Untuk Peragu: SAMIRI DAN ANAK SAPI (AL ‘IJL)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Allah berselawat ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad, para Imam dan para Mahdiyyin dengan jaminan keamanan dan kesejahteraan.

SAMIRI DAN ANAK SAPI (AL 'IJL)

Mereka (pendukung black banner) berkata bahawa pada setiap zaman wujud samiri dan juga anak sapi. Oleh itu, wajib bagi kita mengenali samiri dan juga anak sapi, supaya kita dapat berlepas diri dan tidak termasuk kedalam orang yang bersama-sama dengan kedua-dua mereka. Kemudian mereka mengenakannya ke atas peribadi-peribadi tertentu menurut hawa nafsu mereka yang berpenyakit, iaitu peribadi-peribadi yang diberi kepercayaan oleh Imam Ahmad Al Hassan (as) sendiri.

Jawapan:

Orang yang membaca sendiri kitab al ‘Ijl yang dikarang oleh Imam Ahmad Al Hassan (as) dapat memahami bahawa samiri dan anak sapi seringkali mengenakan pakaian baru. Satu-satunya jaminan bahawa seseorang itu tidak akan terjatuh ke dalam fitnah menyembah anak sapi adalah dengan berpegang kepada Hujjah Allah dan ketelitian dalam berpegang kepada perintah-perintah dari Hujjah Allah. Kita tidak dipertanggungjawabkan untuk mengenal siapakah samiri dan juga anak sapi, tetapi diwajibkan mengenal Harun (as). Dan sekiranya bani Israel berpegang teguh kepada Harun, nescaya mereka tidak akan menjadi sesat, lantas menyembah anak sapi. Ini kerana Musa (as) tidak berpergian melainkan beliau (as) meninggalkan Harun (as) sebagai penggantinya. Musa (as) tidak meninggalkan bani Israel melainkan beliau berpesan kepada mereka supaya mentaati Harun (as).

Sekarang Imam Ahmad Al Hassan (as) sebagai khalifah Allah wujud dan bukan ghaib sebagaimana sangkaan-sangkaan mereka. Jalan-jalan komunikasi dan penyampaian kata-kata, kenyataan-kenyataan, perintah-perintah dan kitab-kitab beliau (as) sudah amat diketahui umum. Oleh itu, mereka yang meninggalkan kata-kata, kenyataan-kenyataan, perintah-perintah dan kitab-kitab beliau (as), dengan cara meragui jalan-jalan komunikasi rasmi beliau (as) adalah sebenarnya yang menyembah anak sapi. Yang dimaksudkan dengan anak sapi itu adalah setiap apa jua yang disembah selain daripada Allah SWT. Ini sekaligus menetapkan bahawa kamulah sebenarnya yang menyembah anak sapi, wahai pendukung Black Banner. Kami bermohon kepada Allah SWT agar memberikan taufik buat sesiapa yang dikehendakiNya untuk bertaubat.

Seterusnya Sufyani pada zaman kita ini, adakah kita dipertanggungjawab untuk mengenali Sufyani dan beriman kepadanya?

Imam Ahmad Al Hassan (as) telah menyebutkan di dalam kitab Ma’a Abdus Soleh, jilid satu, muka surat 25: “Mereka tidak dipertanggungjawabkan untuk mengimani Sufyani dan selainnya, tetapi mereka dipertanggungjawabkan untuk beriman kepada Hujjah-hujjah Allah. Barangsiapa yang mengenal Hujjah-hujjah Allah, nescaya tiada suatu pun yang dapat memudharatkannya…”

Beliau (as) juga menyebutkan di dalam kitab al Jihad Bab al Jannah, mukasurat 65: “Bukan setiap yang bertempur dengan kegelapan adalah cahaya, barangkali ia juga kegelapan. Tetapi setiap yang bertempur dengan cahaya adalah kegelapan. Oleh kerana itu, kita mestilah mencari dan mengenali cahaya terlebih dahulu dan dengannya kita akan mengenali kegelapan.”

Kesimpulannya: wajib ke atas kita untuk mengenal Hujjah Allah dan melaluinya kita akan mengenal samiri, anak sapi, dajjal dan juga sufyani. Bukan melalui diri kita sendiri yang penuh dengan kegelapan.

 
Segala pujian semata-mata hanya bagi Allah. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *