Peristiwa Ghadir Khum

 
C877EC18-12D6-4BC1-AEBF-B768F65CCE98
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً

 

Peristiwa besar perlantikan Ali Ibn Abi Thalib sebagai khalifah selepas Nabi SAW adalah perlantikan beliau di Ghadir Khum. Maka ini menjadi satu lagi dalil yang mendampingi hadis wasiat bagi membuktikan wilayah dan imamah Ahlulbait AS

عن أبي الطفيل عن زيد بن أرقم قال:(( لما رجع رسول الله ( ص) من حجة الوداع، ونزل غدير خم، أمر بدوحات فقممن، ثم قال: كأني قد دعيت فأجبت، إني قد تركت فيكم الثقلين، أحدهما أعظم من الآخر،

كتاب الله وعترتي أهل بيتي ، فانظروا كيف تخلفوني فيهما ، فإنهما لن يفترقا حتى يردا علي الحوض)). ثم قال : ((الله مولاي، وأنا ولي كل مؤمن)). ثم أخذ بيد علي، فقال: ((من كنت مولاه فهذا وليه، اللهم وال من والاه، وعاد من عاداه)). فقلت لزيد: سمعته من رسول الله ( ص)؟ فقال: ما كان في الدوحات أحد إلا ورآه بعينيه وسمعه بأذنيه.


Imam An-Nasaie (214 – 303H) meriwayatkan di dalam Sunannya bahawa Zaid bin Arqam berkata: Tatkala Rasulullah saaw pulang dari Haji Wada', baginda singgah di Ghadir Khumm. Baginda mengisyarahkan ke pepohonan, lalu sekitarnya dibersihkan dan dirapikan. Kemudian beliau bersabda, “Sepertinya aku telah dipanggil dan aku memenuhinya. Sesungguhnya telah aku tinggalkan di sisi kalian dua pusaka berharga, yang satu lebih besar dari yang lainnya: Kitab Allah dan Itrahku (keturunanku) Ahlulbaitku. Maka perhatikanlah, bagaimana kalian akan memperlakukan kedua-duanya sepeninggalanku. Kerana sesungguhnya kedua-duanya tidak akan pernah berpisah hingga bertemu denganku di Telaga Haudh (di Syurga).” Kemudian baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah adalah Maulaku dan aku adalah Wali setiap Mukmin.” Lalu baginda mengangkat tangan Ali seraya bersabda, “Barangsiapa yang aku Maulanya maka dia ini Wali baginya. Ya Allah bimbinglah orang yang menjadikan Ali sebagai Wali-nya dan musuhilah orang yang memusuhinya.”


Perawi, Abu Thufail berkata, “Lalu aku berkata kepada Zaid, ‘Apakah engkau mendengar sendiri dari Rasulullah saw.?’” Zaid menjawab, "Ya, tiada seorang pun di pepohonan itu melainkan menyaksikan baginda dengan kedua matanya dan mendengar sabda baginda dengan kedua teliganya".


Ibnu Kathir (701-774H) berkomentar: "Berkata guru kami Abu Abdillah Az-Zahabi, 'Ini adalah hadis sahih'".


Muhaqqid Dr. Abdullah bin Abdul Muhsin At-Turki pada nota kaki hadis ini menulis: "Al-Hakim telah menerbitkan hadis ini di dalam Mustadrak 3/109, dari jalur Habib bin Abi Thabit. Al-Hakim berkata, 'Hadis ini sahih'. Dan Imam Az-Zahabi mempersetujuinya."


Sumber:

Ibnu Kathir (701-774H),

Al-Bidayah wan Nihayah,

Tahqiq Dr. Abdullah bin Abdul Muhsin At-Turki

Cetakan Hajar, Jilid 7, M/s 668


Sumber lain:

 

1. An Nasai meriwayatkan dari Abu Thufail dari Zaid bin Arqam berkata: Ketika Nabi pulang dari Haji wada’ dan singgah di Ghadir Khum, baginda menyuruh para sahabatnya bernaung di bawah pohon-pohon. Setelah itu baginda berkhutbah:

“Sudah hampir masanya aku dipanggil Allah dan aku mesti pulang menghadapnya. Sesungguhnya aku tinggalkan buat kamu 2 perkara yang amat berharga(Tsaqalain) yang satu lebih berat dari yang lainnya, iaitu Kitab Allah dan keluarga ku iaitu Ahlulbaitku. Oleh itu perhatikanlah bagaimana sikap kamu terhadap keduanya, kerana sesungguhnya keduanya tidak akan terpisah sehingga menemui ku di Al Haudh.”

Kemudian baginda bersabda lagi:

“Sesungguhnya Allah ialah maulaku, dan aku ialah maula setiap mukmin.”

Lalu baginda mengangkat tangan Ali lalu bersabda:

Siapa yang menjadikan aku sebagai pemimpinnya, maka inilah Ali sebagai pemimpinnya. Ya Allah, pimpinlah orang yang menjadikannya sebagai pemimpin, dan musuhilah orang yang memusuhinya.”

Abu Thufail bertanya kepada Zaid: Apakah kamu benar mendengarnya dari Rasulullah(sawa)? Zaid menjawab: Sesungguhnya tidak ada seorang pun di bawah pohon-pohon itu yang tidak melihat dengan kedua matanya dan mendengar dengan kedua telinga mereka.

Sumber: Khasaish Imam Ali, An Nasai, bil 79

2. Ibnu Majah meriwayatkan dari Al Bara’ bin Azib berkata: Kami pergi Haji bersama Rasulullah(sawa) dan kami singgah di persimpangan jalan. Setelah baginda bersolat bersama, lantas baginda mengangkat tangan Ali dan bersabda:

Bukankah aku ini lebih utama dari diri orang-orang mukmin itu sendiri? Mereka menjawab: Benar Ya Rasulullah(sawa)! Rasulullah bersabda: Maka ini Ali adalah pemimpin bagi mereka yang menjadikan aku sebagai pemimpinnya. Ya Allah pimpinlah orang yang menjadikannya sebagai pemimpin dan musuhilah orang-orang yang memusuhinya.”

Sumber: Sunan Ibnu Majah, Hadis 116

3. Ahmad bin Hanbal meriwayatkan dari Zaid bin Arqam berkata: Kami singgah di suatu lembah yang bernama Khum. Baginda memerintahkan supaya mendirikan solat dan kami melaksanakannya di bawah sinaran terik matahari. Setelah itu baginda berkhutbah sementara Samurah memayungi baginda dengan sehelai baju yang digantung di atas dahan dari sinaran matahari. Lalu baginda bersabda:

“Bukankah kalian tahu/bersaksi bahawa aku ini lebih utama dari setiap diri orang mukmin itu sendiri? Mereka menjawab: Benar! Baginda bersabda lagi: Dari itu siapa yang menjadikan aku sebagai pemimpinnya, maka Ali ialah pemimpinnya. Ya Allah, pimpinlah orang yang menjadikannya sebagai pemimpin dan musuhilah orang yang memusuhinya.”

Sumber: Musnad Ahmad 4/327 dan Majma uz Zawaid 9/107

4. Ahmad bin Hanbal meriwayatkan lagi dari al Bara’ bin Azib, menerusi 2 rantaian sanad berkata; Kami bersama Rasulullah lalu singgah di Ghadir Khum. Kemudian seorang sahabat membersihkan kawasan agar Nabi boleh menunaikan solat Zohor di bawah antara 2 pokok. Setelah itu baginda mengangkat tangan Ali dan bersabda:

“Bukankah kamu mengetahui bahawa aku ini lebih utama dari setiap diri mukmin itu sendiri? Mereka menjawab: Benar! Baginda bertanya lagi: Soalan yang sama, lalu di jawab juga sama. Lalu baginda mengambil tangan Ali  dan bersabda: Dari itu siapa yang menjadikan aku sebagai pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya. Ya Allah pimpinlah orang yang menjadikannya sebagai pemimpin, dan musuhilah orang yang memusuhinya.”

Setelah itu Umar datang menemui Ali dan berkata: “Tahniah wahai putera Abu Thalib. Anda telah menjadi pemimpin setiap mukmin dan mukminah.”

Sumber: Musnad Ahmad 4/281, Kanzul Ummal, 15/117 dan Fadhail al Khamsah 1/350

5. Ath Thabrani meriwayatkan dengan sanad yang sahih dari Zaid bin Arqam dan Huzaifah bin Usaid al Ghifarri berkata: Rasulullah telah berkhutbah di Ghadir Khum di bawah pohon-pohon dengan sabdanya:

“Wahai sekalian manusia! Aku hampir di panggil Allah dan aku akan menyahutnya. Sesungguhnya aku dan kalian akan ditanya, maka apakah yang akan kalian jawab?

Mereka berkata: Kami bersaksi bahawa kamu telah berjuang dan kamu telah memberi nasihat, semoga Allah membalas mu dengan kebaikan.

Rasul meneruskan sabdanya: “Tidak kalian bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad ini ialah hamba dan Rasulnya, bahawa syurga itu benar, neraka itu benar, kematian itu benar, hari kebangkitan sesudah mati itu benar, kiamat itu pasti terjadi tanpa ragu-ragu, dan bahawa Allah akan membangkitkan orang-orang di dalam kubur?

Semua menjawab: Benar! Kami bersaksi dengan semua itu. Lalu baginda berdoa: Ya Allah, saksikanlah.

Kemudian baginda menyambung lagi:

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah adalah pemimpin ku, dan aku ialah pemimpin kaum mukmin dan lebih utama dari diri mereka sendiri. Barangsiapa yang menjadikan aku pemimpinnya maka ini Ali juga ialah pemimpinnya. Ya Allah, pimpinlah orang yang menjadikannya sebagai pemimpin dan musuhilah orang yang memusuhinya.”

Seterusnya baginda bersabda lagi:

“Wahai manusia, sesungguhnya aku akan mendahului kalian dan kalian akan dibawakan kepada ku di al Haudh, al Haudh luasnya terbentang dari Basrah ke Sanaa, padanya bilangan bintang-bintang indah dan perak. Sesungguhnya aku akan bertanya kepada kalian tentang 2 perkara berharga(Tsaqalain) ketika kalian dibawakan kepada ku di al Haudh, bagaimana kalian melayani keduanya sepeninggalanku.

Perkara yang paling berharga ialah Kitab Allah yang hujungnya ada di tangan Allah, dan hujungnya lagi ada di tangan-tangan kalian. Maka berpeganglah kepadanya maka kalian tidak akan sesat dan menyeleweng. Dan keluargaku iaitu ahlulbaitku. Sesungguhnya Allah telah memberitahu kepada ku bahawa keduanya tidak akan terpisah hingga keduanya kembali kepadaku di al Haudh.

Sumber: Al Sawaiqul Muhriqah: Hal 25

 

Antara Ilmu Yang Dipelajari Dari Al Yamani

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً
 
Diriwayatkan daripada Mufadhal bin Umar telah berkata:”Aku telah mendengar Abi Abdillah (a.s) berkata: Sesungguhnya Empunya Urusan (Sohibul Amr a.s) akan mempunyai dua keghaiban, salah satu darinya dia akan pulang kepada keluarganya dan yang satu lagi dia dikatakan telah lenyap, tidak diketahui ke lembah mana dia telah pergi. Maka aku bertanya: “Bagaimana harus kami buat apabila ianya berlaku? Dia (a.s) berkata: Sekiranya seseorang mendakwa sedemikian, maka tanyakan kepadanya tentang Adha’im (Quran dan Ahlulbayt a.s), nescaya akan dijawab seumpamanya.”[Ghaibah al Nu’mani]

 أبي عن محمد العطار عن الأشعري عن محمد بن الوليد عن حماد بن عثمان عن الحارث بن المغيرة النضري قال: قلت لأبي عبد الله عليه السلام: بما يعرف صاحب هذا الامر؟ قال: بالسكينة والوقار والعلم والوصية
 
Daripada Muhammad bin Attar, daripada Al Ash'ari, daripada Muhammad bin Al Walid, daripada Hammad bin Uthman, daripada Al Harith bin Mughirah Al Nadhari, telah berkata: (Aku telah berkata kepada Abi Abdillah (as):Dengan apa dikenali Shohibul Amr ini? Menjawab: Dengan ketenangan, keteguhan pendirian, ilmu dan wasiat). [Bihar Al Anwar, Al Allamah Al Majlisi, jilid 25, ms 138][Bashair Al Darajat, ms 640][Al Khishaal, Syeikh Sadooq, ms 200][Al Imamah wa Al Tabshirah, jilid 1, ms 138]
 
Berdasarkan dua hadis di atas serta banyak lagi ahadis yang lain, maka dapat kita ketahui bahawa antara kaedah untuk mengenal manusia lantikan Allah adalah dengan ilmu, yang turut disebutkan sebagai "senjata" di dalam riwayat yang lain. Maka sudah pasti, apabila Ahmad Al Hassan datang mendakwa dirinya sebagai Al Yamani, maka beliau juga harus membuktikan dirinya dengan ilmu yang begitu hebat sehingga tidak dapat tidak dinafikan oleh seorang pengkaji yang ikhlas.
 
Berikut adalah sebahagian senarai dari ilmu-ilmu yang telah dipelajari dan dibongkarkan oleh Ahmad Al Hassan. Senarai ini akan terus diupdate. Sememangnya kami tidak dapat menyenarai ilmu-ilmu beliau semua di sini.
 

1. Nun dan Ba

2. Yunus dan mengapa beliau berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Engkau! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"

3. Pintu kota ilmu dan mengapa ia adalah Ali AS

4. Lailatul Qadar dan mengapa ia adalah Fatimah SA

5. Keserupaan Isa / Jesus dan siapakah dia.

6. "Son of Man” (Anak Manusia) dan “Comforter” (Sang Penghibur).

7. Bismillah Ar Rahman Ar Rahim / Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pengasihani

8. Titik Ba sebagai kekhalifahan.

9. Enam hari penciptaan langit, kaitannya dengan tujuh langit dan perkara berkaitan tujuh langit.

10. Siapakah lapan orang yang memegang Kerajaan Arash

11. Ketuanan Allah dan bukan ketuanan manusia

12. 12 Mahdi dan Raj'ah

13. Abdus Soleh dan alasan Musa tidak dapat bersabar dengan ilmunya.

14. Jurucakap Musa

15. Bahagian kanan lembah di dalam Quran,

16. Domba yang dibunuh di Zion dan pengikutnya.

17. Kaitan 313 dan Bible

18. Kaitan panji Al Yamani dan Bible

19. Bagaimana perkahwinan Raja di dalam Bible terkait dengan tindakan Al Qaim kepada pengikutnya yang memprotes.

20. Siapakah yang dilihat oleh Ibrahim di alam Malakut

21. Alif Lam meem

22. Mengapa Jibril AS berkata: “Sesungguhnya Tonggak Petunjuk telah dimusnahkan"

23. Musuh Al Qaim adalah ulama akhir zaman

24. Rahsia Allah swt

25. Pokok yang tumbuh di Sinai dan lauk bagi orang yang makan.

26. Raja Hari Agama

27. Mengapa nama Allah Ar Rahman dan Ar Rahim adalah nama Allah teragung seperti mata kepada anak mata.

28. Maksud mengenal Allah dengan Allah

29. Mengapa Allah SWT di dalam Quran merujuk kepada Muhammad, kerana sesiapa memberi bai’ah kepada Muhammad, memberinya kepada Allah.

30. Makna Allah turun di dalam awanan.

31. Makna sebenar janggut yang ditarik Musa AS dari Harun AS,

32. Makna huruf “ha” dan “waw” dari sebutah HUWA

33. Lokasi kubur Az Zahra AS.

34. Al Qasam

35. Saad

36. Bismillah al Wahid al Qahar

37. Bintang Daud AS

38. Arash (Kerajaan Allah SWT)

39. Maksud Al Rahman ke atas Arash yang dilimpahi.

40. Perbezaan antara Bismillah surah Al Fatihah dan Bismillah surah-surah yang lain.

41. Kedudukan Al Fatihah berbanding surah-surah yang lain.

42. Sungai di syurga.

43. Mengapa sungai di syurga berada di sebelah kanan Kaabah

44. Hajar al Aswad di Kaabah dan bagaimana ia berkaitan dengan seorang lelaki di akhir zaman, bersama bukti dari Injil dan Taurat.

45. Kaitan Arsh Allah di atas air dan Muhammad serta Quran.

46. Maksud Qul Huwa dalam surah Al Ikhlas

47. Maksud kata-kata Imam, :"Jika aku mahu, aku akan menyebarkan Al-Tauhid dari Al-Shamad”

48. Kumpulan Shiah di akhir zaman

49. Maksud syirik tersembunyi

50. Maksud “Fathul Mubin” (Pembukaan yang jelas) dan kaitannya dengan Isra wal Mi’raj apabila Nabi SAW telah mencapai kedudukan dua busur atau lebih dekat lagi.

51. Enam rukun dalam Bintang Daud

52. Tiga kegelapan dalam Quran.

53. Perbezaan antara roh dan jiwa, dan kaitannya dengan langit / syurga.

54. Kemaksuman dan bagaimana manusia dapat mencapai darjatnya.

Ahmad Dari Basrah: Bantahan Ahmad Bin Maleh

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً

 

Berikut adalah petikan dari Kitab Bisharatul Islam, bahawa dari Basrah bukan Ahmad bin Maleh.

from basra2

from basra is ahmad

 

 
قال الامام الصادق ع: ومن البصره عبدالرحمن به الاعطف بن سعد واحمد ومليح وحماد بن جابر
ص 232 بشارة الاسلام
 
Imam Jaafar (a.s) telah berkata ketika membincangkan tentang Sahabat-sahabat Imam Mahdi (a.s): “Dan dari Basra adalah Abdul Rahman, Ahmad dan Maleeh.” [Bishara Al Islam, ms 181]

Panji ISIS adalah Panji Hitam dari Timur?

download-1-
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً
 
Sudah ada orang menggunakan hujah "panji hitam" sebagai dalil untuk mengikuti ISIS, kumpulan pengganas yang jauh dari Islam. Melihat kepada betapa besarnya kejahilan serta bahaya pemikiran seperti ini, kami mahu membantah dan meminta bukti bagi dakwaan ini.
 
Berikut adalah hadis panji hitam yang diperintahkan oleh Nabi SAW untuk diikuti, dan sebabnya:
 
 

Hadis tersebut salah satunya diriwayatkan oleh Ibnu Majah dalam Sunan Ibnu Majah2/1367 no 4084

حدثنا محمد بن يحيى وأحمد بن يوسف قالا حدثنا عبد الرزاق عن سفيان الثوري عن خالد الحذاء عن أبي قلابة عن أبي أسماء الرحبي عن ثوبان قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم ( يقتيل عند كنزكم ثلاثة كلهم ابن خليفة . ثم لا يصير إلى واحد منهم . ثم نطلع الرايات السود من قبل المشرق . فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم ) ثم ذكر شيئا لا أحفظه . فقال ( فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج . فإنه خليفة الله المهدي )

 

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Yusuf yang berkata telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq dari Sufyan Ats Tsawri dari Khalid Al Hidza’ dari Abi Qilabah dari Abi Asma’ Ar Rahabi dari Tsawban yang berkata Rasulullah SAW bersabda:

 

“Akan berperang tiga orang di sisi perbendaharaan kalian, mereka bertiga adalah putera Khalifah. Tetapi tidak seorangpun diantara mereka yang berhasil menguasainya. Kemudian bendera-bendera hitam akan muncul dari arah Timur, maka mereka memerangi kalian dengan perang yang belum pernah dialami oleh kaum sebelum kalian. Kemudian Rasulullah SAW mengucapkan sesuatu yang aku tidak hafal. Beliau SAW kemudian bersabda “Maka siapa diantara kamu yang melihatnya, berikanlah baiat kepadanya walaupun dengan merangkak diatas salju karena sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al Mahdi”.
 

BANTAHAN PERTAMA: ABU BAKR BAGHDADI BUKAN KHALIFAH ALLAH

 
Hadis ini secara jelas menolak sebarang kaitan dengan ISIS, atas sebab yang mudah, iaitu kerana Abu Bakr al Baghdadi bukan seorang Khalifah Allah. Seperti yang telah kami bincangkan dan buktikan, seorang khalifah Allah harus dilantik secara nas melalui lisan khalifah Allah sebelumnya, dan datang menuntutnya, seperti yang dilakukan oleh para khalifah Allah sebelumnya.
 
Sila baca siri berikut untuk mengetahui pendalilannya:
  1. Ketuanan Allah Bhg. 1: Hak Lantikan Kepimpinan Milik Allah atau Manusia?
  2. Ketuanan Allah Bhg. 2: Adakah Masih Ada Perlantikan Khalifah Allah Selepas Muhammad(s)?
  3. Ketuanan Allah Bhg.3: Apakah Wasiat Yang Ingin Ditulis Nabi (s)

Abu Bakr Al Baghdadi bukan lantikan Allah, beliau dinaikkan oleh para manusia, iaitu satu proses ketuanan manusia, oleh manusia untuk manusia. Satu kaedah yang bathil dan tidak bersandarkan Quran, yang menegakkan ketuanan Allah. Allah lah yang melantik manusia pilihannya sebagai hujjahNya, samada beliau adalah Nabi, Rasul, atau Imam. Bukan manusia.

BANTAHAN KEDUA: ABU BAKR BAGHDADI BUKAN AL MAHDI

Allah SWT telah menetapkan kaedah untuk mengenal manusia lantikannya, dari dahulu sehingga sekarang, bagi memudahkan manusia yang ikhlas mengenal mereka. Tidak kira samada manusia lantikan Allah itu adalah seorang Nabi, Rasul, Imam, maka semua mereka dikenali dengan satu kaedah sahaja.

Sila baca link berikut: PERATURAN ILAHI DALAM MENGENALI HUJJAH ATAU KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI

Dengan cara ini jugalah Al Mahdi akan dikenali. Malangnya bagi Abu Bakr Al Baghdadi, bukan sahaja beliau menjadi khalifah melalui kaedah lantikan manusia, malah beliau telah gagal apabila dinilai dengan peraturan ini. Memburukkan keadaan, tiada bukti bahawa beliau adalah Al Mahdi, yang sekaligus, menyanggahi ISIS adalah tentera panji hitam yang disebutkan.


 

Kepada sesiapa yang berkeras mehu menyabitkan panji ISIS sebagai panji hitam dari timur yang wajib diikuti, harus membuktikan kepada kepada kami DUA perkara:
 
 
  1. Buktikan bahawa pemimpin ISIS ini adalah Khalifah Allah
  2. Buktikan bahawa Al Mahdi adalah sebahagian dari angkatan mereka.
 
 
Dipersilakan mereka menjawabnya. Kami tidak mahu dalil sangkaan, apa yang kami mahukan adalah dalil yang muhkam lagi qat’ie. Sekian.
 
 
 
 

Mati Tanpa Imam Adalah Mati Jahiliyah

 

قالَ رَسُولُ اللهِصلی الله عليه و آله و سلم: مَن ماتَ وَلَم يَعرِفْ اِمامَ زَمانِهِ ماتَ مَيتةً جاهِلِيَّةً. مسند احمد بن حنبل/2/83 و 3/446 و  4/96 صحيح البخاري/5/13 و صحيح مسلم/6/21 الرقم 1849 و 25 مصدرًا آخرَ مِن مصادرِ علماءِ العامَّةِ

 

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang mati dan tidak mengenali Imam zamannya, telah mati dengan kematian di zaman Jahiliyah."

Rujukan: Musnad Imam Ahmad Jilid 2, Halaman 83; Sahih Al Bukhari Jilid 5, Halaman 13; Sahih Muslim, jilid 6,Halaman 21

Persoalannya, siapakah Imam ini, yang mana jika tidak kita kenali akan menyebabkan kematian dalam keadaan Jahiliyah?