Bantahan: Hadis Tsaqalain Dan Ghadir Khum Adalah Wasiat Nabi

 


بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله رب العالمين،


وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً

 

Antara hujah pihak Shiah Usuli dalam bantahan mereka terhadap hadis Wasiat Nabi adalah apabila mereka mengatakan bahawa Hadis Tsaqalain dan Peristiwa Ghadir Khum itu sendiri sudah memadai sebagai wasiat terakhir Nabi SAW.

 

Saya berpendapat, ini adalah satu bantahan yang lemah. Berikut saya akan berkongsi sebab-sebab yang menyebabkan saya berpendapat sedemikian

 

Pertama: Al Quran Mewajibkan Penulisan Wasiat

 

كُتِبَ عَلَيۡكُمۡ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ إِن تَرَكَ خَيۡرًا ٱلۡوَصِيَّةُ لِلۡوَٲلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ بِٱلۡمَعۡرُوفِۖ حَقًّا عَلَى ٱلۡمُتَّقِينَ

 

Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan [tanda-tanda] maut, jika ia meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf, [ini adalah] kewajiban atas orang-orang yang bertakwa. (Al Baqarah: 180)

 

Ayat Quran ini dengan jelas menyebutkan kewajiban:

 

  1. Meninggalkan wasiat
  2. Apabila datang kehadiran maut

 

Penyebutan Hadis Tsaqalain dan Ghadir Khum tidak menepati kedua keadaan di atas

 

Kedua: Nabi Ingin Menulis Wasiat Dan Meninggalkan Wasiat

 

Jika benar hadis-hadis di atas memadai sebagai satu wasiat, maka entah mengapa Nabi SAW masih mahu menulis wasiat di waktu-waktu terakhir hidupnya.

 

 

ابن عباس رضي الله عنهما يقول يوم الخميس وما يوم الخميس، ثم بكى حتى بل دمعه الحصى، قلت يا أبا عباس ما يوم الخميس؟ قال اشتد برسول الله صلى الله عليه وسلم وجعه، فقال (ائتوني بكتف أكتب لكم كتابا لا تضلوا بعده أبدا). فتنازعوا، ولا ينبغي عند نبي تنازع، فقالوا ما له أهجر استفهموه؟ فقال (ذروني، فالذي أنا فيه خير مما تدعونني إليه)

 

Ibnu Abbas RA berkata “hari kamis, tahukah kamu ada apa hari kamis itu?. Ibnu Abbas menangis hingga air matanya mengalir seperti butiran kerikil. Kami berkata “hai Abul Abbas ada apa hari kamis?. Ia menjawab “Hari itu sakit Rasulullah SAW semakin berat, kemudian Beliau SAW bersabda “Berikan kepadaku kertas, aku akan menuliskan sesuatu untuk kalian agar kalian tidak akan tersesat setelahnya selama-lamanya. Kemudian mereka berselisih, padahal tidak sepantasnya terjadi perselisihan di sisi Nabi. Mereka berkata “beliau sedang menggigau, tanyakan kembali tentang ucapan beliau tersebut?. Namun Rasulullah SAW bersabda “Tinggalkanlah aku. Sebab keadaanku lebih baik daripada apa yang kalian ajak”[Shahih Bukhari no 2997]

 

Perkara ini selari dengan Al Quran yang menyuruh kepada penulisan wasiat di saat kedatangan maut. Seperti yang kita ketahui, adalah mustahil bagi seorang utusan Allah melakukan sesuatu yang bercanggahan dengan kalam Allah. Perkara ini diyakinkan lagi dengan kata-kata Aimmah AS

 

وروى العلاء، عن محمد بن مسلم قال أبو جعفر (عليه السلام): " الوصية حق، وقد أوصى

رسول لله (صلى لله عليه وآله)، فينبغي للمسلم أن يوصي

 

Diriwayatkan dari Muhammad Bin Muslim yang mendengar dari Imam Abu Jaafar a.s: "Wasiat adalah satu kewajiban, dan Rasulullah s.a.w.a juga meninggalkan wasiat, menjadi kewajiban Muslim untuk melakukan perkara yang sama. [Wasail al Shia]

 

Kemahuan Nabi SAW ini sendiri menunjukkan, Hadis Tsaqalain dan Ghadir Khum tidak cukup kuat untuk dianggap sebagai satu wasiat, malah bukan satu wasiat. Jadi, di manakah wasiat Nabi SAW di waktu kewafatan baginda?

 

Ketiga: Hadis Tsaqalain Masih Belum Cukup Kuat Untuk Menjadi Panduan Umat

 

Inilah hakikatnya. Saya tidak mengatakan ia lemah, Cuma tidak cukup kuat dan masih memerlukan penerangan. Contohnya Nabi SAW tidak menyebutkan nama setiap Imam di dalam Hadis Tsaqalain.

 

Kelompongan ini menyebabkan umat Sunni membuat pelbagai takwilan tentang siapa Ahlulbait Nabi SAW yang harus dijadikan rujukan sepeninggalan Nabi SAW.

 

Ini tidak berlaku kepada Wasiat Nabi SAW. Sunni sendiri terpaksa menerima Hadis Wasiat ini, dan tidak punya alasan untuk menolak, serta disebutkan secara jelas para Imam, nama dan gelaran mereka. Setiap lantikan Allah perlu ada nas perlantikan, ini adalah ketetapan sejak zaman Adam AS lagi. Dan Hadis Wasiat lengkap dengan perkara ini, agar ia boleh ditutut oleh empunyanya apabila tiba masa untuk membuktikan diri mereka.

 

Kesimpulan

 

Berdasarkan ketiga-tiga pendalilan ini, maka jelas terbukti bahawa Hadis Tsaqalain dan Peristiwa Ghadir Khum bukanlah wasiat Nabi SAW yang mahu ditulis ketika hampir waktu kewafatan baginda, kerana ia bercanggahan dengan nas dan logik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *