Risalah Petunjuk

Muat turun PDF atau EPUB
 

 

 
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Pengasihani
 
 
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam
 
 
 
Solawat Allah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi
 
 
 
Semoga kamu melihat Allah dalam segala hal, dengan segala hal, setelah segala hal dan sebelum segala hal, agar kamu menyedari Allah dan agar hijab terangkat dari penglihatan kamu, agar kamu dapat melihat segala hal dengan Allah. Oleh itu, bukti tidak menjadi petunjuk kamu ke arah Allah SWT, sebaliknya Allah SWT lah yang menunjuk ke arah bukti.
 
 
 
Imam AlHussain (AS) berkata, ("Wahai Tuhan ku, kembalinya aku kepada bukti mewajibkan kejauhanku dari Mu, oleh itu, bawalah aku kepada Mu dengan rahmat yang membolehkan aku menggapai Mu. Bagaimana Engkau boleh dibuktikan dengan sesuatu yang di dalam kewujudannya tidak ada Engkau? Adakah sebarang perkara zahir selain Engkau yang memiliki sesuatu yang Engkau tiada, sehinggakan hanya bukti-bukti ini yang dapat menjadikan Engkau zahir? Sejak bilakah Kau tiada sehingga memerlukan bukti untuk membuktikan Mu? Dan sejak bilakah Kau jauh sehingga Engkau perlu dicapai oleh bukti? Butalah mata manusia yang tidak melihat Mu sebagai Wali. Rugilah niaga seorang hamba yang tidak diberikan saham cinta Mu…) [Bihar Al-Anwar Vol. 95 halaman 225.]
 
 
 
Basuhlah kotoran dari mata dan telinga kamu agar kamu melihat dan mendengar Allah, ketika Dia berbicara dengan kamu walaupun melalui sebuah batu..
 
 
 
Janganlah berlindung pada golongan yang jahil, yang menggelarkan diri mereka ulama, kerana mereka akan memenuhi telanga dan mata kamu dengan kotoran, dan menarik kalian ke dalam dunia materialis yang sementara dan segala perhiasannya.
 
 
 
Janganlah kamu mendengar kata-kata mereka, kerana mereka tidak dapat melihat tangan mereka sendiri, dan dunia sementara ini adalah batasan pengetahuan mereka.
 
 
 
Janganlah kamu berlindung bersama mereka kerana mereka tidak beriman dengan visi, sedangkan visi adalah jalan ke arah Kerajaan Langit.
 
 
 
Lihatlah ke arah Kerajaan Langit, dan dengarkan Kerajaan Langit, dan percayalah pada Kerajaan Langit, kerana ia adalah kebenaran yang mana dipercayai oleh para Nabi dan Wasi, manakala ia adalah apa yang ditolak oleh para Ulama sesat yang menentang para Nabi dan Wasi setiap masa.
 
 
 
 
 
Dan lihatlah mereka, di akhir zaman, melebihkan Amerika dan demokrasi serta pilihanraya, lalu mengabaikan Allah, ﴾Mereka  itu tidak menghormati Allah menurut penghormatan yang selayaknya (sebagaimana yang ditetapkanNya); sesungguhnya Allah adalah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.﴿ [Surat Al-Hajj 22:74.]
 
 
 
Mereka mengabaikan Allah, ketuananNya dan pilihan khalifahNya. Oleh itu, mereka menjadi imej Dajjal Besar, Amerika, seperti mana para Nabi dan Wasi adalah imej Allah SWT.
 
 
 
Bacalah Quran, renungkannya,  bacalah kisah-kisah para Nabi dan Wasi, para Khalifah Allah di bumiNya, dan umat-umat terdahulu yang menolak mereka, serta para pemimpin umat tersebut dari kalangan ulama sesat, kemudian kembali kepada diri kamu dan lihatlah samada, adakah orang-orang yang benar telah mengambil jalan yang berbeza dengan jalan para Nabi dan Wasi? Dan adakah musuh-musuh dari kalangan ulama sesat juga telah mengambil jalan yang berbeza dengan jalan musuh-musuh para Nabi dan Wasi yang lepas?
 
 
 
Demi Allah, aku tidak mengatakan sesuatu pun kecuali apa yang dikatakan oleh bapa-bapa ku, mereka yang mengkhabarkan kepada manusia untuk membantu ku dan menyebutku di dalam wasiat mereka; Nuh, Ibrahim, Ismail, Muhammad, Ali, AlHasan, AlHusain dan para Imam (AS):
 
 
 
Dan beliau menjadikan kalimah itu tetap kekal pada keturunannya, supaya mereka kembali﴿[Surat Az-Zukhruf  43:28.]
 
 
 
Sementara para ulama sesat tidak berbicara melainkan apa yang dibicarakan oleh Namrud, Firaun, Abu Sufyan dan Al Walid, laknat Allah atas mereka semua.
 
 
 
Mereka berkata, ﴾Firaun berkata (kepada orang-orangnya): "Sebenarnya Rasul yang diutuskan kepada kamu ini, sungguh gila?.”﴿[Surat Ash-Shuara  26:27.]
 
 
 
Mereka berkata ﴾“(ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajar, ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!i”﴿ Surat Al-Muddathir 74:24-25.
 
 
 
Dan Mereka berkata ﴾“Tidaklah patut wahyu peringatan itu diturunkan kepadanya (padahal orang-orang yang lebih layak ada) di antara kita. Bahkan dialah seorang pendusta, lagi sombong angkuh..”﴿ [Surat Al-Qamar 54:25.]
 
 
 
Dan, ﴾bahkan mereka menuduh dengan berkata: "Al-Quran itu perkara karut yang dimimpikan oleh Muhammad, bahkan perkara yang diada-adakan olehnya, bahkan Muhammad sendiri seorang penyair. (Kalaulah ia sebenarnya seorang Rasul) maka hendaklah ia membawa kepada kita satu mukjizat sebagaimana mukjizat-mukjizat yang dibawa oleh Rasul-rasul yang telah diutus dahulu”﴿ [Surat Al-Anbiya  21:5.]
 
 
 
Mereka berkata … mereka berkata … … …
 
 
 
Dan (orang-orang musyrik) yang tidak berilmu pengetahuan, berkata: "Alangkah eloknya kalau Allah berkata-kata dengan kami atau datang kepada kami sesuatu keterangan (mukjizat)?" Demikian pula orang-orang (kafir) yang terdahulu dari mereka pernah berkata seperti yang dikatakan oleh mereka; hati mereka (sekaliannya) adalah bersamaan (degil dan kufur). Sesungguhnya Kami telah pun menerangkan ayat-ayat keterangan (yang menjadi dalil dan bukti) kepada kaum yang mahu percaya dengan yakin.﴿ [Surat Al-Baqara 2:118.]
 
 
 
Aku datang untuk bersaksi akan kebenaran dan mengatakan yang benar. Ia adalah sebab aku dilahirkan dan atas sebab ini aku akan mati, insyaAllah.
 
 
 
Berkenaan kamu, jika kamu ingin bersaksi untuk kebenaran, maka bersaksilah. Namun jika kamu mendapati ia pahit dan sangat, maka pujilah Allah kerana kebenaran itu  berat dan pahit, sementara kebatilan itu ringan dan manis.
 
 
 
 bahawa seruan kamu adalah seruan setiap Nabi dan Wasi (AS), maka beramallah dan jadilah saksi ke atas manusia, seperti mana utusan itu adalah saksi ke atas kamu. Dan Allah, utusanNya, para Nabi dan Wasi akan menjadi bukti ke atas kamu. Dan Allah, utusanNya, para Nabi dan Wasi (AS) serta orang-orang beriman akan melihat amal-amal anda.  Bersabarlah, dan berpegang kuatlah pada agama kamu serta bersatulah antara satu sama lain. Berdebatlah dengan Ahli Kitab melalui kitab mereka sendiri, Ajli Injil melalui Injil mereka, kerana perjuangan anda disebutkan di dalam Injil mereka secara terperinci, bukan secara am.
 
 
 
 
 
Di dalam Gospel John Bab 16
 
 
 
Isa (AS) berkata, [5Tetapi sekarang Aku akan pergi kepada Dia yang mengutus Aku, tetapi tidak seorang pun daripada kamu bertanya, ‘Ke mana Guru mahu pergi?’6Sekarang kamu sedih, kerana Aku sudah memberitahu kamu hal ini. 7Tetapi apa yang Aku katakan kepada kamu benar: Untuk kebaikan kamu, lebih baik Aku pergi. Jika Aku tidak pergi, Penolong itu tidak akan datang kepada kamu. Tetapi jika Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepada kamu. 8Apabila Dia datang kelak, Dia akan membuktikan kepada orang dunia bahawa pendapat mereka tentang dosa, tentang apa yang benar, dan tentang hukuman Allah, semuanya salah. 9Pendapat mereka tentang dosa salah, kerana mereka tidak percaya kepada-Ku.10Pendapat mereka tentang apa yang benar itu salah, kerana Aku pergi kepada Bapa dan kamu tidak akan melihat Aku lagi.11Pendapat mereka tentang hukuman Allah pun salah, kerana penguasa dunia ini sudah dihukum. 12Banyak lagi yang hendak Aku katakan kepada kamu, tetapi sekarang ini kamu belum sanggup menerimanya. 13Tetapi apabila Roh yang menunjukkan apa yang benar tentang Allah itu datang, Roh akan membimbing kamu supaya mengetahui segala kebenaran itu. Roh tidak akan mengatakan apa-apa menurut kehendak-Nya sendiri. Dia akan mengatakan apa yang didengar-Nya dan memberitahu kamu perkara-perkara yang akan berlaku. ]
 
 
 
Di sini, Isa (AS) menjanjikan kedatangan ku di dalam Gospel yang diiktiraf mereka.
 
 
 
 
 
Di dalam Gospel Matthew Bab 24
 
 
 
Isa (AS) bersabda, [44Oleh itu, kamu pun hendaklah sentiasa bersedia, kerana Anak Manusia akan datang pada saat yang tidak kamu sangka.” 45“Siapakah hamba yang setia dan bijak? Dialah orang yang ditunjuk tuannya menjadi pengurus rumah tangganya. Tuannya juga menyuruh dia memberikan makanan kepada hamba-hamba yang lain pada waktu yang ditentukan. 46Alangkah bahagianya hamba itu, jika dia didapati menjalankan tugas pada masa tuannya kembali.47Percayalah, tuan itu akan mempercayakan segala hartanya kepada hamba itu.]
 
 
 
Aku percaya bahawa teks ini tidak memerlukan sebarang usaha untuk difahami dan untuk mengenali utusan Imam Al Mahdi dan Isa (AS). Dan ada banyak lagi.
 
 
 
Tunjukkanlah mereka untuk membaca visi John, kerana ia mengandungi perincian terperinci untuk seruan ini dan menjelaskan kepada mereka jika mereka mencari kebenaran dan dokongan kepada Isa (AS)
 
 
 
Dan berikut adalah beberapa teks dari visi John The Divine yang menjelaskan kebenaran dan orang yang benar.
 
 
 
 
 
Kitab Revelation John Bab 4
 
 
 
[1Sesudah itu aku nampak suatu penglihatan lagi. Aku melihat sebuah pintu terbuka di syurga. Suara seperti bunyi trompet, yang pernah bercakap kepadaku berkata, “Marilah naik ke sini. Aku akan menunjukkan apa yang harus berlaku selepas ini.” 2Dengan segera Roh Allah menguasai aku. Aku melihat sebuah takhta di syurga dan seseorang duduk di atas takhta itu. 3Mukanya bersinar seperti batu jasper dan batu sardis. Takhta itu dikelilingi oleh pelangi yang bersinar seperti zamrud. 4Di lingkaran yang mengelilingi takhta itu terdapat dua puluh empat buah takhta lain. Di situ duduk dua puluh empat orang pemimpin yang berpakaian putih dan memakai mahkota emas. 5Takhta ini memancarkan pancaran kilat dan aku mendengar gemuruh bunyi guruh. ]
 
 
 
 
 
 
 
Bab 5
 
 
 
[1Aku melihat sebuah gulungan naskhah di tangan kanan Dia yang duduk di atas takhta itu. Gulungan naskhah itu penuh dengan tulisan pada kedua-dua belah sisinya dan dimeterai dengan tujuh buah meterai. 2Lalu aku melihat satu malaikat perkasa bertanya dengan suara yang lantang, “Siapakah yang layak memecahkan meterai-meterai ini serta membuka gulungan naskhah ini?”3Tetapi tidak seorang pun di syurga, atau di bumi, ataupun di bawah bumi, yang dapat membuka gulungan naskhah itu dan membaca kandungannya. 4Aku menangis tersedu-sedu, kerana tidak seorang pun layak membuka gulungan naskhah itu dan membaca kandungannya. 5Lalu salah seorang pemimpin itu berkata kepadaku, “Jangan menangis! Lihatlah! Singa daripada suku Yehuda, keturunan agung daripada Daud, sudah menang. Dia dapat memecahkan tujuh buah meterai itu dan membuka gulungan naskhah itu.”
 
 
 
 
 
6Kemudian aku nampak seekor Anak Domba berdiri di tengah-tengah takhta itu, dikelilingi oleh empat makhluk dan semua pemimpin itu. Anak Domba itu nampaknya sudah disembelih. Anak Domba itu mempunyai tujuh buah tanduk dan tujuh biji mata, iaitu tujuh Roh Allah yang telah diutus ke seluruh dunia. 7Anak Domba itu pergi mengambil gulungan naskhah itu dari tangan kanan Dia yang duduk di atas takhta. 8Sementara Anak Domba itu berbuat demikian, empat makhluk itu dan dua puluh empat orang pemimpin itu bersujud di hadapan Anak Domba. Masing-masing memegang sebuah kecapi dan sebuah mangkuk emas berisi kemenyan, iaitu doa-doa umat Allah.9Mereka menyanyikan sebuah lagu baru, “Engkau layak mengambil gulungan naskhah itu dan memecahkan meterai-meterainya, kerana Engkau telah dibunuh dan dengan kematian-Mu, manusia daripada semua suku, bahasa, negara, dan bangsa telah Engkau beli untuk Allah. 10Engkau sudah menjadikan mereka imam yang mengabdi kepada Allah kita, dan memerintah di dunia.”
 
 
 
 
 
11Lalu aku melihat lagi. Aku mendengar suara malaikat yang beribu-ribu dan berjuta-juta bilangannya! Mereka berdiri mengelilingi takhta, keempat-empat makhluk, dan para pemimpin itu. 12Mereka menyanyi dengan suara yang lantang, “Anak Domba yang sudah dibunuh itu layak menerima kekuasaan, kekayaan, kebijaksanaan, kekuatan, penghormatan, kemuliaan, dan pujian.”
 
 
 
 
 
13Lalu aku mendengar semua makhluk di syurga, di bumi, di bawah bumi, dan semua makhluk di dalam laut – pendeknya semua makhluk di alam semesta ini – menyanyi, “Kepada Dia yang duduk di atas takhta, dan kepada Anak Domba itu, kami persembahkan pujian dan penghormatan, kemuliaan dan kekuasaan selama-lamanya!”
 
 
 
 
 
14Keempat-empat makhluk itu menjawab, “Amin!” Para pemimpin itu pun bersujud serta menyembah Allah dan Anak Domba itu.
 
 
 
 
 
 
 
Bab 14
 
 
 
[1Kemudian aku melihat dan nampak Anak Domba berdiri di atas Bukit Sion. Bersama-sama-Nya berdiri 144,000 orang yang pada dahi mereka tertulis nama-Nya dan nama Bapa-Nya.]
 
 
 
Jadi siapakah orang yang mengumpulkan pengikut bapanya jika bukan Yang Pertama Beriman dari kalangan keturunan Al Mahdi (AS)?!!!
 
 
 
Dan siapakah dua puluh empat orang pemimpin tersebut jika bukan 12 Imam dan 12 Mahdi?!!!
 
 
 
Dan siapakah singa dari suku Yehudah/ Judah dan keturunan Nabi Daud (AS) yang membuka naskah dan membuka tujuh kunci selain dari singa yang bertempur bersama Ali (AS) di Kaibar, Uhud, Hunain dan Badr?!!!
 
 
 
Dan beliau adalah dari suku Judah kerana ibunnya adalah dari Bani Israel, (Narjis) bonda Imam Al Mahdi (AS)
 
 
 
Dan siapakah domba yang disebut sedang berdiri seolah-olah disembelih, mempunyai tujuh tanduk dan tujuh mata – mereka adalah empat belas maksumin, Muhammad, Ali, Fatima, Al-Hassan, Al-Hussein dan para Imam (AS)– selain dari Mahdi Pertama, Al Yamani yang merupakan utusan Imam Al Mahdi dan Isa (AS)?!!!
 
 
 
 
 
Kitab Revelation John  Bab 17
 
 
 
[ … 12Sepuluh tanduk yang engkau lihat itu melambangkan sepuluh orang raja yang belum mula memerintah. Tetapi mereka akan diberikan kuasa untuk memerintah sebagai raja bersama-sama binatang itu selama sejam.13Sepuluh orang raja itu semuanya mempunyai tujuan yang sama dan mereka menyerahkan kekuatan dan kekuasaan mereka kepada binatang itu. 14Mereka akan berperang melawan Anak Domba. Tetapi Anak Domba itu dengan para pengikut-Nya yang setia, yang telah dipanggil dan dipilih oleh-Nya akan mengalahkan mereka. Dialah Tuhan Yang Agung dan Raja Yang Terutama.” … ]
 
 
 
 
 
Bab 18
 
 
 
[1Setelah itu aku melihat satu lagi malaikat turun dari syurga. Dia mempunyai kuasa besar, dan cahaya yang mengelilinginya menerangi seluruh bumi. 2Dia berseru dengan suara lantang, “Babel sudah jatuh! Babel yang agung sudah jatuh! Sekarang syaitan-syaitan dan roh-roh jahat tinggal di Babel. Segala macam burung yang najis dan dibenci orang tinggal di situ. 3Semua bangsa sudah minum wainnya, iaitu perbuatannya yang cabul. Raja-raja dunia melakukan perbuatan cabul dengannya, dan saudagar-saudagar di bumi menjadi kaya oleh nafsunya yang tidak terkendali itu.” 4Kemudian aku mendengar suara lain dari syurga berkata, “Keluarlah, hai umat-Ku! Keluarlah dari Babel! Janganlah berbuat dosa seperti penduduk kota itu; janganlah ikut menanggung hukumannya, 5kerana dosanya bertimbun-timbun sampai ke langit, dan Allah tidak lupa akan kejahatannya.6Perlakukanlah Babel sebagaimana Babel telah memperlakukan kamu; balaslah Babel dua kali ganda bagi semua perbuatannya. Isilah cawannya dengan minuman yang dua kali lebih keras daripada minuman yang disediakannya untuk kamu. 7Berilah Babel penderitaan dan kesedihan sebanyak kemuliaan dan kemewahan yang diberikannya kepada dirinya sendiri, kerana Babel sentiasa berkata kepada dirinya sendiri, ‘Aku ratu yang memerintah! Aku bukan balu, aku tidak akan mengalami kesedihan!’ 8Itulah sebabnya dalam sehari semua malapetaka ini akan menimpanya: penyakit, kesedihan, dan kebuluran. Babel akan dihanguskan oleh api, kerana Tuhan Allah yang menghakiminya itu berkuasa.” 9Raja-raja dunia yang ikut melakukan perbuatan cabul dan lucah dengannya, akan menangisi dan meratapi kota itu apabila mereka melihat asap api yang menghanguskannya.10Mereka berdiri dari jauh, kerana mereka takut terkena penderitaannya. Mereka berkata, “Alangkah malangnya kota Babel yang agung dan perkasa itu! Dalam satu jam sahaja Babel telah dihukum!” 11Para saudagar di bumi menangis dan berkabung kerananya, oleh sebab tidak seorang pun membeli barang dagangan mereka lagi. 12Tidak seorang pun membeli emas, perak, permata, ataupun mutiara mereka; tidak seorang pun membeli kain linen, kain ungu, kain sutera, dan kain merah tua; tidak seorang pun membeli segala macam kayu yang jarang didapati, pelbagai benda yang dibuat daripada gading, kayu yang mahal, gangsa, besi, dan marmar; 13tidak seorang pun membeli kayu manis, rempah-rempah, setanggi, mur, dan kemenyan; tidak seorang pun membeli wain dan minyak, tepung dan gandum, lembu dan domba, kuda dan pedati, abdi dan tawanan perang sekalipun. 14Para saudagar berkata kepadanya, “Segala yang ingin engkau miliki sudah lenyap, dan semua kekayaan serta keindahanmu sudah hilang. Engkau tidak akan mendapati semua itu lagi!” 15Para saudagar yang menjadi kaya kerana berniaga di kota itu akan berdiri dari jauh, kerana mereka takut terkena penderitaannya. Mereka akan menangis dan berkabung, 16serta berkata, “Alangkah malangnya kota yang agung itu! Biasanya Babel berpakaian kain linen, kain ungu, dan kain merah tua; biasanya Babel memakai perhiasan emas, permata, dan mutiara!17Tetapi dalam satu jam sahaja, Babel telah kehilangan segala kekayaannya!” Semua nakhoda, penumpang, dan anak kapal, serta semua orang yang mempunyai mata pencarian di laut, berdiri dari jauh. 18Mereka berteriak apabila melihat asap api yang membakar kota itu. Mereka berseru, “Belum pernah ada kota seperti kota yang agung ini!” 19Mereka menghamburkan abu ke atas kepala sebagai tanda berkabung. Lalu mereka menangis dan berseru, “Alangkah malangnya kota yang agung itu! Di situlah semua orang yang mempunyai kapal-kapal di laut menjadi kaya kerana kekayaan kota itu! Tetapi dalam satu jam sahaja, Babel telah kehilangan segala-galanya!” 20Bersukacitalah, hai syurga, kerana kemusnahan kota itu! Bersukacitalah, hai umat Allah, rasul-rasul, dan nabi-nabi, kerana Allah telah menghukum Babel bagi apa yang sudah dilakukannya terhadap kamu! 21Kemudian satu malaikat perkasa mengangkat sebuah batu sebesar batu kisaran yang besar, lalu membuangnya ke dalam laut seraya berkata, “Demikianlah kota Babel yang agung itu akan dihempaskan dengan kuat, dan tidak akan dijumpai lagi. 22Suara penyanyi dan bunyi muzik daripada pemain kecapi, pemain seruling dan trompet tidak akan terdengar lagi di kota Babel! Semua tukangmu yang mahir tidak dapat dijumpai lagi dan bunyi batu kisaran pun tidak akan terdengar lagi! 23Cahaya pelita tidak akan terlihat lagi di Babel dan keriuhan pesta perkahwinan tidak akan terdengar lagi. Saudagar-saudagarmu ialah orang yang terkemuka di seluruh dunia, dan dengan ilmu sihir engkau menipu semua orang di dunia!” 24Babel dihukum kerana darah nabi-nabi dan darah umat Allah didapati di dalam kota itu – singkatnya darah semua orang yang sudah dibunuh di atas bumi.”]
 
