Nasihat Kepada Setiap Kristian Yang Mahukan Kebenaran

Petikan dari kitab Pengikut Isa Ke 13

Disciple

Soalan 7: Apakah nasihat anda kepada Kristian agar dapat mengetahui kebenaran dan beriman dengan Kenabian Muhammad SAW melalui Injil?  

 

 


 

 

Jawaban: Nasihat saya kepada setiap Kristian yang mencari kebenaran adalah dengan menjadikan kata-kata beliau sebagai satu standard:  

 

 

 

"14Pada suatu hari Yesus mengusir roh jahat daripada seorang bisu. Setelah roh jahat itu keluar, orang itu mula bercakap. Orang ramai hairan, 15tetapi ada beberapa orang yang berkata, “Beelzebul, ketua semua roh jahat telah memberikan kuasa kepada Yesus untuk mengusir roh jahat.” 16Ada juga orang lain yang hendak memerangkap Yesus. Mereka meminta Yesus melakukan mukjizat untuk membuktikan bahawa Dia datang daripada Allah. 17Tetapi Yesus mengetahui apa yang difikirkan mereka. Lalu Dia berkata kepada mereka, “Negeri yang berpecah menjadi beberapa bahagian lalu saling bermusuhan, tidak akan tahan lama. Keluarga yang berpecah belah dan saling berlawanan akan hancur. 18Jika kerajaan Iblis mempunyai golongan yang saling berlawanan, bagaimanakah kerajaan itu dapat bertahan? Kamu berkata Aku mengusir roh jahat kerana Aku diberi kuasa oleh Beelzebul.  

 

 

 

Maka, sesiapa yang beriman kepada Injil, hendaklah mereka membaca beberapa ayat dari Quran dan berfikir dengan dalam secara adil. Kemudian, berdasarkan ayat dari Injil (seperti di atas), bolehkah anda semua menyimpulakan ayat-ayat Quran ini sebagai dari syaitan, seperti mana yang dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai tujuan lain kecuali menghina Muhammad SAW? Dan berikut adalah beberapa contoh ayat Quran tersebut: 

 

 

 

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (Surah An Nahl: 125) 

 

 

 

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; (Surah An Nisa:36) 

 

 

 

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Luqman: 18) 

 

 

 

(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Hadid: 23) 

 

 

 

Biarkan mereka membaca ayat dari Surah Al Isra, dan tanyakan kepada diri mereka: 

 

 

 

Adakah syaitan menyeru kepada menyembah Allah semata-mata? Adakah syaitan menyeru kepada akhlaq yang bagus dan berbuat baik kepada ibubapa dan orang miskin serta berbelanja membantu mereka yang memerlukan; dan adakah dia melarang membunuh dan perzinaan serta penyalahgunaan wang anak yatim; adakah syaitan mengarahkan kepada menunaikan janji? 

 

 

 

Jika syaitan mengarahkan kepada etika seperti ini, maka apa pula perintah Allah SWT dari pandangan mereka? Bukankah ini merupakan perintah semua para Nabi dan hikmah yang mereka bawa dari Allah: 

 

 

 

22 Janganlah engkau adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam ibadatmu), kerana akibatnya engkau akan tinggal dalam keadaan tercela dan kecewa dari mendapat pertolongan. 23 Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). 24  Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
 
25  Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat. 26 Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. 27. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. 28. Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati. 29. Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggalah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan. 30. Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan Ia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Ia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya. 31. Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. 32. Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
 
33. Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak). Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya. Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak).
 
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang. Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.Perintah yang demikian itu ialah sebahagian dari hikmat yang telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) oleh Tuhanmu. Dan (ingatlah) janganlah engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu yang lain yang disembah, kerana akibatnya engkau akan dicampakkan ke dalam neraka Jahannam dengan keadaan tercela dan tersingkir (dari rahmat Allah). Surah AL Isra': 22-39
 
Malulah kaum Kristian kerana mengabaikan perkataan Jesus AS: “Negeri yang berpecah menjadi beberapa bahagian lalu saling bermusuhan, tidak akan tahan lama. Bandar atau keluarga yang berpecah belah dan saling berlawanan, akan hancur." Matius 12:25 dan tidak menjadikan ia sebagai satu standard untuk menilai apa yang tertulis di dalam Quran agar mereka tahu ia adalah dari Allah.
 
Bukankah ini satu standard dari Jesus AS? Jadi mengapa berpaling darinya? Adakah kamu beriman dengan sebahagian dari kitab dan kafir pada bahagian yang lain? Bacalah Quran dan fikirkan hikmah yang ada di dalamnya, seruan pada kebaikan, sehinggalah pemunyaan akhlaq yang baik dan mulia, jadi bagaimana semua ini datang dari Syaitan yang bodoh, yang menyeru kepada kejahatan dan akhlaq buruk; adakah Syaitan saling bermusuhan dan berpecahan sesama mereka? Adakah kerajaan syaitan berpecah sesama mereka?
 
Bukankah ini cara Jesus AS mengajar kamu untuk membezakan kebenaran dari kebatilan? Adakah kamu tidak mampu membezakan antara kebijaksanaan dan kejahilan, antara kebaikan dan kejahatan, antara akhlaq mulia dan buruk?
 
Dan adakah kamu percaya yang syaitan dan kerajaannya  berpecah sesama sendiri, sehingga di satu masa ia menyeru kepada kebaikan dan di satu masa lain ia menyeru kepada kejahatan? Satu masa untuk akhlq mulia dan di masa yang lain untuk akhlaq buruk?
 
[“Negeri yang berpecah menjadi beberapa bahagian lalu saling bermusuhan, tidak akan tahan lama. Bandar atau keluarga yang berpecah belah dan saling berlawanan, akan hancur.” Matius 12:25 ].
 
Jadi saya menasihatkan setiap Kristian yang takut kepada akibat yang buruk untuk  beri perhatian pada Gereja yang mewakili mereka pada hari ini, yang mengatakan Jesus sebagai Tuhan Mutlak, sebelumnya ditolak oleh ramai Kristian termasuklah Arius, dan mereka adalah ulama Kristian yang besar. Masih ada dan wujud ramai Kristian seperti Jehovah's Witness yang tidak mempercayai ideologi batil dan jahil ini, yang ditolak oleh Injil dan logik. Dan saya telah menjelaskan kebatilan ini didalam Kitab At Tauhid menggunakan petikan Injil yang tidak membenarkan penafsiran dan kekeliruan, dengan bukti intelektual yang jelas. *

*Rujuk kepada Lampiran 1 dan 2. Petikan tersebut dari Kitab Tauhid, beliau AS berkata: "Kenyataan yang jelas dari Injil, "Jesus AS tidak mengetahui waktu itu": Jesus AS menyebut tentang dirinya yang tidak tahu waktu terjadinya kebangkitan kecil: "“Meskipun demikian, tidak seorang pun mengetahui hari atau waktunya, baik malaikat-malaikat di syurga ataupun Anak; hanya Bapa yang tahu." Markus: 13:32
 
Dan kejahilan adalah satu ketidak sempurnaan sedangkan Tuhan yang mutlak adalah sempurna, mutlak dan tidak dicacatkan oleh kejahilan, kerana dia adalah cahaya tanpa kegelapan, kejahilan mencacatkan makhluq kerana wujudnya kegelapan di halaman kewujudannya; oleh itu Jesus AS adalah cahaya dan kegelapan, yang membuktikan beliau bukan Tuhan Mutlak; malah beliau hanyalah seorang abdi yang diciptakan dari kegelapan dan cahaya, dan beliau bukanlah cahaya tanpa kegelapan, Allah lebih tinggi dari ini. Dan di dalam semua ini mengandungi kenyataan yang jelas, pencerahan dan seruan kepada logika ini."

 

 
 
 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *