Perbahasan Ayat Ikmaluddin Oleh Ahmed Al Hasan

Teks Penuh


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Segala pujian bagi Allah, Penjaga sekalian alam.
Allah berselawat ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad, para Imam dan para Mahdiyyin dengan jaminan keamanan dan kesejahteraan.

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 
Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih buat pihak pengurusan program Forum Mingguan yang dianjurkan oleh Institut Pengajian Tinggi Agama dan Bahasa Arab. Saya juga berterima kasih kepada sidang hadirin yang dimuliakan dan juga para pendengar sekalian. Allah merahmati orang-orang yang mendengar kata, membantunya dan mengikuti kebenaran yang terkandung di dalamnya, walaupun ianya bertentangan dengan hawa nafsu mereka serta apa yang mereka dapati daripada bapa-bapa mereka dan pembesar-pembesar mereka. 
 
Topik kita pada hari ini adalah berkenaan ayat Ikmaluddin (Kesempurnaan Agama), firman Allah Taala: 
 
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa dari ugama kamu. Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. PADA HARI INI, AKU TELAH SEMPURNAKAN BAGI KAMU UGAMA KAMU, DAN TELAH AKU CUKUPKAN NIKMATKU KEPADA KAMU, DAN AKU TELAH REDAKAN ISLAM ITU MENJADI UGAMA UNTUK KAMU. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa, kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Quran 5:3)
 
Apa yang telah disempurnakan berdasarkan ayat ini adalah agama, ianya adalah syariat dan akidah. Pendapat yang mengatakan salah satunya tidak sempurna adalah bertentangan dengan makna zahir ayat (Ikmaluddin), sama seperti mengatakan bahawa salah satu dari keduanya tidak sempurna di lapangan realiti, seperti yang dilontarkan oleh mana-mana kelompok Islam. Maknanya kelompok-kelompok ini tidak benar kerana hal keadaan di lapangan realiti bertentangan dengan zahir ayat Quran (Ikmaluddin) yang terang benderang.
 
Umumnya golongan Salafi, Wahabi dan Ahlus sunnah di masa lalu dan sekarang, menggubal syariat dalam banyak persoalan berkaitan perkembangan kehidupan seharian yang menuntut hukum-hakam syariat dalam urusan peribadatan yang tiada nas dari peribadi maksum, seperti contohnya solat di kawasan-kawasan yang berdekatan dengan kutub. Oleh itu, realiti keadaan mereka sekaligus mengatakan bahawa agama di sisi mereka itu tidak sempurna, seterusnya memaksa mereka menggubal hukum syariat berdasarkan pendapat apabila ketiadaan nas.
 
Di samping itu terdapat juga perselisihan pendapat yang amat ketara sesama mereka dalam hal akidah. Golongan Salafi atau Wahabi sebagai contohnya mempercayai bahawa Allah mempunyai dua mata, dua tangan dan jari jemari yang hakiki. Sementara golongan Asya’irah seperti al Azhar tidak mempercayai sebegini, malah mempercayai kerosakan akidah Salafi dan Wahabi tersebut.
 
Manakala agama di sisi Keluarga Muhammad (as) pula, telah pun disempurnakan dengan perlantikan Khalifah Allah kerana baginda Rasulullah (saws) adalah orang yang bertanggungjawab menjelaskan akidah yang sebenar dan pensyariatan berdasarkan perintah Allah. Oleh itu, tidak wujud lekuk dan pertentangan antara akidah ini dan makna zahir ayat Ikmaluddin.
 
Agama itu menjadi sempurna dengan perlantikan jurubicara dari Allah atau khalifah Allah selepas Muhammad Rasulullah (saws).Dengan ini agama dari sudut akidah dan pensyariatan telah menjadi sempurna. Tidak wujud lekuk dalam agama yang sebegini sehingga perlu diluruskan dengan pendapat dan hawa nafsu para fuqaha yang tidak maksum, sepertimana halnya iktikad sunni yang bertentangan zahir ayat Ikmaluddin. 
 
Berkenaan dengan persoalan keghaiban peribadi maksum, kami mengatakan: bahawa keghaiban peribadi maksum adalah ungkapan tentang proses keghaibannya yang berakibatkan daripada ketidakwujudan si penerima dalam menjalankan syariat Ilahi bagi pihaknya, sebagaimana yang dikehendakinya dan bukan sebagaimana yang diharap dan disangkakan oleh orang-orang yang menunggu-nunggu dan mengharap. Oleh itu, tiada pertentangan antara akidah ini dan (makna) zahir ayat Ikmaluddin.
 
Ya, terdapat pertentangan antara ayat Ikmaluddin dengan orang yang mempercayai bahawa peribadi maksum ghaib serta membiarkan urusan pensyariatan kepada fuqaha bukan maksum mengkehadapankan diri mereka sendiri bagi menggubal syariat dalam agama Allah atau perkembangan-perkembangan baru berdasarkan pendapat mereka. Kekusutan ini ditambah lagi dengan tindakan mereka yang memfardhukan ke atas orang-orang mukmin akan akidah kewajipan bertaklid kepada orang-orang bukan maksum sebagai naib atau pengganti buat peribadi maksum. 
 
Hakikatnya ayat Ikmaluddin ini hanya dapat disesuaikan dengan apa yang kami kata dan percayai sahaja, iaitu agama itu menjadi sempurna dengan adanya perlantikan khalifah Allah selepas Muhammad Rasulullah (saws), mereka adalah orang-orang yang menggubal syariat dan menyampaikan pensyariatan dari Allah kepada umat manusia. Bahawasanya Imam Mahdi itu dighaibkan kerana tidak wujud si penerima bagi pihaknya dan bahawasanya zaman sebelum kemunculan Mahdi Pertama yang disebutkan di dalam wasiat Rasulullah (saws) adalah zaman fatrah/ interval (terputus antara dua jarak masa). Di mana umat manusia pada zaman tersebut ditangguhkan sampai ada keputusan Allah (مُرجون لأمر الله) dan tidak berhak mendapat ganjaran, namun mereka diganjari berdasarkan rahmat Allah SWT.
 
Ayat Ikmaluddin ini seterusnya menetapi kebatilan setiap manhaj yang mengatakan keharusan suatu zaman itu kosong daripada khalifah Allah seperti manhaj ahlus sunnah, salafi dan wahabi. Ia juga menetapi kebatilan setiap manhaj yang mengatakan keghaiban peribadi maksum tanpa wujud kecacatan di pihak umat dan ketidakwujudan si penerima bagi pihaknya. Oleh itu, manhaj-manhaj ini secara terasnya bertentangan dengan ayat kesempurnaan agama, kerana agama di sisi mereka dan menurut realiti  perlakuan mereka tidak disempurnakan oleh Tuhan dengan perlantikan khalifah Allah, atau orang yang dilantik oleh khalifah Allah bagi berhubung dengan manusia seperti duta-duta (sufara’), tetapi ianya disempurnakan oleh para fuqaha yang mengkehadapankan diri mereka sendiri dan seterusnya masuk campur menggubal syariat berdasarkan sangkaan (zhan) bagi menghasilkan hukum-hakam di zaman interval (fatrah). Mereka berkata ianya bukanlah hukum Allah yang hakiki, sekaligus mengakui bahawa agama di sisi mereka yang berdasarkan anggapan adalah cacat dan tidak sempurna. Sekaligus mereka mengakui tanpa mereka sedari bahawa pegangan akidah mereka ini bertentangan dengan ayat Ikmaluddin.
 
Di sini kita perlu memberi perhatian kepada perkara yang tersangat penting iaitu kedua-dua manhaj ini meletakkan kecacatan pada sisi Allah dan sisi khalifah Allah. Ini kerana mereka memperuntukkan bahawa Allah membiarkan urusan agama kepada mereka, bagi menggubal syariat pada setiap perkembangan baru yang memerlukan kepada hukum syariat. Mereka telah menolak khalifah lantikan Allah atau orang yang mewakili khalifah Allah, sekaligus memilih untuk tidak mengakui kecacatan mereka dan memperuntukkan bahawa Allah membiarkan urusan agama kepada peribadi-peribadi bukan maksum yang tidak dilantik oleh peribadi maksum, bagi membolehkan setiap orang dari mereka menggubal syariat berdasarkan pendapatnya sendiri tanpa sebarang nas syariat yang membenarkan perbuatan sedemikian. Ini pada hakikatnya jelas mencerca kebijaksanaan Allah, disamping ianya bertentangan dengan firman Allah SWT bahawa Dia telah menyempurnakan agama ini, sebagaimana yang telah dibentangkan sebelum ini.
 
Oleh itu, kami membuat kesimpulan daripada sinopsis ini bahawa di sana terdapat satu manhaj yang memperuntukkan bahawa bumi ini kosong daripada Hujjah (Allah) seperti manhaj ahlus sunnah dan salafi. Ia adalah manhaj dan iktikad yang bertentangan dengan makna zahir nas qurani di banyak tempat, antaranya ayat Ikmaluddin yang kami jelaskan sebelum ini. 
 
Manakala manhaj yang lain pula adalah manhaj yang mengakui bahawa suatu zaman itu tidak pernah kosong daripada Hujjah (Allah), namun berkata seorang Hujjah (Allah) itu mungkin ghaib dan dalam masa yang sama wujudnya si penerima, tanpa dia perlu melantik dan mengnaskan sendiri ke atas orang yang berada di kedudukannya untuk naib atau wakilnya ini dapat tegak menyampaikan hukum Allah yang hakiki. Sekaligus menetapi bahawa orang yang mencukupkan kekurangan agama adalah para fuqaha yang mengkehadapankan diri mereka sendiri dan bukan dengan lantikan Hujjah Allah. Pertentangan manhaj ini dengan ayat ikmaluddin adalah sangat jelas berdasarkan kepada realiti perlakuan mereka sendiri bahawa Allah tidak menyempurnakan agama. Oleh itu, penyelesaian mereka adalah dengan para fuqaha mengkehadapankan diri mereka sendiri, tanpa perlu dilantik dan dinaskan ke atas batang tubuh mereka sendiri bagi mencukupkan kekurangan (dalam agama) dengan hukum-hakam dan fatwa-fatwa mereka yang tidak mewakili hukum Allah yang hakiki. Hakikatnya manhaj ini tidak banyak berbeza dengan pendahulunya, kerana kedua-duanya bertentangan dengan ayat ikmaluddin. 
 
Adapun manhaj ketiga adalah manhaj yang telah kami kemukakan, iaitu suatu zaman itu tidak pernah kosong dari Hujjah Allah dan tidak sah bagi seorang Hujjah Allah itu ghaib selagimana dia tidak melantik orang yang mewakili dirinya. Dan apabila terang-terangan seorang Hujjah Allah itu ghaib dan tidak melantik sesiapa sebagai mewakili dirinya, maka umat di zaman itu keseluruhannya tersalah dan terpesong dari kebenaran, disebabkan tiada penerima bagi manhaj Ilahi yang sahih. Dalam hal keadaan ini, Hujjah (Allah) itu tertegak dengan perlantikan utusan atau naib, namun dia tidak dituntut mengisytihar dan berhubungan dengan umat manusia kerana belum wujud penerima bagi pihaknya. Ini menjadikan keadaan umat yang beriman dengan khalifah-khalifah Allah di zaman ini berada dalam zaman interval (fatrah):     
 
Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan (agama Kami) kepadamu ketika terputus (pengiriman) rasul-rasul agar kamu tidak mengatakan: "Tidak ada datang kepada kami baik seorang pembawa berita gembira maupun seorang pemberi peringatan". Sesungguhnya telah datang kepadamu pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Quran 5:19)
 
Individu-invidu yang berada dalam zaman ini, keadaannya menjadi ditangguhkan sampai ada keputusan Allah:
 
Dan ada (pula) orang-orang lain yang ditangguhkan sampai ada keputusan Allah; adakalanya Allah akan mengazab mereka dan adakalanya Allah akan menerima taubat mereka. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (Quran 9:106)
 

Sepertimana halnya penganut agama Hanif sebelum diutuskan Muhammad (saws) dan juga hal umat syiah sebelum diutuskan Mahdi Pertama yang disebutkan dalam wasiat Muhammad (saws).

 
Disebutkan di dalam kitab al Ghaybah lil Nu’mani, diriwayatkan daripada Syuaib bin Abi Hamzah, beliau telah berkata: Aku telah masuk berjumpa dengan Abi Abdillah (as):
lalu aku berkata kepadanya: "Adakah kamu pemilik urusan ini?” beliau menjawab: “Tidak"
Aku bertanya lagi: “Adakah anak kamu?” beliau menjawab: “Tidak"
Aku bertanya lagi:”Adakah cucu kamu?” beliau menjawab: “Tidak"
Aku bertanya lagi: “Adakah cicit kamu?” beliau menjawab: “Tidak"
Lantas aku bertanya: "Siapakah dia? beliau menjawab: "Dia yang akan memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana ianya telah dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan, ketika terputus pengiriman imam-imam, yang datang sepertimana Nabi (saws) diutuskan ketika terputus pengiriman rasul-rasul."  
 
Kesimpulan: sesungguhnya tidak terdapat manhaj yang dapat mensucikan lapangan Allah daripada kecacatan, juga sekaligus bertepatan serta tidak bertentangan dengan ayat ikmaluddin, melainkan manhaj yang kami kemukakan iaitu suatu zaman itu tidak pernah kosong:
 
  • daripada Hujjah Allah yang zahir dan berhubungan dengan umat secara langsung.
  • atau melalui duta-duta ketika wujudnya halangan.
  • Atau ghaibnya Hujjah Allah tanpa berhubung dengan umat manusia, dalam hal ini zaman itu disebut zaman interval (fatrah) kerana tidak wujud si penerima bagi pihaknya. Manakala orang-orang mukmin di zaman itu berada dalam kecacatan dan hal keadaan mereka ditangguhkan sehingga sampai keputusan Allah.

Segala pujian hanya bagi Allah, Penjaga sekalian alam.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

 

 

Syed Ahmad Al Hassan (as)
30 Rejab 1436 hijriah
Selasa 19 Mei 2015 

 
 
********************************************
 
بسم الله الرحمن الرحيم 

 

والحمد لله رب العالمين

 

وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين و سلم تسليما كثيرا

 

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

 

أتقدم بالشكر لإدارة الملتقى الإسبوعي لمعهد الدراسات العليا الدينية واللغوية 

 

كما أشكر الحضور الكريم والمستمعين …

 

ورحم الله الذين يستمعون القول ويعونه ويتبعون الحق الذي فيه وإن خالف أهواءَهم
 وما وجدوا عليه آباءَهم
 وكبراءَهم …
 
موضوعنا اليوم هو آية إكمال الدين …
 
قال تعالى: (حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالْدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلاَّ مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُواْ بِالأَزْلاَمِ ذَلِكُمْ فِسْقٌ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن دِينِكُمْ فَلاَ تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِيناً فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ فَإِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ)
 
الذي اكتمل بحسب هذه الآية هو الدين؛ والدين هو الشريعة والعقيدة، والقول بعدم اكتمال أحدهما يتعارض مع ظاهر الآية كما أن عدم اكتمال أي منهما في واقعِ حال وفي أطروحةِ أي طائفة إسلامية يعني أن هذه الطائفة غيرُ محقةٍ لأن واقع حالها يخالف ظاهراً قرآنياً جلياً.
 
السلفيون أو الوهابيون والسنة عموماً يشرّعون بالأمس واليوم دون وجود نصٍ عن المعصوم في مسائل كثيرة من المستجداتِ الحياتيةِ التي تتطلب حكماً شرعياً تعبدياً – وكمثال الصلاة في المناطق القريبة من القطب – وبالتالي فواقع حالهم يقول إن الدين عندهم غيرُ مكتملٍ ولهذا اضطَّروا للتشريعِ بالآراءِ عند فقد النص،

 

كما أنهم أيضاً مختلفون فيما بينهم في العقيدة اختلافا كبيرا؛ فالسلفيون أو الوهابيون مثلاً يعتقدون بأن لله عينين ويدين وأصابع على الحقيقة، والأشاعرة كالأزهر لا يعتقدون بهذا بل يعتقدون بفساد العقائد السلفية الوهابية …
 
أما آل محمد (صلوات الله عليهم) فاكتمال الدين عندهم بتنصيب خليفة الله حيث إنه (صلى الله عليه وآله) من يتكفَّل بيان العقيدة الحقَّة والتشريع بأمر الله، وبالتالي لا توجد ثغرةٌ و لا تناقضٌ بين هذه العقيدة وبين ظاهر آية إكمال الدين، 

 

فالدين يكتمل بتنصيب الناطق عن الله أو خليفة الله بعد رسول الله محمد (صلى الله عليه وآله) وبهذا يكون الدين عقيدةً وتشريعاً قد اكتمل، فلا توجد ثغرة في هكذا دين يسدّها فقهاء غير معصومين بآرائهم وأهوائهم كما هو الحال في الاعتقاد السني المتعارض مع ظاهر الآية .
 
أما مسألة غيبة المعصوم فنحن نقول: إن غياب المعصوم هو عبارة عن عملية تغييب له نتيجة عدم وجود القابل له ولمشروعه الإلهي – كما هو لا كما يفترضه ويتوهمه المنتظرون المفتَرَضون – وبالتالي فلا تعارض بين هذه العقيدة وبين ظاهر آية إكمال الدين.

 

نعم، التعارض مع آية إكمال الدين يكون في ساحة من يعتقدون أنَّ المعصوم غاب وترك التشريع ليتبرّع فقهاءٌ غير معصومين ويشرّعوا في دين الله أو في المستجدات بآرائهم، ثم ليزيدوا الطين بلةً ويفرضوا على المؤمنين عقيدةَ وجوب تقليد غير المعصوم والنيابةَ عن المعصوم.
 
والحقيقة إنه لا سبيل للتوافق مع ظاهر آية إكمال الدين سوى بما نقول ونعتقد من 

 

أنَّ إكمال الدين إنما صار بتنصيب خلفاء الله بعد رسول الله محمد (صلى الله عليه وآله) والذين يشرّعون ويوصلون التشريع من الله للناس،

 

وأنَّ الإمام مغيّب لعدم وجود القابل،

 

وأنَّ الزمانَ السابق لظهور المهدي الأول المذكور في وصية رسول الله (صلى الله عليه وآله) هو زمان فترةٍ،

 

وأنَّ الناس فيه مُرجون لأمر الله وغير مستحقين للثواب وإنما يثابون برحمة الله سبحانه وتعالى.
 
فالآية تثبت بطلان كل منهج يقول بجواز خلو الزمان من خليفة الله كالمنهج السني أو السلفي الوهابي،

 

وأيضاً تثبت بطلان كل منهج يقول بغيابٍ للمعصوم دون تقصير الأمة وعدم وجود القابل،

 

فالآية تتعارض مع هذه المناهج في الصميم.

 

حيث إن الدين عندهم – وبحسب واقعهم العملي – غير مكتملٍ إلهياً بخليفةٍ إلهي منصب من الله أو من نصبه للتواصلِ مع الناس كالسفراء، وانما يكمّله فقهاءٌ غير معصومين تبرّعاً وتطفّلاً في فترةٍ ما ليشرّعوا بالظن ويُنتجوا أحكاماً – هم يقولون – إنها ليست حكم الله الواقعي، 

 

وبالتالي فهم أنفسهم يقرّون أن الدين عندهم – وبحسب أطروحتهم – ناقص وغير مكتمل،

 

وبالتالي فهم يقرّون من حيث لا يعلمون أن أطروحتهم العقائدية تتعارض مع آية إكمال الدين.
 
ويجب الالتفات إلى أمرٍ في غاية الأهمية:

 

وهو أن كلا المنهجين يرميان التقصير في ساحة الله و ساحة خليفة الله أو المعصوم، حيث يفترضان أنَّ الله ترك الدين لهم ليشرّعوا في كل ما يستجدّوا ويحتاجوا إلى حكمٍ شرعي،

 

فبدلاً من أن يقرّوا هم بالتقصير – كونهم رافضين لخليفة الله المنصب أو من ينوب عنه – يفترضون أنَّ الله ترك الدين لأشخاصٍ غير معصومين وغير منصبين من المعصوم ليشرّع كلٌ منهم برأيه وبدون أي نصٍ شرعي،

 

وهذا في الحقيقة طعن صريح بحكمة الله إضافة إلى أنه – كما تقدم – يتعارض مع قول الله سبحانه من أنَّه أكمل الدين.
 
إذاً؛ خلصنا في هذا المختصر إلى :
• 
أن هناك منهجاً يفترض خلو الأرض من الحجة؛ ومثاله المنهج السني أو السلفي، وهو منهج واعتقاد يعارض ظاهر النص القرآني في مواضع منها آية اكمال الدين كما تبين.
• 
أما المنهج الآخر فهو الذي يقر بأن الزمانَ لا يخلو من الحجةِ و لكنه يقول بأن الحجةَ يمكن أن يغيب مع وجود القابل دون أن ينصب وينص على من يقوم مقامه بعينه ليقوم هذا النائب بإيصال حكم الله الواقعي، وبالتالي فمن يسد النقص في الدين هم فقهاء متبرعون من أنفسهم وغير منصبين من حجة الله، وتعارض هذا المنهج مع آية إكمال الدين واضح، فبحسب واقع حالهم؛ الله لم يكمل الدين ولهذا فالحل عندهم أن يتبرّع فقهاء غير منصبين ولا منصوصاً عليهم بأعيانِهم لسد النقص بأحكامهم وفتاواهم التي لا تمثّل حكم الله الواقعي، والحقيقة إن هذا المنهج لا يفترق عن سابقه كثيراً فكلاهما يتعارضان مع آية اكمال الدين.
• 
أما المنهج الثالث – فهو ما طرحناه – وهو أن الزمان لا يخلو من الحجة و لا يصح أن يغيب الحجة ما لم ينصب من ينوب عنه، وفي حال غاب ولم ينصب من ينوب عنه علناً فتكون الأمة ككل مقصرةً ومنحرفةً عن الحق وليس فيها القابل للمنهج الإلهي الصحيح، وفي هذا الحال تُقام الحجة بتعيين الرسول أو النائب ولكن لا يُطلب منه الإعلان والتواصل مع الناس لعدم وجود القابل له 

 

وفي هذا الحال تكون الأمة المؤمنة بخلفاء الله في زمانِ فترة (يَا أَهْلَ الْكِتَابِ قَدْ جَاءكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ عَلَى فَتْرَةٍ مِّنَ الرُّسُلِ أَن تَقُولُواْ مَا جَاءنَا مِن بَشِيرٍ وَلاَ نَذِيرٍ فَقَدْ جَاءكُم بَشِيرٌ وَنَذِيرٌ وَاللّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ).

 

ويكون حال أفرادها أنهم مُرجَون لأمر الله (وَآخَرُونَ مُرْجَوْنَ لِأَمْرِ اللَّهِ إِمَّا يُعَذِّبُهُمْ وَإِمَّا يَتُوبُ عَلَيْهِمْ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ) كحالِ الأحناف قبل بعث الرسول محمد (صلى الله عليه وآله) وكحالِ الشيعة قبل بعث المهدي الأول المذكور في وصية الرسول محمد (صلى الله عليه وآله).

 

في كتاب الغيبة للنعماني … عن شعيبِ بن أبي حمزةِ، قال:

 

"دخلتُ على أبي عبد اللهِ (عليه السلام) فقلتُ له: 

 

أنتَ صاحبُ هذا الأمر؟ فقالَ: لا.

 

فقلتُ: فولدُك؟ فقالَ: لا.

 

فقلتُ: فولَدُ ولَدِك؟ فقالَ: لا.

 

قلتُ: فولَدُ ولَدِ ولَدِك؟ قالَ: لا.

 

قلتُ: فمن هو؟ 

 

قالَ: الذي يملأها عدلاً كما مُلئت ظلماً وجوراً، لعلى فترةٍ من الأئمةِ يأتي كما أنَّ النبيَّ (صلّى اللهُ عليهِ وآلِهِ) بُعثَ على فترةٍ من الرسُل"
 
فالخلاصة: أنه لا يوجد منهج ينزّه ساحة الله من التقصير وكذلك يتطابق مع آية إكمال الدين ولا يتعارض معها غير المنهج الذي طرحناه وهو أن الزمان لا يخلو من 
• 
حجةٍ ظاهرٍ متصلٍ بالأمةِ مباشرةً 
• 
أو من خلال سفراء في حالِ وجود مانعٍ 
• 
أو حجةٍ غائبٍ غير متصلٍ بالناس وفي هذا الحال فالزمان هو زمان فترة لعدم وجود قابل والمؤمنون فيه مقصّرون وحالهم أنهم مُرجَون لأمر الله. 
 
والحمد لله رب العالمين 

 

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
السيد أحمد الحسن عليه السلام 

 

30 رجب 1436 هـ . ق

 

الثلاثاء 19 مايو 2015 م
 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *