuk mengatakan bahawa ia berputar mengelilingi bumi seperti mana yang dilakukan oleh bulan, kerana beliau mempercayai bumi itu tidak bergerak dan tidak berputar. maka, tiada cara untuk malam dan siang itu terjadi melainkan matahari berputar mengelilingi bumi.

Sesiapa sahaja yang mengikuti orang-orang ini dan berkongsi kepercayaan mereka, perlu berfikir semula. Mereka mengatakan teori bumi mengelilingi matahari adalah rosak, namun sekarang ia telah menjadi jelas bahawa kata-kata dan kepercayaan mereka lah yang rosak. Jadi, tidak mahukah kalian memikirkan semula sebelum ianya terlambat? Mungkin kenyataan mereka tentang kekhalifahan Allah di bumiNya selepas Muhammad juga salah, seperti kenyataan mereka tentang bumi tidak mengelilingi matahari. Bumi yang dikatakan oleh Ibn Uthaymeen, Ibn Baz dan semua ulama Wahabi sebagai tidak berputar, sememangnya berputar. Berhati-hatilah, kerana di Hari Kebangkitan, penyesalan tidak lagi membawa faedah, dan kamu mungkin akan mendapati kekhalifahan Tuhan di bumiNya selepas Muhammad (saw) itu benar, dan apa yang disebutkan Ibn Uthaymeen dan Ibn Baz adalah batil, seperti mana fahaman songsang mereka, apabila mereka mengatakan matahari mengelilingi bumi:

“Apa yang penting berkenaan perkara ini adalah, kita harus percaya bahawa matahari mengelilingi bumi, dan pertukaran siang malam bukan disebabkan oleh putaran bumi, tetapi ia disebabkan oleh matahari mengelilingi bumi.”

Kepada manusia yang mengikuti mereka (pent:para ulama Wahabi ini), semoga Allah mengubah keadaan kamu. Berhati-hatilah, mungkin mereka juga telah mempersembahkan agama kepada kamu secara songsang, seperti yang telah mereka lakukan dalam perkara bumi dan matahari.

Di sini saya akan tamatkan perbincangan berkaitan Galileo, putaran bumi, dan para agamawan Kristian dan Wahabi. Saya hanya mahukan para pembaca untuk mengingati pengajaran ini ketika kita membincangkan pendapat mereka tentang evolusi.

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *