Kenyataan Ahmad Al Hassan: Kesyahidan Fatimah SA Dan Serangan Ke Atas Rumahnya

Pada 2 Mac 2015:
 
بسم الله الرحمن الرحيم


والحمد لله رب العالمين


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

 
 
Hari ini menandakan ulangtahun kesyahidan Fatimah Al Zahra, Penghulu Wanita Sekalian Alam. Semoga Allah menambahkan ganjaran kalian.
 
Malangnya selepas kesyahidan Rasul Allah, Abu Bakr dan Umar memecah masuk ke rumah Fatimah untuk memaksa Ali Ibn Abi Thalib memberikan taat setia kepada Abu Bakr. Insiden ini mengakibatkan kecederaan pada Fatimah SA, keguguran pada anaknya Al Muhsin dan kematian dirinya tidak lama kemudian. Ini adalah persis seperti yang dijanjikan  oleh Rasul Allah Muhammad SAW kepada beliau; bahawa beliau adalah yang pertama akan mengikuti baginda SAW.
 
 
Maka beliau menjadi syahid pertama yang disebutkan di dalam wasiat suci Nabi. Diberkati orang yang telah dan masih berpegang kepada wasiat Rasul Allah SAW yang ditulis pada malam kewafatannya, yang mana korban pertamanya adalah Fatimah, anakanda Muhammad SAW, penghulu sekalian wanita dan anak kandungannya. Serangan ke atas rumah Fatimah, anakanda Muhammad SAW, telah diriwayatkan oleh perawi Sunni dan direkodkan di dalam kitab mereka sendiri. Malah, turut diriwayatkan bahawa Umar mengancam untuk membakar rumah Fatimah, walaupun beliau dan anaknya berada di dalamnya. Penyair Sunni yang terbaik telah menulis tentang insiden serangan ke atas rumah Fatimah; Hafez Ibrahim, yang dikenali sebagai Penyair Sungai Nil, memuji Umar al Khattab dalam  syairnya yang panjang. Beliau berkata:
 
Sebuah kata-kata kepada Ali, disebut oleh Umar/dihormati pendengarnya, dimuliakan jurucakapnya/ "Aku akan membakar rumah kamu dan tiada yang tinggal di dalamnya/melainkan kamu memberi taat setia, walaupun anakanda Al Mustafa berada di dalamnya" / Tiada orang selain bapa kepada Hafsah yang dapat menuturkannya/ kepada pahlawan Arab dan pelindung mereka."
 
Kata-kata berikut menunjukkan kekesalan Abu Bakr di penghujung nyawanya atas apa yang telah beliau lakukan kepada Fatimah, yang menyebabkan kesyahidannya selepas serangan ke atas rumah beliau. Ia diriwayatkan oleh ahli hadis Sunni dan perawi mereka, seperti Al Tabrani di dalam Mujam al Kabir, At Tabari di dalam Tarikh At Tabari, Ibn Zanjaweih dalam Al Amwal, Muttaqi al Hindi di dalam Kanz al Ummal, Ibn Abd Rabbih dalam Al Aqd al Farid dan ramai lagi;
 
…. فوددت أني لم أكن كشفت بيت فاطمة وتركته….
 
Abu Bakr berkata, "Alangkah baiknya jika aku tidak menyerang rumah Fatimah, dan membiarkannya."
 
Berkenaan dengan beberapa orang yang menyatakan riwayat ini dhaif kerana salah seorang dari perawinya (Alwan bin Daud) yang merupakan seorang perawi dhaif, kebenarannya, Alwan bin Daud bukanlah seorang yang dhaif. Kedhaifan itu sebenarnya adalah pada minda mereka sendiri. Dibawah adalah dua rakaman oleh Dr. Saad al Din Hilaly, seorang ulama Sunni kontemporari, yang menunjukkan dari sisi pandangan ilmiah kesilapan percubaan mereka untuk melemahkan Alwan bin Daud. Malah beliau membongkar permainan mereka yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kajian ilmiah.
 
 

One thought on “Kenyataan Ahmad Al Hassan: Kesyahidan Fatimah SA Dan Serangan Ke Atas Rumahnya

  1. Kenyataan ahmad alhassan seolah menjatuhkan maruah Ali ra! Adakah ali ra hanya akan berdiam diri jika serangan itu benar terjadi!dayuskah beliau(tentu tidak)

    Malahan ali ra bukan saja akur kepada abubakar ra bahkan ali ra juga mentaati kekhalifahan umar ra!!! 

    Dan banyak perkataan dari ali tentang memuji kekhalifahan abu bakar,umar dan usman.

     

    Begitulah syiah mengaburi umat konon pengikut aki ra tetapi mereka malah menjatuhkan maruah saidina Ali ra sendiri dalam jarum halus fitnah mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *