Soalan 174: Ikan Paus dan Zhun Nun

Soalan 174: Ikan Paus dan Zhun Nun
 
Soalan 174: Bagaimana Tuan menerangkan Nabi Yunus (as) tinggal di dalam perut ikan paus dengan cara yang saintifik, tanpa makanan, udara dan matahari? Dan bagaimana dia beribadah? Dan apakah tasbih yang, dengan kelebihannya yang menyebabkan dia keluar dari perut ikan paus itu?
 
Jawapan:
 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
 
Segala puji-pujian tertentu bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat Allah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi.
 
Allah SWT Berfirman:
 
Maka bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), dan janganlah engkau bersikap seperti orang yang telah ditelan oleh ikan. (Ingatlah kisahnya) ketika ia berdoa merayu dengan keadaan sesak sebak terkurung dalam perut ikan. Kalaulah ia tidak didatangi nikmat pertolongan dari Tuhannya, nescaya tercampaklah ia ke tanah yang tandus dalam keadaan ia ditempelak (kerana salah silapnya). [345]
 
Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak. Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur. Oleh itu Kami campakkan dia keluar ke tanah yang tandus, sedang ia berkeadaan sakit. Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok dari jenis labu. (penterjemah : atau terjemahan lain: berdaun lebar). [346]
 
Sesungguhnya Yunus (as) meninggal dunia di dalam perut ikan paus, dan ruhnya memandang ke arah kegelapan neraka, dan memandang ke arah bahagian neraka yang lebih rendah.
 
Dan tumbuhan berdaun lebar adalah: Agama.
 
﴿ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا﴾
 
Jadi selepas paus itu menelan Yunus AS, ruhnya diambil, dan ia dibawa turun ke neraka agar beliau dapat melihatnya, sehinggalah beliau melihat neraka dan kegelapannya, [(demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis – apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Surah An Nur:40] . Dan beliau melihat Qarun LA dan berbicara dengannya. Dan dia melihat Qarun (la) dan dia bercakap dengannya. Dan neraka yang dia lihat ini, adalah Neraka yang dikembangkan hasil dari amalan dosa para penindas (penzalim) sehingga nyalaan itu siap, dan ia adalah api yang didorong oleh kerja-kerja [dosa] penzalim, seperti mana Syurga dibina oleh kerja-kerja [amalan] orang-orang soleh dari Nabi-nabi, Aushiak, Rasul-rasul, dan solehin.
 
Allah SWT berfirman mengenai Neraka yang dibina oleh kerja-kerja anak-anak Adam yang zalim:
 
﴿وَإِذَا الْجَحِيمُ سُعِّرَتْ﴾
 
{ Dan apabila api neraka dinyalakan menjulang} [347]
 
Yang bermaksud: [apabila] nyalaan api sampai ke puncak dan lengkap julangan apinya pada hari kiamat oleh kerja-kerja para penzalim.
 
Dan Allah SWT berfirman:
 
﴿وَإِذَا الْجَنَّةُ أُزْلِفَتْ﴾
 
{Dan apabila Syurga didekatkan; } [348] Yang bermaksud: apabila ia siap sempurna disebabkan amal soleh anak-anak Adam, dan ini telah diriwayatkan oleh Nabi SAW dan Ahlulbaitnya AS: “Barangsiapa yang mengucapkan: { سبحان الله، والحمد لله، ولا اله إلا الله، والله أكبر } telah ditanam sebatang pokok untuknya di syurga.” Jadi mereka bertanya: “Oleh itu, kami mempunyai banyak pokok di tanam Ya Rasul Allah!” Rasul menjawab: “Ya, namun berhati-hatilah, jika tidak kamu akan membakar mereka (akibat dari amalan jahat)” Amali oleh Sheikh as Saduq, halaman 705
 
Oleh itu, manusia lah yang membina syurga dan neraka, dan masing-masing mempunyai penghuninya yang tersendiri. Dan neraka ini adalah paus sebenar yang menelan Yunus (as), dan penjara tempat beliau dipenjarakan, dan kubur yang menakluknya dan menyekat perjalanannya, dan oleh itu, Allah SWT telah menyebutkan dua firman, dan yang zahirnya nampak seperti bercanggahan untuk sesiapa yang jahil tentang kebenaran iaitu:
 
لَوْلا أَنْ تَدَارَكَهُ نِعْمَةٌ مِنْ رَبِّهِ لَنُبِذَ بِالْعَرَاءِ وَهُوَ مَذْمُومٌ﴾ .
 
Kalaulah ia tidak didatangi nikmat pertolongan dari Tuhannya, nescaya tercampaklah ia ke tanah yang tandus (di tepi pantai) dalam keadaan ia ditempelak (kerana salah silapnya)
 
﴿فَلَوْلا أَنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُسَبِّحِينَ * لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُون﴾ .
 
Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.
 
Apa yang pasti ialah Allah SWT, mesti menyediakan satu perkara sebagai hukuman seperti ikrarNya untuk Nabi Allah Yunus (as); sama ada dicampakkan[nya] ke tanah tandus itu (pantai tandus) semasa dia telah tercela, atau berada di dalam perut (paus itu) sehingga hari mereka dibangkitkan, jika tidak, akan ada percanggahan dalam Al-Quran, kerana sesungguhnya Allah SWT berhukum dengan kebijaksanaan yang lengkap, dan ia hanya satu dan tidak banyak. Dan jika sebahagian daripada mereka mahu mentafsirkannya ke kanan atau ke kiri (bermakna jika mereka mahu mentafsirkannya menurut cara mereka sendiri) tanpa ilmu dari Keluarga Muhammad (as) maka ini adalah hal mereka sendiri. Walau bagaimanapun, saya hanya menerangkan kebenaran, dan hakikatnya adalah tubuhnya dibuang ke tanah lapang, dan ruhnya kekal dalam lapisan neraka sehingga hari mereka dibangkitkan. Dan seperti yang saya telah jelaskan sebelum ini bahawa ia adalah neraka yang sedang berkembang yang mana dunia ini sedang bergerak ke arahnya, seperti mana perjalanannya menuju syurga, dan dari sini telah jelas bahawa tidak ada percanggahan antara ayat-ayat ini.
 
Kemudian tinggalnya beliau di dalam perut ikan paus sehingga Hari Kebangkitan Besar (yakni permulaannya adalah kemusnahan kerajaan langit bagi penduduk bumi) sebagai satu jasad fizikal bukanlah satu perkara normal, dan tidak boleh terjadi kecuali dengan keajaiban, kerana ia memerlukan tubuh Yunus (as) masih sempurna di dalam perut ikan paus itu, dan badan paus itu juga tetap kekal lengkap bentuknya, sama ada hidup atau mati, namun,  tidak ada makna untuk mukjizat jenis ini, kerana tiada manfaat yang dapat diperolehi daripadanya. Dan Allah adalah Maha Bijaksana, mustahil bagiNya bermain-main atau bergurau dalam tindakan-Nya, Yang Maha Suci dan Maha Tinggi dari apa yang mereka sekutukan. Jadi apa yang kamu faham apabila Dia SWT berfirman:
 
﴿لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ﴾
 
{niscaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit} ,
 
Kebangkitan adalah selepas Permulaan Kiamat Besar iaitu: selepas semua yang wujud di bumi ini binasa, dan selepas Bumi ini digantikan dengan bumi yang lain.
 
Oleh itu, perkara Yunus (as)  tinggal di dalam perut ikan paus dengan tubuh badannya, hingga hari dibangkitkan semula adalah sesuatu perkara yang tidak benar. Kerana seperti yang saya katakan, sebelum itu bumi akan binasa dan digantikan.
 
يَوْمَ تُبَدَّلُ الْأَرْضُ غَيْرَ الْأَرْضِ وَالسَّمَاوَاتُ ۖ وَبَرَزُوا لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ
 
(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.} [350] Ibrahim 14:48,
 
﴿وَإِذَا الْبِحَارُ سُجِّرَتْ﴾
 
{dan apabila lautan dijadikan meluap } [351]
 
Dan satu lagi perkara yang masih belum diperkatakan atau ditakwilkan: Bagaimana Allah Yang Maha Suci, mengancam Yunus (as ), padahal dia seorang Nabi?
 
Hakikatnya adalah Dia tidak mengancam atau memberi amaran kepada beliau, Allah hanya mendisplinkan beliau dan memberi pemberian kepadanya dengan menunjukkan kepada beliau neraka dan nasib beliau jika beliau menderhakai Allah SWT dan berpaling dari risalahNya, dan jika beliau tidak menerima Wilayah Ali Ibn Abi Thalib AS. Jadi keadaan Yunus AS adalah seperti Adam AS:
 
﴿وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَى آدَمَ مِنْ قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْماً﴾
 
{Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat. } [353].
 
Dan dengan kemajuan rohani ini, Yunus (as) bertambah ilmu dan makrifahnya mengenai hak Ali (as) dan maqamnya sebagai Ketua tentera Allah, jadi beliau mendapatkan pertolongan Allah dan bertawasul  kepada Allah dengan hak Ali (as), maka Allah memberikan kepada Ali (as) kebenaran untuk menyelamatkannya dari penderitaan neraka dan seksaannya. Oleh itu kematiannya adalah rukyah/mimpi yang dilihatnya, kemudian beliau telah dicampakkan sepertimana dilucutkan pakaian Taqwa dari Adam (as). Seolah-olah bagi Yunus (as) beliau telah cedera apabila dicampakkan dan kehilangan pakaian Takwa. Lalu dia bertasbih, dan memohon ampun kepada Allah, dan mengaku hak Ali (as ), dan maqamnya yang tidak beliau punyai (diakuinya).
 
Dan janganlah terkejut jika Yunus AS tidak mempunyai kemampuan untuk menanggungnya, kerana mungkin anda sendiri tidak dapat menanggung maqam Amirul Mukminin Ali AS jika saya menceritakannya pada anda. Jadi, apa yang diperlukan dari Nabi Allah Yunus AS adalah untuk mengakui bahawa ia adalah urusan agung. "Demi Allah tidak akan sanggup  membawanya melainkan Nabi yang diutuskan, atau Malaikat yang terdekat, atau mukmin yang teruji"
 
Penerimaan kebenaran ini oleh Yunus AS, dan permohonan keampunan olehnya, serta pujiannya kepada Allah, adalah sebab pemulangan pakaian taqwa kepadanya, dan ia adalah tumbuhan hijau dan agama.
 
﴿وَأَنْبَتْنَا عَلَيْهِ شَجَرَةً مِنْ يَقْطِينٍ﴾
 
{Dan Kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu (penterjemah : atau terjemahan lain: berdaun lebar).},
 
ia ditumbuhkan ke atas (kerana) beliau, seolah-olah ia adalah sebahagian daripadanya, dan ia adalah dari pakaian Takwa yang mengiringi orang yang bertakwa. Sama seperti bahagian peribadi Nabi Adam (as ) telah ditutup dengan daun semanggi Syurga, dan ia juga tumbuh-tumbuhan hijau, agama, dan pakaian Takwa.
 
{Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.} [Al-A3raaf 7:26] 356]
 
﴿فَنَبَذْنَاهُ بِالْعَرَاءِ وَهُوَ سَقِيمٌ﴾
 
Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit.}:
 
Keadaan sakit Yunus (as) adalah kerana disingkirkan pakaian Takwa darinya, selepas dia berpaling dan melarikan diri, dan pelarian hamba yang tidak patuh atau melarikan diri dari dari pemiliknya.
 
Pohon Labu adalah daripada tumbuh-tumbuhan Syurga, iaitu tumbuhan Agama dan Takwa.
 
Apa yang perlu kamu tahu adalah: Sesungguhnya Yunus AS telah meninggal dunia ketika beliau masih kecil, dan Nabi Allah Ilyas / Elijah AS menghidupkannya semua dengan izin Allah SWT, beliau baring di sebelah Yunus AS, sehingga haba tubuh Nabi Allah Ilyas dipindahkan ke tubuh Nabi Allah Yunus AS ketika beliau sudah mati, dan Ilyas AS merayu kepada Allah agar Allah menghidupkannya kembali.
 
Dan dalam kejadian ini adalah tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda atas apa yang berlaku selepas itu kepada Yunus (as), kerana dia telah mati di dalam perut ikan paus dan Ali (as) (Ilya – Ilyas) membawa dia kembali ke kehidupan selepas bahang (haba) ilmu Ali (as) meliputinya, dan dia mengenal hak Ali (as). Dan ketika ketelanjangan itu semasa dia sakit, sebuah pohon labu tumbuh meliputi beliau, dan ia adalah Ilya dan Ali, Agama, Syurga, dan pakaian Takwa.
 
Jika anda bertanya apakah bukti kematian Yunus AS di dalam perut Paus, maka ia adalah firman Allah, Maha Suci:
 
﴿إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ﴾
 
{hingga hari mereka dibangkitkan.}:
 
Iaitu beliau telah mati, bagi seseorang yang kekal hingga hari mereka dibangkitkan, akan kekal mati, seperti mana telah dijelaskan sebelum ini.
 
Dan juga Imam Ali (as) berkata, apabila beberapa orang Yahudi bertanya kepadanya mengenai sebuah penjara yang belayar [sekitar] kawasan Bumi bersama temannya, jadi beliau (as) berkata: “Wahai Yahudi! Bagi penjara yang belayar [sekitar] kawasan Bumi bersama sahabatnya, bahawa ia adalah paus yang memenjarakan Yunus di dalam perutnya, jadi ia memasuki ke dalam Laut Al-Qulzum, kemudian keluar ke arah Laut Mesir, kemudian masuk ke dalam lautan Thabaristan, dan kemudian keluar ke Sungai Dajlah Al-Ghauraa'."
 
Beliau (as) berkata: "Kemudian belayarlah ia di bawah bumi sehingga sampai kepada Qarun; dan Qarun telah binasa dalam zaman Nabi Musa (as), dan Allah telah mewakilkan kepadanya seorang Malaikat yang akan masuk dalam bumi setiap hari dalam bentuk seorang lelaki, dan Yunus di dalam perut ikan paus itu bertasbih kepada Allah dan memohon ampun daripadaNya. Jadi Qarun mendengar suaranya lalu dia berkata kepada Malaikat yang mewakilinya: 'Biar aku berjumpa dengannya, kerana aku terdengar suara anak Adam’.
 
Maka Allah mewahyukan kepada Malaikat yang mewakilinya supaya ditunjukkan kepadanya, lalu dilihatnya, maka Qarun berkata: 'Siapakah kamu?' Yunus berkata: 'Aku yang berdosa yang bersalah, Yunus bin Mata. [Jadi Qarun] berkata: ‘Apa yang telah terjadi kepada Musa bin Imran yang marah kerana Allah? [Jadi Yunus] berkata: “Beliau telah binasa(mati)! [Jadi Qarun] berkata: “Apa yang dilakukan oleh Al-Rauf, Al-Rahim kepada kaumnya, Harun bin Imran? [Jadi Yunus] berkata: “Binasa. [Jadi Qarun] berkata: “Jadi apa yang berlaku kepada Kaltsum binti Imran yang menamakan aku?” [Jadi Yunus] berkata: “Mustahil! Tiada apa yang tinggal pada keluarga Imran.” Jadi Qarun berkata: “Celakanya aku mengenai keluarga Imran.” Maka Allah berterima kasih kepada beliau untuk itu. Maka Allah memerintahkan Malaikat yang yang mewakilinya supaya melepaskan azab dunia ini, lalu diangkat azab daripadanya. Oleh itu, apabila Yunus melihat demikian, beliau berdoa dalam kegelapan:
 
أن لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
 
‘Sesungguhnya, tiada Tuhan kecuali Engkau, maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari kalangan orang zalim.’ Maka Allah menerima beliau dan diperintahkan paus untuk melepaskannya."[358].
 
Dari Abi Abdillah (Selawat Allah ke atasnya) beliau berkata: "Yunus (as) keluar kerana marah pada kaumnya kerana apa yang beliau lihat dari dosa-dosa mereka, sehingga dia menaiki kapal di Al-Yam. Maka mereka telah terserempak dengan ikan Paus yang boleh menenggelamkan mereka, lalu mereka membuang undi sebanyak tiga kali, Maka Yunus berkata: "Aku telah dipilih, jadi buanglah aku." Kemudian apabila Ikan itu mengambil Yunus, Allah Ta’ala Jalla wa 3alla mewahyukan kepadanya:. "Bahawa Aku tidak jadikan dia (Yunus) sebagai rezeki bagi kamu, maka janganlah menghancurkan tulang-tulangnya, dan janganlah makan dagingnya" Kemudian FirmanNya lagi: "Belayarlah dengannya di lautan. Maka dia berdoa di dalam kegelapan:
 
" أن لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
 
Sesungguhnya, tiada Tuhan kecuali Engkau, maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari kalangan orang zalim.’
 
Dan beliau berkata: "Apabila ikan belayar di laut dan Qarun ada di sekitarnya, dan Qarun mendengar suara yang tidak dapat didengar, maka dia berkata kepada Malaikat yang mewakilinya: “Suara Siapakah itu?” [Jadi Malaikat] berkata: “Ia adalah Nabi Yunus (as) di dalam perut ikan paus. [Jadi Qarun] berkata: “Bolehkah kamu izinkan aku bercakap dengan dia? ‘ [Malaikat] berkata: Boleh. [Qarun] berkata: “Wahai Yunus! Apa yang berlaku kepada Harun?” [Yunus] berkata: “Dia sudah mati.” Lalu Qarun menangis, [kemudian] berkata: “Apa yang berlaku kepada Musa?” [Yunus] berkata: “Dia sudah mati.” Lalu Qarun menangis. Maka Allah Ta’ala, mewahyukan kepada Malaikat yang mewakilinya agar "meringankan azab pada Qarun kerana kelembutan beliau terhadap kerabatnya." [359].
 
Yunus (as) telah turun kepada Qarun dan dia bercakap kepadanya, manakala Qarun adalah makhluk mati yang diseksa.
 
Dan juga Yang Maha Tinggi berfirman:
 
{ Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahawa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: "Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim."} [Al-Anbiak 21:87] [360],
 
Dan ia adalah kegelapan neraka yang dibina oleh amalan orang-orang yang zalim.
 
Dan Yang Maha Tinggi berfirman: "Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak. Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur. Oleh itu Kami campakkan dia keluar ke tanah yang tandus, sedang ia berkeadaan sakit. Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok dari jenis labu. (penterjemah : atau terjemahan lain: berdaun lebar)"
 
Allah SWT, telah menganggap perkara ini sebagai pengutusan yang baru, dan ia adalah kerana beliau telah diutus selepas kematiannya, maka ia adalah perkara utusan yang baru, dan jika tidak kerana kematiannya, maka ia akan dianggap kembali dari ghaibnya dan menyempurnakan risalahnya.
 
Dan Yunus (as) tinggal di dalam perut ikan paus selama dua puluh lapan hari, seperti yang disebut oleh Ali bin Abi Talib: "… Adapun dua puluh lapan hari, Yunus tinggal di dalam perut ikan paus…" [362].
 
Dan dalam Surah Al-Qalam:
 
﴿نْ وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ * مَا أَنْتَ بِنِعْمَةِ رَبِّكَ بِمَجْنُونٍ﴾
 
"Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, -Engkau (wahai Muhammad) – dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu – bukanlah seorang gila.” Surah Al Qalam: 1 & 2
 
Orang yang gila (majnun) adalah orang yang fikirannya terhijab, atau tersembunyi atau hilang, kerana perkataan majnun bererti: tersembunyi dan terhijab, dan di sini ia bermaksud: Kamu tidak tersembunyi atau hilang dengan rahmat Allah, malah, kamu itu jelas dan diketahui seperti matahari.
 
Dan dalam ayat:
 
{Dan (ingatlah kisah) Zhun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: "Bahwa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim".}, Zhun Nun bermaksud para sahabat Nun, dan Nun itu di satu tahap adalah Muhammad dan di tahap yang lain adalah Ali, seperti yang diterangkan dalam Al Mutashabihat, maka sila rujuk semula. (Al Mutashabihat Soalan 6)
 
Dan di dalam ayat ini, “nun” itu adalah Ali (as) dan Yunus dinyatakan sebagai Zhun Nun, atau, sahabat Ali (as), sesungguhnya isu asal Yunus (as)  adalah ketidakupayaannya untuk menanggung maqam Ali (as) dan kedudukannya. "Yang tidak terpikul olehnya kecuali seorang Nabi yang diutus atau Malaikat yang rapat, atau seorang beriman yang Allah telah uji hatinya dengan iman." [365], dan iman di sini ialah Imam (as). Iaitu: orang beriman yang Allah telah uji hatinya dengan Imam (as), dan Yunus (as) adalah Nabi yang diutus. Jadi dia tidak terpikul olehnya pada mulanya, bagaimanapun, beliau membawanya selepas ia berjaya dan menerima tarbiyah Allah dan diajar olehNya SWT.
 
Jadi haiwan yang menelan beliau di dalam alam jasmani ini adalah paus (atau Nun laut) dan dia adalah binatang terbesar di bumi ini. Dan perkara yang menelan beliau di Alam Ruh adalah (Nun Ilmu), atau Ali bin Abi Talib (as), Oleh itu beliau mengenalinya, mengakui maqamnya dan beliau adalah nikmat Allah. {Kalaulah ia tidak didatangi nikmat pertolongan dari Tuhannya, nescaya tercampaklah ia ke tanah yang tandus (di tepi pantai) dalam keadaan ia ditempelak (kerana salah silapnya)} {Engkau (wahai Muhammad) – dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu – bukanlah seorang gila} [366].
 
Dan ikan paus yang menelan Yunus (as) adalah sejenis paus yang memakan Moluska yang hidup di lautan dalam, tidak wujud jenis ikan paus lain selain daripada paus jenis ini yang sampai ke kedalaman lautan yang gelap-gelita ini. Bahkan, sehingga kini tidak ada manusia yang telah mengembara sehingga ke kedalaman ini, dan ahli biologi yang mengenali jenis-jenis moluska dari laut dalam melalui ikan paus ini. Dan di sini paus ini dicirikan oleh fakta bahawa dia turun ke kedalaman kegelapan yang gelap-gelita
 
﴿فَنَادَى فِي الظُّلُمَاتِ﴾
 
maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap.}.
 
Selain itu, pemakanan ikan paus ini adalah yang moluska, dengan itu sistem pencernaannya adalah lembut dengan badan pepejal, (seperti tubuh manusia), jadi badan Yunus (as) tidak remuk kerana paus yang menelannya.
 
✡✡✡✡✡
 
___________________________
 
[345] – Al-Qalam 68: 48 & 49.
 
[346] – Al- Şāffāt 37:142-146
 
[347] – Al-Takwir 81:12.
 
[348] – Al-Takwir 81:13.
 
[349] – Diriwayatkan daripada Abi Abdullah Al Sadiq, daripada bapanya, daripada datuknya (as) yang berkata: ' Rasulullah (saw) bersabda: " Sesiapa saja yang berkata' Subhana Allah (Maha Suci Allah) ' baginya pohon-pohon dari tanaman Allah di syurga, dan sesiapa yang berkata “Al-hamdu Lillah ( Segala puji bagi Allah)” baginya pohon-pohon dari tanaman Allah di syurga , dan sesiapa yang berkata La Illaha Illa Allah (Tiada Tuhan melainkan Allah) ' baginya pohon-pohon dari tanaman Allah di syurga , dan sesiapa yang berkata' Allahu Akbar (Allah Maha besar) baginya pohon-pohon dari tanaman Allah di syurga . "Lalu seorang lelaki dari Quraisy berkata: "Wahai Rasulullah!. Sesungguhnya banyak pohon-pohon kami di syurga " Baginda (saw) bersabda: "Ya, bagaimanapun, berhati-hatilah supaya kamu tidak menimpakan api atasnya sehingga kamu membakarnya.
 
[350] – Ibrahim 14:48
 
[351] – Al-Takwir 81:6.
 
[352] – Dari Habbah Al-Arani bahawa dia berkata, Amir Al-Mukminin (as) berkata: "Sesungguhnya Allah membentangkan Wilayahku ke atas penghuni langit dan ke atas penduduk Bumi. Sesiapa yang mengakuinya akan diakui, dan sesiapa yang menafikan akan dinafikan. Yunus menafikannya, maka Allah memenjarakan dia di dalam perut ikan paus sehingga dia mengakuinya" Basair Al-Darajat: halaman 95.
 
Dan dari Al-Tsamali bahawa dia berkata: "Telah masuk Abdullah bin Omar menemui Ali Zain Al Abidin (as ​​) dan berkata kepadanya: “Wahai anak Al-Hussain, yang mengatakan bahawa yang menyebabkan Yunus bin Mataa dibuang dari ikan paus itu kerana ia dipersembahkan kepadanya wilayah datuk ku dan dia berhenti padanya [Imam Ali Zain Al Abidin (as ​​ )] berkata: ‘Semoga ibu kamu berkabung [Jadi Abdullah bin Omar] berkata: “Kalau begitu tunjukkan aku satu ayat (bukti) jika kamu adalah orang yang benar.” Jadi dia suruh supaya matanya ditutup dan mataku ditutup betul-betul. Kemudian selepas beberapa ketika dia menyuruh kami membuka mata, maka kami berada di tepi pantai laut dengan gelombang memukul. Lalu Ibn Omar berkata: ‘Ya Tuan ! Darah ku di leher tuan! Allah! Allah! Dalam diri saya ‘ [Jadi Imam Ali Zain Al Abidin (as )] berkata: “Bawalah ia keluar dan jadikan kita melihatnya jika kamu adalah orang yang benar” Kemudian dia (as) berkata: “Wahai Paus” Dikatakan: “Jadi kepala paus keluar dari laut, seperti gunung besar, dan ia berkata: “Ya wahai tuan! Ya wahai tuan! Wahai Waliy Allah” Jadi dia (as) berkata: “Siapakah kamu?” [Jadi paus] berkata: “Aku paus Yunus Wahai Tuan.” [Lalu dia (as ​​ )] berkata: Ceritakan kepada kami kisahnya”’ Jadi [paus] berkata: “ Wahai Tuan ! Sesungguhnya Allah Ta’ala, tidak mengutus seorang nabi pun dari Adam sehingga ke datuk Tuan Muhammad (sawas), melainkan setelah dikemukakan kepadanya Wilayah Tuan. Maka sesiapa yang menerima dari antara nabi-nabi telah selamat dan diselamatkan, dan sesiapa yang berhenti dan teragak-agak dalam memikulnya akan menerima apa yang Adam terima daripada dosanya itu, dan apa yang diterima Nuh (as) diselamatkan dari lemas (tenggelam), dan apa yang diterima Ibrahim (as) diselamatkan daripada api, dan apa yang diterima Yusuf (as ) yang diselamatkan daripada telaga, dan apa yang diterima Ayub (as) diselamatkan dari bala’, dan apa yang diterima Daud (as ​​) diselamatkan daripada kesalahan, sehingga Allah mengutus Yunus (as) dengan Allah memberi wahyu (ilham) kepada beliau: “Sesungguhnya wahai Yunus! Terimalah Wilayah Amir Al-Mukminin Ali dan Imam-imam yang mendapat petunjuk dari sulbinya.” Ketika bercakap kepada beliau: beliau berkata: “Bagaimana aku akan menerima Wilayah daripada seseorang yang aku tidak pernah lihat atau kenali? Dan dibiarkan ketika tidak disukai. Maka Allah Ta’ala mewahyukan kepadaku: "Telanlah Yunus, dan jangan meremukkan tulang-tulangnya ". Jadi dia tinggal di dalam perut ku selama empat puluh pagi, belayar bersamaku di laut, dalam tiga kegelapan, sambil menyeru:
 
أن لا إله الا أنت سبحانك اني كنت من الظالمين
 
Wilayah Ali dan Imam-imam yang mendapat petunjuk dari dari anak-anaknya. Oleh itu, setelah beliau beriman dengan Wilayah Kamu, Tuhanku menyuruhku membuang dia di pantai gersang. "
 
Kemudian Imam Zain al-Abidin berkata: "Kembalilah kepada perlindunganmu wahai Paus." Lalu air laut itu kembali ke paras yang sama.") Manaqib Aal Abi Talib oleh Ibn Syahr Asyub, jilid 3, halaiman 281. Qishash Al-Anbiyaak oleh Al-Jaza'iri halaman 493
 
[353]Daripada Jabir daripada Abu Jaafar AS tentang firman Allah SWT: {Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi ia lupa; dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh.} “Beliau berjanji mengenai Muhammad dan para Imam selepasnya, sehingga dia meninggalkannya dan tidak ada padanya kemauan yang kuat bahawa mereka adalah seperti itu. Sebaliknya, yang dipanggil Ulul Azm kerana telah diambil perjanjian dari mereka mengenai Muhammad dan Aushiak selepas mereka dan Mahdi dan perjalanannya jadi kesmua mereka berkumpul dengan azam tersebut dan mengakuinya." Bashair Al-Darajat halaman 90.
 
Abi Ja'far (as) berkata: "Kemudian persetiaan (Al-Mitsaq) diambil atas para nabi, maka Dia berkata: “Bukankah Aku Tuhan kamu? Dan bahawa Muhammad ini RasulKu? Dan Ali ini Amir Al-Mukminin.“ Mereka berkata: Bahkan. Maka kenabian mereka telah disahkan, dan persetiaan (Al-Mitsaq) diambil atas Ulu Al-Azm: Bahawa Akulah Tuhan kamu, dan Muhammad adalah RasulKu, dan. Ali adalah Amir Al-Mukminin, dan Aushiak selepasnya adalah Wilayah UrusanKu dan Khazanah IlmuKu (as), dan bahawa Al-Mahdi yang akan monolong agama Ku dan memenangkan daulahKu dan membalas bela musuh-musuh Ku, dan supaya Aku disembah dengan sukarela atau terpaksa.” Maka mereka berkata: “Kami mengakui, wahai Tuhan kami, dan kami menyaksikannya.” Adam tidak menafikan, dia tidak mengakuinya untuk mengesahkan kebesaran kelima-lima perkara mengenai Imam Mahdi. Adam tidak mempunyai keazaman untuk berikrar (mengakuinya). Itulah Firman-Nya Azza waa Jalla:
 
﴿ وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَىٰ آدَمَ مِن قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا ﴾
 
{Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi ia lupa; dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh}.[Thaha 20:115].
 
Beliau berkata: Sebaliknya, ia adalah kepadanya: sehingga dia meninggalkannya… " Al- Kafi jilid 2,    halaman 8
 
[355] – Al Kafi: jilid 1, halaman 401, Hadis No 1.
 
[356] – Al-A3raaf 7:26
 
[357] – Dari Ibn 3abbas bahawa beliau berkata: "… maka sesungguhnya Ilyas (Ilya) turun dan bersembunyi dari ibu Yunus bin Mataa selama enam bulan, dan Yunus adalah bayi yang baru lahir, maka dia kembali ke tempatnya, dan dia tidak tinggal kecuali untuk masa yang singkat sehingga anaknya meninggal dunia selepas selepas dia bercerai susu. Jadi musibah itu sangat besar, lalu dia keluar mencari Ilyas, dan gunung bersimpati dengannya sehingga dia menemui Ilyas, lalu ia berkata: "Aku sangat sedih kerana kematian anakku, dan Allah Ta’ala memberi ilham padaku supaya kamu memberi syafaat padanya supaya menghidupkan kembali anakku. Aku telah meninggalkannya dengan keadaannya dan aku tidak kebumikannya dan aku telah sembunyikan di tempatnya." Dia berkata kepadanya: "Bila anak kamu meninggal dunia?" Dia berkata: "Hari ini, hari ketujuh." Jadi Ilyas pergi, dan beliau menghabiskan tujuh hari lagi. Sehingga sampai ke rumahnya. Maka dia berdoa ke hadrat Allah Yang Maha Suci sehingga Allah menghidupkan Yunus (as) kembali dengan KudratNya. Oleh itu, setelah dia hidup, Ilyas meninggalkannya. Dan setelah 40 tahun berlalu, Allah mengutusnya kepada kaumnya, seperti Dia SWT berfirman:
 
﴿ وَأَرْسَلْنَاهُ إِلَىٰ مِائَةِ أَلْفٍ أَوْ يَزِيدُونَ ﴾
 
Dan Kami utus dia kepada seratus ribu orang atau lebih…. " [Al-Shaffaat 37:147] – Qishash Al-Anbiyaak oleh Al-Jazaairi halaman 359-361, Bihar Al-Anwar: Jilid 13, halaman 393-396
 
[358] – Bihar Al-Anwar: Jilid 41, halaman 382.
 
[359] – Bihar Al-Anwar: Jilid 41, halaman 391.
 
[360] – Al-Anbiaak 21:87
 
[361] – Al-Shaffaat 37:142-147
 
[362] – Bihar Al-Anwar: Jilid 10, halaman 87.
 
[363] – Al-Qalam 68:1-2
 
[364] – Sila rujuk: Al Mutasyabihaat Jilid 1, soalan nombor 6, Al-Qur'an terkandung di dalam titik.
 
[365] Al Kafi: Jilid 1, halaman 401, Hadis No 1.
 
[366]

20/04/2015 : Amalan Rajab

بسم الله الرحمن الرحيم 

والحمد لله رب العالمين 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 
 
Saya berharap pelawat dan peminat halaman yang dirahmati ini berada dalam keadaan yang baik dan sihat, baik di sisi agama dan kehidupan dunia mereka.
 
Bulan Rajab Al Haram adalah bulan keampunan dan kerahmatan di mana ganjarannya adalah dua kali ganda, jadi bersegeralah untuk berniaga dengan Allah, kerana ia adalah perniagaan yang tidak akan gagal. Berpuasalah di hari-hari Rajab dan berzikirlah sebanyak-banyaknya. Pohonlah kepada Allah keampunan dengan menyebut Astagfirullah seratus kali, berterima kasih kepada Allah dengan menyebut Asyukrulillah seratus kali dan pujilah Allah yang Satu, Sang Penakluk dengan menyebut Subhanahu Huwa Allah al Wahid al Qahar seratus kali.
 
Bacalah Ayatul Kursi, Ayatul Mulk (1), Ayatul Shuhada (2), Ayatul Sakhra (3), Ayatul Nur (4) dan bahagian terakhir surah Al Kahf (5) tiga atau tujuh kali setiap hari, sebanyak mana yang anda mampu. 
 
Jangan lupa doa bulan Rajab
 
Pohonlah kepada Allah agar hidup anda berakhir dengan kebaikan, dan menyelamatkan anda dari godaan, perangkap dan mainan Syaitan. Betapa ramai abdi yang ibadah mereka di angkat ke darjat yang tinggi, namun apabila terleka seketika, syaitan dari kalangan manusia dan jin menyebabkan mereka jatuh ke darjat terendah.
 
Pohonlah agar Allah menjadi gua, kubu dan tempat berteduh dari rancangan-rancangan syaitan, kegelapan munafik dan mudarat penzalim, dikala ujian semakin bertambah dan musibah menyesatkan kamu seperti bahagian kegelapan malam yang saling mengikuti.
 
Berjagalah agar tidak terlepas hari-hari penuh rahmat ini dan terlepas kekayaan yang ada di dalamnya. Anda boleh memuji Allah, memohon keampunan dariNya dan berzikir kepadaNya semasa kerja harian anda. Belajar, beramal, istiqamah dan pohonlah kepada Allah agar anda menjadi hambaNya dengan bahagian terbesar dari setiap kebaikan yang dilimpahiNya, dan setiap kejahatan yang ditolakNya.
 
Demi Allah, hari-hari ini sedang berlumba dan bersaing agar dapat mendekatkan diri kepada Allah dan menggapai darjat mulia, jadi ia adalah persaingan terbaik. Bergeraklah ke arah Allah dan tidak berpuas hari melainkan dengan darjat tertinggi di sisi Allah hasil dari amalan dan dedikasi anda.
 
Kami sedang menanti untuk mendengar perniagaan anda semua secara berterusan di kalangan penduduk Langit Ketujuh, agar kami berbangga dengan anda semua.
 

والحمد لله اولا وآخرا وظاهرا وباطنا هو وليي وهو يتولى الصالحين.

 
Segala puji bagi Allah di awal dan akhir, zahir dan batin. Dia adalah pembantu ku dan Dia membantu mereka yang soleh.
 
(1) (Ayatul Mulk) Surat Aal-e-Imran 3:26-27.
 
(2) (Ayatul Shahada)Surat Aal-e-Imran 3:18-19.
 
(3) (Ayatul Sakhra) Surat al-Araf  7:54-56.
 
(4) (Ayatul Noor) Surat al-Noor  24:35-38.
 
(5) Bahagian Terakhir Surat al-Kahf  18:110-111.

Antara Teori Evolusi Dan Umur Nuh AS

 ark_of_noah_by_robsonbatista-d2628ch

بسم الله الرحمن الرحيم 


والحمد لله رب العالمين 


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Ali al-Ansari menulis:  

As Salam alaikum wr wb.  

Saya memohon kepada Allah untuk mempercepatkan kelegaan dan menyenangkan hati bonda tuan, Fatimah Al Zahra SA, kerana Dia itu dekat dan mengabulkan permohonan.  

 

Wahai Imam, seringkali ketika membincangkan bukti kewujudan Tuhan dengan atheist, mereka akan beralih kepada perkara-perkara ajaib yang disebutkan di dalam Quran seperti umur panjang para Nabi AS, khususnya Nuh AS. Saya telah menjumpai soalan berikut yang dihantar kepada tuan di forum Ansar Imam al Mahdi, oleh saudara kita Isa dari Serbia. Saya menghantarnya di sini dengan harapan mendapat jawaban dari tuan, kerana ia akan memberi manfaat besar di dalam diskusi kami dengan Atheist. Saya memohon maaf kerana mengambil masa tuan, dan kami memohon kepada Allah agar Dia menjadikan kami dari kalangan mereka yang berpegang teguh kepada wilayah Muhammad dan aali Muhammad, serta para syuhada di bawah panji tuan. 

 
 
Soalan saya:  
 

 

As Salam alaikum wr wb,  

Mohon pencerahan berkenaan isu ini yang sukar saya fahami. 

Diketahui bahawa Homo Sapien berubah dari spesis yang lebih rendah melalui proses evolusi, dengan setiap generasi menjadi semakin baik sehingga otak mereka mencapai kadar dan kapasiti yang diperlukan, maka apakah pencerahan umur panjang para Nabi AS seperti Nuh AS? Quran Karim menyebutkan beliau berdakwah selama 950 tahun kepada umatnya. Adakah ia tahun dari dunia ini? Kita juga mempunyai beberapa riwayat yang menyebutkan beliau AS berdakwah selama 2000-2500 tahun kepada umatnya. 
 

 

Malahan kitab Injil menyebutkan manusia awal mempunyai hayat yang lama, lebih lama dari manusia hari ini. 

Adakah semua ini benar dan adakah Allah memanjangkan umur manusia terpilih seperti Nuh AS? Dan jika benar, adakah nenek moyang terdekat Adam AS mempunyai umur yang panjang atau adakah ini mempunyai maksud mutasyabihat? Bagaimana isu ini dapat diselarikan dengan Teori Evolusi? Mohon pencerahan kepada kami. 

Semoga Allah mempercepatkan kelegaan tuan, insyaAllah. Saya sangat merindui anda 

 

Isa dari Serbia  

 

 

 

[Jawaban:]  
 
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

 

  

 

Aku memohon kepada Allah untuk membantu dan menguatkan langkah kedua anda dan Isa. Semoga Allah memberi ganjaran kepada anda dengan ganjaran terbaik bagi orang-orang yang melakukan kebaikan. Oleh kerana kami telah membuktikan dengan pembuktian saintifik bahawa kewujudan Tuhan itu perlu dan kita juga telah membincangkan keilmuan atheisme dalam skop sains, mana-mana atheist yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan berdasarkan bukti-bukti saintifik perlu memberi respon kepada perbincangan saintifik dan pembuktiannya dengan cara yang betul dan keilmuan yang tepat atau beliau harus mengakui bahawa apa yang saya sebutkan itu adalah benar, menjadikan dirinya tidak lebih dari seorang yang memperbodohkan dirinya.

 

 

Berkenaan umur manusia di masa lampau, ia diketahui dengan tepat secara saintifik. Gen manusia hari ini diketahui dengan sangat terperinci. Para saintis mengetahui sebab mengapa dan bila sel menjadi tua dan badan manusia tidak berfungsi. Mereka sedang menjalankan kajian dengan matlamat melaksanakan mutasi genetik untuk memanjangkan umur manusia. Suatu hari nanti, mereka mungkin mencapai matlamat mereka. Oleh itu, mereka tahu dengan kepastian yang jitu, bahawa sebelum dan selepas masa Nuh AS, manusia tidak hidup selama seribu tahun, malah tidak menghampiri langsung. Mereka mengetahui sebagaimana anda mengetahui panjang pembaris di tangan anda.

 

 

Bagaimanapun, isu umur Nuh atau isu-isu lain yang menyanggahi hakikat saintifik bukanlah satu penghujahan yang berasas ke atas apa yang telah kami buktikan, iaitu bahawa Tuhan itu wujud. Ini kerana, dengan ringkas kami boleh katakan bahawa tiada sebarang kesukaran untuk Tuhan membawakan keajaiban, walaupun ia bertentangan dengan hakikat saintifik. Ini adalah kerana mereka adalah kes-kes individu/terpencil yang tujuannya adalah untuk meletakkan umat manusia Adami pada permulaannya di jalan keimanan kepada Tuhan yang menciptakan alam ini. Walaupun sesetengah darinya bukanlah mukjizat, namun ia adalah isu yang sukar difahami bagi sesiapa yang tidak memahami bahasa orang yang berbicara.
 
Agar isu ini menjadi lebih jelas secara saintifik, ringkasnya saya katakan bahawa apa yang dilihat oleh "pemerhati luar” dari sebuah sistem fizikal – adalah berbeza dengan apa yang dilihat oleh “pemerhati dalaman”. Oleh itu apabila terjadi pengembangan atau pengecutan di dalam sebuah sistem fizikal sebagai contoh, pengukuran sang pemerhati yang berada di dalam sistem itu adalah berlainan sama sekali dengan pengukuran pemerhati di luar, ini kerana pemerhati dalaman adalah sebahagian dari sistem tersebut, menjadikan beliau turut sama terlibat dalam pengembangan dan pengecutan sistem tersebut. Alat pengukuran yang beliau gunakan turut terlibat dalam proses pengembangan dan pengecutan sistem tersebut. Ini menjadikan beliau tidak dapat menyedari atau mengukur sebarang perubahan yang menyelubungi keseluruhan sistem itu.
 
Jika beliau mempunyai hidup secara psikologi seperti kita, ini tidak akan menghalang beliau dari mempunyai perasaan psikologi jika perubahan terjadi di dalam sistem itu atau jika wujud sebarang pecutan atau nyah-pecutan. Sebagai contoh, ramai orang hari ini merasakan masa bergerak dengan sangat pantas, walaupun apabila mereka mengukurnya, mereka mendapati tiada sebarang perubahan kepada masa.
 
Berikut adalah sebuah contoh untuk menjadikan ia lebih jelas. Mari kita andaikan ada seorang yang tinggal di dalam sebuah bilik dan mempunyai alat untuk mengukur panjang(contohnya: Pembaris). Kita minta kepada beliau untuk mengukur panjang meja di dalam bilik tersebut dan membandingkan ketinggian beliau dengan ketinggian meja tersebut.  Kemudian mari kita andaikan bilik itu dan segala sesuatu di dalamnya mengalami pengembangan/pembesaran, yakni semuanya mengembang atau membesar dengan kadar yang sama. Jika kita meminta kepada orang itu untuk mengukur panjang meja tersebut, beliau akan mendapati panjangnya masih sama. Jika kita meminta beliau membandingkan tinggi beliau dengan meja tersebut, beliau tidak akan menyedari sebarang perubahan. Sebabnya adalah beliau dan alat pengukur tersebut telah membesar dengan kadar yang sama dengan meja tersebut.

 

 

Apabila perkara di atas menjadi jelas, dapatlah difahami bahawa mana-mana pemerhati yang berada di luar sistem kosmik yang mana kita berada di dalamnya, akan mempunyai sistem pengukuran yang berbeza dengan kita, asalkan kita berada di dalam sistem tersebut. Jika sifat alam material ini secara keseluruhannya berubah dengan cara di mana "masa" sebagai dimensi kosmik keempat, mengembang atau mengecut – atau, ringkasnya, semakin laju atau perlahan – pada keseluruhan sistem, kita tidak akan dapat mengukur atau menyedari perubahan tersebut. Bagaimanapun, seorang pemerhati yang berada di luar sistem kosmik yang kita tinggal ini dapat mengukur perubahan ini. Menurutnya, beliau akan memberikan memberikan pengiraan yang berbeza dengan apa yang dikira oleh kita, kerana kita tinggal dalam sistem ini. Apabila kamu meminta beliau untuk membandingkan umur manusia hari ini dengan umur manusia 15,000 tahun yang lepas, beliau akan memberikan angka yang berbeza walaupun kamu tidak dapat merasai perbezaannya. Sebuah perbezaan yang disedari di dalam sempadan material yang kamu tinggal di dalamnya.

 

Penutup Kenabian : Pengenalan

 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

 

 

PENDAHULUAN

Segala puji bagi Allah, Pemilik kerajaan yang menetapkan perjalanan langit dan bintang-bintang, yang mengawal angin, yang menerbitkan fajar dan yang mentadbir agama, Tuhan sekalian alam.Ya Allah,Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad serta keluarganya,Para Imam dan Para Mahdi

Kenabian telah ditutup dengan Kenabian Muhammad (S.A.W) [0], dan Allah SWT telah menyempurnakan agama dan mencukupkan nikmatNya ke atas orang yang beriman. Umat ini telah berselisih tentang maksud “Penutup Kenabian” [ ﺍﻷﻧﺒﻴﺎﺀ Al-Khatam Al-Anbiak] Sebahagian daripada mereka membacanya Ta dengan baris fattha [ Al-Kha tam ], dan sebahagian daripada mereka membacanya Ta  dengan baris kasrah sebagai [ Al-Kha tim ], dan ia telah memberikan setiap bacaan dengan makna yang berbeza dari yang lain.

Kita juga menemui beberapa riwayat yang mengesahkan bahawa tidak ada lagi nubuwwah selepas  Muhammad (S.A.W) dan sesiapa yang mendakwa selepasnya adalah penyamar yang berdusta. Dan di sisi lain, kita dapati wujud riwayat yang menegaskan bahawa nubuwwah itu berterusan selepas Muhammad (S.A.W). Dan Hujjah Allah ke atas makhluk selepas Al-Rasul Muhammad (S.A.W) mesti mempunyai perhubungan dengan langit dan diberi wahyu oleh Allah Taala.

Malah, kita juga dapati dari riwayat-riwayat dari Muhammad (S.A.W) yang menyatakan bahawa perkara wahyu tidak terhad kepada Aushiak (pemegang wasiat) Al-Rasul Muhammad (S.A.W) sahaja, tetapi ia menjangkau lebih dari itu kepada manusia secara umum, sebagai contoh mimpi benar (rukya) yang diterangkan oleh Al-Rasul Muhammad (S.A.W) sebagai sebahagian daripada nubuwwah. Imam Al-Ridha (as) berkata,
 
عن الرضا (ع) قال: (حدثني أبي، عن جدّي، عن أبيه: أنّ رسول الله (ص) قال: … إنّ الرؤيا الصادقة جزء من سبعين جزءاً من النبوة)
 
"Diriwayatkan dari bapa ku, dari datukku, dari bapanya berkata: bahawa Rasulullah (S.A.W) bersabda, '... mimpi (rukya) yang benar adalah 1/70 bahagian nubuwwah." [1]
 


 [0] Singkatan yang digunakan dalam buku ini termasuk SWT=Subhanahu Wa Ta3ala, AWJ=Allah ‘Azza Wa Jalla, (S.A.W)= Shall Allah ‘alaihi Wa Aalihi Salam dan (as)=’Alaihi al-Salam atau ’Alaihima al-Salam atau ’Alaihum al-Salam.
[1]. Amali Al-Syeikh Al-Shaduq halaman 121, ‘uyun Akhbar Al-Ridha (as) Jilid 1 halaman 228, Man La Yahdharuhu Al-Faqih Jilid 2 halaman 585, Madinah Al-Ma’ajiz Jilid 7 halaman 183, Bihar Al-Anwar Jilid 49 halaman 283, dan sumber-sumber lain.
 


Diriwayatkan dari Al-Rasul Muhammad (S.A.W) bahawa baginda bersabda,
 
عن الرسول (ص) أنّه قال: (لا نبوّة بعدي إلاّ المبشّرات. قيل: يا رسول الله، وما المبشّرات ؟ قال: الرؤيا الصالحة)
 
"Tidak ada nubuwwah selepasku kecuali khabar baik (Al-Mubasyiraat)." Dia berkata, "Ya Rasul Allah, dan apakah berita baik?" baginda besabda, "ini mimpi yang soleh (rukya Al-Shalihah)." [2]
 
Dan di sinilah di mana pencari kebenaran mendapati dirinya berada di persimpangan antara dua laluan, yang kedua-duanya bercanggah dengan apa yang didatangkan dari Nabi Muhammad (S.A.W) dan keturunanNya yang suci. Oleh itu jika dia mengatakan kenabian telah ditutup secara mutlak oleh Al-Rasul Muhammad (S.A.W), maka dia akan bercanggahan dengan riwayat-riwayat yang mengatakan tentang keberterusan kenabian selepas Al-Rasul Muhammad (S.A.W) atau sekurang-kurangnya beberapa bahagian daripada nubuwwah. Dan jika dia mengatakan mengenai kesinambungan mutlak nubuwwah, dia akan bercanggah dengan riwayat-riwayat yang mengatakan nubuwwah sama sekali ditutup nubuwwah yang membawa risalah yang mulia ciptaan Allah SWT keseluruhannya, Muhammad Al-Mustafa (S.A.W).

Penyelesaiannya bukanlah dengan mengambil dan bergantung kepada sebahagian daripada riwayat sementara mengabaikan yang lain dan cuba untuk meminggirkan dan menghapuskan kepentingannya atau mengatakan ia tidak sah (Nauzubillah). Ini adalah satu kaedah yang ditolak oleh Aali Muhammad (as) di dalam banyak riwayat yang memberitahu kita untuk tidak menolak mana-mana riwayat yang datang dari Ahl Al-Bayt (as) [3], melainkan jika ia bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah yang sah [4]
__________________________
[2]. Al-Dur Al-Mantsur Jilid 3 halaman 312, Bihar Al-Anwar Jilid 58 halaman 192 di mana ia juga diriwayatkan di bahagian yang sama pada halaman 177 dengan jalan ini, "Tiada apa-apa yang tinggal dari nubuwwah melainkan khabar gembira.” Mereka bertanya, "Apakah dia?” … dan seterus. Juga diriwayatkan dengan sebutan yang berbeza dari sumber-sumber ini: Al-Muwata'a Jilid 2 halaman 957, Masnad Ahmad Jilid 5 halaman 454, dan Jilid 6 halaman 129, Sahih Al-Bukhari Jilid 8 halaman 69, Majma3 Al-Zawaid Jilid 7 halaman 173, Omdat Al-Qari Jilid 24 halaman 134, Al-Mujam Al-Kabir Jilid 3 halaman 197, dan sumber-sumber lain.

 
[3] – Al-Saffar meriwayatkan tentang perkara ini di dalam kitab Al-Basair Darajat, di bawah bab yang dinamakan "Mengenai orang yang tidak tahu riwayat, oleh itu menolaknya." Beliau menyebut beberapa riwayat termasuk Abu Obaida Al-Hetha berkata beliau mendengar Abu Jafar (as) berkata "Aku bersumpah demi Allah bahawa yang paling disukai dari sahabat-sahabatku padaku adalah mereka yang paling bijak dan paling berilmu serta paling memahami mengenai riwayat kami. Dan yang paling ku benci adalah mereka yang jika mereka mendengar satu riwayat yang dirujuk kepada kami hati mereka tidak menerimanya, mereka menolaknya dan mereka membencinya dan mereka berkata orang yang mempercayainya adalah kufur kepada Allah, sementara dia tidak tahu, mungkin riwayat ini adalah daripada kami dan ia benar-benar yang dirujuk kepada kami. Dengan tindakan ini, dia tidak percaya pada kami." Sofyan Bin Al-Sait berkata katanya kepada Aba Abdillah (as), "Semoga jiwaku menjadi tebusan tuan, seorang lelaki boleh datang kepada kami dari sisi tuan dan menceritakan perkara besar daripada tuan, jadi kami tidak boleh bertolak ansur kerana itu kami menafikannya." Maka Aba Abdillah (as) berkata, "Adakah dia tidak mengatakan bahawa aku mengatakanya? ", Sofyan berkata, "Ya ". Jadi dia (as) berkata, "Adakah dia mengatakan malam itu adalah siang dan siang adalah malam?" Kata Sofyan "Tidak". Jadi dia (as) berkata, "Sila rujuk kepada kami, kerana jika kamu menafikannya kamu menafikan kami."
 

 
Ali Al-Sinani meriwayatkan bahawa Aba Al-Hassan (as) menulis kepadanya berkata "Jangan menafikan satu riwayat yang dibawa kepada kamu oleh seseorang, kerana kamu tidak tahu, ia mungkin benar dan oleh itu kamu menafikan Allah di atas takhta kebesarannya". Basair Al-Darajat halaman 557-558
 
 
Oleh itu, persoalan tentang penutup nubuwwah adalah termasuk dalam hal mutasyabihat yang hanya boleh diperjelaskan oleh para Wasi Muhammad (S.A.W). Allah SWT berfirman,
 
﴿هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ﴾
 
{Dialah yang menurunkan Al Kitab kepada kamu. Di antaranya ada ayat-ayat yang muhkamaat, itulah pokok-pokok isi Al Kitab dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta'wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami". Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal..} [5]
 
 
____________________________________
[4] – Sheikh Al-Kolaini meriwayatkan tentang perkara ini di dalam kitab Al-Kafi, di bawah bab yang dinamakan "Mengenai amalan Sunnah dan pengesahan dari al-Quran." Dia meriwayatkan dua belas riwayat termasuk dari Aba Abdillah (as) berkata bahawa Rasul Allah (S.A.W) bersabda, "Setiap kebenaran ada kenyataan, dan setiap amalan yang benar ada cahaya. Oleh itu, ambillah apa sahaja yang secocok dengan kitab Allah dan tinggalkan apa sahaja yang tidak secocok dengan kitab Allah.".
Hathr Bin Abu Al-Yafoor berkata bahawa dia bertanya kepada Aba Abdillah (as) tentang perbezaan dalam riwayat yang diriwayatkan oleh seseorang yang boleh dipercayai dan lain-lain yang tidak boleh dipercayai, jadi dia (as) berkata, "Jika kamu mendengar riwayat dan kamu dapati pengesahan dari kitab Allah atau dari kata-kata Rasul Allah (S.A.W) [kemudian ambil dan beriman kepadanya]. Jika sebaliknya(tanpa sandaran hadis dan al Quran) maka ia mungkin berasal dari perawinya.". Dan Ayoob Bin Rashid meriwayatkan bahawa Aba Abdillah (as) berkata, “Riwayat yang tidak secocok dengan al-Quran adalah perhiasan" Al-Kafi Jilid 1 halaman 69
[5] – Aali Imran 3: 7
 

 
Imam Al-Sadiq (as) berkata kepada Abu Hanifah,
 
"Wahai  Abu Hanifah, adakah kamu mengatahui (arif) kitab Allah dengan makrifahnya (ilmu) yang sebenar? Adakah kamu mengetahui tentang nasakh dan mansukh?"
Dia berkata, "Ya."
 
Al-Sadiq (as) berkata, "Abu Hanifah, kamu mendakwa mempunyai ilmu ini. Celakalah kamu, Allah tidak memberikan ilmu ini kecuali di sisi ahli Al-KitabNya yang telah diturunkan ke atas mereka, Celakalah kamu kerana ia adalah hanya untuk orang-orang tertentu dari keturunan Nabi kita (S.A.W) Allah tidak mewariskan kepada kamu satu huruf pun dari kitab-Nya, maka jika kamu adalah seperti yang kamu katakan,yang sebenarnya tidak, beritahu aku mengenai ….. "[6]
 
Oleh itu, di dalam buku ini Penutup Kenabian (Al-Nubuwwah Al-Khatimah), kita akan menemui jawapan lengkap. Sayed Ahmad Al-Hassan, Washiy dan Utusan Imam Al-Mahdi (as) dan Al-Yamani yang dijanjikan, telah mendedahkan dan menjelaskan masalah ini dari Al-Quran yang suci dan Sunnah yang sahih. Beliau tidak menolak sebarang riwayat yang berselisih maksud ( contohnya: riwayat-riwayat yang mengatakan baginda adalah penutup nubuwwah tersebut dan riwayat-riwayat yang mengatakan bahawa ia berterusan selepas Al-Rasul Muhammad S.A.W )
 
Sayed Ahmad Al-Hassan (as) telah menjelaskan pengertian nubuwwah, dan membezakan di antara nubuwwah yang telah ditamatkan dengan Al-Rasul Muhammad (S.A.W) dan nubuwwah yang diteruskan selepas baginda (S.A.W). Beliau juga menjelaskan makna penutup kenabian (Bahasa Arab  Khatam   dengan Fat-ha ‘baris atas’ pada huruf TAA, bermaksud pertengahan), dan makna ( Kha tim  Al-Nubuwwah dengan Kasra ‘baris bawah’ pada huruf TAA,membawa maksud terakhir).
 
Oleh itu, kita akan dapati bahawa buku ini menjelaskan dengan bukti-bukti yang paling jelas bahawa nubuwwah telah ditamatkan oleh Rasul Muhammad (S.A.W) dan tidak ada nabi selepas baginda, tetapi dalam konteks yang berbeza menyatakan bahawa ia masih berterusan selepas kewafatan baginda (S.A.W). Jadi tiada percanggahan di antara riwayat, kerana setiap satu daripada kedua-dua himpunan riwayat hadits menjelaskan  mengenai makna nubuwwah yang berbeza di antara satu sama lain.
 
 

 
[6] – Elal Al-Sharae Jilid 1 halaman 90, Bihar Al-Anwar Jilid 2 halaman 293, Al-Tafsir Al-Safi Jilid 1 halaman 22, Tafsir Noor Al-Thaqalain Jilid 1 halaman 368
 
 
 

 
 
Sayed Ahmad Al-Hassan juga telah menjelaskan hakikat kerasulan (utusan), dan sama ada urusan pengutusan nabi-nabi adalah terhad kepada Allah SWT atau ia juga boleh dilakukan oleh rasul-rasul dan nabi-nabi, dan adakah benar untuk mengatakan Para Imam yang ma'sum (as) adalah utusan dari Allah SWT atau bukan. Jika jawapannya ya, maka siapakah yang mengutus para Imam (as) dan apakah perbezaan antara pengutusan mereka dan pengutusan nabi-nabi (as)?
 
Semua hakikat ini tidak ada sebarang jawapan yang memuaskan sepanjang abad sebelum ini, tetapi jawapan yang memuaskan akan diperolehi dari anak kepada keturunan yang disucikan, washiy dan rasul kepada Imam Al-Mahdi (as), Syed Ahmad Al-Hassan dalam bukunya di tangan anda ini ‘Penutup Kenabian’ (Al-Nubuwwah AL-Khatimah). Dan kebenaran yang saya katakan kepada kamu, bahawa buku ini mununjukan pembuktian bahawa Sayed Ahmad Al-Hassan dengan Imam Al-Mahdi (as) mempunyai satu hubungan kerana ilmu sedemikian adalah terhad kepada Aushiak (Washi-washiy) Muhammad (S.A.W).
 
Allah SWT berfirman,
 
﴿قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَاؤُكُمْ غَوْراً فَمَنْ يَأْتِيكُمْ بِمَاءٍ مَعِينٍ﴾
 
{Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?"} [7]
 
Segala puji bagi Allah S.W.T yang telah membimbing kami ke jalan ini, dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk jika Allah S.W.T tidak memberi kami petunjuk.  Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad (S.A.W) dan Keluarganya, Para Imam dan Para Mahdi.
 
Sheikh Nathum  Al-Oqailiy
 

 

 



 [7] – Al-Mulk 67:30    
 

Jawab al Munir Soalan 2: Apakah kandungan dan matlamat seruan?

Soalan 2: Apakah kandungan dan matlamat seruan?
 
Soalan 2: Apakah kandungan dan matlamat seruan kamu?
 
Rita George,
 
16/Safar/1426 H
 
Jawapan:
 
بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين
 
Kata Isa (as): (bukanlah dengan makanan sahaja anak Adam hidup, tetapi dengan Kalimah Allah), dan saya Abdullah (hamba Allah) mengatakan pada mu bahawa dengan makanan matinya anak Adam dan, namun dengan Kalimah Allah. hidupnya anak Adam itu (menjadi prinsip hidupnya).
 
Seruan ku adalah seperti seruan Nuh (as) dan seruan Ibrahim (as), dan seruan Musa (as) dan Seruan Isa (as) dan seruan Muhammad (sawas).
 
Tauhid tersebar di setiap penjuru dunia ini, dan matlamat para Nabi dan Aushiak adalah matlamatku, dan untuk menerangkan Al-Taurat, Al-Injil dan Al-Quran serta segala perkara yang kalian perselisihkan di dalamnya. Dan juga untuk menerangkan penyelewengan Ulamak Yahudi, Ulamak Nasrani dan Ulamak Muslimin serta terkeluarnya mereka dari Syariat Ilahiyah dan dari yang diwasiatkan kepada para nabi (as).
 
Keinginan ku adalah kehendak Allah SWT dan melaksanakan kehendakNya tanpa soal, supaya penduduk bumi tidak inginkan sesuatu melainkan apa yang dikehendaki Allah SWT, iaitu agar bumi ini dipenuhi dengan kesaksamaan dan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan, untuk mengenyangkan yang lapar dan agar tiada orang miskin yang tinggal tidak berbumbung, agar anak yatim menjadi gembira setelah kesedihan yang lama dan agar seorang balu dapat memenuhi keperluan hidup (kebendaan) mereka dengan maruah dan kemuliaan… dan supaya..dan supaya..dan supaya melaksanakan kepentingan yang ada dalam syariat yang adil, belas kasihan dan kejujuran,
 
Dan aku berharap kamu dapat menerangkan kepercayaan kamu tentang Isa ibn Maryam kepada ku dengan penuh kejujuran, dan dokonglah kepercayaan kamu dengan ayat-ayat dari Injil, agar dapat aku terangkan kebenaran kepada kamu dan semua orang yang mencarinya dan takut akan dua kebangkitan, yang kecil dan yang besar, serta takutlah Allah SWT
 
Ahmad Al-Hassan
✡✡✡✡✡

Kenyataan Ahmad Al Hassan: Kesyahidan Fatimah SA Dan Serangan Ke Atas Rumahnya

Pada 2 Mac 2015:
 
بسم الله الرحمن الرحيم


والحمد لله رب العالمين


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

 
 
Hari ini menandakan ulangtahun kesyahidan Fatimah Al Zahra, Penghulu Wanita Sekalian Alam. Semoga Allah menambahkan ganjaran kalian.
 
Malangnya selepas kesyahidan Rasul Allah, Abu Bakr dan Umar memecah masuk ke rumah Fatimah untuk memaksa Ali Ibn Abi Thalib memberikan taat setia kepada Abu Bakr. Insiden ini mengakibatkan kecederaan pada Fatimah SA, keguguran pada anaknya Al Muhsin dan kematian dirinya tidak lama kemudian. Ini adalah persis seperti yang dijanjikan  oleh Rasul Allah Muhammad SAW kepada beliau; bahawa beliau adalah yang pertama akan mengikuti baginda SAW.
 
 
Maka beliau menjadi syahid pertama yang disebutkan di dalam wasiat suci Nabi. Diberkati orang yang telah dan masih berpegang kepada wasiat Rasul Allah SAW yang ditulis pada malam kewafatannya, yang mana korban pertamanya adalah Fatimah, anakanda Muhammad SAW, penghulu sekalian wanita dan anak kandungannya. Serangan ke atas rumah Fatimah, anakanda Muhammad SAW, telah diriwayatkan oleh perawi Sunni dan direkodkan di dalam kitab mereka sendiri. Malah, turut diriwayatkan bahawa Umar mengancam untuk membakar rumah Fatimah, walaupun beliau dan anaknya berada di dalamnya. Penyair Sunni yang terbaik telah menulis tentang insiden serangan ke atas rumah Fatimah; Hafez Ibrahim, yang dikenali sebagai Penyair Sungai Nil, memuji Umar al Khattab dalam  syairnya yang panjang. Beliau berkata:
 
Sebuah kata-kata kepada Ali, disebut oleh Umar/dihormati pendengarnya, dimuliakan jurucakapnya/ "Aku akan membakar rumah kamu dan tiada yang tinggal di dalamnya/melainkan kamu memberi taat setia, walaupun anakanda Al Mustafa berada di dalamnya" / Tiada orang selain bapa kepada Hafsah yang dapat menuturkannya/ kepada pahlawan Arab dan pelindung mereka."
 
Kata-kata berikut menunjukkan kekesalan Abu Bakr di penghujung nyawanya atas apa yang telah beliau lakukan kepada Fatimah, yang menyebabkan kesyahidannya selepas serangan ke atas rumah beliau. Ia diriwayatkan oleh ahli hadis Sunni dan perawi mereka, seperti Al Tabrani di dalam Mujam al Kabir, At Tabari di dalam Tarikh At Tabari, Ibn Zanjaweih dalam Al Amwal, Muttaqi al Hindi di dalam Kanz al Ummal, Ibn Abd Rabbih dalam Al Aqd al Farid dan ramai lagi;
 
…. فوددت أني لم أكن كشفت بيت فاطمة وتركته….
 
Abu Bakr berkata, "Alangkah baiknya jika aku tidak menyerang rumah Fatimah, dan membiarkannya."
 
Berkenaan dengan beberapa orang yang menyatakan riwayat ini dhaif kerana salah seorang dari perawinya (Alwan bin Daud) yang merupakan seorang perawi dhaif, kebenarannya, Alwan bin Daud bukanlah seorang yang dhaif. Kedhaifan itu sebenarnya adalah pada minda mereka sendiri. Dibawah adalah dua rakaman oleh Dr. Saad al Din Hilaly, seorang ulama Sunni kontemporari, yang menunjukkan dari sisi pandangan ilmiah kesilapan percubaan mereka untuk melemahkan Alwan bin Daud. Malah beliau membongkar permainan mereka yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kajian ilmiah.
 
 

Jawab al Munir Soalan 1: Cara paling mudah untuk seseorang mempercayai perkara ghaib

Soalan 1:Cara paling mudah untuk seseorang mempercayai perkara ghaib
 
بسم الله الرحمن الرحيم
 
Soalan 1: Bagaimanakah cara paling mudah untuk saya mempercayai bahawa Sayed Ahmad al Hassan adalah utusan dan washi Imam Mahdi?
Zainab Al-Musawi
16 / Safar / 1426. H

 

Jawaban: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Pengasihani, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
 
Cara paling mudah untuk seseorang mempercayai perkara ghaib, adalah melalui perkara ghaib, mohonlah kepada Allah setelah berpuasa selama tiga hari dan merayu di atas haknya Fatimah (as), binti Muhammad (sawas) agar kamu dapat mengetahui kebenaran dari Allah melalui kashf atau rukya (pengelihatan/mimpi) atau melalui apa sahaja cara dari kerajaanNya.
 
Ahmad Al-Hassan
 
✡✡✡✡✡