Epik Gilgamesh Bab 5: Gilgamesh, anak kepada Ninsun, ibu yang menangis ke atas Dumuzi

Gilgamesh, anak kepada Ninsun, ibu yang menangis ke atas Dumuzi

 

 

Kisah Gilgamesh yang akan datang suatu hari nanti untuk mencapai keadilan dan menyelamatkan manusia dari keganasan. Dan di dalam artifak Mesir Purba, “Seorang lelaki yang bangkit, dengan penuh kehormatan sedang memegang Sapi yang sedang bangkit, seekor disebelah kanannya dan seekor lagi di sebelah kirinya.” Légendes de Babylone et de Canaan, Charles Virolleaud.

 

Gilgamesh, orang yang dinantikan oleh bangsa Mesopotamia (Sumer) atau selatan Iraq selama ribuan tahun untuk muncul di situ suatu hari nanti.

Gilgamesh, anak kepada Ninsun, ibu yang menangis ke atas Dumuzi

 

Dumuzi:

 

“Hatiku pergi ke edin, menangis dan menangis

Aku adalah wanita dari Kuil, aku adalah Inanna yang memusnahkan tanah air musuh-musuh

Aku adalah Ninsun, ibunda para guru agung

Aku adalah Geshtinanna, ibunda anak suci

Hati ku pergi ke edin, menangis dan menangis

Ia pergi ke tempat tinggal anak tersebut,

Ia pergi ke tempat tinggal Dumuzi

Ke dunia ruh, kediaman para pengembala

Hatiku pergi ke edin, menangis dan menangis

Ke tempat di mana anak itu dirantai

ke tempat di mana Dumuzi ditahan

 

Hatiku pergi ke edin, menangis dan menangis,” Ishtar Dan Tragedi Tammuz oleh Dr. Fathil Abdul Wahid Ali.

Gilgamesh:

 

Kata-kata Enkidu kepada Gilgamesh:

 

‘Tiada yang seperti mu di dunia ini. Ninsun, yang kuat seperti lembu jantan liar di dalam kandang, beliau adalah ibu yang melahirkan kamu, dan sekarang, kamu diangkat melebihi semua lelaki, dan Enlil telah memberikan kamu kerajaan, kerana kekuatan mu mengatasi  kekuatan semua lelaki.’ Epik Gilgamesh, Taha Baqir.

Melalui Epik Gilgamesh, kita dapat membaca tentang perjalanan manusia di masa akan datang, bukan di masa silam, seperti yang dibayangkan oleh orang yang menerangkannya. Dan kita boleh membaca tentang kisah seseorang yang menyelamatkan umat manusia dari keganasannya, yang malangnya, yang sentiasa ada kewujudannya, khususnya di dalam konfrontasi yang besar.

 

{samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah } Surat al-Jumua 62:5.

 

{maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah… } Surat al-Araf 7:176.

 

{dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul" … } Surat al-Maeda 5:60.

 

Sang Penyelamat, yang telah dikenali selama ribuan tahun dan merentasi benua. Berita tentangnya tersebar dari Mesopotamia ke Afrika Utara, dan wujud gambaran simbolik tentang beliau pada artifak Mesir; “Seorang lelaki, dengan penuh kemuliaan memegang dua lembu yang berdiri, seekor di kanan dan seekor di kirinya. Dan ini adalah gambaran yang kita lihat pada banyak artifak Babilon, dan selalunya ia menggambarkan Gilgamesh dan pergelutannya dengan haiwan buas.” Légendes de Babylone et de Canaan, Charles Virolleaud.

 

Di dalam Epik ini, Gilgamesh adalah dua per tiga Tuhan. Dan kita mendapati kisahnya, beliau adalah orang dari Banjir kedua, berkait rapat dengan kisah bapa Sumeria, Ziusudra (Nuh) dan figur Babilon, Utnapishtim (Nuh), lelaki dari Banjir pertama. Malahan, perjalanan yang lebih penting di dalam Epik ini adalah perjalanan Gilgamesh untuk bertemu datuknya, Nuh, Utnapishtim, yang merupakan seorang manusia abadi dikalangan tuhan-tuhan, dan untuk bertanya kepadanya tentang rahsia untuk membuang satu pertiga bahagian manusianya, dan kemudiannya menjadi makhluk abadi bersama tuhan-tuhan seperti mana datuknya, Nuh (as), atau dengan kata lain, menjadikan namanya tertulis di dalam rekod kehidupan abadi dan tinggal bersama mereka yang ruhaninya kekal abadi. Jadi isunya adalah tentang ruhnya, kerana beliau adalah dua pertiga tuhan dan beliau mahu satu pertiga selebihnya turut menjadi kekal, dan ia tidak ada kena mengena dengan keabadian jasmani seperti yang dibayangkan oleh orang yang menerangkan Epik ini.

 

Kita mendapati dengan jelas bahawa Gilgamesh adalah Sang Penyelamat di dalam sesetengah teks dan simbol keadilan yang dinantikan dan disebut-sebut oleh semua orang

"Dan orang-orang Uruk bergumam di dalam rumah mereka.. Tiada lagi anak lelaki yang tinggal bersama bapanya, kerana Gilgamesh mengambil semua mereka, walaupun kanak-kanak; namun seorang raja patut menjadi penjaga rakyatnya. Beliau tidak meninggalkan seorang dara pada pencintanya, juga tidak meninggalkan anak perempuan pahlawan atau isteri bangsawan, namun beliau adalah penjaga kota, bijak, tentang dan tegas.’” Epik Gilgamesh.

 

Beberapa pakar ketamadunan Sumeria memahami ayat ini sebagai satu bentuk keganasan oleh Gilgamesh ke atas kemuliaan manusia atau penindasan ke atas mereka, dan ini adalah satu perkara yang tidak munasabah; kerana ini menjadikan Epik ini saling bercanggahan, kerana di permulaannya, Gilgamesh disebut dengan ciri yang paling terbaik. Dan dalam baris yang sama, beliau disebut sebagai bijaksana, jadi bagaimana seorang raja yang bijaksana melanggar kehormatan rakyatnya dan menindas mereka? Malah, bahagian seterusnya epik ini mencirikan Gilgamesh dengan moral yang terbaik, seperti tidak mementing diri, berani dan setia. Atas sebab ini, baris-baris ini samada diubah secara sengaja dan ditambah kepada teks atau ia bersifat simbolik, dan memerlukan pencerahan dan penafsiran.

 

Jika kita merenung teks-teks ini, kita akan menemui siapa Sang Penyelamat Manusia dari keganasannya, Sang Penyelamat Manusia yang mana kisahnya diceritakan oleh semua umat, kerana jika umat yang wujud sebelum waktu pengutusannya tidak bersedia untuk menerima beliau, maka sekurang-kurangnya akan ada individu dari umat-umat ini yang dapat diselamatkan dari kisah yang mereka riwayatkan. Beliau menjadi orang yang menghubungkan mereka dengan Allah dan membuka pintu-pintu langit, jadi sesiapa yang mahu mendengar boleh mendengar dengan wahyu agung yang mengkhabarkan kepadanya kebenaran agar dia menjadi terikat dengan kebenaran, kebenaran yang menyebabkan kita muncul dari ketiadaan, kebenaran yang menjadi sebab kita diciptakan. Inilah sebabnya beliau akan menyibukkan semua orang dengan Allah, bukan dengan dirinya, kerana jika beliau menyibukkan mereka dengan dirinya tanpa memberi amaran kepada mereka, maka tidak ada perbezaan antara beliau dan para penzalim dan penindas yang lain, yang mahukan kemasyhuran dan reputasi.

 

Sekarang kita semua dapat memahami mengapa orang-orang Uruk bergumam di dalam rumah-rumah mereka, dan mengapa Gilgamesh tidak meninggalkan seorang anak untuk bapanya, seorang dara untuk pencintanya, anak perempuan pahlawan atau isteri bangsawan, kerana mereka semua mempunyai ikatan yang kuat dengan Allah swt. Gilgamesh, sang penyelamat datang dan membebaskan mereka yang terselamat, yang pada masa tertentu akan menjadi pintu kepada wahyu agung. Dan beliau mengajar mereka cara untuk terikat dengan Allah dan bagaimana untuk mencintai Allah, mendengar Allah dalam segalanya. Dan jika anda merujuk kepada bangsa Sumeria, mereka sangat bersungguh-sungguh dalam perkara ini.

(Dia adalah Gilgamesh, yang bermaksud pahlawan barisan hadapan dan lelaki yang menjadi benih kepada pokok yang baru).

 

Gilgamesh, peribadi yang suci pada bangsa Sumeria atau Akkad -Babilon- Assyria dan sejumlah besar di dunia purba, disebutkan secara terperinci di dalam Epik Gilgamesh sebagai dua pertiga tuhan dan sepertiga manusia, iaitu cahaya kewujudannya menang ke atas kegelapan atau keakuan, namun akhirnya, beliau mencari rahsia agung keselamatan dari kegelapan. Malah namanya sendiri, Gilgamesh, menceritakan tentang misinya, kerana beliau adalah seorang pahlawan barisan hadapan.

 

Dan di dalam Epik:

 

Beliau adalah pahlawan yang membunuh syaitan Humbaba

Beliau adalah pahlawan yang meyakiti Ishtar (duniawi)

Beliau adalah pahlawan yang memusnahkan dirinya sendiri

Beliau adalah orang yang akan menjadi benih kepada pohon kemanusiaan yang baru, yang berjaya mengalahkan keganasannya.

“Dan tiada orang yang mengetahui maksud tepat bagi nama Gilgamesh, dan sesetengah teks Akkad menyebutkan maknanya sebagai pahlawan barisan hadapan, dan ada kemungkinan bagi nama Sumerianya bermaksud lelaki yang menjadi benih kepada pohon yang baru, iaitu lelaki yang akan membina keluarga.” Epik Gilgamesh

 

Mungkin, perubahan terbesar epik-epik ini adalah kesalahan personafikasi peribadi-peribadi di dalam epik ini kerana kekeliruan, sebagai contoh, menggambarkan mereka sebagai raja yang namanya disebutkan di dalam Senarai Raja Sumeria. Keperibadian epik Gilgamesh digambarkan sebagai Raja Gilgamesh walaupun nama bapanya adalah berbeza, ini sebagai contoh. Inilah situasi sebenar bagi seseorang yang membaca kisah epik Al Mahdi yang disebutkan oleh Nabi Muhammad (saw) di dalam banyak riwayat, dengan mengatakan ada seorang lagi raja kerajaan Abbasiyah yang bernama Al-Mahdi lebih seribu tahun yang lepas. Dan dia percaya bahawa orang yang disebutkan sebagai Mahdi Islam itu adalah Raja Abbasiyah tersebut. Amat malang kerana ini kerap terjadi dalam isu Gilgamesh walaupun beberapa pakar dalam Artifak Sumeria menyebutkan bahawa tidak betul untuk menganggap Gilgamesh dalam kisah ini sebagai sama dengan Gilgamesh di dalam sejarah, hanya berdasarkan kepada persamaan nama. Charles Virolleaud berkata,

 

“Oleh itu, wujud sebab yang membuatkan kita percaya bahawa pada suatu zaman kuno terdahulu, ada seorang raja yang bernama Gilgamesh. Dan nama ini tersenarai di dalam Senarai Raja Uruk, namun nama beliau bukanlah berada pada kedudukan tinggi seperti yang dijangkakan, kerana Gilgamesh yang wujud dalam sejarah tidak mengasaskan kerajaan, malah beliau tersenarai dalam senarai raja yang yang tidak kita ketahui sejarah mereka melainkan nama sahaja.. Bagaimanapun, Gilgamesh yang tertulis dua baris namanya tidak mempunyai apa-apa yang menarik perhatian kita, namun ia berbeza dengan Gilgamesh yang wujud di dalam sastera.” Légendes de Babylone et de Canaan, Charles Virolleaud.

 

Epik Gilgamesh, yang wujud dalam pustaka raja-raja Sumeria, Akkad, juga Babilon malah Assyria, mereka menyimpan dan memilikinya, termasuk masyarakat mereka dari orang-orang awam, seolah-olah ia adalah kitab jampi atau kitab suci, saya percaya perkara ini layak untuk direnungkan dan dikaji samada ia melambangkan kisah seorang yang akan datang di masa hadapan, yang dinantikan oleh bangsa Sumeria, atau Akkad, Babilon dan Assyria sebagai sang penyelamat yang dinantikan.

 

Taha Baqir berkata, “Dan nama wira Gilgamesh itu sendiri telah digunakan oleh majoriti hasil sastera umat purba, dan perinciannya telah ditiru oleh wira-wira umat purba yang lain, seperti Hercules, Alexander, Dzu Al-Qarnain dan Odysseus dari Odyssey.” Taha Baqir, Epik Gilgamesh. Beliau juga menambah, “Sungguh menghairankan, kerana Gilgamesh ini yang menjadi contoh untuk wira dari umat-umat yang lain.”

 

Dan Charles Virolleaud berkata, “Dan di masa silam, bangsa Mesir mengenali peribadi yang kita sedang bicarakan, dengan penemuan sebuah pisau di Lembah Nil,  Gebel el Arak, matanya dibuat dari batu api, bukannya besi manakala pemegangnya dibuat dari gading gajah. Di satu sisi, terdapat gambar seorang lelaki berdiri yang sedang memegang dua ekor lembu dengan penuh kemuliaan, seekor di kanannya dan seekor lagi di kirinya. Ini merupakan gambar yang kerap dilihat pada banyak artifak Babilon, dan selalunya ia melambangkan Gilgamesh serta pertarungan beliau dengan haiwan liar.” Légendes de Babylone et de Canaan, Charles Virolleaud.

 

Oleh itu, Gilgamesh bukan sahaja seorang yang adil dan soleh, bukan sahaja seorang raja atau bakal raja. Malah, Gilgamesh adalah seorang yang dinantikan oleh banyak umat dan beliau merupakan contoh kepada para wira umat-umat lain. Seperti mana yang ditunjukkan oleh artifak artifak ini. Dan hakikat bahawa Gilgamesh dinantikan oleh banyak umat adalah satu satu-satunya penerangan kewujudan berbagai versi epik ini di berbagai negara, walaupun berlainan bahasa dengan yang asal.

 

“Dan besar kemungkinan, bukti terbaik untuk menunjukkan besarnya pengaruh Gilgamesh ke atas minda manusia dari tamadun silam adalah betapa luasnya tersebar perkara ini di dunia silam. Oleh itu, di kalangan penduduk awal Iraq, ia bukan sahaja tersebar di kalangan penduduk selatan atau bahagian tengah Iraq, iaitu kawasan yang dikenali sebagai Sumer dan Akkad, namun bahagian utara juga tersekali, iaitu Assyria. Oleh itu banyak versi yang dijumpai di ibu kota Iraq purba, semasa era kemakmuran tamadun Babilon ketika alaf kedua sebelum Masihi. Manakala bagi kerajaan Assyria pula, terbitan sempurna yang sampai kepada kita dijumpai di dala Pustaka Ashurbanipal yang terkenal, raja bangsa Assyria.. Manakala berkenaa pusat ketamadunan purba, kami telah pun menunjukkan bahawa sesetengah pengkaji menemui banyak versi dari bahagiannya di daerah yang jauh, seperti Anatolia, pusat ketamadunan Hittie. Sesetengah dari teks ini ditulis dalam bahasa Babilon purba, juga terjemahan ke bahasa Hittie dan Hurria. Dan baru-baru ini, terdapat penemuan menarik sebuah versi dari sesetengah babnya di salah satu dari kota purba di Palestin, iaitu Megiddo, yang ternak di dalam Taurat. Versi kecil ini dikesan umurnya sehingga abad ke empat belas sebelum Masihi.” Taha Baqir, The Epic of Gilgamesh.

 

Inilah bagaimana kisah epik Gilgamesh diceritakan pada awalnya, dan ia menyimpulkan segalanya tentang Gilgamesh dalam beberapa baris, seperti sebuah pengenalan kepada peribadi Gilgamesh dan misinya.

 

“Ini adalah lelaki yang melaluinya segala perkara diketahui; ini adalah raja yang mengetahui semua kerajaan di dunia. Beliau seorang yang bijaksana, melihat perkara misteri dan mengetahui rahsia-rahsia, beliau membawakan kepada kita kisah sebelum Banjir Besar. Beliau terlibat dalam satu perjalanan yang jauh, kepenatan, keletihan berkerja, beliau pulang berehat, dan menulis di atas batu keseluruhan riwayat.”

Epik Gilgamesh Bab keempat: Sumer dan Akkad menangisi Dumuzi, dan sekarang mereka menangisi Alhussain (as)?

Bab keempat: Sumer dan Akkad menangisi Dumuzi, dan sekarang mereka menangisi Alhussain (as)?

 

Bangsa Sumeria dan Akkad meratapi dan menangisi Dumuzi (bahasa Sumeria: Dumu bermaksud anak + Zi bermaksud beriman) selama ribuan tahun. Ratapan ke atas Dumuzi oleh bangsa Mesopotamia berterusan sehingga zaman Nabi Ezekial. Kitab Taurat menyebutkan bahawa penduduk Mesopotamia meratapi Tammuz (Dumuzi),

 

 

{Lalu TUHAN berfirman kepadaku, “Engkau akan melihat mereka melakukan hal-hal yang lebih menjijikkan daripada hal itu.” Maka Dia membawa aku ke pintu gerbang utara Rumah TUHAN. Di situ aku diperlihatkan-Nya perempuan-perempuan yang sedang menangisi kematian Dewa Tammuz. Dia bertanya, “Hai manusia fana, adakah engkau nampak hal itu? Engkau akan melihat hal-hal yang lebih menjijikkan lagi.” Oleh itu Dia membawa aku ke halaman dalam di Rumah TUHAN. Di situ, dekat pintu masuk ke tempat suci, di antara mazbah dan serambi, ada kira-kira dua puluh lima orang lelaki. Mereka membelakangi tempat suci itu dan bersujud ke arah timur untuk menyembah matahari yang terbit.} Ezekiel 8:13-16.

 

Hal-hal yang disebutkan sebagai jijik itu adalah pembunuhan Tammuz (Dumuzi), yang membuatkan para wanita menangis dan para lelaki bersujud di altar.

 

Kisah pembunuhan Raja Dumuzi bermula dengan beliau mendapat balasan akibat keengganan beliau untuk bersujud kepada Ishtar-Inanna (kehidupan duniawi)

 

 

“Jika Inanna naik dari dunia bawahan,

 

Biarkan dia memberikan seseorang sebagai gantinya.”

 

Inanna naik dari dunia bawahan

 

Syaitan kecil seperti buluh-shukur

 

Syaitan besar seperti buluh-dubban

 

Berpegang kepada sisinya

 

Yang berada di hadapannya, walaupun bukan wazir, memegang tongkat di tangannya

 

Yang berada di sisinya, walaupun bukan pahlawan, mempunyai senjata..

 

Mereka yang menemaninya,

 

Mereka yang menemani Inanna [Dewi Ishtar atau duniawi]

 

Adalah makhluk yang tidak mengenali makanan, tidak mengenali minuman

 

Tidak memakan tepung yang ditaburkan

 

Tidak meminum air yang dimandikan

 

Merampas seorang isteri dari riba suaminya

 

Merampas seorang anak dari dada ibu susuan

 

 

(Inanna terus bergerak ke dua kota Sumeria, Umma dan Bad-tibira, yang mana kedua tuhannya bersujud kepada Inanna dan diselamatkan dari syaitan. Kemudian dia tiba di kota Kullab, yang mana tuhan penjaganya adalah Dumuzi. Sajak diteruskan:

 

 

 

Dumuzi memakai jubah kemuliaan, beliau duduk tinggi di singgahsana. Syaitan menangkapnya pada pehanya. Tujuh Syaitan bergegas ke arahnya di sisi manusia yang sakit. Sang pengembala tidak memainkan seruling atau terompet di hadapannya. Dia (Inanna) memandangnya dengan pandangan kematian.. Dia berbicara dengannya dengan bicara kemurkaan.. Dia menangis padanya dengan tangisan bersalah:

 

 

 

Berkenaan dirinya, bawa dia pergi,”))

 

 

 

Inanna yang suci memberikan Dumuzi ke tangan mereka

 

Mereka yang menemani beliau,

 

Mereka yang menemani Dumuzi,

 

Adalah makhluk yang tidak mengenali makanan juga minuman

 

Tidak memakan tepung yang ditabur. tidak meminum air yang dimandikan.” History Begins at Sumer, Kramer.

 

Oleh itu, Ishtar/ Inanna, isteri Raja Dumuzi, telah menyerahkan beliau kepada syaitan yang kemudiannya membunuh beliau. Ini adalah satu paradoks yang sukar untuk difahami kepada mereka yang tidak mengetahui maksud Ketuanan Allah, atau lantikan Allah, atau seperti yang disebut oleh bangsa Sumeria dan Akkad, “Kedaulatan yang datang dari langit."

 

Namun ia adalah kebenaran yang kerap terjadi di dalam agama samawi: Ishtar, kehidupan duniawi, selalunya akan dipimpin oleh para raja yang tidak dilantik oleh Allah, kerana para raja ini telah bersujud kepada Inanna dan menyerah diri kepadanya, dengan kata lain, menyembah keinginan duniawi mereka.

 

Dan Ishtar, kehidupan duniawi, memberontak terhadap mereka yang dilantik oleh Allah untuk memerintah dunia, kerana para lantikan ini sebenarnya menentang kehidupan duniawi.

 

Maka saham Ali (as) adalah lima tahun yang perit di mana semua syaitan di bumi mengamuk untuk memerangi beliau (as) di perang Jamal, Siffin dan Nahrawan, dan mereka tidak berhenti sehingga mereka membunuh beliau di Kufah.

 

Dan saham Al-Hussain (as), raja yang dilantik bagi memerintah dunia ini, telah dibunuh sehingga tiada yang terselamat walaupun seorang bayi.

 

Dan berikut adalah beberapa teks yang sampai kepada kita dari Tablet tanah bangsa Sumeria tentang tragedi Dumuzi dan saudara perempuannya , dan kita akan lihat betapa dekatnya ia dengan peristiwa yang terjadi kepada Al-Hussain (as), walaupun ia adalah teks arkeologi yang tersebar di kalangan bangsa Sumeria dan Akkad ribuan tahun sebelum kelahiran Al-Hussain (as)

 

 

Hatinya dipenuhi air mata

 

Hati sang pengembala dipenuhi dengan air mata

 

Hati Dumuzi dipenuhi dengan air mata.

 

Dumuzi tersadung di padang rumput, menangis:

 

“Wahai padang rumput, dirikanlah benteng untuk ku!

 

Wahai ketam di sungai, ratapilah aku!

 

Wahai katak di sungai, serulah untuk ku!

 

Wahai ibuku, Sirtur, tangisilah aku!"

 

 

Dan jika dia tidak dapat mencari lima buku roti,

 

Dan jika dia tidak dapat mencari 10 buku roti

 

Dan jika dia tidak tahu hari kematian ku

 

Kamu, wahai padang rumput, khabarkan pada ibu ku

 

Di atas padang rumput, ibu ku akan menitiskan air mata untuk ku.

 

Di atas padang rumput, adikku akan meratapi ku

 

 

Beliau berbaring untuk berehat

 

Sang pengembala berbaring untuk berehat

 

Dumuzi berbaring untuk berehat

 

 

Semasa beliau berbaring di atas tunas dan rumput

 

Beliau telah bermimpi

 

Beliau terjaga dari mimpi

 

Tergetar-getar akibat mimpinya

 

Beliau menggosok matanya, ketakutan

 

 

Dumuzi memanggil:

 

“Panggilkan dia.. adik perempuan ku.

 

Panggilkan Geshtinanna, adik perempuan ku

 

Penulis ku yang mengetahui

 

Penyanyi yang mengetahui banyak lagu

 

Adik perempuanku yang mengetahui makna perkataan

 

Wanita bijaksana yang mengetahui makna mimpi

 

Aku perlu bercakap dengannya

 

Aku perlu mengkhabarkan mimpi ku.”

 

 

Dumuzi berbicara dengan Geshtinanna, dengan berkata: “Mimpi! Adikku, dengarkan mimpi ku:

 

Rimbunan tumbuh kerana ku; rimbunan membesar kerana ku. Buluh yang sedang membesar bergetar kerana ku. Buluh yang tumbuh berkembar, yang pertama dan kemudian yang kedua, telah dibuang. Di dalam belukar, ketakutan pepohon tinggi meningkat tentang ku. Tiada air yang dituangkan di atas perapian ku yang suci. Dasar bekas ku jatuh dilepaskan. Cawan minum ku terjatuh dari pemegangnya. Tongkat pengembala ku telah hilang. Seekor helang menangkap seekor domba dari kandangnya. Seekor helang menangkap burung pipit di atas pagar buluh. Adik ku, domba mu mengheret janggutnya di atas tanah. Kambing mu mencakar bumi dengan kaki yang bengkok. Bekas air kekal diam; tiada susu yang dituangkan. Cawan terbiar pecah; Dumuzi sudah tiada lagi.

 

 

Geshtinanna berkata:

 

“Abang ku, jangan ceritakan mimpi mu.

 

Dumuzi, jangan ceritakan mimpi seperti itu

 

Rimbunan yang tumbuh pada mu

 

Rimbunan yang membesar tebal pada kamu

 

Adalah syaitan mu, yang akan mengejar dan menyerang mu

 

Pohon buluh tunggal yang sedang tumbuh, menggentarkan mu,

 

Ia adalah ibu kita; dia akan meratapi kamu.

 

 

 

Pohon buluh yang tumbuh berkembar, yang mana satu per satu dibuang, Dumuzi

 

Adalah kamu dan aku; yang pertama dan yang lain akan diambil

 

Di dalam belukar berkayu, keganasan pepohon tinggi yang membesar bangkit tentang kamu,

 

Adalah Ugallu; mereka akan turun kepada mu di dalam berkumpulan

 

Apabila api diletakkan di atas mimbar suci,

 

Kandang kambing akan menjadi rumah pengasihan

 

Apabila dasar bekas kamu terjatuh,

 

Kamu akan diberkas oleh ugallu (Syaitan berkepala singa)

 

Apabila cawan minuman kamu terjatuh dari pemegangnya

 

Kamu akan jatuh ke bumi, ke atas kaki ibu mu

 

Apabila tongkat pengembala mu hilang,

 

Ugallu akan menyebabkan semuanya mereput

 

Sang helang akan menangkap seekor kambing di kandangnya

 

adalah Ugallu yang akan mencakar pipimu

 

Sang helang yang menangkap burung pipit di pagar buluh

 

adalah Ugallu yang memanjat pagar untuk menangkap mu

 

Dumuzi, domba ku akan menyeret janggutnya di atas tanah

 

Rambut ku akan berpusar di syurga kerana mu

 

Wahai Dumuzi, aku akan menampar pipiku, kerana sedih pada mu

 

Bekas air tinggal diam; tiada susu yang dituangnkan

 

Cawan terbiar pecah; Dumuzi tiada lagi.."

 

Dumuzi melepaskan diri dari syaitannya

 

Beliau melarikan diri ke kandang kambing adiknya

 

Apabila Geshtinanna menjumpai Dumuzi di kandang kambing, beliau menangis

 

Beliau mendekatkan mulutnya ke syurga

 

Beliau mendekatkan mulutnya ke bumi

 

Kesedihan beliau menyelimuti ufuk ibarat pakaian

 

Beliau memukul matanya

 

Beliau memukul mulutnya

 

Beliau memukul pehanya

 

Ugallu memanjat pagar buluh

 

Ugallu pertama memukul Dumuzi di pipinya dengan paku

 

Ugallu kedua memukul Dumuzi di pipi yang lain dengan tongkat pengembala

 

Ugallu ketiga memecahkan dasar bekas air

 

Ugallu keempat membaling cawan minuman dari pemegangnya

 

Ugallu kelima memecahkan bekas air

 

Ugallu keenam memecahkan cawan

 

Ugallu ketujuh berteriak:

 

"Bangkit wahai Dumuzi!

 

Suami Inanna, anak Sirtur, abang Geshtinanna!

 

Bangkit dari tidur palsu mu!

 

Mata mu telah dirampas!

 

Domba mu telah dirampas!

 

Kambing mu telah dirampas!

 

Anak-anak mu telah dirampas!

 

Tanggalkan mahkota suci mu dari kepala!

 

Tanggalkan pakaian mu dari badan!

 

Biarkan tongkat diraja mu jatuh ke tanah!

 

Tanggalkan sandal suci mu dari kaki!

 

Berbogel, ikut kami!"

 

Ugallu menangkap Dumuzi,

 

Mereka mengepung Dumuzi

 

Mereka mengikat tangannya dan lehernya

 

Bekas air tinggal diam. Tiada susu yang dituangkan.

 

Cawan telah pecah. Dumuzi tiada lagi.

 

Kandang domba ditinggalkan kepada angin. (Inanna – Permaisuri Langit dan Bumi, Wolkstein dan Kramer)

 

 

 

“Malahan, kamu melihat  di dalam kalendar Babilon, bahawa meratapi dan menangisi Dumuzi bermula pada hari kedua bulan Du'uzi, iaitu Tammuz (July), dan peringatan akan diadakan di mana obor api akan dibawa pada hari kesembilan, keenam belas dan ketujuh belas. Dan pada tiga hari terakhir bulan ini, satu upacara yang dinamakan Talkimtu dalam bahasa Akkad akan diadakan, demonstrasi ritual dan pengebumian peribadi yang melambangkan Tammuz. Dan walaupun kesan yang disebabkan oleh ideologi kematian Dumuzi di dalam masyarakat kuno Mesopotamia dan luarnya, kesedihan terhadapnya tidak pernah menjadi ritual di dalam kuil, namun ia kekal diadakan sebagai amalan popular masyarakat.. Dan kita mengetahui beberapa ratapan yang ditulis oleh penyair bangsa Sumeria dan Babilon, yang meratapi Dumuzi, yang dibaca di dalam majlis peringatan di kota yang berbeza .” Ishtar Dan Tragedi Tammuz oleh Dr. Fathil Abdul Wahid Ali.

 

 

Ratapan Bangsa Sumeria Terhadap Tammuz atau Dumuzi:

 

 

“Cawan telah terjatuh, pecah

 

Dan Dumuzi tiada lagi

 

 

Kandang domba telah diberikan kepada angin. " Ishtar Dan Tragedi Tammuz oleh Dr. Fathil Abdul Wahid Ali.

 

Dan di sebuah syair yang lain, penyair Sumeria meratapi Dumuzi dengan berkata,

 

Hatiku pergi ke edin, menangis dan menangis

 

Aku adalah wanita dari Kuil, aku adalah Inanna yang memusnahkan tanah air musuh-musuh
Aku adalah Ninsun, ibunda para guru agung
Aku adalah Geshtinanna, ibunda anak suci
Hati ku pergi ke edin, menangis dan menangis

 

Ia pergi ke tempat tinggal anak tersebut,
Ia pergi ke tempat tinggal Dumuzi
Ke dunia ruh, kediaman para pengembala
Hatiku pergi ke edin, menangis dan menangis

 

Ke tempat di mana anak itu dirantai
ke tempat di mana Dumuzi ditahan
Hatiku pergi ke edin, menangis dan menangis,” Ishtar Dan Tragedi Tammuz oleh Dr. Fathil Abdul Wahid Ali.

 

 

 

 

Hakikatnya adalah, satu kezaliman yang besar kepada bangsa Sumeria yang mengajarkan umat manusia menulis, mencipta undang-undang dan mengasaskan sains, yang mula-mula merekacipta roda, menyusun matematik, aljibra dan kejuruteraan, apabila Dr. Kramer dan pakar ketamadunan Sumeria yang lain menggambarkan mereka meratapi sesuatu lagenda atau kisah lagenda yang ditulis oleh mereka sendiri, seperti ekspresi bahawa kesuburan dan ketidak suburan yang silih berganti di sepanjang tahun, seolah-olah mereka semua adalah individu yang sedang berkhayal yang menyebabkan mereka hilang pertimbangan, misalnya mereka dan pengganti mereka dari kalangan bangsa Babilon bersedih dan mengadakan peringatan selama ribuan tahun untuk sebuah simbol di dalam sebuah kisah yang ditulis oleh mereka sendiri, dari awal hingga akhir. Selama ribuan tahun, bangsa Mesopotamia, satu generasi ke generasi yang lain, menggambarkan jasad Dumuzi. Dan setiap tahun, mereka menangisi Dumuzi dan membaca ratapan untuk Dumuzi.

 

Adakah semua ini hanyalah khayalan?!! Dan merupakan sebuah kisah yang ditulis mereka semata-mata? Untuk apa? Untuk menyatakan kesuburan datang ketika musim panas dan ketidak suburan akan mengikutinya di musim yang lain?

 

Perlu ada sebuah penerangan yang logik untuk kesedihan ketamadunan yang pertama diketahui oleh manusia, berkenaan kesedihan mereka selama ribuan tahun untuk Dumuzi atau Tammuz.

 

Berkenaan dengan legasi keagamaan, riwayat para Imam (as) mengkhabarkan kepada kita dengan jelas bahawa bangsa Sumeria meratapi dan menangisi Al-Hussain (as) melalui tangisan dan kesedihan para Nabi dari bangsa Sumeria, Nuh (as) dan Ibrahim (as) terhadap Al-Hussain (as),

 

Al Fadhl Bin Shathan meriwayatkan dari Imam Al Redha (as), “Apabila Allah memerintahkan Ibrahim (as) untuk menyembelih biri-biri yang menggantikan anaknya, Ismail (as), Ibrahim mengharapkan agar beliau dapat membunuh anaknya Ismail dengan kedua tangannya, dan berharap agar beliau tidak diperintahkan untuk menyembelih biri-biri yang menggantikan Ismail, agar beliau mendapat ganjaran seorang bapa yang membunuh anaknya yang paling disayangi, darjat yang paling tinggi sebagai seorang yang bersabar atas bencana, maka Allah mewahyukan pada beliau, “Adakah Ismail lebih kamu sayangi atau diri kamu?” Jadi beliau (as) menjawab, “Dia lebih ku sayangi dari diri ku sendiri.” Jadi Allah berfirman, “Jadi adakah anak-anaknya lebih kamu sayangi atau anak mu?” Jadi beliau (as) menjawab, “Anaknya.” Allah swt berfirman, “Jadi, adakah pembunuhan anak-anaknya ditangan musuhnya dengan kezaliman lebih menyayat hatimu, atau pembunuhan anak mu dengan tangan mu sendiri dalam ketaatan kepada Ku?” Ibrahim (as) menjawab, “Wahai Tuhan ku, pembunuhan anak-anaknya ditangan para musuhnya dengan kezaliman lebih menyayat hatiku.” Allah berfirman, “Wahai Ibrahim, manusia yang mendakwa sebagai umat Muhammad akan membunuh Al-Hussain, anaknya Ismail, dengan kezaliman dan keganasan, seperti mana biri-biri ini disembelih. Dan akibatnya, mereka mendapat kemurkaan Ku.” Jadi Ibrahim (as) menjadi panik dengan apa yang didengarnya, dan hatinya sakit, maka beliau mula menangis. Maka Allah mewahyukan padanya, “Wahai Ibrahim, Aku tebus kepanikan kamu ke atas anakmu, Ismail, jika kamu membunuhnya dengan tangan mu sendiri, dengan kepanikan mu ke atas Al-Hussain (as) dan pembunuhannya. Dan Aku jadikan kamu dengan darjat tertinggi dari kalangan orang-orang yang bersabar dengan bencana.” Dan itulah firman Allah swt, "Dan Kami tebus anaknya itu dengan sembelihan yang Agung,” (As Saafat 37:107). Dua perkara yang benar, dua perkara yang telah terjadi, dua perkara berbeza dan dua perkara bercanggah.” Al-Khisal oleh Sh. al-Sadooq, halaman 58-59, dan Oyoon Akhbar al-Retha Vol. 2 halaman 187.

 

Ali bin Muhammad meriwayatkan dari Imam Abu Abdullah (as) berkenaan Ibrahim (as), “Tentang firman Allah swt, {Kemudian ia memandang dengan satu renungan kepada bintang-bintang (yang bertaburan di langit), Lalu berkata: "Sesungguhnya aku merasa sakit”} Surat as-Saaffat 37:88-89, Beliau (as) melihat apa yang akan terjadi kepada Al-Hussain (as), maka beliau berkata, “Aku sakit kerana apa yang akan terjadi kepada Al-Hussain.” Al-Kafi Vol. 1 halaman 465.

 

Dan Al-Majlisi meriwayatkan di dalam Al-Bihar, “Apabila Adam turun ke bumi, beliau tidak menjumpai Hawa, maka beliau mula mengembara di bumi untuk mencari Hawa. Jadi apabila beliau melalui Karbala,  beliau menjadi kecewa dan sedih tanpa sebab, dan beliau tersadung di tempat di mana Al-Hussain dibunuh dan kaki beliau berdarah, jadi beliau mendongakkan kepala ke langit dan berkata, “Tuhanku, adakah aku telah melakukan dosa sekali lagi dan Kau menghukumku? Kerana aku telah berkeliaran di muka bumi ini dan tiada mudarat yang mengenaiku seperti yang terjadi di tanah ini.” Jadi Allah mewahyukan padanya, “Kamu tidak melakukan dosa, namun di tanah ini, anak mu Al Hussain akan dibunuh dengan kezaliman, jadi darah kamu tertumpah seperti mana diri Al Hussain.” Adam berkata, “Adakah Al Hussain akan menjadi Nabi?” Allah swt berfirman, “Tidak, namun beliau adalah anak kepada Nabi Muhammad.” Adam bertanya, “Dan siapakah pembunuhnya?” Dia swt berfirman, “Pembunuhnya adalah Yazid, si Malaun dari kalangan penghuni langit dan bumi.” Jadi Adam berkata, “Apa yang perlu aku lakukan?” Allah berfirman, “Laknatlah dia wahai Adam.” Jadi Adam melaknat Yazid empat kali dan berjalan ke Gunung Arafat lalu bertemu Hawa di situ."

 

Dan diriwayatkan bahawa ketika Nuh menaiki bahtera, ia melata di seluruh bumi, jadi apabila ia melalui Karbala, bumi menahannya dan Nuh risau akan mati lemas, jadi beliau berdoa kepada Tuhannya dan berkata, “Tuhanku, aku pergi ke serata dunia dan aku tidak merasa takut seperti mana takutnya aku di tanah ini.” Jadi Jibril turun dan berkata, “Wahai Nuh, di tempat ini, Al Hussain akan dibunuh, anaknya Muhammad, penutup para Nabi….” Beliau (as) berkata, “Siapakah pembunuhnya?” Jibril menjawab, “Pembunuhnya adalah orang yang terlaknat oleh penduduk tujuh langit dan tujuh bumi.” Jadi Nuh melaknatnya empat kali, dan kapal itu bergerak sehingga ia mencapai AlJoudi dan mendarat di situ. Dan diriwayatkan bahawa Ibrahim (as) melalui bumi Karbala di atas seekor kuda, lalu tersadung dan terjatuh, kepalanya terluka, jadi beliau mula memohon keampunan kepada Alah, dan beliau berkata, “Tuhan ku, apa yang telah terjadi padaku?” Jadi Jibril turun dan berkata, “Wahai Ibrahim, kamu tidak melakukan sebarang dosa namun di sini adalah di mana anak kepada penutup para nabi dan anak kepada penutup para wasi akan dibunuh. Jadi darah mu menitik seperti mana beliau.” Ibrahim (as) berkata, “Wahai Jibril, siapakah pembunuhnya?” Jibril menjawab, “Seorang yang terlaknat oleh penduduk langit dan bumi. Dan tanpa keizinan dari Tuhannya, pena menulis di papan bahawa beliau telah terlaknat, jadi Allah mewahyukan pada pena, “Kamu layak menerima pujian kerana laknat ini.” Jadi Ibrahim (as) mengangkat tangannya dan melaknat Yazid, dan kudanya dengan lancar menyebut “amin”. Jadi Ibrahim berkata kepada kudanya, “Apa yang telah kamu pelajari sehingga kamu mengaminkan doa ku?” Kuda itu berkata, “Wahai Ibrahim, aku merasa mulia kerana kamu menunggang ku, jadi apabila aku tersadung dan kamu jatuh dari belakang ku, aku merasa malu, dan Yazid adalah sebab aku tersadung."Al-Bihar Vol. 44 halaman 243

 

Apa yang disebutkan di atas akan menyebabkan pembaca yang berfikir menyedari bahawa Epik Sumer dan Akkad adalah penceritaan keagamaan, dan sesetengah darinya adalah dari perkara ghaib dan masa hadapan berhubungan dengan masa kisah ini ditulis.

 

Dan ia telah membuang segala keraguan dari kita; agama adalah satu bahagian besar dari kandungan Epik Sumer dan Akkad, serta kisah Babilon dan Assiriya Dan oleh kerana kita telah mencapai point ini, aku melihat sangat bersesuaian untuk kami menyebut  Epik Abadi Uruk atau Epik Gilgamesh, dan bersama, kami akan cuba membacanya dengan cara yang berbeza, yang mungkin tidak pernah terjadi sebelumnya. Kami akan cuba membacanya sebagai kisah yang diceritakan oleh Adam kepada anak-anaknya, dan diceritakan oleh Nuh kepada anak-anaknya, dan Ibrahim kepada anak-anaknya, yang tersebar di kalangan bangsa Sumeria serta manusia di zaman kuno, khususnya di Timur Tengah. Dan ia menjadi kisah kegemaran bangsa Mesopotamia, dan banyak generasi meriwayatkannya sehingga ia sampai kepada kita ribuan tahun kemudian, namun mungkin ia telah diubah apabila manusia meriwayatkannya, seperti yang telah kami jelaskan sebelumnya.

 

Kisah Gilgamesh yang akan datang suatu hari nanti untuk mencapai keadilan dan menyelamatkan manusia dari keganasan. Dan di dalam artifak Mesir Purba, “Seorang lelaki yang bangkit, dengan penuh kehormatan sedang memegang Sapi yang sedang bangkit, seekor disebelah kanannya dan seekor lagi di sebelah kirinya.” Légendes de Babylone et de Canaan, Charles Virolleaud.

 

Gilgamesh, orang yang dinantikan oleh bangsa Mesopotamia (Sumer) atau selatan Iraq selama ribuan tahun untuk muncul di situ suatu hari nanti.

Epik Gilgamesh Bab 3: Adakah Bangsa Sumeria Meriwayatkan Kisah Nabi Ayyub / Job, Nabi Allah, Sebelum Ia Terjadi?

Bab Tiga: Adakah Bangsa Sumeria Meriwayatkan Kisah Nabi Ayyub / Job, Nabi Allah,  Sebelum Ia Terjadi?
 
Terdapat petanda di dalam kisah-kisah Sumeria atau Akkad bahawa ia adalah kisah-kisah perkara ghaib tentang perkara yang akan terjadi selepas zaman bangsa Sumeria, di sepanjang perjalanan agama Samawi. Dan sesiapa yang telah membaca teblet tanah Sumeria akan dapat melihat mereka menyebut para Nabi dan Rasul yang datang selepas zaman ketamadunan Sumeria, seperti penyebutan kisah Nabi Ayyub sebelum Nabi Ayyub dilahirkan, dan kisah Ayyub di tulis di dalam Taurat dan Quran.
 
“Semua tablet dan pecahan esei Sumeria berusia lebih seribu tahun sebelum kompilasi Kitab Ayyub / Book of Job.” History Begins at Sumer (Sejarah Bermula Di Sumer), Kramer.
 
Dan berikut adalah petikan dari kisah Ayyub, seperti yang tertulis di dalam Tablet Sumeria, lama sebelum Ayyub dilahirkan.
 
“Aku, yang bijaksana, mengapa aku terikat dengan pemuda jahil? Aku, yang bisa menghakimi, mengapa aku termasuk dari kalangan jahil? Semua kerana makanan, namun makanan ku adalah kelaparan. Di hari saham dibahagikan kepada semua, saham ku adalah penderitaan.
 
“Tuhan ku, aku berdiri di hadapan Mu, mahu bercakap dengan mu.. bicara ku adalah tangisan. Aku akan mengkhabarkan kamu tentangnya, mengadu tentang kepahitan jalan ku. Meraung dalam kekeliruan…
 
“Lihatlah, jangan biarkan ibu yang mengandungkan ku meratap di hadapan mu, Jangan biarkan kakak ku menyanyi dan melaungkan lagu kegembiraan. Biarkan beliau menyebut kemalangan ku dengan air mata di hadapan mu. Biarkan isteri ku menyuarakan ratapan penderitaan ku. Biarkan penyanyi mengadukan takdir pahit ku. Air mata, ratapan, kesedihan dan depresi berada dalam ku. Penderitaan menenggelamkan ku seperti seseorang yang hanya terpilih untuk air mata.

Epik Gilgamesh Bab 2: Agama Bangsa Sumer Dan Akkad, serta tiga Agama: Islam, Kristian dan Yahudi

Bab Kedua:

 
Agama Bangsa Sumer Dan Akkad, serta tiga Agama: Islam, Kristian dan Yahudi
 
Hakikatnya, setiap orang yang arif tentang Taurat, Injil dan Quran serta kandungan tablet tanah Sumeria pasti akan menyimpulkan salah satu dari dua kesimpulan yang tidak dapat dielakkan
 
Pertama, bahawa agama sebenarnya dicipta oleh orang Sumeria, sementara Taurat, Injil dan Quran hanyalah pengulangan / penambahan dari agama Sumeria (penciptaan Adam, kisah Habil dan Qabil, kisah Banjir, dosa, akhirat, syurga neraka dll)
 
Kesimpulan kedua adalah; agama Sumeria adalah agama Adam dan Nuh itu sendiri, namun ia diriwayatkan dan ditulis dalam versi yang diubah, serta ia diimani oleh warga Sumeria dan Akkad dalam bentuk yang telah diubah. Dan inilah yang saya ingin jelaskan dengan menunjukkan bahawa kisah-kisah warga Sumeria hanyalah peristiwa ghaib yang dibawa oleh Adam ke dunia, dan ia adalah kisah orang-orang soleh dari anak-anaknya, serta apa yang akan terjadi kepada mereka, khususnya orang yang mewakili simbol-simbol penting di jalan agama, seperti Dumuzi atau Gilgamesh.
 

Persamaan yang besar antara apa yang ditulis di dalam Taurat dan di dalam Tablet Sumeria disedari oleh Dr. Samuel Kramer dan beliau mengambil keputusan untuk memasukkan bab di dalam bukunya yang menerangkan persamaan antara Tablet Sumeria dan Taurat. Sebagai contoh:

 
 

(Bab 19: Syurga, Persamaan Injil Yang Pertama, dari buku Sejarah Bermula Dari Sumer)

 

((Perkahwinan Suci dan Nyanyian Sulaiman, dari buku Upacara Perkahwinan Suci: Aspek Kepercayaan, Mitos, dan Upacara Sumeria Kuno, Oleh Dr. Samuel Kramer.))

 
 
Dan bangsa Sumeria mengetahui dan beramal dengan perkara-perkara terperinci di dalam agama, seperti kepercayaan kepada rukyah serta hakikatnya sebagai kalam Allah, kepercayaan kepada tanda-tanda dan Allah boleh berbicara kepada seseorang melalui apa yang dialami oleh seseorang.
 

Di dalam buku Légendes de Babylone et de Canaan, Charles Virolleaud berkata,

 
“Kita sekarang mengetahui bahawa umat manusia dicipta untuk mengabdikan diri kepada Tuhan, dan Tuhan akan menghukum mereka walaupun untuk kesalahan yang kecil. Oleh itu, mereka perlu mentaati kemahuan penghuni langit dengan tepat dan mesti melakukan apa yang dimahukan mereka. Bagaimana lagi mereka boleh memelihara harmoni ini dan mengelak kemurkaan Tuhan? Dan jika mereka melihat mimpi tuhan menginspirasikan mereka kepada perkara yang mereka harapkan, bagaimana mereka menafsirkannya dengan cara yang diredhai tuhan, jika kita andaikan, memang wujud mimpi-mimpi ini? Bagaimana jika mimpi-mimpi ini tidak wujud?
 

Jawabannya adalah mereka akan bergantung kepada firasat dan tanda-tanda semulajadi yang akan menunjukkan mereka ke jalan kebenaran. Oleh itu, perhatian perlu diberi kepada perubahan bulan, bentuk awan, setiap pergerakan dirumput-rumput malah setiap planet di galaksi memberikan tanda keinginan tuhan, samada baik atau buruk. Dan di sinilah seni atau sains akan menyerlah dan membezakan antara baik dan buruk keinginan tersebut.

 

Dan para pawang/bomoh mesti campur tangan, samada untuk mempercepatkan nasib yang baik atau menolak kuasa jahat yang membahayakan nyawa, bukan nyawa individu atau masyarakat, tetapi nyawa raja yang menentukan nasib keseluruhan umat.

 

Dan Raja ini, yang mana tuhan memberikan ilmu padanya, seperti yang disebutkan sebelumnya, adalah yang ketujuh dari kerajaan pra-banjir. Jadi mengikut turutan keturunan, raja ini persis seperti Enoch / Idris yang berada di kedudukan ketujuh dari keturunan Adam, rantaian ketua suku sebelum terjadi banjir besar. Dan ia sangat menakjubkan kerana tiada persamaan antara nama mereka walaupun tindakan mereka adalah sama. Dan faktanya, teks Injil tentang ketua suku ketujuh adalah sangat ringkas:

 

Oleh sebab Enoch selalu hidup akrab dengan Allah, dia menghilang kerana diambil oleh Allah. Genesis 5:24.

 
Dan Enoch menjadi wira rantaian lagenda yang menjadikan beliau pereka penulisan dan penulis kitab pertama, serta pencipta ilmu planet dan bintang, astronomi dan aeronomi. Dan beliau nampaknya adalah Evedoranki. Kita boleh andaikan bahawa lagenda Yahudi ini tidak lain adalah sambungan atau tambahan dari lagenda Greek Kuno.
 

Dan para raja dan ketua suku yang selebihnya, enam nenek moyang Enich dan tiga khalifah mereka mempunyai ciri-ciri yang sama. Dan satu-satunya karektar yang perlu diberi perhatian adalah karektar keenam yang hidup semasa Banjir Besar.” Légendes de Babylone et de Canaan, Charles Virolleaud.

 

Dan kisah-kisah bangsa Sumeria menceritakan secara jelas, sepertimana agama samawi yang lain, tentang akhirat, manusia yang baik akan masuk syurga sementara yang jahat akan masuk neraka.

 

“Orang-orang ini yakin bahawa mereka akan hidup selepas mati, namun di dalam kegelapan tanpa ganjaran, kecuali mereka mengambil jalan kebaikan di dunia ini, dengan kata lain, melalui kesolehan, seperti Oun-Napishti (iaitu nuh (as)) atau dengan melaksanakan syariat kepada manusia, seperti yang dilakukan oleh Hammurabi.” Légendes de Babylone et de Canaan, Charles Virolleaud.

Epik Gilgamest Bab 1: Epik Sumer dan Akkad serta agama Illahi

Bab-bab terpilih dari kisah Sumer dan Akkad:
 
 
Aku memilih Sumer dan Akkad kerana secara sejarah, arkeologi dan agamanya terbukti bahawa Nuh (as) dan Ibrahim (as) adalah dari mereka, maka mereka adalah tempat asal agama dan agama berasal dari mereka di permulaan masa dan di akhir masa, oleh itu mereka adalah orang yang bersedih selama ribuan tahun tentang Dumuzi (atau Anak Yang Beriman) dan mereka menanti Gilgamesh (atau Pahlawan Barisan Hadapan).
 
Dan manusia yang datang setelah mereka di Mesopotamia masih lagi bersedih ke atas Al Hussain dan menanti Al-Mahdi yang mana dinantikan oleh manusia yang datang sebelum mereka, Gilgamesh, yang mana kemunculan beliau dijanjikan di negara mereka ribuan tahun yang lepas. Kami memohon kepada Allah untuk memperbaharui keadaan mereka dan menunjukkan mereka ke jalanNya yang lurus dan memberi kesudahan yang baik untuk mereka. Kepada mereka yang menanti kemunculan Al-Mahdi selain dari di Sumer dan Akkad, negara bapanya, Nuh dan Ibrahim (as), maka mereka akan menanti untuk suatu tempoh masa yang lama (pent: kerana Al-Mahdi tidak muncul di tempat lain), dan ia adalah penantian yang tidak berkesudahan.
 
 
Bab Pertama:
 
Epik Sumer dan Akkad serta agama Illahi:
 
 
Sesetengah atau semua pengkaji sejarah Timur Dekat atau Timur Tengah menganggap agama sebagai satu produk buatan manusia, dan ia bermula dari penyembahan Dewi Ishtar dengan namanya yang berbeza, patung-patungnya dijumpai oleh mereka dalam berbagai saiz dan tersebar di serata peradaban purba Timur Dekat, selama lebih 9000 tahun sebelum masihi. Mereka menjustifikasikan permulaan agama ini dengan mengatakan bahawa masyarakat ini didominasi oleh wanita dalam bentuk ibu yang dikelilingi oleh anak-anaknya, dan anak-anak ini hanya mengetahui bahawa diri mereka dimiliki oleh ibunya. Oleh itu, menurut mereka, wanita (Ibu Agung Ishtar) telah disucikan dan patungnya dibuat. Setelah suatu tempoh masa, masyarakat manusia berubah menjadi Patriarki(Kebapaan) apabila pertanian ditemui, masyarakat mula bermaustatin serta keluarga dan tempat tinggal dibina. Ini menyebabkan tuhan lelaki mula diperkenalkan ke dalam kuil, dan inilah bagaimana agama bermula; agama ini kemudiannya berevolusi menjadi agama Judaisme / Yahudi, Kristian, Islam serta agama lain.
 
Walaubagaimanapun, mereka yang membina teori berdasarkan patung wanita purba telah terlupa bahawa teori mereka dapat dibantah dengan mudah dengan andaian bahawa patung-patung ini dibuat untuk tarikan seksual dan tidak melambangkan apa-apa perkara suci, maka kewujudan wanita suci yang mana patung-patung ini dicipta berdasarkan wanita tersebut dalam era tertentu tidak membolehkan para pengkaji yang menyiasat untuk menghakimi bahawa setiap patung wanita yang dibuat mewakili wanita tersebut. Dan pendapat ini, iaitu pendapat bahawa manusia purba membina alat untuk keseronokan seksual, adalah wujud dan dipersembahkan oleh beberapa ahli arkeologi.
 
Selain itu, wujud teks arkeologi yang menyifatkan Dewi Ishtar atau Inanna yang dikenali di Sumer dan Akkad dengan sifat dunia ini yang manusia tinggal di dalamnya. Jadi di dalam teks, beliau bukan seorang ibu malah bukan juga seorang wanita:
 
Malah dia adalah representasi dunia ini yang mana Raja Tammuz (Dumuzi) enggan sujud padanya apabila beliau duduk di atas singgahsana, seperti raja-raja lain yang bersujud padanya. Oleh itu Inanna memberikan Tammuz kepada syaitan untuk membunuhnya.
 
(Inanna terus bergerak ke dua kota Sumeria, Umma dan Bad-tibira, yang mana kedua tuhannya bersujud kepada Inannad dan diselamatkan dari syaitan. Kemudian dia tiba di kota Kullab, yang mana tuhan penjaganya adalah Dumuzi. Sajak diteruskan:
 
Dumuzi memakai jubah kemuliaan, beliau duduk tinggi di singgahsana. Syaitan menangkapnya pada pehanya. Tujuh Syaitan bergegas ke arahnya di sisi manusia yang sakit. Sang pengembala tidak memainkan seruling atau terompet di hadapannya. Dia (Inanna) memandangnya dengan pandangan kematian.. Dia berbicara dengannya dengan bicara kemurkaan.. Dia menangis padanya dengan tangisan bersalah:
 
“Berkenaan dirinya, bawa dia pergi,”)) Sejarah Bermula Di Sumer, Kramer
 
 
Dan inilah dunia yang Gilgamest enggan bersujud padanya apabila beliau duduk di atas singgahsana dan memakai mahkotanya,
 
((Gilgamesh membuka mulutnya dan menjawab Ishtar. “…Bagaimana ia pergi dengan ku? Pencinta mu telah mendapati bahawa kamu seperti api yang membara ketika sejuk, pintu belakang yang tidak menjauhkan badai angin mahupun ribut, sebuah kubu yang menghancurkan pasukan pengawal, padang yang menghitamkan sang pembawa, kulit air yang melecetkan pemakainya, batu yang jatuh dari sempadan atap, pelantak yang berpatah balik dari musuhnya, sebuah sepatu yang membuatkan pemakainya tersadung. Siapa dari kalangan pencinta mu yang kamu cintai selamanya? Penjaga manakah yang telah memuaskan kamu setiap masa?”)) Epik Gilgamesh
 
Bagaimanapun, teori bahawa asal usul agama adalah bermula dari mempertuhankan ibu hanyalah suatu andaian yang tidak didasarkan kepada bukti saintifik yang padu, inilah sebabnya saya tidak melihat sebarang keperluan untuk bantahan secara terperinci untuk andaian tersebut. Namun saya melihat wujud keperluan untuk menjelaskan bukti dan indikasi agama Sumeria adalah datang dari langit, jadi topik ini adalah berkenaan membuktikan agama Sumeria adalah agama samawi yang telah wujud dari sebelumnya dan telah dirosakkan. Jadi sini kami mahu menjelaskan bahawa orang Sumeria yang tahu cara berwudhuk dengan air, solat, puasa dan berdoa adalah masyarakat beragama dan agama mereka adalah dari langit, oleh itu, kisah-kisah epik Sumeria adalah termasuk dengan kejadian yang terjadi ribuan tahun selepas masyarakat Sumeria berbicara tentangnya.
 
Ya, kemungkinan agama mereka telah dirosakkan pada tempoh masa tertentu, sama seperti orang-orang Makkah yang merupakan masyarakat yang beriman dengan agama Hanafi Ibrahim yang telah dirosakkan, mereka menyembah dan meninggikan berhala, sama seperti hari ini, wujud Salafi atau Wahabi yang merupakan penyembah berhala, pewaris penyembah berhala di Makkah. Mereka mendakwa diri mereka sebagai Muslim, namun mereka menyembah berhala yang besar, yang tinggal di langit, bukan di bumi, yang mempunyai dua tangan dengan jari, serta dua kaki dan dua mata.
 
Jadi isu kerosakan agama samawi sememangnya wujud dan masih wujud sehingga sekarang.
 
Dan jika kita kembali kepada permulaan agama samawi, kita akan mendapati bahawa Adam datang ke dunia dengan agama samawi yang pertama dan wujud kisah tentang anak-anak beliau yang beriman selepas Adam, dan kebiasaannya, manusia akan mengingati kisah-kisah sebegini, menceritakannya dan mewariskannya.
 
Dan kisah-kisah epik Sumeria, pada suatu ketika hanyalah riwayat kisah-kisah yang suci dan saling berkait ini, yang dapat dilihat dari orang-orang Sumeria meriwayatkan tentang Banjir Besar dengan terperinci, lama sebelum kewujudan Taurat,
 
Banjir, Nuh Pertama
 
Hakikat bahasa Kisah Banjir dari Injil bukanlah berasal dari Injil tapisan Hebrew telah diketahui sejak penemuan dan penafsiran tablet ke 11 Babilon, “Epik Gilgamesh”, oleh George Smith dari Musium British. Mitos banjir Babilon itu sendiri sebenarnya berasal dari Sumeria.
 
Pada tahun 1914, Arno Poebel menerbitkan satu per tiga bahagian dari bahagian bawah tablet Sumeria dengan enam kolum, di Koleksi Nippur, Musium Universiti, yang mana sebahagian besar isi kandungannya adalah berkenaan kisah Banjir. Bahagian ini masih kekal unik dan tidak ditiru.. Walaupun teksnya rosak teruk, petikan-petikannya adalah sangat penting.. Ia termasuk beberapa kenyataan yang sangat jelas tentang penciptaan manusia, asal usul kerajaan, dan kewujudan sekurang-kurangnya lima buah kota kuno.)) Sejarah Bermula Di Sumer, Kramer
 
 Ya, mungkin kisah-kisah ini telah diputar belit di tempat tertentu, khususnya dari perspektif agama lain kerana masa dan pemaksaan sangkaan manusia yang telah digoda oleh bisikan syaitan, namun adakah sesuatu yang diputar belitkan akan sentiasa kosong dari kebenaran?!!!
 
Pernahkah kita terfikir di manakah legasi Adam dan Nuh, dan di manakah legasi ini di zaman orang Sumeria dan Akkad? Di manakah legasi agama samawi yang wujud sebelum Banjir Besar?
 
Bukan sepatutnya bagi Nuh dan mereka yang bersama beliau hanya menyibukkan diri dengan menyelamatkan kambing dan lembu, namun tidak memelihara agama samawi dari Adam (as) di dalam dada mereka. Dan umat manusia selepas Nuh (as), yang diwakili oleh Sumeria dan Akkad, kemudian diikuti oleh orang-orang Babilon dan Assyria juga meriwayatkan sejarah Adan dan Nuh serta entiti-entiti suci yang lain sama seperti mereka meriwayatkan sejarah para raja, petani dan tukang-tukang, walaupun sejarahnya terjejas akibat dari kisah-kisah yang diwariskan dari generasi ke generasi. Oleh itu, hasilnya adalah, agama bangsa Sumeria dan Akkad adalah agama Adam dan Nuh, namun mungkin ia telah diubah pada waktu tertentu akibat dari penyembahan perkara-perkara yang disembah, seperti dunia dan orang-orang soleh.
 
Dan satu contoh dari perubahan ini adalah satu percubaan untuk mengubah Epik Gilgamesh yang ditemui di dalam artifak, dan perkara ini menunjukkan dua isu:
 
Yang pertama adalah Epik Gilgamesh adalah sebuah teks keagamaan, kerana tidak ada orang yang begitu peduli untuk mengubah sebuah teks sastera.
 
Yang kedua adalah teks Epik Gilgamesh yang sampai kepada kita sememangnya tidak bebas dari perubahan.
 
Taha Baqir berkata, “Dan kemungkinan besar, perkara yang paling aneh, yang dijumpai oleh ahli arkeologi di sebuah tapak arkeologi yang dikenali sebagai Sultantepe di selatan Turki berdekatan Harran, adalah salah satu dari bahagian epik dan sebuah hurufyang aneh, ditempa oleh penulis kuno pada abad kedua sebelum masihi, huruf tersebut seolah-olah ditulis oleh Gilgamesh dan ditujukan kepada salah seorang dari raja kuno, dan Gilgamesh memintanya agar menghantar batu permata untuk dibuat tangkal untuk kawannya, Enkidu, dan ia seberat 30 minns.” Epik Gilgamesh, Taha Baqir.
 
(Dan apabila membandingkan bahagian asli dan pelbagai ini dengan teks Nineveh, ia menjadi satu maklumat yang berharga, bukan sahaja untuk mendekatkan jurang tetapi is juga menunjukkan secara jelas bahawa Epik Gilgamesh tidak mempunyai satu bentuk di masa bangsa Assyrian, dan ini adalah bukti bahawa lagenda berubah dengan banyak sekali dari generasi ke generasi. Dengan kata lain, penulis tidak meniru teks lama secara literal dan jujur, malah, mereka menambah, membuang dan memutar belit teks ini. Dan inilah yang membuktikan atau mempunyai peranan dalam membuktikan..bahawa Timur tidak akan menjadi kuat dan stabil.)) Lagenda Babilon, Charl
 
Oleh itu, jika wujud percubaan untuk mengubah teks bertulis secara sengaha, maka perkara yang sama pasti sama untuk teks yang diriwayatkan secara verbal dan sebelum era penulisan, dan pastinya, pengubahan mereka lebih besar. Dan apabila mereka ditulis di era pertama zaman penulisan, ia ditulis dalam bentuk yang telah diubah; maka kita boleh simpulkan bahawa kisah Banjir, Dumuzi dan Gilgamesh serta kisah lain yang berasal dari Sumeria-Akkad pastinya tidak ditulis sama seperti kisah yang diriwayatkan sebelum zaman penulisan

(17.12.12) Cabaran Pada Ulama Agama : Penetapan Kewujudan Tuhan Melalui Sains.

17.12.12: Penetapan kewujudan Tuhan melalui sains.

Aku akan cuba mengutarakan topik saintifik yang bersangkutan dengan makhluk dan penetapan kewujudan Tuhan, atau ketidakwujudannya. Topik saintifik ini amat penting memandangkan apa yang aku dapati di lapangan saintifik adalah kemenangan bagi atheisma dari sudut sains yang amat ketara, berbanding klaim mereka yang mewakili agama-agama. Kesemua yang menggelar diri mereka ulama samada muslim syiah, sunnah dan wahabi, kristian atau yahudi memberikan jawapan terhadap topik-topik saintifik tanpa memahami apa yang dilontarkan pada mulanya oleh saintis-saintis biologi evolusi dan saintis lainnya. Mereka itu seperti orang yang buruk pendengarannya, lantas memberikan jawapan yang buruk. Oleh itu, aku telah menulis sebuah buku yang hampir siap sekarang ini bagi membincangkan teori-teori penting saintifik yang kukuh berdasarkan uji kaji atau teori matematik. Dengan izin Allah, aku akan menerbitkan buku ini apabila terdapat mereka yang pengetahuannya layak untuk memahami apa yang aku tuliskan, kerana ianya memerlukan kepada pengetahuan yang luas tentang ilmu-ilmu sains seperti sejarah geologi, sejarah purbakala, arkeologi, biologi evolusi, teori fizik, kosmologi, antrobologi, kejuruteraan genetik, kedoktoran, falsafah dan lain-lain lagi.

Soalan-soalan untuk dibincangkan: 

Apa pandangan ulama syiah, sunni, wahabi dan kristian berkenaan teori evolusi sepertimana yang dikenali kebanyakan manusia sebagai teori Darwin?

Apa jawapan saintifik mereka dalam menolak teori ini?

Bagaimana cara untuk menetapkan kewujudan Tuhan menurut batas kehidupan duniawi buat mereka yang menerimapakai teori evolusi ini?

Apa pandangan mereka terhadap “selfish gene” (gen angkuh)?

Apa pandangan mereka terhadap “Medan Higgs” dan “Boson Higgs” yang bertanggungjawab memghasilkan zarah-zarah materi di alam semesta yang memenuhkannya dengan material. Penemuan terkini adalah eksperimen “Large Hadron Collider”?

Apa pandangan mereka terhadap teori “membrane” atau teori “M, dan kewujudan lebih dari empat dimensi alam semesta ini, iaitu sebelas dimensi sehingga kini?

Apa pandangan mereka terhadap apa yang diutarakan oleh professor Stephen Hawkings baru-baru ini tentang asal-usul alam semesta dan permulaanya. Bahawa teori “M” atau teori Quantum sudah memadai bagi menafsirkan kemunculan alam semesta daripada tiada dan hanya memerlukan kepada “Law of Attraction” sahaja, yang sedia wujud sejak awal menurut teori semua perkara atau teori “M”. Bahawa alam semesta boleh wujud tanpa perlu mewajibkan kewujudan Tuhan?

Apa pandangan mereka terhadap pendapat saintis-saintis fizik yang mengatakan bahawa himpunan tenaga positif dan materi, beserta tenaga negatif dan materi gelap (materi berlawanan) di alam semesta adalah bersamaan dengan sifar?

Bilakah nabi Adam hidup di atas muka bumi ini? Aku tidak perlukan tarikh secara terperinci tetapi memadai secara umum sahaja, iaitu sebagai contohnya mereka mengatakan puluhan ribu tahun, ratusan ribu tahun atau jutaan tahun.

Di manakah berlaku banjir Nabi Nuh?

Bilakah berlaku banjir Nabi Nuh? Aku tidak perlukan tarikh secara terperinci tetapi memadai secara umum sahaja, iaitu sebagai contohnya mereka mengatakan puluhan ribu tahun, ratusan ribu tahun atau jutaan tahun.

Bagaimana ia berlaku dan berbentuk seperi gunung sebagaimana disebutkan dalam Quran?

Adakah banjir itu meliputi seluruh muka bumi? 

Adakah seluruh kehidupan di muka bumi ini hancur musnah disebabkan banjir Nabi Nuh?

Sekiranya jawapan mereka adalah banjir nabi Nuh itu meliputi seluruh muka bumi dan memusnahkan seluruh makhluk hidup, atau sekurang-kurangnya haiwan atas muka bumi. Jadi, apa alasan mereka tentang kewujudan haiwan-haiwan di pulau-pulau terasing, seperti kangaroo di Australia, fossa di Madagascar dan lain-lainnya?

Soalan-soalan saintifik ini bersangkutan dengan penetapan atau penafian kewujudan Tuhan. Oleh itu, orang-orang yang mendakwa diri mereka sebagai wakil-wakil agama wajib menjawab kesemua persoalan ini bersesuaian dengan ilmu sains moden. Bukan hanya menjawab berdasarkan riwayat-riwayat atau nas-nas keagamaan yang diragui sumber dan pembuktiannya, serta bertentangan dengan realiti yang dibuktikan secara muktamad berdasarkan sains, seperti fakta-fakta sejarah geologi bumi dan lapisan-lapisan yang terkandung di dalamnya. Beginilah juga nas-nas keagamaan, iaitu samada ianya tidak benar atau ditakwilkan kerana ianya bertentangan dengan ketetapan fakta-fakta sains.

Sehubungan itu, para fuqaha agama dituntut menjawab secara saintifik kesemua persoalan di atas. Aku percaya mereka secara total tidak mampu mengutarakan sebarang jawapan saintifik yang bernilai. Malah setiap kali aku melihatnya, aku dapati ianya adalah ungkapan-ungkapan kefahaman salah tentang persoalan-persoalan saintifik, di samping menjawab berdasarkan kefahaman salah mereka. Dengan kata lain, mereka sebagai contohnya menganggap teori evolusi berkata sebegini dan memberikan jawapan berdasarkan tanggapan mereka. Sekaligus menganggap diri mereka telah menjawab teori evolusi, padahal hanya menjawab tanggapan mereka sendiri dan kefahaman salah mereka tentang teori evolusi, bukan fakta sebenar yang diutarakan oleh teori evolusi.

Aku berkeyakinan bahawa tahap kehidupan yang kita lalui pada hari ini dan apa yang diutarakan melalui topik-topik saintifik ini mempunyai kaitan langsung, serta signifikan dengan agama dan penetapan kewujudan Allah SWT, berbanding mereka yang mengklaim diri mereka sebagai ulama-ulama agama. 

Penulisan-penulisan dan pendapat-pendapat para fuqaha syiah, sunni dan kristian yang telah aku tahu, hanya sekadar tulisan-tulisan naïf yang sesuai untuk pasaran tempatan sahaja bagi memperdaya sebahagian pengikut mereka yang mabuk dan redha dengan kejahilan. Jawapan-jawapan mereka ini tidak mungkin dapat meyakinkan individu yang berpengetahuan luas dalam sains biologi evolusi, sains genetik dan fizik sebagai contoh. Malah dia akan segera mencadangkan bahawa mereka hanyalah orang-orang yang naïf, jahil dan pendusta.

Dengan izin Allah, aku akan membincangkan sebahagian pendapat dan tulisan mereka di laman ini, bagi kamu melihat sendiri tingkatan ilmiah mereka dan apa yang lebih baik buat mereka. Kalian juga akan tahu, mengapa mereka tidak menemukan cara bagi menghadapi Ahmad Al Hassan. Seterusnya menggunakan kaedah pendustaan, fitnah dan pertolongan pasukan tentera yang condong kepada mereka bagi menyerang pejabat Ahmad Al Hassan di Najaf, atau menyerang rumah Ahmad Al Hassan dengan pasukan tentera yang besar. Sebabnya akan dijelaskan dengan terang benderang kepada kalian, iaitu kewujudan Ahmad Al Hassan secara terang-terangan di kalangan manusia akan mendedahkan aib dan menampakkan kejahilan mereka.

Akan kuperlihatkan kepada kalian kebobrokan ilmu dan pemikiran mereka. Apa yang aku harapkan daripada penuntut ilmu sekalian adalah supaya bersusah payah sedikit bersamaku sambil belajar dan membaca. Demi Allah, ianya amat memedihkan kita untuk menjadi mangsa kepada orang yang mengeksploitasi kejahilan mereka tentang persoalan sains dan keagamaan tertentu, lantas menjauhkan mereka dari kebenaran sebagaimana yang terjadi hari ini. Ketikamana mereka diperdayakan oleh para fuqaha sesat dengan pendustaan yang mewajibkan taklid kepada peribadi bukan maksum.

Sesiapa jua yang berpegang dengan pendapat tertentu mereka, maka bawalah ke mari dan in sya Allah aku akan membaca apa yang dituliskannya, serta berinteraksi dengannya di dalam penulisan-penulisanku.

Inilah soalan-soalan yang telah aku khususkan, yang kebanyakan telah aku jawab di dalam kitab “Wahmul Ilhad” (Delusi Atheisma). Dengan izin Allah, aku akan menerbitkannya dalam masa terdekat. Ianya juga boleh dinamakan sebagai debat saintifik bersama professor Richard Dawkins yang merupakan saintis biologi evolusi tersohor masa kini. Di samping professor Stephen Hawkings yang merupakan saintis teori fizik dan matematik gunaan, yang pakar dalam bidang sains alam semesta dan memiliki teori yang kukuh tentang “Radiasi Lubang Hitam” (Black Holes Radiation). 

Aku menantikan jawapan balas dari para marajik (pakar rujuk dalam bidang agama) ke atas semua soalan-soalanku ini, bagi memulakan perdebatan di antara aku dan mereka. Jikalau mereka menolak untuk membicarakan topik-topik yang aku utarakan ke atas mereka sebelum ini, maka aku cadangkan agar mereka supaya meminta pertolongan dari profesor-profesor universiti untuk memahamkan topik-topik dan istilah-istilah ini, supaya tidak memenatkanku di dalam perdebatan nanti.

(17.12.12) Kenyataan Balas Dan Mubahalah Imam Ahmad Al-Hassan Dengan Pengklaim Palsu Mahdi

17.12.12: Kenyataan balas dan mubahalah Imam Ahmad Al Hassan dengan pengklaim palsu Mahdi.

Aku dapati seseorang telah melampirkan satu salinan surat di laman ini, yang ditujukan kepadaku daripada individu yang bernama Nasir Muhammad, yang mendakwa Mahdi secara dusta dan palsu tanpa sebarang dalil syarak. Beliau adalah sama seperti Musailamah, Sajjah dan pendusta-pendusta lainnya pada zaman Rasulullah (saw). Pendusta ini di dalam kenyataannya menuntut mubahalah (sumpah laknat) denganku. Beliau telah menuliskan lafaz kenyataan mubahalahnya dengan lafaz yang tidak dianjurkan oleh syarak, disebabkan kejahilan dirinya tentang lafaz sumpah laknat yang disyariatkan. Umumnya, beliau telah memudahkan kami untuk bermubahalah dengannya, bilamana beliau dengan sendirinya telah mensyaratkan supaya menetapkan hak kami ke atasnya dan orang lainnya yang meragui kebenaran dirinya, sekaligus menetapkan kebatilan dan pendustaannya terhadap mereka.

Nasir Muhammad di dalam kenyataannya berkata: “Setelah kami saling bermubahalah, jika pihak kedua tidak bertukar rupa menjadi khinzir selepas lafaz kali pertama, maka aku bukanlah Mahdi yang dinanti-nantikan yang sebenar.”

Beliau juga berkata: “Allah tidak pernah mengurniakan sebarang keupayaan kepada Muhammad Al Hassan Al Askari dan juga Ahmad Al Hassan Al Iraqi yang menggelar dirinya sebagai Al Yamani . Jika sekiranya, Ahmad Al Hassan Al Iraqi bermubahalah di laman web ini atau laman web Imam Nasir Al Yamani dan dia tidak bertukar kepada khinzir di akhir sumpah laknat, maka Nasir Muhammad Al Yamani adalah pendusta dan bukan Imam Mahdi yang dinantikan.”

Beliau juga menambah: “Kalian biarkanlah Nasir Muhammad Al Yamani dan Ahmad Al Hassan Al Yamani untuk melihat siapakah di kalangan kami yang benar-benar berdusta, beliau pasti tidak akan, tidak, tidak akan hadir selamanya.”

Nah, Aku telah menghadirkan diri untuk bermubahalah setelah sampai kepadaku kenyataan Nasir Muhammad. Kehadiranku ini sekaligus menjelaskan bahawa beliau adalah pendusta. Beliau telah mengulangi perkataan “tidak akan” sebanyak tiga kali dan sebagaimana yang dikatakan oleh sesetengah mereka di dalam bahasa Arab bermaksud kekal, atau si penutur mengatakan bahawa selepas dituturkan perkara itu, ianya tidak akan berlaku selagimana ada tempoh dan waktu. Oleh itu, Nasir Muhammad telah mengatakan bahawa aku tidak akan hadir sebanyak tiga kali dan nah, aku telah menghadirkan diriku sambil bermubahalah dengannya. Ini adalah bukti jelas bahawa Nasir Muhammad adalah pendusta.

Ini pula adalah mubahalahku terhadap orang yang mendakwa dirinya “Nasir Muhammad”, yang aku tulis dengan tanganku sendiri dan sebarkan ianya di laman rasmiku serta lamannya, kerana beliau telah menuntut supaya aku menetapkan bahawa diriku adalah benar dan Nasir Muhammad adalah pendusta menurut syarat-syarat yang ditetapkannya:

Ya Allah, Tuhan tujuh petala langit dan tujuh lapisan bumi. Yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib dan yang terang. Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengasihani. Sekiranya Ahmad Al Hassan telah menentang kebenaran dan mendakwa secara batil, maka Engkau timpakanlah ke atasnya musibah dari langit dan azab yang pedih. Dan sekiranya Nasir Muhammad telah menentang kebenaran dan mendakwa secara batil, maka turunkanlah ke atasnya musibah dari langit dan azab yang pedih.”

Inilah sumpah laknat yang bertepatan dengan nas Qurani, firman Allah Taala: “Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu, maka katakanlah (kepadanya): "Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta” (Ali Imran: 61)

Setelah aku menuliskan mubahalah ini menurut lafaz yang disyarakkan dan menyebarkannya, tiada apa yang terjadi kepada diriku melainkan kebaikan. Nah, aku masih di sini selepas bermubahalah dengan si pendusta ini, masih lagi hidup dengan nikmat dan pemberianNya. Sekarang terpampang jelas di mata Nasir Muhammad dan orang yang mereka perdayakan bahawa aku adalah benar dan Nasir Muhammad adalah pendusta pekat menurut syarat beliau sendiri, ketikamana berkata: “Ahmad Al Hassan Al Yamani yang mengklaim sebagai utusan Imam Mahdi mestilah bermubahalah denganku, bukan orang lain dan aku bersaksikan Allah bahawa dia adalah utusan Syaitan yang direjam. Sekiranya dia tampil untuk bermubahalah tetapi Allah tidak menukar rupanya menjadi khinzir selepas bermubahalah, maka telah tetaplah dia adalah benar-benar utusan Imam Mahdi Muhammad Al Hassan Al Askari yang wujud di dalam Sirdab di Samara (Iraq), sekaligus menetapkan bahawa Nasir Muhammad adalah pendusta pekat.”

Nah, aku telah bermubahalah dengan Nasir Muhammad dan orang yang diperdayakan oleh mereka bahawa aku adalah benar dan kewujudan bapaku Muhammad bin Al Hassan (as) di Sirdab adalah penokoktambahan secara terang-terangan atas pendustaan dan penyelewengannya dari kebenaran terhadap orang-ramai. Zaman ini adalah zaman internet, yang mana setiap individu mampu mendapatkan apa jua maklumat dengan mudah, di samping terdapat buku-buku syiah yang boleh dirujuk bagi mengetahui bahawa mereka yakni syiah tidak mengatakan Imam Muhammad bin Al Hassan berada di Sirdab. Ini adalah pendustaan yang sering diulang-ulang oleh para wahabi dan semoga Allah menghinakan Nasir Muhammad si pendusta ini.

Akhirnya, aku menyeru Nasir Muhammad supaya bertaubat dan kembali tersedar dari seruan kesyaitanannya yang batil kerana akibatnya lebih buruk daripada para pendusta yang mendakwa kenabian di zaman datukku Muhammad Rasulullah (saw), dan Allah akan menghinakannya di dunia dan di akhirat, Allah Taala telah berfirman:

“Apabila datang sesuatu ayat kepada mereka, mereka berkata: "Kami tidak akan beriman sehingga diberikan kepada kami yang serupa dengan apa yang telah diberikan kepada utusan-utusan Allah". Allah lebih mengetahui di mana Dia menempatkan tugas kerasulan. Orang-orang yang berdosa, nanti akan ditimpa kehinaan di sisi Allah dan siksa yang keras disebabkan mereka selalu membuat tipu daya.” (Al-An’aam: 124)

(16.12.12) Sempena Peperangan Siffin

16.12.12: Sempena peperangan Siffin, kemasukan tawanan keluarga Muhammad ke Syria dan apa yang berlaku di Syria hari ini.


Aku sekali lagi mengulangi seruanku yang kutujukan buat kaum muslimin di serata tempat khususnya di Iraq, agar menggabungkan diri bersama panji kebenaran Mahdi untuk berhadapan dengan para penyembelih Al-Qaeda Sufyani yang berkumpul di Syria atas dukungan pemerintah Amerika serta sekutu-sekutu jenayahnya, yang menganggap Iraq sebagai sasaran seterusnya.

(16.12.12) Pada Memperingati Peristiwa Zainab binti Fatimah Yang Ditawan Memasuki Syria.

16.12.12: Pada memperingati peristiwa Zainab binti Fatimah yang ditawan memasuki Syria.

Kami memperingati peristiwa penyembelihan Hussain, penawanan anak-anak perempuan Muhammad (saw) oleh Yazid bin Muawiyah bin Abu Sufyan, laknat Allah ke atas mereka, atas nama Islam dan nama Muhammad. Matlamat Syaitan daripada peristiwa ini adalah untuk mengembalikan penyembahan berhala Hubal yang Muawiyah dan Abu Sufyan sanggup berperang kerananya sebelum itu, namun kali ini penyembahan berhala Hubal tersebut dalam bentuk yang lain.

Pewaris manhaj Yazid hari ini adalah mereka dari kelompok Wahabi Sufyani, iaitu para pembunuh dan penyembelih yang menghalalkan darah-darah umat Islam. Hari ini, kita dapati para wahabi sufyani yang tidak mempunyai akal inilah yang menyembah Hubal secara terang-terangan dan menyebarkan penyembahannya atas nama Islam. Para alim ulama mereka berkata Tuhan mereka mempunyai dua mata dan dua tangan sahaja, serta mempunyai lima anak jari di setiap tangan dan tidak tersangkal lagi adalah gambaran sempurna tuhan Hubal mereka yang disembah selain Allah.

Imam mereka Ibnu Uthaimin di dalam kitabnya Majmu’ Fatawa Ibnu Uthaimin, mengatakan: “kami beriman bahawasanya Allah Taala mempunyai dua mata yang hakiki” dan beliau juga menambah: “bahawasanya Allah mempunyai dua mata yang melihat secara hakiki”.


Imam mereka Ibnu Jibrin pula pada lampiran huraiannya ke atas kitab “Lum’at al I’tiqad” karangan Ibnu Qudamah, mengatakan: “jari jemari pada tangan, tetapi yang demikian itu tidak melazimi bahawa ia menjadi sama seperti jari jemari makhluk dari segi saiz dan ukurannya serta begitu begininya. Bahkan hanya menetapkan ada tangan dan jari jemari padaNya.”


Barangsiapa yang inginkan gambaran terperinci Hubal mereka, silalah merujuk kepada apa yang dikatakan oleh Bin Baaz, Ibnu Uthaimin, Ibnu Jibrin dan ulama-ulama besar mereka untuk benar-benar yakin. Sesungguhnya Syaitan itu ketikamana dia merasakan berhala yang dipahat dengan tangan tidak lagi mampu berhadapan dengan Islam yang dibawa oleh Muhammad bin Abdullah (saw), lalu dia (syaitan) menghadapi baginda dengan berhala yang berupa bentuk di dalam akal-akal para sufyani dan wahabi, seterusnya cuba menyebarkan penyembahan Hubal mereka atas nama Islam. Beginilah cara Syaitan menghancurkan Islam atas nama Islam dan tauhid atas nama tauhid. Mereka menyeru kepada tauhid sedangkan mereka menyembah berhala yang mempunyai dua tangan, lima anak jari di setiap tangan dan dua mata…


Demi Tuhan kalian…siapakah ini?!
Adakah ini Hubal sendiri?!
Adakah ini penyembahan Hubal itu sendiri yang berselindung dengan nama Islam, Quran dan Muhammad (saw)?!

Sesungguhnya peperangan samada menyembah Hubal atau Allah yang dimulai oleh Muhammad (saw) masih belum selesai lagi. Medan Siffin, Karbala dan penawanan keluarga Nabi Muhammad (saw) ke Syria tidak lain adalah putaran-putaran roda dari peperangan tersebut, bahkan kehidupan kita hari ini juga adalah satu putaran dari peperangan tersebut

(15.12.12) Memperingati Sejarah 1 Safar

15.12.12 Memperingati sejarah 1 Safar

Pada hari ini iaitu sabtu bersamaan 1 safar, kita memperingati peperangan Siffin dan kemasukan anak-anak perempuan Muhammad (saw) ke Syria sebagai tawanan.

1 safar tahun 37 hijrah: Telah bermulanya peperangan Siffin di antara tentera muslimin yang diketuai oleh Imam Ali bin Abi Talib (as) dan tentera penyembah berhala Hubal yang diketuai oleh Muawiyah bin Abu Sufyan, laknat Allah ke atasnya.

1 safar tahun 61 hijrah: Rombongan tawanan dari keturunan Rasul Islam Muhammad (saw) telah memasuki Syria bagi bertemu Yazid bin Muawiyah bin Abu Sufyan, ketua penyembah berhala Hubal, laknat Allah ke atas mereka.

Pada hari ini juga, kita melihat wajah-wajah jahat lagi ganas yang sama, memerangi Ali (as) dan menawan keturunan Muhammad (saw) telah dikumpulkan oleh syaitan di Syria. Penjenayah, pembunuh dan penyembelih yang membawa kerosakan, pembunuhan dan penindasan ke atas syiah dan sunni di Syria. Mereka memusnahkan masjid-masjid, husainiyah-husainiyah dan membunuh pemuda-pemuda dengan ganas menggunakan pisau tanpa belas kasihan. Lalu mendakwa diri mereka Islam yang kosong dari rasa hormat, belas kasihan dan kemanusiaan. Persis seperti pendahulu mereka yang memerangi Hussain (as), lantas menyembelih ketua pemuda syurga dan kesayangan Rasulullah Muhammad (saw) itu. Mereka mengatakan kepada Hussain (as): “Kamu tidak akan merasa air sehingga kamu masuk neraka”, sementelahan mendakwa diri mereka sebagai Islam, mengikuti Muhammad serta menyeru dengan nama Muhammad (saw). Mereka adalah orang-orang yang didukung oleh Amerika Syarikat dan Barat, sama seperti Al Qaeda dan Ben Laden di Afghanistan semasa penaklukan Kesatuan Soviet.

Siapakah yang bertanggungjawab membekalkan senjata anti-pesawat kepada orang-orang gasar ini? 

Adakah Amerika benar-benar tidak tahu siapa yang membekalkan senjata anti-pesawat kepada mereka? 

Benarkah Amerika tidak tahu bahawa dengan membekalkan senjata-senjata ini di tangan mereka adalah merupakan satu ancaman kepada pesawat awam di Syria, Iraq, Lubnan dan Jordan?

Adakah Amerika yang mendukung para pembunuh Al-Qaeda yang bertopengkan berbagai nama ini benar-benar tidak tahu, bahawa jika mereka berjaya menjatuhkan rejim pemerintah di Syria dengan kekerasan senjata dan penyembelihan dengan pisau, seterusnya akan bergerak memusnahkan Iraq, Lubnan dan Jordan, lalu membunuh penduduk sunni dan syiah yang berada di dalamnya?

(14.12.12) Tiada Dalil Kewajiban Bertaklid Kepada Peribadi Bukan Maksum

“Kami telah membuktikan penghujahan kami berdasarkan dalil syar'ie dan bukti rasional. Ia telah diterbitkan dalam banyak buku dan yang terkini adalah kitab "Wasiat Suci". Mereka tidak mempunyai respon melainkan pembohongan dan kelicikan seseorang yang tidak berkemampuan menjawab, iaitu dengan mempersoalkan rantaian perawi hadis wasiat yang telah diriwayatkan secara mutawir dan mempunyai pendamping-pendamping. Tambahan pula, rantaian perawi ini telah diisytiharkan sebagai sahih oleh Syeikh Al-Thoosi, di mana beliau menyatakan para perawi ini sebagai syiah (orang-orang khusus). Kesemua mereka dan ulama-lama selepas Syeikh Al-Thoosi bergantung kepada pendapat Syeikh Al-Thoosi berkenaan perawi. Mereka tidak dapat menolak pendapat Al-Thoosi mengenai perawi berdasarkan pendapat ulama yang terkemudian. Jika tidak, hampas di tangan-tangan mereka yang dikenali sebagai Ilmu Rijal akan musnah. Oleh itu, kebenaran tentang pendapat ulama-ulama terkemudian berkenaan para perawi adalah tidak bernilai sama sekali, selama mana kata-kata mereka itu kosong dari dalil syar'ie.

Mereka tidak mampu membawakan dalil syar'ie dan bukti rasional bagi akidah taklid mereka, yang mana mereka mendirikan agama menurut pakar rujuk dalam agama (marji'iyyah) berpaksikan akidah taklid ini. Mereka tidak mempunyai ayat Quran dengan dalil yang muhkam atau riwayat yang berdasarkan sumber dan bukti yang muktamad, di samping mereka juga tidak mempunyai bukti rasional yang sempurna. Oleh itu, kaedah kewajiban merujuki orang alim yang mereka bentangkan tidak terpakai ke atas mereka sendiri kerana hanya mempersembahkan sangkaan, sedang mereka bersangka-sangka. Hakikatnya, mereka kadang kala tidak mempersembah apa-apa pun melainkan waham (delusi) seperti fatwa solat di kawasan-kawasan yang berdekatan dengan kutub utara atau selatan. Malah, sesetengah mereka yang menggelar diri mereka ulama tidak memahami apa yang diajukan kepada mereka. Sekarang ini kami meminta dalil akidah mereka yang mewajibkan taklid kepada peribadi bukan maksum, lantas kita dapati mereka mempersembahkan bukti bahawa seseorang itu secara rasionalnya akan merujuki seseorang yang pakar dalam bidang-bidang tertentu (ulama adalah pakar dalam bidang mereka)

Pendapat ini sebaik-baiknya di maknai sebagai keharusan dan bukan kewajiban, hatta makna keharusan itu sendiri tertakluk kepada perbincangan. Mereka mempersembahkan pendapat ini sebagai bukti rasional, maka jelaslah bahawa mereka ini samada tidak memahami apa yang kami ajukan kepada mereka, atau mereka mengakui bahawa akidah mereka adalah satu bidaah dan batil, tanpa sebarang dalil. Seterusnya mereka berundur dari akidah kewajiban (taklid) kepada akidah keharusan (jawaz) dan disukai (istihbab), setelah kami terangkan pada mereka akan kebatilan akidah ini. Jika demikian halnya, maka mereka sepatutnya mengisytiharkan bahawa mereka telah megundur diri dari akidah batil mereka, lantas berpindah dari akidah kewajipan (taklid) kepada akidah keharusan (taklid), agar kita boleh bergerak ke diskusi yang lain dan membincangkan akidah baru mereka ini.

 

Saya masih menantikan jawaban balas dan pembelaan para marajik ()pakar rujuk bidang agama) tentang akidah kewajipan taklid kepada peribadi bukan maksum, atau mereka hendaklah mengisytiharkan bahawa akidah ini tidak benar dan mereka telah tersilap dalam menjelaskannya.