 
 
Babel (Babilon) merujuk kepada Iraq, kerana Babilon adalah ibu kota Iraq pada waktu tersebut. Oleh itu, semua pembunuhan dan ujian berlaku di Iraq dan di bumi Iraq.
 
 
 
 
 
Kemusnahan Baghdad telah disebut oleh para Imam (AS) dengan kedatangan panji-panji ke Baghdad dari seluruh dunia dan bersama ujian.
 
 
 
Imam Al Sadiq (AS) berkata tentang Baghdad (“sumpahan Allah dan kemurkaanNya memusnahkan Baghdad dan meninggakan ia seperti binatang yang lemah. Celakalah ia dan mereka yang berada di dalamnya. Semua kecelakaan ini datang dari Panji Kuning dan Panji-panji Barat serta panji-panji yang bergerak padanya dari dekat dan jauh..)
 
 
 
Aku bersumpah demi Allah, Dia akan menghantar ke atasnya seksaan seperti mana Dia menghantar seksaan ke atas umat yang memberontak dari permulaan masa sehingga ke pengakhirannya. Dan Dia akan menghantar seksaan ke atasnya dalam bentuk yang tiada mata yang pernah melihat dan telinga mendengar. Dan “banjir” besar ke atas penduduknya adalah tidak lain melainkan dengan pedang. Maka celakalah mereka yang menjadikan ia sebagai tempat tinggal, kerana penduduknya tinggal kerana kemalangan ia, dan penduduk yang meninggalkannya, adalah atas rahmat Allah.
 
 
 
Aku bersumpah demi Allah, penduduknya sangat terlibat di dalam dunia ini sehingga dikatakan, “Baghdad adalah dunia, rumah dan rumah agamnya adalah syurga. Wanitanya cantik. Lelakinya pula adalah berkelayakan.” Akan dipercayai bahawa Allah tidak mengagihkan rezeki orang mukmin melainkan dengan Baghdad. Di Baghdad akan muncul pembohongan ke atas Allah dan RasulNya (SAW), serta penghakiman selain dari kitabNya, kesaksian palsu, kemabukan, kerosakan, kecurian dan pertumpahan darah sehingga ia melampaui semua di dunia ini. Kemudian Allah akan memusnahkannya dengan ujian dan panji ini, sehingga seseorang akan berlalu di Baghdad dan akan berkata, “Disinilah Baghdad pernah berada.”) [Bihar Al-Anwar Vol. 53 halaman 14.]
 
 
 
 
 
Bab 19
 
 
 
[…7Marilah kita bersukacita dan bergembira! Marilah kita memuji keagungan-Nya, kerana masa perkahwinan Anak Domba sudah tiba dan pengantin perempuan-Nya sudah siap untuk perkahwinan itu.8Pengantin perempuan itu telah diberikan pakaian linen yang bersih dan berkilauan untuk dikenakan.” (Pakaian linen itu perbuatan baik yang dilakukan oleh umat Allah.) 9Kemudian malaikat itu berkata kepadaku, “Tuliskan ini: Berbahagialah orang yang telah dijemput ke majlis perkahwinan Anak Domba itu.” Malaikat itu berkata lagi, “Inilah firman yang benar daripada Allah.”.."11Kemudian aku nampak syurga terbuka dan aku melihat seekor kuda putih. Penunggangnya bernama Yang Setia dan Yang Benar. Dia menghakimi dengan adil dan berperang untuk keadilan. 12Mata-Nya menyala seperti api dan Dia memakai banyak mahkota pada kepala-Nya. Pada diri-Nya tertulis satu nama yang hanya diketahui oleh-Nya. 13Jubah yang dipakai-Nya berlumuran darah. Nama-Nya “Firman Allah.” 14Tentera syurga mengikuti Dia dengan menunggang kuda putih dan mengenakan pakaian linen putih yang bersih. 15Dari mulut-Nya keluar sebilah pedang yang tajam, dan dengan pedang itu Dia akan mengalahkan bangsa-bangsa…]
 
 
 
 
 
 
 
Mereka yang dijemput menghadiri majlis bankuet anak domba adalah pendokong Mahdi Pertama, Al Yamani. Dan orang yang menunggang kuda putih dalam visi ini adalah Mahdi Pertama, Al Yamani
 
 
 
Bab 21
 
 
 
[ … Tuliskanlah ini, kerana kata-kata ini benar dan dapat dipercayai.” 6 Dia berkata, “Sudah selesai! Akulah yang pertama dan yang terakhir, Akulah Tuhan dari permulaan sampai penghabisan. Orang yang dahaga akan Aku berikan air minum dengan percuma dari sumber air yang memberikan hidup.7Sesiapa yang menang akan menerima hak ini daripada-Ku: Aku akan menjadi Allahnya, dan dia akan menjadi anak-Ku.  … ]
 
 
 
Alpha dan Omega, yang pertama dan terakhir adalah Imam Al-Mahdi (AS), dan sesiapa yang menang adalah singa yang sama, yang menang di awal visi, dan beliau adalah Mahdi Pertama dan Al Yamani.
 
 
 
Perkara ini akan berpanjangan jika kita ingin mengeluarkan teks-teks kerana ia terlalu banyak, dan tiada siapa yang menafikan mereka, mengubah mereka dan menafikan ku kecuali manusia sesat dan pelajar kesesatan (laknat Allah atas mereka)
 
 
 
Taatilah Allah dan bergerak menujuNya. Lihatlah Kerajaan Langit, dengarkan Kerajaan Langit. Cucilah kotoran dan sucikanlah diri serta dengarkan Allah, kerana Dia berbicara dengan manusia melalui segalanya, namun manusia tidak mendengar: {dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak..) [Surah Al Aaraf 7:179)
 
 
 
 
 
Bersaksilah apa yang kamu dengarkan dan lihat di Kerajaan Langit. Kenalkan manusia kepada kebenaran dan serulah manusia kepada kebenaran, serta serulah semua orang ke majlis bankuet yang diturunkan dari syurga. Mungkin orang yang menunjuk-nunjuk dengan solat dan doa  yang lama tidak akan datang ke bankuet ini, sebaliknya, penzina, peminum arak dan pendosa akan menghadirinya dan bertaubat pada Allah. Inilah sebab aku diutuskan, untuk membetulkan perkara ini. Beruntunglah jika mereka bertaubat, datang ke majlis makan anak domba. Beruntunglah mereka yang tidak melampaui ku.
 
 
 
 
 
Gospel Matthew Bab 22
 
 
 
[1Yesus berkata-kata lagi kepada orang ramai dengan menggunakan perumpamaan. 2Dia berkata, “Apabila Allah memerintah, keadaannya seperti perumpamaan ini. Seorang raja mengadakan majlis perkahwinan untuk puteranya. 3Raja menyuruh hamba-hambanya memberitahu para jemputan supaya datang ke majlis jamuan itu. Tetapi mereka tidak mahu datang.4Kemudian raja itu menyuruh hamba-hambanya yang lain. Raja bertitah, ‘Beritahu para jemputan itu bahawa jamuan sudah disiapkan; lembu jantan dan anak-anak lembu yang terbaik sudah disembelih, dan semuanya sudah tersedia. Datanglah ke majlis perkahwinan!’ 5Tetapi para jemputan itu tidak peduli. Mereka pergi melakukan pekerjaan masing-masing: Yang seorang pergi ke ladang, yang seorang lagi pergi ke kedai, 6sedang yang lain menangkap hamba-hamba itu, lalu memukul dan membunuh mereka. 7Raja itu sangat murka dan menyuruh askar-askarnya membunuh semua pembunuh itu serta membakar kota mereka.8Lalu raja memanggil hamba-hambanya dan bertitah, ‘Majlis perkahwinan sudah siap, tetapi semua orang yang dijemput itu tidak layak menerima jemputan itu. 9Sekarang pergilah ke jalan raya dan jemputlah seberapa banyak mungkin orang yang kamu temui, ke majlis perkahwinan ini.’ 10Demikianlah hamba-hamba raja itu pergi ke jalan raya dan mengumpulkan semua orang yang dijumpai mereka, orang yang baik mahupun yang jahat. Lalu penuhlah balai majlis jamuan itu dengan tetamu. 11Raja itu masuk untuk melihat para tetamunya, dan raja nampak seorang yang tidak memakai pakaian pesta. 12Raja bertitah kepadanya, ‘Kawan, engkau tidak memakai pakaian pesta. Engkau tidak patut berada di sini.’ Orang itu tidak berkata sepatah pun. 13Lalu raja itu bertitah kepada hamba-hambanya, ‘Ikat kaki dan tangan orang ini, dan buang dia ke luar ke tempat yang gelap. Di sana orang akan menangis dan menderita.’ ” 14 Lalu Yesus mengakhiri perumpamaan itu sambil berkata, “Banyak yang dijemput, tetapi hanya sedikit yang terpilih. ]
 
 
 
Ramai Kristian menantikan kembalinya Isa (AS) di hari ini, mereka tahu bahawa hari-hari ini adalah hari kemunculannya dan hari Kiamat Kecil. Sedarkan mereka bahawa Jesus (AS) diutuskan di timur dan begitulah juga dengan kepulangannya, dan utusan beliau, yakni Sang Penghibur (The Comforter) yang dijanjikan di dalam Bible, yang akan dihantar oleh Isa, juga akan muncul di timur. Malah, pembunuhan beramai-ramai di akhir zaman juga akan terjadi di timur, atau setepatnya di Iraq, seperti yang disebutkan dalam visi John, visi yang menamakan Iraq / Babel / Babilon.
 
 
 
Khabarkan kepada mereka bahawa singa dari suku Judah dan keturunan Daud (AS) telah berjaya untuk membuka naskah dan tujuh kunci.
 
 
 
Ali (AS) berkata, ﴾“Tiada ilmu yang dibuka kecuali oleh ku, dan tiada rahsia yang dikundi kecuali oleh Al Qaim.”﴿ [Mostadrak Safinat Al-Bihar Vol. 10 halaman 350.]
 
 
 
 
 
Revelation John Bab 5
 
 
 
[ “… Jangan menangis! Lihatlah! Singa daripada suku Yehuda, keturunan agung daripada Daud, sudah menang. Dia dapat memecahkan tujuh buah meterai itu dan membuka gulungan naskhah itu.” 6Kemudian aku nampak seekor Anak Domba berdiri di tengah-tengah takhta itu, dikelilingi oleh empat makhluk dan semua pemimpin itu. Anak Domba itu nampaknya sudah disembelih. Anak Domba itu mempunyai tujuh buah tanduk dan tujuh biji mata, iaitu tujuh Roh Allah yang telah diutus ke seluruh dunia.… ]
 
 
 
 
 
Revelation Bab 6
 
 
 
[1Kemudian aku melihat Anak Domba itu memecahkan meterai pertama daripada tujuh buah meterai itu. Lalu aku mendengar salah satu daripada empat makhluk itu berkata dengan suara yang mengguntur, “Mari!” 2Aku melihat, lalu nampak seekor kuda putih. Penunggangnya memegang sebuah busur dan dia diberikan sebuah mahkota. Dia mara sebagai seorang penakluk yang menang.  … ]
 
 
 
Katakanlah kepada mereka bahawa anak domba berdiri seperti telah disembelih itu telah datang, jadi sesiapa yang mahu membasuh pakaiannya dengan darah anak domba, maka sucikanlah diri, dan haruslah mempunyai saham dalam Kerajaan Langit, dan melihat Kerajaan Langit.
 
 
 
Yang penuh kekurangan
 
 
Ahmed Al-Hassan Rabi Al-Thani 1427 Hijri 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *