Nota Dari Kitab Pengikut Isa Ke 13 Bab 3: Wanita Berselimut Matahari Dan Bulan

Disciple

 

Soalan 3: Imam Ahmad Al Hassan telah menerangkan bahawa wanita yang berpakaian matahari dan bulan di dalam mimpi John/ Yohannes, adalah ibu Imam Mahdi AS. Bagaimanapun para paderi dan gereja menyatakan sebaliknya. Jadi, bagaimana beliau AS membuktikan perkataannya?
 

 
Jawaban Sayed Ahmad AS:
 
Bahagian Pertama
 
Soalan di atas adalah berkaitan ayat berikut: Kitab Wahyu, Bab 14
 
1 Kemudian terlihat di langit sesuatu yang ajaib dan luar biasa: Seorang wanita berpakaian matahari dan kakinya beralaskan bulan. Dia memakai sebuah mahkota yang terdiri daripada dua belas bintang, pada kepalanya. 2 Dia sedang mengandung dan masa bersalin sudah tiba. Oleh itu, dia berteriak kerana kesakitan.
 
5 Kemudian wanita itu melahirkan seorang anak lelaki yang akan memerintah dan menguasai semua bangsa dengan tangan besi. Tetapi anak itu direnggut daripada wanita itu dan dibawa kepada Allah yang duduk di atas takhta.
 
11Saudara-saudara kita telah mengalahkan dia dengan darah Anak Domba dan dengan berita daripada Allah yang diisytiharkan mereka. Mereka tidak cuba menyelamatkan diri, tetapi rela mengorbankan nyawa.
 
12 Oleh itu, bersukacitalah, hai syurga dan semua yang tinggal di syurga! Tetapi malanglah bumi dan laut, kerana Iblis telah turun kepadamu. Dia sangat marah, kerana tahu bahawa masanya tinggal sedikit.”
 
13Ketika naga itu menyedari dirinya sudah dibuang ke bumi, naga itu mula mengejar wanita yang telah melahirkan anak lelaki itu.
 
17Naga itu sangat marah terhadap wanita itu, sehingga memerangi semua keturunan lain daripada wanita itu. Mereka itu semua orang yang taat kepada perintah Allah dan setia kepada ajaran yang dinyatakan oleh Yesus
 
1. Kristian menafsirkan "wanita" dalam ayat diatas sebagai gereja. Sayed Ahmad AS mengatakan ini jauh dari kebenaran. Sedangkan pendeta Kristian juga menafsirkan Isa AS sebagai anak gereja. Namun hakikatnya Isa AS diutuskan sebelum wujud atau adanya institusi gereja.
 
2. Dan menafsirkan wanita itu sebagai Mariam AS juga adalah tidak tepat, kerana:
 
  • Jika wanita itu adalah Mariam AS, maka siapa anaknya?
  • Siapakah 12 bintang, matahari dan bulan?
  •  
3. Jika mereka menafsirkan wanita itu sebagai Mariam AS, maka mereka memerlukan 15 lagi watak untuk menafsirkan mimpi ini dengan tepat.
 
 
4. Dan adakah Isa AS " memerintah dan menguasai semua bangsa dengan tangan besi"?
 
 
5. Atau adakah Mariam AS mempunyai zuriat lain selain Isa AS yang dikenali sebagai pelindung agama, iaitu sebagai seorang Rasul atau Khalifah? Yang akan sentiasa diperangi oleh syaitan seperti yang disebut dalam mimpi di atas. -Tiada-
 
 
6. Seperkara lagi, mimpi selalunya akan menerangkan perkara masa hadapan, kerana jika ia menerangkan perkara kelmarin contohnya, atau perkara yang sudah terjadi, maka ia akan kehilangan makna atau tujuan. Sebabnya, kebanyakan orang dah tahu perkara yang terjadi sebelumnya.
 
 
7. Mimpi John/Yohannes terjadi lama selepas Mariam AS melahirkan Isa AS, maka telah sempurna misi Isa AS dan beliau telah diangkat. Jadi mimpi Yohannes adalah berkaitan perkara ghaib, yang akan terjadi di masa hadapan, bukan perkara sejarah yang sudah terjadi. 
 
 
8. Apa yang telah disebut sebelum ini, semuanya menafikan wanita ini sebagai Mariam AS.
 
 
Perkara Kedua
 
1.  Sebelum Sayed Ahmad AS menerangkan makna mimpi ini, beliau menekankan bahawa mimpi adalah kata-kata Tuhan. Seperti juga Taurat, Injil, dan Quran, maknanya berbeza pada waktu dan tempat yang berbeza.
 
2.  Matahari mungkin boleh membawa maksud Nabi dan Rasul di satu tempat, namun maksudnya boleh jadi juga sebagai ibu bapa dalam mimpi yang lain. Mungkin kita melihat seseorang tertentu dalam mimpi, tetapi bukan orang itu yang dimaksudkan. (Contoh: Ana(auzubillahi minal ana) pernah bermimpi berjumpa Sayed Khamenei dan makan bersamanya. Mungkin benar itu adalah orangnya, mungkin tidak, mungkin Aimmah AS, yang datang dalam bentuk Sayed Khamenei)
 
3. Jadi mimpi adalah firman Allah, ia boleh dalam bentuk simbol, tanda-tanda isyarat, hikmah Illahi seperti mana wahyu, kata-kata para Nabi dan firman Allah SWT dalam kitab-kitab suci.
 
Sayed Ahmad AS menyambung, bahawa jika perkara ini sudah jelas, maka:
 
4. Wanita di dalam mimpi tersebut adalah ibu kepada Imam Mahdi AS pada satu waktu, kerana beliau dikelilingi oleh matahari, bulan dan 12 bintang, iaitu Muhammad, Ali, Fatimah, dan semua Imam sehinggalah Imam Mahdi AS, total = 14.
 
5. Anak yang akan wanita ini lahirkan adalah Mahdi Pertama, yang disebutkan dalam wasiat Nabi SAW. Jadi jumlah keseluruhan menjadi 15 seperti yang disebutkan dalam mimpi ini, syaitan dari kalangan jin dan manusia memerangi keturunan wanita ini, kerana mereka semua adalah khalifah Allah di muka bumi.
 
6. Gambaran wanita ini melahirkan seorang anak yang tidak terus daripadanya, maka realitinya, wanita ini melahirkan Imam Mahdi AS iaitu asal semua para Mahdi.
 
7. Ambil perhatian bahawa mimpi ini boleh berubah maksudnya di waktu yang lain, kerana wanita ini melahirkan orang yang sama, iaitu paksi kepada mimpi ini. Maka di waktu lain, wanita ini boleh juga merupakan Fatimah AS, dan 15 orang itu adalah bapanya, ibunya, suaminya, dan 11 Imam dari anak-anaknya, dan rahsia yang yang diamanahkan kepadanya, iaitu Imam ke 12, Imam Mahdi AS, paksi kepada mimpi ini.