Bantahan Muhammad (s) Tidak Tulis Wasiat : Penulisan Wasiat Adalah Syariat Agama Illahi

The-Quran-and-the-Bible-together

Amat malang sekali apabila kaum Muslimin hari ini, tanpa mengira latar belakang ideologi dan mazhab, menolak hakikat bahawa Nabi Muhammad (saw) menulis wasiat di saat akhir sebelum kewafatan baginda, walaupun telah diberikan bukti yang tidak dapat ditolak malah dibantah dengan dalil, sehingga ke hari ini.


 

Kami, Ansar Imam Al Mahdi berasa kasihan dengan situasi ini, lantas terhasil-lah tulisan ini, dengan harapan dapat membuka sisi baru pemikiran mereka yang tertutup.


 

Saudara Muslimin sekalian, ketahuilah bahawa kitab-kitab samawi sebelum Quran, semuanya merekodkan para Nabi (as) menuliskan wasiat apabila datang kehadiran maut, dengan kehendak Allah, berikut kami kongsikan beberapa petikan.


 

Kitab Ulangan(Deutoronomy) Bab 31:


 

14 Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “ Engkau tidak akan hidup lama Panggillah Yosua dan bawalah dia ke Khemah-Ku, supaya Aku dapat memberikan petunjuk kepadanya. ” Musa dan Yosua masuk ke dalam Khemah TUHAN, 15 dan TUHAN menampakkan diri kepada mereka dalam tiang awan dekat pintu Khemah TUHAN.


 

Kitab Ulangan (Deutoronomy) Bab 33: 1


 

Sebelum meninggal, Musa, hamba Allah itu, memberkati umat Israel dengan kata-kata ini:2 TUHAN datang dari Gunung Sinai; Dia terbit seperti matahari di atas Edom, dan dari Gunung Paran Dia menyinari umat-Nya. Beribu-ribu malaikat menyertai Dia; pada tangan kanan-Nya ada api yang bernyala-nyala. 3 TUHAN mengasihi umat-Nya; Dia melindungi semua orang yang menjadi milik-Nya. Itulah sebabnya kita sujud di hadapan-Nya, dan mentaati perintah-Nya.


 

Kitab 1 Raja-raja, Bab 1


 

33 Raja Daud bertitah kepada mereka, “ Bawalah Salomo, putera beta, ke mata air di Gihon. Biarlah dia menunggangi baghal beta dan bawalah bersama-sama kamu para pegawai istana. 34 Di sana hendaklah Zadok dan Natan melantik Salomo menjadi raja Israel. Selepas itu tiuplah trompet dan bersoraklah, ‘ Daulat Tuanku Raja Salomo! ’ 35 Iringilah dia kembali ke sini supaya dia menduduki takhta beta. Dia akan menggantikan beta sebagai raja kerana dialah yang telah beta pilih untuk menjadi penguasa di Israel dan Yehuda. ” 36 “ Baik, tuanku, ” jawab Benaya. “ Semoga perkara ini disahkan TUHAN, Allah tuanku. 37 Sebagaimana TUHAN telah menyertai tuanku, semoga Dia juga menyertai Salomo dan menjadikan kerajaannya lebih makmur daripada kerajaan tuanku. ”


 

Kitab 1 Raja-raja, Bab 2


 

1 Apabila Raja Daud sudah hampir mangkat, baginda memanggil Raja Salomo, putera baginda, dan memberikan pesannya yang terakhir. 2 Raja Daud bertitah, “ Masa kemangkatan beta sudah sampai. Hendaklah engkau yakin dan berani. 3 Lakukanlah apa yang diperintahkan TUHAN, Allahmu kepadamu. Taatilah semua hukum dan perintah-Nya yang tertulis di dalam Taurat Musa, supaya ke mana sahaja engkau pergi, engkau akan berjaya dalam segala usahamu. 4 Jika engkau taat kepada TUHAN, Dia akan menepati janji yang dibuat-Nya ketika Dia memberitahu beta bahawa keturunan beta akan memerintah Israel, selama mereka benar-benar mentaati semua perintah-Nya dan setia terhadap-Nya dengan segenap hati dan jiwa mereka


 

Lihatlah bagaimana di dalam kitab-kitab samawi sendiri menceritakan betapa para Nabi yang lepas memandang berat penulisan wasiat di saat kematian mereka, dan kepada mereka yang mungkin akan cuba meragui kesahihan ayat-ayat dari kitab Samawi di atas, jangan risau, ia memang jelas disokong oleh Quran.


 

"Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". (2:132)


 

Dan yang paling utama..


 

"Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan [tanda-tanda] maut, jika ia meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf, [ini adalah] kewajiban atas orang-orang yang bertakwa." (Al Baqarah: 180)


 

Para Nabi yang lepas semuanya berwasiat apabila datang tanda maut, namun bagaimana kalian menganggap Muhammad SAW, penghulu para Nabi tidak berbuat demikian? Semoga dapat difikirkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *