Soalan 40: Apa sebab berhaji, dan apa tujuan Haji?

Soalan 40: Apa sebab berhaji, dan apa tujuan Haji?


Jawapan: Haji dalam Islam secara ringkasnya, adalah hadir pada suatu masa tertentu pada suatu tahun di tempat yang tertentu, iaitu Bait Allah Al-Haram atau Ka'bah. Maka pertamanya, kita mesti tahu tentang ciri masa, cara dan tempat.

 

Tempat: Kaabah, ia adalah satu manifestasi zahir bagi Bayt Al-Ma’mur (kiblat malaikat), yang merupakan tajalli zahir Al-Dharah, dan Al-Dharah berada di Langit Keenam dan ia adalah Langit tertinggi (alam) Mitsal Malakut, dan selepasnya adalah Langit Ketujuh, dan ia (Langit Ketujuh) keseluruhannya bukanlah (alam) Mitsal Malakut. Dan sesungguhnya penciptaan Al-Dharah adalah selepas respon para malaikat pada Allah SWT setelah dikhabarkan kepada mereka mengenai penciptaan Adam (as), lalu malaikat-malaikat bertawaf mengelilinginya dan Allah mengampunkan mereka dan menerima taubat mereka kesalahan mereka membangkang khabar dariNya SWT [62]

 

 

Al-Dharah juga wujud di lima langit di bawah Langit Keenam, begitulah di setiap Langit ada Bayt yang sesuai untuknya, bertawaf para malaikat pada setiap Langit itu; Allah SWT mengampunkan mereka dan menerima taubat mereka. Di Langit Keempat juga ada Al-Bayt Al-Ma’mur [63), rumah (Al-Bayt) ini juga tajalli dan zahir di bumi sebagai Bayt Allah Al-Haram atau Al-Ka’bah. Apabila diturunkan Adam (AS) ke muka bumi, dia bertawaf mengelilinginya, maka Allah memaafkannya dan meninggikan maqamnya dan memberi beliau keutamaan dari Dia yang Maha Tinggi lagi Maha Suci.

 

 

Adapun Masa Haji itu: adalah bulan Zhu Al-Hijjah, dan perkara yang paling penting adalah sifat-sifat bulan ini, di mana bulan inilah keluarnya Imam Mahdi (as) di Mekah dan diutuskan Jiwa Suci (Al-Nafs Al-Zakiyah) kepada penduduk Mekah lalu mereka membunuhnya di antara Al-Rukun dan Al-Maqam (antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim), kemudian beliau akan bangkit pada hari kesepuluh Muharram. Justeru itu, Bayt Allah diletakkan di langit untuk para malaikat bertawaf di sekelilingnya dan memohon keampunan selepas  mereka mempersoalkan hujjah Allah, Adam (as), dan diletakkan di muka bumi untuk Adam AS bertawaf sekelilingnya disebabkan pelanggaran ke atas Pohon Ilmu Aali Muhammad atau pohon Wilayah (Al-Syajarah Al-Wilayah).

 

 

﴿وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْماً﴾

 

"..dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat. [Tha Ha 20:115] [64]:

Iaitu untuk memikul Wilayah Aali Muhammad, [65], dan mereka adalah hujjah Allah atas Adam (as) , bertawaf di sekeliling Al-Bayt, sebagai mengiktiraf hujjah Allah atas makhluk dengan Al-Wilayah, Dan mematuhi perintah dan taat kepadaNya.

 

Adapun alasan mengerjakan Haji adalah mencari keampunan dari kekurangan kita dalam hak hujjah ke atas makhluk pada setiap zaman, yang mana di zaman kita, figurnya adalah Imam Mahdi (as). Telah diriwayatkan dari mereka (as) apa yang bermaksud: (Bahawa Allah telah menjadikan Haji untuk manusia mempersembahkan ketaatan kepada kami.) [66].

 

Tujuan Haji ini adalah untuk berkumpul di tempat ini dan dalam suatu masa setiap tahun untuk menunggu-nunggu bangkitnya seorang pembaharu (pengislah), iaitu Al Mahdi (as) yang dinantikan untuk berjihad bersamanya, beliau adalah pemilik Azan di zaman kita ini, bahawa Allah SWT berfirman dalam al-Quran : Mereka datang kepadamu wahai hujjahKu atas makhlukKu, mereka tidak datang kepadaKu demi Aku.

Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

 

﴿وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالاً وَعَلَى كُلِّ ﴿وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالاً وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيق﴾ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيق﴾

 



 

Dan berserulah(Azan) kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, [Al-Hajj 22:27] [67].

 

﴿ثُمَّ لْيَقْضُوا تَفَثَهُمْ وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيق﴾

 

Kemudian, hendaklah mereka menghilangkan kotoran yang ada pada badan mereka dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka dan hendaklah mereka melakukan melakukan thawaf sekeliling rumah yang tua itu (Baitullah). [Al-Hajj 22:29]  [68]:

 

Dan menghilangkan kotoran: iaitu pembersihan dan penyucian, secara zahirnya bermaksud memotong kuku dan menggunting rambut, ada pun menurut apa yang dimaksudkan dengan akal dan hakikat ialah untuk bertemu Imam al Hujjah(as), dan memotong rambut  mewakili pemisahan dari setiap idea (fikrah) dan menyerah kepada Al-Hujjah (as) dan mematuhi arahannya.

 

Tetapi dipanggil rumah lama (tua); kerana mereka yang mengelilinginya diliputi perasaan lamanya rasa bersalah dengan Imam Mahdi (AS) hujjah atas penciptaan

 

﴿ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ حُرُمَاتِ اللَّهِ فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ﴾

 

Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi Allah maka itu adalah lebih baik baginya. [Al-Hajj 22:30] [69] ,

 

﴿ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ﴾

 

Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati. [Al-Hajj 22:32]  [70], mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah ia adalah hujah-hujah Allah SWT atas penciptaan .

 

 

 

 

✡✡✡✡✡

 

———————-

[62 ] – Dari Abi Abdillah (as) , dalam sebuah hadits, beliau berkata: ( … Sebagai permulaan rumah ini Allah Tabarak wa Taala, berfirman kepada malaikat :

إني جاعل في الأرض خليفة

"Aku hendak jadikan seorang Khalifah di muka bumi,"

malaikat-malaikat menjawab kepada Allah Azza wa Jalla:

أتجعل فيها من يفسد فيها ويسفك الدماء

"Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah,"

Mereka berpaling dariNya dan melihat bahawa dengannya membuat murka arasyNya ini, maka mereka meminta perlindungan, Allah mengarahkan raja malaikat membina sebuah rumah di Langit Keenam dipanggil Al-Dharah bertentangan dengan arasyNya yang menjadi saksi kepada penghuni langit berthawaf padanya tujuh puluh ribu malaikat setiap hari tidak berulangan, dan memohon ampun, dan apabila telah diturunkan Adam ke langit dunia yang diperintahkan membina rumah ini secara bertentangan, ia menjadi saksi kepada Adam dan keturunannya seperti mana kesaksian kepada penghuni langit) Al-Kafi: Jilid 4: halaman 187, Bab mulanya Al-Bayt dan Al-Thawaf .

[63 ] – Dari Abi Hamzah Al-Tsimaliy dari Ali Bin Al-Hussein (as), beliau berkata : ( Aku berkata kepada ayahku tidakkah Thawaf itu tujuh pusingan. beliau berkata, kerana Allah Tabaraka wa Taala berfirman kepada malaikat :"

إني جاعل في الأرض خليفة

"Aku hendak jadikan seorang Khalifah di muka bumi,"

 

mereka menjawab kepada Allah Tabaraka wa Taala " mereka berkata

أتجعل فيها من يفسد فيها ويسفك الدماء

"Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah,"

 

Allah berfirman:

إني أعلم ما لا تعلمون

Aku mengetahui apa yang kamu tidak tahu "

Dengan tidak dihijabkan dari cahayaNya (mereka melihatnya), kemudian dihijabkan dari cahayaNya tujuh ribu tahun , Maka berlalu di ‘Arasy tujuh ribu tahun, Kemudian diberikan rahmat dan diterima taubat mereka dan dibina untuk mereka Al-Bayt Al-Ma’mur, di Langit Keempat, dijadikanNya yang resah gelisah aman dengan meletakkan Al-Bayt Al-Haram itu di bawah Al-Bayt Al-Ma’mur dan dijadikanNya yang resah gelisah, aman bagi manusia. Maka jadilah Tawaf tujuh keliling suatu kewajipan ke atas hamba-hamba untuk selama seribu tahun sebagai salah satu cara.) Syarai3 Al-Islam: Jilid 2: halaman 406-407 Bab 143 H halaman 1.

[64 ] – Tha Ha : 115.

[65 ] – Dari Abi Ja'far (as), beliau berkata: (Allah mengambil Persetian (Mitsaq) atas para Nabi, katanya, bukankah Aku Tuhanmu dan bahawa Mohammad RasulKu dan bahawa Ali Amir Al-Mukminin. Mereka menjawab: Ya dan dilaksanakan bagi mereka nubuwah. Kemudian mengambil Persetian (Mitsaq) atas Ulu Al-3azim, Aku Tuhanmu dan bahawa Mohammad RasulKu dan bahawa Amir Al-Mukminin Ali dan Aushiak selepasnya Wali PemerintahKu dan penyimpan IlmuKu, dan bahawa Al-Mahdi Penolong AgamaKu, dan dia menzahirkan daulahKu, dan menghukum musuh-musuhKu maka Aku disembahi secara sukarela atau secara paksa. Mereka berkata, “Kami mengaku – Wahai Tuhan – . Kami menyaksikan.” Adam (as) tidak menafikan, dan tidak pula mengakuinya, dan pengakuan azam bagi mereka sebanyak lima kali pada Mahdi (as), Adam tidak bersungguh untuk mengakuinya, Ia adalah firman Allah Tabaraka wa Taala:

 

﴿ وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَىٰ آدَمَ مِن قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا

 

Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat. [Tha Ha 20:115] Bashair Al-Darajat: Jilid 2: halaman 90.

[66] – Al-Kafi: Jilid 1: halaman 392, Bab wajib atas manusia selepas mereka menghabiskan acara (manasik) mereka  untuk menampilkan Al-Imam dan diterima sebagai Mu3alim Agama mereka dan mengajar mereka Wilayah mereka dan kasih mereka kepadanya, halaman 1, 2 dan 3.

[ 67 ] – Al-Hajj: 27.

[ 68 ] – Al-Hajj: 29.

[ 69 ] – Al-Hajj: 30.



[ 70 ] – Al-Hajj: 32.

Soalan 39: Tentera Abrahah dan Tentera Yazid terhadap Ka’bah

Soalan 39 : Mengapakah tentera Abrahah dari Habsyah yang ingin memusnahkan Kaabah dilontar dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar, tetapi Tentera Umayyah tidak direjam pada hal mereka juga mahu memusnahkan Kaabah sehingga dia menggunakan lastik besar (manjaniq) ke atas Kaabah dan merobohkan Bait Al-Haram?!


 

Jawapan: Bait Allah Al-Haram (Kaabah) mempunyai satu kehormatan dan para malaikat yang melindungi Al-Bait dari sebarang serangan. Perlindungan penuh keajaiban ini tidak sentiasa berlaku, ia hanya berlaku apabila manusia dapat mengambil manfaat dari kejadian ini dan diberi petunjuk kepada jalan yang lurus kerananya. Bagaimanapun, jika manusia tidak berhati perut serta tidak mengambil pengajaran dari larangan, contoh, azab Tuhan atau tanda ketuhanan yang jelas, maka tidak ada maknanya untuk menghalang mereka dari terus melakukan kemungkaran, kezaliman dan penindasan, serta secara paksa menyelamatkan mereka dari jalan neraka; ini bertentangan dengan prinsip ujian untuk manusia di bumi ini.

Pada masa Abdul Muthalib (as) – datuk kepada Nabi Muhammad (sawas) – manusia sentiasa mengambil pengajaran daripada tanda-tanda kebesaran ini, serta insaf mematuhinya. Tanda-tanda ini juga mengisyaratkan kepada kemuliaan Abdul Mutalib dan keluarganya, serta hubungan mereka dengan langit, menunjukkan bahawa dia adalah washiy dari washiy-washiy Ibrahim (as). Adapun pada masa Yazid (‘alaihi la’nahu Allah) maka manusia telah menjadi tidak berhati perut serta insaf untuk mematuhinya, bahkan mereka telah melanggar kesucian yang lebih besar dari kesucian Kaabah, iaitu kesucian Al Hussain AS, dengan membunuhnya dan menodai jasadnya yang suci. Al-Hussein telah menjelaskan di dalam khutbahnya kepada mereka, sesungguhnya selepas pembunuhan beliau, mereka tidak lagi akan hormat kepada apa sahaja kesucian dan tidak takut untuk melanggarnya atau memusnahkannya. Walau bagaimanapun, apabila tentera Yazid (laknat Allah) menuju ke Kaabah dari Madinah, Muslim bin 'Uqbah yang terkutuk, panglima tentera Umayyah telah mati, namun ini tidak menghalang sesiapa, malah mereka mara di bawah kepimpinan Al-Hashain bin Namir Al-Sakuni lalu meneruskan urusan untuk menyerang Kaabah  menggunakan manjaniq dan terbunuhlah Ibn al-Zubayr di Al-Haram.

 

Bagaimanapun, pada zaman Imam Mahdi (as), apabila manusia kembali kepada sesuatu yang fitrah serta insaf mematuhi perumpamaannya dan tanda-tanda kebesarannya, keajaiban ini akan muncul semula sekali lagi. Pada kali ini dengan penenggelaman Tentera Sufyani antara Madinah dan Mekah selepas keluarnya Imam Mahdi (as) dari Madinah dan mencari perlindungan di Mekah (as). [61]). 

 

Oleh itu, sebab yang paling penting untuk mendapatkan tanda-tanda ini atau kelewatannya adalah demi kebaikan manusia dari kejadian ini, dan agar mereka beroleh petunjuk kerananya, mengambil pengajaran darinya, atau kelalaian mereka dari keajaiban ini, lalu beralih kepada penjelasan material.

 

 

✡✡✡✡✡

 

—————————–



[61] – Bihar Al-Anwar: Jilid52 halaman 222-223

Soalan 38: Al-Shamad

Soalan 38: Diriwayatkan dari Al-Baqir (as) apakah yang dimaksudkan dengan:
 
(لو شئت لنشرت التوحيد من الصمد)
 
( jika aku mahu, aku akan menyebarkan Al-Tauhid dari Al-Shamad) [60], apakah yang dimaksudkan hadits ini, dan bagaimana untuk membuka Al-Tauhid dari Al-Shamad?

Jawapan: Al-Shamad (Yang Maha Tetap) yang bermaksud yang memenuhi keperluan, yang memenuhi dengan kesempurnaan supaya tiada ruang-ruang lagi di dalamnya , Apabila manusia yang berakal sakit maka ia tidak mencari selain Allah untuk merawatnya, dan jika lapar atau dahaga atau kekurangan ia tidak mencari selain daripada Al-Ghani (Yang Maha Kaya), dan jika ia jahil tidak mencari selain daripada Al-‘Alim (Yang Maha Mengetahui), dan jika ia marah ia tidak mencari selain daripada Al-Halim (Yang Maha Lembut), dan jika dan jika … dan jika dia mahu mengisi kekurangan dirinya dalam segala sudut, maka dia tidak mencari selain daripada Sumber Kesempurnaan yang sifat memberiNya tidak mengurangkan sifat pemurahNya dan kemuliaanNya, malahan semakin bertambah. Oleh itu dari Al-Shamad hamba yang menuju kepada Allah SWT mengetahui jalan kepada Allah SWT.
 
Sesungguhnya Dialah Allah Yang Maha Lembut (Al-Halim) Al-Karim, Al-Rauf, Al-Ghaffar Al-Qadir, Al-Qahhar, Al-Jabbar, Al-Ghaniy, Al-‘Alim, Al-Hakim dan semua nama-nama Allah Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi (SWT), yang akan dicari-cari oleh ciptaanNya, maka Dialah Al-Shamad yang Maha Suci lagi Maha Tinggi yang dimaksudkan dengan semua nama-nama dan sifat-sifat itu.
 
 
✡✡✡✡✡
 
—————————–

[60] – dia (as) berkata, menjawab delegasi dari Palestin yang dikemukakan kepadanya: (…kalaulah pengetahuan ku yang telah diberikan Allah Azza wa Jalla ada pembawanya maka aku akan menyebarkan Tauhid dan Islam, Iman, Agama dan Syari'at dari Al-Shamad…) Bihar Al-Anwar: Jilid 3 halaman 225

37: Apakah makna ﴿ سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى ﴾

Soalan 37: Apakah makna
 
﴿ سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى ﴾
 
Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi.? [Al-A3la 87:1]

 
Jawapan: Pujian dari seorang hamba hanya dapat dicapai dengan menyanjung Tuhan SWT, sanjungan dengan apa yang diajar oleh Yang Maha Suci pada jalan AuliakNya dari Nabi-nabi, Rasul-rasul dan Imam-imam (as), sanjungan dan pujian yang paling kecil sekurang-kurangnya adalah al-syukur (berterima kasih).
 
Bertasbih (mensuci) bermula dengan bersyukur (berterima kasih), dan hujungnya dengan pujian (al-hamd). Mensyukuri Allah Yang Maha lagi Maha Tinggi dimulakan dengan mengucapkan terima kasih kepada ciptaanNya dan menunaikan hak mereka, kerana para makhluk adalah "anak" Allah, dan makhluk Allah yang paling disayangi Allah adalah mereka yang paling berkasih sayang kepada anak-anakNya, seperti yang telah disebutkan dari riwayat-riwayat Ahlulbait AS. [59].
 
Oleh itu, seorang hamba itu dianggap telah menyucikan (bertasbih) TuhanNya Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi, apabila beliau telah bermurah hati dan berbelas kasihan terhadap kaum mukminin, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan tegas dan keras dengan orang-orang kafir yang degil, Kebenaran yang berjalan di atas muka bumi.
 
 
اسم ربك الأعلى – Dan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi: adalah Ali (as); kerana ia adalah nama yang Tertinggi dan yang Teragung, dan Ali bersama kebenaran dan kebenaran bersama Ali, jadi pengertian
 
﴿ سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى ﴾
 
 Jadilah kebenaran yang berjalan di atas muka bumi iaitu menyucikanNya dengan amal perbuatan bukan hanya kata-kata seperti yang dibayangkan secara salah oleh ramai orang sebelum ini.
 
 
 
✡✡✡✡✡
 
————————–
 
[59] – dari Imam Sadiq (as) berkata: (Rasulullah (sawas): penciptaan Allah, penciptaan mengasihi Allah untuk faedah 3iyal (milik pilihan) Allah dan memasuki kebahagiaan ahli bait…) Al-Kafi: Jilid 2 halaman 164.

Soalan 120: Apakah hikmah diutus Al Yamani(as)

Soalan 120: Apakah hikmah diutus Al Yamani(as) bagi memperbaiki akidah dan bukan Fiqh, sedangkan pembaikan Fiqh adalah lebih penting dari Aqidah?

Jawapan: Imam Mahdi (as) bergerak dengan sirah datuknya Rasulullah (sawas) dan sirah para nabi dan Rasul-rasul (as) dan tidaklah dia bergerak dengan sirah perjalanan orang lain seperti sirah ulama yang tidak beramal. Jika dikembalikan kepada sirah Rasulullah (sawas) dan sirah para nabi dan Rasul-rasul (as), didapati bahawa mereka memulakan risalah mereka khususnya pada Akidah dan Tauhid, dan kemudian barulah beralih kepada Syariah atau Fiqh. Akidah dan Tauhid jika dibandingkan dengan Syariah dan Fiqh, seumpama asas tapak (lantai) dan dinding-dinding serta siling, di mana siling tidak akan dibina melainkan hanya selepas pembinaan asas tapak dan dinding-dinding.
 
Sekarang, jika kita merujuk kepada kerasulan Musa (as) kita dapati seruan pada awal risalah beliau adalah seruan Akidah dan Tauhid sehingga beliau (as) memakan masa empat puluh tahun  menyeru kepada Akidah. Walaupun setelah menyeberangi laut, beliau menghabiskan masa yang lama menyeru kepada Tauhid dan memperbetulkan Akidah Bani Israel, dan seruan syariah hanya dibuat setelah lama apabila beliau mendapat ketentuan TuhanNya ketika perayauan di gurun padang pasir (Al-Tih), dan ayat-ayat Al-Quran menjelaskan bahawa beliau kembali dari ketentuan TuhanNya itu dengan membawa papan (Al-Lauh) undang-undang (Syariah). Apakah ada amalan (seruan) yang didatangkan sebelum Syariah? Tidak melainkan ia adalah seruan Tauhid dan Akidah yang benar, Firman Allah:
 
﴿وَلَمَّا رَجَعَ مُوسَى إِلَى قَوْمِهِ غَضْبَانَ أَسِفاً قَالَ بِئْسَمَا خَلَفْتُمُونِي مِنْ بَعْدِي أَعَجِلْتُمْ أَمْرَ رَبِّكُمْ وَأَلْقَى الْأَلْوَاحَ وَأَخَذَ بِرَأْسِ أَخِيهِ يَجُرُّهُ إِلَيْهِ قَالَ ابْنَ أُمَّ إِنَّ الْقَوْمَ اسْتَضْعَفُونِي وَكَادُوا يَقْتُلُونَنِي فَلا تُشْمِتْ بِيَ الْأَعْـدَاءَ وَلا تَجْعَلْنِي مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ﴾
 
Dan tatkala Musa telah kembali kepada kaumnya dengan marah dan sedih hati berkatalah dia: "Alangkah buruknya perbuatan yang kamu kerjakan sesudah kepergianku! Apakah kamu hendak mendahului janji Tuhanmu? Dan Musapun melemparkan lauh-lauh itu dan memegang (rambut) kepala saudaranya (Harun) sambil menariknya ke arahnya, Harun berkata: "Hai anak ibuku, sesungguhnya kaum ini telah menganggapku lemah dan hampir-hampir mereka membunuhku, sebab itu janganlah kamu menjadikan musuh-musuh gembira melihatku, dan janganlah kamu masukkan aku ke dalam golongan orang-orang yang zalim" [258].
 
Muhammad (SAW) menyeru selama tiga belas tahun di Mekah kebanyakannya adalah dalam pembaikan Akidah dan Tauhid dan bukan mengenai pembaikan Syariah melainkan selepas tiga belas tahun berdakwah. Imam Mahdi (as) semestinya tidak keluar dari Sunnah Rasulullah dan Sunnah Anbiya dan Mursalin, bahkan ia adalah Sunnah Allah sebelum dan selepasnya dan kita tidak akan dapati Sunnah Allah itu berubah.
 
Dan ambillah perhatian, wahai saudaraku yang mulia dan renungkanlah dengan tepat bahawa Syariah dalam setiap agama mengikut kadar Tauhid dalam agama itu. Syariat Islam lebih lengkap daripada Syariat sebelumnya; Kerana Tauhid di dalam Al-Quran dan di antara Rasulullah dan Imam-imam sebelumnya (alaihim al-shalatu wa al-salam) lebih lengkap daripada Tauhid yang telah dibawa oleh para Anbiya dan Mursalin sebelumnya. Jika kita tahu, wahai saudaraku yang mulia dari Ahl al-Bayt (as), bahawa semua yang dibawa oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul mengenai Tauhid adalah dua bahagian, dan tidak disebarkan di kalangan manusia melainkan dua bahagian, dan bahawa Imam Mahdi (as) akan membawa dua puluh lima bahagian [259] dari Tauhid dan Makrifat dengan Jalan Samawi dan apa yang ada di dalamnya, kebenaran (Al-Haq) yang diredhai oleh Allah, dan akan disebarkan di kalangan manusia dua puluh tujuh huruf-huruf yang merupakan Tauhid Al-Ilahi selengkapnya yang dengannya Allah mengutus Muhammad (sawas), tetapi tidak disebarkan pada masanya melainkan dua bahagian, syariat yang dibawa oleh Imam al-Mahdi (as) yang lebih luas daripada yang wujud di tangan kita sekarang; kerana syariat Islam kini hanya dua bahagian sahaja. Jadi bolehkah Imam Mahdi (as) akan menyebarkan dua puluh tujuh bahagian Syariah sebelum menyebarkan dua puluh tujuh bahagian Tauhid?
 
Sudah pasti jawabannya tidak, dan ia disebabkan oleh banyak sebab, dan sebab yang paling jelas adalah manusia tidak dapat memikul dua puluh tujuh Syariah bahagian melainkan dengan bertauhid kepada Allah dengan dua puluh tujuh bahagian yang dilaksanakan oleh Imam Mahdi (as) yang diseru dan disebarkan di kalangan manusia,
 
والحمد لله وحده
dan pujian bagi Allah semata-mata.
✡✡✡✡✡
—————————–
[258] – Al-A3raaf 7:150.
[259] – Dari-Al-Shadiq (as): (Ilmu ada dua puluh tujuh huruf, akan disatukan dengan apa yang didatangkan pada Rasul dua huruf, manusia pada hari ini tidak tahu melainkan dua huruf. Maka apabila bangkit Qaim kami akan dikeluarkan dua puluh lima huruf dan disebarkan di kalangan manusia termasuk dua huruf tersebut sehingga disebarkan dua puluh tujuh huruf) Bihar Al-Anwar: Jilid 53 halaman 3.

Soalan 86: Nasakh, Mansukh Dan Syariat Baru

Soalan 86: Apakah yang di maksudkan dengan ayat-ayat ini:
 
﴿مَا نَنْسَخْ مِنْ آيَةٍ أَوْ نُنْسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِنْهَا أَوْ مِثْلِهَا أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ﴾
 
"Ayat mana saja yang Kami nasakhkan, atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya. Tidakkah kamu mengetahui bahwa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu? [Al-Baqarah 2:106] 
 
Dan Firman Allah SWT:
 
﴿وَإِذَا بَدَّلْنَا آيَةً مَكَانَ آيَةٍ وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يُنَزِّلُ قَالُوا إِنَّمَا أَنْتَ مُفْتَرٍ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لا يَعْلَمُونَ﴾
 
Dan apabila Kami tukarkan suatu ayat di tempat ayat yang lain padahal Allah lebih mengetahui apa yang diturunkan-Nya, mereka berkata: "Sesungguhnya kamu adalah orang yang mengada-adakan saja". Bahkan kebanyakan mereka tiada mengetahui. [An-Nahl 16:101]

Jawapan: Nasakh (a) dan mansukh (b) adalah sunnah dari kebiasaan Allah (sunnatullah) SWT dalam Syariat Samawi sebelum Islam lagi, bahawa Allah pernah mengharamkan kepada orang-orang Yahudi beberapa urusan, sehingga diutus Isa a.s. supaya dia boleh menghalalkan apa yang telah diharamkan ke atas mereka, sebagaimana firman Allah SWT:
 
﴿فَبِظُلْمٍ مِنَ الَّذِينَ هَادُوا حَرَّمْنَا عَلَيْهِمْ طَيِّبَاتٍ أُحِلَّتْ لَهُمْ وَبِصَدِّهِمْ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ كَثِيراً﴾
 
"Maka disebabkan kezaliman orang-orang Yahudi, kami haramkan atas (memakan makanan) yang baik-baik (yang dahulunya) dihalalkan bagi mereka, dan karena mereka banyak menghalangi (manusia) dari jalan Allah, " [An-Nisa 4: 160.] 
 
Dan Isa as dalam Qura'n berkata:
 
﴿وَلِأُحِلَّ لَكُمْ بَعْضَ الَّذِي حُرِّمَ عَلَيْكُمْ وَجِئْتُكُمْ بِآيَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ﴾
 
"dan untuk menghalalkan bagimu sebagian yang telah diharamkan untukmu, dan aku datang kepadamu dengan membawa suatu tanda (mukjizat) daripada Tuhanmu. Karena itu bertakwalah kepada Allah dan orang-orang yang taat. " [Aali Imran 3:50]
 
Ada banyak hikmah dalam urusan nasakh dan mansukh, samalah seperti wujudnya hikmah bagi kewujudan ayat muhkam dan mutashabih, malah nasakh dan mansukh adalah dari perkara yang Mutashabih, dan tiada yang mengetahuinya melainkan para maksum, atau sesiapa yang telah diberitahu oleh para maksum. Dan Al Masukh, samada ia adalah keseluruhan fiqh atau sekadar hukum-hukum tertentu, ia adalah hukum Allah dan merupakan syariat Allah untuk satu hari tersebut, jadi wajib hukumnya untuk kita beriman dengannya, menghormati dan menyucikannya; kerana ia adalah salah satu perintah dari perintah-perintah Allah SWT.
 
 
Apa yang bakal terjadi adalah akan kembalinya urusan-urusan mansukh di zaman Al Qaim AS, kerana beliau akan memerintah dengan syariat-syariat yang lepas sehingga beliau mengakhirinya dengan Islam, dan sesetengah dari Ansar akan membantahnya, seperti yang telah diriwayatkan dari Ahadis Ahlul Bait AS, kerana beliau memerintah dengan syariat para Anbiya yang lepas dan fiqh mereka, dan fiqh-fiqh ini bertentangan dengan Islam yang diketahui sekarang. Dan salah satu sebab mengapa Al Qaim memerintah dengan syariat yang lepas adalah kerana beliau adalah perlaksana agama Allah di muka bumi ini, dan setiap nabi dan rasul adalah pembawa khabar gembira, malangnya syariat mereka tidak diberikan hak untuk dilaksanakan di alam realiti.
 
Allah SWT berfirman:
 
﴿شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّينِ مَا وَصَّى بِهِ نُوحاً وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى وَعِيسَى أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَنْ يُنِيبُ﴾
 
"Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa iaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya)." [Asy-Syura 42:13]
 
Orang yang disyari'atkan agama kepada mereka adalah: keluarga Muhammad; kerana mereka merupakan pewaris para Nabi, dan ayat ini dikhaskan kepada al-Qaim a.s,ayat ini diturunkan dan ditujukan kepada beliau.
 
Dan Allah SWT berfirman kepada Sulaiman a.s:
 
﴿هَذَا عَطَاؤُنَا فَامْنُنْ أَوْ أَمْسِكْ بِغَيْرِ حِسَابٍ﴾
 
"Inilah anugerah Kami; maka berikanlah (kepada orang lain) atau tahanlah (untuk dirimu sendiri) dengan tanpa hisab (batas)".. [Shad 38:39] 
 
Dan Al Qaim AS adalah Sulaiman untuk keluarga Muhammad alaihum salam, jadi urusan ini adalah menurut kehendak beliau, dan beliau memerintah dengan cara apa yang beliau mahukan, menurut ilmu yang telah diajarkan oleh Allah swt kepada beliau.
 
Imam Al-Baqir (a.s) bersabda: 


Al Qaim akan berhukum dengan hukum yang akan ditolak oleh beberapa orang sahabatnya yang berperang bersama beliau, dan ia adalah syariat Adam AS, jadi beliau akan membawa mereka keluar dan memancung kepala mereka, kemudian beliau akan berhukum dengan syariat kedua dan ia akan ditentang oleh orang yang lain, yang berperang bersama beliau, dan ia adalah syariat Daud AS, jadi beliau akan membawa mereka keluar dan memancung kepala mereka. Kemudian beliau akan berhukum dengan syariat ketiga, dan ia akan ditentang oleh orang yang lain, yang berperang bersama beliau, dan ia adalah syariat Ibrahim AS, jadi beliau akan membawa mereka keluar dan memancung kepala mereka. Kemudian beliau akan berhukum dengan syariat keempat, dan ia adalah syariat Muhammad SAW, dan tiada siapa yang akan membantahnya." Bihar al Anwar, JIlid 52 halaman 389.
 
Dan di antara ayat-ayat yang dimansukhkan, yang al-Qaim beramal dengannya adalah:
 
: ﴿لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَإِنْ تُبْدُوا مَا فِي أَنْفُسِكُمْ أَو تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُمْ بِهِ اللَّه﴾
 
Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu.[Al-Baqarah 2:284]
 
Dan ayat ini dimansukhkan dengan ayat-ayat yang datang selepasnya dari Surah Al-Baqarah, dan dengan ini – al-Qaim a.s. akan beramal bagi pihak ayat yang dimansukhkan ini seperti apa yang telah dinyatakan di dalam riwayat Ahlulbayt (as),
 
Dia (al-Qaim) akan membunuh lelaki yang menentang dengan pedang – dengan tangannya, maka dia akan berkata kepada mereka untuk mendudukkan lelaki itu dan memenggal lehernya, sedangkan tidak ada apa yang jelas darinya yang bertentangan dengan Syariah atau yang menyebabkan beliau layak dibunuh , namun al-Qaim a.s. akan menghukum lelaki ini menurut apa yang ada pada dirinya. Dari Al-Sadiq a.s. beliau berkata:  (Akan ada seorang lelaki yang rapat dengan Al Qaim yang beliau memberikan arahan dan larangan kepada beliau, kemudian beliau AS akan mengarahkan agar lelaki itu dipalingkan, jadi pengikutnya memalingkan lelaki itu kepada beliau AS, maka beliau akan memerintahkan agar kepalanya dipancung, maka tidak ada seorang pun ketika itu melainkan mereka rasa takut kepada beliau AS) [1]
 
Dari Al-Baqir a.s. katanya: "Sesungguhnya beliau digelar Al-Mahdi, kerana beliau menunjukkan kepada urusan yang tersembunyi, sehingga dia mengutuskan kepada seorang lelaki untuk dibunuh, sedangkan manusia tidak tahu apa dosanya." [2]
 
Dari Muawiyah Al-Dahni dari Abi Abdullah AS mengenai firman Allah SWT:
 
﴿يُعْرَفُ الْمُجْرِمُونَ بِسِيمَاهُمْ فَيُؤْخَذُ بِالنَّوَاصِي وَالْأَقْدَامِ﴾
 
"Orang-orang yang berdosa dikenal dengan tanda-tandanya, lalu dipegang ubun-ubun dan kaki mereka." [S Ar-Rahman 55:41]
 
Jadi beliau AS berkata: "Wahai Muawiyah, apa yang mereka katakan tentang tafsiran ayat ini?" lalu beliau menjawab: "Mereka mendakwa bahawa Allah Tabaraka Wa Ta’ala mengetahui orang yang berdosa dengan tanda-tanda mereka pada hari kiamat, maka Dia akan memerintahkan mereka untuk memegang ubun-ubun dan kaki mereka, dan dihumbankan ke neraka," Oleh itu Al Sadiq a.s. berkata kepadaku: "Bagaimana akan Allah Tabaraka Wa Ta’ala perlu untuk mengetahui makhluk yang diwujudkan dan diciptakanNya?" Aku berkata: Semoga diriku jadi tebusan tuan, mengapa demikian? Beliau AS menjawab: Jika al-Qaim bangkit, Allah akan memberinya tanda, dan dia akan mengarahkan orang kafir – dan memegang ubun-ubun dan kaki mereka – dan dipancung dengan pedang dengan sekali pancung." [3]
 
Dan supaya gambarannya lebih jelas, saya akan terangkan sedikit lagi pada ayat ini yang telah dimansukhkan:
 
﴿لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَإِنْ تُبْدُوا مَا فِي أَنْفُسِكُمْ أَو تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُمْ بِهِ اللَّه﴾
 
"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. " [Al-Baqarah 2:284]
 
dan ayat yang menasahknya adalah
 
: ﴿…. لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْساً إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ …﴾
 
"…Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala apa yang diusahakannya dan ia mendapat siksa apa yang dikerjakannya…" [Al-Baqarah 2:286]
 
Realitinya ia dihubungkan dengan ayat yang datang sebelumnya, dan ia bermaksud; beriman dengan Allah dan apa yang diperturunkan kepada Rasul dan malaikat serta kitab-kitab suci dan tidak membezakan antara mereka.
 
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali". [Al Baqarah 2:285]
 

Dan beriman dengan Kitab-kitab dan Nabi-nabi yang datang bersamanya, maksudnya adalah untuk menerima amalan al-Qaim AS, dan menyerahkan segala urusan kepadanya jika dia berhukum dengan hukum yang terkandung di dalamnya – walaupun ia bertentangan Hukum Islam. Kerana al-Qaim a.s. adalah ma’sum, dan tiada yang datang darinya melainkan yang benar – dan ia telah disebut di dalam riwayat bahawa dia akan datang dengan Islam yang baru.
 
Abdullah bin Ataa bahawa dia berkata: Aku bertanya Al-Baqir a.s: Jika al-Qaim a.s. bangkit apakah cara dia datang kepada manusia? Beliau berkata: "Dia akan memusnahkan yang lama seperti yang dilakukan Rasulullah SAW, dan meneruskan dengan Islam yang baru "[4]
 
Dari Al-Baqir a.s: beliau berkata: " Al-Qaim kami jika dia bangkit  – dia akan memanggil manusia kepada satu perkara baru, sama seperti apa yang diserukan Rasulullah SAW , dan Islam bermula ganjil dan akan kembali ganjil seperti mana ia bermula – maka beruntunglah bagi orang-orang yang ganjil" [5]
 
Dan begitulah kekalnya Al-Khidir, Elia, dan Isa a.s. adalah supaya mereka boleh menjadi saksi kepada manusia bahawa pelaksanaan hukum al-Qaim AS adalah apa yang telah didatangkan kepada Adam, Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa a.s. Dan akhirnya dia akan memerintah dengan hukum Islam dan apa yang datang dari Muhammad SAW dan bahawa tidak ada percanggahan sebenar antara apa yang telah datang kepada Nabi –nabi terdahulu dengan apa yang didatangkan kepada Muhammad SAW.
 
✡✡✡✡✡

-a- Nasakh adalah sesuatu yang membatalkan, menghapuskan atau memindahkan.
-b- Mansukh adalah yang dibatalkan, dihapus, dipindahkan
[1] Gaibat Al-Nu3mani: halaman halaman Bihar Al-Anwar: Jilid 52 halaman 355
[2] Bihar Al Anwar Jilid.52 hal. 390
[3] Bihar Al-Anwar: Jilid 52 halaman 321
[4] Gaibat Al-Nu3mani: halaman 238 Bihar Al-Anwar: Jilid 52 halaman 354
[5] Gaibat Al-Nu3mani: halaman 336 Bihar Al-Anwar: Jilid 52 halaman 366

Soalan 35 dan 36: Makna zikir ruku’ dan perbezaan dengan zikir sujud

Soalan 35: Apakah makna "Maha Suci Allah Yang Maha Agung" (سبحان ربي العظيم وبحمده)?
 
Jawapan:
 
Tasbih bermakna penyucian (tanzih) daripada segala kekurangan, dan al-Hamd (الحمد) ialah: sanjungan (الثاء), pujian (المدح) dengan kesempurnaan. Adapun hakikatnya bahawa tasbih itu tidaklah dilafazkan daripada hamba melainkan dengan penyanjungan pada Tuhan, dan zikir ini ialah tasbih dengan sanjungan pada Allah subhanahu wa ta'ala. Zikir ini menjadi keterangan bahawa tasbih tidak akan berlaku melainkan dengan (perbuatan) sanjungan. Oleh yang demikian, maka semua doa merupakan pujian (مدح), sanjungan (ثناء), dan puji-pujian (حمد), dan penghulu bagi sekalian orang-orang yang bertasbih ialah Pemuji yang bernama Muhammad (SAW).
 
Soalan 36: Apakah perbezaan di antara zikir rukuk: (سبحان ربي العظيم وبحمده) Maha suci Tuhanku Yang Maha Agung dan pujian baginya dan (سبحان ربي الأعلى وبحمده) Maha suci Tuhanku Yang lagi Maha Tinggi dan pujian baginya?
 
Jawapan: Rukuk adalah keadaan penyerahan dan kerendahan dari seorang hamba kepada Allah SWT pada martabat Zat (Allah), dan zikir yang sesuai  bagi penyerahan ini di darjat ini adalah : Memuji Pembimbing yang Maha Agung atau Maha Tinggi.
 
Adapun Sujud adalah:  keadaan penyerahan dan kerendahan dari seorang hamba kepada Allah SWT pada martabat “Hakikat” atau “Al-Kunhu” (الكنه أو الحقيقة) dan zikir yang sesuai bagi penyerahan diri di darjat ini adalah: Memuji Pembimbing (al-Murabi) yang Maha Teragung atau Maha Tertinggi. Maka martabat Hamba dalam mengenal TuhanNya di dalam sujud adalah lebih besar dari martabat dalam mengenal TuhanNya pada masa rukuk.

Soalan 32, 33, 34: Zikir bilangan ganjil, tujuan dan makna takbiratul Ihram

Soalan 32: Kenapa Allah menjadikan zikir dengan bilangan ganjil?
 
Jawapan: Allah adalah ganjil yang suka ketunggalan, dan keistimewaan atau bilangan ganjil dirujukkan kepada-Nya swt, dan genap  merujuk kepada berduaan dan pasangan. Dan atas sebab ini Zikir dalam solat adalah ganjil iaitu sekali, tiga kali, lima kali atau tujuh kali.
 
Soalan 33: Apakah tujuan untuk mengucapkan Allahu Akbar di awal solat?
 
 
Jawapan: Dalam solat, anda mahu mikraj kepada Allah dan untuk menghadap-Nya swt. Oleh itu solat adalah laluan mikraj mukmin. Dan mikraj tidak berlaku kecuali dengan naik melalui tujuh langit, dan kunci bagi setiap langit dan mikraj kepadanya dan daripadanya kepada yang berikutnya ialah Allahu Akbar, bermakna bahawa aku, hamba yang lemah dan tidak sempurna, terus kepada Tuhan Yang Maha Kaya dan Sempurna, dan aku mahu untuk mempertingkat dan mencapai-Nya swt, untuk menghadapi-Nya dan memuji-Nya dengan mengagung dan memuji-Nya swt, dengan rahmat dan nikmatNya ke atasku.
 
Soalan 34: Apakah makna Takbirat Al-Ihram * ketika solat , dan apakah kepentingan daripada takbir Ali bin Abi Talib as?
 

 
Jawapan: Takbirat untuk ihram dalam solat sebenarnya tujuh dan bukan satu, walaupun dengan satu ihram adalah dibenarkan, jika apa yang diniatkan adalah untuk tujuh Takbirat yang merujuk kepada tujuh langit.
 
Dan setiap takbir berkait dengan satu langit, maka Takbirah pertama "Allahu Akbar" bermaksud bahawa Allah adalah lebih besar daripada langit duniawi dan langit pertama termasuk segala yang ada di dalamnya samada yang baik, yang buruk dan butir-butirnya, tanpa mengira besarnya.
 
Jadi, jika anda tahu bahawa bumi dalam semua muatan nya adalah umpama sebutir pasir di padang pasir jika dibandingkan dengan galaksi, dan galaksi juga adalah seperti sebutir pasir berbanding dengan alam semesta fizikal, dan langit dunia adalah seperti sebutir pasir di padang pasir berbanding dengan langit kedua dan seterusnya sehingga semuanya menjadi kecil di mata anda kecuali Allah, dan Allah swt menjadi lebih besar dalam jiwa anda, supaya anda sedar bahawa Dia tidak dapat dijelaskan.
 
Dan takbirnya Ali AS adalah mengikut pengetahuan beliau mengenai Allah swt, dan beliau adalah makhluk Allah yang paling mengenali Allah selepas Mohammad SAW. Dan semakin kita mengenali Allah, semakin besar kepentingan mengingati Allah. Jadi Ali AS tahu siapa yang Dia muliakan, dan jika para makhluk cuba menanggung yang beliau ketahui, maka mereka tidak akan mampu menanggungnya..
 
Dan beliau AS bersabda, "Aku mempunyai pengetahuan dalam diri aku yang jika aku memberitahu kamu, kamu akan berayun seperti ayunan tali dalam telaga jauh." #
 
Dan ayunan bermakna gerakan bergetar, dan tali itu adalah tali di mana baldi yang membawa air keluar tergantung dan telaga jauh ertinya telaga yang dalam. Jadi jika baldi dihumban ke dalam telaga itu, tali yang digunakan akan berayun seperti ular yang bergerak.

Soalan 31 : Apakah sebabnya orang mati dikafankan, dan apakah manfaat daripadanya?

 
Soalan 31 : Apakah sebabnya orang mati dikafankan, dan apakah manfaat daripadanya?
 

 
Jawapan : Sesungguhnya tubuh si mati perlu dihormati , mengenangkan perhubungan roh dengan jasad sebelum kematiannya. Oleh itu bahagian aurat dan badannya mesti dilindungi di hadapan orang ramai dan pada masa pengkebumiannya, sama seperti si mati mengambil berat akan bahagian aurat dan badannya dengan menutupinya di masa kehidupan di dunia ini pada masa lalu. Selain itu, kain kafan adalah pakaian yang akan dipakai si mati semasa beliau dibangkitkan, Insya Allah, sebaiknya disediakan dari jenis kain yang terbaik, sebagai rayuan yang jiwanya telah dipakaikan jenis terbaik daripada pakaian takwa pada masa kematiannya, dan ia adalah satu rayuan bahawa Allah akan melimpahkan dan memakaikan beliau dengan pakaian takwa setelah Mukmin telah menutupinya dengan kain kafan. Dan perkara ini telah diriwayatkan dari mereka AS dalam cerita Seorang Pemuda Bersama Daud dan Malaikat Maut, di mana Allah melimpahkan belas kasihan kepada seorang muda itu * dan beliau telah dipanjangkan usianya kerana belas kasihan Daud AS pada anak muda itu.

Soalan 30: Mengapa orang yang telah mati dihadapkan ke arah kiblat

 

 
 
 
Soalan 30: Mengapa orang yang telah mati dihadapkan ke arah kiblat dengan dia dibaringkan mengiring di sebelah kanannya, manakala orang yang nazak dihadapkan ke arah kiblat dengan dibaringkan di belakangnya dan tapak kakinya ke arah kiblat ?
 

 
Jawapan: Orang yang akan mati (nazak) adalah manusia yang masih hidup, yang bererti bahawa rohnya masih terikat kepada tubuhnya, dan kedudukan sambungan rohnya kepada badan adalah di dada. Jadi orang yang akan mati dihadapkan ke arah kiblat dengan dia berbaring di belakangnya agar rohnya ditumpukan ke arah yang lebih Tinggi, dan agar wajah rohnya dan wajah tubuh menghadap dan menerima kiblat . Dengan ini, dia menerima Allah swt dan para malaikat.
 
Bagi badan orang mati, ia adalah sebuah tubuh yang rohnya telah dipisahkan, jadi dia diarahkan ke arah Kiblat oleh muka jasmaninya. Dan cara terbaik untuk mengarahkan wajahnya ke arah kiblat adalah dengan ia dibaringkan mengiring di sebelah kanannya menghadap dan menerima kiblat .

Soalan 29: Jika Bumi Itu Tiada Seorang Ma’sum

 

 
Soalan 29: Kenapa jika bumi itu tiada seorang ma'sum atau Hujjah Allah ke atas penduduk bumi, maka bumi akan musnah bersama-sama dengan penduduknya seperti yang diriwayatkan dari para Imam (as)?
 

 
 
Jawapan: Terdapat beberapa riwayat yang menyampaikan maksud ini, dan daripada mereka: Abu Hamzah berkata, "Aku berkata kepada Abu Abdullah AS, 'Adakah Bumi pernah kekal tanpa Imam?' Beliau AS berkata, 'Jika Bumi dibiarkan tanpa seorang Imam ia akan musnah. '".
 
Abu Jafar as berkata, "Jika Imam telah diangkat dari bumi selama satu jam ia akan bergelora dengan penduduknya seperti lautan bergelora dengan penghuninya."
 
Dan ini adalah kerana Hujjah as adalah lokasi limpahan yang sampai ke bumi. Oleh itu kerana kewujudannya di semua langit dan pada kedudukan yang suci dan tinggi, maka contoh beliau di dunia ini ialah seperti pusat bayi, dan ia adalah lokasi pembekal khasiat makanan daripada ibu kepada bayi, jadi contoh para hujjah AS ialah tali pusat yang turun dari langit ke bumi, menghantar limpahan ilahi kepada bumi, "Melalui mereka anda hidup berterusan, dan melalui mereka anda dilimpahi."
 
 
Oleh kerana itu mereka adalah tali Allah yang kukuh dan tiang cahaya yang turun dari langit ke bumi, dan jika bukan karena mereka bumi akan musnah bersama dengan penduduknya, yang bererti bahwa Cahaya Ilahi tidak akan mencapai bumi, dan bumi akan merana dan dan manusia akan kembali menjadi tiada, karena itu tidak mungkin dapat digambarkan kebesaran Hujjah AS atas semua ciptaan.

Soalan 28: Berdasarkan kata-kata Sayed Khomeini – Hijab, Zulumat dan Nur

Soalan 28: Berdasarkan kata-kata Sayed Khomeini (semoga Allah merahmatinya) dalam bukunya Al-Adab Al-Ma'nawiyya, Imam Ahmad al-Hassan AS telah ditanya dengan soalan-soalan berikut:
 
1) Adakah hijab yang gelap (zulumat) ini bercampur dengan hijab cahaya (nur)?
2) Apakah yang dimaksudkan dengan hijab yang gelap dan hijab cahaya?
3) Bagaimana lapisan hijab yang gelap dan hijab cahaya ditarik balik ?
4) Adakah hijab ini tidak pernah diangkat seperti yang dikatakan Sayed Khomeini (semoga Allah memberi rahmat kepadanya)? Apakah yang akan berlaku jika ianya telah ditarik balik ?
 
Hijab kegelapan adalah tentera kejahilan, yang telah disebut oleh Imam Al-Sadiq AS(Pent: Lanjut mengenai tentera kejahilan  disebut dalam Lampiran 6 dalam kitab “Perjalanan Nabi Musa as Ke Pertemuan Dua Laut”) dan adab yang tercela dan "Aku" yang diimplan dalam sifat manusia. Jadi semakin meningkat "Aku" bagi seorang manusia, semakin meningkatlah hijab ini. Dan semakin berkurangnya "Aku" bagi seorang manusia, semakin berkuranglah hijab ini.
 
Jadi hijab ini berasal dari kegelapan, ketiadaan, dan kebendaan. Dan ia tidak lain selain dari cara-cara untuk menguasai setiap yang baik.
 
Bagi hijab cahaya, ia adalah kalimah Allah swt dan limpahan yang turun dari Allah kepada makhluk-Nya, dan ia mempunyai keadaan pada setiap darjat kedudukan dan bagi setiap orang yang berjuang di jalan Allah swt. Jadi bagi makhluk yang terbaik, Muhammad saw, hijab cahayanya adalah Al-Quran, atau hijab berayun, seperti dalam riwayat dari Al -Sadiq as, di mana beliau berkata,
 
"..Jibril meminta kepada baginda untuk berhenti di suatu tempat sambil berkata, "Tunggu di sana wahai Muhammad (bermaksud ini adalah pangkat kamu, Jibril tidak dapat mencapai kedudukan nabi, maka dia berkata kepada baginda untuk meninggikan kedudukan baginda saw), kamu telah berdiri di tempat di mana tiada malaikat atau nabi yang pernah berdiri sebelum kamu. Adalah Tuhan kamu berdoa. "
 
Baginda bertanya, "Ya Jibril, bagaimana Dia berdoa?"
 
[Jibril] berkata, "Dia berkata, Kegemilangan, Kesucian, Aku Tuhan para malaikat dan Roh. Rahmat Ku melebihi kemarahan Ku."
Baginda [Nabi saw] kemudian berkata, "Ya Tuhan, aku mohon keampunan-Mu, aku memohon keampunan-Mu."
 
"Sehingga menjadilah jarak sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi.)"
– Surah An-Najm (The Star ) 53.
 
Abu Basir kemudian bertanya, "Semoga jiwaku menjadi tebusan kamu, apakah  panjang dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi) itu ?"
 
Jadi beliau AS berkata, "Ia adalah jarak antara lengkungan dan kepala busur." Beliau AS kemudian berkata, "Dan di antara mereka ada tabir yang bersinar dan berayun(1)..," sehingga dia AS berkata, "Ia adalah zamrud. Dia melihat ke dalam apa yang Allah kehendaki dari cahaya Kebesaran sehalus mata jarum."(2)
 
Hijab zamrud hijau yang berayun ini adalah petunjuk hijab yang gelap dan hijab cahaya, dan terangkatnya hijab kegelapan dengan pembukaan yang seperti mata jarum, dan terangkatnya hijab cahaya oleh ayunan yang berlaku pada hijab. Oleh itu, hijab yang gelap adalah kecacatan yang ditinggalkan oleh tentera kejahilan dan "Aku", dan hijab cahaya yang menyelubungi manusia akan menghapuskannya apabila dia memperoleh tentera akal dan akhlak yang diredhai. Beginilah bagaimana manusia itu dalam perjalanan menuju kesempurnaan, dia berusaha untuk mencapai dan mengangkat "Aku" dari halaman kewujudan dan untuk memperoleh semua tentera akal, dan ini adalah pembukaan yang jelas.
 
(Sesungguhnya Kamilah Yang membuka untuk kamu dengan pembukaan yang jelas). – Surah Al-Fath (Kemenangan ini ) 48.
 
Dan ini adalah darjah pujian yang telah dicapai Muhammad SAW yang baik hati, dan dalam kedudukan ini, Allah SWT menampakkan diri kepada Muhammad SAW pada detik-detik tersebut,
 
"Antaranya ada satu halangan yang bercahaya dan berayun…,"
 
_________________________________
1. Bergerak dan ayunan ke belakang dan sebagainya
2. Tafsiran Al- Safi, Surah An- Najm.
 
 
 
Bererti pada masa hijab diangkat dan pulang semula pada masa yang lain, dan pada masa ia diangkat ini, Muhammad SAW tidak kekal, sebaliknya dia hilang dan terbakar di hadapan wajah Allah, Muhammad SAW, tidak kekal, sebaliknya yang kekal hanya Allah Yang Esa, lagi Maha Berkuasa.
 
Dan riwayat di atas dari mereka (Aimmah) AS tidak semua menafikan pembukaan hijab kegelapan dan cahaya, ia bukan penafian pembukaan kekal yang lengkap. Bagi detik-detik pada pembukaan yang lengkap, ianya telah berlaku pada Muhammad SAW dan baginda saw berayun dengan ayunan hijab. Dan seluruh alam semesta berayun dengan Muhammad SAW. Dan jika kamu membaca Al-Quran, kamu akan berayun dengan ayunan itu, ke depan dan ke belakang, dengan niat kamu untuk tidak berbuat demikian, sebaliknya seolah-olah  anda dipaksa untuk berbuat demikian.
 
1) Adakah hijab yang gelap ini bercampur dengan hijab cahaya?
2) Apakah yang dimaksudkan dengan hijab yang gelap dan hijab cahaya?
 
Jawapan kepada soalan 1 dan 2: cahaya atau hijab cahaya dari Allah swt, dan hijab yang gelap adalah dari bahan atau ketiadaan. Dan makhluk diwujudkan dengan percampuran sinar cahaya ke dalam kegelapan, atau disebut manifestasi cahaya dalam kegelapan. Dan pencampuran yang berlaku antara cahaya dan kegelapan tidak seperti pencampuran keseragaman, sebaliknya ia adalah satu manifestasi pencampuran dan penampilan, seperti yang dikatakan oleh Amirul Mukminin AS,
 
"..Dalam perkara-perkara yang tidak mempunyai keseragaman (jenis) dan yang selain daripadanya tidak boleh disingkirkan.."
 
3) Bagaimana lapisan hijab yang gelap dan hijab cahaya ditarik balik?
 
Jawapan kepada Soalan 3: hijab yang gelap dan cahaya diangkat oleh Allah menuju ke arahNya swt dan mendapatkan kepuasan-Nya. Dan hijab yang gelap khususnya diangkat dengan meninggalkan tentera kejahilan dan akhlak yang tercela, dan dengan beralih dari "Aku" dan meninggalkannya. Dan hijab cahaya diangkat oleh pengetahuan, mengamalkan pengetahuan, memperoleh tentera akal dan akhlak yang terpuji, dan memanjat tangga kenaikan kepada kedudukan darjat suci dalam [tahap] penghuni langit ketujuh.
 
4) Adakah hijab ini tidak pernah diangkat seperti yang dikatakan Sayed Khomeini (semoga Allah memberi rahmat kepadanya)? Apakah yang akan berlaku jika ianya telah ditarik balik ?
 
Jawapan kepada Soalan 4: Ia telah dijelaskan dari apa yang telah dinyatakan sebelum ini bahawa ianya telah ditarik balik sepenuhnya untuk Muhammad SAW tetapi tidak kekal, sebaliknya untuk sementara. Dan seperti yang telah dijelaskan, bahawa sebab ianya tidak diangkat selama-lamanya kerana jika demikian, hamba itu tidak akan ada identiti yang tinggal, agak tidak kekal melainkan Allah Yang Maha Esa, Maha Berkuasa selepas terbakar dan sirnanya hamba ke dalam Diri Nya. Dan hijab ini tidak benar-benar diangkat untuk selain daripada Muhammad saw dan dia adalah seorang yang berpangkat terpuji. Dan Penghulu orang-orang yang Berilmu, Ali AS berkata,
 
"..Jika hijab dibuka untukku, keyakinanku tidak akan meningkat".."
 
Inilah hijab dan penutup yang telah diangkat untuk Muhammad saw, sedangkan Ali as mempunyai hijab diangkat untuk beliau di tahap lebih rendah daripada kedudukan baginda saw seperti yang telah disebutkan dalam riwayat di atas, dan beliau AS akan berjalan di tanah perkuburan kota Kufah dan bercakap dengan orang mati, seperti yang Haba Al-Arni telah sampaikan. (Pent: Rujuk soalan 10 sebelum ini)
 
✡✡✡✡✡