Fiqh Perubatan Moden, Vaksinasi Dan Stem Sel

mareks-vaccine
Disebabkan baru-baru ini, beberapa isu vaksinasi dan perubatan moden muncul di media massa, maka di sini kami sertakan jawaban dari Sayed Ahmad Al Hassan AS, utusan Imam Mahdi AS, apabila di tanya berkaitan isu ini.

 
Jawaban: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengasihani. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
 
Solawat Allah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi
 

 

 
Semoga Allah membantu anda dan menguatkan langkah anda, secara umum, perubatan moden adalah bermanfaat untuk tubuh manusia. Dan jika bukan kerana vaksinasi dan rawatan unsur kimia, walaupun mungkin membawa mudarat pada sesuatu masa, populasi bumi tidak akan mencapai tujuh bilion. Dan kewujudan bahan merbahaya di dalam sesetengah rawatan tidak dapat menafikan manfaatnya dan tidak bermakna ia harus dijauhi; banyak dari makanan yang kita makan pada hari ini mengandungi bahan-bahan yang beracun, namun tidak pula kita menjauhkan diri kita dari makanan, dan itulah sebabnya kita memerlukan buah pinggang, hati dan sistem perkumuhan untuk membuang bahan beracun ini. Oleh itu, perubatan boleh dikaji di kolej-kolej perubatan mengikut silibus yang dibangunkan oleh pengajar yang pakar di pusat pengajian tersebut. Dan adalah dibenarkan juga untuk diamalkan dan dibenarkan untuk menggunakan ubat-ubatan serta rawatanya walaupun jika ia mempunyai potensi bahaya, bersama manfaat yang ada padanya. 
 

Dan adalah dibenarkan untuk menjalankan eksperimen therapeutik ke atas manusia apabila perlu walaupun jika ada kemungkinan eksperimen itu akan membawa maut, namun ia harus dengan kebenaran pesakit yang menawarkan diri untuk menjalankan eksperimen tersebut, seperti eksperiman Terapi Genetik untuk mengubati Hemophilia atau Kanser dan lain-lain.
 
Dan turut dibenarkan untuk menjalankan eksperimen pada sel stem embrio walaupun ini akan menyebabkan kematian pada embrio tersebut, dengan syarat ia adalah embrio yang terhasil dari klon penderma, dan ia masih di awal pembentukan dan sebelum terbentuknya embrio. Tidak dibenarkan menggunakan embrio yang terhasil dari persenyawaan ovum oleh sperma.
 
Dan adalah dibenarkan juga untuk mencipta organ manusia seperti buah pinggang, hati dan mata di dalam makmal, dari sel stem embrio yang diambil dari embrio manusia yang diklon, dan kemudiannya menjadikan ia implan pada orang yang sama.

Ahmad al-Hassan
1433 Hijri
 

 
 
Jawaban: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengasihani. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
 
Solawat Allah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi
 
Adalah dibenarkan untuk seorang doktor untuk memberikan vaksinasi kepada orang dewasa atau kanak-kanak selagi ia adalah vaksinasi yang sudah teruji dan manfaatnya terbukti serta ia mencukupi untuk kegunaan manusia.
Ahmad al-Hassan
1433 Hijri

 

Di utus pada umur 32 tahun? Satu kebetulan?

Adakah satu kebetulan?

Imam Al Sadiq AS bersabda: "Apabila Al Qaim bangkit, manusia akan menafikan beliau kerana beliau kembali kepada mereka sebagai seorang pemuda, tiada yang akan berpegang teguh kepada beliau kecuali mereka yang telah Allah mengambil janji dari mereka di alam ruh." Ghaibat Al Numani halaman 194 

Dari Imam Jaafar al Sadiq AS berkenaan Al Qaim AS: "Beliau akan muncul sebagai seorang pemuda berumur 32 tahun sehingga sekumpulan manusia akan berpaling darinya." Mawsu'at Al Sadr, Jilid 3 halaman 359, tulisan Sayed Muhammad Sadiq Al Sadr

Dari Imam Ali AS di dalam hadis berkenaan Mahdi, beliau bersabda: "Beliau akan diutuskan dalam umur 30an dan 40 an." Sayed Shaheed AlSader Jilid 3 halaman 359

Hakikat yang perlu kita terima adalah Imam Muhammad Al Mahdi sudah berumur lebih 1000 tahun, malah semua Shia mempercayainya kerana beliau sudah lama dilahirkan. Jadi siapakah Mahdi yang berumur 30an ini?

Dari Abi Abida Al Hatha: "Aku bertanya kepada Abu Jaafar AS tentang urusan ini, bilakah ia?" Beliau AS menjawab: "Jika kamu berharap dia datang dengan sesuatu cara dan kemudiannya dia datang dengan cara berbeza, maka janganlah menafikan dia." Bisharatul Islam Halaman 148

Abu Abdullah AS juga bersabda: "Ujian terbesar adalah Sahib mereka akan muncul sebagai seorang pemuda, sementara mereka menyangka beliau adalah seorang yang berumur." Ghaibat al NUmani halaman 194

Ahmad Al Hassan diutuskan ketika berumur 32 tahun. Kebetulan? atau Hakikat?

Amalan Menolak Musibah Bulan Safar

603350_459577394089929_1524345512_n

Doa dari Sayed Ahmad Al Hassan AS, di baca setiap hari di bulan Safar.

Wahai Dzat Yang Mahakuat, Wahai Dzat Yang Mahakeras, wahai Dzat Yang Mahamulia, sungguh rendah semua makhluq-Mu, wahai Dzat Yang Mahaindah, Pemberi karunia dan anugrah, tiada tuhan selain Engkau, sesungguhnya daku termasuk orang-orang yang dzhalim; Kami terima untuknya, Kami selamatkan dia dari kejenuhan dan Kami selamatkan kaum mukmin, anugerahkanlah shalawat kepada Muhammad dan keluarganya yang suci. 

 

Belum Tibakah Masa Mencari Mahdi Kalian?

 

Kebanyakan Sunni yang saya temui mempunyai pandangan bahawa dunia ini akan terus kiamat. Kerap saya dengar apabila bersembang tentang akhir zaman, mereka akan mengatakan "kiamat dah dekat ni, takut x sempat taubat."

Ini adalah pandangan yang salah, bukan bab taubat tu, itu harus setiap hari dan masa, yang salah adalah bab kiamat, yang pada pandangan mereka seolah-olah akan datang tiba-tiba, mengejut tanpa sebarang amaran.

Tahukah kalian, sebelum dunia ini berakhir, Allah swt akan memenangkan Islam ke atas agama lain, dan mewariskan bumi ini kepada orang-orang beriman? Tahukan anda bahawa semua ini adalah dengan pengutusan Khalifah Allah Al Mahdi yang dijanjikan?

Kiamat tidak akan terjadi selagi dunia ini tidak diperintah oleh Al Mahdi, Islam dimenangkan, serta keadilan memenuhi bumi sebagaimana ia dipenuhi kezaliman sepenuhnya.

سنن أبي داوود ٣٧٣٣: حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ أَنَّ عُمَرَ بْنَ عُبَيْدٍ حَدَّثَهُمْ ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ يَعْنِي ابْنَ عَيَّاشٍ ح و حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ سُفْيَانَ ح و حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُوسَى أَخْبَرَنَا زَائِدَةُ ح و حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُوسَى عَنْ فِطْرٍ الْمَعْنَى وَاحِدٌ كُلُّهُمْ عَنْ عَاصِمٍ عَنْ زِرٍّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنْ الدُّنْيَا إِلَّا يَوْمٌ قَالَ زَائِدَةُ فِي حَدِيثِهِ لَطَوَّلَ اللَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ ثُمَّ اتَّفَقُوا حَتَّى يَبْعَثَ فِيهِ رَجُلًا مِنِّي أَوْ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي 

يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمُ أَبِي زَادَ فِي حَدِيثِ فِطْرٍ يَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا وَقَالَ فِي حَدِيثِ سُفْيَانَ لَا تَذْهَبُ أَوْ لَا تَنْقَضِي الدُّنْيَا حَتَّى يَمْلِكَ الْعَرَبَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي

قَالَ أَبُو دَاوُد لَفْظُ عُمَرَ وَأَبِي بَكْرٍ بِمَعْنَى سُفْيَانَ

Sunan Abu Daud 3733: Telah menceritakan kepada kami Musaddad bahwa Umar bin Ubaid menceritakan kepada mereka. (dalam jalur lain disebutkan) Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al 'Ala berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Bakr -maksudnya Abu Bakar bin 'Ayyasy-. (dalam jalur lain disebutkan) Telah menceritakan kepada kami Musaddad berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya dari Sufyan. (dalam jalur lain disebutkan) Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Ibrahim berkata, telah menceritakan kepada kami Ubaidullah bin Musa berkata, telah mengabarkan kepada kami Zaidah. (dalam jalur lain disebutkan) Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Ibrahim berkata, telah menceritakan kepadaku Ubaidullah bin Musa dari Fithr dengan makna hadits yang sama. Dan semuanya dari Ashim dari Zir dari Abdullah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: 

"Sekiranya dunia ini tidak tersisa kecuali hanya sehari, Zaidah menyebutkan dalam haditsnya, "maka Allah akan memanjangkan hari itu, " kemudian mereka bersepakat -dalam menyebutkan lafadz- hingga Allah mengutus seorang laki-laki dariku, atau dari keluargaku; namanya mirip dengan namaku, dan nama bapaknya juga mirip dengan nama bapakku. Dalam hadits Fithr ditambahkan, "Ia akan memenuhi bumi dengan keadilan, sebagaimana kezhaliman dan kelaliman pernah memenuhinya." Dalam hadits riwayat Sufyan beliau mengatakan: "(Dunia) tidak akan pergi, atau tidak akan hancur hingga seorang laki-laki dari ahli baitku menguasai Arab; namanya seperti namanku." Abu Daud berkata; "lafadz hadits Umar dan Abu Bakar semakna dengan lafadz Abu Sufyan." Al Albani: Hassan Shahih 

Ini adalah zaman kemunculan Mahdi kalian. Apa buktinya? Selain dari tanda-tanda akhir zaman yang sering disebutkan, tanda yang paling jelas tanpa sebarang keraguan adalah hadis berikut:

عن رسول الله (ص):
(يحكم الحجاز رجل اسمه اسم حيوان ، إذا رأيته حسبت في عينه الحول من البعيد ، وإذا اقتربت منه لاترى في عينه شيئاً ، يخلفه أخ له اسمه عبدالله. ويل لشيعتنا منه ، أعادها ثلاثاً ؛ بشروني بموته أبشركم بظهور الحجة )
مئتان وخمسون علامة: 122

Tentang Hijaz, diriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w.a. bersabda: “Akan memerintah seorang lelaki yang mempunyai nama binatang. Bila kamu melihat dia, akan terlihat olehmu juling di matanya dari kejauhan. Namun jika kamu dekati ia, kamu tidak akan melihat apa-apa di matanya. Ia akan digantikan oleh saudaranya yang bernama Abdullah, berilah amaran kepada pengikut kami tentang beliau! (beliau mengulangi kalimat ini sampai tiga kali). Sampaikan kepadaku berita gembira dengan kematiannya, akan aku sampaikan berita gembira kepada kalian dengan kemunculan al-Hujjah.” (Miatan wa Khamsun ‘Alamah, hal 122)


Saya kuatkan dengan sebuah hadis lagi dari Ahlulbait AS:

Diriwayatkan dari Abu Bashir: “Aku mendengar Abu Abdillah (Imam Shadiq) as pernah mengungkapkan, “Siapa yang memastikan kematian Abdullah bagiku, aku pastikan (kemunculan) sang qaim baginya.” Lalu beliau menambahkan, “Bila Abdullah mati, orang-orang tidak akan bersepakat atas seorang (siapa yang akan menggantikannya,-penerj) sepeninggal dia, dan urusan ini tidak akan berakhir tanpa sang pemimpin kalian, insya Allah. Raja (yang memerintah) bertahun-tahun akan pergi menjadi raja beberapa bulan dan beberapa hari”


Aku (si perawi) bertanya, “Apakah lama yang demikian itu?”
“Tidak”, jawab imam. (Bihar al-Anwar, juz 52, hal 210)

Telah muncul Raja yang bernama seperti binatang, iaitu Raja Fahd, dan selepas kematian beliau, penggantinya adalah Abdullah, Raja Saudi sekarang. Kematian beliau menjamin kemunculam Al Mahdi.

Maka, tanda apa lagi yang kalian tunggu? Bukankah sudah tiba masanya untuk mencari Al Mahdi kalian? 

Sudah tiba orang yang kalian nantikan, Ahmad Al Hassan. Silalah mengkaji, demi keselamatan akhirat kalian.
 

Bab 9: Siapakah Keserupaan Jesus Yang Disalib?

 

crucifixion

Soalan 9: Apabila membaca tentang isu pengsaliban dan pengorbanan dari kenyataan para ulama, kita akan mendapati begitu banyak percanggahan, jadi, bolehkah tuan memberikan sebuah kenyataan yang konklusif dari sumber yang dipercayai mereka?

 

Dan apakah tafsiran riwayat berikut: Ditanyakan kepada Imam Abu Abdullah Jaafar Al Sadiq AS, “Apakah sebabnya beliau dinamakan Al Qaim": Beliau AS menjawab, “Sesungguhnya kerana beliau bangkit selepas kematiannya, beliau bangkit dengan urusan agung, beliau bangkit dengan urusan dari Allah SWT."

 

Jawaban: Sheikh At Tusi di dalam kitabnya Al Ghaibah berkata, {Berkaitan dengan riwayat yang menyatakan Sahibul Zaman mati dan kemudian hidup semula, atau dibunuh dan hidup, seperti:

 

Al Fadhil Bin Shathan berkata kepada Musa Bin Sadan, bahawa Abdullah Bin Qasm Al Hathrami bahawa Abu Said Al Khurasani berkata, “Apakah sebabnya beliau dinamakan Al Qaim": Beliau AS menjawab, “Sesungguhnya kerana beliau bangkit selepas kematiannya, beliau bangkit dengan urusan agung, beliau bangkit dengan urusan dari Allah SWT."

 

Muhammad bin Abdullah Bin Jaafar Al Humairi meriwayatkan dari bapanya, dari Yaakub Bin Yazid, dari Ali Bin Al Hakam, dari Hammad bin Uthman, dari Abu Basir, beliau berkata, (Aku mendengar Abu Jaafar AS berkata, “Perumpamaan urusan kami dalam Kitab Allah adalah seperti pemilik keldai, Allah mematikannya untuk ratusan tahun dan kemudian menghidupkannya semula”)

 

Ali bin Khattab dari Muazzin Masjid Al Ahmar, beliau berkata, (“Aku bertanya kepada Abu Abdullah Imam Jaafar As Sadiq AS, “Adakah dalam kitab Allah perumpamaan tentang Al Qaim?” Jadi baliau menjawab, “Ya, ayat berkenaan pemilik keldai. Allah mematikan beliau selama beberapa ratus tahun, kemudian menghidupkannya semula.”)

 

Dan dari Al Fadhil Ibn Shathan, Abu Abdullah AS berkata, “Sesungguhnya apabila Qaim bangkit, manusia akan berkata, “Bagaimana ini boleh terjadi, sedangkan tulang-tulangnya sudah mereput lama dahulu."

 

Kemudian Sheikh Al Tusi, semoga Allah berbelas dengannya, memberi komen dengan berkata, “Tafsir bagi riwayat-riwayat ini dan yang seumpamanya, kami katakan maksudnya adalah kematian dalam bentuk peringatan kepada Imam Al Mahdi, dan kebanyakan manusia mempercayai tulang-belulangnya sudah mereput, kemudian Allah akan menjadikan beliau muncul seperti mana Dia menjadikan pemilik keldai muncul selepas kematiannya yang sebenar. Dan tafsir ini berkemungkinan mempunyai kaitan dengan riwayat-riwayat ini, yang hanya mempunyai satu sanad, dan tidak dapat menafikan apa yang telah dibuktikan dengan logik, dan apa yang telah ditunjukkan oleh pemahaman yang benar, serta apa yang telah disokong oleh riwayat mutawattir yang telah kami sebut sebelum ini. Apa yang perlu dilakukan hanyalah kita harus berhenti pada maksud ini dan berpegang kepada apa yang telah diketahui. Dan kami menafsirkannya, setelah mengetahui ia benar, dengan kaedah yang sama kami menafsirkan hadis semaksud yang lain. Riwayat ini dinafikan oleh riwayat-riwayat lain yang bercanggahan.” *

 

Dan Sheikh Al Tusi memahami dari apa yang jelas/muhkam dari riwayat-riwayat ini, dan riwayat semakna yang diriwayatkan di zamannya, iaitu ada seorang manusia memasuki dunia ini, kemudian meninggalkannya apabila dibunuh, dan kembali apabila Allah memberikannya nyawa di dunia ini sekali lagi, seterusnya menjadikan beliau Al Qaim dari keturunan Muhammad (Al Mahdi, Sang Penyelamat dan Sang Penebus)

 

Di dalam pengenalan kepada riwayat ini, Sheikh Tusi, semoga Allah berbelas dengannya, menyebut sebagai berikut, “Dan berkaitan apa yang telah diriwayatkan dari riwayat yang menunjukkan Imam Al Mahdi mati, kemudian dihidupkan semula, atau dibunuh kemudian dihidupkan semula."

 

Disebabkan Sheikh Tusi memahami bahawa Al Qaim yang disebutkan oleh riwayat ini sebagai Imam Al Mahdi, Muhammad ibn Al Hassan AS, dan disebabkan beliau tidak mempunyai pemahaman yang dapat menyesuaikan maksud zahir ini dengan keseluruhan riwayat, beliau terpaksa menafsirkannya pada satu tempat, dan di tempat lain, beliau memberi alasan bahawa riwayat ini hanya mempunyai satu sanad, dan di tempat lain, beliau menyebutkan bahawa riwayat ini hanya mempunyai satu sanad dan tidak meyakinkan  untuk beramal, dan lama kelamaan beliau terpaksa menahan diri dari menafsir.

 

Apa-apa pun, semoga Allah memberi ganjaran kebaikan kepadanya, walaupun tafsirannya tidak mempunyai bukti dan tidak dapat diterima oleh riwayat berkenaan isu ini, kerana bagaimana Al Qaim bangkit dari satu kematian yang berbentuk "hilangnya peringatan manusia kepada beliau" ? Sedangkan perumpamaan yang disebutkan untuk beliau adalah pemilik keldai yang mana kematiannya dan kehidupannya disebutkan dengan jelas oleh Allah di dalam Al Quran:

 

_____________

* . Al-Ghayba by al-Tousi page 423 .

______________

Atau tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan negeri ini sesudah matinya? " Lalu ia dimatikan oleh Allah selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?" Ia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari". Allah berfirman:" (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging ". Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". Surat al-Baqarah  2:259 .

 

Malah, kumpulan manakah yang mempercayai bahawa Imam Al Mahdi, Muhammad bin Al Hassan, telah mati di “zaman kemunculan” seperti yang disebutkan oleh Sheikh Al Tusi, “kematian dalam bentuk peringatan kepadanya (Imam Al Mahdi), dan kebanyakan manusia mempercayai tulang-belulangnya sudah mereput”?? Kerana umat Shiah mempercayai bahawa beliau masih hidup, dan Sunni pula tidak mempercayai beliau sudah muncul, jadi bagaimana mereka boleh mempercayai kematiannya?

 

Pemahaman yang betul berkenaan riwayat yang disebutkan sebelum ini, yang tidak bercanggahan dengan apa yang telah diriwayatkan dari Ahlulbait AS adalah bahawa Al Mahdi, Al Qaim yang muncul, akan mengatakan kepada manusia bahawa beliau adalah keserupaan Jesus AS yang disalib, maka sesetengah manusia tidak akan menerima perkara ini. Dan akibatnya, mereka akan menyatakan kepada beliau bahawa keserupaan Jesus itu telah disalib dan mati di atas salib, dan urusan beliau telah berakhir lama dahulu. “Sesungguhnya apabila Qaim bangkit, manusia akan berkata, “Bagaimana ini boleh terjadi, sedangkan tulang-tulangnya sudah mereput lama dahulu."

 

Sila ambil perhatian perkataan mereka, “Apabila Qaim bangkit”, dan bukan sebelumnya; bermakna, apabila beliau bangkit, beliau akan berkata sesuatu pada manusia agar seterusnya mereka boleh memberi respon kepada beliau AS, “Bagaimana ini boleh terjadi, sedangkan tulang-tulangnya sudah mereput lama dahulu."

 

Kami katakan di sini, mengapa beralih kepada menafsirkan atau menolak riwayat, sedangkan kita boleh menyesuaikan makna zahirnya dengan apa yang telah diriwayatkan oleh Ahlulbait AS?! Apatah lagi kita menjumpai wujudnya riwayat lain dan petikan yang menyebut dan menyokong kefahaman akan makna zahir ini.

 

Yang sebenarnya, tidak wujud sebarang alasan yang logik untuk memisahkan riwayat ini dari makna zahir mereka dan dari apa yang diisyaratkan, iaitu adanya karektar Al Qaim yang turun ke dunia ini dan dibunuh sebelum beliau dilahirkan, kemudian beliau datang ke dunia sekali lagi dan menjadi Al Qaim.

 

Perkara ini dan penjelasannya adalah sama dengan kod-kod rahsia atau kata kunci, kerana ia adalah bukti untuk Al Qaim itu sendiri, kerana teks ini wujud seperti kewujudan huruf dan nombor, serta dapat digapai oleh semua orang. Bagaimanapun, siapa lagi yang boleh mengekstrak kata kunci yang sebenar melainkan pemiliknya? Tiada siapa melainkan pemiliknya yang dapat mengenggam kod yang sebenar, kerana kata-kata mereka tidak akan melebihi kemungkinan dan kebatilan yang penuh dengan percanggahan —tidak lebih dan tidak kurang. Berkenaan dengan Al Qaim, beliau datang dengan dengan kod atau kata kunci ini, dan dengannya, beliau membongkarkan rahsia ini agar ia diketahui kepada mereka yang mahukan ilmu yang ringkas, jelas dan mudah difahami.

 

Dan saya telah menjelaskan perihal orang yang disalib dan keserupaan Jesus di dalam Kitab Mutasyabihat Jilid 4, bagaimanapun, tiada masalah saya akan menjelaskannya di sini dalam bentuk yang lain.

 

Pertama: Dari Al Quran

 

Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. Surat an-Nisa 4:157

 

Oleh itu, di dalam Al Quran, sesungguhnya Jesus AS tidak dibunuh atau disalib, tetapi ada seseorang yang diserupakan seperti beliau dan disalib ditempatnya. Ayat di atas juga memberi respon dengan jawaban yang jelas kepada sebuah soalan yang penting: Adakah ada sesiapa yang mempunyai ilmu tentang perkara rahsia pengsaliban dan apa yang terjadi di dalamnya?

 

Oleh kerana jawaban kepada soalan ini membuatkan kebatilan manusia menjadi tidak bernilai, terutamanya kepada mereka yang mengaku Islam, kerana jawabannya adalah dari Quran:  (Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata). Oleh itu, ia adalah sebuah ilmu yang terhad hanya kepada Allah dan mereka yang berhubungan dengan Allah, dan mereka adalah HujjahNya ke atas ciptaan kerana Dialah yang mengajarkan mereka hakikat tersembunyi, jika Dia mahukan, seperti mana yang diterangkan di dalam Quran. Firman Allah, "Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, -"Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya  maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya . "(Tuhan mengadakan malaikat-malaikat itu) supaya Ia mengetahui bahawa sesungguhnya – (dengan jagaan mereka) – Rasul-rasul itu telah menyampaikan perutusan-perutusan Tuhan mereka, (dengan sempurna); pada hal Ia memang mengetahui dengan meliputi segala keadaan yang ada pada mereka, serta Ia menghitung tiap-tiap sesuatu: satu persatu". (Surah Al Jin 72:26-28)

 

Dan ayat ini jelas menunjukkan bahawa perkara ghaib yang diketahui oleh Allah, diberitahukan sesetengahnya kepada RasulNya. Dan semua khalifah Allah di muka bumi ini adalah Rasul Allah kepada makhluknya, samada Nabi dan Rasul sebelum Muhammad SAW, atau Muhammad SAW dan para Imam selepas baginda. Maka semua mereka diberitahukan oleh Allah apa sahaja yang dimahukanNya dari perkara ghaib.

 

Yang Maha Kuasa berfirman, (..yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki..) Al Baqarah 2:255, dan "apa yang ada di hadapan mereka" bukanlah bermakna apa yang mereka pegang, begitu juga "apa yang ada di belakang mereka" bukanlah bermakna sesuatu yang berada di belakang; jika begitu, maka ilmuNya tidaklah istimewa. Apa yang dimaksudkan dengan dihadapan mereka adalah masa hadapan, "dan apa yang dibelakang mereka" adalah perkara yang telah berlalu. Jadi apa yang dimaksudkan dengan firmanNya (..yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki..) adalah Dia mempunyai ilmu ghaib, masa hadapan dan masa silam, yang mana tidak diketahui manusia. Maka, dengan sempurnanya ayat ini, makna sebenar firmanNya menjadi jelas, (sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah), iaitu dari ilmu ghaib yang berada di hadapan dan belakang mereka; kemudian Allah swt menjelaskan bahawa Dia mengajarkan sesetengah dari ilmu ghaib itu kepada sesiapa yang dikehendaki dari ciptaannya.. (melainkan apa yang Allah kehendaki)

 

Kesimpulan dari sebelumnya: Al Quran menjelaskan bahawa orang yang dibunuh dan disalib bukan Jesus, (Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa).

 

Penentuan orang yang disalib, apa yang berkaitan keserupaan beliau kepada Jesus dan bagaimana peristiwa ini terjadi adalah tidak diketahui oleh Yahudi, Kristian, Muslimin dan lain-lain*. Dan mereka yang terlibat dengan isu ini akan terperangkap dalam kejahilan, tidak lebih dan tidak kurang, Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata;

 

Allah mengetahui perkara ghaib, masa hadapan dan silam, dan menunjukkan sesetengah darinya kepada khalifahya di muka bumi.

 

Oleh itu, peristiwa penyaliban dan apa yang menyelubunginya adalah satu rahsia — bukan sahaja kepada Muslim, tetapi juga kepada Kristian, dan kata-kata berkaitan ini akan disebutkan kemudian — dan mencapai kebenaran bukanlah mudah kecuali untuk orang yang telah diberitahu akan hal ini oleh Allah, dan urusan ini adalah khas untuk Hujjah Allah. Maka, penyampaian rahsia ini secara lancar dan mudah membuktikan autoriti orang yang orang yang menyampaikannya; kerana beliau telah membawa kata kunci yang tidak dibawa oleh sesiapa melainkan dirinya berhubungan dengan Allah.

 

 


 

 

Nota Kaki

 

* . Berkenaan Kristian, adalah mencukupi, walaupun dengan perbezaan mereka dn kurangnya kefahaman mereka pada kebenaran, bahawa ada kumpulan-kumpulan dari mereka yang percaya dengan Gospel Judah. Dan mereka adalah Kristian, dan Gereja tidak boleh menafikan identiti ini kepada mereka. Untuk maklumat lanjut, rujuk Lampiran 3.

 

Untuk Muslim pula, saya akan sebutkan kata-kata dua orang ulama Muslim:

 

Yang pertama adalah seorang ulama Sunni, Al Tabari (mati 310H), beliau berkata, “Dan para ahli tafsir bercanggahan berkenaan sifat orang yang diserupakan kepada Jesus pada Yahudi. Jadi sesetengah ahli tafsir berkata, “Apabila Yahudi mengepung beliau dan para sahabatnya, mereka tidak dapat mengecam yang mana adalah Jesus, kerana semua mereka diubah menyerupai Jesus. Jadi mereka yang mahu membunuh Jesus menjadi keliru tentang identiti sebenar. Jadi sesetengah yang berada di dalam rumah Jesus datang kepada mereka, jadi mereka membunuh salah seorangnya, dengan menyangka beliau adalah Jesus.”Ahli tafsir yang lain berkata, “Yang sebenarnya, Jesus meminta dari yang bersama dengannya di dalam rumah, agar keserupaannya dijadikan pada salah seorang dari mereka, jadi salah seorang dari mereka maju ke hadapan dan keserupaan diberikan kepadanya. Jadi orang itu dibunuh dan Jesus ibn Mary AS kemudiannya diangkat.”Jami Al Bayan

 

Ulama yang kedua adalah Sheikh At Tusi dari Shia (mati 460H), beliau berkata, “Dan mereka berselisih tentang bagaimana bagaimana terjadinya orang yang diserupakan dengan Jesus AS…” Kemudian beliau mengaitkan perkataan ahli tafsir dengannya. Rujuk Al Tibyan, Jilid 3, Halaman 382-385

 

Oleh itu, karektar orang yang disalib dan perincian bagaimana ia terjadi adalah tidak diketahui oleh ulama Muslimin, sama seperti para ulama Kristian yang tidak mengetahuinya. Jadi, walaupun kebanyakan dari mereka hari ini mempercayai bahawa Jesus adalah orang yang disalib, para Kristian awal mengatakan perkara yang berbeza. Tambahan pula, mereka sekarang tidak mampu menyesuaikan kepercayaan mereka dengan petikan dari Gospel yang menjelaskan orang yang disalib itu adalah orang lain, seperti yang dijelaskan oleh Imam Ahmad Al Hassan dengan cara terbaik kepada mereka di dalam buku ini.

 

 


 

Keduanya di dalam Gospel:

 

1 . Jesus meminta agar beliau tidak disalib dan menjadi orang yang disalib.

 

“Ya Bapa, jika boleh, jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku! Matthew Chapter 26: 39 .

 

"Yesus pergi lebih jauh sedikit lalu meniarap di tanah dan berdoa supaya jika boleh Dia tidak usah mengalami saat penderitaan itu. Dia berdoa, “Bapa, ya Bapa-Ku! Tidak ada satu perkara yang mustahil bagi Bapa. Jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku." Mark Chapter 14:35

 

“Kemudian Dia pergi lebih jauh dari tempat mereka, kira-kira sejauh lemparan batu. Dia berlutut dan berdoa, “Ya Bapa, jika boleh jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku. Luke Chapter 22: 41

 

Jadi bagaimana Allah menolak doa Jesus dan rayuannya agar beliau tidak disalib dan penyaliban dijauhkan darinya? Adakah hakikatnya doa Jesus AS tidak layak dikabulkan; atau mungkinkah, contohnya, Allah tidak mempunyai pengganti untuk disalib bagi tempat Jesus?! Sebagai tambahan, Kristian mempercayai bahawa Jesus AS adalah tuhan yang mutlak, dan oleh itu, mereka memerlukan satu justifikasi atas permintaan Jesus AS yang disebutkan di atas, sebuah justifikasi yang tidak akan meletakkan mereka dalam kedudukan bercanggah yang membatalkan ketuhanan Jesus AS yang dipercayai oleh mereka; dan sudah pasti perkara ini adalah tidak mungkin bagi mereka.

 

Oleh itu jika mereka mengatakan beliau meminta dikecualikan dari penyaliban kerana kejahilan beliau, maka mereka telah menafikan ketuhanan mutlak beliau, kerana mereka menyifatkan beliau dengan kejahilan dan kejahilan adalah satu kegelapan, seterusnya menunjukkan beliau adalah satu entiti cahaya yang bercampur kegelapan, bukan cahaya tanpa kegelapan. Maka ketuhanan beliau telah terbatal.

 

Seterusnya, jika mereka mengatakan bahawa beliau memohon agar penyaliban dijauhkan darinya dalam keadaan beliau tahu bahawa peristiwa itu tidak dapat dielakkan, maka(sekali lagi) mereka telah menuduh beliau dengan kebodohan. Jika tidak, apakah makna permintaan beliau jika beliau tahu peristiwa ini tidak dapat dielakkan?! Dan kata-kata mereka menafikan ketuhanan mutlak pada Jesus, malah mereka menafikan lebih teruk lagi iaitu penafian hikmah para Nabi AS dari beliau.

 

2 . Orang yang disalib enggan mengakui bahawa beliau adalah Raja Bani Israel

 

Jadi persoalannya, mengapa beliau menafikan perkara ini jika beliau adalah Jesus AS yang datang untuk mengkhabarkan kepada manusia bahawa beliau adalah Raja Bani Israel?! Bukankah ini menjelaskan dengan terang bahawa orang yang ditangkap dan disalib itu adalah bukan Jesus AS, Raja Bani Israel, dan atas sebab ini, beliau enggan mengakui bahawa beliau adalah raja Bani Israel.

 

[ … Yesus berdiri di hadapan Gabenor Pilatus, dan Pilatus bertanya kepada-Nya, “Adakah kamu raja orang Yahudi?” “Begitulah yang tuan katakan,” jawab Yesus.” …] Matthew Chapter 27 .

 

[ …Pilatus bertanya kepada Yesus, “Betulkah kamu raja orang Yahudi?” Yesus menjawab, “Begitulah yang tuan katakan.” … ] Mark Chapter 15:2 .

 

[ … Pilatus masuk kembali ke istana lalu memanggil Yesus. Dia bertanya kepada-Nya, “Adakah kamu raja orang Yahudi?” Yesus menjawab, “Adakah pertanyaan ini daripadamu atau orang lain sudah memberitahu kamu tentang diri-Ku?” Pilatus menjawab, “Adakah aku ini orang Yahudi? Bangsamu sendiri dan ketua-ketua imam sudah menyerahkan kamu kepadaku. Apakah yang sudah kamu lakukan?” Yesus berkata, “Pemerintahan-Ku bukan dari dunia ini. Jika pemerintahan-Ku dari dunia ini, semua orang-Ku akan melawan supaya Aku tidak diserahkan kepada para penguasa Yahudi. Tidak, pemerintahan-Ku bukan dari dunia ini!” Oleh itu Pilatus bertanya kepada-Nya, “Jika demikian, adakah kamu ini raja?” Yesus menjawab, “Kamu yang berkata bahawa Aku raja. Aku dilahirkan dan datang ke dunia untuk satu maksud sahaja; Aku datang untuk berkata tentang apa yang benar. Sesiapa yang menerima apa yang benar, mendengarkan Aku.” … ] John Chapter 18: 33-37

 

3 . Panggilan orang yang disalib kepada Mary, ibunda Jesus AS membuktikan beliau bukan anaknya, bukankah sangat tidak beradab untuk seorang anak memanggil ibunya sebagai “perempuan”? Ya, ia adalah perkataan yang dibolehkan untuk diguna oleh orang yang disalib kepada Mary jika beliau bukan Jesus AS, dan penggunaan panggilan dengan perkataan ini adalah untuk menjelaskan bahawa Mary bukan ibunya dan beliau bukan Jesus AS.*†

 

[Ibu Yesus, saudara perempuan ibunya, Maria isteri Klopas, dan Maria Magdalena berdiri dekat salib itu. Yesus nampak ibu-Nya dan pengikut yang dikasihi-Nya berdiri di situ. Oleh itu Yesus berkata kepada ibu-Nya, “Puan, dia anak puan.” Kemudian Yesus berkata kepada pengikut itu, “Dia ibumu.””] John Chapter 19: 25-27

 

4 . Simon Peter menawarkan diri untuk menggantikan Jesus, namun Jesus menjelaskan ketidakmampuan Simon Peter dalam hal ini:

 

[ “Simon, Simon, dengarlah! Iblis telah mendapat kebenaran untuk menguji kamu semua, seperti peladang memisahkan gandum daripada sekam. Tetapi Aku telah berdoa untukmu supaya imanmu tidak goyah. Apabila engkau balik kepada-Ku, engkau mesti menguatkan saudara-saudaramu.” Peter menjawab, “Ya Tuhan, aku bersedia dipenjarakan dan mati bersama-sama Tuhan!” Yesus berkata, “Ketahuilah, Petrus, sebelum ayam berkokok hari ini, tiga kali engkau akan berkata engkau tidak mengenal Aku.””] Luke Chapter 22 : 31-34

 

[Simon Peter bertanya kepada Yesus, “Ke manakah Tuan mahu pergi?” Yesus menjawab, “Ke tempat Aku pergi, engkau tidak dapat ikut sekarang, tetapi engkau akan mengikut Aku kelak.” Petrus bertanya lagi, “Tuan, mengapa aku tidak dapat mengikut Tuan sekarang? Aku sanggup mati untuk Tuan!” Yesus menjawab, “Betulkah engkau sanggup mati untuk-Ku? Ketahuilah, sebelum ayam berkokok, tiga kali engkau akan berkata engkau tidak mengenal Aku!”] John Chapter 13: 36-38

 

Di dalam dua ayat dari Gospel yang disebutkan di atas, kita memahami bahawa Jesus mencadangan kepada pengikutnya agar mengorbankan diri mereka kepadanya; atau, kita menjumpai di dalam petikan ini, bahawa Jesus AS menerangkan kepada Peter, pengikut beliau yang terbaik, bahawa beliau tidak dapat mengorbankan dirinya untuk Jesus AS, [“Tuan, mengapa aku tidak dapat mengikut Tuan sekarang? Aku sanggup mati untuk Tuan!” Yesus menjawab, “Betulkah engkau sanggup mati untuk-Ku? Ketahuilah, sebelum ayam berkokok, tiga kali engkau akan berkata engkau tidak mengenal Aku!”]

 

Maka petikan Gospel John ini jelas menunjukkan Jesus AS diminta oleh Simon Peter untuk mengorbankan diri untuk Jesus AS lalu beliau membincangkan tawaran Peter, “Betulkah engkau sanggup mati untuk-Ku?” Dan kita mendapati Jesus menjawab soalan ini, dengan berkata Peter tidak mempunyai kemampuan untuk urusan ini, Ketahuilah, sebelum ayam berkokok, tiga kali engkau akan berkata engkau tidak mengenal Aku!”] Dan perbincangan ini tidak datang dengan tiba-tiba, maka apakah sebabnya Peter menawarkan diri jika Jesus AS tidak mencadangkan urusan ini kepada mereka?!

 

Malahan, bagaimana kita dapat memahami kata-kata Peter, Aku sanggup mati untuk Tuan!,  sebagai selain daripada urusan penyerupaan? Jika tidak begini, bagaimana Peter boleh menggantikan Jesus AS untuk disalib, jika Peter tidak diserupakan kepada beliau AS sebelum itu? Agar Yahudi boleh menangkapnya dan menyalib beliau seolah-olah menyalib Jesus sendiri, kerana mereka mahu menangkap Jesus AS, bukan Peter, dan mereka tidak akan menangkap Peter, melainkan jika beliau diserupakan kepada Jesus.

 

Dan respon dari Jesus bukanlah ayat-ayat lain, melainkan beliau berkata "Peter, kamu tidak mempunyai keupayaan dalam hal ini". Dan ini membawa kita kepada satu persoalan: Jika Peter dan para pengikut yang lain tidak berupaya untuk meletakkan diri mereka di tempat Jesus AS dan bertahan dengan penyaliban, tidak adakah orang lain dari Allah yang dapat melaksanakan tugasan ini setelah Jesus dengan jelas memohon agar penyaliban ditolak dari dirinya, seperti yang disebutkan sebelum ini?!

 

5 . [Kata Yesus kepada Petrus: “Sarungkan pedangmu itu; bukankah Aku harus minum cawan yang diberikan Bapa kepada-Ku?”] John Chapter 18: 11

 

Kata-kata ini datang dari orang yang disalib semasa penangkapannya, dan ia adalah kata-kata seseorang yang menerima urusan penyaliban dan tidak mempunyai masalah dengannya. Malahan beliau menganggap sikap teragak-agak dalam meminum dari cawan ini sebagai perkara yang tidak boleh diterima, dan bukan satu perkara yang boleh dipertimbangkan oleh dirinya, dan tidak terfikirkan oleh beliau, bukankah Aku harus minum cawan yang diberikan Bapa kepada-Ku? …. Maka bagaimana dapat dibayangkan bahawa kata-kata ini datang dari orang yang sama, yang mengatakan sebelum penangkapannya “Bapa, ya Bapa-Ku! Tidak ada satu perkara yang mustahil bagi Bapa. Jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku. Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak Bapa sahaja.” Mark 14

 

Oleh itu, keduanya adalah orang yang berbeza, orang yang ditangkap dan disalib adalah orang yang berbeza dari Jesus AS yang meminta agar tidak disalib.

 

6 . Apa yang disebutkan di dalam Gospel Judah.

 

Dan Gospel ini adalah yang dijumpai sebelum masa Islam, maka ia tidak dapat dinafikan dengan mengatakan ia dipalsukan oleh Muslim. Oleh itu, ia adalah Gospel kaum Kristian dan ia digunakan oleh Kristian awal. Maka penerbitan berulang dan penyebaran Gospel Judah dikalangan Kristian awal menunjukkan perselisihan mereka tentang identiti orang yang disalib.

 

Dan ini adalah petikan dari Gospel Judah yang menerangkan bahawa orang yang disalib itu bukan Jesus AS; malah, ia menyebut nama orang yang disalib itu, sifatnya dan sifat keturunannya,

 

Gospel Judah Adegan 3:

 

•Judah berkata, “Tuan, adakah keturunanku akan berada di bawah kekuasaan pemerintah?”

Jesus menjawab, “Kemari, agar aku […dua perkataan hilang..], namun kamu akan mengalami kesedihan yang besar apabila kamu melihat kerajaan itu dan semua generasinya."

 

Apabila mendengarnya, Judah berkata kepada beliau, “Apakah kebaikan yang aku peroleh darinya? Kerana kamu sudah mengasingkan ku untuk generasi tersebut."

 

Jesus menjawab, “Kamu akan menjadi yang ketiga belas, dan kamu akan dilaknat oleh generasi yang lain — dan kamu akan berkuasa(memerintah) atas mereka. Di hari-hari akhir mereka akan melaknat pengangkatan kamu kepada generasi suci."

 

“Namun kamu akan melebihi mereka. Kerana kamu akan mengorbankan orang yang berpakaian ku.”

 

•“Tandukmu telah dinaikkan, kemurkaan mu sudah dinyalakan, bintang mu sudah tampak cerah dan hati mu … [57]"

 

Malahan, petikan tersebut menunjukkan dengan jelas bahawa orang yang disalib itu bukan Jesus, “Namun kamu akan melebihi mereka. Kerana kamu akan mengorbankan orang yang berpakaian ku.” Sesungguhnya, beliau menyebutkan nama orang yang disalib itu sebagai Judah, dan Judah dalam petikan ini bukanlah Judas Iscariot, pengkhianat yang pergi kepada ulama Yahudi dan membawa pegawai kuil untuk menangkap orang yang disalib. Oleh itu, Judah, yang merupakan orang yang disalib bagi pihak Jesus seperti yang disebutkan di dalam Gospel Judah adalah seorang yang soleh, mengorbankan dirinya demi Jesus. malahan, di dalam Gospel Judah, Jesus menyebutkan dirinya dengan sifat yang tidak dapat diberikan kepada Judas Iscariot, iaitu bahawa beliau adalah yang ke tiga belas; sementara bilangan Hawariyyun(pengikut Jesus) seperti yang dipersetujui semua hanyalah dua belas orang. Dan selepas pengkhianatan Judas Iscariot, mereka membawa seorang pengganti beliau untuk melengkapkan bilangan dua belas orang, dan tidak sesekali bilangannya adalah tiga belas. Ini menjadikan Judah yang disebutkan sememangnya bukan Judas Iscariot.

 

Ini selari dengan kenyataan yang disebutkan dalam Gospel Judah:

 

[“dan kamu akan berkuasa(memerintah) atas mereka”]: Dan frasa ini menjadikan urusan ini eksklusif kepada Sang Penyelamat yang akan datang di akhir zaman untuk memenuhkan bumi dengan keadilan; jadi Judas Iscariot tidak datang di akhir zaman kerana, ringkasnya, beliau adalah seorang yang licik, dilahirkan dan mati dalam tempoh zaman tersebut.

 

[Judah berkata, “Tuan, adakah keturunanku akan berada di bawah kekuasaan pemerintah?”Jesus menjawab, “Kemari, agar aku […dua perkataan hilang..], namun kamu akan mengalami kesedihan yang besar apabila kamu melihat kerajaan itu dan semua generasinya.” Apabila mendengarnya, Judah berkata kepada beliau, “Apakah kebaikan yang aku peroleh darinya? Kerana kamu sudah mengasingkan ku untuk generasi tersebut.".”]

 

[“Judah berkata, “Tuan, adakah keturunanku akan berada di bawah kekuasaan pemerintah?”]: Seorang pemerintah, memerintah secara mutlak, jadi, adakah ada maksud dan hikmah disebalik seseorang yang bertanya samada keturunannya akan berada di bawah kekuasaan pemerintah?! Perkataan ini tidak mempunyai sebarang makna kecuali di bawah satu syarat: Iaitu keturunannya yang ditanya oleh Judah adalah Khalifah Allah di muka bumi, oleh itu beliau bertanya samada mereka akan berada di bawah kekuasaan pemerintah atau manusia akan menguasakan mereka untuk memerintah. Oleh itu, bukan sahaja “Judah" akan memerintah, malah keturunannya juga akan turut memerintah. Dan beliau bertanya tentang khalifah Allah dari keturunannya; walaupun mereka dilantik Allah, mereka boleh berada di bawah autoriti dan kawalan pemerintah zalim —sepertimana ramai Khalifah Allah sebelum mereka, seperti Abraham AS, Moses AS dan Jesus AS sendiri—atau adakah manusia akan menguasakan mereka untuk melaksanakan ketuanan Allah di muka bumi?

 

Dan di dalam soalan ini, serta di dalam jawaban Jesus kepadanya, ada banyak perkara yang menunjukkan Judah ini bukan Judas Iscariot. Kerana Judas Iscariot bukanlah seorang dari Khalifah Allah di muka bumi, maka tiada makna soalan yang ditanyakan jika si penanya adalah Judas Iscariot. Judas Iscariot juga tidak mempunyai keturunan; malah dirinya mati sejurus selepas peristiwa penyaliban, maka soalan itu tidak mempunyai makna jika si penanya adalah Judas Iscariot.

 

[“namun kamu akan mengalami kesedihan yang besar apabila kamu melihat Kerajaan itu dan semua generasinya”]: Bagaimana seorang yang jahat seperti Judas Iscariot dapat melihat Kerajaan Langit? Ya, ada kemungkinan beliau dapat melihat jika Judah yang disebutkan di sini adalah seorang yang warak, yang datang dari kerajaan langit dan kembali semula selepas selesai tugas beliau untuk disalib di tempat Jesus AS. Oleh itu, beliau bukanlah Judas Iscariot.

 

[Apabila mendengarnya, Judah berkata kepada beliau, “Apakah kebaikan yang aku peroleh darinya? Kerana kamu sudah mengasingkan ku untuk generasi tersebut.".”]: Generasi manakah yang diasingkan untuk Judas Iscariot?!!! Kebenaran dari kata-kata ini tidak akan valid kecuali di bawah satu syarat, iaitu Judah di sini bukan Judas Iscariot, tetapi beliau adalah seorang yang datang dari Kerajaan Langit, yang datang semasa generasi Jesus AS, bukan masa dan generasinya; malah, beliau hanya datang untuk melaksanakan tugasan dan akan kembali ke tempat asalnya.

 

Beliau diutuskan kerana doa Jesus AS agar penyaliban dijauhkan daripadanya. Oleh kerana itu, adalah benar jika Judah mengatakan kepada Jesus AS, [Kerana kamu sudah mengasingkan ku untuk generasi tersebut.".”]

 

Maka, Judah yang disebutkan dalam petikan Gospel Judah, seperti yang disebutkan sebelumnya, bukanlah Judas Iscariot yang mengkhianati Jesus dan menyerahkan beliau kepada ulama Yahudi, seperti yang disebutkan di akhir Gospel Judah: [“Mereka menghampiri Judas dan berkata, “Apa yang kamu buat di sini? Kamu adalah pengikut Jesus.” Judas menjawab mereka seperti yang dimahukan. Dan beliau mendapat sedikit wang dan memberikan beliau(Jesus) kepada mereka.” Gospel Judah Adegan 3

 

Judah ini, seperti yang diperincikan oleh Gospel Judah, adalah seorang yang soleh dan dari kalangan Khalifah Allah di bumiNya; malah sesetengah dari keturunannya akan menjadi Khalifah Allah di bumiNya. Beliau juga bukan dari generasi Jesus, bukan juga dari zamannya, yakni, beliau turun dari Kerajaan Langit semasa zaman Jesus. Sebagai tambahan untuk semua ini, teks turut mengatakan bahawa Judah adalah orang yang akan memenuhi bumi dengan keadilan dan memerintah di akhir zaman.

 

Sekarang, semua ciri-ciri Judah yang disalib ditempat Jesus merujuk kepada Sang Penyelamat yang akan datang di akhir zaman, Akhir sekali, jika kita bertanya tentang makna perkataan “Judah” untuk melihat siapa orang ini, kita akan mendapati perkataan Judah bermaksud “memuji”(Al Hamd di dalam bahasa Arab), atau Ahmad (Yang Terpuji), dan makna ini disahihkan di dalam Torah, Kitab Genesis, Bab 29: 35: [“Mengandung pulalah ia, lalu melahirkan seorang anak laki-laki, maka ia berkata: “Sekali ini aku akan memuji kepada TUHAN.” Itulah sebabnya ia menamai anak itu Yehuda/ Judah. Sesudah itu ia tidak melahirkan lagi.]

 

Oleh itu, Judah bermaksud Ahmad, dan ia adalah nama Mahdi atau Sang Penyelamat, atau Sang Penenang yang dijanjikan di akhir zaman; disebutkan di dalam Torah, Gospel, Al Quran dan Wasiat Muhammad, Utusan Allah SAW.

 

Juga, di dalam Torah dan Gospel, tindak tanduk orang yang disalib ini, diceritakan, dan kata-kata beliau diriwayatkan selepas penahanannya, membuktikan beliau adalah seorang yang bijaksana serta redha dengan apa yang sedang dialaminya, dan beliau adalah berlainan dari Judas Iscariot, kerana Judas Iscariot adalah manusia yang didominasi oleh Syaitan, maka tiada ilmu boleh datang darinya dan beliau tidak mungkin boleh tenang dan kuat semasa menuju ke tempat Penyaliban, mengambil tempat Jesus AS, iaitu orang yang beliau kafirkan.

 

Di dalam Torah, Kitab Isaiah, dan di dalam Kitab Acts Bab 8: 32; [Seperti seekor domba Ia dibawa ke pembantaian; dan seperti anak domba yang kelu di depan orang yang menggunting bulunya, demikianlah Ia tidak membuka mulut-Nya.]

 

Persis seperti realiti yang terjadi, petikan di atas membuktikan beliau menghadapi siksaan dengan penuh tenang dan kuat. Malahan, petikan ini membuktikan satu lagi perkara, iaitu beliau tidak berbicara atau merayu dan beliau tidak menerangkan haknya dan tidak mengisytiharkan bahawa beliau adalah seorang utusan; padahal, beliau telah menuduh para ulama dan manusia, berdakwah pada mereka dan menerangkan haknya. Jadi sepatutnya tidak benar jika beliau menghadapi kematian ini dengan diam.

 

Dan di dalam Gospel, orang yang disalib itu menjanjikan syurga kepada salah seorang dari dua orang yang turut disalib bersama beliau kerana mempertahankannya. Jadi adakah mungkin orang itu merupakan Judas Iscariot berdasarkan ilmu dan janji ini? Dan apakah yang dijanjikan oleh Judas Iscariot, jika Allah mengubah rupanya dan beliau disalib menggantikan Jesus yang beliau kafirkan? Jika ini adalah keadaannya, maka beliau tahu dengan jelas bahawa beliau telah menzalimi dan beliau akan dihukum, jadi syurga apa yang boleh dijanjikan kepada orang yang mempertahankannya?!

 

[Seorang dari penjahat yang di gantung itu menghujat Dia, katanya: “Bukankah Engkau adalah Kristus? Selamatkanlah diri-Mu dan kami!” Tetapi yang seorang menegor dia, katanya: “Tidakkah engkau takut, juga tidak kepada Allah, sedang engkau menerima hukuman yang sama? Kita memang selayaknya dihukum, sebab kita menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan kita, tetapi orang ini tidak berbuat sesuatu yang salah.” Lalu ia berkata: “Yesus, ingatlah akan aku, apabila Engkau datang sebagai Raja.” Kata Yesus kepadanya: “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya hari ini juga engkau akan ada bersama-sama dengan Aku di dalam Firdaus.””] Luke Chapter 23: 39-43

 

Juga di dalam Gospel Luke:

 

[Ketika mereka sampai di tempat yang bernama Tengkorak, mereka menyalibkan Yesus di situ dan juga kedua orang penjahat itu, yang seorang di sebelah kanan-Nya dan yang lain di sebelah kiri-Nya. Yesus berkata: “Ya Bapa, ampunilah mereka, sebab mereka tidak tahu apa yang mereka perbuat.” Dan mereka membuang undi untuk membagi pakaian-Nya. .”] Luke Chapter 23: 33-34

 

Ilmu yang disebut dan diriwayatkan di atas, serta sikap tegas dan tindakan bermaruah orang yang disalib ini walaupun berada di dalam keadaan yang sukar, tidak mungkin datang dari seorang bodoh atau seorang yang kafir syaitan, Nauzubillah, seperti Judas Iscariot; kerana sesetengah dari mereka sesuka hati menggambarkan keserupaan Jesus itu sebagai Judas Iscariot tanpa sebarang bukti…*

 

Sebagai tambahan kepada semua di atas, perlu kita ingat bahawa Judas Iscariot datang dan menunjukkan pegawai kuil kepada orang yang disalib, dan mereka menahan keserupaan yang disalib. Jadi bagaimana Judas Iscariot datang bersama polis dan menunjukkan mereka kepada keserupaan Jesus sementara beliau sendiri merupakan keserupaan tersebut? Mungkinkah Judas Iscariot itu adalah dua orang?

 

 

 


 

Nota Kaki

* . Sebagai contoh saya akan sertakan dua teks: Yang pertama adalah dari Badr Al Din Al Aini berkenaan (Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa), beliau berkata, “Apabila mereka membina beberapa batang kayu untuk menyalib beliau, Allah SWT kemudiannya memberi keserupaan Jesus kepada orang yang menunjukkan tempat mereka. Dan namanya adalah Judas. Dan mereka menyalib beliau ketimbang Jesus, dengan menyangka Judas adalah dirinya. Dan Allah mengankat Jesus ke langit.” Omdat al-Qari fi Sharh Sahih al-Bukhari Vol . 12 halaman 35 .

 

Yang kedua adalah dari ahli tafsir Shia, Nasir Makarim Al Shirazi. “Dapat disimpulkan dari petikan Gospel, bahawa orang yang ditahan memilih untuk diam di hadapan Pilate.. dan beliau hanya mengucapkan beberapa patah perkataan sebagai mempertahankan dirinya. Dan sangat tidak mungkin untuk Jesus untuk ditimpa bahaya yang serupa dan tidak mempertahankan dirinya dengan cara sepatutnya, sedangkan beliau dikenali sebagai seorang yang fasih, berani dan mulia. Maka tidak mungkinkah dalam kes ini, bahawa ada seorang yang lain, seperti Judas Iscariot yang mengkhianati Jesus dan melaporkan beliau serta tampak sangat serupa dengan Jesus, telah ditangkap di pihak Jesus, dan oleh kerana keadaan pada masa tersebut, beliau terlalu takut sehingga tidak dapat mempertahankan diri atau mengatakan sesuatu di hadapan para pembunuh?” Tafsir al-Amthal Vol . 3 Halaman 529

 

Pusat penyelidikan Ideologi Al Sistani memberi respon kepada isu Keserupaan Jesus dengan berkata: “Tiada ragu lagi bahawa penahanan Jesus terjadi akibat pengkhianatan salah seorang dari pengikutnya, Judas Iscariot. Dan Al Quran membuktikan bahawa orang yang ditahan dan kemudiannya disalib telah diserupakan dengan Jesus pada mereka, iaitu Allah menghukum Judas sang Pengkhianat dan menjadikan beliau seperti Jesus dan beliau disalib bagi pihak Jesus. (Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dengan ini, misteri biblikal dan percanggahan yang aneh berkenaan pengakhiran bagi Judas menjadi jelas, kerana Gospel berselisih samada beliau bertaubat atau tidak; malah mereka turut berselisih dalam cara kematiannya. Malah mereka juga berselisih samada beliau mati atau tidak. Maka kami mempunyai hak untuk mengatakan, seorang pengkhianat seperti Judas, bagaimana Kristian boleh membiarkan beliau (begitu sahaja)? Mengapa mereka melepaskannya, mengabaikan berita mengenainya dan tidak mengetahui nasibnya, yang mana harus diberi perhatian…” http://www.aqaed.com/faq/2052/

 

 


 

 

 

Sesuatu penghujahan itu patut lebih masuk akal, lebih konsisten dan bukan naif sebegini, kerana bagaimana seserorang itu membenarkan satu keadaan yang mana Judas Iscariot berdiri bersama pasukan polis dan menunjukkan mereka kearah keserupaan Jesus dan dalam masa yang sama beliau sendiri menjadi keserupaan Jesus? Ini menjadikan beliau wujud sebagai dua orang atau dua imej dalam satu tempat yang sama, dalam dua keadaan yang berbeza!! Tahap apakah penghujahan ini? Dan saya berasa hairan bagaimana sesetengah mereka boleh menerimanya walaupun begitu bercanggah!!

 

Apa yang disebutkan sebelum ini juga menafikan apa yang disebut oleh sesetengah Muslim bahawa orang yang disalib itu adalah Judas Iscariot, kerana wujud riwayat yang menyebutkan orang yang disalib ini sebagai seorang muda yang soleh, yang telah dijadikan menyerupai imej Jesus. Malahan disebutkan dari Nabi bahawa beliau secara khusus dari keturunan Ali AS.

 

Kesimpulan dari penghujahan di atas:

 

  • Di dalam Torah dan Gospel yang diterima oleh Kristian, terdapat ayat-ayat yang membuktikan Jesus tidak disalib, dan jika setiap dari ayat ini tidak memadai secara individu, maka secara keseluruhan ia menunjukkan bukti bahawa orang yang disalib itu bukan Jesus AS.

 

  • Kerana Jesus meminta pada Allah agar beliau tidak disalib

 

  • Orang yang disalib itu juga enggan mengucapkan dengan lidahnya bahawa beliau adalah Raja Bani Israel, walaupun hakikatnya Jesus adalah Raja Bani Israel

 

  • Orang yang disalib itu memanggil Mary, ibunda Jesus AS sebagai “perempuan"

 

  • Peter menawarkan diri untuk meletakkan dirinya ditempat Jesus, iaitu beliau meminta agar dirinya menjadi Keserupaan Jesus, [“Tuan, mengapa aku tidak dapat mengikut Tuan sekarang? Aku sanggup mati untuk Tuan!” ], dan Jesus enggan kerana beliau tahu Peter tidak mampu berbuat demikian, dan Jesus memberikan Peter tanda ketidak mampuannya: Bahawa beliau akan menafikan orang yang disalib itu sebanyak tiga kali dan sememangnya jelas sama seperti menafikan Jesus AS.

 

  • Selain itu, dengan membandingkan perkataan Jesus AS sebelum tentera datang dan menangkap orang yang disalib itu, dan dibandingkan dengan perkataan orang yang disalib ketika penahanannya, maka kita tahu mereka berdua adalah orang yang berbeza, kerana kedua mereka mempunyai dua pendirian yang berbza berkenaan penerimaah pengsaliban. Jadi orang yang mengatakan [bukankah Aku harus minum cawan yang diberikan Bapa kepada-Ku?”] tidak mungkin sama dengan orang yang beberapa jam sebelumnya berkata [Dia berdoa, “Bapa, ya Bapa-Ku! Tidak ada satu perkara yang mustahil bagi Bapa. Jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku." Mark Chapter 14:35]

 

Dan dari Gospel Judah:

 

  • Orang yang disalib itu bukan Jesus tetapi seorang yang diserupakan kepada Jesus AS.

 

  • Orang yang disalib itu disebut sebagai orang yang ketiga belas.

 

  • Orang yang disalib ini disebut akan datang diakhir zaman untuk memerintah. Namanya adalah Judah/ Yehuda (Ahmad seperti yang telah dijelaskan), namun beliau bukan Judas Iscariot.

 

  • Orang yang disalib itu diturunkan dari Kerajaan Langit, dan beliau bukan dari generasi Jesus AS.

 

  • Orang yang disalib mempunyai keturunan dan mereka akan Khalifah Allah di muka bumi.

 

  • Di dalam Torah, Gospel dan Gospel Judah terdapat ayat yang jelas menunjukkan orang yang disalib itu bukan Judas Iscariot, dan di dalamnya terdapat jawaban balas kepada sesiapa yang menyatakan orang yang disalib itu adalah Judas Iscariot.

 

Ketiga: Di dalam riwayat-riwayat:

 

1 . Dari kitab Shiah:

 

Di dalam Tafsir Ali Bin Ibrahim, Abu Jaafar AS bersabda, (“Jesus AS memanggil para sahabatnya untuk bertemu di malam pengangkatannya, jadi mereka berkumpul di waktu malam; dan beliau membenarkan mereka memasuki rumah dan muncul pada mereka sebuah kolam di penjuru rumah, menggoncangkan air dari kepalanya. Jadi beliau bersabda, “Allah akan mengangkat ku di jam ini dan membersihkan ku dari semua Yahudi. Jadi ke atas siapa dari kalangan kalian yang akan diserupakan seperti ku, agar beliau dibunuh dan disalib seterusnya bersama darjat ku?” Jadi seorang yang muda dari kalangan mereka berkata, “Aku wahai Roh Allah.” Jesus AS bersabda, “Maka kamulah orang itu.” Kemudian Yahudi datang dan mencari Jesus AS.. mereka mengambil orang muda yang diserupakan seperti Jesus AS, kemudiannya dibunuh dan disalib.”) * Tafseer A-Qummi Vol . 1 halaman 103 .

 

Dan riwayat ini menerangkan bahawa ada seorang selain dari Judas Iscariot. Dan orang muda itulah yang diserupakan dengan Jesus AS, disalib dan mempunyai darjat yang sama dengan Jesus AS. Dan Jesus adalah Khalifah dari Para Khalifah Allah di muka bumi, seorang Nabi, seorang Imam dan salah seorang dari Rasul Ulul Azmi, maka orang yang disalib ini sekurang-kurangnya merupakan Khalifah Allah di muka bumi. ("Jadi ke atas siapa dari kalangan kalian yang akan diserupakan seperti ku, agar beliau dibunuh dan disalib seterusnya bersama darjat ku?”)

 

Di dalam riwayat ini juga, terdapat dua belas orang yang bersama Jesus pada masa Judas bersama ulama Yahudi untuk menyerahkan Jesus kepada mereka. Jadi siapakah yang kedua belas itu jika bukan orang yang disalib, yang masuk dan keluar tanpa menarik perhatian kepada dirinya, atau sesiapa melihat dirinya dari mula kecuali Jesus AS, […[Seperti seekor domba Ia dibawa ke pembantaian; dan seperti anak domba yang kelu di depan orang yang menggunting bulunya, demikianlah Ia tidak membuka mulut-Nya.]

 

Dan ini adalah apa yang berada dalam Gospel hari ini, walaupun tidak disebutkan secara jelas:

 

[ “Simon, Simon, dengarlah! Iblis telah mendapat kebenaran untuk menguji kamu semua, seperti peladang memisahkan gandum daripada sekam. Tetapi Aku telah berdoa untukmu supaya imanmu tidak goyah. Apabila engkau balik kepada-Ku, engkau mesti menguatkan saudara-saudaramu.” Petrus menjawab, “Ya Tuhan, aku bersedia dipenjarakan dan mati bersama-sama Tuhan!” Yesus berkata, “Ketahuilah, Petrus, sebelum ayam berkokok hari ini, tiga kali engkau akan berkata engkau tidak mengenal Aku.””] Luke Chapter 22 : 31-34

 

[Simon Petrus bertanya kepada Yesus, “Ke manakah Tuan mahu pergi?” Yesus menjawab, “Ke tempat Aku pergi, engkau tidak dapat ikut sekarang, tetapi engkau akan mengikut Aku kelak.” Petrus bertanya lagi, “Tuan, mengapa aku tidak dapat mengikut Tuan sekarang? Aku sanggup mati untuk Tuan!” Yesus menjawab, “Betulkah engkau sanggup mati untuk-Ku? Ketahuilah, sebelum ayam berkokok, tiga kali engkau akan berkata engkau tidak mengenal Aku!”] John Chapter 13: 36-38

 

Dan wujud riwayat yang menyebutkan keserupaan Jesus sebagai khalifah dari para khalifah Allah, dan mereka yang menafikan dan membunuh beliau adalah kafir dan mereka yang menerima beliau ketika kepulangannya dan mempertahankannya adalah mukmin yang baik:

 

Abu Al Jaroud meriwayatkan dari Abu Jaafar AS, (“(Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui . (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela Allah sebagaimana  Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku kepada Allah ?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela Allah!" (Setelah Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. (As Saff 61:11-14)” Beliau AS bersabda, “Orang yang telah kafir adalah orang yang membunuh keserupaan Jesus AS dan menyalibnya, dan orang yang beriman adalah orang yang menerima keserupaan Jesus agar dirinya tidak dibunuh. Jadi mereka membunuh kumpulan yang membunuh dan menyalib beliau, dan inilah firman Allah, ("Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang”)† (Tafsir al-Qummi oleh Ali bin Ibrahim al-Qummi Vol . 2 halaman 365-366 .)

 

Siapakah orang-orang yang harus dipercayai oleh manusia, jika bukan para Khalifah Allah di muka bumi? ("dan orang yang beriman adalah orang yang menerima keserupaan Jesus agar dirinya tidak dibunuh”). Oleh itu, riwayat di atas menunjukkan dengan jelas bahawa orang yang disalib merupakan seorang Khalifah antara Para Khalifah Allah di muka bumi dan manusia mesti beriman padanya dan membantunya dimasa ketibaannya di muka bumi.

 

Ini disebutkan di dalam Gospel dan keserupaan Jesus yang disalib menyebutnya dengan penuh kejelasan: [“Pemerintahan-Ku bukan dari dunia ini. Jika pemerintahan-Ku dari dunia ini, semua orang-Ku akan melawan supaya Aku tidak diserahkan kepada para penguasa Yahudi. Tidak, pemerintahan-Ku bukan dari dunia ini!”] John Chapter 18:36.

 

Ini menunjukkan di masa ketibaannya ke dunia fizikal di masa dan generasinya, akan ada orang yang mempertahankannya agar beliau tidak diserahkan kepada Yahudi di zamannya untuk disalib.  semua orang-Ku akan melawan supaya Aku tidak diserahkan kepada para penguasa Yahudi. Tidak, pemerintahan-Ku bukan dari dunia ini!”], ("dan orang yang beriman adalah orang yang menerima keserupaan Jesus agar dirinya tidak dibunuh”

 

Dan telah diriwayatkan bahawa Keserupaan Jesus yang disalib adalah dari keturunan Rasul Allah SAW:

 

Rasul Allah SAW menyebut di dalam doanya untuk Ali bin Abi Thalib AS, ("Ya Allah! Kurniakan kepada beliau kesabaran Moses(Musa), dan jadikan dari keturunannya Keserupaan Jesus AS. Ya Allah! Sesungguhnya Kau lah khalifah ke atas beliau dan ke atas keturunannya, dan keturunan suci yang telah Kau buang perkara kotor dan tidak suci.")  Al-Ghaibah Oleh al-Numani Halaman 144

 

2 . Di dalam Kitab Sunni:

 

Kaum Sunni meriwayatkan dari tafsir mereka bahawa orang yang disalib itu bukan Judas Iscariot, tetapi seorang yang muda dari kalangan pengikut Jesus:

 

#Said Bin Jubair meriwayatkan Ibnu Abbas berkata, "Jesus muncul di kalangan sahabatnya apabila Allah mahu mengangkat beliau, jadi Jesus bersabda: "Silakan duduk." Kemudian beliau mengulangi apa yang beliau katakan, jadi seorang orang muda berdiri dan Jesus AS berkata, "Silakan duduk." Beliau mengulangi apa yang beliau ucapkan, jadi orang muda itu berkata "saya" dan Jesus AS berkata, "Ya, kamu lah." Oleh itu keserupaan Jesus diberikan kepadanya, Jesus diangkat dan orang Yahudi datang dan mengambil orang muda tersebut, mereka membunuh dan menyalib beliau. Perkara yang sama diriwayatkan oleh Wahab Bin Manbah, Qutada dan Al Saddi. (Zad al-Maseer fi Ilm al-Tafseer, Ibn al-Jawzi) † .

 

#Bashir bin Maath meriwayatkan kepada kami dari Yazid dari Said dari Qutada berkenaan firman Allah SWT Surat an-Nisa 4:157-158, "Mereka adalah musuh-musuh Allah, golongan Yahudi; mereka terkenal kerana membunuh Jesus anak kepada Mary(Isa Ibn Mariam), Rasul Allah, dan mereka mendakwa bahawa mereka telah membunuh dan menyalib beliau. Dan disebutkan kepada kami bahawa Nabi Allah Jesus anak Mary, berkata kepada para sahabatnya, "Siapa dari kalangan kamu yang akan diserupakan dengan ku dan akan dibunuh?" Jadi seorang lelaki dari sahabatnya berkata, "Aku wahai Nabi ALlah." Jadi orang itu dibunuh, dan Allah melindungi nabi Nya dan mengangkat beliau kepadaNya "

 

#Al Hassan Bin Yahya meriwayatkan kepada kami dari Abdul Razaq dari Muammar dari Qutada berkenaan firman Allah swt, (Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa), beliau mengatakan, "Sifat Keserupaan ini diberikan kepada seorang lelaki dari pengikutnya, dan beliau telah dibunuh, dan ini telah ditawarkan oleh Jesus kepada pengikutnya dengan berkata, "Ke atas siapa dari kalangan kalian akan diberikan keserupaan seperti aku dan dirinya akan mendapat syurga?" Jadi seorang lelaki berkata, "Ke atas ku."

 

#Al Muthanna meriwayatkan dari Abu Huzaifah dari Shabal dari Ibnu Abu Najih dari Al Qasim bin Abu Baza bahawa Jesus Ibni Mary bersabda, "Ke atas siapa dari kamu yang akan keserupaan seperti ku diberikan kepadanya agar beliau dibunuh ditempat ku?" Jadi seorang dari kalangan sahabatnya berkata, "Aku, wahai Rasul Allah." Jadi keserupaan Jesus diberikan kepada beliau dan mereka membunuhnya, kerana ini Allah berfirman, (Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa)

 

#Al Qasim meriwayatkan kepada kami dari Al Hussain dari Hajjaj dari Ibn Jarij, "Kami mempelajari bahawa Jesus Ibn Mary berkata kepada para sahabatnya, "Siapa dari kalangan kalian yang akan dikenakan agar keserupaan ku akan diberikan kepadanya, seterusnya beliau akan dibunuh?" Jadi seorang lelaki dari sahabatnya berkata, "Aku wahai Nabi Allah." Jadi keserupaan Jesus diberikan kepadanya dan beliau dibunuh, sementara Allah mengangkat Nabi Nya kepada Nya."

 

#Muhammad bin Amru meriwayatkan kepada kami dari Abu Asim dari Yeshua dari Ibnu Abu Naheej dari Mujahid berkenaan firman Allah, tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa), beliau berkata, "Mereka menyalib seorang lelaki selain Jesus, dengan menyangka beliau adalah Jesus." Sama diriwayatkan dari Al Muthanna dari Abu Huthaifah dari Shabal dari Ibnu Abu Najih dari Mujahid.

#Al Qasim meriwayatkan kepada kami dari Al Hussain dari Hajjah dari Ibnu Jarij dari Mujahid beliau berkata, "Mereka menyalib seorang lelaki yang mana mereka sangkakan sebagai Jesus AS, dan Allah mengangkat beliau kepadanya dalam keadaan hidup.”(Jami al-Bayan fi Tafsir al-Quran Oleh Ibn Jareer al-Tabari)

 

#"Kemudian Allah swt menyatakan bahawa Bani Israel tidak membunuh Jesus mahupun menyalibnya, tetapi seorang yang lain telah diserupakan kepada beliau. Dan para perawi berselisihan berkenaan kisah ini, dan tiada keraguan bahawa Jesus AS kerap bermusafir di bumi ini dan menyeru kepada Allah, dan Bani Israel memohon beliau. Raja pada waktu itu meletakkan harga untuk kepalanya. Jesus sentiasa disertai oleh para sahabatnya yang sentiasa bermusafir ke mana sahaja beliau pergi. Dan sampai pada satu masa, isu Jesus menjadi semakin jelas, dan diriwayatkan seorang lelaki dari Yahudi meletakkan harga pada kepala Jesus, maka beliau mencarinya sehingga diketahui di mana beliau berada. Jadi apabila Jesus dan sahabatnya menyedari bahawa pemburu mereka semakin menghampiri, mereka memasuki sebuah rumah ketika dilihat oleh Bani Israel, diriwayatkan bilangan mereka ada tiga belas orang. Juga diriwayatkan bahawa bilangan mereka adalah lapan belas orang, dan mereka dikepung pada malam itu. Kemudian diriwayatkan, Jesus mengasingkan diri dari para pengikutnya pada malam itu..dan beliau bersama dengan seorang lelaki, jadi apabila beliau diangkat, maka keserupaannya diberikan kepada lelaki tersebut kemudiannya beliau disalib .” Al-Jawahir al-Hesan fi Tafsir al-Quran oleh al-Tha’aliby .

 

#"Maka kaum Yahudi berkumpul untuk membunuhnya, jadi Allah mengkhabarkan bahawa Dia akan mengangkat Jesus ke langit, dan menyucikan beliau dari kaum Yahudi, jadi beliau berkata kepada para sahabatnya, "Siapa dari kalangan kalian yang menerima diserupakan kepada ku agar beliau dibunuh, disalib dan memasuki syurga?" Jadi seorang lelaki dari kalangan mereka berkata "Aku". Jadi beliau diserupakan kepada Jesus, kemudiannya dibunuh dan disalib.”(Tafsir Madarik al-Tanzeel wa Haqaiq al-Taweel Oleh al-Nasafi .)

 

#"…Dan pemerintah Jerusalam mematuhinya dan beliau pergi bersama sekumpulan Yahudi ke rumah Jesus AS yang ada bersama sekumpulan sahabatnya yang berjumlah duabelas atau tigabelas, dan ada disebutkan mereka seramai tujuhbelas dan itu adalah pada petang Jumaat ingin memasuki malam Sabtu. Jadi mereka mengepung rumah itu atau beliau AS terpaksa keluar kepada mereka, maka beliau berkata kepada para sahabatnya, "Siapa di kalangan kalian yang akan diserupakan dengan ku dan dia akan menjadi sahabatku di syurga?" Jadi seorang lelaki dari mereka datang ke hadapan, namun seolah-olah Jesus melihat lelaki itu tidak layak untuk tugasan ini, jadi beliau mengulanginya untuk kali kedua dan ketiga, tiada yang datang ke hadapan melainkan lelaki tersebut, jadi Jesus AS bersabda, "Kamulah orangnya." Dan Allah memberikan keserupaan Jesus kepada lelaki itu menjadikan beliau nampak seperti Jesus, kemudian satu bukaan terjadi di siling rumah, Jesus ditidurkan dan beliau diangkat ke langit dalam keadaan tidur, seperti firman Allah, " ﴾"Wahai Jesus! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu." (Aali Imran:55)﴿. Jadi apabila beliau diangkat, kumpulan itu keluar dan apabila mereka melihat orang muda itu, mereka menyangka beliau adalah Jesus AS, jadi mereka menahan beliau pada malam itu dan menyalib beliau serta meletakkan duri di kepalanya, (Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa)… Tafsir Ibn Kathir

 

Oleh itu, kesimpulan dari Torah, Gospel, Quran, logik dan dari riwayat adalah orang yang disalib itu bukan Jesus, juga bukan Judas Iscariot. Dan kami melihat riwayat-riwayat yang menyebut beliau adalah dari keturunan Rasul Allah SAW dan Ali AS, dan mengisyaratkan bahawa beliau adalah seorang khalifah dari para khalifah Allah, jadi apa yang harus kita lakukan?

 

Adakah kita akan terus menyangkal dan menolak riwayat-riwayat ini, dan mengikuti ilusi yang berdasarkan keinginan, yang bercanggahan dengan apa yang disebutkan di dalam Torah, Gospel dan riwayat-riwayat serta logika, bahawa orang yang disalib itu adalah Judas Iscariot, dan berkeras menyebut kambing sebagai lalat?!!! Atau kita mengatakan bahawa kita bersetuju dengan apa yang dipersetujui oleh Kitab-kitab Illahi, Torah, Gospel dan Al Quran, dan apa yang disebut oleh Rasul Allah dan keturunan Muhammad (S), iaitu orang yang disalib itu bukan Jesus AS, beliau adalah seorang yang soleh, dan khalifah dari para khalifah Allah di bumiNya. Orang yang disalib itu adalah dari keturunan Muhammad SAW dan dari keturunan Ali AS. Semua fakta ini adalah dari Torah, Gospel, Quran dan perkataan-perkataan Muhammad dan keturunan Muhammad SAW, dan tiada hujah bangkangan yang layak dipertimbangkan.

 

Sekarang, setelah dibuktikan bahawa Jesus tidak disalib, juga tidak dibunuh, dan wujud seorang keserupaan Jesus yang disalib, dan kita telah mencirikan beliau dari Torah, Gospel, Quran dan kata-kata Muhammad dan keluarga Muhammad SAW, maka kita kembali kepada apa yang diriwayatkan oleh Al Tusi, iaitu manusia tidak dapat memahami urusan Keserupaan Jesus dan Penyaliban,atau mereka tidak dapat menerima orang yang mereka hadapi dan bahawa beliaulah orang tersebut, jadi mereka akan memulakan penghujahan seperti yang diriwayatkan oleh Al Tusi, dari Abu Abdullah AS, (“Bagaimana ini boleh terjadi, sedangkan tulang-tulangnya sudah mereput lama dahulu.”)  

 

Atau mari kita sebutkan penghujahan mereka dalam bentuk yang lain: Bagaimana Keserupaan Yang Disalib adalah orang yang turun ke bumi dengan cara yang ajaib dan kemudiannya dibunuh, dan kemudiannya beliau dilahirkan semula sebagai bayi, membesar sehingga beliau menjadi Al Qaim atau Mahdi?!!

 

Hakikatnya, manusia yang menggunakan bangkangan ini adalah kerana kurangnya ilmu atau perhatian kepada hakikat bahawa ruh telah dicipta sebelum dunia fizikal ini, dan perkara ini terbukti dengan logik juga dengan nas:

 

Logik tidak boleh menerima bahawa ruh yang berdarjat rendah dicipta terlebih dahulu dari ruh yang berdarjat tinggi kerana(kewujudan ruh yang berdarjat rendah) ia bergantung kepada kewujudan(ruh) darjat yang lebih tinggi. Dan ini bukanlah topik untuk perbincangan dan bukan juga penerangan tentang bagaimana makhluk(ciptaan) dicipta dari hakikat sebenar, tetapi tidak mengapa untuk memberi penerangan ringkas: Sesuatu yang datang dari hakikat mutlak atau dari makhluk yang paling dekat dengan hakikat mutlak tidak dapat diulangi, jika tidak ia akan menjadi sama dengan yang pertama dan tiada yang berbeza. Oleh itu, ciptaan setelahnya adalah lebih jauh dari hakikat mutlak berbanding yang pertama, yakni lebih rendah darjatnya. Akibatnya, ciptaan pertama menjadi perantara untuk ciptaan kedua, iaitu seperti firman Allah SWT, “dengan tanganKu” ("Hai iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang yang (lebih) tinggi?”) Surah Sad:75. Oleh itu, ciptaan pertama dan hubungannya dengan ciptaan kedua adalah Tangan Allah. Begitu juga hubungan antara ciptaan kedua dan ketiga adalah tangan Allah, yakni, ia bukan sekadar satu atau dua tangan, malah banyak tangan, seperti firman Allah, "Dan langit itu Kami bangun dengan Tangan-tangan(Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa(Surah Adh Dhariyat:47)

 

Oleh itu, logik mengatakan bahawa ruh Muhammad SAW, yang lebih tinggi darjatnya, telah dicipta terlebih dahulu sebelum ruh Adam AS, yang lebih rendah darjatnya, dan tiada bukti intelektual yang menafikan kebenaran ini. Berkenaan  Adam yang dicipta terlebih dahulu dari Muhammad SAW di alam fizikal ini, ia tidak bermakna ruh Adam tercipta dahulu, kerana tiada kaitan antara penciptaan badan dan penciptaan ruh, kerana mereka berada di dua dunia berbeza.

 

Dan Quran mendokong bukti ini, yang selari dengan ilmu dan logik, firman Allah SWT, (""Hai iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang yang (lebih) tinggi?”) Surah Sad: 75. Dan Maha Tinggi Allah dari mempunyai tangan, malah "Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku” bermaksud, dengan tangan yang diciptakan yang melambangkan kekuatanNya, kemahuanNya dan kemampuanNya untuk mencipta di darjat ini.

 

"Tangan yang diciptakan” ini atau ruh ini, menciptakan Adam atau menjadi pengantara dalam penciptaan Adam AS. Tangan ini atau ruh ini adalah Muhammad SAW dan sesiapa sahaja yang Allah mahukan dirinya menjadi tangannya demi menjalankan apa sahaja yang dimahukan dari ciptaan atau di dalam ciptaan, ( "Dan langit itu Kami bangun dengan Tangan-tangan(Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa(Surah Adh Dhariyat:47)

 

Jadi mereka adalah tangan-tangan Allah yang Dia ciptakan, dan mereka adalah orang-orang yang dekat dan ciptaan Allah yang pertama, (ini adalah pemberi amaran di antara jenis-jenis amaran yang telah lalu!) Surah An Najm: 56. Mereka adalah pemilik darjat tinggi yang tidak diarahkan untuk sujud pada Adam AS kerana mereka mempunyai darjat yang lebih tinggi dari Adam, ("Hai iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku-ciptakan dengan tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang yang (lebih) tinggi?”) Surah Sad:75 . Mereka yang mempunyai kedudukan tinggi: yakni ruh yang menciptakan Adam, itulah sebabnya mereka tidak diarahkan untuk bersujud pada Adam kerana darjat mereka adalah lebih tinggi dari beliau. Berkenaan dengan teks: Terkandung kenyataan yang jelas bahawa Ruh Muhammad SAW dan keluarganya AS, telah diciptakan sebelum penciptaan Adam dan seluruh ciptaan yang lain, serta lama sebelum terciptanya badan atau dunia fizikal ini:

 

Dari Al Quran:

 

Allah swt berfirman: (Katakanlah, jika benar Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak, maka akulah (Muhammad) orang yang pertama menyembahnya.” Az Zukhruf: 81. Konteks  ayat ini adalah respons kepada mereka yang mengatakan Jesus sebagai Anak Tuhan. Kesimpulan dari respons ini adalah ia menafikan dakwaan Jesus sebagai anak Tuhan, memandangkan Muhammad SAW adalah ciptaan yang pertama dan baginda mendahului dalam kewujudan daripada Jesus, dan disebabkan baginda paling dahulu dalam penciptaan ini, maka wujud pernyataan bahawa baginda paling dahulu dalam penyembahan, (maka akulah (Muhammad) orang yang pertama menyembahnya”), Dan kesimpulannya, ayat ini dengan jelas menunjukan bahawa ruh Muhammad SAW telah dicipta sebelum ruh Jesus AS dan Adam AS, malah, sebelum ruh semua ciptaan. Jika tidak, adalah tidak benar untuk baginda disebutkan sebagai yang paling awal menyembah, dalam maksud mendahului dengan masa atau tindakan.

 

Dan dari riwayat Shia dan Sunni:

 

Al Mufadhal menyebutkan bahawa Abu Abdullah AS berkata, (“Allah SWT telah menciptakan ruh sebelum badan selama dua ribu tahun, jadi Dia menjadikan ruh yang paling tinggi dan mulia sebagai ruh Muhammad, Ali, Fatimah, Al Hassan, Al Hussain dan para Imam setelah mereka. Dia kemudiannya mempersembahkan mereka kepada langit dan bumi dan gunung-ganang sehingga diselubungi oleh cahaya mereka..”)Mujamma al-Nurain oleh al-Marandi hal. 272

 

Imam Al Sadiq AS berkata, (“Allah menjadikan ruh sebagai saudara di Kerajaan Langit dua ribu tahun sebelum Dia menciptakan badan, jadi apabila Qaim kami bangkit, beliau akan mewariskan kepada saudara yang Allah jadikan untuknya di Kerajaan Langit, dan beliau tidak akan mewariskan kepada saudara berdasarkan kelahiran." Bihar al-Anwar Vol . 6 halaman 249 .

 

Ahmad bin Muhammad bin Abdul Rahman bin Abdullah bin Al Hussain bin Ibrahim bin Yahya bin Ajlan Al Murouzi Al Maqri meriwayatkan kepada kami: Abu Bakr Abdul Samad bin Yahya Al Wasiti meriwayatkan kepada kami…Ali ibn Abi Thalib berkata, (“Allah SWT mencipta cahaya Muhammad SAW sebelium dia mencipta langit dan bumi, Kursi, Arsh, Tablet, Pena, Syurga dan neraka, dan sebelum Dia mencipta Adam, Noah, Abraham, Ishmael, Isaac, Jacob, Moses, Jesus, David, Solomon dan semua mereka yang disebutkan di dalam firman Allah, (Dan Kami berikan kepada Isaac Dan Jacob) sehingga firmanNya, (Tunjuki kami ke jalan yang benar) (Surah Al An’am:84-87), dan sebelum dicipta semua para Nabi selama 424,000 tahun dan Allah SWT menciptanya dengan 12 hijab..”) Al-Khisal oleh al-Sadooq halaman 482

 

Abu Said Al Khudri berkata, (“Kami sedang duduk bersama Rasul Allah SAW apabila seseorang mendatangi baginda dan berkata, “Ya Rasul Allah! Khabarkan pada ku tentang firman Allah SWT pada Iblis, (Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang yang (lebih) tinggi?”) Ya Rasulullah, siapakah mereka yang lebih tinggi dari para malaikat?” Jadi Rasul Allah menjawab, “Aku, Ali, Fatimah, Al Hassan dan Al Hussain. Kamilah yang mengelilingi Arash memuji Allah, dan para malaikat akan memuji dengan pujian kami 2000 tahun sebelum Allah mencipta Adam. Jadi semua malaikan bersujud kecuali Iblis, kerana beliau enggan, jadi Allah berfirman, (Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang yang (lebih) tinggi?”), yakni dari kalangan 5 orang tersebut yang namanya tertulis di sekeliling Arsh, kerana kami adalah pintu Allah, yang mana melaluinya seseorang menuju Allah. Melalui kami manusia yang ditunjuki akan diberi petunjuk. Jadi sesiapa yang mencintai kami akan dicintai Allah, dan Allah akan memberi tempat tinggal padanya di syurga, dan sesiapa yang membenci kami akan dibenci Allah, dan Allah akan memberi padanya tempat tinggal di neraka. Dan tiada siapa yang akan mencintai kami melainkan dirinya adalah anak yang halal kelahirannya.”)Bihar al-Anwar Vol . 25 halaman 2

 

Abu Al Hassan Ali Bin Muhammad yang dikenali sebagai Ibn Al Maghazli al Wasiti al Shafie di dalam kitabnya Al Manaqib meriwayatkan dari Salman Al Farsi bahawa beliau berkata, (“Aku mendengar kekasihku Muhammad SAW bersabda, “Aku dan Ali adalah dari satu cahaya di antara tangan-tangan Allah SWT, yang cahayanya memuji Allah dan menyucikanNya sebelum Allah mencipta Adam selama 14,000 tahun. Jadi apabila Adam dicipta, cahaya itu diletakkan di dalam tulang belakangnya, jadi aku dan Ali kekal sebagai satu sehingga kami dipisahkan di dalam tulang belakang Abdul Muttalib, jadi di dalam diriku adalah Kenabian dan di dalam dirinya adalah Imamah.”)*Yanabie al-Mawadda Vol . 1 halaman 47, dan riwayat dari Salman turut dimuatkan dalam at Dimashq Vol . 42 hal. 67, Manaqib ibn al-Maghazli hal. 87, Fathail al-Sahaba oleh ibn Hanbal Vol . 2 hal. 662, Manaqib al-Khawarizmi hal. 145 .

 

Ibnu Al Maghazali turut meriwayatkan dari Salim bin Abi Al Jad dari Abi Dzar yang berkata, “(Aku mendengar Rasul Allah SAW bersabda, “Aku dan Ali adalah satu cahaya diantara tangan-tangan Allah, cahaya itu memuji dan menyucikan Allah sebelum Allah SWT mencipta Adam selama 14,000 tahun, jadi aku dan Ali adalah satu sehingga kami terpisah di tulang belakang Abdul Muttalib. Aku menjadi sebahagian, dan Ali menjadi sebahagian yang lain.”)†Yanabie al-Mawadda Vol . 1 halaman 447 .

 

Ibnu Abbas berkata, (“Aku mendengar Rasul Allah SAW berkata, “Ali dan aku adalah satu cahaya di antara tangan-tangan Allah, sebelum terciptanya Adam selama 14,000 tahun. Jadi apabila Allah menciptakan Adam, cahaya ini tinggal di dalam tulang belakangnya, dan Allah terus-menerus memindahkannya dari satu ke satu tulang belakang yang lain sehinggalah ia tinggal di tulang belakang Abdul Muttalib, kemudian Allah mengambilnya keluar dari Abdul Muttalib dan membahagikan kepada dua bahagian, satu bahagian di tulang belakang Abdullah, dan satu lagi di tulang belakang Abu Thalib. Jadi Ali adalah daripada ku, dan aku adalah dari Ali. Dagingnya adalah daging ku, darahnya adalah darah ku. Barangsiapa yang benar mencintainya dalah orang yang aku cintai, dan sesiapa yang membencinya bermakna membenciku, jadi aku membencinya.”)‡ Nathum Dorar al-Simtayn Oleh al-Zarandi al-Hanafi halaman 79, juga disebut di dalam kitabnya Maarij al-Wosool Ila Marifat Aal al-Rasool halaman 33

 

Abdul Wahab bin Ata dari Saeed bin Abi Arouba, bahawa Qatada berkata: dan Umar bin Asim al-Kilabi dari Abu Hilal dari Qatada beliau, ﴾“Rasul Allah SAW bersabda, ‘Aku adalah ciptaan yang pertama dan pengutusan yang terakhir .”﴿ § Al-Tabaqat al-Kubra Vol . 1 halaman 149

 

Abu Humam al-Waleed bin Shuja bin al-Waleed al-Baghdadi mengkhabarkan dari al-Waleed bin Muslim dari al-Awzai dari Ya- hya bin Abi Kathir dari Abu Salama dari Abu Huraira yang berkata, ‘Ya Rasul Allah, sejak bilakah kenabian menjadi wajib ke atas kamu?” Baginda menjawab, “Ketika Adam masih di antara ruh dan badan.’ Ini adalah riwayat yang sahih .”﴿ *Sinan al-Tirmithi Vol . 5 halaman 245 .

 

Abu al-Nathir al-Faqih dan Ahmad bin Muhammad bin Salama al-Anzi mengkhabarkan pada kami: dari Othman bin Saeed al-Darmi dan Muhammad bin Sinan al-Awfi, dari Ibrahim bin Tahman, dari Badil bin Maysara, dari Abdullah bin Shaqeeq, dari Maysara al-Fakhir, beliau berkata, ﴾“Aku bertanya kepada Rasul Allah tentang bilakah baginda menjadi Nabi, dan baginda menjawab, “Semasa Adam masih lagi di antara ruh dan badan.” Ini adalah riwayat bersanad Sahih﴿ †Al-Mostadrak oleh al-Hakim Vol . 2 halaman 608 .

 

Sekarang telah jelas dari Quran dan riwayat bahawa ruh Muhammad dan keluarga Muhammad sudah pun wujud semasa Jesus diutuskan; malahan, sudah pun wujud sebelum Jesus dilahirkan. Jadi, selagi ruh sudah ada diciptakan, maka ada kemungkinan badan fizikal boleh diciptakan untuk ruh tersebut. Atau realitinya, beliau muncul di alam fizikal dalam sebuah imej yang menyerupai Jesus AS, dan perkara ini adalah atau kehendak Allah, kekuatanNya dan kemampuanNya, sekurang-kurangnya seperti kemunculan Gabriel yang merupakan entiti ruh kepada Muhammad SAW di alam fizikal ini dalam bentuk Dahya Al Kalbi.‡. Saya katakan: Adakah wujud sebarang halangan yang rasional sekarang, setelah teks dan logik membuktikan perkara ini?

 

Malahan, sesiapa yang menolak perkara ini dan mengatakan ia sukar dipercayai, adakah dia mempunyai alternatif lain yang didokong oleh teks, akal dan hikmah seperti kes yang telah disebutkan sebelum ini? Atau hanya kedegilan, suka berhujah dan mengikuti keinginan diri demi menolak kebenaran?! Menerima kebenaran seadanya mungkin mempunyai kesukaran di dalamnya, khususnya dengan kewujudan kejahilan dan Syaitan berserta tenteranya yang berkerja keras untuk menghalang manusia dari mendengar kebenaran dan firman-firman Allah seterusnya tunduk kepada buktu dan mengiktiraf kebenaran; namun setelah kebenaran ditegakkan, seseorang manusia yang intelektual mesti berkata, “Ya, ini adalah kebenarannya, kami telah melihatnya dengan jelas.” Jika tidak, kita bukanlah manusia juga bukan intelektual.

 

_______

 

Nota Kaki

‡ .Kemunculan ruh atau malaikat dalam bentuk badan fizikal adalah perkara yang sudah tertegak dalam Perjanjian Lama serta Perjanjian Baru, seperti kemunculan pada Hagar (Genesis 16:7), kepada Mary dan Jacob. Berkenaan tafsiran kemunculan malaikat kepada Jacob, Antonios Fekry berkata, “Ciptaan spiritual seperti malaikat tidak boleh dilihat oleh kita melainkan mereka menyerupai dalam bentuk fizikal yang dengannya kita boleh melihat mereka, dan ini tergantung kepada samada Allah izinkan atau mahukannya” Tafsir Luke 1

 

Berkenaan perkara kemunculan Gabriel AS dalam bentuk Fahya Al Kalbi, ia adalah perkara yang umum diketahui oleh semua Muslimin. Dan saya akan menyebutkan sedikit contoh: Muhammad bin Yahya Al Khatami meriwayatkan dari Imam Abu Abdullah AS bahawa beliau berkata, (“Abu Dzar pergi kepada Rasul Allah SAW dan bersama baginda adalah Gabriel AS dalam bentul Dahya al Kalbi. Dan Rasul Allah SAW mahu berjumpanya dalam keadaan privasi, jadi apabila Abu Dzar nampak mereka, beliau berlalu pergi dan tidak menganggu mereka.”) Al-Kafi oleh al-Kulaini Vol . 2 halaman 587. Hadis dengan makna serupa dalam Sunan al-Nisai Vol . 8 halaman 101-103 .

 

Sheikh Al Mufid berkata, “Berkenaan riwayat melihat malaikat dalam bentuk manusia dari umat sebelum ini dan umat ini, ianya banyak sekali, dan sesetengah para sahabat meriwayatkan bahawa mereka melihat Gabriel dalam bentuk Dahya Al Kalbi .” Awael al-Maqalat halaman 288 .

 

_________

 

 

Soalan: Bila Imam Ahmad Nak Keluar? (Mereka bertanya kepadamu tentang saat itu)

homer

Antara soalan yang kerap ditanyakan, samada atas dasar sarcasm atau memang ikhlas ingin tahu, adalah soalan dengan tema "bila Imam mahu keluar ni?"

Jawaban saya, firman Allah:Surah Al-Araf, Verse 187:

يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ رَبِّي لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ اللَّهِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Mereka bertanya kepadamu tentang saat itu: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".

Hari itu adalah hari pembalasan, hukuman Allah kepada manusia yang engkar. Ia sangat berat dan tidak dapat ditanggung oleh manusia. Maka, logiknya, sebelum sesuatu hukuman dilaksanakan, Allah yang Maha Adil akan mengutuskan Sang Pemberi Amaran, agar manusia tidak dapat berkata "Aku tidak tahu". Supaya tidak ada sebarang alasan lagi di leher mereka.

 Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang pembawa risalah(untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (17:15)

Yang demikian (kedatangan Rasul-rasul itu ialah), kerana Tuhanmu tidak membinasakan negeri-negeri secara zalim sedang penduduknya leka lalai. (6:131)

Oleh itu tunggulah semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata , Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: "Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan". (Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!".Bagaimana mereka dapat beringat? Pada hal mereka telah pun didatangi seorang utusan yang memberi keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)! (44:10-13)

Jadi sekarang adalah masa untuk memberi amaran kepada manusia, dan inilah yang diperintahkan oleh Imam Muhammad ibn Al Hassan kepada Ahmad Al Hassan serta para Ansar. Untuk menerangkan tentang jalan Islam yang sebenar, jalan keselamatan, agama yang diredhai Allah untuk umat manusia.

Riwayat Sunni dan Shia, malah dari kitab agama samawi yang lain menyatakan bahawa apabila tiba saat itu, akan terjadi pelbagai bencana dasyat pada umat manusia, peperangan, bencana alam, wabak dan berbagai lagi. Maka bukankah seadilnya Allah SWT mengutuskan pemberi amaran seperti yang diterangkan dalam firman Allah di atas? Atau kalian tergesa-gesa ingin menuduh Allah itu zalim?

Soalan yang lebih spesifik ditujukan kepada Shia, riwayat menunjukkan sebelum kemunculan Imam Muhammad Al Mahdi AS, akan terjadi peristiwa besar yang meragut nyawa majoriti manusia di muka bumi. Contohnya dalam kitab Al Ghaibah oleh Sheikh Tusi:

Imam Jaafar Al Sadiq AS: Perkara ini tidak akan berlaku sehingga 2/3 populasi dunia dimusnahkan.

Jadi, siapakah utusan yang diutuskan untuk memberi amaran akan perkara ini, sebelum Imam Mahdi AS?

 

Bab 8: Berkaitan Hal Jesus AS Disalib Dan Injil Judah (Gospel Of Judah)

crucifixion
Soalan 8: Berkaitan hal pengsaliban Jesus AS, apakah seruan Imam Ahmad Al Hassan kepada Kristian?


Jawaban: Orang Kristian perlu mengambil perhatian bahawa perkara pengsaliban Jesus AS adalah batil, dan saya telah menjelaskan kebatilannya dari Injil dan kata-kata Jesus AS di dalamnya serta permintaan beliau kepada Allah untuk menarik semula deraan salib dari dirinya.* Jadi samada Allah mengabulkan doa Jesus AS dan mengangkatnya dan seterusnya mengutuskan keserupaannya -dan ini adalah kebenarannya- ATAU Allah tidak mengabulkan doa Jesus AS. Iaitu mengikut kata mereka, Allah tidak mempedulikan doa Jesus AS.

Dan mereka juga telah menuduh Jesus AS mempunyai sifat kebodohan, berpandangan lemah dan kurang ilmu, jika bukan begini, maka apa sebabnya Jesus AS meminta pada Allah untuk menarik balik pengsaliban darinya jika beliau mampu untuk mempunyai kesabaran atas penderaan disalib tanpa merungut, jika beliau tahu urusan pengsaliban adalah penting dalam agama?†

Mereka juga harus memberi perhatian pada dokumen bersejarah, Injil Judah,‡ yang dipersembahkan oleh International Historical Society, dan ia adalah salah satu dari manuskrip purba yang dijumpai di Mesir, tarikhnya dikesan sehingga permulaan abad ketiga AD, sebuah dokumen yang menyebutkan Jesus AS tidak disalib; malah, seseorang yang lain, yang merupakan keserupaan beliau yang telah disalib.

Apa yang membimbangkan kita adalah, isu keserupaan Jesus ini secara umumnya, tanpa mengira ciri-ciri individunya, telah pun dipersembahkan kepada Kristian untuk lebih 1700 tahun.


Nota Kaki

* Dan berikut adalah beberapa kata-kata beliau: “Kemudian Dia pergi lebih jauh dari tempat mereka, kira-kira sejauh lemparan batu. Dia berlutut dan berdoa, “Ya Bapa, jika boleh jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku. Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak-Mu berlakulah.” Luke 22:41-42 ; Yesus pergi lebih jauh sedikit lalu meniarap di tanah dan berdoa, “Ya Bapa, jika boleh, jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku! Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak Bapa sahaja.” Matthew 26:39; Yesus pergi lebih jauh sedikit lalu meniarap di tanah dan berdoa supaya jika boleh Dia tidak usah mengalami saat penderitaan itu.36Dia berdoa, “Bapa, ya Bapa-Ku! Tidak ada satu perkara yang mustahil bagi Bapa. Jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku. Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak Bapa sahaja.” Mark 14:35-36

†. Penerangan lanjut tentang isu keserupaan adalah di topik berikutnya, dan berkaitan dengan kepentingan pengsaliban dan pengorbanan, rujuk Lampiran 4.

‡. Rujuk Lampiran 3.


Seperti kata pepatah, “Jika ada asap, maka ada apinya” (Nota penterjemah: Jika tidak ada angin, masakan pohon bergoyang). Jika sesuatu isu itu tidak ada asal usul, maka ia tidak akan muncul dikalangan Kristian awal dan juga ideologi mereka.*

Soalan yang harus diberi perhatian dan ditanyakan pada diri mereka: Dari manakah kumpulan-kumpulan Kristian purba ini terfikir bahawa Jesus AS tidak disalib dan yang disalib adalah keserupaannya? Adakah ia sekadar satu pemikiran? Adakah ini merupakan perkara intelektual semata atau satu perkara yang dilaporkan dalam sejarah? Bolehkah dikatakan, sebagai contoh, kumpulan ini mempercayai bahawa Jesus AS tidak disalib dan yang disalib adalah keserupaannya, tanpa sebarang pelaporan sejarah dari orang yang hidup di masa kejadian salib?

Saya menasihatkan setiap Kristian yang bebas agar mengabaikan kata-kata gereja hari ini, yang mengatakan bahawa orang-orang yang menulis Injil ini adalah dari kumpulan sesat, kerana jika kamu bertanyakan kumpulan ini tentang prinsip yang dipegang oleh gereja hari ini, mereka juga akan mengatakan gereja sebagai satu penyelewengan; dan jika kita bertanya kepada Arius dan pengikutnya tentang gereja hari ini, mereka pasti akan memanggil mereka musyrik. Oleh itu, tindakan gereja hari ini menganggap semua penentang Kristian sebagai musyrik, seperti mana yang mereka lakukan pada Jehovah’s Witness, tidak mendatangkan sebarang perbezaan, dan tidak dapat menyembunyikan kebenaran yang muncul dengan jelas pada hari ini. Apa yang disebutkan oleh gereja pada hari ini merupakan perkara kontroversi dikalangan Kristian awal. Malahan, ia masih kekal kontroversi sehingga hari ini, dan kumpulan Kristian, Jehovah’s Witness merupakan bukti terbaik akan kontroversi ini.

Kebenaran yang telah tertegak sekarang adalah kini sudah wujud sebuah dokumen bersejarah yang telah dianalisis oleh pakar antarabangsa pengkhususan artifak dan dengan menggunakan kaedah saintifik terkini, dan terbukti ia adalah dari permulaan abad ketiga. Di dalamnya disebutkan bahawa Jesus AS tidak disalib, tetapi ada seorang yang menyerupai Jesus yang disalib bagi tempatnya. Jadi, bolehkah orang Kristian sekadar berpegang kepada kata-kata gereja: Bahawa dokumen ini adalah milik kumpulan sesat purba Kristian?!!!
 


Nota Kaki

*. Di dalam bukunya, Injil Judah, Adakah Penemuannya Memberi Kesan Pada Agama Kristian? , Fr. Abdul Maseeh Bassit mengakui bahawa Injil ini wujud dalam tahun 180 AD dan walaupun beliau menolak Injil ini, apa yang penting pada saya adalah beliau mengakui umur dokumen ini. Berkenaan kumpulan Kristian yang beriman dengan Injil Judah, beliau berkata, “Yang pertama menyebut tentang kumpulan ini dan ideologinya dari para Father gereja pertama, serta yang menulis kompilasi Injil Judah adalah St. Irenaeus, Biskop Lugdunum(Perancis) pada 180 AD. Individu ini adalah pelajar St. Polycareous yang merupakan pelajar St. John, pelajar Jesus Christ.” Dan tarikh yang beliau sebutkan bermakna apa yang dipercayai oleh Kristian dari apa yang disebut di dalam Injil Judah adalah sebelum Islam dan sebelum Majlis Nicaea yang diadakan pada 325 AD. Rujuk lampiran 2.
 


Adakah respon dari gereja ini ilmiah?! Sebagai contoh, tidak bolehkah jika seseorang yang tidak bersetuju dengan gereja ini, bertanya kepada mereka, “Apa bukti bukan kalian yang melakukan kesyirikan??!” Bukankah sebaiknya setelah kemunculan fakta-fakta ini, isu pengsaliban dikaji secara objektif dan ilmiah, jauh dari sifat fanatik dan ikut buta?

Dan berikut adalah petikan dari Injil Judah (dan mengikut terjemahan yang disahkan dengan teks Koptik oleh gereja) yang dengan terang menjelaskan Jesus AS tidak disalib; malah ada seseorang yang dijadikan keserupaannya dan diutus menggantikan beliau.

Injil Judah Adegan 3:

•Judah berkata, “Tuan, adakah keturunanku akan berada di bawah kekuasaan pemerintah?”
Jesus menjawab, “Kemari, agar aku […dua perkataan hilang..], namun kamu akan mengalami kesedihan yang besar apabila kamu melihat kerajaan itu dan semua generasinya."

Apabila mendengarnya, Judah berkata kepada beliau, “Apakah kebaikan yang aku peroleh darinya? Kerana kamu sudah mengasingkan ku untuk generasi tersebut."

Jesus menjawab, “Kamu akan menjadi yang ketiga belas, dan kamu akan dilaknat oleh generasi yang lain — dan kamu akan berkuasa(memerintah) atas mereka. Di hari-hari akhir mereka akan melaknat pengangkatan kamu kepada generasi suci."

“Namun kamu akan melebihi mereka. Kerana kamu akan mengorbankan orang yang berpakaian ku.”

•“Tandukmu telah dinaikkan, kemurkaan mu sudah dinyalakan, bintang mu sudah tampak cerah dan hati mu … [57]"

Dan di dalam petikan ini:

Pertama: Judah dijadikan menyerupai Jesus dan disalib menggantikan tempatnya, dan beliau mengorbankan dirinya.

Kedua: Judah akan datang di akhir zaman untuk berjaya. Oleh itu Judah yang disebutkan dalam sesetengah petikan dari Injil mestilah bukan Judas Iscariot*† yang mengkhianati Jesus seperti di akhir Injil Judah.

“Mereka menghampiri Judas dan berkata, “Apa yang kamu buat di sini? Kamu adalah pengikut Jesus.” Judas menjawab mereka seperti yang dimahukan. Dan beliau mendapat sedikit wang dan memberikan beliau(Jesus) kepada mereka.” Injil Judah Adegan 3

Mari kita melihat kepada satu fakta bahawa makna perkataan Judah bermaksud “pujian” (Al Hamd > الحمد) atau Ahmad (أحمد) dalam bahawa Arab, iaitu nama Mahdi atau sang penyelamat yang dijanjikan di akhir zaman; maka jelas bahawa orang yang menyerupai Jesus, disalib ditempatnya, yang berbicara dengan Jesus bahawa beliau akan kembali dan memerintah di akhir zaman, merupakan sang penyelamat, Al Mahdi, Ahmad, yang disebutkan di dalam Taurat, Injil, Quran dan wasiat Rasul Allah Muhammad SAW.‡
 



Nota Kaki

*. Judas (Greek: Ιούδας) adalah tulisan Greek yang Inggeris-kan membawa nama Ibrani Yehudah (Ibrani: יהוָּדה). Judah juga membawa nama yang sama apabila diinggeriskan. —Pent.

†. Wajar untuk disebut disini, antara sebab para ulama gereja menolak Injil Judah adalah kerana kepercayaan mereka bahawa Judah yang disebutkan adalah Judas Iscariot. Metropolitan Bishoy berkata, “Bagaimana Judas Iscariot disebut sebagai penulisnya? Sedangkan Judas telah membunuh diri setelah mengkhianati Jesus Christ, maka bilakah beliau menulisnya? Terutamanya apabila ia menulis tentang saat-saat akhir sebelum Pengsaliban.” Rujukan: Simplifying Faith Lectures, “Lecture 16: The Injil Of Judas”.

Father Thomas D. Williams, Dekan Theology di Universiti Apostolorum di Rom mengucapkan perkara yang serupa, “Dokumen ini memberi gambaran positif pada Judas Iscariot."

Apa yang sekurang-kurangnya boleh kita sebutkan tentang pemahaman mereka adalah, ia merupakan satu pengkhinatan ilmu kerana menjadikan perkara ini samar kepada manusia, ini disebabkan Injil Of Judah tidak menunjukkan sebarang kenyataan menyebut penulisnya adalah Judas Iscariot; malah, ini hanyalah pemahaman ulama Gereja. Jadi kepastian akan pengkhianatan Judas Iscariot memerlukan kita tidak merujukkan nama Judah kepada Judas, tetapi kita harus mencari seorang lagi yang bernama Judah yang hadis di masa pengsaliban, dan yang merupakan orang yang disalib menggantikan Jesus Alaihi Salam setelah Allah mengabulkan doanya dan memberikan cawan pengsaliban kepada beliau, seperti yang jelas disebutkan dengan jelas dalam Injil Matthew, Mark dan Luke. Dan petikannya disebutkan sebelumnya.

‡. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Wasi Dan Utusan Imam Mahdi Dalam Taurat, Injil dan Quran dan Surat Petunjuk, keduanya oleh Imam Ahmad Al Hassan AS, dan buku beliau yang lain, yang membongkar banyak kebenaran Illahi yang tidak diketahui oleh ulama semua agama.

Soalan 74: Berkenaan Ayatul Tathir

Soalan 74: Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Sayyed Ahmad Al Hassan A.S. , Assalamualaikum warahmatullah Wabarakatuh:

Saya mempunyai seorang sahabat Sunni yang meletakkan pada saya beberapa hujah-hujah yang mengelirukan saya, dan ia adalah pada Kalam Allah (Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).) 33:33. Apakah keinginan ini mempunyai bentuk ? Dan jika ya, adakah bermaksud ia telah ditentukan? dan Imam Al Baqir dan Al Sadiq menafsirkan 'keji' di sini bermaksud ''keraguan''. Adakah ini bermakna penyucian dari keraguan itu bererti Maksum?

 

Jawapan: Ya, ia adalah kehendak Allah swt, yang dijelaskan olehNya (Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: "Jadilah engkau!". Maka ia terus menjadi.) 36:82. Tetapi pemenuhan kehendak ilahi dalam ayat tersebut (Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).) bukanlah melalui penaklukan dan dalam keadaan terpaksa melakukan ketaatan dan meninggalkan dosa, tetapi dengan mendedahkan hakikat kebenaran kepada mereka di atas sebab keikhlasan kepada-Nya, dan mereka berpegang teguh setelah Allah melindungi mereka. Oleh itu, jika kebenaran dunia ini didedahkan kepada manusia dan dia melihatnya sebagai bangkai reput yang direbutkan oleh anjing-anjing dan seperti peluh babi di tangan pesakit kusta, lalu bagaimana mungkin ia mendekatinya? !!. Dan berikut ini adalah contoh yang boleh menjelaskan kepada anda makna kemaksuman: Jika ada seorang lelaki buta yang ingin menyeberangi jalan yang sesak dengan selamat, dia mesti mendapatkan bantuan daripada orang yang celik, dan ia juga harus memberikan pergelangan tangannya kepada orang yang celik itu sehingga boleh memegang pergelangan tangannya dan menolongnya menyeberangi jalan dengan selamat. Dalam contoh ini, yang buta telah berpegang kepada yang celik, dan orang yang buta dalam contoh ini adalah seperti para maksumin, dan orang yang celik itu pula menjadi pelindung / pengawal untuk orang yang buta (maksum). Dan para nabi dan para ausiak adalah orang-orang yang memohon bantuan kepada Allah swt supaya Dia membawa mereka ke tempat yang selamat, dan mereka adalah orang-orang yang menghulurkan tangan mereka kepada Allah swt sehingga Dia memegang tangan mereka. Dan jika seorang hamba Allah di timur atau di barat melakukan perkara yang sama seperti apa yang mereka lakukan dan berserah kepada Allah swt, Allah swt akan melindunginya, tetapi banyak orang cuai dalam mencari Allah swt dan menghulurkan tangan mereka kepadaNya, tetapi dalam masa yang sama mereka juga mendakwa bahawa mereka tahu dan melihat jalan dengan jelasnya. Dan tangan Allah sentiasa diberikan kepada semua orang sepanjang masa, dan tidak ada pertalian kerabat di antara Dia dan sesiapa sahaja melainkan Dia adalah pencipta mereka, tetapi manusia atas sebab keinginannya sendiri telah melepaskan tangan mereka daripada Allah swt 

– Jawapan Pencerahan melalui Internet, Vol. 2.

Khasiat Garam

Berikut adalah beberapa hadis dari Imam Ahlulbait(A) tentang khasiat garam, yang dikutip dari kitab Wasail Al Shia, Bab Garam.

 

[ 31254 ] 2 ـ وعن عليّ بن إبراهيم عن أبيه ، عن إسماعيل بن مرار ، عن يونس عن رجل ، عن سعد الاسكاف ، عن أبي جعفر ( عليه السلام ) ، قال : إن في الملح شفاء من سبعين داء ، أو سبعين نوعا من أنواع الاوجاع ، ثم قال : لو يعلم الناس ما في الملح ما تداووا إلا به .

2 – Imam Abu Jaafar(A): “Di dalam garam itu ada ubat bagi tujuh puluh penyakit, atau tujuh puluh jenis kesakitan. Jika manusia tahu (khasiat) apa yang ada dalam garam, mereka tidak akan mencari rawatan kecuali dengannya."

 [ 31255 ] 3 ـ وعن عدة من أصحابنا ، عن أحمد بن أبي عبدالله ، عن أبيه ، ( و ) عمرو بن إبراهيم جميعا ، عن خلف بن حماد ، عن يعقوب بن شعيب ، عن أبي عبدالله ( عليه السلام ) ، قال : لدغت رسول الله ( عليه السلام ) عقرب ، فنفضها ، وقال : لعنك الله فما يسلم منك مؤمن ولا كافر ، ثم دعا بملح ، فوضعه على موضع اللدغة ، ثم عصره بإبهامه حتى ذاب ، ثم قال : لو يعلم الناس ما في الملح ما احتاجوا معه إلى ترياق.

3 – Abu Abdillah(A) bersabda: Seekor kala jengking menyengat Rasul Allah(S), jadi baginda membuangnya dan bersabda: “Allah melaknat kamu, tidak kira mukmin atau kafir, tiada yang terselamat dari kamu.” Kemudian baginda(S) meminta garam dan meletakkannya di tempat sengatan. Kemudian baginda menekannya dengan ibu jari sehingga ia larut. Kemudian baginda(S) bersabda: “Jika manusia tahu apa yang ada di dalam garam, mereka tidak akan memerlukan ubat lain." 

Nasihat Kepada Setiap Kristian Yang Mahukan Kebenaran

Petikan dari kitab Pengikut Isa Ke 13

Disciple

Soalan 7: Apakah nasihat anda kepada Kristian agar dapat mengetahui kebenaran dan beriman dengan Kenabian Muhammad SAW melalui Injil?  

 

 


 

 

Jawaban: Nasihat saya kepada setiap Kristian yang mencari kebenaran adalah dengan menjadikan kata-kata beliau sebagai satu standard:  

 

 

 

"14Pada suatu hari Yesus mengusir roh jahat daripada seorang bisu. Setelah roh jahat itu keluar, orang itu mula bercakap. Orang ramai hairan, 15tetapi ada beberapa orang yang berkata, “Beelzebul, ketua semua roh jahat telah memberikan kuasa kepada Yesus untuk mengusir roh jahat.” 16Ada juga orang lain yang hendak memerangkap Yesus. Mereka meminta Yesus melakukan mukjizat untuk membuktikan bahawa Dia datang daripada Allah. 17Tetapi Yesus mengetahui apa yang difikirkan mereka. Lalu Dia berkata kepada mereka, “Negeri yang berpecah menjadi beberapa bahagian lalu saling bermusuhan, tidak akan tahan lama. Keluarga yang berpecah belah dan saling berlawanan akan hancur. 18Jika kerajaan Iblis mempunyai golongan yang saling berlawanan, bagaimanakah kerajaan itu dapat bertahan? Kamu berkata Aku mengusir roh jahat kerana Aku diberi kuasa oleh Beelzebul.  

 

 

 

Maka, sesiapa yang beriman kepada Injil, hendaklah mereka membaca beberapa ayat dari Quran dan berfikir dengan dalam secara adil. Kemudian, berdasarkan ayat dari Injil (seperti di atas), bolehkah anda semua menyimpulakan ayat-ayat Quran ini sebagai dari syaitan, seperti mana yang dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai tujuan lain kecuali menghina Muhammad SAW? Dan berikut adalah beberapa contoh ayat Quran tersebut: 

 

 

 

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (Surah An Nahl: 125) 

 

 

 

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; (Surah An Nisa:36) 

 

 

 

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Luqman: 18) 

 

 

 

(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Hadid: 23) 

 

 

 

Biarkan mereka membaca ayat dari Surah Al Isra, dan tanyakan kepada diri mereka: 

 

 

 

Adakah syaitan menyeru kepada menyembah Allah semata-mata? Adakah syaitan menyeru kepada akhlaq yang bagus dan berbuat baik kepada ibubapa dan orang miskin serta berbelanja membantu mereka yang memerlukan; dan adakah dia melarang membunuh dan perzinaan serta penyalahgunaan wang anak yatim; adakah syaitan mengarahkan kepada menunaikan janji? 

 

 

 

Jika syaitan mengarahkan kepada etika seperti ini, maka apa pula perintah Allah SWT dari pandangan mereka? Bukankah ini merupakan perintah semua para Nabi dan hikmah yang mereka bawa dari Allah: 

 

 

 

22 Janganlah engkau adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam ibadatmu), kerana akibatnya engkau akan tinggal dalam keadaan tercela dan kecewa dari mendapat pertolongan. 23 Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). 24  Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
 
25  Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat. 26 Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. 27. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. 28. Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati. 29. Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggalah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan. 30. Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan Ia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Ia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya. 31. Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. 32. Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
 
33. Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak). Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya. Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak).
 
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang. Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.Perintah yang demikian itu ialah sebahagian dari hikmat yang telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) oleh Tuhanmu. Dan (ingatlah) janganlah engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu yang lain yang disembah, kerana akibatnya engkau akan dicampakkan ke dalam neraka Jahannam dengan keadaan tercela dan tersingkir (dari rahmat Allah). Surah AL Isra': 22-39
 
Malulah kaum Kristian kerana mengabaikan perkataan Jesus AS: “Negeri yang berpecah menjadi beberapa bahagian lalu saling bermusuhan, tidak akan tahan lama. Bandar atau keluarga yang berpecah belah dan saling berlawanan, akan hancur." Matius 12:25 dan tidak menjadikan ia sebagai satu standard untuk menilai apa yang tertulis di dalam Quran agar mereka tahu ia adalah dari Allah.
 
Bukankah ini satu standard dari Jesus AS? Jadi mengapa berpaling darinya? Adakah kamu beriman dengan sebahagian dari kitab dan kafir pada bahagian yang lain? Bacalah Quran dan fikirkan hikmah yang ada di dalamnya, seruan pada kebaikan, sehinggalah pemunyaan akhlaq yang baik dan mulia, jadi bagaimana semua ini datang dari Syaitan yang bodoh, yang menyeru kepada kejahatan dan akhlaq buruk; adakah Syaitan saling bermusuhan dan berpecahan sesama mereka? Adakah kerajaan syaitan berpecah sesama mereka?
 
Bukankah ini cara Jesus AS mengajar kamu untuk membezakan kebenaran dari kebatilan? Adakah kamu tidak mampu membezakan antara kebijaksanaan dan kejahilan, antara kebaikan dan kejahatan, antara akhlaq mulia dan buruk?
 
Dan adakah kamu percaya yang syaitan dan kerajaannya  berpecah sesama sendiri, sehingga di satu masa ia menyeru kepada kebaikan dan di satu masa lain ia menyeru kepada kejahatan? Satu masa untuk akhlq mulia dan di masa yang lain untuk akhlaq buruk?
 
[“Negeri yang berpecah menjadi beberapa bahagian lalu saling bermusuhan, tidak akan tahan lama. Bandar atau keluarga yang berpecah belah dan saling berlawanan, akan hancur.” Matius 12:25 ].
 
Jadi saya menasihatkan setiap Kristian yang takut kepada akibat yang buruk untuk  beri perhatian pada Gereja yang mewakili mereka pada hari ini, yang mengatakan Jesus sebagai Tuhan Mutlak, sebelumnya ditolak oleh ramai Kristian termasuklah Arius, dan mereka adalah ulama Kristian yang besar. Masih ada dan wujud ramai Kristian seperti Jehovah's Witness yang tidak mempercayai ideologi batil dan jahil ini, yang ditolak oleh Injil dan logik. Dan saya telah menjelaskan kebatilan ini didalam Kitab At Tauhid menggunakan petikan Injil yang tidak membenarkan penafsiran dan kekeliruan, dengan bukti intelektual yang jelas. *

*Rujuk kepada Lampiran 1 dan 2. Petikan tersebut dari Kitab Tauhid, beliau AS berkata: "Kenyataan yang jelas dari Injil, "Jesus AS tidak mengetahui waktu itu": Jesus AS menyebut tentang dirinya yang tidak tahu waktu terjadinya kebangkitan kecil: "“Meskipun demikian, tidak seorang pun mengetahui hari atau waktunya, baik malaikat-malaikat di syurga ataupun Anak; hanya Bapa yang tahu." Markus: 13:32
 
Dan kejahilan adalah satu ketidak sempurnaan sedangkan Tuhan yang mutlak adalah sempurna, mutlak dan tidak dicacatkan oleh kejahilan, kerana dia adalah cahaya tanpa kegelapan, kejahilan mencacatkan makhluq kerana wujudnya kegelapan di halaman kewujudannya; oleh itu Jesus AS adalah cahaya dan kegelapan, yang membuktikan beliau bukan Tuhan Mutlak; malah beliau hanyalah seorang abdi yang diciptakan dari kegelapan dan cahaya, dan beliau bukanlah cahaya tanpa kegelapan, Allah lebih tinggi dari ini. Dan di dalam semua ini mengandungi kenyataan yang jelas, pencerahan dan seruan kepada logika ini."

 

 
 
 

 

Post FB Sayed Ahmad AS: Hak Dan Keadilan Untuk Wanita Serta Perkahwinan Bawah Umur

right_8

Soalan: Salam dan rahmat Allah pada anda, imam ku, Ahmad Al Hassan. Saya telah lama berminat dalam isu keadilan sosial dan hak asasi manusia sejak muda. Jumlah ketertindasan dan keadilan dalam masyarakat kita sentiasa menyakitkan saya. Saya telah berkerja dalam sesetengah organisasi sosial dalam bidang hak kemanusiaan dan sejak akhir-akhir ini, kerja saya berkait rapat dengan hak wanita di dalam Islam,

Saya percaya bahawa fiqh dan syariat Allah adalah penuh kerahmatan dan keadilan, dan ia melindungi maruah/kehormatan manusia di setiap waktu dan tempat. Bagaimanapun, dalam kerja saya, saya mendapati beberapa persoalan berkaitan hak wanita yang mengelirukan saya, dan saya masih belum mendapat jawabannya. Saya menanyakan soalan ini pada anda kerana agama sering digunakan untuk membenarkan kezaliman pada wanita dan prejudis pada hak mereka. Saya bertanya pada anda kerana saya benar-benar mencari hikmah Illahi, dan mahu memahami, kerana satu-satunya jalan untuk menghentikan kezaliman adalah melalui kemahuan dan ilmu keTuhanan. Saya memohon maaf atas kejahilan saya, dan berusaha untuk menjadi lebih baik dengan ilmu anda.

1. Dalam Kitab Shara’i, Bab Nikah menyebutkan bahawa hubungan seksual dengan wanita dibawah umur 9 tahun adalah haram. Dari sini, saya faham bahawa adalah dibenarkan untuk melakukan hubungan seksual setelah umur 9 tahun. Dari kerja saya dan pengalaman saya, saya telah menjumpai banyak kes di mana kanak-kanak mengalami kecederaan fizikal kerana badannya tidak dapat bertahan dalam hubungan seksual dengan suami. Malah, dalam persekitaran masyarakat sekarang, mereka masih dikategorika sebagai kanak-kanak dan masih tidak mempunyai kematangan fizikal dan intelek untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti nikah. Jadi mengapa Tuhan membenarkan nikah pada wanita berumur semuda tersebut? Adakah benar dibenarkan berkahwin dengan wanita dari hari kelahirannya?

2. Adakah sesetengah hukum syara’ berubah dengan berubahnya keadaan sosio-ekonomi? Saya difahamkan lelaki mempunyai lebih banyak hak dari wanita kerana beliau mempunyai lebih banyak tanggungjawab dan kewajiban. Namun bagaimana jika lelaki mengabaikan tanggungjawabnya? Adakah beliau masih mempunyai hak ini, atau ia telah terbatal?

Sebagai contoh jika seorang suami tidak menyara keluarganya, menjaga anaknya atau tidak mempunyai kewujudan dalam hidup mereka, yang menyebabkan wanita menanggung keluarga, adalah suami seperti ini masih mempunyai hak, seperti ketaatan dan sebagainya? Di dalam komuniti Arab dan Islam, malangnya ramai keluarga disara oleh wanita samada berseorangan kerana diabaikan suami atau kerana masalah ekonomi lelaki? Apakah kesan kepada formula di atas?

3. Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya "nusyuz" , atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka  membuat perdamaian di antara mereka berdua, kerana perdamaian itu lebih baik; sedang sifat bakhil kedekut  itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik , dan mencegah diri, maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan. (4:128)

Apa itu nusyuz dan sikap acuh tidak acuh secara jelas? Adakah ada hukuman dalam shariah bagi suami yang melakukan kesalahan ini?

Apa pula hukum lelaki yang mengabaikan rumah, isteri dan anak-anaknya?

4. Apabila kami membincangkan tentang memukul isteri yang engkar dalam konteks agama, semua orang bersetuju bahawa ia adalah memukul yang tidak mendatangkan mudarat. Bagaimanapun di dalam kes sebenar, situasinya berbeza, dan pukulan merbahaya dan penderaan fizikal kepada isteri adalah kerap. Apakah sempadan memukul isteri engkar, dan apakah hukuman kepada suami yang yang melampaui sempadan ini? Bukankah membetulkan orang lain dengan kesabaran dan berbuat baik adalah lebih baik dari penderaan fizikal yang menyebabkan kemaluan, apatah lagi apabila dilakukan terhadap orang yang lebih lemah dan di bawah perlindungan kamu?

5. Apakah peranan mukmin wanita di dalam seruan Yamani yang mulia pada masa kebangkitan Qaim dan permulaan perang terhadap musuh keturunan Muhammad SAW? Adakah mereka berada di medan perang? Bagaimana mereka menjadi tentera Imam Mahdi AS di waktu itu?

Hadil El-Khouly – Mesir


Jawaban:
Dan salam serta rahmat Allah pada kamu juga

1. Berkaitan kebenaran mengahwini wanita 9 tahun dalam Islam, ia adalah kenyataan tentang batas dalam kes-kes yang sah, dan ia bukanlah satu undang-undang yang akan diguna pakai oleh kerajaan Illahi jika Khalifah Allah diberi peluang untuk memerintah dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan kebajikan individu manusia

Jika urusan ini diserahkan kepada khalifah Allah, beliau boleh meletakkan kekangan yang menghalang perkahwinan dengan wanita bawah umur yang biasanya telah sempurna organ pembiakannya.

Sebagai contoh, beliau boleh meletakkan syarat yang menyebutkan perkahwinan ini perlu ada keperluan untuknya, dan keadaan fizikal perempuan itu sesuai intuk perkahwinan berdasarkan laporan perubatan rasmi dll. Umumnya, kebenaran shar'i bagi jenis perkahwinan ini bukanlah bermakna ia adalah kes-kes semulajadi, seperti yang disebutkan di atas.

Setepatnya, ia hanyalah umur minimum yang mana seorang perempuan boleh berkahwin apabila perlu. Sebagai contoh, cuba bayangkan sebuah bencana terjadi di bumi, dan hanya ada segelintir individu dari bangsa manusia atau mukmin yang terselamat, maka isu perkahwinan awal dan melahirkan zuriat awal —dengan mengambil kira langkah keselamatan— adalah satu keperluan untuk mengekalkan bangsa manusia atau kaum mukminin.

Jika tidak, kemungkinan kepupusan bangsa manusia akan meningkat. Sesiapa yang memahami teori evolusi dan bagaimana organisasi genetik berfungsi secara semulajadi akan memahami apa yang saya katakan. Jika perkahwinan awal —atau kita sebut sebagai persediaan manusia perempuan untuk persenyawaan di awal usia— tidak penting untuk kemandirian bangsa manusia di peringkat awal evolusi Homo, maka badan wanita tidak akan berevolusi sebegini, yang mempersiapkan persenyawaan di awal usia.

Berkenaan sesetengah Muslim, yang menggunapakai shariat ini tanpa kekangan, dan menyebabkan kecederaan fizikal kepada remaja tersebut, itu adalah kesalahan diri mereka, bukan kesalahan shariat. Samada mereka dan ulama mereka, kedua mereka tidak mempunyai kelayakan untuk mengguna pakai shariat ini atau tahu batas-batasnya. Atas sebab inilah Tuhan menjadikan penguatkuasaannya sebagai tugas Khalifah Allah di muka bumi.

2. Perubahan hukum adalah bergantung pada Khalifah Allah pada setiap masa. Hukum boleh berubah dan dimansuhkan, dan ini adalah sesuatu yang telah saya sebutkan sebelum ini.

3. Saya telah menyebutkan isu layanan buruk oleh suami di dalam Kitab Sharai’, dan ia adalah; si suami menghalang si isteri dari mempunyai semua atas sesetengah dari haknya, dan si isteri boleh mendakwa si suami.

4. Memukul isteri bukanlah satu perkara biasa dan bukan juga sentiasa merupakan kaedah yang betul diamalkan. Malah, dalam Daulah Illahi, jika seorang isteri mendakwa suaminya kerana dipukul, dakwaan akan dinilai, dan jika si suami didapati bersalah, beliau akan dihukum

5. Wanita boleh mempunyai banyak peranan di banyak tempat dalam Daulah Illahi. Jika Allah mahukan, dan ia terbukti pawa waktu tertentu, wanita tidak kurang berkelayakan dari lelaki di banyak tempat dan perkerjaan; malah, wanita jauh lebih baik dari lelaki dalam sesetengah perkerjaan. Islam tidak meletakkan kekangan pada wanita dari mempunyai kedudukan memimpin masyarakat, selagi dia berkelayakan dan melaksanakan kerja dengan sempurna dan betul.

Pendapat Ulama Sunni Pada Yazid (laknat Allah ke atasnya)

Di zaman kebangkitan aliran Wahabi ini, kita dapat menyaksikan naiknya nama-nama penentang Ahlulbait(a), terutamanya dengan 2 personaliti yang terkenal dengan kebenciannya terhadap Ahlulbait(a). Tidak lain dan tidak bukan, Muawiyah dan Yazid. Agak menghairankan mengapa mereka begitu terdesak dalam menaikkan nama mereka sehingga terpaksa mengorbankan nama baik Ahlulbait(a) Nabi(s) yang merupakan salah satu dari tinggalan kepada umat agar tidak sesat sehingga ke akhir zaman.

Tambah menghairankan, pegangan memuliakan Yazid ini, malah meletakkan doa gelaran "radiallahuanhu" kepada pembunuh ini, nyata tidak dipegang oleh ulama Sunni yang terdahulu. InsyaAllah kita akan bincangkan.

Imam Ahmed meriwayatkan dari Sa’ib bin Khalad (RA) bahawa Rasulullah(sawa) bersabda: Barangsiapa yang menyebarkan kezaliman dan menakutkan penduduk Madinah, maka Laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia ke atas orang tersebut. [Musnad Ahmed bin Hanbal seperti diriwayat oleh Imam Ibn Kathir dalam Al Bidayah Wal Nihayah Jilid 8 halaman 274] 
Quran juga turut merekodkan: Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina.
 
Agaknya, apakah perkara yang lebih tidak diredhai oleh Nabi(sawa), dari pembunuhan cucunda bagida(s) sendiri>

 
1. Jenayah kejam oleh Yazid yang terkutuk

Imam Ibn Kathir (rah) menulis di dalam kitab Tarikh di bawah peristiwa tahun 63H

فقال ابن الزبير يا هؤلاء قتل أصحابكم فانا لله وإنا إليه راجعون

وقد أخطأ يزيد خطأ فاحشا فى قوله لمسلم بن عقبة أن يبيح المدينة ثلاثة أيام وهذا خطأ كبير فاحش مع ما انضم إلى ذلك من قتل خلق من الصحابة وأبنائهم وقد تقدم أنه قتل الحسين وأصحابه على يدى عبيد الله بن زياد وقد وقع فى هذه الثلاثة أيام من المفاسد العظيمة فى المدينة النبوية مالا يحد ولا يوصف مما لا يعلمه إلا الله عز وجل وقد أراد بارسال مسلم بن عقبة توطيد سلطانه وملكه ودوام أيامه من غير منازع فعاقبه الله بنقيض قصده وحال بينه وبين ما يشتهيه فقصمه الله قاصم الجبابرة وأخذه أخذ عزيز مقتدر وكذلك أخذ ربك إذا أخذ القرى وهى ظالمة إن أخذه أليم شديد

Ibn Zubayr telah berkata: Wahai manusia, sahabat kalian telah dibunuh – Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun

"Yazid telah melakukan satu kesilapan yang sangat menjelekkan, dengan mengarahkan Muslim Bin Uqbah menjadikan "Madinah" halal untuk 3 hari. Ini adalah kesalahan beliau yang paling besar dan paling menjijikkan. Ramai para sahabat dan anak-anak mereka dibunuh. Telah diterangkan juga, Yazid telah mengarahkan Ubaidillah Ibnu Ziyad untuk membunuh cucunda Rasulullah(s) dan para sahabatnya. Dalam tempoh 3 hari itu, jenayah keji telah terjadi di Madinah yang mana tiada siapa yang mengetahui kecuali Allah swt. yazid mahu menjamin kekuasaannya dengan menghantar Muslim Bin Uqbah tetapi Allah telah menginginkan bertentangan dengan kehendaknya dan menghukumnya. Sunnguh, Allah telah membunuhnya…tanpa ragu genggaman Allah itu ketat dan menyakitkan.[Al Bidayah Wal Nihayah, Jil 8 Hal 283]

2. Ibnu Ziyad juga memprotes Yazid

Jenayah yang dilakukan oleh Yazid adalah begitu keji sehingga anjing suruhan beliau yang paling setia sendiri(Ibnu Ziyad) memprotes tindakan beliau.

كان يزيد كتب إلى عبد الله بن زياد أن يسير إلى الزبير فيحاصره بمكة فأبى عليه وقال والله لا أجمعهما للفاسق أبدا أقتل ابن بنت رسول الله ص وأغزو البيت الحرام وقد كانت أمه مرجانة قالت له حين قتل الحسين ويحك ماذا صنعت وماذا ركبت وعنفته تعنيفا شديدا قالوا وقد بلغ يزيد أن ابن الزبير يقول فى خطبته يزيد القرود شارب الخمور تارك الصلوات منعكف على القينات

Apabila Yazid menulis kepada Ibnu Ziyad agar beliau menuju ke Mekah dan mengepung Ibnu Zubair, beliau telah mengingkarinya dan berkata: "Demi Allah, aku tidak akan menyatukan dua perkara untuk seorang fasiq(Yazid). Aku sudah membunuh anak Rasulullah(s) atas arahan beliau, dan kini beliau mahu aku melancarkan perang ke atas Baitul Haram?" Bagaimanapun ketika beliau telah menyahidkan Imam Hussain(a), ibu beliau, Marjanah berkata kepada beliau, "Semoga kamu mati! Beratnya jenayah yang telah kamu lakukan." Yazid telah diberitahu bahawa Ibnu Zubair, di dalam ucapannya kerap mengatakan Yazid itu seorang penipu, pemabuk, seorang yang meninggalkan solat, dan seorang yang tinggal bersama perempuan yang menyanyi.[Al-Bidayah Wal Nihayah, Jilid 8, Hal 279]

Imam Ibn Kathir (rah) tambah meriwayatkan:

ثم أباح مسلم بن عقبة الذى يقول فيه السلف مسرف بن عقبة قبحه الله من شيخ سوء ما أجهله المدينة ثلاثة أيام كما أمره يزيد لا جزاه الله خيرا وقتل خيرا خلقا من أشرافها وقرائها وانتهب أموالا كثيرة منها ووقع شر وفساد عريض على ما ذكره غير واحد فكان ممن قتل بين يديه صبرا معقل بن سنان وقد كان صديقه قبل ذلك ولكن أسمعه فى يزيد كلاما غليظا فنقم عليه بسببه

Dan Muslim bin Uqba, yang turut dikenali dengan nama As Saif Musraf Bin Uqba, semoga Allah membalas ketua kejahatan dan kejahilan ini, beliau telah menjadikan Madinah halal selama 3 hari di bawah arahan Yazid. Semoga Allah juga memberi balasan serupa kepada Yazid, beliau telah menyebabkan ramai orang soleh mati, dan telah merompak banyak sekali amwaal di Madinah. Telah diriwayatkan dengan banyak sekali bahawa beliau telah menyebabkan banyak Shar dan Fasad. Turut disebutkan bahawa Hadhrat Muafl bin Sanan(ra) telah diikat dhadapan Ibnu Uqbah dan dibunuh… [Al-Bidayah Wal Nihayah, Jilid 8, Halaman 280]
 

3. Keganasan Yazid terhadap Tabiin besar Sa'id Ibn Musaib (rah)

قال المدائنى وجىء إلى مسلم بسعيد بن المسيب فقال له بايع فقال أبايع على سيرة أبى بكر وعمر فأمر بضرب عنقه فشهد رجل إنه مجنون فخلى سبيله

Al Mudaini berkata: Sa'id Ibn Musaib telah dibawa kepada Muslim Bin Uqbah dan diminta memberi bai'ah. Sa'id berkata: "Aku akan memberi bai'ah atas sirah Sayyidina Abu Bakr dan Sayyidina Umar. Muslim mengarahkan agar beliau dibunuh, namun ada seorang mengatakan bahawa Sa'id adalah seorang yang gila(demi untuk menyelamatkannya), oleh itu beliau dibiarkan". [Al Bidayah Wal Nihayah, Jilid 8, Halaman 281]
 
4. Shaykh ul Islam Ibn Hajr al-Asqalani (rah)
 
Imam Ibn Hajr telah membuat keseluruhan tajuk di dalam buku beliau al-Imta bil al-Arb'ain sebagai "menghantar laknat kepada Yazid."(لعن يزيد)"
وأما المحبة فيه والرفع من شأنه فلا تقع إلا من مبتدع فاسد الاعتقاد فإنه كان فيه من الصفات ما يقتضي سلب الإيمان عمن يحبه لأن الحب في الله والبغض في الله من الإيمان والله المستعان

dan meninggikan beliau(Yazid) tidak dilakukan oleh seseorang melainkan beliau adalah seorang sesat, kerana imannya terbatal disebabkan Yazid mempunyai sifat yang sedemikian rupa yang membuatkan pencintanya layak untuk menjadi seorang yang tidak beriman, kerana mencintai dan membenci kerana Allah, adalah lambang keimanan."[Penerbit: Dar ul Kutb al iLmiyyah, Beirut, Lebanon,  al-Imta bil al-Arba’in al-Matbainatus Samah (الإمتاع بالأربعين المتباينة السماع),  Imam Ibn Hajr al Asqalani (rah), Tarikh cetakan: 1997, Halaman 96]

 

قال يحيـى بن عبد الملك بن أبـي غنية أحد الثقات، ثنا نوفل بن أبـي عقرب ثقة قال: كنت عند عمر بن عبد العزيز فذكر رجل يزيد بن معاوية، فقال: قال أمير المؤمنين يزيد، فقال عمر: تقول أمير المؤمنين يزيد، وأمر به فضرب عشرين سوطاً

Yahya Bin Abdul Mulk Bin Abi Ghania, yang merupakan antara perawi yang tsiqah, telah mendengar dari Nawl Bin Abi Aqrab, yang merupakan seorang tsiqah, meriwayatkan: "Di dalam satu majlis Umar bin Abdul Aziz, orang ramai bercakap tentang Yazid bin Muawiyah, seseorang di antara mereka menyebut Yazid dengan gelaran Amirul Mukminin, mendengar perkara ini, Umar menjadi marah lalu mengarahkan orang itu disebat 20 kali."

[Imam Ibn Hajr al Asqalani, Tahdhib ut Tahdhib, Jilid No. 6, Halaman No. 313]. 
 
 
5. Imam Jalal ud din Suyuti (rah) in Tarikh ul Khulafa

Beliau menyatakan: "Kamu(Imam Hussain) telah syahid dan kepalamu telah dibawa kepada Ibnu Ziyad di atas pinggan. Semoga Allah melaknat pembunuh mu, Ibnu Ziyad dan ke atas Yazid." [As-Suyuti in Tarikh ul Khulafa, Page No. 165]
Klik di sini untuk rujukan scan (32)

Imam as Suyuti menulis: Nawfl Bin Abi Firaat berkata, suatu hari beliau duduk bersama Khalifah Umar bin Abdul Aziz apabila seseorang memanggil Yazid dengan gelaran Amirul Mukminin, menyebabkan kemarahan Umar dan mengarahkan agar orang itu disebat 20 kali. Pada tahun 63H, Yazid telah mendapati penduduk Madinah telah menolak beliau dan sedang bersiap sedia untuk berperang dengan beliau. Mengetahui perkara ini, Yazid menghantar gerombolan tentera yang besar ke Madinah dan mengisytiharkan perang ke atas penduduknya. Selepas merampok Madinah, tentera itu digerakkan pula untuk membunuh Abdullah bin Zubair di Makkah, maka terjadilah insiden Hurra. Tahukah kamu apa itu al Hurra? Berkenaan dengan perkara itu, Hassan(seorang tabiin) berkata: "Apabila Madinah di serang, tiada seorang pun yang selamat dari serangan itu. Ramai sekali para sahabat yang dibunuh, Madinah di rompak dan ribuan dara di rogol." Inna lillah wa inna ilaihi rajiun.

Rasulullah(sawa) bersabda: Barangsiapa yang menyebarkan kezaliman dan menakutkan penduduk Madinah, maka Laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia ke atas orang tersebut. Sebab penduduk Madinah tidak memberi Bai'ah kepada Yazid adalah kerana beliau telah terlibat dengan terlalu banyak dosa. Imam Waqidi meriwayatkan dari Abdullah Bin Khazlatal Ghusail(seorang sahabat) bahawa beliau berkata: "Demi Allah, kami tidak memberontak terhadap Yazid sehingga kami menjadi pasti bahawa kami akan dihujani oleh batu dari langit. Para penyokong Yazid mula bernikah dengan ibu, adik beradik dan anak-anak mereka, mereka mula minum arak secara terbuka dan meninggalkan solat!

Imam Dhahabi berkata: "Apabila Yazid melakukan perkara sedemikian dengan penduduk Madinah, walaupun beliau telah melakukan dosa-dosa ini jauh sebelum itu, penduduk Makkah juga turut memberontak terhadap beliau dari 4 bahagian dan kemudian Allah mencabut barakah dari hidup Yazid.."(As-Suyuti, Tarikh ul Khulafa, Page No. 167) 

Klik sini untuk rujukan scan (33)