Sheikh Mufid: Nabi Ingin Menulis Wasiat

mufeed1 mufeed2

Antara percubaan naif kaum Shiah dalam percubaan daif mereka untuk membatalkan hadis wasiat Nabi Muhammad (saw) adalah dengan membatalkan terjadinya peristiwa hari Khamis dengan alasan riwayat tersebut hanya diriwayatkan dalam Kitab Sunni sahaja. Malang sekali, kami Ansar Imam Al Mahdi mempunyai berbagai cara untuk membatalkan hujah mereka tanpa mereka mampu menjawab satu pun dari pendalilan kami. Salah satunya adalah pendapat Sheikh Mufid tentang peristiwa ini. Beliau berkata:

"Riwayat tunggal yang dipersetujui oleh Sunni dan Shiah adalah kenyataan bahawa Nabi SAW bersabda ketika di akhir hayat baginda: "Bawakan aku pena dan kertas agar aku tuliskan pada kamu perkara yang mana kamu tidak akan sesat selepasnya." dan Umar berkata: "Orang ini sudah nyanyuk!"

Sumber: Awail Al-Maqalat, hal. 409

Dengan itu, dipersetujui oleh ulama kaum Shiah bahawa terjadi peristiwa ini.

 

 

2 thoughts on “Sheikh Mufid: Nabi Ingin Menulis Wasiat

  1. Persoalan yang mudah dijawab dengan akal yang waras 

    Bagaimana rasulullah saw swbagai.nabiyil ummiyi iaitu tidak tahu tulis baca dikatakan mahu menuliskan.wasiat?

    Padahal nabi saw hanya perlu bersabda sahaja dan para sahabatlah yang akan menuliskannya?

    Sedangkan wahyu dari Allah dan.peekataan nabi saw(hadis) tidak ada satupun ditulis olih nabi saw kecuali ditulis olih para sahabat terutamanya zaid bin harithah.

    P/s tulis baca tidak perlu bagi nabi muhammad saw kerana kehebatan akal yang Allah kurnia.kepada beliau yang mampu menghafal tanpa perlu menulis sebuahpun catatan dan mendapat wahyu melalui jibril tanpa perlu membaca dari sebuahpun tulisan mana mana penulis.

    1. Jawaban ini tidak terpakai, kerana kita beriman dengan riwayat sahih, dalil naqli. Nabi ingin menulis wasiat bermakna beliau bukan buta huruf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *