Untuk Peragu: Bantahan Untuk Fitnah Ali Ghuraifi

Dengan Nama Allah yang Pemurah Lagi Maha Pengasih


Allah berselawat ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad, para Imam dan para Mahdiyyin dengan keamanan dan kesejahteraan.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

 

Bahagian pertama:

 

Jawapan muktamad buat pendustaan Ali Ghurayfi dan mereka yang bersama dengannya.

 

Berkata syaitan Ali Ghurayfi, semoga Allah menghinakannya dan mereka yang bersama dengannya bahawa Syed Ahmad Al Hassan (as) telah menulis di laman facebook rasminya dan beliau memetik kata-kata Syed Ahmad (as) : “Kami bersiap sedia menubuhkan pasukan bersenjata bagi mempertahankan bumi Iraq dan tempat-tempat sucinya. Jika sekiranya kerajaan pusat Iraq bersedia untuk bekerjasama dengan Ansar Imam Mahdi bagi mempertahankan bumi Iraq dan tempat-tempat sucinya, maka hendaklah perdana menteri Iraq atau wakil rasmi, atau menteri pertahanan atau wakil rasminya, atau menteri dalam negeri atau wakil rasminya berhubung dengan pejabat rasmi Ansar Imam Mahdi di kota suci Najaf bagi menyelaraskan pembentukan pasukan bersenjata, di samping mempersenjatai dan melatihnya untuk mempertahankan bumi Iraq dan tempat-tempat sucinya. Ya Allah bersaksilah bahawa aku telah sampaikan dan telah ku tegakkan kesempurnaan hujah yang tiada kesamaran padanya."

 

Kemudian syaitan Ali Ghurayfi berkata lagi: “Tidak mungkin Syed Al Hassan (as) berkata bahawa kami akan mempertahankan bumi Iraq, sedangkan beliau menyebutkan dalam kitab Jihad Pintu ke Syurga bahawa mempertahankan tanah air adalah batil dan tidak sah!! Ianya mestilah bukan bersifat perkauman, tanah air atau sesuatu yang selain daripada Wajah Allah atau menegakkan kalimah Allah."

 

Baiklah, jawapan kami adalah berdasarkan firman Allah Taala:

 

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَة يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

 

Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat. (Al Baqarah:85)

 

Bahkan syaitan Ali Ghurayfi mengingkari Al Kitab (Syed Ahmad a.s) dan hanya mengimani apa yang mengkagumkannya, serta bertepatan dengan hawa nafsunya. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kamu masih mengakui kitab Jihad Pintu ke Syurga dikarang sendiri oleh Syed Ahmad Al Hassan (as), tiada penyelewengan dan penambahan dari mana-mana ansarnya di dalam kitab tersebut, semoga mereka dijauhkan dari berbuat sedemikian. Ini kerana selepas ini, kamu pastinya akan berharap bahawa kamu tidak pernah dilahirkan ke dunia ini. Kami akan menjawab berdasarkan kitab Jihab Pintu ke Syurga itu sendiri, supaya menjadi hujah ke atas kamu dan pembodek-pembodek kamu, wahai pendusta.

 

Al Yamani Keluarga Muhammad telah menyebutkan di dalam kitab Jihab Pintu ke Syurga, dalam bab Jihad Pertahanan. Ianya adalah peperangan orang mukmin bagi mempertahankan tanah air yang penduduknya beragama dengan agama yang benar, apabila diserang oleh tentera kuffar atau musyrikun. Semua agama ketuhanan membenarkan jihad mempertahankan diri, malah mewajibkannya ke atas orang yang beriman. Ianya adalah fitrah semulajadi hattakan buat haiwan sekalipun akan mempertahankan kawasan, sarang dan lubangnya, apatah dengan manusia dalam membenarkan perang bagi mempertahankan tanah air. Undang-undang antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga mengiktiraf penentangan penduduk asal terhadap penjajah sebagai hak legal sesuatu bangsa. Amat mengherankan sekali bila para imam kesesatan pada zaman ini telah menjauhkan kita dari mempertahan hak ini yang telah disyariatkan oleh Allah dan bertepatan pula dengan fitrah semulajadi manusia, serta diperakui oleh keseluruhan umat manusia. Mereka adalah pengkhianat yang mengkhianati Allah SWT, malah berasa senang dengan kehidupan dunia serta bersuka ria di dalamnya. Mereka membeli kehidupan dunia dan keridhaan Amerika serta barat dengan kemurkaan Allah, firman Allah Taala:

 

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلا نَصِيرٍ

 

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (Al Baqarah: 120) [1]

 

Wahai pendusta Ali Ghurayfi, di dalam kitab ini juga Qoim keluarga Muhammad telah menjawab keraguan kamu, dengan mengatakan bahawa wajib berperang bagi mempertahankan tanah air yang penduduknya beragama dengan agama tauhid. Hakikatnya para ansarlah yang paling berhak dalam mempertahankan negeri ini iaitu Iraq, kerana mereka adalah ahli tauhid dan ahli kebenaran. Ahmad Al Hassan (as) mengatakan hatta haiwan sekalipun akan mempertahankan kawasan dan lubangnya, tetapi si pendusta Ali Ghurayfi ini pula mengatakan tidak dibenarkan mempertahankan tanah air. Dengan ini tuan kami Ahmad Al Hassan (as) membalas kata-kata kamu dan mereka yang berkata kepada kamu bahawa ansar yang akan mempertahankan tanah air bukanlah berjihad untuk roh dan menegakkan kalimah Allah. Mereka mengorbankan diri mereka, keluarga mereka dan dunia keseluruhannya untuk apa, wahai pendusta?! Apakah ianya bukan untuk menegakkan kalimah Allah, kemenangan ke atas diri serta hawa nafsu mereka, dan kejayaan buat keluarga Muhammad?!

 

Sepertimana yang kami sebutkan sebelum ini, silalah jawab kembali jika kamu mampu, wahai syaitan Ali Ghurayfi!!

 

———————————–


Kitab Jihad Pintu ke Syurga, Syed Ahmad Al Hassan (as), ms 76.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *