Bantahan Ke Atas “Dalil Wajib Taqlid” Shiah – “maka adalah dibolehkan untuk orang awam mengikuti mereka”

PEMBATALAN TAQLIDYa, semua hujah taqlid Shiah Maraji3 akan kembali kepada hadis berikut:

Oleh itu, para fuqaha yang menjaga jiwa mereka, yang melindungi agama mereka, yang menentang keinginan dan nafsu jahat mereka, serta mereka yang taat kepada perintah Tuan mereka, maka adalah dibolehkan untuk orang awam mengikuti mereka dalam isu-isu agama(bertaqlid) dan tahap spiritual ini hanya diperolehi dari sesetengah ulama Syiah sahaja, bukan semua mereka.

 

Tiada satu pun dalam hadis tersebut yang menyebut taqlid itu adalah wajib. Jika benar pun konteksnya adalah seperti yang ingin dipamerkan oleh Shiah Maraji3, maka ia hanyalah mustahab.

 

Imam menyebut: "فللعوام ان يقلدوه" -fa lil awaam an yuqalidooh-[Wasael AlShia v.27 hal.131] "untuk orang awam mengikutinya". Dari terma ini, ia tidak membuktikan sebarang kewajiban taqlid, dengan kata lain, taqlid bukanlah wajib atau bersifat fardhu. Namun jika disebutkan "فعلى العوام ان يقلدوه" maka barulah ada kemungkinan ia menjadi wajib kerana perkataan "ala-على" yang bermaksud "ke atas orang awam untuk bertaqlid padanya."

 

Bantahan B:

 

Hadis ini dhaif di sisi standard keilmuan Shiah Maraji3, maka bagaimana ia bisa dijadikan hujah atau sebahagian dari pegangan aqidah, sedangkan kalian memerlukan hadis yang mutawatir dan sanad yang kuat untuk diterima sebahagian dari aqidah.

 

Saya kongsikan di sini apa pendapat ulama-ulama kalian tentang hadis ini.

 

Sayed Al-Khu'i : Mu3jam Rijal Al-Hadis

 

ومنهم آية الله السيد الخوئي صاحب " معجم رجال الحديث " قال فيه: التفسير المنسوب إلى الإمام العسكري عليه السلام إنما هو برواية هذا الرجل (علي بن محمد بن سيار) وزميله يوسف بن محمد بن زياد، وكلاهما مجهولا الحال ولا يعتد برواية أنفسهما عن الإمام عليه السلام اهتمامه عليه السلام بشأنهما وطلبه من أبويهما إبقاءهما لافادتهما العلم الذي يشرفهما الله به

"Tafsir yang dinisbahkan kepada Imam Al-Askari (atasnya salam) ia diriwayatkan dari rijal ini (Ali bin Muhammad Bin Sayar) dan kawannya Yusuf bin Muhammad Bin Ziyad dan kedua mereka adalah Majhul serta riwayat mereka tidak dipercayai dari Imam (salam atasnya)…" Rujukan: Mujam Rijal Al-Hadis v.13/hal.15

Al-Khu'i juga menyebutkan perkara berikut tentang taqlid:

 

قول المحقق الخوئي حين ذكر التقليد قائلاً : ﴿ إن التكلم في مفهوم التقليد لا يكاد أن يترتب عليه ثمرة فقهية اللهم إلا في النذر . وذلك لعدم وروده في شيء من الروايات ﴾﴿ – كتاب الاجتهاد والتقليد – السيد الخوئي – شرح ص 81 ﴾

 

"Bercakap tentang pemahaman taqlid hampir tidak mempunyai sebarang nilai fiqh, demi Allah kecuali dalam Nazar. Ini kerana tiada sebarang darinya (perkara taqlid) disebutkan dalam riwayat." Kitab Al-Ijtihad Dan Taqlid hal.81

 

Hur Al-Amili : Wasail

 

.لحر العاملي في الوسائل قائلاً : ﴿ أن هذا الحديث لا يجوز عند الأصوليين الاعتماد عليه في الأصول ولا في الفروع ، لأنه خبر واحد مرسل ، ظني السند والمتن ضعيفا عندهم ﴾﴿ – وسائل الشيعة – الحر العاملي – ج 27 – ص 132

 

"Hadis ini tidak dibenarkan untuk Usuli bersandar padanya untuk Usul mereka malah bukan juga untuk Furuk kerana ia riwayat yang wahid mursal, sanadnya meragukan dan lemah matannya." Wasael Al-Shia v.27 hal.132

 

Sayed Khumaini (moga Allah merahmatinya)

 

كنه مع ضعف سنده … انه مخدوش من حيث الدلالة لأن صدره في بيان تقليد عوام اليهود من علمائهم في الأصول حيث قال : وان هم الا يظنون ﴾﴿ الرسائل – السيد الخميني – ج 2 – ص 139﴾

 

Sayed Khumaini: "Dengan sanadnya yang lemah.. ia telah rosak pembuktiannya kerana (riwayat ini) dikeluarkan untuk menjelaskan tentang Yahudi dari ulama mereka dalam Al-Usul untuk firman Allah: mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-­‐ sangkaan sahaja ." Al-Rasail, v.2 hal.139

dan:

 

وذلك في قوله : ﴿ فالرواية مع ضعفها سندا ، واغتشاشها متنا ، لا تصلح للحجية﴾﴿ – الاجتهاد والتقليد – السيد الخميني – ص 97 – 98﴾ .

 

"Riwayat ini lemah sanadnya, syubhah isinya dan tidak boleh digunakan untuk berhujah.” Ijtihad dan Taqleed – Sayed AlKhomeini hal.97-98

 

Cukup dahulu kami kongsikan pendapat tiga ulama besar yang disanjung tinggi oleh kalian. Mereka dan ramai lagi ulama mengatakan bahawa hadis ini dhaif, maka bagaimana kalian boleh beramal dengannya?

 

Bantahan C :

 

Konteks hadis ini dapat diketahui dari hadis penuhnya. Ini adalah hadis yang sangat panjang, dan hanya mengambil satu bahagian kecil dari keseluruhan hadis adalah sangat tidak ilmiah. Hadis penuh boleh didapati di link ini: http://www.yasoob.org/books/htm1/m013/11/no1192.html

 

Seperti yang disebutkan oleh Sayed Khumaini, moga Allah redha atas ruhnya, hadis ini merupakan penjelasan kepada ayat Quran Al-Baqarah 77 dan 78 yang merupakan kritikan terhadap sangkaan-‐sangkaan. Berikut adalah terjemahan penuh bahasa Melayu dan sedikit teks Arab. Teks Arab Penuh boleh di dapati di link di atas.

 

(Mereka berani berkata demikian) dan tidakkah mereka ketahui bahawasanya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan? Dan di antara mereka pula ada orang-­orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-­penerangan bohong (dari ketua-­ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-­ sangkaan sahaja.

 

Imam Hassan al Askari meriwayatkan bahawa: Allah swt berfirman kepada Nabi(s): Ya Muhammad! Dikalangan bangsa Yahudi itu ada yang tidak pandai membaca dan menulis, seperti seorang Ummi, seolah-­olah seperti orang yang baru dilahirkan dan tidak tahu menulis dan membaca. Mereka adalah orang yang tidak mengetahui kitab suci juga kitab yang memalsukannya, dan tidak dapat membezakan antara keduanya, melainkan jika seseorang membacakan kepada mereka, lalu mengatakan “ini adalah dari Allah”. Dari apa sahaja yang ditulis di dalamnya, jika ada orang lain yang menyatakan perkara yang berlawanan, mereka tidak akan dapat mengenalpasti perkara itu. Orang-­orang ini hanya berkata-­kata berdasarkan sangkaan, dan memalsukan Nabi Muhammad(s) dan ketua para keturunannya, Ali Ibn Abi Thalib. Barangsiapa yang melakukan pemalsuan ini, ini adalah kerana taqlid, walaupun haram untuk mereka melakukannya.

 

Seseorang datang kepada Imam Jaafar al Sadiq(as) dan bertanya: “Wahai anak Rasulullah(s)! Apakah sebabnya Allah swt mengutuk Yahudi kerana mereka tidak dapat mengenali AyatoLlah tanpa mendengar kepada paderi mereka, sedangkan mereka tidak mempunyai jalan selain dari ini. Mengapa mereka dikutuk kerana mereka bertaqlid kepada ulama mereka, dan mentaati mereka sedangkan orang mereka adalah seperti orang kita, mereka tidak dibenarkan mendengar ulama mereka, sedangkan kita dibenarkan untuk mendengar ulama kita?

 

Imam(as) menjawab: “Di antara orang kita dan ulama kita, dan mereka bersama ulama mereka, terdapat perbezaan juga persamaan. Yang sama adalah Allah swt telah mengutuk Muslimin kerana bertaqlid kepada ulama mereka seperti mana terkutuknya kaum Yahudi kepada bertaqlid kepada ulama mereka. Tentang persamaan pula, orang kita tidak dikutuk kerana bertaqlid kepada ulama mereka”. Orang itu bertanya semula: “Bolehkah kamu menerangkan sebabnya?”

 

Imam(as) menjawab: “Kaum Yahudi mengetahui bahawa ulama mereka pernah membohongi mereka, makan benda yang haram dan mengambil rasuah, serta atas galakan seseorang, ulama mereka mengubah hukum Allah, dan mereka juga mengetahui ulama mereka sangat prejudis yang menyebabkan mereka tersesat dari agama mereka. Apabila para ulama ini berurusan dengan rasa prejudis pada seseorang, mereka akan menafikan haknya, sedangkan mereka akan memberikan kekayaan kepada orang yang mereka sukai, maka mereka tidak adil terhadap orang yang benar. Mereka sudah semestinya tahu bahawa paderi mereka membuat amalan haram, namun, walaupun kaum Yahudi ini tahu barangsiapa yang melakukannya adalah pembuat kerosakan, dan mereka tahu bahawa ulama ini tidak menerima Nabi sebagai wasilah antara Allah dan makhluqnya, mereka masih sahaja bertaqlid kepada mereka. Inilah sebab-­musabab kutukan Allah ke atas mereka. Mereka bertaqlid kepada orang yang mereka tahu mengambil kata-­kata dari mereka (para ulama) adalah tidak betul, dan menjadi wajib ke atas mereka untuk berfikir tentang Nabi(s) kerana hujjah baginda(s) adalah jelas dan terang serta diketahui ramai.

 

Perkara yang sama juga untuk Ummah ini, apabila mereka mengetahui ulama mereka terlibat dalam kerosakan dan kezaliman, dan sangat prejudis, dan secara terbuka cenderung kepada kekayaan duniawi dan perkara yang haram, serta mereka memusnahkan sesiapa yang ditanggapi secara prejudis sedangkan boleh untuk dinasihati dengan nasihat yang baik.

 

Kepada orang-­orang yang rapat dengan mereka(para ulama) akan dilayan dengan baik sedangkan mereka mungkin sahaja layak mendapat kehinaan dan hukuman. Jadi, orang-­orang kita yang bertaqlid kepada paderi ini adalah sama seperti Yahudi yang telah dikutuk kerana bertaqlid kepada ulama yang membuat kerosakan dan zalim.

Oleh itu, para fuqaha yang menjaga jiwa mereka, yang melindungi agama mereka, yang menentang keinginan dan nafsu jahat mereka, serta mereka yang taat kepada perintah Tuan mereka, maka adalah dibolehkan untuk orang awam mengikuti mereka dalam isu-isu agama(bertaqlid) dan tahap spiritual ini hanya diperolehi dari sesetengah ulama Syiah sahaja, bukan semua mereka.

 

Sifat-­sifat ini hanya akan didapati pada sesetengah ulama Syiah sahaja dan bukan semua mereka, kerana ulama ini adalah seperti ulama yang melakukan kerosakan dari kalangan Muslim, yang melakukan amalan jahat, tidak menerima arahan kami serta menghormati arahan kami. Demi mendapatkan penghormatan dari masyarakat, mereka telah menambah banyak perkataan mereka kepada perkataan kami. Apabila ayat kami sampai kepada pembuat kerosakan, mereka mengubahnya kerana kejahilan mereka, dan mereka meletakkan di tempat yang salah kerana kekurangan akal mereka dan dengan sengaja membuat kebohongan terhadap kami agar mereka dapat mengumpul kekayaan dunia, dan ini adalah pintu masuk neraka bagi mereka.

 

Akan ada sekumpulan Nasibi yang tidak dapat menolak wilayah kami, namun mereka mempelajari ilmu kami yang benar dan membawanya kepada Syiah kami. Mereka bercakap tentang kekurangan kami kepada musuh kami dan mereka menambah beberapa perkataan yang palsu, yang mana kami berlepas diri darinya dan sangat menjengkelkan kami.

Sesetengah dari Syiah kami yang taat menerima perkara ini sebagai ilmu yang datang dari kami, Ahlulbait(as) yang suci. Mereka ini adalah sesat dan menyesatkan yang lain.

 

Orang-­orang jenis ini akan merosakkan Syiah yang berakal lemah lebih teruk dari apa yang telah dilakukan oleh tentera Yazid kepada Imam Hussain(as) dan para sahabatnya, kerana mereka mengambil nyawa dan harta. Di mata kami, ia lebih merosakkan dari tentera Yazid.

 

Para ulama nasibi ini, yang menggambarkan diri mereka sebagai sahabat kepada sahabat kami dan musuh kepada musuh kami, mencipta keraguan di dalam kepercayaan Syiah kami, menyesatkan mereka, dan menghalang mereka dari berjalan di jalan kebenaran dan suci.

 

Tetapi, dari kalangan mereka yang tersesat ini, yang mana Allah swt mengetahui niat mereka untuk menjaga agama mereka, menghormati dan meninggikan washi Allah, Dia tidak akan membiarkan mereka terus sesat dengan orang kafir yang merosakkan ini, dan melantik seorang mukmin untuk menunjukkan beliau jalan kebenaran, dan kemudian DIa memberikannya kefahaman untuk menerima nasihatnya. Dan dengan cara ini, wujud kebaikan kepada orang itu di dunia dan akhirat, sementara wujud laknat kepada mereka yang menyesatkan beliau.. mengumpul hukuman di akhirat.”

 

Kemudian Imam Al Sadiq(as) bersabda: Nabi(s) bersabda: “Ulama perosak dan jahat dari Ummah ku adalah mereka yang menyesatkan orang ramai dari kami, memotong jalan mereka dari kami dan memanggil mereka dengan menggunakan nama kami..”

 

Sekaligus, hadis ini membincangkan tentang:

 

  • Ulama jahat
  • Ulama yang melakukan kerosakan
  • Ulama yang mementingkan harta
  • Ulama ini sangat merbahaya kepada Shiah.
  • Tidak semua ulama boleh diikuti
  • Sedikit sekali ulama yang mempunyai kualiti yang boleh diikuti

 

Inilah hakikat sebenar hadis ini. Bukan mewajibkan taqlid.Malah mengkritik ulama yang menyesatkan umat Shiah, lebih merbahaya dari apa yang dilakukan oleh Yazid bin Muawiyah.

 

Kesimpulan: Setelah perbahasan di atas, jelas, riwayat ini bukan dalil taqlid yang terpakai dan boleh dihujahkan. Kami memahami hadis ini selaras dengan hadis Aimmah yang lain, iaitu untuk merujuki perawi hadis, beramal dengan hadis bukan bertaqlid kepada si perawi hadis.

 

P/S: Sekadar perkongsian, siapakah yang memulakan bidaah kewajipan taqlid ini? Beliau adalah Sheikh Kazem Yazdi.500px-سید_محمدکاظم_طباطبائی_یزدی

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *