Pengikut Jesus Ke 13 Bab 2: Tunas Yang Tumbuh Dari Keturunan David

Bab 2: Tunas Yang Tumbuh Dari Keturunan David
 
Soalan: Gereja menafsirkan "Tunas Yang Tumbuh Dari Keturunan Daud AS" sebagai Isa/Jesus. Adakah ini benar?
 
Jawaban: Soalan anda tentang Tunas ini disebutkan di dalam Kitab Yesaya(Isaiah).
 
 
1 Keturunan Raja Daud seperti pokok yang sudah ditebang. Tetapi sebagaimana tunas baru tumbuh pada tunggul pokok, demikian juga seorang raja yang baru akan muncul daripada keturunan Raja Daud. 2 Kuasa TUHAN akan mengurniakan kebijaksanaan kepada dia juga pengetahuan dan kecekapan untuk memerintah umatnya. Dia mengenal kehendak TUHAN dan menghormati Dia. 3 Dia suka mentaati TUHAN. Dia tidak menghakimi orang secara sekilas pandang ataupun berdasarkan kata orang. 4 Dia menghakimi perkara orang miskin dengan adil, dan membela hak orang yang lemah. Dengan perintahnya bumi dihukum, dan orang jahat akan dibinasakan. 5 Dia akan memerintah umatnya dengan adil dan jujur. 6 Serigala akan tinggal dengan domba, dan harimau bintang akan berbaring di samping anak kambing. Anak lembu dan anak singa akan makan bersama-sama, dan kanak-kanak akan menjaga semuanya.
 
7 Lembu dan beruang akan makan bersama-sama, dan anak lembu akan berbaring di samping anak beruang. Singa akan makan rumput seperti lembu. 8 Bahkan bayi tidak akan cedera, apabila bermain dekat ular berbisa. 9 Di Sion, Bukit Suci Allah, tiada apa-apa pun yang jahat atau berbahaya. Bumi akan penuh dengan orang yang mengenal dan menghormati TUHAN sebagaimana lautan penuh dengan air. 10 Suatu hari akan tiba apabila seorang raja keturunan Raja Daud akan menjadi tanda kepada bangsa-bangsa. Mereka akan datang kepadanya, dan bangsanya sendiri akan menjadi masyhur. 11 Pada hari itu Tuhan akan sekali lagi menggunakan kuasa-Nya untuk membawa kembali umat-Nya yang masih hidup di Asyur dan Mesir, di negeri Patros, Etiopia, Elam, Babilonia, dan Hamat, serta di kawasan pantai dan di pulau-pulau. 12 TUHAN akan mengibarkan panji untuk menunjukkan kepada bangsa-bangsa bahawa Dia sedang mengumpulkan semula penduduk Israel dan Yehuda yang terserak di segala pelosok bumi dan membawa mereka pulang.
 
Tafsiran mereka bahawa tunas itu merupakan Jesus adalah tidak tepat, dan teks mereka menolak tafsira ini serta ia bercanggahan dengan ideology mereka. Ini kerana menurut kepercayaan mereka, Jesus itu sendiri adalah Tuhan, jadi bagaimana boleh beliau takut kepada Tuhan, dan menjadikan keredaannya sebagai takut kepada Tuhan? Gereja mungkin akan menjelaskan perkara ini dengan menggunakan kepercayaan “falsafah yang tiga” yang batil dan bercanggahan, saya telah terangkan kebatilannya bersama bukti dalam Kitab Tauhid.
 
Jesus sendiri tidak memerintah dan bukan juga seorang hakim di kalangan manusia, jadi bagaimana beliau dapat menegakkan keadilan dan kesama rataan kepada mereka yang tertindas? Jadi bagaimana teks ini dapat digunakan kepada beliau?
 
Dan apa yang digambarkan oleh teks tersebut tidak dicapai di zaman Jesus, seperti bumi akan dipenuhi dengan ilmu Tuhan seperti mana air memenuhi laut, dan ilmu ini akan mempunyai kesan sehingga orang kaya akan menceriakan orang miskin, dan yang kuat akan membantu yang lemah, dan bumi akan menjadi hampir bebas dari kezaliman.
 
Hakikatnya, hampir kesemua teks ini jauh sifatnya dari Jesus dan seruannya. Contohnya, adakah Jesus mengumpulkan yang terbuang dari Israel(Jacob/Yaakob bagi mereka)? Dan adakah beliau mengumpulkan mereka yang bertebaran dari Judah/Yehuda (merujuk kepada anak-anak Jacob di sisi mereka) dari penghujung-penghujung dunia?? Dan jika mereka mengatakan beliau mengumpulkan mereka dalam keimanan kepada beliau, ini juga tidak tepat, kerana seruan Jesus sehinggalah pengangkatannya, tidak melepasi sempadan beberapa kota. Sedangkan kita dapati, teks ini mengatakan bahawa orang ini akan mengumpulan Judah yang bertebaran dari hujung-hujung dunia, dan makna teks ini adalah, ketika orang ini diutuskan nanti, manusia dari berbagai negara di dunia akan beriman kepada beliau, malah, negara-negara yang jauh dari tempat pengutusannya. (Penghujung bumi)
 
12 TUHAN akan mengibarkan panji untuk menunjukkan kepada bangsa-bangsa bahawa Dia sedang mengumpulkan semula penduduk Israel dan Yehuda yang terserak di segala pelosok bumi dan membawa mereka
 
Dan perkataan "Judah" membawa maksud "pujian" atau Ahmad.  Di dalam Taurat, Genesis, Bab 29:
 
35 Kemudian Lea mengandung lagi dan melahirkan seorang anak lelaki. Dia berkata, “Kali ini aku akan memuji TUHAN.” Maka dia menamakan anaknya Yehuda. Kemudian Lea tidak melahirkan anak untuk beberapa lama.
 
Dan Israel bermaksud "Abdullah"[1] dalam bahasa Arab, iaitu Hamba Allah. Jadi petikan tersebut akan menjadi seperti berikut:
 
12. DIA akan mengibarkan panji untuk menunjukkan kepada bangsa-bangsa bahawa Dia sedang mengumpulkan semula penduduk Abdullah dan Ahmad yang terserak di segala pelosok bumi dan membawa mereka pulang.
 
Dan mereka yang bertebaran lalu berkumpul seperti awan kumulus di musim luruh dari setiap pelusuk bumi untuk membantu Al Qaim(Mahdi Pertama Ahmad) adalah pendokong Imam Al Mahdi di akhir zaman; ini diketahui melalui riwayat dari Muhammad dan keturunannya.[2]
 


[1] Dan ini adalah isu yang jelas, dan riwayat turut menjelaskannya, contohnya riwayat dari Al Ayashi: Rasulullah telah bersabda: “Namaku adalah Ahmad, aku juga adalah Abdullah dan namaku juga adalah Israil.” [Tafseer Al Ayashi, jilid 1, ms 44] [Al Burhan jilid 1, ms 95] [Bihar Al Anwar, jilid 7, ms 178]
[2] Riwayat berkenaan hal ini adalah banyak sekali. Contohnya: Dari Abu Jaafar a.s tentang firman Allah swt: "Oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, maka Allah tetap akan membawa kamu bersama (2:148). Beliau a.s bersabda: Al Khairat(kebaikan) bermaksud wilayah. Dan "di mana sahaja kamu berada, Allah akan membawa kamu bersama" bermaksud para sahabat Al Qaim yang berjumlah lebih sedikit dari tiga ratus sepuluh orang…Demi Allah Dia akan mengumpulkan mereka dalam satu masa seperti awan sirus di musim luruh." Al Kafi oleh Al Kulaini. Inilah yang berlaku hari ini, apabila berbagai orang dari negara yang berbeza telah beriman dengan Ahmad Al Hasan, dan pendokong beliau adalah dari berbagai kawasan di muka bumi ini. Antaranya timur tengah, Asia timur, Rusia, negara Eropah dan lain-lain seperti Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *