Hadis 48: Leher Tidak Dipanjangkan Untuknya

 

Diriwayatkan dari Muhammad Ibn Musa Ibn Mutawakil r.a beliau berkata: Abu Ghanim al Khadim berkata: “Abu Muhammad(Imam Askari AS) mendapat anak, jadi beliau menamakannya Muhammad dan menunjukkannya kepada para sahabat beliau pada hari ketiga dan bersabda: “Ini adalah Sahib kamu selepas ku, dan penggantiku ke atas kamu dan beliau adalah Qaim yang kepada beliau leher dipanjangkan ketika ketibaannya, jadi bumi yang dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan akan dipenuhi dengan keadilan dan kemakmuran oleh beliau.” Kamaluddin wa Tamamun Ni’mah, Halaman 396


 
: هذا إمامكم من بعدي وخليفتي عليكم. أطيعوه ولا تتفرقوا من بعدي فتهلكوا في أديانكم. ويضيف – منبها لهم إلى أن هذه هي فرصتهم الوحيدة في المهدى (ع) – قائلا: أما إنكم لا ترونه بعد يومكم هذا (1).
ونجد أنه عليه السلام عرض ولده على أصحابه في اليوم الثالث من ولادته، وأعطاهم المفهوم الأساسي الصحيح الذي أوكله الله تعالى إليه، وعين لهم تكليفهم تجاهه بصفته الامام بعد أبيه. وقال لهم: هذا صاحبكم بعدي وخليفتي عليكم.. وهو القائم الذي تمد إليه الأعناق بالانتظار. فإذا امتلأت الأرض جورا وظلما، خرج، فملأها قسطا و عدلا (2).


 


Hadis di atas menunjukkan umat Shia sanggup bermatian untuk Imam Muhammad al Mahdi AS, yakni Al Qaim. Cuba perhatikan pula hadis di bawah:
 
 

2ز- الغيبة للنعماني : محمد بن همام ، عن جعفر بن محمد بن مالك ، عن عباد بن يعقوب عن يحيى بن يعلى ، عن أبي مريم الأنصاري ، عن عبد الله بن عطا قال : قلت لأبي جعفر : أخبرني عن القائم فقال : والله ما هو أنا ولا الذي تمدون إليه أعناقكم ولا يعرف ولادته ، قلت : بما يسير ؟ قال : بما سار به رسول الله هدر ما قبله واستقبل .
 
Daripada Abdullah bin ‘Atha, dia telah berkata: “Aku telah berkata kepada Abu Jaafar (a.s) supaya memberitahu aku berkenaan Qaim.” Seraya Al Baqir (a.s) berkata: Demi Allah dia bukanlah seorang yang kamu sanggup memanjangkan leher (bermatian) untuknya, dan tidak diketahui masa lahirnya.” [Ghaiba Al Nu’mani, ms 173]

 
 
Juga hadis berikut:


 
" دخلت على أبي جعفر الباقر (عليه السلام) ((1)) وعنده جماعة، فبينا نحن نتحدث وهو على بعض أصحابه مقبل إذ التفت إلينا وقال: في أي شئ أنتم؟ هيهات هيهات لا يكون الذي تمدون إليه أعناقكم حتى تمحصوا، هيهات ولا يكون الذي تمدون إليه أعناقكم حتى تميزوا، ولا يكون الذي تمدون إليه أعناقكم حتى تغربلوا، ولا يكون الذي تمدون إليه أعناقكم إلا بعد إياس، ولا يكون الذي تمدون إليه أعناقكم حتى يشقى من شقي، ويسعد من سعد ".


 
Jadi hadis kedua ini telah menyanggahi hadis pertama dengan menyatakan Al Qaim ini adalah orang yang tidak sanggup kita bermatian untuknya. Jadi bagaimana kita mencari penyelesaian untuk kedua hadis ini?

 
 
Wasiat Nabi SAW membuktikan bahawa hadis pertama adalah ditujukan kepada Imam kedua belas sementara hadis kedua pula adalah untuk Mahdi Pertama, yang juga seorang Qaim, bernama Ahmad.


 
Ahlulbait AS mempunyai perancangan strategik di akhir zaman dan ia adalah satu ujian kepada mereka yang mendakwa menjadi pengikut kepada Ahlulbait AS untuk beriman dengan apa yang disebutkan oleh Aimmah AS. Inilah sebabnya hanya wujud 10,000 dan 313 orang yang bersama dengan Imam Mahdi AS kerana majoriti umat tidak akan beriman dengan Ahmad.


 
 
6 – أخبرنا أحمد بن محمد بن سعيد، قال: حدثني أحمد بن يوسف الجعفي أبو الحسن من كتابه، قال: حدثنا إسماعيل بن مهران، عن الحسن بن علي بن أبي حمزة، عن أبيه ووهيب بن حفص، عن أبي بصير، عن أبي عبد الله (عليه السلام) أنه قال:
" مع القائم (عليه السلام) من العرب شئ يسير.
فقيل له: إن من يصف هذا الأمر منهم لكثير.
قال: لا بد للناس من أن يمحصوا ويميزوا ويغربلوا، وسيخرج من الغربال خلق كثير " ((1)).
 
Imam al Sadiq AS bersabda: “Bersama Al Qaim AS adalah sedikit sekali orang Arab. Mereka yang menyebut tentang urusan ini adalah ramai. Akan ada manusia yang dibezakan, diuji dan ramai manusia yang akan meninggalkan(urusan ini) akibat dari tapisan ini. Ghaibah al Nu’mani Halaman 212


 
Jadi yang menyebut tentang urusan Imam Al Mahdi AS adalah ramai sekali, namun akan ada ujian dan tapisan yang menyebabkan ramai meninggalkan wilayah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *