Hadis 51: Hamba Gasar Yang Tidak Dikenali Asal Usulnya

 

وقال (عليه السلام): لا بد من رحى تطحن فإذا قامت على قطبها وثبتت على ساقها بعث الله عليها عبدا عنيفا خاملا أصله، يكون النصر معه أصحابه الطويلة شعورهم، أصحاب السبال، سود ثيابهم، أصحاب رايات سود، ويل لمن ناواهم، يقتلونهم هرجا، والله لكأني أنظر إليهم وإلى أفعالهم، وما يلقى الفجار منهم والأعراب الجفاة يسلطهم الله عليهم بلا رحمة فيقتلونهم هرجا على مدينتهم بشاطئ الفرات البرية والبحرية، جزاء بما عملوا وما ربك بظلام للعبيد

 

 

Imam Ali (a.s) di atas mimbar Kufah, berkata: “Di sana pasti terdapat penggiling yang akan menghancurkan dan apabila gandarnya mula bergerak, Allah akan mengutuskan hamba gasar, yang tidak diketahui asal-usulnya, kejayaan akan bersamanya, para sahabatnya akan mempunyai rambut yang panjang(simbolik untuk idea), Ashabul Sibal, pakaian mereka hitam, Ashab Panji Hitam. Celakalah sesiapa yang menentang mereka, mereka akan dibunuh, demi Allah seolah-olah aku sedang melihat mereka dan amalan mereka, dan apa yang akan dilihat oleh pelaku kejahatan dan bangsa Arab yang tidak berakhlaq. Allah akan membuatkan mereka bangkit ke atas mereka tanpa sebarang belas kasihan, mereka akan membunuh mereka di bandar mereka sendiri, di persisiran Furat kawasan laut dan kawasan gurun.” (Ghaybat Al Nu’mani, ms 265] 



 
Jadi akan ada hamba yang agung, yang tidak diketahui nasabnya dan kejayaan adalah bersama dengan lelaki tersebut. Apakah kejayaan tersebut? Sudah tentu kejayaan Ahlulbait AS dan agama Allah SWT. Imam Al Mahdi AS mempunyai nasab yang diketahui, jadi siapakah hamba yang tidak diketahui nasabnya ini?


 


(بعثنا عليكم عباداً لنا أولي بأس شديد) عن الصادق : "قوم يبعثهم الله قبل خروج القائم فلا يدعون وتراً (أي عدواً) لآل محمد صلى الله عليه وآله إلا قتلوه"

Bihar AlAnwar v.53 p.94
 

"…Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya (Surah al Israk).." Dari Al Sadiq AS: "Satu kaum yang Allah akan utuskan sebelum kemunculan Al Qaim, mereka tidak akan meninggalkan musuh keluarga Muhammad SAW melainkan dibunuh."



Jadi Imam AS menyatakan bahawa sebelum Al Qaim AS akan ada satu kaum, lihat dengan teliti, ia adalah ayat yang sama di baca Imam dan ditafsir seperti dibawah:

 

  • عن حمران، عن أبي جعفر عليه السلام، قال: كان يقرأ: (بَعَثْنا عليكم عِباداً لَنا أُولِي بَأْسٍ شَدِيدٍ)(6)، ثمّ قال: (وهو القائم وأصحابه أولي بأس شديد)



Daripada Hamran dari Abu Jaafar AS yang membaca: "…Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya (Surah al Israk).." Dan dia adalah Al Qaim bersama sahabatnya yang paling utama lagi keras hukumannya." Bihar Al Anwar,  v.51 p.56-57



Jadi akan ada Qaim muncul sebelum Qaim AS, kerana Imam mengatakan akan ada kaum yang muncul sebelum Qaim di satu tempat setelah menafsirkan satu ayat dan di tempat lain, beliau AS menyatakan bahawa ia merujuk kepada Qaim dan para sahabatnya. Jadi kaum tersebut termasuk bersama Al Qaim sebelum Imam Al Mahdi AS dan beliau adalah Ahmad.
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *