Di Pihak Manakah Anda? Majoriti Atau Minoriti?

Different Person

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Pengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Solawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi.

 

Sesugguhnya Allah maha berbelas kasihan terhadap ciptaannya, maka Dia telah memberikan berbagai cari bagi ciptaannya mengenali jalan kebenaran serta ahlinya, dan kami, melalui berbagai artikel kami sebelum ini, telah membuka berbagai jalan untuk para pembaca mengenali kebenaran. Ada melalui dalil naqli, ada pula melalui akal logik analogi dan sebagainya.

 

Semestinya kajian dalil-dalil utama adalah cara paling efektif dalam pencarian jalan kebenaran. Namun hari ini kami mahu membuktikan kebenaran dengan sedikit cara yang berbeza, dengan membawa para pembaca sekalian berfikir sejenak.

 

Tuan-tuan para pembaca sekalian, naluri semula jadi manusia yang terhasil dari proses evolusi ribuan tahun adalah mereka mahu berada di dalam kelompok majoriti, satu kelompok yang mempunyai banyak persamaan dengan mereka, yang membuatkan seseorang itu berasa selesa, selamat dan diterima dalam masyarakat. Secara semula jadi, naluri kita akan cuba mengelakkan diri kita dari berada dalam arus yang bertentangan dengan majoriti, untuk tunduk kepada “peer-pressure”, satu jalan yang sulit, yang tidak memberi sebarang manfaat kepada keberterusan hidup manusia.

 

Dalam pencarian kebenaran, naluri ini telah menjadi satu halangan besar kepada seorang insan dan musuh utama yang memberi kesan “false sense of security” kepada kita. Sering kali kita terfikir dan menenangkan hati kita dengan berkata “kebenaran itu adalah bersama majoriti.” atau “sesuatu itu adalah benar kerana ramai orang mempercayainya”.

 

Bagi membawa kita keluar dari kaedah pemikiran ini, maka insyaAllah, mari kita telusuri firman-firman Allah Azza wa Jalla serta mutiara kata manusia lantikan Allah alaihum salam dalam hal ini, semoga kita dapat berfikir dengan kaedah yang benar dan terselamat, dengan izin Allah jua. Dan kemudian tanya diri anda, adakah anda di kelompok majoriti atau minoriti?!

 

Bukti dari Al Quran: Kebanyakan Manusia Itu Engkar Pada Allah

 

Al Quran menjadi saksi bahawa kebanyakan manusia, majoriti mereka engkar pada Allah SWT.

 

# Majoriti manusia bencikan kebenaran: "Demi sesungguhnya! Kami telah menyampaikan kebenaran kepada kamu (melalui Rasul Kami), akan tetapi kebanyakan kamu (telah menentangnya, kerana kamu) tidak suka kepada kebenaran itu" (Az Zukhruf: 78)

 

# Akan sesat jika ikut majoriti manusia: “Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang-orang yang berada di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. “ (Al An’am: 116)

 

# Kebanyakan mereka adalah orang fasik: Dan Kami tidak mendapati bagi kebanyakan mereka sebarang janji (yang ditepati), dan Kami tidak mendapati kebanyakan mereka melainkan orang-orang yang fasik. (Al A’raf:102)

 

# Majoriti manusia lalai dari petunjuk: Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92)

 

# Majoriti manusia tidak beriman: Patutkah (mereka ingkar kepada ayat-ayat Allah), dan setiap kali mereka mengikat janji, segolongan mereka melemparkannya? Bahkan sebagian besar dari mereka tidak beriman.” (Al Baqarah: 100)

# (Aali Imran: 110) : “..kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik”

 

# (Al Maidah: 59) : “..dan kerana kebanyakan kamu sesungguhnya adalah orang orang yang fasik".

 

# (5:81) : “..akan tetapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang fasik.

 

# (5:103) : “..dan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal fikirannya”

 

# (6:37) : “..kebanyakan mereka tidak mengetahui..”

 

# (6: 111) : “..tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui..”

 

# (7:17): “..dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".

 

# (10: 136): “..Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja..”

 

Dan banyak lagi jika mahu dikongsi di sini, namun ia memadai bagi mereka yang berfikir, bahawa melalui firman Allah SWT, majoriti manusia adalah yang engkar dan tidak berada di jalan Allah SWT.

 

Walaupun sudah memadai, namun tidak lah salah jika kita telusuri kata-kata Nabi SAW dan para Imam dari Ahlulbait AS akan betapa sedikitnya jumlah orang yang beriman dan bahawa mereka adalah di kalangan minoriti.

 

Hadis 1: Orang Beriman Itu Dagang

 

Rasulullah SAW: “Islam itu telah bermula dengan asing dan akan kembali asing sebagaimana ia bermula, maka kebaikanlah buat orang-orang yang asing (ghuraba’).” Nailul Authar, jilid 9, ms 229. 'Uyun Akhbar Ar Ridha (a.s), jilid 1, ms 218.

 

Fikirkan wahai ASWJ, adakah anda terdiri dari kumpulan dagang? Adakah mazhab anda ditindas, dikutuk dan ditentang setiap hari?

 

Hadis 2: Mukmin Itu Sedikit



 

عدة من أصحابنا، عن سهل بن زياد، عن ابن ابى نجران، عن مثنى الحناط، عن كمال التمار قال:

سمعت ابا جعفر ع يقول: الناس كلهم بهائم ثلاثا الا قليل من المؤمنين، والمؤمن غريب ثلاثا مرات

 

Dari beberapa sahabat kami dari Sahl ibn Ziyad dari Ibn Abu Najaran dari Muthanna al-Hannat dari Kamil al-Tammar yang berkata: “Aku mendengar Abu Ja’far, bersabda tiga kali, ‘Manusia adalah binatang(3x), kecuali sedikit dari mereka yang beriman. Mukmin itu adalah sedikit(3x).”AL KAFI – H 2309, CH 96, h 2





 

Hadis 3: Setelah Ditapis, Sedikit Sahaja Yang Tinggal

 

Abu Jafar (AS) bersabda: "Wahai kalian, Syiah keluarga Muhammad, kalian akan ditapis seperti celak di dalam mata. Malah seseorang itu tahu apabila celak masuk ke dalam matanya, namun tidak akan tahu bila ia keluar(dari matanya). Begitu jugalah seseorang itu akan bangun di waktu pagi mematuhi syariah kami namun tidur dalam keadaan keluar dari padanya." (Al-Ghaybah  oleh An-Nu'mani, halaman 207)

 

Abu Abdullah (AS) bersabda: "Demi Allah, kalian akan dipecahkan ke serpihan-serpihan ibarat kaca yang pecah, walaupun kaca yang pecah boleh dipulihkan ke keadaan asalnya. Oleh itu, demi Allah, kalian akan dipecahkan seperti barangan tanah liat, yang mana bila dipecahkan, tidak dapat dipulihkan. Demi Allah, kalian akan ditapis, dan dibezakan antara satu sama lain, dan diteliti sehingga hanya sedikit sahaja dari kalian yang tinggal. ] (Al-Ghaybah An-Nu'mani, hal. 207)



Hadis ini kami tujukan kepada para pendakwa sebagai Shiah Ahlulbait AS yang bertaqlid dan beriman dengan para berhala pemakai serban. Adakah anda di golongan minoriti dari kalangan Shiah, atau tidak?
 

Hadis 4: Pesan Kepada Ibnu Mas’ud, merangkumi semua tajuk ini

 

Rasul Allah SAW bersabda: (Islam itu telah bermula dengan asing dan akan kembali asing sepertimana ia bermula, maka kebaikanlah buat orang-orang yang asing (ghuraba). Mereka yang menyaksikan zaman itu (masa kemunculan Imam Mahdi a.s) adalah dari keturunan-keturunan kamu, jangan diberi salam ke atas mereka dalam perkumpulan mereka, jangan diiringi jenazah-jenazah mereka, dan jangan dikunjungi pesakit-pesakit mereka. Mereka mengamalkan sunnah kamu dan menzahirkan seruan kamu, tetapi bertentangan dengan perbuatan kamu. Mereka akan mati atas agama yang berbeza daripada kamu. Mereka bukanlah dari kalanganku dan aku bukanlah dari kalangan mereka …

 

Kemudian beliau (Nabi SAW) bersabda: Wahai Ibnu Masud, akan datang satu zaman apabila orang yang bersabar (berpegang) kepada agama adalah seperti menggenggam bara api dalam tapak tangannya. Sekiranya ada seekor serigala di zaman itu, maka dia tidak akan terlepas dari dimakan oleh sekumpulan serigala. Wahai Ibn Masud, ulama dan fuqaha mereka adalah pengkhianat yang keji, bahkan, mereka adalah sejahat-jahat ciptaan Allah dan begitu juga pengikut mereka. Barangsiapa yang berurusan dengan mereka, mencintai mereka, duduk dengan mereka dan bermusyawarah dengan mereka adalah sejahat-jahat ciptaan Allah. Mereka akan dimasukkan ke dalam api neraka dalam keadaan bisu, pekak dan buta serta tidak akan kembali. Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat dalam keadaan wajah mereka buta, pekak dan bisu serta ditempatkan mereka di dalam neraka jahanam. Setiap kali api mula padam, kami akan tambahkannya bernyala-nyala dan setiap kali kulit mereka masak, kami akan gantikan mereka dengan kulit yang lain supaya mereka merasai kepedihan azab siksaan. Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu menggelegak, hampir-hampir [neraka] terpecah-pecah lantaran marah. Setiap kali mereka ingin keluar daripadanya akibat terlalu panas, maka mereka akan dilemparkan kembali di dalamnya dan dikatakan kepada mereka rasailah azab siksa yang membakar. Mereka merintih di dalam api neraka dan mereka yang berada di dalamnya tidak dapat mendengar.

Wahai Ibn Masud, mereka mendakwa bahawa mereka mengikut agamaku, sunnahku, manhajku dan syariatku. Namun, sesungguhnya mereka berlepas diri daripadaku dan aku berlepas diri daripada mereka.

Wahai Ibn Masud, janganlah kamu duduk bersama mereka di tempat awam, janganlah kamu berjualbeli dengan mereka di pasar, janganlah kamu menunjukkan jalan kepada mereka dan menawarkan mereka air minuman. Allah Taala berfirman:

 

ٍَِ َما َُيُشِيُذٱۡى َحيَٰىجَٱىُّذّۡيَا َوصِيََْرہَا ُّ َى ِّفإَِىۡيہٌِۡ َأۡع َٰـَيهٌُۡفِيہَا َوهٌُۡفِيہَا َلَيُۡث َخ ُغى َُ

“Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan.”  Surah Hud: 15

 

Allah Taala juga berfirman:

 

ََََََََََُُُُّّۡۡۡۡۡۡۡۡۡ ٍَِ ما َُ يُشِيذ َحشز ٱلۡ ِخ َشجِ ّضِد ىهُۥ فًِ َحششِهۦِۖ َو ٍَِ ما َُ يُشِيذ َحشز ٱىذّيَا ّؤذِهۦِ ٍِْہَا َو ٍَا ىهُۥ فًِ ٱلۡ ِخ َشجِ ٍِِ ّ ِصية

“Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.” Surah ash-Shura: 20

 

Wahai Ibn Masud, alangkah hebatnya permusuhan, kebencian dan perselisihan yang datang dari umatku. Mereka adalah sehina-hina umat ini di dunia. Demi Dia yang mengutuskanku dengan kebenaran, Allah akan menenggelamkan mereka dan mengubah mereka menjadi kera dan babi.

 

Kemudian dia (Ibnu Mas'ud) berkata: Rasulullah SAW menangis dan kami juga menangis disebabkan tangisannya, dan kami berkata: Wahai Rasulullah, apa yang membuatkan kamu menangis? Baginda menjawab:

 

Kerahmatan bagi orang-orang yang sengsara, Allah Taala berfirman:

 

َۡ ََََُْٰٓۡۡ ُُْ ٌٌََ۬۬ َوىى ذَ َشي إِر فضِعىا فلَ فى َخ َوأ ِخزوا ٍِِ ٍَّناُ قشِية

 

“Dan [alangkah hebatnya] jika kamu melihat ketika mereka terperanjat ketakutan; maka mereka tidak dapat melepaskan diri dan mereka ditangkap dari tempat yang dekat.” Surah Saba': 51

 

Ayat ini merujuk kepada para ulama dan fuqaha.

 

Wahai Ibnu Masud: Barangsiapa yang belajar ilmu kerana mahu mendapatkan dunia dengannya, dan barangsiapa yang terkesan dengan kecintaan dunia serta perhiasannya, maka dia berhak mendapat kemarahan Allah ke atasnya dan dia akan ditempatkan di neraka yang paling bawah bersama-sama dengan orang-orang Yahudi dan Kristian yang mengabaikan Kitab Suci Allah. Dalam hal ini, Allah Taala berfirman:

 

َفَيََّا َجٓاَءهٌُ ٍَّا َعَشُفىْا َڪَفُشوْاتِهۦَِۚفَيۡعَُْحٱَّللَِّ َعَيًٱۡىَنٰـفِشِيَِ

 

“Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan al-Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu.” Surah Al Baqarah: 89

 

Wahai Ibnu Masud: Barangsiapa yang belajar al-Quran untuk kepentingan dunia dan perhiasannya, maka Allah mengharamkan ke atasnya syurga.

 

Wahai Ibnu Mas'ud: Barangsiapa yang belajar ilmu tetapi tidak melaksanakan apa yang dipelajarinya, maka Allah akan menghimpunkannya pada hari kiamat sebagai buta. Barangsiapa yang belajar ilmu kerana riya' dan kemasyhuran, serta berkehendakkan tujuan duniawi dengannya dan mewakilkan Allah kepada dirinya sendiri, maka Allah menarik balik keberkatannya dan disempitkan kehidupannya.

 

Barangsiapa yang mewakilkan Allah kepada dirinya sendiri, maka dia telah binasa. Dalam hal ini, Allah Taala berfirman:

 

ٌٌََْٓۡ۬۬ۡۡۤۢ َفََِماَُيَۡشُجىاىَِقاَءَستِّهۦَِفييَۡعَۡوَعََلَ َصٰـيِحاَوَلَيُششِكتِِعثَاَدجَِستِّهۦِأَحَذا

 

“Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.” Surah Al Kahf: 110

 

Wahai Ibnu Mas'ud: Jadikanlah teman dudukmu orang-orang yang taat dan saudara-saudara kamu orang-orang bertaqwa dan zuhud, kerana Dia swt berfirman di dalam kitabnya:

 

ََََُّّّۡٓۡۡۡۡ ٱ لۡ ِ خ لَ ُ ء ي َ ى َ ٍ ٮ ِ ِۭ ِ ز ت َ ع ُع ه ُ ۡ ٌ ى ِ ث َ ع ط َ ع ذ ٌّ و إ ِ لَ ٱ ى ُ َ ر ق ِ ي َ ِ

“Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa.” Surah Az Zukhruf: 67

 

Wahai Ibnu Mas'ud, aku tahu bahawa mereka melihat kebaikan sebagai kemungkaran, dan kemungkaran sebagai kebaikan, maka pada yang demikian itu, Allah telah mengecop hati-hati mereka dan tidak menjadikan mereka saksi kepada kebenaran mahupun penegak keadilan, Allah Taala berfirman:

 

ََّ ْْ ۡ َّ ََُٓۡ َۡۡ يَٰٓـأُّيہَاٱىِزيََِءاٍَُْىاُمىُّىاَقَّىٳٍِيَِتِٲىقِۡغِػ ُشہََذٓاَءِللََِّوَىۡى َعَيًٰأّفِغُنٌۡأوِٱىَىٳىَِذۡيَِوٱلۡقَشتِيَِۚ

“Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu.”Surah An-Nisa: 135

 

Wahai Ibnu Mas'ud: Mereka mendakwa lebih utama terhadap keturunan dan harta benda mereka …….). lzaam an Naaseb, jilid 2, muka surat 131-132.

 


 

Kesimpulan

 

Segala puji bagi Allah. Berdasarkan dalil-dalil di atas, maka kami berharap para pembaca yang dihormati tidak lagi akan berasa takut untuk menerima kebenaran hanya kerana sikitnya bilangan orang yang mempercayainya. Ini kerana, percayalah, bilangan mereka memang sedikit. Jangan ragu hanya berdasarkan bilangan mereka.

 

Tidak ramai yang mampu mengenggam bara api kebenaran ini. Ia terlalu panas sehingga majoriti manusia akan melepaskannya. Maka sudikah anda menggantikan mereka?

Saya akhiri dengan kata-kata Amirul Mukminin Ali AS yang saya kutip dari Nahjul Balaghah agar menjadi kekuatan kepada setiap pencari kebenaran.

Amirul Mukminin AS: “Janganlah kamu mengasingkan diri dari jalan petunjuk disebabkan sedikitnya orang yang mengikutinya.” Nahjul Balaghah bi syarh Syeikh Muhammad Abduh, jilid 2, ms 181. Al Gharaat, jilid 2, ms 583. Ghaibat An Nu'mani,

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *