Layani Manusia Berdasarkan Luarannya

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi amat Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah.
 
Hani Shaker AlYamani menulis:
 
Kepada Imam yang dimuliakan Imam Ahmad Al-Hassan,
Tuan,
 
Tuan, adalah Imam kami dan kami adalah pengikut tuan, dan adalah tanggungjawab tuan untuk campur tangan dalam beberapa perkara penting, kerana terdapat bencana dan malapetaka yang telah melanda dalam seruan (dakwah) ini. Ini adalah kali terakhir saya menulis di halaman ini, kerana saya telah menulis banyak kali sebelum ini dan tidak pernah menerima jawapan. Mungkin tidak ada yang menyampaikan perkataan ini kepada tuan sebelum ini, kerana mereka tidak mempunyai keberanian atau mereka cuba menyembunyikan banyak perkara daripada tuan.
 
Tuan, adakah tuan dapat menerima bahawa beberapa orang yang mengatakan mereka bertugas sebagai (Mas’ul) meletakkan pengintip di dalam Husseiniyah (masjid-masjid) dan pejabat-pejabat? Adakah kita sebuah organisasi kepartian atau sebuah parti politik? Ini adalah seruan (dakwah) Allah dan seruan Qaim Aali Muhammad yang dijanjikan, yang telah dinantikan para nabi dan aushiak selama beribu-ribu tahun. Bagaimana ia berlaku dalam urusan ini dalam dakwah Aali Muhammad?
 
Tuan, saya memberitahu tuan dengan sejujurnya. Tuan, terdapat bahaya yang besar dalam dakwah kerana tingkah laku melulu ini. Tuan, tolonglah campur tangan dalam sikap tidak bertanggungjawab ini dan peliharalah kami dari api neraka yang akan membakar kami di dunia ini sebelum di akhirat. Saya tidak percaya tuan redha dengan masalah ini atau membiarkan kami membenci antara satu sama lain dan menjadi musuh bagi sebahagian kepada sebahagian yang lain. Tuan, saya akan berada dalam berkabung demi agama Allah dan saya akan mengenakan baju hitam sehingga saya menerima maklum balas daripada tuan.
 
والسلام عليك ورحمة الله بركاته
Salam ke atas kamu serta rahmat Allah dan keberkatan-Nya.
 

 
Jawapan:
 
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah la amat Pengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah.
Salam ke atas kamu serta rahmat Allah dan keberkatan-Nya.
 
Dakwah (seruah) adalah seruan Allah SWT, dan kita dikumpulkan oleh jalan ini yang membawa kepada Allah SWT, dan tiada seorang pun yang mempunyai kelebihan mengatasi orang lain kecuali dalam Taqwa. Jika salah seorang dari saudara suatu hari melihat Ahmad Al-Hasan tidak adil atau berkelakuan tidak betul, maka berdirilah di hadapan saya dan katakanlah apa yang saudara mahu. Tidak ada kebaikan pada Ahmad Al-Hasan jika dia tidak mendengar(permasalahan) orang yang beriman. Di Najaf, saya pernah duduk dengan pintu saya terbuka kepada orang yang beriman dan orang yang menentang. Ramai pihak lawan yang datang untuk berdebat dan berbual dan banyak perkara yang lain. Namun, pintu saya tetap terbuka kepada mereka dan saya melayan mereka sebagai tetamu yang mulia dan mendengar dan menjawab soalan mereka. Oleh itu, janganlah ada di antara saudara berfikir bahawa itu mengganggu saya untuk mendengar aduan atau kritikan, atau apa-apa perkataan daripada mana-mana manusia, sama ada yang beriman atau tidak.
 
Bagi aduan yang telah saudara bentangkan dalam surat saudara yang mulia, ia sudah pasti tidak boleh diterima bagi seseorang untuk mengintip orang lain dalam dakwah Ilahiyah, semua orang adalah sama, dan jika salah seorang daripada wakil pejabat membuat kesilapan, dia dipertanggungjawabkan. Tiada siapa yang telah ditugaskan untuk menyiasat apa yang ada pada seseorang; sebaliknya, kita diperintahkan untuk melayani mereka dengan apa yang mereka tunjukkan(secara luaran) dan apa yang mereka dakwa atas diri mereka sendiri. Jadi saya harap saudara berhubung dengan Pejabat di Najaf al-Asyraf, dan saya berharap bahawa pihak pengurusan Pejabat di Najaf al-Asyraf membuka penyiasatan mengenai perkara tersebut dan seterusnya hasil siasatan itu dihantar kepada saya. Semoga Allah memberi ganjaran kepada saudara semua dengan baik, dan saya memohon kepada Allah untuk membantu dan membimbing saudara semua.
 
Adapun berkenaan dengan saudara yang telah menulis di halaman dan saya tidak menjawabnya, saya memohon maaf kepada saudara dan kepada semua orang-orang yang menulis tetapi tidak mendapat jawapan; namun orang-orang yang mulia menerima permohonan maaf. Walau bagaimanapun, saya berharap saudara semua faham bahawa saya juga mempunyai kerja yang perlu dilakukan, seperti saudara juga mempunyai pekerjaan yang harus dilakukan. Sebab itulah saya melihat halaman saya di Facebook hampir setiap hari, tetapi untuk tempoh yang agak singkat yang tidak membenarkan saya untuk membaca semua komen-komen dihantar.
 
احمد الحسن
Ahmad Al-Hasan
 
 
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *