Post FB Sayed Ahmad AS: Di Mana Keadilan Untuk Malik Ibn Nuwairah?

Salam dan Rahmat Allah atas kalian.
 
Kisah Pertama:
Selepas pertempuran Badar, nabi kita Muhammad SAW telah membebaskan tawanan kafir dengan gantian yang sangat murah; iaitu tawanan itu mengajar membaca dan menulis kepada kumpulan Muslimin.
 
Tawanan ini– yang telah dibebaskan oleh Rasul yang pemurah dan pengasihani, contoh untuk umat manusia– adalah orang yang tidak beriman dengan Muhammad SAW. Malah, merekan bertempur dalam pertempuran yang mereka mahu membunuh dan memusnahkan baginda. Namun apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW adalah tepat seperti yang kita ketahui dan sangkakan berdasarkan akhlak para Nabi dan mereka yang soleh. Kita juga menjangkakan moral ini dari semua mereka yang mempunyai contoh yang mulia agar manusia dapat meniru sesetengah tindakan mereka, seperti Gandhi dan Mandela.
 
Kisah Kedua:
 
Malik Ibn Nuwairah At Tamimi, salah seorang dari Arab yang mulia, datang kepada Nabi Muhammad dengan ketaatan dan mendengar baginda, beriman dengan baginda dan kembali kepada kaumnya. Mereka beriman dengan seruan Nabi setelah mendengarnya dari Malik. Malik bukan sahaja seorang individu Muslim, malah seorang pendakwah agung (pada Islam); seruannya menyebabkan ramai orang menjadi Muslim. Malik juga adalah salah seorang yang menghadiri baiah di Al Ghadir, dan beliau tahu bahawa Ali adalah khalifah Allah setelah Rasul Allah Muhammad SAW. Beliau merupakan seorang agamawan, dipercayai oleh kaumnya dan oleh Rasul Allah SAW, kerana baginda mengamanahkan beliau untuk mengutip zakat dari kaumnya.
 
Oleh itu mereka memberikan beliau wang zakat untuk diberikan kepada Nabi. Apabila beliau sampai di Madinah, beliau mendapati Nabi telah syahid dan pergi kepada Tuhannya. Dan mendapati Abu Bakr duduk di dalam masjid, merampas kekhalifahan Nabi. Oleh kerana itu, beliau menganggap rampasan kekhalifahan ini adalah isu yang salah, yang tidak dapat beliau terima. Beliau kembali kepada kaumnya, dan memulangkan semula wang zakat, dan mengucapkan kata-katanya yang terkenal:
 
"Aku katakan ambil semula wang kalian, kerana aku tidak kisah atau takut akan apa yang akan terjadi keesokan hari. Jika seorang pengaku menuntut urusan yang paling besar untuk dirinya, kita tidak akan memberikan mereka wang ini, dan kita katakan agama adalah agama Muhammad."
 
Ayat ini jelas dan menggambarkan keseluruhan cerita. Malik mengatakan bahawa agama adalah yang dibawa oleh Muhammad SAW, jadi khalifah adalah yang dilantik oleh Muhammad SAW di Al Ghadir, dan beliau adalah Ali bin Abi Thalib, bukanlah orang yang menuntut urusan agung untuk dirinya, seperti Abu Bakr. Atas sebab itulah Malik memulangkan wang zakat kepada kaumnya, bukan kepada khalifah yang bathil.
 
Respon Abu Bakr adalah dengan mengutuskan Khalid Al Walid untuk membunuh Malik ibn Nuwairah. Malik dan orang-orangnya tidak menentang Khalid kerana menganggap mereka sebagai Muslim. Jadi Khalid mengkhianati mereka, dan menjadikan mereka tawanan, kemudian membunuh mereka ketika mereka dalam tawanan, seterusnya Khalid merogol isteri Khalid. Khalid tidak berpuas hati dengan perkara ini; jadi, beliau melakukan satu tindakan yang menjengkelkan dan tidak bertamadun dengan memasak kepala Malik di dalam ketuhar.
 
Sekarang, mari kita lupakan keseluruhan kisah ini dan andaikan Malik Ibn Nuwairah bukanlah seorang yang beriman kepada Nabi Muhammad SAW, dan Abu Bakr tidak mengutuskan Khalid untuk membunuhnya. Adakah ada sebarang justifikasi untuk pembunuhan ini, merogol isterinya dan memasak kepalanya hanya kerana beliau tidak memberikan sedikit wang kepada pemerintah? Adakah ada sebarang alasan bagi Abu Bakr untuk tidak menyabit kesalahan kepada Khalid kerana tindakan ganasnya yang tidak langsung berperi kemanusiaan, iaitu membunuh Khalid, merogol isterinya dan memasak kepalanya?!!!
 
Adakah kamu mempercayai bahawa pemerintah sebuah negara, yang mana ketua tenteranya membunuh seorang lelaki dan merogol isterinya, tanpa dipertanggungjawabkan oleh pemerintah itu, adalah seorang pemerintah yang adil?
 
Adakah kamu mempercayai agama Khalid dan Abu Bakr adalah sama dengan agama Muhammad SAW, yang membebaskan tawanan orang kafir?!!!
 
Apa yang telah saya tulis tidan mengandungi penghinaan atau sumpahan, dan tidak ofensif kepada sesiapa. Atas sebab itu, saya menunggu respon yang bersopan. Berkaitan dengan menjerit-jerit dan menghina, ketahuilah ia tidak akan mengubati agama kamu dan mengurangkan kesakitan kamu. Malah ia adalah bukti yang jelas akan rasa malu kamu.
 
https://www.youtube.com/watch?v=RfXfZTOgodA
https://www.youtube.com/watch?v=Pkb5KlS5YK8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *