Transgender Dan Homoseksual

Salam dan rahmat Allah kepada kamu. Semoga kerahmatan dilimpahkan ke atas pelawat halaman yang dirahmati ini.
 
 
Abdullah Hashem menulis:
 
Bismillah ar Rahman ar Rahim. Solawat dan salam ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi.
 
Imam ku, Sayed Ahmad Al Hassan
 
Saya mempunyai satu soalan yang telah diminta untuk dihantarkan kepada anda.
 
"Sejak saya kecil, saya merasakan bahawa saya adalah seorang wanita. Saya sebenarnya merasa pasti akan perkara ini, dan berasa seperti saya berada di dalam badan yang bukan kepunyaan saya. Saya ingin tahu samada fatwa Khomeini adalah benar berkenaan pembedahan perubahan jantina. Adakah dibenarkan untuk mengadakan pembedahan serta adakah ia adalah yang terbaik untuk saya? Kerana saya tidak dapat melawan perasaan yang mengatakan bahawa saya seorang wanita. Saya adalah salah seorang mukmin di dalam seruan suci ini dan saya meminta Abdullah Hashem mengutuskan surat ini kepada anda kerana saya terlalu malu untuk bertanyakan perkara ini kepada anda. Jika pembedahan ini tidak dibenarkan, apakah yang boleh saya lakukan untuk membetulkan diri saya dan menjadikan saya seorang lelaki heteroseksual yang tidak tertarik kepada lelaki?
_____________________
Jawaban:
 
 
Bismillah ar Rahman ar Rahim. Alhamdulillah.
 
Wujud cara untuk menentukan jantina seorang manusia iaitu keadaan fizikal dan samada seseorang itu mempunyai alat kelamin yang sempurna atau tidak. Jika alat kelamin seseorang itu maskulin, maka manusia itu adalah lelaki dan tidak dibenarkan untuknya membuat pembedahan menukar jantina. Jika alat kelamin beliau feminin, maka manusia itu adalah wanita dan tidak dibenarkan membuat pembedahan menukar jantina. Bagaimanapun, jika alat kelamin tidak tumbuh sempurna, atau jika seseorang itu mempunyai kombinasi dua alat kelamin jantina atau lain-lain alat kelamin yang abnormal, maka beliau boleh memilih jantina yang dimahukan, dan melaksanakan prosedur pembedahan bagi mengisytiharkan dirinya sebagai seorang lelaki atau wanita. Ini adalah jawaban dari aspek fiqh.
 
Berkenaan seorang manusia itu berasa seperti ada wanita di dalamnya sedangkan beliau adalah seorang lelaki dan sebaliknya, ia adalah isu yang boleh kita fahami dengan mengetahui bahawa penentuan jantina terjadi lewat dalam peringkat-peringkat evolusi di planet bumi. Kehidupan tidak bermula dengan kaedah pembiakan seksual. Kehidupan bermula dengan pembiakan aseksual manakala pembiakan seksual datang kemudian. Ia mempunyai beberapa orientasi; salah satunya adalah haiwan jenis hermaphrodite, i.e, mempunyai organ pembiakan maskulin dan feminin. Orientasi berikutnya adalah sejenis ikan, yang mana di dalam beberapa peringkat hidupnya adalah jantan dengan organ pembiakan yang sempurna. Ia menyuburkan telur, dan kemudian di peringkat hidup yang seterusnya, ia bertukar kepada betina dengan organ pembiakan sempurna serta mengeluarkan telur.
 
Satu lagi orientasi adalah kes seperti kita, yang mana ada dua jantina lelaki dan wanita yang berbeza, dan jantinanya telah ditentukan seumur hidupnya. Di dalam kes ini, fetus/janin mempunyai potensi untuk menjadi lelaki atau wanita. Apa yang menentukan pertumbuhan alat kelamin tertentu adalah hormon seks. Ini bermakna, di dalam setiap badan, wujud lelaki dan wanita, atau dengan kata lain, mempunyai potensi untuk menjadi lelaki dan wanita. Apa yang terjadi adalah salah satu dari mereka menguasai satu yang lain apabila melaksanakan "pelan tindakan" yang khusus untuk badan ini, maka seterusnya janin/fetus menjadi lelaki atau wanita. Isu ini jelas di dalam sesetengah keadaan atau kromosom(http://ms.wikipedia.org/wiki/Kromosom) yang tidak normal seperti di dalam kes Sindrom Androgen Tidak Sensitif(http://en.wikipedia.org/wiki/Androgen_insensitivity_syndrome) di mana wujud kes-kes wanita dengan organ lelaki. Saya telah menyebutkan perkara ini di dalam Delusi Atheistme / Wahmul Ilhad, dan berikut adalah teks untuk menerangkan tentang isu ini:
 
"Wujud mutasi genetik yang memberi kesan kepada penerima androgen (androgen receptors: http://en.wikipedia.org/wiki/Androgen_receptor ) dan ia dikenali sebagai Sindrom hormon pe"jantan"an (masculinization hormone [androgen] syndrome) di dalam fetus (46XY). Mutasi ini menghalang kesan dari genetik jantina lelaki; maka dengan itu, sistem pembiakan wanita terbentuk. Kes seseorang yang menghidap sindrom ini bergantung kepada jenis mutasi dan kadar ia memberi kesan kepada penerima androgen. Oleh itu beliau mungkin akan mempunyai organ lelaki dan perempuan yang tidak sempurna dan mungkin salah satu darinya mencukupi. Namun secara umumnya wujud sifa-sifat feminin.
 
Maka, jika sesuatu janin/ fetus itu membawa gene lelaki, iaitu 46XY, dan janin ini menghidap  Sindrom Androgen Tidak Sensitif yang menyeluruh, maka pada luarannya, beliau akan menjadi seorang wanita seluruhnya. Sesungguhnya kes ini sukar untuk didiagnos di peringkat awal tanpa ujian yang tepat. Maka, fetus itu akan mempunyai organ feminin yang jelas, dan beliau menjadi wanita namun tanpa uterus atau ovari, dengan kata lain, beliau adalah seorang wanita dengan sistem pembiakan wanita yang tidak sempurna, dan beliau juga mempunyai sistem pembiakan lelaki yang tersembunyi di dalam pelvis / pinggul."
 
Berdasarkan kenyataan di atas, dapat kita fahami bahawa setiap orang lelaki ada membawa wanita yang mati di dalamnya, dan setiap wanita membawa lelaki yang mati di dalam badannya. Apa yang dilakukan oleh homoseksual adalah menghidupkan semula secara psikologi, sifat fizikal tertanam ini, yang sudah menjadi tidak berguna semasa pertumbuhan janin, walaupun hakikatnya, sifat fizikal tertanam ini tidak mempunyai kesan yang signifikan dan benar pada badan. Dan seorang lelaki mungkin memainkan peranan wanita dan seorang wanita mungkin perlu memainkan peranan lelaki. Dan hakikatnya, bukan hanya manusia melakukan perkara ini, haiwan yang lain turut melakukannya pada 10%, lebih atau kurang, dan sebabnya adalah apa yang telah saya sebutkan di atas. Dengan kenyataan ini, telah jelas bahawa homoseksual bukan satu perkara yang natural / semulajadi hanya kerana haiwan lain melakukannya. Ia adalah satu isu abnormal dan luar batas alami yang mendominasi sesuatu badan makhluk hidup. Apa yang semulajadi adalah dengan meletakkan peraturan untuk menghadkan sifat abnormal ini, bukan sebaliknya. Bagaimanapun, dan malangnya, hakikat bahawa homoseksualiti adalah karekteristik yang berlaku di alam haiwan digunakan sebagai alasan untuk memujuk sesetengah ahli politik di Britain dan Perancis – kebanyakan dari mereka jahil tentang biologi evolusi-  untuk membenarkan undang-undang perkahwinan gay.
 
Kebenaran saintifik adalah bahawa kita dan keseluruhan binatang mempunyai badan yang khusus kepada satu sistem pembiakan yang sempurna sepenuhnya, yakni mempunyai jantina yang khusus. Percubaan beberapa individu untuk mengamalkan homoseksual tidak menjadikan homoseksual itu normal. Ia adalah satu bentuk penjauhan daripada sifat fizikal dan fisiologi. Makhluk hidup, khususnya yang rasional seperti manusia, dengan mudah dapat menekan keinginan homoseksual ini. Inilah sebabnya jalan yang paling baik adalah meletakkan satu peraturan yang menekan dan membantu mengubati homoseksualiti, bukan sebaliknya, seperti yang terjadi di hari ini. Sangat malang sekali apabila berita tentang penerimaan homoseksual di negara-negara lain terus kedengaran. 
 
Jadi penawarnya adalah ditangan setiap orang yang mendapati dirinya berkeinginan terhadap homoseksual. Jika ada hasutan-hasutan syaitan yang menyatakan bahawa ada wanita yang mati di dalam badannya, dan memujuk si empunya badan untuk menghidupkannya, maka sedarlah bahawa di badannya wujud organ produktif lelaki yang lebih dominan dan begitu juga dengan wanita. Katakan sebagai contoh, setiap lelaki mempunyai 90% lelaki dan 10% wanita di dalamnya, dan seorang wanita mempunyai 90% wanita dan 10% lelaki di dalamnya, maka secara semulajadinya sudah tentu sifat dan keinginan lelaki itu mendominasi lelaki itu kerana mempunyai peratusan terbesar dalam komposisi badan. Perkara yang sama juga kepada wanita, kerana sifat wanita akan mendominasinya. Membenarkan bahagian 10% untuk mendominasi badan, dan menukarkan seorang lelaki kepada wanita, atau sebaliknya, adalah satu keadaan yang tidak normal dan menyimpang, dan seorang manusia patut dapat menguasai dan mengalahkan keinginan ini kerana ia jauh dari sifat fizikal yang mendominasi badan, atas sebab hasutan yang menipu yang dapat dihadapi dan dikalahkan apabila berhadapan dengan kebenaran jantina yang menguasai badan.
 
Apa yang tinggal hanyalah kemungkinan wujudnya keadaan yang memberi kesan kepada badan, seperti kekurangan atau kelebihan sesetengah hormon atau keadaan lain. Kondisi ini dapat diubati dengan berjumpa doktor pakar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *