Bahagian 3: LAWAN KEPADA DOKTRIN DEMOKRASI (DOKTRIN SANG PENYELAMAT YANG DINANTIKAN)

PARTI Baiatu Lillah

Petikan dari Kitab Ketuanan Allah VS Ketuanan Manusia

LAWAN KEPADA DOKTRIN DEMOKRASI (DOKTRIN SANG PENYELAMAT YANG DINANTIKAN)

 

Semua agama Allah mengiktiraf Ketuanan Allah swt. Namun, manusia telah menolak Ketuanan ini dan tidak mengakuinya melainkan sedikit, seperti kaum Nabi Musa AS di era Thalut atau umat Islam di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi, sebaik sahaja Rasulullah SAW wafat, mereka kembali menyanggah Ketuanan Allah swt dan mengiktiraf ketuanan manusia melalui shura, pilihan raya dan Saqifat Bani Saidah yang menyingkirkan wasi Ali bin Abi Talib AS.

 

Semua manusia kini samada mereka ulama atau orang awam biasa menyokong ketuanan manusia dan pilihanraya. Walaupun, majoriti mereka masih mengakui bahawa khalifah Allah di bumi adalah seorang pemerintah yang soleh. Tetapi pengakuan ini masih lemah, doktrin yang dikalahkan dalam kegawatan perang psikologi antara kesedaran dan ketidaksedaran. Manusia terutamanya para ulama pasif, hidup dalam kepura-puraan dengan penuh resah gelisah di tempat tidur mereka, menjadikan mereka terhuyung-hayang mabuk dan memukul membuta tuli. Mereka sedar bahawa Allah adalah benar, ketuanan Allah adalah benar dan ketuanan manusia adalah batil, serta bertentangan dengan ketuanan Allah di atas muka bumiNya. Namun, mereka tetap tidak bersama-sama dengan kebenaran, malah menyokong kebatilan.

 

Mereka adalah ulama akhir zaman iaitu sejahat-jahat fuqaha di dunia ini, daripada merekalah keluarnya fitnah dan kepada mereka jualah fitnah itu dikembalikan. Sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW: “Akan datang zaman ke atas umatku, di mana tidak bersisa daripada al-Quran itu melainkan tulisannya dan tidak juga daripada Islam itu melainkan namanya. Mereka menamakan diri dengannya tetapi mereka adalah sejauh-jauh manusia daripadanya, masjid mereka makmur tetapi kosong daripada petunjuk, fuqaha pada zaman itu adalah sejahat-jahat fuqaha di bawah lindungan langit, daripada mereka keluarnya fitnah dan kepada mereka jualah fitnah itu kembali.” Al Kafi, jilid 8, ms 308 dan Bihar Al Anwar, jilid 52, ms 190.

 

Seolah-olah mereka tidak pernah mendengar kata-kata Amirul Mukminin AS: “Janganlah kamu mengasingkan diri dari jalan petunjuk disebabkan sedikitnya orang yang mengikutinya.” Nahjul Balaghah bi syarh Syeikh Muhammad Abduh, jilid 2, ms 181. Al Gharaat, jilid 2, ms 583. Ghaibat An Nu'mani,

 

Seolah-olah mereka juga tidak pernah mendengar sabda Rasulullah SAW: “Islam itu telah bermula dengan asing dan akan kembali asing sebagaimana ia bermula, maka kebaikanlah buat orang-orang yang asing (ghuraba’).” Nailul Authar, jilid 9, ms 229. 'Uyun Akhbar Ar Ridha (a.s), jilid 1, ms 218.

 

Demi Allah, mereka pernah mendengar kata-kata tersebut dan menyedarinya , tetapi kemanisan dunia melekat di mata mereka dan mereka amat sukakan perhiasannya. Mereka berkumpul di sekeliling bangkai dan mengaibkan diri mereka untuk memakannya. Mereka bertungkus lumus sedaya upaya, namun tidak memperolehi apa pun selain menuntut dunia melalui agama. Mereka yang mendakwa diri mereka sebagai ulama Shiah Islam akhirnya hanya menyalahgunakan kesucian Amirul Mukminin AS, menambah luka baru dan membuatkan hatinya bengkak serta berdarah kembali. Oleh itu, imam-imam kesesatan iaitu para ulama pasif telah mengulangi kembali tragedi Saqifat Bani Sa`idah, sepertimana hari pertama ianya berlaku. Mereka juga telah membuka jalan untuk meremukkan sekali lagi rusuk Fatimah Zahra` AS. Tetapi kali ini terhadap Imam Mahdi AS, kerana harinya adalah seperti hari Rasulullah SAW dan keturunannya adalah seperti keturunan Rasulullah saaw.

 

Kelmarin, Ali AS serta anak keturunannya, manakala, pada hari ini pula Imam Mahdi AS dan anak keturunannya. Apakah orang yang berakal tidak mahu menyelamatkan dirinya daripada api neraka, melarikan diri daripada cengkaman kafir Quraish zaman ini dan melindung dirinya, dengan mematuhi Awliya Allah?

 

Jangan biarkan syaitan (laknat Allah ke atasnya) menipu kalian, membuatkan kalian mensucikan ulama pasif yang memerangi Allah serta Rasul-Nya, dan menyelewengkan syariatNya. Bandingkan kata-kata dan perbuatan-perbuatan mereka dengan al-Quran, sunnah Nabi dan Ahlulbait AS, pasti kalian akan dapati bahawa mereka berada di satu lembah yang benar-benar bertentangan dengan Rasul dan al-Quran. Mereka dilaknati sepertimana Rasulullah SAW telah melaknati mereka dan berlepas diri daripada mereka, ketikamana baginda bersabda kepada Ibnu Mas'ud:

 

(Islam itu telah bermula dengan asing dan akan kembali asing sepertimana ia bermula, maka kebaikanlah buat orang-orang yang asing (ghuraba). Mereka yang menyaksikan zaman itu (masa kemunculan Imam Mahdi a.s) adalah dari keturunan-keturunan kamu, jangan diberi salam ke atas mereka dalam perkumpulan mereka, jangan diiringi jenazah-jenazah mereka, dan jangan dikunjungi pesakit-pesakit mereka. Mereka mengamalkan sunnah kamu dan menzahirkan seruan kamu, tetapi bertentangan dengan perbuatan kamu. Mereka akan mati atas agama yang berbeza daripada kamu. Mereka bukanlah dari kalanganku dan aku bukanlah dari kalangan mereka …

 

Kemudian beliau (Nabi SAW) bersabda: Wahai Ibnu Masud, akan datang satu zaman apabila orang yang bersabar (berpegang) kepada agama adalah seperti menggenggam bara api dalam tapak tangannya. Sekiranya ada seekor serigala di zaman itu, maka dia tidak akan terlepas dari dimakan oleh sekumpulan serigala. Wahai Ibn Masud, ulama dan fuqaha mereka adalah pengkhianat yang keji, bahkan, mereka adalah sejahat-jahat ciptaan Allah dan begitu juga pengikut mereka. Barangsiapa yang berurusan dengan mereka, mencintai mereka, duduk dengan mereka dan bermusyawarah dengan mereka adalah sejahat-jahat ciptaan Allah. Mereka akan dimasukkan ke dalam api neraka dalam keadaan bisu, pekak dan buta serta tidak akan kembali. Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat dalam keadaan wajah mereka buta, pekak dan bisu serta ditempatkan mereka di dalam neraka jahanam. Setiap kali api mula padam, kami akan tambahkannya bernyala-nyala dan setiap kali kulit mereka masak, kami akan gantikan mereka dengan kulit yang lain supaya mereka merasai kepedihan azab siksaan. Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu menggelegak, hampir-hampir [neraka] terpecah-pecah lantaran marah. Setiap kali mereka ingin keluar daripadanya akibat terlalu panas, maka mereka akan dilemparkan kembali di dalamnya dan dikatakan kepada mereka rasailah azab siksa yang membakar. Mereka merintih di dalam api neraka dan mereka yang berada di dalamnya tidak dapat mendengar.

Wahai Ibn Masud, mereka mendakwa bahawa mereka mengikut agamaku, sunnahku, manhajku dan syariatku. Namun, sesungguhnya mereka berlepas diri daripadaku dan aku berlepas diri daripada mereka.

Wahai Ibn Masud, janganlah kamu duduk bersama mereka di tempat awam, janganlah kamu berjualbeli dengan mereka di pasar, janganlah kamu menunjukkan jalan kepada mereka dan menawarkan mereka air minuman. Allah Taala berfirman:

 

ٍَِ َما َُيُشِيُذٱۡى َحيَٰىجَٱىُّذّۡيَا َوصِيََْرہَا ُّ َى ِّفإَِىۡيہٌِۡ َأۡع َٰـَيهٌُۡفِيہَا َوهٌُۡفِيہَا َلَيُۡث َخ ُغى َُ

“Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan.”  Surah Hud: 15

 

Allah Taala juga berfirman:

 

ََََََََََُُُُّّۡۡۡۡۡۡۡۡۡ ٍَِ ما َُ يُشِيذ َحشز ٱلۡ ِخ َشجِ ّضِد ىهُۥ فًِ َحششِهۦِۖ َو ٍَِ ما َُ يُشِيذ َحشز ٱىذّيَا ّؤذِهۦِ ٍِْہَا َو ٍَا ىهُۥ فًِ ٱلۡ ِخ َشجِ ٍِِ ّ ِصية

“Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.” Surah ash-Shura: 20

 

Wahai Ibn Masud, alangkah hebatnya permusuhan, kebencian dan perselisihan yang datang dari umatku. Mereka adalah sehina-hina umat ini di dunia. Demi Dia yang mengutuskanku dengan kebenaran, Allah akan menenggelamkan mereka dan mengubah mereka menjadi kera dan babi.

 

Kemudian dia (Ibnu Mas'ud) berkata: Rasulullah SAW menangis dan kami juga menangis disebabkan tangisannya, dan kami berkata: Wahai Rasulullah, apa yang membuatkan kamu menangis? Baginda menjawab:

 

Kerahmatan bagi orang-orang yang sengsara, Allah Taala berfirman:

 

َۡ ََََُْٰٓۡۡ ُُْ ٌٌََ۬۬ َوىى ذَ َشي إِر فضِعىا فلَ فى َخ َوأ ِخزوا ٍِِ ٍَّناُ قشِية

 

“Dan [alangkah hebatnya] jika kamu melihat ketika mereka terperanjat ketakutan; maka mereka tidak dapat melepaskan diri dan mereka ditangkap dari tempat yang dekat.” Surah Saba': 51

 

Ayat ini merujuk kepada para ulama dan fuqaha.

 

Wahai Ibnu Masud: Barangsiapa yang belajar ilmu kerana mahu mendapatkan dunia dengannya, dan barangsiapa yang terkesan dengan kecintaan dunia serta perhiasannya, maka dia berhak mendapat kemarahan Allah ke atasnya dan dia akan ditempatkan di neraka yang paling bawah bersama-sama dengan orang-orang Yahudi dan Kristian yang mengabaikan Kitab Suci Allah. Dalam hal ini, Allah Taala berfirman:

 

َفَيََّا َجٓاَءهٌُ ٍَّا َعَشُفىْا َڪَفُشوْاتِهۦَِۚفَيۡعَُْحٱَّللَِّ َعَيًٱۡىَنٰـفِشِيَِ

 

“Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan al-Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu.” Surah Al Baqarah: 89

 

Wahai Ibnu Masud: Barangsiapa yang belajar al-Quran untuk kepentingan dunia dan perhiasannya, maka Allah mengharamkan ke atasnya syurga.

 

Wahai Ibnu Mas'ud: Barangsiapa yang belajar ilmu tetapi tidak melaksanakan apa yang dipelajarinya, maka Allah akan menghimpunkannya pada hari kiamat sebagai buta. Barangsiapa yang belajar ilmu kerana riya' dan kemasyhuran, serta berkehendakkan tujuan duniawi dengannya dan mewakilkan Allah kepada dirinya sendiri, maka Allah menarik balik keberkatannya dan disempitkan kehidupannya.

 

Barangsiapa yang mewakilkan Allah kepada dirinya sendiri, maka dia telah binasa. Dalam hal ini, Allah Taala berfirman:

 

ٌٌََْٓۡ۬۬ۡۡۤۢ َفََِماَُيَۡشُجىاىَِقاَءَستِّهۦَِفييَۡعَۡوَعََلَ َصٰـيِحاَوَلَيُششِكتِِعثَاَدجَِستِّهۦِأَحَذا

 

“Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.” Surah Al Kahf: 110

 

Wahai Ibnu Mas'ud: Jadikanlah teman dudukmu orang-orang yang taat dan saudara-saudara kamu orang-orang bertaqwa dan zuhud, kerana Dia swt berfirman di dalam kitabnya:

 

ََََُّّّۡٓۡۡۡۡ ٱ لۡ ِ خ لَ ُ ء ي َ ى َ ٍ ٮ ِ ِۭ ِ ز ت َ ع ُع ه ُ ۡ ٌ ى ِ ث َ ع ط َ ع ذ ٌّ و إ ِ لَ ٱ ى ُ َ ر ق ِ ي َ ِ

“Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa.” Surah Az Zukhruf: 67

 

Wahai Ibnu Mas'ud, aku tahu bahawa mereka melihat kebaikan sebagai kemungkaran, dan kemungkaran sebagai kebaikan, maka pada yang demikian itu, Allah telah mengecop hati-hati mereka dan tidak menjadikan mereka saksi kepada kebenaran mahupun penegak keadilan, Allah Taala berfirman:

 

ََّ ْْ ۡ َّ ََُٓۡ َۡۡ يَٰٓـأُّيہَاٱىِزيََِءاٍَُْىاُمىُّىاَقَّىٳٍِيَِتِٲىقِۡغِػ ُشہََذٓاَءِللََِّوَىۡى َعَيًٰأّفِغُنٌۡأوِٱىَىٳىَِذۡيَِوٱلۡقَشتِيَِۚ

“Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu.”Surah An-Nisa: 135

 

Wahai Ibnu Mas'ud: Mereka mendakwa lebih utama terhadap keturunan dan harta benda mereka …….). lzaam an Naaseb, jilid 2, muka surat 131-132.

 

Beginilah keadaan para ulama pasif berdasarkan sabda Rasulullah SAW, kerana mereka mendakwa diri mereka adalah orang Islam dan Syiah, tetapi dalam masa yang sama, mereka mengiktiraf penyingkiran Ali AS dan menzalimi Ali AS. Maka, laknat Allah ke atas setiap orang yang sesat lagi menyesatkan, yang melantik dirinya sebagai imam bagi manusia serta berhala dan tuhan yang disembah selain Allah.

 

Amat mustahak bagi manusia keseluruhannya menjauhkan diri mereka daripada mengikuti para ulama pasif, kerana mereka mengiktiraf ketuanan manusia, pilihan raya dan demokrasi yang dibawa oleh Amerika (Dajjal Akbar). Hendaklah umat manusia mengakui ketuanan Allah dan mengikut Imam Mahdi AS jika tidak, apakah yang akan mereka katakan kepada nabi-nabi dan imam-imam mereka? Ianya bukan rahsia lagi bahawa semua agama samawi mengiktiraf ketuhanan Allah dan menolak ketuanan manusia. Tiada lagi alasan buat sesiapa pun untuk mengikuti para ulama setelah mereka bertentangan dengan Al-Quran, Rasulullah dan Ahlulbait AS, serta menyelewengkan syariat Allah swt.

 

Mereka adalah fuqaha akhir zaman yang menentang Imam Mahdi AS Apakah masih ada alasan untuk mana-mana pengikut mereka, setelah mereka mengikuti jejak Iblis (laknat Allah ke atasnya) dan mengiktiraf ketuanan manusia?!!

 

Malah semua agama samawi mengiktiraf ketuanan Allah. Orang-orang Yahudi menantikan Ilya AS, orang-orang Kristian menantikan Isa AS dan umat Islam menantikan Imam Mahdi AS. Adakah orang-orang Yahudi akan berkata kepada Ilya AS: Pulanglah! kami mempunyai pilihan raya dan demokrasi, ianya adalah lebih baik daripada pelantikan Allah?! Penganut Kristian pula akan berkata kepada Isa AS: Wahai, kamu yang menunggang keldai, memakai pakaian bulu, makan sedikit dan zuhud pada dunia, pulanglah! Kami telah memilih ketua-ketua dan sedang puas menikmati kehidupan berpanjangan, menerima halal dan haramnya, ianya bersesuaian dengan nafsu dan keinginan kami?!

 

Adakah umat Islam terutamanya Shiah akan berkata kepada Imam Mahdi as: Pulanglah! wahai anak Fatimah, kami telah mendapat penyelesaian terbaik dari fuqaha kami iaitu demokrasi dan pilihan raya?! Selain itu, adakah pentaklid para fuqaha akhir zaman akan berkata kepada Imam Mahdi AS: Fuqaha kami telah menjelaskan bahawa kebenaran itu adalah melalui Shura, Saqifah dan pilihan raya?!

 

Adakah akhirnya mereka akan berkata: Sesungguhnya orang-orang di Saqifah adalah benar dan Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib AS adalah seorang yang fanatik?! Atau, apakah yang akan mereka katakan dan bagaimana mereka akan menyelesaikan percanggahan ini yang mereka sendiri berada di dalamnya?!

 

Saya tidak berkata kepada para fuqaha melainkan menurut pendapat yang lazim terhadap mereka, jika saya tidak menganggap mereka sebagai fuqaha menurut apa yang dikatakan oleh orang kebanyakan Iraq iaitu: (ِهى ىى ديِ ىى غي: Dia adalah agama dan bukan tanah lumpur), manakala kalian pula menyamakannya sebagai tanah lumpur dengan tanah lumpur.

 

Kami Syiah, menentang Umar Ibn al-Khattab kerana beliau telah menganjurkan shura dan pilihan raya. Manakala kalian pula, wahai fuqaha akhir zaman mengakui Shura dan pilihan raya. Ianya sudah menjadi terbalik?!

 

Walaupun demikian,Taurat dan Injil yang wujud kini, kedua-duanya mengakui Ketuanan Allah di atas muka bumiNya dan bukannya ketuanan manusia. Kedua-duanya adalah kitab dari langit yang dianggap sebagai bukti nyata bagi orang-orang Yahudi dan Kristian. Ahli-ahli teori demokrasi Barat telah bekerja keras menyangkal ayat-ayat yang wujud di dalam Taurat, malah sebahagian mereka cenderung membenarkan penyelewengannya, seperti Spinoza di dalam bukunya Theologial-Political Treatise, berusaha melupuskan ayat-ayat yang mengesahkan ketuanan Allah di muka bumiNya dan menolak ketuanan manusia.

 

Adapun, al-Quran dari halaman pertama hingga yang akhir mengakui Ketuanan Allah dan menolak ketuanan manusia. Kami tidak berminat dengan kefahaman menyeleweng dari kalangan mereka yang ingin memutarbelitkan perkataan-perkataan Allah sesuka hatinya bagi mempertahankan orang tertentu atau keyakinan orang tertentu, beserta kerosakan yang mereka pertahankan dan kepalsuan yang mereka percayai, kerana kerosakan ini adalah jelas dan tidak memerlukan banyak usaha untuk mengetahuinya.

 

Pertama, kita mulakan dengan ayat-ayat yang menetapkan Ketuanan Allah di atas muka bumiNya:

 

1. Firman Allah Taala:

 

قُِوٱىيَّهٌٍََُّٰـيَِلٱۡىَُۡيِلذُۡؤذًِٱۡىَُۡيَلٍَِذََشآُءَوذَِْضُعٱۡىَُۡيَلٍََِِّذََشآُءَوذُِعُّضٍَِذََشآُءَوذُِزُّهٍَِذََشآُءۖتِيَِذَكٱۡىَخۡيُشۖإََِّّل َعيًَُٰمِّو َشًٌۡ۬ءقَِذيٌ۬ش

 

“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”  (Surat Aal ‘Imraan 3:26)

 

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa pemerintahan adalah bagi Allah dan Dia Maha Kuasa mengangkat sesiapa yang dikehendakiNya sebagai Khalifah. Allah Taala berfirman:

 

إًِِّّ َجاِعٌ۬وفًِٱۡلَۡۡس ِض َخيِيفٌَ۬حۖ

 

“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.”Surah al-Baqarah:30

 

Sesudah ayat ini, tiada siapa pun berhak melantik seorang pemerintah atau memilih seorang pemerintah atau penguasa, selagimana dia tidak dilantik oleh Allah swt. Pemerintahan atau Ketuanan Allah ini diberikan kepada siapa yang dikehendakiNya. Tidak semestinya pemerintah yang dilantik oleh Allah, memerintah secara aktual, kerana dia mungkin dikalahkan dan dijauhkan dari tampuk pemerintahan, sebagaimana yang terjadi di sepanjang perjalanan sejarah manusia. Ibrahim AS tidak memerintah tetapi Namrud (laknat Allah ke atasnya) yang memerintah. Musa AS tidak memerintah tetapi Firaun (laknat Allah ke atasnya) yang memerintah. Hussain AS tidak memerintah tetapi Yazid (laknat Allah ke atasnya) yang memerintah. Sebagaimana firman Allah Taala:





 

أ َ ًۡ ي َ ۡح ُغ ُذ و َُ ٱ ى ْ َّ ا َط َع ي َ ًٰ ٍَ ا ٓ َء ا ذ َ ٰٮ ه ُ ٌُ ٱ َّللَّ ُ ٍِ ِ ف َ ۡع ي ِ ِهۦ ۖ ف َ ق َ ۡذ َء ا ذ َ ۡي ْ َ ا ٓ َء ا َه إ ِ ۡت َش ٳ ِه ي ٌَ ٱ ۡى ِن ر َ ٰـ َة َو ٱ ۡى ِح ۡن َ َ ح َ َو َء ا ذ َ ۡي ْ َ ٰـ ه ُ ٌ ٍُّ ۡي ن ا َع ِ ِ ي ٌٌ۬

 

“Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Muhammad dan Keluarga Muhammad) disebabkan nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab dan hikmat dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar.”Surah An-Nisa: 54

 

Tambahan pula, keluarga Ibrahim AS telah diberikan pemerintahan dan kekuasaan Ilahi di sepanjang sejarah. Tetapi mereka telah ditindas, ditewaskan dan dijauhkan daripada tampuk kekuasaan serta mereka diperintah oleh orang-orang yang zalim. Manusia wajib meletakkan khalifah Allah di muka bumiNya ke atas tampuk kepimpinan. Jika mereka tidak berbuat demikian, maka mereka telah mensia-siakan peluang mereka dan hanya mengundang kemurkaan Allah terhadap mereka.

 

ٍَّا َڪا َُ َى ُنٌۡ َأُ ُذَْۢثُِرىْا :Imam Sadiq (a.s) berkata: (… “Adakah kamu tidak melihat Allah berfirman kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya. Dia berfirman : َش َج َشهَٓاۗ bahawa bukan kamu yang menetapkan seorang Imam untuk diri kamu sendiri dan menamakannya sebagai layak menurut hawa nafsu dan keinginan kamu sendiri.

 

Kemudian As Sadiq (a.s) berkata: Terdapat tiga jenis orang yang Allah tidak akan bercakap dengan mereka dan tidak memandang mereka pada hari kiamat, serta tidak membersihkan mereka dan bagi mereka azab siksaan yang pedih: Orang yang menumbuhkan pokok yang Allah tidak pernah menumbuhkannya iaitu mereka yang menetapkan seorang imam yang tidak pernah ditetapkan oleh Allah, atau mereka yang menentang orang yang dilantik oleh Allah.”Tuhaf al-Uqul, halaman 325

 

2 – Kisah Talut:

 

ٌٌَََََََََُُّّْۡۢۡٓۢۡٓۡ۬ۡۡ۬ۡ َّ أىٌۡ ذَ َش إِىً ٱى َ َ ِلَ ٍِِ تَِْ ًٓ إِع َشٳ ِءي َو ٍِِ تَع ِذ ٍُى َع ًٰ إِر قاىىا ىَِْثًِ ىهُ ٌُ ٱت َعس ىَْا ٍَيِڪا ّقٰـرِو فًِ َعثِي ِو ٱللَِّۖ

 

“Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: Lantiklah seorang raja untuk kami supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah.”  Surah al-Baqarah: 246

 

Inilah kelompok orang-orang beriman daripada Bani Israel yang beriman kepada Ketuanan Allah. Sesungguhnya, mereka tidak melantik sesiapa sebagai pemerintah mereka, bahkan, meminta pula kepada Allah supaya melantik seorang raja buat mereka. Ia adalah bukti terbesar bahawa undang-undang Allah dalam semua agama suci mengakui pemerintah yang dilantik oleh Allah dan bukan oleh rakyat melalui pilihan raya.

 

3 – Firman Allah:

 

َوإِۡرقَاَه َستَُّلىِۡيَيَٰـِٓٮَنِحإًِِّّ َجاِعٌ۬وفًِٱۡلَۡۡس ِض َخيِيفٌَ۬حۖ

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.” Surah Al Baqarah: 30

 

Wajib menjadikan khalifah Allah sebagai pemerintah di muka bumi dan khalifah pertama adalah Adam AS. Di setiap zaman, wujud Khalifah Allah di muka bumiNya dan Khalifah Allah di zaman ini adalah Imam Mahdi AS.

 

Oleh itu, wajib bagi manusia memperkasakannya di atas tampuk pemerintahan, kerana dia adalah lantikan Allah swt dan tidak bertindak menentangnya melalui pilihan raya serta demokrasi.

 

4 – Firman Allah Taala:

 

َ و َ ٍ ِ ى َّ ۡ ٌ ي َ ۡ ح ُ ن ٌ ت ِ َ َ ا ٓ أ َ ّ َ ض َ ه ٱ َّ للَّ ُ ف َ أ ُ ْ و ى َ ٰ ـ ٓ ِ ٮ َل ه ُ ُ ٌ ٱ ۡ ى َ ن ٰ ـ ف ِ ُ ش و َ ُ

“Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir.” Surah Al Maidah: 44

 

Firman-Nya lagi:

 

َو ٍَِ ىٌَّۡ يَ ۡحڪٌُ تِ َآ أَّ َض َه ٱ َّللَُّ فَأُ ْوىَٰـٓ ِٮ َل هُ ٌُ ٱىَِّٰـيِ َُى َُ

“Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”Surah Al Maidah: 45

 

Dan Firman-Nya lagi:

 

َو ٍَ ِ ى َّ ۡ ٌ ي َ ۡح ڪ ُ ٌ ت ِ َ َ ا ٓ أ َ ّ َض َه ٱ َّللَّ ُ ف َ أ ُ ْو ى َ ٰ ـ ٓ ِٮ َل ه ُ ٌُ ٱ ۡ ى ف َ ٰ ـ ِغ ق ُ ى َُ

“Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.”Surah Al Maidah: 47



 

Nyata sekali bahawa pemerintah akan berhadapan dengan permasalahan-permasalahan baru pada setiap zaman. Dia mestilah mempunyai petunjuk yang betul dan ilmu daripada Allah, melaluinya dia mengetahui hukum-hakam Allah swt pada perkara-perkara baru. Oleh itu, bagaimana seseorang yang selain daripada Khalifah Allah dapat menghukum berdasarkan apa yang telah diturunkan oleh Allah? Yang pastinya, Dia swt tidak membenarkan seorang pun untuk memerintah dengan apa yang diturunkannya melainkan khalifah Allah di muka bumiNya.

 

Manakala, ayat-ayat yang menyanggah ketuanan manusia dan pilihanraya adalah tersangat banyak dan salah satu peristiwa ini adalah buat mereka yang memiliki pendengaran dan kesedaran.

 

KISAH MUSA DAN KAUMNYA:

َۡ َٰۡ ۡ ً۬اََََِّ َََۡ ََُۡ َۡ ََََۡۡۡ َۡ ََُُۡ َ َ ا

َو ٱ خ ت ا َر ُم و َس ى ق و َم ُه ۥ َس ب ِع ي َن َر ُج ل ل ِم ي ق ٰـ ِت ن ا ۖ َ َ ام ا َ خ َ ت ُ ُ ُ ُ ٱ ل ار ج َ ُ ق ا َ َ َر ِِّّ  ل و ِ ِ ۡ َ َ ۡ َ ۡ ت ُ ُ ُ ِّم ن ق ب َُ َو ِ ِ اي ٰـ َى ۖ َ ت ُ َ ِ ۡ ن ا ِب َم ا َ َع َ َ ٱ ل فس َ َُ ا ُ ُ ِم ن ا ۖ

ِ ِ ۡ ن ِ ۡ َ ى ِ ِ ا لَّ ِ َ ۡ ت َ ن ُ ت َ ك ُ ت ِض ف َ ِ ب َ ُ ا َ م ن َ ت َ ِ ا ُ ُ َ و َ ت ۡ ُ ِ د ى َ م ن َ ت َ ِ ا ُ ُ ۖ َ َ ن َ َ َ و ل ِ ف ي َ ن ا َ َ ٲ ۡ ۡ ِ َ ۡ ر ل َ َ ن ا َ و ٱ ۡ ر َ َ ۡ م َ ن ا ۖ َ و َ َ ن َ َ َ خ ۡ ي ُ ر ٱ ۡ ل َ َ ٰ ـ ِ َ ِ ر ي َ ن

“Dan Nabi Musa memilih tujuh puluh orang lelaki dari kaumnya (untuk di bawa bersama ke Gunung Tursina) pada waktu yang telah kami tentukan. Maka ketika mereka digegar oleh gempa, Nabi Musa merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di antara kami? (Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaanMu. Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pengampun.”Surah al-A'raaf: 155

Dalam peristiwa ini, Musa AS, seorang nabi yang maksum telah memilih tujuh puluh orang lelaki terbaik dari kalangan Bani Israel. Ternyata sekali kesemua mereka adalah ingkar, memberontak terhadapnya dan perintah Allah swt. Jika sekiranya, seorang nabi maksum seperti Nabi Musa AS memilih tujuh puluh orang lelaki untuk misi ketuhanan dan tidak seorang pun daripada mereka yang ternyata layak untuk misi ini, maka bagaimana manusia biasa hendak memilih penguasa dan pemerintah mereka? Kemungkinan mereka akan memilih ciptaan Allah yang paling jahat tanpa mereka sedari.

Pembuktian ini sudah mencukupi buat orang-orang yang mencari kebenaran dan sesiapa yang mahukan lebih pembuktian lagi, maka al-Quran berada di dua tapak tangannya sambil berteriak ke telinga-telinga orang-orang yang lalai:

 

َولََقۡد َڪَتۡبَناَِىٱلازُبوِرِمۢنَبۡعِدٱلَِِّۡرََانٱۡلَۡۡر َضَيِرُثَُاِعَباِدَىٱلاصٰـََُِوَن*ِِانَِىَٰۡـَالََبََٰـً۬اَالَِّقۡوٍَُعٰـِبِديَن*َوَماََۡرَسََۡنٰـَكِِالََّرََۡمً۬اُ لََِّۡعٰـََِميَن*قَُِِۡانَماُيوَٰىِِلَاىََانَماِِلَٰـُُڪُُِِۡلَٰـً۬هَوٳًَِ۬دَََََُۖۡنُتُفمۡسَُِموَن*َإِنَتَولاۡوْاًَ۬قََُُۡاَنُتڪُُۡ َعََٰى َسَواًٍَُ۬ۖوِِۡنََۡدِرىَََقِريِّ َََُبِعيً۬د اماُتوَعُدوَۡن*ِِانُهۥَيۡعََُٱۡلَجَُۡرِمَنٱۡلَقۡوََِوَيۡعَََُماَتڪُۡتُموَن*َوِِۡنََۡدِرىلََعَاُهۥَِۡتَنُلاَُُۡۡوَمَتٰـعِِلَٰى َِيًٍ۬ن*َقٰـََرِِّّ ٱَُُِۡۡبٲۡلَِّقَۗوَرفبَنا

ٱلارََۡمٰـُنٱلُمۡسَتَعاُن َعََٰى َماَت ِصَُوَن*

“Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Luh Mahfuz: Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh. Sesungguhnya Al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan yang cukup bagi orang-orang yang mengerjakan ibadat (abidin). Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. Katakanlah: Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku? Sekiranya mereka berpaling ingkar maka katakanlah: Aku telah memberitahu kepada kamu (apa yang diwahyukan kepadaku) dengan keterangan yang jelas untuk kita bersama dan aku tidak mengetahui samada yang dijanjikan kerana keingkaran kamu itu, sudah dekat atau masih jauh. Sesungguhnya Allah mengetahui akan perkataan yang kamu sebutkan dengan terus terang dan juga Dia mengetahui apa yang kamu sembunyikan (di dalam hati). Dan aku tidak mengetahui (mengapa dilambatkan balasan buruk yang dijanjikan kepada kamu itu) jangan-jangan lambatnya menjadi satu sebab yang menambahkan azab kamu dan di samping itu memberi kamu kesenangan hidup hingga ke suatu masa yang tertentu. (Nabi Muhammad merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku, hukumkanlah (di antara kami dengan mereka) dengan yang benar dan Tuhan kami ialah Yang Melimpah-limpah rahmatNya yang dipohonkan pertolonganNya terhadap apa yang kamu sifatkan itu.” 27 Surah Al Anbiya: 105-112

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *