Hadis 45: Seeraj Di Dalam Rumah Sahibul Amr Yang Bangkit Dengan Senjata

 

عبدالواحد بن عبدالله ، عن أحد بن محمد بن رباح ، عن محمد بن العباس ، عن ابن البطائني ، عن أبيه ، عن المفضل قال : سمعت أبا
عبدالله عليه السلام يقول : إن لصاحب الامر بيتا يقال له : بيت الحمد فيه سراج يزهر منذ يوم ولد إلى يوم يقوم بالسيف لايطفى
 
Imam as Sadiq AS bersabda: “Sahibul Amr mempunyai sebuah rumah yang dikatakan Baitul Hamd(Rumah kepujian), DI DALAMNYA ADALAH SEBUAH SEERAJ(lampu) yang bercahaya sejak beliau dilahirkan sehinggalah beliau bangkit dengan pedang, ia tidak padam.” (Safinat al Bihar, JIlid 1, Halaman 115)
 
Siapakah yang diumpamakan sebagai SEERAJ ini? Yang disebut "dilahirkan di dalam rumah Sahibul Amr"? Jelas individu ini merujuk kepada orang lain selain Imam Muhammad al Mahdi AS. Dan beliau akan bangkit dengan senjata. Tidak syak lagi, beliau adalah keturunan Imam Mahdi AS, kerana dilahirkan dirumah beliau. Kita harus merujukkan perkara ini ke hadis yang lain.
 
 

وأخرج نعيم بن حماد، عن علي بن أبي طالب قال: يخرج رجل قبل المهدي من أهل بيته بالمشرق، يحمل السيف على عاتقه ثمانية عشر شهرا، يقتل ويمثل ويتوجه

إلى بيت المقدس فلا يبلغه حتى يموت.

 

Amirul mu`minin dalam ucapannya: “Akan muncul seorang lelaki dari timur sebelum al-Mahdi dari keluarganya. Ia membawa pedang di atas pundaknya selama lapan bulan, membunuh dan membunuh dan bergerak menuju Baitul Maqdis.” (al-Mumhidun/al-Kurani, 110) 

 

Orang yang akan mengangkat pedang ini adalah lelaki dari timur yang merupakan keturunan Imam Mahdi AS. Di hadis lain, keturunan Imam Mahdi AS dari timur ini juga disebut sebagai Sahibul Amr.

 

 

 حدثنا أبي رضي الله عنه قال: حدثنا محمد بن يحيى العطار قال: حدثنا جعفر بن محمد بن مالك قال: حدثني حمدان بن منصور، عن سعد بن محمد، عن عيسى الخشاب قال: قلت للحسين بن علي عليهما السلام: أنت صاحب هذا الامر؟ قال: لا ولكن صاحب الامر الطريد الشريد الموتور بأبيه، المكني بعمه (1)، يضع سيفه على عاتقه ثمانية أشهر (2).

 

Dari Isa Al Kashab yang berkata; Aku berkata kepada Al Hussain Ibn Ali AS: "Adakah kamu adalah Sahibul Amr?" Beliau AS bersabda: "Bukan, tetapi Sahibul Amr adalah yang ditinggalkan(tareed), pelarian(shareed), mawtoor oleh bapanya, dan gelaran beliau adalah pakciknya, beliau akan mengangkat senjata di atas bahunya selama lapan bulan." (Kamaluddin halaman 318) 

 

Maka, dengan penjelasan dari hadis-hadis lain ini, seeraj ini merupakan anak keturunan Imam Mahdi AS. Jika tidak, siapa lagi?

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *