9 Soalan Kepada Syarat Kenal Yamani Melalui Kemunculan Serentak

Keluarnya tiga panji serentak, bukanlah syarat utama untuk mengenali Al Yamani. Saya bercakap tentang hadis berikut yang dijadikan hujah oleh para penentang

 
– وعنه ، عن سيف بن عميرة، عن بكر بن محمد الازدي ، عن أبي عبد الله عليه السلام قال: خروج الثلاثة: الخراساني والسفياني واليماني في سنة واحدة في شهر واحد في يوم واحد، وليس فيها راية بأهدى من راية اليماني يهدي إلى الحق .
 
Dan darinya dari Sayf b. `Umayra dari Bakr b. Muhammad al-Azdi dari Abu `Abdillahعليه السلام. Beliau bersabda: Khurujnya yang tiga: Khurasani dan Sufyani dan Yamani adalah di dalam tahun, bulan dan hari yang sama, dan tiada panji di dalamnya yang lebih mendapat petunjuk dari panji Al Yamani, menunjuk ke arah kebenaran. (Ghaibah at Tusi)
 
Kami sudah menjawab keraguan ini di link berikut:
 
_______
 
Namun, disamping dalil naqli yang menunjukkan Al Yamani akan muncul terlebih dahulu dari Sufyani, saya ingin bertanya soalan berikut, siapa boleh jawab, jawab di sini. Jika cara untuk mengenal Yamani adalah dengan menunggu kemunculan serentak,
 
1. Bagaimanakah cara untuk kita mengenali dua panji yang lain tersebut? Ini penting, agar kita dapat kenal dan dapat tahu bahawa hari tersebut, adalah hari kemunculan serentak.
 
2. Siapakah yang akan declare dan mengesahkan, bahawa panji2 tersebut adalah panji Yamani, Sufyani dan Khurasani?
 
Saya bagi satu analogi. Katakan, hari ini kita mendapat khabar berita, ada tentera keluar dari Sham, ada keluar dari Yaman ada dari Khurasan. Jadi bagaimana kita mahu mengesahkan identiti ketiga panji ini?
 
______
 
3. Adakah Al Yamani, Al Sufyani dan Al Khurasani tahu diri mereka adalah identiti yang disebutkan. Jika tahu, bagaimana mereka tahu?
 
4. Jika tak tahu, bagaimana mereka nak nak menyeru manusia kepada diri mereka, apatah lagi dalam kes Al yamani, yang mana ketidak patuhan kepadanya membawa kepada neraka, dan merupakan panji terbaik kerana menyeru kepada Imam Mahdi AS?
 
5. Dan persoalan yang lebih menarik, jika mereka sendiri tidak tahu, bagaimana kita akan tahu?
 
6. Panji yamani adalah panji yang dinaskan untuk diikuti, sebagai panji yang benar, diberi petunjuk, dan menyeru kepada Imam Mahdi. Soalan saya, bilakah seruan ini dijalankan?
 
7. Jika anda mengatakan ia dijalankan pada hari yang sama(satu pendapat yang mencerminkan kejahilan), maka soalan saya, adakah Sayed Khurasani tidak menyeru kepada Imam mahdi AS? Atau beriman kepada Imam Mahdi AS?
 
8.  Jika anda jawab tidak, selamat tinggal rahbar, jika anda jawab ya, maka akan ada dua panji yang bersama Imam Mahdi AS pada hari tersebut. Apa yang membuatkan kalian akan mengikuti panji dari Yaman ketimbang panji Iran? Ini tambahan pula ramainya dari anda semua adalah muqallid Rahbar, dan fanatik Iran. Tambahan pula Yaman bukan pusat revolusi Islam, malah majoriti mereka adalah Zaidiyah. Gerakan bersenjata mereka yang mana ada diantara anda semua mempercayainya sebagai gerakan Yamani, adalah dikepalai oleh Zaidiyah.
 
 
9. Jika anda akan menjawab anda akan mengikuti panji dari Yaman, maka besar kemungkinan anda terpaksa membenarkan fahaman Zaidiyah sebagai jalan yang benar, kerana panji mereka diberikan petunjuk. Jika anda tidak, sila berikan sebarang gerakan terkenal di Yaman yang diterajui oleh Imamiyah, jalan yang kalian katakan sebagai jalan yang benar.
 
Kepada sesiapa yang mampu jawab, sila jawab di sini, dan berdalil, bukan dengan rasional sahaja. Rasional kalian, tidak mengikat. Soalan-soalan ini sendiri, jika dibaca bersahaja akan membogelkan kepalsuan syarat mengenal Yamani dengan kemunculan serentak. Bi izniLlah.
 
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *