Temubual Isu Aliran Atheist Bersama Sayed Ahmed Al-Hasan

atheism

 

Ahmed Al Hasan: Dengan nama Allah. Salam dan rahmat Allah ke atas kamu semua. Kepada Allah kita berserah, dan saya sedang mendengar kepada soalan-soalan kamu, insyaAllah. Semoga Allah menganjari kalian dengan kebaikan. Kepercayaan kepada kewujudan Tuhan atau ketidak wujudannya, keduanya memerlukan bukti dan kedua kumpulan perlu membuktikan kepercayaan mereka, samada percaya atau tidak percaya kepada Tuhan. Namun jika seseorang itu mengatakan bahawa beliau tidak tahu samada Tuhan wujud atau tidak, orang ini tidak perlu membuktikan apa-apa kerana mereka mengakui kejahilan mereka. Di masa yang lepas, aliran Atheist adalah  "aku tidak tahu". Ia bukanlah aliran Atheist yang bersifat saintifik, perkara ini berbeza hari ini apabila kita menghadapi Atheisme Saintifik dengan ketepatan yang tinggi. Mereka mempunyai jawaban yang dianggap memuaskan, jadi mereka tidak perlu untuk membuktikan kewujudan Tuhan dengan wujudnya jawaban-jawaban yang menyimpulkan tiada keperluan untuk kewujudan Tuhan bagi mereka. Biologi Evolusi telahmemberikan jawaban saintifik yang tepat – terutamanya dengan pembangunan ilmu genetik. Berkenaan persoalan dari mana alam fizikal ini terjadi, sudah ada jawaban dari ilmu-ilmu fizik. Einstein berkata "Tuhan tidak bermain dengan dadu", namun kita dapati sekarang telah terbukti bahawa beliau telah salah.

 

Prinsip ketidakpastian (uncertainty principle) menyatakan bahawa ruang kosong tidak boleh kosong dari perubahan kuantum, jadi ruang kosong sentiasa menghasilkan partikel dari tiada dan ini sudah mencukupi bagi athiest untuk mengatakan tiada keperluan bagi Tuhan kerana alam ini muncul dari peristiwa kuantum dan wujud dari tiada, mereka mengatakan ini adalah ancaman paling berbahaya yang dihadapi oleh agama pada hari ini. Stephen Hawking dan Stephen Weinberg serta ramai lagi ahli fizik menyokong perkara ini, mereka mengatakan jumlah keseluruhan tenaga di alam ini adalah kosong, dengan kata lain, tiada apa yang memasuki alam ini dari luar. Mereka mempunyai banyak kebarangkalian untuk kemunculan alam ini, dan salah satu contoh adalah Teori M.

 

Menurut mereka, mereka mempunyai jawaban fizikal untuk menerangkan dari mana alam ini muncul tanpa keperluan kepada Tuhan. Para pendengar tentu tahu bahawa membuktikan kewujudan Tuhan sebelum ini adalah dengan membuktikan "sebab" kewujudan alam, atheist yang saintifik seperti Richard Dawkins atau Stephen Hawking mahu menyatakan bahawa sains dipenuhi dengan maklumat dan ia menjawab semua soalan-soalan besar ini, tiada lagi ruang untuk meletakkan Tuhan sebagai sebab bagi apa sahaja.

 

Anggapan agama traditional adalah Tuhan mencipta patung tanah dan menjadikan ia manusia bernama Adam, ini bertentangan dengan fakta saintifik standard yang menyatakan Homo Sapiens adalah hasil dari ratusan ribu tahun evolusi, manusia adalah produk evolusi dari organisma sel tunggal dan umat manusia sekarang hanya berusia lebih kurang 200,000 tahun, fakta saintifik bermakna kita harus menjelaskan kebenaran tentang kewujudan Tuhan. Atheist dengan mudahnya dapat membuktikan evolusi sebuah fakta yang tidak dapat diragukan. Saya percaya debat dengan aliran Atheist memerlukan campur tangan ketuhanan, maka itulah sebab penyertaan saya dalam perdebatan ini. Saya masih belum menjumpai apa-apa respons dari Atheist terhadap apa yang saya hujahkan di dalam buku ini tentang kewujudan Tuhan, dan pembuktian dari Teori yang sama mereka percayai.

 

Atteen Wal Zaitoun: Apakah sebabnya yang tuan percayai sebagai sebab tersebarnya aliran atheist di pelbagai komuniti sejak akhir-akhir ini, terutamanya di dalam komuniti Arab, dan apakah cara terbaik untuk menghadapi aliran ini dan pengikutnya? Serta menyelamatkan mereka yang tertipu dari aliran ini?

 

Ahmed Al Hasan: Semoga Allah menerima kamu. Saya percaya bahawa rasa ingin tahu atau pencarian jawaban yang meyakinkan adalah semestinya sebab utama mengapa mana-mana budaya dan kepercayaan tersebar di dalam sesebuah komuniti. Umat manusia mencapai tahap ilmu dan sains pada hari ini adalah disebabkan rasa ingin tahu.

 

Manusia adalah makhluk yang mempunyai rasa ingin tahu, yang ingin mengetahui semuanya dan akan mencari jawaban jika ia tidak meyakinkan, manusia akan meneruskan pencarian jika agama atau para ulamanya tidak memberikan jawaban yang tepat, ramai orang mencari jawaban di tempat lain hari ini, sains fundamental seperti kimia, biologi dan matematik telah membawa kemajuan yang besar, jadi ia mendapat keyakinan ramai orang, dan dengan wujudnya internet dan akademia telah memudahkan perolehan maklumat dan mencapai kebenaran.

 

Ringkasnya, kita dapat katakan bahawa sebab utama kemenangan aliran Atheist adalah ketidak mampuan para agamawan untuk memberikan jawaban, jawaban tentang kemunculan alam semesta dan kepercayaan para agamawan ini bahawa teori saintifik bercanggahan dengan agama. Sesetengah agamawan menentang teori-teori saintifik ini dengan cara yang menyedihkan dan memalukan, sesetengah mereka cuba menafikan ilmu genetik dengan penghujahan yang buruk, sesiapa pun akan berasa kasihan kepada mereka yang menghadapi sains dengan kaedah ini dan para pemerhati akan berpaling dari agama kerana metode para agamawan ini, isu ini termasuk semua orang.

 

Sunni yang berbahasa Arab secara khususnya, mereka mempunyai sebab tambahan (memilih aliran atheist) iaitu jenayah yang dilakukan oleh kaum Salafi, agama mereka adalah berdasarkan membunuh penentang mereka pada bila-bila masa mereka mampu (salafi), mereka telah mempunyai peluang untuk membunuh sejak akhir-akhir ini, hanya sahaja, kini ia dilakukan di hadapan media dan mereka mengatakan ia sebahagian dari Islam Sunni dan ia adalah kaedah para pemimpin mereka. Abu Bakr membakar manusia dan mereka mengikuti perbuatannya, ini menjadikan manusia berpaling dari perbuatan ini dan sesetangah Sunni terkejut dengan perkara ini, jadi mereka berpaling kepada arah yang lain, ke arah aliran Atheist, mereka mula menuduh Nabi melakukan jenayah ini.

 

Berkenaan cara menghadapi aliran atheist, ia adalah perkara intelektual dan saintifik, ini harus diberi perhatian dalam konfrontasi disamping membetulkan kesalahan dan tidak membiarkan kesalahan itu. Apa yang salah bagi manusia adalah terus merasa bangga untuk melepaskan sebuah metod yang penuh dengan kesalahan. Mereka yang memalukan agama ini dengan melakukan jenayah di atas namanya, penyelesaiannya adalah dengan menunjukkan agama ini berlepas tangan dari mereka, tindakan mereka, serta menjelaskan kebenaran teks keagamaan yang mereka gunakan untuk menjustifikasikan tindakan mereka. Terorisme hari ini mempunyai agama dan ideologi, dan ia adalah agama Wahabi Salafi, dan ia berasal dari Arab Saudi. Kita dapat katakan bahawa setiap Wahabi Salafi adalah samada pengganas atau dalam perjalanan menjadi pengganas, mereka tidak boleh tidak menghiraukan perkara ini atau melarikan diri darinya.

 

Ideologi Abdul Wahab adalah berasaskan memerangi sesiapa sahaja yang bercanggahan, kamu boleh membaca tentang perkara ini dalam dokumentasi ahli sejarah tentang sejarah awal Arab Saudi. Abdul Wahab mengatakan bahawa majoriti Sunni adalah Musyrik kerana menziarahi perkuburan Abu Hanifah dan lain-lain. Orang ramai perlu mengisytiharkan diri mereka berlepas diri dari agama Wahabi Salafi dan mereka perlu menunjukkan kebatilan dan kesalahan agama tersebut. Perlu ada sebuah kempen yang teratur untuk membongkar agama Wahabi Salafi agar manusia tidak mencampurkan ia dengan Islam, dan mereka perlu tahu bahawa Wahabi Salafi adalah berasaskan membunuh orang lain, sementara Islam sebenar adalah yang diwakili oleh keturunan Muhammad SAW yang merupakan pewaris Nabi Islam.

 

Atteen Wal Zaitoun:  …Dan setelah sains memenuhi kelompongan ini, Tuhan yang terikat dengan mereka akan hilang. Adakah kita akan mengikuti kaedah yang serupa jika kita ingin membuktikan kewujudan sebuah entiti yang tidak material dengan membuktikan kewujudan altruisme yang asli dan neutral yang tidak mempunyai sebarang penjelasan material?

 

Ahmed Al Hasan: Berkenaan dengan Teori Kemunculan, matlamat saya di dalam buku ini, ketika membincangkan secara terperinci teori kemunculan, bukanlah untuk menolak kebarangkalian kemunculan. Matlamat saya adalah untuk menunjukkan tiada teori integral dari awal lagi, apabila saya memberi respons kepada kepercayaan Richard Dawkin dalam bukunya, The Blind Watchmaker, saya memberi respons menggunakan pengiraan matematikal, tujuan saya dari perdebatan ini bukan untuk menolak idea bahawa kehidupan boleh terbentuk dengan kewujudan masa dan material yang diperlukan, saya tidak menggunakan ketiadaan sebuah teori yang integral sebagai bukti untuk membuktikan kewujudan Tuhan, saya katakan bahawa ketidakmampuan untuk memberikan sebuah teori yang integral membuka pelbagai pintu kemungkinan, jika mereka membaca kata-kata saya dan menyangka ia adalah bukti saya untuk kewujudan Tuhan, maka mereka telah salah. Buktinya adalah evolusi mempunyai matlamat, dan saya telah memperincikan buktinya di dalam buku, saya telah menunjukkan bagaimana evolusi mempunyai matlamat untuk mencipta sebuah mesin dengan kepintaran terhebat dan mesin ini lebih hebat dari semua alat-alat survival, selagi mana kita sentiasa mempunyai mutasi genetik semasa evolusi kehidupan, maka perlu juga ada sel deria yang dapat mengenal persekitaran, ini tidak dapat dielakkan. Apabila mutasi yang tepat dapat pada persekitaran yang sesuai, ciri-ciri deria ini akan terbina dalam populasi genetik jika diberikan masa yang mencukupi, mesin ini akan terus berevolusi sebagai altruisme neutral sejati. Saya telah bincangkannya dengan terperinci dalam buku saya. Matlamat diskusi ini bukan untuk membuktikan kewujudan Tuhan kerana altruisme neutral sejati tidak dapat diterangkan secara biologi atau kebudayaan, apa yang saya ingin tunjukkan adalah semua thesis dalam persembahannya adalah salah pada saya, adalah memadai hakikat bahawa altruisme neutral tidak dapat dijelaskan samada oleh biologi evolusi atau sosial. Saya telah membuka pintu kepada hipotesis perkara ghaib, ringkasnya, hipotesis bahawa manusia mempunyai roh.

 

Saya juga telah menerangkan perkara yang mendokong hipotesis yang saya sebutkan, dan ia adalah perbincangan kebudayaan/ ketamadunan manusia (terutamanya Sumeria) pada awalnya, ia adalah kebudayaan / ketamadunan yang didominasi oleh agama, sifat altruisme Sumeria jelas terbukti disebabkan oleh campur tangan ketuhanan dan agama. Apa yang mereka tulis tentang dari mana budaya mereka datang adalah jelas, sesiapa yang mahu melihat penulisan mereka dan melihat ia kosong dari sebarang nilai yang realistik, itu adalah urusan mereka, namun kami enggan untuk menganggap tamadun yang mengajar dunia ini ilmu penulisan dan asas matematik dengan tahap keanggunan dan kehebatan ini (adalah seperti yang mereka gambarkan).

 

Atteen Wal Zaitoun: Mungkin tajuk buku ini menceritakannya, kerana buku ini terdiri dari dua bahagian; satu bahagian yang membantah, iaitu "Delusi Atheist" dan satu bahagian lagi membuktikan, iaitu "tanda-tanda Tuhan di alam semesta". Persoalannya adalah, adakah bantahan yang tuan terima, terutamanya dari dunia Islam, adalah kerana perhatian yang tuan berikan untuk membuktikan teori-teori saintifik (terutamanya teori evolusi), atau ianya disebabkan oleh perkara lain? Terutamanya tafsiran sesetengah ayat Quran di dalam buku tersebut yang menjadi sangat jelas dengan penemuan teori-teori saintifik. Di sini saya ingin menyebutkan tafsiran ayat-ayat tersebut. Sesetengah yang cuba mengkritik buku tersebut menyatakan bahawa tafsiran ini tidak boleh digunakan ketika berdiskusi dengan Atheist. Apakah respon tuan terhadap kenyataan ini?

 

Ahmed Al Hasan: Semoga Allah mengalukan kamu. Teori Evolusi ini, masih ada orang yang menolaknya kerana sebab-sebab keagamaan dan tiada sebab lain. saya telah menyebutkan beberapa bukti evolusi di dalam buku tersebut kerana saya percaya semua orang berhak untuk tahu kebenaran yang sebenar, mereka yang menolaknya adalah salah dan mereka perlu membaca lebih banyak kerana kini, evolusi tanpa ragu lagi telah menjadi sebuah fakta saintifik, bukti genetik adalah sangat jelas, ia adalah sama seperti video atau pita yang membuktikan manusia dan makhluk lain mempunyai nenek moyang yang sama, samada primat (mawas) atau makhluk lain, kerana seperti yang kamu ketahui, genetik bagi makhluk membawa imej yang sama 100%.

 

Apabila kita suai padankan imej genetik bagi makhluk tertentu, kita mendapati ia adalah nenek moyang kepada chimpanzi dan manusia. Apa yang telah dicapai oleh kajian dan akademia adalah sama seperti apa yang dicapai apabila angkasawan mengambil gambar bumi berputar di angkasa lepas untuk menyelesaikan sama sekali isu bumi mengelilingi matahari atau tidak, bagaimanapun, sesetengah orang enggan mempercayai walaupun ada gambar-gambar ini, para ulama Wahabi, Ibnu Uthaimin contohnya menyatakan matahari mengelilingi bumi, serta siang dan malam terjadi akibatnya.

 

Ibn Baz juga menyebutkan perkara serupa, maka barangsiapa yang tidak mempercayai evolusi adalah sama sahaja dengan ulama Wahabi. Saya berharap kepada sesiapa yang mempercayai evolusi sebagai tidak benar untuk banyakkan membaca. Bukan satu perkara memalukan untuk membetulkan kepercayaan kamu. Apa yang memalukan adalah untuk menolak sains dan ilmu, serta untuk kekal berada dalam kejahilan.

 

Evolusi adalah perkara pasti yang telah dan sedang berlaku, memadailah semua universiti dan pusat kajian menganggap evolusi adalah satu-satunya penerangan untuk kepelbagaian kehidupan di bumi. Berkenaan dengan ayat tersebut, anda tidak menyebutnya, mungkin anda maksudkan firman Allah dalam surah Nuh: " "Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat?" (Nuh:14) dan surah lain yang saya sebutkan dalam buku:  "Dan Allah telah menumbuhkan kamu dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna.." (Nuh 71:17).

 

Ia sangat jelas, Tuhan menciptakan kamu dalam berperingkat, Dia menumbuhkan kamu dari bumi. Jelas Tuhan sedang membicarakan tentang penciptaan manusia, ayat tersebut menyatakan kita adalah benih di bumi ini yang membesar dan membiak. Kita boleh katakan benih ini adalah gene yang tumbuh dan berkembang menghasilkan badan kita, saya percaya ada orang berakal yang dapat mengambil manfaat dari ayat-ayat ini, untuk mengetahui kebenaran agama, namun jika atheist menolak penafsiran ayat-ayat yang jelas ini, maka ia adalah urusan mereka. Saya tidak memaksa mereka untuk menerimanya. Mikrofon milik anda.

 

Atteen Wal Zaitoun:  Era Cambrian mewakili tempoh waktu perkembangan besar, berbanding apa yang datang sebelumnya. Haiwan di dalamnya nampaknya tidak berevolusi dari nenek moyang sebelumnya. Dengan kata lain, kita berhadapan dengan kemunculan mengejut hidupan kompleks yang kita tidak temui nenek moyangnya. Ini bermakna wujud persoalan yang masih tidak dijawab oleh Teori Evolusi, dan wujud jurang dalam rekod fosil yang membuatkan kita tidak pasti apa yang didakwa oleh teori ini. Apa respon tuan?

 

Ahmed Al Hasan: Ya Allah. Semoga Allah mengalukan kamu. Tidak sama sekali. Ini bukanlah satu bantahan atau apa-apa. Kebanyakan yang mengajukan penghujahan Era Cambrian sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang evolusi, Era Cambrian adalah satu era geologikal yang mendahului kemunculan haiwan liar.

 

Benar, era Camria berlanjutan selamat jutaan tahun, yang mana lebih dari cukup untuk ribuan spesis menjadi pupus. Itulah yang terjadi di dalam Era Cambrian, terdapat banyak fosil yang diketahui, menunjukkan betapa kompleksnya hidupan ketika Era Cambrian, yang terjadi begitu pantas berbanding era sebelumnya, namun wujud teori yang menjelaskan kelajuan evolusi secara umum, bukan sahaja dalam tempoh Cambrian. Saya telah membincangkan perkara ini di dalam buku, di bawah peta genetik, fungsinya dan ketidakstabilan kepantasan proses evolusi, atas sebab inilah saya menghujahkan sifat peta genetik yang sentiasa mengikuti aturan.

 

Anda boleh membaca buku ini untuk keterangan lanjut. Kelajuan evolusi adalah tidak stabil, dan bukan sekadar dalam era Cambrian, kadangkala evolusi itu pantas, dan lambat dalam tempoh yang lain, perubahan ini dapat menjadi penjelasan kekurangan rekod fosil dalam rekod geologikal, ini kerana kepantasan evolusi pada waktu tertentu menyukarkan kita untuk mendapati fosil dari tempoh tertentu, kerana ia adalah tempoh yang pendek namun penuh dengan perubahan drastik, ini adalah satu lagi isu yang saya hujahkan di dalam buku ini.

 

Semestinya perubahan kepantasan ini ditadbir secara luas oleh mutasi, apabila evolusi berubah kepantasannya dalam perjalanan evolusi, kelajuannya berubah dalam tempoh peralihan atau tempoh spesiasi / penspesisan, kromosom ditadbir oleh undang-undang yang menentukan kelajuan mutasi, kelajuan mutasi berubah secara keseluruhan dan evolusi bergantung kepada mutasi, mungkin contoh paling tepat di sini bukan era Cambrian, tetapi proses evolusi otak manusia.

 

Penjelasan munasabah untuk kelajuan mutasi dalam tempoh beberapa juta tahun yang lepas adalah, mutasi bersifat mematuhi peraturan, mempunyai matlamat dan tidak sama sekali bersifat rawak. Jika anda mahukan lebih banyak maklumat, maka ia dijelaskan secara detail dalam buku Delusi Atheist. Mikrofon dipulangkan.

 

Atteen Wal Zaitoun: .. Contoh, evolusi bahagian atau organ tertentu, atau adaptasi mereka untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran tertentu. Bagaimanapun ia tidak menunjukkan evolusi berlaku pada skala yang lebih besar, atau menunjukkan pengspesisan, apatah lagi kita tidak melihat ia berlaku sekarang..

 

Ahmed Al Hasan: Tidak tepat. Semua bukti menunjukkan evolusi terjadi. Sebagai contoh, bukti genetik adalah bukti yang mengaitkan antara spesis berbeza, pengspesisan adalah hasil evolusi yang tidak dapat dielakkan, ia hanya perkara berkaitan masa. Kita ada mutasi genetik. Dengan menambah proses pembiakan dan pemilihan semulajadi, maka akan muncul sifat-sifat baru dalam hidupan tersebut, contohnya, ketinggian, saiz dll. Lama-kelamaan, perubahan ini berkembang tanpa menghasilkan apa-apa pembuktian yang lain, dengan masa yang mencukupi untuk sifat-sifat baru ini berkumpul, kita akan mempunyai satu spesis baru, samada spesis baru tersebut berada di dalam atau luar spesis asal hanya bergantung kepada masa. Saya telah tunjukkan dalam buku bahawa sesiapa yang mengatakan evolusi berlaku di dalam satu spesis perlu memberikan bukti. Hidupan boleh menjadi berbeza secara drastik, namun sesetengah orang enggan mengiktiraf perbezaan ini menjadikan hidupan tersebut sebahagian dari spesis yang berbeza. Orang-orang ini perlu membuktikan kepercayaan mereka, mutasi di dalam alam semulajadi mampu menghasilkan spesis baru jika diberikan masa yang mencukupi.

 

 

Atteen Wal Zaitoun: Homosapien hidup ribuan tahun dan mempunyai kewarasan, dan ketamadunan mereka adalah primitif. Namun tiba-tiba, kita melihat bangsa Sumeria dan nenek moyang mereka, serta keajaiban ilmu mereka. Pencapaian tamadun ini tidak dapat dijelaskan melainkan kita mengandaikan suatu elemen tidak material memasuki persamaan ini.

 

Elemen ini adalah elemen agama atau sambungan dengan langit. Ini disokong oleh banyak perkara, termasuk tempoh sejarah yang bersamaan dengan masa kenabian, kawasan yang melihat lonjakan ilmu ini adalah kawasan yang dihuni oleh para Nabi, danm akhir sekali, kandungan keagamaan adalah komponen yang paling penting dalam tamadun Sumeria

 

Di sini, perkara berikut dibangkitkan: Ada isu yang tidak sesuai dengan kepercayaan agama yang paling penting, iaitu monotheisme / tauhid. Tambahan pula, tamadun Sumeria bukan tamadun tunggal di waktu itu. Wujud tamadun lain, seperti India, China dan Mesir.

 

Kewujudan tamadun ini- kecuali jika ia boleh diterangkan dengan cara yang sama dengan tamadun Sumeria- adalah bukti yang kuat bahawa wujud pemeringkatan pada tahap kewarasan, dan wujud permulaan yang kita tidak tahu tentangnya. Akibatnya, perkara ini dijelaskan secara material, dan tiada keperluan untuk mengandaikan wujud campur tangan ketuhanan… Apa pendapat tuan tentang perkara ini?

 

Ahmed Al Hasan: Berkenaan monotheisme dalam maksud mempercayai satu tuhan mutlak yang disembah oleh manusia, tidak boleh dikatakan bahawa bangsa Sumeria tidak mempercayainya bergantung kepada sesetengah teks yang kita ada dari mereka.  Untuk lebih dari satu sebab, teks yang kita ada dapat difahami dari beberapa cara. Kita dapat memahami ketuhanan dan ketuanan dari terbitan tersebut seperti yang saya jelaskan dalam Kitab Tauhid.

 

Jadi, sifat-sifat ketuhanan dapat diberikan kepada manusia dalam maksud tersebut, juga wujud tempoh waktu penyesatan ideologi, jadi teks yang didokumenkan itu mencerminkannya, bukan kepercayaan asli bangsa Sumeria. Berkenaan tamadun lain, Mesir, mereka adalah selepas bangsa Sumeria.

 

Sudah tentu, saya sudah jelaskan bahawa tamadun Sumeria adalah lebih tua dari apa yang kita ketahui, tamadun Sumeria yang awal bergantung kepada penceritaan mulut ke mulut seperti yang kita ketahui dari teks Sumeria, penulisan mereka juga ditenggelami air apabila banjir melanda, bangsa Sumeria sangat mengagungkan nenek moyang mereka yang hidup di kawasan yang kini dikenali sebagai Teluk Arab, mereka berbangga dengan akhlak tinggi nenek moyang mereka, penulisan mereka tentang nenek moyang mereka adalah bukti tentang mereka yang tinggal di teluk tersebut. Saya telah bandingkan mereka dengan homosapien sebelum mereka dari sisi moral, kesusateraan, sains dll.

 

Bangsa Sumeria telah mengalami suatu lonjakan, dan kita dapat katakan dengan yakin bahawa lonjakan ini bermula dari nenek moyang yang disebutkan oleh mereka dan mereka adalah lanjutan dari tamadun yang hilang tersebut. Lonjakan ini menandakan sesuatu yang baru telah menyertai "formula" homosapien, manusia kini mahu menjadi abadi di alam akhirat seperti yang kita baca dalam Epik Gilgamesh.

 

Atteen Wal Zaitoun: ..Tanpa perlu untuk mengandaikan wujud campur tangan ketuhanan secara terus. Dengan kata lain, menurut mereka, Tuhan tidak wujud, atau kita tidak perlu mengandaikan Tuhan wujud. Adakah hasilnya bersifat logik? Adakah kita perlu mengguna pakai sebab balas dan cuba membuktikan wujud jurang dalam sains yang hanya dipenuhi oleh idea campur tangan ketuhanan yang tidak mematuhi peraturan fizikal?

 

Ahmed Al Hasan:  Menerbitkan peraturan yang mengasaskan dunia ini, atau menafsirkan dunia tempat tinggal kita ini menggunakan sains tidak semestinya dilakukan tanpa matlamat, matlamat ini akhirnya akan menunjukkan kepada kita bukti kewujudan Tuhan. Saya telah tunjukkan di dalam buku, bahawa dalam sempadan kehidupan, evolusi mempunyai sebab.

 

Saye telah jelaskan, alam semesta ini secara keseluruhannya, perlu ada Tuhan. Dalam Delusi Atheist, saya telah membuktikan secara tepat bahawa evolusi mempunyai matlamat, maka ia membuktikan kewujudan Tuhan. Saya juga telah menunjukkan point-point lemah ahli teori Atheist seperti Hawking, mereka menggunakan fakta tenaga alam ini adalah kosong, maka ini bermakna tidak perlu mengandaikan wujud perkara lain selain alam semesta ini, iaitu Tuhan, kerana tiada apa yang memasuki alam semesta ini, dan oleh kerana alam semesta ini bermula sebagai peristiwa kuantum,ia tidak memerlukan satu entiti untuk memulakannya, peringkat kuantum bermakna peringkat electron atau quark (partikel subatomik)

 

Apabila kita kembali kepada peringkat kuantum ketika permulaan alam ini, dimensi masa menghilang dan ia menjadi sebuah dimensi masa yang berbeza, yang ditambah kepada tiga dimensi ruang, kerana di waktu permulaan masa tidak wujud, maka bertanya tentang masa sebelum permulaan alam adalah perkara yang tidak bermakna.

 

Hawking juga membayangkan beliau tidak lagi memerlukan soalan "ada apa sebelum alam ini", dengan menjadikan alam ini bersifat berdikari dan ditadbir oleh undang-undang sains, maka tidak memerlukan Tuhan untuk wujud. Beliau mendakwa banyak perkara adalah terhasil dari peristiwa kuantum, yang datang dari dalam alam itu sendiri. Saya mendebatkan perkara ini dan perkara lain yang beliau sebutkan di dalam buku dan membuktikan kewujudan tuhan. Prinsip Ketidakpastian menyatakan bahawa satu partikel kuantum yang tunggal boleh masuk melalui beberapa belahan selama mana tiada pemerhati, namun apabila ada seorang pemerhati, ia bertindak sebagai satu partikel memasuki melalui belahan tunggal.

 

Disebabkan perkara ini, kita boleh mempunyai banyak alam kerana perkara ini, dan alam kita hanya satu dari mereka, dan ia hanya menjadi objek kerana kita memerhatikannya, namun ini menjadikan kewujudan kita sangat penting, kepentingan baru yang kita punyai ini tidak selari dengan teori aliran Atheist. Dengan kata lain, jika tiada manusia berakal, maka tiada alam.

 

Alam ini hanya wujud kerana kita memerhatikannya, ini bermakna bahawa kita, manusia atau entiti berakal, adalah pusat alam ini berputar, berdasarkan teori-teori mereka, persoalan sekarang adalah tentang permulaan alam ini. Ia samada baru, dengan kata lain dicipta oleh sesuatu, atau ia lama, yang telah dibantah di dalam buku. Sebagai tambahan, turun naik kuantum yang sama adalah tidak berasas, Prinsip Ketidakpastian menentukan mereka wujud tanpa mengetahui sumber mereka, namun ini bukanlah bermakna ia langsung tidak berasas, namun mungkin sahaja sumbernya adalah dari alam yang lain.

 

Berkenaan dengan soalan anda, tentang keperluan untuk membuktikan wujud jurang dalam sains yang hanya boleh diisi dengan campur tangan tuhan, saya tidak merasakan kita perlu kepada perkara ini, dan mengatakan tanpa sebab, oleh kerana wujud jurang, kita memerlukan tuhan untuk mengisinya. Tidak semua yang saya persembahkan bermatlamat untuk membuktikan kewujudan Tuhan, sesetengahnya hanyalah untuk menunjukkan fakta pada pembaca agar mereka dapat mencapai jawaban yang tepat.

 

Saya telah buktikan bahawa kewujudan Tuhan adalah perkara yang mutlak. Jika Atheist mahu membantah apa yang saya sebutkan dalam buku, maka mereka sepatutnya pergi kepada apa yang saya sebutkan jelas sebagai bukti kewujudan tuhan, bukan merujuk kepada jurang dalam sains yang saya tekankan dan mendakwa dengan menunjukkan jurang ini, saya mendakwa tuhan wujud kerana kewujudan jurang ini, seseorang hanya akan melakukan perkara ini jika mereka jahil. Mikrofon dipulangkan.

 

Atteen Wal Zaitoun: Sesetengah orang menyebarkan idea dan konsep dari buku Delusi Atheisme dalam syarahan dan temubual mereka tanpa memberikan sumber. Baru-baru ini, sebuah buku telah ditulis yang menanggapi isu altruisme neutral asli sebagai sifat moral yang membezakan manusia, dan tesis biologikal tidak dapat menerangkan perkara ini, menggunakan kata-kata persis seperti Imam Ahmed Al-Hasan. Apakah komen tuan tentang perkara ini?

 

Ahmed Al Hasan: Ya Allah. Semoga Allah mengalukan kamu. Ini kerap berlaku, ini bukanlah pertama kali sesebuah idea dicuri tanpa merujukkan penulis asalnya. Saya bukanlah orang pertama yang menghadapi perkara ini. Perkara yang betul untuk dilakukan adalah untuk para mukmin membongkar orang-orang ini, dan tunjukkan ia bukanlah perbuatan beretika.

 

Atteen Wal Zaitoun: .Imam Ahmed Al Hasan telah menunjukkan, Altruisme Neutral Asli membuktikan sesuatu memasuki formula kemanusiaan. Sesuatu dari luar (seperti roh atau jiwa), jadi ia tidak dapat diterangkan secara biologi. Malah, Imam telah menunjukkan melalui kajian sejarah bahawa kemunculan tingkah laku altruistik ini datang dari agama dan wakil sebenar agama (para Nabi dan Rasul.)

 

Persoalannya adalah: Sesetengah membantah perkara ini dan mengatakan bahawa kemunculan Altruisme adalah satu kebetulan, atau satu produk sampingan evolusi kecerdikan dan mekanisma nya, atau sebuah produk kecacatan dalam kerjasama antara mekanisma. Mereka juga mendakwa ia adalah sifat yang jarang ada malah mungkin tidak wujud di kalangan manusia, kerana manusia tidak mengamalkan altruisma asli, dan sentiasa wujud kepentingan sendiri dalam altruisma mereka. Ini bermakna, sifat ini telah ditentang dan sedang pupus jika masih wujud. Apakah respon tuan bagi perkara ini?

 

Ahmed Al Hasan: Ya Allah. Semoga Allah mengalukan kamu. Altruisma telah diterangkan oleh biologi evolusi, telah mendapat pencerahan secara genetik, dan ia adalah terhadap keluarga, genetik yang menyebabkan altruisma telah ditetapkan oleh pilihan semulajadi, kerana ia adalah altruisma yang memenuhi sifat individu, sementara altruisme neutral asli, ia adalah jenis yang tidak dapat memanfaatkan gene, malah ia merosakkan mereka, terutamanya apabila perbuatan altruistik tersebut mengorbankan nyawa sendiri, jadi ini bukanlah sesuatu yang bermatlamat untuk melindungi gene, selama mana mereka membawa altruisma jenis ini, gene tidak dapat terus hidup dalam alam semualajadi. Berkenaan dengan bantahan bahawa altruisme jenis ini tidak wujud, ini tidak benar, sesetengah orang membahayakan nyawa mereka untuk menyelamatkan nyawa orang lain yang tidak berkaitan, sesetengah dari mereka bukanlah beragama, Media sosial dipenuhi dengan video yang mendokumenkan perkara ini, perkara manusia mengamalkan altruisma asli juga diiktiraf oleh ahli biologi evolusi besar seperti Dawkins, Atheist yang menentang agama. Di dalam bukunya, beliau tidak mempunyai pilihan melainkan untuk membincangkannya. Jika beliau boleh menafikannya, maka beliau pasti berbuat sedemikian, namun beliau tidak dapat. Banyak lagi perincian ada di dalam buku. Mikrofon milik anda.

 

Atteen Wal Zaitoun: Saintis dalam bidang perubatan dan neorologi telah mencapai kesimpulan bahawa sangat berkemungkinan untuk binatang merasai mimpi. Eksperimen dari para pengkaji di Universiti Chicago menunjukkan tikus, kucing, anjing malah burung merasai mimpi dan merasai semula pengalaman harian mereka.

 

Ini membuktikan mimpi bukanlah eksklusif kepada manusia. Boleh dikatakan bahawa ia adalah mekanisma yang dibina oleh gene dalam badan kita, jadi ia mesti adalah manfaat evolusi. Dalam buku Delusi Atheisme, Imam Ahmad Al Hasan menjelaskan bahawa visi terjadi lebih kemudian setelah manusia terpisah dari nenek moyang asalnya, ketika pengutusan Adam (as)

 

Apakah yang dimaksudkan dengan visi yang terjadi? Adakah ia hanya visi yang menceritakan tentang perkara ghaib dan dunia ghaib? Jika ya, bagaimana kita menunjukkan maknanya kepada atheist yang tidak percaya kepada perkara ghaib?

 

Ahmed Al Hasan: Ya Allah. Semoga Allah mengalukan kamu. Saya percaya tiada masalah dengan haiwan lain untuk merasai mimpi. Mimpi mempunyai jenis, dan semua manusia mengetahui dua darinya. Yang pertama ialah mimpi yang menceritakan tentang masa silam anda. Anda akan merasai mimpi tentang perkara yang terjadi pada kamu sebelum ini atau idea yang pernah anda fikirkan, atau hajat, peristiwa yang terjadi di masa silam, dan selagi mana peristiwa ini berlaku di masa silam anda, anda boleh mendapat mimpi tentang peristiwa ini, idea atau hajat.

 

Mimpi-mimpi jenis ini boleh dikongsi oleh haiwan kerana ia adalah cabutan maklumat dari memori, dan kemudiannya menyusun mereka dalam cara tersusun atau tidak tersusun. Manusia dan haiwan, keduanya mempunyai otak yang boleh melakukan perkara ini. Berkenaan mimpi jenis lain, ia mempunyai maklumat dari perkara ghaib, anda melihat sesuatu dari mimpi, dan tidak lama selepas itu, ia menjadi benar, inilah mimpi yang kita bicarakan dan dianggap sebagai bukti kewujudan alam ghaib, penjelasan Freud dan ahli psikologi lain dapat menjelaskan mimpi jenis pertama, tetapi bukan jenis kedua.

 

Sesetengah mimpi jenis kedua tidak mempunyai sebarang kaitan dengan peristiwa hidup pemimpi tersebut atau hajat atau pengalamannya, mimpi jenis ini tidak dapat diterangkan oleh Freud dan ahli psikologi yang lain. Atheist acap kali mencampur adukkan keduanya, atheist mengatakan bahawa peristiwa masa hadapan mempunyai kaitan dengan alam lain, namun kebenarannya, visi masa hadapan mempunyai simbol dan pemimpi tidak dapat memahami simbol-simbol ini sehinggalah peristiwa tersebut berlaku di dunia ini.

 

Mimpi atau visi masa hadapan kekal menjadi bukti yang jelas akan kewujudan Tuhan maha berkuasa. Saya selesai menjawab, insyaAllah, saya berharap jawaban ini jelas dan dapat difahami. Saya mengucapkan terima kasih atas kesabaran anda semua dan kesudian mendengar. Semoga Allah menganjari anda semua dengan ganjaran orang-orang soleh. Saya akan tunggu untuk beberapa minit dan mendengar anda semua. Semoga Allah mengalukan anda dan salam serta rahmat Allah ke atas anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *