Hadis Makanan Yang Disukai Untuk Berbuka Puasa Dengannya

135847132

 

10 ـباباستحبابالافطارعلىالحلواأوالرطبأوالماء –وخصوصاالفاترـأوالتمرأوالسكرأوالزبيبأواللبنأوالسويق
 
10 – Bab Disukai Untuk Iftar Dengan Tamar Yang Manis Atau Masak, atau air- khususnya air suam- atau tamar kering atau gula atau kismis atau susu atau sawiq(bubur barli)
 
 [ 13100 ] 1 ـ محمد بن يعقوب ، عن علي بن إبراهيم ، عن أبيه ، عن جعفر بن عبدالله الاشعري ، عن ابن القداح ، عن أبي عبدالله ( عليه السلام ) قال : كان رسول الله ( صلى الله عليه وآله وسلم ) أول ما يفطر عليه في زمن الرطب الرطب وفي زمن التمر التمر .
 
1 – Muhammad bin Ya'qub dari Ali bin Ibrahim dari bapanya dari Ja'far ibn Abdullah al Ash'ari dari Ibn Al Qaddah dari Abu Abdillah عليه السلام. Beliau a.s bersabda: "Perkara pertama yang Rasulullah صلى الله عليه وآله akan iftar dengannya di musim tamar masak adalah tamar masak, dan ketika musim tamar kering, dengan tamar kering.
 
 [ 13101 ] 2 ـ وعنه ، عن أبيه ، عن النوفلي ، عن السكوني ، عن جعفر ، عن أبيه ( عليهما السلام ) قال : كان رسول الله ( صلى الله عليه وآله وسلم ) إذا صام فلم يجد الحلو أفطر على الماء .
 
2 – Dan darinya dari bapanya dari an Naufali dari as Sakuni dari Ja'far عليهما السلام. Beliau عليهما السلام bersabda: Rasulullah  صلى الله عليه وآله sering berpuasa dan tidak mendapati manisan, baginda akan iftar dengan air.
 
 [ 13102 ] 3 ـ وعنه ، عن أبيه ، عن ابن أبي عمير ، عن رجل ، عن أبي عبدالله ( عليه السلام ) قال : إذا أفطر الرجل على الماء الفاتر نقى كبده ، وغسل الذنوب من القلب ، وقوى البصر والحدق .
 
3 – Dan darinya, dari bapanya dari Abi Umair dari seorang lelaki dari Abu Abdullah عليه السلام. Beliau عليه السلام bersabda: Apabila seseorang berbuka dengan air suam, ia akan membersihkan buah pinggangnya, dan menyucikan dosa dari hatinya, dan menguatkan penglihatan dan anak matanya.

 


 [ 13104 ] 5 ـ وعن عدة من أصحابنا ، عن أحمد بن محمد ، عن صالح بن السندي ، عن ابن سنان ، عن رجل ، عن أبي عبدالله ( عليه السلام ) قال : الافطار على الماء يغسل الذنوب من القلب .
 
 ورواه الصدوق في ( ثواب الاعمال ) عن أبيه ، عن محمد بن يحيى ، عن محمد بن أحمد ، عن أحمد بن محمد مثله ، إلا انه قال : يغسل ذنوب القلب .
 
5 – Dari sekumpulan sahabat kami dari Ahmad bin Muhammad dari Salih bin as Sindi dari Ibnu Sinan dari seorang lelaki dari Abu Abdullah عليه السلام yang bersabda: "Iftar dengan air menyucikan dosa dari hatinya."

 


 [ 13105 ] 6 ـ وعن محمد بن يحيى ، عن محمد بن أحمد ، عمن ذكره ، عن منصور بن العباس ، عن صفوان بن يحيى ، عن عبدالله بن مسكان ، عن أبي عبدالله ( عليه السلام ) قال : كان رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم إذا أفطر بدأ بحلواء يفطر عليها فان لم يجد فسكرا وتمرات ، فان اعوز ذلك كله فماء فاتر وكان يقول : ينقي المعدة والكبد ويطيب النكهة والفم ويقوي الاضراس ويقوي الحدق ويجلو الناظر ويغسل الذنوب غسلا ، ويسكن العروق الهائجة والمرة الغالبة ويقطع البلغم ويطفىء الحرارة عن المعدة ويذهب بالصداع .
 
 
6 – Dan dari Muhammad bin Yahya dari Muhammad bin Ahmad dari seorang yang disebutkannya dari Mansur bin Al Abbas dari Safwan bin Yahya dari Abdullah bin Muskan dari Abu Abdullah عليه السلام: Beliau bersabda: Apabila Rasulullah صلى الله عليه وآله berbuka, baginda akan memulakan dengan manisan. Dan jika baginda tidak menjumpainya, maka gula atau tamar. Dan jika tidak menjumpainya juga, maka akan berbuka dengan air suam. Baginda صلى الله عليه وآله akan bersabda: "Ia akan membersihkan perut dan buah pinggang, dan menjadikan bau mulut menyenangkan, menguatkan gigi graham, menguatkan anak mata, menjernihkan mata dan menyucikan dosa, menenangkan urat-urat yang tegang dan air hempedu, memotong kahak dan memadamkan kepanasan dari perut dan melegakan sakit kepala."

Hadis Keutamaan Bersahur

sahur

Hadis Pertama

 

عَلِيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ حَمَّادِ بْنِ عِيسَى عَنْ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِي بَصِيرٍ عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ ع قَالَ سَأَلْتُهُ عَنِ السَّحُورِ لِمَنْ أَرَادَ الصَّوْمَ أَ وَاجِبٌ هُوَ عَلَيْهِ فَقَالَ لَا بَأْسَ بِأَنْ لَا يَتَسَحَّرَ إِنْ شَاءَ وَ أَمَّا فِي شَهْرِ رَمَضَانَ فَإِنَّهُ أَفْضَلُ أَنْ يَتَسَحَّرَ نُحِبُّ أَنْ لَا يُتْرَكَ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ
 

Dari Abu Basir dari Abu Abdullah a.s yang bersabda, aku bertanya kepada beliau tentang sahur bagi seseorang yang ingin berpuasa, adakah ia wajib?" Beliau a.s menjawab: "Tiada masalah jika beliau tidak bersahur, namun di bulan Ramadhan, adalah lebih afdal jika bersahur. Kami menyukai untuk tidak meninggalkannya di bulan Ramadhan." [al-Kulaynī, al-Kāfī, jil. 4, hal. 94, ḥadīs # 1]
 

Hadis Kedua

عِدَّةٌ مِنْ أَصْحَابِنَا عَنْ أَحْمَدَ بْنِ مُحَمَّدٍ عَنِ الْحُسَيْنِ بْنِ سَعِيدٍ عَنْ أَخِيهِ الْحَسَنِ عَنْ زُرْعَةَ عَنْ سَمَاعَةَ قَالَ سَأَلْتُهُ عَنِ السَّحُورِ لِمَنْ أَرَادَ الصَّوْمَ فَقَالَ أَمَّا فِي شَهْرِ رَمَضَانَ فَإِنَّ الْفَضْلَ فِي السَّحُورِ وَ لَوْ بِشَرْبَةٍ مِنْ مَاءٍ وَ أَمَّا فِي التَّطَوُّعِ فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَتَسَحَّرَ فَلْيَفْعَلْ وَ مَنْ لَمْ يَفْعَلْ فَلَا بَأْسَ
 

Dari Sama'ah yang berkata, aku bertanya kepada beliau a.s tentang sahur bagi mereka yang ingin berpuasa, beliau a.s. menjawab: "Untuk bulan Ramadhan, lebih baik untuk bersahur, walaupun dengan seteguk air. Untuk puasa mustahab, sesiapa yang aku cintai melakukan sahur, sesiapa yang tidak, maka tiada masalah." [al-Kulaynī, al-Kāfī, jil. 4, hal. 94, ḥadis # 2]
 

Sayed Qazwini: Sistani Wakil Imam Mahdi

Sila aktifkan Captions untuk sari kata

Dengan lantang, para marja' dan pengikut buta mereka menolak Sayed Ahmad Al Hassan AS, yang datang bersama dalil dan syarat penuntutan yang ditetapkan oleh Ahlulbait AS. Namun apabila sang berserban ini mengklaim bagi pihak Sistani, bahawa beliau adalah Naib Sahibuz Zaman, tanpa sebarang bukti, kelayakan atau dalil pun untuk gelaran tersebut(gelaran ini turut diklaim oleh pemerintahan Wilayatul Faqih di Iran), tiada siapa membangkang atau mempersoalkan. Ini memang satu kejahilan yang mengujakan.

 

Segala Yang Perlu Anda Ketahui Tentang Sufyani Dari Sayed Ahmad AS

Nota: Dokumen berikut bukanlah terjemahan rasmi, segala kesalahan adalah datang dari Penulis.

 

Download (PDF, Unknown)

 

Screen Shot 2014-06-24 at 12.34.52 PM

Dari Kitab Al Tayh Au Al Tariq Ila Allah                       

            

                

                    

Dan malangnya, ramai dari mereka yang mengakui diri mereka sebagai orang Islam di waktu itu akan tidak mempercayai beliau AS di masa kemunculan sucinya dan akan bersama Sufyani, ketua kesesatan yang mendakwa dirinya sebagai Muslim dan mendakwa dirinya mempertahankan Muslim. Allah swt berfirman: “Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya , dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah? Oleh itu, mengapa kamu tidak ingat dan insaf?” (45:23)

                    

Manusia akan mengenali beliau(Mahdi) dengan tanda dan keajaiban, namun mereka akan menafsirkannya, seperti penenggelaman tentera Sufyani, mereka akan mengatakannya sebagai kejadian semula jadi seperti umat sebelum ini yang menyebut kematian tentera Abrahah al Habshi sebagai hasil dari wabak dan bukan hukuman Illahi.                

                

Jika orang Islam mengkaji agama mereka, menyuruh kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran, serta memahami matlamat Revolusi Islam, iaitu membawa kalimah “La ilah Illallah” kepada umat di bumi ini dan menegakkan Keadilan Illahi di muka bumi, maka kita akan mempunyai sebuah generasi yang bersedia menentang penzalim, jadi peringkat keempat adalah bersedia secara fizikal untuk jihad dan mempersiapkan persenjataan, walaupun ia hanyalah pisau kecil atau sebatang besi, dan jangan memperkecilkannya, kerana para sahabat Nabi SAW mengalahkan pedang orang kafir dengan pohon-pohon pokok palma.            

 

Dan ketahuilah Allah bersama kamu, dan Dia adalah yang akan membuatkan kamu kental dan berjaya dengan para malaikatNya jika kamu mengabdikan diri kamu kepadaNya SWT. Dan bersama tentera penzalim adalah syaitan yang memprovokasi mereka, dan dia akan terjatuh melutut apabila kedua kumpulan bertembung, mereka(tentera Sufyani) akan dikalahkan dan berundur. Allah SWT berfirman:                

            

        

        

Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.”(14:22)

                    

Berdasarkan peringkat-peringkat yang disebutkan ini, tentera Al Mahdi AS, tentera Allah swt, mempersiapkan diri untuk jihad secara psikologi dan secara fizikal. Dan biarlah setiap mukmin yang berjuang sentiasa ingat bahawa dirinya bersama Allah swt, yang paling berkuasa di langit dan bumi, agar beliau tidak takut akan penzalim dan tenteranya tanpa mengira jumlah dan perisai mereka.

 

“..kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.” (4:76)

 

Dan kemudian Allah swt akan melegakan umat ini dan mengutuskan kepadanya seorang pemimpin lantikannya, yang akan mengeluarkan mereka dari liku-liku menuju ke tanah suci, insyaAllah.                

                        

Dan Al Mahdi AS adalah Muhammad ibn Al Hassan ibn Ali ibn Muhammad Ibn Ali Ibn Musa ibn Jaafar ibn Muhammad ibn Ali ibn Hussain ibn Ali ibn Abi Thalib. Beliau adalah dari keturunan Ali AS dan Fatimah AS, anakanda wanita Rasulullah SAW.

 

Dan kaum Muslimin mempercayai bahawa beliau akan muncul di akhir zaman, dan riwayat tentangnya adalah banyak sekali, dan sesiapa yang menafikannya adalah kafir dengan apa yang dibawa oleh Muhammad SAW, seperti yang disebutkan oleh riwayat dari baginda.    

 

Beliau dilahirkan pada tahun 255 Hijrah, lima tahun sebelum shahidnya bapa beliau, Imam Al Askari AS, dan ibu beliau adalah cucunda Kaisar Rom, dan nasabnya bersambung terus salah seorang pengikut Isa AS, dan ramai mukmin telah melihat beliau dalam hayat bapanya, Imam Al Askari AS, dan setelah beliau memegang jabatan Imamah, 4 orang wakil beliaulah yang bertemu dengan beliau dalam Keghaiban Kecil selama lebih 70 tahun, kemudian Allah mengkehendaki Keghaiban Besar terjadi, dan beliau akan terus hidup sehinggalah beliau memenuhi bumi ini dengan keadilan seperti mana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman.                

 

Dan beliau disebutkan di dalam Taurat dan Injil, di dalamnya beliau disebutkan sebagai “hari-hari yang tua/lama” kerana umurnya yang panjang. Dan di zaman kebangkitannya, Isa AS turun dari langit sebagai seorang menteri beliau AS dan pendokong kebenarannya.    

 

Kebangkitan beliau adalah di Makkah, para sahabat beliau akan berkumpul dengan beliau di sana, dan bilangan mereka adalah 313 orang, seperti bilangan Ahli Badar, dan para sahabat Thalut yang menyeberangi sungai bersamanya, kemudian para pendokong setia beliau akan menuju ke Makkah dari berbagai negara Islam sehingga bilangan mereka mencapai 10,000 orang, dan mereka adalah tentera pertamanya. Dan beliau tidak akan meninggalkan Makkah untuk menentang penzalim sehinggalah Allah swt menyebabkan bumi untuk menelan tentera Sufyani di antara Makkah dan Madinah, iaitu tentera yang dihantar untuk menghapuskan gerakan Al Mahdi AS, dan selepas peristiwa ini beliau akan memulakan gerakan membersihkan bumi Islam dari penzalim serta hamba yang bersama mereka. Beliau akan menghapuskan Al Sufyani dan tentera kotor mereka, serta membebaskan Tanah Suci dan manusia akan menyertai agama Allah dalam bilangan yang besar.    

 

Bagaimanapun, ujian di zaman kemunculan beliau AS adalah banyak, termasuklah Dajjal dan tentera barat, namun Allah SWT akan mendokong Al Mahdi AS dan tentera Allah yang bersama dengannya terhadap musuh mereka untuk meninggikan agama Illahi ke atas semua agama-agama lain, walaupun dibenci oleh orang-orang kafir, kerana Allah swt telah menjanjikannya di dalam kitabNya, Quran.            


 

Dan antara tanda hampir kemunculannya adalah apabila langit menahan hujannya dan akan ada kepanasan yang ekstrim, perselisihan di antara Shia, kematian di kalangan ulama, pembunuhan ramai dari mereka di Najaf, sekatan ekonomi di Iraq seperti yang disebutkan sehingga tiada Dirham dibelanjakan di Iraq dan rakyat Iraq akan dihalang dari menunaikan Haji, yang menghalang mereka adalah pihak Rom, yang merupakan orang-orang barat hari ini. Seperti yang diriwayatkan dari Al Sadiq AS dalam ucapannya kepada penduduk Iraq: “Di waktu itu kamu akan dihalang dari menunaikan Haji dan buah-buahan akan menjadi sedikit, dan negara ini tidak akan mempunyai air, dan kamu akan diuji dengan inflasi dan penindasan Sultan, dan penindasan serta permusuhan akan muncul di kalangan kamu, juga kesusahan, wabak dan kebuluran. Ujian akan menyesatkan dari semua ufuk.                    

 

Masjid akan dihiasi, Quran akan dicantikkan dan manusia akan makan di dalam masjid, tahun akan menjadi bulan, bulan akan menjadi minggu, dan minggu akan menjadi hari, hari akan menjadi seperti sejam, dan akan ada pembunuhan 4000 Muslim di Masjid Kufah oleh pemerintah Iraq, kemusnahan tembok masjid Kufah, dan pemerintah Iraq berselisih antara satu sama lain. Perselisihan adalah tanda pertama bahawa kerajaan mereka akan musnah, dan manusia akan tamak mengenai mereka. Kemunculan komet yang bercahaya seperti bintang yang berubah sehingga pengakhiran semakin hampir. Seterusnya adalah seruan dari langit di dalam bulan Ramadan pada hari ke 23, kemunculan Sufyani di Sham; di Jordan dan penguasaannya ke atas Syria dan sesetengah kawasan Palestin, dan sebelum kejadian ini akan ada perselisihan berkenaan pemerintahan di Sham. Sufyani akan memasuki Iraq dan membunuh pemimpinnya. Dan akan gerhana bulan di penghujung bulan Ramadan di salah satu dari lima hari terakhirnya, dan gerhana matahari di pertengahan bulan Ramadan, kedua tanda ini dalam dalam satu bulan.        

                        

Dan banjir akan memenuhi Kufah di tahun kebangkitannya, dan langit akan menurunkan hujan 24 kali yang mana kesan dan keberkatannya akan dapat dilihat pada bumi di tahun kebangkitannya. Kurma pada pohon palma akan rosak, dan diriwayatkan bahawa buah-buahan pada pokok juga akan rosak. Dan akan muncul api di Hijaz, dan api di langit, serta muncul kemerahan di langit, matahari akan menjauhi meridiannya, terjadi sabotaj di Baghdad melalui perang dan ujian, dan terjadi sabotaj di Basrah, penyebutan kemunculannya di mulut manusia dan kemunculannya dalam tahun yang ganjil, pembunuhan Nafs Zakiah di Kaabah, antara Rukun dan Makam, dan dalam masa 15 hari atau kurang, Al Qaim akan bangkit.                                        

Dan selepas kebangkitannya, akan ada beberapa tanda yang menunjuk kepada beliau, dan ia adalah bumi menelan tentera Sufyani di antara Makkah dan Madinah, dan mungkin seruan selepas kebangkitannya adalah untuk menunjukkan kepada kebenarannya, khususnya kerana penyeru itu adalah JIbril di langit.                    

Dan inilah sedikit dari apa yang telah diriwayatkan dari mereka dan Allah lebih mengetahui, dan kami tidak diberikan dari ilmu melainkan sedikit dan kami pohon dari Nya dikurniakan lebih ilmu.

 

Dan salam ke atas hujjah Allah di bumiNya dan rahmat serta keberkatan Allah ke atasnya. Mempersiapkan kekuatan untuk jihad. Dan Salam ke atas kaum mukmin dan rahmat serta keberkatan Allah ke atasnya.

 

"Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi.” (3:53)

 

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.” (3:8)

 

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengasihani

 

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara, yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman. (9:111-112)

                

            

        

                

            

        

            

        

            

            

        

        

        Dari Kitab Al I’jl (Anak Sapi)

 

Oleh kerana kebanyakan dari tanda yang disebut oleh Nabi SAW dan Imam AS telah pun terjadi, dan tiada apa yang tinggal melainkan tanda-tanda yang sangat hampir kepada tahun kemunculan dan kebangkitannya, atau tanda yang menunjukkan kepada beliau AS selepas kemunculannya, dan agar penerangan ini tidak terlalu panjang, serta kerana tiada gunanya menyebutkan tanda yang telah pun terjadi, oleh itu saya akan hanya sebutkan tanda yang sangat hampir kepada kemunculan suci beliau AS.

            

        

Antara tandanya: Langit berhenti menurunkan hujan, dan kepanasan ekstrim, perselisihan di antara Shia. Imam Al Hassan Ibn Ali AS bersabda: “Urusan yang kamu nantikan ini tidak akan terjadi sehingga kalian berlepas diri dari satu sama lain, dan kamu melaknat sesama sendiri, meludah wajah sesama sendiri, sehiggalah sesetengah dari kami bersaksi bahawa sesetengah yang lain adalah kafir.” Jadi perawi bertanya: “Tiada kebaikan dalam perkara ini.” Beliau AS menjawab: Segala kebaikan adalah dalam peristiwa ini, Qaim kami akan bangkit dan mengangkat semuanya(permasalahan umat).”

 

Antara lain: Kematian ramai fuqaha dan kerosakan akan tersebar luas, dosa akan diisytiharkan secara terbuka seperti zina, minum arak dan mendengar muzik. Alat-alat perosak seperti television akan menang. Seterusnya, masjid akan diperkecilkan kesuciannya, oleh itu, masjid yang asalnya merupakan alat untuk mengabdikan diri kepada Allah atas sebab keringkasan dan kurangnya elemen-elemen keduniaan, manusia menukarkan masjid menjadi sebuah dewan yang dipenuhi perhiasan, warna warni, yang menarik manusia yang memasukinya ke arah keduniaan. Maka oleh itu, mereka telah diganggu. Mereka juga menjadikan masjid sebagai tempat makan di sesengah waktu, seperti ketika Muharram dan Ramadan.

 

Antara lain: Dan alatan kecantikan akan tersebar luas1, seperti pakaian yang mempunyai penampilan yang cantik, tetapi ia menutupi manusia berhati syaitan.

 

Antara lain: Memperkecilkan/merendahkan kesucian para ulama yang beramal, malah mencaci dan menuduh mereka dengan tuduhan palsu. Pertumpahan darah atas mereka akan bertambah, ini kerana mereka menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, oleh itu mereka berhadapan dengan para penzalim yang menguasai umat hari ini, seperti mana para Imam AS berhadapan dengan para penzalim Bani Umayyah dan Bani al Abbas, semoga Allah melaknat mereka.

 

Konflik antara pemerintah Iraq dan kemusnahan mereka di tangan tentera Sufyani yang akan datang dari negara Al Sham dan akan memasuki Iraq untuk membunuh pemerintah Iraq.  Dan Sufyani adalah rekruit barat atau Amerika seperti yang disebutkan di dalam riwayat. Dan di dalam Taurat, kitab Danial: Sufyani adalah agen Kerajaan Besi atau Amerika, untuk memusnahkan tiga agen Amerika sebelum ini di wilayah tersebut, salah seorang dari mereka adalah pemerintah Iraq.

 

Kemudian sesiapa yang berbaki dari kalangan pendokong dan tentera upahan kerajaan Iraq akan dimusnahkan oleh tentera Khurasani di bawah pemerintahan Shuaib BIn Soleh, dan mereka akan memasuki Iraq untuk menghalau Sufyani dan menyucikan Iraq dari kebuasan syaitan ini. Imam Al Baqir AS: “Apabila anak si fulan berselisih, pada waktu itu, nantikanlah kelegaan(faraj), dan kelegaan kamu tidak akan terjadi kecuali apabila anak kepada si fulan berkonflik antara satu sama lain…sehingga Khurasani dan Sufyani keluar kepada mereka, satu dari timur dan satu dari barat, berlumba ke Kufah ibarat seekor kuda..sesungguhnya mereka tidak akan meninggalkan sesiapa pun.”

 

Al Sufyani, dan beliau merupakan fitnah yang paling penting sebelum kebangkitan Al Qaim, dan kemunculannya tidak dapat dielakkan di negara-negara Al Sham, dan kemungkinan besar di Jordan dari Al Wadi al Yabis, kemudian beliau menakluki Syria dan sebahagian Palestin, kemudian memasuki Iraq. Di awal kemunculannya, keadilan akan muncul yang akan membuatkan manusia membayangkan bahawa beliau itu adil, dan orang-orang jahil akan membohongi keluarga Muhammad SAW. Abu Hamza At Himali berkata kepada Imam Al Baqir AS: “Adakah kemunculan Sufyani adalah sebahagian dari urusan yang tidak dapat dielakkan? Jadi beliau AS menjawab:

 

“Ya. Dan Seruan(Saihat/pekikan) juga adalah dari perkara yang tidak dapat dielakkan, dan munculnya matahari dari barat juga adalah dari perkara yang tidak dapat dielakkan, konflik dikalangan Bani Al Abbas juga tidak dapat dielakkan, pembunuhan Nafsu Zakiah juga tidak dapat dielakkan.” Jadi aku bertanya: “Bagaimana akan terjadinya Saihat itu?” Beliau AS menjawab: “Penyeru dari langit akan menyeru di permulaan hari dengan menyebut sesungguhnya kebenaran bersama Ali dan Shiah nya, kemudian Iblis akan menyeru di pengakhiran hari bahawa kebenaran bersama Uthman dan Shiahnya. Pada waktu itu, para pendusta akan berasa ragu.”

 

Imam Baqir AS: “Dua tanda sebelum Al Qaim, gerhana matahari di pertengahan dan gerhana bulan di penghujung bulan Ramadan.”

 

Dan Shiah perlu pergi ke Makkah apabila Sufyani muncul, untuk memberi kejayaan kepada Imam Mahdi AS; kerana kemunculan dan kebangkitan beliau dari Makkah setelah tanda ini adalah pasti dan sangat hampir. Malah ia saling berkaitan, dan para Imam sendiri memerintahkan mereka untuk berbuat demikian.

 

Imam Sadiq AS: “Bumi tidak akan berakhir wahai Fadhil, sehingga Sufyani muncul, maka jika beliau muncul, sahutlah seruan kami.” Dan beliau mengulangnya tiga kali- dan ia sebahagian dari perkara yang tidak dapat dielakkan.

 

Imam al Sadiq(as): "Wahai Sudair, tetaplah di rumah mu dan jadilah seperti  dari kalangan ahlas dan tetaplah di dalamnya, siang dan malam. Dan jika seseorang mengisytiharkan bahawa Sufyani telah muncul, maka bergeraklah kepada KAMI walaupun dengan berjalan kaki." Semoga aku menjadi tebusan mu. Adakah ada peristiwa sebelum itu? Beliau AS menjawab: “Ya. Dan beliau menunjukkan tiga jari ke arah Al Sham dan berkata: “Tiga panji, Hasani, Umayyad dan Qaysi. Sufyani akan muncul dan menuai mereka semua seperti menuai tanaman, ia adalah sesuatu yang tidak pernah kamu lihat sebelum ini.”

 

Imam Al Baqir AS bersabda: “Apabila Orang Tidak Bermoral muncul, kamu akan tinggal selama sebulan atau dua, tiada bahaya akan menimpa kamu, sehingga ramai selain kamu akan dibunuh. “ Kemudian beberapa sahabat bertanya: “Jadi apa yang harus kami lakukan dengan tanggungan kami apabila perkara ini berlaku?” Beliau AS menjawab: “Kaum lelaki harus menjauhi daripadanya. Untuk kaum wanita, InsyaAllah, tiada bahaya akan menimpa mereka.”

 

Kemudian ditanya ke manakah kaum lelaki harus pergi, adakah ke Madinah, atau Makkah atau negara lain? Beliau AS menjawab: “Mengapa kamu ingin pergi ke Madinah? Tentera Orang Tidak Bermoral akan pergi kepadanya. Kamu harus pergi ke Makkah, kerana ia adalah tempat pengumpulan kamu. Finah beliau hanya akan berlangsung selama tempoh wanita mengandung, tidak akan melebihinya insyaAllah.”

 

Namun malangnya hanya 10,000 akan pergi ke Makkah untuk memberi kejayaan kepada Mahdi AS, seperti yang telah diriwayatkan di dalam riwayat dan mereka adalah yang pertama dari para pendokong, bersama para sahabatnya, 313.

 

Ini adalah beberapa tanda terdekat kemunculan dan kebangkitannya. Dan mungkin beliau mempunyai tempoh kemunculan yang mendahului kebangkitannya di Makkah. Mungkin melalui wakil seperti halnya di zaman Keghaiban Kecil. Dan kemungkinan ini dikuatkan lagi oleh beberapa riwayat mereka. Dan mungkin permulaan pengutusannya dan kemunculannya adalah di Ummul Qura(Ibu Segala Kota) di zaman ini, iaitu di Najaf, seperti datuknya Al Mustafa SAW yang diutuskan di Ummul Qura di zamannya iaitu Makkah. Dan Allah lebih mengetahui dan bijaksana, kita tidak diberi ilmu melainkan hanya sedikit.

 

    – Al I’jl, Anak Sapi, Jilid dua.

Perincian Di Dalam Riwayat Dan Al Bada’- Maal Abdus Soleh

 

Kaum Ansar sering kali ditanya oleh orang ramai tentang perincian di dalam riwayat, iaitu riwayat Ahlulbait AS mempunyai indikasi terhadap sesuatu yang berkaitan dengan peristiwa atau watak-watak semasa Zaman Kemunculan, malah,mereka juga ditanya tentang perincian yang paling tepat, yang berkaitan dengan seruan Imam Mahdi AS dan Mesej Ketuhanan. Dan sesetengah orang berkeras mahu mengaitkan kepercayaan mereka di dalam seruan Imam Mahdi AS dan wasi serta utusannya kepada manusia(yakni Imam Ahmad Al Hassan), dengan persona-persona bersama perincian-perinciannya, seolah-olah ianya adalah satu-satunya pintu keimanan. Dan sebenarnya, pemahaman ini sangat berisiko, kerana Para Imam Pemberi Petunjuk telah menunjukkan bahawa Bidaa’[1] boleh berlaku di dalam sesuatu perincian. Oleh itu, adalah salah untuk seseorang yang sedang menantikan Imam, untuk mengaitkan kepercayaan kepada Imamnya dengan sesuatu urusan yang mana bidaa’ boleh berlaku ke atasnya.

______________________________

[1] Nota penterjemah: Bidaa’ bermaksud apabila sesuatu yang Allah taqdirkan itu berubah, dilambatkan, digantikan atau dibatalkan oleh Allah SWT. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Bidaa’, rujuk soalan 19 dalam kitan Mutashabihat Jilid 1

 

Pada suatu hari, saya bertanya kepada Abdus Soleh AS tentang Sufyani dan beberapa perincian yang berkaitan dengan wataknya serta peristiwa kemunculan. Jadi beliau AS menjawab:(Berkenaan dengan perincian, Bidaa; boleh berlaku pada kesemuanya, malah, ia berkemungkinan besar untuk terjadi, apabila kita mengambil kita rancangan ketenteraan yang diinginkan kemenangannya ke atas musuh, iaitu Syaitan dan tenteranya. Malah ada juga Bidaa’ di dalam kemunculan yang disebutkan terjadi pada hari yang sama [2]

______________________________

[2] Kemunculan dalam satu hari ini disebutkan didalam riwayat tentang Yamani, di mana Al Baqir AS bersabda: “Khurujnya yang tiga: Khurasani dan Sufyani dan Yamani adalah di dalam tahun, bulan dan hari yang sama, dan tiada panji di dalamnya yang lebih mendapat petunjuk dari panji Al Yamani, menunjuk ke arah kebenaran.


 

Setelah beliau menyebut beberapa riwayat suci, beliau AS menyimpulkan isinya dan berkata:(Apa yang kamu faham dari riwayat-riwayat ini? Al Qaim adalah dari urusan yang tidak dapat dielakkan, dan Al Qaim adalah dari Al Mi’ad(Perjanjian), Sufyani juga dari urusan yang tidak dapat dielakkan, tiada bidaa’ dalam urusan yang tidak dapat dielakkan, namun ada juga bidaa’ dalam urusan yang tidak dapat dielakkan, namun tiada bidaa’ dalam hal Al Mi’ad [3],

______________________________

[3] Riwayat yang menyebutkan bahawa Qaim AS dan Sufyani adalah dari urusan yang tidak dapat dielakkan adalah dari Imam Zainal Abidin AS: “..urusan Qaim adalah urusan dari Allah yang tidak dapat dielakkan, dan urusan Sufyani adalah dari urusan Allah yang tidak dapat dielakkan. Tiada Qaim tanpa Sufyani..” Bihar al Anwar, Jilid 52 Halaman 182. Berikut pula adalah riwayat yang menyatakan tiada ada Bidaa’ dalan urusan yang tidak dapat dielakkan. Zurarah ibn A’yun dari Abdul Malik ibn A’yun yang berkata: Satu hari aku bersana Abu Jaafar AS dan Al Qaim disebutkan. Maka aku berkata: “Aku berharap Al Qaim akan bangkit segera dan aku berharap tidak akan ada Sufyani. Jadi beliau AS bersabda: “Demi Allah, beliau adalah dari urusan yang tidak dapat dielakkan, yang mesti terjadi.” Ghaibah An Nu’mani, halaman 301. Seterusnya adalah riwayat yang menunjukkan Al Qaim adalah dari urusan Al Mi’ad dan Bidaa’ boleh terjadi pada urusan yang tidak dapat dielakkan. Daud ibn Abi Al Qasim berkata: Kami bersama Abi Jaafar Muhammad ibn Ali Al Jawad AS, hal Sufyani disebutkan dan diketahui bahawa ia adalah dari urusan yang tidak dapat dielakkan, jadi kami bertanya kepada Abu Jaafar AS, adakah Allah menjadikan bidaa’ terjadi dalam urusan yang tidak dapat dielakkan? Beliau AS menjawab: “Ya”. Jadi kami berkata kepada beliau AS: Maka kami takut Allah akan menjadikan bidaa’ dalam urusan Al Qaim AS. Jadi beliau AS menjawab: “Qaim adalah dari urusan Al MI’ad(perlantikan, perjanjian).” Bihar Al Anwar, JIlid 25, halaman 250

 

Bidaa’ wujud dalam urusan yang tidak dapat dielakkan, bermakna dalam perinciannya. Jika tidak, riwayat-riwayat ini akan menunjukkan tiada bidaa dalam urusan yang tidak dapat dielakkan. Berkaitan Sufyani, beliau harus wujud, namun beliau boleh sahaja menjadi si fulan atau si fulan, atau beliau boleh muncul di tempat ini, atau di tempat lain. Al Qaim(pula) adalah dari urusan Al Mi’ad dan tiada bidaa’ berkenaannya, kerana beliau adalah Imam, dan tiada bidaa’ berkaitan para maksumin. Oleh itu, kemunculan Yamani, Sufyani dan Khurasani dalam hari yang sama jatuh dalam kemungkinan bidaa’, oleh itu orang yang waras tidak boleh menjadikannya bukti mutlak bahawa kejadian ini akan berlaku sedangkan ia termasuk dalam hal yang boleh di bidaa’ ***

 

Saya juga bertanya kepada beliau AS: Kadang kala orang ramai bertanya kepada kami tentang perincian, dan kami diminta menjawab soalan mereka, maksud saya tentang perincian didalam hadis dan riwayat. Sebagai contoh: Adakah apa yang terjadi di Iraq sekarang akan membawa kepada rampasan pemerintahan oleh Sufyani, kerana anda mengatakan bahawa pemerintahan sekarang adalah pemerintahan Bani Abbas. Juga(mereka bertanya kepada kami) tentang Dajjal, dan cuba mengaitkannya dengan personaliti yang dikenali. Oleh itu, bagaimana kami perlu menjawab soalan-soalan in? Jadi beliau AS menjawab:

 

Cuba untuk menjadikan jawaban anda seringkas yang mungkin, kerana perincian tentang karektar akan menimbulkan masalah kepada kamu buat masa ini, dan kesimpulannya adalah, mereka akan mengenali orang yang tepat jika mereka mahu mencari kebenaran. Mereka tidak diminta untuk beriman dengan Sufyani, atau selainnya. Malah, mereka diminta untuk beriman dengan Hujjah Allah, kerana sesiapa yang mengenali Hujjah, tiada apa yang dapat membahayakan dirinya, dan sesiapa yang mengikuti hujjah, telah terlepas darinya kesusahan untuk mencari. [4]

 

______________________________

[4] Sememangnya sesiapa yang mengenali Hujjah akan dibebaskan dari kesusahan dan kepayahan mencari dan mengkaji tentang perincian riwayat dan apa yang ada di dalamnya dari tanda-tanda dan simbol. Berkenaan “lelaki yang muncul dari timur”, siapa Yamani, bukan sahaja beliau telah membebaskan mukmin dari kesusahan mencari tentang perincian, malah beliau juga membebaskan kita dari mencari Imam Mahdi AS. Ini kerana mengikuti Yamani akan membawa kita kepada Imam Mahdi AS, disebabkan Yamani adalah penyeru kepada Imam Mahdi AS. Amirul Mukminin AS: “Ketahuilah, jika kalian mengikuti seorang yang muncul dari Timur dan menempuh jalan Rasulullah s.a.w.a. yang kalian ikuti, niscaya kalian akan terobati dari kebutaan, ketulian dan kebisuan (hati); kalian akan tercukupi dari permohonan bantuan dan kezaliman; dan kalian akan terhindar dari beban yang memberatkan pundak kalian. Allah tidak akan menghalau siapapun kecuali dia menolak, berbuat lalim, sewenang-wenang dan merampas sesuatu yang bukan haknya. “Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembaliQS: asy-Syu’ara 227.[1]” (al-Kafi, juz 8, hal 22)

 

Jawab Al Munir, Jilid 1 Soalan 42

 

Soalan: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Pengasihani. Telah diriwayatkan dari Maksumin AS tentang Saihat(pekikan/seruan) Jibril yang bermakna: “Sesungguhnya kebenaran bersama keluarga si fulan. Siapakah keluarga ini?

 

Alaa Raziq – Rabi’ Al Thani 1426H

 

Jawaban:

 

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengasihani

 

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam

 

Sesungguhnya kebenaran bersama keluarga Imam Mahdi AS, dan mereka adalah peninggalan Keluarga Muhammad AS, dan mereka adalah 12 Mahdi. Dan kebenaran itu bersama Yamani dan para sahabatnya, iaitu 313 Yamani dan kumpulan yang mengikuti mereka. Berkenaan dengan Ahli-ahli kebatilan, jumlah mereka ramai, antara mereka adalah Sufyani dan keluarga Sufyani. Dan beri perhatian bahawa Abu Sufyan adalah adalah dari keturunan Umayyah yang merupakan saudara kandung Hashem, datuk nenek Muhammad SAW, dan mereka berdua, yakni Umayyah dan Hashem adalah dari anak keturunan Ibrahim AS. Oleh itu, di akhir zaman nanti, akan ada Abu Sufyan dan juga Muhammad, kedua mereka.

 

Ahmad Alhasan

Jamadi Al-Awal/1426H

 

Kata-kata Penting Dari Kitab Jawab Al Munir, JIlid 3


 

Percanggahan antara riwayat-riwayat(Mahdawiyah) telah diselesaikan, dan apa yang dimaksudkan dari riwayat ini adalah Wasi Imam Mahdi AS dan merupakah Mahdi yang pertama dari keturunannya, beliau akan muncul sebelum Sufyani, kemudian akan menghilang di masa-masa kemunculan Sufyani, dan kemudian akan muncul untuk bertempur dengan Sufyani, mengalahkannya dan mempersiapkan jalan untuk kebangkitan bapanya, Imam Mahdi AS.

 

Dari Jawab Al Munir, Jilid 5

 

Berkenaan dengan apa yang telah disebutkan dari riwayat-riwayat, ata apa yang menjadi realiti, maka semoga Allah mengasihani kamu, jika saya mengetahui akan manfaat dalam menerangkan sesuatu hal, maka saya akan menerangkannya apabila sampai masanya.


 

Kitab Al Mutashabihat, Jilid 2, Soalan 39, berkenaan tentera Abrahah

 

“..Di masa Imam Mahdi AS nanti, apabila manusia kembali semula kepada sesetengah fitrah, dan apabila mereka mengambil pelajaran dari contoh dan alamat, mukjizat seperti ini(merujuk kepada pemusnahan tentera Abrahah) akan muncul kembali. Dan kali ini apabila tentera Sufyani ditelan bumi di antara Makkah dan Madinah, sejurus kemunculan Imam Mahdi AS dari Madinah dan mencari perlindungan di Makkah, rumah Suci Allah, seperti yang diriwayatkan dari mereka AS.

 

Oleh itu, sebab paling penting terjadinya alamat-alamat ini atau penangguhannya adalah untuk kebaikan manusia, diberi petunjuk melaluinya, dan mengambil pengajaran darinya, atau pengabaian manusia padanya…

 

Kata-kata Penting Dari Kitab Maal Abdus Soleh, berkenaan Hadis Panji Al Yamani


 

Sesetengah orang mengandaikan bahawa, tugas memberi kejayaan kepada Yamani hanya terhad kepada keluar berperang bersama beliau, dan sebelum waktu itu, tiada kewajiban untuk mentaati beliau, apatah lagi membantu memberi kejayaan kepada beliau. Inilah apa yang didakwa oleh sesetengah orang. Walaupun riwayat Al Yamani menerangkan bahawa beliau adalah khalifah dan Hujjah Allah, dan wajib untuk mentaati beliau dan memberi kejayaan kepada khalifah Illahi dari saat pertama beliau memulakan seruannya, dan inilah yang telah diterangkan oleh Sayed Ahmad AS dan Ansarnya di dalam banyak buku-buku, namun beliau AS tidak pernah berhenti memberi perhatian kepada pencari kebenaran, bahawa salah sekali pemahaman mereka tentang riwayat Al Yamani, di dalam bentuk persoalan, beliau AS berkata:

 

“Di dalam riwayat ini disebutkan bahawa Al Yamani adalah pemilik panji, iaitu seorang ketua tentera. Juga disebutkan di dalam riwayat bahawa apabila Yamani keluar, maka bangkitlah bersamanya, yakni berperang bersamanya. Jadi adakah logik untuk seseorang itu berperang bersama seorang pemimpin yang tidak mereka beri baiah atau tidak pernah dipercayai sebelum ini? Sesetengah orang juga memahami dari riwayat-riwayat  ini bahawa tiga panji ini akan memulakan seruan mereka dan muncul pada hari yang sama berdasarkan riwayat. Jelas bahawa tiada jaminan di antara masa mereka keluar berperang, dan masa di mana mereka memulakan seruan mereka untuk menyeru manusia ke panji mereka, yang mana sudah pasti, mendahului waktu untuk keluar berperang.”

 

Dan beliau AS sering menjawab seperti berikut kepada mereka yang bertanya soalan sebegini:

 

“Adakah kamu jangkakan mereka akan muncul dan menyediakan tentera dan berperang dengan pasukan tentera yang besar dalam masa 24 jam sebagai contoh? Adakah akal logik dapat menerima pemahaman seperti ini?”

 

Akhir kata oleh Abdul Razaq Al Dirawy dari Kitab Jawab al Munir, Jilid 6, Soalan 646


Berkaitan dengan khuruj, ia adalah gerakan bersenjata yang semestinya dimulakan dengan sebuah seruan, agar sesiapa yang hidup, maka dia hidup selepas ditegakkan hujah, dan sesiapa yang dimusnahkan, dia dimusnahkan setelah ditegakkan hujah. Dan ketahuilah khuruj adalah sebelum Saihat, bukan selepasnya untuk Yamani keluar untuk membunuh Sufyani, dan Sufyani muncul dalam bulan Rajab, iaitu sebelum Ramadan, yang mana Saihat akan terjadi di dalamnya(ramadan). Kemungkinan Bidaa’ terjadi dalam hal Saihat dan ia tidak terjadi.

Larangan Memakan Ikan Tanpa Sisik

400px-Atlantic_cod

 

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim. Allahumma Solli ala Muhammad wa aali Muhammad. Al Aimmah wal Mahdiyyin wa sallim Taslima.

Berikut adalah hadisnya dari kitab karangan Sheikh Hurr al Amili, Wasail al Shia.

8 ـ باب تحريم أكل السمك الذي ليس له فلوس وبيعه ، وإباحة ما له فلوس ، وحكم السقنقور

[ 30146 ] 1 ـ محمد بن يعقوب ، عن عدة من اصحابنا ، عن سهل بن زياد ، وعن محمد بن يحيى ، عن أحمد بن محمد جميعا ، عن ابن محبوب ، وأحمد بن محمد بن أبي نصر جميعا ، عن العلاء ، عن محمد بن مسلم ، عن أبي جعفر ( عليه السلام ) ـ في حديث ـ قال : قلت له : رحمك الله ، إنا نؤتى بالسمك ليس له قشر ، فقال : كل ما له قشر من السمك ، وما ليس له قشر فلا تأكله .
 ورواه الشيخ باسناده عن الحسين بن سعيد ، عن فضالة بن أيوب ، عن العلاء مثله .

1 – Perawi hadis berkata kepada Abu Jaafar AS: “Semoga Allah merahmati kamu. Kami membeli ikan yang tidak mempunyai sisik.” Lalu beliau bersabda: “Makanlah dari ikan yang mempunyai qishr(sisik), dan janganlah memakan yang tidak mempunyainya."

 [ 30147 ] 2 ـ وعن الحسين بن محمد ، عن معلى بن محمد ، عن الحسن بن علي ، عن حماد بن عثمان ، قال : قلت لابي عبد الله ( عليه السلام ) : جعلت فداك ، الحيتان ما يؤكل منها ؟ قال : ما كان له قشر الحديث .
 ورواه الشيخ باسناده عن الحسين بن سعيد ، عن محمد بن يحيى ، عن حماد بن عثمان مثله .

2 – Hammad bin Uthman bertanya kepada Abu Abdullah AS: “Semoga aku menjadi tebusan mu. Ikan manakah yang kami boleh makan darinya?” Beliau AS menjawab: “Apa sahaja yang mempunyai qishr."
 

Kenyataan Pejabat Najaf: Isu Konflik Iraq

10343532_10202894500057496_6698194677208941177_n
 
TERJEMAHAN KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH PEJABAT SAYYID AHMAD AL HASAN DI KOTA SUCI NAJAF.
 
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat ke atas Muhammad serta keluarganya, para Imam dan para Mahdi.
 
Jelas bagi setiap orang yang mengikuti perkembangan orang-orang yang menyeleweng lagi berdosa serta apa yang mereka lakukan di Syria dan negara-negara Arab yang lain dengan pembunuhan, penderaan dan menakut-nakutkan orang-orang yang tidak bersalah. Orang-orang yang bijak amat mengetahui bahawa kini tangan-tangan kotor mereka telah menjangkau ke Iraq bagi menyemarakkan lagi fitnah, pembunuhan, keganasan, serta memecahbelahkan rakyat Iraq dan pengeksploitasian mereka untuk tujuan jahat lagi keji mereka.
 
Oleh itu, kami menyeru rakyat Iraq dan semua negara-negara lain supaya tidak terpedaya dengan pembunuh-pembunuh yang tidak mempunyai agama, serta tidak berperikemanusiaan yang tidak memperdulikan apa-apa pun kecuali untuk memenuhi hawa nafsu dan matlamat mereka yang hina, dan demi memenuhi matlamat orang-orang yang memperdayakan serta merancang untuk mereka. Mereka sebenarnya adalah syaitan dan tiada kebaikan yang boleh diharapkan daripada mereka. Mereka tidak datang ke Iraq selepas mereka membina Syria, tetapi mereka datang ke Iraq selepas mereka memusnahkan Syria dan membunuh rakyanya tanpa membezakan antara kanak-kanak, wanita atau lelaki tua. Justeru itu, seorang yang berfikiran rasional wajib mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku kepada orang lain, sebagaimana yang selalu mereka laungkan: "orang yang beruntung adalah orang yang mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku kepada orang lain". Ayuh kita bersatu pendirian dan kata-kata : bahawa pengganas yang dikenali sebagai (Daaish/ ISIS/ ISIL) adalah organisasi yang berniat jahat dan orang yang waras tidak harus condong, mempercayai atau menyokong mereka, samada dengan kata-kata atau perbuatan.
 
Kami menyeru rakyat dan tentera Iraq untuk memerangi pengganas ini dengan segala kekuatan mereka demi agama, tanah air dan keluarga mereka… dan tidak memberi sebarang peluang kepada pembunuh dan penjenayah ini untuk menguasai mana-mana tapak suci kita yang mempunyai monumen Nabi-Nabi dan para Imam suci dan pengikut-pengikut mereka yang soleh (alaihimussalam).
 
Kami, Ansar Imam Mahdi (as) sebagai sebahagian daripada masyarakat Iraq bersedia untuk mempertahankan tanah Iraq, rakyatnya dan tempat-tempat sucinya dengan segala kekuatan yang dianugerahkan pada kami buat memerangi pembunuh dan penjenayah yang menyusup masuk dalam rakyat di bawah nama agama dan Islam. Sedangkan agama dan Islam itu sendiri berlepas diri daripada mereka.
 
Pendirian kami dalam perkara ini tidak hanya berlaku pada hari ini, tetapi ia adalah pendirian kami pada masa lalu dan masa kini, sebagaimana Sayyid Ahmad Al Hassan telah pun memberikan amaran sejak pengeboman makam dua Imam Al Askari (as) pada tahun 2006. Beliau telah berkali-kali menyatakan pendirian beliau terhadap keperluan untuk memerangi mereka dan agar berhati-hati dengan fitnah mereka. Bahawa mereka tidak tahu apa-apa melainkan penyembelihan dan aksi jenayah, bahkan mereka tidak mempunyai sebarang agama ataupun suara hati mahupun kemanusiaan, dan beliau telah mengisyaratkan bahawa sasaran mereka seterusnya adalah Iraq selepas Syria.
 
Kami menyeru semua umat Islam dan umat manusia di seluruh dunia untuk mengenali kebenaran dan petunjuk berdasarkan bukti-bukti dan dalil-dalil, serta mendukung seruan Al Yamani dan pemiliknya. Seluruh pelusuk menyaksikan bahawa ini adalah hari-hari kezuhuran suci Imam Mahdi Mohammad bin Hasan al-Askari (as) dan bahawa penjenayah yang dipanggil (Daaish/ ISIS/ ISIL) adalah barisan hadapan tentera Sufyani yang terkutuk. Ahlul Bait (as) telah memberi amaran kepada kita tentang fitnah dan aksi jenayah mereka … dan mereka menggesa kita untuk mengikuti Al Yamani yang dijanjikan untuk keselamatan daripada kejahatan dan fitnah Sufyani.
 
Kami bermohon agar Allah memberikan keamanan serta keselamatan buat rakyat Iraq dan semua bangsa, dan agar penjenayah-penjenayah ini tidak menguasai keluarga dan rakyat kita.
 
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam
 
Pejabat Sayyid Ahmad Alhasan / Kota Suci Najaf
16 Shaaban 1435 Hijrah. 

Post FB Sayed Ahmad AS: Kebenaran Mempertahankan Diri

2014611161525392734_20
 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
أرجو ان يكون الجميع بخير وعافية
 
Baru-baru ini saya telah menerima soalan ini dari Syeikh Nazim al Uqaili, semoga Allah menjaganya, dari Pejabat Najaf al Ashraf, jadi saya akan menyatakan soalan dan jawabannya di sini kerana kaedah ini lebih pantas untuk menyampaikan jawaban kepada para Syeikh dan Ansar, semoga Allah menjaga mereka dari bahaya. 
 
Soalan: Berkenaan Ansar Imam Al Mahdi di Tal Afar, Balad dan daerah yang diserang oleh pengganas dan ISIS, adakah dibenarkan untuk para Ansar menyertai kabilah mereka atau pasukan keselamatan untuk mempertahankan diri, khususnya daerah yang dikelilingi dan tiada tentera untuk mempertahankan mereka? Setahu saya, masyarakat Tal Afar dan Balad telah dikepung dan kami telah menerima lebih dari satu soalan tentang isu ini di pejabat Najat.
 
Jawaban: بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله
 
Mempertahankan diri tidak memerlukan kebenaran. Semoga Allah membantu kamu dan menguatkan langkah mu. Barangsiapa yang melihat bandarnya sedang atau mungkin diserang mempunyai hak untuk membuat apa yang mampu untuk mempertahankannya.
 
Kaum mukmin, semoga Allah melindungi mereka, di kawasan lain seperti Baghdad, perlu bersedia untuk keadaan buruk.
 
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته