Pertanyaan 11: Apakah tafsiran bagi huruf-huruf [al-muqatha‘ah] di permulaan beberapa Surah dalam Quran?


Dalam Surat Al-Baqarah, {الن [Alif, Lam, Mim]}:80

.Alif) adalah Fatimah( ا ,Lam) adalah Ali( ل ,Mim) adalah Muhammad( م

Huruf di permulaan beberapa Surah ada empat belas (14), separuh daripada bilangan huruf dalam abjad Arab (28). Huruf-huruf ini adalah HURUF YANG BERCAHAYA, dan mereka berlawanan dengan HURUF YANG BERGELAPAN, yang memiliki sedikit cahaya tetapi ia tidak gelap.

Dan huruf-huruf ini seperti empat belas kedudukan bulan pada pertengahan bulan, bererti setelah berlalu tujuh hari di permulaan bulan. Dan م (Mim) adalah seperti kedudukan bulan pada malam ketika bulan penuh, dan ل (Lam) adalah malam sebelumnya, dan ا (Alif) malam berikutnya. Ini adalah malam-malam Tashriq.

Dan Muhammad SAAW adalah bulan penuh, dan Ali dan Fatimah adalah bulan yang seakan-akan penuh. Ini disebutkan dalam doa:

“Dan perkataanmu yang sempurna, dan kata-katamu yang melimpahi ke seluruh alam."81

Dan م (Mim) bandingan Allah dalam Bismillah, dan ل (Lam) bandingan Al- Rahman, dan ا (Alif) bandingan Al-Rahim, sepertimana Bismillah dalam setiap Surah adalah bandingan untuk Bismillah dalam Al-Fatihah, dari sisi tertentu. Maka begitu juga dengan huruf-huruf ini, mereka adalah gambaran bagi Muhammad Rasulullah SAAW, dan Ali AS, dan Fatimah AS, dan para Imam AS. Dan bagi setiap kedudukan, huruf-huruf ini adalah gambaran dari mereka AS dari sisi tertentu. Semakin meningkat maksumin dalam mengenal Allah, maka semakin banyak sisi dan penampilannya dalam Quran, dan lebih banyak huruf yang mewakilinya diulang dalam Quran. م (Mim) diulang tujuh belas kali, ل (Lam) diulang tiga belas kali dan ا (Alif) diulang tiga belas kali.

Huruf-huruf ini adalah elit Al-Quran, dan dari huruf-huruf ini terbentuk Nama yang Teragung [al-ism al-a’dzim], dan mereka adalah rahsia antara Allah dan Imam AS, dan Nama Teragung ini terbentuk daripadanya.82 Jika saya mendapat izin untuk berbicara lebih jauh tentang mereka, saya akan melakukannya…
 


79 Al-Manaqib oleh Ibnu Syahr Asywab, Jilid 1 halaman 317. 80 Quran, (2) Al-Baqarah: 1
81 Misbah Al-Mujtahid, halaman 419.
82 Abu Abdullah AS mengatakan tentang tafsiran firman Allah {حمعسق [Haa, Mim, Ain, Sin, Qaf]}: “Ini adalah huruf-huruf daripada nama Allah yang Teragung, ia disusun oleh Rasulullah SAAW atau Imam AS, yang membentuk Nama Teragung, dan jika mereka memohon kepada Allah dengannya, mereka akan dikabulkan.” Bihar Al-Anwar, Jilid 89 halaman 376.
 

Pertanyaan 10: “Jika hijab dibuka untukku, keyakinanku tidak akan meningkat”?

Petikan Dari Kitab Al Mutasyabihat Jilid 1

Pertanyaan 10: Apa pengertian kata-kata Imam Ali AS:

"Jika hijab dibuka untukku, keyakinanku tidak akan meningkat"?


Jangan ada yang menipu diri sendiri dengan menduga Amirul Mukminin AS bercakap tentang hijab dari alam Malakut [malakutiyah]. Bagaimana mungkin begitu kerana ketika dia AS berjalan di perkuburan Kufah dan berbicara dengan orang mati, lalu dia menoleh kepada Habah Al-Arni dan berkata kepadanya, "Jika hijab disingkap untukmu, wahai Habah, kamu akan melihat mereka sedang duduk membentuk bulatan sambil berbual.”76

Sesungguhnya, Amirul Mukminin AS bercakap tentang hijab yang menutup Ketuhanan [al-lahut] darinya. Dia berbicara tentang hijab yang jika dibuka kepada Ali AS, maka Ali AS tidak akan kekal, dan tidak ada yang kekal selain Allah, Penakluk Yang Esa. Ali AS menganggap kehadiran hijab ini sebagai kesalahan besar, kerana itu dia berkata,

“Ilahi, aku telah menzalimi diriku sendiri kerana memandangnya [diriku], maka terkutuk jika Engkau tidak mengampunkannya."77

Malahan Quran sendiri memandangnya sebagai satu kesalahan besar yang tidak terpisah dari manusia kecuali PEMBUKAAN YANG JELAS [al-fath al- mubin] terjadi, dan manusia menjadi fana seketika, dan kembali kepada wujudnya pada ketika yang lain; supaya manusia kekal dalam kemanusiaannya, dan makhluk dalam pengabdiannya. Allah swt berfirman,

“Sesungguhnya Kami telah membuka untukmu pembukaan yang jelas Supaya Allah mengampuni dosamu yang dahulu dan kemudian.”78

Dan dosa di sini adalah "Aku", atau kegelapan yang sempurna (tiada cacat cela) dan ketiadaan, yang tidak terpisah daripada manusia. Dan Muhammad SAAW, kerana pembukaan yang jelas ini, sedang berdebar. Seketika, Muhammad SAAW tidak ada, dan tidak ada yang kekal selain Allah, Penakluk Yang Esa. Dan seketika, Muhammad SAAW kembali sebagai hamba pertama, cahaya pertama, akal pertama, dan pemenang perlumbaan ini. Selawat dan salam Allah atasnya. Dan, oleh kerana Ali AS adalah pintu Muhammad SAAW, dan Muhammad SAAW adalah pemilik [shahib] pembukaan yang jelas ini, dan di ketika itu tidak ada yang kekal darinya, tidak ada nama dan tidak ada imej [rasm], selain Allah Yang MahaEsa, Maha Penakluk, maka jadilah pintu itu atau Ali AS disentuh oleh Dzat Allah, dan berada di kedudukan [maqam] pemilik ‘pembukaan yang jelas’ ini. Maka itu Ali AS berkata,

"Jika hijab dibuka untukku, keyakinanku tidak akan meningkat"79

 



76 Habah Al-Arni mengatakan, “Aku keluar bersama Amirul Mukminin sampai waktu Zuhur, kemudian dia berdiri di Wadi al-Salam seolah-olah dia menyeru manusia. Maka aku berdiri apabila dia berdiri, sehingga aku merasa penat, laluaku pun duduk sampai berasa bosan. Kemudian aku berdiri sampai berasa penat semula, dan duduk sampai berasa bosan. Maka aku pun bangun dan memungut jubahku, dan berkata, ‘Wahai Amirul Mukminin, aku berasa kasihan padamu kerana berdiri begitu lama, luangkanlah seketika untuk berehat,’ lalu aku bentangkan jubahku di atas tanah untuk dia duduk di atasnya, dan dia AS berkata, ‘Wahai Habah, ini hanyalah perbualan dengan seorang mukmin atau menemaninya.’ Lalu aku berkata, ‘Apakah mereka benar-benar begitu?’ Dia bekata, ‘Ya, jika ia disingkap untukmu, kamu akan melihat mereka sedang duduk membentuk bulatan dan berbual-bual.’ Aku bertanya, ‘Apakah mereka itu jasad atau roh?’ Dia berkata, ‘Roh, dan tidak ada orang mukmin yang mati di mana- mana tempat di bumi ini tanpa diseru kepada rohnya, ‘Pergilah ke Wadi Al- Salam, ia adalah satu tempat dari Syurga Firdaus [Jannah ‘Adan].’ “Bihar Al- Anwar, Jilid 97 halaman 234.

77 Petikan dari munajat Sha’aban oleh Amirul Mukminin Ali AS, Bihar Al-Anwar, Jilid 91 halaman 97.
78 Quran, 48. Surah al-Fath:1-2
79 Al-Manaqib oleh Ibnu Syahr Asywab, Jilid 1 halaman 317.

Pertanyaan 9: Apakah pengertian kata-kata Jibrail AS ketika Imam Ali AS dibunuh?

Petikan Dari Kitab Al Mutasyabihat Jilid 1

Pertanyaan 9: Apakah pengertian kata-kata Jibrail AS ketika Imam Ali AS dibunuh:

“Demi Allah, tunggak petunjuk telah musnah.”?

Bukankah tunggak petunjuk, iaitu Al-Hasan dan Al-Hussein masih hidup setelah pembunuhan Imam Ali AS?

 


Tunggak pertama adalah Muhammad SAAW, tunggak kedua adalah Ali, dan tunggak ketiga adalah Fatimah AS. Muhammad SAAW adalah kota ilmu, dan Ali dan Fatimah adalah pintunya, dan mereka bertiga adalah tunggak Kebenaran dan Petunjuk75.

Atau nama yang Maha, Maha, Maha Agung (DIA), dan tunggaknya (kota kesempurnaan Ilahi) Allah SWT, dan pintunya: AL-RAHMAN dan AL- RAHIM.

Jika pintunya adalah selain dua nama ini, maka hukuman akan menjadi terlalu berat bagi manusia di bumi ini, dan tidak seorang pun dari mereka yang akan terselamat.

Maka penzahiran nama-nama ini pada makhluk adalah melalui Muhammad, Ali dan Fatimah. Muhammad adalah penampilan Allah pada makhluk, dan Ali adalah penampilan Al-Rahman, dan Fatimah adalah penampilan Al-Rahim pada makhluk. Dengan kesyahidan Rasulallah SAAW, tunggak pertama telah musnah, dan dengan kesyahidan Fatimah, tunggak kedua musnah, tetapi ia kekal kerana masih ada yang ketiga, iaitu Ali AS. Maka, apabila Ali AS syahid, tunggak ketiga musnah, malah yang pertama dan kedua telah turut musnah bersamanya. Maka itu Jibrail AS berkata,

"Demi Allah, tunggak petunjuk telah musnah."

Al-Hasan AS dan Al-Hussein AS, meskipun mereka masih ada setelah Imam Ali AS, tidak mewakili tunggak petunjuk dalam pengertian ini.

Maka itu, tunggak petunjuk ada tiga dan tidak lebih, dan para Imam AS semuanya adalah tunggak petunjuk, tetapi mereka adalah tunggak bagi [tiga] tunggak ini, ertinya para Imam AS adalah tunggak bagi Muhammad, Ali dan Fatimah AS.
 



75 Al-Sadiq AS memberitahu ayahnya AS berkata, “Jabir Bin Abdullah Al-Anshari berkata dia mendengar Nabi Allah SAAW berkata kepada Ali Bin Abu Talib tiga hari sebelum kewafatannya, ‘Salam atas kamu, bapa kepada dua haruman. Aku memintamu menjaga harumanku ini dari dunia ini, dalam waktu yang singkat dua tunggakmu ini akan musnah, dan Allah adalah pelindungmu.” Maka, setelah Nabi Allah SAAW wafat, Ali berkata, ‘Ini adalah salah satu tunggakku, yang disebut oleh Muhammad SAAW.’ Dan apabila Fatimah AS wafat, Ali berkata, ‘Ini adalah tunggak kedua yang disebut oleh Muhammad SAAW.’ Al-Amali oleh Al- Saduq halaman 198.

Pertanyaan 7: Dimanakah kewajaran bagi seorang nabi Uli Al-Azim, iaitu Ibrahim AS, untuk mengatakan bahawa bintang atau bulan atau matahari adalah Tuhannya?

Petikan Dari Kitab Al Mutasyabihat Jilid 1

 


Pertanyaan 7: Dimanakah kewajaran bagi seorang nabi Uli Al-Azim, iaitu
Ibrahim AS, untuk mengatakan bahawa bintang atau bulan atau matahari adalah Tuhannya?

Hanya orang yang tertipu yang akan menganggap kata-kata tersebut datang dari Ibrahim AS dalam dunia nyata, iaitu dunia kehidupan ini, meskipun Ibrahim mungkin mengulangnya dalam dunia kehidupan ini bagi mencela kaumnya yang menyembah bintang-bintang atau roh-roh yang menggerakkannya.(57)

Yang sebenar adalah Muhammad dan keluarganya AS memiliki cahaya suci, yang membingungkan orang-orang yang berakal sempurna, daripada nabi-nabi yang agung dan para malaikat yang mulia(58), sehingga mereka menyangka bahawa mereka AS adalah Raja Yang Maha Mengetahui SWT(59). Maka, ketika Ibrahim AS disingkapkan kepadanya Langit-Langit Malakut [malakut as-samawat] dan melihat CAHAYA AL-QAIM AS dia  berkata, "Ini tuhanku”.  Ketika dia melihat CAHAYA ALI AS dia berkata, "Ini tuhanku." Dan ketika dia melihat CAHAYA MUHAMMAD SAAW dia berkata, "Ini tuhanku." Ibrahim AS tidak mampu mengenali bahawa mereka adalah hamba [‘ibad] yang menyembah, hinggalah hakikat mereka disingkap kepadanya(60), serta kelemahan dan ketiadaan mereka dari Dzat Ilahiah, dan kembalinya mereka kepada "aku" pada masa-masanya diperjelaskan kepadanya.  Hanya setelah itu, dia AS menghadapkan dirinya kepada Tuhan yang menciptakan langit, dan mengetahui bahawa mereka AS adalah, "makhluk Allah, dan ciptaan sesudah mereka adalah daripada mereka," sebagaimana disebutkan dalam hadis-hadis dari Ahlulbait AS.
Lalu Ibrahim AS dimaafkan, dan disebut dalam doa harian bulan Rajab oleh Imam Al-Mahdi AS mengenai sifat Muhammad dan keluarganya AS:

"Tiada perbezaan antara Engkau dan mereka melainkan mereka adalah hamba [‘ibad] dan makhlukMu."

Maka Maha Suci Tuhanmu, yang Maha Agung dari apa yang mereka sifatkan. Dan salam atas Muhammad dan keluarga Muhammad yang disucikan. Dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Allah SWT berfirman,

{Dan demikianlah, Kami tunjukkan Ibrahim Langit-Langit Malakut dan bumi agar dia menjadi yakin. Maka ketika malam menggelap di atasnya dia melihat sebuah bintang lalu berkata, "Ini Tuhanku?", maka apabila ia terbenam (hilang), dia berkata, "Aku tidak suka sesuatu yang terbenam." Dan ketika dia melihat bulan bersinar dia berkata, "Ini Tuhanku?", maka apabila ia terbenam, dia berkata, "Jika Tuhanku tidak membimbingku nescaya aku tergolong dari kalangan orang-orang yang sesat." Dan ketika dia melihat matahari terbit, dia berkata, "Ini Tuhanku? Ini lebih besar!" maka apabila ia terbenam, dia berkata, "Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan [dengan Allah], aku hadapkan mukaku kepada Dia Yang menciptakan langit dan bumi, di atas jalan yang lurus, dan aku bukan dari kalangan musyrikin.}

Bahawa pentafsiran kata-kata Ibrahim ini adalah dalam kehidupan dunia ini dan di alam nyata, sebagai hujah terhadap para penyembah bintang atau penyembah matahari khususnya, tidak bertentangan dengan apa yang telah saya katakan sebelumnya. Juga, seperti hadis mengenai tafsir ayat ini dari Imam Al-Ridha AS bahawa ia dalam kehidupan dunia ini sebagai hujah terhadap penguasa Abbasiyah, Al-Makmun (Allah mengutuknya) bahawa para nabi adalah maksum. Dan bagaimana mungkin Al-Makmun Abbasiyah dapat memahami kata-kata Imam AS sekiranya dia berbicara tentang alam Malakut? Lebih-lebih lagi Al-Mamun adalah seorang yang suka berdebat yang dengan soalannya, ingin menghujah Imam AS, bukan untuk mencari jawapan. Dan jika dia bertanya kepada Imam Al-Ridha AS lebih banyak lagi, Imam AS pasti akan menjawabnya.

Keterangan Quran menunjukkan bahawa pandangan Ibrahim terhadap bintang, bulan, dan matahari ini adalah pandangan di alam Malakut [malakutiyah], dan kata-kata di dalam Quran ini muncul setelah Allah SWT menunjukkan Langit-Langit Malakut pada Ibrahim AS.

Dalam kitab tafsir Al-Qummi, Abu Abdullah AS ditanya tentang kata-kata Ibrahim, "Ini Tuhanku," apakah perkataan itu syirik, lalu dia AS berkata, "Sesiapa yang berkata sedemikian sekarang maka dia adalah musyrik. Dan Ibrahim tidak musyrik, kerana dia mencari Tuhannya dan sesiapa selainnya (yang menyebut kata-kata itu) akan menjadi musyrik".

Al-Ayashi meriwayatkan bahawa Ahlul Bait AS menambah tentang riwayat ini, "Dia sedang mencari Tuhannya, dan tidak sampai menafikan Allah SWT. Dan sesiapa yang melakukan perkara sama seperti yang dilakukannya, maka orang itu berada pada kedudukan [manzilah] Ibrahim AS. "

Dan jika kata-kata Ibrahim, "ini Tuhanku" berlaku dalam dunia nyata, iaitu dunia kehidupan ini, sebagai pencarian tentang Tuhan, maka orang itu sudah pasti syirik, sama ada ia berasal dari Ibrahim AS atau orang lain. Akan tetapi apa yang diucapkan oleh Ibrahim AS ini bukan syirik, kerana pencariannya adalah di alam Malakut [malakuti] dan kerohanian setelah  Langit-langit Malakut dan Bumi disingkap kepadanya AS. Jika ia berasal dari orang selain daripada Ibrahim, maka ia adalah syirik, kerana pencariannya [terhadap Tuhan] adalah di alam nyata, iaitu kehidupan di dunia ini dengan segala benda yang wujud di dalamnya.

Dan Imam AS menjelaskan bahawa sesiapa yang mencari Tuhannya di alam Malakut [al-malakut] bukan musyrik, malahan dia berada pada kedudukan [manzilah] Ibrahim AS.

"Sesungguhnya urusan kami adalah sulit dan dipersulitkan. Ia tidak akan terpikul melainkan oleh Nabi yang diutuskan, malaikat yang terdekat, atau mukmin yang hatinya telah diuji oleh Allah demi keimanan."
Ya, sesungguhnya dia adalah mukmin yang hatinya telah diuji oleh Allah demi keimanan.


(57)  Ali bin Muhammad bin Al-Jaham berkata, "Aku hadir dalam satu majlis Al-Makmun [Pemerintah Abbasiyah], dan di sampingnya Al-Ridha, Ali bin Musa AS. Lalu Al-Makmun menyoalnya, ‘Wahai putera Nabi Allah, bukankah kamu mengatakan para nabi adalah maksum?’ Al-Ridha berkata, “Ya”. Lalu Al-Makmun menyoalnya tentang ayat-ayat Al-Quran yang menyebut para nabi AS dan salah satu pertanyaannya mengenai ayat {Apabila malam menjadi gelap di atasnya [Ibrahim] dia melihat sebuah bintang, dan berkata, “Ini tuhanku”}. Al-Ridha AS menjawab bahawa, ‘Ibrahim diutuskan kepada tiga golongan manusia: satu yang menyembah Zuhrah [Venus], satu lagi menyembah bulan, dan satu lagi menyembah matahari. Ketika itulah dia AS meninggalkan jalan kaumnya. Ketika malam menjadi gelap di atasnya, dia AS melihat Zuhrah dan berkata, seperti menafikan, ‘Apakah ini tuhanku? Maka, ketika zuhrah tidak lagi kelihatan, dia berkata, ‘Aku tidak suka sesuatu yang terbenam,’ kerana terbenam adalah sifat bagi yang baharu, dan bukan bagi yang kekal [qadim]. Lalu, ketika dia melihat bulan cerah, dia berkata, seperti menafikan, ‘Apakah ini tuhanku?” Maka ketika bulan tidak kelihatan lagi, dia berkata, “Jika Tuhanku tidak membimbingku pasti aku tergolong dari kalangan orang-orang yang sesat.’ “Dan ketika pagi muncul, dia melihat matahari cerah, dan berkata seperti menafikan bukan untuk mengesahkan, ‘Apakah ini Tuhanku? Ini lebih besar daripada zuhrah dan bulan.’ Maka, ketika matahari terbenam, dia berkata kepada tiga golongan manusia yang menyembah Zuhrah, bulan, dan matahari, {Wahai kaumku, sesungguhnya aku bebas dari semua yang kalian sekutukan [dengan Allah], aku hadapkan wajahku pada Dia Yang menciptakan langit dan bumi, di atas jalan yang lurus, dan aku bukan dari kalangan musyrikin}. Dengan berkata demikian, Ibrahim ingin menjelaskan kepada mereka tentang kebatilan agama mereka, dan membuktikan kepada mereka bahawa yang memiliki sifat seperti Zuhrah, bulan, dan matahari tidak layak untuk disembah, melainkan Dia Yang menciptakan mereka, Pencipta langit dan bumi yang selayaknya disembah. Dan apa yang Ibrahim gunakan sebagai hujah ini adalah wahyu dari Allah SWT, sebagaimana firman Allah SWT, {Itulah hujah Kami. Kami kurniakannya kepada Ibrahim terhadap kaumnya}. Maka, Al-Makmun berkata, "Ini sesungguhnya dari Allah, wahai putera Nabi Allah.' " Uyun Akhbar Al-Ridha AS, Jilid 1 halaman 197.

(58)  Seperti diriwayatkan dalam hadis Al-Mi’raj.

(59)  Dalam hadis mengenai makrifat [al-ma’rifah], Muhammad SAAW memberitahu Ali AS, “… Dan kita mendahului mereka dalam mengenali Tuhan kita, memujiNya, dan memuliakanNya, kerana yang pertama Allah SWT ciptakan, adalah roh-roh kita, dan Dia membuat kita berbicara dengan Keesaan dan PujianNya. Kemudian Dia menciptakan para malaikat, dan ketika mereka melihat roh-roh kita seperti satu cahaya, mereka pun memuji kejadian kita,  lalu kita bertasbih agar  para malaikat mengetahui  bahawa  kita adalah makhluk yang diciptakan, dan bahawa Dia SWT adalah suci daripada sifat-sifat kita. Maka para malaikat pun bertasbih dengan tasbih kita, dan mereka mensucikanNya daripada sifat-sifat kita. Maka ketika para malaikat melihat kebesaran kejadian kita, kita pun bertahlil, agar para malaikat mengetahui bahawa tidak ada tuhan selain Allah, dan kita adalah hamba [‘abid] dan bukan tuhan untuk disembah bersamaNya atau tanpaNya SWT. Lalu, mereka berkata, ‘Tidak ada tuhan selain Allah.’ Maka ketika mereka melihat kebesaran kedudukan kita, kita pun bertakbir, agar para malaikat mengetahui bahawa Allah Maha Besar daripada sesiapa selainNya untuk mendapatkan kebesaran melainkan denganNya, maka ketika mereka melihat… " Ilal Al-Shar‘i, Jilid 1 halaman 5.

(60)  Perkara ini bukanlah tersembunyi kerana ilmu Ibrahim tentang mereka AS bergantung pada peringkatnya sendiri, dan dia tidak mengenali mereka AS sebagaimana mereka harus dikenali. Muhammad SAAW berkata kepada Ali AS, "Wahai Ali, tidak ada yang mengenal Allah selain engkau dan aku, dan tidak ada yang mengenali selain Allah dan engkau, dan tidak ada yang mengenalimu selain Allah dan aku." Mustadrak Safinat al-Bihar oleh Al-Namazi, Jilid 7 halaman 182. Pernyataan ini tidak memberi ruang bagi sesiapa pun untuk menganggap Ibrahim AS telah mengenali mereka AS sebagaimana mereka AS seharusnya dikenali.

(61)  Dalam kitab Al-Lum‘ah al-Bayda oleh Al-Tabrizi al-Ansari, halaman 64, diriwayatkan bahawa Muhammad SAAW mengatakan, "Aku dan Ali adalah cahaya di tangan Yang Maha Pengasih selama empat belas ribu tahun sebelum Dia menciptakan ArasyNya (dan dalam riwayat dalam kitab Al-‘Awalim dikatakan, empat puluh ribu tahun sebelum Adam), maka kami disucikan [tamahhidha] dalam cahaya sehingga kami sampai ke hadrat Yang Maha Agung dalam masa lapan puluh ribu tahun, dan kemudian Allah menciptakan makhluk dari cahaya kami, maka kami adalah ciptaan Allah, dan semua makhluk adalah ciptaan kami (dan dalam hadis yang lain, 'makhluk sesudah itu ciptaan kami.').”

(62)  Bihar Al-Anwar, Jilid 95 halaman 393.

(63)  Al-Quran 6:75–78

(64)  Tafsir Al-Qummi, Jilid 1 halaman 206.

(65)  Tafsir Al-Ayashi, Jilid 1 halaman 364.

(66)  Mukhtasar Bashair al-Darajat, halaman 26.

Pertanyaan 6: Apakah pengertian “seluruh Quran ada pada titik di bawah huruf ب (Ba), dan Ali AS adalah titik tersebut”?

Petikan Dari Kitab Al Mutasyabihat Jilid 1

Pertanyaan 6: Apakah pengertian "seluruh Quran ada pada titik di bawah huruf ب (Ba), dan Ali AS adalah titik tersebut”?

Bentuk huruf ب (Ba) seperti bejana yang telah diisi dan kandungannya menitis daripada bawahnya, sementara bentuk huruf ن (Nun) seperti bejana yang menerima dari atas dan ilmu yang menitis ke dalamnya dari Pemiliknya.

{Katakan, Rabbi, tingkatkanlah ilmuku.}

Dan Allah SWT memanggil utusanNya Muhammad SAAW sebagai ن (Nun).
Allah berfirman,

{ن} (Nun), demi pena dan apa yang mereka tulis.} ( Al-Quran 68:1)

Adapun pena dalam ayat ini, ia adalah Ali AS. Imam Al-Shadiq AS berkata, " ن (Nun) adalah nama Rasulullah SAAW, dan pena adalah nama Amirul Mukminin AS.” ( Mustadrak Safinat Al-Bihar oleh Syeikh Ali Al-Namazi: Jilid 8 halaman 582-583.)

Pena tersebut menerima dakwatnya dari ن (Nun), dan memindahkannya ke dalam kitab, dan menulis di dalamnya. Oleh itu pena ini mempunyai beberapa keadaan: kadangkala ia adalah ن (Nun), kadangkala ia adalah ب (Ba), kadangkala ia adalah titik di atas ن (Nun), dan kadangkala ia adalah titik di bawah ب (Ba). Begitu juga dengan Amirul Mukminin AS: dia adalah pintu bagi Rasulullah SAAW dan bagi Kota Ilmu, daripadanya ia melimpah pada makhluk, ini adalah ب (Ba), dan titik ب (Ba), serta pena dan dakwat yang dibawa oleh pena tersebut. Dan titik itu mempunyai beberapa keadaan: ia adalah limpahan daripada Allah SWT kepada Rasulallah SAAW, daripada Rasulallah SAAW kepada Ali AS, dan daripada Ali AS kepada makhluk. Titik yang turun dari Allah kepada RasulNya adalah Al-Quran, dan Rasulallah adalah ن (Nun), dan dia juga titik ن (Nun).

Kemudian Rasulallah SAAW dalam hubungannya dengan Ali AS seumpama ب (Ba) dan titiknya. Dan Ali dalam hubungannya dengan Rasulallah SAAW seumpama ن (Nun) dan titiknya. Dan Ali AS dalam hubungannya dengan makhluk seumpama ب (Ba) dan titiknya.

Pertanyaan 5: Bismillah Dalam Surah Al Fatihah

Petikan Dari Kitab Al Mutasyabihat Jilid 1

Pertanyaan 5: Apakah Bismillah dalam Surat Al-Fatihah berbeza dengan Bismillah dalam surah-surah lain dalam Al-Quran? Dan adakah Bismillah sebahagian daripada surah?

Bismillah dalam Al-Fatihah adalah yang asal(50), dan Bismillah dalam semua surah dalam Quran adalah imej sebahagian daripada Bismillah dalam Al-Fatihah. Seluruh Quran ada dalam Al-Fatihah dan Al-Fatihah ada dalam Bismillah, jadi setiap Bismillah dalam Quran ada dalam Bismillah Al-Fatihah, dan Bismillah adalah satu ayat daripada ayat-ayat dalam Al-Fatihah. Adapun bagi surah-surah lain, Bismillah adalah sebahagian daripada surah tersebut tetapi bukan satu ayat daripada ayat-ayatnya.

Tiga nama ini (Allah, Al-Rahman dan Al-Rahim)(51) di dalam Ketuhanan [al-Lahut], atau Dzat Ilahiah, merupakan tunggak bagi nama yang Maha, Maha, Maha Agung, iaitu DIA. Dan tiga nama ini adalah kota kesempurnaan Ilahi, iaitu Allah, dan pintu zhahir [luaran] dan bathin [dalaman]-nya, adalah Al-Rahman dan Al-Rahim.

Dan tiga nama ini pada makhluk adalah MUHAMMAD, ALI dan FATIMAH; atau kota ilmu MUHAMMAD, dan pintu zahir dan pintu batinnya, ALI dan FATIMAH.

Dan tiga nama ini adalah tonggak nama yang Maha, Maha Agung iaitu (Allah, Al-Rahman, Al-Rahim).

{Katakanlah, "Serulah Allah, atau serulah Al-Rahman, yang mana pun kamu seru [adalah sama], bagiNya nama-nama yang terbaik.”} (52:  Al-Quran 17:110.)

Dan tiga nama ini (MUHAMMAD, ALI dan FATIMAH) adalah nama Teragung. Muhammad adalah dari Allah, dan dia adalah kitab Allah, bahkan dia adalah Allah pada makhluk. Dan Ali dan Fatimah adalah dari Rahmat Allah, dan mereka adalah Al-Rahman dan Al-Rahim.

{Dan Kami limpahi mereka dengan Rahmat Kami, dan Kami jadikan bagi mereka lidah ketulusan, Aliyya.} (53:  Al-Quran 19:50. (Abu Bashir meriwayatkan Imam Al-Shadiq AS berkata tentang ayat {Dan Kami limpahi kepada mereka rahmat dari Kami, dan Kami jadikan bagi mereka lidah ketulusan, Aliyya.} Dia AS berkata, "Aliyya bererti Amirul Mukminin, Ali AS." Bihar Al-Anwar: Jilid 36 halaman 59. – Pent. Inggeris))

Dan Bismillah dalam Al-Fatihah adalah Hakikat, dan Bismillah dalam setiap surah lain adalah imej yang tidak lengkap dari Bismillah dalam Al-Fatihah, dan hanya mencerminkan satu aspek daripadanya. Seolah-olah Bismillah dalam Al-Fatihah berada di pusat dikelilingi oleh sejumlah cermin yang mana setiap satu cermin ini memantulkan imej dari sisi yang berlainan, dan pada masa yang sama semua surah ini bersekutu bahawa kesemuanya adalah untuk Hakikat yang satu dan sebagaimana surah-surah itu juga bersekutu bersama Hakikat kerana mereka memantulkannya dari sisi-sisi tertentu.

Jadi, jika saya memberi satu contoh dari Quran, anda akan mendapati bahawa Bismillah dalam Al-Fatihah adalah di pusatnya di mana semua surah lain berputar di kelilingnya, bahkan Taurat, Injil dan setiap yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul AS. Bismillah dalam Al-Fatihah adalah Risalah, Wilayah, yang terawal, dan yang terakhir.


(50)  Amirul Mukminin Ali AS berkata, "Ilmu tentang apa yang telah dan apa yang akan terjadi semuanya ada dalam Quran. Dan ilmu dalam Quran terkandung dalam Surat Al-Fatihah, dan ilmu dalam Al-Fatihah terkandung dalam Bismillahirrahmanirrahim." Nur Al-Brahin oleh Sayyed Ni’mat Allah Al-Jazairi, Jilid 1 halaman 315.

(51)  Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

Soalan 4: “Allah Di Mana-Mana”

Petikan Dari Kitab Al Mutasyabihat Jilid 1


Pertanyaan 4: Jika Allah SWT ada di setiap tempat dan zaman, dan Dia hadir [mutajalli] dalam setiap benda yang wujud, bagaimana mungkin dijelaskan bahawa Dia SWT wujud dan hadir pada sesuatu yang najis?

Perlu diketahui manifestasi Allah dalam semua benda yang wujud bukan bererti Dia menjadi sebahagiannya atau Dia berada di dalamnya, sebaliknya ini bererti bahawa tidak ada ciptaan yang wujud melainkan dengan Allah, dan tidak mungkin ia muncul tanpa cahaya Allah, sama ada yang wujud itu sesuatu yang paling dekat atau paling jauh dariNya SWT. Dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya.

Kenyataan cahaya matahari wujud di bumi tidak bererti matahari berada di bumi, dan kenyataan bahawa kita melihat segala sesuatu di bumi ini dengan cahaya matahari tidak bererti cahaya matahari tadi menetap di atas bumi. Sebaliknya, matahari hadir di bumi dalam satu cara atau selainnya, dan mempengaruhi setiap yang wujud di bumi dalam satu cara atau selainnya, apabila cahaya dan pengaruhnya meliputi bumi dan lain- lain. Kehadiran cahaya matahari pada kotoran dan kita melihatnya dengan mata kita, tidak bererti cahaya matahari menjadi najis disebabkan sesuatu yang kotor tadi atau [tercemar] apabila cahayanya menyentuhnya.

Untuk penjelasan lebih lanjut, SAYA KATAKAN: Sesungguhnya makhluk- makhluk yang wujud ini terdiri daripada cahaya yang memiliki kegelapan di dalamnya, atau pun kegelapan yang memiliki cahaya di dalamnya, mengikut mana yang menguasai, kegelapan atau cahaya. Dan setiap makhluk yang wujud memiliki kedudukan [maqam] yang tetap tanpa perubahan, kecuali makhluk yang diuji seperti Manusia dan Jin. Dan kedua-duanya, masing-masing mempunyai pilihan untuk menjadi lebih dekat dengan cahaya, dengan mentaati Allah SWT sehingga ia menjadi cahaya yang memiliki beberapa sisi kegelapan di dalamnya, masing- masing pada tahapnya, atau menjadi lebih dekat dengan kegelapan apabila mengingkari Allah SWT sehingga ia menjadi kegelapan yang memiliki beberapa sisi cahaya di dalamnya, masing-masing pada tahapnya. Manusia adalah istimewa kerana mereka mempunyai kemampuan untuk naik pada peringkat cahaya tersebut sehingga malaikat yang dekat dengan Allah SWT pun tidak dapat mencapainya, lalu berada di atas malaikat. Manusia juga memiliki kemampuan untuk turun pada peringkat kegelapan sehingga Iblis (Allah melaknatnya) dan tentera kejinya pun tidak mampu berada di situ.

{Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang terbaik kemudian Kami kembalikannya kepada yang paling rendah.}43

Dan diketahui bahawa makhluk tertinggi yang wujud dalam alam cahaya adalah manusia, dan dia adalah MUHAMMAD SAAW, atau akal pertama.44

Dan makhluk terendah yang wujud dalam alam kegelapan juga adalah manusia, YANG KEDUA. Dan ia adalah kejahilan yang telah pergi dan tidak kembali, seperti diriwayatkan oleh Ahlul Bait AS.45

43 AL-Quran 95:4-5.
44 Abu Jaafar AS berkata, "Wahai Jabir, sesunguhnya yang pertama Allah ciptakan adalah Muhammad SAAW, dan keluarganya petunjuk yang terpimpin." Al-Kafi Jilid 1, halaman 442. Dalam hadis lain dalam Bihar Al-Anwar, Jilid 1, halaman 97, Nabi SAAW mengatakan, "Yang pertama Allah ciptakan adalah akal." Dalam hadis lain, "Sesungguhnya Allah SWT ketika menciptakan akal, Dia memberitahunya, 'Datang kemari!, maka ia pun datang, kemudian Dia memberitahunya, 'Pergi!,' maka ia pun pergi, maka Dia SWT berkata, 'Demi Keagungan dan KemuliaanKu, tidak Aku ciptakan makhluk yang lebih Aku sayangi selain darimu. Dengan kamu, Aku memberi ganjaran dan dengan kamu Aku menghukum; dengan kamu Aku mengambil dan dengan kamu Aku memberi."
45 Sama'a meriwayatkan dia berada bersama Abu Abdullah AS, dan beberapa pengikutnya yang lain, lalu persoalan akal dan kejahilan disebutkan. Maka Abu Abdullah AS berkata, "Kenali akal dan tenteranya, serta kejahilan dan tenteranya, agar kamu terpimpin." Lalu Sama'a berkata, "Semoga jiwaku menjadi tebusanmu, kami tidak mengetahui selain apa yang kamu ajarkan kami." Abu Abdullah AS berkata, "Allah SWT menciptakan akal dari cahayaNya, dan ia adalah makhluk pertama Allah SWT dari roh di sebelah kanan Arasy. Dia SWT berkata kepadanya, 'Datang kemari!' maka ia pun datang, kemudian Dia berkata, 'Pergi!, maka ia pun pergi, maka Dia SWT berkata, "Aku telah menciptakan kamu

Soalan 3: Tentang Iblis, Adam dan Pohon Yang Dimakan

Petikan Dari Kitab Al Mutasyabihat Jilid 1

 

A) Dimaklumi bahawa Iblis dilarang berada di Syurga kerana keingkarannya untuk sujud kepada Adam AS. Lalu bagaimana ia boleh masuk ke Syurga, dan berbisik kepada Adam, dan mendorongnya makan dari pohon yang dilarang oleh Allah SWT? Kata-kata Iblis kepada Adam menunjukkan bahawa ia ada bersamanya di Syurga, kerana ia menunjuk ke pohon tersebut dengan menggunakan kata ganti ‘ini’, yang menunjukkan ia ada bersama orang yang bercakap dengannya.

B) Buah dari pohon apakah yang Adam AS makan darinya?

C) Apakah aurat Adam dan Hawa terbuka tanpa pakaian, lalu setelah mereka makan dari pohon tersebut mereka tersedar tentang aurat mereka dan menutupnya dengan daun-daun di Syurga? Dengan daun apa mereka menutup diri mereka?

Untuk menjawab soalan-soalan ini satu pendahuluan diperlukan iaitu:

Sesungguhnya Adam AS diciptakan dari tanah, bererti dari dunia ini. Namun dia bukan sentiasa berada di bumi, sebaliknya dia juga naik ke puncak langit dunia, iaitu langit pertama atau hampir ke pintu langit kedua, dan ia adalah Syurga Malakut [al-jannah al-malakutiyah], atau seperti dalam hadis Ahlulbait AS,

"Dia diletakkan di Pintu Syurga, iaitu Syurga Malakut, lalu diinjak oleh malaikat." 1

Dan mi’raj [kenaikan] tanah Adam ini adalah perlu supaya tanahnya disinari cahaya Tuhan dan untuk mengapungkannya. Dan ketika Allah meniupkan roh ke dalam jasad Adam untuk pertama kalinya jasadnya adalah lembut ringan, menikmati Syurga Bendawi Jasmaniyah [al-jannah al-madiyah al-jasmaniyah], tidak ada kegelapan di syurga itu yang memerlukan pengeluaran lebihan atau kotoran dari tubuh Adam AS.

Adapun roh Adam AS, ia telah menikmati Syurga Malakut2, atau Syurga-Syurga Malakut, kerana ada beberapa:

{Taman-taman, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya.} 3

Syurga Jasmani [al-jannah al-jasmaniyah] dan Syurga Malakut [al-jannah al-malakutiyah] ini adalah dua perkara yang disebutkan dalam Surat Al-Rahman:

{Maka bagi orang yang takut saat mengadap Tuhannya dua syurga… yang ada berbagai pohon dan buah-buahan}4, dan juga,

{Dan selain dua [syurga] itu, ada dua syurga lagi… keduanya hijau tua} 5.

Dan kenaikan Adam AS ini adalah kenaikan manifestasi [tajalli] dan bukan kenaikan lokasi6. Jadi Adam bukanlah tidak berada di bumi jasmani [al-ardh al-jasmaniyah] yang kita hidup ini, bahkan dia ada di bumi, dan sekiranya dia tidak wujud di bumi, dia pasti mati.

Oleh kerana itu, Adam AS hidup di dunia ini dengan tubuh yang lembut ringan pada awalnya, tetapi dia kemudiannya kembali mampat atau memberat semula di bumi ini, [tempat] dia dinaikkan dahulu kerana mengingkari Tuhan SWT.

————–oo0oo————–

B) Pohon yang Adam AS makan buahnya adalah gandum, epal, tamar, ara, dan lain-lain dan semua ini adalah Pohon Ilmu dari keluarga Muhammad AS7. Buah-buahan ini di alam yang lebih tinggi yang melambangkan Ilmu. Dan

————–oo0oo————–

C) Allah SWT berfirman,

{Dan pakaian takwa itu adalah yang paling baik} 8.

Pakaian yang telah dicabut dari Adam dan Hawa adalah Pakaian Takwa. Di alam yang lebih tinggi yang mereka hidup sebelumnya, aurat ini ditutup oleh takwa. Ini kerana ketakwaan menjadi pakaian yang menyelimuti tubuh manusia di alam tersebut.

Apabila Adam AS dan Hawa AS melanggar perintah dan  makan dari pohon yang diberkati ini, iaitu pohon Ilmu Keluarga Muhammad SAAW yang menimpakan kemurkaan atas sesiapa yang memakannya tanpa izin Allah SWT, maka pakaian takwa mereka terlucut, lalu aurat mereka pun kelihatan pada mereka.

Adapun daun-daun syurga yang mereka ambil untuk menutup diri mereka, itu adalah agama; daun-daun hijau ini di alam yang lebih tinggi merupakan agama. Dan daun-daun yang Adam AS dan Hawa AS tutupkan diri mereka ini adalah istighfar dan memohon keampunan dari Allah dengan hak ‘Mereka yang Diselimuti’ AS [Ashabul Kisa’], yang nama-nama mereka tertulis di kaki Arasy9 dan dibaca oleh Adam AS.

————–oo0oo————–

A) Syurga yang Iblis (Allah melaknatnya) dilarang masuk adalah Syurga Malakut [al-jannah al-malakutiyah] dan juga Syurga Duniawi ini [al-jannah al-malakiyah], akan tetapi Adam AS berada di semua alam duniawi [al-‘awalim al-malakiyah]. Maka itu Iblis (Allah melaknatnya) berbisik kepada Adam yang wujud di alam-alam duniawi, yang tidak termasuk Syurga Dunia ini10 .

Adapun Iblis (Allah melaknatnya) yang menunjuk ke arah pohon itu seolah-olah ia ada di sampingnya, ini kerana buah-buahan dari pohon tersebut di dunia ini merupakan penampilan dan manifestasi Ilmu Keluarga Muhammad AS.

Maka epal, gandum dan ara ini adalah barakah Ilmu Keluarga Muhammad SAAW, "melalui mereka kamu diberikan rezeki"11, seperti disebut dalam doa 12 yang diriwayatkan daripada mereka AS.
————————-

1 Qishasul Anbiya’ oleh Sayed Nimatullah Al-Jazairi, halaman 55.
2 Perkara ini tidak menghairankan kerana tubuh Ali bin Abi Talib AS berada di sisi manusia di alam jisim ini sementara rohnya berada di langit-langit Malakut [malakut al-samawat] sepertimana yang dia AS jelaskan dalam ucapan sebelum kesyahidannya: "Sesungguhnya, tubuhku adalah jiran kalian selama hari-hari ini, maka setelah aku mati, kalian akan melihat sebujur jasad mati, kaku tanpa gerak, dan bisu tanpa suara.” Nahjul Balaghah, Jilid 2 halaman 34.
3 Al-Quran 2:25
4 Al-Quran 55: 46, 48
5 Al-Quran 55: 62, 64
6 Kenaikan fizikal [al-tajafi] adalah pergerakan sesuatu objek dari tempatnya setelah ia berada di dalamnya. Tetapi manifestasi [tajalli] adalah penampilan beserta dengan kekalnya hakikat sesuatu yang dipantulkan dan tidak berubah keadaannya. Ini akan dijelaskan lebih lanjut kemudian.
7 Dalam tafsir Imam Al-Hasan Al-Askari AS dikatakan: {Dan janganlah kamu dekati pohon ini}, "… Pohon Ilmu yang hanya khusus untuk Muhammad dan keluarganya, bukan untuk selainnya. Tidak seorang pun boleh mengambilnya atas perintah Allah, kecuali mereka AS. Buah dari pohon ini adalah untuk Nabi SAAW, Ali, Fatimah, Al-Hasan dan Al-Hussein AS, setelah mereka memberi makan kepada orang miskin, anak yatim, dan tawanan) sehingga mereka AS tidak lagi berasa lapar, haus, penat atau letih. Dan ia berbeza dari semua pohon lain di Syurga. Setiap pohon di syurga mengeluarkan sejenis buah, tetapi pohon ini dan familinya membuahkan anggur, zaitun, kurma, dan semua jenis buah-buahan lain… " Bihar Al-Anwar: Jilid 11, halaman 189.
8 Al-Quran 7:26.
9 Mufaddal bin Omar mengatakan bahawa Abu Abdullah AS berkata, "… Maka ketika Allah SWT menempatkan Adam dan isterinya di Syurga, Dia SWT berkata kepada mereka, {makanlah darinya apa sahaja yang kamu kehendaki dan janganlah kamu dekati pohon ini}, iaitu pohon gandum, {maka kamu akan menjadi orang yang zalim}. Lalu mereka [Adam dan Hawa] memandang kedudukan [manzilah] Muhammad, Ali, Fatimah, Al Hasan, Al-Hussein dan para Imam setelah mereka AS dan mendapati manzilah mereka paling mulia di Syurga. Mereka berkata, ‘Wahai Tuhan kami, manzilah siapakah ini?’ Maka Allah SWT berkata, “Angkatlah kepalamu ke arah kaki Arasy,’ lalu mereka mengangkat kepala dan melihat nama Muhammad, Ali, Fatimah, Al Hasan, Al-Hussein dan para Imam AS tertulis di kaki Arasy dengan Cahaya Allah SWT… Maka ketika Allah SWT  ingin  menerima  taubat  mereka, Jibrail AS  datang  kepada  mereka   dan   berkata,   ‘Kamu   berdua   telah  menzalimi  diri  kamu  kerana  mengingini manzilah (kedudukan) orang-orang yang lebih utama ke atas kamu, maka balasannya kamu harus turun [jauh] dari sisi Allah SWT ke bumiNya. Maka mohonlah Tuhanmu, dengan hak nama-nama tersebut yang kamu telah lihat di kaki Arasy, agar taubatmu diterima.’ Maka mereka AS berkata, ‘Wahai Tuhan kami, kami memohon kepadaMu dengan hak mereka yang telah Engkau muliakan: Muhammad, Ali, Fatimah, Al Hasan, Al-Hussein dan para Imam AS, agar Engkau terima taubat kami dan mengasihani kami.’ Lalu Allah SWT menerima taubat mereka. Sesungguhnya Dia SWT Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang …" Maani Al-Akhbar, oleh Sheikh Al-Saduq: halaman 108, Hadis 1.
10 Di sini, Sayyid Ahmad Al-Hasan AS jelas membezakan antara alam duniawi dan Syurga, atau Syurga-syurga duniawi [al-jinan al-malakiyah] Iblis dilarang dari berada di pintu Syurga, lalu berbisik kepada Adam AS di dalam alam duniawi [al-‘awalim ad-dunyawiyah] ini, bukan di dalam dunia Malakut [malakut ad-dunya], atau sedikit kebawah pada Langit Pertama.
11 Dipetik dari doa Imam Al-Baqir AS yang diriwayatkan oleh Al-Kulaini dalam kitab Al-Kafi: Jilid 2, halaman 244, bahawa Abu Abdullah AS berkata, "Sesungguhnya Allah telah menciptakan kami dalam bentuk terbaik dan Dia menjadikan kami mataNya di antara para pengabdiNya, lidah bicaraNya bagi ciptaanNya, tangan pengasih dan penyayangNya bagi pengabdiNya, wajahNya yang darinya Dia dicari, pintuNya yang menuntun kepada perbendaharaanNya di langit dan bumi-Nya. Melalui kami [Ahlul Bait] pohon-pohon berbuah, buah-buahan ranum, dan sungai mengalir. Melalui kami hujan turun dari langit dan rumput tumbuh. Melalui ibadah kami Allah disembah. Dan jika bukan kerana kami, Allah tidak disembah". Al-Kafi: Jilid 1, halaman 144.
12 Doa (Supplication).—Penterjemah Inggeris. 

Pertanyaan 2: Mengapa Ibrahim AS hanya melihat sebuah bintang, bulan, dan matahari?

Petikan Dari Kitab Al Mutasyabihat Jilid 1

 

Pertanyaan 2: Mengapa Ibrahim AS hanya melihat sebuah bintang, bulan, dan matahari?

Matahari adalah Rasulullah SAAW, bulan adalah Imam Ali AS1 , dan bintang adalah Imam Al-Mahdi AS2 . Matahari, bulan, dan bintang di alam Malakut3 [al-malakut] adalah manifestasi Allah pada makhluk. Maka itu, mereka kelihatan sama pada Ibrahim AS tetapi setiap satu darinya pada batasnya sendiri. Dan Muhammad, Ali dan Al-Qaim AS, khususnya, adalah manifestasi kesempurnaan Allah pada makhluk dalam kehidupan dunia ini; kerana  mereka adalah pengutus dan bukan setakat yang diutuskan sahaja.

Juga kerana MUHAMMAD SAAW adalah pemilik pembukaan yang jelas [shahib al-fath al-mubin], dan telah terbuka baginya seperti mata jarum, dan disingkapkan padanya sesuatu dari hijab Ilahiah, sehingga dia SAAW melihat beberapa tanda kebesaran Tuhannya4. Dan dia adalah Kota Ilmu5, dan Kota Ilmu tersebut adalah gambaran dari Kota Kesempurnaan Ilahi atau Dzat Ilahiah.

Adapun ALI AS, kerana dia adalah pintu ke Kota Ilmu dan dia AS juga sebahagian daripadanya, maka dengan itu setiap yang mengalir keluar dari Kota tersebut mengalir melaluinya. Maka Muhammad SAAW adalah manifestasi Allah SWT, dan nama Allah SWT pada makhluk, dan Ali disentuh oleh Dzat Allah.6 Maka apabila Muhammad tidak ada―dan tidak ada yang kekal selain Allah Yang Esa, Maha Penakluk pada setiap saat―maka Ali AS menjadi manifestasi Allah SWT pada makhluk, dan Fatimah AS bersama dengannya. Dan dia [Fatimah AS] adalah istimewa kerana merupakan sisi dalaman [batin] bulan, dan sisi luaran [zahir] matahari. Oleh kerana itu Ali AS berkata,

"Sekiranya hijab disingkap untukku, keyakinanku tidak akan bertambah," 7
kerana sekalipun hijab tidak disingkap untuknya, dia AS tetap berada pada kedudukan [maqam] orang yang telah disingkapkan hijab tadi.

Adapun Al-Qaim AS, dia adalah manifestasi nama Allah SWT, hidup sebelum kesyahidannya dengan sepenuh kehidupan dan pengabdian yang sempurna sifat dan keikhlasannya. Doanya berkekalan pada takwanya, dan ketakwaannya berkekalan pada doanya, seolah-olah ibadahnya kepada Allah SWT tidak pernah berkurang. Ini kerana dialah yang duduk di atas takhta [al-‘arasy] pada Hari Pengadilan [yaumiddin], yang merupakan Hari Kiamat Kecil, dan termaklum dalam Quran. Dan dia AS juga adalah Pemerintah [Hakim] atas nama Allah SWT di atas bangsa-bangsa pada hari tersebut, kerana dia menjadi cermin yang memantulkan Dzat Ilahi pada makhluk dan Pemerintah [Hakim], maka dia AS adalah Allah pada makhluk. Maka itu kata-kata Imam AS adalah kata-kata Allah, hukumnya adalah hukum Allah, dan pemerintahan Imam AS adalah pemerintahan Allah SWT. Maka pada hari tersebut firman Allah dalam Surat Al-Fatihah,

{Pemerintah bagi Hari Pengadilan}, menjadi benar. Dan pada hari itu Imam AS adalah mata Allah, lidah bicara Allah, dan tangan Allah.8
————————-

1 Diriwayatkan dari Abu Bashir bahawa dia bertanya Abu Abdullah AS tentang firman Allah, {Demi matahari dan sinarnya}. Maka Abu Abdullah AS berkata, "Matahari adalah Muhammad SAAW, melaluinya Allah menjelaskan agama kepada manusia." Lalu aku berkata, {Demi bulan yang mengikutinya [matahari]}. Dia berkata, “Itu adalah Amirul Mukminin AS.” Lalu aku berkata, {Demi siang yang menunjukkannya]}. Maka dia AS berkata, “Itu adalah para Imam dari keturunan Fatimah AS, yang meminta Rasulullah SAAW menjelaskan kepada sesiapa yang memohon. Maka Allah menyebutnya lalu Dia berfirman, {Demi siang yang menunjukkannya}. Aku berkata, {Demi malam yang menutupinya]}. Dia AS berkata, “Mereka adalah para pemimpin penindas yang secara tidak adil telah mengambil perkara tersebut tanpa keluarga Muhammad SAAW. Mereka mengambil pemerintahan yang telah ditentukan untuk keluarga Rasulullah SAAW. Mereka menutup agama Muhammad SAAW dengan penindasan dan kezaliman. Maka Allah SWT berfirman, {Demi malam yang menutupinya]}. Lalu dia AS berkata, "Kegelapan malam yang menutupi cahaya siang … " Bihar Al-Anwar, Jilid 24 halaman 70. Juga diriwayatkan Ibnu Abbas menyatakan Rasulullah SAAW berkata, "Aku umpama matahari di antara kamu, dan Ali bagaikan bulan. Maka jika matahari tiada, ambillah petunjuk dari bulan". Bihar Al Anwar, Jilid 24 halaman 76.
2 Jika Imam Al-Mahdi AS digandingkan dengan Rasulullah SAAW, Imam Ali AS, Fatimah Al-Zahra AS, Al-Hasan AS dan Al-Hussein AS, maka beliau AS adalah bintang yang bersinar terang. Diriwayatkan dari Imam Al-Shadiq AS dari bapanya [Imam al-Baqir] dari bapa-bapanya AS dari  Amirul Mukminin AS berkata, “Rasulullah SAAW berkata, “Ketika aku dinaikkan ke langit, Tuhanku SWT memberi isyarat…” sampai dia berkata, “… maka Dia SWT berfirman: ‘Angkatlah kepalamu,’ lalu aku mengangkat kepalaku dan mendapati aku bersama cahaya-cahaya Ali, Fatimah, Al-Hasan, Al-Hussein, Ali bin Al-Hussein, Muhammad bin Ali, Jaafar bin Muhammad, Musa bin Jaafar, Ali bin Musa, Muhammad bin Ali, Ali bin Muhammad, Hassan bin Ali dan Muhammad bin Hassan Al-Qaim; dan Al-Qaim berada di tengah-tengah mereka, seolah-olah dia sebuah bintang yang bersinar terang. Aku berkata, ‘Ya Rabb, siapakah mereka ini?’. Dia SWT berkata, ‘Mereka adalah para Imam, dan ini adalah Al-Qaim yang menghalalkan apa yang telah Aku halalkan, dan mengharamkan apa yang telah Aku haramkan. Melaluinya, Aku membalas musuh-musuhKu. Sungguh, dia adalah kedamaian bagi wali-wali-Ku [awliya‘ani] dan dia adalah penyembuh hati para pengikutmu [syi’atuka] dari para penzalim, penindas, dan orang-orang kafir …’ ". Kamal Al-Din wa Tamaam Al-Nima, halaman 252.
3 Alam atau tempat malaikat dan roh. Kamus Dewan Edisi Ketiga. 
4 Diriwayatkan dari Imam Al-Sadiq AS dalam hadis mi’raj, …hingga dia berkata… "maka dia [Muhammad SAAW] melihat pada sesuatu yang seumpama mata jarum dari apa yang Allah kehendaki dari Cahaya Keagungan. Lalu Allah SWT berfirman, ‘Wahai Muhammad.’ Dan dia berkata, 'Labbaik Rabbi.’ "Dia berkata, ‘… ' ". Al-Kafi, Jilid 1 halaman 443.
5 Diriwayatkan dari Rasulallah SAAW dalam hadis terkenal, "Aku adalah Kota Ilmu, dan Ali adalah pintunya …"
6 Tafsiran ini menjelaskan ucapan Rasulallah SAAW tentang hak Amirul Mukminin AS, “Jangan menghina Ali kerana dia telah disentuh oleh Dzat Allah." Al-Ghadir oleh Syeikh Al-Amini, Jilid 10 halaman 213.
7 Al-Munaqib oleh Ibnu Shahr Ashub, Jilid 1 halaman 317.
8 Imam Al-Shadiq AS menyatakan dalam satu ucapan panjang kepada Al-Mufadhal bin Omar, "…, Wahai Mufadhal, Al-Qaim AS akan menyandarkan belakangnya pada Al-Kaabah dan menghulur tangannya keluar yang kelihatan putih tanpa cacat. Dia kemudian mengatakan, 'Ini adalah tangan Allah, [ia] dari Allah dan dengan perintah Allah.’ Setelah itu dia akan membaca ayat: {Sesungguhnya, mereka yang berbaiah denganmu, berbaiah dengan Allah; tangan Allah berada di atas mereka. Maka sesiapa yang melanggar [janjinya] hanya merugikan dirinya sendiri}. [Al-Quran 48:10] … " Bihar Al-Anwar, Jilid. 53 halaman 8.

Cara Berbaiah Kepada Imam Ahmad Al Hasan Al Yamani (a.s)

Assalamualaikum wbt..

Mungkin ada di kalangan Ansar/ Ansiriah baru yang belum berbaiah lagi kepada Imam Ahmad (a.s). Jadi di sini saya postkan cara berbaiah kepada Imam Ahmad Al Hasan Al Yamani (a.s). Cukup lafaz sekadar di dalam hati dengan mengucapkan kalimah:

اشهد أن لا اله إلا الله
اشهد أن محمداً الرسول الله
اشهد أن علياً والأئمة من ولده حجج الله
اشهد أن احمد الحسن والمهديين من ولده حجج الله

1. Asyhadu an la ilaha ilallah
2. Asyhadu anna Muhammadan Abduhu wa Rasuluhu
3. Asyhadu anna Aliyyan wal Aimmata min wuldihi hujajullah
4. Asyhadu anna Ahmad Al hasan wal Mahdiyyin min wuldihi hujajullah

Terjemahan Bahasa Melayu: 

 
1. Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah
2. Aku bersaksi bahawa Muhammad Adalah Pesuruh Allah
3. Aku bersaksi bahawa Ali dan para Imam dari keturunannya adalah Hujah2 Allah
4. Aku bersaksi bahawa Ahmad Al Hasan dan para Mahdi dari keturunannya adalah Hujah2 Allah.

Kemudian mandi (ghusl) taubah dgn niat "nawaitu ghusl at taubah qurbatan ilallah." Cara2 ghusl tawbah adalah sama sepertimana ghusl al janabah ( mandi wajib selepas junub)

Kemudian sujud syukur kepada Allah swt. Cukup sekadar membaca "alhamdulillah" atau "Shukran lillah" sebanyak 3 kali semasa sujud.