Bidasan Bahawa Houthi dan Pemimpinnya Adalah Al Yamani

Sejak akhir-akhir ini, dengan kebangkitan puak Houthi di Yaman, banyak pula kata-kata jahil di pihak pengikut Marja' bahawa inilah gerakan Yamani, dan ada juga yang mengatakan bahawa pemimpinnya adalah Al Yamani yang dijanjikan muncul.

 

Kenyataan jahil ini, amat menyedihkan masih lagi muncul, walaupun mereka telah disodorkan dengan berbagai hujah yang menunjukkan hakikat Yamani yang sebenar. Namun nampaknya, mereka terlalu kukuh dalam kegelapan, sehingga akal mereka tidak digunakan sepenuhnya.

 

InsyaAllah, di sini saya(auzubillahi minal ana) akan cuba menjawab salah satu kenyataan mereka, yang saya fikir menggambarkan pemikiran mereka yang beranggapan dengan anggapan Yamani dari Yaman, serta menafikan kenyataan mereka dengan dalil yang jelas. Bukan Waham, anggapan dan sangkaan. Berikut adalah linknya dan kenyataannya.

 

https://www.facebook.com/khairulsamad.hasan/posts/10203657986864984

 

 

Riwayat ada menyebutkan Sayyid Khurasani akan bersatu dengan Al-Yamani.

 

Adakah ini juga bermaksud wujud kerjasama antara keduanya sebelum penyatuan mereka?

 

Sesuatu yang orang mukmin wajib fikirkan agar tidak tersasar dari arus kezuhuran Al-Imam Az-Zaman Al-Muntazhar…

 

 

Tak mungkin dua bendera yang akan bersatu bertentang satu sama lain sebelum penyatuan mereka..

 

Khurasani + Ahmad Hassan = NO

 Khurasani + Al-Houthi ✅= YES

 

Riwayat juga menyebutkan bendera Al-Yamani adalah bendera yg benar & antara lainnya ialah kerana ketegasan mereka dalam urusan agama.

 

Oleh itu, mungkinkah Al-Houthi/Ansarullah ini adalah seorang yang umurnya masih muda (36 tahun) jadi, semangat orang mudanya itu menzahirkan sifat tegasnya dalam menjalankan urusan agama? ..

 

Kita fikirkan dan timbang-timbangkan…

 

 

Pertama: Mana Dalil Naqli Muhkam?

 

Dapat kita perhatikan, si penulis hanya menulis berdasarkan sangkaan sahaja dalam penulisan status ini, dan tidak ada dalil yang jelas serta muhkam bagi mendokong dakwaannya. Yang ada hanyalah "mungkinkah" "adakah" dan format-format ayat yang hanya menyuruh kita berfikir berdasarkan sangkaan. Dan sudah pasti sangkaan mereka hanya mengikuti apa yang mereka ingin percaya.

 

Beliau meminta kita berfikir, maka saya berfikir. Jadi saya perlukan sesuatu yang disebut sebagai bukti kalau mahu mempercayai kenyataan beliau:

 

  1. Di manakah dalil yang menunjukkan bahawa Al Yamani dan Khurasani bersatu sebelum kemunculannya?
  2. Di manakah dalil yang menunjukkan pemimpin Houthi ini adalah Al Yamani?

 

Kedua: Mungkinkah Wujud Penyatuan Sebelum Kemunculan?

 

Jelas dari riwayat Ahlulbait AS, ada 3 panji sebelum kezuhuran Al Qaim.

 

– وعنه ، عن سيف بن عميرة، عن بكر بن محمد الازدي ، عن أبي عبد الله عليه السلام قال: خروج الثلاثة: الخراساني والسفياني واليماني في سنة واحدة في شهر واحد في يوم واحد، وليس فيها راية بأهدى من راية اليماني يهدي إلى الحق.

 

Dan darinya dari Sayf b. `Umayra dari Bakr b. Muhammad al-Azdi dari Abu `Abdillahعليه السلام. Beliau bersabda: Khurujnya yang tiga: Khurasani dan Sufyani dan Yamani adalah di dalam tahun, bulan dan hari yang sama, dan tiada panji di dalamnya yang lebih mendapat petunjuk dari panji Al Yamani, menunjuk ke arah kebenaran. (Ghaibah at Tusi)

 

Jadi jelas di sini Panji Al Khurasani memperjuangkan sesuatu yang berbeza dengan Panji Al Yamani. Ia dibezakan kerana Imam AS menyebut keduanya berada dalam panji yang berbeza. Jika mereka mempunyai aqidah yang sama, perjuangan dan matlamat yang sama, mana mungkin mereka berada dalam panji yang berbeza?

 

Sudah pasti jika begitu, Imam AS akan menyebut 2 panji sahaja. Namun hakikatnya, Imam menyebut 3 panji. Setiap mereka mempunyai ideologi yang berbeza. Jika sama, maka tidak akan dibezakan panji tersebut, malah sepatutnya diletakkan dalam kumpulan yang sama.

 

Pandangan peribadi saya:

 

Sufyani>>> Perjuangan Anti Shiah, boneka barat, konspirasi Yahudi. Khurasani>>> Wilayatul Faqih, ketuanan manusia.

Yamani>>> Menyeru kepada Imam Mahdi, ketuanan Allah yang sebenar.

 

Ini juga dijelaskan dalam hadis. InsyaAllah kita akan hadamkan satu per satu.

 

Ketiga: Panji Terbaik Harus Diikuti Dan Tunduk Padanya

 

Penulis status di atas mengakui bahawa panji Yamani adalah panji yang benar, namun beliau menggunakan justifikasi yang salah, menjadikan kenyataan beliau secara keseluruhannya, tidak tepat.

 

Mengapa panji Yamani adalah panji kebenaran? Riwayat berikut ada jawabannya:

 

في الرواية عن الباقر(ع) ( وليس في الرايات راية أهدى من راية اليماني ، هي راية هدى ، لأنه يدعو إلى صاحبكم ، فإذا خرج اليماني حرم بيع السلاح على الناس وكل مسلم ، وإذا خرج اليماني فانهض إليه فإن رايته راية هدى ، ولا يحل لمسلم أن يلتوي عليه ، فمن فعل ذلك فهو من أهل النار ، لأنه يدعو إلى الحق وإلى طريق مستقيم ) الغيبة – محمد بن ابراهيم النعماني ص 264. 

  

Imam Baqir a.s bersabda: “Tiada panji yang lebih mendapat petunjuk selain daripada panji Al Yamani, panjinya adalah panji petunjuk, kerana dia mengajak kepada tuan punya kamu (Imam Al Mahdi a.s). apabila keluar Al Yamani, maka diharamkan penjualan senjata ke atas orang ramai dan setiap muslim. Dan apabila keluar Al Yamani, maka pergilah kepadanya kerana panjinya adalah panji petunjuk. Dan diharamkan bagi muslim untuk berpaling daripadanya, dan barangsiapa yang berbuat demikian adalah dari kalangan ahli neraka kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus.”[Al Ghaybah Al Nu’mani, ms 264.]

 

Baik. Di sebutkan dalam riwayat di atas, sebabnya adalah kerana hanya panji terbaik kerana hanya panjinya menyeru kepada Imam Mahdi AS, malah haram berpaling darinya

 

Oleh itu, jika gerakan Houthi adalah gerakan Yamani maka wajib bagi Rahbar, semua marja', dan anda semua pengikut buta para marja' tunduk dan patuh kepada pemimpin gerakan houthi. Berpaling darinya menyebabkan anda semua masuk neraka.

 

Seperti kata Sheikh Korani dalam Asr al Zuhur

 

"Walau bagaimanapun, sebab yang lebih kuat dan utama di sebalik hakikat revolusi Al-Yamani ini adalah lebih mendapat hidayah kerana ia mendapat keistimewaan yang terus dibimbing oleh Al-Mahdi (a.s) dan ia adalah satu pelan pergerakan Imam (a.s); iaitu bahawa Al-Yamani mendapat penghormatan bertemu dan mengambil arahan terus daripada beliau (a.s). Hakikat yang menyokong isu ini adalah hadis-hadis yang berkaitan revolusi Yamani memberi fokus pada memuji figur Al-Yamani, pemimpin revolusi yang membimbing manusia ke arah kebenaran dan menyeru mereka untuk mengikuti Imam mereka. Sepatutnya, tiada muslim yang memberontak terhadapnya kerana sesiapa yang berbuat demikian akan dihumban ke dalam Neraka …]

 

Maka silalah tinggalkan segala aqidah dan fiqh yang diajarkan oleh para marja' dan tunduk patuh kepada pemimpin houthi ini, kerana beliau mendapat petunjuk oleh Imam Mahdi sendiri, tidak seperti Rahbar dan lain-lain yang tidak istimewa sepertinya.

 

"…dan tiada panji di dalamnya yang lebih mendapat petunjuk dari panji Al Yamani, menunjuk ke arah kebenaran."

 

Namun kita tahu, hakikatnya tidak sebegitu mudah. Malah rata-rata Houthi adalah dari aliran Zaidiyah, ini termasuklah pemimpinnya, Abdul Malik Al Houthi dan Hussain Badrudin Al Houthi(mati 2004). Jadi mungkinkah kalian beranggapan Zaidiyah adalah jalan kebenaran?

 

Keempat: Di mana seruannya? Di mana tuntutannya dan dakwaannya?

 

Telah disebutkan bahawa Imam AS menyebutkan balasan yang amat dasyat kepada mereka yang menolak Al Yamani, serta memberi penekanan yang amat dalam agar mengikutinya.

 

Maka, sudah tentu Nabi dan para Imam ada meninggalkan cara untuk mengenalinya, serta tidak dapat tidak, sang Yamani itu sendiri perlu mengisytiharkannya, agar manusia tahu dan tiada dalih agar tidak mengikuti beliau. Ini kerana riwayat, beliau akan "menyeru". Jadi sudah tentu beliau akan memperkenalkan dirinya dan membuktikan dirinya sebagai Al Yamani.

 

Namun setakat ini, tiada klaim, juga tiada pembuktian dari beliau. Maka, masakan manusia tahu dan boleh mengikuti panji yang lebih benar dari Wilayatul Faqih Iran ini? Panji yang kononnya mendapat arahan terus dari Imam Mahdi AS?

 

Seterusnya, di manakah seruan beliau kepada Imam Mahdi AS seperti yang disebutkan dalam riwayat? Ini adalah sebab utama yang melayakkan panji ini mendapat tempat sebagai panji yang paling benar dan beroleh petunjuk.

 

Namun kita dapati di motonya sendiri tiada seruan kepada Imam Mahdi AS.

 

Machine generated alternative text:

 

 

Jadi, disebabkan tiada klaim dan tiada seruan, maka gerakan ini serta pemimpinnya bukanlah Al Yamani. Malah hakikatnya, aliran Zaidiyah menolak Imam Mahdi, keghaiban dan berbagai doktrim Mahdawiyah Imamiyah! Satu lagi tamparan hebat kepada anda semua, kerana "merekalah panji kebenaran"

 

Kelima: Al Yamani Bukan Dari Yaman Sekarang

 

Isu ini telah dibincangkan beribu kali, dan dijawab di artikel-artikel berikut:

 

http://www.eramahdi.net/2013/01/03/kepelbagaian-al-yamani-dan-al-yamani-dari-yaman/

 

http://www.eramahdi.net/2012/12/28/al-yamani-antara-bahasa-dan-personaliti/

 

Ringkasnya, Al Yamani tidak akan muncul dari negara Yaman yang kita kenali sekarang, kerana sebutan Yaman di mana Rasul Allah SAW dan para Imam AS merangkumi berbagai jazirah Arab.

 

Nabi Muhammad (sawas) telah berkata: “Orang yang paling baik adalah orang Yaman, iman adalah dari Yaman dan aku adalah Yamani.” [Bihar Al Anwar, jilid 57, ms 232]

 

Jika Yaman merujuk secara geografinya, negara Yaman sekarang, maka ketahuilah Madinah dan Makkah berada dalam negara Arab Saudi, bukan Yaman. Apa cerita dengan sabda Nabi SAW di atas?

 

Malah jelas disebut oleh mereka, Al Yamani akan muncul dari timur.

 

ورد عن النبي (ص): (… وسيخرج من هذا – أي علي (ع) – فتى يملأ الأرض قسطاً وعدلاً فإذا رأيتم ذلك فعليكم بالفتى اليمني، فإنه يُقبل من المشرق، وهو صاحب راية المهدي).(المهدي المنتظر الموعود/ ب4: 107).

 

 

Nabi (sawas) memegang tangan Al Abbas dan tangan Ali (a.s) sambil berkata: “Di sana akan terdapat lelaki daripada keturunan lelaki ini (Al Abbas) yang akan memenuhi bumi dengan ketidakadilan dan penindasan, dan akan ada juga dari keturunan lelaki ini (Ali a.s) yang akan menyebarkan keadilan dan ketenangan. Apabila kamu melihat perkara ini berlaku, hendaklah kamu pergi kepada lelaki yang dia adalah Yamani, yang datang dari timur dan dia adalah seorang yang bersama-sama dengan panji Al Mahdi.” [Al-Mahdi Al-Muntather Al-Maw’ood bab 2, ms 207]

 

 

Kesimpulan:

 

  1. Tiada dalil yang jelas bahawa gerakan Houthi dan pemimpinnya adalah Al Yamani.
  2. Kedua panji disebutkan sebagai panji yang berbeza, kerana dibezakan oleh sebutan para Imam
  3. Jika ia adalah panji Yamani, maka silalah semua tunduk patuh kepadanya. Ia wajib, dan kegagalan berbuat demikian akan masuk neraka.
  4. Tiada tuntutan, tiada pembuktian dan tiada seruan kepada Imam Mahdi dari mereka
  5. Yamani tidak muncul dari Yaman.

 

Alhamdulillah Rabbil Alamin.

 

 

 

 

2 thoughts on “Bidasan Bahawa Houthi dan Pemimpinnya Adalah Al Yamani

  1. 1. Abu Ali Al Ansari ada masalah "comprehension" kerana tidak dapat memahami apa yang ditulis oleh khairulsamad.hasan

    2. Komen panjang lebar tatpi tersasar jauh..

    3. Abu Ali Al Ansari boleh disebut sebagai pendusta kerana menyelewengkan tulisan khairulsamad.hasan. Sesungguhnya antara ciri-ciri orang munafik ialah apabila ia berbicara, ia berdusta.

    4. Risaukah Abu Ali Al Ansari dengan perkembangan alHouthi yang jika dia adalah Al-Yamani yang sebenar maka nak campak mana Ahmad Quwaiti'? Dan bagaimana dengan segala tohmahan, dakwaan dan kata-kata yang diskredit kepercayaan orang lain? Hehehehe…

    5. Dari tulisan Abu Ali Al Ansari, jelas dia seorang yang amat dangkal politik. Maka tak payah lah susah-susah cuba nak tonjolkan anda seorang yang faham politik. Kelakar sangat bunyinya…huhuhu..

    6. Lain kali jangan putar belit tulisan orang…malu lah…nampak sangat kurang kurang kurang cerdiknya…

    1.  

      1. Abu Ali Al Ansari ada masalah “comprehension” kerana tidak dapat memahami apa yang ditulis oleh khairulsamad.hasan >>>

      2. Komen panjang lebar tatpi tersasar jauh..

      3. Abu Ali Al Ansari boleh disebut sebagai pendusta kerana menyelewengkan tulisan khairulsamad.hasan. Sesungguhnya antara ciri-ciri orang munafik ialah apabila ia berbicara, ia berdusta.

      >>>>>>Bidasan ini bukan semata-mata tertumpu kepada apa yang ditulis KSH, tetapi secara umumnya membidas retorik ini secara keseluruhan tanpa bergantung pada mana-mana komentar individu secara khusus.

      4. Risaukah Abu Ali Al Ansari dengan perkembangan alHouthi yang jika dia adalah Al-Yamani yang sebenar maka nak campak mana Ahmad Quwaiti’? Dan bagaimana dengan segala tohmahan, dakwaan dan kata-kata yang diskredit kepercayaan orang lain? Hehehehe…

      >>>>>  Sangat x risau. Jika benar, saya akan terima. Namun dalil2 yang dibentangkan nampaknya menunjukkan jauh panggang dari api.

      5. Dari tulisan Abu Ali Al Ansari, jelas dia seorang yang amat dangkal politik. Maka tak payah lah susah-susah cuba nak tonjolkan anda seorang yang faham politik. Kelakar sangat bunyinya…huhuhu..

      >>>>> Dalil naqli ketimbang ilmu yang lain. Jika benar anda lebih “tidak dangkal” maka sila bentangkan bantahan di sini agar saya boleh belajar.

      6. Lain kali jangan putar belit tulisan orang…malu lah…nampak sangat kurang kurang kurang cerdiknya…

       

      >>>> Bidasan ini bukan semata-mata tertumpu kepada apa yang ditulis KSH, tetapi secara umumnya membidas retorik ini secara keseluruhan tanpa bergantung pada mana-mana komentar individu secara khusus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *