Khalifah Allah AlMahdi Part 4: Nasab Khalifah Allah Al-Mahdi, dari Quraisy, Bani Hasyim, Itrah Nabi dan Anak Keturunan Fatimah

Dia dari Quraisy, Bani Hasyim, Itrah Nabi dan Anak Keturunan Fatimah

 

a) Dari Bani Kinanah, Bani Quraisy, Bani Hasyim

 

عن قتادة، قال : قلت لسعيد بن المسيب: المهدي حق ؟ قال: حق. قلت: ممن ؟ قال: من كنانة. قلت: ثم ممن ؟ قال: من قريش. قدم أحدهما على الاخر. قلت:  ثم ممن ؟ قال: من بني هاشم . قلت: ثم ممن ؟ قال: من ولد فاطمة(

 

Dari Qatadah: “Aku bertanya kepada Said bin Musayab, “Apakah Al-Mahdi itu haq (benar)?” Dia menjawab, “Benar”, Aku tanyakan. “Dari siapa (asalnya)?” Katanya, “Dari Kinanah.” Aku tanya lagi, “Kemudian dari siapa?” Katanya, “Dari Quraisy” lebih awal dari keduanya. Aku tanya lagi “Kemudian dari siapa?” Katanya “Dari bani Hasyim” Aku tanya “Terus dari siapa?” Katanya, “Dari anak keturunan Fatimah”. Rujukan: Aqad Ad Darar Fi Akhbar Al Muntazar, Halaman 22

 

b) Dari Ahlulbait Nabi saw

 

أخرج أحمد بن حنبل بسنده عن علي، قال: قال رسول الله ) صلى الله عليه وآله): (المهدي منا أهل البيت يصلحه الله في ليلة(

 

Ahmad bin Hanbal menyampaikan dari Fadhl bin Dakin dari Yasmin Al-‘Ajali dari Ibrahim bin Muhammad Al-Hanafiah dari bapanya dari Ali:“Rasulullah saw bersabda, “Mahdi berasal dari kami Ahlulbait. Allah akan mempersiapkannya dalam satu malam.”

 

Rujukan: Musnad Ahmad, Juz 1, Halaman 84; Sunan Ibnu Majah, Juz 2, Halaman 1367

 

c) Dari Itrah Nabi saw

 

اخرج أحمد في مسنده بسنده عن أبي سعيد أن رسول الله ) صلى الله عليه وآله)  قال: (تملأ الآرض ظلما وجورا ثم يخرج رجل من عترتي يملك سبعا أو تسعا فيملأ الآرض قسطا وعدلا(

 

Disebut dalam Musnad Ahmad, dari Abi Sa’id bahawa Rasulullah saw bersabda: “Bumi akan dipenuhi dengan kezaliman dan ketidakadilan, kemudian muncul seorang dari itrahku, dia akan memenuhi bumi selama tujuh atau Sembilan (tahun) dengan kemakmuran dan keadilan.” Rujukan: Musnad Ahmad, Juz 3, Halaman 28

 

حدثنا أحمد بن إبراهيم ثنا عبد الله بن جعفر الرقي ثنا أبو المليح الحسن بن عمر عن زياد بن بيان عن علي بن نفيل عن سعيد بن المسيب عن أم سلمة قالت سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : المهدي من عترتي من ولد فاطمة

 

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Ibraahiim: Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Ja’far Ar-Raqiy: Telah menceritakan kepada kami Al-Hasan bin ‘Umar, dari Ziyaad bin Bayaan, dari ‘Aliy bin Nufail, dari Sa’iid bin Al-Musayyib, dari Ummu Salamah, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Al-Mahdi itu berasal dari keturunanku dari anak Faathimah” [Diriwayatkan oleh Abu Daawud no. 4284; dishahihkan oleh Al-Albaaniy dalam Shahih Sunan Abi Daawud, 3/20-21].

 

d) Dari Anak Keturunan Fatimah

 

عن أم سلمة رضي الله عنها، قالت: سمعت رسول الله (صلى الله عليه وآله) ، يقول : (المهدي من عترتي، من ولد فاطمة) رضي الله عنها . أخرجه الإمام داود سليمان بن الآشعث السجستاني في سننه، والإمام أبو عبد الرحمن النسائي في سننه، والإمام الحافظ أبو بكر البيهقي، والإمام أبو عمرو الداني، رض ي الله عنهم،):

 

Dari Ummu Salamah (ra) katanya: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Al-Mahdi berasal dari itrahku, dari anak keturunan Fatimah.” Disebut oleh Al-Imam Daud Sulaiman bin Al-Asy’ats Al-Sajastani dalam Sunannya, dan Al-Imam Abu Abdu Rahman Al-Nasa`i dalam Sunannya, Al-Imam Al-Hafidz Abu Bakar Al-Baihaqi dan Al-Imam Abu ‘Amr Al-Dani (ra). Rujukan: Aqad Ad Darar Fi Akhbar Al Muntazar, Halaman 15

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *