Bantahan Pada Shiah Yang Ingin Menunggu Keluar Panji Hitam

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً
Orang Shiah: Riwayat mengatakan agar tunggu sehingga keluarnya panji hitam dari timur, dan panji hitam ini mesti dilihat terlebih dahulu.

Rasulullah (sawas) telah berkata: “Sebelum perbendaharaan kamu, tiga akan berbunuhan antara satu sama lain, kesemua mereka adalah anak khalifah yang berbeza, bagaimanapun tiada dari mereka yang akan menerima. Selepas itu, panji hitam akan keluar dari timur dan bertempur dalam satu perang besar ke atas mereka.Kemudian dia (sawas) telah menyebutkan seorang lelaki, lalu berkata, sekiranya kamu melihatnya hendaklah kamu berbaiah kepadanya kerana dia adalah khalifah Al Mahdi.” [Bisharat Al Islam, ms 30]

فيما ذكره نعيم عن المهدي ونصرته برايات خراسان. قال حدثنا أبو نصر الحباب عن خلاد عن أبي قلابة عن ثوبان قال إذا رأيتم الرايات السود خرجت من قبل خراسان فأتوها ولو حبوا على الثلج فإن فيها خليفة المهدي.

Jika kamu melihat panji hitam keluar dari Khurasan, maka bersegeralah ke arah mereka, walaupun terpaksa merangkak di atas salji, kerana mereka berpegang kepada khalifah al Mahdi.] ( Al-Malahem Wal Fitan, Sayyid Bin Tawoos Al-Hassani, hal. 52)

Riwayat menyuruh kita “melihat” terlebih dahulu. Maka kami akan tunggu sehingga melihat panji hitam.

______

Jawaban: Ini adalah hujah paling murah yang boleh dikeluarkan oleh seorang yang bergelar pengikut Ahl Al-Bait (AS). Mereka akan mencari seribu satu alasan untuk menolak beriman kepada khalifah Allah. Kita pulang semula kepada riwayat di atas.

Mereka yang menjadikan alasan “menunggu untuk melihat dahulu” sebelum bertindak WAJIB menjawab satu soalan berikut. Diketahui bahawa pasukan panji hitam ini adalah pasukan perang khalifah Al Mahdi, seperti yang disebutkan dalam riwayat di atas. Maka bagaimanakah mereka dapat mengenal Khalifah Al Mahdi ini terlebih dahulu dan berpegang kepadanya lalu keluar berperang dengan beliau? Ini jelas kerana mereka adalah yang pertama keluar bersama beliau.

Saya pasti tidak akan ada jawaban yang jelas berserta dalil yang dapat mereka berikan, melainkan bersangka-sangka. Maka tidak dapat tidak, situasi sebenarnya harus seperti berikut:

1. Al Mahdi telah pun keluar terlebih dahulu mendakwah manusia ke jalan kebenaran
2. Manusia beriman kepada Al Mahdi setelah beliau membuktikan dirinya dengan bukti yang jelas
3. Dan apabila sampai waktunya, maka Al Mahdi akan mengetuai pasukan orang beriman ini dalam Revolusi Illahi.

Selain dari situasi ini, maka tidak ada jalan bagi menjelaskan kewujudan orang beriman sebelum keluarnya panji hitam. Secara automatis, terbatallah “kaedah” ciptaan akal mereka yang mahu menunggu keluar panji hitam terlebih dahulu.

Satu perkara lagi yang harus diingat oleh para pengikut kaedah ini adalah, maut tidak mengenal masa dan ketika. Apakah anda boleh menjamin anda akan boleh hidup panjang untuk melihat keluarnya panji hitam ini? Jika anda mati tanpa mengiktiraf Imam atau utusan Imam, maka anda mati tanpa Imam.

Imam Ali b. Musa al-Reza (a.s.) meriwayatkan hadis-hadis dari bapanya, sehingga Nabi(s) – Barangsiapa yang mati tanpa mengikuti Imam lantikan Allah dari itrah ku dianggap sebagai mereka yang mati dalam kejahilan. Amalannya tidak diterima, samada beliau melakukannya di zaman Jahiliyyah atau selepas kedatangan Islam. Oyoon Akhbaar al-Reza (a.s.) bab 31 hadis 214

Perkara terbaik buat orang-orang Shiah sekarang adalah diterangkan di dalam hadis berikut:

Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Safwan bin Yahya, daripada Muhammad bin Marwan, daripada al-Fudhail bin Yasar berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah: “Suatu hari Kami menyeru setiap umat dengan pemimpinnya”(17:71) Maka beliau a.s telah berkata: Kenalilah imam anda, kerana anda apabila anda telah mengenali imam anda, cepat atau lampat urusan ini tidak akan memudaratkan anda. Sesiapa yang telah mengenali imamnya, kemudian beliau telah mati sebelum kedatangan sahaib hadha al-Amr adalah seperti kedudukan mereka yang telah berada di dalam kem askarnya, tidak, malah seperti kedudukan mereka yang telah berada di bawah benderanya, beliau telah berkata: Sebahagian sahabatnya berkata: [Beliau] adalah seperti kedudukan mereka yang telah mati syahid bersama Rasulullah s.a.w.(Usul al Kafi, No 535)

Ambil kesempatan ini untuk mengkaji seruan Sayed Ahmed, Al Yamani dan Mahdi Pertama yang dinantikan, kenali dan iktiraf urusannya, dan setelah itu, lambat atau cepatnya urusan ini tidak akan memudaratkan anda. Dan jika anda mati, maka kedudukan kalian adalah seperti yang diterangkan dalam riwayat di atas.

2 thoughts on “Bantahan Pada Shiah Yang Ingin Menunggu Keluar Panji Hitam

  1. salam wa rohma …
    saya ingin mencoba kebenaran Imam Mahdi yg anda sebutkan dengan beberapa pertanyaan , mohon direspon :
    1. Disekolah dasar apa yg pernah saya lalui ?
    2. sudah berapa lama saya bekerja di perusahaan sa bekerja ?
    3. siapa nama lengkap anak saya yang kedua ?
    4. siapa nama teman kantor saya yang pake kaca mata ?
    5. saat saya menulis pertanyaan ini menggunakan baju apa ?

    mohon dijawab … Imam Mahdi as yg asli pasti bisa mengetahui jawabannya , karena ia as dianugerahi ilmu dari Allah swt ttg segala hal …

    1. Apa beza permintaan anda ini dengan permintaan Saad Bin Abi Waqas agar Imam Ali (as) menghitamkan janggutnya? Tiada. Saya ingin membetulkan kesalahan permintaan anda:

      1. Ahmed Alhasan bukan Imam Mahdi.

      2. Mukjizat bukan syarat keimanan. http://www.eramahdi.net/2014/02/26/pengajaran-dari-quran-kepada-peminta-mukjizat/

      3. Kenali Hujjah melalui peraturan yang ditetapkan oleh Allah : http://www.eramahdi.net/2013/02/28/bagaimana-mengenali-shohibul-amr-pemilik-urusan/

      4. Ilmu yang diberikan kepada HujjahNya adalah ilmu tentang kitab-kitab, serta apa yang diperlukan untuk menunjukkan manusia ke jalan kebenaran. Untuk ini, anda boleh lihat dibahagian “ilmu dan kitab” yang ditulis oleh Sayed Ahmed Alhasan.

      5. Ilmu ghaib adalah milik Allah, dan Dia memberikan apa yang diperlukan kepada HujjahNya. Sedang Nabi sendiri menafikan baginda mengetahui ilmu ghaib, maka mengapa anda meminta kepada seorang yang bukan Nabi juga bukan di maqam imamah?

      Harap maklum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *