Untuk Peragu: “HENDAKLAH MEREKA MENJAUHKAN DIRI DARIPADAKU…”

“HENDAKLAH MEREKA MENJAUHKAN DIRI DARIPADAKU…"

Mereka (pendukung black banner) berkata, mungkinkah seorang Hujjah Allah berkata kepada orang-orang yang mendakwa dirinya sebagai pengikutnya yang meragui laman dan jalan-jalan komunikasi rasmi dengan perkataan “hendaklah mereka menjauhkan diri daripadaku”. Ini menunjukkan bahawa orang yang berkata sebegini bukanlah Hujjah Allah, kerana seorang Hujjah Allah itu bersifat dengan sifat belas ihsan kepada syiahnya!

Jawapan:

1) Di sini dibawakan ungkapan yang disebutkan oleh Hamba Soleh (as) sejak ribuan tahun dahulu di dalam quran al karim: {Ia menjawab: Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu. Quran: 18:78}

2) Telah disebutkan oleh anbiya Allah sebelumnya di dalam quran al karim: {Dan sekiranya kamu tidak juga mahu berimankan kerasulanku, maka putuskanlah perhubungan kamu denganku (janganlah mengganggu daku). Quran 44:21}

3) Para Imam (as) berlepas diri dengan sebahagian orang yang mendakwa sebagai syiah mereka: [saya telah mendengar Abu Abdillah (as) berkata: “satu kelompok kaum menganggap aku sebagai imam mereka, demi Allah, aku bukanlah imam bagi mereka. Allah melaknat mereka kerana setiap kali aku menutup satu rahsia, mereka membukanya. Aku berkata begini dan begini, mereka pula berkata: yang dia maksudkan adalah begini dan begini. Sesungguhnya aku adalah imam buat mereka yang mentaatiku.” al Ghaybah an Nu’mani, ms 44]

4) Bilakah masanya manusia mengetahui apa yang dikatakan dan tidak dikatakan oleh Hujjah Allah? Hattakan jika sesuatu ungkapan itu tidak pernah wujud atau pernah wujud sebelumnya, adakah kami yang patut belajar dari Imam Ahmad Al Hassan (as) atau kalian yang mengajarkan kami, wahai pendukung black banner?!

 
Kesimpulan: Apa yang disebutkan oleh Imam Ahmad Al Hassan (as) ketika meminta mereka yang masih meragui laman rasmi facebooknya dan pejabat rasminya di najaf, supaya menjauhkan diri daripadanya dan tidak tidak menggelarkan diri mereka sebagai ansarnya adalah bertepatan dengan nas-nas daripada quran al karim, hadis-hadis ahlulbait (as) dan sirah-sirah para nabi, rasul, para imam serta wasi yang terdahulu. Hanya orang yang lemah akal dan keazamannya sahaja yang akan berterusan meragui kata-kata Imam (as) dan seterusnya masih mengharap belas ihsan Imam (as), sedangkan mereka dengan jelas telah ingkar dan munafik apabila tidak mematuhi perintah-perintah Imam (as), serta tetap masih dengan pendirian mereka yang sesat lagi menyesatkan apabila disuruh bertaubat. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *