Panji ISIS adalah Panji Hitam dari Timur?

download-1-
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً
 
Sudah ada orang menggunakan hujah "panji hitam" sebagai dalil untuk mengikuti ISIS, kumpulan pengganas yang jauh dari Islam. Melihat kepada betapa besarnya kejahilan serta bahaya pemikiran seperti ini, kami mahu membantah dan meminta bukti bagi dakwaan ini.
 
Berikut adalah hadis panji hitam yang diperintahkan oleh Nabi SAW untuk diikuti, dan sebabnya:
 
 

Hadis tersebut salah satunya diriwayatkan oleh Ibnu Majah dalam Sunan Ibnu Majah2/1367 no 4084

حدثنا محمد بن يحيى وأحمد بن يوسف قالا حدثنا عبد الرزاق عن سفيان الثوري عن خالد الحذاء عن أبي قلابة عن أبي أسماء الرحبي عن ثوبان قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم ( يقتيل عند كنزكم ثلاثة كلهم ابن خليفة . ثم لا يصير إلى واحد منهم . ثم نطلع الرايات السود من قبل المشرق . فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم ) ثم ذكر شيئا لا أحفظه . فقال ( فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج . فإنه خليفة الله المهدي )

 

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Yusuf yang berkata telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq dari Sufyan Ats Tsawri dari Khalid Al Hidza’ dari Abi Qilabah dari Abi Asma’ Ar Rahabi dari Tsawban yang berkata Rasulullah SAW bersabda:

 

“Akan berperang tiga orang di sisi perbendaharaan kalian, mereka bertiga adalah putera Khalifah. Tetapi tidak seorangpun diantara mereka yang berhasil menguasainya. Kemudian bendera-bendera hitam akan muncul dari arah Timur, maka mereka memerangi kalian dengan perang yang belum pernah dialami oleh kaum sebelum kalian. Kemudian Rasulullah SAW mengucapkan sesuatu yang aku tidak hafal. Beliau SAW kemudian bersabda “Maka siapa diantara kamu yang melihatnya, berikanlah baiat kepadanya walaupun dengan merangkak diatas salju karena sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al Mahdi”.
 

BANTAHAN PERTAMA: ABU BAKR BAGHDADI BUKAN KHALIFAH ALLAH

 
Hadis ini secara jelas menolak sebarang kaitan dengan ISIS, atas sebab yang mudah, iaitu kerana Abu Bakr al Baghdadi bukan seorang Khalifah Allah. Seperti yang telah kami bincangkan dan buktikan, seorang khalifah Allah harus dilantik secara nas melalui lisan khalifah Allah sebelumnya, dan datang menuntutnya, seperti yang dilakukan oleh para khalifah Allah sebelumnya.
 
Sila baca siri berikut untuk mengetahui pendalilannya:
  1. Ketuanan Allah Bhg. 1: Hak Lantikan Kepimpinan Milik Allah atau Manusia?
  2. Ketuanan Allah Bhg. 2: Adakah Masih Ada Perlantikan Khalifah Allah Selepas Muhammad(s)?
  3. Ketuanan Allah Bhg.3: Apakah Wasiat Yang Ingin Ditulis Nabi (s)

Abu Bakr Al Baghdadi bukan lantikan Allah, beliau dinaikkan oleh para manusia, iaitu satu proses ketuanan manusia, oleh manusia untuk manusia. Satu kaedah yang bathil dan tidak bersandarkan Quran, yang menegakkan ketuanan Allah. Allah lah yang melantik manusia pilihannya sebagai hujjahNya, samada beliau adalah Nabi, Rasul, atau Imam. Bukan manusia.

BANTAHAN KEDUA: ABU BAKR BAGHDADI BUKAN AL MAHDI

Allah SWT telah menetapkan kaedah untuk mengenal manusia lantikannya, dari dahulu sehingga sekarang, bagi memudahkan manusia yang ikhlas mengenal mereka. Tidak kira samada manusia lantikan Allah itu adalah seorang Nabi, Rasul, Imam, maka semua mereka dikenali dengan satu kaedah sahaja.

Sila baca link berikut: PERATURAN ILAHI DALAM MENGENALI HUJJAH ATAU KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI

Dengan cara ini jugalah Al Mahdi akan dikenali. Malangnya bagi Abu Bakr Al Baghdadi, bukan sahaja beliau menjadi khalifah melalui kaedah lantikan manusia, malah beliau telah gagal apabila dinilai dengan peraturan ini. Memburukkan keadaan, tiada bukti bahawa beliau adalah Al Mahdi, yang sekaligus, menyanggahi ISIS adalah tentera panji hitam yang disebutkan.


 

Kepada sesiapa yang berkeras mehu menyabitkan panji ISIS sebagai panji hitam dari timur yang wajib diikuti, harus membuktikan kepada kepada kami DUA perkara:
 
 
  1. Buktikan bahawa pemimpin ISIS ini adalah Khalifah Allah
  2. Buktikan bahawa Al Mahdi adalah sebahagian dari angkatan mereka.
 
 
Dipersilakan mereka menjawabnya. Kami tidak mahu dalil sangkaan, apa yang kami mahukan adalah dalil yang muhkam lagi qat’ie. Sekian.
 
 
 
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *