Sahib Al-Amr Akan Membuktikan Dirinya Dengan Membongkar Rahsia-Rahsia Ilmu

Sahib Al-Amr akan membuktikan dirinya dengan membongkar rahsia-rahsia ilmu yang tidak pernah dapat dibongkarkan sebelum ini, dan dengan itu membuktikan keilmuannya, sebagai item kedua dalam syarat mengenal Hujjah Allah, iaitu senjata Nabi, ilmunya.

 

Imam Ahmed Al-Hassan AS berkata Sheikh Sadiq Al-Muhammady: "Ala kulli hal, anda mempunyai perincian tentang Al-Yamani, dan sekarang saya akan menambah bukti untuk anda.

 

Pertama: Al-Yamani adalah seseorang yang wajib ditaati tanpa mengira apa bentuk ketaatan tersebut dan bagaimana mereka menjadikan kita memahaminya, jadi adakah seseorang yang wajib ditaati ditinggalkan tanpa penerangan, tanpa nama, perincian atau tempat muncul..? Wajib mentaatinya, berpaling dari beliau akan menyebabkan masuk neraka, jadi bolehkah kewajiban ini ditinggalkan tanpa pencerahan akan keadaannya?

 

Jadi berdasarkan prinsip ini, bagaimana manusia dapat mengkhususkan Yamani untuk mengelakkan dari berpaling serta tinggal di neraka selamanya?

 

Tidak ada jalan lain, melainkan membandingkan Yamani dengan satu lagi personaliti yang disebutkan secara terperinci –  sebab mereka (para Imam AS) menjadikan beliau sebegini – agar penyelesaian kepada perkara ini akan menjadi bukti kepada Yamani yang sebenar, keseluruhan penyelesaian adalah seperti kata kunci atau password yang membawa kepada rahsia.

 

Semua riwayat-riwayat ini wujud dan terbuka pada semua orang, tepat seperti bagaimana huruf dan nombor boleh diketahui oleh semua orang, namun siapa yang boleh mengetahui kata kuci rahsia darinya, sebagai contoh, untuk simpanan di bank, melainkan bagi pemiliknya yang sebenar?

 

Jika bank mahukan beliau untuk memasukkan kata kunci untuk membuka simpanan dan mengambil apa yang ada di dalamnya, akan segera disedari samada orang tersebut adalah pemilik simpanan atau seorang pendusta. Kata kunci ini terdiri daripada huruf dan nombor yang diketahui oleh semua orang dan boleh digunakan oleh semua orang, namun mustahil untuk semua orang kecuali pemilik simpanan tersebut sahaja yang mampu menyusun huruf dan nombor ini, dengan susunan yang betul, yang dapat membuka simpanan, dan ia adalah syarat seperti di dalam teks.

 

Sesiapa yang menyusunnya dengan gambaran yang jelas akan membuka kunci rahsia dan menjadi pemilik yang sah, dan tiada siapa yang akan membukanya melainkan pemilik yang benar.

 

Sesiapa yang berasa ragu, maka keraguan itu tidak akan memberi manfaat kepada dirinya, kerana tanggungjawab dia adalah untuk melihat samada adakah simpanan itu telah terbuka kuncinya? Adakah beliau membongkar rahsia? Jika telah dibuka kunci, maka urusan ini telah selesai dan sesiapa yang membuka kunci ini adalah pemilik yang hak, siapa lagi yang dapat membukanya melainkan pemilik yang sah?

 

Ramai dari mereka, apabila mereka melihat pembuktiannya adalah kuat dan jitu, mereka akan mengatakan pada Ansar bahawa beliau adalah seorang yang bijak dan telah mengguna pakai teks bagi kebenarannya. Buat sementara, mereka melihat simpanan terbuka dan rahsia telah terbongkar dengan sendirinya, namun mereka masih tidak mahu mengakui kepada orang yang menyerlahkannya, bahawa dia adalah pemilik yang sah, dan dia telah membuka kuncinya serta menyelesaikan urusan.

 

Mengapa Muhammad dan keluarga Muhammad (as)tidak menceritakan dengan jelas bahawa Yamani itu namanya begini agar selesai urusan, bukankah itu lebih baik?

 

Walaubagaimanapun, jika mereka (as) melakukan sedemikian, kesahihan bukti tersebut akan musnah bersama riwayat yang telah saya jelaskan pada kamu. Jadi, bentuk urusan ini adalah ia akan menjadikan pemilik yang hak sebagai empunya bukti dengan menggunakan teks sebagai bukti, bersama gambaran yang menjadi penyelesaian kepada rahsia, atau seperti yang saya ceritakan pada kamu, beliau akan datang dengan password atau kata kunci seperti yang disebutkan dalam riwayat. 

 

ن ابن سنان، عن عبدالله بن مسكان، عن مالك الجهني قال: " قلت لابى جعفر(عليه السلام): إنا نصف صاحب هذا الامر بالصفة التي ليس بها أحد من الناس، فقال: لا والله لا يكون ذلك [أبدا] حتى يكون هو الذي يحتج عليكم بذلك، ويدعو كم إليه

 

Dari Malik bin Al-Juhni beliau berkata: "Aku berkata kepada Abu Jaafar AS: "Kami menyebutkan Empunya Kebenaran dengan perincian yang yang tidak sama dengan orang-orang lain dari kalangan manusia. Demi Allah, ia tidaklah sebegitu sehinggalah beliau berhujah pada kamu dengannya dan menyeru kamu pada dirinya." Ghaibah Al-Numani, halaman 377

 

Bagaimana pembuktian beliau menjadi sahih kepada manusia? Kerana beliau akan menyelesaikan rahsia dan akan menjelaskan kebenaran dari riwayat-riwayat, serta kerana beliau akan menggunakan wasiat sebagai satu bukti sejak Allah menjadikannya tersembunyi untuk beliau di dalam kitab-kitab. Betapa perlunya orang Shiah kepada sebuah wasiat untuk menjadikan ia sebagai hujah pembuktian kepada mereka yang lain? Mengapa mereka tidak menggunakannya sebagai bukti selama bertahun-tahun sebelumnya kepada golongan yang menyanggah mereka? Dan ia adalah satu-satunya wasiat. Wasiat ini bersama mereka, dan mereka meriwayatkannya, namun mereka tidak memberikan perhatian kepada wasiat ini, bahawa ia adalah ketika masa kematian walaupun mereka adalah para ulama dan memahami urusan ini dengan sangat baik. Bukankah ini adalah kehendak Allah untuk menjaga (wasiat ini) dari orang yang meriwayatkannya? Mengapa Dia menyembunyikannya sedangkan penerangan tentang wasiat ini akan menguatkan agama yang benar? Dia menyembunyikannya kerana tiada siapa yang akan menuntutnya melainkan pemiliknya yang sah.

 

Kitab AlMuhkimaat hal.61-62 Diskusi Bersama Sheikh Saadiq Al Muhammady

24.03.2016 Wahabi Salafi Agama Keganasan

580364_10153323835006428_1916774565752473814_n

#‎Babylon‬ ‪#‎Brussels‬

 

Bila lagi agama Salafi Wahhabi akan dijenayahkan dan disabitkan sebagai sebuah agama yang mempromosikan keganasan di seluruh dunia?!

 

Berapa banyak lagi darah yang dunia harus tumpahkan akibat dari keganasan Salafi Wahhabi (berasal dari Saudi dan didokong oleh mereka) sebelum agama Salagi Wahhabi dapat dijenayahkan dan disabitkan sebagai sebuah ideologi yang mempromosikan keganasan global?!

 

Tidak cukupkah semua organisasi pengganas yang secara luas dipersetujui sebagai organisasi pengganas mempunyai asas keagamaan Salafi Wahhabi yang bergantung kepada buku penjenayah Saudi, Muhammad Ibn Abd Al-Wahhab dan yang sebelumnya, Ibn Taymiyyah Al-Harrani?!

 

al-Qaeda = Salafi Wahhabi

 

Boko Haram = Salafi Wahhabi

 

al-Nusra Front = Salafi Wahhabi

 

Daash (ISIS) = Salafi Wahhabi

 

Setiap Wahhabi Salafi adalah pengganas atau bakal projek pengganas.

 

Ahmed Ismail Saleh Alhasan

 

Adakah Penambahan Syahadah Itu Salah?

Syahadah-300x180

 

Kerap terdengar ulama-ulama, ustaz-ustaz sebelah sana, yang mengatakan hukum menambah syahadah adalah haram, dan boleh jatuh hukum kafir, syirik, murtad dan sebagainya. Walaupun saya tidak tahu apa nas dan dalil mereka terhadap fatwa yang mereka, berdasarkan kajian saya, tiada masalah menambah syahadah asalkan apa yang disyahadahkan itu adalah hal yang benar dan bukan perkara batil.


Umum mengetahui syahadah adalah kesaksian, satu sebutan kalimah yang menyatakan kebersaksian kita akan sesuatu fakta atau perkara. Umum juga mengetahui bahawa syarat untuk menjadi Muslim, atau orang Islam, adalah kesaksian bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu Rasul Allah. Namun, adakah kesaksian lain yang benar akan membatalkan dua kesaksian di atas? Contoh:


Aku bersaksi bahawa akhirat itu benar. Aku bersaksi bahawa kiamat itu pasti terjadi. Aku bersaksi bahawa adanya syurga neraka selepas ini.


Ini semua adalah kesaksian atas perkara yang benar, bukan kebatilan. Maka persoalannya, adakah ia membatalkan dua kalimah kesaksian / syahadah jika diucapkan selepasnya? Sudah pasti tidak. 


,مَنْ قَالَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ وَأَنَّ عِيسَى عَبْدُ اللَّهِ وَابْنُ أَمَتِهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ وَأَنَّ الْجَنَّةَ حَقٌّ وَأَنَّ النَّارَ حَقٌّ أَدْخَلَهُ اللَّهُ مِنْ أَىِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةِ شَاءَ


”Barangsiapa mengucapkan ’saya bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya, Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya, dan (bersaksi) bahwa ’Isa adalah hamba Allah dan anak dari hamba-Nya, dan kalimat-Nya yang disampaikan kepada Maryam serta Ruh dari-Nya, dan (bersaksi pula) bahwa surga adalah benar adanya dan neraka pun benar adanya, maka Allah pasti akan memasukkannya ke dalam surga dari delapan pintu surga yang mana saja yang dia kehendaki.” (HR. Muslim no. 149)


Maka, dapatlah disimpulkan bahawa syahadah selain yang dua, tidak akan membatalkan iman atau keislaman asalkan kita bersaksi kepada suatu hakikat yang benar.


Dengan kata lain, kesaksian bahawa Ali dan anak-anaknya adalah para hujjah Allah tidak membawa kesan apa-apa kerana ia adalah satu hakikat yang benar, bersandarkan dalil yang tidak dapat ditolak oleh setiap Muslimin. 

Bantahan Muhammad (s) Tidak Tulis Wasiat : Penulisan Wasiat Adalah Syariat Agama Illahi

The-Quran-and-the-Bible-together

Amat malang sekali apabila kaum Muslimin hari ini, tanpa mengira latar belakang ideologi dan mazhab, menolak hakikat bahawa Nabi Muhammad (saw) menulis wasiat di saat akhir sebelum kewafatan baginda, walaupun telah diberikan bukti yang tidak dapat ditolak malah dibantah dengan dalil, sehingga ke hari ini.


 

Kami, Ansar Imam Al Mahdi berasa kasihan dengan situasi ini, lantas terhasil-lah tulisan ini, dengan harapan dapat membuka sisi baru pemikiran mereka yang tertutup.


 

Saudara Muslimin sekalian, ketahuilah bahawa kitab-kitab samawi sebelum Quran, semuanya merekodkan para Nabi (as) menuliskan wasiat apabila datang kehadiran maut, dengan kehendak Allah, berikut kami kongsikan beberapa petikan.


 

Kitab Ulangan(Deutoronomy) Bab 31:


 

14 Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “ Engkau tidak akan hidup lama Panggillah Yosua dan bawalah dia ke Khemah-Ku, supaya Aku dapat memberikan petunjuk kepadanya. ” Musa dan Yosua masuk ke dalam Khemah TUHAN, 15 dan TUHAN menampakkan diri kepada mereka dalam tiang awan dekat pintu Khemah TUHAN.


 

Kitab Ulangan (Deutoronomy) Bab 33: 1


 

Sebelum meninggal, Musa, hamba Allah itu, memberkati umat Israel dengan kata-kata ini:2 TUHAN datang dari Gunung Sinai; Dia terbit seperti matahari di atas Edom, dan dari Gunung Paran Dia menyinari umat-Nya. Beribu-ribu malaikat menyertai Dia; pada tangan kanan-Nya ada api yang bernyala-nyala. 3 TUHAN mengasihi umat-Nya; Dia melindungi semua orang yang menjadi milik-Nya. Itulah sebabnya kita sujud di hadapan-Nya, dan mentaati perintah-Nya.


 

Kitab 1 Raja-raja, Bab 1


 

33 Raja Daud bertitah kepada mereka, “ Bawalah Salomo, putera beta, ke mata air di Gihon. Biarlah dia menunggangi baghal beta dan bawalah bersama-sama kamu para pegawai istana. 34 Di sana hendaklah Zadok dan Natan melantik Salomo menjadi raja Israel. Selepas itu tiuplah trompet dan bersoraklah, ‘ Daulat Tuanku Raja Salomo! ’ 35 Iringilah dia kembali ke sini supaya dia menduduki takhta beta. Dia akan menggantikan beta sebagai raja kerana dialah yang telah beta pilih untuk menjadi penguasa di Israel dan Yehuda. ” 36 “ Baik, tuanku, ” jawab Benaya. “ Semoga perkara ini disahkan TUHAN, Allah tuanku. 37 Sebagaimana TUHAN telah menyertai tuanku, semoga Dia juga menyertai Salomo dan menjadikan kerajaannya lebih makmur daripada kerajaan tuanku. ”


 

Kitab 1 Raja-raja, Bab 2


 

1 Apabila Raja Daud sudah hampir mangkat, baginda memanggil Raja Salomo, putera baginda, dan memberikan pesannya yang terakhir. 2 Raja Daud bertitah, “ Masa kemangkatan beta sudah sampai. Hendaklah engkau yakin dan berani. 3 Lakukanlah apa yang diperintahkan TUHAN, Allahmu kepadamu. Taatilah semua hukum dan perintah-Nya yang tertulis di dalam Taurat Musa, supaya ke mana sahaja engkau pergi, engkau akan berjaya dalam segala usahamu. 4 Jika engkau taat kepada TUHAN, Dia akan menepati janji yang dibuat-Nya ketika Dia memberitahu beta bahawa keturunan beta akan memerintah Israel, selama mereka benar-benar mentaati semua perintah-Nya dan setia terhadap-Nya dengan segenap hati dan jiwa mereka


 

Lihatlah bagaimana di dalam kitab-kitab samawi sendiri menceritakan betapa para Nabi yang lepas memandang berat penulisan wasiat di saat kematian mereka, dan kepada mereka yang mungkin akan cuba meragui kesahihan ayat-ayat dari kitab Samawi di atas, jangan risau, ia memang jelas disokong oleh Quran.


 

"Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". (2:132)


 

Dan yang paling utama..


 

"Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan [tanda-tanda] maut, jika ia meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf, [ini adalah] kewajiban atas orang-orang yang bertakwa." (Al Baqarah: 180)


 

Para Nabi yang lepas semuanya berwasiat apabila datang tanda maut, namun bagaimana kalian menganggap Muhammad SAW, penghulu para Nabi tidak berbuat demikian? Semoga dapat difikirkan

29.01.2013 Sempena Wiladah Nabi Dan Imam Jaafar, Nasihat Pada Imam Ali

بسم الله الرحمن الرحيم

 

والحمد لله رب العالمين

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

 

Saya memohon kepada Allah untuk memberkati anda dan menaruh belas kasihan terhadap anda dengan rahmat -Nya yang luas, sempena mengingati kelahiran Rasulullah Muhammad sawa dan anaknya, Imam Jafar bin Muhammad sawa , dan Dia adalah Maha Penyayang di antara para penyayang .

 

Dia adalah penyokong saya, dan Dia menyokong orang yang soleh.


 

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

 

Di dalam wasiat Muhammad Rasulullah SAW kepada Ali as,

 

Diriwayatkan daripada Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Issa, daripada Ali bin al-Numan, dari Mu'awiyah bin Ammar bahawa Imam Abu Abdullah as berkata, 

 

Di dalam wasiat Muhammad Rasulullah SAW kepada Ali as, baginda bersabda, 'Aku menginginkan kamu untuk memiliki sifat-sifat ini, maka ingatilah ia'. Baginda SAW kemudiannya berkata, 'Ya Allah, bantulah dia'.

 

Yang pertamanya, ia adalah kejujuran, dan jangan sesekali biarkan pembohongan keluar dari mulut kamu.

 

Yang keduanya ialah taqwa, dan jangan sesekali melakukan khianat.

 

Yang ketiga adalah takut kepada Allah (mengingati akan kebesaran-Nya) seolah-olah kamu melihat-Nya.

 

Yang keempat ialah menangis sebanyak-banyaknya kerana takut kepada Allah, kerana atas setiap titik air mata itu, akan dianugerahkan seribu rumah untukmu di syurga kelak.

 

Yang kelima ialah membelanjakan harta dan mempertaruhkan nyawa hanya semata-mata demi agamamu.

 

Yang keenam ialah mengamalkan sunnahku di dalam solat, puasa dan amalan. Bagi solat,ia adalah 50 rakaat. Bagi puasa, ianya adalah 3 hari dalam sebulan iaitu hari khamis yang pertama, hari rabu di pertengahan, dan hari khamis yang terakhir. Dan untuk amalan, lakukanlah dengan bersungguh-sungguh, sehingga kamu merasakan hilang segalanya sedangkan hakikatnya kamu tidak (kehilangan apa pun). Dan solatlah di malam hari dan di waktu zawal, amalkan solat sunat zawal dan berdoa di waktu solat zawal.

 

Amalkan membaca Al-Quran setiap masa (kamu berada).

 

Angkatlah tanganmu ketika berdoa dan mohonlah doa sebanyak-banyaknya.

 

Amalkan bersugi/bersiwak ketika bewudhuk.

 

Mengamalkan nilai-nilai akhlak yang terpuji dan menjauhi sifat-sifat yang tercela.

 

Seandainya kamu gagal untuk berbuat demikian, maka kamu hanya ada diri kamu untuk dipersalahkan. – Al-Kahfi Vol.8 muka surat 79.

 

[Pent: Bersugi/bersiwak – perbuatan menggunakan miswak yang dihasilkan dari sumber tumbuh-tumbuhan seperti pencungkil gigi]

16.01.2013 Pengajaran Dari Keikhlasan Daud AS

بسم الله الرحمن الرحيم

 

والحمد لله رب العالمين

 

 

Pencerahan dari keikhlasan Daud

 

فَهَزَمُوهُم بِإِذْنِ ٱللَّهِ وَقَتَلَ دَاوُۥدُ جَالُوتَ وَءَاتَىٰهُ ٱللَّهُ ٱلْمُلْكَ وَٱلْحِكْمَةَ وَعَلَّمَهُۥ مِمَّا يَشَآءُ ۗ وَلَوْلَا دَفْعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّفَسَدَتِ ٱلْأَرْضُ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ ذُو فَضْلٍ عَلَى ٱلْعَٰلَمِينَ

 

"Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud membunuh Jalut. Dan  Allah memberikan kepadanya kuasa pemerintahan, dan hikmat  serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia dengan setengahnya yang lain  nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam." (Al-Baqarah:251)

 

Daud merupakan yang termuda dari kalangan adik beradiknya – bapanya mendidik beliau untuk menjadi seorang pengembala kambing, malah beliau asalnya bukanlah dikira sebagai sebahagian dari anggota tentera – serta lastik yang digunakan untuk membaling batu, tiada siapa yang menyangka ia akan menjadi penamat pertempuran.

 

Bilangan yang tidak diambil kira (Daud) dan kelengkapan yang tidak dipertimbangkan oleh manusia (batu) adalah keseluruhan bilangan dan kelengkapan di sisi Allah. Batu yang dibuang oleh para tukang menjadi batu asas. Itulah pengiraan manusia dan ini pula adalah pengiraan Allah SWT. Manusia melihat perkara material dan jasad, sementara Allah melihat ruh dan keikhlasan. Dia swt melihat kepada keikhlasan remaja yang terpilih ini, Daud AS, maka Dia mengikat Daud AS dengan kejayaan.

 

Pengajaran yang signifikan adalah untuk mereka yang bersama Talut AS, yang merupakan golongan yang memberi penekanan kepada logika materialistik, maka apabila [ Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: “Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: “Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?” Nabi mereka berkata:” Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan”. Dan, Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas lagi meliputi ilmuNya.] Al-Baqarah: 247

 

Dan apabila mereka melihat bilangan dan kelengkapan tentera Jalut, [ “Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya”.] Al-Baqarah: 249

 

Dalam pengajaran yang penting ini. Allah SWT menunjukkan dengan tindakan dan di medan tempur, bahawa logika material tidak mempunyai nilai ketika berhadapan dengan sifat ikhlas kepadaNya swt. Jadi Dia SWT menghadapi tentera besar Jalut yang dilengkapi dengan senjata paling moden dan merbahaya di zaman itu, dengan keikhlasan Daud AS.

 

Dan di hari ini, kita sangat memerlukan pengajaran penting ini untuk mempelajari makna ikhlas dan tawakal pada Allah SWT, tanpa sebarang perkiraan (materialistik) yang tertegak hanya di dunia ini, menghalang kita dari menghadapi syaitan dan tenteranya.

 

Wasalam

10.01.2013 Berbahagialah Mereka Yang Menerima Wasiat Nabi

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

 

Segala puji bagi Allah.

 

Semoga kedamaian, belas ihsan dan rahmat Allah keatas kamu.

 

Salam sejahtera ke atas kamu, Ya Rasulullah. Saya memohon kepada Allah yang telah memilih kamu, membimbing kamu dan membimbing kami melalui kamu yang mana Dia berselawat ke atas kamu.

 

Ya Allah, selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad pada waktu siang apabila ia muncul.

 

Ya Allah, selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad pada waktu malam apabila ia sunyi.

 

Ya Allah, selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad di akhirat dan dalam [kehidupan] yang pertama

 

Ya Allah, selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad selagi siang dan malam muncul.

 

Ya Allah, selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad selagi ufuk Timur dan Barat berjaya antara satu sama lain.

Ya Allah, selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad selagi siang dan malam kelihatan

 

Ya Allah, selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad setiap kali datangnya malam dan gelap, setiap kali pagi menjelma dan bilamana berakhirnya waktu subuh.

 

Ya Allah, jadikanlah Muhammad penyampai bagi mereka yang betul betul beriman kepada-Mu, dan yang berpakaian dalam pakaian cahaya apabila berdiri di antara tangan-Mu, dan yang sentiasa memuji-Mu apabila bersuara dan tanpa bersuara.

 

Ya Allah, naikkan kedudukannya, tinggikankan darjatnya, zahirkan pembuktiannya, terimalah syafaatnya, bangkitkannya pada maqam yang terpuji seperti yang telah Engkau janjikan kepadanya dan memaafkannya untuk apa yang telah diubah oleh kaumnya selepas kewafatannya.

 

{ Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.}

 

Semoga Allah memberi balasan yang baik kepada kamu semua yang telah mengingatkan aku akan kesaksian Muhammad Rasulullah sawa,

 

Pada satu malam seperti ini, Rasulullah saw telah menulis wasiatnya yang suci, terpelihara dari kesesatan. Baginda sawa telah menulisnya pada malam kewafatannya dalam keadaan sakit, dan menerangkan yang wasiat ini adalah pemelihara ummat dari kesesatan sehingga hari kebangkitan, walaupun telah dihalang dan ditentang untuk menulis wasiat di hadapan orang ramai seperti yang tercatat dalam peristiwa “Tragedi Hari Khamis”. 

 

Maka berbahagialah mereka yang telah menyampaikan wasiat Rasulullah sawa, dan berbahagialah mereka yang bertahan dan berpegang kepadanya.

24.12.2012 Ulama Yang Ikhlas Beramal

بسم الله الرحمن الرحيم

 

والحمد لله رب العالمين

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

 

Saya memohon kepada Allah agar pengunjung  halaman ini berada dalam keadaan baik dan sihat, serta agar Dia memaafkan mereka yang berbuat silap dan memperbaiki akal mereka yang berkelakuan buruk.

 

Baru-baru ini, kami telah menerima surat yang dihantar oleh seorang ulama yang terkenal di kalangan Shiah secara umumnya dan di kalangan dua Hawzah Al-Najaf dan Qum secara khususnya. Beliau, semoga Allah mengganjari beliau dengan kebaikan, berkata bahawa beliau sedang mengkaji seruan ini secara berhati-hati dan terperinci, dan beliau berharap untuk bertemu kebenaran. Saya memohon kepada Allah untuk mendokong beliau dan meluruskan langkahnya, kerana beliau melangkah ke arah Allah dan memerangi keakuan, kehidupan dunia dan syaitan. Dan insyaAllah, Allah tidak akan meninggalkan orang-orang sepertinya. Kami memohon kepada Allah agar Dia mengakhiri beliau dengan kebaikan, serta mencurahkan kekuatanNya pada nya dan istiqamah agar beliau mengisytiharkan keimanan beliau jika Allah mendokong beliau untuk beriman. Saya memohon kepada Allah agar merahmatinya dan berbelas kasihan padanya, kerana Dialah Ar-Rahman dari kalangan Rahman, Dialah pendokong ku dan Dia mendokong orang-orang soleh.

 

Saya mengatakan perkara ini agar semua orang tahu bahawa semua perkataan yang saya ucapkan sebelum ini dan di masa hadapan tidak ditujukan kepada ulama seperti ini, semoga Allah mendokongnya, atau mereka yang tidak menentang seruan kebenaran. Hakikatnya, kata-kata kami ditujukan kepada Ulama yang tidak beramal dan fuqaha yang menentang kebenaran dan tegar berada dalam kebatilan, walaupun setelah kami terangkan kebatilan mereka dengan hujah penafian yang tidak dapat mereka nafikan.

 

Beberapa hari yang lepas, saya telah meminta untuk berdebat dengan para ulama dan saya meminta mereka membuktikan ideologi kewajiban bertaqlid kepada manusia tidak maksum yang mereka percayai setelah kami membatalkan nya secara total dan saya meminta mereka memberi respon kepada pembuktian seruan Imam Mahdi kami, yang diterbitkan dalam kitab Wasiat Suci.

 

Saya teruskan dan bertanya kepada mereka beberapa soalan saintifik tentang pembuktian kewujudan Allah, dan saya menantikan jawaban balas mereka agar debat saintifik antara saya dan mereka dapat dimulakan, serta agar kami dan manusia lain dapat melihat tahap mereka.

 

Namun malangnya kelmarin saya menerima respon dari ulama terbabit untuk menahan Sayed Hasan Al-Hamami, anak kepada ulama yang telah meninggal, Muhammad Ali Al-Hamami, semoga Allah membelasi beliau, dan penahanan Sheikh Kazim Al-Nasiri di Najaf.

 

Tanpa menghiraukan fakta bahawa beliau adalah anak kepada ulama terkena Shiah, dan datuk beliau juga merupakan seorang ulama terkenal Shiah.

 

Tanpa menghiraukan fakta bahawa beliau pernah menjadi imam solat di Makam Imam Ali AS, dan bahawa beliau adalah seorang ulama Shiah dan sentiasa dialukan untuk mengajar ilmu di Hawzah, beliau membantu golongan miskin dan para pelajar Hawzah di hadapan Makam Imam Ali AS.

 

Tanpa menghiraukan fakta bahawa Sayed Hassan Al-Hamami adalah seorang yang telah tua dan sakit. Beginilah bagaimana Sayed yang suci dan mulia ditahan berkali kali hanya kerana beliau mempercayai kebenaran Ahmed Alhasan.

 

Jika tidak, apakah kesalahan Sayed Hasan Al-Hamami yang sentiasa membantu orang miskin dan tidak pernah melakukan tindakan agresif pada sesiapa? Adakah kamu menuduh beliau bersalah agar dapat memenjarakan beliau berkali kali? Saya bersumpah demi Allah, apa yang sedang kalian lakukan pada Sayed Hasan Al-Hamami akan menjadi perkara memalukan yang besar di atas kepala kalian.

 

Lihatlah wahai manusia, wahai orang-orang yang adil, apa yang saya persembahan dan lihatlah bagaimana mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai ulama memberi respon.

 

Saya persembahkan ilmu yang dipersembahkan oleh bapa-bapaku yang soleh, para Imam AS. Dan mereka yang menggelar diri mereka sebagai fuqaha mempersembahkan kejahilan dan bergantung kepada kejahilan manusia lain. Respon mereka kepada saya adalah sama seperti respon para penzalim kepada para Nabi dan Rasul, serta kepada para bapaku, para Imam AS:

 

Pembunuhan dan Pemenjaraan, (Dan berkatalah pula Ketua-ketua dari kaum Firaun: "Adakah engkau (wahai Firaun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi dan meninggalkanmu serta apa-apa yang dipuja olehmu?" Firaun menjawab: "Kita akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak-anak perempuan mereka, dan kita tetap menguasai mereka. Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa". Surat al-Araf 7:127-128.

 

Hasilnya, Imam Musa Bin Jaafar mati di dalam penjara kerana para pemakai turban dari kerajaan Abbasiyah tidak dapat membatalkan hujah dan ilmu beliau, maka mereka hanya mampu memenjarakan dan membunuh beliau untuk menyelesaikan masalah yang dialami oleh mereka.

 

Adakah masih wujud sebarang kekeliruan tentang persamaan urusan saya dan urusan para bapa saya, para Imam, kepada mereka yang meminta kebenaran?!

 

Malangnya, kejahilan manusia menyebabkan Ali a.s terpaksa tinggal di rumahnya selama dua puluh lima tahun dan hasilnya adalah semua syaitan dari kalangan jin dan manusia beria-ia untuk memerangi beliau selama lima tahun, dan selama lapan tahun beliau dihina dan dicaci di atas mimbar, yang mana dapat diibaratkan seperti saluran televisyen keagamaan di hari ini.

 

 

Namun akhirnya, telah datang satu generasi yang membaca kata-kata Ali, memahami kebenaran dan meludah ke kubur Muawiyah. Hari ini, para ulama tersebut beradu domba bahawa pengakhiran Ahmed Al-Hasan akan terjadi seperti Ali AS. Namun adakah mereka tahu bahawa akan datang satu generasi yang membaca tulisan Ahmed Al-Hassan, memahami kebenaran dan meludahi kubur mereka? Itupun jika wujud kubur mereka.

22.12.2012 Doa Munajat

dec1

Butalah mata yang tidak melihat Mu sebagai Penjaga. Hilanglah perdagangan seorang hamba yang tidak menerima sebahagian daripada kasih-Mu. Ya Tuhanku, Engkau telah memerintahkan kami untuk merujuk kepada kesan@petunjuk, jadi kembalikanlah aku kepada-Mu dengan tabir cahaya dan bimbingan yang bermatlamat, agar aku dapat kembali kepada-Mu melalui mereka sebagaimana aku melalui mereka  dengan Mu, dan menjadi terlalu dilindungi untuk melihat mereka, dan terlalu bertekad untuk bergantung kepada mereka, kerana Engkau Maha kuasa atas segala sesuatu.

17.12.2012 Doa Yang Diajarkan Sayed

dec

 

Wahai Tuhan yang Maha Kuat, wahai Tuhan yang Maha Perkasa, yang perkasa, yang perkasa, yang perkasa. Semua makhluk Mu menyerah kepada Kekuasaan-Mu, maka selamatkanlah aku dari kejahatan makhluk Mu. Wahai yang Maha pemurah, Maha Kaya, Maha Pembuat Kemuliaan, Wahai Tiada tuhan selain Allah, Maha Suci Engkau, sungguh kami adalah dari kalangan pembuat kezaliman. "Jadi Kami menerima permohonan mereka, dan selamatkan dirinya dari kesusahan. Dan begitulah kami selamatkan orang beriman." Solawat Allah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad yang mulia lagi suci.

17.12.2012 Ulama Ular

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Pengasihani.

 

Segala puji bagi Allah,  Tuhan sekalian alam.

 

Assalamualaikum wr wb

 

Saya berhasrat ingin menceritakan apa yang terjadi pada saya di suatu hari,

 

Pada suatu hari, saya melihat Sheikh Haydar Al-Ziyadi, semoga Allah menjaga beliau, dan beliau kelihatan terganggu dan dalam kesakitan, jadi saya bertanya kepada beliau tentang sebabnya dan beliau berkata: "Ia adalah kerana apa yang terjadi pada anda apabila anda berhadapan dengan golongan jahil yang menipu manusia sebagaimana Ulama Ular menipu mereka.

 

Maka saya bertanya kepada beliau tentang kisah Ulama Ular, jadi Sheikh Haydar, semoga Allah melindungi beliau berkata: Ada sebuah perkampungan di negara ini, ulamanya sering membaca untuk masyarakat di masjid dan kadang-kala beliau akan menipu mereka. Namun apabila pendidikan semakin maju, kerajaan menghantar guru ke kampung mengajar membaca dan menulis.

 

Apabila ulama itu mengetahui perkara ini, beliau terfikir bahawa jika masyarakat belajar membaca dan menulis, mereka akan membaca buku-buku dan akan mengetahui penipuan yang beliau lakukan kepada mereka, dan dengan itu, mereka tidak lagi akan menghormati beliau, dan beliau akan kehilangan pekerjaan, jadi beliau membuat keputusan untuk membohongi masyarakat. Beliau mengumpulkan masyarakat dan guru yang dihantar oleh kerajaan, ulama itu berkata kepada masyarakatnya, "Guru ini tidak tahu cara membaca dan menulis, maka bagaimana beliau dapat mengajar kamu dan anak-anak kamu?"

 

Jadi guru itu berkata kepada ulama tersebut, "Bagaimana saya tidak tahu menulis dan membaca sedangkan saya adalah seorang lulusan maktab perguruan?" Jadi ulama itu menjawab, "Kita akan lihat dan masyarakat akan menjadi hakim." Jadi beliau memberikan guru itu sebatang pen dan sehelai kertas dan meminta beliau menulis perkataan "ular", jadi guru tersebut menulis perkataan itu dengan tepat dan lima huruf.

 

Ulama itu kemudiannya melukis gambar ular di atas kertas yang lain dan menunjukkan kedua-duanya kepada masyarakat, ulama itu berkata, "Kalian jadilah hakim, yang mana satu antara dua ini adalah ular?" "Jadi orang-orang mengatakan bahwa gambar ular adalah pada kertas yang dipegang ulama tersebut. Jadi dia berkata kepada mereka, "Bukankah aku sudah bilang bahwa guru ini tidak tahu cara membaca dan menulis? Jadi halaulah dia, karena dia tidak ada gunanya. "Jadi mereka melakukan seperti yang dikatakan, dan mereka mengusir guru tersebut.

 

Saya berharap bahwa orang-orang yang menyebut diri mereka 'ustaz' atau 'ulama ular' tidak mendapat kejayaan ke atas saya pada saat ini dan membenarkan tipudaya mereka untuk diteruskan kepada masyarakat, sehingga memungkinkan orang ramai untuk tetap dalam kebodohan.

 

 

Original post:https://www.facebook.com/Ahmed.Alhasan.10313/posts/459489284098740