Biografi Dakwah Al Yamani: Adil al Saedy

Adil al Saedy
 
• Dilahirkan di Basrah , Iraq
• Lulusan dari Universiti Basrah, Ekonomi
• Dipenjarakan oleh Rejim Saddam selama 2 tahun kerana dia cuba memulakan jihad terhadapnya
• Penyelidik Pengajian Islam dan pakar dalam penyelidikan Kitab Suci Bible
• Mengarang beberapa buah buku seperti al ' Mutaharaht fil Aqeeda al Maseehiyya' dan 'al Youm Khalas’; juga menulis dalam akhbar al Sirat Mustaqeem
 
Beliau melaporkan:
 
Kami telah banyak kali dituduh sebagai Wahabi atau Baathists dan lain-lain. Ini dilakukan untuk menjadi penghalang di antara orang ramai dan bukti-bukti dakwah. Ramai di antara orang-orang ansar berada dalam penentangan yang berterusan dalam menolak rejim dan mereka tahu selepas kejatuhan Saddam, Allah melaknat mereka, panji kebenaran bukan milik Failaq Badr (77) atau lain-lain tetapi ia adalah milik Al Yamani (as). Jadi sangat memalukan apabila orang ramai menggelar kami Baathists (Parti Baath).
 
Saya telah dipenjarakan di Abu Ghuraib kerana keahlian Failaq Badr saya, yang mana adalah sebuah gerakan pembangkang kepada rejim Saddam terkutuk. Mahmoud al Fayz Hazaa adalah Datuk Bandar Basrah dan terkenal kerana kekejaman beliau. Misi kami adalah untuk menghapuskan penindas ini. Apabila mereka mula-mula menangkap kami, saya berjaya melarikan diri selama enam bulan tetapi tidak seorang pun ahli keluarga mahu untuk menjadi tuan rumah saya kerana takut perkhidmatan perisikan Saddam, semoga Allah melaknatnya. Selama enam bulan saya membuat istikharah untuk pergi ke Iran, Syria atau di mana sahaja untuk melarikan diri tetapi semua pintu tertutup di hadapan saya.
 
Saya membuat istikharah dan menyedari bahawa ia akan menjadi yang terbaik untuk menyerahkan diri saya kepada mereka. Mereka akan meletakkan saya dalam peti sejuk dengan memakai seluar saya sahaja, kami dikenakan arus elektrik, dan kami digantung di syiling. Ini terjadi pada pertengahan 90-an dan sehingga hari ini badan saya masih menanggung bekas-bekas penyeksaan. Selepas saya dibebaskan pada 1999, saya meninggalkan Iraq dengan saudara yang dikenali sebagai Safa al Awady. Kami sentiasa cuba untuk merancang rencana untuk menjatuhkan rejim yang terkutuk itu, kami akan membaca Duaa Nudba bersama-sama dan malah bertanya menghadap laut, "Di manakah kamu wahai Imam Zaman ? Ya Aba Soleh di mana kamu? "
 
 

 
77 Sebelum ini dikenali sebagai Briged Badr atau Badr Korp, sebuah parti politik Iraq yang diketuai oleh Hadi al-Amiri
 

 
 
 
Antara tahun 2004 dan 2005, Dr Abdul Razaq al Derawi menghubungi saya dan bercakap dengan saya. Dia memberitahu saya bahawa seorang utusan telah datang dari Imam Al Mahdi (as). Seram sejuk dirasakan apabila diberitahu sedemikian seolah-olah air sejuk telah dicurahkan di hati saya. Saya bertanya kepadanya bukti dan dia berkata bukti beliau istikharah dan mimpi kerana ketiadaan buku-buku pada masa itu. Apabila saya balik ke rumah, isteri saya memberitahu saya yang muka saya pucat, dan bertanya kepada saya apa yang berlaku. Saya berkata, saya akan Mandi Ghusl (78) dan solat dua rakaat dari solat (sembahyang) istikharah untuk melihat samada Ahmed Al Hassan adalah benar atau tidak.
 
Jadi kemudian saya mengambil Al-Quran dan saya berkata, "Ya Allah, aku hamba yang rendah yang hina dan melakukan jihad demi Mu jadi jika ia adalah benar dan dengan ikhlas maka bimbing saya ke jalannya. Ya Allah, saya mahu bukan sahaja huruf tetapi ayat yang menunjukkan saya jalannya, lalu ayat 69 dari Surah Al Ankabut terpilih kepada saya yang mengatakan, "… dan orang-orang yang berusaha pada jalan kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang berbuat kebaikan. "Jadi saya menelefon Dr Abdul Razak Abu Muhammad dan dia berkata kepada saya bahawa saya perlu membuat dakwah kepada orang ramai.
 
Dalam tahun 80-an saya berada di Najaf dan saya melihat seorang lelaki muda yang duduk dan ada beberapa kertas di bawahnya dan beberapa ketul batu bersebelahan dengannya. Jadi dia berkata kepada saya, "Tuan boleh ambil kertas ini secara percuma." Kertas itu mempunyai istikharah dengan huruf yang Imam Ali (as) ajarkan kepada Syiah beliau. Kawan saya bertanya kepada saya mengenai kertas ini dan saya memberitahunya bahawa saya telah mengambil dari seorang lelaki muda.
 
Kami kembali ke kedai di mana lelaki muda dahulu itu berada dan mereka memberitahu kami bahawa tidak ada orang seperti itu pernah berada di sana dan kami tentu tersilap. Al Yamani (as) adalah orang yang memberitahu kami untuk memohon kepada Allah swt apabila tiada ulama yang mengajarkannya sebelum ini.
 
Apabila saya membuat dakwah di negeri saya, dan memberitahu mereka tentang istikharah mereka akan mengejek saya dan ketawa pada saya. Hanya apabila beberapa buah buku telah diterbitkan seperti 'al Balagh al Mubeen' orang mula melaksanakannya secara serius pada satu tingkat. Saya melihat mimpi (visi) pada tahun 1998 apabila saya berada di Abu Ghuraib, pintu sel adalah kecil dan pintu bengkok ke bawah dan seorang yang tinggi masuk ke dalam sel. Kami sekitar lapan orang dalam satu sel dan kami semua berdiri seperti yang dilakukan di dalam tentera. Dia berjabat tangan mereka dan meletakkan tangannya di atas kepala mereka sehingga sampai pada saya dan dia tidak berjabat tangan dengan saya dan berkata, "Tidak, kamu dalam keadaan baik." Beliau mengeluarkan cincin dari tangannya dan memberikannya kepada saya. Saya terkejut kerana sifat manusia ini bukan sifat Imam Mahdi (as).
 
Saya bangun dan mula menangis. Sayed Mohammed dari parti al Dakwah ada dalam sel dan diminta untuk menafsirkan mimpi . Sayed berkata, "Semua tujuh daripada kami akan dilaksanakan hukuman mati, kecuali kamu. "
 
Selepas tahun pertama memberi dakwah, saya kembali ke Iraq mencari Sayed. Kami membuat doa untuk berjumpa dengannya di salah sebuah daripada husayniyyah ansar. Kami pergi ke Najaf dan kami berada di rumah seorang saudara ketika empat orang lelaki masuk mendapatkan kami. Sebaik sahaja saya melihat beliau, saya teringat visi saya dan berkata beliau adalah orang yang sama. Jadi saya duduk di sebelahnya (as) dan kami tinggal bersama beliau selama 3 hari.
 
Saffa al Awady duduk di sebelah saya dan dia ada segelas air di sisinya dan ia tertumpah apabila Sayed (as) masuk. Dia (as) berkata kepada saya, “Jangan panggil saya Sayed atau Imam, tetapi panggil saya Abu ***. Saya saudara kamu, rakan kamu.” Beliau berkata apabila makanan itu sampai, kami patut makan dari pinggan yang sama besar . Beliau (as ) akan membahagi makanan sama rata antara ansar dan akan meninggalkan bahagian paling sedikit untuk dirinya sendiri. Jadi saya bertanya kepada beliau apa yang yang diperlukan dari kami? Beliau berkata, "Saya telah datang untuk menjadi saksi kebenaran, jika kamu mahu menjadi saksi kepada kebenaran maka buatlah seperti itu. " Itulah apa yang beliau katakan kepada saya.
 
Dia akan melayani kami tidak seperti orang lain, sama seperti nenek moyangnya (as) yang melayan manusia tanpa meminta untuk dilayani. Dia akan menuang teh kepada kami dengan tangannya sendiri.
 
Dia akan meminta bukan memerintahkan kami jika kami mahu pergi ke tempat-tempat suci atau tidak. Sayed (as) sangat sakit, tetapi bertegas untuk pergi dengan kami ke makam Amirul Mukminin (as ​​) dan ke Kufah. Kami pergi ke makam Nabi Ayub (as) dan Imam akan mengajar kami tentang kesabaran, yang paling penting dalam perjalanan ini. Kami berdiri di makam al Kifil di mana ramai nabi dari Bani Israel telah dikebumikan dan dia (as) menjelaskan kepada kami bagaimana nabi-nabi ini berdepan dengan para ulama yang tidak beramal (ghairul amilin). Beliau menjelaskan kepada kami di Maqam Ibrahim bagaimana Ibrahim (as) memusnahkan patung-patung.
 
Saya bertanya kepada beliau (as), kami menyangka bahawa Imam Mahdi (as) akan memenuhi bumi dengan keadilan sebaik sahaja beliau muncul. Jadi beliau (as) berkata, beliau akan mengisinya dengan keadilan tanpa ramai bilangan untuk menyokong beliau. Dia berkata, "Soalannya salah. Soalan sebenar untuk ditanya ialah “bagaimana kami akan mengenali Imam Mahdi (as) apabila beliau muncul?" Beliau bertanya kepada,"Apa yang kamu mahukan daripada Allah swt?" Saya berkata, "Saya mahu kebenaran Allah." Beliau (as) berkata, "Malah dalam kebenaran Allah, kamu mahukan 'keakuan'. Kamu perlu bertanya “apa yang Dia swt kehendaki?” Bahawa Dialah Yang memilih untuk kita dan menetapkan untuk kita."
 
Suatu ketika selepas solat Subuh bersamanya, beliau membawa kepada kami kitab suci Bible dan dia berkata kepada kami, "Seruan kita ada di dalam kitab ini." Jadi saya mengambil kitab itu dan mula membaca tetapi tidak faham apa yang Imam (as) maksudkan. Lalu saya bertanya kepada beliau (as​​) dan memberitahu yang saya tidak faham. Beliau a.s menjawab, “Ia berlaku kepada kamu kerana kamu bergantung kepada pemahaman kamu dan bukan pada Allah swt. Seseorang perlu sentiasa bergantung kepada Allah swt.” Semua ansar mengkaji dan menjadi penyelidik dan pembela dalam dakwah ini kerana kunci yang Al Yamani (as​​) berikan kepada mereka. Beliau menggalakkan saya untuk menulis buku saya yang dipanggil 'Ekonomi Allah dan bukan Manusia.’
 
Kami sampai ke Maqam Imam Mahdi (as) yang merupakan tempat pertama kali beliau (as) bertemu dengan Imam ke-12 (as). Kami pulang dari bermusafir sekitar tengah malam dan suhu ketika itu sangat sejuk. Beliau (as) membentangkan kepada kami cadar untuk kami tidur di atas di tempat di mana kami pertama kali bertemu beliau. Saya tidur untuk seketika dan kemudian bangun dan pergi membersihkan diri ketika saya melihat kasut kami yang sebelumnya berlumpur dan kotor bersih dari segala kotoran. Saya menoleh kepada beliau namun beliau berpaling seolah-olah malu, sayu rasanya di dalam hati saya dan dia mengingatkan saya kepada Isa (as) apabila dia meminta kepada pengikut-pengikutnya untuk membasuh kaki mereka. Dia mengajar kita merendah diri yang murni dan akhlak yang baik. Musuh-musuh dakwah akan mengatakan bahawa pada mulanya orang-orang ansar mempunyai adab yang sangat baik tetapi mereka sesat. Imam (as) sendiri akan memberi kertas kepada orang ramai mengenai dakwah tetapi akan dikutuk dan dihina oleh orang ramai dan tidak mahu semua ansar beliau bertindak balas terhadap perkara tersebut.
 
Saya belajar makna perkataan Khadim yang sebenar daripada beberapa orang ansar: Saya tidak melihat ansar-ansar sombong ke atas satu sama lain, mereka akan bekerja dengan ikhlas, cinta dan kebaikan. Apabila dia memberitahu kamu, "Aku hamba kamu," dia mengamalkannya dan tidak hanya di bibir sahaja. Al Yamani (as​​) tidak pernah (semata-mata) berkata, "Saya hamba tuan” malah beliau akan mengamalkannya. Beliau juga akan memberi wang kepada orang Kristian dan membantu orang-orang mereka yang sakit .
 
Cara terbaik untuk mengetahui kebenaran ini adalah untuk memohon kepada Allah swt – Dia tidak akan menipu kamu atau membiarkan kamu jatuh ke bawah.

Soalan 345: Amalan Untuk Ingatan

Jawab Al Munir, soalan 345

Imam Ahmad Al Hassan AS mengatakan:

“Untuk daya ingatan: Letakkan sedikit madu lebah ke dalam cawan dan tuangkan air suam ke dalamnya. Bacakan Surah Al Fatihah, Ayat al Kursi dan Surah At Tauhid kepadanya. Minum sebelum kamu mengambil sarapan kerana ia akan membantu ingatan anda, insyaAllah. Ulangi amalan ini sebanyak yang mungkin."


س/ أحب القراءة ولكن أجد صعوبة في تذكر ما أقرأه، فهل هناك ما ينفعني في أمر التذكر ؟

أجاب الامام احمد الحسن ع: "وللحفظ: خذ قدحاً وضع فيه قليلاً من عسل النحل، وأضف له ماءً دافئاً واقرأ عليه سورة الفاتحة وآية الكرسي وسورة التوحيد واشربه قبل أن تفطر، فهو ينفع للحفظ إن شاء الله وكرر هذا العمل ما أمكنك".

Biografi Dakwah Al Yamani: Syed Talib Al Safi

Syed Talib Al Safi
 
  • Dilahirkan pada tahun 1971 di Thi Qar, Iraq
  • Mengajar di Hauzah of Imam Mahdi a.s.
  • Seorang guru di Hauzah global Imam Mahdi (as), khususnya dalam pengajaran 'Al Mutasyabihaat dan 'Sesuatu dari tafsiran Al Fatihah’ .
 
Ketika kami berada di Hauzah Najaf, kami mendengar suatu pertikaian yang berlaku dari seorang lelaki yang menyeru untuk reformasi ekonomi dan saintifik dalam Hauzah ini. Beberapa bulan selepas itu, semasa saya berada di rumah abang saya di Najaf, tiga orang berdiri di depan pintu.
 
Mereka bertanya mengenai abang saya dan saya memberitahu mereka bahawa dia tidak ada di rumah. Jadi dua orang dari mereka pergi tetapi orang ketiga tetap menunggu. Beliau memberitahu dua yang lain untuk kembali dan saya menjadi tuan rumah kepada mereka. Jadi mereka mulakan perbualan mengenai Imam Mahdi (as) dan saya dengan serta-merta menjadi beremosi kerana saya mempunyai cinta yang kuat kepada beliau. Mereka berkata kepada saya adakah kamu percaya pada istikharah, jadi saya berkata , "Ya." Saya pernah menentang istikharah sebelumnya dan telah terjadi keadaan yang amat sukar. Mulai dari situ saya bersumpah tidak akan menentang istikharah lagi.
 
Jadi saya bermohon kepada Allah di atas hak al Zahra' (as) tentang kebenaran dakwah ini dan Allah swt menjawabnya. Sebelum dakwah, ketika penindasan berada di kemuncaknya, saya memutuskan untuk menulis surat kepada Imam Kedua Belas (saw ​​) dan meletakkannya di depan makam Amirul Mukminin (saw​​) kerana Imam Mahdi (as) akan melawat datuknya dan meminta kepada Allah swt untuk menunjukkan ini kepada Imam Mahdi (as) dan untuk memberi saya jawapan mengenai kemunculannya.
 
Beberapa bulan selepas itu iaitu pada bulan Ramadan, saya melihat visi di mana saya berada di menara dan melihat orang yang melarikan diri. Saya fikir mereka adalah orang-orang Baath dan Saddam, Allah melaknat mereka. Saya menyangka ia adalah Hari Kiamat. Kemudian saya melihat diri saya di masjid dan ramai orang di dalamnya, kami semua menunggu untuk solat. Jadi saya bertanya kepada orang ramai, "Apa kata kita mencari Imam Mahdi (as) untuk memimpin solat kita?" Dan saya berdiri dan menghadapi kiblat. Saya melihat seorang lelaki yang memakai serban hitam meletakkan kepalanya di antara dua lututnya dan saya berlumba pergi kepadanya dengan lima belas orang lain dan saya mencium tangannya dan berkata kepadanya, "Wahai Tuan kami tidak mempunyai sesiapa untuk memimpin kami."
 
Jadi dia mengarahkan saya supaya mengikut beliau dan beliau menunjukkan kepada saya seorang lelaki yang memimpin orang ramai dan beliau berkata kepada saya, "Orang yang soleh ini adalah wakil saya, maka solatlah di belakangnya." Beliau pergi dan saya ditinggalkan dengan orang-orang lain dan dengan orang yang soleh itu yang saya tidak kenali sebelum ini. Saya melihat beliau memakai pakaian Arab dan tidak mempunyai raut wajah yang baik pada mukanya. Jadi kami mula solat dan apabila kami sampai pada qunoot (74) kami membaca doa al Faraj (diketahui oleh semua Syiah dan Ansar). Kemudian Imam Kedua Belas muncul semula dan berkata kepada saya, "Tidak, tidak, jangan baca doa ini kerana sesungguhnya Allah swt telah membuka perkara bagi saya, tetapi bacalah doa al Tamkeen bagi saya."
 

 
(74) doa yang dilakukan pada rakaat kedua seperti yang disampaikan dari Rasulullah s.a.w.a melalui keluarganya
 

 
Jadi saya bangun dan memberitahu visi kepada abang saya dan beberapa orang lain tetapi secara jujurnya mereka tidak mengendahkannya. Oleh itu, apabila ketiga-tiga orang yang berada di rumah saya memberitahu saya tentang istikharah dan visi, maka saya tidak banyak berhujah dengan mereka kerana kepercayaan saya dalam visi. Jadi saya melihat visi di mana seorang lelaki yang mengarahkan saya ke arah tiga orang yang yang sama saya temui di rumah abang saya dan ia adalah mengenai kertas untuk kewarganegaraan saya. Jadi saya segera percaya dakwah selepas itu dan mula menyeru orang ke arah itu.
 
Kejadian ini adalah pada tahun 2002 sebelum kejatuhan Saddam, Allah melaknatnya, apabila seruan hanya terhad kepada pelajar-pelajar di Hauzah sahaja. Sudah tentu, Imam adalah salah seorang dari tiga orang yang saya temui di dalam mimpi. Saya kemudian pergi ke Masjid al Kufah dan melihat sekitar tiga belas orang, salah seorang daripada mereka adalah Imam (as) dan mereka mengambil risiko solat berjemaah walaupun tidak dibenarkan oleh perkhidmatan risikan Baath.
 
Kemudian, pada suatu malam beliau (as) datang ke rumah saya ditemani oleh ansar lain dan meminta saya untuk segera membawa al-Quran dan membuka Surah Al Baqarah serta mula menjelaskan kepada saya sesuatu yang sentiasa mempersonakan saya iaitu huruf Alif Lam Mim yang tidak bersambungan. Saya tidak tahu bagaimana dia (as) tahu bahawa saya telah menyelidik huruf harfiah ini. Beliau akan duduk bersama kami sehingga Subuh dan tidak akan bercakap selain tentang al-Quran dan menjelaskannya kepada kami.
 
Beliau (as) akan menjelaskan kepada kami laluan di Langit seolah-olah Amirul Mukminin (as) sedang duduk di hadapan kami. Seorang saudara telah tertidur dan apabila dia bangun dia meminta kami untuk mengulangi apa yang dikatakan beliau (as), jadi ia adalah sukar bagi kami untuk berbuat demikian. Jadi seorang ansar mula menjelaskan dan saudara yang bangun ini akan memberitahu kami sebagaimana saudara kamu menjelaskan kepada saya, saya dapat melihat langit satu demi satu sebagaimana kamu jelaskan, seolah-olah saya yang tinggal di sana. Kami kagum dengan keajaiban yang berlaku.
 
Imam (as) memberitahu kami bahawa selepas beberapa bulan dari sekarang, Saddam, Allah melaknat beliau, akan jatuh – kata beliau dalam tempoh lima bulan. Mengenai isu Haydar Mishatit, saya melihat beliau banyak kali menyeru dakwah dan merupakan salah seorang yang terkehadapan dari kalangan mereka yang menyeru kepada Imam. Beliau dibimbing dan diperintahkan oleh Imam a.s sendiri. Pada malam ke-15 Ramadan 2002 Haydar Mishatit mendakwa sebagai Yamani dan bahawa Imam (as) hanyalah utusan Imam Dua Belas (as). Jadi Imam menyatakan bahawa dia telah sesat dan keliru.
 
Pada malam ke-21 Ramadhan, Imam (as) akan menjadi tidak sihat sebagaimana setiap tahun apabila 21 Ramadan datang kerana kesedihan beliau (as​​) kepada Amirul Mukminin (as). Beliau akan berada di atas katil, seolah-olah beliaulah yang ditetak di kepala.
 
Jadi saya bertanya kepada Imam (as), "Ada apa yang tidak kena?" Beliau a.s berkata, "Jangan tanya saya, tanyalah Allah swt." Jadi saya melihat mimpi pada malam itu di mana Imam Mahdi (as) telah memberitahu orang-orang di belakangnya, "Tunggu sehingga saya solat dua rakaat bersama kamu, kemudian kamu boleh pergi." seolah-olah mereka sedang menunggu untuk melarikan diri. Oleh itu, apabila beliau a.s selesai solat, beliau menoleh ke belakang dan semua orang-orang yang solat bersama beliau telah meninggalkan dirinya keseorangan. Jadi beliau (as) bersandar pada pokok kurma, seolah-olah beliau berkata “saya ditinggalkan sendirian”. Jadi saya memberitahu visi ini kepada Imam (as) dan beliau berkata kepada saya insyaallah akan ada yang baik.
 
Kemudian keesokan harinya Haydar Mishatit, semoga Allah hinakan beliau, menyatakan kepada Imam (as) sekali lagi bahawa dirinya adalah Yamani. Imam menasihatkan kepadanya “kembali kepada kewarasan dan jangan tertipu oleh dakwaan kamu serta bertaubatlah daripadanya”. Kemudian Haydar Mishatit meninggalkan Imam (as) dan mula menyeru orang ramai kepada dirinya bahawa dia adalah Yamani. Dan kemudian Allah menghukumnya.
 
Apabila saya teringat hari-hari saya bersama beliau (as), saya akan berasa pilu dan menderita, seolah-olah saya kehilangan air yang akan memastikan saya hidup. Imam (as) akan mendengarkan kanak-kanak kecil sehingga anak itu selesai, beliau akan merendah diri walaupun dengan kanak-kanak (as): merendah diri, berani, pemurah dan segala-galanya yang kamu rasakan sebagai suci dan baik, ada dalam dirinya(as).
 
Beliau (as) akan menangis untuk anak-anak yatim dan sentiasa mengingati mereka. Beliau a.s juga meminta kami untuk menjual perabot yang tidak perlu dan memberi sokongan kepada جيش المهدي, (76 dipimpin oleh al Sadr, untuk melawan Amerika. 
 
Beliau (as) akan memberitahu kita yang paling pengasih di antara kamu ialah orang yang paling berbelas kasihan dengan anak-anaknya. Jadilah seperti Ali bin Abi Talib (as) dengan cara yang sama kamu memberitahu wanita kamu untuk menjadi seperti Fatimah (as). Apa sahaja yang ditemui akan dimakan dan tidak akan meminta sesuatu.
 
Apabila saya mengetuk pintu beliau, dia memberitahu saya, "Ambillah makanan ini dan berikan kepada saudara itu." Saya tidak tahu bagaimana beliau tahu tentang kelaparan orang itu. Kami kerap melihat dia bersama sehelai thob (jubah) dan tidak mempunyai pakaian yang lain atau memakai pakaian yang baru. Beliau mempunyai selipar yang sama. Tidak pernah dirinya meninggalkan Salat al Lail (solat malam). Beliau akan menangis dan mengadu dalam sujud kerana takut kepada Allah swt sehingga suaranya terputus-putus.
 
Beliau (as) tidak pernah menyebut dunya sentiasa mengingati Muhammad dan Keluarganya (as) serta al-Quran. Beliau akan menangis apabila memanggil Nabi s.a.w.a dan Amirul Mukminin (as) serta Fatimah (as). Beliau mempunyai sifat-sifat fizikal yang sama dengan yang disebutkan dalam hadith dan Allah menyaksikanNya.
 

76 'Tentera al Imam al Mahdi'
 

 
 
Saya mempunyai seorang anak perempuan muda yang sakit dan mempunyai kudis di muka dan tiada doktor dapat membantu saya. Penyakit ini menghancurkan mukanya. Imam (as) menyapu tangannya pada mukanya dan membaca beberapa perkataan dan sejak itu sehingga hari ini, tidak ada tanda-tanda sebarang penyakit boleh dilihat di mukanya lagi. Anak perempuan saya juga mempunyai alahan kepada roti dan apa-apa yang mempunyai gandum di dalamnya. Saya pernah melihat dirinya memegang roti dan menyuapkan adiknya membuatkan saya sedih melihatnya. Saya meminta agar dia memegang roti itu dan menyebut, Ya Ahmed pada roti itu, jadi dia menyebutnya dan sejak itu dia akan makan roti tanpa sebarang alahan atau masalah.
 
Kami kadang-kadang tidak ada apa-apa untuk dimakan untuk sarapan pagi dan akan berdoa dengan nama Ahmed (as) dan akan dapati seseorang telah mengetuk pintu dan beberapa piring makanan akan berada di hadapan pintu.
 
Beliau memberitahu kami bahawa dalam masa beberapa bulan peristiwa penting akan berlaku di mana Raja Fahd Arab Saudi akan mati masuk neraka dan hukumannya kekal insyaAllah.
 
Imam (as) akan memberitahu supaya bertolak ansur dengan kesakitan yang disebabkan oleh orang yang beriman dan tidak menyebabkan kesakitan kepada mereka. Beliau (as) akan memberitahu supaya melakukan apa yang baik dan meninggalkan yang jahat. Untuk berdoa kepada Allah swt dalam perkara-perkara dunya dan akhirat. Dia memberitahu saya untuk berlaku adil kepada semua orang, walaupun pada musuh-musuh dakwah: "Jangan mengatakan sesuatu yang tiada pada mereka. Beri musuh kamu hak-hak mereka dan tidak merendahkan mereka. Tunjukkan belas kasihan dan keampunan kepada manusia. Jika kamu Ansar tidak boleh menyembuhkan luka mereka dan membimbing mereka ke jalan yang benar, maka siapa lagi? Bertolak ansurlah di jalan yang mana Allah pilih untuk kamu mengambilnya. Tunjukkan belas kasihan kamu seperti yang dilakukan oleh para Imam (as) kerana jika kamu tidak berbuat demikian maka kamu bukan Ansar saya. "

Biografi Dakwah Al Yamani: Sheikh Hazim Al Mukhtar

Sheikh Hazim Al Mukhtar
  • Dari Iraq
  • Memasuki Hauzah semasa di awal alaf baru
  • Pada tahun 2002 ditawan oleh orang-orang Saddam dan diseksa bersama-sama dengan yang lain.

Apabila kami bersama-sama dengan Imam (as) di Najaf dia akan mengirim salam (61) beliau kepada Amirul Mukminin as dari jauh dan kemudian dia akan menjawab wa 'alaykum al salam 62. Pada 2002 saya telah dipenjarakan oleh orang-orang Saddam, Fidayeen, laknat Allah atas mereka. Saya telah diseksa bersama mereka yang lain. Saya adalah seorang mukmin dalam dakwah pada masa itu. Jadi saya membuat nazar (63), "Wahai Imam, Wahai Sahib al Zamaan!" (64) menjerit dari kesakitan dan penyeksaan, serta berkata, "Ya Zainab."

 

Imam Mahdi (as) datang ke dalam penjara dan seorang budak bersama beliau yang berusia dua belas tahun. Sudah tentu semua orang sedang tidur. Jadi Imam Mahdi berdiri di kepala saya dan beliau mengangguk kepala dan anak beliau yang bersamanya merebahkan dirinya kepada saya dan mula menangis dan menyapu tangannya ke atas kepala saya sehingga semua sakit hilang dan kemudian melalui badan saya sehingga semua sakit hilang dan budak ini yang mengelapnya. Saya sangka budak itu adalah Malaikat Maut. Imam Mahdi berkata kepada budak itu, "Berdiri anakku, dia bersama kita daripada pengikut kita." Saya terus berkata, "Semoga Allah melaknat orang-orang Saddam." Kemudian apabila mereka datang kepada saya mereka akan memukul saya semau-maunya, tetapi saya tidak merasa apa-apa!! Semuanya tidak sakit. Beberapa tahun kemudian saya melihat Imam Ahmed (as) di Najaf dan kemudian saya teringat terhadap kanak-kanak tersebut … beliau adalah Ahmed pada tahun 2002.

 

Apabila saya belajar di Hauzah di mana saya bertemu dengan Imam (as) dan melihat bagaimana beliau sedih tentang bagaimana orang menolaknya terutama para ulama yang menolak rancangannya untuk islah (65). Sayed tinggal di rumah saya selama beberapa tahun sehingga akhir tahun 2007/2008.

 

Rumah saya menjadi sasaran samseng, dengan itu, apabila seorang lelaki dari Hilla datang ke makam Amirul Mukminin (as) dan bertanya tentang dakwah, orang menunjuk ke arah rumah saya. Ramai orang dari seluruh Iraq akan datang untuk menemui Imam di rumah saya. Jadi dakwah bermula dari rumah saya dengan cara yang ketara.

 

Sheikh al Zayadi dan lain-lain akan datang ke rumah saya untuk mendapatkan maklumat dakwah ini. Sayed (as) sendiri akan mengalu-alukan orang ramai dan beliau akan memaklumkan dan memberi dakwah sendiri kepada orang-orang dari semua mazhab dan kepada pengikut mana-mana ulama. Satu hari, seorang sheikh dari Nasiriyyah datang dan Sayed memberitahu bahawa dia akan beriman, walaupun dia adalah seorang pengikut Sistani yang degil.

 

61 salam
62 Dan salam sejahtera kepada kamu

 

63 Ikrar
64 Pemilik Zaman
65 Perbaikan


 

Selepas Maghrib, Imam (as ) akan mengajar kami di Masjid al Kufah dan Masjid al Sahla, sampai pagi. Pada satu malam, ada pelajaran yang berat sehingga kami tidak dapat memahami dengan mudah sehinggalah seorang ansar yang mendengarnya menyaksikan kashf tentang apa yang Sayed akan cakap dan mengajarkan kepada kami. Seperti Imam Ali (as ), beliau akan berkata, " Tanyalah aku sebelum kamu kehilanganku." Saya kemudian bertanya soalan dari Al-Quran selepas Maghrib kerana Quran itu sentiasa di tangannya. Dia akan beribadat sehingga fajar.

 
Ansar bertanya kepada beliau di malam itu dan salah seorang daripada mereka ialah Sheikh Nathim Uqaily. Beliau bertanya kepada saya lebih dari sekali, "Adakah kamu mempunyai soalan?" Saya berkata, " Tidak," tetapi beliau berkata, "Saya boleh melihat jiwa kamu memberitahu saya kamu mempunyai soalan." Sayed mula bercakap tentang kisah Nabi Ibrahim dan kemudian saya berkata, "Ya, ya, Sayed. Soalan saya adalah berkenaan yang ini." Saya bertanya kepadanya tentang kisah Hajar dan Isma'il as. Jadi saya mengucapkan syukur kepada Allah dan bersujud. Sayed akan menjelaskan dan saya akan melihat apa yang beliau cakap mengenainya: kashf berlaku pada saya dalam Kerajaan Langit: Saya juga menyaksikan Ismail dan Hajar minum dari air yang Hajar lihat. Dia akan bercakap tentang langit dan kami akan melihat mukjizat keluar dari mulut beliau 24-7.
 

Suatu waktu Sheikh Nathim menjemput kami dan Imam (as), Sayed menjelaskan al-Quran tetapi saya tidak dapat memahaminya sehingga saya melihat malaikat menjelaskannya di telinga saya dan malaikat menjelaskan kepada kami dalam Kerajaan Langit begitu juga Adam dan Nuh dan ramai nabi mengajar kami melalui kata-kata Imam … keajaiban demi keajaiban… melihat cahaya peribadi-peribadi ini, yakni para Nabi di Kerajaan Langit … semua mereka membantu kami dengan berkat Ahmed seolah-olah kami berada di langit sepanjang masa. Saya melihat Isa dan lain-lain, cahaya selepas cahaya. Imam (as) akan sentiasa menyarankan kepada kami untuk belajar kata-kata Imam dan al-Quran kerana Nabi dan Imam Ali bercakap kepada semua orang bukan seperti para ulama yang mendakwa bahawa hanya mereka sahaja yang memahami Tsaqalain.

 

Dia sangat sabar dengan kami tidak pernah bosan dengan sesiapa pun, ada yang buta huruf pun akan duduk dengannya – itulah kezuhudan Ahmad (as).

 
 
Semua ansar pada masa itu mempunyai visi(mimpi) yang mereka saksikan. Satu hari Sayed (as​​) telah memakai Abaya yang koyak kerana ia tersangkut pada pintu dan kemudian dia berkata, alhamdulillah pada semua perkara, tidak pergi membeli yang baru.
 
Rumah Imam adalah bersebelahan dengan Masjid al Sahla dengan dua bilik di luar dari kedua-dua bilik yang memisahkan kanak-kanak daripada tetamu dari Qasab. Dia tidak pernah mempunyai lebih daripada dua thob (68). Dia akan menerima hadiah dan akan memberikannya kepada ansar dan tidak pernah menyimpannya untuk diri sendiri. Dia akan mencuci pakaian yang sama dan memakainya apabila dia mandi. Beliau amat berani dan akan makan sedikit, tidak tidur banyak, kadang-kadang sampai 3 hari berturut-turut. Dia akan duduk di sebelah pintu dalam majalis (69), tidak mencari perhatian dengan duduk di tengah-tengah seperti orang lain.
 

Imam (as) akan keluar dengan kami dan membuat dakwah dan akan berkata, "Saya seorang hamba untuk debu-debu kamu, ya ansar."

 

Kami melihat malaikat solat di belakangnya di Kerajaan Langit. Beliau adalah bapa kepada kami semua dan membantu bapa saya ketika beliau berada di rumah saya dan akan membawa tangki gas di atas bahunya bersama kami melayan kami dalam segala hal.

 

Dia akan berdiri di barisan dan menunggu dengan orang ramai dan membantu mereka sebelum dirinya. Di satu ketika anak saya yang bernama Mohammed telah sakit jadi dia duduk di pangkuan Imam dan membuang air kecil di pangkuan Sayed dan kami menjadi marah namun Sayed berkata, "Tidak, saya akan mencuci pakaian saya sendiri, jangan risau." Sama seperti datuknya Aba al Zahraa' apabila perkara yang sama berlaku dengan beliau di Madinah.

 

Sayed (as) pergi ke Basrah dan mengorbankan haiwan untuk anak saya dan kemudian kembali ke Najaf hanya untuk anak saya. Kemudian Sayyid berkata sebelum pembinaan Husayniyyah di Najaf bahawa dia membuat persiapan untuk maseera (70) di Najaf. Untuk yang pertama, orang-orang ansar yang datang ke rumah saya dan Sayed berbicara kepada mereka pada waktu malam dan berkata kepada kami, "Kita tidak tahu apa yang akan terjadi esok maka jika kamu mahu Dunya maka jangan bersama saya esok."

 
Keesokan harinya adalah hari yang ketiga belas Rajab, hari kelahiran Amirul Mukminin (as), jadi kami berarak ke Masjid al Kufah ke Makam Imam Ali (as) dan seramai tujuh puluh dua orang atau tujuh puluh tiga seperti di Karbala pada hari Kesepuluh. Sayed membawa kami dengan ketinggian dan ketampanan beliau. Kami mengatakan bahawa kebenaran telah datang dan mula melaungkannya dengan kuat. Itu adalah di sekitar 2003/2004 sehingga kami datang ke Jalan Rasul di mana Sistani mempunyai pengaruh yang besar dan kami mendapati Failak Badir membuat sekatan jalan raya bersama senjata bersedia untuk menembak kami. Kami semua berdiri teguh dan tidak menoleh ke belakang, kami bertakbir Allah Akbar (71), bertahlil tidak ada tuhan melainkan Allah dan lain-lain untuk menakut-nakutkan mereka. Sayyid melaungkan Allah Akbar sebanyak 7 kali dan mereka segera membuka jalan, mereka tidak dapat menghalang beliau (as).
 
 

67 Pujian / syukur kepada Allah
68 pakaian jubah panjang
69 Perhimpunan atau persidangan
70 Perarakan
71 Allah adalah lebih besar daripada semua
 

 
 
Kami tiba di makam Imam Ali (as) maka kami berbelok ke arah Kufah, para ulama akan meludah pada kami dan mengutuk kami dengan bahasa kesat, sehingga kami tiba di makam Muslim ibn Aqeel (as) mereka mula membaling batu pada kami dan kami melihat seorang wanita memegang tulang rusuknya dari jauh (72), kalian mengenali siapa dirinya, dan kami mula berpecah ketika direjam. Mereka menghantar polis di belakang kami dan orang Amerika untuk menakutkan kami, tetapi kami bertekad untuk tidak berasa takut. Haydar Mishatat telah meninggalkan kami – si munafik – dan akhirnya kami sampai ke Masjid al Kufah. Mengalami pendarahan namun dalam masa yang sama berasa gembira kerana melihat para nabi dalam perjalanan dan melihat Fatimah (as) memanggil kami dan memberi semangat pada kami. Imam (as) di tengah-tengah kami tenang dan berzikir kepada Allah tidak pernah lekang dari lidahnya.
 

Imam (as) sendiri akan memberi dakwah kepada orang ramai, maka kami mendapat sebidang tanah di Najaf untuk membina husayniyyah melalui sedekah dari para ansar. Yang pertama menderma adalah Imam sendiri walau keadaan beliau adalah salah seorang yang paling sukar (as). Sayed akan membina bersama-sama dengan kami, seperti Nabi s.a.w.a(73) membina Masjid al Nabawi. Beberapa orang ansar akan datang dari merata tempat dan akan tidur di Husayniyyah hanya untuk membantu Sayed (as).

 

Kemudian seorang lelaki muda datang kepada kami, dia berkata, "Saya mendapat mimpi / visi, saya melihat seorang lelaki dengan cahaya yang datang untuk membina husayniyyah.” Lalu kami memberitahu beliau mengenai dakwah dan beliau akhirnya beriman. Sayed (as) adalah yang paling kuat berkerja di kalangan kami, dan jarang berehat, walaupun dalam kepanasan cuaca Iraq. Beliau mengumpulkan kayu untuk kami, dan lain-lain sehingga Husayniyyah siap dibina akhirnya dan ia digelar Husayniyyah Ansar al Imam al Mahdi yang dibina daripada tanah liat dan bumbungnya dari dahan pokok seperti Masjid Nabi. Ulama akan mentertawakan kami: "Haha! Filem The Message Bahagian 2" Tiada permaidani melainkan pasir di dalam masjid dan beliau akan sentiasa mengajar kami – ia adalah perkara yang terbaik. Beliau suka duduk di atas pasir dan beliau mengajar kami Quran dan lain-lain.

 
Buku pertama Sheikh Nathim (ditulis) dalam husayniyyah ini. Kitab Al ‘Ijl telah ditulis oleh Imam pada masa itu. Ia adalah hari-hari istimewa yang tidak akan dilupakan. Kemudian orang-orang datang menerima dakwah dan ia tersebar. Kami akan makan roti kering dan bawang … itulah yang kami makan dengan Imam (as).
 

Para ulama mencipta dan menyebarkan khabar angin mengenai kami bahawa kami minum arak di Husayniyyah dan berbohong kepada orang ramai. Para ulama mula mengadu kepada kerajaan. Sayed akan memberitahu kami untuk melayan orang-orang yang pergi ke Makam Amirul Mukminin dengan makanan, teh, dan lain-lain kepada para pengunjung miskin. Kemudian polis datang kepada kami dan Imam (as) bersama kami dan Imam berkata kepadanya, "Ya, bagaimana saya boleh membantu … bom apa yang kamu cakapkan, wahai pegawai polis?" akhirnya pegawai polis memohon maaf dan pergi.

 
Sayed (as) akan keluar dengan kami apabila mengetahui bahawa ansar beliau akan dipenjarakan, atau dibunuh oleh musuh-musuh. Selepas beberapa lama dakwah yang semakin meluas, polis pergi ke Husayniyyah dengan kasut mereka dan menangkap Ansar dan seorang pegawai polis berada di sana yang bernama Ghaleb Aljazairi mahu memusnahkan Husayniyyah, sudah tentulah dengan bantuan Yankee Amerika. Jadi mereka mula memusnahkan Husayniyyah, atas arahan ulama – semoga Allah melaknat mereka semua. Kemudian anak-anak Ghaleb Aljazairi terbunuh di Karbala '- balasan dari Allah swt. Mereka juga memusnahkan al-Quran di Husayniyyah, bukan hanya batu dan tanah liat – dasar syaitan. Kami menangisi husayniyyah yang musnah ini kerana ia dibina oleh Sayed (as) sendiri.
 
 

 
72 Ini adalah Fatimah Zahra ' as yang telah muncul untuk menggalakkan Syed dan Ansar
73 Nabi Muhammad s.a.w.a

 
 

Soalan 537: Pengangkatan Istana Balqis

Dicipta dalam 6 hari 0004
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
 
والصلاة والسلام على خير الخلق محمد وعلى آل يس والأئمة المهديين وسلم تسليماًإلى الإمام أحمد الحسن والأنصار،
 
الله يشهد والملائكة وأنتم أعلم بما هو عليه الآن من اليقين من قراءة كتبكم وبياناتكم وحججكم، ولكن أسرد موضع لي لكي يطمئن قلبي
 
Salam atas kamu rahmat Allah dan berkatNya.. Selawat dan salam dan atas sebaik-baik penciptaan Muhammad dan Aali Yasin (Muhammad) dan Imam-imam dan Mahdi-mahdi serta salam pengiktirafan.
 
Kepada Imam Ahmad Al-Hassan dan ansar sekelian. Allah dan malaikat-malaikat menyaksikan, tuan mengajarkan apa yang ia kini merupakan keyakinan serelah membaca kitab dan keterangan dan hujjjah-hujjjah tuan yang kukuh, tetapi saya akan menyenaraikan pertanyaan saya untuk meyakinkan hati saya:
 
Pertamanya Kisah menteri (wazir) Nabi Sulaiman (as), Ashif bin Barkhia, kami berharap Imam dapat menerangkan hujjah-hujjah yang ada kepada kami; kerana alam Aali Bait dan Baqiah Allah sahaja yang dapat menenteramkannya.
 
S1: Apakah Kisah menteri (wazir) Nabi Sulaiman (as), Ashif bin Barkhia apabila dia membawa takhta Balqis?
 
S2: Apakah nama yang betul yang tuan tahu bagi menteri (wazir) Nabi Sulaiman (as)?
 
S3: Apakah nama kitab tempat dia mengambil ilmu darinya seperti yang disebutkan dalam Al-Quran?
 
S4: Apakah ilmu yang diambil dari kitab itu?
 
S5: Adakah Ashif membawa takhta dengan berdoa, atau apa? Dengan zikir-zikir? Jika ia merupakan satu doa atau sesuatu yang lain saya berharap tuan boleh menyatakannya?
 
Q6: Terangkan bagaimana takhta diangkat dari satu tempat ke tempat lain?
 
Semoga Allah menambah ilmu Al-Laduni dan melimpah cahaya atas tuan  dan cahaya-cahaya atas ansar-ansar tuan  yang tidak padam-padam walaupun dibenci oleh orang-orang musyrik.
 
Saya berharap agar ansar dapat menghantar soalan-soalan saya kepada Imam yang ma'sum dan merayu kepadanya agar mendoakan saya menyedarkan hati saya dan semoga berjaya dan tetap mengikut Khalifah Allah dengan bia’ah dan dan menyaksikan berketerampilan yang sungguh indah.
 
Penghantar: Abu Al-Redha – Oman
 

Jawapan:
 
بسم الله الرحمن الرحيمالحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً
 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
 
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.
 
﴿قَالَ الَّذِي عِندَهُ عِلْمٌ مِّنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرّاً عِندَهُ قَالَ هَذَا مِن فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ﴾
 
Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari Al Kitab: "Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip". Maka tatkala Sulaiman melihat singgasana itu terletak di hadapannya, iapun berkata: "Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencuba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia"). Al-Naml 27:40.
 
Semoga Allah memberikan kejayaan kepada anda semua dengan yang baik, dia adalah Washiy Nabi Sulaiman iaitu Ashif (as). Ada pun cara dia membawa takhta itu adalah dengan mengangkat dan saya telah menerangkan dan menjelaskannya, dan ia diterbitkan dalam kitab-kitab dan anda boleh membacanya.
 
Oleh kerana di sana tidak ada masa dan ruang untuk menjejaskan kerja pengangkutan, kerana semua urusan itu hanyalah pada menentukan pengangkatan pada dua tempat dan kemudian mengangkat takhta itu dari tempat pertama ke tempat kedua pada masa yang sama, dan dalam kerja mengangkat, tidak ada masa dan ruang, oleh itu tidak ada gerakan yang menyebabkan terlewat dalam mengangkutnya.
 
Apakah ilmu dari Al-Kitab, ia bukan hanya lafaz atau bantuan tetapi sebaliknya ia adalah hakikat yang kelihatan dan nyata (zahir dan tajalli) dalam halaman kewujudan manusia apabila dia ikhlas kepada Allah SWT dan setiap manusia mengikut tingkatannya. Seperti yang anda boleh lihat bahawa apa yang ditunjukkan (ditajallikan) oleh Ashif (as) adalah sebahagian daripada Al-Kitab:
 
﴿قَالَ الَّذِي عِندَهُ عِلْمٌ مِّنَ الْكِتَابِ﴾
 
(Berkata seorang yang mempunyai ilmu dari Al-Kitab), kerana apa yang ditunjukkan (ditajallikan) oleh Muhammad dan Aali Muhammad (as) ia adalah Al-Kitab seluruhnya sehingga mereka sendiri menjadi Kitab Allah SWT.
 
Allah SWT berfirman:
 
﴿وَيَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُواْ لَسْتَ مُرْسَلاً قُلْ كَفَى بِاللّهِ شَهِيداً بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ وَمَنْ عِندَهُ عِلْمُ الْكِتَابِ﴾
 
(Berkatalah orang-orang kafir: "Kamu bukan seorang yang dijadikan Rasul". Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu, dan antara orang yang mempunyai ilmu Al-Kitab."), [Al-Ra3d 13:43]
 
Ini adalah kesaksian Ali (as), dan Allah SWT telah jelas menjelaskan bahawa Ali (as) adalah Kitab Allah dan semuanya disenaraikan di dalamnya, Dia SWT berfirman:
 
﴿إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي الْمَوْتَى وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا وَآثَارَهُمْ وَكُلَّ شَيْءٍ أحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ مُبِينٍ﴾
 
(Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam (Kitab) Induk yang nyata.). [Yaa Sin 36:12]
 
Maka ketahuilah Allah menyesuaikan kepada kamu bahawa Kitab ini dari satu sisi adalah satu Tajalli Allah dalam penciptaan dan ia adalah Shurah Allah dan ia adalah Insan Kamil dan ia adalah Muhammad dan Aali Muhammad (as). Dan jika anda membaca apa yang saya tulis dalam buku, insyaallah anda akan diberi kejayaan untuk mengetahui bagaimana untuk menjawab soalan-soalan ini dan banyak lagi. Semoga Allah memberikan kejayaan anda dan menetapkan langkah-langkah anda untuk mengenal kebenaran.
 
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
Dan salam atas kamu, dan rahmat Allah serta keberkatannNya.
 
ni adalah sebahagian daripada apa yang terdapat dalam Kitab [Ma3aa 3abdu Al-Sholeh] ini mengenai mengangkat dan ia disiarkan dalam laman web Ansar Al-Imam Mahdi (as) dan anda boleh membacanya:
 
Maksud mengangkat
 
Kenyataan mengenai cara mengangkat, dan ia adalah perkara kedua yang tinggal dari soalan sebelum ini di mana saya bertanya 3abdu Sholeh (as) mengenainya, dan saya berkata, "Sesungguhnya kami tidak berjaya menjelaskan cara mengangkat, atau saya tidak mengatakannya dengan jelas dan baik.
 
Jadi dia (3abdu Sholeh (as)) menjawab, (Berhubung dengan cara mengangkat saya akan berikan contoh, namun adakah anda tahu kalkulus dan penyatuan dalam matematik? Kerana contoh ini bergantung kepadanya.)
 
Jadi, saya berkata, "Saya tidak tahu."
 
Jadi dia (3abdu Sholeh (as)) berkata, (Alhamdu Lillah, adakah anda tahu garis lurus? Adakah anda tahu “infiniti” (tiada had/tak terhingg) yang dimaksudkan dalam matematik?
 
Walau apa pun, saya akan cuba untuk meletakkannya dalam cara (bentuk) yang semudah mungkin,
 
Andaikan anda mempunyai sebatang  kayu (tongkat/turus) dan anda meletakkannya secara menegak, kedudukan teratas bagi diri orang itu, atau tinggi orang itu, dan yang paling rendah bagi jasad orang itu, namun saya meminta anda mengambil perhatian bahawa ia adalah satu contoh dan bukan keadaan yang sebenarnya.
 
Sekarang, bahagikan kayu ini ke dalam keratan-keratan dalam fikiran anda, walau bagaimanapun, untuk hasil yang terbaik, keratan-keratan ini hendaklah yang sekecil (nipis) mungkin. Sekarang, lihat keratan-keratan ini, berapa banyak bilangannya?
 
Untuk mengetahuinya, anda perlu membahagikan panjang batang kayu dengan panjang keratan-keratan, jadi sebagai contoh jika panjang batang adalah 1, dan panjang keratan-keratan adalah sekecil mungkin, Adakah anda tahu berapa banyak jumlah yang lebih kecil yang sama panjang? Jumlah terkecil bentuk kewujudan, ia bukan sifar, tetapi hampir kepada sifar. Dan kerana nombor-nombor itu tidak terbatas, Ia tidak boleh dihadkan, tetapi mustahil untuk membayangkannya. Jadi ia bukan satu persepuluh, kerana seperseratus adalah lebih kecil, begitu juga satu per seribu lebih kecil, dan seterusnya, Jadi anda boleh menambah sifar hingga ke akhirnya, Oleh kerana jumlahnya adalah tak terhingga, jadi tanggapan kita hasilnya dengan hasil daripada pembahagian kepada sifar..
 
1/10 = 0.1
 
1/100 = 0.01
 
1/1000 = 0.001
 
1/1 000 000 = 0.000001
 
Jadi hasil daripada membahagikan panjang batang (kayu) kepada sifar yang sama panjang infiniti (tak terhingga). Dan kerana bilangannya bukan sifar sebaliknya ia adalah dekat dengannya, hasilnya akan menjadi seperti firman Allah,
 
﴿وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا﴾
 
{Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya.}, [Al-Nahl 16:18]
 
Bermakna ia adalah mungkin untuk dikira; dari segi kemungkinan ia boleh dikira, tetapi pada hakikatnya adakah ia boleh dikira? Tidak, { Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya.}.
 
Sekarang, ayat ini juga menjelaskan kepada anda maknanya, mungkin sebelum ini anda telah bertanya diri anda: bagaimana nikmat Allah tidak boleh dikira dan bagaimana saya tidak boleh menghitungnya, walaupun pada zahirnya ia boleh dikira, bukankah begitu? Berapa banyakkah nikmat itu. Biarlah ia menjadi sebarang bilangan, ia masih boleh dikira. Walau bagaimanapun ia telah dijelaskan kepada anda mengapa ia tidak dapat dihitung, atau bahawa ia mustahil untuk dihitung pada kenyataannya, kerana pada hakikatnya ia melimpah ke atas semua kewujudan manusia, pada semua perwujudannya (Tajalliat). Jika anda mahu mengira semua perwujudan (Tajalliat) manusia, adakah mungkin anda dapat menghitungnya? Saya telah menjelaskannya dalam bentuk contoh bahawa ini adalah mustahil, adakah ia jelas sekarang?)
 
Jadi, saya berkata, "Ya."
 
Maka dia (3abdu Sholeh (as)) berkata, (Jangan berkata "Ya" jika ada sesuatu yang tidak jelas)
 
Dan sesungguhnya terdapat suatu perkara yang samar-samar dan tidak jelas, saya menyatakan dengan jelas dalam soalan saya, jadi saya berkata, "Adakah perwujudan (Tajalliat) manusia bermakna keadaan-keadaan yang berbeza yang dilalui seperti berdiri, duduk dan … dan …"
 
Jadi dia (as) berkata, (Tidak, saya akan berikan satu lagi contoh: marilah kita menganggap bahawa manusia adalah cahaya yang saya mahu ia sampai (pindah) ke suatu tempat tertentu, dan anda membuka sumber cahaya di suatu tempat, jadi bagaimana cahaya dihantar dari sumber dan dari tempat ke tempat yang lain? Ia berlaku oleh perwujudan (Tajalliat) pancaran demi pancaran ke arah sasaran pancaran-pancaran ini -. pergerakan pancaran-pancaran – ia adalah perwujudan (Tajalliat) manusia. yang pada hakikatnya, malah ianya kekal sebagai. pancaran-pancaran yang berterusan dan sentiasa diperbaharui, kerana sumbernya sentiasa menghantarnya. Jika penghantaran terputus, manusia akan binasa (mati) dan kembali kepada tiada.
 
Sekarang, jika saya membuat anda melangkah beberapa langkah ke belakang, ia tidak akan mengubah sesuatu pada anda. Anda hanya akan dapat dilihat dalam Alam Jasmani (dunia fizikal), dan anda akan mempunyai sebuah badan (jasad) yang lebih bersifat nur (banyak cahaya) dan tidak dibebani dengan kegelapan; inilah yang mengangkatnya dan ia adalah martabat. Jika saya mahu anda kembali beberapa langkah, anda akan dapat dilihat dan apa yang diperlukan (hajatkan) oleh penghuni di Alam Jasmani (dunia fizikal) untuk tinggal di dalamnya, demikian juga orang yang diangkat di antara manusia dan dia tiada padanya.
 
Oleh kerana manusia sebenarnya diibaratkan wujud perwujudannya (Tajalliat) yang bilangannya adalah dekat dengan yang tidak terhingga, Maka nikmat Ilahiyah kepadanya begitu banyak (tidak terkira). Sebagai manusia (fitrah manusia) terletak berhampiran dengan yang tidak terhingga, Dia adalah Allah SWT. Dia adalah Shurah Al-Lahut (Imej Ketuhanan). Itulah sebabnya Ali (as) berkata dalam menggambarkan keadaan manusia, "Anggaplah diri kamu menunjukkan yang kecil, sedangkan kamu berada dalam alam yang lebih besar." maka mungkin kamu akan dipayahkan, ataumenganggu mu, maka maafkan aku.)
 
Ahmad Al-Hasan
 
Muharram / 1432
 
✡✡✡✡✡

Biografi Dakwah Al Yamani: Syaikh Habib Al Sa’edy

Syaikh Habib Al Sa’edy
 
  • Bermastautin di Basrah , Iraq
  • Menyertai Hauzah pada akhir tahun 90-an
  • Salah seorang yang pertama beriman dalam da’wah
 
Menjelang akhir kehidupan Sayed Sadr, saya pergi ke Hauzah di Najaf. Selepas syahidnya (34) Sayed Sadr, saya bekerja di Hauzah di atas kapasiti rasmi dan saya tinggal berdekatan dengan maqam Amirul Mukminin (as​​) dalam Madrasat al Qawam, berhampiran dengan kubur at-Tusi (35). Saya datang ke Hauzah untuk mencari seseorang yang boleh memberitahu saya tentang Yamani atau bertemu dengan Al Yamani itu sendiri, serta Imam Kedua Belas (as).
 
Sejak zaman kanak-kanak saya, datuk saya telah mengajarkan saya tentang Imam Mahdi (as). Beliau mempunyai pedang khas yang ingin diberikan kepada Imam Kedua Belas. Beliau telah memilih hari-hari tertentu setiap tahun di mana beliau akan mempamerkan pedangnya kepada orang ramai. Beliau adalah seorang yang kuat beragama dan telah bertemu dengan Imam Mahdi (as) serta al Khidr (as). Selepas datuk saya meninggal dunia, kami keluarga jatuh cinta dengan Imam Kedua Belas (as) dan apa jua yang berkaitan dengannya. Ramai orang di Basrah menjadi Ansar dan memberitahu saya bahawa saya akan menjadi Ansar apabila saya dewasa kelak. Sudah tentu ada juga orang-orang memberitahu saya bahawa penyokong Yamani membawa ajaran sesat dan juga orang Parti Baath (iaitu Dari Saddam parti pemerintah ).
 
Orang ramai terkejut dan mereka akan bertanya kepada saya soalan-soalan seperti:, “Kenapa kamu tidak ambil berat tentang Dunya kamu? Apa yang tidak kena dengan kamu?,“ Saya mula belajar perkara ini dari saudara-mara saya dan kami menyedari bahawa Yamani adalah salah satu tanda besar! (36)
 
Jadi berdasarkannya dan visi-visi yang kami terima, kami bersetuju bahawa perkara berkaitan Imam Kedua Belas akan bermula dari Hauzah. Jadi saya memutuskan untuk pergi ke Najaf untuk melihat sama ada Imam kedua belas atau Yamani akan muncul di Najaf.
 
Ketika saya tiba saya ingin belajar 2 pekara berat (37). Saya terkejut bagaimana pelajaran ini ditinggalkan oleh Hauzah tersebut.
 
 
 

34 Feb 19, 1999
35 Ini adalah Syaikh Abu Jaafar Muhammad b. al -Hasan b. Ali b. al-Hasan al-Tusi (996AD/385AH – 1045AD/436AH ), juga dikenali sebagai Syaikh al Ta’ifah yang menulis Tahdhib al Ahkam dan al-Istibsar, dua buku terkenal di ketetapan Fiqh Islam dan Perintah
36 Ia adalah salah satu daripada lima tanda-tanda utama kembalinya Imam Mahdi (as )
37 Sebagaimana dijelaskan dalam hadis al tsaqalain: Qur'an dan Itrah (keluarga dekat) Muhammad. Syeikh mengkritik kurikulum Hauzah, mungkin atas alasan yang sama bahwa Syed Ahmed mengkritiknya: karena tidak fokus pada ajaran Islam, tetapi fokus pada disiplin ilmu yang intinya bukan untuk Islam contohnya falsafah,  seperti yang akan disebutkan kemudian.
 

 
 
Keluarga saya akan bertanyakan tentang Yamani (as) dan mereka mendorong saya untuk bergabung dengan Hauzah tersebut. Ketika saya berada di sana, saya akan bertanya kepada ulama tentang Yamani, bukan tentang Ulum (38) yang tidak berharga seperti filsafat dan logika (39). Kami mahasiswa membentuk sebuah kelompok yang akan mencari siapa saja yang memiliki ikatan dengan Imam Kedua Belas.
 
Kami pergi ke Baghdad untuk berjumpa dengan seorang lelaki yang dikaitkan dengan jiwa yang murni (Nafs al Zakiyya) seperti yang diberitahu oleh beberapa orang kepada kami. Saya bertawassul kepada Amirul Mukminin (as) untuk menyelamatkan saya dari orang-orang yang sesat di Hauzah tersebut. Saya menjadi tertekan.
 
Kemudian beberapa orang telah menyatakan kepada saya tentang utusan dari Imam Kedua belas a.s yang telah muncul di Najaf setelah jatuhnya Saddam.
 
 
Saya terus bertekad untuk berjumpa dengannya iaitu Yamani (as). Kami membuat istikharah dalam usaha untuk menentukan tempat di mana utusan akan berada. Seorang lelaki telah memberitahu saya bahawa beliau berada di Hay al Nasr di rumah Abu Hazim (40)
 
Kami pergi ke sana dan masuk ke rumah Abu Hazim. Mereka meraikan kami, lalu saya dan seorang lagi sheikh bertanya mengenai bukti-bukti dakwah.
 
Kami kemudian mahu melihat bagaimana ikhlasnya ansar ini. Setelah kami pulang, saya telah membincangkan dakwah ini dengan Sheikh dan kami merasa kagum dengan kaum Ansar ini.
 
Buat kali kedua saya pergi sekali lagi dengan beberapa syeikh, saya begitu bersemangat kerana saya menjadi semakin berharap. Sheikh tersebut meminta saya untuk melakukan istikharah menggunakan al-Quran, saya meminta kepadanya untuk melakukannya untuk saya. Ayat yang didapati adalah ayat (41) yang datang dari ayat 23 dalam al Zariyat 51 "Maka Demi Tuhan langit dan bumi, Sesungguhnya itu tetap benar, sebagaimana benarnya kamu dapat berkata-kata." Saya mula berpeluh apabila mendengar ayat ini kerana ia adalah kata-kata Allah kepada kita secara langsung. Apabila ia berlaku saya mendapat lebih keyakinan dan saya semakin kerap berdiskusi dengan para Ansar.
 
 

38 Uloom harfiah diterjemahkan sebagai 'ilmu', bagaimanapun, ini adalah cabang dari ilmu-ilmu sosial dan ilmu bukan individual dalam diri mereka.
39 Ini bukan sama sekali kritikan terhadap penggunaan logika, malah, Sayed Ahmed (as) mendorong penggunaan logika dan pemikiran rasional terutama ketika membaca buku-bukunya. Kritikan ini ditujukan kepada mempelajari المنطق (diucapkan al Mantiq) yang melibatkan pelajaran terminologi yang merupakan sifat semulajadi untuk orang yang berakal logik, sehingga dianggap oleh ramai orang sebagai membuang masa
40 Sheikh Hazim al Mukhtar yang muncul dalam buku ini
41 Bermakna 'tanda' dan digunakan untuk merujuk kepada ayat-ayat Al-Quran
 

 
Saya akhirnya bertawassul kepada Amirul Mukminin untuk melihat visi, ketika itu saya belajar di madrasah Musa al Kazim kerana saya mahu berada berhampiran dengan Amirul Mukminin (as). Ketika era tersebut, Hauzah-hauzah selepas Al Sadr berada di bawah kawalan Muqtada al Sadr dan Al Haeri. Sayed al Askhkoori mahu ia dipindahkan kepada (as) madrasah Al Kazim ini.
 
Sayed Haeiri yang menginginkannya. Namun para pelajar menolak permintaan beliau. Bagi saya, saya amat gembira untuk pergi ke sana kerana doa saya dikabulkan Allah swt. Sheikh Hussain Thabawi mengucapkan terima kasih kepada saya dan Ashkuri menjemput kami kerana kami mendengar kata-katanya lalu mereka memberi kami tempat tinggal. Saya bertawassul kepada Amirul Mukminin (as ​​) untuk memberikan saya mimpi dari Allah. Selepas beberapa hari semasa akan kembali dari madrasah saya membentang permaidani di atas tanah dan bertawassul kepada Amirul Mukminin (as​) dengan berwuduk dan tidur seperti cara yang disebutkan dalam hadith.
 
Kemudian saya melihat Imam Mahdi (as) dalam mimpi di mana beliau dalam keadaan amat sedih: beliau memakai serban dan mempunyai sifat-sifat fizikal yang sama seperi yang disebut dalam hadith Aal Muhammad as. Beliau berkata kepada saya, "Demi langit dan bumi, Ahmed adalah Haqq seperti kamu cakapkan." Jadi saya bangun dan membuat sujud syukur. Setahun kemudian saya dapat sebuah buku yang merupakan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan Qa’im (42) yang mengesahkan istikharah dan visi saya.
 
Kali pertama saya bertemu dengan Imam (as) adalah di Hay al Nasr, Najaf. Pertemuan pertama adalah ketika berkunjung ke rumah Sheikh Nathim, iaitu penginapan Imam yang pertama. Saya pergi ke sana dan saya hanya mengenali Sayed dengan nama sahaja. Saya terdengar satu perbualan menarik seorang saudara ansar mengenai dakwah. Jadi saya melihat beliau dan beliau memegang Al-Quran di tangannya. Kali pertama saya mendengar suaranya ialah apabila beliau membaca al-Quran dia menarik saya ke dalam dunia perasaannya yang indah. Saya tidak tahu beliaulah Yamani yang saya cari malah beliau adalah seorang ahli al-Quran yang istimewa.
 
Seterusnya saya menjadi lebih tertarik dengan beliau malah lebih lagi selepas meninggalkan makam Amirul Mukminin (as). Sewaktu saya sampai di rumah Sheikh Nathim dan Imam (as) berkata kepada saya, “Saya tercium bau pada kamu bau Aal Mohammed as. (Ya Salaam!) Di manakah kamu wahai saudaraku? Dia tahu saya berada di makam itu. Dia memeluk saya lagi dan memberitahu saya, “ziyarah (43) kamu diterima."
 
Saya terkejut dan tahu orang ini adalah dari Allah, bapa yang benar, sahabat, dan saudara. Saya mendapati beliau bebas daripada dunia and ilusinya. Jadi dia bercakap kepada saya dan memberitahu saya banyak perkara tentang ziyarah saya – inspirasi ilahi yang luar biasa daripada Allah. Beliau berkata doa saya(44) dinaikkan alam malakoot (45). Beliau (as) beritahu kepada ansar yang saya akan beriman. Saya berdoa untuk abang saya dan Imam memberitahu saya ia telah diterima dan bahawa dia akan menjadi Ansari – insyaallah (46)
 
 

 
42 Terjemahannya sebagai Pendiri, Qa'im merujuk kepada salah satu yang mebangunkan keadilan Aal Muhammad dan umat manusia daripada kalangan Aal Muhammad sendiri.
43 Cara 'ziarah' dan digunakan dalam konteks untuk menziarahi tempat-tempat suci bagi tokoh suci, terutamanya bagi Muhammad dan keluarganya as.
44 Cara doa
45 Jawapan alam tinggi
46 Bermakna dengan izin-Allah
 

 
Beliau (as) akan duduk di rumah Sheikh Nathim dan akan berpeluh banyak dalam musim panas. Dia juga mempunyai kesan kulit terbakar oleh sinar matahari. Saya bertanya kepadanya soalan mengenai al-Quran, para nabi, dan lain-lain. Apa sahaja ibadah Mustahab, beliau akan melakukannya secara peribadi untuk mengelak daripada pujian. Tidak ada orang yang dalam menguasai al-Quran di dunia ini lebih daripada Ahmed al Hassan (as) dan tidak ada yang mencintainya lebih dari beliau, dia dan Al-Quran adalah satu. Saya tidak pernah menemui sesiapa mempertahankan al-Quran lebih daripada beliau (as). Ketakwaan beliau tidak dapat dijelaskan, beliau antara lain digelar al Sadiq al Ameen dan hamba yang soleh oleh Hauzah sebelum digelar sebagai 'ahli sihir'. Beliau tidak akan bergerak sama sekali di dalam solat beliau: Hati beliau sepenuhnya pada Allah, rohnya berada di langit yang tertinggi. Beliau (as) akan selalu berkata, "Bagaimana kami mengucapkan syukur pada Allah atas pemberianNya? Cuba untuk mencapai kebenaran dan matlamat ibadah dan penciptaan makhluk iaitu untuk menyembah kunh (47) yakni Huwa (48) (هو ) yang tidak dapat dikenali melainkan diri-Nya Allah swt sendiri.
 
Beliau akan menegur kami jika kami menyindir dan menggunakan nama Allah sebagai sebahagian daripada sindiran tersebut. Beliau tidak pernah meletakkan dirinya di hadapan orang lain atau membenarkan mana-mana orang meletakkan beliau di hadapan. Beliau adalah contoh yang sebenar dan mewakili ibadat dan amalan yang benar. Sifat rendah dirinya ekstrim, sehingga sesetengah orang akan menyangka beliau adalah orang biasa yang suka duduk di atas Turab(tanah) (49) seperti Abu Turab (50). Beliau menyayangi orang sakit, anak-anak yatim dan orang-orang miskin. Kepada mereka yang disisihkan oleh masyarakat, beliaulah yang akan membuka hatinya untuk mereka. Sifat 'Keakuan' beliau tidak wujud. Ahmed (as) mempunyai sifat rabbaniy yang sebenar.
 
Sebelum beriman (51) dan menemui Imam (saw), saya berada di Madrasah Musa al Kazim. Saya pernah datang berjalan dan berjumpa pelajar-pelajar yang memakai serban, mereka telah banyak memuji seorang lelaki tertentu. Saya bertanya mengenai lelaki ini, mereka berkata, beliau adalah utusan (al Imam al Mahdi ). Jadi saya bertanya jika dia mempunyai pengetahuan? Mereka berkata, "Oh ya!"
 
Pada masa yang lain, seorang sheikh dan guru usuli (52) yang saya temui di makam Imam Ali yang dikenali sebagai Abu Muqtada bersumpah kepada saya dengan nama Allah yang Ahmed Al Yamani (as) adalah benar dan pada jalan yang lurus.
 
Mengenai jenayah terhadap Quran yang ditulis dengan darah oleh Saddam terutuk: Imam (as) sangat membela Al Quran. Semua ulama diam atau membisu. Mereka akan mengusir Imam (as ) dari rumahnya ketika beliau mengatakan kepada mereka untuk melakukan tentangan terhadap Saddam dengan mengatakan, "Ya Ahmed, janganlah membakar kami dengan api kamu." Imam (as) bahkan pernah tidur di kharaba (53) di Najaf hanya untuk menginformasikan orang ramai dan memberikan dorongan kepada ulama untuk membela Al-Qur'an dan keluar dari pegangan taqiyyah (54) yang menghancurkan.
 
 

47 Zat dan Haqiqat
48 Diterjemah sebagai Dialah adalah cara yang utama untuk dibualkan, Pencipta yang Maha sempurna kewujudanNya yang adalah semata-mata -Dia, dan merupakan jalan untuk melenyapkan diri yang merupakan matlamat utama pengembara rohani
 
49 Tanah = bumi
50 Abu Turab yang dirujuk kepada Imam Ali (as) seperti yang diberikan kepadanya oleh Nabi Muhammad (saw)
 
51 percaya (dalam dakwah )
52 Berkaitan Fiqh yang berasal dari ijtihad seorang Marja.
 
53 Sebuah tempat di lorong
 
54 Satu amalan bersejarah menyembunyikan iman seseorang yang asalnya digunakan oleh beberapa sahabat kepada kehidupan seseorang pengawal keselamatan semasa kegawatan hayat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai sebahagian daripada Shi'ah yang menyokong keluarganya. Perkara yang dibuat di sini adalah bahawa masa untuk taqiyyah adalah telah berlalu dan kini usia perubahan, dengan itu, revolusi memerlukan keberanian dan orang yang berani
 

 
Beliau (as) telah menunjukkan hubungan yang kuat dengan Al-Qur'an berdasarkan pengalaman ini. (55) Imam (as) menceritakan, ''Imam Mahdi (as) mengatakan kepada saya, Al quran ditinggalkan dan saya dilupakan. Dia mengulangi 'ditinggalkan' dan 'lupa' tiga kali. '' Kami bahkan menyaksikan tentera kotor Amerika menginjak-injak Al-Qur'an!
 
Pada suatu ketika, saya telah memberi dakwah di Najaf kepada seorang lelaki bernama Aziz. Saya bercerita tentang sikap Imam pada Al-Qur'an dan dia berkata, "Aku bersaksi pada saat itu, Saddam ingin menangkap sesiapa sahaja yang dikenali Ahmed dari Najaf terutamanya dari Hauzah." Ketegasan Imam dengan Al Qur'an itu sangat kuat: beliau mencegah orang meletakkan sesuatu pada Al-Qur'an seperti buku atau kunci atau apa saja … beliau akan marah. Dia tidak akan pernah membiarkan siapa pun untuk menjulurkan kakinya ketika Al Quran di tangannya. Dia selalu menempatkan Al-Qur'an di sakunya dan akan memulai pelajaran dengan Al-Qur'an. Beliau (as) pernah berkomentar tentang Tafsir al Mizan oleh Tabatabai, mengatakan bahwa ia memiliki beberapa kebenaran di dalamnya serta kepalsuan pada waktu yang sama.
 
Sewaktu Imam (as) melihat tiada harapan pada ulama, beliau telah memutuskan untuk mengambil senjata dan berdiri di tempat yang tinggi di Haydari Sahin (56) dan menyeru kepada orang ramai untuk bangkit berjihad melawan Saddam (lanatullah alaih) (57) . Mereka memintanya berhenti karena mereka takut akan nyawa mereka, bukannya Al Qur'an, sehinggalah perintah Imam Mahdi datang kepada Ahmed a.s mengatakan kepadanya sekarang bukan waktunya untuk jihad karena sesungguhnya Saddam akan segera binasa.
 
Sewaktu kami akan ke Karbala dan kami melewati sebuah masjid, dan Sayyid (as) pergi bersama kami ke masjid untuk melakukan solat Maghrib.
 
Dia melihat kedai buku di sana dan mengambil sebuah tafseer (58) Al-Quran oleh Mudarrisi kemudian beliau menutup buku tersebut dan berasa kecewa dan berkata manusia memperolok-olok Al-Quran dengan kejahilan mereka seolah-olah mereka menceritakan hikayat dongeng. Beliau akan menyembunyikan / melindungi pendirian beliau, perkara ini hanya akan sampai kepada kami melalui saksi-saksi yang bukan ansar, sudah tentu beliau berbuat demikian untuk mengelak daripada dipuji.
 
Suatu hari, Imam (as) berada di dalam sebuah rumah dan pasukan Saddam mengepung rumah dan mereka memanjat dinding dan bertanya di mana Ahmed Al Hassan?! Imam (as) duduk di sebelah ibunya (semoga Allah merahmati jiwanya). Imam seolah-olah berada di dunia lain: dia tidak bergerak sama sekali dan tentera Saddam berada di dalam rumah mencari di setiap bilik, tetapi mereka tidak menemuinya! Saya terkejut dan bingung? Ya Allah! Jadi saya pergi menemui Imam dan bertanya bagaimana? Beliau memandang saya dan berkata tinggalkanlah perkara ini saudara ku, sudah tentu ini adalah satu mukjizat dari Allah swt yang membutakan orang-orang Saddam terkutuk.
 
 

 
55 pengumuman yang dibuat oleh Syed Ahmed al Hasan (as) boleh didapati di laman web rasmi Ansar
56 makam Imam Ali
57 Semoga Allah mengutuk mereka
58 Cara tafsiran al-Quran
 

 
Di zaman Saddam, syarikat-syarikat percetakan akan menolak permintaan Imam untuk mencetak 'Al Ijl’.
 
Imam (as) menceritakan "Saya telah ditahan oleh pegawai polis dan dia bertanya, "Di mana ID kamu?" Jadi saya berikan kepadanya. Kemudian malaikat berkata kepada saya, "Ambil I.D. kamu, rampas dari dia dan tinggalkan dia." Jadi saya lakukan seperti yang diberitahu oleh malaikat dan pegawai itu tidak dapat berbuat apa-apa.
 
Apabila Imam akan mengajar kami Al-Quran kami merasakan bahawa jiwa kami terangkat kepada Kerajaan Langit. Imam (as) meriwayatkan "Saya menemui mimbar di Hauzah tidak mempunyai penceramah. Apabila saya bercakap tidak ada orang lain bercakap, mereka meminta saya untuk pergi ke mimbar dan menerangkan ayat [Dan Kami berharap untuk memberi pertolongan kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu untuk menjadikan mereka Imam-Imam dan menjadikan mereka pewaris-pewaris (59). ] Jadi, saya berkata, "Ayat ini bercakap tentang Ansar al Imam al Mahdi, yang tertindas . Selepas penindasan mereka akan menjadi Imam yang akan mewarisi bumi. "Selepas saya selesai, mereka kecewa dan meninggalkan saya bersendirian dan enggan berjabat tangan dengan saya apabila saya berjalan melalui kerana kebenaran yang menentang kehendak hawa nafsu mereka ."
 
Beliau a.s mengajar Al-Quran kepada kami walaupun di dalam kereta. Sallam Allah (60) pada Ahmed, rahsia Fatimah (as).
 
 

59 Al-Quran : al Qassas ayat 5
60 Allah limpah kesejahteraan

Layani Manusia Berdasarkan Luarannya

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi amat Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah.
 
Hani Shaker AlYamani menulis:
 
Kepada Imam yang dimuliakan Imam Ahmad Al-Hassan,
Tuan,
 
Tuan, adalah Imam kami dan kami adalah pengikut tuan, dan adalah tanggungjawab tuan untuk campur tangan dalam beberapa perkara penting, kerana terdapat bencana dan malapetaka yang telah melanda dalam seruan (dakwah) ini. Ini adalah kali terakhir saya menulis di halaman ini, kerana saya telah menulis banyak kali sebelum ini dan tidak pernah menerima jawapan. Mungkin tidak ada yang menyampaikan perkataan ini kepada tuan sebelum ini, kerana mereka tidak mempunyai keberanian atau mereka cuba menyembunyikan banyak perkara daripada tuan.
 
Tuan, adakah tuan dapat menerima bahawa beberapa orang yang mengatakan mereka bertugas sebagai (Mas’ul) meletakkan pengintip di dalam Husseiniyah (masjid-masjid) dan pejabat-pejabat? Adakah kita sebuah organisasi kepartian atau sebuah parti politik? Ini adalah seruan (dakwah) Allah dan seruan Qaim Aali Muhammad yang dijanjikan, yang telah dinantikan para nabi dan aushiak selama beribu-ribu tahun. Bagaimana ia berlaku dalam urusan ini dalam dakwah Aali Muhammad?
 
Tuan, saya memberitahu tuan dengan sejujurnya. Tuan, terdapat bahaya yang besar dalam dakwah kerana tingkah laku melulu ini. Tuan, tolonglah campur tangan dalam sikap tidak bertanggungjawab ini dan peliharalah kami dari api neraka yang akan membakar kami di dunia ini sebelum di akhirat. Saya tidak percaya tuan redha dengan masalah ini atau membiarkan kami membenci antara satu sama lain dan menjadi musuh bagi sebahagian kepada sebahagian yang lain. Tuan, saya akan berada dalam berkabung demi agama Allah dan saya akan mengenakan baju hitam sehingga saya menerima maklum balas daripada tuan.
 
والسلام عليك ورحمة الله بركاته
Salam ke atas kamu serta rahmat Allah dan keberkatan-Nya.
 

 
Jawapan:
 
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah la amat Pengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah.
Salam ke atas kamu serta rahmat Allah dan keberkatan-Nya.
 
Dakwah (seruah) adalah seruan Allah SWT, dan kita dikumpulkan oleh jalan ini yang membawa kepada Allah SWT, dan tiada seorang pun yang mempunyai kelebihan mengatasi orang lain kecuali dalam Taqwa. Jika salah seorang dari saudara suatu hari melihat Ahmad Al-Hasan tidak adil atau berkelakuan tidak betul, maka berdirilah di hadapan saya dan katakanlah apa yang saudara mahu. Tidak ada kebaikan pada Ahmad Al-Hasan jika dia tidak mendengar(permasalahan) orang yang beriman. Di Najaf, saya pernah duduk dengan pintu saya terbuka kepada orang yang beriman dan orang yang menentang. Ramai pihak lawan yang datang untuk berdebat dan berbual dan banyak perkara yang lain. Namun, pintu saya tetap terbuka kepada mereka dan saya melayan mereka sebagai tetamu yang mulia dan mendengar dan menjawab soalan mereka. Oleh itu, janganlah ada di antara saudara berfikir bahawa itu mengganggu saya untuk mendengar aduan atau kritikan, atau apa-apa perkataan daripada mana-mana manusia, sama ada yang beriman atau tidak.
 
Bagi aduan yang telah saudara bentangkan dalam surat saudara yang mulia, ia sudah pasti tidak boleh diterima bagi seseorang untuk mengintip orang lain dalam dakwah Ilahiyah, semua orang adalah sama, dan jika salah seorang daripada wakil pejabat membuat kesilapan, dia dipertanggungjawabkan. Tiada siapa yang telah ditugaskan untuk menyiasat apa yang ada pada seseorang; sebaliknya, kita diperintahkan untuk melayani mereka dengan apa yang mereka tunjukkan(secara luaran) dan apa yang mereka dakwa atas diri mereka sendiri. Jadi saya harap saudara berhubung dengan Pejabat di Najaf al-Asyraf, dan saya berharap bahawa pihak pengurusan Pejabat di Najaf al-Asyraf membuka penyiasatan mengenai perkara tersebut dan seterusnya hasil siasatan itu dihantar kepada saya. Semoga Allah memberi ganjaran kepada saudara semua dengan baik, dan saya memohon kepada Allah untuk membantu dan membimbing saudara semua.
 
Adapun berkenaan dengan saudara yang telah menulis di halaman dan saya tidak menjawabnya, saya memohon maaf kepada saudara dan kepada semua orang-orang yang menulis tetapi tidak mendapat jawapan; namun orang-orang yang mulia menerima permohonan maaf. Walau bagaimanapun, saya berharap saudara semua faham bahawa saya juga mempunyai kerja yang perlu dilakukan, seperti saudara juga mempunyai pekerjaan yang harus dilakukan. Sebab itulah saya melihat halaman saya di Facebook hampir setiap hari, tetapi untuk tempoh yang agak singkat yang tidak membenarkan saya untuk membaca semua komen-komen dihantar.
 
احمد الحسن
Ahmad Al-Hasan
 
 
 

Biografi Dakwah Al Yamani: Sheikh Nazim Al Uqaili

1617722_825962344097557_2083659111_o

 

  • Juga dikenali sebagai: Abu Taqi
  • Dilahirkan di Imara, dan bermastautin di Iraq
  • Menyertai Hauzah akhir 1999.
  • Menulis puluhan buku seperti 'al Balagh al Mubeen' dan hadis'40 menhenai para imam al Mahdi. Beliau adalah salah seorang dari yang pertama beriman dengan dakwah ini
  • (Sheikh bermakna ulama atau dalam bahasa Arab klasik bermakna orang tua)
 

Saya adalah seorang pengikut Shaheed al Sadr (4). Kecintaan saya kepada Sayyid al Sadr dan pengajian agama membuatkan saya meninggalkan pengajian akademik. Pada masa itu saya menghadapi masalah yang besar dengan Parti Baath (5), semoga Allah melaknat mereka. Apabila saya menyertai Hauzah, jelas sekali saya mempunyai dokumen pengenalan palsu. Keadaan kewangan Hauzah sangat menyukarkan saya , dan dalam masa yang sama saya sentiasa diburu oleh Baathists disebabkan kesetiaan kami kepada al Sadr, semoga Allah memberkati ruhnya.

 

Tiga bulan telah berlalu tetapi saya masih tidak dapat mencari tempat tinggal di Najaf, jadi saya menginap di tempat kawan. Saya mendapat mimpi di mana saya melihat rakan saya, Sheikh Hayder, di Najaf. Lalu saya pergi ke rumahnya namun beliau telah menutup pintu di hadapan muka saya. Saya berasa amat kecewa dengan perkara ini. Tidak lama kemudian, akhirnya saya mendapat sebuah bilik di sebuah Sekolah Lubnan di Hay al Nasr di Najaf pada tahun 2002 dan saya pindahkan keluarga saya ke sana.

 

Sheikh Haydar Mishatit telah memaklumkan kepada saya tentang usaha pemulihan kewangan, yang mana dituntut oleh Imam (as) di Hauzah akibat korupsi yang berlaku di situ. Pelajar-pelajar yang menjadi pengikut Sistani(6) didapati mempunyai buku-buku dan kemudahan yang jauh lebih baik daripada diri kami sendiri. 

 

Oleh kerana kami tidak mampu mendapatkan buku-buku pelajaran, maka kami akan meminjam buku-buku daripada mereka. Malah kami juga sukar mendapatkan makanan seperti roti dan tomato. Jadi kami para pelajar memutuskan untuk melakukan bantahan kepada Sistani dan memberitahunya keadaan buruk yang kami sedang alami.

Rancangannya adalah untuk berkumpul dan apabila bilangan mencukupi, Ahmed Al Hassan (as) akan memimpin kami dan kami akan menghentikan semua jadual pembelajaran dan memberitahu mereka masalah ini. Di sekitar waktu ini, saya masih tidak berkesempatan bertemu Ahmed Al Hassan, dan hanya bertemu syeikh-syeikh yang menyokong beliau dengan kuat.

 

 


 

3 Hauzah adalah sebuah institusi pengajian agama. Yang disebut di sini adalah Najaf Hauzah di, Iraq. Terdapat beratus-ratus Hauzah di seluruh dunia Syiah; jumlah sebenar tidak diketahui pada masa tulisan ini ditulis, tetapi kami anggarkan sekitar 1 antara setiap 10,000 orang Syiah, ini akan sama dengan 19,500 (1.3 ribu juta x 15% / 10,000)

4 Shaheed Muhammad Sadiq al Sadr ini, seorang ulama agama yang soleh (Marja ') dibunuh oleh konco-konco Saddam pada 1999

5 Baathists adalah sebuah parti yang diasaskan kebangkitan Arab di Syria pada tahun 1947.

6 Ini ialah Syed Ali Sistani, seorang ulama besar berbangsa Iran yang mana pengikut beliau merupakan majoriti jumlah penduduk Syiah Dua Belas hari ini.


 

 

 

 

Pada satu hari, kami sedang mengikuti pengajian, Sheikh Asaad dari Simawa datang bersama-sama dan berkata, "Adakah kamu telah mendengar apa yang berlaku? Beliau berkata Sheikh dan mereka yang bersama-samanya telah menghentikan pengajaran al Bideeri dan beliau telah menggulingkan beliau tanpa memberi peluang kepada al Bideeri untuk bertindak balas dan mempertahankan keadaan salah guna kewangan di Hauzah ini.''

 

Saya mendengar bahawa Ahmed Al Hassan (as) sedang berada di suatu tempat dan menunggu 40 orang serta memberitahu mereka untuk menghentikan pengajaran al Bideeri yang merupakan salah seorang ejen Sistani.

 

 

Suasana telah menjadi tegang: ejen Sistani dan Muqtada telah menuduh Ahmed ini mahu memisahkan dan memecah belahkan masyarakat di sini sehingga beberapa ejen Sistani duduk bersama Ahmed Al Hassan selama beberapa jam, Imam (as) berkata kepada mereka “saya akan berdiam diri tetapi dengan satu syarat bahawa Imam Mahdi adalah sebagai hakim di antara kita”, jadi mereka berasa gembira kerana mereka berfikir Imam Mahdi masih jauh(lama keghaiban beliau). Selepas drama ini, pelarasan kewangan berlaku di Hauzah ke suatu tahap yang baik, bagaimanapun, pelajar Sistani masih tetap diberi keutamaan berbanding dengan yang lain.

 

Masih wujud golongan miskin, yang tidak bermampuan dan mereka yang kurang bernasib baik, mereka akan mendekati Amiril Mukminin8 Ali bin Abi Talib as. Mereka akan menunggu para penziarah Amiril Mukminin untuk sadaqah dan bantuan. Mereka akan mencari makanan dalam tong dan tempat sampah untuk mengatasi kelaparan mereka.

 

Tidak berapa lama dari tempoh itu, tiga orang lelaki yang memakai serban mengetuk pintu rumah saya dan salah seorang daripada mereka adalah Imam (as); Haidar Mishatit(10) bersama dengannya.

 

Saya mengalu-alukan mereka dan kemudian Haidar Mishatit berkata, "Adakah kamu mengenali saya, wahai Abu Taqi?"

 

 

 


 

7 Ini ialah Muqtada al Sadr, anak Syed Shaheed Muhammad al Sadr (2 Sadr) dan ketua Tentera kumpulan syurga.

8 Amiril Mukminin, gelaran merujuk kepada Imam Ali bin Abi Talib as



9 Sumbangan amal

10 Juga disebut Haidar al Mushattat, beliau adalah salah seorang daripada penyokong-penyokong awal Sayed Ahmed al Hasan dari Hauzah, beliau kemudiannya menolak Sayed Ahmad dan melantik dirinya ke hadapan sebagai Yamani.


 

 

 

"Ya," saya mengiakan.

 

"Adakah saya pernah berbohong kepada kamu?" Katanya.

 

"Allah melarang – tidak pernah" kata saya.

 

Jadi dia berkata, "Aku bersumpah kepada kamu bahawa orang ini adalah utusan Imam Mahdi iaitu Ahmad as, dan saya bersedia untuk mengorbankan darah, harta dan segala-galanya untuk dia."

 

"Apakah buktinya?" Saya bertanya.

 

Dia menyuruh saya melakukan istikharah(11) dan saya akan tahu. Jadi saya membuat istikharah di hadapan mereka, dan Imam (as) masih membisu.

 

"Berilah bay'ah(12)," kata mereka.

 

"Jika saya harus memberikan bay'ah kepadanya maka saya akan hanya berbuat demikian jika dia adalah utusan Imam Mahdi (as)," kata saya.

 

Oleh itu, apabila datang satu ayat yang tidak dapat disangkal Hujjahnya terhadap saya, maka barulah saya memberi bai'ah kepada Imam (as). (13)

 

Pada masa ini, saya masih belum serius di jalan dakwah ini. Imam (as) berkata kepada saya, "Allah membantu Musa dengan tongkat dan pengikut Saleh (14) disokong dengan unta, dan Allah menyokong saya dengan manusia yang melihat mimpi di kerajaan langit. "

Saya keliru pada masa itu dan berfikir " Celakalah saya jika saya tidak menyokong Imam, jika dia adalah seorang Utusan Imam ke Dua Belas itu."

 

Dalam masa-masa kesukaran itu saya sentiasa akan melakukan tawassul (15) pada Fatimah (16) (as), jadi saya berkata, "Ya Allah kami selalu berkata di dalam hidup kami ‘Ya Ali Ya Ali’ (17) 'jadi jika perkara ini benar, sila tunjukkan kepada saya," dan saya berterusan membuat tawassul melalui Fatimah as.

 

 


 

11 harfiah bermaksud 'meminta Allah untuk Khair (yang baik) dan adalah satu teknik yang sama ada melibatkan solat dua unit doa diikuti dengan doa atau alternatif, membuka Al-Quran dan mempercayai Allah untuk membimbing pembaca untuk membukanya pada ayat yang akan memberi panduan bagi keadaan mereka masuk kaedah kedua nampaknya telah diterima pakai oleh perawi ini.

12 Bermakna kesetiaan.

13 Cara bukti

14 Nabi yang disebutkan dalam Al-Quran yang telah dihantar ke bangsa Thamud di bahagian utara Semenanjung Arab

15 Amalan berdoa melalui nama seseorang yang kepada Allah, dengan niat untuk membuat doa menjadi lebih diterima oleh Allah, menyebabkan respons yang lebih cepat. Amalan ini diriwayatkan daripada Muhammad dan keluarga beliau.



16 Ini adalah Fatimah , anak perempuan Muhammad s.a.w.a , pemimpin semua wanita di syurga dan dunia , seperti yang disampaikan oleh Sunni dan Shi'as sama.

17 ' Ya Ali ' atau ' Oh Ali ' dikenali sebagai ' nadi Ali ' atau ' Nida ' Ali 'dan panggilan untuk bantuan daripada Imam Ali seperti yang sering disebutkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.asemasa hayatnya terutamanya dalam situasi serangan hendap semasa pertempuran . Ia diamalkan hari ini di banyak bahagian dunia Islam pada masa-masa kesukaran.


 

Pada malam itu saya melihat visi (mimpi), Imam Mahdi a.s. di atas bumbung rumah saya dan dia telah menyeru semua orang. Imam (as) mengeluarkan satu kertas putih dan menulis di atasnya soalan ujian untuk mengenal Imam Mahdi as maka dia (as​​) menulis soalan dan diedarkan salinan kepada mereka yang hadir. Saya melihat orang keliru dengan soalan-soalan yang diberikan dan tidak dapat menjawabnya. Saya melihat kertas soalan saya dan saya mendapat soalan-soalan yang mudah. Kemudian saya menerima dakwah ini dengan ikhlas dan keluar mencari Imam (as).

 

Saya melawat Sekolah Lubnan dan meminta seorang kawan saya bertanya mengenai lokasi Ahmed Al Hassan lalu dia memberikan saya nama Sheikh terkenal dan mengatakan bahawa dia adalah seorang yang berhemah tinggi dan wali (18) Allah swt.

 

Saya mengunjungi Khan al Mikhdar (19) berdekatan dengan Maqam Imam Ali dan cuaca sangat panas, jadi ketika saya sampai di sana saya bertanya tentang Sayyid Salih al Musawi yang mengenali Imam (as), saya diberitahu bahawa dia sedang sakit.

 

"Sekarang apa pula?" Saya fikir. Jadi, saya berdoa, "Ya Allah, dengan hak Amiril Mukminin Ali janganlah membuatkan saya berpaling kepada sesiapa selain ENGKAU. Ya Allah, tunjukkan kepada saya tempat Ahmed Al Hassan (as). "Saya membuat istikharahh untuk menentukan jalan yang perlu saya ambil, dan ia adalah al Qibla Road jadi saya berjalan melaluinya sehingga saya berjumpa Haydar Mishatit memegang ragia (tembikai) (20) di tangannya dan beliau sedang menunggu roti dari kedai roti. Jadi dia membawa saya bersamanya ke sebuah tempat yang jauh dan kami bertemu Imam (as), dan beberapa sheikh dari Basrah bersamanya. Sheikh-sheikh ini mula menceritakan mimpi mereka, di mana mereka telah melihat Rasulullah (saw), Imam a.s, bersama dengan yang lain.

 

Cuaca sangat panas, saya melihat Imam (as) itu seolah-olah beliau telah berenang di Sungai Furat sebelum datang kepada kami (karena bermandi keringat). Jadi saya bertanya kepada Imam (as) apakah tugas saya.

 

"Tidak, tinggal di rumah kamu. Jika kami memerlukan anda, kami akan memberitahu anda." sarannya.

 

Kemudian riddah (21) terjadi dan sangat sedikit sekali pendukung yang tinggal. Salah seorangnya adalah Haydar Mishatit yang datang menemui saya di rumah saya untuk memberitahu saya perkara ini.

 

Ketika dakwah mula ditujukan kepada Hauzah, beberapa orang mengatakan bahwa memang sekiranya Imam Mahdi as mengirim utusan, maka tidak akan ada orang lain selain Ahmed Al Hassan atau mereka menyebutnya 'Sheikh Ahmed'. Seorang Irfani (22) bahkan pernah berkata kepada Imam (as) "Aku melihat kamu memiliki tanda pada tanganmu dan bahawa sesungguhnya kamu benar."

 

 


 

18 Maksud biasa adalah penjaga, bagaimanapun, dalam konteks Waliullah ia bermakna rakan [halaman 9]

19 Sebuah daerah perumahan baru di Najaf dikenal karena buah-buahan dan pasar sayuran. Sebahagian besar penduduknya adalah beradat Najaf.

20 bermakna tembikai

21 bermakna kemurtadan

22 Ahli sufi adalah pelajar irfan (tasauf) atau mistik dan kerohanian


 

 

 

 

 

Orang di Hauzah mengenal Ahmed Al Hassan seorang yang baik dan para pelajar menghormatinya: misalnya mereka yang bergurau akan berhenti ketika Ahmed as datang. Bahkan sebelum dakwah menjadi terkenal dan tersebar, musuh-musuh beliau sendiri akan mengatakan bahawa Ahmed adalah al Sadiq al Ameen (23)

 

Semua peristiwa ini berlaku sebelum kejatuhan Saddam (24) (laknatullah alaih).

 

Terdapat beratus-ratus syeikh dan pelajar yang melihat visi kemudian mengesahkan Imamah Ahmed (as) adalah sah. Imam (as) akan berkata' Selagi wang dalam Hauzah tidak sampai ke tempat iaitu yang sah bagi anak-anak yatim, janda dan orang miskin, maka saya tidak akan menerima apa-apa bantuan kewangan untuk diri saya sendiri. '

 

Imam (as) memberitahu kepada pelajar yang berjanji setia kepada beliau bahawa mereka akan murtad selepas mereka beriman dan bahawa mereka akan meninggalkan dirinya sendirian. Para pelajar ini bergantung kepada bantuan kewangan para marja’ dan akan pergi kepada pejabat Marja' serta yang lain untuk mendapatkan bantuan. Maraji’ telah mengancam orang-orang yang beriman kepada dakwah untuk menghentikan gaji mereka, dan dalam masa yang sama Parti Baath yang memburu Imam (as) dan Ansar turut mengancam mereka. Ini merupakan satu lagi sebab mengapa mereka meninggalkan dakwah dan murtad. Malah Imam (as ) amat sukar untuk kembali ke rumah dan tidak dapat mencari tempat perlindungan untuk dirinya pada masa itu. Jadi sejarah Muslim ibn Aqeel (as) di Kufah berulang lagi. Imam (as) juga telah mengkhabarkan kepada kami bahawa pemerintahan Saddam terkutuk akan runtuh tidak lama lagi.

 

Apabila peristiwa murtad berlaku Imam (as) kembali ke Basrah dan saya mempunyai kira-kira seminggu untuk mencari penyelesaian agar dapat mengelak dari perkhidmatan tentera Saddam (laknatullah alaih).

 

Jadi saya pergi ke Basrah untuk mencari Imam (as) tetapi tidak menjumpai beliau, jadi saya pergi kepada pemandu teksi dan memberitahu beliau supaya membawa saya mana sahaja yang ada Ahmed. Dia memandang saya dengan penuh kekaguman kemudian dia berkata, 'Allah mengasihi kamu kerana jika orang lain mereka tidak akan membenarkan kamu, tetapi saya tahu kawasan itu dengan baik.'

 

Sehinggalah saya berjumpa Sayed (as​) dan beliau mengalu-alukan saya dan kami berbual. Dia memberitahu saya, 'Jangan bimbang. Cubalah bersembunyi selama beberapa bulan dan Saddam (laknatullah alaih), akan jatuh. '

 

Imam (as ) memberitahu Haydar Mishatit untuk kembali ke Iran dan dia akan kembali ke Basrah selepas peristiwa murtad. Sebelum kejatuhan Saddam apabila saya kembali ke Najaf, dakwah mula mendapat sedikit kekuatan selepas kebanyakan orang telah meninggalkannya. Sesetengah orang akan memberitahu saya yang saya gila kerana mempercayai dakwah seperti ini; bahawa tentera Baath memburu sesiapa sahaja yang mengajar seruan ini. Saya akan berkata, 'Allah adalah pelindung.'

 

 

23 Berarti benar, yang dipercaya

24 Ini ialah Saddam Husain ( 1937-2006 ) pemerintah Iraq 1979-2003

 

 

 

Selepas Saddam jatuh, jumlah kami meningkat kepada kira-kira 40 orang yang beriman di Najaf sehingga Imam (as) kembali ke Najaf. Jadi Abu Sajjad dan saya bersetuju untuk pergi ke Basrah untuk memaklumkan kepada Imam (as) tentang perkara yang telah berlaku setakat ini.

 

Jadi kami pergi ke Basrah dengan kereta dan sekali lagi kami tidak menemui beliau di rumah keluarganya, oleh kerana hari semakin lewat maka kami membuat keputusan untuk tidur di dalam garaj dan akan meneruskan di waktu pagi.

 

Kami akhirnya berjumpa Imam (as) dan kami telah berbicara kepadanya, terdapat beberapa kertas yang bertulis di sisinya. Imam (as) tidak kenal Abu Sajjad walaupun dia adalah seorang yang telah beriman kepadanya.

 

Kami kemudian makan tengah hari dan Sayed minta kami berehat di sana dan dia akan tidur selama setengah jam atau lebih. Beliau pulang dengan senyuman di wajahnya dan dia berkata kepada Abu Sajjad, "Saya melihat dalam penglihatan saya malaikat dengan halaman kerja-kerja kamu dan insyaallah kamu berada dalam kebaikan, hai Abu Sajjad." Jadi kami tidur malam itu di tempat beliau dan pada waktu pagi kami pergi ke Najaf dan dakwah bergerak kembali di landasannya dan Imam (as) sekali lagi mula menyeru manusia.

 

Imam (as) tinggal di tempat saya pada mulanya kemudian beliau berpindah ke rumah Sheikh Hazim. Beliau mula mengajar kami Quran dan aqidah / kepercayaan yang benar. Beliau meliputi semua perbezaan dari ulama-ulama dan sangat luar biasa yang hanya seorang maksum sahaja yang boleh mempunyai sifat itu. Apabila dia bercakap tentang alam Malakut sehingga pagi seolah-olah kami akan naik ke Kerajaan Langit semasa beliau berbicara; perkara-perkara kerohanian di luar kefahaman. Imam kemudian mencabar ulama-ulama dan memberitahu mereka bahawa apa sahaja keajaiban (mukjizat) yang mereka mahu, insya-Allah, beliau bersedia untuk menghasilkannya dan beliau juga menjemput media supaya semua dapat melihatnya.

 

Sebelum kejatuhan (Saddam) beberapa ulama menolak untuk berjumpa dengan beliau di pejabat mereka, sangat sedikit seperti Sayed Marashi yang membenarkan dia berjumpa. Beliau juga bertemu dengan Sheikh Mohammed al Yaquby .

 

Buku-buku seperti 'Pencerahan Dakwah Para Rasul' mula dicetak. Ramai yang menyumpah kami dan mentertawakan pada kami apabila kami memberikan mereka dakwah.

 

Kami memanggil orang melalui dakwah secara langsung, kami juga akan meletakkan pembesar suara pada kereta dan kemudian memandu melalui kawasan perumahan Najaf sambil memberi dakwah melalui pembesar suara. Kami akan berarak dengan Imam (as)

yang membawa kami dari Maqam Amiril Mukminin as ke Kufah. Suasana perarakan ini akan menjadi sangat bersemangat dan penuh dengan keajaiban dan kushufat (25) Aal Mohammed as. Imam (as) memberikan saya peraturan yang jelas untuk menulis buku pertama saya, 'al Balagh al Mubeen’, serta panduan mengenai bentuk formatnya.

 

Walaupun kami melalui banyak penderitaan di awal kelahiran semula dakwah ini, ramai Ansar sekarang mengingini supaya mereka boleh kembali ke hari-hari keemasan masa dahulu. Imam (as) akan memberitahu kami untuk tidak meletihkan diri kami dan bahawa dakwah insyaallah akan tersebar ke seluruh pelusuk bumi.
 

25 visi 
 

 
 

Sesungguhnya sesiapa yang menyertai Ahmed al Hassan ( as) pada masa itu dia akan merasa selamat di dunia dan akhirat walaupun jika berhadapan dengan thaqalayn (manusia dan jin) (26).. Saya tidak dapat menggambarkan betapa saya rindukan Imam (as), beliau seorang bapa, ibu, abang dan seorang teman untuk kami semua. Saya kini berasa seperti seorang anak yatim. Sayed adalah nyawa kami. Ahmed Al Hassan (as ) adalah udara untuk kami bernafas, air yang kami minum. Oleh itu, kami perlu berusaha supaya Imam (as ) datang kembali kepada kami.

 

Imam (as) adalah sangat kerap melawat maqam-maqam suci para Imam as, terutamanya melawat Maqam Amiril Mukminin as dan Imam Hussain (as). Imam (as) akan berjalan kaki ke Karbala untuk menziarahi Aba Abdullah (27) (as) walaupun berisiko untuk dibunuh oleh tentera Saddam yang telah berkali-kali membunuh orang-orang Syiah. Kami akan pergi menaiki kereta dari satu maqam ke maqam yang lain bersama Imam (as). Imam (as) jarang menangis di hadapan orang. Imam (as) mengingatkan kami banyak sifat-sifat yang terkenal yang wujud pada Amiril Mukminin as. Dia mempunyai Yaqeen (28) dan tawakkul (29) pada Allah yang sangat kental dalam setiap kesukaran. Beliau kerap menceritakan banyak perkara yang akan berlaku di depan mata kami pada masa akan datang – satu selepas satu mukjizat yang lain. (30)

 

Apabila kami bermusafir ke seluruh Iraq, Imam (as ) akan menjadi kecewa dan beremosi apabila beliau melihat anak-anak yatim dan janda-janda di jalan raya, berada di sebelah tong kotor mencari makanan, dan lain-lain. Saya tidak pernah mengingati watak Imam Ali (as) dan cintanya beliau kepada anak-anak yatim kecuali melalui Ahmed Al Hassan (as). Malah beliau juga mengarahkan kami untuk membantu keluarga orang-orang al Tayyar al Sadri, yang lebih dikenali sebagai tentera Imam Mahdi Muqtada al Sadr, walaupun orang-orang ini membunuh dan menyeksa Ansar di Najaf. Tidak ada 'Ana (31) pada Ahmed Al Hassan (as).

 

Pada suatu hari kami sedang menunggu di depan rumah salah seorang syeikh dan Imam (as) datang bersama seorang lagi saudara Ansar di dalam kereta. Imam (as) melihat bahawa sheikh ini mempunyai kasut yang sangat uzur jadi Imam (as) menanggalkan kasutnya dan memberikan kepadanya dan pergi untuk memberi dakwah bersama kami dengan berkaki ayam. Apabila kami memasuki rumah beliau tidak pernah membiarkan dirinya masuk ke dalam rumah itu mendahului kami.

 

Apabila kami duduk bersama-sama dan minuman ditawarkan, Imam (as) akan sentiasa mengatakan agar memulakan dengan orang-orang muda terlebih dahulu.

 
Suatu hari seorang lelaki yang sangat teruk penyakit kulitnya datang kepada Imam (as) dan mahu beriman kepada dakwah ini. Orang ini akan tinggal di husainyyah tetapi beberapa pertikaian timbul antara dia dan beberapa orang-orang ansar, mungkin kerana tingkah lakunya yang tidak wajar. Ini diketahui Imam (as) dan Imam marah: dia berkata, "Dia yang memperkecilkan ansar terendah memperkecilkan Ahmed al Hasan."
 

 

 

 

26 Walaupun perkataan ini bermaksud ' dua perkara penting ' dan biasanya merujuk kepada al-Quran dan keluarga rapat Muhammad Hadis Dua Perkara Berat , dalam konteks ini, ia merujuk kepada jin dan manusia seperti yang dinyatakan dalam Surah al Rehman ( 55:31 )

27 Gelaran sering digunakan untuk merujuk kepada Imam al Husayn serta Imam Ja'far al Sadiq as.

28 kepastian, yakin

29 Maksud amanah. Berserah, tawakkal

30 teks Bahasa Arab حبارات غيبية
31 Merujuk ego : dalam tulisan dan ucapan Syed Ahmed, beliau sering memberi pengajaran bagi orang-orang yang ego menyembah keutamaan diri mereka
 

 
 
(Pada ketika ini Sheikh Nathim meratap dan menangis apabila tuan rumah beliau Sheikh Alaa 'al Salem mula membaca puisi salah satu daripada Syiah Imam Ali as yang berdiri di hadapan kubur dan memanggil Imam Ali sebagai 'saudaraku' sehingga akhir puisi itu. ini adalah kerana ia mengingatkan beliau Imam Ahmed(AS).

 

Beliau (as) akan melayan kami seperti saudara dan bapa. Dia akan memasak untuk kami dan membersihkan pakaian kami, dan lain-lain lagi. Sewaktu saya dan Abu Sajjad mengiringi Imam (as) dan tayar kereta telah bocor, dan beliau sendirilah yang memperbaikinya apabila kami sampai di tempat membaiki kenderaan. ( بنجرجي dalam bahasa Arab) .

 
Kebanyakan masa dia akan berjauhan dari keluarganya. Imam (as) akan berkata, "Saya tidak suka memakai apa-apa yang tidak mempunyai lubang di dalamnya. Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) yang telah memberikan saya contoh dari bapa saya Amiril Mukminin as." Imam (as) akan berkata," Bagaimana kamu akan menjawab Allah swt apabila Dia bertanya kamu tentang mengapa kamu memotong wang daripada Bayt al Maal kepada anak yatim atau janda tertentu. Beliau (as) juga akan memeriksa tangki gas di rumah kami (as). Dia tidak akan bosan dengan sesiapa atau memilih satu ansar berbanding yang lain. Malah kadang-kadang apabila Imam (as) akan pergi ke katil dan menyelimuti dirinya, seorang ansar akan duduk di sebelah kepalanya dan memberitahu visinya.

 

Apabila seorang wanita Alawi menghadapi perceraian, lalu Imam menaiki kereta bersama kami dan selama tiga hari beliau akan cuba untuk berbuat apa-apa sahaja untuk membantu wanita ini seolah-olah dia adalah adiknya sendiri. Beliau (as) berkata, " Jangan biarkan Negeri Keadilan Ilahi ( دولة العدل الإلهي ) menjadi matlamat kamu tetapi jadikan Allah swt matlamat kamu. "

 

Beliau (as) akan sentiasa memerintahkan orang-orang yang dia lantik untuk menjaga keselamatan Bayt al Maal supaya tidak menyimpan lebihan dalam (baki) Bayt al Maal tetapi sentiasa menghabiskannya pada anak-anak yatim dan janda serta mereka yang memerlukan.

 

Satu waktu seorang ansari membuka minyak wangi dan menggunakannya, tanpa mengetahui ia adalah hadiah kepada Imam (as). Apabila mendapat tahu ia adalah untuk imam, dia berfikir bahawa dia telah mengkhianati Imam dan berada dalam kesedihan dan dukacita sehingga Imam (as) bertanya kepadanya, "Bukankah hadiah ini untuk saya? Ansari itu menjawab, "Ya."

 

Beliau berkata, "Saya Ahmed al Hassan; saya adalah untuk kamu wahai ansar jadi janganlah bersedih." Imam (as) berkata, mereka yang jahil ini menyangka bahawa Ahmed al Hassan ingin bersaing dengan mereka untuk jeefah (32) yakni Dunya (33) yang mereka peluk erat."
 

Apabila salah seorang dari ansar yang memanggil salah seorang Maraji’ di Najaf yang merupakan musuh ketat Imam dengan nama yang tidak betul dan dia mengejek-ejeknya, maka Imam (as) melihat kepadanya dan dia berkata, "Panggillah orang dengan nama-nama mereka."

 

 

32 Bau Busuk

33 Bermakna kehidupan duniawi dan kebendaan

 

 

 

 

Beginilah cara beliau mendidik ansarnya. Imam (as) akan berkata: Jika saya tahu bahawa petunjuk akan di dapati oleh orang-orang yang mahu membunuh saya, hanya dengan saya menyerahkan diri saya kepada mereka, maka saya akan berbuat demikian walaupun mereka membunuh saya dan menyembelih saya."

 

Sayed (as) akan membawa kertas dalam dompetnya, dan berkata, "Jika kamu ditindas maka berpuas hatilah dengan dia yang akan melaksanakan keadilan untuk kamu daripada kamu melaksanakan keadilan untuk diri sendiri."

Hasil Mubahalah Al Sarkhi Dan Al Yamani

mahmoud_al_hassani_al_sarkhi_02072014

Pengikut Mahmud Al Sarkhi dahulunya kerap menyebarkan kebencian terhadap pengikut Al Yamani. Jadi apabila mereka bersama ketua mereka, Al Sarkhi melakukan Mubahalah terhadap Al Yamani, lalu dimusnahkan dalam serangan udara di rumahnya, mereka menjadi diam seperti batu, sepatah perkataan pun tidak keluar.

Begitu juga dengan penyokong Marja' yang lain. Apabila AL Sarkhi melakukan mubahalah dengan AL Yamani, mereka bersorak menyokong, kerana marja' mereka sendiri tidak berani bermubahalah. Tapi apabila al Sarkhi musnah, mereka mula mengatakan bahawa Al Sarkhi ini bukan ulama sebenar dan sebagainya. Pembohongan kalian menguatkan lagi iman kami terhadap jalan ini.

Kalian memang pengecut.

Sila tonton di link berikut:

https://www.youtube.com/watch?v=ND8Mbh4M2QY

Cara Mendidik Anak

Muslim-children
S 148: Di zaman di mana begitu banyak hiburan, bagaimana cara terbaik untuk kita membesarkan anak? Bagaimana cara untuk kita menghadapkan mereka ke arah Quran, bukan ke arah rancangan TV yang tidak membawa manfaat serta merosakkan?
 
Bagaimana untuk kita menanam benih Al Hussain, Al Abbas dan Zainab alaihum salam di dalam diri mereka? Bagaimana kita dapat melindungi mereka dari kesalahan yang berasal dari kesombongan, kepentingan diri sendiri dan perkara lain? Apakah peranan seorang ibu dalam menjadikan anaknya seorang Hussaini(pengikut Imam Hussain AS), dan seorang Shia yang sebenar?
 
Bagaimana cara kita berinteraksi dengan mereka dan apakah cara terbaik?

Jawaban:  Membesarkan anak dengan cara yang betul adalah Wajib dilakukan oleh ibu bapa. Dalam hal permainan, menonton TV, dan pergi ke Internet untuk bermain permainan komputer(dan perkara yang serupa), pihak ibu bapa wajib memerhatikan anak-anak mereka dan menghalang mereka dari perkara yang merosakkan.
 
Sebagai contoh: Jika si anak menggunakan internet untuk main permainan, maka wajib dia melakukannya di bawah pengawasan ibubapa.
 
>>Namun haram hukumnya untuk menghalang mereka dari bermain permainan atau berperangai seperti seorang kanak-kanak; kerana ini akan mempunyai kesan sampingan negatif kepada mereka dalam tumbesaran.
 
Malah, sesetengah permainan bersifat pendidikan. Maka bolehlah menggalakkan si anak ke arah permainan yang bermanfaat. Sebagai contoh, boleh kiranya menggalakkan mereka ke arah rekaan kreatif atau menyelesaikan puzzle geometri, atau yang serupa dengannya.
 
Dan ramai kanak-kanak mampu bermain permainan seperti ini, dan ia menyebabkan pertumbuhan dan kemajuan kemahiran intelektual dengan cara yang sangat besar.
 
Dan, berkenaan dengan remaja, permainan ini dapat menjadi alat untuk mengalihkan perhatian mereka dan menyibukkan mereka dari memikirkan perkara lain yang merosakkan.
 
Kanak-kanak atau remaja juga boleh mencari agar dapat belajar dan memajukan kemahiran mereka. Maka ibu bapa boleh memberikan kepada anak mereka topik-topik intelektual yang khusus, atau sesuatu yang berkaitan dengan kehidupan sehari-hari mereka, atau sesuatu yang bersifat sejarah.
 
Berkenaan urusan agama, jangan membiarkan mereka menanggung tanggungjawab lebih dari bersolat jumaat dengan bapa mereka, sebagai contoh(pent: maksudnya jangan memberatkan kanak-kanak). Sedikit demi sedikit, galakkan mereka dan motivasikan mereka untuk bersolat 2 rakaat dan galakkan mereka berdoa agar dikabulkan hajat-hajat tertentu.
 
Ini kerana jika mereka merasakan hajat mereka dikabulkan, hubungan mereka dengan Allah akan menjadi kuat, dan Iman akan mula berakar umbi di dalam hati mereka, sedikit demi sediki.
 
Ingatkan mereka kepada Allah dalam semua perkara. Contohnya, apabila mereka bergaduh, sebutkan pada mereka, "Maafkanlah abang kamu atau kakak kamu dan Allah akan menjadikan kamu seperti para Nabi alaihum salam". Dan darinya, anda akan menghidupkan akhlak mulia di dalam diri mereka, dan dalam masa yang sama mereka akan meminta kesempurnaan(dari Allah)
 
Jika mereka melakukan perkara yang baik, contohnya seperti bersolat 2 rakaat atau mendengar perintah, maka ucapkanlah tahniah kepada mereka dan sebutkan perkara-perkara yang baik pada mereka. Dan sebagai balasan Allah swt akan merahmati anda dan mengingati anda di hadapan para malaikatNya.
 
Anda juga boleh memainkan program video setiap hari, contohnya dalam sejam atau setengah jam; agar mereka dapat belajar sebahagian kecil dari surah Al Quran. Dan biarkan mereka mengulangi selepas anda. Dan lama kelamaan, mereka akan menghafal surah tersebut.
 
Bagi kanak-kanak yang lebih dari 10 tahun, cubalah untuk mengaturkan hari-hari mereka. Sebagai contoh, 4 atau 3 hari seminggu tidak boleh bermain game. Tetapi benarkan mereka untuk masuk ke internet atau sibukkan mereka dengan perkara selain dari pengajian mereka, seperti carian perkara-perkara saintifik/intelektual, atau sejarah, atau membaca buku, membaca perkara yang berkaitan dengan pengajian mereka, atau membaca kisah para Nabi dan Imam alaihum salam dan yang serupa dengannya.
 
Dengan cara ini, anda akan mengambil perhatian dan menguruskan masa mereka, dan akan ada hasil yang baik kepada mereka. Jika anda mengabaikan mereka, maka mereka mungkin akan rosak, dan anda akan kehilangan mereka. Ini adalah satu kerugian yang besar.
 
Malangnya ramai kaum bapa berbangsa Arab yang berpindah jauh dari negara Arab, telah merosakkan anak mereka dengan mengabaikan pelajaran bahasa Arab, membaca dan menulis. Sedangkan ibu bapa boleh meluangkan masa satu jam dari sehari mereka untuk mengajar anak mereka bahasa Arab yang mereka perlukan untuk memahami agama mereka dengan jelas.
 
Saya tidak merasakan perkara ini adalah sukar di hari dan zaman ini, kerana semua buku dan kaedah pembelajaran sudah ada di internet, dan sangat mudah untuk mendapatkannya.

Soalan 580: Tiada Apa Yang Dapat Membahayakan Anda

Soalan 580: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengasihani



Salam alaikum wa rahmatullah wa barakatuh



Wahai tuan ku dan ketua ku, saya menulis kepada anda dalam keadaan ada api membakar dalam hati saya kerana ujian yang mencengkam. Dan segala puji bagi Allah atas UjianNya, saya tidak melihat sesuatu pun kecuali ianya indah belaka.



Wahai tuanku dan ketuaku, saya mengadu kepada anda berkenaan apa yang telah terjadi kepada saya, moga-moga aduan saya ini serta tuan yang mengetahui urusan ini akan menjadikan ia semakin mudah untuk saya. Pada 21hb Mac yang terakhir ini adalah hari saya mengadakan akad nikah, dan setelah seminggu, saya telah diceraikan. Sebabnya adalah kerana saya berpegang teguh kepada seruan tuan, dan walaupun saya tidak mengambil jalan menghina dan menfitnah, dan walaupun saya telah membuat pembuktian seperti yang tuan telah persembahkan, dan suami saya tidak dapat menjawab pembuktian ini, namun beliau lebih suka mengambil jalan menceraikan saya dari tinggal dengan saya. Saya berasa terluka dalam kerana beliau telah mencemarkan kehormatan saya. Sekarang beliau bersama ibunya merayau-rayau dikalangan manusia demi menyebarkan cerita palsu yang saya telah melaknat Sistani, dan kemudiannya menuduh saudara perempuan saya sebagai gila, dan kami telah mendengar bahawa ada sekumpulan orang mahu menyerang rumah saya; kerana kami menyebarkan dakwah.



Wahai tuanku, saya merasa kosong dan sejujurnya tidak tahu apa yang saya perlukan. Bagaimanapun, saya merayu agar anda membalas kepada saya, saya memerlukan sesuatu untuk menghilangkan kesedihan. Tunjukilah saya wahai tuanku, doakanlah saya agar Allah memberikan semula hak saya. Mohon jangan biarkan saya kecewa.



Salam alaikum wa rahmatullah wa barakatuh



Penanya: Ansariya – Kuwait





Jawaban: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Pengasihani



Segala puji bagi Allah uhan sekalian alam, solawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi.



Semoga Allah memberikan anda kejayaan kepada semua perkara yang baik. Apakah perkara yang dapat membahayakan anda selagi anda berpegang teguh kepada kebenaran walaupun seluruh penduduk bumi melancarkan perang terhadap anda? Bukankah anda menyebutkan diri anda sebagai Shiah?! Bukankah anda mempunyai Fatimah AS dan apa yang terjadi kepadanya sebagai contoh buat anda? Dan bukankah anda mempunyai Zainab AS dan apa yang terjadi kepadanya sebagai contoh buat anda? Dan demi Allah jika anda bersabar dan menggigit kuat agama anda, anda akan melihat semua yang baik di dunia dan akhirat sementara musuh anda tidak akan melihat apa pun kecuali keburukan di dunia dan akhirat dan Allah akan memalukan mereka serta mereka akan kerugian di dunia dan akhirat. Sesungguhnya masa yang ditentukan bagi mereka adalah waktu pagi, dan bukankah pagi itu sangat hampir???



Salam alaikum wa rahmatullah wa barakatuh



Ahmed Al-Hassan

Shaban/1431H

Soalan 352: Berkenaan Penggunaan Gelatin

RTAeyM8TL

Imam Ahmad Al Hassan AS menyebutkan di dalam kitab Al Jawab Al Munir, Jilid 4, soalan 352: "Gelatin yang dihasilkan dari haiwan, tidak ada masalah untuk memakannya dan menggunakannya di dalam ubat atau makanan, tanpa mengira samada ia dihasilkan dari haiwan yang Muzakka(yang disembelih) atau yang tidak Muzakka, yang halal di makan atau tidak halal untuk dimakan."

 

10495123_311372549040433_5449261986175386440_o

S) Adakah gelatin yang diambil dari khinzir halal di makan?

J) "Adalah dibenarkan untuk menggunakan gelatin yang diambil dari haiwan najis di dalam makanan atau perkara yang lain, kerana ia telah berubah. Malah sebenarnya tiada gelatin di dalam haiwan, yang ada adalah glycogen. Glycogen kemudiannya diubah melalui tindak balas kimia kepada gelatin. Maka, sesuatu yang najis menjadi suci apabila ia berubah kepada bentuk yang lain."

بالنسبة للجلاتين المستخرج من الحيوان النجس العين يجوز استعماله في الاكل وغيره، لأنه متحول، فلا يوجد في الحقيقة جلاتين في الحيوان بل يوجد كلايكوجين وبواسطة عمليات كيميائية يتم تحويل الكلايكوجين الى جلاتين، والشيء النجس اذا تحول من حالة الى حالة أخرى يطهر.

-Sheikh Nadem Aloqaili