Sahib Al-Amr Akan Membuktikan Dirinya Dengan Membongkar Rahsia-Rahsia Ilmu

Sahib Al-Amr akan membuktikan dirinya dengan membongkar rahsia-rahsia ilmu yang tidak pernah dapat dibongkarkan sebelum ini, dan dengan itu membuktikan keilmuannya, sebagai item kedua dalam syarat mengenal Hujjah Allah, iaitu senjata Nabi, ilmunya.

 

Imam Ahmed Al-Hassan AS berkata Sheikh Sadiq Al-Muhammady: "Ala kulli hal, anda mempunyai perincian tentang Al-Yamani, dan sekarang saya akan menambah bukti untuk anda.

 

Pertama: Al-Yamani adalah seseorang yang wajib ditaati tanpa mengira apa bentuk ketaatan tersebut dan bagaimana mereka menjadikan kita memahaminya, jadi adakah seseorang yang wajib ditaati ditinggalkan tanpa penerangan, tanpa nama, perincian atau tempat muncul..? Wajib mentaatinya, berpaling dari beliau akan menyebabkan masuk neraka, jadi bolehkah kewajiban ini ditinggalkan tanpa pencerahan akan keadaannya?

 

Jadi berdasarkan prinsip ini, bagaimana manusia dapat mengkhususkan Yamani untuk mengelakkan dari berpaling serta tinggal di neraka selamanya?

 

Tidak ada jalan lain, melainkan membandingkan Yamani dengan satu lagi personaliti yang disebutkan secara terperinci –  sebab mereka (para Imam AS) menjadikan beliau sebegini – agar penyelesaian kepada perkara ini akan menjadi bukti kepada Yamani yang sebenar, keseluruhan penyelesaian adalah seperti kata kunci atau password yang membawa kepada rahsia.

 

Semua riwayat-riwayat ini wujud dan terbuka pada semua orang, tepat seperti bagaimana huruf dan nombor boleh diketahui oleh semua orang, namun siapa yang boleh mengetahui kata kuci rahsia darinya, sebagai contoh, untuk simpanan di bank, melainkan bagi pemiliknya yang sebenar?

 

Jika bank mahukan beliau untuk memasukkan kata kunci untuk membuka simpanan dan mengambil apa yang ada di dalamnya, akan segera disedari samada orang tersebut adalah pemilik simpanan atau seorang pendusta. Kata kunci ini terdiri daripada huruf dan nombor yang diketahui oleh semua orang dan boleh digunakan oleh semua orang, namun mustahil untuk semua orang kecuali pemilik simpanan tersebut sahaja yang mampu menyusun huruf dan nombor ini, dengan susunan yang betul, yang dapat membuka simpanan, dan ia adalah syarat seperti di dalam teks.

 

Sesiapa yang menyusunnya dengan gambaran yang jelas akan membuka kunci rahsia dan menjadi pemilik yang sah, dan tiada siapa yang akan membukanya melainkan pemilik yang benar.

 

Sesiapa yang berasa ragu, maka keraguan itu tidak akan memberi manfaat kepada dirinya, kerana tanggungjawab dia adalah untuk melihat samada adakah simpanan itu telah terbuka kuncinya? Adakah beliau membongkar rahsia? Jika telah dibuka kunci, maka urusan ini telah selesai dan sesiapa yang membuka kunci ini adalah pemilik yang hak, siapa lagi yang dapat membukanya melainkan pemilik yang sah?

 

Ramai dari mereka, apabila mereka melihat pembuktiannya adalah kuat dan jitu, mereka akan mengatakan pada Ansar bahawa beliau adalah seorang yang bijak dan telah mengguna pakai teks bagi kebenarannya. Buat sementara, mereka melihat simpanan terbuka dan rahsia telah terbongkar dengan sendirinya, namun mereka masih tidak mahu mengakui kepada orang yang menyerlahkannya, bahawa dia adalah pemilik yang sah, dan dia telah membuka kuncinya serta menyelesaikan urusan.

 

Mengapa Muhammad dan keluarga Muhammad (as)tidak menceritakan dengan jelas bahawa Yamani itu namanya begini agar selesai urusan, bukankah itu lebih baik?

 

Walaubagaimanapun, jika mereka (as) melakukan sedemikian, kesahihan bukti tersebut akan musnah bersama riwayat yang telah saya jelaskan pada kamu. Jadi, bentuk urusan ini adalah ia akan menjadikan pemilik yang hak sebagai empunya bukti dengan menggunakan teks sebagai bukti, bersama gambaran yang menjadi penyelesaian kepada rahsia, atau seperti yang saya ceritakan pada kamu, beliau akan datang dengan password atau kata kunci seperti yang disebutkan dalam riwayat. 

 

ن ابن سنان، عن عبدالله بن مسكان، عن مالك الجهني قال: " قلت لابى جعفر(عليه السلام): إنا نصف صاحب هذا الامر بالصفة التي ليس بها أحد من الناس، فقال: لا والله لا يكون ذلك [أبدا] حتى يكون هو الذي يحتج عليكم بذلك، ويدعو كم إليه

 

Dari Malik bin Al-Juhni beliau berkata: "Aku berkata kepada Abu Jaafar AS: "Kami menyebutkan Empunya Kebenaran dengan perincian yang yang tidak sama dengan orang-orang lain dari kalangan manusia. Demi Allah, ia tidaklah sebegitu sehinggalah beliau berhujah pada kamu dengannya dan menyeru kamu pada dirinya." Ghaibah Al-Numani, halaman 377

 

Bagaimana pembuktian beliau menjadi sahih kepada manusia? Kerana beliau akan menyelesaikan rahsia dan akan menjelaskan kebenaran dari riwayat-riwayat, serta kerana beliau akan menggunakan wasiat sebagai satu bukti sejak Allah menjadikannya tersembunyi untuk beliau di dalam kitab-kitab. Betapa perlunya orang Shiah kepada sebuah wasiat untuk menjadikan ia sebagai hujah pembuktian kepada mereka yang lain? Mengapa mereka tidak menggunakannya sebagai bukti selama bertahun-tahun sebelumnya kepada golongan yang menyanggah mereka? Dan ia adalah satu-satunya wasiat. Wasiat ini bersama mereka, dan mereka meriwayatkannya, namun mereka tidak memberikan perhatian kepada wasiat ini, bahawa ia adalah ketika masa kematian walaupun mereka adalah para ulama dan memahami urusan ini dengan sangat baik. Bukankah ini adalah kehendak Allah untuk menjaga (wasiat ini) dari orang yang meriwayatkannya? Mengapa Dia menyembunyikannya sedangkan penerangan tentang wasiat ini akan menguatkan agama yang benar? Dia menyembunyikannya kerana tiada siapa yang akan menuntutnya melainkan pemiliknya yang sah.

 

Kitab AlMuhkimaat hal.61-62 Diskusi Bersama Sheikh Saadiq Al Muhammady

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *