Untuk Peragu: Bantahan Al Qaim Tidak Berhubung Dengan Ansarnya

Hadis Keghaiban Dan Silence
 
Pihak BB menggunakan hadis-hadis yang menunjukkan keghaiban Imam sebagai bukti bahawa Imam Ahmed tidak lagi berhubung dengan Ansarnya, sekaligus menunjukkan laman FB Imam Ahmed itu adalah palsu. Benarkah begitu? Baik, mari kita telosori berkenaan isu ini dan perhatikan contoh hadis yang mereka gunakan
 
في حديث طويل قال فيه بعد أن عدد الأئمة من أهل بيته ثم يغيب عنهم إمامهم ما شاء الله، ويكون له غيبتان إحداهما أطول من الأخرى. ثم التفت إلينا رسول الله صلى الله عليه وآله فقال رافعا صوته: الحذر إذا فقد الخامس من ولد السابع من ولدي، قال علي: فقلت: يا رسول الله فما تكون هذه الغيبة؟ قال: أصبت (الصمت) حتى يأذن الله له بالخروج
 
Daripada Abdul Rahman bin Abi Layla, telah berkata Ali (as): Aku berada di sisi Nabi (sawas) di dalam rumah Ummu Salamah…sehinggalah kepada sabda Nabi (awas): Kemudian Rasulullah (sawas) berpaling kepada kami lalu berkata dengan suara yang nyaring: Berwaspadalah! apabila hilang yang kelima daripada anak ketujuhku. Lalu Ali (as) berkata: Aku bertanya: Wahai Rasulullah, maka bagaimanakah berlakunya ghaybah ini? Lalu menjawab: Berdiam diri sehinggalah Allah mengizinkan dia keluar. (Mu’jam Ahadith Al Imam Al Mahdi as, jilid 1, ms 296)
 

Bantahan 1: Perbezaan Matan pada hadis yang berasal dari sumber Primer
 
Sumber pertama hadis ini adalah dari kitab Kifayatul Athar oleh Al Khazzaz dan tiada kitab yang lebih tua menyebutkan hadis ini selain dari kitab yang telah disebutkan. Disebutkan dalam matan sumber primer perkataan yang digunakan adalah  أصبت bukan  الصمت yang membawa maksud diam.
 
Jika kita melihat nota kaki di kitab tersebut, Muhaqqiq menyebutkan dua perkara tentang Asbit, yang pertama disebut Alsabr yang membawa maksud Sabar. Dan satu lagi disebut "Yasir" yang bermaksud ia akan terjadi. Tiada sebutan dari sumber primer tentang diam.
 
Link pertama dari Shia library hawzaonline:
 
silence3
 
 
Link kedua dari Shia library yasoob:
 
silence2
 
 
Link ketiga dari Shia library shiaonline library:
 
silence1
 
 
Kitab Bihar Al Anwar juga menyebutkan perkara yang serupa:
 
Bihar1
Jadi dapatlah disimpulkan bahawa mutawatirnya hadis-hadis ini bukan dengan matan "diam" / "silence"
 

Bantahan 2: Kesamaran Perkataan Ghaibah
 
Kepercayaan kumpulan peragu adalah keghaiban Ahmed Alhasan adalah keghaiban total tanpa ada lagi sebarang  perhubungan antara beliau dan Ansar. Namun ini jelas rapuh atas sebab-sebab berikut:
 
1. Tiada dalil yang menyebutkan keghaiban sedemikian rupa. Jika ada pihak BB boleh berikan di sini. Seperti yang kita tahu, Imam Muhammad Almahdi sendiri bertemu dan mempunyai perhubungan dengan Shiahnya semasa keghaiban tanpa mengira Keghaiban kecil atau besar. Bagi mengukuhkan hujah, sila rujuk hadis berikut:
 
Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya. (10:47)
 
Jabir meriwayatkan dari Abu Jaafar AS: Jabir berkata: Aku bertanya kepada beliau tentang ayat ini: {Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya. (10:47)} Beliau AS menjawab: "Maksud batinnya ialah di setiap abad untuk umat ini akan ada seorang Rasul dari keluarga Muhamad yang akan keluar kepada mereka pada abad itu, dan mereka adalah yang terpilih dan mereka juga adalah utusan.." Tafsir al Ayashi, Jilid 2, halaman 123, hadis 23. Al Majlisi juga meriwayatkan dalam kitab Bihar Al Anwar
 
Ini menunjukkan Imam Al Mahdi sendiri yang berada dalam keghaiban masih dan tetap berhubung dengan Shiahnya. Maka apa yang menghalang Ahmad Alhasan berhubung dengan Ansar Imam Al Mahdi? Sudah tentu tiada. malah sangat perlu bagi beliau sentiasa berhubungan dengan Ansar, kerana tugas utama beliau adalah mempersiapkan Ansar. Inilah tujuan utama Al Yamani diutuskan.
 

Bantahan 3: Siapa Akan Menyeru Apabila Sufyani Keluar?
 
Umum mengetahui bahawa tiada siapa yang tahu secara terperinci dan tepat, siapa figur-figur akhir zaman seperti Sufyani dan Khurasani. Hanya Allah dan para manusia lantikanNya sahaja yang mengetahui perkara ini.
 
Dan tidak diutuskan Al Yamani melainkan untuk menentan Sufyani, yang keduanya diibaratkan seperti dua ekor kuda yang saling berlumba:
 
“..يخرج السفياني والمهدي كفرسي رهان،.."
 
Sheikh Ali Korani meriwayatkan dalam kitabnya hadis berikut: “…Al Sufyani dan Al Mahdi akan keluar seperti dua ekor kuda lumba, Al Sufyani akan mendahului dan begitu juga Al Mahdi. [Mujam Ahadeeth AlImam AlMahdi halaman 424;Hadis 943, Na’im Ibnu Hammad]
 
عن ابي عبد الله ع قال اليماني السفياني كفرسي رهان
 
Diriwayatkan daripada Ali bin Ahmad, dia berkata ianya telah dikatakan oleh Ubaydullah bin Musa, daripada Ibrahim bin Hashim, daripada Muhammad bin Abi Amir, daripada Hisham bin Salim, daripada Abi Abdillah, telah berkata: “Al Yamani dan Al Sufyani akan menjadi seperti dua kuda yang saling berlumba.” [Ghaybat Al Nu’mani, ms 305]
 
Kemunculan Sufyani pula begitu penting sehingga ia menjadi tanda peringatan untuk bergerak membantu Al Qaim/ Al Yamani.
 
محمد بن يعقوب، عن على بن إبراهيم، عن أبيه، عن صفوان بن يحيى، عن عيص بن القاسم قال سمعت أبا عبد الله عليه السلام يقول
 
إذا كان رجب فاقبلوا على اسم الله، وإن أحببتم أن تتأخروا إلى شعبان فلا ضير، وإن أحببتم أن تصوموا في أهاليكم فلعل ذلك يكون أقوى لكم، وكفاكم بالسفياني علامة
 
Abu Abdullah AS: "Apabila tiba bulan Rajab, datang membantu Allah. Tiada masalah jika anda ingin melengahkannya sehingga bulan Sha’ban. Dan lebih baik untuk anda jika anda berhasrat untuk berpuasa Ramadan bersama keluarga anda. Jika anda perlukan tanda, maka mencukupilah dengan mengingatkan diri anda dengan kebangkitan Sufyani.” (al-Kafi)
 
Melihat kepada hadis-hadis ini, bukankah perkara ini hanya akan tercapai jika Imam AS berhubungan dengan Ansarnya? Bagaimana Imam mahu mengumumkan Sufyani dan seruan menentangnya jika beliau terputus terus? Untuk lebih jelas, sila rujuk ahadis berikut:
 
حديث حذلم أبن بشير مع الإمام زين العابدين (ع) عن المهدي (ع) فقال الإمام (ع) – ثم يخرج السفياني الملعون من الوادي اليابس وهو من ولد عتبة بن أبي سفيان فإذا ظهر السفياني أختفى المهدي (ع) ثم يخرج بعد ذلك
المصدر : غيبة الطوسي ص294 / بحار الانوار ج52 ص291 / الحوائج والجوائح للراوندي ص1149 / معجم أحاديث المهدي (ع) ج1 ص50 / منتخب الأنوار المضيئة ص50 .
روى حذلم بن بشير قال: قلت لعلي بن الحسين: صف لي خروج المهدي وعرفني دلائله وعلاماته فقال: يكون قبل خروجه خروج رجل يقال له عوف السلمي بأرض الجزيرة ويكون مأواه تكريت وقتله بمسجد دمشق ثم يكون خروج شعيب بن صالح من سمرقند ثم يخرج السفياني الملعون من الوادي اليابس، وهو من ولد عتبة بن أبي سفيان، فإذا ظهر السفياني اختفى المهدي ثم يخرج بعد ذلك.ـ *معجم احاديث الامام المهديج3 –ص 176- بحار الانوار ج53-ص 213
 
Ali bin Al Hussain AS diminta menceritakan kemunculan Mahdi, perincian dan tandanya, beliau AS bersabda: "Sebelum kemunculannya adalah kemunculan seorang lelaki, namanya ialah Auf al Silmy di bumi Al Jazira(Iraq), tempat tinggalnya di Tikrit dan pembunuhannya adalah di masjid Damsyik, kemudian adalah kemunculan Shuaib Ibn Saleh dari Samarqand, dan kemudian Sufyani yang terlaknat akan muncul dari Wadi Al Yabis dan beliau adalah anak kepada Utbah Bin Abu Sufyan, apabila Sufyani muncul, Mahdi akan akan menghilang dan akan muncul selepas itu." Bihar al Anwar.
 
Hadis di atas menunjukkan ketika Sufyani muncul, Mahdi sudah pun ada, dan menghilang. Sudah tentu kerana beliaulah yang akan melaungkan seruan berkumpul untuk memerangi Sufyani. Mana mungkin ini bisa terjadi jika beliau tidak berhubungan dengan para Ansar atau wakilnya? Ini dikuatkan dengan ahadis berikut:
 
 عن أبي عبد الله عليه السلام أنه قال:السفياني  لابد منه ، ولا يخرج إلا في رجب ، فقال له رجل: يا أبا عبد الله إذا خرج فما حالنا ؟قال: إذا كان ذلك فإلينا
 
Daripada Khilad al Saig dari Abu Abdullah(as): "Al Sufyani adalah tidak dapat dielakkan, dan dia tidak akan muncul kecuali dalam bulan Rajab." Seorang lelaki bertanya kepadanya: Ya Aba Abdillah, jika beliau muncul, bagaimana keadaan kami?" Dia menjawab: "Datanglah kepada kami." Bihar al Anwar, jil 52, hal. 135
 
ٌا سدٌر، ألزم بٌتك وكن اًا ) : حلس من أحلاسه u عن  سدٌر، قال :قال أبو عبد الله
 واسكن ما سكن اللٌل والنهار، فإذا بلغك أن السفٌانً قد خرج فارحل إلٌنا ولو على
 )رجلك.
 
Imam al Sadiq(as): "Wahai Sudair, tetaplah di rumah mu dan jadilah seperti  dari kalangan ahlas dan tetaplah di dalamnya, siang dan malam. Dan jika seseorang mengisytiharkan bahawa Sufyani telah muncul, maka bergeraklah kepada KAMI walaupun dengan berjalan kaki." Bihar al Anwar, JIl. 52, hal 303
 
 ٌقول( :إذا خرج السفٌانً ٌبعث u وعن  ٌونس بن أبً ٌعفور، قال :سمعت أبا عبد الله
.( شاًا ٌج إلٌنا اًا ش إلٌكم، فإذا كان كذلك فأتونا على كل صعب وذلول ٌ
 
Imam al Sadiq(as): "Apabila Sufyani muncul, dia akan menghantar tentera kepada kami dan kepada kamu. Jika itu terjadi, datanglah kepada kami dengan setiap sa'ab atau thalul." Bihar al Anwar, JIl. 52, hal 261;
 
 فأتاه كتاب أبً مسلم فقال :لٌس u عن  الفضل الكاتب، قال( :كنت عند أبً عبد الله
 لكتابك جواب اخرج عنا – إلى أن قال – إن الله لا ٌعجل لعجلة العباد، ولإزالة جبل عن
 موضعه أهون من إزالة ملك لم ٌنقض أجله – إلى أن قال – قلت :فما العلامة فٌما بٌننا
 وبٌنك جعلت فداك ؟ قال :لا تبرح الأرض ٌا فضٌل حتى ٌخرج السفٌانً، فإذا خرج
السفٌانً.(  فأجٌبوا إلٌنا – ٌقولها اًا )ثلاث – وهو من المحتوم
 
Abu Abdullah AS: “Wahai Fudhail, janganlah kamu bergerak di bumi ini sehingga Sufyani keluar, jika Sufyani keluar, JAWABLAH KAMI, JAWABLAH KAMI, JAWABLAH KAMI, ia tidak dapat dielakkan.” Wasail Al Shia, Jilid 15, halaman 52
 
“Kami” adalah merujuk kepada Ahlulbait AS yang muncul sebelum Imam Al Mahdi, yakni Ahmed Alhasan. Jelas di sini wujud perhubungan antara beliau dan Ansar malah sebelum kemunculan Sufyani lagi, sekaligus membuktikan perhubungan ini penting agar Ansar dapat menyahut seruan Al Yamani untuk memerangi Sufyani.
 
Wahai para peragu sekalian, bagaimana pada hemat kalian, Ahmed Alhasan dapat mengisytiharkan siapa Sufyani dan menyeru menentangnya jika beliau terputus hubungan terus seperti yang difahami oleh akal kalian?
 
Jika kalian mengatakan beliau akan menyeru melalui orang yang tidak dikenali, ini bercanggahan dengan teks yang mengajarkan nas sebagai satu cara mengenal Hujjah atau wakil hujjah. Sesiapa yang mewakili beliau sudah pasti disebutkan bagi mengelakkan kekeliruan. Ini kerap disebutkan oleh Sayed Ahmed AS apabila beliau memberikan contoh seorang pemilik syarikat pasti akan melantik pengarahnya dalam keadaan ia diketahui oleh pekerjanya agar tidak terjadi kekeliruan. Mana mungkin beliau melakukan perkara sebaliknya sekarang?
 

Bantahan 4: Mengambil Ilmu dan Hukum Sebelum Kebangkitan Al Qaim
 
Kita sering menggunakan hadis berikut bagi membuktikan kewujudan Al Qaim kedua:
 
افي: ج 1 ص 371 ح 3 – علي بن محمد رفعه، عن علي بن أبي حمزة، عن أبي بصير قال: قلت لابي عبد الله عليه السلام: جعلت فداك متى الفرج ؟ فقال: – (القائم إمام ابن إمام، يأخذون منه حلالهم وحرامهم قبل قيامه، قلت: أصلحك الله إذا فقد الناس الامام عمن يأخذون ؟ قال: إذا كان ذلك فأحب من كنت تحب وانتظر الفرج فما أسرع ما يأتيك
 
Abu Basir bertanya kepada Abu Abdullah a.s: "Bilakah Faraj?" Beliau bersabda: "Al Qaim adalah Imam anak kepada Imam. Mereka mengambil halal dan haram darinya sebelum kebangkitan beliau." Aku bertanya: "Semoga Allah memperkukuh keadaan mu, bagaimana jika manusia tidak menjumpai Imamnya, dari siapa harus mengambilnya?" Beliau menjawab: "Jika berlaku sebegitu, cintailah orang yang telah kamu cintai dan tunggulah faraj, pantasnya akan sampai kepada kamu." Mu'jam Ahadis Imam Mahdi Jilid 3, Halaman 417
 
Jelas dari hadis di atas, ada beberapa hujah yang menolak doktrin keghaiban total Sayed Ahmed Alhasan seperti yang dipercayai golongan peragu.
 
1. Manusia akan terus mengambil hukum dari Al Qaim sehinggalah kebangkitannya. Tidak disebutkan dalam hadis di atas, pengambilan ini akan terhenti akibat kehilangan beliau. Sudah tentu matan muhkam di atas tidak dapat dipakai jika proses ini terhenti.
 
2. Bahagian seterusnya agak menarik, saya pasti ia mutashabih, tetapi kita ambil yang muhkamnya, yakni, jika imam tiada, cintailah orang yang telah kamu cintai.
 
Berikut adalah kata-kata Sayed Ahmed AS tentang Nazim Uqaili.
 
Kenyataan Ifhaam pada tahun 2005:
 
"Saya memohon kepada Allah agar Sheikh Nazim AlUqaily, seorang alim yang disayangi dan seorang PELINDUNG YANG MENASIHATI untuk keluarga Muhammad telah berjaya dalam respons untuk menunjukkan kebenaran dengan berpandukan kepada Kitab Allah dan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW dan Ahlulbaitnya yang suci." Ahmad AlHassan Rabiul Awal 1426 Hijrah (2005)
 
Tiada kutukan atau kritikan yang timbul kepada beliau sehinggalah persembunyian Imam pada tahun 2008. Maka oleh itu hendaklah kita cintai apa yang telah dicintai, dan jangan bertindak mendahului Imam.
 

Bantahan 5: Kenali Pemilik FB Melalui Ilmunya
 
Bila berdakwah kepada non Ansar, sungguh lincah mulut para munafik ini dengan menyuruh mereka membaca ilmu-ilmu Imam. Namun malang, peraturan yang sama tidak dapat mereka gunakan apabila menilai ilmu yang datang daro page tersebut.
 
Yang paling terkesan adalah penerangan tentang umur Nuh AS serta beberapa bukti saintifik yang lain. Ilmu-ilmu ini tidak dapat ditiru, adakah ada para ulama atau ilmuan yang memberi penerangan seperti mana Sayed Ahmed Alhasan? Kenalilah berdasarkan ilmunya
 
 فسأله بعضهم فقال له: يا بن رسول الله بأي شئ تصح الإمامة لمدعيها؟ قال بالنص والدليل، قال له: فدلالة الامام فيما هي؟ قال في العلم واستجابة الدعوة
 
Ketikamana salah seorang dari mereka bertanya: (Wahai anak Rasulullah , dengan apakah dibenarkan Imamah bagi orang yang mendakwanya? (as) menjawab: Dengan nas dan pembuktian. Bertanya pula kepadanya: apakah pembuktian Imam itu? (as) Menjawab: pada ilmu dan menjawab dakwah). [‘Uyoon Akhbar Al Ridha (as), jilid 2, ms 216]
 
Jika ilmu ini bukan dari maksumin, maka cabarannya adalah silalah bantah ilmu-ilmu ini. Silakan.
 

Bantahan 6: Al Qaim akan berhubungan melalui Internet dengan pengikutnya
 
Dalam pengkajian saya, saya telah berjumpa dengan beberapa hadis yang menarik. Saya tidak menjadikannya sebagai hujah utama, dan tidak pula saya mahu menafsirkannya mengikut selera saya. Para pembaca boleh nilai sendiri samada hadis dibawah ini adalah satu bentuk magic atau dapat dicapai melalui teknologi
 
 
في منتخب الأثر[ص483.] عن أبي الربيع الشامي، قال: سمعت أبا عبد الله (ع) يقول: إن قائمنا إذا قام مد الله لشيعتنا في أسماعهم وأبصارهم حتى لا يرون بينهم وبين القائم بريد يكلمهم فيسمعون وينظرون إليه وهو في مكانه. وروى الصافي أيضاً
 
Abu Abdullah AS: “Apabila Qaim kami bangkit, Allah akan panjangkan untuk Shiah kami pendengaran dan penglihatan antara mereka dan Al Qaim, apabila beliau ingin bercakap, maka mereka akan mendengar dan melihat beliau, sementara beliau kekal berada di tempatnya." Muntakhab AlAthar p.483 Bihar Al Anwar v.52 hal.336
 
Tidak dapat tidak, hal ini hanya boleh terjadi setiap masa melalui medium teknologi yang sudah masyur di zaman kita, sedangkan mukjizat tidak terjadi setiap masa.
 

 
Dengan hujah-hujah ini, saya meyakini dan bersaksi bahawa Sayed Ahmed AS sentiasa berhubung dengan Ansarnya dalam urusan seruan kepada Imam Al Mahdi AS, malah wajib bagi beliau berbuat demikian, dan tiada jalan untuk mencapai misi tersebut melainkan dengan berbuat demikian,
 
Saya ada satu cabaran terakhir, silalah palsukan suara Sayed Ahmed AS. Ya, buatkan satu rakaman palsu, kerana kalian mendakwa suara beliau boleh dipalsukan. Saya tidak menafikannya, tetapi saya yakin, lenggok dan tona suara sukar ditiru. Silakan.
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *