Temubual Ahmed Al-Hassan Pada 19 Januari 2016

Official Paltalk

Ahmed Al-Hasan: Ya Allah. Salam dan rahmat Allah serta keberkatan ke atas kamu semua. Saya memohon kepada Allah agar kata-kata saya memberi manfaat dan dapat difahami oleh semua. Kepada mereka di Stesen Radio Savior dari Detroit dan semua pekerjanya, semoga Allah memberi ganjaran dengan kebaikan kerana menjemput saya. Saya berdoa kepada Allah agar membantu kamu dan memberkati amal kamu. Semoga Allah mengalukan anda En. Mustafa dan semoga Allah mengganjari kamu dengan kebaikan. Jika tiada apa-apa lagi, mari kita mulakan dengan rahmat Allah. Mic dipulangkan.

 

Mustafa Yassin: Anda memegang panji ketuanan Allah, dengan kata lain, anda menolak segala bentuk pemerintahan dan kerajaan yang wujud pada hari ini. Namun, anda masih mengguna pakai bentuk undian yang masih sama dalam semua institusi yang dimiliki oleh anda, yang diuruskan oleh individu yang dipilih atau diundi. Bagaimana anda membezakan antara anda dan mereka yang lain, apakah perkara berbeza dalam bentuk anda?

 

Ahmed Al-Hasan: Semoga Allah mengalukan anda dan mengganjari anda dengan kebaikan. Ya, kita percaya bahawa agama samawi membawakan perkara ini. Perkara tentang sistem pemerintahan yang sah, yang diredhai oleh Allah, Allah adalah pemilik segala kerajaan. Pemilik bumi dan segala penduduknya, pemerintahan adalah milikNya. Jika pemerintahan itu perlu dipindahkan kepada orang yang lain, maka Allah perlu melantik orang tersebut.

 

Sesiapa yang melantik dirinya sendiri atau orang yang lain, maka dia telah merampas pentadbiran Allah tanpa kebenaranNya. Kita dapati, kaedah Allah adalah Dia melantik manusia di masa lalu, contohnya Muhammad SAW dilantik oleh Allah, dan Allah sudah pasti tidak akan meninggalkan manusia tanpa pemimpin selepas kematian Muhammad SAW.

 

Allah berfirman 'kamu hanya pemberi amaran dan untuk setiap kaum ada pemberi petunjuk'. Kepada mereka yang menyanggahi kaedah Allah selepas kematian Muhammad SAW, mereka perlu memberikan bukti mengapa kaedah Allah ini berubah selepas kematian Muhammad. Ringkasnya inilah yang kami katakan, dan inilah yang selari dengan akal yang logik.

 

Di dalam Islam, ini adalah kepercayaan keturunan Muhammad (ke atas mereka salam). Mereka mengatakan kepimpinan itu milik Allah dan sesiapa yang dilantik Allah. Sesiapa yang mengambil pemerintahan ini tanpa kebenaran Allah adalah seorang perampas dan pembunuh.

 

Al-Quran menyebutkan Daud AS sebagai seorang khalifah yang dilantik Allah, dan Muhammad juga semestinya begitu. Perlantikan dari langit ini disebutkan di dalam Taurat atau Perjanjian Lama. Malah perkara ini juga didokumenkan di dalam tablet tanah liat nenek moyang kita di Sumer. Saya telah jelaskan isu ini di dalam Wahmul Ilhad. Dengan semua sejarah ini, tiada siapa yang dapat menafikan ketuanan Allah, kecuali atas dasar kejahilan dan kedegilan.

 

Apa yang kita ketahui tentang agama Nuh dan Ibrahim dari tablet tanah Sumeria, dari Taurat, dari Injil, dari Quran, semuanya memberikan bukti untuk perkara ini. Jelas ia adalah satu kaedah ketuhanan yang telah tertegak. Kepercayaan Sunni bercanggahan dengan perkara ini. Sunni mempercayai bahawa pemerintahan adalah untuk semua orang, dan mereka tidak mempunyai bukti bagi perkara ini. Barangsiapa yang mempercayai bahawa kaedah Allah berkenaan pemerintahan telah berubah selepas kematian Muhammad perlu memberikan bukti yang kuat untuk perkara ini. Bukti bahawa kaedah Allah sejak awal sehingga Muhammad telah berubah secara tiba-tiba.

 

Saya juga mahu menyebutkan sebuah perkara penting. Sesetengah orang membayangkan bahawa pemerintahan itu bermaksud membina sekolah atau buat jalan. Ini adalah tidak benar. Pemerintahan sangat terkait dengan isu yang serius, seperti hidup mati orang lain. Setiap pemerintahan mempunyai sistem kepolisan dan ketenteraan dll. Mereka adalah mesin pembunuh di dalam negara itu sendiri. Apabila kita bercakap tentang pemerintahan, kita sedang bercakap tentang bagaimana nyawa manusia harus diuruskan. Ini adalah isu yang tidak boleh diabaikan dan sangat penting.

 

Sekarang kita kembali kepada soalan anda tentang sistem undian / pilihanraya. Undian sebagai satu mekanisma bagi memilih seseorang sebagai jurucakap atau pengurus dll, tiada masalah tentangnya. Tiada masalah dengan kewujudan pilihanraya di bawah pemerintahan Allah, dengan kata lain, asalkan pemerintah yang utama itu adalah dilantik oleh Allah.

 

Masalahnya adalah apabila manusia memilih atau mengundi pemimpin mutlak, yakni orang yang menguruskan hidup dan mati manusia. Inilah yang terjadi di Iraq. Para ulama telah menjadikan perkara ini sah, dan membuatkan Shiah Muhammad membayangkan bahawa perkara ini adalah sah, mereka menanggung tanggungjawab semua manusia yang dibunuh tanpa keadilan.

 

 

Walaubagaimanapun, saya teringat apabila para ulama Najaf menyeru penduduk Iraq untuk mengundi bagi Perlembagaannya. Dan kemudiannya pilihanraya yang telah menyebabkan kesengsaraan yang dialami sekarang, serta kemusnahan Iraq pada hari ini. Apabila ini terjadi, saya mengarahkan para mukmin untuk menjauhkan diri darinya dan saya telah menunjukkan bahawa ini adalah satu penipuan. Akhirnya si fulan berkuasa dan membunuh ramai orang. Sekarang, kita terpaksa hidup dalam suasana yang diakibatkan dari perkara ini.

 

Apabila ia terjadi, saya teringat pada suatu hari seorang agamawan berbicara dengan saya. Beliau membangkang apa yang saya sebutkan. Beliau berkata: Mengapa kamu membangkang kami dan seruan kami untuk mengundi dalam pilihanraya? Mengapa kamu tidak menentang pilihanraya di Iran? Bukankah anda sedang kontradik dengan diri anda sendiri?

 

Beliau menyangka saya melakukan sesuatu yang bercanggah. Saya berkata, kamu sedang menyeru manusia untuk mengundi pemimpin mutlak yang menguasai nyawa manusia. Sementara di Iran, mereka mengatakan wujud pemerintahan untuk faqih, yang mewakili pemerintahan Allah. Jadi perbincangan dengan mereka adalah berbeza sama sekali.

 

Perbincangan dengan mereka adalah bagaimana wilayah faqih itu mewakili Allah, dan samada wujud atau tidak bukti untuknya. Hakikatnya, tiada bukti bagi kepercayaan mereka.

 

Anda boleh mendengar tesis saya online tentang sebab utama yang membuatkan saya menumpukan pada kejadian di Iraq. Ia adalah kerana Shiah Ahlulbait telah sesat dan menyesatkan. Sesetengah ulama ini malah mengatakan penyertaan wanita dalam pilihanraya ini adalah seperti penyertaan Zainab dalam pertempuran Al-Hussain, betapa mengarutnya mereka.

 

Saya tidak menumpukan kepada sistem yang lain kerana sistem yang lain adalah bankrup. Ia tidak mempunyai landasan agama mahupun moral. Mereka hanyalah geng-geng yang menindas manusia. Mereka memanggil diri mereka sebagai raja sekian atau presiden sekian.

 

 

Saya rasa tiada lagi keperluan untuk diskusi di sini. Saya fikir, apa yang telah saya sebutkan telah mengkhabarkan kepada manusia tentang ideologi kita berkenaan pemerintahan / kepimpinan. Maaf jika saya mengambil masa terlalu lama. Namun ia sangat penting untuk bercakap tentangnya ketika ini. Semoga Allah mengganjari anda dengan kebaikan En. Mustafa. Mic dikembalikan.

 

Mustafa Yassin: Soalan 2: Seruan Yamani yang diberkati ini sentiasa dituduh menyebabkan perpecahan antara agama dan membongkar secara mendalam berkenaan ideologi kumpulan tertentu. Demi menafikan pembongkaran ini, musuh anda terpaksa mengambil pendirian untuk tidak bersetuju dalam segala hal, menentang anda dengan segala cara. Bagaimana anda dapat terus selamat dan bertahan di bawah tekanan kumpulan yang mempunyai segalanya termasuk kuasa, wang, media massa, pengikut dan ketenteraan?

 

 

Ahmed Al-Hassan: Semoga Allah mengalukan anda. Ya Allah. Seruan Al-Yamani tidak mendiskriminasi sesiapa. Ia adalah seruan untuk bersatu di atas kebenaran. Ia adalah seruan dengan hikmah. Kita tidak bermusuh dengan sesiapa. Apa yang kami bentangkan adalah perbincangan ilmiah. Dan kami menerangkan kebatilan kepercayaan yang lain melalui sumber mereka sendiri.

 

Berkenaan dengan bersatunya manusia untuk menentang kami walaupun perselisihan dikalangan mereka, perkara ini telah terjadi sebelumnya pada Muhammad dan Isa (as). Pemerintah dan Yahudi bersatu untuk cuba dan membunuh Isa (as). Inilah hakikat jalan ketuhanan, bahawa manusia akan bersatu menentang Ahli Kebenaran. Sebabnya adalah kerana mereka takut kehilangan pengikut mereka kerana bukti kebenaran terlalu kuat. Kebencian mereka adalah disebabkan mereka cuba untuk melambatkan atau menghalang struktur kebatilan mereka dari  jatuh berkecai.

 

 

Berkenaan dengan bagaimana saya dapat bertahan, ini adalah keajaiban yang saya hidupi setiap hari. Hidup saya dan cara hidup saya adalah di tangan Allah. Jika saya sendiri yang memilih jalan ini, sudah pasti saya akan musnah dan gagal, gagal di dunia malah mungkin di akhirat. Namun, bantuan Allah pada saya adalah dengan Dia membawa saya pada kebaikan. Dia menutup satu pintu dan membuka pintu yang lain. Setelah itu, saya mendapat tahu bahawa Dia membuka pinta kebaikan dan menutup pintu bahaya. Saya tidak melakukan apa-apa yang melayakkan saya mendapat penjagaan Illahi. Ia adalah rahmat pada saya. Dia mendokong saya untuk mengakui dan mengiktiraf kejahilan dan ketidakmampuan saya. Inilah yang terjadi dan masih terjadi kepada saya dan mukmin yang ikhlas. Inilah yang menguatkan kami sehingga ke nafas terakhir. Bersyukur kepada Allah atas rahmatnya pada kami. Dan kami memohon agar Dia memberikan lebih banyak rahmatnya.Segala puji bagi Allah. Mic dikembalikan.

 

 

Mustafa Yassin: Soalan 3: Anda mendakwa mengikuti suatu kepercayaan agama, dan kewajiban anda adalah menyampaikannya dan menjemput manusia kepadanya. Bagaimanapun anda mengamalkan suatu amalan kritikal yang memusnahkan asas keagamaan mana-mana agama atau kumpulan, dan anda mendakwa bahawa agama mereka adalah batil. Bagaimana anda dapat menyeru para pengikut kumpulan tersebut sedangkan anda memprovok mereka dengan pemikiran yang kritikal?

 

Ahmed Al-Hassan: Ya Allah. Semoga Allah mengalukan anda.  Seruan ini mewakili agama Illahi sebenar seperti yang kita percayainya. Agama ini mempunyai sebuah perjalanan yang panjang, dan wujud manusia hari ini yang terdiri dari perjalanan panjang ini, secara langsung atau tidak, Muslim atau dari agama lain. Jadi apa yang kami persembahkan pastinya akan bertembung dengan apa yang mereka persembahkan. Kita tidak boleh mendiamkan diri. Kita wajib menerangkan seruan kebenaran. Manusia itu dilahirkan bebas, mereka mempunyai pilihan untuk memilih. Tiada siapa mengatakan kita harus mengikuti kepercayaan ibu bapa kita, malah mereka perlu melakukan kajian mereka sendiri. Setiap orang tidur berseorangan dalam kubur mereka. Mereka akan dipertanggungjawabkan dengan perbuatan diri mereka sahaja. Mereka yang lain mempunyai ideologi agama untuk dipersembahkan, dan manusia mempunyai hak untuk mendengar semua orang dan mencapai kebenaran tanpa penipuan atau pemalsuan. Saya menyeru semua orang untuk tidak tunduk pada mana-mana kuasa, agama atau bukan agama, yang menyeru agar dibekukan akal dan mengikut buta. Jangan tunduk kepada manusia yang lain. Carilah sendiri. Temui kebenaran dengan sendiri. Semoga Allah mengalukan anda. Mic dikembalikan.

 

Mostafa Yassin: Soalan 4: Apakah kaedah yang anda gunakan dan apakah arahan yang diberikan oleh anda kepada Ansar seluruh dunia berkenaan kerajaan dan kepercayaan agama? Bagaimana anda mengimbangkan antara kepercayaan agama anda dan sebagai Ansar yang menjadi warganegara di pelbagai negara? Walaupun kami tahu betapa anda menumpukan kepada disiplin dan pematuhan peraturan sesebuah negara, serta keamanan mesej ini, walaupun dihadapi dengan ekstremisme dan bahasa politikal yang keras?

 

Important Ahmed Al-Hassan: Ya Allah. Semoga Allah mengalukan anda. Kita menyeru manusia dengan hikmah dan nasihat yang baik, seperti yang diperintahkan oleh Allah di dalam Quran, dan seperti bapa-bapa kami, para Imam yang soleh sebelum kita. Sesiapa yang mahu mendengar, bolehlah berbuat demikian, dan sesiapa yang mahu memilih jalan yang lain juga boleh berbuat demikian, kita mempunyai jalan kita sendiri. Inilah peraturan umum kita dalam menanggani mereka yang tidak bersetuju dengan kita. Samada kita sedang menyeru mereka kepada kebenaran atau berurusan dengan mereka dalam urusan seharian kita.

 

Important Berkenaan dengan undang-undang dan pematuhannya, ia bergantung kepada jenis undang-undang tersebut. Secara umumnya, undang-undang yang menguruskan kehidupan manusia, setiap orang yang waras perlu mematuhinya. Contohnya, undang-undang trafik di Iraq. Saya mengatakan pada kaum Mukmin, selagi tiada keperluan untuk memandu melebihi had laju, maka jangan melakukannya. Ia tidak okay, kerana ia membunuh dan membahayakan orang lain di jalanan. Tiada kompromi berkaitan hak asasi manusia.

 

Berkenaan dengan sistem pemerintahan, dan pendapat ideologi kita berkenaannya, ia bukanlah bermakna kita ingin memerangi semua orang. Atau kita ingin memaksa orang lain untuk mengikuti jalan kita. Tidak sama sekali. Kami mengatakan pemerintahan itu milik Allah, dan pemerintah yang utama dan mutlak tidak boleh dilantik oleh manusia. Di dalam Perjanjian Lama, para raja dan pemerintah dilantik oleh Tuhan. Ini disahkan oleh Injil. Para raja kerajaan Kristian di Eropah dahulunya hanya mewarisi pemerintahan apabila diberikan oleh pihak Gereja atau Pope. Kerana pada mereka, Gereja mewakili Tuhan.

 

Bukan kami sahaja yang membangkitkan isu ini. Ia sebenarnya adalah asas setiap agama Illahi. Imam Al Sadiq menyebutkan bahawa asal setiap agama itu adalah pada orangnya. Barangsiapa mengenal orangnya akan mengenal Allah. Barangsiapa yang menafikannya telah menafikan Allah. Riwayat ini wujud dalam kitab-kitab lama. Kepercayaan ini bukanlah bermakna kita melancarkan peperangan dengan kerajaan yang lain. Kita hanya menyeru manusia untuk menerima seruan Tuhan.

 

 

Malangnya, walaupun kita menyeru manusia dengan kebaikan, sesetengah kerajaan yang agresif berasa takut rakyat akan mengetahui kebenaran, oleh itu, mereka menghadapi kaum mukminin dengan cara paling kejam. Ramai mukminin yang ditahan dan dicederakan hanya kerana ideologi mereka. Para Imam dan Shiah mereka menderita atas sebab ini seumur hidup mereka. Kami bersyukur kepada Allah kerana membenarkan kita mengikuti jalan mereka dan membenarkan kita merasai apa yang dirasai oleh orang-orang yang diberkati tersebut. Ia adalah rahmat dari Allah apabila kita dipenjarakan atas sebab yang sama dengan Imam Musa bin Jaafar, dan kita lihat apa yang dilalui oleh beliau. Tidak banyak yang berubah, melainkan nama dan wajah, itu sahaja. Seruan Allah yang sebenar menyebabkan Musa Bin Jaafar dipenjarakan seumur hidupnya, dan sebab ini jugalah yang membuatkan kami dan kaum mukminin dipenjarakan. Mic dipulangkan.

 

 

Mostafa Yassin: Soalan 5: Musuh-musuh anda sering menuduh anda berkenaan pembiayaan seruan ini, dan bagaimana seruan ini tersebar seluruh dunia, walaupun seruan ini berasal dan bermula di Iraq sahaja. Bagaimana anda menerangkan kepada mereka yang tidak biasa dengan seruan ini serta kepada mereka yang menentangnya?

 

 

Ahmed Al-Hassan: Ya Allah. Semoga Allah mengalukan anda wahai Mostafa. Aluan kepada semua. Musuh yang tidak bermaruah memfitnah kita di kiri dan kanan. Sesiapa yang mengulangi tuduhan ini adalah pendusta dan tidak mempunyai bukti. Bukti kewangan kita bukanlah tersebunyi. Semua orang tahu dari mana datangnya wang tersebut. Pengurusan seruan ini datang dari sumbangan Ansar dan dari Khums, dan wang ini membiayai institusi pengajian, saluran media, badan pendidikan, rumah anak yatim serta badan amal, dan tabung ini sentiasa kekurangan dana. Baru sebentar tadi, penyelia saluran TV mengatakan bahawa mereka telah meminjam wang untuk membayar bil saluran walaupun saluran mereka adalah sederhana dan tidak memerlukan banyak pembiayaan. Mic dikembalikan.

 

Mostafa Yassin: Soalan 6: Perkara yang menakjubkan tentang dakwah ini adalah wujudnya mukmin yang datang dari pelbagai agama dan kumpulan, bagaimana anda meyakinkan mereka untuk percaya, apakah bukti yang anda persembahkan, dan apakah kaedah dalam berurusan dengan mereka yang datang dari agama yang lain, atau mereka yang memerangi seruan ini?

 

 

Ahmed Al-Hassan: Semoga Allah mengalukan anda. Apa yang kami persembahkan dalam seruan Illahi ini adalah bukti yang ditujukan kepada semua agama dan ajaran dari sumber mereka sendiri. Semestinya ramai orang yang akan mengikuti bukti apabila dipersembahkan. Sesiapa yang mahu melihat bukti seruan yang dirahmati ini, semuanya berada dalam kitab-kitab. Berkenaan cara berurusan dengan penentang, saya telah sebutkan banyak kali bahawa kita akan berurusan dengan kasih sayang dan rahmat pada mereka, saya telah menasihatkan banyak kali kepada kaum mukmin.

 

Mostafa Yassin: Soalan 7: Terdapat persoalan tentang penubuhan Saraya Al-Qaim untuk menentang ISIS dan pengikut mereka yang memerlukan penglibatan kuat kumpulan politik Iraq malah dari bidang ketenteraan. Soalan pertama: Apakah sebab bagi anjakan besar dari jalan seruan sebelum ini? Kedua: Bagaimana anda menjustifikasikan perselisihan anda dengan pihak pemerintah di Iraq dan memerangi korupsi di Iraq sedangkan anda mengambil bahagian memerangi ISIS bersama kerajaan?

 

Ahmed Al-Hassan: Ya Allah. Semoga Allah mengalukan anda. Sebelum menjawab soalan ini, saya mahu semua orang tahu tentang mempertahankan diri. Mempertahankan diri adalah dibenarkan walaupun bersama seorang kafir yang tidak mempercayai Tuhan. Jadi, jika ada seseorang tinggal di sebuah negara yang mana penduduknya adalah atheist dan tidak mempercayai Tuhan, dan negara tersebut diserang oleh orang yang mahu membunuh semua orang, orang mukmin mempunyai hak untuk bergabung tenaga dengan mereka yang lain untuk mempertahankan negara tersebut dari serangan. Malah kaum mukminin diberi ganjaran kerana berbuat demikian. Tiada perubahan atau anjakan dalam jalan seruan.

 

Saya telah menyeru untuk menentang Wahabi sejak mereka memusnahkan makam Imam di Samarra, Iraq. Jika manusia mendengar apa yang saya cakapkan di waktu itu, mereka tentu dapat mengelakkan banyak tragedi berdarah sejak itu.Ini adalah perkara lama, bukan baru. Begitu juga dengan isu pembentukan Saraya Al Qaim sejak bandar-bandar di Iraq telah dirampas oleh Gerakan Wahabi Salafi, Daesh. Saya mengarahkan kaum mukminin untuk membentuk satu briged untuk mempertahankan Makam Imam, namun sesetengah orang kuat tidak membenarkannya, jadi Ansar mengelakkan pertembungan. Membentuk briged di waktu tersebut akan menyebabkan orang-irang ini untuk menyakiti Ansar dan ini akan memberi manfaat kepada Daesh. Jadi di waktu itu, mukminin tidak membentuk apa-apa briged, namun tidak lama selepas itu, kota Ramadi pula dirampas oleh Daesh dan kejadian ini telah melanggar batas kesabaran. Tiada lagi ruang untuk diam atau menunggu. Kota kita di mana terletaknya tempat-tempat suci telah berada dalam ancaman terus. Jadi kaum mukminin bertahan terhadap ancaman dari orang-orang besar di Iraq dan meneruskan penubuhan briged ini.

 

Wujud Ansar yang ditahan di sesetengah kota namun keadaan sudah pun baik sekarang. Kita mengatakan di waktu itu bahawa kita tiada pilihan melainkan dengan menubuh briged ini kerana kota kita berada dalam bahaya, dan kami tidak mempunyai motif lain melainkan untuk menentang serangan Wahabi di negara kita, yang tidak mahukan apa-apa kecuali untuk membunuh kita dan mengambil kota dan tempat suci kita, maka kita tidak mempunyai pilihan melainkan untuk mempertahankan diri, kerana ia adalah hak kita.

 

Berkenaan dengan kerjasama antara briged kita dan kerajaan, tiada kerjasama buat masa ini kerana ditolak oleh kerajaan. Ini mungkin kerana bagi kerajaan, menentang Daiesh adalah satu perkara komersial yang memberi manfaat kepada mereka dan penyertaan kita menyaki hati mereka. Apa yang kita lakukan adalah menubuhkan Briged dan melatih mukminin agar mereka bersedia untuk mempertahankan tanah dan kota jika diperlukan.

 

Berkenaan dengan perselisihan kami dengan kerajaan Iraq, saya telah menerangkan sebabnya. Oleh kerana perselisihan ini, kerajaan pusat dan tempatan cuba untuk menamatkan segala aktiviti seruan kerana ia membahayakan kepentingan duniawi mereka, tambahan pula begitu ramai manusia menyertai seruan ini. Mereka menutup masjid kita di Karbala. Mereka melakukan perkara serupa seperti yang dilakukan oleh Saddam dan parti Ba'ath, cuma sekarang nama mereka berbeza.

 

 

 

Menyakiti dan menindas manusia lain adalah agama mereka. Mereka menyebarkan kebencian dengan sifat gasar mereka, namun begitu, walaupun ditindas dengan penindasan yang nyata, kita masih mengatakan bahawa kami bukan sebuah parti politik yang bersaing dengan mereka untuk mendapatkan kekayaan negara. Kami mempunyai ideologi agama untuk dipersembahkan. Kami tidak merasakan kami berada dalam status perang dengan kerajaan Iraq, jadi tiada sebab untuk menghalang kami dari berkerja sama dengan mereka untuk mempertahankan Iraq. Ini adalah perkara yang berbeza secara keseluruhannya. Adalah sangat tidak bermoral dan beragama jika meninggalkan perkara ini.

 

Semoga Allah mengganjari anda semua dengan kebaikan atas kesabaran dan setia mendengar. Saya memohon kepada Allah untuk mendokong anda dan memberikan anda kebaikan di dunia dan akhirat. Dia adalah pendokong saya dan Dia mendokong mereka yang soleh. Terima kasih wahai Mostafa. Salam saya pada anda dan semua staf Saluran Savior di Detroit. Saya memohon kepada Allah untuk mendokong anda dan memudahkan urusan anda. Terima kasih, salam dan rahmat Allah atas anda semua.

Sheikh Mufid: Nabi Ingin Menulis Wasiat

mufeed1 mufeed2

Antara percubaan naif kaum Shiah dalam percubaan daif mereka untuk membatalkan hadis wasiat Nabi Muhammad (saw) adalah dengan membatalkan terjadinya peristiwa hari Khamis dengan alasan riwayat tersebut hanya diriwayatkan dalam Kitab Sunni sahaja. Malang sekali, kami Ansar Imam Al Mahdi mempunyai berbagai cara untuk membatalkan hujah mereka tanpa mereka mampu menjawab satu pun dari pendalilan kami. Salah satunya adalah pendapat Sheikh Mufid tentang peristiwa ini. Beliau berkata:

"Riwayat tunggal yang dipersetujui oleh Sunni dan Shiah adalah kenyataan bahawa Nabi SAW bersabda ketika di akhir hayat baginda: "Bawakan aku pena dan kertas agar aku tuliskan pada kamu perkara yang mana kamu tidak akan sesat selepasnya." dan Umar berkata: "Orang ini sudah nyanyuk!"

Sumber: Awail Al-Maqalat, hal. 409

Dengan itu, dipersetujui oleh ulama kaum Shiah bahawa terjadi peristiwa ini.

 

 

Temubual Isu Aliran Atheist Bersama Sayed Ahmed Al-Hasan

atheism

 

Ahmed Al Hasan: Dengan nama Allah. Salam dan rahmat Allah ke atas kamu semua. Kepada Allah kita berserah, dan saya sedang mendengar kepada soalan-soalan kamu, insyaAllah. Semoga Allah menganjari kalian dengan kebaikan. Kepercayaan kepada kewujudan Tuhan atau ketidak wujudannya, keduanya memerlukan bukti dan kedua kumpulan perlu membuktikan kepercayaan mereka, samada percaya atau tidak percaya kepada Tuhan. Namun jika seseorang itu mengatakan bahawa beliau tidak tahu samada Tuhan wujud atau tidak, orang ini tidak perlu membuktikan apa-apa kerana mereka mengakui kejahilan mereka. Di masa yang lepas, aliran Atheist adalah  "aku tidak tahu". Ia bukanlah aliran Atheist yang bersifat saintifik, perkara ini berbeza hari ini apabila kita menghadapi Atheisme Saintifik dengan ketepatan yang tinggi. Mereka mempunyai jawaban yang dianggap memuaskan, jadi mereka tidak perlu untuk membuktikan kewujudan Tuhan dengan wujudnya jawaban-jawaban yang menyimpulkan tiada keperluan untuk kewujudan Tuhan bagi mereka. Biologi Evolusi telahmemberikan jawaban saintifik yang tepat – terutamanya dengan pembangunan ilmu genetik. Berkenaan persoalan dari mana alam fizikal ini terjadi, sudah ada jawaban dari ilmu-ilmu fizik. Einstein berkata "Tuhan tidak bermain dengan dadu", namun kita dapati sekarang telah terbukti bahawa beliau telah salah.

 

Prinsip ketidakpastian (uncertainty principle) menyatakan bahawa ruang kosong tidak boleh kosong dari perubahan kuantum, jadi ruang kosong sentiasa menghasilkan partikel dari tiada dan ini sudah mencukupi bagi athiest untuk mengatakan tiada keperluan bagi Tuhan kerana alam ini muncul dari peristiwa kuantum dan wujud dari tiada, mereka mengatakan ini adalah ancaman paling berbahaya yang dihadapi oleh agama pada hari ini. Stephen Hawking dan Stephen Weinberg serta ramai lagi ahli fizik menyokong perkara ini, mereka mengatakan jumlah keseluruhan tenaga di alam ini adalah kosong, dengan kata lain, tiada apa yang memasuki alam ini dari luar. Mereka mempunyai banyak kebarangkalian untuk kemunculan alam ini, dan salah satu contoh adalah Teori M.

 

Menurut mereka, mereka mempunyai jawaban fizikal untuk menerangkan dari mana alam ini muncul tanpa keperluan kepada Tuhan. Para pendengar tentu tahu bahawa membuktikan kewujudan Tuhan sebelum ini adalah dengan membuktikan "sebab" kewujudan alam, atheist yang saintifik seperti Richard Dawkins atau Stephen Hawking mahu menyatakan bahawa sains dipenuhi dengan maklumat dan ia menjawab semua soalan-soalan besar ini, tiada lagi ruang untuk meletakkan Tuhan sebagai sebab bagi apa sahaja.

 

Anggapan agama traditional adalah Tuhan mencipta patung tanah dan menjadikan ia manusia bernama Adam, ini bertentangan dengan fakta saintifik standard yang menyatakan Homo Sapiens adalah hasil dari ratusan ribu tahun evolusi, manusia adalah produk evolusi dari organisma sel tunggal dan umat manusia sekarang hanya berusia lebih kurang 200,000 tahun, fakta saintifik bermakna kita harus menjelaskan kebenaran tentang kewujudan Tuhan. Atheist dengan mudahnya dapat membuktikan evolusi sebuah fakta yang tidak dapat diragukan. Saya percaya debat dengan aliran Atheist memerlukan campur tangan ketuhanan, maka itulah sebab penyertaan saya dalam perdebatan ini. Saya masih belum menjumpai apa-apa respons dari Atheist terhadap apa yang saya hujahkan di dalam buku ini tentang kewujudan Tuhan, dan pembuktian dari Teori yang sama mereka percayai.

 

Atteen Wal Zaitoun: Apakah sebabnya yang tuan percayai sebagai sebab tersebarnya aliran atheist di pelbagai komuniti sejak akhir-akhir ini, terutamanya di dalam komuniti Arab, dan apakah cara terbaik untuk menghadapi aliran ini dan pengikutnya? Serta menyelamatkan mereka yang tertipu dari aliran ini?

 

Ahmed Al Hasan: Semoga Allah menerima kamu. Saya percaya bahawa rasa ingin tahu atau pencarian jawaban yang meyakinkan adalah semestinya sebab utama mengapa mana-mana budaya dan kepercayaan tersebar di dalam sesebuah komuniti. Umat manusia mencapai tahap ilmu dan sains pada hari ini adalah disebabkan rasa ingin tahu.

 

Manusia adalah makhluk yang mempunyai rasa ingin tahu, yang ingin mengetahui semuanya dan akan mencari jawaban jika ia tidak meyakinkan, manusia akan meneruskan pencarian jika agama atau para ulamanya tidak memberikan jawaban yang tepat, ramai orang mencari jawaban di tempat lain hari ini, sains fundamental seperti kimia, biologi dan matematik telah membawa kemajuan yang besar, jadi ia mendapat keyakinan ramai orang, dan dengan wujudnya internet dan akademia telah memudahkan perolehan maklumat dan mencapai kebenaran.

 

Ringkasnya, kita dapat katakan bahawa sebab utama kemenangan aliran Atheist adalah ketidak mampuan para agamawan untuk memberikan jawaban, jawaban tentang kemunculan alam semesta dan kepercayaan para agamawan ini bahawa teori saintifik bercanggahan dengan agama. Sesetengah agamawan menentang teori-teori saintifik ini dengan cara yang menyedihkan dan memalukan, sesetengah mereka cuba menafikan ilmu genetik dengan penghujahan yang buruk, sesiapa pun akan berasa kasihan kepada mereka yang menghadapi sains dengan kaedah ini dan para pemerhati akan berpaling dari agama kerana metode para agamawan ini, isu ini termasuk semua orang.

 

Sunni yang berbahasa Arab secara khususnya, mereka mempunyai sebab tambahan (memilih aliran atheist) iaitu jenayah yang dilakukan oleh kaum Salafi, agama mereka adalah berdasarkan membunuh penentang mereka pada bila-bila masa mereka mampu (salafi), mereka telah mempunyai peluang untuk membunuh sejak akhir-akhir ini, hanya sahaja, kini ia dilakukan di hadapan media dan mereka mengatakan ia sebahagian dari Islam Sunni dan ia adalah kaedah para pemimpin mereka. Abu Bakr membakar manusia dan mereka mengikuti perbuatannya, ini menjadikan manusia berpaling dari perbuatan ini dan sesetangah Sunni terkejut dengan perkara ini, jadi mereka berpaling kepada arah yang lain, ke arah aliran Atheist, mereka mula menuduh Nabi melakukan jenayah ini.

 

Berkenaan cara menghadapi aliran atheist, ia adalah perkara intelektual dan saintifik, ini harus diberi perhatian dalam konfrontasi disamping membetulkan kesalahan dan tidak membiarkan kesalahan itu. Apa yang salah bagi manusia adalah terus merasa bangga untuk melepaskan sebuah metod yang penuh dengan kesalahan. Mereka yang memalukan agama ini dengan melakukan jenayah di atas namanya, penyelesaiannya adalah dengan menunjukkan agama ini berlepas tangan dari mereka, tindakan mereka, serta menjelaskan kebenaran teks keagamaan yang mereka gunakan untuk menjustifikasikan tindakan mereka. Terorisme hari ini mempunyai agama dan ideologi, dan ia adalah agama Wahabi Salafi, dan ia berasal dari Arab Saudi. Kita dapat katakan bahawa setiap Wahabi Salafi adalah samada pengganas atau dalam perjalanan menjadi pengganas, mereka tidak boleh tidak menghiraukan perkara ini atau melarikan diri darinya.

 

Ideologi Abdul Wahab adalah berasaskan memerangi sesiapa sahaja yang bercanggahan, kamu boleh membaca tentang perkara ini dalam dokumentasi ahli sejarah tentang sejarah awal Arab Saudi. Abdul Wahab mengatakan bahawa majoriti Sunni adalah Musyrik kerana menziarahi perkuburan Abu Hanifah dan lain-lain. Orang ramai perlu mengisytiharkan diri mereka berlepas diri dari agama Wahabi Salafi dan mereka perlu menunjukkan kebatilan dan kesalahan agama tersebut. Perlu ada sebuah kempen yang teratur untuk membongkar agama Wahabi Salafi agar manusia tidak mencampurkan ia dengan Islam, dan mereka perlu tahu bahawa Wahabi Salafi adalah berasaskan membunuh orang lain, sementara Islam sebenar adalah yang diwakili oleh keturunan Muhammad SAW yang merupakan pewaris Nabi Islam.

 

Atteen Wal Zaitoun:  …Dan setelah sains memenuhi kelompongan ini, Tuhan yang terikat dengan mereka akan hilang. Adakah kita akan mengikuti kaedah yang serupa jika kita ingin membuktikan kewujudan sebuah entiti yang tidak material dengan membuktikan kewujudan altruisme yang asli dan neutral yang tidak mempunyai sebarang penjelasan material?

 

Ahmed Al Hasan: Berkenaan dengan Teori Kemunculan, matlamat saya di dalam buku ini, ketika membincangkan secara terperinci teori kemunculan, bukanlah untuk menolak kebarangkalian kemunculan. Matlamat saya adalah untuk menunjukkan tiada teori integral dari awal lagi, apabila saya memberi respons kepada kepercayaan Richard Dawkin dalam bukunya, The Blind Watchmaker, saya memberi respons menggunakan pengiraan matematikal, tujuan saya dari perdebatan ini bukan untuk menolak idea bahawa kehidupan boleh terbentuk dengan kewujudan masa dan material yang diperlukan, saya tidak menggunakan ketiadaan sebuah teori yang integral sebagai bukti untuk membuktikan kewujudan Tuhan, saya katakan bahawa ketidakmampuan untuk memberikan sebuah teori yang integral membuka pelbagai pintu kemungkinan, jika mereka membaca kata-kata saya dan menyangka ia adalah bukti saya untuk kewujudan Tuhan, maka mereka telah salah. Buktinya adalah evolusi mempunyai matlamat, dan saya telah memperincikan buktinya di dalam buku, saya telah menunjukkan bagaimana evolusi mempunyai matlamat untuk mencipta sebuah mesin dengan kepintaran terhebat dan mesin ini lebih hebat dari semua alat-alat survival, selagi mana kita sentiasa mempunyai mutasi genetik semasa evolusi kehidupan, maka perlu juga ada sel deria yang dapat mengenal persekitaran, ini tidak dapat dielakkan. Apabila mutasi yang tepat dapat pada persekitaran yang sesuai, ciri-ciri deria ini akan terbina dalam populasi genetik jika diberikan masa yang mencukupi, mesin ini akan terus berevolusi sebagai altruisme neutral sejati. Saya telah bincangkannya dengan terperinci dalam buku saya. Matlamat diskusi ini bukan untuk membuktikan kewujudan Tuhan kerana altruisme neutral sejati tidak dapat diterangkan secara biologi atau kebudayaan, apa yang saya ingin tunjukkan adalah semua thesis dalam persembahannya adalah salah pada saya, adalah memadai hakikat bahawa altruisme neutral tidak dapat dijelaskan samada oleh biologi evolusi atau sosial. Saya telah membuka pintu kepada hipotesis perkara ghaib, ringkasnya, hipotesis bahawa manusia mempunyai roh.

 

Saya juga telah menerangkan perkara yang mendokong hipotesis yang saya sebutkan, dan ia adalah perbincangan kebudayaan/ ketamadunan manusia (terutamanya Sumeria) pada awalnya, ia adalah kebudayaan / ketamadunan yang didominasi oleh agama, sifat altruisme Sumeria jelas terbukti disebabkan oleh campur tangan ketuhanan dan agama. Apa yang mereka tulis tentang dari mana budaya mereka datang adalah jelas, sesiapa yang mahu melihat penulisan mereka dan melihat ia kosong dari sebarang nilai yang realistik, itu adalah urusan mereka, namun kami enggan untuk menganggap tamadun yang mengajar dunia ini ilmu penulisan dan asas matematik dengan tahap keanggunan dan kehebatan ini (adalah seperti yang mereka gambarkan).

 

Atteen Wal Zaitoun: Mungkin tajuk buku ini menceritakannya, kerana buku ini terdiri dari dua bahagian; satu bahagian yang membantah, iaitu "Delusi Atheist" dan satu bahagian lagi membuktikan, iaitu "tanda-tanda Tuhan di alam semesta". Persoalannya adalah, adakah bantahan yang tuan terima, terutamanya dari dunia Islam, adalah kerana perhatian yang tuan berikan untuk membuktikan teori-teori saintifik (terutamanya teori evolusi), atau ianya disebabkan oleh perkara lain? Terutamanya tafsiran sesetengah ayat Quran di dalam buku tersebut yang menjadi sangat jelas dengan penemuan teori-teori saintifik. Di sini saya ingin menyebutkan tafsiran ayat-ayat tersebut. Sesetengah yang cuba mengkritik buku tersebut menyatakan bahawa tafsiran ini tidak boleh digunakan ketika berdiskusi dengan Atheist. Apakah respon tuan terhadap kenyataan ini?

 

Ahmed Al Hasan: Semoga Allah mengalukan kamu. Teori Evolusi ini, masih ada orang yang menolaknya kerana sebab-sebab keagamaan dan tiada sebab lain. saya telah menyebutkan beberapa bukti evolusi di dalam buku tersebut kerana saya percaya semua orang berhak untuk tahu kebenaran yang sebenar, mereka yang menolaknya adalah salah dan mereka perlu membaca lebih banyak kerana kini, evolusi tanpa ragu lagi telah menjadi sebuah fakta saintifik, bukti genetik adalah sangat jelas, ia adalah sama seperti video atau pita yang membuktikan manusia dan makhluk lain mempunyai nenek moyang yang sama, samada primat (mawas) atau makhluk lain, kerana seperti yang kamu ketahui, genetik bagi makhluk membawa imej yang sama 100%.

 

Apabila kita suai padankan imej genetik bagi makhluk tertentu, kita mendapati ia adalah nenek moyang kepada chimpanzi dan manusia. Apa yang telah dicapai oleh kajian dan akademia adalah sama seperti apa yang dicapai apabila angkasawan mengambil gambar bumi berputar di angkasa lepas untuk menyelesaikan sama sekali isu bumi mengelilingi matahari atau tidak, bagaimanapun, sesetengah orang enggan mempercayai walaupun ada gambar-gambar ini, para ulama Wahabi, Ibnu Uthaimin contohnya menyatakan matahari mengelilingi bumi, serta siang dan malam terjadi akibatnya.

 

Ibn Baz juga menyebutkan perkara serupa, maka barangsiapa yang tidak mempercayai evolusi adalah sama sahaja dengan ulama Wahabi. Saya berharap kepada sesiapa yang mempercayai evolusi sebagai tidak benar untuk banyakkan membaca. Bukan satu perkara memalukan untuk membetulkan kepercayaan kamu. Apa yang memalukan adalah untuk menolak sains dan ilmu, serta untuk kekal berada dalam kejahilan.

 

Evolusi adalah perkara pasti yang telah dan sedang berlaku, memadailah semua universiti dan pusat kajian menganggap evolusi adalah satu-satunya penerangan untuk kepelbagaian kehidupan di bumi. Berkenaan dengan ayat tersebut, anda tidak menyebutnya, mungkin anda maksudkan firman Allah dalam surah Nuh: " "Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat?" (Nuh:14) dan surah lain yang saya sebutkan dalam buku:  "Dan Allah telah menumbuhkan kamu dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna.." (Nuh 71:17).

 

Ia sangat jelas, Tuhan menciptakan kamu dalam berperingkat, Dia menumbuhkan kamu dari bumi. Jelas Tuhan sedang membicarakan tentang penciptaan manusia, ayat tersebut menyatakan kita adalah benih di bumi ini yang membesar dan membiak. Kita boleh katakan benih ini adalah gene yang tumbuh dan berkembang menghasilkan badan kita, saya percaya ada orang berakal yang dapat mengambil manfaat dari ayat-ayat ini, untuk mengetahui kebenaran agama, namun jika atheist menolak penafsiran ayat-ayat yang jelas ini, maka ia adalah urusan mereka. Saya tidak memaksa mereka untuk menerimanya. Mikrofon milik anda.

 

Atteen Wal Zaitoun:  Era Cambrian mewakili tempoh waktu perkembangan besar, berbanding apa yang datang sebelumnya. Haiwan di dalamnya nampaknya tidak berevolusi dari nenek moyang sebelumnya. Dengan kata lain, kita berhadapan dengan kemunculan mengejut hidupan kompleks yang kita tidak temui nenek moyangnya. Ini bermakna wujud persoalan yang masih tidak dijawab oleh Teori Evolusi, dan wujud jurang dalam rekod fosil yang membuatkan kita tidak pasti apa yang didakwa oleh teori ini. Apa respon tuan?

 

Ahmed Al Hasan: Ya Allah. Semoga Allah mengalukan kamu. Tidak sama sekali. Ini bukanlah satu bantahan atau apa-apa. Kebanyakan yang mengajukan penghujahan Era Cambrian sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang evolusi, Era Cambrian adalah satu era geologikal yang mendahului kemunculan haiwan liar.

 

Benar, era Camria berlanjutan selamat jutaan tahun, yang mana lebih dari cukup untuk ribuan spesis menjadi pupus. Itulah yang terjadi di dalam Era Cambrian, terdapat banyak fosil yang diketahui, menunjukkan betapa kompleksnya hidupan ketika Era Cambrian, yang terjadi begitu pantas berbanding era sebelumnya, namun wujud teori yang menjelaskan kelajuan evolusi secara umum, bukan sahaja dalam tempoh Cambrian. Saya telah membincangkan perkara ini di dalam buku, di bawah peta genetik, fungsinya dan ketidakstabilan kepantasan proses evolusi, atas sebab inilah saya menghujahkan sifat peta genetik yang sentiasa mengikuti aturan.

 

Anda boleh membaca buku ini untuk keterangan lanjut. Kelajuan evolusi adalah tidak stabil, dan bukan sekadar dalam era Cambrian, kadangkala evolusi itu pantas, dan lambat dalam tempoh yang lain, perubahan ini dapat menjadi penjelasan kekurangan rekod fosil dalam rekod geologikal, ini kerana kepantasan evolusi pada waktu tertentu menyukarkan kita untuk mendapati fosil dari tempoh tertentu, kerana ia adalah tempoh yang pendek namun penuh dengan perubahan drastik, ini adalah satu lagi isu yang saya hujahkan di dalam buku ini.

 

Semestinya perubahan kepantasan ini ditadbir secara luas oleh mutasi, apabila evolusi berubah kepantasannya dalam perjalanan evolusi, kelajuannya berubah dalam tempoh peralihan atau tempoh spesiasi / penspesisan, kromosom ditadbir oleh undang-undang yang menentukan kelajuan mutasi, kelajuan mutasi berubah secara keseluruhan dan evolusi bergantung kepada mutasi, mungkin contoh paling tepat di sini bukan era Cambrian, tetapi proses evolusi otak manusia.

 

Penjelasan munasabah untuk kelajuan mutasi dalam tempoh beberapa juta tahun yang lepas adalah, mutasi bersifat mematuhi peraturan, mempunyai matlamat dan tidak sama sekali bersifat rawak. Jika anda mahukan lebih banyak maklumat, maka ia dijelaskan secara detail dalam buku Delusi Atheist. Mikrofon dipulangkan.

 

Atteen Wal Zaitoun: .. Contoh, evolusi bahagian atau organ tertentu, atau adaptasi mereka untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran tertentu. Bagaimanapun ia tidak menunjukkan evolusi berlaku pada skala yang lebih besar, atau menunjukkan pengspesisan, apatah lagi kita tidak melihat ia berlaku sekarang..

 

Ahmed Al Hasan: Tidak tepat. Semua bukti menunjukkan evolusi terjadi. Sebagai contoh, bukti genetik adalah bukti yang mengaitkan antara spesis berbeza, pengspesisan adalah hasil evolusi yang tidak dapat dielakkan, ia hanya perkara berkaitan masa. Kita ada mutasi genetik. Dengan menambah proses pembiakan dan pemilihan semulajadi, maka akan muncul sifat-sifat baru dalam hidupan tersebut, contohnya, ketinggian, saiz dll. Lama-kelamaan, perubahan ini berkembang tanpa menghasilkan apa-apa pembuktian yang lain, dengan masa yang mencukupi untuk sifat-sifat baru ini berkumpul, kita akan mempunyai satu spesis baru, samada spesis baru tersebut berada di dalam atau luar spesis asal hanya bergantung kepada masa. Saya telah tunjukkan dalam buku bahawa sesiapa yang mengatakan evolusi berlaku di dalam satu spesis perlu memberikan bukti. Hidupan boleh menjadi berbeza secara drastik, namun sesetengah orang enggan mengiktiraf perbezaan ini menjadikan hidupan tersebut sebahagian dari spesis yang berbeza. Orang-orang ini perlu membuktikan kepercayaan mereka, mutasi di dalam alam semulajadi mampu menghasilkan spesis baru jika diberikan masa yang mencukupi.

 

 

Atteen Wal Zaitoun: Homosapien hidup ribuan tahun dan mempunyai kewarasan, dan ketamadunan mereka adalah primitif. Namun tiba-tiba, kita melihat bangsa Sumeria dan nenek moyang mereka, serta keajaiban ilmu mereka. Pencapaian tamadun ini tidak dapat dijelaskan melainkan kita mengandaikan suatu elemen tidak material memasuki persamaan ini.

 

Elemen ini adalah elemen agama atau sambungan dengan langit. Ini disokong oleh banyak perkara, termasuk tempoh sejarah yang bersamaan dengan masa kenabian, kawasan yang melihat lonjakan ilmu ini adalah kawasan yang dihuni oleh para Nabi, danm akhir sekali, kandungan keagamaan adalah komponen yang paling penting dalam tamadun Sumeria

 

Di sini, perkara berikut dibangkitkan: Ada isu yang tidak sesuai dengan kepercayaan agama yang paling penting, iaitu monotheisme / tauhid. Tambahan pula, tamadun Sumeria bukan tamadun tunggal di waktu itu. Wujud tamadun lain, seperti India, China dan Mesir.

 

Kewujudan tamadun ini- kecuali jika ia boleh diterangkan dengan cara yang sama dengan tamadun Sumeria- adalah bukti yang kuat bahawa wujud pemeringkatan pada tahap kewarasan, dan wujud permulaan yang kita tidak tahu tentangnya. Akibatnya, perkara ini dijelaskan secara material, dan tiada keperluan untuk mengandaikan wujud campur tangan ketuhanan… Apa pendapat tuan tentang perkara ini?

 

Ahmed Al Hasan: Berkenaan monotheisme dalam maksud mempercayai satu tuhan mutlak yang disembah oleh manusia, tidak boleh dikatakan bahawa bangsa Sumeria tidak mempercayainya bergantung kepada sesetengah teks yang kita ada dari mereka.  Untuk lebih dari satu sebab, teks yang kita ada dapat difahami dari beberapa cara. Kita dapat memahami ketuhanan dan ketuanan dari terbitan tersebut seperti yang saya jelaskan dalam Kitab Tauhid.

 

Jadi, sifat-sifat ketuhanan dapat diberikan kepada manusia dalam maksud tersebut, juga wujud tempoh waktu penyesatan ideologi, jadi teks yang didokumenkan itu mencerminkannya, bukan kepercayaan asli bangsa Sumeria. Berkenaan tamadun lain, Mesir, mereka adalah selepas bangsa Sumeria.

 

Sudah tentu, saya sudah jelaskan bahawa tamadun Sumeria adalah lebih tua dari apa yang kita ketahui, tamadun Sumeria yang awal bergantung kepada penceritaan mulut ke mulut seperti yang kita ketahui dari teks Sumeria, penulisan mereka juga ditenggelami air apabila banjir melanda, bangsa Sumeria sangat mengagungkan nenek moyang mereka yang hidup di kawasan yang kini dikenali sebagai Teluk Arab, mereka berbangga dengan akhlak tinggi nenek moyang mereka, penulisan mereka tentang nenek moyang mereka adalah bukti tentang mereka yang tinggal di teluk tersebut. Saya telah bandingkan mereka dengan homosapien sebelum mereka dari sisi moral, kesusateraan, sains dll.

 

Bangsa Sumeria telah mengalami suatu lonjakan, dan kita dapat katakan dengan yakin bahawa lonjakan ini bermula dari nenek moyang yang disebutkan oleh mereka dan mereka adalah lanjutan dari tamadun yang hilang tersebut. Lonjakan ini menandakan sesuatu yang baru telah menyertai "formula" homosapien, manusia kini mahu menjadi abadi di alam akhirat seperti yang kita baca dalam Epik Gilgamesh.

 

Atteen Wal Zaitoun: ..Tanpa perlu untuk mengandaikan wujud campur tangan ketuhanan secara terus. Dengan kata lain, menurut mereka, Tuhan tidak wujud, atau kita tidak perlu mengandaikan Tuhan wujud. Adakah hasilnya bersifat logik? Adakah kita perlu mengguna pakai sebab balas dan cuba membuktikan wujud jurang dalam sains yang hanya dipenuhi oleh idea campur tangan ketuhanan yang tidak mematuhi peraturan fizikal?

 

Ahmed Al Hasan:  Menerbitkan peraturan yang mengasaskan dunia ini, atau menafsirkan dunia tempat tinggal kita ini menggunakan sains tidak semestinya dilakukan tanpa matlamat, matlamat ini akhirnya akan menunjukkan kepada kita bukti kewujudan Tuhan. Saya telah tunjukkan di dalam buku, bahawa dalam sempadan kehidupan, evolusi mempunyai sebab.

 

Saye telah jelaskan, alam semesta ini secara keseluruhannya, perlu ada Tuhan. Dalam Delusi Atheist, saya telah membuktikan secara tepat bahawa evolusi mempunyai matlamat, maka ia membuktikan kewujudan Tuhan. Saya juga telah menunjukkan point-point lemah ahli teori Atheist seperti Hawking, mereka menggunakan fakta tenaga alam ini adalah kosong, maka ini bermakna tidak perlu mengandaikan wujud perkara lain selain alam semesta ini, iaitu Tuhan, kerana tiada apa yang memasuki alam semesta ini, dan oleh kerana alam semesta ini bermula sebagai peristiwa kuantum,ia tidak memerlukan satu entiti untuk memulakannya, peringkat kuantum bermakna peringkat electron atau quark (partikel subatomik)

 

Apabila kita kembali kepada peringkat kuantum ketika permulaan alam ini, dimensi masa menghilang dan ia menjadi sebuah dimensi masa yang berbeza, yang ditambah kepada tiga dimensi ruang, kerana di waktu permulaan masa tidak wujud, maka bertanya tentang masa sebelum permulaan alam adalah perkara yang tidak bermakna.

 

Hawking juga membayangkan beliau tidak lagi memerlukan soalan "ada apa sebelum alam ini", dengan menjadikan alam ini bersifat berdikari dan ditadbir oleh undang-undang sains, maka tidak memerlukan Tuhan untuk wujud. Beliau mendakwa banyak perkara adalah terhasil dari peristiwa kuantum, yang datang dari dalam alam itu sendiri. Saya mendebatkan perkara ini dan perkara lain yang beliau sebutkan di dalam buku dan membuktikan kewujudan tuhan. Prinsip Ketidakpastian menyatakan bahawa satu partikel kuantum yang tunggal boleh masuk melalui beberapa belahan selama mana tiada pemerhati, namun apabila ada seorang pemerhati, ia bertindak sebagai satu partikel memasuki melalui belahan tunggal.

 

Disebabkan perkara ini, kita boleh mempunyai banyak alam kerana perkara ini, dan alam kita hanya satu dari mereka, dan ia hanya menjadi objek kerana kita memerhatikannya, namun ini menjadikan kewujudan kita sangat penting, kepentingan baru yang kita punyai ini tidak selari dengan teori aliran Atheist. Dengan kata lain, jika tiada manusia berakal, maka tiada alam.

 

Alam ini hanya wujud kerana kita memerhatikannya, ini bermakna bahawa kita, manusia atau entiti berakal, adalah pusat alam ini berputar, berdasarkan teori-teori mereka, persoalan sekarang adalah tentang permulaan alam ini. Ia samada baru, dengan kata lain dicipta oleh sesuatu, atau ia lama, yang telah dibantah di dalam buku. Sebagai tambahan, turun naik kuantum yang sama adalah tidak berasas, Prinsip Ketidakpastian menentukan mereka wujud tanpa mengetahui sumber mereka, namun ini bukanlah bermakna ia langsung tidak berasas, namun mungkin sahaja sumbernya adalah dari alam yang lain.

 

Berkenaan dengan soalan anda, tentang keperluan untuk membuktikan wujud jurang dalam sains yang hanya boleh diisi dengan campur tangan tuhan, saya tidak merasakan kita perlu kepada perkara ini, dan mengatakan tanpa sebab, oleh kerana wujud jurang, kita memerlukan tuhan untuk mengisinya. Tidak semua yang saya persembahkan bermatlamat untuk membuktikan kewujudan Tuhan, sesetengahnya hanyalah untuk menunjukkan fakta pada pembaca agar mereka dapat mencapai jawaban yang tepat.

 

Saya telah buktikan bahawa kewujudan Tuhan adalah perkara yang mutlak. Jika Atheist mahu membantah apa yang saya sebutkan dalam buku, maka mereka sepatutnya pergi kepada apa yang saya sebutkan jelas sebagai bukti kewujudan tuhan, bukan merujuk kepada jurang dalam sains yang saya tekankan dan mendakwa dengan menunjukkan jurang ini, saya mendakwa tuhan wujud kerana kewujudan jurang ini, seseorang hanya akan melakukan perkara ini jika mereka jahil. Mikrofon dipulangkan.

 

Atteen Wal Zaitoun: Sesetengah orang menyebarkan idea dan konsep dari buku Delusi Atheisme dalam syarahan dan temubual mereka tanpa memberikan sumber. Baru-baru ini, sebuah buku telah ditulis yang menanggapi isu altruisme neutral asli sebagai sifat moral yang membezakan manusia, dan tesis biologikal tidak dapat menerangkan perkara ini, menggunakan kata-kata persis seperti Imam Ahmed Al-Hasan. Apakah komen tuan tentang perkara ini?

 

Ahmed Al Hasan: Ya Allah. Semoga Allah mengalukan kamu. Ini kerap berlaku, ini bukanlah pertama kali sesebuah idea dicuri tanpa merujukkan penulis asalnya. Saya bukanlah orang pertama yang menghadapi perkara ini. Perkara yang betul untuk dilakukan adalah untuk para mukmin membongkar orang-orang ini, dan tunjukkan ia bukanlah perbuatan beretika.

 

Atteen Wal Zaitoun: .Imam Ahmed Al Hasan telah menunjukkan, Altruisme Neutral Asli membuktikan sesuatu memasuki formula kemanusiaan. Sesuatu dari luar (seperti roh atau jiwa), jadi ia tidak dapat diterangkan secara biologi. Malah, Imam telah menunjukkan melalui kajian sejarah bahawa kemunculan tingkah laku altruistik ini datang dari agama dan wakil sebenar agama (para Nabi dan Rasul.)

 

Persoalannya adalah: Sesetengah membantah perkara ini dan mengatakan bahawa kemunculan Altruisme adalah satu kebetulan, atau satu produk sampingan evolusi kecerdikan dan mekanisma nya, atau sebuah produk kecacatan dalam kerjasama antara mekanisma. Mereka juga mendakwa ia adalah sifat yang jarang ada malah mungkin tidak wujud di kalangan manusia, kerana manusia tidak mengamalkan altruisma asli, dan sentiasa wujud kepentingan sendiri dalam altruisma mereka. Ini bermakna, sifat ini telah ditentang dan sedang pupus jika masih wujud. Apakah respon tuan bagi perkara ini?

 

Ahmed Al Hasan: Ya Allah. Semoga Allah mengalukan kamu. Altruisma telah diterangkan oleh biologi evolusi, telah mendapat pencerahan secara genetik, dan ia adalah terhadap keluarga, genetik yang menyebabkan altruisma telah ditetapkan oleh pilihan semulajadi, kerana ia adalah altruisma yang memenuhi sifat individu, sementara altruisme neutral asli, ia adalah jenis yang tidak dapat memanfaatkan gene, malah ia merosakkan mereka, terutamanya apabila perbuatan altruistik tersebut mengorbankan nyawa sendiri, jadi ini bukanlah sesuatu yang bermatlamat untuk melindungi gene, selama mana mereka membawa altruisma jenis ini, gene tidak dapat terus hidup dalam alam semualajadi. Berkenaan dengan bantahan bahawa altruisme jenis ini tidak wujud, ini tidak benar, sesetengah orang membahayakan nyawa mereka untuk menyelamatkan nyawa orang lain yang tidak berkaitan, sesetengah dari mereka bukanlah beragama, Media sosial dipenuhi dengan video yang mendokumenkan perkara ini, perkara manusia mengamalkan altruisma asli juga diiktiraf oleh ahli biologi evolusi besar seperti Dawkins, Atheist yang menentang agama. Di dalam bukunya, beliau tidak mempunyai pilihan melainkan untuk membincangkannya. Jika beliau boleh menafikannya, maka beliau pasti berbuat sedemikian, namun beliau tidak dapat. Banyak lagi perincian ada di dalam buku. Mikrofon milik anda.

 

Atteen Wal Zaitoun: Saintis dalam bidang perubatan dan neorologi telah mencapai kesimpulan bahawa sangat berkemungkinan untuk binatang merasai mimpi. Eksperimen dari para pengkaji di Universiti Chicago menunjukkan tikus, kucing, anjing malah burung merasai mimpi dan merasai semula pengalaman harian mereka.

 

Ini membuktikan mimpi bukanlah eksklusif kepada manusia. Boleh dikatakan bahawa ia adalah mekanisma yang dibina oleh gene dalam badan kita, jadi ia mesti adalah manfaat evolusi. Dalam buku Delusi Atheisme, Imam Ahmad Al Hasan menjelaskan bahawa visi terjadi lebih kemudian setelah manusia terpisah dari nenek moyang asalnya, ketika pengutusan Adam (as)

 

Apakah yang dimaksudkan dengan visi yang terjadi? Adakah ia hanya visi yang menceritakan tentang perkara ghaib dan dunia ghaib? Jika ya, bagaimana kita menunjukkan maknanya kepada atheist yang tidak percaya kepada perkara ghaib?

 

Ahmed Al Hasan: Ya Allah. Semoga Allah mengalukan kamu. Saya percaya tiada masalah dengan haiwan lain untuk merasai mimpi. Mimpi mempunyai jenis, dan semua manusia mengetahui dua darinya. Yang pertama ialah mimpi yang menceritakan tentang masa silam anda. Anda akan merasai mimpi tentang perkara yang terjadi pada kamu sebelum ini atau idea yang pernah anda fikirkan, atau hajat, peristiwa yang terjadi di masa silam, dan selagi mana peristiwa ini berlaku di masa silam anda, anda boleh mendapat mimpi tentang peristiwa ini, idea atau hajat.

 

Mimpi-mimpi jenis ini boleh dikongsi oleh haiwan kerana ia adalah cabutan maklumat dari memori, dan kemudiannya menyusun mereka dalam cara tersusun atau tidak tersusun. Manusia dan haiwan, keduanya mempunyai otak yang boleh melakukan perkara ini. Berkenaan mimpi jenis lain, ia mempunyai maklumat dari perkara ghaib, anda melihat sesuatu dari mimpi, dan tidak lama selepas itu, ia menjadi benar, inilah mimpi yang kita bicarakan dan dianggap sebagai bukti kewujudan alam ghaib, penjelasan Freud dan ahli psikologi lain dapat menjelaskan mimpi jenis pertama, tetapi bukan jenis kedua.

 

Sesetengah mimpi jenis kedua tidak mempunyai sebarang kaitan dengan peristiwa hidup pemimpi tersebut atau hajat atau pengalamannya, mimpi jenis ini tidak dapat diterangkan oleh Freud dan ahli psikologi yang lain. Atheist acap kali mencampur adukkan keduanya, atheist mengatakan bahawa peristiwa masa hadapan mempunyai kaitan dengan alam lain, namun kebenarannya, visi masa hadapan mempunyai simbol dan pemimpi tidak dapat memahami simbol-simbol ini sehinggalah peristiwa tersebut berlaku di dunia ini.

 

Mimpi atau visi masa hadapan kekal menjadi bukti yang jelas akan kewujudan Tuhan maha berkuasa. Saya selesai menjawab, insyaAllah, saya berharap jawaban ini jelas dan dapat difahami. Saya mengucapkan terima kasih atas kesabaran anda semua dan kesudian mendengar. Semoga Allah menganjari anda semua dengan ganjaran orang-orang soleh. Saya akan tunggu untuk beberapa minit dan mendengar anda semua. Semoga Allah mengalukan anda dan salam serta rahmat Allah ke atas anda.

Epik Gilgamesh Bab 10: Bangsa Sumer Dan Ketuanan Allah

gilgamesh_louvreBangsa Sumeria dan Ketuanan Allah

 

 

Berkenaan dengan kekuasaan / pemerintahan, Dr. Kramer berkata,

 

“Kerajaan, Dewan Kongress yang pertama: Perkembangan sosial dan spiritual manusia acap kali sangat lambat, licik dan sukar dikenal pasti. Sebuah pohon yang telah cukup membesar mungkin telah terpisah dari benih asalnya ribuan batu dan tahun. Kita ambil sebagai contoh, cara hidup yang dikenali sebagai demokrasi dan institusi fundamentalnya, Persidangan Politikal.

 

Pada luarannya, ia kelihatan seperti dimonopoli oleh peradaban barat dan berkembang mekar di abad baru-baru ini. Siapalah yang dapat membayangkan bahawa wujud Kongres Politikal ribuan tahun yang lepas, dan wujud di kawasan yang jarang dikaitkan dengan institusi demokrasi? Namun, ahli arkeologi yang sabar dan tabah telah menggali dengan dalam dan luas, tanpa mengetahui apa yang bakal dijumpai. Hasil dari usaha mereka, sekarang kita dapat membaca rekod-rekod perhimpunan politikal yang diadakan 5000 tahun lepas, di Timur Tengah.

 

Kongres politik pertama yang direkodkan dalam sejarah terjadi secara formal 3000 tahun sebelum masihi. Tidak seperti kongress kita yang terdiri dari dua dewan, senat atau himpunan ketua.. Ia adalah kongres perang, dipanggil untuk membincangkan persoalan besar samada perang atau keamanan; perbincangan untuk memilih samada "keamanan mutlak" atau perang dan kebebasan. Senat mereka, bersama para pemimpin konservatif mahukan keamanan mutlak, namun ia di veto oleh raja mereka, yang kemudiannya membawa perkara ini ke "Dewan Rakyat". Badan ini mahukan perang dan kebebasan, maka raja pun bersetuju. Di bahagian dunia manakah "kongres" pertama ini terjadi? Mungkin anda menyangka ia terjadi di negara barat, di benua Eropah (Himpunan politik di Greece dan Rom datang lama kemudian). Kongres purba ini terjadi, walaupun ia agak mengejutkan, ia diadakan di Asia, disebut sebagai Timur Tengah, tempat yang selalunya dihuni oleh pemimpin dan raja zalim, kawasan yang mana perhimpunan politikal tidak pernah wujud secara praktikalnya. Ia terjadi di bumi yang dikenali di zaman purba sebagai Sumer, terletak di utara Teluk Parsi, antara sungai Tigress dan Furat, perhimpunan politikal tertua diadakan. Bilakah kongres ini diadakan? 3000 tahun selepas masihi. Pada waktu itu, bumi Sumer di Timur Tengah (bersamaan dengan bahagian bawah Iraq di zaman ini) dihuni oleh manusia yang mencipta peradaban yang dianggap sebagai peradaban tertua yang diketahui oleh dunia." History Begins at Sumer, Dr. Samuel Kramer.

 

 

Hubungan antara bangsa Sumeria dan Ketuanan Allah adalah perkara yang tidak dapat dikenal pasti oleh Kramer atau kebanyakan ahli arkeologi, kerana kebanyakan dari mereka tidak mempercayai ketuanan Allah atau mereka merupakan seorang Atheist, yang percaya bahawa agama adalah ciptaan bangsa Sumeria, manakala Quran dan Taurat adalah kisah fiksyen bangsa Sumeria yang diterbitkan semula, seperti yang mereka percayai, seperti kisah banjir Nuh. Inilah sebabnya apabila mereka menemui bahawa Raja Sumeria membincangkan isu perang pada dua dewan, mereka menghakimi dan membuat kesimpulan bahawa bangsa Sumeria mengamalkan demokrasi seperti demokrasi negara barat hari ini. Bagaimanapun, apa yang diamalkan oleh bangsa Sumeria bukanlah demokrasi negara barat, serta tiada langsung persamaan dengan mereka, kerana wujud banyak teks Sumeria yang menunjukkan pemimpin dilantik oleh Tuhan. Sistem pemerintahan Sumeria adalah sistem yang diwarisi dari Nuh (as) dan para nabi yang lain seperti mana mereka mewarisi agama ketuhanan. Maka mereka juga telah mengubah sistem pemerintahan sebagaimana mereka mengubah agama mereka. Oleh itu, sistem pemerintahan Sumeria bukanlah diktator mahupun demokrasi menurut kefahaman negara barat hari ini. Di dalam sistem pemerintahan Sumeria, wujud seorang raja yang dilantik oleh Tuhan. Dan di dalam sistem pemerintahan Illahi, akan ada seorang raja atau pemerintah yang dilantik oleh Allah dan misi pemerintah ini adalah untuk melaksanakan kehendak Allah dan melaksanakan syariat Allah, serta bersikap adil kepada mereka yang dizalimi. Oleh itu, wujud motif disebalik perlantikan seorang pemimpin Illahi yang bukan pemerintahan beliau sendiri. Itulah sebabnya, sistem pemerintahan Illahi dapat dicapai walaupun hanya melalui pengawasan seorang pemimpin yang dilantik oleh Allah ke atas aplikasi, dan pengawasannya ke atas aplikasi, serta campur tangan beliau untuk membetulkan keputusan yang salah. Dan tidak semestinya beliau sendiri memerintah untuk mencapai matlamat perlantikan beliau. Dan kita dapati perkara ini atau yang serupa dengannya di dalam contoh Sumeria yang disebutkan oleh Kramer, apabila wujud peperangan antara Uruk dan Kish untuk merebut kekuasaan dan dakwaan perlantikan Tuhan, dan pemerintah Uruk meminta pendapat rakyatnya samada untuk berperang atau berdamai, namun ia bukanlah pilihan yang wajib beliau ikuti, jelas seperti yang disebutkan sebelum ini.

 

 

“Situasi politk yang menyebabkan bersidangnya kongres tertua yang direkodkan dalam sejarah boleh dijelaskan seperti berikut: Seperti Greece yang akan datang selepasnya, kerajaan Sumer di alaf ketiga sebelum masihi, terdiri daripada beberapa kotaraya yang berebut kekuasaan ke atas keseluruhan tanah. Antara kotaraya yang terpenting adalah Kish, yang mana menurut lagenda Sumeria, telah menerima kekuasaan dari langit sejurus selepas banjir besar. Namun dengan berlalunya masa, sebuah lagi kotaraya, Erech, yang terletak jauh di selatan Kish, terus menerus bertambah kekuasaan dan pengaruhnya sehingga ia mengancam secara serius ketuanan Kish di Sumer. Raja Kish akhirnya menyedari bahaya ini dan mengancam Erech dengan perang melainkan mereka mengiktiraf beliau sebagai raja. Di waktu genting inilah dua dewan di Erech bersidang -para ketua dan kaum lelaki yang mampu mengangkat senjata- untuk membuat keputusan tentang jalan yang harus diambil. samada untuk tunduk kepada Kish dan menikmati kedamaian atau untuk mengangkat senjata dan berperang untuk kemerdekaan.” History Begins at Sumer, Dr. Samuel Kramer.

 

Memang benar, sesetengah raja-raja Sumer hanyalah raja yang mendakwa dirinya dilantik Tuhan, namun apa yang penting bagi kita adalah bangsa Sumeria secara umumnya mempercayai perlantikan oleh Tuhan. Dan perkara ini dapat dipastikan dengan apa yang kerap kita lihat pada tablet tanah; para raja adalah dari keturunan tuhan dan tuhan lah yang melantik mereka. Dan ini adalah kisah yang diwarisi turun temurun dalam Quran yang melambangkan konflik yang terjadi di Sumer atau Mesopotamia antara pendakwa kekuasaan dan Ibrahim (as), kekasih Allah, raja yang dilantik Allah.

 

أَلَمْ تَرَ إِلَى ٱلَّذِى حَآجَّ إِبْرَٰهِۦمَ فِى رَبِّهِۦٓ أَنْ ءَاتَىٰهُ ٱللَّهُ ٱلْمُلْكَ إِذْ قَالَ إِبْرَٰهِۦمُ رَبِّىَ ٱلَّذِى يُحْىِۦ وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا۠ أُحْىِۦ وَأُمِيتُ ۖ قَالَ إِبْرَٰهِۦمُ فَإِنَّ ٱللَّهَ يَأْتِى بِٱلشَّمْسِ مِنَ ٱلْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ ٱلْمَغْرِبِ فَبُهِتَ ٱلَّذِى كَفَرَ ۗ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلظَّٰلِمِينَ

 

 

{Tidakkah engkau memikirkan tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim  mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan". Ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?" Maka tercenganglah orang yang kafir itu. Dan, Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.} Surat al-Baqarah (The Cow) 2:258.

 

Dan secara umumnya, seseorang itu boleh merujuk kepada teks-teks Sumeria, Akkadia dan Babilon untuk melihat perkara ini dengan jelas dalam petikan-petikannya, iaitu kekuasaan adalah urusan perlantikan oleh Tuhan menurut kepercayaan mereka, dengan kata lain, seperti yang wujud dalam ideologi yang benar dalam agama-agama Illahi di dalam Taurat, Injil dan Quran. Dan ini dengan jelas menunjukkan bangsa Sumeria mewarisi agama Tuhan yang lama dan sangat komited pada ajarannya, yang paling penting, syariat ketuhanan dan orang yang melaksananya. Namun dengan berlalunya masa, perkara yang selalu terjadi telah terjadi kepada mereka, iaitu pengubahan agama ketuhanan dan perampasan kekuasaan Tuhan serta penindasan raja yang dilantik oleh Allah, seperti yang dihadapi Ibrahim (as) yang akhirnya terpaksa meninggalkan bumi nenek moyangnya sehingga Allah mahukan anak-anaknya untuk pulang pada suatu masa nanti, dan ini adalah kepulangan anaknya, Ali Ibn Abi Thalib (as) ke bumi Sumeria dan Akkad, atau Sumeru atau Shinar atau Mesopotamia(Iraq)

 

Berikut adalah teks yang disebutkan oleh Dr. Kramer tentang tablet Sumeria dan ia menerangkan bahawa bangsa Sumeria percaya kepada agama Illahi dan perlantikan Illahi atas seorang Raja atau pemerintah,

 

"Wahai Sumer, bumi agung dari bumi-bumi lain di alam ini,

Dipenuhi dengan cahaya yang teguh, diterbitkan undang-undang Tuhan dari terbitnya matahari hingga terbenamnya matahari,

Undang-undang Tuhan adalah undang-undang mulia, tidak dapat digapai,

Hati mu mendalam, tidak dapat diduga,

Pembelajaran sebenar yang dibawa tidak dapat disentuh ibarat syurga,

Raja-raja yang kamu lahirkan dihiasi dengan mahkota yang abadi,

Raja yang kamu lahirkan kekal memakai mahkota di atas kepalanya,

Raja kamu adalah raja yang dimuliakan; dengan An, sang Raja, beliau duduk di atas pelamin syurga,

Raja kamu adalah gunung yang agung."  History Begins at Sumer, Dr. Samuel Kramer.

Epik Gilgamesh Bab 9: Perjalanan Gilgamesh kepada datuknya Nuh (as)

gilgamesh_louvre

Kemudian bermulalah perjalanan Gilgamesh menuju datuknya, Nuh / Utnapishtim, kerana beliau mencari keabadian, iaitu keabadian ruh, bukannya jasad; dari awal lagi Gilgamesh tahu bahawa tiada keabadian jasad, kerana beliau sendiri berkata:

 

“Hanya tuhan-tuhan hidup abadi bersama Shamash yang mulia, namun bagi kami manusia, hari-hari kami akan berakhir, kerja-kerja kami hanya seperti angin lalu.” The Epic of Gilgamesh.

 

 

Dan datuk beliau telah lama mati dan beliau mengetahui perkara ini, maka perjalanan ini berlaku di alam lain. Di dalam perjalanan ini, Gilgamesh memusnahkan keakuannya dan mencapai keabadian yang dicari dalam perjalanan beliau. Dan beliau berjaya mencapai apa yang diharapkanya di dalam perjalanan yang sama sebelum sampai kepada datuknya, Nuh (Utnapishtim),

 

“Aku akan membiarkan rambutku panjang demi mu, aku akan merayau-rayau di belantara dengan kulit seekor singa.” The Epic of Gilgamesh

 

Seterusnya, Gilgamesh memasuki alam kebenaran dan melihat perkara dalam bentuk yang sebenarnya, ketika perjalanan beliau untuk berjumpa datuknya, Utnapishtim (Nuh as)

 

 

“Setelah perjalanan panjang, Gilgamesh sampai ke Mashu, pergunungan besar yang beliau telah mendengar berbagai cerita tentangnya, pergunungan yang mengawal terbit dan terbenamnya matahari. Puncaknya yang berkembar setinggi tembok syurga, sementara dasarnya mendasar sehingga alam bawahan. Di gerbangnya berjaga seekor kala jengking, separuh manusia, separuh naga sangat menakutkan, pandangan mereka menyebabkan maut kepada manusia, cahaya bersinar mereka menerangi pergunungan yang menjaga terbitnya matahari. Apabila Gilgamesh melihat mereka, beliau melindungi matanya sebentar, dan seterusnya memberanikan diri dan mendekati mereka. Apabila melihat Gilgamesh tidak takut, manusia kala jengking itu berkata kepada rakannya, “Orang ini yang datang kepada kita sekarang adalah "daging" Tuhan.” Rakannya menjawab, “Dua per tiga tuhan namun satu pertiga lagi adalah manusia.” Kemudian beliau memanggil Gilgamesh, memanggil anak-anak Tuhan, “Mengapa kamu datang dalam perjalanan agung ini, kamu telah mengembara jauh, menyeberangi perairan merbahaya, khabarkan tujuan pengembaraan kamu.” Gilgamesh menjawab, “Aku mengembara ke sini mencari Utnapishtim, bapa ku, kerana manusia telah mengatakan beliau telah menyertai perhimpunan tuhan-tuhan, dan mencapai kehidupan abadi. Aku berhajat untuk bertanya kepada beliau, berkenaan kehidupan dan kematian.” Manusia kala jengking itu berkata, “Tiada manusia yang dilahirkan telah bertanya apa yang kamu tanyakan, tiada manusia biasa yang memasuki pergunungan yang panjangnya adalah 12 kegelapan, di dalamnya tiada cahaya melainkan hati yang ditindas kegelapan. Dari terbitnya matahari sehinggalah ia terbenam, tiada cahaya.” Gilgamesh berkata, “Walaupun aku terpaksa masuk ke dalam kesedihan dan kesakitan, dengan keluhan dan air mata, aku masih perlu masuk. Buka pintu pergunungan.” Dan manusia kala jengking itu berkata, “Pergilah Gilgamesh, aku benarkan kamu memasuki pergunungan Mashu dan melalui banjaran panjangnya, semoga kaki kamu membawa kamu pulang dengan selamat. Pintu pergunungan telah dibuka.’” The Epic of Gilgamesh

 

 

Perjalanan Gilgamesh diteruskan dan beliau melepasi wanita pembuat arak, seolah-olah dia adalah simbol untuk kemabukan dengan kecintaan kepada kehidupan duniawi dan keakuan, oleh itu, pembuat arak itu menyeru beliau kepada kehidupan duniawi, mementingkan diri sendiri serta meninggalkan perjalanan mencari keabadian yang memenatkan.

 

“Pembuat arak itu menjawab, “Gilgamesh, ke mana kamu pergi tergesa-gesa? Kamu tidak akan mendapati kehidupan yang kamu cari itu. Apabila tuhan menciptakan manusia, dia telah memberikan mereka kematian, namun mereka menyimpan kehidupan untuk diri mereka sendiri. Untuk kamu Gilgamesh, penuhkan perut kamu dengan makanan enak, siang dan malam, menari dan bergembiralah, makan dan berseronok. Pakailah pakaian yang baru, mandi di dalam air, raikan anak kecil yang memegang tangan mu, dan gembirakan isteri mu dengan pelukan mu, kerana ini adalah bahagian manusia.” Namun Gilgamesh berkata kepada Siduri, wanita muda pembuat arak, “Wahai perempuan, khabarkan kepada ku, yang manakah jalan yang membawa ku ke Utnapishtim, anak kepada Ubara-tutu? Arah manakah jalan tersebut, tunjukkan kepada ku arahnya. Aku akan merentasi lautan jika perlu, jika tidak akan terus merayau-rayau di belantara.’ The Epic of Gilgamesh.

 

Seolah-olah ayat terakhir Gilgamesh ini sama maksudnya seperti yang disebut oleh Musa (as): Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun”. Surat al-Kahf 18:60.

 

Perjalanan Gilgamesh diteruskan sehingga beliau bertemu datuknya, Utnapishtim, Nuh (as), dan datuknya menceritakan kepada beliau kisah banjir, jadi Gilgamesh mempelajari rahsia kehidupan dari datuknya.

 

 

Utnapishtim berkata, “Tiada yang berkekalan. Adakah kita membina sebuah rumah untuk tegak selamanya, adakah kita membuat perjanjian untuk selamanya? Adakah saudara kandung membahagikan harta warisan untuk disimpan selamanya, adakah musim banjir terjadi selamanya? Hanya pepatung yang meninggalkan larvanya dapat melihat keagungan mentari. Dari zaman silam, tiada apa yang berkekalan. Yang tidur dan yang mati, betapa miripnya mereka. Apakah yang ada pada tuan dan hamba apabila keduanya mendapat pengakhiran mereka?” The Epic of Gilgamesh.

 

Epik-epik Sumeria, kisah-kisah dan syairnya membuktikan bahawa kepada bangsa Sumeria, kisah-kisah agama samawi itu wujud dan sempurna segala perinciannya, watak-wataknya dan simbolnya, dan wujud sebelum kewujudan agama Yahudi, Kristian dan Islam. Jadi, di dalam tablet tanah Sumeria, kita mendapati tuhan yang hakiki dan satu tuhan yang menguasai segalanya, dan kita mendapati di dalamnya ideologi, etika, kepercayaan suci, penyembahan dan kaedah-kaedahnya, cara mencapai kejayaan ke atas syaitan dan kehidupan duniawi serta keakuan atau kecintaan kepada diri sendiri. Oleh itu, bangsa Sumeria mempunyai keseluruhan agama dari A sehingga Z. Jadi, dari mana mereka mendapatkannya? Dari manakah mereka memperolehi sebuah sistem yang begitu sofistikated yang muncul secara tiba-tiba di dalam sejarah Mesopotamia?

 

Kebenaran yang dapat dilihat oleh setiap orang yang rasional adalah jelas seperti mentari, iaitu wujudnya loncatan budaya dan peradaban yang diperlihatkan kepada kita oleh budaya dan tamadun Sumeria. Jadi jika ada orang yang mahu menafikannya setelah apa yang dihujahkan, itu adalah hal dirinya sendiri. Bagaimanapun, karya-karya dan teori-teori telah dicipta untuk menerangkan loncatan budaya ini. Dan jika perkara ini adalah sebaliknya, maka ia tidak akan sampai ke tahap manusia mencadangkan teori bahawa makhluk asing datang dari angkasa lepas. Dan saya berasa sangat hairan dengan orang yang menerima sebab disebalik kemajuan bangsa manusia adalah kedatangan makhluk asing dengan kapal angkasa mereka dan menggunakan kuasa alami mereka yang tidak kita lihat kesannya di bumi, untuk menjustifikasikan loncatan kebudayaan ini, namun dalam masa yang sama, dia tidak dapat menerima ruh Adam ditiupkan ke dalam jasad dan berevolusi dan menjadi semakin maju di kalangan makhluk dari aspek organisasi, kebolehan berfikir dan pemahaman.

Epik Gilgamesh Bab 8: Perjalanan Keabadian

gilgamesh_louvre

Telah saya jelaskan bahawa perjalanan Gilgamesh menceritakan tentang keabadian kerohanian dan keabadian di dunia akhirat, bukan keabadian fizikal / jasmani, kerana jika seorang yang jahil pun tahu bahawa kehidupan fizikal ini akan berakhir, maka mana mungkin Gilgamesh tidak tahu, bukankah beliau adalah seorang yang disebutkan di dalam epik sebagai seorang yang bijaksana dan cerdik akan kebenaran? Dan oleh kerana keabadian dan kematian yang disebutkan dalam cerita ini merujuk kepada keabadian dan kematian jiwa, maka begitu juga dengan kematian Enkidu, maka Enkidu tidak dapat menghabiskan perjalanan ke arah keabadian tanpa terjatuh atau tersadung, melakukan perkara yang dilarang dan mengingkari perintah yang diberikan kepada beliau oleh Gilgamesh, maka hasilnya beliau terjatuh ke dalam genggaman dunia bawahan, Gilgamesh cuba menyelamatkan beliau dari genggaman nya, dan membantunya bangkit setelah rebah,

 

Gilgamesh berkata kepada Enkidu:

 

"Jika sekarang kamu akan turun ke alam bawahan,

aku katakan kepada mu, dengarlah kata ku,

arahan aku berikan, dengarlah arahan ku,

Janganlah memakai pakaian bersih,

Jika tidak, seperti musuh, penjaga dunia bawahan akan datang,

Jangan sapukan diri mu dengan minyak yang wangi,

Jika tidak, bauannya akan membuatkan mereka mengerumuni,

Jangan membaling kayu ke dunia bawahan,

JIka tidak mereka yang terkena kayu itu akan mengepung kamu,

Jangan membawa tongkat di tangan mu,

JIka tidak nuansa akan berkibaran pada kamu,

Jangan memakai sandal pada kaki kamu,

 

Di dunia bawahan, janganlah menangis,

Jangan mengucup isteri mu yang disayangi,

Jangan memukul isteri mu yang dibenci,

Jangan mengucup anak mu yang disayangi

Jangan memukul anak mu yang dibenci

Jika tidak, jeritan Kur akan menangkap kamu

 

 

Enkidu tidak mendengar perintah tuannya, malah melakukan perkara yang dilarang oleh Gilgamesh. Maka beliau ditangkap oleh Kur dan tidak lagi dapat diangkat ke bumi.

 

 

 …Ketika pertempuran, di tempat kelelakian, beliau tidak jatuh, Kur menangkapnya.” History Begins at Sumer, Samuel Noah Kramer.

 

“Kisah kematian Enkidu dan pengebumiannya berkemungkinan berasal dari Sumeria, bukan Babilon. Berdasarkan sajak Sumeria, “Gilgamesh, Enkidu dan Dunia Bawahan”, Enkidu sebenarnya tidak mati dalam erti kata biasa, namun beliau ditangkap dan ditahan oleh Kur, syaitan berbentuk naga yang menjaga dunia bawahan, setelah beliau melanggar larangan dunia bawahan. Insiden kematian Enkidu diadakan oleh penulis Epik Gilgamesh dari Babilon, dengan tujuan untuk memberi kesan dramatik kepada pengembaraan Gilgamesh untuk keabadian, yang merupakan klimaks kepada sajak tersebut.

 

 

…Bagaimanapun tidak mungkin bagi Babilon, meniru cerita Sumeria ini tanpa elemen fantasi. Maka mereka mengubah isinya mengikut citarasa dan budaya mereka, hanya tinggal sedikit sahaja dari kisah asal Sumeria yang kekal dapat dikenal pasti.” Samuel Kramer, History Begins at Sumer.

Epik Gilgamesh Bab 7: Gilgamesh dan Yusuf

gilgamesh_louvre

Di dalam perjalanan pertamanya, Gilgamesh telah mendapat kejayaan untuk membunuh syaitan Humbaba, kemudiannya pulang ke Uruk dan memakai mahkotanya untuk pertempuran kedua yang bakal bermula, pertempuran ke atas duniawi (Dewi Ishtar atau Inanna) :

 

 

“Apabila Gilgamesh telah memakai mahkotanya, Ishtar mengangkat matanya, melihat keindahan Gilgamesh. Ishtar berkata," Datang kepadaku Gilgamesh, dan jadikan aku pasanganmu, berikanku benihmu, izinkan aku menjadi pengantinmu dan kamu akan menjadi suamiku. Aku akan buatkan untuk mu kereta kuda dari batu lapis lazuli dan emas, rodanya dari emas, tanduknya dari gangsa, jembalang ribut sebagai pacuan. Apabila kamu memasuki rumah dalam wangian kayu cedar, singgahsana akan mencium kakimu. Para raja, pemerintah dan puteraakan tunduk pada mu.. "

 

 

Gilgamesh membuka mulutnya dan menjawab Ishtar,  "Aku tidak akan menjadikan kamu isteriku. Bagaimana mungkin? Pencinta mu mendapati kamu ibarat bara yang membakar ketika sejuk, pintu belakang yang tidak menghalang badai angin mahupun ibut, sebuah kubu yang memusnahkan tenteranya, lapangan yang menghitamkan pembawanya, kantung air yang melecetkan pembawanya, batu-batu yang jatuh dari tebing atap, pelantak yang membelakangi musuh, sandal yang membuatkan pemakainya tersadung. Siapakah pencinta mu yang kamu cintai selamanya? Pengembala mana yang dapat memuaskan kamu setiap masa?

 

 

Apabila Ishtar mendengar perkara ini beliau menjadi teramat marah, lalu terus naik ke langit . Air mata beliau jatuh di hadapan bapanya, Anusa dan Antum bondanya. Beliau berkata, "Wahai bapaku, Gilgamesh telah melontarkan penghinaan padaku. Beliau telah mengkhabarkan semua sikap terkutuk dan sifat ku yang keji." Anusa membuka mulutnya dan berkata, "Adakah kamu seorang bapa kepada semua tuhan. Tidak kah kamu bertengkar dengan Gilgamesh, sang raja, lalu beliau membongkar sifat sifat keji kamu?"

 

 

 

Ishtar membuka mulutnya dan berkata, "Bapaku, kurniakan kepada ku lembu jantan dari langit untuk aku musnahkan Gilgamesh. Penuhkan Gilgamesh dengan kebongkakan yang membawa kepada kemusnahannya; jika kamu enggan memberikan kepada ku lembu jantan dari langit, aku akan pecahkan pintu neraka.. Akan ada kekeliruan di kalangan manusia, mereka yang di atas bersama dengan mereka yang berada di bawah. Aku akan hidupkan semula mereka yang telah mati untuk makan makanan mereka yang hidup; bilangan yang mati akan melebihi bilangan yang hidup." Anusa berkata kepada Ishtar, "Jika aku lakukan seperti yang kamu mahukan, akan ada tujuh tahun kemarau di seluruh Uruk, di mana jagung akan menjadi sekam tanpa benih. Adakah kamu telah menyimpan gandum yang cukup untuk manusia dan rumput untuk ternakan?" Ishtar menjawab, "Aku telah menyimpan gandum untuk manusia dan rumput untuk ternakan; cukup untuk tujuh tahun sekam tanpa benih, cukup gandum dan rumputnya." The Epic of Gilgamesh

 

Dan di dalam Quran, {Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".”} Surat Yusuf (Joseph) 12:23.

 

 

{Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya.”} Surat Yusuf (Joseph), 12:47-49.

Epik Gilgamesh Bab 6: Gilgamesh, Seorang Peribadi Keagamaan

gilgamesh_louvre

 

Bab 6: Gilgamesh, Seorang Peribadi Keagamaan

 

 

 

Epik Gilgamesh dipenuhi dengan simbol-simbol, seperti visi / rukyah yang bersifat simbolik dan ia menerangkan makna sesetengah dari simbol, selain itu ada juga perkataan dan peristiwa yang bersifat simbolik. Sebagai contoh, semasa pertarungan sengit antara Gilgamesh dan Enkindu, kita mendapati keadaan tiba-tiba menjadi tenang, Enkindu terus bangun, dengan penuh hormat beliau berkata kepada Gilgamesh:

 

 

‘Tiada orang seperti kamu di dunia ini. Ninsun, yang gagah seperti lembu liar di dalam kandang adalah ibu yang mengandungkan kamu, dan sekarang kamu diangkat melebihi semua lelaki, Enlil telah memberikan kerajaan kepada kamu, kerana kekuatan kamu melebihi kekuatan lelaki.’ The Epic of Gilgamesh, Taha Baqir.

 

 

Persoalan di sini ialah, jika Enkindu mengetahui perkara ini dari awal, maka mengapa beliau menentang Gilgamesh?

 

 

Oleh itu, adalah tidak logik jika apa yang dimaksudkan dengan pertarungan adalah pertarungan fizikal antara Gilgamesh dan Enkindu. Ya,  mungkin boleh untuk mengatakan ini adalah satu pertarungan ideologi, yang akhirnya membuatkan Enkidu mengakui Gilgamesh adalah anak kepada Ninsun, dan anak kepada Enlil yang memberikan beliau kerajaan. Dan selepas pertarungan tersebut, adalah jelas bahawa Enkidu meninggikan Ninsun dan Enlil namun tidak mengiktiraf Gilgamesh adalah dari keturunan mereka berdua. Namun sekarang beliau akui, ‘Tiada orang seperti kamu di dunia ini. Ninsun, yang gagah seperti lembu liar di dalam kandang adalah ibu yang mengandungkan kamu, dan sekarang kamu diangkat melebihi semua lelaki, Enlil telah memberikan kerajaan kepada kamu, kerana kekuatan kamu melebihi kekuatan lelaki.’

 

 

Inilah sebabnya kita perlu memberikan perhatian kepada simbolisme di dalam teks dan tidak menganggap teks-teks ini sebagai teks yang literal atau jelas. Malah hakikatnya, ia adalah perkara asas dalam teks-teks agama secara umumnya, kerana teks-teks ini adalah dari dunia yang lain dan mengandungi hikmah, kadang kala, matlamat teks-teks ini adalah untuk menyampaikan mesej kepada manusia, dan mungkin mesej ini selalunya perlu dilindungi dari para penyamar, menggunakan simbol yang hanya diketahui oleh pemilik urusan ini. Oleh itu, sebagai contoh, visi / rukyah tanpa ragu merupakan sejenis teks agama, namun siapa dari kalangan kita yang meragui bahawa visi-visi ini selalunya bersifat simbolik?

 

 

 

Perjalanan utama Gilgamesh, untuk membunuh syaitan Humbaba dan menghapuskan kezaliman, penindasan dan kejahatan dari bumi:

 

 

 

“Gilgamesh berkata kepada budaknya Enkidu, “Oleh kerana kejahatan yang wujud di tanah ini, kita akan pergi ke hutan dan memusnahkan kejahatan tersebut; kerana di dalam hutan, tinggalnya Humbaba yang namanya adalah “Gergasi yang besar dan ganas”. Dan sebelum Gilgamesh melihat Syaitan itu, beliau melihat banyak visi yang mengkhabarkan misi pertama beliau telah berjaya.

 

 

“Gilgamesh berkata, “Aku bermimpi lagi. Kita berdiri di dalam gaung pergunungan yang dalam, di sisi gunung ini, kita hanyalah ibarat lalat paya yang kecil; dan tiba-tiba gunung ini runtuh lalu menghempap ku dan menghimpit kaki ku. Kemudian muncul cahaya yang sangat terang, dan keindahannya adalah melebihi keindahan dunia ini. Ia menarikku dari gunung yang menghempap, memberikan ku air untuk minum dan hatiku dihiburkan.” The Epic of Gilgamesh.

 

 

 

Semua perkara yang disembah oleh bangsa Sumeria adalah tuhan, maka kehidupan dunia adalah tuhan, keakuan adalah tuhan, masyarakat adalah tuhan, orang soleh dan suci adalah tuhan, oleh sebab itu, kita boleh menukarkan perkataan tuhan dengan nabi, orang soleh, duniawi atau keakuan, dan mari kita merenung teksnya dan melihat hikmah yang memenuhinya,

 

 

“Gilgamesh menjawab ’Dimanakah manusia yang dapat memanjat ke syurga? Hanya tuhan dapat hidup selamanya bersama Shamas yang mulia, sedangkan kita umurnya pendek, dan tugas kita seperti angin lalu.” The Epic of Gilgamesh.

 

 

Dan disebutkan di dalam Quran,  {Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.} Surat al-Furqan 25:23.

 

 

 

Gilgamesh yang merupakan dua pertiga tuhan ingin membuang bahagian satu pertiga nya yang gelap, jadi beliau pergi kepada seorang yang berjaya membuang kegelapan dari dirinya dan menjadi abadi bersama tuhan, dan beliau adalah datuknya, Utnapishtim, Nuh. Oleh itu, perjalanan Gilgamesh ke Nuh bukanlah satu perjalanan demi meminta keabadian jasmani seperti yang dibayangkan oleh sesetengah pembaca, namun ia sebenarnya adalah perjalanan demi meminta keabadian rohani.

 

 

Setelah semua ini, adakah adil bagi seseorang itu membantah apabila kami katakan Epik Gilgamesh ini adalah bersifat keagamaan dan Gilgamesh merupakan seorang peribadi keagamaan?