Hadis 54: Setiap Panji Sebelum Al Qaim

 

روى الكليني في "الكافي" (8/295) عن أبي عبد الله قال: "كل راية ترفع قبل قيام القائم فصاحبها طاغوت يعبد من دون الله عز وجل
 
Abu Abdullah AS: “Setiap panji yang ditegakkan sebelum kebangkitan Al Qaim, para sahibnya adalah taghut yang disembah selain Allah.” (Al Kafi 8/295; Ghaibat al Numani halaman 110)
 
 
Hadis di atas adalah sebuah hadis yang sangat terkenal dan merupakan salah satu hujah yang kerap diguna pakai oleh pihak penentang ke atas Ansar. Namun tanpa mereka sedari, mereka telah terperangkap dengan hujah mereka sendiri, kerana hadis di atas sememangnya membuktikan kebenaran klaim Ansar Imam Al Mahdi.
 
Andaian: Al Qaim Di Atas Adalah Imam Al Mahdi AS
 
Baik, satu soalan. Adakah wujud atau tidak, berdasarkan kata-kata Aimmah Ahlulbait AS, akan kemunculan mana-mana panji yang memberi petunjuk sebelum kezuhuran Imam Mahdi AS?
 
Jawabannya sudah tentu, “YA”.
 

في الرواية عن الباقر(ع) ( وليس في الرايات راية أهدى من راية اليماني ، هي راية هدى ، لأنه يدعو إلى صاحبكم ، فإذا خرج اليماني حرم بيع السلاح على الناس وكل مسلم ، وإذا خرج اليماني فانهض إليه فإن رايته راية هدى ، ولا يحل لمسلم أن يلتوي عليه ، فمن فعل ذلك فهو من أهل النار ، لأنه يدعو إلى الحق وإلى طريق مستقيم ) الغيبة – محمد بن ابراهيم النعماني ص 264. 

  

 Imam Baqir a.s bersabda: “Tiada panji yang lebih mendapat petunjuk selain daripada panji Al Yamani, panjinya adalah panji petunjuk, kerana dia mengajak kepada Sahib kamu (Imam Al Mahdi a.s). apabila keluar Al Yamani, maka diharamkan penjualan senjata ke atas orang ramai dan setiap muslim. Dan apabila keluar Al Yamani, maka pergilah kepadanya kerana panjinya adalah panji petunjuk. Dan diharamkan bagi muslim untuk berpaling daripadanya, dan barangsiapa yang berbuat demikian adalah dari kalangan ahli neraka kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus.”[Al Ghaybah Al Nu’mani, ms 264.] 
 
Dan diketahui bahawa Al Yamani akan muncul sebelum Imam Mahdi AS. Maka di sini telah berlaku kontradiksi pada kata-kata Aimmah AS.
 
Pertama mereka menyatakan bahawa SEMUA panji yang muncul sebelum Imam Mahdi AS adalah panji taghut.
 
Namun dalam masa yang sama, mereka mengatakan bahawa akan ada panji petunjuk, sebelum kemunculan Imam Mahdi, yang mana ia wajib didokong dan penolakannya membawa kepada neraka.
 
Jadi bagaimana kita dapat menyelesaikan kontradiksi ini? Tidak dapat tidak, ia hanya dapat diselesaikan dengan menjadikan Al Yamani sebagai Al Qaim yang disebutkan dalam hadis di atas. Mantiknya mudah.
 
Semua panji sebelum Al Qaim adalah taghut.
 
Panji al Yamani adalah panji petunjuk dan haram berpaling darinya.
 
Muncul sebelum Imam Mahdi AS.
 
Maka Al Yamani = Al Qaim.
 
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *