Fiqh Solat Eid

eid-mubarak

 

Solat Eid adalah wajib dengan kehadiran Imam (as) dan syarat-syaratnya adalah sama dengan syarat-syarat solat jumaat (dari segi bilangan, jamaah, dua khutbah dan jarak 5.5 km antara dua tempat solat didirikan). Adapun syarat-syaratnya yang khusus adalah sebagaimana yang akan diterangkan berdasarkan soalan-soalan berikut:

S: Bila diwajibkan menunaikan solat Eid?
J: Ia adalah wajib bila wujud Imam (as) dengan syarat-syarat yang sama seperti dalam solat jumaat.

S: Adakah wajib ditunaikan secara berjamaah?
J: Wajib secara berjamaah.

S: Adakah dibenarkan meninggalkan perlaksanaannya?
J: Tidak dibenarkan meninggalkannya melainkan dengan keuzuran, di kala itu dibenarkan dan dianjurkan menunaikan solat secara sendirian.

S: Adakan dibenarkan melaksanakannya jika tidak cukup syarat?
J: Gugur kewajipannya serta disunatkan melaksanakannya secara berjamaah dan berseorangan.

S: Bilakah waktu menunaikannya?
J: Waktunya adalah diantara naik matahari sehingga ke waktu tergelincir matahari.

S: Adakah perlu diqadha’ (digantikan) jika telah luput waktunya?
J: Tidak perlu qadha.

S: Bagaimana menunaikan solat Eid?
J: Caranya: solat Eid adalah solat dua rakaat sepertimana solat subuh:

Rakaat pertama: bertakbiratul ihram dengan 7 kali takbir (takbir yang pertama adalah takbir Iftitah dan baki selebihnya adalah wajib). Kemudian membaca “Al-Hamd” dan surah, paling afdhal membaca surah “Al-A’la”. Kemudian bertakbir selepas bacaan surah dan berqunut dengan doa yang diriwayatkan dari Ahlulbait (as), kemudian bertakbir dan qunut, kemudian bertakbir dan qunut, kemudian bertakbir dan qunut, kemudian bertakbir dan qunut (kesemuanya 5 kali takbir dan qunut). Kemudian bertakbir dan ruku’. Bangun untuk rakaat yang kedua setelah selesai dua sujud.

Rakaat kedua: membaca “Al-Hamd” dan surah, paling afdhal membaca surah “Al-Ghashiyah”. Kemudian bertakbir dan berqunut sebanyak 4 kali (seperti di dalam rakaat yang pertama tetapi sebanyak 4 kali, bukan 5). Kemudian bertakbir yang kelima untuk ruku’, kemudian melakukan dua sujud, bertasyahhud dan mengucapkan salam.

Oleh itu, tambahan takbir daripada takbir yang biasa (di dalam solat wajib) adalah 9 kali: 5 kali pada rakaat pertama dan 4 kali pada rakaat kedua. Adapun baki takbir selebihnya (iaitu takbiratul ihram dan takbir enam, dua takbir sebelum ruku’ dalam kedua-dua rakaat, takbir-takbir sujud yang empat dalam kedua-dua rakaat sebelum dan selepas sujud), kesemua ini termasuk di dalam solat Eid beserta kefardhuan lainnya.

S: Apa dia sunat-sunat solat Eid dan adab-adabnya?
J: Sunat-sunat solat ini adalah:

– Sunat melakukannya di padang pasir (tanah lapang) melainkan di Mekah, yang mana sunat menunaikannya di Masjidil Haram.
– Sujud di atas tanah.
– Tukang azan menyebutkan: (as-Solah x 3) kerana tiada azan dan iqamah selain daripada solat yang lima waktu sehari semalam.
– Imam keluar dalam keadaan berkaki ayam, berjalan dengan tenang dan hebat gerak-gerinya dalam mengingati Allah SWT.
– Memakan sesuatu sebelum keluar untuk solat Eidul Fitri dan sesudah pulang dari solat Eidul Adha dengan memakan sembelihan korban.
– Untuk bertakbir Eidul Fitri serta merta selepas empat solat, yang pertamanya dimulai selepas solat maghrib pada malam Eidul Fitri dan pengakhirannya solat Eid. Eidul Adha pula bertakbir serta merta selepas 15 kali solat, yang pertamanya selepas solat zuhur pada hari korban bagi mereka yang berada di Mina dan di tempat-tempat lain bertakbir selepas sepuluh kali solat dengan menyebut: (Allahu Akbar Allahu Akbar, Lailaha illalLah, walLahu Akbar, walhamdulilLahi ‘ala ma hadana walahu asy-syukru ala ma aulana), dan menambah pada Eidul Adha: (wa razaqana min bahimatil an’aam).
– Ditegah keluar dengan senjata.
– Menunaikan dua rakaat solat sunat sebelum dan selepas solat Eid, kecuali di masjid Nabi (SAW) di madinah kerana hendaklah dia bersolat sunat dua rakaat selepas dan sebelum keluar dari masjid.

Persoalan-persoalan yang bersangkutan dengan Solat Eid:
S: Apakah hukum takbir-takbir tambahan dan qunut-qunut di dalam solat Eid?
J: Takbir tambahan dan qunut-qunut adalah wajib.

S: Adakan ditetapkan lafaz tertentu di dalam qunut?
J: Tidak ditetapkan lafaz tertentu malah berdoalah dengan apa jua doa, dan doa paling afdhal: ( Asyhadu an la ilaha illalLah wahdahu la syarika lah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluh, wasyhadu anna 3Aliyyan wal Aimmata min wuldihi hujajulLah, wa asyhadu anna al-Mahdiyya wal Mahdiyyin min wuldihi hujajulLah, Allahumma ahlul kibriyaa’i wal 3azhamah, wa ahlul juudi wal jabaruut, wa ahlul 3afwi war rahmah, wa ahlut taqwa wal maghfirah, as’aluka fi hazal yaum allazi ja3altahu lil muslimina 3idan, wali Muhammadin shallalLahu alaihi wa alih zakhran wa syarafan wa karamatan wa mazidan an tusholli 3ala Muhammad wa Aali Muhammad ka afdhali ma shollaita 3ala 3abdin min 3ibadik, wa solli 3ala malaaikatika wa rusulika, waghfir lil mu’minina wal mu’minaat, al-ahyaa’a minhum wal amwaat, Allahumma inni as’aluka min khairin ma sa’alaka 3ibaduka almursalun, wa a3uzubika min syarri ma 3aazin minhu 3ibaduka almursalun).

S: Adakah digabungkan solat keduanya, jika solat jumaat dan Eid jatuh pada hari yang sama?
J: Bagi mereka yang menghadiri solat Eid boleh memilh untuk menghadiri solat jumaat, imam solat hendaklah memaklumkan hal tersebut di dalam khutbahnya.

S: Adakah dua khutbah di dalam solat Eid sebelum atau selepasnya?
J: Dua khutbah solat Eid adalah sesudah solat dan mendahulukannya adalah bidaah.

S: Adakah diwajibkan mendengar kedua-dua khutbah sepertimana di dalam solat jumaat?
J: Ya, wajib mendengar kedua-kedua khutbah.

S: Terdahulu disebutkan bahawa sunat menunaikan solat di padang pasir (tanah lapang), adakah perlu memindahkan mimbar masjid ke tempat solat Eid ditunaikan?
J: Tidak perlu memindahkan mimbar daripada masjid, tetapi buatlah seakan-akan mimbar di tanah lapang dan disunatkan diperbuat daripada tanah.

S: Apakah hukum musafir ketika naik matahari pada hari Eid dan siapakah yang diwajibkan menunaikan solat Eid (iaitu mukallaf, lelaki, merdeka, bukan musafir, tidak sakit dan syarat-syarat wajib lainnya)?
J: Haram musafir sehinggalah selesai solat Eid.

S: Adakah sama hukumnya jika dia bermusafir selepas solat subuh dan sebelum naiknya matahari?
J: Dibolehkan dia keluar selepas solat subuh dan sebelum naiknya matahari, tetapi ianya makruh (dibenci).

Note: untuk perincian syarat-syarat khutbah Eid adalah sama seperti dua khutbah solat jumaat, sila rujuk feqah solat jumaat yang telah diterjemah sebelum ini di sini:

FIQH SOLAT JUMAAT MENURUT IMAM AHMAD AL-HASSAN AS

Post FB Sayed Ahmad AS: 16 Julai/ 19 Ramadan Nasib Imam Ali AS

imam_mahdi_by_mustafa20-d553hzg
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengasihani.
 
Alhamdulillah
 
Salam alaikum warahmatullah wa barakatuh
 
Di hari-hari ini, kehidupan Ali Ibn Abi Thalib, solawat atasnya, telah tertutup.
 

Sebuah kehidupan yang penuh dengan kesakitan dan penderitaan, dan beliau tidak menjumpai keselesaan di dalamnya.

 
Suatu ketika, beliau adalah seorang kanak-kanak, namun tidak punya peluang untuk bermain seperti kanak-kanak lain dan menikmati zaman kanak-kanaknya; Allah berkehendak untuk mengutuskan seorang Nabi yang akan membesarkan beliau, oleh itu beliau mendapati dirinya berada dalam pertikaman lidah yang acap kali menyebabkan mereka dibaling oleh batu. Malah, kadang kala ia mengakibatkan terobek keluar keberanian.
 
Beliau membesar dalam persekitaran ini dan mendapati beliau tidak punya pilihan melainkan dengan menggandar pedang untuk mempertahankan agama yang baru, Nabinya dan orang-orang yang beriman dengan baginda.
 
Sebelum pemergian Muhammad SAW, Allah melantik Ali sebagai khalifah Allah di muka bumi selepas Khalifah Allah, Muhammad SAW, seperti yang sebelumnya.
 
Muhammad kemudiannya meninggal.
 
Jadi Ali mendapati beliau tidak mempunyai pilihan melainkan untuk menuntut hak Illahi yang telah dirampas oleh manusia yang mengerumuninya.
 
Tuntutannya menyebabkan manusia mengepung beliau, mengumpulkan tentera mereka dan menyerang rumah beliau, menyeret beliau dalam keadaan diikat dengan tali, beliau ditindas, disakiti dan isterinya diancam, Fatimah Bintu Muhammad SAW, walaupun diriwayatkan secara sahih bahawa sesiapa yang menyakitinya, telah menyakiti bapanya, Nabi Muhammad SAW serta dimurkai Allah SWT.
 

Fatimah SA kemudiannya meninggal dunia.

 
Ali kekal ditindas, berada di dalam rumahnya selama lebih 20 tahun.
 
Kesalahan semakin bertambah, teriakan orang yang tertindas menjadi semakin kuat, dan selepas Yang Ketiga, kebanyakan orang tidak mempunyai penyelesaian dalam permasalahan mereka kecuali dengan Ali.
 
 
Syaitan menyambut beliau dengan tiga perang, yang mana dipersiap sedia semua syaitan di muka bumi ini, satu diketuai oleh Aisyah, berikutnya oleh Muawiyah dan Ibn Al As dan yang terakhir oleh syaitan sendiri. Pertempuran ini tidak terhenti kecuali apabila Ali terbaring di perbaringan, berlumuran darah.
 
Salam ke atas mu, Abal Hassan, atas penderitaan dan kesakitan yang anda tempuhi.
 
 
Salam ke atas mu Abal Hassan. Anda telah bergerak jauh ke hadapan dan memenatkan orang yang menggantikan mu. Tragedi mu adalah besar di langit, dan bencana yang menimpa anda menyedihkan semua makhluq; dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.
 
Semoga Allah menambah ganjaran anda bersempena peristiwa bencana Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib, solawat Allah atasnya.

Jangan Sertai Sufyani!!!

Sila turn On Caption

Sufyani merujuk kepada seorang lelaki dan gerakan yang dipimpin olehnya, yang akan muncul dari daerah Sham. Riwayat menyebut beliau dan gerakannya sebagai musuh kepada gerakan Al Mahdi AS, serta sebagai sebuah gerakan yang kejam.

Terbukti dari video ini, bahawa pemberontak Syria adalah tangan-tangan Sufyani. Adnan Aroor mengesahkan keinginannya.